Download - Lab Report p.tapak
PENYIASATAN TAPAK
PENGENALAN
Satu penyiasatan tapak yang terperinci dan menyeluruh adalah perlu pada peringkat awal
kerja rekabentuk dan binaan dalam kerja-kerja kejuruteraan awam. Penyiasatan tapak
biasanya bergantung kepada saiz dan jenis sesuatu projek/kerja. Malah dalam keadaan
tertentu (kerjakerja yang kecil) juga memerlukan penyiasatan tapak. Penyiasatan tapak yang
secukupnya harus dilakukan terlebih dahulu sebelum sesuatu kerja kejuruteraan awam
dilakukan. Maklumat yang mencukupi harus diperoleh untuk mencapai hasil rekabentuk yang
selamat dan ekonomi, juga untuk mengelakan sebarang kesulitan semasa pembinaan.
TUJUAN
Untuk mengenal pasti kesesuaian tapak untuk kerja yang dicadangkan
Untuk membolehkan satu rekabentuk yang selamat dan ekonomi
Menentukan sifat-sifat fizikal tanah melalui hubungan fasa
Menentukan atau membuat tafsiran secara ‘visual’ jenis tanah yang didapati
PERALATAN
Alat pengorek (gerimit 150 mm, rod penyambung, spanner)
Alat pencontohan (Tiub contoh 38 mm garispusat, penyambung pemutar skru)
Alat pengeluar
Pisau dan pembaris
Beg contoh
Cangkul (untuk membersihkan permukaan tempat pengorekan sahaja)
ATURCARA
a) Aturcara kerja di tapak
(Kawasan yang dipilih hendaklah ditentukan oleh pensyarah yang bertugas, jika di luar
dari Politeknik sila dapatkan kebenaran tempat dan penggunaan kenderaan seminggu
sebelum ujikaji dijalankan)
Korek tanah dengan gerimit sedalam 1m
Sambungkan tiub contoh pada alat pencontohan
Turunkan alat percontohan sampai ke bawah lubang dan kemudian tekankan ke dalam
tanah.
Ambil tiga contoh tidak terusik dari lubang itu dan dapatkan juga lebih kurang 5kg
tanah sebagai contoh terusik. Simpan contoh tanah terusik dalam beg dan bawa balik
ke makmal
b) Atucara kerja di makmal
1. Griskan acuan berbelah dan pasangkan acuan berbelah pada pengeluar. Keluarkan contoh
tak terusik dari tiub contoh ke dalam acuan berbelah dan potong kedua-dua hujung tak
terusik dekat acuan dengan gergaji kawat
2. Ukur garispusat dan panjang contoh tepat kepada 0.5mm. Timbang berat contoh dengan
tepat dan cari ketumpatan gembur (γb)
3. Cara kerja untuk mendapatkan kandungan lembapan
a) Timbang satu tin kandungan lembapan yang bersih dan kering dengan tepat. Ambil
lebih kurang 30gram tanah dari contoh dan letakan dalam tin
b) Timbangkan tin dan tanah basah . Keringkan dalam oven selama 24 jam. Selepas 24
jam, timbang tin dan kandunganya sekali lagi
c) Sila ambil tiga contoh bagi ujian kelembapan ini
d) Penelitian sampel tanah secara visual (pensyarah diminta memberi panduan baagi
aktiviti ini )
e) Ambil sedikit sampel tanah terusik dan lihat apakah warna tanah tersebut
f) Rasa tanah tersebut dengan jari, adakah ia berbutir-butir, licin atau sebaliknya
g) Genggam tanah tersebut. Adakah ia boleh digenggam, dibentuk-bentuk atau ia peroi
h) Pada pemahaman anda, apakah jenis ini. (jenis tanah ini akan diperolehi secara
teknikal selepas ujikaji-ujikaji yang akan datang)
LAPORAN UJIAN MAKMAL
TAJUK UJIKAJI : PENYIASATAN TAPAK
DATA UJIKAJI
Tempat projek : _____________________________________________
Tarikh : _____________________________________________
Contoh tanah tidak terusik
A. Penentuan ketumpatan gembur
Nombor ujian 1
Panjang contoh tanah (mm) 76
Diameter (mm) 38
Isipadu, V 8.62X10-3
Berat contoh tanah W (kg) 0.133
Ketumpatan gembur γb, W/V kN/m3 0.096
KESIMPULAN
Penyelidikan tanah adalah penting untuk dijalankan terlebih dahulu bagi memastikan
keadaan,sifat-sifat tanah serta keupayaan galas tanah tersebut bagi menanggung beban yang
akan dikenakan keatasnya.Ia juga adalah bertujuaan bagi mengelakan daripada berlakunya
kegagalan terhadap struktur bangunan yang akan dibina contohnya adalah keretakan pada
dinding, pecah pada permukaan lantai, pengenapan tanah. Maklumat mengenai keadaan tanah
asal tersebut adalah perlu bagi mereka bentuk struktur yang sesuai yang perlu
dibina.maklumat seperti peta geologi, salur bawah tanah, laporan kaji cuaca, paras air bumi
atau tanah, gambar udara maklumat kejuruteraaan dan antara maklumat yang berkaitan.oleh
itu ia adalah penting demi keselamatan penghuni serta pemilik bangunan tersebut.