Download - Laporan Kajian
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
KESAN KAEDAH DEMONSTRASI DAN LUKISAN KERJA TERHADAP PEMSANGAN
LITAR PROJEK MAT PINTAR
Oleh
SAIDATUL FARHANI BINTI BAHTIL
SK SRI TANJUNG PAPAT 1 , SANDAKAN, SABAH
ABSTRAK
Kajian kes ini dijalankan untuk meninjau kesan kaedah demonstrasi dan lukisan kerja
terhadap pemasangan litar projek bagi pendekatan berasaskan ketrampilan (PBK) dalam
membantu murid Tahun 4 Inisiatif memasang litar LED mat pintar dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4. Di samping itu, kajian ini bertujuan melihat
sejauhmana keberkesanan PBK. Bilangan murid daripada kajian ini terdiri daripada lima
orang murid Tahun 4 inisiatif. Teknik mengumpul data yang digunakan adalah adalah
borang maklum balas, pemerhatian, temu bual dan penilaian. Daripada pemerhatian
menunjukkan murid melakukan kesilapan dalam memasang komponen litar mat pintar. 2
sesi pengajaran dan pembelajaran (30 minit setiap sesi) telah di jalankan untuk
melaksanakan amali ini bagi meningkatkan kemahiran mengenalpasti alatan dan komponen
serta memasang litar mat pintar. Hasil daripada kaedah demonstrasi dan bimbingan yang
dilakukan daripada 5 orang murid dalam sasaran kajian ini seramai 2 orang dapat
menguasai sepenuhnya dalam memasang litar LED mat pintar dengan betul dan tepat
dalam masa yang telah ditetapkan manakala selebihnya kurang menguasai. Kaedah ini
telah membantu murid untuk menguasai topik ini.
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Tugas utama seorang pendidik adalah untuk memudahkan proses pembelajaran dan
pemahaman para pelajar. Bagi memenuhi tanggungjawab dan tugas ini, guru bukan sahaja
berperanan dalam menimbulkan suasana yang menarik dalam bilik darjah , menghasilkan
dan mencipta pengajaran yang berkesan bagi meningkatkan pemahaman murid serta
meningkatkan pencapaian para pelajar. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat meransang minat pelajar dan sentiasa memikirkan keperluan
pelajar.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Saya merupakan seorang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Sekolah Rendah
ambilan januari 2013 di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Saya
mengikuti kursus PISMP dengan kursus Reka Bentuk dan teknologi sebagai major. Bagi
melengkapkan kursus semester 3 PISMP ini kami dikehendaki untuk membuat kajian kes
berkaitan pendekatan pembelajaran berasaskan ketrampilan (PBK) bagi murid Tahun 5
sekolah rendah topik Elektrik dan Elektronik projek mat pintar.
Bab Elektrik dan Elektronik merupakan salah satu topik daripada matapelajaran
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang harus dipelajari oleh semua murid. Pengalaman
saya sepanjang pengajaran pengalaman berasaskan sekolah selama seminggu, topik ini
merupakan topik yang agak sukar bagi murid-murid untuk mengingati kesemua komponen
elektronik yang perlu dikenalpasti. Pelbagai keupayaan dan kebolehan murid bagi
melakukan amali bagi mengenalpasti komponen elektronik dan memasang litar bagi projek
mat pintar.
Semasa saya mengajar tajuk mengenalpasti dan memasang litar projek mat pintar
kemahiran hidup tahun 5 inisiatif, saya telah membuat pelbagai persediaan yang sesuai
untuk mengajar tajuk ini. Saya mengajar berpandukan rancangan pengajaran harian yang
telah saya sediakan. Saya telah memberikan murid panduan untuk membuat pemasangan
dan penyambungan litar projek mat pintar melalui lukisan kerja iaitu lukisan skematik dan
bergambar. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, saya rasa gembira dan juga
kurang berpuas hati kerana ada sebilangan murid yang tidak dapat meyiapkan litar projek
mat pintar tersebut dengan betul dan pada masa yang saya tetapkan. Terdapat 2 orang
murid dapat menyiapakan litar projek mat pintar dan selebihnya tidak dapat menyiapkannya.
