Download - KKP ANATOMI
Pengenalan kepada Anatomi dan Fisiologi
Anatomi
Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara
setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘ana’ yang
bermaksud ‘asingkan’ dan ‘tome’ yang bermaksud ‘memotong’. Anatomi yang
sentiasa dikaji tergolong dalam beberapa kumpulan seperti:
o sel dan histologi: struktur sel soma dan kandungannya
o sistem pernafasan: hidung, trakea, bronkus, bronkiol, peparu, alveolus
o sistem kardiovaskular: sistem peredaran darah seperti jantung dan salur
darah
o sistem pencernaan: mulut, esofagus, perut, usus, pankreas
o sistem lokomotif: otot motor, otot simpati, anggota badan
o sistem saraf: saraf motor, saraf tunjang, otak
Fisiologi
Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh. Secara amnya, tubuh
manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbezakompleksitinya. Aras
struktur yang paling rendah ialah aras kimia.Pada aras ini, atom-atom bergabung
untuk membentuk molekul-molekul.Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara
khususuntuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yangberbeza.
Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semuakehidupan.
Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu selsahaja,
manusia ialah organisma multisel. Sel-sel yang serupamengelompok membentuk
tisu yang melaksanakan fungsi umum.Organ yang terdiri daripada gabungan dua
atau lebih tisu yangberbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organ-
organtertentu dikelompokkan untuk membentuk suatu sistem organ tubuhyang
berkerjasama untuk mencapai tujuan yang sama. Semua sistemorgan ini
membentuk organisma yang mewakili aras tertinggiorganisasi struktural, iaitu
manusia.Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan
antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani iaitu
1
‘ana’ yang bermaksud ‘asingkan’ dan ‘tome’ yang bermaksud ‘memotong’. Anatomi
yang sentiasa dikaji tergolong dalam beberapa kumpulan seperti:
o sel dan histologi: struktur sel soma dan kandungannya
o sistem pernafasan: hidung, trakea, bronkus, bronkiol, peparu, alveolus
o sistem kardiovaskular: sistem peredaran darah seperti jantung dan salur
darah
o sistem pencernaan: mulut, esofagus, perut, usus, pankreas
o sistem lokomotif: otot motor, otot simpati, anggota badan
o sistem saraf: saraf motor, saraf tunjang, otak
2
Matlamat
Tugasan Anatomi dan Fisiologi ini bertujuan untuk memberi peluang kepada
para pelatih lebih memahami struktur-struktur tubuh badan, fungsi-fungsinya melalui
teori dan amali serta mengetahui dan menguasai kemahiran asas sukan atau
permainan dengan baik.
Objektif
Melalui tugasan Anatomi dan Fisiologi ini kita dapat:
1. Mengetahui konsep, sejarah dan perkembangan Anatomi dan Fisiologi.
2. Memupuk semangat patriotisme melalui permainan.
3. Mengetahui cara pengurusan dan pengelolaan sukan.
4. Memahami kesan psikologi dan sosiologi sukan yang mempengaruhi gerak laku
manusia dan prestasi sukan.
5. Mengetahui hubung kait antara sistem tubuh badan dengan pergerakan.
6. Memahami kesan senaman ke atas fisiologi tubuh badan dan kaitannya dengan
prestasi sukan.
7. Mengamalkan aktiviti fizikal dan memahami kesannya terhadap kehidupan dan
kesihatan diri.
8. Memahami dan mengaplikasi prinsip dan kaedah latihan.
9. Memahami dan mengamalkan prinsip asas keselamatan dan mengurangkan risiko
kecederaan sukan.
10.Memahami pembelajaran proses lakuan motor dan asas kawalan pergerakan.
3
Pengenalan kepada Sistem Tulang, Sistem Sendi dan Sistem Otot
Terdapat banyak sistem di dalam tubuh badan kita. Antaranya, sistem rangka
yang terdiri daripada tulang, sendi dan otot merupakan sistem yang penting bagi
tubuhbadan kita. Tulang, sendi dan otot memainkan peranan yang berbeza. Iaitu
tulang berfungsi sebagai bentuk sistem rangka yang menyimpan mineral,
menghasilkan seldarah merah, memberi perlindungan kepada organ dalaman,
menyokong postur badandan membantu pergerakan.
