LAPORAN AKRAB KEMENTERIAN KEWANGAN
TAHUN 2017
AKRAB KEMENTERIAN
KEWANGAN
AKRAB
PERBENDAHARAAN
MALAYSIA
AKRAB JABATAN KASTAM
DIRAJA MALAYSIA
AKRAB JABATAN
AKAUNTAN MALAYSIA
AKRAB JABATAN
PENILAIAN DAN
PERKHIDMATAN HARTA
AKRAB LEMBAGA
PEMBANGUNAN LADA
1
JAWATANKUASA
BILANGAN KEAHLIAN AKRAB
BIL PERINGKAT LELAKI PEREMPUAN
1. KEMENTERIAN 10 19
2. JABATAN: I. JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
II. JABATAN AKAUNTAN NEGARA
III. JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA
IV. LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI
I)
77
29
20
2
70
40
50 5
JUMLAH 138 184
BILANGAN KEAHLIAN AKRAB CARE
BIL PERINGKAT LELAKI PEREMPUAN
1. KEMENTERIAN 2 3
2. JABATAN: I. JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA II. JABATAN AKAUNTAN NEGARA
III. JABATAN PENILAIAN DAN
PERKHIDMATAN HARTA
8
8
3
7
15
0
JUMLAH 21 25
LAPORAN JUMLAH SESI BIMBINGAN KAUNSELING
BIL/ PERKARA
KESIHATAN KERJAYA PERIBADI PEM. KENDIRI
PRESTASI LAIN-LAIN JUMLAH
LELAKI 7 10 11 11 7 33 79
PEREMPUAN 13 61 53 28 30 15 200
JUMLAH 20 71 64 39 37 48 279
PERKARA NAMA / BILANGAN
NAMA PENYELARAS PUAN NOR ERLENA BINTI OTHMAN
NAMA PENGERUSI DR. HOSNI HUSSEN BIN MD. SAAT
JUMLAH AHLI JAWATANKUASA 34 ORANG
2
PROGRAM AKRAB KEMENTERIAN KEWANGAN
SEMINAR AKRAB KEMENTERIAN KEWANGAN
“KELUARGA BAHAGIA, MODAL INSAN TERPELIHARA”
Tarikh : 2 November 2017 Tempat: Dewan Utama, Kementerian Kewangan
Objektif : Memberi pengetahuan dan pendedahan di kalangan rakan AKRAB serta warga
kementerian mengenai isu-isu dalam membina keluarga bahagia dan peranan
AKRAB dalam kesejahteraan modal insan.
3
PROGRAM ‘PSYCHOLOGY WELLNESS CHALLENGE: KEEP CALM, LIVE HEALTHY’
Tarikh : 18 April 2017 Tempat: Pusat Latihan MARDI, Serdang
Objektif : Memberi pengetahuan dan pendedahan di kalangan rakan AKRAB mengenai
kesejahteraan secara holistik yang memberi fokus terhadap kesihatan, pengurusan
kewangan dan mengimbangi emosi, kognitif serta tingkah laku ke arah minda sihat.
PROGRAM PENGUKUHAN PASUKAN JAWATANKUASA AKRAB MOF DAN BENGKEL
PELAN STRATEGIK AKRAB MOF
Tarikh : 23 - 25 Ogos 2017 Tempat: Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang
Objektif : Mengukuhkan kerjasama berpasukan yang erat dan profesional di kalangan
jawatankuasa AKRAB Kementerian Kewangan. Membincangkan Pelan Strategik AKRAB
Kementerian Kewangan yang dapat membantu jawatankuasa dalam merancang program-
program AKRAB pada masa hadapan.
4
PROGRAM PASCA AKRAB: KEMAHIRAN KAUNSELING LANJUTAN
Tarikh : 18 – 20 September 2017 Tempat: Hotel Seri Malaysia Genting Highlands
Objektif : Memantapkan kemahiran yang telah dipelajari oleh AKRAB agar lebih
berkeyakinan dalam mengendalikan sesi bimbingan kepada rakan sekerja.
AKTIVITI FUN WALK (AKRAB JPPH)
Tarikh : 21 Februari 2017 Tempat: Taman Wawasan, Putrajaya
Objektif : Mengeratkan hubungan silaturahim antara AKRAB JPPH dengan pegawai dan
kakitangan di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
5
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN DAN SURAT PELANTIKAN AKRAB
JPPH 2017 (AKRAB JPPH)
Tarikh : 7 Mac 2017 Tempat: Institut Penilaian Negara (INSPEN)
PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN JABATAN KASTAM DIRAJA
MALAYSIA 2017 (AKRAB JKDM)
Tarikh : 30 Oktober – 2 November 2017 Tempat: AKMAL Rantau Panjang, Kelantan
Objektif : Melahirkan modal insan yang cemerlang secara holistik ke arah mewujudkan
organisasi yang sejahtera. Program ini juga memberi impak terhadap sahsiah para pegawai
dalam aspek keutuhan jati diri.
6
KURSUS FORENSIK DIRI (AKRAB JANM)
Tarikh : 4 Oktober 2017 Tempat: Dewan Serba guna, JANM
Objektif : Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan potensi diri peserta dalam konteks
kecemerlangan prestasi, motivasi dan keseronokan kerja. Serta memahami teknik
memotivasikan diri sendiri dan mendorong orang lain ke arah kecemerlangan.
