laporanketua audit negara
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri DanPengurusan Kewangan Jabatan/Agensi
Negeri SeLANgOrtahun 2011
Jabatan Audit NegaraMalaysia
iii
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT KATA PENDAHULUAN
vii
INTISARI LAPORAN
xiii
BAHAGIAN I - PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2011
Pendahuluan Objektif Dan Metodologi Pengauditan Pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2011
3 4 4
BAHAGIAN II - ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
Latar Belakang Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri Kumpulan Wang Disatukan Wang Awam Akaun Hasil Disatukan Akaun Pinjaman Disatukan Akaun Amanah Disatukan Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai Penyata Prestasi Kewangan Akaun Memorandum Rumusan Dan Syor Audit
7 7 7 9
13 21 21 34 35 36 45
BAHAGIAN III - RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI
Pencapaian Pelaksanaan Projek Pembangunan RMKe-10 Rumusan
49 52
BAHAGIAN IV - PENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGAN
JABATAN/AGENSI NEGERI
Pendahuluan Penambahbaikan Pengurusan Kewangan Oleh Jabatan/Agensi Negeri Pelaksanaan Indeks Akauntabiliti
Objektif Pengauditan Skop Dan Metodologi Pengauditan Kawalan Utama Penemuan Audit
55 55
57 58 58 58 69
iv
KANDUNG
PERKARA MUKA SURAT
Pemeriksaan Audit Mengejut Penemuan Audit
Syor Audit BAHAGIAN V - PENYERAHAN, PENGESAHAN,
PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI
74 75 76
Pendahuluan Pengauditan Penyata Kewangan Kedudukan Penyerahan Penyata Kewangan Pengesahan Penyata Kewangan Pembentangan Penyata Kewangan Prestasi Penyata Kewangan Rumusan Dan Syor Audit
81 81 81 83 84 85 87
BAHAGIAN VI - PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT
NEGARA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI
Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri
91
91 PENUTUP
95
LAMPIRAN
I Sijil Ketua Audit Negara II Pernyataan Pegawai Kewangan Negeri Selangor Dan
Bendahari Negeri Selangor III Penyata Kedudukan Kewangan IV Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Tunai V Penyata Prestasi Kewangan VI Penyata Akaun Memorandum VII Nota Kepada Penyata Kewangan
99 100
101 102 103 104 105
vii
1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki
Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor dan
mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong akan menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen, manakala Duli Yang
Maha Mulia Sultan Selangor memperkenankan untuk dibentangkan di Dewan Negeri
Selangor. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankan 2
kaedah pengauditan seperti berikut:
1.1. Pengauditan Penyata Kewangan - Pengauditan ini bertujuan untuk
memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi
tahun berkenaan menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta
rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas
kini. Pengauditan ini juga dibuat terhadap Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri,
Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Agama Islam.
1.2. Pengauditan Pengurusan Kewangan - Pengauditan ini bertujuan untuk menilai
sama ada pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri dilaksanakan mengikut undang-
undang dan peraturan kewangan. Jabatan Audit Negara telah memperkenalkan Indeks
Akauntabiliti (AI) pada tahun 2007 dan tahun 2011 adalah tahun kelima pelaksanaannya. AI
diwujudkan bertujuan untuk membuat penilaian secara objektif terhadap pengauditan
pengurusan kewangan Jabatan/Agensi Negeri bagi mengukur dan menambah baik kawalan
ke arah pengurusan kewangan yang cemerlang. AI diberi penarafan berdasarkan kepada
tahap pematuhan terhadap peraturan-peraturan kewangan berhubung dengan kawalan
pengurusan, bajet, terimaan, perbelanjaan, kumpulan wang amanah/akaun amanah/deposit,
aset dan stor, pinjaman, pelaburan dan penyediaan Penyata Kewangan. Dengan
pelaksanaan AI ini, ia boleh membantu mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan
terbaik. Selain itu, budaya “membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul”
bukan sahaja dapat mempertingkatkan kecemerlangan pengurusan kewangan
Jabatan/Agensi malah aspek integriti, keutuhan dan akauntabiliti yang ditekankan oleh
Kerajaan akan dapat dicapai.
2. Laporan saya mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan
Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2011 disediakan hasil daripada
pengauditan yang dijalankan di beberapa Jabatan/Agensi Negeri sepanjang tahun
2011. Bagi tujuan pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2011,
pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen yang berkaitan dengan
pembayaran dan terimaan telah dijalankan di Pejabat Perbendaharaan Negeri.
KATA PENDAHULUAN
viii
3. Laporan saya mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan
Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2011 mengandungi perkara berikut:
Bahagian I - Pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor Bagi
Tahun Berakhir 31 Disember 2011
Bahagian II - Analisis Kewangan Kerajaan Negeri
Bahagian III - Rancangan Pembangunan Kerajaan Negeri
Bahagian IV - Pencapaian Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri
Bahagian V - Penyerahan, Pengesahan, Pembentangan Penyata Kewangan Dan
Prestasi Kewangan Agensi Negeri
Bahagian VI - Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Dan Mesyuarat
Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri
4. Di samping memenuhi kehendak perundangan, saya berharap Laporan ini dapat
dijadikan sebagai salah satu asas untuk memperbaiki segala kelemahan dan meningkatkan
lagi tahap pengurusan wang awam. Ini penting untuk menjamin setiap Ringgit Malaysia
yang dipungut dan dibelanjakan akan dapat menyumbang kepada pembangunan dan
keselesaan hidup rakyat.
5. Pada pendapat saya, pencapaian kewangan Kerajaan Negeri dan tahap pengurusan
kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor boleh dipertingkatkan lagi dengan memberi
tumpuan kepada aspek pelaburan dan pulangan dividen yang diperoleh serta tunggakan
bayaran balik pinjaman agensi Kerajaan Negeri. Selain itu, saya juga ingin menggesa
Kerajaan Negeri supaya memantapkan Pengurusan Kewangan di peringkat Jabatan dan
Agensi khususnya dalam aspek pengurusan aset dan inventori sebagai persediaan awal ke
arah dasar Kerajaan Persekutuan melaksanakan Perakaunan Terakru bermula tahun 2015.
Pelaksanaan dasar Perakaunan Terakru ini menghendaki nilai semua aset Kerajaan sama
ada aset alih, tak alih dan aset hidup ditunjukkan sepenuhnya dalam Penyata Kewangan
Kerajaan Persekutuan/Negeri.
ix
6. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai
Jabatan/Agensi Negeri Selangor yang telah memberikan kerjasama kepada pegawai
saya sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan penghargaan dan
terima kasih kepada pegawai saya yang telah berusaha gigih serta memberikan
sepenuh komitmen untuk menyiapkan Laporan ini.
Putrajaya
22 Mei 2012
xiii
BAHAGIAN I - PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
SELANGOR BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2011
1. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan gambaran yang benar
dan saksama terhadap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun berakhir
31 Disember 2011. Semua butiran dalam Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata
Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata
Akaun Memorandum serta Nota Kepada Penyata Kewangan telah disertakan dengan
dokumen sokongan yang mencukupi.
BAHAGIAN II - ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
2. Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2011 adalah baik.
Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri meningkat sejumlah RM357.13 juta (22.5%)
kepada RM1,944.01 juta pada tahun 2011 berbanding RM1,586.88 juta pada tahun 2010.
Hasil Kerajaan Negeri yang berjumlah RM1,634 juta meningkat sejumlah RM62.50 juta (4%)
berbanding tahun 2010 yang berjumlah RM1,571.50 juta. Akaun Hasil Disatukan Kerajaan
Negeri telah mencatatkan surplus sejumlah RM180.50 juta berbanding surplus RM124.24
juta pada tahun 2010. Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan tunggakan hasil negeri
sejumlah RM75.26 juta (15%) kepada RM426.79 juta pada tahun 2011 berbanding
RM502.05 juta pada tahun 2010. Pulangan atas pelaburan jangka panjang yang dilakukan
adalah tidak memuaskan apabila Kerajaan Negeri Selangor mendapat pulangan dividen
yang sangat rendah dalam tempoh 5 tahun kebelakangan iaitu tahun 2007 hingga 2011.
Prestasi pembayaran hutang awam pada tahun 2011 adalah sangat baik kerana baki
hutang awam telah menurun sejumlah RM25.01 juta manakala tunggakan bayaran
balik pinjaman mencatatkan penurunan sejumlah RM604.97 juta. Usaha memperkukuhkan
ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan,
sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat dapat membantu
mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.
BAHAGIAN III - RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI
3. Pada keseluruhannya, prestasi pelaksanaan projek pembangunan adalah baik dari
segi perbelanjaan dan bilangan projek yang diluluskan. Bagi tempoh tahun pertama RMKe-
10 sehingga akhir tahun 2011, sebanyak 377 projek (60.1%) daripada 627 projek yang
dilulus telah siap dan sedang dilaksanakan. Pencapaian perbelanjaan pembangunan pula
adalah sebanyak 81%. Perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan yang cekap
dan berkesan hendaklah diberi perhatian bagi meningkatkan kemakmuran negeri dan
kesejahteraan rakyat.
INTISARI LAPORAN
xiv
BAHAGIAN IV - PENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI
NEGERI
4. Secara umumnya, pencapaian prestasi pengurusan kewangan Jabatan/Agensi
Negeri bagi tahun 2011 bertambah baik berbanding dengan tahun 2010. Pada tahun 2011,
sebanyak 8 Jabatan/Agensi Negeri iaitu Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan
Negeri, Pejabat Perbendaharaan Negeri, Pejabat Tanah Dan Galian, Pejabat Daerah Dan
Tanah Sabak Bernam, Majlis Agama Islam Selangor, Perbadanan Adat Melayu Dan
Warisan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Subang Jaya serta Majlis Perbandaran
Kajang adalah pada tahap sangat baik. Manakala 10 Jabatan/Agensi Negeri lain berada
pada tahap baik. Pada tahun 2010 pula, 4 Jabatan/Agensi Negeri yang diaudit adalah pada
tahap sangat baik, 11 Jabatan/Agensi Negeri pada tahap baik dan satu Agensi Negeri pada
tahap memuaskan. Jabatan/Agensi Negeri boleh mempertingkatkan pengurusan kewangan
ke tahap yang lebih baik jika langkah penambahbaikan dijalankan oleh Jabatan/Agensi.
Antara langkah yang perlu diambil adalah dengan menganjurkan program latihan/kursus
yang berterusan kepada pegawai yang terlibat dalam pengurusan kewangan agar mereka
dapat meningkatkan pengetahuan dan kompetensi dalam melaksanakan tugas.
BAHAGIAN V - PENYERAHAN, PENGESAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA
KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI
5. Sehingga 21 Mei 2012, kesemua 12 PBT dan 4 Badan Berkanun Negeri iaitu
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor,
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor serta Lembaga Urus Air Selangor
telah mengemukakan penyata kewangan tahun 2011 untuk diaudit dalam tempoh yang
ditetapkan. Manakala sejumlah 4 Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam dan
Lembaga Zakat Selangor serta kesemua 5 Kumpulan Wang lewat/belum mengemukakan
penyata kewangan untuk diaudit. Pada tahun 2011, sebanyak 17 penyata kewangan telah
diberi Sijil Audit Tanpa Teguran manakala 8 penyata kewangan lagi telah memperoleh Sijil
Audit Berteguran. Laporan Ketua Audit Negara mengenai semua penyata kewangan bagi
tahun 2010 yang perlu dibentang di Dewan Negeri Selangor telah dibentangkan pada bulan
November 2011 dan Mac 2012.
6. Penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 menunjukkan 5 Badan
Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam Selangor dan 10 Pihak Berkuasa Tempatan telah
mengakhiri tahun kewangan dengan memperoleh surplus berbanding perbelanjaan.
Manakala 2 Badan Berkanun Negeri dan 2 Pihak Berkuasa Tempatan telah mengalami
defisit pada tahun 2010 berikutan peningkatan perbelanjaan tidak seimbang dengan
peningkatan pendapatan. Prestasi kewangan tahun 2010 juga menunjukkan 6 Badan
Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam Selangor dan 9 Pihak Berkuasa Tempatan
memperoleh lebihan aset semasa yang menunjukkan keupayaan Agensi dalam menampung
tuntutan dan tanggungan jangka pendek.
xv
BAHAGIAN VI - PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN
MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM
NEGERI
7. Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan
Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2010 telah dibentangkan di
Dewan Negeri Selangor pada 9 November 2011. Sepanjang tahun 2011 dan sehingga
bulan April 2012, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri Selangor tidak
membincangkan perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri
Selangor Tahun 2010. Namun begitu, jawatankuasa ini telah bermesyuarat 10 kali untuk
membuat pemeriksaan dan membincang isu yang berbangkit dalam Laporan Ketua Audit
Negara Mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri
Selangor Tahun 2006 dan 2008 hingga 2010.
3
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2011
1. PENDAHULUAN
1.1. Seksyen 16(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 menghendaki Pihak Berkuasa
Kewangan Negeri menyediakan Penyata Kewangan secepat mungkin selepas penutupan
akaun bagi tahun berkenaan. Penyata tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua
Audit Negara dalam tempoh 7 bulan selepas berakhirnya tahun kewangan berkenaan untuk
diaudit seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 9 Akta Audit 1957.
1.2. Selaras dengan peruntukan undang-undang tersebut, Pegawai Kewangan Negeri
telah mengemukakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun berakhir
31 Disember 2011 kepada Jabatan Audit Negara pada 9 Februari 2012. Penyata tersebut
melaporkan semua urus niaga kewangan asas tunai bagi tahun 2011 berkaitan dengan
sumber dan penggunaan wang awam. Penyata tersebut mengandungi Penyata
Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata
Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum serta Nota Kepada Penyata
Kewangan.
1.3. Mulai tahun kewangan 2011, Kerajaan Negeri telah mengguna pakai Piawaian
Perakaunan Kerajaan 2 (Disemak-2010) Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan
menggantikan Piawaian Perakaunan Kerajaan 2 (2004) selaras dengan kehendak
piawaian perakaunan berasaskan International Public Sector Accounting Standards
(IPSAS) - Financial Reporting Under The Cash Basis Accounting.
1.4. Penyata Kedudukan Kewangan menunjukkan jumlah wang tunai dan pelaburan
yang dipegang bagi ketiga-tiga Akaun Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil
Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan. Selaras dengan
asas perakaunan tunai ubah suai yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri, hanya pelaburan
yang dipegang bagi maksud amanah tertentu dilaporkan dalam Penyata Kedudukan
Kewangan. Manakala pelaburan lain dilaporkan dalam Penyata Akaun Memorandum.
1.5. Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai menunjukkan penerimaan
dan bayaran bagi tahun 2011. Penerimaan adalah terdiri daripada hasil, pinjaman,
penerimaan modal dan penerimaan lain seperti amanah dan deposit. Pembayaran pula
adalah untuk membiayai perbelanjaan mengurus, pembangunan, modal serta bayaran
balik pinjaman.
1.6. Penyata Prestasi Kewangan menunjukkan lebihan atau kurangan hasil
keseluruhan berbanding jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta sumber
pembiayaannya. Penyata ini juga menunjukkan pergerakan dana dalam Pinjaman,
Terimaan Balik Pinjaman dan Pelbagai Terimaan serta perubahan Tunai, Pelaburan dan
Amanah.
BAHAGIAN I
PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2011
4
1.7. Penyata Akaun Memorandum adalah akaun yang menunjukkan kedudukan
aset dan tanggungan Kerajaan Negeri. Aset Kerajaan Negeri merangkumi Pinjaman
Boleh Dituntut, Pelaburan dan Tunggakan Hasil Negeri. Manakala tanggungan Kerajaan
Negeri pula terdiri daripada Hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan.
1.8. Nota Kepada Penyata Kewangan menunjukkan dasar perakaunan, nota
penjelasan serta maklumat lain yang perlu didedahkan.
2. OBJEKTIF DAN METODOLOGI PENGAUDITAN
2.1. Pengauditan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir
31 Disember 2011 adalah untuk memberi pendapat sama ada penyata itu menggambarkan
kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan yang berkaitan
telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.
2.2. Pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen dijalankan secara
berterusan sepanjang tahun 2011. Teguran Audit mengenainya telah dibangkitkan dengan
pihak Perbendaharaan Negeri dan Jabatan Negeri melalui pemerhatian Audit sebaik sahaja
pengauditan selesai dijalankan.
3. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2011
3.1. Pengauditan Penyata Kewangan telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan
berpandukan piawaian pengauditan yang diluluskan. Akta dan piawaian tersebut
menghendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan bagi mendapat kepastian yang
munasabah sama ada Penyata Kewangan adalah bebas daripada kesilapan dan
ketinggalan yang ketara. Pengauditan Penyata Kewangan termasuk memeriksa rekod
secara semak uji, menyemak bukti yang menyokong angka dan memastikan penzahiran
yang mencukupi dalam penyampaian Penyata Kewangan.
3.2. Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2011
adalah selaras dengan Piawaian Perakaunan Kerajaan. Pada pendapat Audit, Penyata
Kewangan Kerajaan Negeri Selangor pada keseluruhannya menunjukkan gambaran
yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun
berakhir 31 Disember 2011 dan rekod perakaunannya telah diselenggarakan
dengan teratur dan kemas kini. Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan
Kerajaan Negeri yang disertakan bersama dengan Pernyataan Pegawai Kewangan
Negeri Dan Bendahari Negeri, Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan Dan
Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum
serta Nota Kepada Penyata Kewangan adalah seperti di Lampiran I hingga Lampiran
VII.
7
4. LATAR BELAKANG
Jabatan Audit Negara di samping mengesahkan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Selangor Tahun 2011, juga membuat analisis mengikut prinsip asas perakaunan tunai ubah
suai terhadap data kewangan bagi menentukan tahap prestasi kewangan Kerajaan Negeri.
Hasil analisis yang dijalankan adalah berdasarkan Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata
Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, dan Penyata
Akaun Memorandum serta Nota Kepada Penyata Kewangan.
4.1. KEDUDUKAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
Penyata Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri ini menunjukkan pegangan Wang Awam di
bawah Kumpulan Wang Disatukan. Wang Awam terdiri daripada Wang Tunai dan Pelaburan
yang dipegang bagi Kumpulan Wang Disatukan melalui Akaun Hasil Disatukan, Akaun
Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan.
4.2. KUMPULAN WANG DISATUKAN
4.2.1. Mengikut Penyata Kedudukan Kewangan, jumlah Kumpulan Wang Disatukan pada
akhir tahun 2011 adalah RM1,944.01 juta. Jumlah tersebut terdiri daripada aset berbentuk
wang tunai RM390.89 juta dan pelaburan sejumlah RM1,553.12 juta. Kedudukan Kumpulan
Wang Disatukan Negeri Selangor bagi tahun 2011 berbanding tahun 2010 adalah seperti di
Jadual 4.1.
Jadual 4.1 Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Bagi Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil.
Butiran
Tahun Perubahan 2010
(RM Juta) 2011
(RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Akaun Hasil Disatukan 732.25 912.75 180.50 24.7
2. Akaun Pinjaman Disatukan 0 0 0 0
3. Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada: 854.63 1,031.26 176.63 20.7
a. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 449.63 488.20 38.57 8.6
i. Kumpulan Wang Pembangunan 128.23 141.20 12.97 10.1
ii. Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 13.59 10.25 -3.34 -24.6
iii. Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan
305.72 332.43 26.71 8.7
iv. Kumpulan Wang Pembangunan Hutan 2.09 4.32 2.23 106.7
b. Kumpulan Wang Amanah Awam 276.45 439.08 162.63 58.8
c. Akaun Wang Deposit 128.55 103.98 -24.57 -19.1
Jumlah 1,586.88 1,944.01 357.13 22.5
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
BAHAGIAN II
ANALISIS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
8
4.2.2. Analisis Audit mendapati Kumpulan Wang Disatukan meningkat sejumlah
RM357.13 juta (22.5%) kepada RM1,944.01 juta pada tahun 2011 berbanding RM1,586.88
juta pada tahun 2010. Peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan Akaun Hasil Disatukan
sejumlah RM180.50 juta (24.7%) dan Akaun Amanah Disatukan sejumlah RM176.63 juta
(20.7%). Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan bagi tahun 2007 hingga 2011 adalah
seperti di Jadual 4.2 dan Carta 4.1.
Jadual 4.2 Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Bil. Butiran Tahun
2007 (RM Juta)
2008 (RM Juta)
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
1. Akaun Hasil Disatukan 624.86 673.97 608.01 732.25 912.75
2. Akaun Pinjaman Disatukan 0 0 0 0 0
3. Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada: 761.88 750.69 711.96 854.63 1,031.26
a. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 443.77 494.63 447.32 449.63 488.20
i. Kumpulan Wang Pembangunan 108.66 124.96 123.63 128.23 141.20 ii. Kumpulan Wang Pinjaman
Perumahan 17.98 8.45 4.08 13.59
10.25
iii. Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan
317.28 360.18 318.48 305.72 332.43
iv. Kumpulan Wang Pembangunan Hutan
(0.15) 1.04 1.13 2.09 4.32
b. Kumpulan Wang Amanah Awam 188.36 155.88 145.45 276.45 439.08
c. Akaun Wang Deposit 129.75 100.18 119.19 128.55 103.98
Jumlah 1,386.74 1,424.66 1,319.97 1,586.88 1,944.01
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.2.3. Analisis Audit mendapati secara keseluruhannya untuk tempoh 5 tahun Kumpulan
Wang Disatukan menunjukkan trend meningkat yang baik daripada sejumlah RM1,386.74
juta pada tahun 2007 kepada RM1,944.01 juta pada tahun 2011 yang merupakan paras
yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun. Trend ini adalah selari dengan trend peningkatan
624.
86
673.
97
608.
01
732.
25
912.
75
761.
88
750.
69
711.
96
854.
63
1031
.26
1,386.74 1,424.66 1,319.97
1,586.88
1,944.01
0
500
1000
1500
2000
2500
2007 2008 2009 2010 2011
RM Juta
Carta 4.1Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Akaun Hasil Disatukan Akaun Amanah Disatukan Jumlah
9
Akaun Hasil Disatukan yang meningkat daripada sejumlah RM624.86 juta pada tahun 2007
kepada RM912.75 juta pada tahun 2011. Manakala baki Akaun Amanah Disatukan juga
menunjukkan trend meningkat daripada sejumlah RM761.88 juta pada tahun 2007 menjadi
RM1,031.26 juta pada tahun 2011.
