Download - KRM3073 Pengajaran Matematik Sek. Ren..pdf
-
1
KUMPULAN: UPSIO3
NAMA ID MATRIK
ROZIHAN ISMAIL FATHI D20111049501
NAMA PENSYARAH :
PROF. MADYA DR. NOOR SHAH B. SAAD
TARIKH SERAH:
24 APRIL 2014
KRM 3073
PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH
RENDAH
TUGASAN 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
-
2
ISI KANDUNGAN
BIL.
PERKARA
M/SURAT
1
PENGENALAN
-Model Bandingan
3
2.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
4 -7
5.
Lembaran Kerja
8 - 10
6.
Rujukan
11
-
3
1.0 Pengenalan
Model Bandingan (Comparison Model)
Seorang guru matematik harus mempunyai pelbagai strategi pengajaran yang berkesan terutama
sekali bagi tajuk-tajuk yang penting. Ini adalah untuk memastikan murid-murid dapat memahami
sesuatu tajuk dengan baik. Menurut teori Piaget yang tertumpu pada aspek konstruktivisme
menyatakan bahawa pemikiran kanak-kanak mula memanipulasi objek untuk merasa dan
membangunkan idea-idea. Matematik bermula daripada peringkat praoperasi lagi. Secara
umumnya, kita dapat melihat bahawa Matematik memainkan peranan yang sangat berkesan dalam
pengajaran dan pembelajaran bermula dari sekolah rendah lagi. Kajian banyak menunjukkan
bahawa manipulasi alat bahan bantu sangat berguna untuk perkembangan mental murid yang
berkaitan dengan konsep Matematik.
Kaedah pengajaran matematik yang sesuai dapat meningkatkan tahap pemikiran murid melalui
proses memanipulasi objek fizikal, mod ikonik yang mewakili idea-idea menggunakan gambar
atau imej, dan mod simbolik yang melibatkan idea-idea yang diwakili melalui bahasa atau simbol.
Merujuk kepada hasil pemprosesan maklumat dan pengalaman di masa lampau, menurut Bruner,
pembangunan sistem mental membolehkan murid untuk membuat ramalan dan mendapatkan
maklumat yang relevan berdasarkan pengalaman yang lalu untuk diaplikasikan dalam situasi baru.
Penggunaan sumber model, fizikal dan imej dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dapat
menyokong pemahaman dan penggunaan simbol. Terdapat beberapa strategi yang boleh
dipraktikkan oleh guru-guru supaya mendapat pengajaran yang berkesan.guru boleh menggunakan
beberapa kaedah pengajaran, antaranya ialah Model Bandingan.
Model bandingan digunakan bagi menunjukkan hubungan antara dua atau lebih kuantiti apabila
membuatperbandingan. Guru boleh menunjukkan berbezaan apabila menunjukkan objek A dan
juga B. Guru juga boleh menunjukkan perbezaan nisbah antara A dan B. Model bandingan ini
amat sesuai bagi soalan menyelesaikan masalah harian. Perbandingan juga boleh dinyatakan
dalam pecahan.
1. Mengubah Pecahan Biasa menjadi Perbandingan
2. Memecahkan masalah perbandingan
-
4
2.0 Rancangan Pengajaran Harian Matematik Tahun 1
MATA PELAJARAN : Matematik
KELAS : Tahun Satu Anggerik
TARIKH : 4 April 2014
MASA : 8.30 9.00 pagi (30 minit)
BILANGAN MURID : 30 orang
TAJUK : Nombor Bulat Hingga 100
STANDARD KANDUNGAN : Murid dibimbing untuk:
- Menyatakan kuantiti secara intuitif
STANDARD PEMBELAJARAN: 1.1 (i)
- a) kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek.
- b) membandingkan dua kumpulan secara padanan.
- c) pola yang berlainan dengan menggunakan dua kumpulan
objek.
-
OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Murid berupaya untuk:
- Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau
sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau
kurang.
PENDEKATAN PEMBELAJARAN : Teori Konstruktivisme
MODEL : i) Bandingan
ii) Bahan Manipulatif
PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID:
- Murid telah mengenal angka dari pengalaman melihat nombor
yang ada di persekitaran.
- Murid telah mempelajari konsep 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10
menggunakan gambar dan sebagainya juga telah menguasai
konsep perbandingan banyak dan sedikit.
NILAI DAN SIKAP : bekerjasama, mendengar arahan dan berterima kasih.
