Download - Laporan Big Semester 5
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)AMBILAN JANUARI 2013
NAMA : MOHD SAIFUL BIN OTHMAN
NO KAD PENGENALAN : 930401-09-5145
KUMPULAN / UNIT : PENGAJIAN MELAYU / P5C
SEMESTER : SEMESTER 5
AMBILAN : JANUARI 2013
KURSUS : BINA INSAN GURU
NAMA PENSYARAH : PUAN NORMI BINTI MOHD DALI
TARIKH SERAHAN : 12 MAC 2015
BIG 5LAWATAN PENANDA
ARAS
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN
TARIKH : 4 MAC 2015
MASA : 7.30 PAGI HINGGA 1.00 PETANG
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK APONG, SUNGAI PETAN, KEDAH
PROFIL GURU PELATIH
PROFIL GURU PELATIH
BIODATA DIRI
NAMA : MOHD SAIFUL BIN OTHMAN
ALAMAT : S-23, JLN DATO AHMAD MUSA 02700 SIMPANG 4, PERLIS
NO. MATRIK : 930401-09-5145
PROGRAM : PISMP
AMBILAN : JANUARI 2013
KURSUS : PENGAJIAN MELAYU (SJKC)
SEMESTER : 5
NO. TELEFON : 013-5152764
EMEL : [email protected]
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan kurniaan nikmat-Nya, saya
berjaya menyiapkan portfolio Bina Insan Guru ( BIG) fasa 5 ini. Jutaan terima kasih kepada
Puan Normi binti Mohd Dali, selaku tutor kelas saya di atas segala nasihat dan bimbingan
daripada beliau. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sudi membantu dan memberi
kerjasama ketika saya sedang sibuk menyiapkan portfolio ini.
Sekalung penghargaan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi nasihat,
dorongan dan bimbingan ketika saya menuntut di sini.Semangat dan kata-kata perangsang
daripada kedua ibu bapa dapat membina jati diri saya.
Ungkapan terima kasih sekali lagi kepada Puan Normi binti Mohd Dali yang banyak
memberi bimbingan dan tunjuk ajar mengenai portfolio ini. Ruangan masa yang diberi
sepanjang proses menyiapkan portfolio ini amat saya hargai. Terima yang tidak terhingga juga
kepada semua rakan yang sudi bertukar-tukar pandangan dan bahan untuk menyiapkan
portfolio ini.
Disamping itu, jutaan terima kasih yang tidak terkata diucapkan kepada para pensyarah
yang telah banyak berkongsi pendapat dan ilmu yang berguna kepada saya terutamanya
daripada pihak Unit Kokurikulum yang telah merancang dan menjalankan tugas mereka dengan
baik sekali pada BIG kali ini walaupun menghadapi masalah kewangan dan masa.
Akhir kata, saya berasa amat bersyukur kepada Allah kerana memberi nikmat kesihatan
dan akal fikiran supaya saya menjadi seorang insan yang berguna dan berilmu pengetahuan.
Sebagai seorang bakal guru, saya perlu sentiasa menimba ilmu dan mengamalkannya.
Pengetahuan yang saya perolehi daripada Program Bina Insan Guru ini akan aplikasikan dan
menggunakan sebaik mungkin sewaktu menjadi warga pendidik kelak.
PENGHARGAANPENGHARGAAN
Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu usaha dan wahana dalam membina dan
membentuk kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini melibatkan semua pelajar PISMP dan
juga Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Program ini dilaksanakan melalui satu pakej
aktiviti luar dan juga dalam kampus sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang
dirancang, pelajar akan dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru
secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan
sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani
pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.
Pelaksanaan Bina Insan Guru juga lebih menenkankan kepada pembelajaran di luar
bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan
ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan dalam kalangan pelajar. Di samping
program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul
ini juga dapat diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru(IPG).
Bina Insan Guru(BIG) mula dilaksanakan pada Januari 2001 untuk memenuhi keperluan
Latihan Perguruan PraPerkhidmatan. Sukatan pelajaran yang disediakan ini menekankan
kepada unsur-unsur hidup bermoral beragama sebagai fokus utama dalam proses
pembinaaninsan guru. Model konseptualPendidikan Guru elemen-elemenintelek, jasmani dan
emosi diberi penekanan dalam program ini.
Satu sukatan pelajaran yang standard bagi semua program praperkhidmatan di Institut
Perguruan Malaysia (KDPM/KPLI/KPLI-SR/PPPR4PT) telah disediakan untuk program ini.
Semua pelajar praperkhidmatan diwajibkan bagi melayakkan mereka ditauliahkan dengan
diploma perguruan Malaysia. Sukatan pelajaran ini mengandungi tiga temautama iaitu Konsep
dan ciri-ciri dalam Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru serta peranan dan
tanggungjawab Insan Guru.
PENGENALANPENGENALAN
OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU
Melalui program Bina Insan Guru ini, guru pelatih dapat :
1. Menunjukkan ciri-ciri yang positif kepada masyarakat, seperti berakhlak mulia dan patuh
kepada ajaran agama.
2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat dan
bertanggungjawab terhadap pasukan.
3. Meningkatkan daya ketahanan mental dan fizikal
4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal serta
perpaduan dalam kalangan masyarakat
5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri,kumpulan dan masa dengan baik.
6. Meningkatkan perkembangan potensi diri sebagai insan yang berakhlak mulia melalui
amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan harian.
OBJEKTIF
FUNGSI BIG
Program Bina Insan Guru berfungsi sebagai :
1. Memenuhi keperluan sukatan pelajaran bagi program pra perkhidmatan di Institut
Perguruan Malaysia.
2. Melahirkan guru yang berakhlak mulia dan semangat juang yang tinggi.
3. Mendidik guru supaya mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta dapat
dimanfaatkan kepada diri,keluarga,masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai
keguruan.
FUNGSI BIG
LAPORAN
LAWATAN
LAPORAN SEBELUM LAWATAN
Sebelum lawatan penanda aras ini diadakan, guru-guru pelatih telah mengadakan
perbincangan dengan mentor iaitu Puan Normi binti Mohd Dali mengenai pemilihan lokasi atau
sekolah yang akan dipilih sebagai destinasi lawatan penanda aras pada kali ini. Pada awalnya,
mentor telah mencadangkan BIG ini dibuat di Kuala Lumpur iaitu sebuah sekolah kluster.
Cadangan tersebut diterima oleh semua guru pelatih dan cadangan tersebut telah dikemukakan
kepada pihak kokurikulum. Semasa berbincang dengan pihak kokurikulum, mereka menyatakan
bahawa cadangan untuk ke sekolah kluster di Kuala Lumpur tidak diluluskan kerana lokasi
tersebut iaitu Kuala Lumpur merupakan di luar kawasan dan lokasi tersebut juga merupakan
sangat jauh. Selain itu, bajet untuk ke Kuala Lumpur juga sangat tinggi bagi menampung kos
lawatan BIG ini dan hal inilah yang menyebabkan cadangan tersebut tidak diterima oleh pihak
kokurikulum. Mereka menyatakan lokasi yang sesuai untuk mengadakan BIG ini adalah di
bahagian utara sahaja sama ada Pulau Pinang, Kedah atau Perlis kerana bajetnya tidak terlalu
tinggi dan lokasinya juga tidak terlalu jauh berbanding Kuala Lumpur.
Setelah cadangan untuk ke Kuala Lumpur ditolak oleh pihak kokurikulum, guru-guru
pelatih sekali lagi mengadakan perbincangan bersama mentor untuk berbincang tentang
sekolah yang sesuai dan berdekatan untuk dijadikan lokasi lawatan penanda aras kali ini. dalam
perbincangan ini, guru pelatih dan mentor telah memutuskan untuk membuat lawatan penanda
aras di kawasan Sungai Petani sahaja kerana mudah untuk kami berhubung dengan pihak
sekolah sebelum membuat lawatan ke sekolah tersebut. Kami telah berbincang tentang
sekolah-sekolah kluster dan sekolah berprestasi tinggi yang terdapat di sekitar Sungai Petani,
seperti Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Sekolah Kebangsaan Tasek Apong dan lain-lain lagi.