4.3. WANG AWAM
4.3.1. Wang Tunai
4.3.1.1. Wang Tunai merupakan sebahagian daripada komponen yang ditunjukkan
dalam Penyata Kedudukan Kewangan sebagai aset Kerajaan Negeri yang dipegang bagi
Kumpulan Wang Disatukan. Wang Tunai terdiri daripada Wang Tunai Dalam Bank, Wang
Tunai Dalam Perjalanan dan Wang Tunai Dalam Tangan. Wang Tunai Dalam Bank terdiri
daripada Akaun Semasa dan Deposit Dalam Negeri. Wang Tunai Dalam Perjalanan ialah
wang tunai yang belum dibankkan dan wang tunai dalam bank yang belum diambil kira
dalam Buku Tunai. Wang Tunai Dalam Tangan pula terdiri daripada Panjar Wang Runcit
dan Panjar Khas Skim Mesra Usia Emas. Kedudukan baki wang tunai bagi tahun 2010
dan 2011 adalah seperti di Jadual 4.3.
Jadual 4.3 Kedudukan Baki Wang Tunai Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil. Butiran Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Wang Tunai Dalam Bank* 646.58 386.47 -260.11 -40.2
2. Wang Tunai Dalam Perjalanan 8.73 1.22 -7.51 -86.0
3. Wang Tunai Dalam Tangan 2.96 3.20 0.24 8.1
Jumlah 658.27 390.89 -267.38 -40.6Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Nota: * Amaun Berbeza Dengan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 Kerana Pelarasan Deposit Melebihi Tempoh 3 Bulan Yang Diklasifikasikan Semula Sebagai Pelaburan Selaras Dengan Piawaian Perakaunan IPSAS - Financial Reporting Under The Cash Basis Accounting
4.3.1.2. Analisis perbandingan kedudukan Wang Tunai bagi tahun 2011 dan 2010
menunjukkan penurunan yang ketara pada tahun 2011 berjumlah RM267.38 juta (40.6%)
menjadi RM390.89 juta berbanding RM658.27 juta pada tahun 2010. Penurunan baki
Wang Tunai pada akhir tahun 2011 adalah disebabkan penurunan ketara baki Wang
Tunai Dalam Bank sejumlah RM260.11 juta (40.2%) menjadi RM386.47 juta pada
tahun 2011 berbanding RM646.58 juta pada tahun 2010. Mulai tahun kewangan 2011,
Deposit Dalam Negeri melebihi tempoh 3 bulan berjumlah RM900 juta telah diklasifikasi
sebagai Pelaburan selaras dengan International Public Sector Accounting Standard
(IPSAS) - Financial Reporting Under The Cash Basis Accounting. Oleh itu, Wang
Tunai Dalam Bank bagi tahun 2010 telah dinyatakan semula kepada RM646.58 juta
berbanding jumlah yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Selangor Tahun 2010 sejumlah RM906.58 juta.
4.3.1.3. Baki dan kedudukan Wang Tunai bagi tahun 2007 hingga tahun 2011 adalah
seperti di Jadual 4.4 dan Carta 4.2.
10
Jadual 4.4 Baki Wang Tunai Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Bil. Butiran Tahun
2007 (RM Juta)
2008 (RM Juta)
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
1. Wang Tunai Dalam Bank 738.05 725.98 611.90 646.58 386.47
2. Wang Tunai Dalam Perjalanan
38.34 6.31 2.30 8.73 1.22
3. Wang Tunai Dalam Tangan
0.05 1.35 3.00 2.96 3.20
Jumlah 776.44 733.64 617.20 658.27 390.89
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.3.1.4. Urus niaga yang tidak dapat dipadankan dalam Penyata Penyesuaian Bank
memberi impak kepada baki Wang Tunai Dalam Bank sama ada jumlah tersebut terlebih
atau terkurang dinyatakan. Urus niaga yang tidak dapat dipadankan dalam Penyata
Penyesuaian Bank bagi tempoh melebihi 6 bulan sehingga 7 tahun telah menurun
daripada sejumlah RM150.09 juta pada tahun 2010 menjadi sejumlah RM68.03 juta pada
bulan Disember 2011. Pasukan Petugas Perbendaharaan Negeri terus melaksanakan
usaha bagi menangani masalah ini. Sehingga bulan Mei 2012, sejumlah RM57.05 juta
daripada sejumlah RM68.03 juta tersebut telah dapat diselaraskan. Baki sejumlah
RM10.98 juta akan disemak oleh pihak Perbendaharaan Negeri dari semasa ke semasa
sebelum pelarasan dibuat. Jumlah baki tersebut merupakan urus niaga tertunggak bagi
tahun 2009 hingga 2011 manakala urus niaga tertunggak bagi tahun 2008 dan
sebelumnya telah selesai diselaraskan.
4.3.2. Pelaburan
4.3.2.1. Seksyen 8 Akta Tatacara Kewangan 1957 menyatakan Kerajaan Negeri boleh
membuat pelaburan di bank, institusi kewangan dan syarikat sekiranya mempunyai
776.44733.64
617.20658.27
390.89
0
100
200
300
400
500
600
700
800
900
2007 2008 2009 2010 2011
RM Juta
Carta 4.2Kedudukan Wang Tunai Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
11
lebihan wang. Pelaburan yang dibuat melalui wang lebihan Akaun Kumpulan Wang Hasil
Disatukan ditunjukkan di Penyata Kedudukan Kewangan. Manakala pelaburan melalui
peruntukan Perbelanjaan Mengurus ditunjukkan di Penyata Akaun Memorandum.
Berdasarkan kepada Penyata Kedudukan Kewangan baki pelaburan Kerajaan Negeri
pada akhir tahun 2011 berjumlah RM1,553.12 juta berbanding RM928.61 juta pada tahun
2010 iaitu peningkatan sejumlah RM624.51 juta (67.3%). Kedudukan pelaburan Kerajaan
Negeri bagi tahun 2010 dan 2011 adalah seperti di Jadual 4.5.
Jadual 4.5 Kedudukan Pelaburan Kerajaan Negeri Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil. Kategori Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Pelaburan Kumpulan Wang Amanah
1. Tabung Warisan 252.59 307.71 55.12 21.8
2. Tabung Pinjaman Perumahan Ehsan 100.00 50.00 -50.00 -50.0
3. Jaminan Bank Pertanian Malaysia 20.57 10.00 -10.57 -51.4
Jumlah Pelaburan Kumpulan Wang Amanah
373.16 367.71 -5.45 -1.5
Pelaburan Am
4. Saham 245.45 245.41 -0.04 -0.02
5. Deposit Dalam Negeri* *310.00 940.00 630.00 203.2
Jumlah Pelaburan Am* *555.45 1,185.41 629.96 113.4
Jumlah* *928.61 1,553.12 624.51 67.3
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri (Nota 4) Nota: * Amaun Perbandingan Tahun 2010 Berbeza Dengan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 Kerana
Deposit Melebihi Tempoh 3 Bulan Diklasifikasikan Semula Sebagai Pelaburan Selaras Dengan Piawaian Perakaunan IPSAS - Financial Reporting Under The Cash Basis Accounting
4.3.2.2. Analisis perbandingan kedudukan pelaburan bagi tahun 2011 dan tahun 2010
menunjukkan peningkatan jumlah pelaburan pada tahun 2011. Peningkatan ini
disebabkan oleh peningkatan dalam Deposit Dalam Negeri sejumlah RM630 juta
(203.2%). Peningkatan ketara ini adalah kerana deposit melebihi tempoh 3 bulan
diklasifikasikan sebagai Pelaburan selaras dengan Piawaian Perakaunan Kerajaan 2
berasaskan IPSAS - Financial Reporting Under The Cash Basis Accounting. Baki Tabung
Warisan meningkat sejumlah RM55.12 juta (21.8%) pada tahun 2011 berbanding tahun
2010 manakala terdapat penurunan dalam pelaburan Tabung Pinjaman Perumahan
Ehsan dan Jaminan Bank Pertanian Malaysia masing-masing sejumlah RM50 juta (50%)
dan RM10.57 juta (51.4%).
4.3.2.3. Baki pelaburan Kerajaan Negeri bagi tahun 2007 hingga 2011 adalah seperti di
Jadual 4.6. Analisis trend Pelaburan Kerajaan Negeri mendapati jumlah pelaburan
meningkat dan baik setiap tahun dari tahun 2007 hingga 2010 dan peningkatan
mendadak pada tahun 2011.
12
Jadual 4.6 Baki Pelaburan Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Bil. Butiran Tahun
2007 (RM Juta)
2008 (RM Juta)
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
1. Pelaburan Kumpulan Wang Amanah
319.30 340.52 352.27 373.16 367.71
2. Pelaburan Am* 291.00 350.50 350.50 555.45 1,185.41
Jumlah Pelaburan* 610.30 691.02 702.77 928.61 1,553.12
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Nota: * Amaun Perbandingan Tahun 2010 Berbeza Dengan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 Kerana
Deposit Melebihi Tempoh 3 Bulan Diklasifikasikan Semula Sebagai Pelaburan Selaras Dengan Piawaian Perakaunan IPSAS - Financial Reporting Under The Cash Basis Accounting
4.3.2.4. Analisis perbandingan antara pelaburan dengan penerimaan dividen dari
semua pelaburan dilaksanakan untuk tempoh 5 tahun kebelakangan iaitu daripada tahun
2007 hingga 2011 bagi mengukur sejauh mana pelaburan Kerajaan Negeri memberi
pulangan dividen bagi meningkatkan hasil Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri ada
membuat pelaburan dalam 10 syarikat dengan nilai pelaburan berjumlah RM376.51 juta.
Analisis Audit mendapati pelaburan saham dan dividen yang diterima pada tahun 2007
hingga 2011 adalah seperti di Jadual 4.7.
Jadual 4.7 Pelaburan Saham Dan Dividen Yang Diterima Pada Tahun 2007 Hingga 2011
Tahun
Pelaburan Dividen Diterima
(RM)
Penyata Memorandum
(RM Juta)
Pelaburan Am
(RM Juta)
Jumlah
(RM Juta) 2007 141.48 201.00 342.48 7,300
2008 130.10 260.50 390.60 7,300
2009 131.10 260.50 391.60 0
2010 131.10 245.45 376.55 5,885,429
2011 131.10 245.41 376.51 11,100 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.3.2.5. Kesemua 10 pelaburan iaitu PNSB, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Pendidikan
Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB), SSIC Berhad, Bukit Beruntung Golf & Country Resort
Berhad, Rantaian Mesra Sdn. Bhd., Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., Tourism Selangor
Sdn. Bhd., MSNS Holdings Sdn. Bhd. kecuali PNB pada kos pelaburan RM376.51 juta
tidak membayar dividen pada tahun 2011.
4.3.2.6. Analisis Audit mendapati dividen yang dibayar oleh Permodalan Negeri
Selangor Berhad (PNSB) bagi tahun 1999 hingga 2007 berjumlah RM6.54 juta telah
diterima oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) [MBI] selaku pemegang amanah
kepada pelaburan Kerajaan Negeri Selangor. Pada tahun 2010, Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri (MMKN) telah meluluskan pemberian sebanyak 10% daripada jumlah
dividen PNSB berjumlah RM0.65 juta kepada MBI dan bakinya RM5.89 juta (1.6%)
dibayar kepada Kerajaan Negeri dalam Akaun Amanah Pakej Rangsangan Ekonomi
Selangor. Pada bulan Mac dan Oktober 2011, baki dividen berjumlah RM5.89 juta telah
dibayar oleh MBI. Dividen yang dibayar oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) pada
13
tahun 2010 berjumlah RM11,100 telah dibayar oleh MBI kepada Kerajaan Negeri pada
bulan Januari 2011. Selain itu, dividen yang dibayar oleh PNB pada tahun 2011
berjumlah RM4,275 telah dibayar oleh MBI kepada Kerajaan Negeri pada bulan Januari
2012. Pada keseluruhannya, dividen yang diterima dari tahun 2007 hingga 2011 adalah
berjumlah RM5.91 juta (1.6%) daripada kos pelaburan. Kadar pulangan dividen ini adalah
sangat rendah dan sangat tidak memuaskan.
4.4. AKAUN HASIL DISATUKAN
Akaun Hasil Disatukan mengakaunkan semua urus niaga penerimaan hasil dan
perbelanjaan mengurus Kerajaan. Akaun ini ditubuhkan mengikut Perkara 97 dan 98
Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 7(a) Akta Tatacara Kewangan 1957. Kerajaan
Negeri telah mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan surplus berjumlah RM180.50 juta
berbanding surplus RM124.24 juta pada tahun 2010 iaitu peningkatan berjumlah RM56.26
juta atau 45.3%. Surplus ini berpunca daripada kutipan hasil berjumlah RM1,634 juta
melebihi Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri yang berjumlah RM1,453.50 juta.
Kedudukan Akaun Hasil Disatukan adalah seperti berikut:
4.4.1. Hasil
4.4.1.1. Kerajaan Negeri memungut 3 jenis hasil yang terdiri daripada Hasil Cukai, Hasil
Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Anggaran hasil bagi tahun 2011 adalah
berjumlah RM1,430 juta. Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri
pada tahun 2011 adalah berjumlah RM1,634 juta atau 114.3% dari anggaran hasil.
Perbandingan anggaran hasil dengan kutipan hasil sebenar bagi tahun 2011 adalah
seperti di Jadual 4.8.
Jadual 4.8 Perbandingan Anggaran Hasil Dengan Kutipan Hasil Sebenar Bagi Tahun 2011
Bil. Jenis Hasil Anggaran Diluluskan (RM Juta)
Hasil Sebenar
(RM Juta)
Perbezaan
(RM Juta) (%) 1. Hasil Cukai 530.98 534.32 3.34 100.62. Hasil Bukan Cukai 467.16 791.18 324.02 169.43. Terimaan Bukan Hasil 431.86 308.50 -123.36 71.4
Jumlah 1,430.00 1,634.00 204.00 114.3Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.4.1.2. Hasil yang dikutip pada tahun 2011 meningkat sejumlah RM62.50 juta (4%)
berbanding sejumlah RM1,571.50 juta pada tahun 2010 seperti di Jadual 4.9.
Jadual 4.9 Pungutan Hasil Negeri Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil. Jenis Hasil Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Hasil Cukai 517.74 534.32 16.58 3.22. Hasil Bukan Cukai 674.06 791.18 117.12 17.43. Terimaan Bukan Hasil 379.70 308.50 -71.20 -18.8
Jumlah 1,571.50 1,634.00 62.50 4.0Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
14
4.4.1.3. Analisis Audit menunjukkan Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai mencatatkan
peningkatan yang menyumbang kepada peningkatan hasil secara keseluruhan iaitu
sejumlah RM62.50 juta menjadi RM1,634 juta pada tahun 2011 berbanding RM1,571.50
juta pada tahun 2010 walaupun Terimaan Bukan Hasil telah mengalami sedikit
penurunan.
4.4.1.4. Peningkatan dan penurunan hasil yang ketara pada tahun 2011 berbanding
2010 adalah seperti di Jadual 4.10.
Jadual 4.10 Perubahan Hasil Yang Ketara Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil. Butiran Tahun Perubahan
Punca Perubahan 2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Hasil Bukan Cukai
1. Premium Geran Tanah
465.48 533.04 67.56 14.5 Penguatkuasaan Garis Panduan Pembayaran Borang 7G oleh Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor, peningkatan permohonan Tukar Kategori dan Syarat Tanah, kutipan premium dari pembayaran Borang 5A, pengiraan premium tanah yang dikenakan berdasarkan nilai pasaran dan Program Pemutihan Kilang Haram yang dilanjutkan sehingga bulan Disember 2012.
2. Penanaman Modal/ Pertaruhan Tetap
17.20 37.62 20.42 118.7 Pelaburan simpanan tetap Kerajaan Negeri yang telah meningkat sebanyak RM470 juta pada tahun 2011 serta penerimaan faedah yang telah matang daripada pelaburan di AmBank sejumlah RM7.32 juta.
3. Tanah Dan Galian
28.04 47.06 19.02 67.8 Pertambahan pembukaan kawasan perlombongan pasir di Negeri Selangor oleh Pihak Berkuasa Negeri, kenaikan kadar cukai Royalti Batu Batan daripada aktiviti kuari dan royalti tambahan yang dikenakan kepada pemegang permit yang mengeluarkan bahan batuan melebihi anggaran asal pengeluaran.
Hasil Cukai 4. Cukai Hutan 11.23 25.18 13.95 124.2 Kenaikan kadar cukai Royalti Batu Batan
(Kuari Dalam Hutan Simpanan Kekal) daripada RM3.00 semeter padu persegi (m³) kepada RM5.20 (m³) yang telah berkuat kuasa mulai 1 Disember 2010 dan peningkatan pengeluaran batu batan di kuari.
5. Caruman Parit
10.73 15.47 4.74 44.2 Pertambahan permohonan tukar syarat tanah oleh pemaju/pemilik tanah yang telah merancang untuk memajukan tanah mereka selaras dengan permintaan yang tinggi terhadap keperluan perumahan dan industri.
6. Cukai Hasil Yang Meragukan
31.95 35.78 3.83 12.0 Pemantauan berterusan ke atas premis hiburan secara menyeluruh. Selain itu, Unit Cukai Hiburan Perbendaharaan Negeri juga memeriksa dan memberi surat peringatan kepada pengusaha premis panggung wayang supaya pembayaran cukai dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.
15
Bil. Butiran Tahun Perubahan
Punca Perubahan 2010(RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Terimaan Bukan Hasil7. Pemberian
Jalan Raya/ Lorong
180.00 100.00 -80.00 -44.4 Penurunan perbelanjaan yang dilaraskan ke Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2011.
8. Pemberian Mengikut Ramai Penduduk
75.47 62.88 -12.59 -16.7 Berdasarkan hasil bancian oleh Jabatan Perangkaan Negeri Selangor, didapati jumlah penduduk negeri pada tahun 2011 (5.06 juta orang) adalah berkurangan daripada tahun 2010 (6.62 juta orang).
9. Pendapatan Bayaran Balik Dalam Tahun Lalu
19.51 9.79 -9.72 -49.8 Pelarasan cek yang tidak dituntut melebihi 6 tahun yang dikreditkan ke hasil selaras dengan Arahan Perbendaharaan 118(c) - Cek Dan Pindahan Dana Elektronik Terbatal.
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.4.1.5. Trend pungutan hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2007 hingga 2011 adalah
seperti di Jadual 4.11 dan Carta 4.3.
Jadual 4.11 Pungutan Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Bil. Butiran Tahun
2007 (RM Juta)
2008 (RM Juta)
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
1. Hasil Cukai 446.05 495.83 471.56 517.74 534.32
2. Hasil Bukan Cukai 559.82 676.94 471.15 674.06 791.18
3. Terimaan Bukan Hasil 279.23 343.57 821.15 379.70 308.50
Jumlah 1,285.10 1,516.34 1,763.86 1,571.50 1,634.00
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.4.1.6. Analisis trend mendapati hasil Kerajaan Negeri mencatatkan peningkatan
yang konsisten dari tahun 2007 hingga 2009 iaitu RM1,285.10 juta pada tahun 2007
kepada RM1,763.86 juta pada tahun 2009. Bagaimanapun, hasil Kerajaan telah
446.
05
495.
83
471.
56
517.
74
534.
32
559.
82
676.
94
471.
15
674.
06
791.
18
279.
23
343.
57
821.
15
379.
70
308.
50
1,285.10 1,516.34 1,763.86 1,571.50 1,634.00
1
10
100
1000
10000
2007 2008 2009 2010 2011
RM Juta
Carta 4.3Pungutan Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Hasil Cukai Hasil Bukan Cukai Terimaan Bukan Hasil Jumlah
16
menurun sejumlah RM192.36 juta (10.9%) menjadi RM1,571.50 juta pada tahun 2010
sebelum meningkat semula sejumlah RM62.50 juta (4%) menjadi RM1,634 juta pada
tahun 2011.
4.4.1.7. Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada Premium
Geran Tanah, Cukai Tanah Semasa dan Pemberian Jalan Raya/Lorong. Butiran hasil
ini telah menyumbang sejumlah RM993.98 juta (60.8%) daripada jumlah hasil tahun
2011 yang berjumlah RM1,634 juta. Analisis perbandingan kutipan hasil mengikut
penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2007 hingga 2011 adalah
seperti di Jadual 4.12 dan Carta 4.4.
Jadual 4.12 Penyumbang Utama Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Bil. Butiran Tahun
2007 (RM Juta)
2008 (RM Juta)
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
1. Premium Geran Tanah 330.03 458.93 268.45 465.48 533.04
2. Cukai Tanah Semasa 318.61 334.75 352.82 365.36 360.94
3. Pemberian Jalan Raya/ Lorong
66.00 150.00 250.00 180.00 100.00
Jumlah 714.64 943.68 871.27 1,010.84 993.98
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.4.2. Perbelanjaan Mengurus
4.4.2.1. Hasil Kerajaan Negeri merupakan sumber utama yang akan digunakan bagi
tujuan perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Perbelanjaan mengurus terdiri
330.
03
458.
93
268.
45
465.
48
533.
04
318.
61
334.
75
352.
82
365.
36
360.
94
66.0
0
150.
00
250.
00
180.
00
100.
00
714.64 943.68 871.27 1,010.84 993.98
1
10
100
1000
10000
2007 2008 2009 2010 2011
RM Juta
Carta 4.4Penyumbang Utama Hasil Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Premium Geran Tanah Cukai Tanah SemasaPemberian Jalan Raya/Lorong Jumlah
17
daripada Maksud Tanggungan dan Maksud Bekalan. Bagi Maksud Tanggungan,
perbelanjaan dikenakan ke atas Kumpulan Wang Disatukan termasuk bayaran
pencen, ganjaran, pampasan dan perbelanjaan hutang negeri. Manakala Maksud
Bekalan adalah seperti emolumen, semua kenaan kepada peruntukan belanjawan
bagi barang dan perkhidmatan serta bayaran pindahan seperti caruman kepada
Kumpulan Wang Pembangunan. Maksud Bekalan juga termasuk wang yang
diperuntukkan kepada Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan melalui
pemberian atau pinjaman yang dianggap sebagai perbelanjaan. Anggaran asal
perbelanjaan mengurus tahun 2011 adalah RM1,430 juta dan dipinda menjadi
RM1,629.98 juta. Sejumlah RM1,453.50 juta adalah perbelanjaan mengurus yang
merupakan 89.2% daripada anggaran perbelanjaan yang dipinda. Perbandingan
anggaran perbelanjaan dengan perbelanjaan mengurus sebenar adalah seperti
Jadual 4.13.
Jadual 4.13 Perbandingan Anggaran Perbelanjaan Dengan Perbelanjaan Mengurus Sebenar Bagi Tahun 2011
Bil. Maksud Perbelanjaan Anggaran Dipinda
(RM Juta)
Perbelanjaan Sebenar
(RM Juta)
Perbezaan
(RM Juta) (%) 1. Emolumen 280.60 265.49 -15.11 94.6
2. Perkhidmatan Dan Bekalan 333.29 324.28 -9.01 97.3
3. Aset 13.77 13.34 -0.43 96.9
4. Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap
996.62 848.05 -148.57 85.1
5. Perbelanjaan Lain 5.70 2.34 -3.36 41.0
Jumlah 1,629.98 1,453.50 -176.48 89.2
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.4.2.2. Perbelanjaan mengurus pada keseluruhannya meningkat sedikit sejumlah
RM6.24 juta (0.4%) iaitu daripada RM1,447.26 juta pada tahun 2010 kepada
RM1,453.50 juta seperti di Jadual 4.14.
