LAPORAN AKHIR KURSUS
KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA
DAN PROFESIONALISME (HHHC9401)
DAN
KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN
PENDEKATAN SAINTIFIK (HHHC9501)
NAMA : MUHAMAD IKHWAN BIN ROSSDEEN
NO MATRIK : A144331
TAHUN : TAHUN 2 SEMESTER 4 (2014/2015)
FAKULTI : FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
PENSYARAH : SR. DR. SUHANA BINTI JOHAR
MAKLUMAT PROGRAM
Maklumat program yang dijalankan pada semester ini adalah seperti berikut:
PROGRAM : Lawatan sambil belajar ke Indonesia.
TEMPAT : Yogyakarta dan Semarang.
ANJURAN : Jabatan Senibina.
TARIKH : 23 Mac 2015 hingga 29 Mac 2015
JAWATAN : Penolong Pengarah Program
OBJEKTIF PROGRAM
1. Memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang senibina kepada
pelajar sebelum meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.
2. Menghasilkan ketulenan pemikiran dalam penghasilan rekabentuk.
3. Memberi pendedahan awal tentang kajian struktur dan teknologi
bangunan dan bahan serta aspek yang berkaitan dengan persekitaran
dan sosio budaya sesuatu lokasi.
4. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar senibina
dalam menyampaikan idea secara lisan dan bertulis.
5. Memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar senibina
yang berbilang kaum.
1.0 PENDAHULUAN
Pada 23 hingga 29 Mac 2015 yang lalu, pelajar Tahun Dua Sesi 2015
dari Jabatan Seni Bina telah menjalankan satu lawatan akademik. Lawatan
akademik adalah salah satu aktiviti wajib bagi melakukan kerja-kerja simulasi
dengan perkaitan projek bagi kursus Rekabentuk 2218. Pemberatan bagi kerja
kursus ini sebanyak 8 kredit yang utama dalam rangka kerja pembelajaran
keseluruhan kursus semester. Sepanjang lawatan berlangsung, pelajar
dikehendaki melakukan penyiasatan tapak, merakam, melakar, dan
mendokumen hasil lawatan. Setelah pulang ke UKM, analisa serta
perbincangan akan dibuat sewaktu lawatan dan akan dibentangkan secara
khusus bagi setiap aktiviti.
2.0 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESSIONALISME
Sepanjang tempoh perancangan dan perlaksanaan program ini, saya
telah berjaya melibatkan diri secara aktif dan saya juga turut dilantik sebagai
Penolong Pengarah Program. Penglibatan saya dalam program mempunyai
pengabungjalinan yang rapat dengan kursus kemahiran nilai, sikap, etika dan
profesionalisme yang menjurus kepada tugas saya.
Sebagai Penolong Pengarah Pprogram, skop tugasan saya bagi
memastikan setiap perkara yang telah disenaraikan harus dilaksanakan
mengikut perancangan dan tersusun dengan rapi. Setiap tugas yang diagihkan
mempunyai peranan yang penting dan peranan saya yang paling utama adalah
menguruskan pembelian tiket penerbangan bagi semua ahli dan pensyarah.
Hal ini bagi memastikan setiap ahli dan pensyarah dapat bergerak dalam satu
kumpulan semasa berlepas mahupun bergerak pulang.
Selain itu, tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya adalah untuk
merancang program yang akan berlangsung sepanjang berada di Yogyakarta
dan Semarang. Bagi memastikan setiap program berjalan dengan lancar, saya
turut membantu ahli-ahli lain dalam perlaksanaan tugas serta mengurus
penginapan untuk ahli dan pensyarah yang terlibat. Lawatan ke Yogyakarta
dan Semarang merupakan program yang berkait rapat dengan kursus
kemahiran nilai, sikap dan etika. Sikap, tingkahlaku dan adab yang baik perlu
dipamerkan bagi menunjukkan ketinggian adat dan budaya masyarakat
Malaysia di mata dunia serta memartabatkan nama UKM di Indonesia.
Saya juga diamanahkan untuk menguruskan perjumpaan dengan pelajar
senibina di Universitas Semarang. Hal ini membantu saya dari pelbagai aspek
terutamanya dari aspek komunikasi, etika dan professionalisme dalam
mengendalikan urusan tersebut.
3.0 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN
MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK
Pelbagai perkara boleh dikaitkan dengan kursus kemahiran kritikal,
penyelesaina masalah dan pendekatan santifik iaitu sepanjang proses
merangka kerja dilakukan. Sebagai penolong pengarah program, banyak
perkara yang berkait dengan pemikiran kritis, penyelesaian masalah,
pendekatan saintifik iaitu proses pembahagian tugas, menyusun program-
program yang akan dijalankan di Yogyakarta dan Semarang, mencari tempat
penginapan yang sesuai dari pelbagai aspek.
Urusan penginapan penting kerana pelbagai aspek perlu diberi perhatian
terutama dari aspek keselamatan, jarak dari 1 destinasi ke 1 destinasi yang
lain, pengangkutan dan aspek perbelanjaan. Pemikiran secara kritis dan kreatif
seamasa pemilihan tempat penginapan yang tepat dapat menjimatkan masa
dan wang. Sertiap perkara perlu diberi perhatian yang utama bagi mengelakkan
jadual pergerakkan bertembung dengan satu sama lain.
Pemikiran saintifik menjadi intipati utama dalam kajian kali ini. Hal ini
kerana ia menjadi satu cara pemikiran yang lebih terperinci yang mengambil
kira pelbagai faktor dan unsur-unsur sebab dan akibat. Pendekatan saintifik
yang diterapkan sepanjang lawatan ialah pemilihan tempat penginapan dan
tarikh serta masa penerbangan yang sesuai. Maklumat berkaitan seperti jadual
penerbangan, peta kawasan penginapan, kemudahan di kawasan penginapan,
gambar, artikel dan video dikumpulkan dan dianalisa. Langkah seterusnya ialah
membuat hipotesis bersama pensyarah pengiring dan ahli jawatankuasa.
4.0 KESIMPULAN
Sepanjang penglibatan saya dalam program ini, saya mempelajari akan
kepentingan nilai, sikap, etika dan professional serta keberkesanan keahiran
pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik yang harus
dipelajari dan dikuasai oleh setiap ahli program. Penglibatan berurusan dengan
pihak luar seperti urusan pembelian tiket penerbangan secara berkumpulan,
penginapan dan lawatan serta proses analisa kebaikan malah kelemahan
aktiviti sepanjang program berlangsung jelas sekali membantu memantapkan
dan memperkukuhkan lagi kemahiran nilai,sikap dan professionalisme saya.
Ilmu yang berguna ini dapat membantu saya ketika di alam pekerjaan dan
membantu membimbing saya menjadi modal insan yang berguna di masa akan
datang.
5.0 GAMBAR PERSEDIAAN SEMASA PROGRAM BERLANGSUNG
refleksi dan
perbincangan
disebelah malam.
lawatan ke
Candi
Borobudur
lawatan Universitas
Negeri Semarang.
(UNNES) bagi
tujuan balas
kunjungan kerana
UNNES pernah
datang lawat ke
UKM sebelum ini.
lawatan ke
Tokong Sam
Poo Kong di
Semarang
Lawatan ke kilang membuat arca benang besi
Lawatan ke kilang membuat kain batik dan songket
Lawatan ke Candi Prambanan
Menyaksikan persembahan kebudayaan pada zaman dahulu kala di Pusat Kebudaan Candi Prambanan
Bergambar bersama para pelajar dan tenaga pelajar dari UNNES