Download - Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
1/24
Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009 (Esei Laras Sastera)
Bahagian A(Esei Laras Sastera)
2 Globalisasi dapat membawa banyak kebaikan kepada politik dan sosial masyarakat.
Namun begitu, keburukan fenomena globalisasi khususnya dalam ekonomi negara tidakdapat disembunyikan. Bincangkan.
Skema Jawapan
Pendahuluan
Fenomena yang dicetuskan oleh globalisasi merupakan isu yang sering dibincangkan
dewasa ini.
Kebaikan Globalisi
(A) Politik
1. Tingkatkan persefahaman politik antara negara.
Kemajuan telekomunikasi tingkatkan pemahaman tentang pelbagai isu seperti tuntutan
kepulauan Spratly, penubuhan ASEAN dan AFTA. Isu dapat dibincangkan di peringkat pemimpin antara negara.
Mengurangkan konflik yang disebabkan oleh ketidakfahaman tentang pelbagai perkara
seperti perebutan kawasan, isu kebanjiran pekerja asing dan penggunaan ruang udara.
2. Mendedahkan norma dan idea baru kepada negara sedang membangun
Memberikan pelbagai pemikiran alternatif dalam bidangpentadbiran dan pengurusan negara
Mendedahkan sistem demokrasi secara meluas.
Perkongsian idea yang membangunkan negara.
(B) Sosial
3. Tingkatkan pengetahuan dalam semua bidang
Globalisasi memudahkan akses kepada pelbagai disiplin ilmu pengetahuan .
Perkongsi pintar di ruang siber yang semakin canggih. Meningkatkan R&D dan inovasi. (Sebagai contoh,dalam bidang perubatan ,
kejuruteraan, astronomi dan bioteknologi.
(C) Keburukan Globalisasi (Ekonomi)
http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/koleksi-soalan-pengajian-am-excel-1_26.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/koleksi-soalan-pengajian-am-excel-1_26.html -
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
2/24
4. Negara terdedah kepada krisis ekonomi
Penglibatan pelabur asing yang bermodal besar khususnya
dalam bidang dana jangka pendek.
Kekurangan kecairan wang dalam negara berlaku apabila pelabur asing itu menarikdana beserta keuntungan dalam pelaburan kewangan seperti saham apabila mereka
mendapat keuntungan.
5. Penjajahan ekonomi oleh negara maju.
Negara-negara maju menyalurkan bantuan kewangan kepada negara mundur melaluibadan-badan antarabangsa.
IMF mengenakan syarat yang memberi keuntungan kepada negara-negara maju
berkenaan dalam jangka panjang.
Antara syarat yang dikenakan ialah negara mundur harus meliberalisasikan pasaranmereka di samping melonggarkan pelaburan asing.
(D) Keburukan Globalisi Yang Lain
6. Negara mundur kehilangan daya saing dalam pasaran
Kebanjiran kemasukan barangan import menjejaskan pasaran domestik yang selama ini
dikuasai oleh syarikat-syarikat tempatan.
Syarikat tempatan tidak mampu bersaing dari segi harga produk kerana kos pengeluranproduk tempatan masih mahal dan kualiti barangan yang masih ketinggalan.
7. Pencemaran budaya
Budaya dan akar sejarah semakin terhakis.
Nilai pegangan agama semakin longgar.
Budaya kuning menular (seperti hedonistik menular dalam masyarakat).
Kesimpulan
Kesimpulannya, globalisasi adalah satu fenomena yang jelas membawa banyak
kelebihan kepada sesebuah negara sekiranya diterima secara berhati-hati.
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
3/24
Dicatat oleh Panatia pengajian am smk madai di11:520 ulasan
Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009 (Esei Laras Sastera)
Bahagian A(Esei Laras Sastera)
1 Kecuaian pemandu dikenal pasti sebagai faktor utama yang menyumbang kepadaberlakunya kemalangan jalan raya, namun tidak dinafikan terdapat juga faktor-faktor
yang lain. Bincangkan.
Skema Jawapan
Pendahuluan
Kadar kemalangan yang tinggi setiap tahun pada musim-musim perayaan walaupunpelbagai ingatan oleh pihak berkuasa masih gagal membendung jumlah kemalangan jalan
raya yang masih tinggi.
Pengguna jalan raya seolah-oleh sudah lali dan tidak mengambil kisah denganperingatan dan nasihat yang diberikan.
Faktor Faktor
1. Kecuaian Pemandu
Bentuk kecuaian yang sering dilakukan pengguna jalan raya ialah memandu laju atau
berlumba.
Kajian menunjukkan bahawa kemungkinan kematian atau kecederaan parah bertambah
dua kali ganda untuk setiap tambahan kelajuan 16 kilometer sejam iaitu selepas kelajuan80 kilometer sejam.
Memandu dalam keadaan yang dipengaruhi oleh alkohol dan dadah. (Pada Disember
2001, Berita Harian melaporkan bahawa berlaku 85 kes kemalangan disebabkan oleh
pemandu mabuk).
2. Keadaan jalan raya
Kebanyakan jalan raya di Malaysia masih tidak selamat untuk digunakan seperti tidak
rata, berlubang, terlalu sempit, banyak selekoh tajam dan bercerun curam. Kemalangan berlaku apabila pemandu cuba menghentikan kenderaan secara tiba-tiba
http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/koleksi-soalan-pengajian-am-excel-1_26.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/koleksi-soalan-pengajian-am-excel-1_26.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/koleksi-soalan-pengajian-am-excel-1_26.html#commentshttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=1112660694605239119http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/koleksi-soalan-pengajian-am-excel-1.htmlhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=1112660694605239119http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/koleksi-soalan-pengajian-am-excel-1_26.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/koleksi-soalan-pengajian-am-excel-1_26.html#commentshttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/koleksi-soalan-pengajian-am-excel-1.html -
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
4/24
menyebabkan kereta di belakang kurang bersedia dan merempuh kereta tersebut.
Keadaan jalan raya yang baik menggalakkan pemandu memecut di jalan raya melebihi
had yang ditetapkan. Kenderaan sukar untuk dikawal dan kemalangan berlaku.
3. Keadaan mekanikal kenderaan
Pengguna tidak melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan mereka sebelum memulakanperjalanan.
Aspek mekanikal yang sering diabaikan ialah pemeriksaan ke atas brek, tayar berbunga
serta lampu isyarat kenderaan. Kekurangan penyelengaraan ke atas tayar misalnya menyebabkan cengkaman
berkurangan dan boleh melanggar kereta orang lain apabila berhenti di lampu isyarat.