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Pada masa kini pelbagai jenis kaedah pengajaran yang digunakan dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan oleh guru. Kaedah pengajaran bertujuan untuk
mempermudahkan murid untuk memahami pengajaran guru dengan lebih jelas. Kaedah
yang digunakan adalah kaedah demonstrasi yang menunjukkan cara untuk melakukan
pemasangan litar mat pintar satu persatu dengan lebih jelas.
Penerapan nilai mendefinisikan nilai sebagai peraturan perlakuan standard yang
menjadi pegangan ahli masyarakat, ditentukan oleh masyarakat mengikut budaya
masyarakat tersebut (Supeka et,al., 1976). Tujuan penerapan nilai adalah untuk
mempengaruhi diri individu dengan nilai tertentu yang berbentuk universal dan mutlak, yang
difikirkan baik dan sesuai.
Oleh itu, dalam membuat amali projek mat pintar nilai-nilai keselamatan dalam
menggunakan peralatan dan bahan perlulah di ambil berat oleh setiap murid. Penerapan
nilai ini sangat penting untuk diterapkan di dalam diri murid. Guru menunjukkan cara
menggunakan peralatan dengan betul dan tepat.
Secara umumnya kaedah demonstrasi sangat berkesan untuk digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran elektrik dan elektronik dalam membuat projek mat pintar ini.
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
2.0 FOKUS KAJIAN
Saya telah mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam
pemasangan dan penyambungan litar projek mat pintar. Saya juga telah mengesan
kelemahan saya dalam pengajaran amali yang telah saya jalankan. Kaedah yang saya
gunakan sesuai dalam proses pengajaran saya tetapi cara saya menerangkan kurang
berkesan kerana terdapat sesetengah murid yang lemah dan kurang peka dengan
penerangan saya. Antara kelemahan yang terdapat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut adalah :
Murid tidak dapat mewarna dengan baik bagi badan mat pintar
Murid tidak dapat menyiapkan litar projek mat pintar dengan betul dan tepat
Kedudukan komponen yang salah yang menyebabkan LED tidak menyala
Murid mengalami masalah dalam pemasangan dan penyambungan litar projek mat
pintar
Murid tidak dapat menyiapkan litar projek mat pintar mengikut masa yang ditetapkan
Kelemahan saya dalam menerangkan cara pemasangan dan penyambungan litar
projek mat pintar
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Membimbing dan membantu murid 4 inisiatif dalam melakukan pemasangan
dan penyambungan litar projek Mat pintar menggunakan kaedah demonstrasi
dan lukisan kerja
Memasang dan menyiapkan litar mat pintar mengikut kemahiran sedia ada
3.2 Persoalan Kajian
Kajian ini di jalankan bagi menjawab persoalan yang berikut:
1. Apakah kesan kaedah demonstrasi litar projek mat pintar terhadap lima orang murid
Tahun 4 inisiatif dalam memasang litar projek mat pintar?
2. Sejauh manakah kemahiran sedia ada yang dimiliki murid dapat membantu murid
memahami menyiapkan litar projek mat pintar ?
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
4.0 KUMPULAN SASARAN
Dalam kajian kes ini seramai 5 orang murid yang terlibat dalam amali bagi projek mat pintar
ini. Hal ini adalah bagi untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat berkaitan
keberkesanan pembelajaran berasaskan ketrampilan (PBK) yang saya kaji. Di bawah
merupakan senarai murid yang terlibat dalam kajian kes projek mat pintar.
BIL NAMA MURID JANTINA KELAS BANGSA
1 SHARIFAH HASBELLA ISABELLA P 4 INI B. SABAH
2 AL- SHAHRUL BIN NORDIN L 4 INI B. SABAH
3 MUHD HAKIM NAQIUDDIN L 4 INI B.SABAH
4 NURSHAZWANNA BINTI LAWA P 4 INI B.SABAH
5 NURATIKA IDRIS P 4 INI B.SABAH
Jadual 1 : Senarai nama murid
Kajian kes ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Papat 1, Sandakan, Sabah.
Kumpulan sasaran yang saya pilih ialah daripada tahun 4 Inisiatif. Seramai 2 orang murid
lelaki dan 3 orang murid perempuan yang berumur 11 tahun atau tahun 4 dijadikan sebagai
kumpulan sasaran.