Jadual 4.14 Perbelanjaan Mengurus Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil. Maksud Perbelanjaan Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Emolumen 256.96 265.49 8.53 3.3
2. Perkhidmatan Dan Bekalan 302.74 324.28 21.54 7.1
3. Aset 4.54 13.34 8.80 193.8
4. Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap 868.64 848.05 -20.59 -2.4
5. Perbelanjaan Lain 14.38 2.34 -12.04 -83.7
Jumlah 1,447.26 1,453.50 6.24 0.4
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.4.2.3. Antara peningkatan perbelanjaan yang ketara pada tahun 2011 berbanding
2010 adalah seperti di Jadual 4.15.
18
Jadual 4.15 Peningkatan Perbelanjaan Yang Ketara Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil. Butiran Tahun Perubahan
Punca Peningkatan 2010 (RM Juta)
2011(RM Juta) (RM Juta) (%)
Perkhidmatan Dan Bekalan
1. Penyenggaraan Dan Pembaikan Kecil Yang Dibeli
114.20 127.14 12.94 11.3 JKR - Peningkatan perbelanjaan adalah disebabkan bayaran kontrak penyenggaraan jalan raya jangka panjang KPS-HCM Sdn. Bhd.
2. Perhubungan Dan Utiliti
30.12 32.59 2.47 8.2 Antara punca peningkatan perbelanjaan adalah: Dewan - Perbelanjaan bagi
membayar bil telefon 12 orang EXCO dan Ex-Officio sebanyak RM1,000 sebulan dan bil telefon Pejabat ADUN sebanyak RM500 sebulan untuk 56 Kawasan Enakmen 8/1980. (RM0.45juta)
Bayaran bil tunggakan oleh JAIS kepada Indah Water, SYABAS dan JARING selain daripada kenaikan bayaran bil TNB setiap premis di bawah JAIS sebab tarif elektrik dinaikkan. (RM0.76 juta)
Aset
3. Kenderaan dan Jentera
3.29 11.71 8.42 255.9 Bayaran bagi pembelian 69 buah kenderaan baru berjumlah RM9.94 juta oleh JKR bagi mengganti kenderaan lama Pejabat Jurutera Daerah di Negeri Selangor.
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.4.2.4. Manakala antara penurunan perbelanjaan yang ketara pada tahun 2011
berbanding 2010 adalah seperti di Jadual 4.16.
Jadual 4.16 Penurunan Perbelanjaan Yang Ketara Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil. Butiran Tahun Perubahan
Punca Penurunan 2010 (RM Juta)
2011(RM Juta) (RM Juta) (%)
Pemberian Dan Kenaan Tetap
1. Faedah, Dividen Dan Kenaan Bayaran Hutang Negara
75.11 21.00 -54.11 -72.0 Penurunan bayaran balik hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2011 iaitu sebanyak RM21 juta berbanding RM75.11 juta pada tahun 2010.
Perbelanjaan Lain2. Pulangan Balik
Dan Hapus Kira
13.70 1.80 -11.90 -86.9 Pada tahun 2010 terdapat pengembalian semula bayaran Notis 5a-permohonan pemberimilikan tanah Kerajaan untuk tapak Kolej Kejururawatan Klang sejumlah RM9.90 juta dan bayaran pulang balik hasil permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan Sdn. Bhd. sebanyak RM1.28 juta.
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
19
4.4.2.5. Trend perbelanjaan mengurus bagi tahun 2007 hingga 2011 adalah sederhana
seperti di Jadual 4.17 dan Carta 4.5.
Jadual 4.17 Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Bil. Maksud
Perbelanjaan
Tahun 2007
(RM Juta) 2008
(RM Juta) 2009
(RM Juta) 2010
(RM Juta) 2011
(RM Juta)
1. Emolumen 169.28 223.26 242.93 256.96 265.49
2. Perkhidmatan Dan Bekalan
286.13 272.93 291.48 302.74 324.28
3. Aset 11.27 2.84 1.20 4.54 13.34
4. Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap
675.22 959.66 1,283.09 868.64 848.05
5. Perbelanjaan Lain 11.32 8.55 11.12 14.38 2.34
Jumlah 1,153.22 1,467.24 1,829.82 1,447.26 1,453.50
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.4.3. Bayaran Di Bawah Arahan Perbendaharaan 58(a)
4.4.3.1. Arahan Perbendaharaan 58(a) [AP 58(a)] memperuntukkan bahawa bayaran
terhadap bekalan/perkhidmatan yang telah diterima pada tahun sebelumnya boleh dibuat
pada tahun semasa dengan syarat Jabatan mempunyai baki peruntukan yang mencukupi
169.
28
223.
26
242.
93
256.
96
265.
49
286.
13
272.
93
272.
93
302.
74
324.
28
11.2
7
2.84
1.20
4.54
13.3
4
675.
22
959.
66
1,28
3.09
868.
64
848.
05
11.3
2
8.55
11.1
2
14.3
8
2.34
1,153.221,467.24 1,829.82
1,447.26 1,453.50
1
10
100
1,000
10,000
2007 2008 2009 2010 2011
RM Juta
Carta 4.5Perbelanjaan Mengurus Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Emolumen Perkhidmatan Dan BekalanAset Pemberian Dan Kenaan Bayaran TetapPerbelanjaan Lain Jumlah
20
pada tahun di mana bekalan/perkhidmatan tersebut diterima dan tiada sebarang
keraguan tentang sebab berlaku kelewatan pembayaran tersebut. Semakan Audit
terhadap bayaran di bawah AP 58(a) mendapati bayaran berjumlah RM1.11 juta
melibatkan 319 baucar bayaran berbanding RM0.69 juta dan melibatkan 625 baucar
bayaran pada tahun 2010. Butiran adalah seperti di Jadual 4.18.
Jadual 4.18 Pembayaran Di Bawah AP 58(a) Oleh Kerajaan Negeri Selangor Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil. Jabatan
2010 2011 Baucar Bayaran
(Bil.)
Jumlah Baucar Bayaran
(Bil.)
Jumlah
(RM Juta) (RM Juta)1. Pejabat Menteri Besar Dan
Setiausaha Kerajaan Negeri 98 0.32 91 0.29
2. Jabatan Agama Islam Selangor 66 0.07 37 0.23 3. Pejabat Daerah Dan Tanah
Petaling 2 0.003 68 0.14
4. Perbendaharaan Negeri Selangor 1 0.00 15 0.14 5. Lain-lain Pejabat/Jabatan 458 0.30 108 0.31
Jumlah 625 0.69 319 1.11 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.4.3.2. Pembayaran di bawah AP 58(a) bagi Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor sebahagian besarnya adalah untuk bayaran balik perubatan
bagi pesara Kerajaan. Manakala bagi Jabatan Agama Islam Selangor, sebahagian
daripada pembayaran tersebut adalah untuk bayaran pembelian kenderaan jabatan,
biasiswa Sijil Tinggi Agama Malaysia dan bayaran bil perubatan kanser.
4.4.4. Prestasi Kewangan Akaun Hasil Disatukan
4.4.4.1. Analisis terhadap prestasi kewangan Akaun Semasa mengambil kira
perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tempoh
perakaunan semasa dan tahun sebelumnya untuk mengukur surplus atau defisit bagi
Akaun Hasil Disatukan. Pada tahun 2011, Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri telah
mencatatkan peningkatan surplus sejumlah RM56.26 juta (45.3%) menjadikan surplus
berjumlah RM180.50 juta berbanding RM124.24 juta pada tahun 2010. Peningkatan ini
adalah disebabkan oleh peningkatan hasil sejumlah RM62.50 juta (4%) yang lebih besar
berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus sejumlah RM6.24 juta (0.4%) seperti di
Jadual 4.19.
Jadual 4.19 Prestasi Kewangan Akaun Hasil Disatukan Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Butiran Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Hasil 1,571.50 1,634.00 62.50 4.0
Perbelanjaan Mengurus 1,447.26 1,453.50 6.24 0.4
Surplus/Defisit 124.24 180.50 56.26 45.3
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
21
4.4.4.2. Prestasi hasil berbanding perbelanjaan mengurus bagi tahun 2007 hingga 2011
adalah seperti di Jadual 4.20.
Jadual 4.20 Prestasi Kewangan Akaun Hasil Disatukan Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Butiran Tahun
2007 (RM Juta)
2008 (RM Juta)
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
Hasil 1,285.10 1,516.34 1,763.86 1,571.50 1,634.00
Perbelanjaan Mengurus 1,153.22 1,467.24 1,829.82 1,447.26 1,453.50
Surplus/Defisit 131.88 49.10 -65.96 124.24 180.50Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.4.4.3. Bagi tempoh 2007 hingga 2011 prestasi kewangan Akaun Hasil Disatukan
adalah baik. Analisis Audit menunjukkan prestasi kewangan Akaun Hasil Disatukan
mencatatkan surplus pada tahun 2007, 2008, 2010 dan 2011. Bagaimanapun pada tahun
2009, prestasi kewangan menunjukkan defisit sejumlah RM65.96 juta sebelum kembali
mencatatkan surplus yang tertinggi pada tahun 2011 iaitu sejumlah RM180.50 juta dalam
tempoh 5 tahun kebelakangan.
4.5. AKAUN PINJAMAN DISATUKAN
Akaun Pinjaman Disatukan ditubuhkan mengikut kehendak Seksyen 7(b) Akta
Tatacara Kewangan 1957. Akaun ini digunakan untuk mengakaun semua pinjaman
yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan, bayaran balik pinjaman dan
pindahan penerimaan ke Akaun Kumpulan Wang Pembangunan atau Akaun Hasil
Disatukan. Pada bulan Disember 2011, Kerajaan Negeri telah mendapat satu pinjaman
berjumlah RM90 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai Projek Menaiktaraf
Stesen Pengepam Air Mentah Ke Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1. Terimaan
pertama bagi pinjaman ini diperakaunkan pada bulan Januari 2012.
4.6. AKAUN AMANAH DISATUKAN
Akaun Amanah Disatukan adalah sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.
Semua penerimaan dan pembayaran wang amanah diakaunkan mengikut kehendak
Akta Amanah, Arahan Amanah dan Surat Cara Amanah di bawah Seksyen 9 dan
Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957, undang-undang dan perjanjian. Akaun ini
ditubuhkan mengikut Perkara 99 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 7 Akta
Tatacara Kewangan 1957. Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada Kumpulan Wang
Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Amanah Awam dan Deposit. Baki Kumpulan
Wang ini pada 31 Disember 2011 adalah berjumlah RM1,031.26 juta berbanding
RM854.63 juta pada akhir tahun 2010 iaitu meningkat sejumlah RM176.63 juta (20.7%).
Kedudukan Akaun Amanah Disatukan pada tahun 2011 berbanding tahun 2010 adalah
seperti di Jadual 4.21.
22
Jadual 4.21 Baki Akaun Amanah Disatukan Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil. Butiran Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 449.63 488.20 38.57 8.6
2. Kumpulan Wang Amanah Awam 276.45 439.08 162.62 58.8
3. Akaun Wang Deposit 128.55 103.98 -24.57 -19.1
Jumlah 854.63 1,031.26 176.63 20.7
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.6.1. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan
Kumpulan Wang Amanah Kerajaan ditubuhkan di bawah peruntukan Seksyen 10 Akta
Tatacara Kewangan 1957 bagi maksud tertentu. Kumpulan Wang Amanah ini adalah
kumpulan wang pusingan yang mana pembayaran dari kumpulan wang ini tidak boleh
melebihi had peruntukan yang diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor. Kumpulan Wang
Amanah ini terdiri daripada Kumpulan Wang Pembangunan, Kumpulan Wang Pinjaman
Perumahan, Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan dan Kumpulan Wang
Pembangunan Hutan.
4.6.1.1. Kumpulan Wang Pembangunan
a. Kumpulan Wang Pembangunan ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan
Wang Pembangunan 1966 (Akta 70) dan diperakaunkan dalam Penyata
Kumpulan Wang Pembangunan. Sumber kewangan bagi kumpulan wang ini
terdiri daripada pindahan daripada Akaun Hasil Disatukan, Pemberian Tahap
Pembangunan, Ekonomi Dan Kesejahteraan Hidup serta Sewa Gerai. Analisis
perbandingan baki Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010 dan 2011
adalah seperti di Jadual 4.22.
Jadual 4.22 Baki Kumpulan Wang Pembangunan Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Butiran Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Baki Pada 1 Januari 123.63 128.23 4.60 3.7
Terimaan 549.70 509.85 -39.85 -7.3
Perbelanjaan 545.10 496.88 -48.22 -8.8
Surplus/Defisit 4.60 12.97 8.37 181.9
Baki Pada 31 Disember 128.23 141.20 12.97 10.1
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
b. Pada tahun 2011, Kumpulan Wang ini telah mengalami lebihan sejumlah RM12.97
juta berbanding lebihan sejumlah RM4.60 juta pada tahun 2010. Lebihan yang
berlaku disebabkan penerimaan sejumlah RM509.85 juta adalah lebih tinggi daripada
perbelanjaan sejumlah RM496.88 juta. Ini menyebabkan baki terkumpul Kumpulan
23
Wang Pembangunan pada akhir tahun 2011 turut meningkat sejumlah RM12.97 juta
(10.1%) menjadi RM141.20 juta berbanding RM128.23 juta pada akhir tahun 2010.
c. Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM496.88 juta
bagi membiayai pelbagai projek pembangunan berbanding RM545.10 juta pada
tahun 2010. Kedudukan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2010 dan 2011
adalah seperti di Jadual 4.23.
Jadual 4.23 Perbelanjaan Pembangunan Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil. Pejabat/Jabatan Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
209.21 225.41 16.20 7.7
2. Perbendaharaan Negeri (Projek Am) 13.41 14.80 1.39 10.4
3. Perbendaharaan Negeri (Pengkomputeran)
0.86 0.25 -0.61 -70.9
4. Jabatan Pertanian 12.00 14.72 2.72 22.7
5. Jabatan Kerja Raya 139.54 113.85 -25.69 -22.6
6. Jabatan Pengairan Dan Saliran 32.26 41.37 9.11 28.2
7. Jabatan Agama Islam Selangor 97.54 66.79 -30.75 -31.5
8. Jabatan Perancang Bandar Dan Desa 2.40 2.46 0.06 2.5
9. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 6.52 6.08 -0.44 -6.7
10. Jabatan Kehakiman Syariah 0.35 3.15 2.80 800.0
11. Perbendaharaan Negeri (Luar Jangka) 31.01 8.00 -23.01 -74.2
Jumlah 545.10 496.88 -48.22 -8.8
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
d. Analisis Audit mendapati 6 daripada 11 jabatan mencatatkan peningkatan dan
sebanyak 5 jabatan mengalami penurunan perbelanjaan pembangunan pada tahun
2011 berbanding tahun 2010.
e. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mencatatkan penurunan perbelanjaan
tertinggi iaitu sejumlah RM30.75 juta (31.5%) menjadi RM66.79 juta pada tahun 2011
berbanding sejumlah RM97.54 juta pada tahun 2010. Penurunan ini antaranya
disebabkan terdapatnya pengurangan perbelanjaan yang ketara pada tahun 2011
bagi butiran projek sekolah agama dan masjid sejumlah RM36.93 juta. Ini disebabkan
tahun 2011 merupakan tahun pertama permulaan projek di bawah RMKe-10. Pada
tahun 2011 juga, JAIS dengan kerjasama pihak Jabatan Kerja Raya Selangor (JKR)
hanya dapat melaksanakan sebanyak 15 daripada 20 projek pembinaan sekolah dan
11 daripada 18 projek pembinaan masjid. Masalah utama adalah kerana projek tidak
dapat ditender pada waktu yang dirancang selain beberapa kekangan di pihak JKR.
f. Jabatan Kerja Raya Selangor mencatatkan penurunan perbelanjaan kedua tertinggi
iaitu sejumlah RM25.69 juta (22.6%) menjadi RM113.85 juta pada tahun 2011
berbanding sejumlah RM139.54 juta pada tahun 2010. Penurunan ini disebabkan
pada tahun 2011 terdapatnya pengurangan perbelanjaan yang ketara bagi projek
24
menaik taraf jalan dan projek membina jalan dan jambatan kerana tahun 2011
merupakan tahun pertama permulaan projek di bawah RMKe-10. Semakan lanjut
mendapati kemajuan pelaksanaan bagi 7 projek membina jalan dan jambatan serta
projek menaik taraf jalan sehingga 31 Disember 2011 adalah agak rendah antara 0%
hingga 20.7%. Hal ini adalah disebabkan 2 projek membina jalan masih dalam
proses perolehan di mana surat setuju terima masih belum dikeluarkan kepada
kontraktor. Manakala satu projek menaik taraf jalan masih dalam peringkat awal
kajian trafik. Reka bentuk bagi projek Membina Jalan Dari Seksyen 427.5 Laluan
FT01 ke Kampung Orang Asli/Pusat Serenti Serendah telah dikaji semula
disebabkan masalah pengambilan tanah dan kedudukan jalan di lereng bukit serta
isu alam sekitar. Sehingga akhir tahun 2011, kemajuan kerja di tapak projek
Membina Jambatan Di Jalan Keretapi Lama agak perlahan disebabkan faktor cuaca
dan prestasi kontraktor.
g. Perbelanjaan Luar Jangka mencatatkan penurunan perbelanjaan ketiga tertinggi iaitu
sejumlah RM23.01 juta (74.2%) menjadi RM8 juta pada tahun 2011 berbanding
sejumlah RM31.01 juta pada tahun 2010. Penurunan ini disebabkan pada tahun 2010
terdapat bayaran one-off kepada KPS-HCM bagi Projek Perumahan Bukit Beruntung
sejumlah RM15 juta dan Rumah Ibadat Bukan Islam sejumlah RM0.35 juta. Oleh
sebab pembayaran adalah secara one-off, pada tahun 2011 tiada peruntukkan dibuat
kepada KPS-HCM dan Bendahari Negeri hanya memperuntukkan sejumlah RM8.25
juta pada tahun 2011 di bawah vot ini.
4.6.1.2. Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan
a. Kumpulan Wang ini diwujudkan bertujuan untuk memberi pinjaman kepada
penjawat awam Kerajaan Negeri Selangor membeli hartanah berupa tanah dan
rumah. Bahagian Pinjaman Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
bertanggungjawab meluluskan pinjaman manakala Perbendaharaan Negeri
bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan rekod perakaunan berkaitan
pengeluaran dan bayaran balik pinjaman perumahan. Kedudukan Kumpulan
Wang Pinjaman Perumahan bagi tahun 2010 dan 2011 adalah seperti
di Jadual 4.24.
Jadual 4.24 Kedudukan Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Butiran Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Baki pada 1 Januari 4.08 13.59 9.51 233.1
Bayaran Balik Pinjaman 168.14 41.94 -126.20 -75.1
Pinjaman Diberi 158.63 45.28 -113.35 -71.46
Baki Pada 31 Disember 13.59 10.25 -3.34 -24.6 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
25
b. Analisis perbandingan kedudukan baki Kumpulan Wang ini bagi tahun 2011
dan 2010 menunjukkan penurunan berjumlah RM3.34 juta (24.6%) menjadi
RM10.25 juta pada tahun 2011 berbanding RM13.59 juta pada tahun 2010.
Penurunan baki Kumpulan Wang ini disebabkan penerimaan bayaran balik
pinjaman berjumlah RM41.94 juta lebih rendah daripada pinjaman yang
dikeluarkan berjumlah RM45.28 juta pada tahun 2011.
4.6.1.3. Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan
a. Berdasarkan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun 2011, Penyata Pelbagai
Kumpulan Wang Amanah Kerajaan mengandungi 148 akaun terdiri daripada 98
Akaun Penyelesaian, 2 Akaun Perniagaan, 41 Akaun Pinjaman, satu Akaun
Kumpulan Wang Luar Jangka dan 6 Akaun Pelbagai Kumpulan Wang.
Kedudukan Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan bagi tahun 2010 dan 2011
adalah seperti di Jadual 4.25.
Jadual 4.25 Kedudukan Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil. Butiran Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Akaun Penyelesaian -119.75 -189.46 -69.71 -58.2
2. Akaun Perniagaan 2.84 2.87 0.03 1.1
3. Akaun Pinjaman 22.68 38.49 15.81 69.7
4. Kumpulan Wang Luar Jangka 8.10 8.10 0.00 0
5. Pelbagai Kumpulan Wang 391.85 472.43 80.58 20.6
Jumlah 305.72 332.43 26.71 8.7
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
b. Analisis Audit menunjukkan pada akhir tahun 2011, baki Pelbagai Kumpulan Wang
Amanah Kerajaan ini meningkat sejumlah RM26.71 juta (8.7%) menjadi RM332.43
juta berbanding RM305.72 juta pada tahun 2010. Peningkatan baki akaun ini
antaranya disebabkan oleh peningkatan amaun Pelbagai Kumpulan Wang sejumlah
RM80.58 juta kepada RM472.43 juta berbanding RM391.85 juta pada tahun 2010
dan baki Akaun Pinjaman yang meningkat sejumlah RM15.81 juta kepada RM38.49
juta berbanding RM22.68 juta pada tahun 2010. Analisis Audit mendapati
peningkatan ketara disebabkan baki debit Akaun Pinjaman Pendidikan Industri
Yayasan Selangor berkurangan sejumlah RM5.15 juta menjadi RM36.72 juta
berbanding RM41.87 juta pada tahun 2010. Selain itu, baki debit Akaun Pinjaman
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor menurun sejumlah RM3.83 juta menjadi
RM25.99 juta berbanding RM29.81 juta pada tahun 2010. Peningkatan akaun ini
disebabkan oleh pembayaran balik pinjaman boleh dituntut oleh Kerajaan
Negeri. Peningkatan akaun ini antara lain melibatkan peningkatan Tabung Warisan
Negeri, Akaun Kena Bayar yang masing-masing meningkat sejumlah RM55.12 juta
dan RM16.63 juta serta pewujudan Tabung Amanah Bencana Alam 2011 yang
berjumlah RM10 juta.
26
c. Selain itu, Pelbagai Kumpulan Wang telah meningkat sejumlah RM80.58 juta (20.6%)
menjadi RM472.43 juta pada tahun 2011 berbanding RM391.85 juta pada tahun
2010. Antara akaun di bawah Pelbagai Kumpulan Wang adalah seperti berikut:
i. Kumpulan Wang Tabung Warisan Negeri Selangor
Tabung Warisan diwujudkan di bawah Enakmen Tabung Warisan 1991
bertujuan membolehkan Kerajaan Negeri Selangor mengasingkan
sebahagian jumlah wang daripada Akaun Hasil Disatukan bagi faedah dan
kesejahteraan warisan akan datang. Baki Kumpulan Wang ini telah
meningkat sejumlah RM55.12 juta (21.8%) daripada RM252.59 juta pada
tahun 2010 menjadi RM307.71 juta pada tahun 2011 seperti di Jadual 4.26.