Manakala sendi merupakan titik pertemuan antara tulang atau rawan dengan
tulang. Struktur sendi dipengaruhi rapat oleh hubungan pada titik pertemuan
pergerakan dan pergerakan ditentukan oleh kelenturan tisu ligament dan
tendon.Sendisendi berada di bahu, siku serta pergelangan tangan dan kaki.
Apabila kita membuat suatu pergerakan, otak akan menghantar utusan
kepada otot, dan otot akan mengecut atau mengendur. Selain itu, tulang juga akan
bergerak bersama dengan otot pada masa yang sama.
4
Sistem Tulang
Kandungan Tulang
o Bahan Organik : sel-sel tulang, serat dan bahan dasar termasuk glikoprotein
glikosaminoglikin.
o Bahan Bukan Organik : garam mineral seperti kalsium karbonat dan kalsium
fostat.
o Kalsium dan fosfurus adalah bahan-bahan mineral yang membentuk struktur
badan manusia. Gabungan kedua-dua bahan ini menjadi tulang keras dan
tegap.
Klasifikasi Tulang
Terbahagi kepada 2 bahagian :
1. Rangka paksi ( Axial skeleton ) – 80 tulang
2. Rangka anggota ( Appendicular skeleton ) -126 tulang
Axial : sokongan, tengkorak, vertebra, sternum, tulang rusuk, lebih teguh,
medial longitudinal axis
Appendicular : rangka untuk pergerakan, tangan, kaki, pelvic girdles,
kecederaan boleh berlaku dan lebih serious.
5
Jenis-jenis Tulang
o Tulang panjang : tangan, peha, betis
o Tulang pendek : pergelangan tangan atau kaki
o Tulang tak sekata : sakrum, vertebra, koksil
o Tulang pipi/leper : skapula, strenum
o Tulang bulat : patela
Tulang-tulang kita digabung oleh ligamen-ligamen. Iaitu tisu-tisu berfiber yang
menyambung dua atau lebih tulang. Tisu ini adalah liat dan kuat dan berwarna putih
atau kuning pucat. Manakala tendon merupakan tisu penyambung yang
menyambung otot ke tulang. Ia adalah jalur tisu yang kuat dan berwarna putih.
Tendon bersifat tidak kenyal tetapi tidak boleh melentur. Selain itu, sendi juga
merupakan titik pertemuan antara tulang atau rawan dengan tulang. Struktur sendi
dipengerahui rapat oleh hubungan pada titik pertemuan pergerakan dan pergerakan
ditentukan oleh kelenturan tisu ligamen dan tendon. Oleh itu, apabila kita membuat
suatu pergerakan, banyak struktur tubuh badan kita akan terlibat dan berfungsi
secara tidak perasan.
6
Sistem Sendi
Sendi dibahagikan kepada tiga jenis iaitu diathroses atau gerakan bebas
( pergerakan pelbagai arah ), amphiathroses atau gerakan terhad ( pergerakan yang
sedikit ) dan synarthroses atau tidak bergerak ( dua tulang akan rapat tetapi tiada
pergerakan ).
Jenis-jenis sendi
o Sendi paksi – sendi antara Atlas
o Sendi lengsung – sendi di bahu ( skapula, humerus )
o Sendi engsel – sendi siku ( humerus, ulna )
o Sendi elipsoidal – sendi pergelangan tangan ( radiokarpus )
o Sendi pelana – sendi di tapak tangan dan metakarpus ibu jari )
o Sendi melongsor – sendi pergelangan tangan
Gerakan sendi
o Sendi lesung ( bahu ) – ekstensi, fleksi, rotasi, abduksi, aduksi
o Sendi engsel ( siku ) – ekstensi, fleksi
o Sendi elipsoid ( radiokarpus ) – fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi
o Sendi pelana ( tapak tangan, jari ) – fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi
o Sendi melongsor ( karpus ) – hanya melongsor, tidak mempunyai paksi
o Sendi paksi – pergerakan putaran seperti roda pada paksi ( atlas dengan
aksis )
7
Sistem Otot
Otot
Sebahagian besar dari berat tubuh manusia terdiri daripada tisu otot. Tisu otot
boleh dibahagikan kepada beberapa jenis :
1. Otot jantung / kardiak ( cardiac muscle )
Otot ini merupakan sejenis otot bebas istimewa yang boleh bertindak tanpa
rangsangan saraf, tetapi kuncupannya boleh dicepatkan atau dilambatkan dengan
kuasa sistem saraf otonomi. Fungsi utamanya adalah untuk mengepam darah ke
keseluruhan badan.