4.Cuaca dan fenomena alam
Hujan lebat dan ribut yang berlaku boleh mengganggu tumpuan pemandu di jalan raya.
Penglihatan pemandu menjadi kabur, jalan raya menjadi licin dan air bertakung dikawasan berlopak.
Kejadian angin lintang secara tiba-tiba yang kerap terjadi kepada pengguna-pengguna
Lebuh Raya Utara - Selatan iaitu misalnya dari Seremban ke Muar, Johor dan Ipoh keKuala Lumpur, menyebabkan pemandu sukar mengawal kenderaan dan terbabas di jalan
raya.
5. Prasarana di jalan raya tidak mencukupi
Kekurangan lampu-lampu isyarat, papan tanda arah dan juga had kelajuan. Pembahagi jalan yang tidak jelas, keadaan jalan raya yang gelap kerana ketiadaan
lampu jalan.
Kekurangan kawasan Hentian Rehat dan Rekreasi (R&R) untuk para pemandu yangingin berehat.
Kesimpulan
Kecuaian pemandu bukan faktor mutlak jumlah kemalangan jalan raya yang tinggi.
Gabungan faktor-faktor di atas adalah menjadi penyumbang kepada statistik
kemalangan.
Dicatat oleh Panatia pengajian am smk madai di11:320 ulasan
Khamis, 2009 Januari 15
http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/koleksi-soalan-pengajian-am-excel-1.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/koleksi-soalan-pengajian-am-excel-1.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/koleksi-soalan-pengajian-am-excel-1.html#commentshttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=7760472551864429857http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=7760472551864429857http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/koleksi-soalan-pengajian-am-excel-1.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/koleksi-soalan-pengajian-am-excel-1.html#comments -
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
5/24
Badan Perundangan & Proses Pengubalan Undang-Undang
FUNGSI PARLIMEN DAN KOMPONENNYA
LATAR BELAKANG
Parlimen biasanya bersidang 3 atau 4 kali dalam setahun. Setiap persidangan biasanyalebih kurang 14 hari dan bagi tujuan persidangan belanjawan negara, biasanya lebih
kurang 40 hari.
Parlimen ialah badan perundangan Persekutuan.Ianya mempunyai bidang kuasa dalam
perkara-perkara yang tersenarai dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama.
Terdiri daripada 3 komponen utama:
A] Yang DiPertuan AgongB] Dewan Rakyat
C] Dewan Negara
Apabila kita mengatakan bahawa terdapat 3 komponen, ini bermaksud sesuatu rangundang-undang yang dibuat oleh Parlimen akan melalui ketiga-tiga komponen tersebut
Yang Di Pertuan Agong
- Membuka, menutup atau membubarkan Parlimen- Memberi ucapan
- Memberi persetujuan kepada rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat
dan Dewan Negara- Kedudukan baginda dlm parlimen bererti sesuatu rang undang-undang yang diluluskan
oleh Parlimen akan mendapat persetujuan daripada baginda. Baginda akan menitahkan
Penyimpan Mohor Besar mengenakan cap Mohor Besar ke atas rang undang-undangberkenaan.
- Jika sesuatu rang undang-undang tidak diperkenankan oleh YDPA , maka ahli-ahliParlimen hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan dalam PERKARA 66. DewanRakyat akan membahaskan semula dan perlu diluluskan semula oleh Dewan rakyat tidak
kurang drpd 2/3 undi untuk diperkenankan semula kepada YDPA.
- YDPA mempunyai kuasa memanggil Parlimen bersidang dan baginda juga memastikan
bahawa Parlimen tidak dibiarkan tanpa menjalankan persidangan selama 6 bulan.
Dewan Rakyat
- Untuk dipilih menjadi ahli Dewan Rakyat, seseorang itu mesti memenangi pertandingan
pilihanraya kawas Parlimen dan menang di kwasan tersebut.
- Sehingga tahun 1999, terdapat 193 kerusi yang mewakili 193 kawasan Parlimen.
Peruntukan kerusi untuk Dewan Rakyat adalah 182 kerusi dari negeri-negeri dalamMalaysia dan selebihnya dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu dan Labuan.
- Tempoh jawatan selama 5 tahun, kelayakan adalah 21 tahun atau lebih.- Fungsi Dewan rakyat adalah membuat undang-undang, membahaskan dasar-dasar
kerajaan dan isu-isu semasa yang mustahak.
Dewan Negara
http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/badan-perundangan-proses-pengubalan.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/badan-perundangan-proses-pengubalan.html -
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
6/24
- Ianya dipilih oleh Dewan Undangan Negeri. Dua orang ahli bagi setiap negeri akan
dipilih.. Dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang ahli bagi
Wilayah Persekutuan Labuan dilantik oleh YDPA.- Terdapat 69 kerusi di Dewan Negara. Rakyat berumur 30 tahun atau lebih boleh
menjadi ahli Dewan Negara
- Rang Undang-undang dibahaskan di Dewan Negara selepas diluluskan di DewanRakyat
- Dewan Negara tidak mempunyai kuasa untuk menolak rang undang-undang yang telah
diluluskan oleh Dewan Rakyat. Dewan Negara hanya boleh menangguhkan rang undang-undang itu selama 1 bulan untuk undang-undang berkaitan kewangan dan 1 tahun untuk
perkara-perkara yang lain.
Apakah persamaan antara Dewan Rakyat dan Dewan Negara?
- Tidak boleh menjadi ahli kedua-dua dewan
- Ahli kedua-dua dewan hilang kelayak menjadi ahli jika didapati atau dishtiharkan
muflis, memegang sesuatu jawatan berpendapatan, dan tidak sempurna akal dan tidakmematuhi Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan.
BADAN PERUNDANGAN NEGERI
[DEWAN UNDANGAN NEGERI]
Di Malaysia, terdapat 13 buah Dewan Undangan Negeri, iaitu satu di setiap negeri. Tidak
terdapat Dewan Undangan Negeri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
Dewan Undangan Negeri ialah badan perundangan negeri. Ianya mempunyai kuasadalam senara Negeri dan senarai Bersama
Terdiri daripada 2 komponen:A] Raja atau Yang DiPertua NegeriB] Dewan Undangan Negeri
Raja atau Yang DiPertua Negeri
- membuka, menangguh dan membubarkan Dewan Undangan Negeri
- Memberi Ucapan
- Memberi persetujuan kepada rang undang-undang yang diluluskan oleh DewanUndangan Negeri untuk dijadikan undang-undang
- Memanggil Dewan Undangan Negeri bersidang dan tidak boleh membiarkan jarak
enam bulan di antara persidangan
- Melantik Menteri Besar/ketua Menteri daripada salah seorang ahli Dewan UndanganNegeri yang mendapat undi majoriti ahli Dewan Undangan Negeri.