Jadual 4.26 Baki Kumpulan Wang Tabung Warisan Negeri Selangor Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil. Butiran Tahun Perubahan
2010(RM Juta)
2011(RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Wang Di Bank 5.01 0.12 -4.89 -97.6
2. Pelaburan Dalam Saham Syarikat 91.44 83.62 -7.82 -8.6
3. Saham Amanah 10.00 12.00 2.00 20.0
4. Simpanan Tetap Dan Instrumen Pasaran Wang
92.22 202.14 109.92 119.2
5. Faedah Terakru 0.37 1.18 0.81 218.9
6. Pinjaman Kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
50.00 - -50.00 -100
7. Bangunan 3.54 3.47 -0.07 -2.0
8. Deposit Elektrik, Air, Caj Penyelenggaraan Bangunan Serta Sinking Fund
0.01 0.01 0 0
9. Amaun Terhutang Oleh Penyewa 0.00 0.01 0 0
10. Sumbangan Anak-anak Syarikat Terakru 0.00 5.76 5.76 100
11. Pra Bayar Caj Penyenggaraan Bangunan 0.00 0.003 0.003 0
12. Liabiliti Semasa 0.00 -0.60 -0.60 -100
Jumlah 252.59 307.71 55.12 21.8
Sumber: Penyata Kewangan Kumpulan Wang Tabung Warisan Negeri Selangor
Peningkatan baki Kumpulan Wang ini terdiri daripada peningkatan pelaburan
dalam Saham Amanah berjumlah RM2 juta (20%) serta Simpanan Tetap
Dan Instrumen Pasaran Wang berjumlah RM109.92 juta (119.2%), Faedah
Terakru berjumlah RM0.81 juta (218.9%) serta Sumbangan Anak-anak
Syarikat Terakru berjumlah RM5.76 juta (100%).
Liabiliti Semasa terdiri daripada Deposit Penyewa dan Pembeli Bangunan.
Setakat bulan Disember 2011, bangunan kepunyaan Tabung Warisan
Negeri Selangor masih disewakan dan pada masa yang sama proses
penjualan sedang dijalankan.
27
ii. Akaun Kena Bayar
Akaun Kena Bayar (AKB) diwujudkan bagi menyelesaikan tanggungan
Kerajaan Negeri kepada pembekal terhadap pelbagai bekalan dan
perkhidmatan yang diperoleh oleh Kerajaan sehingga 31 Disember sesuatu
tahun dan bayaran perlu dijelaskan pada awal tahun berikutnya. Bagi tahun
2011, baki akaun ini berjumlah RM150.17 juta iaitu meningkat sejumlah
RM16.63 juta (12.4%) berbanding RM133.54 juta pada tahun 2010. Analisis
peningkatan AKB mengikut Jabatan pada tahun 2010 dan 2011 adalah
seperti di Jadual 4.27.
Jadual 4.27 Akaun Kena Bayar Mengikut Jabatan Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil. Jabatan Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) ( % )
1. Jabatan Pengairan Dan Saliran 11.35 24.77 13.42 118.2
2. Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri
15.32 23.99 8.67 56.6
3. Jabatan Kerja Raya 59.08 62.32 3.24 5.54. Jabatan Kehakiman Syariah 0.39 3.19 2.80 717.95. Jabatan Pertanian 1.05 1.90 0.85 80.96. Jabatan Perhutanan 0.99 1.82 0.83 83.87. Pejabat Dewan Negeri Selangor 0.24 0.88 0.64 266.7
8. Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Langat
0.40 0.97 0.57 142.5
9. Perbendaharaan Negeri 12.42 12.92 0.50 4.010. Pejabat Daerah Dan Tanah Sepang 0.26 0.68 0.42 161.5
11. Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam
0.17 0.51 0.34 200.0
12. Pejabat Pengelola Bijaya DiRaja 0.52 0.79 0.27 51.913. Jabatan Tanah Dan Galian 1.33 1.57 0.24 18.014. Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling 0.40 0.64 0.24 60.015. Jabatan Kebajikan Masyarakat 0.24 0.46 0.22 91.716. Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat 0.64 0.83 0.19 29.717. Jabatan Mufti 0.01 0.04 0.03 300.0
18. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
0.13 0.14 0.01 7.7
19. Jabatan Perancang Bandar Dan Desa 0.56 0.52 -0.04 -7.120. Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak 0.39 0.27 -0.12 -30.821. Pejabat Daerah Dan Tanah Klang 1.22 1.03 -0.19 -15.6
22. Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor
0.70 0.42 -0.28 -40.0
23. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 2.21 1.89 -0.32 -14.5
24. Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor
0.81 0.39 -0.42 -51.8
25. Jabatan Agama Islam Selangor 22.54 7.01 -15.53 -68.926. Jabatan-jabatan Lain 0.17 0.22 0.05 29.4
Jumlah 133.54 150.17 16.63 12.4
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Pada tahun 2011, JKR mencatatkan AKB tertinggi iaitu sejumlah RM62.32
juta diikuti JPS sejumlah RM24.77 juta dan Pejabat Menteri Besar Dan
Setiausaha Kerajaan Negeri sejumlah RM23.99 juta.
28
Dari segi jumlah peningkatan AKB tahun 2011 berbanding tahun 2010,
analisis Audit menunjukkan Jabatan Pengairan Dan Saliran mencatatkan
peningkatan AKB tertinggi iaitu RM13.42 juta (118.2%) pada tahun 2011.
Ini diikuti oleh Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri,
Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Kehakiman Syariah masing-masing
mencatatkan peningkatan sebanyak RM8.67 juta (56.6%), RM3.24 juta
(5.5%) dan RM2.80 juta (717.9%). Antara punca peningkatan ini disebabkan
perbelanjaan luar jangka yang berlaku di penghujung tahun seperti banjir,
peningkatan bayaran untuk kerja kontrak jangka panjang yang lewat
dikemukakan oleh pihak yang menuntut bayaran, permohonan dan kelulusan
pindah peruntukan dalam tempoh AKB serta bayaran untuk program yang
dianjurkan oleh Kerajaan Negeri pada hujung tahun di mana jabatan
terpaksa membuat bayaran dalam tempoh AKB pada tahun 2011. Analisis
perbandingan AKB bagi tempoh 5 tahun adalah seperti di Carta 4.6.
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
iii. Perbelanjaan Di Bawah Arahan Perbendaharaan 59
Mengikut Arahan Perbendaharaan 59 (AP 59), pembayaran sesuatu bil yang
dikemukakan dengan sempurna bagi barangan atau perkhidmatan kepada
Kerajaan tidak boleh ditahan oleh sebab keraguan sama ada perbelanjaan
telah dilakukan dengan sewajarnya oleh seseorang pegawai Kerajaan atau
sebaliknya. Kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah
diperoleh dan pembayaran ditanggungkan kepada akaun Kumpulan Wang
Pendahuluan Diri (Pegawai Awam) sementara menunggu hasil siasatan.
Pada tahun 2011, tiada permohonan pendahuluan diri untuk perbelanjaan di
bawah AP 59.
103.27
136.49142.63
133.54
150.17
0
20
40
60
80
100
120
140
160
2007 2008 2009 2010 2011
RM Juta
Carta 4.6Kedudukan Akaun Kena Bayar Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
29
4.6.1.4. Kumpulan Wang Pembangunan Hutan
a. Kumpulan Wang Pembangunan Hutan diwujudkan mengikut Seksyen 56
Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) bertujuan untuk melaksanakan
pelbagai projek seperti menyedia, melaksana dan mengkaji semula
rancangan pengurusan hutan negeri. Punca kewangan bagi Kumpulan Wang
ini terdiri daripada pindahan dari Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM5.50 juta dan
Ses Pembangunan Hutan Kayu Balak berjumlah RM2.23 juta. Pegawai Pengawal
bagi Kumpulan Wang ini ialah Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
b. Pada akhir tahun 2011, Kumpulan Wang Pembangunan Hutan telah mencatat
surplus sejumlah RM2.23 juta berbanding surplus sejumlah RM0.96 juta pada
tahun 2010. Surplus ini berpunca daripada penerimaan berjumlah RM7.73
juta berbanding perbelanjaan berjumlah RM5.50 juta. Dengan surplus ini, baki
terkumpul Kumpulan Wang Pembangunan Hutan pada akhir tahun 2011
meningkat menjadi RM4.32 juta (107%) berbanding RM2.09 juta pada tahun
2010. Baki Kumpulan Wang Pembangunan Hutan bagi tahun 2007 hingga 2011
adalah seperti di Jadual 4.28.
Jadual 4.28 Baki Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Butiran Tahun
2007 (RM Juta)
2008 (RM Juta)
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
Baki pada 1 Januari -0.96 -0.15 1.04 1.13 2.09
Penerimaan 6.11 6.73 5.85 6.09 7.73
Pembayaran 5.30 5.54 5.76 5.13 5.50
Lebihan Penerimaan Tahun Semasa
0.81 1.19 0.09 0.96 2.23
Baki Pada 31 Disember -0.15 1.04 1.13 2.09 4.32
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
c. Analisis Audit mendapati jumlah lebihan penerimaan bagi tahun 2007 hingga 2011
mencatatkan trend meningkat daripada RM0.81 juta pada tahun 2007 kepada
RM2.23 juta pada tahun 2011. Baki akhir Kumpulan Wang Pembangunan Hutan
juga mencatatkan trend peningkatan daripada baki defisit sejumlah RM0.15 juta
pada tahun 2007 kepada baki surplus sejumlah RM4.32 juta pada tahun 2011.
4.6.2. Kumpulan Wang Amanah Awam
4.6.2.1. Kumpulan Wang Amanah Awam ditubuhkan di bawah Seksyen 9 Akta
Tatacara Kewangan 1957 bagi mengakaunkan sumbangan wang daripada orang
perseorangan dan organisasi kepada Kerajaan Negeri bagi tujuan tertentu.
Pengurusan akaun ini perlu dibuat mengikut Arahan Amanah yang diluluskan oleh
Perbendaharaan Negeri. Baki Kumpulan Wang ini meningkat sejumlah
RM162.63 juta (58.8%) kepada RM439.08 juta pada tahun 2011 berbanding RM276.45
juta pada tahun 2010 seperti di Jadual 4.29.
30
Jadual 4.29 Baki Kumpulan Wang Amanah Bagi Tahun 2010 Dan 2011
Butiran Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Baki Pada 31 Januari 145.45 276.45 131.00 90.1
Terimaan 517.40 662.99 145.59 28.1
Pembayaran 386.40 500.36 113.96 29.5
Baki Pada 31 Disember 276.45 439.08 162.63 58.8
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.6.2.2. Analisis Audit menunjukkan peningkatan baki Kumpulan Wang Amanah ini
pada akhir tahun 2011 disebabkan peningkatan penerimaan berjumlah RM145.59 juta
(28.1%) adalah lebih tinggi berbanding peningkatan pembayaran berjumlah RM113.96
juta (29.5%). Analisis Audit terhadap 47 Akaun Amanah Awam menunjukkan baki 22
akaun meningkat sejumlah RM185.91 juta, 14 akaun menurun sejumlah RM23.28 juta
dan 11 akaun tiada pergerakan. Peningkatan yang ketara melibatkan baki akaun
Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri, Akaun Amanah Caruman Parit
Dan Saliran serta Akaun Amanah Perkuburan yang masing-masing meningkat sejumlah
RM157.39 juta, RM14.64 juta dan RM3.68 juta. Peningkatan bagi ketiga-tiga akaun ini
berjumlah RM175.71 juta. Manakala penurunan yang ketara antara lain adalah baki
Akaun Amanah Penswastaan, Akaun Amanah Baitulmal (KAFA) serta Tabung Mesra
Usia Emas yang masing-masing menurun sejumlah RM8.11 juta, RM7.11 juta dan
RM3.20 juta. Penurunan ketiga-tiga akaun tersebut berjumlah RM18.42 juta.
4.6.2.3. Pada tahun 2011, sebanyak 9 akaun amanah baru telah ditubuhkan dengan
tujuan dan peruntukan seperti di Jadual 4.30.
Jadual 4.30 Akaun Amanah Baru Yang Ditubuhkan Pada Tahun 2011
Bil. Nama Akaun Amanah Tujuan Penubuhan Baki (RM)
1. Akaun Amanah Pembangunan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB)
Menerima wang caruman yang dikemukakan oleh KSSB bagi kerja-kerja pemulihan tanah dan pembaikan jalan akibat daripada aktiviti pengeluaran pasir oleh KSSB atau kontraktor yang dilantik oleh KSSB di seluruh Negeri Selangor.
500,000
2. Akaun Amanah Pemuliharaan Kelip-Kelip
Menerima wang sumbangan daripada mana-mana pihak bagi Program Pemuliharaan Kelip-Kelip di daerah Kuala Selangor, Selangor dan membiayai perbelanjaan-perbelanjaan lain yang berkaitan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pentadbiran Akaun Amanah
24,700
3. Akaun Amanah e-Permit 2
Memperakaunkan terimaan berkaitan bayaran Akaun Kebenaran Pindah (AKP) dan Sijil Kesihatan Veterinar secara sementara sebelum hasil tersebut dikreditkan ke negeri yang berhak.
140
4. Akaun Amanah Sekretariat Felda
Menguruskan wang peruntukan serta sumbangan-sumbangan yang diterima oleh Sekretariat FELDA
164,472
31
Bil. Nama Akaun Amanah Tujuan Penubuhan Baki (RM)
Selangor Selangor daripada Kerajaan, orang ramai, sektor swasta, persatuan, pertubuhan antarabangsa atau tempatan dan agensi-agensi yang tidak dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia yang disampaikan kepada Kerajaan Negeri bagi program-program Sekretariat FELDA Selangor.
5. Akaun Amanah Bantuan Kes-Kes Guaman Kerajaan Negeri
Membolehkan Kerajaan Negeri Selangor membantu keluarga mangsa mendapatkan maklumat berhubung kes dan membuat kajian ke atas keputusan penghakiman bagi kes-kes open verdict dan perbelanjaan berkaitan kes mahkamah yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Pentadbir Akaun setelah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Kerajaan Negeri (Keputusan Mesyuarat MMKN)
100,000
6. Akaun Amanah e-Permit 1
Memperakaunkan terimaan berkaitan bayaran balik kepada Syarikat Dagang Net Technologies Sdn. Bhd yang merupakan syarikat yang telah dilantik sebagai Service Provider oleh Kerajaan Malaysia untuk membangun dan melaksanakan perkhidmatan di bawah National Single Window (NSW)
12,702
7. Akaun Amanah Pembangunan Persimpangan Bertingkat Dari Lebuh Raya Persekutuan Ke Kawasan Pembangunan Seksyen 7 Shah Alam
Membolehkan penyaluran dana atau kewangan melalui kutipan dan sumbangan daripada pemaju atau bagi dan pihak yang berkepentingan.
2,000,000
8. Tabung Pendidikan Anak-Anak Syarikat Dan Badan Berkanun Negeri Selangor
Memberi biasiswa, dermasiswa dan sebarang bentuk bantuan dan sumbangan kepada warga kerja anak-anak syarikat dan badan berkanun Kerajaan Negeri Selangor dan anak mereka yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
3,000,000
9. Tabung Amanah Program Pengurusan Berpusat Padi Negeri Selangor
Membolehkan Kerajaan Negeri membiayai dan menyalurkan wang pinjaman kepada Pesawah Padi (Peserta) yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian Selangor Darul Ehsan untuk melaksanakan pembangunan dalam Program Padi Berpusat.
0
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.6.2.4. Pada tahun 2011, sebanyak 2 akaun amanah telah ditutup kerana tidak
diperlukan lagi dan berbaki sifar iaitu Akaun Amanah Bantuan Untuk Puan Tan Seok Gek
dan Akaun Amanah Yayasan Pembangunan Iktisas Islam Malaysia. Manakala sehingga
akhir tahun 2011 didapati 2 akaun amanah awam tidak bergerak melebihi 3 tahun tetapi
masih belum ditutup. Butiran seperti di Jadual 4.31.
32
Jadual 4.31 Akaun Amanah Yang Tidak Bergerak Melebihi 3 Tahun
Bil. Nama Akaun Amanah Tidak Bergerak
Semenjak Tahun
Baki Pada 31 Disember
2011 (RM)
1. Akaun Amanah Bekas Pemegang LMS/Peneroka (Sepang)
2007 (16,500)
2. Akaun Amanah Pembinaan Dan Baik pulih Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor
2007 108,778
Jumlah 92,278
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.6.2.5. Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri
a. Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri diwujudkan untuk
mengakaunkan pemberian daripada Kerajaan Persekutuan berdasarkan peruntukan
Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan bagi pembiayaan penyenggaraan
jalan raya yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya dan Pihak Berkuasa
Tempatan. Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri ditubuhkan di
bawah Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Pegawai Pengawal bagi Akaun
Amanah ini ialah Pegawai Kewangan Negeri Selangor.
b. Kerajaan Negeri didapati tidak menggunakan sepenuhnya peruntukan yang
disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri hanya membelanjakan
sejumlah RM218.51 juta (58.1%) daripada pemberian Kerajaan Persekutuan
sejumlah RM375.90 juta untuk menyenggarakan jalan negeri sepanjang 16,013
kilometer. Daripada RM375.90 juta tersebut, sejumlah RM368.36 juta merupakan
pemberian jalan raya negeri pada tahun 2011 manakala RM7.54 juta merupakan
pelarasan lebihan peruntukan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Baki Kumpulan
Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri meningkat sejumlah RM157.39 juta
(10.3%) menjadi RM319.85 juta bagi tahun 2011 berbanding sejumlah RM162.46
juta pada tahun 2010 seperti di Jadual 4.32.
Jadual 4.32 Baki Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri Bagi Tahun 2010 Berbanding 2011
Butiran Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Baki pada 1 Januari 54.41 162.46 108.05 198.6Terimaan 351.66 375.90 24.24 6.9
Perbelanjaan 243.61 218.51 -25.10 10.3
Baki Pada 31 Disember 162.46 319.85 157.39 96.9
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
c. Kedudukan baki Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri bagi tahun
2007 hingga 2011 dan peratus penggunaan iaitu perbelanjaan berbanding terimaan
adalah seperti di Jadual 4.33.
33
Jadual 4.33 Baki Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Tahun Baki Pada 1
Januari Terimaan Perbelanjaan
Baki Pada 31 Disember
Penggunaan
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%) 2007 71.50 249.60 202.05 119.05 80.9
2008 119.05 328.09 379.61 67.53 115.7
2009 67.53 315.63 328.75 54.41 104.2
2010 54.41 351.66 243.61 162.46 69.3
2011 162.46 375.90 218.51 319.85 58.1 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.6.3. Akaun Wang Deposit
4.6.3.1. Akaun Wang Deposit mengakaunkan wang yang diterima khusus bagi
sesuatu maksud di bawah mana-mana undang-undang atau mengikut perjanjian
dan dibayar balik apabila maksud tersebut telah dicapai atau selesai. Pada akhir tahun
2011, Kerajaan Negeri mempunyai 18 akaun deposit berbaki RM103.98 juta yang
diselenggarakan oleh 22 Jabatan. Kedudukan Akaun Wang Deposit bagi tahun 2010
dan 2011 adalah seperti di Jadual 4.34.
Jadual 4.34 Kedudukan Akaun Wang Deposit Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Butiran Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Akaun Wang Deposit 128.55 103.98 -24.57 -19.1
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.6.3.2. Analisis Audit menunjukkan baki deposit telah menurun sejumlah RM24.57
juta (19.1%) menjadi RM103.98 juta pada tahun 2011 berbanding sejumlah
RM128.55 juta pada tahun 2010. Penurunan ketara melibatkan Akaun Deposit Lelong
Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak yang menurun sejumlah RM2.94 juta menjadi
RM0.80 juta pada tahun 2011 berbanding RM3.74 juta pada tahun 2010. Penurunan ini
antara lain disebabkan oleh bayaran pulang balik wang deposit bagi pengambilan
tanah di bawah seksyen 3(1) (B) Akta pengambilan tanah 1960 (APT 1960) ke atas tanah
PM229 Lot 7675 dan PM 230 Lot 7676 Bandar Hulu Kelang Daerah Gombak bertujuan
untuk pembangunan semula Pusat Bandar Dato’ Keramat.
4.6.3.3. Semakan Audit mendapati 8 akaun deposit tidak bergerak melebihi 3 tahun
berjumlah RM0.09 juta dan tindakan pewartaan tidak diambil terhadap 10 akaun deposit
yang dikendalikan oleh 22 Jabatan berjumlah RM4.98 juta yang tidak dituntut bagi tempoh
tahun 1976 hingga 2008.
4.6.3.4. Kedudukan Akaun Wang Deposit bagi tahun 2007 hingga 2011 adalah seperti
di Carta 4.7.
34
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.7. PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN WANG TUNAI
4.7.1. Penyata Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai menunjukkan aliran keluar
masuk tunai serta kesetaraan tunai. Aliran masuk (Penerimaan) wang tunai terdiri daripada
hasil, pinjaman dalam dan luar negeri, terimaan modal dan lain-lain terimaan amanah.
Manakala aliran keluar (Pembayaran) wang tunai terdiri daripada perbelanjaan mengurus
dan pembangunan, perbelanjaan modal, bayaran balik pinjaman dalam dan luar negeri serta
lain-lain bayaran amanah. Kedudukan aliran penerimaan dan pembayaran wang tunai bagi
tahun 2010 dan 2011 adalah seperti di Jadual 4.35.
Jadual 4.35 Aliran Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai Bagi Tahun 2011 Berbanding 2010
Butiran Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Baki Wang Tunai Pada 1 Januari* 377.20 658.27 281.07 74.5
Jumlah Penerimaan* 1,733.44 1,810.51 77.07 4.4
Jumlah Pembayaran 1,452.37 2,077.89 625.52 30.1
Tambahan/Kurangan* 281.07 -267.38 -548.45 -195.1
Baki Wang Tunai Pada 31 Disember* 658.27 390.89 -267.38 -40.6
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Nota: * Angka bandingan bagi Baki Wang Tunai dan Jumlah Penerimaan Tahun 2010 berbeza dengan
angka di Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2010 dan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 kerana perubahan kaedah perakaunan baki tunai dan pelaburan pada tahun 2011.
4.7.2. Analisis Audit menunjukkan pada akhir tahun 2011, penurunan baki tunai
disebabkan peningkatan pembayaran sejumlah RM625.52 juta (30.1%) melebihi
peningkatan penerimaan sejumlah RM77.07 juta (4.4%). Peningkatan jumlah
pembayaran ini antara lain disebabkan oleh peningkatan jumlah deposit dalam negeri
sebanyak RM630 juta. Butiran aliran masuk dan aliran keluar wang tunai Kerajaan
Negeri bagi tahun 2010 dan 2011 adalah seperti di Jadual 4.36.