Setelah itu, kami memutuskan untuk membuat lawatan ke Sekolah Tasek Apong yang terletak
di Bandar Sungai Petani, Kedah. Hal ini kerana sekolah tersebut tidak terlalu jauh dengan IPG
Kampus Sultan Abdul Halim dan kami merasakan sangat mudah untuk berhubung dengan
pihak sekolah selain menghantar surat melalui fax. Setelah memutuskan untuk mengadakan
lawatan ke Sekolah Kebangsaan Tasek Apong, kami telah mengemukakan cadangan ini
kepada pihak kokurikulum untuk bertanyakan pendapat mereka. Dalam perbincangan tersebut,
mereka bersetuju untuk membenarkan kami membuat lawatan ke sekolah tersebut.
Sebagaimana setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan semestinya mempunyai
AJK untuk menjalankan kerja atau tugas bagi memastikan kelancaran program. Begitu juga
dengan lawatan penanda aras ini, guru-guru pelatih telah mengadakan lantikan AJK kerja untuk
menguruskan lawatan ini supaya dapat berjalan dengan lancar. Pengerusi untuk lawatan ini
telah dilantik lebih awal oleh mentor. Jadi, dalam lantikan ini, AJK yang dilantik seperti naib
pengerusi, setiausaha, naib setiausaha, bendahari, naib bendahari, AJK dokumentasi, AJK
makanan, AJK pengangkutan, AJK keselamatan, AJK peralatan, AJK perhubungan, AJK aktiviti
dan AJK cenderamata.
Setiap AJK yang dilantik di atas memainkan tugas yang berbeza dan perlu menjalankan
fungsi masing-masing dalam tempoh sebelum lawatan agar pada hari kejadian segala yang
dirancang dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Pengerusi dan naib pengerusi telah
bekerjasama dalam menggerakkan proses pengurusan sebelum lawatan ini. Pengerusi lawatan
ialah Jackryson Ahyit manakala naib pengerusi pula ialah Ling Siew Leng. Mereka telah banyak
berjumpa dengan mentor untuk mendapatkan panduan dan nasihat tentang program ini.
Pengerusi juga telah menerangkan satu persatu serta dengan jelas tugas-tugas setiap AJK
yang sebenarnya. Hal ini sangat penting supaya setiap AJK mengetahui tugas masing-masing
dan tidak hanya berpeluk tubuh sahaja. Setiausaha pula memainkan peranan yang sangat
penting dalam memastikan kelulusan atau mendapat kebenaran menjalankan BIG ini.
Setiausaha BIG ini ialah Mohd Saiful bin Othman dan naib setiausaha ialah Fatheazam
Hoffman Anak Buntal. Setelah mendapat butiran atau maklumat tentang lokasi dan aktiviti,
setiausaha dan naib setiausaha telah membuat kertas kerja lawatan. Segala butiran penting
dan maklumat berkaitan guru pelatig P5C dimasukkan ke dalam kertas kerja tersebut. Setelah
kertas kerja tersebut siap, setiausaha dan naib setiausaha telah berjumpa dengan mentor untuk
menunjukkan kertas kerja yang telah disiapkan dan akhirnya kertas kerja tersebut diserahkan
kepada pihak kokurikulum untuk mendapatkan kelulusan mengadakan lawatan penanda aras
ke Sekolah Kebangsaan Tasek Apong. Begitu juga dengan AJK yang lain, mereka menjalankan
tugas masing-masing seperti mana yang diarahkan.
Beberapa hari sebelum mengadakan lawatan, mentor dan guru-guru pelatig P5C telah
mengadakan perjumpaan sekali lagi iaitu sebagai persiapakn terakhir sebelum bertolak ke
Sekolah Kebangsaan Tasek Apong. Dalam perjumpaan ini, mentor banyak memberi nasihat
kepada guru-guru pelatih. Antaranya ialah mentor meminta setiap guru pelatih menjaga sikap
dan tingkah laku sepanjang berada di sekolah tersebut serta menghormati warga sekolah
tersebut. Hal ini penting sebagai peringatan kerana setiap guru pelatih perlu menunjukkan sikap
sebagai seorang guru yang mempunyai sikap, tingkah laku serta personaliti yang baik dan
unggul dan menjadi contoh teladan kepada murid-murid di sana. Selain itu, mentor juga telah
menerangkan sedikit sebanyak tentang sekolah tersebut berdasarkan apa yang diketahuinya.
Hal ini kerana guru besar sekolah tersebut merupakan rakannya semasa belajar dahulu dan dia
mengetahui sedikit sebanyak tentang sekolah tersebut. Dalam perbincangan ini juga kami telah
berbincang tentang pakaian yang akan digunakan semasa hari lawatan. Akhirnya, guru-guru
pelatih memutuskan untuk memakai baju formal kelas berwarna merah iaitu baju kurung bagi
perempuan dan baju kemeja bagi lelaki. Mentor juga membuka beberapa soalan kepada guru-
guru pelatih supaya mereka mendapat maklumat yang ingin diketahui berkenaan sekolah
tersebut. Segala masalah dan persoalan telah diselesaikan pada masa ini supaya tidak timbul
masalah semasa hari kejadian.
Pada jam 6.40 pagi, semua guru pelatih telah berkumpul di belakang koperasi
menunggu ketibaan bas. Bas dijanjikan bergerak pada jam 7.00 pagi kerana perhimpunan
sekolah akan bermula pada jam 7.30 pagi tetapi bas tiba agak lewat dan bergerk pada jam 7.15
pagi.
LAPORAN SEMASA LAWATAN
Tarikh : 4 Mac 2015
Masa : 7.30 – 1.00 petang
Lokasi :SK Tasek Apong, Sungai Petani
Guru-guru pelatih tiba di Sekolah Kebangsaan Tasek Apong sekitar jam 7.30 pagi.
Ketibaan di sekolah tersebut disambut oleh beberapa orang guru dan pada waktu itu juga guru-
guru pelatih bergambar dengan beberapa orang guru sekolah tersebut. Selepas itu, guru-guru
pelatih diberikan peluang untuk melihat suasana dan persekitaran sekolah sambil menunggu
kehadiran guru besar. Pada waktu itu juga perhimpunan masih diadakan dan guru-guru pelatih
dapat melihat keadaan perhimpunan pagi Sekolah Kebangsaan Tasek Apong. Sementara itu,
guru-guru pelatih juga memantau persekitaran sekolah dan bangunan. Terdapat banyak papan
kenyataan dan banner yang diletakkan di dinding sekolah yang memaparkan maklumat
sekolah, aktiviti dan program yang dijalankan oleh sekolah dan pencapaian yang diperoleh oleh
sekolah. Setiap guru pelatih mengambil gambar maklumat-maklumat tersebut kerana maklumat
ini sangat penting bagi pengetahuan dalam diri untuk melihat mutu dan pencapaian sekolah
tersebut dan hal ini juga dapat membantu dalam proses membuat laporan semula selepas
lawatan.
Tepat jam 10.00 pagi, guru-guru pelatih dijemput oleh guru sekolah tersebut masuk ke
dalam bilik mesyuarat. Terdapat beberapa orang guru yang bersaama-sama guru pelatih dalam
bilik itu seperti guru penolong kanan satu, guru panitia bahasa Melayu dan guru-guru mata
pelajaran lain. Kami memulakan majlis dengan ucapan daripada pengerusi majlis iaitu Nurul
Aniza binti Shaini serta bacaan doa oleh Mohd Nurfikri bin Maseri. Selepas itu, program
diteruskan dengan ucapan daripada pengerusi lawatan iaitu Jackryson Ahyit. Setelah pengerusi
selesai memberi ucapan, guru panitia bahasa Melayu meneruskan program dengan
membincangkan tentang pelajaran bahasa Melayu di sekolah tersebut. Guru panitia bahasa
Melayu Sekolah Kebangsaan Tasek Apong ialah Puan Che Halijah. Beliau telah menerangkan
segalanya berkaitan mata pelajaran bahasa Melayu sekolah tersebut. Antaranya ialah
pencapaian mata pelajaran bahasa Melayu sekolah tersebut. Beliau menjelaskan bahawa mata
pelajaran ini amat memuaskan dan sangat membantu dalam peningkatan peratus sekolah.