Dari segi perkembangan individu murid-murid ini tidak mempunyai sebarang
masalah pembelajaran dan mereka juga fasih dalam berbahasa melayu. Tambahan pula,
mereka ini merupakan murid daripada kelas paling hadapan dalam tahun 4. Kumpulan
sasaran ini dapat memberikan kerjasama yang baik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran amali begitu juga selepas pembelajaran. Kumpulan ini berdisipli dan sentiasa
menghormati guru ketika guru sedang mengajar di hadapan.
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
5.0 CARA PENGUMPULAN DATA
5.1 Prosedur Tindakan
Prosedur tindakan yang telah dilaksanakan dalam kajian ini adalah
Aktiviti 1
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran Hidup
dengan mengenalpasti dan menyenaraikan alatan, bahan dan komponen yang digunakan
bagi projek mat pintar dengan betul dengan strategi berpusatkan guru dan berpusatkan
murid.
Cara pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran kaedah penerangan tanpa
menggunakan kaedah demonstasi
i. Guru memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan menerangkan objektif
pembelajaran
ii. Pengajaran dilaksanakan menggunakan komunikasi dua hala dengan bersoal jawab
antara guru dengan murid
iii. Pengajaran bagi mengenalpasti alatan, bahan dan komponen eletronik adalah
dengan menggunakan bahan maujud model mat pintar
iv. Guru memberikan soalan selepas manunjukkan bahan maujud
v. Guru menerangkan serba sedikit mengenai fungsi komponen elektronik
vi. Guru meminta murid menyenaraikan alatan, bahan dan komponen yang digunakan
vii. Pemerhatian dilakukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran
viii. Selepas proses pengajaran guru membuat rumusan berkaitan kemahiran yang
dimiliki oleh murid
ix. Data yang dikumpul adalah berbentuk kualitatif
Aktiviti 2
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup bagi menghasilkan
badan mat pintar dan penyambungan litar bagi projek mat pintar. Cara pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah demonstrasi.
i. Guru mengumpulkan murid bagi menunjukkan cara membuat badan mat pinta dan
membuat penyambungan litar
ii. Pengajaran guru adalah dengan menggunakan kaedah demonstrasi
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
iii. Setiap langkah membuat badan dan penyambungan litar ditunjukkan oleh guru bagi
menunjukkan gambaran sebenar
iv. Penerapan nilai keselamatan di amalkan semasa proses amali berlaku
v. Guru membuat rumusan berkaitan kemahiran membuat badan mat pintar dan
penyambungan litar mat pintar
vi. Borang soal selidik diberikan murid bagi mengetahui kemahiran yang dimiliki oleh
murid
vii. Setelah proses pengajaran dan pembelajaran kaedah demonstrasi selesai
dilaksanakan. Guru membuat rumusan terhadap kemahiran menjahit murid.
Rumusan berdasarkan catatan refleksi.
viii. Data yang dikutip dalam aktiviti ini adalah data kuantitatif.
5.2 Proses Pengumpulan Data
Saya telah menggunakan empat cara untuk pengumpulan data daripada murid iaitu dengan
menggunakan borang maklum balas dan senarai semak ,pemerhatian, soal selidik, serta
penilaian.
5.2.1 Borang Maklum Balas
Saya telah menggunakan borang maklum balas untuk mengumpul data. Saya
menggunakan borang maklum balas adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan
dengan masalah yang murid hadapi semasa membuat pemasangan dan penyambungan
projek mat pintar. Saya telah mengedarkan borang maklum balas kepada lima orang murid
yang menjalankan amali. Melalui borang maklum balas juga saya dapat mengetahui
komponen elektronik yang sukar untuk dipasang oleh murid-murid. Daripada penyambungan
dan pemsanagan litar yang dipasang pada projek mat pintar saya dapat mengatahui
kelemahan dan tahap pencapaian murid-murid. Rajah di bawah menunjukkan borang
maklum balas yang saya gunakan untuk mengumpul data.
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
Rajah 1 : Contoh Borang Maklum Balas
5.2.2 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan cara pengumpulan data kajian selain daripada soal selidik dan juga
penilaian. Saua telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengkaji dan memahami
proses yang berlaku sepanjang proses amali di jalankan. Pemerhatian ini melibatkan
kemahiran murid, kelemahan murid membuat amali, proses kerja dan juga hasil kerja murid.