- Melantik ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atas nasihat Menteri Besar/ketua
Menteri
Dewan Undangan Negeri
- Dipilih oleh rakyat negeri melalui pilihanraya
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
7/24
- Tempoh jawatan selama 5 tahun per tempoh
- Kelayakan ialah 21 tahun atau lebih, warganegara Malaysia dan bermastautin di negeri
tersebut- Fungsi membuat undang-undang untuk sesuatu negeri
Kaedah Membuat Undang-Undang
- dikemukan dalam Dewan- dibincangkan dan dibahaskan
- undi untuk diluluskan
- dibawa kepada Raja untuk diperkenankan- diwartakan
Apakah hubungan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen?
- Malaysia mengamalkan sistem kerajaan Persekutuan yang membahagikan kuasa antara
Persekutuan dan Negeri yang tercatat dalam perlembagaan Persekutuan- Perkara 73, fasal [a], undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen hendaklah diikuti
oleh negeri-negeri- Dewan Perundangan Negeri boleh membuat Undang-undang negeri asalkan ianya tidak
bercanggah dengan undang-undang Persekutuan.
- Jika mana-mana undang-undang Negeri adalah berlawanan dengan sesuatu Undang-undang Persekutuan, maka Undang-undang Persekutuan hendaklah digunakan
- Negeri-negeri tidak boleh membuat undang-undang untuk menghalang atau menyentuh
perjalanan kuasa pemerintah Persekutuan.
Pembahagian Kuasa Perundangan Malaysia- Parlime [kerajaan Pusat] boleh membuat undang-undang dalam perkara-perkara yang
terkandung dalam:- A] Senarai Persekutuan
- B] Senarai Bersama
- Dewan Undangan Neger [kerajaan Negeri] boleh membuat undang-undang dalam
perkara-perkara dalam- A] Senarai Negeri
- B] Senarai Bersama
Dicatat oleh Panatia pengajian am smk madai di20:260 ulasan
http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/badan-perundangan-proses-pengubalan.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/badan-perundangan-proses-pengubalan.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/badan-perundangan-proses-pengubalan.html#commentshttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=2848395898377802075http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=2848395898377802075http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/badan-perundangan-proses-pengubalan.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/badan-perundangan-proses-pengubalan.html#comments -
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
8/24
Bab 1 Kenegaraan Malaysia
Rajis Omar
Pembahagian Kuasa
Pembahagian Kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil "Separation of Powers"
merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikanurusan dalam negara kepada tiga cabang utama : Pemerintah (Eksekutif),
Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman.
Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya kezaliman (tyranny), di mana
dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud danmengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan
(despotisma) dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak
dan seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut.
Sejarah
Konsep Pembahagian Kuasa (juga lebih dikenali sebagai Konsep Pengasingan
Kuasa) bermula sejak zaman Yunani lama. Aristotle berminat dengan kerajaan
gabungan berkomposisi monarki, aristokrasi, dan demokrasi, melihatkan setiapelemen secara sendirinya tidak mampu menjalankan operasi kerajaaan secara
sendirian, tetapi campuran ketiga-tiga elemen mengambil aspek terbaik dari
elemen masing-masing. Pada 1656 James Harrington dalam bukunya Oceana,
telah mengemaskinikan idea tersebut dan mencadangkan sistem berdasarkankonsep ini. John Locke, dalam "Civil Government, second treatise" pada 1690,
telah membahagikan kuasa kerajaan kepada dua iaitu eksekutif dan legislatif.
Manakala, Montesquieu dalam karyanya "Spirit of the Laws" telahmengembangkan idea Locke, dengan menambahkan cabang kehakiman.
Dikatakan orang Inggeris mewujudkan kaedah sebenar pembahagian kuasa ini
dengan lebih formal, yang mereka gelar sebagai Instrumen Kerajaan.
Konsep pembahagian kuasa
Di bawah pembahagian kuasa, kerajaan dipecah kepada tiga cabang, iaitu:
Legislatif atau penggubal undang-undang
Eksekutif atau pentadbir kerajaan berdasarkan undang-undang
Kehakiman atau pelaksana undang-undang
Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu
cabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala undang-
undang yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman
untuk membuat keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan
http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/bab-1-kenegaraan-malaysia.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/bab-1-kenegaraan-malaysia.html -
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
9/24
undang-undang tersebut.
Dicatat oleh Panatia pengajian am smk madai di20:090 ulasan
Selasa, 2009 Januari 13
Analisa soalan Pengajian Am (Kertas 2)
Klik pada link dibawah ini:
http://cikgupa.files.wordpress.com/2008/07/analisa-10-tahun-pam1.pdf
Dicatat oleh Panatia pengajian am smk madai di21:120 ulasan
TIPS MENJAWAB PENGAJIAN AM STPM
BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B.PEMARKAHAN (Peringkat sekolah)
IDEA UTAMA : 4 M
HURAIAN : 12 M
BAHASA : 4.5 M
IMPAK : 4.5 MJUMLAH 25 M
Berikut adalah tips atau panduan untuk menjawab soalan Bahagian A dan Bahagian B.1. LARAS. Jawab satu soalan esei sahaja bagi setiap laras iaitu satu jawapan bagi Soalan
Bahagian A (Esei laras sastera) dan satu jawapan bagi soalan bahagian B (esei laras
sains).PASTIKAN ANDA MENJAWAB DENGAN LARAS YANG DIKEHENDAKI.2. RANGKA. Pastikan menjawab soalan yang anda benar-benar yakin boleh menjawab
dengan baik. Luangkan masa 3-4 minit untuk menyediakan rangka atau idea-idea utama
sebelum memulakan esei. RANGKA INI SEBAGAI PANDUAN SUPAYA TIDAKBERLAKU PENGULANGAN IDEA DAN MEMUDAHKAN PERANCANGAN
PENULISAN ANDA.