Semua murid dapat menguasai mata pelajaran ini dan mampu mendapat keputusan cemerlang
iaitu A dalam kedua-dua kertas. Peratus markah untuk mata pelajaran ini juga menunjukkan
pencapaian iaitu satu peningkatan yang sangat baik. Contohnya, pada tahun 2014 UPSR untuk
kertas BM 011 ialah 95.33% dan target bagi tahun 2015 pula ialah 98.04%. Peratus untuk BM
012 bagi tahun 2014 ialah 93.34% dan target bagi tahun 2015 pula ialah 97.39%. Peratus yang
ditunjukkan ini merupakan peratus yang dikumpul pada tahun 2014 dan peratus ini meningkat
berbanding tahun-tahun lepas. Selain itu, banyak program yang dijalankan untuk meningkatkan
prestasi bahasa Melayu. Program-program ini dijalankan secara berterusan dan sentiasa
mendapat kerjasama daripada murid, guru-guru dan ibu bapa. Selain di sekolah, program untuk
bahasa Melayu juga banyak dijalankan di luar kawasan sekolah seperti mengadakan bengkel,
ceramah, motivasi dan teknik menjawab soalan bahasa Melayu. Program-program ini diadakan
dengan menjemput penceramah luar dan sangat berkemahiran serta berpengalaman dalam
bahasa Melayu. Program yang diadakan di luar ini sangat mendapat perhatian dan komitmen
daripada murid-murid dan mereka menjadi lebih bersemangat untuk belajar. Justeru,
pencapaiana bahasa Melayu semakin meningkat kerana banyak program yang disediakan
kepada murid-murid agar murid semakin cekap dalam menjawab soalan-soalan bahasa
Melayu.
Puan Che Halijah juga menerangkan tentang peranan yang dimainkan oleh guru bahasa
Melayu dan guru kelas dalam memastikan penguasaan murid dalam bahasa Melayu semakin
meningkat. Beliau menerangkan bahawa guru-guru bahasa Melayu dan guru kelas sentiasa
memerhati dan mengenal pasti tahap pencapaian murid. Mereka melihat setiap perlakuan,
sikap, minat, bakat dan kebolehan murid. Guru-guru juga telah mengenal pasti murid yang perlu
akan program pemulihan untuk membantu mereka memahami dengan lebih baik lagi sesuatu
pembelajaran yang masih tidak dapat dikuasai dengan baik. Tindakan-tindakan sebegini sangat
penting menurut Puan Che Halijah supaya murid-murid seperti ini tidak ketinggalan terus dalam
masalah dan mata pelajaran ini. Melalui program ini, murid banyak dibantu memahami konsep
dan memberi mereka pemahaman yang lebih mendalam serta dapat meningkatkan tahap
pencapaian mereka kepada tahap cemerlang. Selain itu, Puan Che Halijah turut berkongsi
dengan guru-guru pelatih tentang program kelas tambahan petang yang diadakan untuk
memberi ilmu tambahan kepada murid setelah belajar pada waktu pagi. Mata pelajaran bahasa
Melayu juga tidak terkecuali dalam kelas tambahan petang ini. Semua murid perlu menghadiri
kelas tambahan petang untuk subjek bahasa Melayu untuk mengukuhkan lagi pengetahuan
mereka dalam bahasa Melayu baik bahasa Melayu pemahaman mahupun bahasa Melayu
penulisan. Sememangnya, banyak perkara berkaitan bahasa Melayu yang telah Puan Che
Halijah kongsikan bersama guru-guru pelatih yang merupakan major bahasa Melayu. Hal ini
dapat memberi pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang mata pelajaran bahasa Melayu
yang diajarkan di sekolah dan bagaimana mata pelajaran ini diuruskan oleh guru-guru terutama
guru panitia bahasa Melayu dalam memastikan pencapaian cemerlang oleh murid-murid dalam
bahasa Melayu. Setelah memberikan penerangan berkaitan bahasa Melayu, beliau membuka
soalan kepada guru-guru pelatih yang ingin bertanyakan soalan tentang mata pelajaran bahasa
Melayu. Beberapa orang guru pelatih telah mengajukan soalan kepadanya dan beliau telah
menjawab segala pertanyakan tersebut dengan penuh bermakna.
Setelah Ketua Panitia Bahasa Melayu berucap, Guru Penolong Kanan Satu pula
memberi ucapan iaitu Puan Hajah Raudzah binti Abdullah. Pada awalnya, beliau telah
memperkenalkan diri dan menceritakan sedikit tentang latar belakang atau tentang diri beliau
kepada guru-guru pelatih. Selepas itu, beliau terus memberi tumpuan kepada hal-hal berkaitan
sekolah tersebut. Pertama sekali, beliau telah menunjukkan latar belakang atau sejarah sekolah
tersebut. Semua guru pelatih baru mengetahui bahawa sekolah tersebut diambil daripada nama
asal Kampung Tasek Apong iaitu sebuah perkampungan Melayu yang telah wujud sekian lama.
Sekolah tersebut dibina pada tahun 2001 dan mula beroperasi pada tahun 2002 dengan tenaga
guru seramai 17 orang dan 3 orang kakitangan pengurusan serta 300 orang murid. Puan hajah
Raudzah juga menerangkan slogan dan koto sekolah kepada guru-guru pelatih. Slogan sekolah
ini ialah ‘Bersama ke Arah Kecemerlangan’ manakala motonya pula ‘Kecemerlangan Iltizam
kami’. Guru-guru pelatih turut didedahkan dengan maklumat sekolah oleh Puan Raudzah seprti
kod sekolah ialah KBA 3049, jenis sekolah ialah Sekolah Kebangsaan Harian, lokasi sekolah
ialah di bandar, bilangan murid ialah seramai 804 orang, bilangan guru pula ialah seramai 62
orang, tahap sekolah pula ialah gred A dan daerah sekolah ini ialah daerah Kuala Muda/Yan.
Bukan itu sahaja, beliau juga telah menunjukkan markah SKPM dari tahun 2012 hingga 2014
iaitu skor SKPM 2012 ialah 94, skor 2013 ialah 97 dan skor 2014 ialah 97.47. Dari aspek
ranking sekolah pula pada tahun 2012 ialah 454/7696, pada tahun 2013 ialah 347/7695
manakala pada tahun 2014 ialah 296/7709. Guru-guru pelatih dikongsikan juga gred purata
sekolah (GPS) iaitu dari tahun 2012 hingga 2014. Pada tahun 2012, GPS sekolah ini ialah 1.83,
pada tahun 2013 GPS sekolah ialah 1.77 dan pada tahun 2014 GPS sekolah ialah 176.
Berdasarkan maklumat yang ditunjukkan ini, dapat dikatakan bahawa GPS ini menunjukkan
penurunan iaitu daripada 1.83 hingga 1.76 dan penurunan ini juga menjelaskan satu kesan baik
kerana lebih rendah GPS lebih baik mutu sekolah tersebut. Puan Hajah Raudzah menambah
penerangan beliau dengan menunjukkan statistik guru iaitu berkaitan gred guru Sekolah
Kebangsaan Tasek Apong kepada guru-guru pelatih. Gred DG 44 ialah seramai 9 orang, gred
DG 41 ialah seramai 22 orang, gred DG 34 ialah seramai 14 orang, gred DG 32 ialah seramai
15 orang dan gred DG 29 ialah seramai 2 oraang. Tambahan lagi, gred straf turut dikongsikan
bersama-sama guru pelatih. Gred N24 ialah seorang, gred N17 ialah seramai 3 orang, gred
FT17 ialah seorang, gred NA ialah 2 orang dang red R4 ialah seoarang.
Guru-guru pelatih turut diberikan maklumat tentang anugerah yang pernah diterima oleh
sekolah. Banyak anugerah yang telah dicapai oleh sekolah ini. Antaranya ialah pada tahun
2012, pencapaian UPSR semua A melebihi 20% (23.24), pencapaian UPSR – GPS kurang
daripada 2.00 (1.83), tertinggi bilangan 5A UPSR (43), tertinggi GPS UPSR, sijil tanpa teguran
(memuaskan) pengauditan kewangan tahun 2012. Pada taun 2013 pula anugerah yang
diterima ialah pencapaian UPSR semua A melebihi 20% (25.64), pencapaian UPSR – GPS
kurang daripada 2.00 (1.77), pencapaian peratus lulus melebihi 85%, , sijil tanpa teguran
(memuaskan) pengauditan kewangan tahun 2013. Manakala bagi tahun 2014, anugerah yang
diterima ialah pencapaian UPSR semua A (42 orang), pencapaian UPSR – GPS kurang
daripada 2.00 (1.76) dan anugerah peningkatan kepada BAND 1.