Saya telah membuat catatam daripada pemerhatian yang telah saya laksanakan di dalam
borang pemerhatian dan senarai semak.
Jadual 1 : Borang Pemerhatian
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
5.2.3 Soal Selidik
Soal selidik juga merupakan satu cara pengumpulan data yang digunakan untuk mengatahui
pendapat daripada murid. Soal selidik adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada
murid-murid dengan soalan yang telah di ajukan. Tujuan utama soal selidik adalah untuk :
Menilai komitmen dan kebolehan murid sepanjang melaksanakan projek mat pintar
Jumlah item yang digunakan ialah 10
Dilaksanakan selepas murid selesai menghasilkan projek mat pintar
Jadual 2 : Borang Soal Selidik
6.0 ANALISIS DATA
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
6.1 Analisis Data Senarai Semak Pemerhatian
Analisis data pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan senarai semak yang telah
disediakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran atau amali yang dilaksanakan.
Pemerhatian ini dapat dilihar daripada aspek kemahiran murid memasang komponen
elektronik bagi projek mat pintar. Hasil daripada dapatan pemerhatian yang telah di catat
menggunakan senarai semak. Di bawah merupakan hasil daripada pemerhatian daripada
lima orang murid 4 inisiatif.
0%20%40%60%80%
100%
Analisis senarai semak pemasangan litar mat pintar
PERA
TUS
Graf bar: Analisis senarai semak pemasangan litar mat pintar
Bil Komponen Kekerapan
M1 M2 M3 M4 M5 Jum
1 LED 5
2 Perintang tetap 150 Ω 5
3 Perintang tetap 470 Ω 5
4 Penyambungan bateri 5
5 Wayar 5
6 Bongkah penyambung 5
7 Projek litar mat pintar
yang siap
5
8 Kecerahan LED projek
mat pintar
5
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
Jadual 3 : Data Pemerhatian semasa proses amali dilaksanakan
Berdasarkan jadual 3 dan graf bar, analisis menunjukkan kekerapan murid
menggunakan kemahiran sedia ada untuk memasang litar projek mat pintar. Kaedah yang
digunakan dalam membuat penyambungan dan pemasangan litar mat pintar adalah dengan
menggunakan kaedah demonstrasi daripada guru.
Aspek utama yang difokuskan dalam kajian ini adalah berkaitan dengan kemahiran
murid dalam membuat penyambungan litar semasa proses amali di laksanakan. Analisis
data yang diperolehi menunjukkan terdapat dua orang murid yang tidak dapat membuat
penyambungan komponen elektronik bagi projek mat pintar dan projek tidak siap dan tidak
menyala. M3 tidak dapat memasang perintang tetap dengan betul menyebabkan LED tidak
menyala serta tidak dapat menyiapkan projek mengikut masa yang telah ditetapkan. M4
melakukan kesilapan semasa penyambungan kutub LED dan menyebabkan LED tidak
menyala. Kedua-dua murid ini merupakan seorang yang sangat berdisiplin, pandai dan
mempunyai semangat untuk belajar tetapi tidak menumpukan perhatian dan bermain
bersama rakan lain semasa tunjuk cara guru.
Dengan adanya kaedah demonstrasi yang digunakan oleh guru semasa sesi
pengajaran dapat membantu murid untuk lebih memahami cara penyambungan litar projek
mat pintar dengan lebih baik. Murid dapat membuktikan bahawa mereka dapat menyiapkan
dengan kemahiran yang mereka miliki dengan baik dan mengikut kreativiti masing-masing.