3. PATAH PERKATAAN. Maksimum jumlah perkataan adalah 350 patah perkataan.
http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/bab-1-kenegaraan-malaysia.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/bab-1-kenegaraan-malaysia.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/bab-1-kenegaraan-malaysia.html#commentshttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=8300525752954993987http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/analisa-soalan-pengajian-am-kertas-2.htmlhttp://cikgupa.files.wordpress.com/2008/07/analisa-10-tahun-pam1.pdfhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/analisa-soalan-pengajian-am-kertas-2.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/analisa-soalan-pengajian-am-kertas-2.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/analisa-soalan-pengajian-am-kertas-2.html#commentshttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=9211611051003452049http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/tips-menjawab-pengajian-am-stpm.htmlhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=9211611051003452049http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=8300525752954993987http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/bab-1-kenegaraan-malaysia.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/bab-1-kenegaraan-malaysia.html#commentshttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/analisa-soalan-pengajian-am-kertas-2.htmlhttp://cikgupa.files.wordpress.com/2008/07/analisa-10-tahun-pam1.pdfhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/analisa-soalan-pengajian-am-kertas-2.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/analisa-soalan-pengajian-am-kertas-2.html#commentshttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/tips-menjawab-pengajian-am-stpm.html -
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
10/24
Latih diri anda semasa membuat latihan. Cara pengiraan mudah ialah dengan mengira
jumlah perkataan purata dalam satu baris (bergantung kepada saiz penulisan) darabkan
dengan jumlah baris dikehendaki bersamaan lebih kurang 350 patah perkataan.4. PERENGGAN. Ada 6 perenggan kesemuanya. Perenggan pertama untuk pengenalan
(30-40 patah perkataan sahaja). Perenggan kedua hingga perenggan kelima untuk idea
dan huraian. Perenggan keenam untuk kesimpulan/penutup. (IDEA DAN HURAIANESEI DITERANGKAN KEMUDIAN)
5. AYAT. Tulis sekurang-kurangnya lima ayat yang sempurna dan setiap perenggan esei
anda.Di mana ayat pertama untuk menyatakan idea utama manakala ayat kedua hingga
kelima untuk huraian yang padat dan mantap.6. MASA. Masa yang paling ideal untuk menjawab / menulis sebuah esei yang lengkap
adalah selama 40 minit. Oleh itu mula latihkan diri anda menulis dalam ruang masa
sepatutnya.
MEMAHAMI KEHENDAK SOALANCalon hendaklah memahami pernyataan diberikan secara ayat demi ayat.
Mengenalpasti kata kunci dan kehendak soalan secara mendalam berkemungkinan adapersoalan yang tersirat/tersembunyi.
Merangka esei anda.
KATA KUNCI SOALAN.
1.BINCANGKAN.
Calon perlu mengemukakan idea dengan menjelaskan isu/fakta yang diberi mengikut
beberapa pendekatan berikut:PRO ATAU KONTRA/POSITIF ATAU NEGATIF
PRO DAN KONTRA / POSITIF DAN NEGATIF
PRO KEPADA PENYATAAN POSITIF DAN NEGATIFPRO DAN LAIN-LAIN
PELBAGAI ASPEK : PUNCA/MASALAH/KESAN/FAEDAH/LANGKAH
2. SEJAUH MANAKAH
Calon mestikan nyatakan lebih idea/keterangan dengan alasan yang kukuh dan
munasabah untuk menyokong idea yang dikemukan dalam soalan. Ada 3 pendekatan
iaitu :PRO DAN KONTRA
PRO DAN LAIN-LAIN
PRO SAHAJA
3. HURAIKAN, BERI PENJEASAN/PENDAPAT, LANGKAH-LANGKAH,HURAIKAN, CADANGKAN DLL.
Calon diminta memberi penjelasan/keterangan tentang sesuatu perkara yang dikehendaki.
4. BERIKAN ULASAN
Calon diminta menyatakan pandangan, tafsiran dan keterangan yang jelas tentang isu
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
11/24
yang dikemukakan. Calon juga boleh mengupas/membuat komentar berdasarkan soalan
yang diberikan dan mengemukakan pandangan pro dan kontra jika sesuai dengan
pernyataan soalan.5. JELASKAN CIRI-CIRI PERBEZAAN/PERBANDINGAN
Calon diminta memberi kesemua ciri yang membezakan kedua-dua perkara atau
membuat perbandingan.
BAHAGIAN C (PETIKAN)
Terbahagi kepada dua bahagian soalan iaitu Roman i dan Roman ii.
1. Roman i 2 Markah
Oleh kerana markah yang kecil, calon diminta membina SATU ayat sahaja. Jawapan
hendaklah berdasarkan petikan dan telah diubahsuai untuk menyampaikan danmenyambung frasa. Satu ayat ini hendaklah menjawab soalan dengan tepat.
MENYALIN SEMULA PETIKAN (DARI AWAL HINGGA AKHIR) TIDAK AKAN
DIBERI MARKAH.
2. Roman ii 8 Markah
Aspek pemarkahan:Idea(2 idea) - 2 Markah
Huraian - 4 Markah
Bahasa - 2 markah
a. Pelajar dikehendaki mengemukakan 2 isi/idea.
b. Huraian hendaklah relevan dengan isi/idea yang dinyatakan dan hendaklah padat.
BERHATI-HATI DENGAN LARAS SOALAN.c. Buat dalam satu perenggan sahaja.
d. Jumlah perkataan hendaklah tidak lebih 50 patah perkataan.
BAHAGIAN D (MENUKAR TEKS LINEAR KEPADA BUKAN LINEAR)
Aspek Pemarkahan: (15 Markah)
Pengkelasan Angkubah(PA) 4 markahKesuaian Teknik (KT) 4 markah
Ketepatan Isi (KI) 4 markah
Kejelasan (KJ) 3 markah
Pengkelasan Angkubah(PA)
1. Paksi X(mendatar) dan Paksi Y (menegak) dilukis dengan betul dan tepat. Begitu jugaukuran bulatan Carta Pai, diukur dengan tepat.
2. Maklumat angkubah pada paksi mesti tepat seperti unit nilai paksi, label paksi dan unit
yang digunakan (RMjuta/kg/orang/Kilowatt dll)
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
12/24
Kesesuaian Teknik (KT)
1. Jenis media hendaklah tepat.Kesalahan media menyebabkan pelajar gagal dalamBahagian ini.
2. Kedudukan media(graf bar/garis/carta) hendaklah seimbang/ditengah kertas graf dan
jangan terkeluar daripada kertas graf. Tajuk , Petunjuk, Skala dan Sumber ditulis dengantepat dan betul.