Setelah banyak perkara tentang sekolah dan murid yang Puan Hajah Raudzah
kongsikan kepada guru-guru pelatih, beliau menambah perbincangan dengan menceritakan
tentang guru besar sekolah tersebut. Beliau menerangkan tentang diri guru besar iaitu nama
guru besar ialah Puan Hajah Imson binti Haji Long. Guru penolong kanan satu ini banyak
kongsikan tentang pencapaian yang telah dilakukan oleh guru besar kepada sekolah sehingga
sekolah ini telah dikategorikan sebagai sekolah kluster. Puan Hajah Raudzah juga
menceritakan kebijaksanaan dan kegigihan guru besar dalam meningatkan kualiti dan mutu
sekolah tersebut. Banyak usaha yang telah ditunjukkan oleh Puan Hajah Imson berdasarkan
penerangan guru penolong kanan satu ini. Beliau telah menunjukkan anugerah dan
penghargaan yang pernah diterima oleh guru besar iaitu Puan Hajah Imson. Antara anugerah
tersebut ialah Perhargaan Mentor Program IMMERSION Guru Besar JPN Kedah, Anugerah
Kilauan Emas Konvension Pendidikan KEBMGGBM, Tahun 2009 ke 3 di Seremban Negeri
Sembilan, Penghargaan Secretariat The 2nd Regional Conference (RCELAM)-IAB. Antara
jawatan atau sumbangan guru besar pula ialah Pengerusi Pengelola ragbi, Pengerusi Panitia
Kajian Tempatan, Penceramah Headcount dan banyak lagi.
Lebih kurang jam 11.00 pagi, guru besar SK Tasek Apong iaitu Puan Hajah Imson pun
tiba di bilik mesyuarat. Guru-guru pelatih mengalu-alukan kehadiran guru besar. Seterusnya,
taklimat terakhir bagi lawatan ini mendengar ucapan dan taklimat daripada guru besar. Puan
Hajah Imson memperkenalkan dirinya dan menerangkan tentang peranan seorang guru. Beliau
menceritakan pengalaman beliau semasa mula-mula menjadi guru sehinggalah sekarang.
Beliau berkongsi cabaran dan masalah yang dihadapi dalam mengharungi dunia pendidikan.
Banyak nasihat dan pedoman yang beliau berikan kepada guru-guru pelatih agar lebih yakin,
bersemangat dan bertanggjawab dalam memikul tugas sebagai guru. Hal ini amat penting
menurut beliau kerana guru merupakan tunjang atau role model kepada murid. Justeru, guru
perlu menunjukkan teladan yang baik dan mencurahkan ilmu dengan penuh keikhlasan tanpa
memandang sebarang ganjaran demi melahirkan modal insan negara seperti yang dihasratkan
oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Nasihat beliau amat berguna dan sangat memberi
semangat kepada guru-guru pelatih yang masih baru dan masih banyak perkara yang perlu
dipelajari. Puan Hajah Imson meneruskan taklimat dengan memberi fokus kepada SK Tasek
Apong. Beliau berkongsi kejayaan sekolah tersebut sebagaimana yang telah diceritakan oleh
Guru Penolong Kanan Satu iaitu Puan Hajah Raudzah. Beliau juga banyak memuji guru-guru
sekolah tersebut kerana guru-guru telah bertungkus-lumus dan bekerja dengan bersungguh-
sungguh untuk mendidik murid-murid sekolah tersebut sehingga berjaya dengan cemerlang.
Beliau juga menjelaskan bahawa hubungan guru-guru dengan beliau sangat rapat dan mesra
dan hubungan isi sangat penting menurut beliau. Hal ini kerana hubungan yang baik ini dapat
memudahkan segala urusan dan membolehkan sesuatu perbincangan atau perancangan itu
dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berjaya. Beliau menambah, guru-guru sangat
bersemangat untuk masuk ke kelas meskipun hanya sebagai guru ganti. Mereka akan berebut-
rebut untuk mengganti guru yang tidak hadir pada hari tersebut sehinggakan ada dalam
kalangan guru yang meminta izin daripada guru besar untuk masuk mengajar waktu guru besar
tersebut dek kerana seronok mengajar murid-murid. Puan Hajah Imson menyatakan bahawa
sikap guru seperti inilah yang banyak membantu dan mendorong sekolah melonjak kep tahap
yang sangat cemerlang. Mereka sangat bersemangat dan tidak pernah berputus asa demi
melahirkan murid yang berjaya dan sekali gus menaikkan nama sekolah mereka. Seterusnya,
guru besar menerangkan kekuatan sekolah kepada guru-guru pelatih. Pertama, kekuatan
melalui unit HEM, pelbagai program peningkatan sahsiah dijalankan sepanjang tahun untuk
memantapkan disiplin murid. Selain itu, 100% guru dan murid telah diberi pendedahan tentang
pelaksanaan tindakan disiplin di sekolah. Kekuatan dari aspek pencapaian pula, GPS UPSR
kurang daripada 2.00 lima tahun berturut-turut, bilangan murid mendapat 5A bertambah setiap
tahun, subjek sains merupakan subjek kebitaraan akademik sekolah. Melalui aspek fizial dan
persekitaran pula, kekuatannya ialah ceria, bersih dan selamat, sekolah dalam taman ilmu dan
SKTA menjadi pilihan waris. Di samping itu, beliau turut menjelaskan keistimewaan sekolah ini.
Antaranya ialah guru-guru berkebolehan dan mempunyai kemahiran dalam banyak bidang.
PIBG juga memberi sokongan padu dalam semua program sekolah dan murid-murid berpotensi
dalam banyak bidang. Akhir sekali, beliau mengakhiri taklimat taklimat dengan memberi
peluang kepada guru-guru pelatih untuk mengajukan sebarang soalan kepada beliau. Antara
soalan yang diajukan ialah apakah target seterusnya yang ingin dicapai oleh Puan Hajah Imson
pada masa akan datang. Setelah selesai soal jawab, beliau mengakhiri ucapan dan
taklimatnya. Selepas itu diadakan sesi penyampaian cenderamata. Puan Normi selaku mentor
telah menyampaikan cenderamata kepada Puan Hajah Imson sebagai tanda penghargaan dan
terima kasih kerana sudi menerima kehadiran guru-guru pelatih ke sekolah ini.
Selepas selesai sesi penyampaian cenderamata, guru-guru pelatih bergerak ke
perpustakaan sekolah. Guru-guru pelatih melihat dan memasuki perpustakaan dan meninjau
keadaan di dalam perpustakaan tersebut. Keadaan perpustakaan tersebut sangat memuaskan
kerana bersih, kemas, tersusun dan dindinnya dipenuhi dengan mural yang cantik-cantik
belaka. Selepas itu, guru-guru pelatih bergerak melawat bilik internet. Di dalam bilik tersebut,
murid-murid sedang belajar menggunakan i-pad dan dalam bilik ini juga terdapat banyak BBM.
Selepas itu, guru-guru pelatih bergerak ke kantin sekolah untuk menikmati makanan. Selepas
makan, semua guru pelatih sekali meninjau dan berjalan-jalan di sekitar sekolah sambil
menunggu ketibaan bas untuk pulang. Lebih kurang jam 1.00 tengah hari, bas datang dan guru-
guru pelatih pulang ke IPG KSAH.
LAPORAN/REFLEKSI SELEPAS LAWATAN
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya saya dan rakan
guru pelatih yang lain dapat menjalankan BIG 5 (Lawatan Penanda Aras) dengan jayanya.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkn berbanyak terima kasih kepada mentor iaitu Puan
Normi binti Mohd Dali yang banyak memberi sokongan, dorongan dan bantuan dalam
menjayakan BIG kali ini.