129.75
100.18
119.19128.55
103.98
0
20
40
60
80
100
120
140
2007 2008 2009 2010 2011
RM Juta
Carta 4.7Kedudukan Akaun Wang Deposit Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
35
Jadual 4.36 Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2011 Berbanding Tahun 2010
Bil. Butiran Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Penerimaan
1. Hasil Cukai 517.74 534.32 16.58 3.2
2. Hasil Bukan Cukai 674.06 791.18 117.12 17.4
3. Penerimaan Bukan Hasil 379.70 308.50 -71.20 -18.8
4. Pinjaman Dalam Negeri 0 0 0 0
5. Terimaan Modal 24.80 15.08 -9.72 -39.2
6. Lain-lain Penerimaan 137.14 161.42 24.28 17.7
Jumlah Penerimaan 1,733.44 1,810.51 77.07 4.4
Pembayaran
1. Perbelanjaan Mengurus 843.22 935.27 92.05 10.9
2. Perbelanjaan Pembangunan 550.24 502.38 -47.86 -8.7
3. Perbelanjaan Modal 0 624.51 624.51 100
4. Bayaran Pinjaman 58.91 15.74 -43.17 -73.3
5. Lain-lain Bayaran 0 0 0 0
Jumlah Pembayaran 1,452.37 2,077.89 625.52 30.1
Tambahan/Kurangan Wang Tunai 281.07 -267.38 -548.45 -195.1
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.8. PENYATA PRESTASI KEWANGAN
Penyata Prestasi Kewangan menunjukkan lebihan atau kurangan hasil keseluruhan
berbanding jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta sumber
pembiayaannya.
4.8.1. Kedudukan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2010 dan
2011 adalah seperti di Jadual 4.37.
Jadual 4.37 Prestasi Kewangan Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2010 Dan 2011
Butiran Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
Hasil 1,571.50 1,634.01 62.51 3.9
(-) Belanja Mengurus 902.12 951.01 48.89 5.4
(-) Belanja Pembangunan 550.24 502.38 -47.86 -8.7
Lebihan/Kurangan 119.14 180.62 61.48 51.6
Dibiayai Oleh:
Pinjaman Dalam Negeri 0 0 0 0
Terimaan Balik Pinjaman Dan Pelbagai Terimaan
10.64 15.08 4.44 41.7
Perubahan Tunai, Pelaburan Dan Amanah -129.78 -195.70 -65.92 -50.8
Jumlah Pembiayaan -119.14 -180.62 61.48 51.6 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
36
4.8.2. Prestasi kewangan Kerajaan Negeri pada tahun 2011 meningkat daripada tahun
2010 dengan peningkatan lebihan hasil berbanding jumlah perbelanjaan mengurus dan
pembangunan. Lebihan hasil meningkat sejumlah RM61.48 juta (51.6%) kepada
RM180.62 juta pada tahun 2011 berbanding RM119.14 juta pada tahun 2010.
Peningkatan ini adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah hasil di samping penurunan
jumlah perbelanjaan pembangunan walaupun perbelanjaan mengurus mengalami sedikit
peningkatan.
4.9. AKAUN MEMORANDUM
Penyata Akaun Memorandum menunjukkan sebahagian aset kewangan Kerajaan dan
liabiliti Kerajaan yang boleh dilupuskan atau perlu dilunaskan pada masa akan
datang yang tidak dinyatakan dalam Penyata Kedudukan Kewangan.
4.9.1. Pinjaman Boleh Dituntut
4.9.1.1. Penyata Pinjaman Boleh Dituntut menunjukkan baki pinjaman oleh
Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan-badan Lain.
Pada tahun 2011, baki Pinjaman Boleh Dituntut berjumlah RM598.57 juta iaitu
menurun sejumlah RM50.88 juta (7.8%) berbanding RM649.45 juta pada tahun 2010.
Kedudukan baki Pinjaman Boleh Dituntut bagi tahun 2010 dan 2011 adalah seperti di
Jadual 4.38.
Jadual 4.38 Kedudukan Baki Pinjaman Boleh Dituntut Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil. Peminjam Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Badan Berkanun Negeri 195.04 185.78 -9.26 -4.72. Pihak Berkuasa Tempatan 44.13 42.19 -1.94 -4.43. Badan-badan Lain 410.28 370.60 -39.68 -9.7
Jumlah 649.45 598.57 -50.88 -7.8
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.9.1.2. Analisis Audit menunjukkan penurunan baki Pinjaman Boleh Dituntut
sejumlah RM50.88 juta disebabkan penurunan baki pinjaman ketiga-tiga kategori
peminjam. Baki pinjaman kepada Badan-badan Lain mencatatkan penurunan
tertinggi sejumlah RM39.68 juta (9.7%) menjadi RM370.60 juta pada tahun 2011
berbanding RM410.28 juta pada tahun 2010. Pergerakan pinjaman bagi tahun 2011
adalah seperti di Jadual 4.39.
37
Jadual 4.39 Pergerakan Pinjaman Bagi Tahun 2011
Bil. Agensi Peminjam
Baki Pinjaman 1.1.2011
(RM Juta)
Pinjaman Baru/
Keluaran Baki
Pinjaman
(RM Juta)
Faedah Yang
Dikenakan Dalam Tahun 2011
(RM Juta)
Bayaran/ Pelarasan
(RM Juta)
Baki Pinjaman
31.12.2011
(RM Juta)Badan Berkanun
1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
41.11 0 0 1.11 40.00
2. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
35.41 0 0 3.83 31.58
3. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
118.52 0 3.38 7.70 114.20
Jumlah Kecil 195.04 0 3.38 12.64 185.78
Pihak Berkuasa Tempatan
1. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 11.05 0 0.55 2.71 8.89
2. Majlis Perbandaran Kajang 10.50 0 0.33 1.83 9.00
3. Majlis Perbandaran Selayang 20.47 0 0.82 2.70 18.59
4. Majlis Daerah Sabak Bernam 2.11 0 0.12 0 2.23
5. Majlis Bandaraya Shah Alam 0 3.48 0 0 3.48
Jumlah Kecil 44.13 3.48 1.82 7.24 42.19
Badan-badan Lain
1. Yayasan Selangor 30.81 0 0 0 30.81
2. Kumpulan Darul Ehsan Berhad 230.40 0 8.00 0 238.40
3. Amanah Saham Selangor (ASAS) 20.00 0 0 0 20.00
4. Kolej Islam Darul Ehsan 3.20 0 0 0.40 2.80
5. Institut Perindustrian Negeri Selangor 17.00 0 0 0 17.00
6. Permodalan Negeri Selangor Berhad 2.13 0 0 2.13 0 7. Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. 91.69 0 0 45.15 46.54
8. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
15.05 0 0 0 15.05
Jumlah Kecil 410.28 0 8.00 47.68 370.60
Jumlah 649.45 3.48 13.20 67.56 598.57
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.9.1.3. Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri telah menerima bayaran balik
sejumlah RM13.60 juta dan meluluskan pelarasan pinjaman sejumlah RM53.96 juta
manakala faedah pinjaman yang dipermodalkan adalah berjumlah RM13.20 juta.
4.9.1.4. Sejumlah RM45.15 juta daripada RM53.96 juta pelarasan baki pinjaman
adalah bagi pinjaman kepada PIYSB yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Bilangan 5 Tahun 2011 kerana jaminan pinjaman oleh Kerajaan Negeri
terhadap pembiayaan pembinaan Universiti Selangor oleh PIYSB. Daripada jumlah
tersebut, pelarasan sejumlah RM5.15 juta dibuat melalui jurnal terhadap peruntukan
Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri Selangor (MARRIS).
Pelarasan pinjaman menggunakan peruntukan MARRIS ini adalah tidak wajar kerana
perbelanjaan ini tidak melibatkan penyenggaraan jalan atau kerja lain yang berkaitan
dengannya. Kerajaan Negeri perlu membuat pelarasan dengan sewajarnya untuk
memulangkan jumlah pelarasan tersebut kepada peruntukan MARRIS.
4.9.1.5. Kedudukan baki Pinjaman Boleh Dituntut pada akhir tahun 2007 hingga 2011
adalah seperti di Jadual 4.40 dan Carta 4.8.
38
Jadual 4.40 Baki Pinjaman Boleh Dituntut Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Bil. Agensi Peminjam Tahun
2007(RM Juta)
2008(RM Juta)
2009(RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011(RM Juta)
Badan Berkanun Negeri
1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
48.49 48.49 41.11 41.11 40.00
2. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
78.22 38.03 36.61 35.41 31.58
3. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
199.61 123.36 122.09 118.52 114.20
Jumlah Kecil 326.32 209.88 199.81 195.04 185.78
Pihak Berkuasa Tempatan 1. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 14.11 14.85 12.05 11.05 8.89 2. Majlis Perbandaran Kajang 15.00 13.50 12.00 10.50 9.00 3. Majlis Perbandaran Selayang 15.96 22.40 19.57 20.47 18.59 4. Majlis Daerah Sabak Bernam 3.02 3.12 2.39 2.11 2.23 5. Majlis Bandaraya Shah Alam 0 0 0 0 3.48
Jumlah Kecil 48.09 53.87 46.01 44.13 42.19
Badan-badan Lain 1. Yayasan Selangor 30.71 30.81 30.81 30.81 30.81 2. Kumpulan Darul Ehsan Berhad 21.80 72.40 223.19 230.40 238.40 3. Amanah Saham Selangor 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 4. Kolej Islam Darul Ehsan 4.00 4.00 3.60 3.20 2.80
5. Institut Perindustrian Negeri Selangor
17.00 17.00 17.00 17.00 17.00
6. Permodalan Negeri Selangor Berhad
2.13 2.13 2.13 2.13 0
7. Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. 81.87 85.14 88.42 91.69 46.54
8. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
0 0 0 15.05 15.05
9. PKPS Landskaping Sdn. Bhd. 0.30 0.10 0.10 0 0 Jumlah Kecil 177.81 231.58 385.25 410.28 370.60
Jumlah 552.22 495.33 631.07 649.45 598.57
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
326.
32
209.
88
199.
81
195.
04
185.
78
48.0
9
53.8
7
46.0
1
44.1
3
42.1
9
177.
81
231.
58
385.
25
410.
28
370.
60
552.22 495.33 631.07 649.45 598.57
1
10
100
1000
2007 2008 2009 2010 2011
RM Juta
Carta 4.8Baki Pinjaman Boleh Dituntut Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Badan Berkanun Negeri PBT Badan-badan Lain Jumlah
39
4.9.1.6. Kedudukan tunggakan bayaran balik pinjaman Badan Berkanun Negeri,
Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan Lain kepada Kerajaan Negeri pada
akhir tahun 2007 hingga 2011 adalah seperti di Jadual 4.41 dan Carta 4.9.
Jadual 4.41 Kedudukan Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Kepada Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Bil. Agensi Peminjam Tahun
2007 (RM Juta)
2008 (RM Juta)
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
1. Pihak Berkuasa Tempatan 0 1.22 0.34 0.41 0.42
2. Badan Berkanun Negeri 162.89 73.00 47.34 50.93 53.82
3. Badan-Badan Lain 43.04 55.96 65.38 82.40 90.13
Jumlah 205.93 130.18 113.06 133.74 144.37
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.9.1.7. Analisis Audit menunjukkan pada keseluruhannya baki tunggakan bayaran balik
Pinjaman Boleh Dituntut mencatatkan trend menurun secara beransur-ansur dari tahun
2007 hingga 2009 dan meningkat semula dari tahun 2010 sehingga 2011. Peningkatan
baki tunggakan baki tahun 2011 antara lain adalah disebabkan pengelasan baki hutang
Amanah Saham Selangor sejumlah RM20 juta sebagai tunggakan mulai tahun 2011.
4.9.1.8. Analisis perbandingan antara jumlah baki Pinjaman Boleh Dituntut dan baki
tunggakan bayaran balik Pinjaman Boleh Dituntut pada tahun 2011 mendapati
pencapaian pembayaran Pinjaman Boleh Dituntut pada tahun 2011 adalah kurang
memuaskan. Ini disebabkan baki tunggakan bayaran balik Pinjaman Boleh Dituntut
mencatatkan peningkatan sejumlah RM10.63 juta walaupun baki Pinjaman Boleh Dituntut
menurun sejumlah RM50.88 juta.
0 1.22
0.34
0.41
0.42
162.
89
73.0
0
47.3
4
50.9
3
53.8
2
43.0
4
55.9
6
65.3
8
82.4
0
90.1
3
205.93
130.18113.06
133.74144.37
0
20
40
60
80
100
120
140
160
180
200
220
240
2007 2008 2009 2010 2011
RM Juta
Carta 4.9Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Kepada Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Pihak Berkuasa Tempatan Badan Berkanun NegeriBadan-Badan Lain Jumlah
40
4.9.2. Pelaburan
Pelaburan saham oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui perbelanjaan mengurus
ditunjukkan di Penyata Akaun Memorandum Pelaburan. Pelaburan ini terdiri daripada
pelaburan saham Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan). Baki Pelaburan kekal atau tidak
berubah bagi 3 tahun berturut-turut mulai tahun 2009 hingga 2011. Kedudukan dan trend
pelaburan Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2007 hingga 2011 adalah seperti di
Jadual 4.42 dan Carta 4.10.
Jadual 4.42 Kedudukan Pelaburan Saham Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Bil. Perbadanan/Syarikat Tahun
2007 (RM Juta)
2008 (RM Juta)
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
1. Kumpulan Darul Ehsan Bhd. 104.06 104.06 104.06 104.06 104.06
2. Permodalan Negeri Selangor Bhd.
24.00 24.00 24.00 24.00 24.00
3. MSNS Holdings Sdn. Bhd. 0 0 1.00 1.00 1.00
4. Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd.
0.64 0.64 0.64 0.64 0.64
5. SSIC Berhad 0.60 0.60 0.60 0.60 0.60
6. Perbadanan Nasional Berhad 0.50 0.50 0.50 0.50 0.50
7. Tourism Selangor Sdn. Bhd. 0 0.30 0.30 0.30 0.30
8. Rantaian Mesra Sdn. Bhd.* 0 0 0 0 0
9. Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.*
0 0 0 0 0
10. Bandar Pelabuhan Klang 11.68 0 0 0 0
Jumlah 141.48 130.10 131.10 131.10 131.10
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Nota: * Saham Bernilai RM2.00 Masing-masing Mulai Tahun 2008 Hingga 2011.
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
141.48
130.10131.10 131.10 131.10
124
126
128
130
132
134
136
138
140
142
144
2007 2008 2009 2010 2011
RM Juta
Carta 4.10Trend Pelaburan Kerajaan Negeri Selangor Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
41
4.9.3. Tunggakan Hasil
4.9.3.1. Pada tahun 2011, tunggakan hasil Kerajaan Negeri telah menurun
sejumlah RM75.26 juta (15%) kepada RM426.79 juta berbanding RM502.05 juta
pada tahun 2010. Tunggakan hasil pada akhir tahun 2010 dan 2011 adalah seperti di
Jadual 4.43.
Jadual 4.43 Tunggakan Hasil Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil. Jenis Hasil Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Cukai Tanah 486.37 425.28 -61.09 -12.6
2. Lain-lain Hasil 15.68 1.51 -14.17 -90.4
Jumlah 502.05 426.79 -75.26 -15.0
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.9.3.2. Sebahagian besar daripada tunggakan hasil ini merupakan tunggakan hasil
Cukai Tanah berjumlah RM425.28 juta (99.6%) yang menjadi penyumbang utama
penurunan tunggakan hasil. Tunggakan Cukai Tanah mengikut Pejabat Daerah Dan
Tanah pada akhir tahun 2010 dan 2011 adalah seperti di Jadual 4.44.
Jadual 4.44 Tunggakan Cukai Tanah Mengikut Pejabat Daerah Dan Tanah Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil. Pejabat Daerah Dan Tanah Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Petaling 196.99 196.67 -0.32 -0.22. Hulu Selangor 78.93 67.38 -11.55 -14.63. Gombak 71.76 60.46 -11.30 -15.74. Klang 80.82 52.12 -28.70 -35.55. Hulu Langat 38.38 33.08 -5.30 -13.86. Sepang 5.62 5.20 -0.42 -7.57. Kuala Selangor 8.63 4.63 -4.00 -46.3
8. Kuala Langat 3.77 4.34 0.57 15.1
9. Sabak Bernam 1.47 1.40 -0.07 -4.8
Jumlah 486.37 425.28 -61.09 -12.6
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.9.3.3. Analisis Audit mendapati tunggakan cukai tanah bagi Pejabat Daerah Dan
Tanah telah menurun sejumlah RM61.09 juta terutamanya Pejabat Daerah Dan
Tanah Klang, Hulu Selangor dan Gombak yang masing-masing menurun sejumlah
RM28.70 juta (35.5%), RM11.55 juta (14.6%) dan RM11.30 juta (15.7%) pada tahun
2011 berbanding tahun 2010. Manakala tunggakan cukai tanah bagi Pejabat Daerah Dan
Tanah Kuala Langat meningkat sejumlah RM0.57 juta kepada RM4.34 juta pada tahun
2011 berbanding RM3.77 juta pada tahun 2010.
4.9.3.4. Antara punca penurunan tunggakan cukai tanah pada tahun 2011 adalah:
a. Pemantauan prestasi kutipan cukai tanah semasa dan tunggakan cukai tanah
42
semua Pejabat Daerah Dan Tanah Negeri Selangor oleh Bahagian Pengurusan
Hasil melalui Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Hasil, Penyusunan Strategi Dan
Kewangan Unit Hasil Daerah.
b. Pelaksanaan Operasi Bersepadu Mengutip Hasil Tanah (Ops Kutip) yang
dimulakan tahun 2009 diteruskan sehingga kini.
c. Pemantauan tunggakan cukai tanah melalui Jawatankuasa Kerja Mengurangkan
Tunggakan Cukai Tanah di peringkat negeri dan daerah terutamanya, berfungsi
untuk memantau secara khusus kutipan tunggakan cukai juga diteruskan
sehingga kini.
d. Penurunan kuasa kepada Pentadbir Tanah bagi pengurangan denda lewat cukai
tanah sehingga 100% berdasarkan terma dan syarat yang digariskan oleh
Pekeliling Pengarah Tanah Dan Galian Bilangan 9 Tahun 2011 bertarikh 23 Ogos
2011.
e. Pelaksanaan proses integrasi di antara Sistem Pendaftaran Hasil Tanah
Berkomputer (SPTB) dengan Sistem Pungutan Hasil Tanah (SPHT) bagi
melakukan saringan dan siasatan hak milik bagi bil hasil tanah berdasarkan
maklumat geran sebelum pelarasan atau pembatalan ke atas bil hasil tanah dibuat.
4.9.3.5. Kedudukan tunggakan hasil Kerajaan Negeri Selangor pada akhir tahun
2007 hingga 2011 seperti di Jadual 4.45 dan Carta 4.11.
Jadual 4.45 Tunggakan Hasil Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Bil. Butiran Hasil Tahun
2007 (RM Juta)
2008 (RM Juta)
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
1. Cukai Tanah 655.19 629.25 601.61 486.37 425.28
2. Lain-lain Hasil 15.38 0.29 0.31 15.68 1.51
Jumlah 670.57 629.54 601.92 502.05 426.79
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
655.
19
629.
25
601.
61
486.
37
425.
28
15.3
8
0.29
0.31
15.6
8
1.51
670.57 629.54 601.92
502.05 426.79
0
100
200
300
400
500
600
700
800
2007 2008 2009 2010 2011
RM Juta
Carta 4.11Tunggakan Hasil Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Cukai Tanah Lain-lain Hasil Jumlah
43
4.9.3.6. Semakan Audit juga mendapati tunggakan hasil berjumlah RM4,887 telah
dihapus kira pada tahun 2011.
4.9.4. Hutang Awam
4.9.4.1. Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa menerima pinjaman daripada
Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek pembangunan. Kedudukan Hutang Awam
Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2010 dan 2011 adalah seperti di Jadual 4.46.
Jadual 4.46 Kedudukan Hutang Awam Kerajaan Negeri Pada Tahun 2011 Berbanding 2010
Bil. Butiran Pinjaman Tahun Perubahan
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta) (RM Juta) (%)
1. Projek Bekalan Air 756.56 747.29 -9.27 -1.2
2. Rumah Awam Kos Rendah Dan Jaminan Tabung Perumahan Ehsan
183.56 168.92 -14.64 -8.0
3. Pelbagai Pinjaman 20.00 18.90 -1.10 -5.5
4. Projek Perluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya
44.52 44.52 0.00 0.0
Jumlah 1,004.64 979.63 -25.01 -2.5 Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.9.4.2. Analisis Audit menunjukkan pada tahun 2011, baki hutang Kerajaan Negeri
kepada Kerajaan Persekutuan telah menurun sejumlah RM25.01 juta (2.5%)
menjadi RM979.63 juta berbanding RM1,004.64 juta pada tahun 2010. Penurunan
ini disebabkan penjadualan semula pinjaman Projek Bekalan Air dengan mengambil
kira bayaran yang telah dibuat oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)
kepada Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010 sejumlah RM9.27 juta pada awal tahun
2011. Selain itu, Kerajaan Negeri telah membuat bayaran balik hutang sejumlah
RM15.74 juta bagi menjelaskan pinjaman bagi Rumah Awam Kos Rendah dan
Pinjaman Pelbagai masing-masing sejumlah RM14.64 juta dan RM1.10 juta.
4.9.4.3. Kedudukan Hutang Awam Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2007
hingga 2011 adalah seperti di Carta 4.12.
44
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
4.9.4.4. Analisis Audit menunjukkan trend baki hutang awam tidak mengalami
perubahan yang ketara. Trend ini disebabkan antaranya bayaran balik pinjaman
berjumlah RM44.52 juta dan RM100 juta masing-masing bagi membiayai Projek
Perluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya dan Jaminan
Tabung Perumahan Ehsan hanya akan dibayar mulai tahun 2012.
4.9.4.5. Kedudukan tunggakan bayaran balik pinjaman pada akhir tahun 2007
hingga 2011 adalah seperti di Jadual 4.47.
Jadual 4.47 Kedudukan Tunggakan Bayaran Balik Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Bil. Pinjaman Tahun
2007 (RM Juta)
2008 (RM Juta)
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
2011 (RM Juta)
1. Projek Bekalan Air 564.91 636.24 705.40 564.26 0.00
2.