KURSUS PEMANTAPAN KENDIRI DAN ORGANISASI KE ARAH PELAKSANAAN
PERAKAUNAN AKRUAN 2018 (AKRAB JANM)
Tarikh : 26 November 2017 Tempat: Hotel Straits & Suites Melaka
Objektif : Mengubah paradigma diri agar sentiasa bermotivasi, sanggup menerima
perubahan, berfikir positif dan dinamik ke arah kehidupan yang cemerlang dan seimbang.
7
KURSUS KENDIRI UNGGUL (AKRAB PERBENDAHARAAN MALAYSIA)
Tarikh : 8 Mac 2017 Tempat: Bilik Latihan Aras 8, Perbendaharaan
Objektif : Memberikan pendedahan kepada AKRAB mengenai pengetahuan dalam mentadbir
ujian psikologi dan aplikasi kemahiran asas kaunseling dalam proses bimbingan.
MESYUARAT AKRAB KEMENTERIAN KEWANGAN TAHUN 2017
Mesyuarat Penyelarasan AKRAB Kementerian Kewangan telah diadakan secara
berkala untuk membincangkan pelaksanaan program-program AKRAB yang telah dirancang
dan melihat perkembangan sesi-sesi bimbingan yang telah dijalankan. Mesyuarat AKRAB
juga diadakan di jabatan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan program AKRAB di
jabatan. Berikut adalah butiran mesyuarat yang telah diadakan sepanjang tahun 2017:-
Mesyuarat Tarikh
Mesyuarat AKRAB Kementerian Kewangan Bil.1/2017 7 Jun 2017
Mesyuarat AKRAB Kementerian Kewangan Bil.2/2017 20 Disember 2017
Mesyuarat AKRAB Perbendaharaan Malaysia Bil.1/2017 18 Januari 2017
Mesyuarat AKRAB Perbendaharaan Malaysia Bil.2/2017 8 Mac 2017
Mesyuarat AKRAB Perbendaharaan Malaysia Bil.3/2017 7 Ogos 2017
Mesyuarat AKRAB Jabatan Kastam Diraja Malaysia Bil.1/2017 19 Jun 2017
Mesyuarat AKRAB Jabatan Kastam Diraja Malaysia Bil.2/2017 25 Julai 2017
Mesyuarat AKRAB Jabatan Kastam Diraja Malaysia Bil.3/2017 1 November 2017
Mesyuarat AKRAB Jabatan Akauntan Negara Malaysia Bil.1/2017 17 Januari 2017
Mesyuarat AKRAB Jabatan Akauntan Negara Malaysia Bil.2/2017 5 Jun 2017
Mesyuarat AKRAB Jabatan Akauntan Negara Malaysia Bil.3/2017 10 Oktober 2017
Mesyuarat AKRAB Jabatan Akauntan Negara Malaysia Bil.4/2017 30 November 2017
Mesyuarat AKRAB Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta Bil.1/2017 22 Februari 2017
Mesyuarat AKRAB Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta Bil.2/2017 7 Mac 2017
Mesyuarat AKRAB Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta Bil.3/2017 16 Oktober 2017
8
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB
1. Memberikan pengiktirafan kepada AKRAB di peringkat Kementerian sebagai tanda
penghargaan kepada AKRAB yang telah memberi komitmen yang tinggi dan aktif
dalam melaksanakan program AKRAB dan sesi bimbingan di Kementerian.
2. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada AKRAB yang akan bersara dalam
perkhidmatan di atas sumbangan yang telah diberikan sebagai AKRAB.
3. Mengadakan Program Orientasi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
selama satu atau dua minggu kepada semua ahli AKRAB seluruh Malaysia, yang
mana modul kaunseling dan psikologi asas didedahkan semasa program tersebut
dilaksanakan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan ahli AKRAB yang
betul-betul menjiwai konsep AKRAB dalam menolong bantu rakan sekerja.
ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN / JABATAN / AGENSI
Secara keseluruhan Program AKRAB Kementerian Kewangan bagi tahun 2017 dapat
dilaksanakan dengan jayanya seperti yang telah dirancang. Komitmen yang tinggi diberikan
oleh Jawatankuasa AKRAB Kementerian Kewangan bagi tahun 2017 – 2019 bagi
memastikan program AKRAB dapat dilaksanakan dengan lancar. Kerjasama yang diberikan
oleh Jawatankuasa AKRAB Jabatan di bawah Kementerian Kewangan juga banyak
membantu dalam melaksanakan program-program AKRAB di Kementerian.
Peningkatan pelaksanaan sesi bimbingan oleh AKRAB menunjukkan komitmen AKRAB
Kementerian Kewangan dalam melaksanakan peranan dan fungsi AKRAB dalam
membimbing rakan sekerja di Jabatan masing-masing. AKRAB Kementerian juga
menunjukkan minat yang tinggi dalam memperkasa kemahiran-kemahiran kaunseling dan
psikologi dengan menghadiri kursus-kursus yang telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan
Psikologi, Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan, Perbendaharaan Malaysia.
Peranan AKRAB adalah sangat penting dalam memperkasakan perkhidmatan psikologi
dan kaunseling di Kementerian Kewangan. AKRAB sentiasa menunjukkan komitmen yang
tinggi dalam meningkatkan kesejahteraan modal insan.