Terdapat banyak faedah atau manfaat yang diperoleh setelah mengikuti lawatan
penanda aras ke Sekolah Kebangsaan Tasek Apong. Antaranya ialah saya dapat belajar
membuat kertas kerja. Tugas saya dalam lawatan ini ialah sebagai setiausaha dan perlu
membuat kertas kerja. Setelah membuat lantikan AJK dan setelah mendapat maklumat sekolah
serta aktviti, saya dan penolong saya telah berbincang utuk membuat kertas kerja ini. Kami
membuat kertas kerja ini secara bersama-sama dan saling membantu antara satu sama lain.
Kami juga saling berkongsi idea dalam menghasilkan kertas kerja ini supaya mendapat hasil
kertas kerja yang sangat baik. Setelah menyiapkan kertas kerja, saya dan penolong saya telah
berjumpa dengan mentor untuk menunjukkan kertas kerja yang telah disiapkan. Apabila mentor
berpuas hati, kami berdua membawa kertas kerja tersebut ke unit kokurikulum untuk member
pensyarah menyemak. Semasa berjumpa pensyarah kokurikulum iaitu Encik Zainuri selaku
penyelaras BIG semester 5, beliau telah menerankan serba sedikit tentang cara membuat
kertas kerja. Beliau telah menunjukkan satu contoh format kertas kerja khusuh untuk BIG
semester 5 yang agak berbeza daripada BIG yang lain. Jadi, kami perlu mengubah sedikit
format penulisan dan susunan kertas kerja kami mengikut cara atau kehendak pensyarah
kokurikulum. Setelah membeiki kertas kerja tersebut, kami sekali lagi berjumpa dengan
pensyarah kokurikulum untuk menghantar kertas kerja tersebut. Setelah berpuas hati, beliau
menerima kertas kerja kami untuk dihantar ke pihak atasan bagi meluluskannya. Di sini saya
dapat belajar membuat kertas kerja yang merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna.
Hal ini kerana sebelum ini saya pernah membuat kertas kerja. Jadi, dengan pengalaman yang
berkali-kali ini saya dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan saya dalam membuat
kertas kerja. Saya yakin bahawa pada masa akan dating saya tidak akan mempunyai masalah
lagi sekiranya diminta untuk membuat kertas kerja kerana saya sudah berpengalaman. Jadi,
pengalaman ini sangat berharga kepada saya.
Manfaat yang saya peroleh juga melalui BIG ini ialah saya dapat melawat sekolah yang
tergolong dalam sekolah kluster. Sejujurnya ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki
melangkah masuk ke dalam sekolah kluster atau sekolah yang cemerlang. Berbeza dengan
sebelum ini saya tidak pernah mengunjungi mana-mana sekolah kluster sama ada di Sungai
Petani ataupun di tempat lain. Sebelum ini, saya hanya berfikir dan membuat tafsiran sendiri
sahaja berkaitan sekolah-sekolah kluster seperti sekolah ini semestinya sebuah sekolah yang
besar, mempunyai bilangan murid dan guru yang ramai, murid pula terdiri daripada golongan
yang berada dan segala prasarana di sekolah sangat hebat. Hal ini kerana saya tidak
mempunyai pengalaman untuk merasai suasana atau keadaan sekolah seperti ini. Saya juga
hanya bersekolah di sekolah rendah biasa sahaja dan bukan dari sekolah kluster dan sebab
itulah sebelum ini saya membuat banding beza yang terlalu jauh kerana persekitaran dan
kategori sekolah rendah saya tidak sama dengan sekolah kluster ini. Oleh itu, saya merasakan
sangat bersyukur kerana diberi peluang ini iaitu untuk merasakan bagaimana suasana dan
keadaan sebuah sekolah kluster yang sebelum ini saya tidak pernah merasainya. Apa saya
lihat sekolah ini sama sahaja dengan sekolah-sekolah biasa yang lain dari segi infrastruktut
tetapi agak berbeza dari segi pengurusan dan penglibatan guru serta murid. Sekolah ini lebih
menyerlah dan ekstrem dalam semua perkara. Segala bidang mereka akan kuasai dan cuba
melakukan yang terbaik untuk melonjakkan tahap pencapaian dan nama. Guru-guru sekolah ini
sangat berkaliber dan berdisiplin serta penuh bertanggungjawab dalam memikul tugas sebagai
guru. Murid-murid pula sebenarnya berbeza latar belakang dan bukan semuanya daripada
golongan yang berada namun dengan asuhan dan didikan serta imu yang dicurahkan oleh
guru-guru ini, mereka mampu mengembangkan diri mereka dalam semua aspek terutama
dalam akademik. Tahap disiplin yang tinggi dalam kalangan guru dan murid menjadikan
sekolah ini sangat Berjaya dan prestasi semakin meningkat hari demi hari. Jadi, saya dapat
melihat sendiri keadaan sekolah kluster dengan pengalaman membuat lawatan pada kali
pertama ini ini. Hal ini juga penting kepada diri saya sebagai bakal guru untuk mengetahui
keadaan atau suasana sekolah yang berbeza-beza untuk sentiasa bersedia jika ditempatkan di
mana-mana sahaja suatu hari nanti dan boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Selain itu, manfaat yang saya peroleh melalui lawatan penanda aras ini ialah dapat
melihat peranan guru dalam sesebuah sekolah. Setiap guru mempunyai peranan masing-
masing dan perlu memastikan setiap tugas tersebut dijalankan dengan penuh kejujuran dan
amanah. Saya membicarakan hal ni kerana kejayaan sekolah kluster ini adalah hasil daripada
titik peluh seseorang guru. Hal ini memberi kesedaran kepada saya bahawa guru merupakan
agen utama atau penggerak utama dalam memastikan kejayaan murid dan sekolah. Sekiranya
guru tidak serius dan leka terhadap peranan tugas mereka sehingga mengabaikannya boleh
menjejaskan prestasi murid dan akhirnya menjatuhkan pencapaian atau ranking sekolah.
Dalam hal ini saya boleh katakana bahawa guru-guru SK Tasek Apong sangat
bertanggungjawab dan jujur serta ikhlas dalam mencurahkan bakti kerana kejayaan yang
dimiliki oleh sekolah itu pada hari ini jelas menunjukkan hasil usaha guru. Tanpa guru sekolah
tersebut tidak akan ke mana-mana. Hal ini telah membuatkan semangat saya semakin
meningkatat untuk belajar dan menguasai sebanyak ilmu yang boleh dan ingin mencurahkan
kepada anak murid serta berbakti kepada mereka dengan penuh harapan untuk mendidik anak
bangsa sehingga berjaya. Saya percaya dengan sikap dan semangat sebegini sudah tentu
dapat melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang oleh sebab guru itu sendiri
yang ikhlas dan mempunyai harapan serta matlamat yang jelas. Di sini, saya boleh katakan
bahawa setiap guru peranan guru itu sangat besar dan setiap perkara yang dilakukannya akan
member impak kepada murid dan sekolah.
Di samping itu, manfaat yang saya dapat melalui lawatan ini juga ialah saya dapat
mengetahui kepentingan hubungan guru dan murid. Sebagaimana yang diketahui, hubunga
guru dan murid sangat penting dan tanpa hubungan ini komunikasi yang berlaku kurang
berkesan. Setiap guru mestilah membina satu hubungan yang mesra dengan anak-anak murid
agar dapat mengeratkan hubungan sedia ada dan dapat menambah perasaan kasih saying
terhadap anak-anak murid. Apabila guru sering mendekati anak-anak murid, mereka akan
berasa bahawa diri sangat bernilai dan penting kepada guru-guru. Sikap seperti ini saya boleh
lihat di SK Tasek Apong di mana guru-guru sekolah tersebut sangat penyayang dan mengambil
berat. Guru-guru ini sangat tidak sabar untuk bertemu dengan murid-murid mereka dan guru-
guru juga banyak mengenali murid yang mereka tidak ajar. Hal ini kerana ada guru yang
sanggup meminta izin daripada guru besar untuk masuk ke kelas guru besar dab
menggantikannya mengajar. Ada juga guru yang menempah awal untuk masuk kelas sekiranya
terdapat mana-mana guru yang tidak hadir. Sikap guru yang penyayang dan rajin ini
membuatkan saya berasa terharu dan banyak berfikir. Sebagai bakal guru sememangnya saya
harus ada ciri-ciri guru seperti ini yang sangat mengutamakan anak murid dan tidak sanggup
meninggalkan mereka. Sekiranya kita sebagai guru sering mendekati murid, sudah pasti akan
wujud satu perasaan dan hubungan yang mesra sehingga membawa kepada suasana belajar
yang sangat menarik da seronok. Murid-murid juga akan tertunggu-tunggu guru masuk ke kelas
oleh sebab sikap guru yang mesra dan sangat mengambil berat. Murid-murid pasti berasa
selesa belajar dengan guru-guru sebegini kerana mereka tidak takut dengan guru tersebut serta
mereka akan menghormati guru ini. Saya berazam dalam diri saya untuk memiliki ciri-ciri guru
yang penyayang dan sentiasa mencurahkan kasih saying kepada murid dalam memastikan
kejayaan mereka. Murid-murid pasti akan mendengar kata kita apabila mereka selesa dengan
kita yang sering menjalinkan hubungan dan banyak berkomunikasi dengan mereka.