2. Otot licin ( smooth muscle )
Otot licin juga dikenali sebagai otot perut, otot luarkawal atau otot tanpa jalur. Ia
hanya terdapat pada dinding saluran pencernaan,saluran darah dan juga
kelopak mata. Tindakan otot jenis ini bergantung kepada kawalan Sistem Saraf
Otonomi dan gerakannya tidak dapat dikawal dengan kemahuan diri kita.
3. Otot rangka ( skeletal muscle )
Otot rangka juga dikenali sebagai otot terkawal atau otot berjalur. Ia membaluti
keseluruhan sistem rangka tubuh dan berfungsi dalam pergerakan rangka
badan. Tindakan otot ini bergantung kepada kawalan Sistem Saraf Pusat dan
gerakannya boleh dikawal dengan kemahuan diri kita.
8
Klasifikasi otot
o Fleksor
o Ektensor
o Abduktor
o Adduktor
o Retraktor
o Protaktor
Jenis kontraksi
Isometrik – pengecutan otot tanpa melibatkan sendi tidak ada pergerakan.
Isotonik – melibatkan pergerakan otot anggota badan, 2 jenis konsentrik ( otot
pendek bila gerakan halang ) dan esentrik ( otot memanjang ).
Isokinetik – pengecutan otot melibatkan bantuan alatan. Otot-otot sentiasa
dalam keadaan regang.
9
Kemahiran sukan yang dipilih (Lompat Jauh)
Pengenalan kepada lompat jauh
Olahraga merupakan satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi
beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula
jadi seperti berlari,melompat dan membaling (Wee Eng Hoe dalam buku ditulis Mohd
Ramli Nordin, 1993). Pertandingan olahraga yang terawal dalam sukan Olimpik Kuno
melibatkan acara larian yang di kenali sebagai ‘stade’ dengan jarak melibatkan 192
meter. Manakala menurut The Encyclopedia Of Sports, seorang ahli Chionis telah
dicatatkan sebagai orang pertama yang membuat acara lompat jauh pada 656
sebelum Masihi dengan ukuran 7.0485 meter.
Acara sukan lompat jauh pada asalnya dikenali dengan nama lompatan luas
atau ’broad jump’. Ianya merupakan salah satu sukan yang merangkumi aspek
kelajuan, kekuatan dan ketangkasan untuk mendarat sejauh mungkin dari tempat
pelepasan. Peserta akan berlari pada tahap maksima di atas permukaan yang
bergetah sebagai trek larian dan melakukan lompatan sejauh mungkin melalui papan
kayu yang dijadikan sebagai tempat takeoff dan mendarat di atas pasir. Tempat
jatuhan peserta akan ditanda dan ia menunjukkan jarak yang dibuat oleh peserta dari
tempat pelepasan.
Sukan lompat jauh ini di bahagikan kepada empat bahagian yang berlainan.
Ianya meliputi teknik larian (run), cara lonjakan (takeoff), layangan badan di udara
(flight) dan teknik mendarat (landing). Larian yang laju dan lompatan yang tinggi
semasa membuat pelepasan adalah asas kepada kejayaan dalam acara lompat
jauh. Dengan sebab itu maka tidak hairanlah apabila kita dapat melihat ada pelari
pecut boleh berjaya dalam acara ini contohnya Carl Lewis.
10
Gaya Lompatan
Pada amnya terdapat tiga gaya lompatan iaitu :
1. Gaya layar – biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri
dalam acara ini.