6.2 Analisis Data Soal Selidik
Borang soal selidik yang diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu murid tahun 4 inisiatif
selepas proses pengajaran dan pembelajaran (amali. Terdapat lapan soalan yang berbentuk
‘YA’ dan ‘TIDAK’ di dalam soal selidik ini. Kesemuanya telah dipermudahkan ke dalam
beberapa bentuk analisis
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
80%
20%
Saya suka memasang komponen elektronik
YATIDAK
Carta 1 : Analisis soalan 1
Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 80% murid berminat dalam memasang komponen
elektronik dan 20% kurang meminati dalam pemasangan komponen elektronik. Hal ini
kerana murid lebih meminati pembelajaran berasaskan amali berbanding teori dan juga
memang tidak meminati dalam aktiviti pemasangan elektrik ini. Pembelajaran berasaskan
teori akan menyebabkan murid-murid berasa bosan dan mengantuk di dalam kelas semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
100%
Saya dapat memahami demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru
YATIDAK
Carta 2: Analisis soalan 2
Dapatan kajian menunjukkan memberikan maklum balas yang baik terhadap demonstrasi
yang telah dilaksanakan. Sebanyak 100 % murid memberikan maklum balas YA dan yang
positf dengan demonstrasi yang ditunjukkan . Saya dapat menjalankan pengajaran saya
dengan baik dengan tunjuk cara saya difahami oleh murid-murid. Sekiranya, tunjuk cara
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
yang ditunjukkan oleh seorang guru tidak jelas dan tidak difahami oleh murid, murid akan
berasa tidak berminat dan bosan untuk belajar dan melakukan amali.
100%
Guru memberi penerangan yang jelas berkaitan projek mat pintar
YATIDAK
Carta 3 : Analisis soalan 3
Dapatan kajian menunjukkan 100 % murid memberikan maklum balas YA bahawa
penjelasan guru berkaitan projek mat pintar dapat di sampaikan dengan jelas kepada murid.
Saya juga memberikan respon yang postitif sekiranya murid bertanya berkaitan projek mat
pintar. Disebabkan hal itu, murid dapat timbul minat dan juga menumpukan perhatian
dengan tunjuk cara daripada guru berkaitan projek mat pintar.
100%
Pembelajaran amali yang dilaksanakan menyeronokkan
YATIDAK
Carta 4: Analisis soalan 4
Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 100% murid mengatakan YA bahawa pembelajaran
amali yang dilaksanakan menyeronokkan. Hal ini di sebabkan murid lebih suka kepada
amali berbanding dengan pembelajaran secara teori. Murid juga seronok kerana mereka
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
suka dan meminati topik ini. Terutama murid lelaki yang lebih suka kepada memasang
elektrik.
100%
Anda menggunakan peralatan dan komponen yang betul
YATIDAK
Carta 5 : Analisis soalan 5
Dapatan kajiandaripada kerja projek mat pintar menggunakan bahan dan peralatan yang
betul semua murid dapat menggunakannya 100% dengan betul. Murid memberikan maklum
balas YA pada keseluruhannya. Murid dapat menyenaraikan serta dapat menggunakan
peralatan dan komponen yang betul sepanjang proses amali di jalankan. Hal ini kerana
murid dapat memahami dengan peneranagan yang guru sampaikan.
80%
20%
Anda dapat mentafsir lukisan skematik dan lukisan bergambar
YATIDAK
Carta 6 : Analisis soalan 6
Dapatan kajian menunjukkan dapat dilihat seramai 4 orang murid 80% YA dapat mentafsir
lukisan kerja manakala 20% TIDAK iaitu 1 orang murid tidak dapat mentafsir lukisan
kerjadengan betul. Hal ini mungkin di sebabkan murid tersebut kurang menumpukan
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
perhatian semasa pross penerangan guru. Murid ini bermasalah dalam mentafsir lukisan
kerja dan sepanjang proses amali dijalankan mendapat bimbingan daripada guru.
60%
40%
Anda dapat memasang litar projek mat pintar dengan betul
YATIDAK
Carta 7: Analisis soalan 7
Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 60 % YA murid yang dapat memasang litar projek
mat pintar dengan cara yang betul manakala sebanyak 40% mengatakan TIDAK dapat
memasang litar projek mat pintar dengan betul. Hal ini disebabkan murid tersebut kurang
memahami dengan cara pemasangan litar dan tidak melihat kepada panduan lukisan kerja
yang diberikan kepada mereka. Keseluruhannya, murid dapat memasang litar projek dengan
betul dan tepat.
60%
40%
Anda dapat menyalakan LED dengan baik
YATIDAK
Carta 8 : Analisis soalan 8
Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 60% murid yang mengatakan YA dapat menyalakan
LED manakala 40% murid berkata TIDAK dapat menyalakan LED dengan baik. Hal ini
kerana murid tersalah memasang komponen dan juga salah memasang kutub positif dan
negatif bagi komponen LED. Hal ini mungkin di sebabkan kemahiran dan kebolehan yang
dimiliki setiap murid adalah berbeza-beza.