3. Menggunakan warna /lorekan yang sesuai dan kemas.
Ketepatan Isi (KI)
Maklumat berikut mestilah lengkap:
1. Label Paksi X dan Paksi Y
2. Unit Paksi3. Tajuk yang lengkap
4. Petunjuk sama ada warna, lorek atau garisan.
5. Sumber dicatatkan seperti dalam petikan.
6. Data/Maklumat jadual yang ditunjukkan melalui graf/carta7. Skala / nisbah jejari yang tepat
8. Titik asas (0) di catat pada persilangan paksi X dan Paksi Y
Kejelasan (KJ)
Maklumat berikut mestilah KEMAS, BETUL dan JELAS1. Tajuk Utama
2. Label paksi
3. Petunjuk
4. Skala5. Sumber
BAHAGIAN E (MENGALIH TEKS BUKAN LINEAR KEPADA TEKS LINEAR)
Ada beberapa media yang kerap disoal dalam peperiksaan iaitu:1. Media Statistik (jadual)
2. Media Statistik (graf / carta pai)
3. Media Carta Aliran
4. Media Gambarajah
STRATEGI MENJAWAB BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B
Strategi menjawab ini diadaptasi daripada salah seorang GURU CEMERLANGPengajian Am di Bahagian Kuching Sarawak dan strategi ini dinamakan RUMUS ICU.
Calon Tingkatan 6 atau Pra-U hendaklah seorang calon yang matang dari segi
pengolahan idea dan juga huraian. Setiap idea dan huraian menunjukkan kematanganyang tinggi dan boleh membuat hubung kait diantara idea dan huraian. Oleh itu RMUS
ICU diperkenalkan oleh beliau.
RUMUS ICU
I
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
13/24
IDEA UTAMA
Permualaan perenggan calon hendaklah menyatakan idea utama. Oleh kerana di dalam
Pengajian Am jumlah perkataan sekitar 250-300 patah perkataan maka wajar pelajarmenggunakan sepenuhnya jumlah perkataan.
Idea Utama hendaklah matang dan jelas. Perancangan/membuat rangka penting agar idea
utama ini tidak berulang semula dalam idea-idea yang lain.ISI LANJUTAN.
Isi lanjutan hendaklah menyokong idea utama. Ia merupakan kesinambungan idea utama.
Memadai dinyatakan dalam satu ayat sahaja .
CCONTOH
Ayat yang seterusnya pelajar dapat memberi CONTOH yang sesuai dengan idea yang
dinyatakan. Contoh tersebut tidak semestinya bermula dengan perkataan
contohnya..Jika perkataan ini digunakan di setiap huraian idea akan menjejaskanpenulisan pelajar. Contoh yang dinyatakan ini menjadi sokongan tambahan yang kuat dan
kukuh bagi penerangan pelajar. Ini juga menunjukkan tahap pemahaman danpengetahuan pelajar yang tinggi.
U
ULASANAyat terakhir dalam perenggan huraian idea adalah pelajar dapat membuat ulasan
terhadap idea dinyatakan. Ulasan ini boleh dalam bentuk cadangan, pendapat atau
huraian lanjutan terhadap isu dikemukakan.
Dengan RUMUS ICU ini pelajar mampu menghasilkan karangan yang baik. Di manadalam setiap perenggan pelajar dapat mengemukakan sekurang-kurangnya 5-6 ayat.
Selain itu karangan pelajar juga akan mantap.
Contoh penggunaan RUMUS ICU.Soalan STPM 2007 (Bahagian A-Esei Laras Sastera)
Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara
yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentuperlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan.
Kesan negatif 1. Menjadi punca pelbagai masalah sosial.
Rumus
Idea/HuraianCatatan
IIdea Utama
Idea Lanjutan
Salah satu kesan negatif projek perumahan terbengkalai adalah menimbulkan pelbagai
masalah sosial.
Ramai pihak akan mengambil kesempatan jika kawasan perumahan dibiarkan terbiar.
C
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
14/24
Contoh
Masalah-masalah sosial seperti penagihan dadah, seks rambang dan juga jenayah
kecurian akan berlaku di kawasan ini.U
Ulasan
Akibatnya, gejala ini akan merosakkan sistem sosial masyarakat setempat jika tidakdiatasi.
* Ini sebagai panduan sahaja. Kesilapan bahasa amatlah dikesali. Cikgu bukan guru
bahasa tetapi cuba memberikan yang terbaik. Jika ada kesilapan bahasa sila betulkan.
Dicatat oleh Panatia pengajian am smk madai di21:030 ulasan
900/1 Pengajian Am 1 : Demokrasi Berparlimen
Oleh : Rajis Omar
KONSEP DEMOKRASI
Istilah demokrasi berasal daripada perkataan Greek, iaitu demos dan kratos.
Demos bermaksud rakyat dan kratos bermaksud pemerintahan.
Konsep demokrasi dikatakan telah diasaskan oleh kerajaan Greek Purba abad ke-4 M).
Konsep demokrasi ini dikembangkan pula oleh beberapa orang cendekiawan Greekseperti Socrates, Plato, Aristotle dan Pericles.
AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
Malaysia telah mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi sejak kemerdekaansehingga hari ini. Konsep demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah sama dengan
apa yang diamalkan oleh negara lain yang mengamalkan pemerintahan bercorakdemokrasi, iaitu suatu pemerintahan yang menggunakan suara rakyat dalam menentukan
pemimpin negara atau tampuk pemerintahan.
PRINSIP UTAMA SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Ketua Negara Malaysia ialahYang di-Pertuan Agong(YDPA).
Perlantikan YDPA dibuat oleh Majlis Raja-raja secara bergilir-gilir selepas lima tahun.
YDPA memegang kuasa tertinggi dalam pentadbiran negara seperti perundangan,
pentadbiran, kehakiman, ketenteraan dan sebagainya.
KETUA NEGERI
Kuasa pentadbiran di peringkat negeri dipegang oleh raja/sultan sebagai Ketua Negeri
http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/tips-menjawab-pengajian-am-stpm.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/tips-menjawab-pengajian-am-stpm.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/tips-menjawab-pengajian-am-stpm.html#commentshttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=7701926141290221385http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/9001-pengajian-am-1-demokrasi.htmlhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=7701926141290221385http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/tips-menjawab-pengajian-am-stpm.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/tips-menjawab-pengajian-am-stpm.html#commentshttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/9001-pengajian-am-1-demokrasi.html -
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
15/24
manakala di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, dan Melaka digelar Yang Dipertua Negeri.
Sebagaimana YDPA, sultan juga memerintah mengikut kuasa yang diperuntukkan olehperlembagaan.
Tugas sultan sebagai Ketua Negeri menurut Perlembagaan ialah memanggil, menangguh,dan membubarkan Dewan Undangan Negeri tetapi tiada kuasa untuk mengisytiharkan
darurat.
Disamping itu Ketua Negeri dilantik menjadi Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu di negerinya.
PARLIMEN
Parlimen melambangkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen kerana wakil-wakil
yang di lantik adalah melalui pilihan raya (suara majoriti).