2. Gaya gantung – digunakan oleh novis dan juga pakar.
3. Gaya tending kayun kayuh – gaya yang hanya digunakan olh pakar sahaja
Litar Lompat Jauh
11
Pergerakan / kemahiran sukan
Kemahiran sukan yang dipilih untuk dijadikan sebagai eksperimen ialah
lompat jauh. Lompat jauh adalah salah satu daripada kemahiran sukan yang
mempunyai fasa untuk melakukan lompatan. Fasa-fasa dalam kemahiran lompat
jauh ialah fasa permulaan/penujuan, fasa lonjakan, fasa layangan dan juga fasa
pendaratan.
1. Fasa permulaan/penujuan (run-up)
Terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari
tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris
atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari
titik permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan
lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat
wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar. Pada fasa ini terdapat
penggunaan satah sagittal iaitu satah yang membahagikan badan kepada bahagian
sinister dan deter (kiri dan kanan).
12
2. Fasa lompatan/lonjakan (take-off)
Setibanya di papan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian
maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit untuk
memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan dengan
mengangkat dada ke atas.
13
3. Fasa layangan (flight)
Dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan.
Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang untuk gaya tendang kayuh
kaki digerakkan seperti mengayuh basikal.
14
4. Fasa pendaratan (landing)
Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan, tangan dan kaki
digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke
belakang dan kemudian ke hadapan agar punggung tidak menyentuh ke tanah
semasa pendaratan.
15
Otot-otot yang terlibat semasa melakukan pergerakan lompat jauh
1. Fasa permulaan/penujuan (run-up)
Semasa berlari, otot-otot yang terlibat dalam fasa ini tertumpu kepada
penggunaan otot di bahagian kaki iaitu di betis individu. Semasa berlari, kaki akan
menghayun ke hadapan dan ke belakang secara berselang seli di antara kaki kiri
dan kaki kanan. Otot betis (gastrocnemius) pada salah satu kaki mengecut supaya
tumit diangkat dan hujung kaki menolak ke bawah dan ke belakang menentang lantai
atau tanah. Pada masa yang sama, otot ekstensor pada paha mengecut untuk
meluruskan kaki. Otot fleksor (kuadriseps) pada paha kaki yang lain pula mengecut
untuk membengkokkan kaki itu. Ini menyebabkan badan ditolak ke hadapan. Otot-
otot yang terlibat ketika melakukan pergerakan ini ialah otot gastrocnemius dan
soleus pada bahagian kaki manakala pada bahagian paha pula ialah otot kuadriseps.
Tulang rangka femur di paha, tibia dan fibula di bahagian kaki juga terlibat dalam
menyokong otot untuk bertindak untuk menghasilkan pergerakan.
Semasa berlari, otot bahagian tangan juga terlibat sama. Otot di bahagian
tangan yang terlibat ialah otot triseps dan biseps. Semasa berlari, tangan akan
dihayun ke hadapan dan ke belakang secara berselang seli. Pada masa ini, tangan
akan dibengkokkan menyebabkan otot biseps akan mengecut dan triseps pula akan
mengendur. Apabila tangan diluruskan, otot biseps pula akan mengendur dan triseps
16
akan mengecut. Tulang rangka yang terlibat adalah humerus dan sendi engsel turut
membantu dalam melakukan pergerakan ini. Penguncupan otot-otot ini
menghasilkan pergerakan seperti berlari dan apabila ia berlaku dengan lebih cepat
makan ia menghasilkan pergerakan yang lebih cepat seperti berlari.
2. Fasa lompatan/lonjakan (take-off)
Semasa melakukan lompatan, otot yang terlibat adalah otot-otot di bahagian
kaki, lutut, paha, betis dan juga punggung. Sebelum melonjak, individu terlebih
dahulu merendahkan badan. Semasa membongkok untuk melonjak, otot dibahagian
punggung iaitu gluteus maximus terlibat. Selain itu, otot di bahagian paha iaitu
kuadriseps, fibularis longus dan tibialis anterior di bahagian betis, dan gastrocnemius
di bahagian kaki. Otot-otot ini semuanya akan bertindak bagi membolehkan individu
melonjak dan melakukan layangan sebelum mendarat.