Rumah Awam Kos Rendah Dan Jaminan Tabung Perumahan Ehsan
81.60 92.23 92.23 62.53 51.42
3. Projek Ladang Hutan 8.51 4.30 2.63 0.00 0.00
4. Pinjaman Pelbagai 33.68 29.88 29.60 29.60 0.00
Jumlah 688.70 762.65 829.86 656.39 51.42
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
756.56
756.56
756.56
756.56
747.29
242.76
242.76
235.98
183.56
168.92
16.45
8.86
6.49
23.79
20.28
20.00
20.00
18.90
44.52
44.52
44.52
44.52
1,039.56 1,072.98 1,063.55 1,004.64 979.63
1
10
100
1000
10000
2007 2008 2009 2010 2011
RM Juta
Carta 4.12Kedudukan Hutang Awam Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Projek Bekalan AirRumah Awam Kos Rendah Dan Jaminan Tabung Perumahan EhsanProjek Ladang HutanPinjaman PelbagaiProjek Perluasan Zon Perindustrian Bebas Sg. Way, Petaling JayaJumlah
45
4.9.4.6. Analisis Audit mendapati pada keseluruhannya, baki tunggakan bayaran
balik pinjaman Kerajaan Negeri mulai menurun pada tahun 2010 berbanding trend
meningkat bagi tahun-tahun sebelumnya. Antara sebab penurunan adalah pihak
SYABAS telah membuat bayaran balik pinjaman Projek Bekalan Air mengikut
penjadualan semula. Selain itu, penurunan tersebut juga disebabkan Kerajaan Negeri
telah membayar balik sebahagian pinjaman Rumah Awam Kos Rendah dan bayaran
balik Pinjaman Pelbagai mengikut jadual.
4.9.4.7. Analisis perbandingan antara jumlah hutang awam pada tahun 2011
berbanding baki tunggakan bayaran balik pinjaman pada tahun 2011
mendapati prestasi pembayaran balik pinjaman tahun 2011 adalah sangat baik. Ini
adalah kerana baki hutang awam pada tahun 2011 menurun sejumlah RM25.01 juta
(2.5%) berbanding tahun 2010. Manakala, tunggakan bayaran balik pinjaman
pada tahun 2011 turut mencatatkan penurunan sejumlah RM604.97 juta (92.2%)
berbanding tahun 2010.
4.10. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
4.10.1. Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan
Kerajaan Negeri adalah baik. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun
berakhir 31 Disember 2011 mencatatkan baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah
RM1,944.01 juta meningkat sejumlah RM357.13 juta berbanding RM1,586.88 juta pada
tahun 2010. Jumlah kutipan hasil pada tahun 2011 telah mencatatkan peningkatan
sejumlah RM62.50 juta (4%). Manakala jumlah tunggakan hasil menurun sejumlah
RM75.26 juta (15%). Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri telah mencatatkan
surplus sejumlah RM180.50 juta berbanding surplus RM124.24 juta pada tahun 2010.
Pulangan atas pelaburan jangka panjang yang dilakukan adalah tidak memuaskan di
mana secara purata, Kerajaan Negeri Selangor hanya mendapat pulangan dividen
sejumlah RM5.91 juta (1.6%) berbanding pelaburan sejumlah RM376.51 juta bagi
tempoh 5 tahun iaitu tahun 2007 hingga 2011. Baki pinjaman boleh dituntut
menurun sejumlah RM50.88 juta (7.8%) dan tunggakan bayaran balik pinjaman
boleh dituntut meningkat sejumlah RM10.63 juta. Prestasi pembayaran hutang awam
pada tahun 2011 adalah sangat baik kerana baki hutang awam telah menurun
sejumlah RM25.01 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman mencatatkan
penurunan sejumlah RM604.97 juta.
4.10.2. Kerajaan Negeri disyorkan supaya meneruskan perbelanjaan berhemat dan
terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan
terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut. Kerajaan Negeri
juga hendaklah mengambil tindakan terhadap syarikat subsidiari Kerajaan Negeri bagi
mendapatkan pulangan dividen terhadap pelaburan yang dibuat.
49
BAHAGIAN IIIRANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGEENGURUSAN KEWANGAN
5. PENCAPAIAN PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN RMKe-10
5.1. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) Negeri Selangor untuk tempoh 5 tahun
bermula pada tahun 2011 hingga 2015. Rancangan ini digubal bagi menjelaskan strategi,
program dan projek yang akan diperkenal dan dilaksanakan untuk mencapai objektif
pembangunan Negeri Selangor. Ia adalah signifikan ke arah menggerakkan Negeri Selangor
dalam pelaksanaan Misi Nasional yang digubal oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan
merealisasikan Wawasan 2020.
5.2. Bagi menjayakan RMKe-10, anggaran siling peruntukan keseluruhan RMKe-10
diluluskan oleh Kerajaan Negeri daripada tahun 2011 hingga 2015 berjumlah RM3,000 juta.
Daripada siling peruntukan ini, sejumlah RM2,999.58 juta telah dirancang untuk diagihkan
kepada 10 jabatan di mana Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri akan
menerima peruntukan tertinggi berjumlah RM1,124.95 juta (37.5%), diikuti oleh Jabatan
Kerja Raya berjumlah RM750 juta (25%) dan Jabatan Agama Islam Selangor berjumlah
RM500 juta (16.7%). Sepuluh Jabatan ini akan menerima peruntukan secara tahunan
berdasarkan permohonan projek yang diluluskan. Agihan peruntukan yang dirancang untuk
projek pembangunan di bawah RMKe-10 sehingga akhir tahun 2015 adalah seperti di
Jadual 5.1.
Jadual 5.1 Agihan Peruntukan RMKe-10 Mengikut Jabatan
Bil. Jabatan Peruntukan
RMKe-10
(RM Juta)
Jumlah Projek
Dirancang
1. Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri
1,124.95 6
2. Jabatan Kerja Raya 750.00 203 3. Jabatan Agama Islam Selangor 500.00 106 4. Jabatan Pengairan Dan Saliran 225.00 239 5. Perbendaharaan Negeri
- Projek Am - Pengkomputeran - Luar Jangka
164.50 100.00
2.50 62.00
Tiada bilangan projek fizikal
6. Jabatan Pertanian 99.63 66 7. Jabatan Kehakiman Syariah 62.50 21 8. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 33.00 27 9. Jabatan Perhutanan 27.50 181 10. Jabatan Perancang Bandar Dan Desa 12.50 8
Jumlah 2,999.58 857
Sumber: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Dan Rekod Unit Perancang Ekonomi Negeri
BAHAGIAN III RANCANGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI
50
5.2.1. Pencapaian Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2011
Secara keseluruhannya, pencapaian perbelanjaan pembangunan bagi tempoh tahun
pertama RMKe-10 sehingga akhir tahun 2011 adalah baik. Sejumlah RM502.38 juta (81%)
daripada RM620.03 juta yang diperuntukkan telah dibelanjakan. Pencapaian perbelanjaan
pembangunan di bawah RMKe-10 bagi tahun 2011 adalah seperti di Jadual 5.2.
Jadual 5.2 Pencapaian Perbelanjaan Projek RMKe-10 Pada Tahun 2011
Bil. Pejabat/Jabatan Peruntukan (RM Juta)
Perbelanjaan (RM Juta)
Pencapaian (%)
1. Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
245.03 225.41 92.0
2. Jabatan Kerja Raya 153.10 113.85 74.4
3. Jabatan Agama Islam Selangor 110.60 66.79 60.4
4. Jabatan Pengairan Dan Saliran 45.00 41.37 91.9
5. Perbendaharaan Negeri 24.25 23.05 95.1
6. Jabatan Pertanian 15.00 14.72 98.1
7. Jabatan Kehakiman Syariah 12.50 3.15 25.2
8. Jabatan Perkhidmatan Veterinar 6.55 6.08 92.8
9. Jabatan Perhutanan 5.50 5.50 99.9
10. Jabatan Perancang Bandar Dan Desa 2.50 2.46 98.4
Jumlah 620.03 502.38 81.0
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Rekod Unit Perancang Ekonomi Negeri Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
5.2.2. Pencapaian Pelaksanaan Projek Tahun 2011
5.2.2.1. Sebanyak 857 projek pembangunan telah diluluskan di bawah RMKe-10.
Sebanyak 627 daripada projek yang dilulus adalah untuk dilaksanakan pada tahun 2011.
Daripada 627 projek tersebut, sejumlah 216 projek telah disiapkan sepenuhnya, 161
projek dalam pelaksanaan dan 250 projek masih belum dimulakan/dalam perancangan.
Pada keseluruhannya, sebanyak 377 projek (60.1%) daripada 627 projek yang diluluskan,
telah dan sedang dilaksanakan. Pencapaian pelaksanaan projek tahun 2011 adalah
seperti di Jadual 5.3 dan Carta 5.1.
51
Jadual 5.3 Pencapaian Pelaksanaan Projek RMKe-10 Pada Tahun 2011
Bil. Jabatan/Pejabat Bilangan
Projek Diluluskan
Bilangan Projek
Siap Dalam
PelaksanaanBelum Mula/Dalam
Perancangan
1. Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri
3 3 - -
2. Jabatan Kerja Raya 203 156 28 19
3. Jabatan Agama Islam Selangor
47 8 26 13
4. Jabatan Pengairan Dan Saliran
239 - 31 208
5. Jabatan Pertanian 66 1 60 5
6. Jabatan Kehakiman Syariah
21 17 - 4
7. Jabatan Perkhidmatan Veterinar
8 - 8 -
8. Jabatan Perhutanan 32 31 - 1
9. Jabatan Perancang Bandar Dan Desa
8 - 8 -
Jumlah 627 216 161 250
Sumber: Rekod Unit Perancang Ekonomi Negeri Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Nota: Projek oleh Perbendaharaan Negeri tidak disenaraikan kerana bukan projek fizikal
Sumber: Rekod Unit Perancang Ekonomi Negeri Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
5.2.2.2. Analisis pencapaian pembangunan 627 projek sehingga akhir tahun 2011
adalah seperti berikut:
a. Sebanyak 216 projek (34.4%) telah siap dilaksanakan sehingga akhir tahun 2011.
Antara projek yang disiapkan pada tahun 2011 ialah pembinaan Jalan Negeri B42
(Jalan Simpang Tiram Burok-Batang Berjuntai) Fasa 1 bernilai RM48.97 juta, menaik
taraf Jalan Monfort B29 dari persimpangan Politeknik Shah Alam ke Jalan masuk
TUDM Shah Alam bernilai RM147.30 juta, membina Jambatan Kampung Sawah dan
Telah Siap: 216Projek/
6 Jabatan
Dalam Pelaksanaan: 161 Projek/6 Jabatan
Belum Mula/Dalam
Perancangan: 250 Projek/6 Jabatan
Carta 5.1Status Pelaksanaan Projek RMKe-10 Pada 31 Disember 2011
52
menaik taraf Jalan Telok Panglima Garang ke Pekan Banting-Pakej 1 (Kontrak
Kedua) bernilai RM44.44 juta.
b. Sebanyak 161 projek (25.7%) dalam pelaksanaan antaranya terdiri daripada 60
projek di bawah Jabatan Pertanian, 31 projek di bawah Jabatan Pengairan Dan
Saliran, 28 projek di bawah Jabatan Kerja Raya, 26 projek di bawah Jabatan Agama
Islam Selangor dan 8 projek masing-masing di bawah Jabatan Perancang Bandar
Dan Desa serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Daripada 161 projek dalam
pelaksanaan, 3 projek adalah lewat jadual. Antara projek yang terlibat ialah
pembinaan Masjid Kampung Lindungan PJS 6, Petaling bernilai RM5.48 juta,
bangunan Sekolah Rendah Agama Seksyen 24, Shah Alam bernilai RM4.77 juta
serta menaik taraf Jalan Negeri B33 Fasa 1 - mengganti dan melebar Jambatan di
Seksyen 13/30 Jalan B33 Kuala Selangor-Batang Berjuntai bernilai RM1.39 juta.
c. Sebanyak 250 projek (39.9%) belum bermula/dalam perancangan antaranya terdiri
daripada 208 projek di bawah peruntukan Jabatan Pengairan Dan Saliran, 19 projek
di bawah peruntukan Jabatan Kerja Raya dan 13 projek di bawah Jabatan Agama
Islam Selangor. Antara 5 projek terbesar yang belum mula dan sebab belum
dimulakan adalah seperti di Jadual 5.4.
Jadual 5.4 Lima Projek Yang Belum Dimulakan Pada Tahun 2011
Bil. Nama Projek Kos Projek(RM Juta)
Sebab Belum Mula
1. Membina Maahad Integrasi Tahfidz Sains Dan Teknologi, Alam Impian, Klang
20.00 Dalam proses penilaian Lembaga Tender
2. Melebar Jambatan di Persimpangan Jalan Johan Setia-Jalan Kebun, Klang
12.00 Tender hanya dijangka dibuka pada Jun 2012.
3. Membina Kompleks Islam Daerah Gombak
10.00 Terdapat masalah tapak dan sedang menunggu kelulusan tapak baru
4.
Menggantikan Dan Membina Jambatan Baru di Laluan B48, Sungai Jenderam Hulu, Sepang
8.00 Tender hanya dijangka dibuka pada April 2012.
5. Membina Masjid Zakaria, Gombak
6.00 Terdapat masalah tapak dan proses pengambilan balik tanah akan dilaksanakan pada tahun 2012.
Sumber: Rekod Unit Perancang Ekonomi Negeri
5.3. RUMUSAN
Pada keseluruhannya, prestasi pelaksanaan projek pembangunan adalah baik dari segi
perbelanjaan dan bilangan projek yang dilaksanakan. Bagi tempoh tahun pertama RMKe-10
sehingga akhir tahun 2011, sebanyak 377 projek (60.1%) daripada 627 projek yang dilulus
telah siap dan sedang dilaksanakan dengan pencapaian perbelanjaan sebanyak 81%.
Perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan yang cekap dan berkesan hendaklah
diberi perhatian bagi meningkatkan kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat.
55
BAHAGIAN IIIGAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI
6. PENDAHULUAN
6.1. Seksyen 15(A), Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Arahan Perbendaharaan telah
menetapkan tugas dan tanggungjawab Pegawai Pengawal di sesebuah
Kementerian/Jabatan bagi menjamin wujudnya akauntabiliti pengurusan kewangan
Kerajaan. Antara lain, Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab untuk menentukan
bahawa peruntukan kewangan dan sumber lain yang secukupnya diperoleh, diguna dan
diperakaunkan mengikut peraturan kewangan.
6.2. Selaras dengan Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Audit
1957, setiap tahun Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan terhadap Penyata
Kewangan Kerajaan Negeri, pematuhan kepada undang-undang dan peraturan kewangan
serta aktiviti Jabatan/Agensi Negeri dan mengemukakan laporan mengenainya untuk
dibentangkan di Parlimen dan Dewan Negeri Selangor.
7. PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN KEWANGAN OLEH JABATAN/AGENSI
NEGERI
Pada tahun 2011, beberapa usaha penambahbaikan/pembaharuan telah diambil oleh 8
Jabatan/Agensi Negeri untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan
kewangan. Antara langkah yang diambil adalah seperti di Jadual 7.1.
Jadual 7.1 Usaha Penambahbaikan/Pembaharuan Yang Telah Diambil Oleh Jabatan/Agensi Negeri
Bil. Agensi Keterangan Penambahbaikan/Pembaharuan
1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Piagam Pelanggan bagi bayaran bil telah ditetapkan dalam masa 3 hari bekerja dan pencapaian bayaran bil setiap bahagian akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Pengurusan Bulanan dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan.
2. Perbendaharaan Negeri Selangor
Memperluaskan keahlian Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri Selangor dengan melibatkan semua Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi dan Badan Berkanun Negeri Selangor.
3. Jabatan Agama Islam Selangor
Unit Kewangan melaksanakan Naziran Dalaman Kewangan ke Pusat Tanggungjawab dengan membuat penilaian berdasarkan pemarkahan penarafan bintang.
4. Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor
Mengguna pakai sistem perakaunan secara berkomputer iaitu UBS Accounting bagi semua rekod kewangan dan akaun, pembayaran emolumen dan elaun, penyediaan penyata tahunan serta pendaftaran rekod aset.
5. Majlis Bandaraya Shah Alam
i. Menetapkan semua perolehan kerja inden, projek dan bekalan yang bernilai RM5,000 sehingga RM20,000 dibuat secara undi selaras dengan keputusan di dalam Mesyuarat Kerja-Kerja Undi Bilangan 1 Tahun 2011. Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam sesi cabutan undi ini
BAHAGIAN IV
PENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI NEGERI
56
Bil. Agensi Keterangan Penambahbaikan/Pembaharuan
adalah Timbalan Datuk Bandar, Timbalan Setiausaha, Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat.
ii. Mengadakan kempen kutipan kompaun secara online.
iii. Menubuhkan Pasukan Audit Pembersihan Kawasan yang akan menyemak tuntutan daripada kontraktor sebelum dihantar ke Setiausaha Kerajaan Negeri untuk proses bayaran.
iv. Melantik Pegawai Penyemak Kertas Laporan Sebut Harga Dan Tender untuk mewujudkan proses perolehan yang telus dan berkesan.
v. Melaksanakan Sistem Shah Alam Integrated Information System (SAIIS) untuk memperkemaskan proses kerja yang sedia ada.
vi. Meluluskan Pelan Pembangunan setelah semua tunggakan cukai taksiran diselesaikan.
6. Majlis Perbandaran Ampang Jaya
i. Menubuhkan 2 Jawatankuasa dengan ahli daripada Ahli Majlis dan Pengarah/Ketua Jabatan iaitu Jawatankuasa Khas Task Force Tunggakan Cukai dan Jawatankuasa Khas Task Force Billboard Dan Menara Telekomunikasi.
ii. Mengamalkan konsep “Door To Door” bagi pembaharuan/ permohonan Lesen Perniagaan di premis.
iii. Mengamalkan Kaunter Multi Tasking dan perkhidmatan kaunter secara terbuka dan mesra pelanggan.
iv. Mewujudkan sistem e-PBT bagi Sistem Perakaunan Bersepadu Integrasi.
v. Menyerahkan bil cukai taksiran kepada pemilik harta berstrata secara serahan tangan oleh kakitangan Majlis bagi penjimatan kos setem dan e-billing bagi bil CELCOM.
vi. Mewujudkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tunai Negeri Selangor untuk menguruskan pelaburan wang Majlis.
vii. Mewujudkan kemudahan intranet di jabatan seperti e-kenderaan, e-latihan serta klinik panel untuk membuat laporan.
7. Majlis Daerah Kuala Selangor
i. Mengamalkan pembayaran cukai taksiran secara online dan melalui FPX (Financial Payment Exchange) dan seluruh kaunter di Bank Islam Malaysia Berhad, Pejabat Pos, Pejabat Daerah Dan Tanah serta Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Selangor.
ii. Melakukan pembayaran secara Electronic Fund Transfer dan e-Banker.
8. Majlis Daerah Hulu Selangor i. Bekerjasama dengan 12 Agensi bagi mewujudkan 14 saluran pembayaran secara online dan 2,412 saluran pembayaran secara over the counter di seluruh Malaysia bagi memudahkan bayaran dibuat tanpa hadir ke pejabat majlis ini.
ii. Menambah baik susun atur kaunter pembayaran untuk memberi keselesaan kepada pelanggan ketika menunggu membuat pembayaran.
iii. Mewujudkan Kotak Senyum bagi tujuan untuk mengukur kepuasan pelanggan ketika berurusan di kaunter pembayaran.
iv. Menyediakan perkhidmatan kutipan “turun padang” bagi ibu hamil, orang kelainan upaya dan warga emas. Urus
57
Bil. Agensi Keterangan Penambahbaikan/Pembaharuan
niaga boleh dilakukan secara tunai, cek dan kad (kredit, debit dan bank)
v. Menyediakan Mesin Kios Pembayaran dan Mesin ATM bagi kemudahan menerima pembayaran dan pengeluaran wang 24 jam sehari.
vi. Menyediakan mesin wireless card reader untuk kutipan luar.
vii. Melaksanakan pembayaran secara Electronic Fund Transfer.
viii. Pemakluman Pembayaran secara Sistem Pesanan Ringkas.
Sumber: Jabatan Audit Negara
8. PELAKSANAAN INDEKS AKAUNTABILITI
8.1. Bagi menentukan tahap pematuhan terhadap undang-undang seperti Perlembagaan
Persekutuan, Akta Audit 1957 dan peraturan yang berkaitan, setiap tahun Jabatan Audit
Negara menjalankan pengauditan terhadap pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi
Negeri. Bagi Jabatan, aspek pengurusan kewangan yang dinilai adalah Kawalan
Pengurusan, Kawalan Bajet, Kawalan Terimaan, Kawalan Perbelanjaan, Pengurusan
Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah Dan Deposit serta Pengurusan Aset Dan Stor.
Manakala bagi Perbendaharaan Negeri dan Agensi pula, selain daripada 6 aspek tersebut,
aspek lain yang turut dinilai ialah Pengurusan Pelaburan, Pengurusan Pinjaman dan
Penyerahan Penyata Kewangan. Setiap aspek yang diperiksa/dinilai itu akan diberi markah
dan akhirnya Jabatan/Agensi yang dinilai akan ditentukan penarafan atau ranking
berdasarkan jumlah markah keseluruhan yang diperoleh seperti di Jadual 8.1.
Jadual 8.1 Tahap Pencapaian Pengurusan Kewangan
Markah Keseluruhan
(%) Tahap Penarafan
90 - 100 Sangat Baik
70 – 89 Baik
50 – 69 Memuaskan
49 Dan Ke Bawah Tidak Memuaskan
8.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Bagi membolehkan penarafan diberi kepada tahap pengurusan kewangan Jabatan/Agensi
Negeri, pengauditan telah dijalankan untuk menilai sama ada:
58
8.2.1. Wujudnya struktur dan sistem pengurusan kewangan yang berkesan.
8.2.2. Wujudnya sistem kawalan dalaman yang berkesan terhadap pungutan hasil,
perbelanjaan serta pengurusan akaun amanah, aset dan inventori, pelaburan serta
pinjaman.
8.2.3. Pengurusan kewangan dibuat mengikut undang-undang dan peraturan yang
ditetapkan.
8.2.4. Rekod yang berkaitan diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini.
8.3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN
Pada tahun 2011, pengauditan telah dijalankan di 14 Jabatan/Agensi Negeri berdasarkan
pusingan 3 tahun, manakala pengauditan setiap tahun dilaksanakan terhadap 4 Jabatan/
Agensi Negeri iaitu Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat
Perbendaharaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam
Selangor. Pengauditan telah dijalankan dengan menyemak rekod dan dokumen kewangan
bagi tahun 2011 di peringkat Ibu Pejabat Jabatan/Agensi Negeri. Selain itu, semakan juga
dibuat terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2011 dan Penyata Kewangan
Agensi Negeri Tahun 2010/2011, bagi menentukan kedudukan prestasi pengurusan
kewangan Jabatan/Agensi Negeri secara menyeluruh.