Saya juga mendapat pengetahuan tentang kepentingan menaikkan nama sekolah ke
tahap yang lebih tinggi. Bukan sekolah kluster sahaja yang ingin meningkatkan prestasi
sekolahnya malahan semua sekolah. Namun, kita perlu meliha setakat mana usaha kita untuk
mencapai hasrat tersebut. Saya percaya bahawa semua guru di SK Tasek Apong memiliki
semangat ini sehinggakan mereka sanggup bekerja lebih masa dan meluangkan banyak masa
di sekolah demi menyediakan aktiviti-aktiviti kepada murid. Semangat yang kental seperti ini
sangat peting kerana sesuatu kejayaan itu tidak akan datang dengan sendiri tetapi memerlukan
usaha dan semangat yang kuat. Pengajaran yang saya dapat ambil ialah kita bekerja bukan
sahaja untuk diri kita tetapi untuk orang lain juga. Hal ini kerana kita bekerja bukan sahaja untuk
mencari rezeki tetapi sebagai guru, pergi ke sekolah adalah untuk member perkhidmatan
kepada pelanggan iaitu murid-murid. Kita perlu menjaga mereka sehabis baik kerana
pembentukan dan memenjadian diri mereka kebanyaknnya bergantung kepada cara kita iaitu
seorang guru. Jadi, saya memahami akan sitausi ini di mana apabila kita sedar tanggungjawab
dan peranan kita terhadap pelanggan kita, kita akan mencurahkan segalanya untuk
mendapatkan produk yang berkualiti. Apabila kita berjaya membentuk murid dan meningkatkan
prestasi diri mereka secara tidak langsung kita juga telah menaikkan nama sekolah di ranking
yang lebih baik. Apabila sekolah mendapat nama dan sering diwar-warkan, guru besar dan
guru-guru sekolah itu juga akan diberi penghargaan dan keadaan ini akan menambahkan lagi
motivasi kepada guru untuk mengajara. Sekiranya sekolah sudah dikenali masyarakat dengan
kejayaan mereka, ibu bapa dan murid pasti berasa bangga dan akan menjadi lebih yakin
dengan guru-guru yang mengajar anak-anak mereka. Justeru, saya akan cuba belajar daripada
sekarang untuk menyelami jiwa seorang pendidik dan berusaha meningkatkan personaliti diri
dari semasa ke semasa untuk belajar menjadi seorang guru yang berkarisma dan berilmu
pengetahuan tinggi. Hal ini merupakan salah satu cara untuk manaikkan sama sekolah kerana
kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada guru-gurunya.
Seterusnya, apa yang saya dapat daripada lawatan ini ialah progam-program tambahan
sangat penting dalam memastikan kejayaan murid dan sekolah. Saya sangat bersetuju dengan
setiap program yang diadakan di sekolah kerana program-program inilah yang akan
memantapkan lagi diri murid dan tahap ilmu yang telah dikuasai oleh mereka. Murid-murid perlu
sentiasa diingati dari semasa ke semasa agar mereka tidak mudah lupa dan leka dengan dunia
mereka. Banyak program yang dapat lihat dijalankan oleh SK Tasek Apong kepada murid-murid
mereka. Sebenarnya, program ini sangat membantu dalam memastikan kejayaan murid kerana
melalui program-program ini murid dapat meningkatkan motivasi dalam diri meraka. Selain itu,
ilmu pengetahuan yang telah mereka belajar akan lebih kukuh kerana ditambahkan lagi dengan
latihan dan ujian menerusi bengel atau program tersebut. Program-program kerohanian tidak
kurang pentingnya dan perlulah seiring dengan program-program yang lain. Saya sangat
gembira denga cara sekolah ini iaitu mengamalkan bacaan Yassin setiap minggu untuk
mengukuhkan spiritual dalam diri mereka. Untuk mencapai semua ini sudah pasti memerlukan
pengorbanan daripada guru-guru. Guru-guru perlu sanggup berkorban masa dan tenaga untuk
menjayakan setiap program yang dirancang oleh pihak sekola kepada murid-murid. Tanpa
pengorbanan daripada guru murid tidak dapat merasai peluang dan pengalaman melalui aktiviti
atau program tambahan yang seharusnya mereka dapat bagi mengukuhkan pelajaran mereka.
Saya ingin menanamkan dalam diri saya sikap sanggup berkorban demi murid dan sekolah
kerana saya mula melihat kesan yang bakal diperoleh hasil daripada pengorbanan seorang
guru. Seseorang guru tidak akan rugi sekiranya mereka berkorban masa dan tenaga untuk
murid dan sekolah kerana kejayaan murid dan sekolah adalah kejayaan guru-guru juga.
Tambahan lagi, pengetahuan yang saya dapat daripada lawatan ini ialah amat
pentingnya kerjasama antara guru dengan ibu bapa. SK Tasek Apong sentiasa menjalinkan
hubungan yang rapat dengan ibu bapa murid terutama melalui PIBG. Mereka sentiasa
mengadakan perjumpaan dan sering berbincang tentang murid-murid. Guru-guru sangat
mementingkan perkembang murid dan sebab itulah mereka sering mengadakan program
dengan ibu bapa untuk mendapat maklumat tentang murid-murid di rumah. Hal ini telah
member kesedaran kepada saya tentang kemahiran komunikasi yang perlu ada dalam diri.
Sebagai seorang guru kita akan sering berhadapan dengan ibu bapa, jadi kita perlu mempunyai
satu kemahiran dalam berkomunikasi untuk mendapatkan hasil perbincangan yang berkesan.
Selain itu, kita sebagai guru perlu mesra dengan ibu bapa bagi memudahkan segala urusan
yang melibatkan murid. Sekiranya hubungan guru dan ibu bapa sangat jauh amat merumitkan
keadan untuk guru dan ibu bapa berjumpa dan berbincang tentang murid-murid. Murid-murid
perlu sentiasa diberi layanan dan didikan yang cukup sama ada di sekolah mahu pun di rumah.
Oleh sebab itu, sangat penting untuk guru berjumpa dengan ibu bapa dan mengadakan
perbincangan. Guru dapat bertanyakan tentang masalah yang murid hadapi di rumah sekiranya
melakukan tingkah laku yang kurang baik di sekolah. Begitu juga dengan ibu bapa, mereka
boleh meminta sebarang maklumat berkaitan pencapaian atau sikap anak mereka di sekolah.
Pendek kata, hubungan ini sangat penting dan perlu dikekalkan agar prestasi murid dapat
ditingkatkan dan masalah atau halangan yang dating dapat diatasi secara bersama-sama. Oleh
itu, saya akan belajar bagaimana untuk berhubungan dan berinteraksi dengan masyarakat luar
dengan lebih baik kerana dunia pendidikan juga amat memerlukan hubungan terjalin antara ibu
bapa dan guru-guru serta saya perlu bersedia untuk berhadapan dengan situasi-situasi ini.