STRUKTUR DAN KEANGGOTAAN PARLIMEN
DEWAN RAKYAT
Berperanan sebagai tempat untuk membahas rang undang-undang
DEWAN NEGARA
Merangka rang undang-undang
PILIHANRAYA
Pilihan raya umum diadakan untuk memilih wakil-wakil Parlimen untuk menerajui
pemerintahan negara dan memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri untukmengetuai kerajaan Negeri.
Dijalankan setiap 5 tahun sekali.
Pengundi mestilah berumur 21 tahun keatas.
Bermastautin didalam suatu kawasan pilihan raya dan tidak seorang pun boleh mengundi
lebih daripada satu bahagian pilihan raya dalam pilihan raya yang sama.
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
16/24
PERLEMBAGAAN
Perlembagaan melambangkan kewujudan demokrasi berpalimen di Malaysia yangmemberikan jaminan kepada pemerintah dan rakyat dari segi perlindungan,
kedudukan,hak dan sebagainya.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, kini di kenali sebagai Perlembagaan
Persekutuan Malaysia.
Dicatat oleh Panatia pengajian am smk madai di10:00
900/1 Pengajian Am 1 : Sistem Kehakiman Malaysia
Oleh : Rajis Omar
Latar Belakang :
http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/9001-pengajian-am-1-demokrasi.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/9001-pengajian-am-1-demokrasi.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/9001-pengajian-am-1-sistem-kehakiman.htmlhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=4730744613858839215http://4.bp.blogspot.com/_9Zgm3xsaMAM/SWwoEu2X86I/AAAAAAAAAA8/Qt3dCq-8rWs/s1600-h/CORAK+PEMERINTAHAN.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_9Zgm3xsaMAM/SWwjWhGaevI/AAAAAAAAAA0/qtJznD6EAsE/s1600-h/PROSES+PILIHAN+RAYA.JPGhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/9001-pengajian-am-1-demokrasi.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/9001-pengajian-am-1-sistem-kehakiman.html -
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
17/24
Sistem Kehakiman Malaysia dalam keseluruhannya di bawah organisasi kerajaan
Persekutuan.
Bidang kuasa serta prosiding :
Mahkamah PersekutuanBidang kuasa : Rayuan, nasihat, sedia ada dan rujukan dan tidak meliputi bidang kuasa
Mahkamah Syariah.
Ketua Mahkamah Persekutuan ialah Ketua Hakim Negara. Anggota-anggotanya yanglain ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Borneo
dan 7 orang hakim-hakim Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Rayuan
Bidang kuasa : Rayuan untuk mendengar kedua-dua kes sivil dan jenayah daripada
Mahkamah Tinggi. Manakala, dari Mahkamah Sesyen, hanya kes-kes jenayah didengar
rayuannya.Diketuai oleh seorang Presiden dan dianggotai oleh 10 orang hakim.
Mahkamah Tinggi
Bidang kuasa : Rayuan bagi kes-kes sivil dan jenayah dan bidang kuasa sedia bagi kes-kes jenayah dan sivil. Bidang kuasa yang sedia ada bagi kes-kes jenayah dan sivil adalah
tidak terhad di mana kes-kes di luar bidang kuasa Mahkamah Rendah dibawa di
hadapannya. Secara amnya, Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mendengar kes-
kes yang membawa hukuman mati mandatori.Mahkamah Tinggi juga mempunyai kuasa untuk membuat kajian semula bagi kes-kes
jenayah diputuskan di Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa
sivil mendengar kes-kes :
cerai dan nafkah
admiralitykebangkaran dan syarikat
penjagaan kanak-kanak
surat kuasa mentadbir dan probet
Mahkamah Sesyen
Bidang kuasa : Mendengar dan melupuskan apa-apa kes sivil atau jenayah yang timbul
dalam kawasan yang dihadkan bagi bidang kuasanya. Bagi bidang kuasa jenayah,Mahkamah Sesyen boleh mendengar semua kes selain daripada kes yang membawa
hukuman mati mandatori.
Bagi bidang kuasa sivil pula, mahkamah mempunyai kuasa yang tiada had bagi kes-keskemalangan dan pertelingkahan atau pertikaian yang melibatkan tuntutan tidak melebihi
darippada jumlah RM 250 00.00.
Mahkamah Majistret
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
18/24
Terbahagi kepada Mahkamah Majistret Kelas 1 dan Majistret kelas 2.
Mahkamah Majistret Kelas 1Bidang kuasa : Jenayah mendengar semua kes jenayah dan hukuman penjara yang
boleh dijatuhkan ialah penjara tidak melebihi 10 tahun.
Secara amnya, seorang Majistret Kelas 1 boleh menjatuhkan hukuman yangdiperuntukkan undang-undang tidak melebihi : 5 tahun penjara , Denda sebanyak RM 10
000.00 , Rotan hingga 12 kali
Kombinasi mana-mana hukuman di atas. Bagi bidang kuasa sivil boleh mendengarperkara yang dipertikaikan di mana jumlah tuntutan tidak melebihi RM 25 000.00.
Mahkamah Majistret Kelas 2Bidang kuasa : Jenayah boleh mendengar kes-kes di mana hukuman penjaranya tidak
melebihi 12 bulan atau denda sahaja.
Boleh menjatuhkan hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang tidak melebihi :
bulan penjara denda sebanyak RM 250.00kombinasi mana-mana hukuman di atas
Bidang kuasa sivil boleh mendengar kes-kes yang tidak melebihi RM 3 000.00.
Dicatat oleh Panatia pengajian am smk madai di09:53
900/1 Pengajian Am 1 : Sistem Kerajaan
Oleh : Rajis Omar
Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab
menggubal atau melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai contohnya, institusi atau
agensi itu adalah seperti Parlimen, kabinet, Majlis Raja-Raja, mahkamah, jabatan dankementerian. Sistem kerajaan hari ini boleh dibahagikan berasaskan :
a. pembahagian kuasa kerajaan antara pusat dengan negeri
b. kewujudan atau tidak kewujudan raja
Berasaskan pembahagian ini, terdapat sistem kerajaan persekutuan, kesatuan,
konfederasi, republik dan beraja.
