Download - Kraf Tradisional tekat
![Page 1: Kraf Tradisional tekat](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061317/5571fb6a497959916994cf83/html5/thumbnails/1.jpg)
Kraf Tradisional
SENI TEKAT
Ahli Kumpulan : Nursyakila bt Rosli
Siti Asmah bt Mahmud
![Page 2: Kraf Tradisional tekat](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061317/5571fb6a497959916994cf83/html5/thumbnails/2.jpg)
Pengenalan • Dikenali tekat bersuji atau sulaman timbul. Ia
merupakan seni sulaman benang pada kain dasar dan dibentuk dengan menggunakan kertas yang dilitupi benang emas.
• Seni tekat seusia dengan tenunan songket dan keduanya mempunyai persamaan, iaitu menggunakan benang emas. Tekat mempunyai bentuk seperti ukiran kayu timbul.
![Page 3: Kraf Tradisional tekat](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061317/5571fb6a497959916994cf83/html5/thumbnails/3.jpg)
Sejarah dan Perkembangan
• Seni tekat diperkenalkan sejak zaman kerajaan Melayu Melaka. Seni ini juga disebut dalam hikayat Melayu lama, iaitu Hikayat Anggun Cik Tunggal yang menggambarkan pakaian anak raja yang dipenuhi dengan seni tekat.
• Seni ini dipercayai dibawa masuk dari Negara China dan hanya diperkenalkan di kalangan golongan bangsawan sahaja.
![Page 4: Kraf Tradisional tekat](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061317/5571fb6a497959916994cf83/html5/thumbnails/4.jpg)
• Selepas kejatuhan Melaka, seni tekat tersebar ke negeri Perak, Johor dan Pahang. Seni ini mendapat tempat di negeri Perak dan seolah-olah menjadi identiti negeri tersebut. Ia menjadi satu kemestian pada hiasan barangan, terutama alat perhiasan perkahwinan.
![Page 5: Kraf Tradisional tekat](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061317/5571fb6a497959916994cf83/html5/thumbnails/5.jpg)
Jenis – jenis Tekat
• Tekat Timbul Bunga Emas- Tekat timbul bunga emas menggunakan motif dan
corak daripada mempulur dan diliputi benang emas atau perak.
• Tekat Gubah- Tekat gubah tidak menggunakan mempulur, sebaliknya
corak dilukis pada kain dasar. Corak ini kemudiannya disulam dengan benang emas atau perak.
- Hiasan tekat gubah ditambah dengan hiasan manik dan labuci. Tekat jenis ini terdapat pada lemudi pintu, sejadah, pakaian diraja dan lain-lain.
![Page 6: Kraf Tradisional tekat](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061317/5571fb6a497959916994cf83/html5/thumbnails/6.jpg)
Motif Seni Tekat• Motif Flora1. Tumbuhan yang menjadi pilihan ialah
tumbuhan menjalar, terutama bunga, daun, akar menjalar dan kudup bunga.
2. Dimanipulasi dan diubahsuai menjadi variasi yang menarik. Motif tumbuhan yang diolah adalah daripada lingkungan bunga-bunga tradisional yang berada dalam lingkungan alam Melayu.
![Page 7: Kraf Tradisional tekat](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061317/5571fb6a497959916994cf83/html5/thumbnails/7.jpg)
Koleksi pelbagai motif flora• Bunga cempaka• Bunga asam batu• Bunga bakung• Bunga bercula kelopak pecah lapan• Bunga kenanga• Bunga pecah lima• Bunga raya• Bunga teratai• Bunga/buah delima• Daun bunga jermin• Daun keladi• Daun peria• Daun padi• Daun pucuk paku
![Page 8: Kraf Tradisional tekat](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061317/5571fb6a497959916994cf83/html5/thumbnails/8.jpg)
• Motif FaunaMotif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam, itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah atau digambungkan dengan motif flora.
Koleksi motif fauna:•Ayam jantan•Burung
![Page 9: Kraf Tradisional tekat](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061317/5571fb6a497959916994cf83/html5/thumbnails/9.jpg)
• Motif GeometriMotif geometri digemari kerana lebih mudah dan ringkas. Antara motif geometri yang popular ialah segi tiga pucuk rebung, segi empat, garisan lurus, swastika, gandaan huruf ‘S’ dan sebagainya.
Koleksi motif geometri :-Corak dangai catur-Corak banji-Kisi-kisi-‘s’ berganga keluk-swastika-Pucuk rebung segi dan lengkung
![Page 10: Kraf Tradisional tekat](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061317/5571fb6a497959916994cf83/html5/thumbnails/10.jpg)
Tokoh Tekat
Ahdijah bt. Hasim
Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya bernama Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong.
![Page 11: Kraf Tradisional tekat](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061317/5571fb6a497959916994cf83/html5/thumbnails/11.jpg)
Hajah Azizah bt. Mohd Yusof
Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi menekat.
![Page 12: Kraf Tradisional tekat](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061317/5571fb6a497959916994cf83/html5/thumbnails/12.jpg)
HASIL SENI TEKAT
Hasil seni tekat bersifat dua dimensi(2-D), tetapi produk akhirnya digunakan untuk hiasan barangan tiga dimensi (3-D). Antaranya ialah tepak sirih, tudung saji, pelamin, alas pahar, kasut bersulam , kotak tisu, kipas tangan, sarung bantal, sarung kusyen, kembal, hiasan pada sejadah, lemudi pintu, iasan dinding, bingkai cerman dll.
![Page 13: Kraf Tradisional tekat](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061317/5571fb6a497959916994cf83/html5/thumbnails/13.jpg)
![Page 14: Kraf Tradisional tekat](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061317/5571fb6a497959916994cf83/html5/thumbnails/14.jpg)
![Page 15: Kraf Tradisional tekat](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061317/5571fb6a497959916994cf83/html5/thumbnails/15.jpg)
![Page 16: Kraf Tradisional tekat](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061317/5571fb6a497959916994cf83/html5/thumbnails/16.jpg)
![Page 17: Kraf Tradisional tekat](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061317/5571fb6a497959916994cf83/html5/thumbnails/17.jpg)
SEKIAN……..