Download - Ksj prosa moden tukang lama
KAJIAN ANTOLOGIKASUT KELOPAK JANTUNGTINGKATAN 1
Prosa Moden | Tukang Lama | Hasan Ali
Sinopsis
Pak Talib bekerja sebagai seorang tukang yang mengambil upah membuat rumah untuk menyara keluarganya.
Sejak Manas, tukang muda yang baru keluar dari Sekolah Seni Bangunan pulang ke kampung itu, rezeki Pak Talib semakin berkurangan. Manas menggunakan cara pertukangan moden.
Walaupun hasil kerja tangan Manas menjadi pilihan, namun Pak Talib tidak memusuhi Manas. Malah, Pak Talib kagum dengan hasil kerjanya.
Mak Lamah sering meleteri Pak Talib atas kesempitan hidup mereka. Upah yang diterima oleh Pak Talib tidak cukup untuk membeli barang-barang yang dipesan oleh isterinya.
Pada suatu hari, Mak Lamah tidak lagi berleter ketika Pak Talib pulang ke rumah seperti biasa. Pak Talib berasa hairan dengan sikap isterinya itu.
Rupa-rupanya Manas telah merisik Si Timah, anak Pak Talib. Pak Talib berasa sangat gembira dan tidak sabar untuk menerima Manas sebagai menantunya.
Tema dan Persoalan
Tema Kepayahan hidup yang dialami oleh seorang
tukang rumah lama kerana kehadiran tukang rumah baru yang moden.
Persoalan Tanggungjawab suami mencari nafkah untuk
menyara keluarganya Menerima nasib yang telah ditentukan Tuhan Kepayahan hidup masyarakat kampung untuk
mencari rezeki yang halal Konflik generasi lama untuk meneruskan
kehidupan dalam zaman moden
Watak dan Perwatakan
Pak Talib Suami kepada Mak Lamah Seorang tukang lama Bertanggungjawab menyara keluarga Seorang yang penyabar
Mak Lamah Isteri Pak Talib Kuat berleter Seorang isteri yang setia Tidak faham masalah suaminya
Manas Tukang muda yang baru keluar dari Sekolah Seni Bangunan Hasil kerjanya menjadi pilihan orang kampung Telah merisik anak gadis Pak Talib, Si Timah
Latar
Masa: pada zaman moden, waktu pagi dan waktu petang
Tempat: di rumah Pak Talib, di rumah Che Mamat
Masyarakat: masyarakat kampung yang kurang ilmu, masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup, generasi baru yang moden .
Gaya Bahasa
Personifikasi - Kira-kira tak akan mati Metafora - wang masuk Peribahasa - asam garam, orang
pingitan, ulat dalam batu pun rezekinya sentiasa ada
Sinkope - tak, tu Sindiran - Nampaknya awak sekarang
jadi tukang reban ayam saja
Nilai
Bertanggungjawab - Pak Talib mengambil upah bertukang untuk menyara keluarga
Gigih - Pak Talib gigih mengambil upah bertukang walaupun upahnya sedikit
Kesabaran - Pak Talib sabar mendengar leteran isterinya setiap hari
Pengajaran
Kita hendaklah bersabar apabila ditimpa kesusahan dalam hidup
Janganlah kita iri hati dengan kejayaan dan pencapaian orang lain
Kita hendaklah gigih dan cekal dalam mencari rezeki yang halal