Kesimpulannya, banyak perkara yang saya belajar melalui lawatan ini dan ilmu ini
sangat penting serta berguna kepada saya semasa berkihdmat di lapangan sebenar nanti iaitu
di sekolah. Jadi, saya akan cuba memahami, menguasai dan mengaplikasikan semua ilmu
yang saya peroleh ini di sekolah nanti. Saya juga akan sentiasa meningkatkan peranan dan
tanggungjawab yang perlu digalas oleh seseorang guru.
BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKAN
PENGENALAN
Program Bina Insan guru merupakan salah satu program yang wajib dijalani oleh pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pada setiap semester. Pada semester
kelima, setiap pelajar dikehendaki mengikuti lawatan ‘Benchmarking’ ke sekolah cemerlang dan
LAPORAN
BENGKEL
LAPORAN
BENGKEL
bengkel/ceramah secara berkumpulan untuk melengkapkan Program Bina Insan Guru pada kali
ini.
Proses pembinaan insan guru terbina berasaskan aspek kesedaran bahawa profesion
perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi
yang cemerlang di samping menjadi role model kepada masyarakat. Oleh itu, guru memerlukan
kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi,
rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk
menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan
diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengalamannya juga
perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan
masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.
RASIONAL
Program ini berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang
yang tinggi, dan mempunyai ketahanan fizikal. Program ini juga diharapkan dapat
meningkatkan profesion keguruan dalam kalangan guru-guru pelatih serta dapat memberikan
sumbangan kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.
Undang-undang perguruan merupakan panduan kepada bakal-bakal guru dalam
menjalankan tugas. Di samping itu, guru pelatih PISMP IPG diharapkan dapat menjadi seorang
guru yang berdedikasi serta patuh terhadap undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini
bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan
seterusnya membantu membina realiti wawasan Negara.
MATLAMAT
Program Bina Insan Guru ini dibina dengan harapan dapat membina insan guru yang
dapat menjalankan tugas dengan berdedikasi dan patuh kepada perundangan yang telah
ditetapkan.
OBJEKTIF PROGRAM
Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru pelatih PISMP ambilan Januari
2013diharapkan dapat :
Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan.
Mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi terhadap profesion keguruan dalam apa
jua keadaan.
Menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan guru yang berakhlak mulia dan patuh
kepada undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.
Meningkatkan nilai-nilai kepimpinan dan sentiasa mementingkan tugas yang
diamanahkan.
Memperkembangkan potensi sebagai insan dan membentuk sahsiah dan kualiti peribadi
guru yang baik.
Memantapkan sifat keyakinan diri dan tegas dalam menjalankan tugas.
KELEBIHAN PROGRAM
Melalui program bengkel Bina Insan Guru Fasa V ini, banyak kelebihan dan manfaat
yang diperolehi. Antaranya ialah :
Dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif di kalangan peserta.
Dapat meningkatkan keyakinan diri para peserta.
Memupuk semangat berpasukan dan berkerjasama di kalangan pelajar.
Dapat menerapkan unsur-unsur positif berkaitan bidang perguruan di kalangan
pelajar.
Melahirkan insan guru yang bersedia dari segi fizikal dan mental.
Ativiti yang dijalankan sangat bersesuaian dengan objektif program.
Memberikan maklumat yang mendalam mengenai perundangan dalam
perguruan terhadap semua pelajar bakal guru.
KELEMAHAN PROGRAM
Namun begitu, program Bina Insan Guru ini juga mempunyai kekurangannya yang
tersendiri iaitu:
Ceramah yang dilakukan mengikut kumpulan kuliah menyebabkan pelajar
kurang berinteraksi antara satu sama lain.
Aktiviti yang dijalankan di kelas biasa memberikan suasana yang biasa dan
membosankan pelajar.
Masa yang suntuk menyebabkan banyak perkara tidak dapat dikongsi oleh
penceramah dengan pelajar.
LAPORAN BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKAN
SEBELUM BENGKEL
Seperti biasa, sebelum mengadakan sesuatu program, ahli-ahli jawatankuasa perlulah
ditubuhkan supaya program dapat dijalankan dengan lancar di bawah satu organisasi.
Pelantikan jawatankuasa pelaksanan ini dipengerusikan oleh saya sendiri yang dibantu oleh
beberapa rakan kelas yang lain. Walaupun rakan kelas ingin melantik saya bagi BIG kali ini,
namun dengan rasa rendah diri saya merasakan tidak sepatutnya saya menjadi ketua untuk
mereka sepanjang masa program. Saya merasakan kesemua rakan-rakan perlu diberi ruang
dan peluang bagi menjadi seorang pemimpin. Oleh itu, hasil kata sepakat mesyuarat yang
dijalankan oleh semua pelajar, seorang pelajar iaitu Jackryson Ahyit telah dipilh sebagai orang
penting untuk menjayakan program ini. Selepas itu, penyediaan kertas kerja pula diurus oleh
setiausaha program iaitu Mohd Saiful Othman. Di samping itu, program itu turut dijayakan oleh
ahli-ahli jawatankuasa kecil yang menjalankan tugas mengikut bidang tugas masing-masing.
Antara AJK kecil yang ditubuhkan untuk menjayakan program ini ialah AJK Makanan, protokol,
hadiah dan cenderahati, dokumentasi, pengangkutan, buku program dan alatan.
Bagi mengelolakan ceramah yang bakal diadakan, semua pelajar berbincang untuk
memilih penceramah yang sesuai dengan isu yang akan dibincangkan. Hasil kata sepakat yang
dicapai, para pelajar memutuskan untuk meminta jasa baik daripada Encik Khairul Azli bin Mat
Zen. Setelah menemui beliau, beliau sangat berbesar hati dan terus bersetuju dengan
permintaan pelajar.
Tarikh : 9 Mac 2015
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Al-Farabi, IPG KSAH
SEMASA BENGKEL
Tepat jam 8 pagi pada 9 Mac 2015, bermulalah bengkel yang bertajuk ‘Pengurusan
Pendidikan’. Namun, berlaku sedikit suasana tegang. Hal ini demikian kerana, masalah ini
ditimbulkan oleh unit pengajian TESL yang dikatakan hanya menumpang menyertai kami dalam
bengkel yang telah siap kami uruskan ini. Pensyarah daripada unit gerko member sedikit
teguran supaya perkara sebegini tidak lagi akan berlaku. Pengurusan bengkel pada hari
tersebut amat kucar-kacir. Hal ini demikian kerana, alatan yang tedapat di dalam dewan tidak
berfungsi dengan baik. Hal ini ditambah lagi dengan jawatankuasa alatan daripada kelas
pendidikan seni yang tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya. Teguran yang membina
daripada pensyarah memberikan kesan yang positif dalam diri kami supaya tidak mengulangi
kesilapan yang telah kami jalankan.
Seterusnya, terdapat pelbagai input yang diperolehi semasa bengkel dijalankan.
Antaranya, golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan
dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh yang demikian,
peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk
menjadi panduan kepada guru dan kakitangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan. Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej
kerajaan khasnya dan perkhidmatan awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah
yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana
peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa
yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain. Selain itu, rasional peraturan tatatertib
ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap,
beramanah dan bertanggungjawab, meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada
kepentingan mereka sendiri dan menjaga imej perkhidmatan awam.
Selanjutnya, antara perkara utama yang disampaikan oleh penceramah mengenai Guru
dan Perundangan ialah seperti berikut :-
Aspek perundangan dalam pengurusan murid (rujukan guru untuk lakukan apa-apa tugas):
Surat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Perkhidmatan
Surat Perintah Am
Surat Pekeliling: Minggu pertama/ minggu ketiga, atau minggu kedua/ minggu keempat
(satu hari sahaja dalam cuti minggu boleh berkhidmat).
Jika guru dipaksa bertugas melebihi 6 hari seminggu berturut-turut, guru boleh membuat
surat tidak dapat hadir untuk berkhidmat. Dan Guru Besar boleh dikenakan tindakan oleh
Pejabat Pendidikan Daerah.
Guru tiada hak untuk memukul murid.
Kesalahan guru yang melibatkan denda melebihi RM2000 dengan niat akan dikenakan
tindakan pecat.
Guru boleh didenda jika ibu bapa rasa terhina dengan tindakan guru menghukum murid
walaupun dengan hukuman yang ringan.