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
7.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian telah diteliti oleh pengkaji. Pengkaji mengaitkan analisis dapatan kajian
dengan persoalan kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini. Hasil daripada analisis data
menggunakan beberapa kaedah penyampaian data yang telah dijelaskan akan cuba
menjawab persoalan kajian yang dikemukan dalam kajian ini.
Persoalan kajian pertama
Apakah kesan kaedah demonstrasi dan lukisan kerja litar projek mat pintar
terhadap lima orang murid Tahun 4 inisiatif dalam memasang litar projek mat
pintar ?
Pada 19 Mac 2014 saya telah melaksanakan dan menjalankan satu proses pengajaran
dan pembelajaran di Sk Sri Tanjung Papat 1 bagi murid Tahun 4. Pada awalnya saya
sepatutnya mengambil murid Tahun 5 untuk membuat amali tetapi guru pembimbing saya
tidak mengajar Tahun 5 pada hari tersebut. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada
hari tersebut saya telah menggunakan kaedah demonstrasi. Saya memulakan proses
pengajaran saya dengan menunjukkan model mat pintar kepada murid-murid. Murid
memberikan perhatian dan seronok melihat model mat pintar tersebut. Seterusnya saya
menyenaraikan komponen yang digunakan dan menerangkan serba sedikit berkaitan
komponen yang digunakan. Langkah seterusnya saya mendemonstrasikan membuat badan
mat pintar dan juga pemasangan litar projek mat pintar. Seterusnya saya meminta murid
untuk membuat projek mat pintar berdasarkan demonstrasi yang telah ditunjukkan.
Saya mendapati murid-murid berasa seronok semasa melakukan proses pemasangan
litar mat pintar. Saya juga dapat melihat murid-murid merujuk lukisan kerja setiap kali
hendak memasang komponen bagi lita mat pintar. Lukisan kerja sangat membantu murid
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
dalam memasang litar mat pintar. Lukisan kerja iaitu lukisan skematik dan bergambar
sangat membantu murid dalam pemasangan komponen-komponen lita mat pintar.
Berpandukan lukisan keja juga dapat memperlihatkan dengan lebih jelas cara
penyambungan komponen litar mat pintar.
Dalam pemasangan litar terdapat dua orang murid lelaki yang tidak dapat memasang litar
mat pintar dengan betul dalam masa yang ditetapkan.Hal ini kerana murid tersebut salah
dan tertukar semasa memasang komponen litar mat pintar. Seramai tiga orang murid
sahaja yang dapat membuat pemasangan litar dengan betul dan mengikut masa yang telah
ditetapkan. Litar mat pintar yang siap dipasang dan telah diuji dan LED mat pintar menyala
dengan baik. Jadual 1, di dapati 2 orang murid tidak berjaya dan 3 orang murid berjaya
menghasilkan litat mat pintar dengan baik.
Jadual 1 : Analisis senarai Semak Pemasangan Litar Projek Mat Pintar
Bil Komponen Kekerapan
M1 M2 M3 M4 M5 Jum
1 LED 5
2 Perintang tetap 150 Ω 5
3 Perintang tetap 470 Ω 5
4 Penyambungan bateri 5
5 Wayar 5
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
6 Bongkah penyambung 5
7 Projek litar mat pintar
yang siap
5
8 Kecerahan LED projek
mat pintar
5
Hasil kerja, analisis senarai semak menunjukkan bahawa tidak kesemua murid berjaya
memasang litar mat pintar dengan baik dan mengikut masa yang ditetapkan. Walaupun
terdapat murid yang berjaya memasang litar mat pintar mengikut masa yang ditetapkan. Hal
ini disebabkan kemahiran murid dalam pemasangan litar mat pintar adalah berbeza.
Kemahiran murid adalah pelbagai iaitu ada yang cepat, pantas dan sebagainya. Dua orang
murid yang tidak dapat menyiapkan disebabkan mereka lambat memasang dan tersalah
memasang komponen perintang dan juga tersalah memasang kutub LED. Secara
keseluruhanyam kaedah demonstrasi dan lukisan kerja dapat membantu murid dalam
pemasangan litar mat pintar.