Di dalam fasa ini, tulang rangka yang terlibat adalah tendon dan patella di
bahagian lutut. Tulang rangka menyokong otot untuk menghasilkan pergerakan.
Selain itu, tulang femur menyokong otot kuadriseps, tibia dan fibula menyokong otot
fibularis longus, tibialis anterior dan juga gastrocnemius. Tulang adalah tempat
perlekatan otot.
17
3. Fasa layangan (flight)
Semasa fasa layangan, individu akan mengerakkan tangannya ke hadapan
untuk menyokong badan untuk bergerak ke hadapan. Otot yang terlibat ketika ini
ialah otot biseps dan triseps pada tangan individu. Tangan individu dihayunkan ke
hadapan. Semasa dalam keadaan bengkok, otot biseps akan mengendur dan triseps
mengecut. Apabila dalam keadaan lurus, otot triseps pula yang akan mengecut dan
biseps mengendur. Pengecutan dan pengenduran otot ini menghasilkan pergerakan
iaitu hayunan tangan ke hadapan. Tulang rangka yang terlibat ialah humerus. Sendi
engsel juga memainkan peranan penting dalam membantu otot-otot tangan untuk
menghasilkan pergerakan.
Selain itu, semasa melonjak dan melayang sebelum melakukan pendaratan,
otot di bahagian paha juga terlibat iaitu otot kuadriseps dan tulang rangka femur.
Selain itu, otot gastrocnemius dan tulang rangka calcaneal di bahagian kaki juga
terlibat untuk membantu kayuhan kaki individu semasa layangan.
18
4. Fasa pendaratan (landing)
Dalam fasa ini, kaki dan tangan akan digerakkan ke hadapan dan badan mula
jatuh. Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan, tangan dan kaki
digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke
belakang dan kemudian ke hadapan agar punggung tidak menyentuh ke tanah
semasa pendaratan.
Dalam fasa ini, otot yang terlibat adalah otot tangan dan kaki. Otot di bahagian
tangan iaitu triseps dan biseps terlibat apabila tumit mencecah tanah, tangan akan
digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan pula agar punggung tidak akan
mencecah tanah. Apabila tangan dibengkokkan, otot biseps akan mengecut dan
triseps pula akan mengendur dan apabila tangan diluruskan maka otot biseps yang
akan mengendur dan otot triseps akan mengecut.
Selain itu, otot di bahagian paha iaitu kuadrisep juga terlibat apabila kaki
digerakkan ke hadapan untuk melakukan pendaratan. Apabila melakukan
pendaratan, selain otot tangan, otot di bahagian paha, punggung dan juga kaki
19
sangatlah berperanan penting. Otot kuadrisep, gluteus medius, gluteus maximus dan
juga tulang rangka calcaneal dan juga metatarsal terlibat secara langsung apabila
kaki digerakkan ke hadapan dan semasa tumit menjejak tanah, tangan digerakkan
ke hadapan untuk membantu agar punggung tidak menyentuh tanah.
Otot yang terlibat semasa lompat jauh
i. Otot tangan iaitu otot biseps dan triseps
ii. Otot-otot di bahagian kaki (gastrocnemius dan soleus)
20
iii. Otot-otot di bahagian punggung (gluteus muscles)
iv. Otot-otot yang terlibat di bahagian paha (kuadriseps)
21
v. Tulang Rangka yang terlibat di bahagian kaki
vi. Tulang yang terlibat di bahagian tangan
22
Satah Pergerakan
Satah anatomi digunakan untuk menerangkan dan menganalisis pergerakan.Satah –
satah anatomi yang terlibat dalam pergerakan adalah seperti:
1.Satah Sagital Membahagikan tubuh badan secara vertical iaitu bahagian kanan
dan kiri di mana setiap bahagian mempunyai jisim/berat yang sama.
.
2.Satah Frontal Membahagikan tubuh secara vertical daripada bahagian depan dan
belakang tubuh badan
3.Satah Tranvers Membahagikan tubuh badan melalui bahagian bawah dan atas
secara horizontal dengan sama berat
23
Jenis pergerakan sendi pada sagital pergerakan pada tangan semasa fasa
pergerakan di tunjukkan seperti dalam rajah dibawah:
24
Jenis pergerakan sendi satah pada sagital pada kaki pula adalah seperti yang dapat
diperhatikan dibawah.
