Download - Laporan akhir hp kreatif
LAPORAN AKHIR
HHHC 9801 KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF
PROGRAM: INNOVATION TOUCH COMPETITION
(i-TOUCH’15) MINI i-TOUCH’15
NAMA : NUR FATIN HALWAIZZATI BINTI MOHD ARIF
NO MATRIK : A146369
1.0 PENGENALAN
Pada 27 Mei 2015 yang lalu, telah diadakan program “Mini i-TOUCH’15” iaitu satu
program di mana diadakan untuk memberi sedikit sebanyak maklumat terkini dan pendedahan
awal kepada pelajar tahun akhir Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) berkenaan
“INNOVATION TOUCH COMPETITION” di mana semua pelajar tahun akhir terlibat yang
mana projek akhir mereka dinilai oleh pensyarah dan jika terpilih, mereka akan sertai
pertandingan tersebut bersama-sama dengan pelajar institusi luar. Tarikh sebenar “i-
TOUCH’15” akan diadakan adalah pada 12 September 2015 bertempat di bilik dan dewan
kuliah FTSM. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan FTSM, UKM di
samping merapatkan hubungan pelajar-pelajar antara IPTS/IPTA dan juga meningkatkan
semangat daya saing di antara mahasiswa dan mahasiswi.
Program ini disertai oleh 34 orang Exco dan 199 orang pelajar tahun akhir FTSM serta
4 orang pensyarah yang terdiri daripada pensyarah penasihat program ini. Program ini
dijalankan pada pukul 3.00 petang tetapi semua Exco diharuskan untuk datang terlebih awal
untuk melakukan persediaan awal sebelum program berlangsung. Untuk exco publisiti, kami
ditugaskan untuk menjadi jurugambar sempanjang program berlangsung. Exco publisiti telah
mendapat tugas awal sebelum program berlangsung iaitu menyiapkan logo i-Touch’15,
header, poster dan juga teaser. Kesemua exco publisiti telah bertungkus lumus dalam
menyiapkan kerja yang diberikan secara kerjasama.
2.0 HASIL DAN IMPLEMENTASI
Sepanjang menjalankan tugas-tugas yang diberi, pelbagai perkara baru yang telah saya
pelajari. Antaranya adalah cara berurusan dengan orang ramai dengan lebih efisien dan mesra.
Dari situlah sifat sabar yang tinggi dapat diterap berikutan perlu melayani kerenah orang
ramai yang berlainan. Selain itu, skop kerja yang diberikan memberi impak yang besar dalam
mengasah bakat dalam menguruskan sesuatu maklumat.
Di samping menajamkan kebolehan dan kreativiti setiap Exco Publisiti dalam mencari
idea untuk membuat logo, poster dan juga teaser, kreatif juga dapat diterapkan semasa
menjalankan tugas antaranya adalah sebagai seorang jurugambar. Pelbagai nilai-nilai murni
dapat diterapkan dalam diri individu sepanjang melakukan tugas. Antaranya adalah semangat
berkerjasama yang kuat dapat dibentuk. Semangat kerjasama adalah perkara yang paling
penting dalam sesebuah organisasi. Tanpa kerjsama yang kukuh, sesuatu program itu tidak
akan dapat dilangsungkan. Sepanjang menjalankan tugas ini, saya selaku AJK Publisiti
sentiasa bekerjasama dengan ahli yang lain dalam menjalankan tugas. Kami meluangkan
masa bersama-sama dalam menyiapkan program ini. Secara tidak langsung, ia juga
menguatkan semangat berpasukan kami. Skop kerja ini juga melatih diri untuk menjadi
seorang yang bertanggungjawab. Tanggungjawab dan disiplin yang tinggi amat diperlukan
supaya kesemua kerja yang diberikan dapat disiapkan mengikut masa. Tanggungjawab juga
memainkan peranan yang penting. Tanpa rasa tanggungjawab, sesuatu kerja itu tidak akan
dapat diselesaikan dengan baik dan juga tidak ikhlas.