Kerajaan Kesatuan
dilaksanakan melalui pemusatan kuasa, iaitu kerajaan pusat mempunyai segala kuasakerajaan
Contoh : Malayan Union adalah terdiri dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu
Bersekutu, dan Negeri-negeri Melayu Tidak BersekutuKesemuanya disatukan dalam pentadbiran pusat di Kuala Lumpur di bawah Gabenor
British
Kerajaan pusat berhak mengubah kuasa-kuasa atau sempadan merekaKerajaan pusat juga boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkat-
http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/9001-pengajian-am-1-sistem-kehakiman.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/9001-pengajian-am-1-sistem-kehakiman.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/9001-pengajian-am-1-sistem-kerajaan.htmlhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=1110489422127876895http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/9001-pengajian-am-1-sistem-kehakiman.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/9001-pengajian-am-1-sistem-kerajaan.html -
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
19/24
peringkat kerajaan lain
Contoh : Britain, New Zealand, Perancis, Sweeden, Norway dan Denmark
Kerajaan Konfederasi
merujuk kepada persepakatan di antara beberapa buah negeri melalui perjanjian bersamakuasa kerajaan terletak di tangan kerajaan-kerajaan negeri
Contoh : Jerman (tetapi tidak lagi sekarang ini)
Kerajaan Persekutuan
beberapa buah negeri disekutukan untuk kepentingan bersamasetiap negeri mempunyai sistem pentadbirannya sendiri dan kerajaan pusat tidak
mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri
Kerajaan Republik
ketua negara lazimnya seorang Presiden
Contoh : Filipina, India, Perancis, dan Portugal
Kerajaan Beraja
ketua negara adalah raja / ratuhampir kesemua negara yang mempunyai sistem beraja hari ini, kuasa raja dihadkan oleh
perlembagaan
Contoh : Malaysia, Britain sistem raja berpelembagaan iaitu raja menjalankan kuasapemerintahannya mengikut perlembagaan undang-undang
Kerajaan Demokratikdemokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu demos (rakyat) dan kratos (kuasa)
oleh itu, rakyat mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan kerajaan yang memerintah
sesebuah negara melalui pilihanraya umum
antara ciri-cirinya :
a. semua warganegara mempunyai kelayakan umur tertentu boleh mengundib. setiap warganegara dibenarkan bertanding dalam pilihanraya
c. pengundian pilihanraya dibuat berdasarkan bilangan undi terbanyak
d. badan perundangan (Parlimen) terdiri daripada wakil-wakil yang dipilihe. mengutamakan kebebasan, persamaan dan hak-hak rakyat
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
20/24
PERHATIAN
Pelajar kena pandai membezakan semua jenis kerajaan yang disenaraikan.
Dicatat oleh Panatia pengajian am smk madai di08:43
Khamis, 2009 Januari 08
Pelan Strategik Pengajian Am Tahun 2009
1) Perancangan Strategik
- Mesyuarat panatia 1
- Pencerapan
- Mesyuarat Panatia 2
2) Peningkatan Akademik(Kurikulum)
- Program KEPAK
-Program STING
-Program ZERO D
-Kuiz Sepantas Memori
-Tunjuk Ajarku Mentor
3) Program Khas Panatia
- Bengkel Teknik Menjawab Soalan
-Guru Masuk Kampung
-Minggu Pengajian Am
Dicatat oleh Panatia pengajian am smk madai di12:340 ulasan
Jadual Excel 1 STPM 2009 SMK Madai
Tarikh : 20/01/2009( Selasa )
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Mata pelajaran : 940/2 Sejarah 2
http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/9001-pengajian-am-1-sistem-kerajaan.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/9001-pengajian-am-1-sistem-kerajaan.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/pelan-strategik-pengajian-am-tahun-2009.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/pelan-strategik-pengajian-am-tahun-2009.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/pelan-strategik-pengajian-am-tahun-2009.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/pelan-strategik-pengajian-am-tahun-2009.html#commentshttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=7312467217534087481http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/jadual-excel-1-stpm-2009-smk-madai.htmlhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=7312467217534087481http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=8109869069430721207http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/9001-pengajian-am-1-sistem-kerajaan.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/pelan-strategik-pengajian-am-tahun-2009.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/pelan-strategik-pengajian-am-tahun-2009.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/pelan-strategik-pengajian-am-tahun-2009.html#commentshttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/jadual-excel-1-stpm-2009-smk-madai.html -
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
21/24
Tarikh : 21/01/2009( Rabu )
Masa : 7.00 pagi - 9.00 pagi
Mata pelajaran : 900/1 Pengajian Am 1
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Mata pelajaran : 940/1 Sejarah 1
Tarikh : 23/01/2009( Jumaat)
Masa : 7.30 pagi - 10.30 pagi
Mata pelajaran :900/2 Pengajian Am 2
Tarikh : 03/02/2009( Selasa )
Masa : 7.00 pagi - 10.00 pagi
Mata pelajaran : 944/1 Ekonomi 1
Tarikh : 04/02/2009( Rabu )
Masa : 7.00 pagi - 10.00 pagi
Mata pelajaran : 944/2 Ekonomi 2
Dicatat oleh Panatia pengajian am smk madai di10:070 ulasan
Nota Pengajian Am 1 :Dasar Awam Malaysia(2)
Rasional Kerajaan Memperkenalkan Dasar-Dasar Awam
-Untuk memenuhi objektif-objektif sosio-ekonomi negara seperti pembangunan ekonomi,
pengagihan pendapatan, perkhidmatan awam, kestabilan atau keselamatan negara danjuga kebajikan masyarakat
-Untuk menjadi sebuah negara yang makmur lagi bersatupadu berasaskan sistem
demokrasi di dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil
Kenapa Dasar Awam Perlu Difahami
-Supaya dapat merangka program dan pelan tindakan bagi mencapai objektif
-Mengatasi masalah dan konflik yang mungkin timbul dalam pelaksanaan dasar-dasar
berkenaan
http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/jadual-excel-1-stpm-2009-smk-madai.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/jadual-excel-1-stpm-2009-smk-madai.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/jadual-excel-1-stpm-2009-smk-madai.html#commentshttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=3955826690594700224http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/nota-pengajian-am-1-dasar-awam_07.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/nota-pengajian-am-1-dasar-awam_07.htmlhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=3955826690594700224http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/jadual-excel-1-stpm-2009-smk-madai.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/jadual-excel-1-stpm-2009-smk-madai.html#commentshttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/nota-pengajian-am-1-dasar-awam_07.html -
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
22/24
Jenis- Jenis Dasar Utama Kerajaan
-Dasar-Dasar Ekonomi
-Dasar-Dasar Sosial dan Etika Kerja-Dasar-Dasar Luar
Dasar-Dasar Ekonomi
Dasar Pembangunan Nasional
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2)
Dasar Perindustrian NegaraDasar Pertanian Negara
Dasar Penswastaan
Dasar Pensyarikatan MalaysiaDasar Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung Dan Luar Bandar
Dasar Pengurangan Perbelanjaan Awam
Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 JutaDasar/Program Pembaharuan dan Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
Dasar-Dasar Sosial Dan Etika Kerja
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam PentadbiranDasar Pandang Ke Timur
Dasar Bersih, Cekap Dan Amanah
Kepimpinan Melalui Teladan
Dasar-Dasar Luar
Konsep Kawasan Aman, Bebas Dan Berkecuali (ZOPFAN)
AntartikaRancangan Kerjasama Teknik Malaysia (MTCP)
Dicatat oleh Panatia pengajian am smk madai di08:490 ulasan
Rabu, 2009 Januari 07
Nota Pengajian Am 1 :Dasar Awam Malaysia(1)
http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/nota-pengajian-am-1-dasar-awam_07.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/nota-pengajian-am-1-dasar-awam_07.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/nota-pengajian-am-1-dasar-awam_07.html#commentshttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=6942681363633758869http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/nota-pengajian-am-1-dasar-awam.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/nota-pengajian-am-1-dasar-awam.htmlhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=6942681363633758869http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/nota-pengajian-am-1-dasar-awam_07.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/nota-pengajian-am-1-dasar-awam_07.html#commentshttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/nota-pengajian-am-1-dasar-awam.html -
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
23/24
Rajis Omar
Dasar-Dasar Utama Kerajaan
1). Dasar-Dasar Awam
2). Dasar-Dasar Pembangunan
Definisi Dasar
"Suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak"
Definisi Dasar-Dasar Kerajaan (Awam )
"Satu pengistiharan (hasrat dan ideologi kerajaan) dibuat dari semasa ke semasa untukmenyelesaikan / mendapatkan hasil/ mencapai objektif. "
Kenapa Dasar Kerajaan Di buat ?