25
Kaitan dengan Sistem Tuas
Semasa berlari, tangan akan digerakkan ke hadapan dan ke belakang secara
berselang seli. Apabila tangan diangkat, bermakna tangan dalam keadaan bengkok.
Dalam keadaan ini, siku dikatakan sebagai fulkrum, tangan sebagai beban dan otot
di tangan iaitu biseps dan triseps adalah sebagai daya. Oleh itu, ia termasuk di
dalam sistem tuas kelas pertama iaitu fulkrum terletak diantara daya dan juga beban.
Hal ini menghasilkan pengecutan pada otot biseps manakala otot triseps dalam
keadaan mengendur. Dengan itu, maka terhasillah pergerakan akibat daripada
pengecutan dan pengenduran otot biseps dan triseps.
26
Selain itu, semasa berlari juga otot di bahagian kaki juga terlibat. Semasa
berlari, individu akan berlari menggunakan hujung kakinya. Dalam hal ini, hujung kaki
adalah sebagai fulkrum, otot-otot di kaki sebagai daya dan beban badan sebagai
daya. Oleh itu, ia termasuk pada sistem tuas ketiga iaitu daya terletak di antara
fulkrum dengan beban.
Kesan-kesan fisiologi latihan tehadap tubuh badan manusia
Dalam mencapai kecergasan yang optima seseorang itu perlu mengetahui
dan merancang latihan secara saintifik dan bersistematik. Latihan itu perlu dijalankan
mengikut prinsip-prinsip latihan serta disiplin yang tinggi untuk mencapai hasil yang
sempurna. Maka adalah penting seseorang itu mengetahui dan mendalami kaedah-
kaedah dan jenis-jenis latihan yang sesuai. Di antara kesan-kesan fisiologi:
i. Meningkatkan kekuatan otot
Latihan seperti latihan beban yang dijalankan memberikan kesan kepada
tubuh badan individu tersebut. latihan beban ini dapat meningkatkan kekuatan otot
27
individu. Melalui latihan seperti ‘leg press’ dan ‘heel raise’, individu dapat melatih
otot-otot di bahagian kaki seperti otot kuadriseps dan gastrocnemius untuk menjadi
lebih kuat lagi. Hal ini dapat meningkatkan keupayaan individu untuk berlari lebih
pantas dan melonjak dengan lebih tinggi lagi. Latihan pliometrik yang merupakan
latihan khas untuk otot-otot yang terlibat dalam aktiviti seperti otot di bahagian kaki
dan paha untuk lompat jauh. Oleh itu, latihan tersebut dapat meningkatkan kuasa
dinamik otot yang terlibat iaitu otot gastrocnemius, hamstring dan juga kuadriseps.
ii. Meningkatkan dayatahan otot
Selain daripada itu, latihan beban juga dapat meningkatkan dayatahan otot.
Selepas menjalani latihan beban, otot akan menjadi lebih tahan dan tidak mudah
lesu. Dalam hal ini, terdapat latihan pliometrik yang dapat meningkatkan dayatahan
otot yang terlibat dalam latihan seperti otot gastrocnemius, hamstring dan juga
kuadriseps. Melalui latihan ini, otot akan menjadi lebih kuat dan tahan. Otot-otot yang
terlibat tidak akan mudah lesu apabila melakukan lompatan.
iii. Meningkatkan tahap kelembutan dan kepantasan
Latihan beban ini juga dapat meningkatkan tahap kelembutan dan kepantasan
individu tersebut. Hal ini dapat membantu ketika fasa permulaan iaitu fasa larian
sebelum melonjak kerana pada ketika itu individu mestilah berlari dengan pantas
sebelum melonjak. Selain itu, dalam latihan pliometrik, individu dilatih dengan latihan
‘lunge jump’ dan juga ‘death drop jump’. Otot di bahagian kaki terlibat secara
langsung. Latihan melompat yang dilakukan ini dapat meningkatkan kelajuan individu
apabila berlari terutamanya semasa fasa permulaan lompat jauh iaitu fasa larian.