Oleh itu, dengan menyertai sesebuah organisasi, kita dapat mengetahui kekurangan
dan kelebihan yang ada dalam diri. Dari situ, segala kekurangan yang terdapat dalam diri
dapat diperbaiki untuk menjadi seseorang yang lebih baik dan segala kelebihan dalam diri
dapat diasah dan menjadikan ia sebagai satu tahap yang membezakan diri kita dan orang lain.
3.0 KESIMPULAN
Program ini banyak memberi manfaat kepada saya. Saya dapat mempelajari banyak
pengalaman baru serta dapat mempraktikkan kemahiran kreativiti dan inovatif saya.
Kemahiran ini amatlah penting untuk kita mengamalkannya pada masa akan datang. Hal ini
demikian kerana sekiranya kemahiran ini tidak diterap dalam hati seseorang, maka program
ini hanyalah menjadi sesuatu yang sia-sia. Sudah jelas lagi nyata, kemahiran ini juga
diperlukan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih menarik dan berjaya serta melancarkan
program.
Akhir sekali, dalam pembelajaran ini, saya juga dapat memperbaiki teknik-teknik
pembelajaran yang betul serta diaplikasikannya di dalam kehidupan seharian sama ada
melalui pembelajaran secara formal mahupun tidak formal. Saya juga dapat mempelajari
bagaimana cara berinteraksi serta memberi pendedahan kepada peserta tentang arahan yang
perlu dipatuhi ketika program berlangsung. Hal ini kerana program seperti ini memberikan
saya pengalaman dan seterusnya dapat dijadikan ilmu pengetahuan untuk digunakan pada
masa hadapan.
Selain itu, kemahiran ini juga dapat diperolehi melalui tugasan yang diberikan.
Sebagai contoh, tugasan yang diberikan amat memerlukan persediaan diri dalam menghadapi
orang ramai. Sifat sabar yang tinggi perlu dipupuk supaya kerja yang dilakukan dapat
diselesaikan dengan baik dan sabar dalam menghadapi karenah orang ramai dalam
menyiapkan poster, header dan juga teaser mengikut kesesuaian. Tanggungjawab yang besar
juga terpaksa dipikul apabila perlu memberi komitmen yang tinggi apabila maklumat yang
terdapat dalam poster, header dan juga teaser adalah sentiasa berubah-ubah..
Untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu program, kerjasama dan disiplin setiap ahli
jawatankuasa adalah tonggak utama dalam sesebuah organisasi. Jadi, setiap ahli jawatankuasa
perlulah mempunyai semangat berpasukan yang tinggi agar program yang dirancang dapat
dilangsungkan dengan jayanya.
4.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan
objektif yang telah digariskan dan juga mampu memberi sumbangan yang bernilai kepada
para peserta. Antaranya dapat mengeratkan hubungan dengan sesame pelajar, berkenalan dan
seterusnya menambahkan soft skill kepada mahasiswa. Di ucapkan terima kasih juga kepada
semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak.
Sekian, terima kasih.
5.0 LAMPIRAN
5.1 Logo iTouch’15
5.2 Header
5.3 Poster
5.5 Teaser
Boleh dilihat menerusi youtube iaitu pada
https://www.youtube.com/watch?v=yi_X6Bz2qio&feature=youtu.be
5.6 Gambar Perlaksanaan Program
5.6.1 Gambar Mesyuarat
Gambar-gambar mesyuarat yang dijalankan sejak daripada semester 1
2014/2015 hingga lah sekarang iaitu semester 2 2014/2015.
5.6.2 Gambar Program
Perlaksanaan progrom Mini i-Touch’15. Mini iTouch yang akan diadakan ini adalah
untuk memperkenalkan kepada semua pelajar terutamanya Pelajar Tahun Akhir FTSM
mengenai iTouch. iTouch merupakan satu pertandingan yang melibatkan Pelajar Tahun Akhir
FTSM untuk mempersembahkan projek mereka kepada umum.
Pensyarah Penasihat i-Touch’15