-Meningkatkan kecekapan
-Meningkatkan produktiviti
-Mengurangkan kos pengurusan-Mengatasi masalah
-Meletakkan asas pentadbiran negara/organisasi
-Panduan bagi mencapai objektif-Menyedarkan orang ramai perlunya sesuatu amalan baik dipraktikan
Kenapa Dasar-Dasar Kerajaan Perlu Difahami ?
--supaya dapat merangka program dan pelan tindakan bagi mencapai objektif
-mengatasi masalah dan konflik yang mungkin timbul dalam pelaksanaan dasar-dasar
berkenaan-terlibat secara langsung sebagai kakitangan awam (pelaksana dasar) dan rakyat (sasaran)
Jenis-Jenis Dasar Utama Kerajaan
-Dasar-Dasar Ekonomi
-Dasar-Dasar Sosial dan Etika Kerja-Dasar-Dasar Luar
Bagaimana Dasar-Dasar Awam Malaysia Terbentuk
Zaman Penjajah
-Sebelum mencapai kemerdekaan
( 1944-1957 )-Selepas merdeka (1957-13 Mei 1969 )
-DEB (1970-1990) RRJP1
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Pengajian Am Excel 1 2009
24/24
-DPN (1991-2000) RRJP2
-Wawasan 2020
Dicatat oleh Panatia pengajian am smk madai di21:310 ulasan
Sukatan Pelajaran Pengajian Am
900 PENGAJIAN AM
Kandungan
Bentuk Komunikasi - Pembacaan haruslah meluas dan meliputi pelbagai bentukkomunikasi, iaitu bahan laras bahasa sastera dan bahan laras bahasa saintifik.
Kedalaman Pengajian - Kajian dan pengetahuan berkenaan sesuatu bidang itu hendaklah
memperlihatkan kematangan dalam kefahaman dan pemikiran.
Bidang Bacaan - Pembacaan haruslah meliputi bidang-bidang Sains Sosial,Kemanusiaan, Sains dan teknologi, dan karya kreatif. Penekanan yang lebih hendaklahdiberikan kepada Malaysia dan daerah serantau.
Pengetahuan Kenegaraan Malaysia - Kajian tentang Pentadbiran dan Perundangan
Pengetahuan Am - Pemahaman tentang isu-isu semasa yang penting di Malaysia, daerah
serantau dan dunia.
Bentuk Peperiksaan
Terdiri daripada dua kertas:
Kertas 1: Aneka Pilihan (2 jam)
Mengandungi 60 soalan aneka pilihan
Kertas 2: Esei (2 jam 40 minit)
Terdiri daripada empat bahagian:
Bahagian A - Karangan berorientasi sastera (300 - 350 patah kata)Bahagian B - Karangan berorientasi sains (300 - 350 patah kata)
Bahagian C - Ubah bentuk petikan kepada graf/carta dan lain-lain
Bahagian D - Ubah bentuk graf/carta dll kepada karangan/rencana.
Dicatat oleh Panatia pengajian am smk madai di21:220 ulasan
Selamat Datang Ke Laman Blog Pengajian Am SMK Madai
Dicatat oleh Panatia pengajian am smk madai di21:140 ulasan
Februari 2009Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)
http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/nota-pengajian-am-1-dasar-awam.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/nota-pengajian-am-1-dasar-awam.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/nota-pengajian-am-1-dasar-awam.html#commentshttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=1985254342409031940http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/sukatan-pelajaran-pengajian-am.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/sukatan-pelajaran-pengajian-am.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/sukatan-pelajaran-pengajian-am.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/sukatan-pelajaran-pengajian-am.html#commentshttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=8463885678455797311http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/selamat-datang-ke-laman-blog-pengajian.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/selamat-datang-ke-laman-blog-pengajian.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/selamat-datang-ke-laman-blog-pengajian.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/selamat-datang-ke-laman-blog-pengajian.html#commentshttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=7928453575141166344http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009_02_01_archive.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/feeds/posts/defaulthttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/feeds/posts/defaulthttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=7928453575141166344http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=8463885678455797311http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=626394364928802246&postID=1985254342409031940http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/nota-pengajian-am-1-dasar-awam.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/nota-pengajian-am-1-dasar-awam.html#commentshttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/sukatan-pelajaran-pengajian-am.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/sukatan-pelajaran-pengajian-am.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/sukatan-pelajaran-pengajian-am.html#commentshttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/selamat-datang-ke-laman-blog-pengajian.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/selamat-datang-ke-laman-blog-pengajian.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009/01/selamat-datang-ke-laman-blog-pengajian.html#commentshttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/2009_02_01_archive.htmlhttp://pengajianamstpm3202.blogspot.com/http://pengajianamstpm3202.blogspot.com/feeds/posts/default