Persoalan kajian kedua
Sejauh manakah kemahiran sedia ada yang dimiliki murid dapat membantu
murid memahami dan menyiapkan litar projek mat pintar ?
Hasil daripada dapatan kajian analisis pemerhatian yang di buat sepanjang penghasilan
projek mat pintar, saya dapati hampir 80% murid menunjukkan kemahiran yang mereka
miliki untuk menyiapkan projek mat pintar. Tambahan pula, terdapat tiga orang murid
daripada lima berjaya menyiapkan projek mat pintar mengikut masa yang telah ditetapkan.
Saya hanya menjalankan satu sesi pembelajaran bagi amali pada masa itu.
Daripada analisis borang soal selidik pula sebanyak 60% murid yang dapat menyiapkan
projek mat pintar dengan betul dan tepat. Analisa ini menunjukkan bahawa dengan
kemahiran yang murid miliki dapat membantu murid memahami dan menyiapkan litar projek
mat pintar tersebut dalam masa yang diberikan. Walaupun terdapat dua orang murid yang
tidak dapat menyiapkan litar projek mat pintar tersebut tetapi murid tersebut mempunyai
kemahiran yang tinggi untuk menyiapkan projek tersebut. Murid tersebut berusaha untuk
menyiapkan projek tersebut dan meminta saya untuk membimbing bagi menyiapkan projek
mat pintar tersebut.
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
Kesimpulannya, saya amat setuju bahawa dengan adanya kemahiran sedia ada yang
dimiliki oleh murid dapat membantu murid memahami dan menyiapkan litar projek mat pintar
deng baik dan betul. Kemahiran yang dimiliki oleh murid adalah berbeza-beza bagi setiap
individu. Tidak boleh dinafikan bahawa dengan kemahiran yang dimiliki mampu membantu
murid dalammenyiapkan projek mat pintar tersebut.
8.0 RUMUSAN
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
Kajian ini telah di jalankan di Sk Sri Tanjung Papat 1 Sandakan Sabah. Saya telah
membuat proses pengajaran dan pembelajaran amali bagi tahun 4 inisiatif. Bagi kajian ini
sepatutnya saya melaksanakan proses amali bagi tahun 5 tetapi disebabkan oleh kekangan
yang saya hadapi. Amali yang di laksanakan ini adalah untuk membuktikan persoalan kajian
yang telah disediakan. Persoalan terhadap keberkesanan demonstrasi dan juga kemahiran
sedia ada membantu murid menyiapkan projek. Kaedah yang telah digunakan adalah
kaedah pemerhatian, soal selidik bagi mendapatkan jwapan daripada persoalan tersebut.
Daripada dapatan kajian yang dilakukan kaedah demonstrasi dapat membuktikan
bahaw murid dapat melakukan pemasangan dengna baik dan juga berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga dapat meningkatkan keberkesanan
Pembelajaran Berasaskan Ketrampailan yang menekankan penggunaaan kemahiran berikut
iaiatu pemahaman, penguasaan dan nilai dalam diri murid sendiri. Dalam proses amali di
jalankan murid dapat menggunakan perlatan dengan baikdan betul. Murid akan meminta
bimbingan guru sekiranya mereka tidak memahami dengan cara penggunaan alatan
tersebut. Contohnya pemotong polisterin walaupun sudah ditunjukkan cara penggunaan
tetapi mereka takut untuk menggunakannya. Dengan itu bimbingan guru sangat diperlukan
oleh murid-murid.
Daripada proses pengajaran dan pembelajaran amali saya dapat mengetahui
sejauhmana tahap keberkesanan pengajaran saya. Daripada itu, saya dapat memperbaiki
kelemahan saya dalam pengajaran pada masa akan datang supaya menjadi lebih berkesan
dan berkualiti. Hasil kajian terhadap amali membuat projek mat pintar dapat membuktikan
bahawa kaedah demonstrasi yang digunakan dapat meingkatkan pemahaman, kemahiran
dan nilai dalam diri murid setelah memerhati demonstrasi yang ditunjukkn oleh guru. Kaedah
ini juga secara tidak langsung dapat menarik minat murid dalam menyiapkan amali yang
diberi oleh guru walaupun dari segi kekemasan walaupun terdapat juga murid yang
melakukan amali dengan tidak kemas.
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014
KAEDAH MENGAJAR KHSR RBT 3105 2014