8.4. KAWALAN UTAMA
Pelaksanaan sistem penarafan bagi 8 Jabatan adalah berdasarkan pengauditan terhadap
tahap prestasi kewangan mengikut 6 kawalan utama iaitu Kawalan Pengurusan, Kawalan
Bajet, Kawalan Terimaan, Kawalan Perbelanjaan, Pengurusan Kumpulan Wang
Amanah/Akaun Amanah Dan Deposit serta Pengurusan Aset Dan Stor. Bagi Pejabat
Perbendaharaan Negeri dan 9 Agensi Negeri selain 6 kawalan di atas, kawalan terhadap
Pengurusan Pelaburan, Pengurusan Pinjaman dan Penyerahan Penyata Kewangan juga
turut dibuat. Penjelasan lanjut mengenai kawalan tersebut adalah seperti berikut:
8.4.1. Kawalan Pengurusan
Bagi menentukan sama ada struktur pengurusan kewangan yang berkesan telah
diwujudkan, semakan Audit telah dijalankan terhadap 4 aspek utama kawalan pengurusan
iaitu struktur organisasi, sistem dan prosedur, keberkesanan Unit Audit Dalam dan
jawatankuasa yang diwujudkan serta pengurusan sumber manusia seperti berikut:
59
8.4.1.1. Struktur Organisasi
Bagi mewujudkan suatu struktur organisasi yang berkesan, Jabatan/Agensi Negeri
hendaklah memastikan:
a. Carta organisasi disediakan dengan lengkap dan kemas kini sepertimana yang
ditetapkan di Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991.
b. Surat penurunan kuasa disediakan dengan lengkap dan sentiasa dikemaskinikan.
Had kuasa dan tugas pegawai yang menjalankan tanggungjawab perlu dinyatakan
dengan jelas. Seksyen 15A(2), Akta Tatacara Kewangan, Arahan Perbendaharaan
(AP) 11, AP 69 dan AP 101 adalah berkaitan.
c. Kehendak Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991 dipatuhi.
Pekeliling tersebut menetapkan Senarai Tugas bagi setiap pegawai perlu disediakan
dengan lengkap dan jelas menunjukkan hubung kait antara penyelia dengan pegawai
bawahan serta rakan sejawat dalam organisasi yang sama. Senarai tugas ini juga
perlu sentiasa dikemaskinikan.
d. Kehendak Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 dipatuhi. Selaras dengan
pekeliling tersebut, perancangan dan pelaksanaan pusingan kerja mengikut tempoh
yang sesuai dalam pelbagai bidang tugas perlu dilaksanakan bagi melahirkan sumber
manusia berpotensi serta berupaya menyumbang kepada kecemerlangan organisasi.
8.4.1.2. Sistem Dan Prosedur
Bagi memastikan sistem dan prosedur yang teratur telah diwujudkan, Jabatan/Agensi
Negeri hendaklah memastikan:
a. Manual Prosedur Kerja disediakan dengan lengkap, kemas kini dan dikaji semula
secara berterusan. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991
adalah berkaitan.
b. Fail Meja bagi setiap jawatan disediakan dengan lengkap, kemas kini dan memiliki
kesemua 14 ciri-ciri asas Fail Meja yang ditetapkan. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran
Awam Bilangan 8 Tahun 1991 adalah berkaitan.
c. Pemeriksaan mengejut (seperti yang ditetapkan di bawah AP 309) dijalankan secara
berkala (tidak kurang dari sekali dalam tempoh 6 bulan) terhadap peti besi, peti wang
tunai, laci atau bekas-bekas lain yang diguna bagi menyimpan wang, setem atau
barang-barang lain yang berharga. Hasil pemeriksaan itu hendaklah direkodkan
dengan lengkap untuk memudahkan rujukan.
d. Garis Panduan Pengurusan Kewangan Dan Akaun serta Dokumen Kualiti yang
disediakan oleh Agensi Negeri adalah lengkap dan kemas kini.
60
8.4.1.3. Jawatankuasa Kewangan Dan Unit Audit Dalam
Kerajaan menetapkan pelbagai jawatankuasa berkaitan hal kewangan ditubuhkan di
peringkat Jabatan/Agensi Negeri. Fungsi dan tanggungjawab jawatankuasa tersebut telah
ditetapkan melalui surat pekeliling, arahan, garis panduan yang dikeluarkan dari semasa
ke semasa. Bagi memastikan pelbagai jawatankuasa yang telah diwujudkan berfungsi
dengan berkesan, Kerajaan juga telah mengeluarkan Panduan Pengurusan Mesyuarat
Dan Urusan Jawatankuasa Kerajaan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Bilangan 2 Tahun 1991. Panduan ini menetapkan dengan jelas peranan Pengerusi dan
urus setia dalam sesuatu mesyuarat bagi memastikan keberkesanan jawatankuasa yang
telah diwujudkan. Antara jawatankuasa/unit yang perlu diwujudkan bagi memantapkan
tahap pengurusan kewangan adalah seperti berikut:
a. Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun
Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) ditubuhkan di setiap Pusat
Tanggungjawab supaya dapat memantapkan lagi pengurusan kewangan dan akaun
Jabatan/Agensi Kerajaan. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 10 Tahun 2008
menetapkan, Jabatan/Agensi Negeri hendaklah melantik seorang Pengerusi dan ahli
jawatankuasa, bermesyuarat setiap 3 bulan, membincangkan perkara yang telah
ditetapkan dan mengemukakan Laporan Suku Tahun dengan lengkap kepada pihak
berkuasa berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.
b. Unit Audit Dalam
Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004 menghendaki Unit Audit Dalam
(UAD) ditubuhkan di Jabatan/Agensi Negeri bagi membantu Ketua Jabatan
memantapkan pencapaian pengurusan dan memastikan pencapaian objektif
organisasi secara cekap dan berhemat. Bagi melaksanakan fungsinya, UAD
bertanggungjawab menyediakan Rancangan Tahunan Audit Dalam, mengemukakan
Rancangan Tahunan Audit Dalam kepada Ketua Eksekutif masing-masing
selewatnya pada 31 Januari, membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat
JPKA dan mengemukakan Laporan Tahunan Audit Dalam kepada Ketua Eksekutif
selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya. Manakala tanggungjawab Ketua
Jabatan adalah mengkaji dan meluluskan Rancangan Tahunan dan Laporan
Tahunan Audit Dalam, memastikan tindakan susulan diambil terhadap
pemerhatian/Laporan Audit Dalam dan memastikan anggota UAD mempertingkatkan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab
mereka secara berkesan.
c. Jawatankuasa Keutuhan Dan Tadbir Urus
Selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009, Jawatankuasa
Keutuhan Dan Tadbir Urus (JKTU) hendaklah ditubuhkan di peringkat Kementerian
61
dan Jabatan bagi tujuan mewujudkan pentadbiran Kerajaan dan perkhidmatan awam
yang cekap, berdisiplin serta berintegriti. Antara lain, Ketua Setiausaha
Kementerian/Ketua Jabatan hendaklah melantik ahli jawatankuasa dan
mempengerusikan mesyuarat berkenaan, bermesyuarat setiap 3 bulan,
membincangkan perkara yang telah ditetapkan, menyediakan Laporan Suku Tahun
dengan lengkap dan seterusnya mengemukakannya kepada pihak berkuasa
berkenaan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
d. Pengurusan Sumber Manusia
Bagi memastikan pengurusan kewangan dikendalikan dengan baik, setiap
Jabatan/Agensi Negeri hendaklah menguruskan sumber manusianya dengan cekap
seperti menentukan bilangan jawatan dan gred yang sesuai, jawatan diisi
sepenuhnya dan latihan dalam bidang kewangan diberikan kepada mereka yang
terlibat. Jabatan/Agensi Negeri juga digalakkan memberi pengiktirafan kepada
kakitangan yang cemerlang dan mengambil tindakan tatatertib/surcaj terhadap
mereka yang didapati gagal/cuai melaksanakan tanggungjawab yang telah
ditetapkan.
8.4.2. Kawalan Bajet
Bagi menentukan sama ada Jabatan/Agensi Negeri telah menguruskan bajet dengan cekap,
berhemat dan mengikut peraturan, semakan Audit telah dijalankan terhadap 5 aspek utama
kawalan bajet iaitu penyediaan bajet, pengagihan peruntukan, kelulusan pindah/tambah
peruntukan, pemantauan kemajuan/pencapaian bajet dan pelaporan mengenainya seperti
berikut:
8.4.2.1. Penyediaan Bajet
Peraturan kewangan mengenai penyediaan bajet oleh setiap Jabatan/Agensi Negeri
dikeluarkan melalui Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 4 Tahun 2010
(Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Bajet Kerajaan Negeri Selangor Tahun
2011-2012). Selain itu, AP 29 hingga 46 juga menetapkan peraturan penyediaan
anggaran hasil dan perbelanjaan. Antara lainnya, peraturan kewangan mengenai
penyediaan bajet menetapkan perkara mengenai justifikasi setiap anggaran yang
disediakan, ketepatan anggaran, prosedur kelulusan bajet di peringkat Jabatan/Agensi
Negeri serta tempoh yang ditetapkan untuk mengemukakan bajet dan Perjanjian Program
kepada Pegawai Kewangan Negeri.
8.4.2.2. Pengagihan Peruntukan
Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 4 Tahun 2010 antara lainnya
menetapkan bahawa Pegawai Pengawal perlu mengagihkan peruntukan kepada
pemegang waran tertentu sebaik sahaja Waran Am diterima. Mengikut AP 94 pula,
62
pemegang waran peruntukan tersebut boleh mengagihkan waran peruntukan/waran
peruntukan kecil kepada pegawai yang berkenaan di mana perlu. Pengagihan waran ini
perlu direkodkan dengan lengkap dan kemas kini.
8.4.2.3. Kelulusan Pindah/Tambahan Peruntukan
Peraturan kewangan mengenai pindah/tambah peruntukan antaranya menetapkan Waran
Pindah Peruntukan hendaklah ditandatangani oleh Pegawai Pengawal sendiri atau bagi
pihaknya oleh mana-mana pegawai bawahannya yang diberi kuasa secara bertulis.
Semua pindah peruntukan hendaklah dibuat pada tahun kewangan berkenaan dan
semua Waran Pindah Peruntukan yang dikeluarkan hendaklah disampaikan kepada
Pegawai Kewangan Negeri atau wakilnya tidak lewat dari 31 Disember bagi tahun
kewangan berkenaan. Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan perlu sentiasa mengawasi dan
mengemas kini akaun serta memastikan pindah peruntukan dikemaskinikan dalam Buku
Vot supaya kawalan perbelanjaan dapat diurus dengan berkesan. Peraturan juga
menetapkan pindahan kepada butiran yang telah dikurangkan melalui pindah peruntukan
atau pengurangan kepada butiran yang telah ditambah melalui pindah peruntukan adalah
tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan daripada Pegawai Kewangan Negeri
terlebih dahulu.
8.4.2.4. Pemantauan Kemajuan/Pencapaian Projek
Peraturan kewangan menghendaki Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan memantau
pelaksanaan projek pembangunan dengan rapi bagi memastikan ia dilaksanakan
mengikut jadual. Bagi tujuan ini, Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan hendaklah
memastikan data mengenai peruntukan dan perbelanjaan projek bagi setiap tahun diisi
dan sentiasa dikemas kini dalam Sistem Pemantauan Projek II atau kaedah lain yang
diterima pakai, impak setiap aktiviti dinilai sekurang-kurangnya sekali dalam masa 5 tahun
dan memastikan perbelanjaan tidak melebihi peruntukan yang telah diluluskan.
8.4.2.5. Pelaporan
Pegawai Pengawal dikehendaki menyediakan beberapa jenis laporan seperti Laporan
Perbelanjaan Dan Tanggungan serta laporan untuk Buku Anggaran Belanjawan Program
Dan Prestasi. Laporan ini perlu dikemukakan kepada Pegawai Kewangan Negeri dalam
tempoh yang ditetapkan. Pegawai Pengawal juga dikehendaki mengemukakan laporan
mengenai keperluan aliran wang tunai yang disahkan olehnya kepada Pegawai
Kewangan Negeri. Bagi Ketua Jabatan yang bukan Pegawai Pengawal, laporan
berkenaan akan dikemukakan kepada Pegawai Pengawal berkenaan untuk disatukan.
8.4.3. Kawalan Terimaan
Bagi menentukan sama ada segala terimaan telah dikendalikan mengikut peraturan dan
diakaunkan dengan sempurna, semakan Audit telah dijalankan terhadap 5 aspek utama
63
kawalan terimaan yang meliputi kawalan borang hasil, penerimaan wang, kemasukan
pungutan ke bank, kawalan perakaunan terimaan/hasil dan penyediaan Akaun Belum
Terima seperti berikut:
8.4.3.1. Kawalan Borang Hasil
Kawalan terhadap pelbagai borang hasil seperti buku resit adalah penting bagi
memastikan ia tidak disalahgunakan.
8.4.3.2. Penerimaan Wang
Setiap Jabatan/Agensi Negeri perlu memastikan pegawai yang bertanggungjawab
dengan urusan penerimaan wang mematuhi peraturan kewangan yang berkaitan.
Semakan Audit telah dijalankan terhadap 3 aspek kawalan dalaman yang ditetapkan oleh
AP atau peraturan yang ditetapkan oleh Agensi Negeri bagi penerimaan wang iaitu dari
segi kebenaran/kelulusan menerima kutipan, kawalan penerimaan melalui mel dan
penerimaan wang di kaunter.
8.4.3.3. Kemasukan Pungutan Ke Bank
AP telah menetapkan peraturan mengenai kemasukan wang pungutan ke bank bagi
memastikan ketepatan dan keselamatan wang berkenaan. Antaranya adalah mengenai
penetapan tempoh memasukkan wang ke bank, kawalan keselamatan penghantaran
wang dan penyelenggaraan rekod mengenainya, semakan oleh pegawai
bertanggungjawab terhadap slip kemasukan wang ke bank dan keselamatan wang yang
tidak sempat dimasukkan ke bank.
8.4.3.4. Kawalan Perakaunan Terimaan/Hasil
Bagi memastikan peraturan mengenai perakaunan terimaan/hasil yang ditetapkan dalam
AP dipatuhi, semakan Audit telah dijalankan terhadap penyerahan Akaun Tunai Bulanan
kepada Perbendaharaan Negeri, ketepatan penyediaan Penyata Penyesuaian Hasil
Bulanan dan ketepatan Buku Tunai.
8.4.3.5. Akaun Belum Terima
Dasar dan tatacara bagi penyelenggaraan serta pelaporan Akaun Belum Terima (ABT)
ditetapkan oleh Kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2008 dan
AP 89A. Antara peraturan yang ditetapkan mengenai pengurusan ABT adalah
penyediaan Laporan Tunggakan Hasil atau Laporan ABT yang lengkap dan kemas kini,
penyerahan Laporan ABT kepada Perbendaharaan Negeri dalam tempoh ditetapkan dan
tindakan susulan diambil terhadap jumlah terimaan/hasil yang tertunggak.
64
8.4.4. Kawalan Perbelanjaan
Bagi menentukan sama ada semua perbelanjaan mengurus dan pembangunan telah dibuat
mengikut peraturan yang ditetapkan dan diperakaunkan dengan tepat, semakan Audit telah
dijalankan terhadap 3 aspek utama kawalan perbelanjaan iaitu perakaunan, pengurusan
perolehan dan pengurusan bayaran seperti berikut:
8.4.4.1. Perakaunan
Semakan Audit dijalankan bagi menentukan Buku Vot dan Penyata Penyesuaian
Perbelanjaan diselenggarakan oleh Jabatan/Agensi Negeri adalah mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh Pekeliling dan AP yang berkaitan.
8.4.4.2. Pengurusan Perolehan
Setiap tahun, Jabatan/Agensi Negeri membelanjakan jutaan ringgit untuk tujuan
perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja. Bagi menentukan pengurusan perolehan
Jabatan/Agensi Negeri telah mematuhi peraturan yang berkaitan, semakan Audit dibuat
terhadap pengurusan pembelian terus, sebut harga, tender, kontrak dan kontrak pusat.
8.4.4.3. Pengurusan Bayaran
Semakan Audit dijalankan terhadap kawalan dalaman bagi proses bayaran,
kesempurnaan bayaran yang memerlukan kelulusan khas, penyediaan dan penyimpanan
daftar/rekod pembayaran dan Daftar Bil, bayaran pukal serta Panjar Wang Runcit.
8.4.5. Pengurusan Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah Dan Deposit
Pengurusan dan kawalan terhadap kumpulan wang amanah/akaun amanah dan deposit
adalah penting untuk menentukan ia diurus dengan teratur, mengikut Pekeliling dan Arahan
Amanah yang ditetapkan serta diakaunkan dengan betul dan kemas kini. Semakan Audit
telah dijalankan terhadap pengurusan kumpulan wang seperti berikut:
8.4.5.1. Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah
Tatacara Pengurusan Akaun Amanah ditetapkan melalui Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bilangan 18 Tahun 2001. Semakan Audit telah dijalankan terhadap
pengendalian kumpulan wang amanah/akaun amanah di Jabatan/Agensi Negeri dari segi
penyediaan dan penyerahan penyata tahunan untuk diaudit serta kesempurnaan rekod
perakaunan/penyata penyesuaian akaun/transaksi akaun.
65
8.4.5.2. Pengurusan Kumpulan Wang Pinjaman
Jabatan/Agensi Negeri perlu menguruskan kumpulan wang pinjaman dan pendahuluan
diri/pelbagai mengikut pekeliling/surat pekeliling perbendaharaan yang berkaitan seperti
berikut atau peraturan yang telah ditetapkan oleh Agensi Negeri berkaitan:
a. Pinjaman kenderaan hendaklah diuruskan berdasarkan peraturan yang ditetapkan
di Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 7 dan 8 Tahun 1993.
b. Pinjaman komputer hendaklah diuruskan berdasarkan peraturan yang ditetapkan di
Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 8 Tahun 1992.
c. Pendahuluan diri hendaklah diuruskan berdasarkan peraturan yang ditetapkan di
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1993.
d. Pendahuluan pelbagai hendaklah diuruskan berdasarkan peraturan yang ditetapkan
di Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 13 Tahun 1990.
8.4.5.3. Pengurusan Akaun Deposit
Tatacara dan pengurusan akaun deposit ditetapkan melalui AP 156 hingga 163.
Manakala Agensi Negeri yang mempunyai peraturan kewangan dan perakaunan sendiri,
pengurusan akaun deposit perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
8.4.6. Pengurusan Aset Dan Stor
Perolehan aset dan inventori perlu direkodkan, dikawal dan dipantau dengan sempurna bagi
mengelakkan daripada berlaku pembaziran dan penyalahgunaan. Sehubungan itu, semakan
Audit telah dijalankan untuk menilai tahap pematuhan Jabatan/Agensi Negeri kepada
peraturan yang ditetapkan oleh pekeliling/surat pekeliling perbendaharaan yang berkenaan
dan Tatacara Pengurusan Stor atau peraturan yang ditetapkan oleh Agensi Negeri
berhubung dengan perkara seperti berikut:
8.4.6.1. Kawalan Umum
Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007, Pegawai Pengawal
hendaklah mewujudkan Unit Pengurusan Aset yang antaranya bertanggungjawab untuk
mengurus pelantikan Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa dan Jawatankuasa
Penyiasat. Unit tersebut diberi tanggungjawab menjadi Urus Setia kepada Jawatankuasa
Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang diwujudkan, menguruskan pelupusan, kehilangan
dan hapus kira aset serta menyelaras penyediaan laporan mengenainya. Selain itu,
Pegawai Pengawal perlu melantik seorang Pegawai Aset secara bertulis bagi setiap pusat
tanggungjawab di bawahnya dan memastikan Pegawai Aset di peringkat Ibu Pejabat
diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan.
66
8.4.6.2. Penerimaan
Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007, seorang Pegawai Penerima
hendaklah diberi kuasa untuk menerima dan mengesahkan aset yang diterima.
Tanggungjawab seseorang Pegawai Penerima adalah memastikan aset/bekalan pejabat
diterima menepati spesifikasi, kualiti dan kuantiti yang telah ditetapkan sebelum membuat
pengesahan penerimaan. Bagi membolehkan Pegawai Penerima membuat rujukan, satu
salinan dokumen kontrak hendaklah disimpan oleh pegawai ini. Bagi penerimaan bekalan
pejabat pula, penerimaan barang perlu disahkan dalam Borang Terima Barang dan
direkodkan pada Kad Kawalan Stok dan Kad Petak. Borang Laporan Penerimaan Aset
Alih Kerajaan hendaklah disediakan, disahkan dan dihantar dengan serta merta kepada
agen penghantaran atau syarikat pembekal. Aset hendaklah diterima berserta Surat
Jaminan dan manual penggunaan/penyenggaraan.
8.4.6.3. Pendaftaran
Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 menetapkan aset perlu didaftarkan
dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pengesahan penerimaan. Aset tersebut perlu
dilabelkan dengan tanda Hak Milik Kerajaan dan nombor siri pendaftaran.
8.4.6.4. Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan Aset
Bagi memastikan penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan aset diurus dengan baik,
setiap Jabatan/Agensi Negeri hendaklah memastikan peraturan seperti berikut yang
ditetapkan di Pekeliling Perbendaharaan yang berkenaan dipatuhi:
a. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 menetapkan aset diguna hanya
bagi tujuan rasmi sahaja dan mengikut tujuan asal perolehannya. Setiap aset
hendaklah dikendalikan oleh pegawai yang mahir dan berkelayakan,
pengeluaran/penggunaannya direkodkan dengan teratur serta kerosakan aset
dilaporkan dengan menggunakan borang yang ditetapkan. Aset perlu disimpan di
tempat yang selamat dan sesuai serta sentiasa di bawah kawalan pegawai yang
bertanggungjawab.
b. Pekeliling tersebut juga menghendaki sekurang-kurangnya 2 Pegawai
Pemeriksa/Lembaga Verifikasi Stok dilantik secara bertulis. Pemeriksaan aset
dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun dan verifikasi stok dilaksanakan
mengikut tempoh yang ditetapkan. Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Laporan
Pemeriksaan Inventori disediakan dengan lengkap dan dikemukakan kepada Ketua
Jabatan dan seterusnya kepada Perbendaharaan Negeri di mana berkenaan.
c. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1980 menetapkan penggunaan
kenderaan Jabatan/Agensi Negeri dikawal dengan melantik seorang Pegawai
Pengangkutan yang bertanggungjawab meluluskan penggunaan kenderaan dan
menyediakan fail sejarah bagi setiap kenderaan, menyelenggarakan Buku Log
67
dengan lengkap dan kemas kini serta menyediakan Cerakinan Bulanan Penggunaan
Bahan Api setiap bulan bagi mengawal kegunaan bahan api.
d. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1996 pula menetapkan penggunaan
kenderaan pegawai Gred JUSA dikawal dengan teratur di mana pembelian minyak
setahun tidak melebihi had yang ditetapkan/diluluskan.
e. Selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6 Tahun 1999, Kad
Inden Minyak perlu dikawal dengan teratur melalui penyelenggaraan Buku Rekod
Pergerakan Kad Inden yang lengkap dan kemas kini. Penyata pembelian atau
penyata kad perlu disemak sebelum bayaran dilakukan.
f. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 8 Tahun 1999 menetapkan kad elektronik bagi
pembayaran tol dikawal dengan teratur dan rekod berhubung dengan
penggunaannya diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini.