Kekuatan otot gastrocnemius dan juga hamstring serta kuadriseps juga akan lebih
baik lagi.
28
iv. Meningkatkan kuasa eksplosif
Dapat meningkatkan kuasa eksplosif individu. Semasa fasa lonjakan, kuasa
eksplosif diperlukan agar individu dapat melonjak dengan lebih tinggi. Otot di
bahagian kaki dan paha yang sudah dilatih melalui latihan ‘leg press’ dan ‘heel
praise’ akan dapat melonjak dengan lebih baik.
Rumusan
Secara kesimpulannya, latihan fizikal merupakan satu proses senaman yang
dilakukan secara berulang ulang dan beransur maju di mana ia melibatkan unsur-
unsur pembelajaran dan penyesuaian diri dan latihan fizikal yang telah diberikan itu
telah memberikan kesan atau hasil yang memuaskan kepada catatan jarak lompatan
individu .
Tujuan utama seseorang atlit menjalani latihan fizikal adalah membaiki dan
meningkatkan komponen-komponen dalam kecergasan dan dapat mengelakkan diri
daripada mengalami kecederaan. Peluang untuk tercedera hanya dapat dikurangkan
apabila atlit memiliki koordinasi otot saraf yang baik, otot rangka yang kuat serta
29
imbangan badan yang stabil dan tidak cepat lesu apabila menjalani aktiviti fizikal.
Latihan fizikal yang dirancang dan dijalankan secara bersistematik dapat membantu
para atlit meningkatkan prestasi. Semasa menjalani latihan fizikal ini atlit-atlit harus
mengetahui secara mendalam prinsip-prinsip latihan supaya apa yang dilaksanakan
nanti berkesan dan memberi manfaat pada diri sendiri.
Secara kesimpulannya, semua latihan yang dijalankan adalah perlu
berasaskan kepada prinsip latihan tersebut bagi mengelakkan kecederaan daripada
berlaku. Dengan itu, keupayaan individu akan dapat ditingkatkan. Otot-otot akan
dapat dilatih dan ini dapat menguatkan kekuatan otot, meningkatkan daya tahan otot,
meningkatkan dayatahan kardiovaskular dan bermacam-macam lagi.
Refleksi
Sepanjang tugasan ini dilakukan saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam
lagi tentang kemahiran di dalam lompat jauh. Saya telah menganalisis pergerakan
dalam kemahiran ini dari segi otot, tulang dan sendi yang terlibat. Selain itu, saya
juga dapat mengelaskan kemahiran ini dalam sistem tuas yang sesuai.
Selain daripada itu juga, saya dapat mengetahui tentang fasa-fasa yang terdapat
dalam kemahiran lompat jauh ini. Terdapat 4 fasa yang terlibat iaitu fasa permulaan,
fasa pelonjakan, fasa pelayangan dan fasa pendaratan. Keempat-empat fasa ini
adalah amat penting dalam melakukan pergerakan lompat jauh.
30
Melalui tugasan ini juga, saya dapat mengetahui kesan-kesan fisiologi pergerakan
dan kemahiran tersebut terhadap tubuh badan kita. Ini adalah amat penting kerana
kita perlu mengetahui kesan-kesan yang muncul akibat daripada pergerakan yang
kita lakukan itu. Semoga dengan adanya pengetahuan ini, dapatlah kita kongsikan
bersama kelak.
Bibliografi
Buku Rujukan
Dr. Mark Vella N.D and Dr. Nick Walters. (2006). Anatomy For Strength And Fitness,
New Holland Publishers Ltd.London.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Buku sumber Sains Sukan. Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Pearce E.C. (2005). Anatomi dan Fisiologi untuk Jururawat. Golden Book Centre
Laman Web
31
Dimuat turun daripada http://en.wikipedia.org/wiki/anatomy pada 25 Mac 2011
Dimuat turun daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Lompat_jauh pada 25 Mac 2011Dimuat turun http://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html 25 Mac 2011
Dimuat turun daripada [email protected] pada 26 Mac 2011
Dimuat turun daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Human_anatomy pada 25 Mac
2011
32