Guru hanya boleh memberi amaran bertulis sahaja kepada murid maksima sebanyak 5 kali
dan seterusnya menyerahkan murid kepada Guru Disiplin untuk diambil tindakan.
Guru tidak boleh mengugut murid dan memotong markah merit murid sesuka hati.
Murid mempunyai hak kebebasan berpakaian iaitu murid boleh memakai serban jika tiada
peraturan sekolah yang melarang.
Undang-Undang Tort dan Cuai (Negligence) /(saman sivil):
Diwujudkan sebagai cara untuk ubati atau membayar ganti rugi kepada individu yang
mendapat kerugian.
Undang-undang ini terbahagi kepada dua iaitu diniatkan dan kecuaian.
Prinsip Tort : Setiap manusia adalah bertanggungjawab terhadap apa –apa tindakan.
Liabiliti Tort : Kecederaan kepada individu, kemusnahan harta benda
dannkehilangan maruah atau harga diri.
Pelbagai perkara juga telah dibincangkan dalam ceramah tersebut memberikan manfaat
kepada para pelajar. Ceramah tersebut tamat pada jam 1 tengah hari. Sedikit cenderamata
diberikan kepada penceramah sebagai penghargaan kepada beliau kerana sudi berkongsi ilmu
dengan para pelajar. Penceramah dan para pelajar juga dijemput ke kafe kantan untuk
menjamu selera setelah program tersebut tamat.
SELEPAS BENGKEL
Setelah bengkel ceramah ‘Guru dan Perundangan ‘ tamat, semua pelajar berkumpul
untuk mengemas tempat yang telah digunakan. Setiap AJK menyelesaikan tugas masing-
masing supaya program dapat berakhir dengan sempurna. Setiap pelajar juga ditugaskan
menghasilkan sebuah laporan refleksi bagi bengkel yang telah dijalankan ini.
SELEPAS BENGKEL/REFLEKSI SELEPAS BENGKEL
Melalui program bengkel ini, saya mendapati banyak pengetahuan yang sangat
berguna telah saya perolehi. Ceramah yang bertajuk ‘Pengurusan Pendidikan’ ini
mempunyai pelbagai input dan mesej yang boleh diaplikasikan oleh seorang guru
pelatih setelah menjadi guru nanti. Namun begitu, sepanjang mengikuti bengkel ini,
saya dapat melihat bahawa terdapat beberapa kelemahan dan kekuatannya.
Antara kekuatan yang diperoleh ialah sepanjang mengikuti program bengkel ini,
saya memperolehi pengetahuan yang sangat berguna mengenai undang-undang dalam
menjadi seorang guru. Perkara ini sangatlah penting kepada semua guru kerana
mematuhi undang-undang sangat penting bagi mengelakkan kesan-kesan negatif
daripada berlaku. Saya mula menyedari tugas guru merupakan tugas yang memerlukan
disiplin diri yang sangat tinggi. Di samping itu, menjadi seorang guru memerlukan
kesabaran yang sangat tinggi di mana emosi dan mental perlu dijaga daripada
melakukan sesuatu yang dilarang dalam perundangan yang ditetapkan. Antara yang
saya mula pelajari ialah, seorang guru tidak boleh mempunyai ‘body contact’ dengan
muridnya di mana guru tidak boleh menyentuh muridnya walaupun hanya mencubit
murid. Di sini dapat saya pelajari bahawa memukul murid merupakan satu kesalahan
dan guru boleh didakwa sekiranya melakukan sedemikian.
Selain itu, melalui ceramah ini, saya dan rakan-rakan juga dapat mengeratkan
hubungan sesama sendiri di mana kami saling bekerjasama untuk menjayakan program
ini. Cadangan yang pelbagai memerlukan kami semua saling bersepakat untuk
mencapai kata putus bagi membuat sesuatu keputusan. Justeru itu, kami juga saling
tolong menolong tanpa mengira tugas AJK yang diberikan. Dengan adanya kerjasama,
kerja menjadi lebih mudah. Kerja juga dapat dilaksanakan dengan baik sekali.
Melalui bengkel ini juga, sikap positif pelajar dapat dibentuk. Penglibatan pelajar
sangat memuaskan. Saya sendiri berasa sangat teruja untuk mengikuti ceramah ini.
melalui ceramah ini, para pelajar dapat meningkatkan sikap professionalisme sebagai
seorang guru di mana semua pelajar mematuhi peraturan berpakaian secara formal
dengan kemas dan bersesuaian seperti yang telah ditetapkan.
Dalam aktiviti ini juga, kami dapat menerapkan nilai-nilai bertanggungjawab dan
jujur dalam melakukan tugas yang telah diamanahkan kepada kami. Perkara
sedemikian dapat dilihat melalui sikap semua peserta yang mengikut peraturan dan
tugas yang telah ditetapkan dengan akur dan mencuba sedaya upaya untuk
menyelesaikannya. Nilai-nilai bertanggungjawab dan jujur ini sangatlah penting dalam
diri seorang pendidik yang akan mendidik anak-anak bangsa kelak. Setiap individu
yang menyertai program ini termasuklah saya bertanggungjawab dalam melaksanakan
tugas masing-masing walaupun setiap individu merasakan kepenatan bekerja.
Walaupun secara zahirnya saya berasa sangat penat, namun pengalaman yang ditimba
sangat berguna sebagai bekalan untuk menjadi seorang pendidik yang berilmu
pengetahuan.
Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan di sini bahawa program BIG ini
banyak membina jati diri ke arah menghasilkan insan guru yang berkualiti dan positif.
Pengalaman yang diperolehi sepanjang BIG berlangsung sememangnya membantu
untuk meningkatkan keyakinan diri serta pengetahuan kepada pelajar.
Namun begitu, program yang dijalankan juga mempunyai kelemahannya yang
tersendiri. Perkara tersebut ialah mengenai ruang aktiviti yang kurang kondusif.
Semasa sesi ceramah pertama sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit
terganggu dengan rungutan dan keadaan pelajar yang tidak selesa kerana sistem
pengudaraan di dalam bilik tidak berfungsi menyebabkan rasa bahang yang
keterlaluan. Hal sedemikian sedikit sebanyak mengganggu kosentrasi pelajar terhadap
ceramah yang dijalankan.
Bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang di masa akan datang, langkah-
langkah yang sepatutnya perlulah diambil. Antara langkah yang boleh diambil ialah
dengan mengadakan aktiviti ceramah dan bengkal di dewan besar yang lebih luas dan
sesuai untuk pelbagai aktiviti. Hal ini adalah kerana suasana di dalam dewan yang
sangat kondusif akan memberikan keselesaan kepada para pelajar. Di samping itu, di
dalam dewan juga terdapat sistem pembesar suara yang boleh memudahkan
penceramah menyampaikan isinya.Cadangan kedua ialah mewujudkan jawatankuasa
persiapan tempat bagi memeriksa lokasi program yang akan dijalankan. Hal ini adalah
supaya masalah yang timbul dapat diatasi dengan segera.
Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan faedah
kepada kami para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan berfungsi
sebagai panduan atau bekalan bagi menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang
guru di alam pendidikan yang sentiasa mencabar jiwa dan raga.
RUMUSAN BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKAN
Program Bina Insan Guru merupakan program yang befaedah serta membantu
dalam melhirkan insan guru yang bersedia dalam segala aspek. Menjelang dunia
globalisasi kini, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang guru. Dengan
adanya program BIG ini, nilai-nilai positif ke arah membentuk guru berkualiti dapat
diterapkan di kalangan peserta. Program BIG merupakan satu landasan awal kepada
golongan bakal pendidik untuk menyediakan diri mereka dengan tugas yang perlu
dipikul semasa berkhidmat nanti.
Komponen bengkel atau ceramah juga tidak kurang pentingnya dalam
meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar. Justeru itu, program ini juga boleh
membuat penambahbaikan untuk memastikan program BIG yang perlu disertai oleh
semua pelajar IPGM ini mencapai objektifnya. Dalam melahirkan insan guru yang
mampu melalui apa jua cabaran, program BIG merupakan program yang paling sesuai.
LAMPIRAN
ATUR CARAATUR CARA
ATUR CARAATUR CARA