-
5
BAHAN BANTU MENGAJAR : - 1) Kad Nombor (1 10)
2) Kad Gambar
3) Guli
4) Lembaran Kerja
PENYERAPAN ILMU : Pendidikan Seni Visual
KBKK : 1. Membuat perbandingan
2. Membuat anggaran
3 . Mengukur dengan menggunakan nombor.
KECERDASAN LOGIKAL : 1. Kecerdasan pelbagai
2. Kecerdasan interpersonal
Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini murid dapat:
A. Menguasai isi kandungan
a) Menyatakan sesuatu perkara yang didengar dan dialami dengan menggunakan bahasa
yang sesuai.
b) Menyatakan kuantiti melalui kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek dan
membanding dua kumpulan secara padanan.
B. Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
a) Murid membuat perbandingan kumpulan banyak dan kumpulan sedikit, kumpulan sama
banyak dan tidak sama banyak, kumpulan lebih dan kumpulan kurang berdasarkan objek
yang ada di sekeliling murid.
-
6
Langkah pengajaran:
Set Induksi (5 minit)
1. Guru memainkan lagu Sepuluh Budak Hitam
2. Guru mengajak murid menyanyi bersama-sama dengan iringan muzik.
3. Guru meletakkan dua kumpulan guli di dalam mangkuk dan meletakkan di atas meja.
4. Murid membuat pemerhatian terhadap 2 kumpulan guli yang terletak di atas meja.
5. Murid diminta membuat perbandingan dan menyatakan guli yang mana banyak dan yang
sedikit.
Contoh soalan : Mangkuk manakah yang mempunyai banyak guli, mangkuk A atau B.
: Berapakah guli di dalam Mangkuk A dan berapakah guli dalam mangkuk B.
Mangkuk A Mangkuk B
Langkah 1 (10 minit)
1. Guru meminta murid membentuk dua bulatan.
2. Guru menerangkan kepada murid tentang sama banyak dan tidak sama banyak melalui kad
gambar.
3. Bersoaljawab dengan murid mengenai kumpulan yang banyak dan sedikit, sama banyak dan
tidak sama banyak.
4. Murid di setiap kumpulan menghimpunkan guli di dalam mangkuk kepada kuantiti yang
sama banyak dan tidak sama banyak.
Cadangan komunikasi:
i. Kumpulan 1 bentuk kumpulan guli yang banyak dan sedikit.
ii. Kumpulan 2 bentuk kumpulan guli yang sama banyak dan tidak sama banyak.
-
7
Langkah 2 (10 minit)
1.Guru memaparkan kad gambar dan menyoal murid gambar apa yang paling banyak, paling
sedikit dan sama banyak.
2. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan diberi satu kertas majong
dan pen marker.
3. Kumpulan satu diminta melukis objek yang mewakili kumpulan banyak dan sedikit.
4. Kumpulan dua diminta melukis objek yang mewakili kumpulan sama banyak dan tidak sama
banyak.
5. Kedua-dua kumpulan diminta membentang hasil kerja mereka.
Langkah 3 (5 minit)
1. Guru mengedarkan lembaran kerja dan minta murid menjawap soalan yang diberi.
2. Penyemakan dilakukan bersama-sama.
Penutup:
1. Guru membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan dan memberi
pemgukuhan kepada murid tentang tajuk yang dipelajari.
-
8
Lembaran Kerja
Nama : ............................... Tarikh : .....................
Kelas : ........................... Matematik Tahun 1
-
9
Padankan gambar di sebelah dan bawah secara satu-satu. Kemudian garis
perkataan lebih atau kurang.
Kumpulan A (lebih , kurang). Kumpulan B (lebih , kurang)
Kumpulan C (lebih , kurang). Kumpulan D ( lebih , kurang)
Kumpulan A
Kumpulan B
Kumpulan C
Kumpulan D
-
10
Padankan kumpulan yang sama banyak.
-
11
Rujukan
KSSR Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Tahun 1, (2011). Bahagian Pembagunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Noor Shah Bin Saad, PhD. dan Mohd. Uzi Bin Dollah, PhD.(2013). Modul KRM3073 Pengajaran
Matematik Sekolah Rendah. Tanjung Malim : Pusat Program Luar , UPSI.
Marzita Puteh, Wan Yusof Wan Ngah, Chan Yook Lean, (2012), Matematik Tahun 1, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka Dan Kementerian Pelajaran Malaysia.