8.4.6.5. Penyenggaraan Aset
Bagi memastikan aset disenggarakan dengan baik, setiap Jabatan/Agensi Negeri
hendaklah memastikan:
a. Senarai aset yang memerlukan penyenggaraan disediakan dengan lengkap dan
kemas kini, jadual penyenggaraan disediakan dan dilaksanakan seperti dirancang,
penyenggaraan direkodkan dengan betul dan lengkap, program penyenggaraan
dinilai dan penyenggaraan aset oleh pihak swasta diselia dan dipantau bagi
memastikan syarat yang ditetapkan dalam perjanjian dipatuhi. Pekeliling
Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 adalah berkaitan.
b. Kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1980 dipatuhi. Pekeliling ini
menetapkan kenderaan perlu disenggarakan secara berjadual, manakala kos
penyenggaraan dan pembaikan perlu direkodkan dalam fail kenderaan dan Daftar
Harta Modal. Kenderaan juga hendaklah disimpan dengan selamat.
8.4.6.6. Pelupusan
Bagi memastikan pelupusan aset diuruskan dengan teratur dan selaras dengan Pekeliling
Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007, setiap Jabatan/Agensi Negeri hendaklah
memastikan:
a. Lembaga Pemeriksa dilantik untuk tempoh tidak melebihi 2 tahun. Lembaga
Pemeriksa perlu menyediakan jadual pemeriksaan dan ia perlu dilaksanakan dalam
tempoh satu bulan dari tarikh arahan dikeluarkan. Laporan Lembaga Pemeriksa
hendaklah disediakan dan ditandatangani. Lembaga Pemeriksa juga perlu
mengesyorkan kaedah pelupusan yang sesuai.
b. Perakuan pelupusan aset mekanikal, teknikal, elektrik dan elektronik disediakan oleh
Jabatan/Pegawai Teknikal berkaitan. Manakala perakuan pelupusan aset disahkan
68
oleh 2 pegawai yang mempunyai 3 tahun pengalaman dan tidak terlibat dengan
pengurusan aset berkenaan.
c. Kaedah pelupusan aset dibuat dengan teratur dan dilaksanakan dalam tempoh 3
bulan dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan. Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset Alih
Kerajaan dan Sijil Pelupusan Aset disediakan dan dikemukakan kepada pihak yang
memberi kelulusan. Seterusnya, rekod aset yang telah diluluskan pelupusan itu perlu
dikemaskinikan.
8.4.6.7. Kehilangan Dan Hapus Kira
Bagi memastikan kehilangan dan hapus kira aset diuruskan dengan teratur dan selaras
dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007, setiap Jabatan/Agensi Negeri
hendaklah memastikan:
a. Kehilangan aset dilaporkan kepada Ketua Jabatan dengan serta merta dan laporan
polis dibuat dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan. Ketua Pejabat menyedia
Laporan Awal dan dikemukakan kepada Pegawai Pengawal dan Pegawai Kewangan
Negeri dalam tempoh 2 hari bekerja. Sesalinan Laporan Awal dikemukakan kepada
Pegawai Pengawal, Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Audit Negara atau wakil
tempatan Ketua Audit Negara.
b. Jawatankuasa Penyiasat dilantik secara bertulis oleh Pegawai Pengawal dalam
tempoh 2 minggu dari tarikh Laporan Awal disediakan. Laporan Akhir disediakan
dalam tempoh 2 bulan dari tarikh lantikan Jawatankuasa tersebut walaupun Laporan
Hasil Penyiasatan Polis belum diperoleh. Laporan Akhir yang lengkap hendaklah
dikemukakan kepada pihak yang menerima Laporan Awal. Laporan ini perlu
dikemukakan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh Laporan Awal dihantar.
8.4.7. Pengurusan Pelaburan
Pelaburan merupakan tindakan melabur dana bagi suatu tempoh masa untuk memperoleh
pulangan yang dikehendaki dengan menyedari sepenuhnya risiko yang terbabit. Pelaburan
yang dibuat hendaklah mengikut peraturan yang berkaitan. Rekod perlu diselenggarakan
dengan lengkap dan kemas kini bagi memudahkan kawalan dan pemantauan. Antara
elemen kawalan yang perlu diwujudkan adalah penubuhan Jawatankuasa Pelaburan yang
berfungsi menguruskan pelaburan Agensi. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah
kuasa melabur, had pelaburan, sasaran pelaburan dan pemantauan pelaburan.
8.4.8. Pengurusan Pinjaman
Pinjaman dibuat bagi membiayai pelbagai projek untuk pembangunan ekonomi negeri,
menampung perbelanjaan dan meningkatkan taraf pembangunan serta kemajuan penduduk.
Pinjaman tersebut hendaklah digunakan mengikut maksud pinjaman dimohon. Antara
perkara yang perlu diberi perhatian adalah kuasa untuk meminjam, penyelenggaraan rekod
69
pinjaman yang lengkap dan kemas kini, perjanjian pinjaman disediakan serta mekanisme
kawalan dan pemantauan pinjaman.
8.4.9. Penyerahan Penyata Kewangan
Kerajaan Negeri Selangor melalui Surat Hebahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bilangan 8 Tahun 2009 pula menghendaki Agensi Negeri mengemukakan Penyata
Kewangan bagi sesuatu tahun kewangan kepada Ketua Audit Negara tidak lewat daripada
30 April tahun kewangan berikutnya. Peraturan ini bagi membolehkan Penyata Kewangan
dan laporan tahunan Kerajaan Negeri/Agensi Negeri dibentangkan di Dewan Negeri
Selangor pada tahun yang sama dan tidak lewat dari 31 Disember setiap tahun. Ini bertujuan
untuk meningkatkan akauntabiliti dan tadbir urus yang baik di Jabatan Kewangan Negeri dan
Agensi Negeri. Di samping itu, pembentangan awal membolehkan stakeholders menilai
pencapaian Kerajaan Negeri/Agensi Negeri yang lebih jelas, lengkap dan relevan.
8.5. PENEMUAN AUDIT
8.5.1. Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan
Pada keseluruhannya, prestasi pengurusan kewangan di peringkat Jabatan/Agensi Negeri
bagi tahun 2011 adalah bertambah baik berbanding tahun 2010. Pada tahun 2011, prestasi
pengurusan kewangan bagi 8 Jabatan/Agensi Negeri adalah pada tahap sangat baik
berbanding 4 Jabatan/Agensi Negeri pada tahun 2010. Kedudukan tahap prestasi
pengurusan kewangan Jabatan/Agensi Negeri bagi tahun 2007 hingga 2011 secara
keseluruhan adalah seperti di Jadual 8.2, manakala tahap prestasi pengurusan kewangan
mengikut Jabatan/Agensi Negeri bagi tahun 2011 adalah seperti di Carta 8.1.
Jadual 8.2 Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
Tahap Penarafan Bilangan Jabatan/Agensi Negeri
2007 2008 2009 2010 2011
Sangat Baik - 1 1 4 8
Baik 8 13 14 11 10
Memuaskan 2 - 1 1 -
Tidak Memuaskan - - - - -
Jumlah 10 14 16 16 18
Sumber: Jabatan Audit Negara
70
Sumber: Jabatan Audit Negara
8.5.2. Tahap Pematuhan Terhadap Kawalan Utama
8.5.2.1. Jabatan
Semakan Audit selanjutnya di 8 Jabatan mendapati 3 Jabatan masing-masing
mencatatkan tahap sangat baik dan baik. Manakala 2 Jabatan mendapat tahap
memuaskan dalam Kawalan Pengurusan kerana JPKA tidak mengikut tempoh dan tidak
membincangkan perkara mengikut pekeliling; JKTU tidak membincangkan perkara
mengikut pekeliling dan Laporan Suku Tahun tidak disediakan; pemeriksaan mengejut
tidak dijalankan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali; Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja
tidak lengkap. Kesemua 8 Jabatan memperoleh tahap sangat baik dalam Kawalan Bajet.
Bagi Kawalan Terimaan pula, 5 Jabatan berada pada tahap sangat baik dan 2 Jabatan
pada tahap baik. Satu Jabatan tidak menerima sebarang terimaan pada tahun 2011.
Lima Jabatan mencapai tahap sangat baik dan 3 Jabatan memperoleh tahap baik dalam
Kawalan Perbelanjaan. Sebanyak 2 Jabatan berada pada tahap sangat baik, 4 Jabatan
pada tahap baik dan satu Jabatan pada tahap tidak memuaskan dalam menguruskan
kumpulan wang amanah/akaun amanah dan deposit. Bagi satu Jabatan lain, aspek ini
adalah tidak berkaitan. Bagi Pengurusan Aset Dan Stor, 2 Jabatan berada pada tahap
sangat baik, 4 Jabatan pada tahap baik dan 2 Jabatan pada tahap memuaskan kerana
mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) tidak mengikut tempoh
dan tidak mengikut agenda yang ditetapkan, pendaftaran aset dan stok tidak lengkap,
pemeriksaan dan verifikasi aset dan stok tidak dijalankan sepenuhnya, Buku Log
76.26
78.23
79.61
84.96
86.71
87.17
87.69
88.13
88.31
88.69
90.94
90.95
91.68
93.43
93.58
94.66
94.84
95.93
0 20 40 60 80 100 120
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Pejabat Daerah & Tanah Petaling
Majlis Daerah Kuala Selangor
Majlis Daerah Hulu Selangor
Pejabat Daerah & Tanah Kuala Selangor
Majlis Bandaraya Shah Alam
Lembaga Urus Air Selangor
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Jabatan Kehakiman Syariah
Pejabat Perbendaharaan Negeri
Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor
Pejabat Menteri Besar & Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah Sabak Bernam
Majlis Agama Islam Selangor
Majlis Perbandaran Kajang
Pejabat Tanah & Galian
Majlis Pebandaran Subang Jaya
Markah (%)
Carta 8.1Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks AkauntabilitiJabatan/Agensi Negeri Pada Tahun 2011
BaikSangat Baik
Jabatan/Agensi Negeri
71
Kenderaan tidak lengkap dan kemas kini, Buku Rekod Pergerakan Kad Inden Minyak dan
Daftar Penggunaan Touch n Go tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini
serta program penyenggaraan aset tidak disediakan/dilaksanakan. Tahap pematuhan
pengurusan kewangan mengikut kawalan utama bagi Jabatan adalah seperti di Carta 8.2.
8.5.2.2. Kelemahan yang ditemui berhubung Pengurusan Akaun Amanah/Kumpulan
Wang Amanah Dan Deposit adalah seperti berikut:
a. Buku Akaun Utama Deposit tidak diselenggara.
b. Deposit yang tidak dituntut tidak diwartakan.
Sumber: Jabatan Audit Negara Nota: Satu Jabatan Masing-Masing Tidak Terlibat Dalam Aktiviti Terimaan Dan Pengurusan Amanah
Dan Deposit
8.5.2.3. Pejabat Perbendaharaan Negeri Dan Agensi Negeri
Tahap pencapaian pematuhan pengurusan kewangan mengikut kawalan utama Pejabat
Perbendaharaan Negeri (PNS) dan 9 Agensi Negeri adalah seperti di Carta 8.3 dan
dirumuskan seperti berikut:
a. Sebanyak 4 Agensi mendapat tahap sangat baik dalam Kawalan Pengurusan.
Manakala PNS dan 5 Agensi lain mencapai tahap baik dalam kawalan ini.
b. Tahap prestasi Kawalan Bajet 7 Agensi mencapai tahap sangat baik. PNS dan 2
Agensi pula berada pada tahap baik.
0
1
2
3
4
5
6
7
8
Pengurusan Bajet Terimaan Perbelanjaan Amanah & Deposit
Aset & Stor
12 2
3
23
4
4
3
8
5 52
2
Bilangan Jabatan
Kawalan Utama
Carta 8.2Tahap Pematuhan Pengurusan Kewangan Mengikut Kawalan UtamaBagi Jabatan Tahun 2011
Sangat Baik Baik Memuaskan Tidak Memuaskan
72
c. Bagi Kawalan Terimaan, PNS dan 4 Agensi berada pada tahap sangat baik
manakala 5 Agensi lain pula mencapai tahap baik.
d. Tahap pencapaian sangat baik juga dicapai oleh PNS dan 6 Agensi dalam Kawalan
Perbelanjaan. Tiga Agensi lain memperoleh tahap baik.
e. Bagi Pengurusan Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah Dan Deposit, PNS dan 3
Agensi mencapai tahap sangat baik. Manakala Agensi lain sama ada memperoleh
tahap baik atau memuaskan kerana pegawai yang belum selesai bayaran pinjaman
diberi pinjaman baru; bayaran balik pinjaman kenderaan dan komputer tidak
mengikut tempoh; deposit tidak dituntut tidak diwartakan; salinan Kad Pendaftaran
Kenderaan tidak disimpan dalam fail pinjaman kenderaan serta Kad Pendaftaran
Kenderaan tidak dicop Hak Milik Dituntut oleh Kerajaan.
f. Sebanyak 3 Agensi mendapat tahap sangat baik dalam Pengurusan Aset Dan Stor.
PNS dan 4 Agensi lain memperoleh tahap baik. Manakala baki 2 Agensi berada di
tahap memuaskan kerana mesyuarat JKPAK diadakan tidak mengikut tempoh dan
agenda yang ditetapkan; pendaftaran aset dan stok tidak lengkap; pemeriksaan dan
verifikasi aset dan stok tidak dijalankan sepenuhnya; Buku Log Kenderaan tidak
lengkap dan kemas kini; Buku Rekod Pergerakan Kad Inden Minyak dan Daftar
Penggunaan Touch n Go tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini
serta program penyenggaraan aset tidak disediakan/dilaksanakan.
g. Bagi Pengurusan Pelaburan pula, PNS dan semua 9 Agensi memperoleh tahap
sangat baik.
h. Pejabat Perbendaharaan Negeri dan 4 Agensi telah mencapai tahap sangat baik
dalam menguruskan pinjamannya. Baki 5 Agensi tidak terlibat dalam aktiviti
pinjaman.
i. Selain itu, PNS dan 5 Agensi mencapai tahap sangat baik di dalam Penyerahan
Penyata Kewangan. Empat Agensi lain berada di tahap baik dalam aspek ini.
73
Sumber: Jabatan Audit Negara Nota: Lima Agensi Tidak Terlibat Dalam Aktiviti Pinjaman
8.5.3. Perbandingan Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri
Analisis Audit terhadap 15 Jabatan/Agensi Negeri yang telah dilaksanakan pengauditan
sekurang-kurangnya 2 kali atau lebih bagi tahun 2007 hingga 2011 menunjukkan, tahap
prestasi pengurusan kewangan 14 Jabatan/Agensi Negeri telah bertambah baik kecuali
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN). SPAN masih kekal pada tahap baik pada
tahun 2011 dengan penurunan prestasi yang kurang ketara. Ini berlaku kerana
penambahbaikan dalam aspek Kawalan Pengurusan dan Kawalan Bajet diimbangkan
dengan kelemahan yang wujud dalam aspek Kawalan Perbelanjaan serta Pengurusan Aset
Dan Stor. Selain itu, 5 Jabatan/Agensi Negeri lain iaitu Pejabat Menteri Besar Dan
Setiausaha Kerajaan Negeri (MB & SUK), Pejabat Tanah Dan Galian, Pejabat Daerah Dan
Tanah Sabak Bernam, MAIS dan Majlis Perbandaran Kajang telah mendapat tahap prestasi
sangat baik pada tahun 2011 berbanding tahap prestasi baik pada tahun 2008/2009/2010.
Kedudukan trend tahap prestasi pengurusan kewangan tahun 2007 hingga 2011 bagi MB &
SUK, PNS, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan MAIS yang merupakan 4
Jabatan/Agensi Negeri yang wajib diaudit setiap tahun dan trend bagi 11 Jabatan/Agensi
Negeri yang lain adalah seperti di Carta 8.4 dan Carta 8.5.
Sangat Baik Baik Memuaskan Tidak Memuaskan
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Pengurusan Bajet Terimaan Perbelanjaan Amanah & Deposit
Aset & Stor Pelaburan Pinjaman Penyata Kewangan
2 2
6
3
5
3
45
4
4
7
5
7
43
10
5
6
Bilangan Jabatan
Kawalan Utama
Carta 8.3Tahap Pematuhan Pengurusan Kewangan Mengikut Kawalan UtamaBagi Perbendaharaan Negeri Dan Agensi Negeri Tahun 2011
Sangat Baik Baik Memuaskan Tidak Memuaskan
74
Sumber: Jabatan Audit Negara
Sumber: Jabatan Audit Negara
8.6. PEMERIKSAAN AUDIT MENGEJUT
Arahan Perbendaharaan 308 dan 309 menetapkan Ketua Jabatan hendaklah
memastikan pegawai yang dipertanggungjawabkan menyimpan wang awam, setem
75.00
71.20
73.00
81.40
73.20
74.50
76.00
79.30
81.30
83.90
76.70
79.61
84.96
94.66
87.69
88.69
93.43
86.71
78.23
88.13
94.84
76.26
95.93
90.95
87.17
0 20 40 60 80 100
Majlis Daerah Kuala Selangor
Majlis Daerah Hulu Selangor
Majlis Perbandaran Kajang
Lembaga Urus Air Selangor
Jabatan Kehakiman Syariah
Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor
Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Pejabat Tanah Dan Galian
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Majlis Perbandaran Subang Jaya
Perbadanan Adat Melayu & Warisan NegeriSelangor
Majlis Bandaraya Shah Alam
Markah (%)
Jabatan/Agensi
Carta 8.5
Kedudukan Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Tahun 2011 Berbanding Pengauditan Tahun Sebelumnya
2011 2008 2007
87.0
0
73.0
0 90.1
0
80.0
0
80.7
0 91.9
0
83.1
0
89.8
0
87.5
0
85.5
2
85.0
1
90.5
6
93.5
8
88.3
1
90.9
4
91.6
8
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Majlis Agama IslamSelangor
Perbadanan KemajuanNegeri Selangor
Perbendaharaan Negeri Pejabat Menteri Besar &Setiausaha Kerajaan
Negeri
Peratus (%)
Carta 8.4 Perbandingan Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti MB & SUK, PNS, PKNS Dan MAIS Bagi Tahun 2007 Hingga 2011
2007 2008 2009 2010 2011
75
atau barangan berharga yang lain dengan selamat di dalam peti besi, bilik kebal, peti
wang tunai, laci atau bekas lain. Ketua Jabatan/Ketua Agensi juga hendaklah
memastikan rekod mengenainya diselenggarakan dengan lengkap, kemas kini dan
diperiksa oleh pegawai kanan secara berkala. Untuk menentukan sejauh mana
peraturan ini dipatuhi, Jabatan Audit Negara telah menjalankan Pemeriksaan Audit
Mengejut di 12 Jabatan/Pejabat/Agensi Negeri seperti di Jadual 8.3.
Jadual 8.3 Jabatan/Pejabat/Agensi Yang Dipilih Untuk Pemeriksaan Audit Mengejut Bagi Tahun 2011 Bil. Jabatan/Pejabat
1. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
2. Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Selangor
3. Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Langat
4. Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Selangor
5. Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Selangor
6. Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Langat
7. Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor
8. Pejabat Daerah Dan Tanah Sepang
9. Majlis Perbandaran Klang
10. Majlis Perbandaran Sepang
11. Majlis Daerah Kuala Langat
12. Majlis Daerah Hulu Selangor
Sumber: Jabatan Audit Negara
8.6.1. Penemuan Audit
Pemeriksaan Audit Mengejut yang telah dijalankan mendapati secara keseluruhannya
kelemahan yag diperhatikan adalah seperti di Jadual 8.4.
Jadual 8.4 Isu Audit Hasil Pemeriksaan Audit Mengejut Pada Tahun 2011 Bil. Isu Audit Jabatan/Pejabat/Agensi YangTerlibat
1. Buku tunai tidak lengkap dan kemas kini. i. Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Selangor ii. Majlis Daerah Hulu Selangor
2. Resit tidak direkod dalam buku tunai pada hari yang sama.
Majlis Daerah Hulu Selangor
3. Buku tunai tidak disemak setiap hari dengan resit yang dikeluarkan oleh pegawai yang bertanggungjawab.
Majlis Daerah Hulu Selangor
4. Buku tunai tidak disemak setiap hari oleh Ketua Jabatan/wakilnya.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
5. Baki wang tunai panjar wang runcit dalam tangan tidak sama dengan baki yang dicatatkan dalam buku panjar wang runcit.
Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor
6. Sijil pengesahan panjar wang runcit akhir tahun tidak disediakan.
Majlis Daerah Hulu Selangor
7. Daftar mel tidak diperiksa oleh pegawai penyelia setiap hari dengan buku tunai.
i. Majlis Perbandaran Klang ii. Majlis Perbandaran Sepang
76
Bil. Isu Audit Jabatan/Pejabat/Agensi YangTerlibat 8. Resit tidak dikeluarkan segera untuk
terimaan melalui mel. Majlis Perbandaran Klang
9. Nombor resit tidak direkod dan ditandatangani secara ringkas dalam daftar mel oleh pegawai yang bertanggungjawab.
Majlis Perbandaran Klang
10. Daftar mel tidak lengkap. Majlis Daerah Hulu Selangor 11. Kunci peti besi disimpan oleh 2 orang
pegawai yang tidak diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan.
Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Langat
12. Hasil pemeriksaan Audit mengejut tidak direkod dalam daftar pemeriksaan mengejut.
Majlis Perbandaran Klang
13. Daftar setem tidak kemas kini dan baki stok fizikal setem tidak sama dengan baki stok mengikut daftar.
Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Langat
14. Akaun kawalan/Buku Tunai Amanah/Deposit tidak kemas kini.
Majlis Perbandaran Klang
15. Carta organisasi tidak kemas kini. i. Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Langat ii. Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Selangor
16. Daftar pinjaman kenderaan dan daftar pinjaman komputer tidak diselenggarakan.
Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Langat
17. Fail meja tidak kemas kini. i. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor ii. Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Selangor
18. Pegawai tidak diberi latihan sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
19. Pembelian telefon bimbit bagi pegawai tidak direkod dalam buku perkhidmatan.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
20. Pembelian telefon bimbit bagi tujuan guna sama tidak didaftarkan sebagai aset Jabatan.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
21. Pemeriksaan fizikal terhadap aset/stok tidak dilaksanakan setahun sekali.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
22. Buku log, daftar kad inden minyak dan daftar kad Touch & Go tidak lengkap dan kemas kini.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
23. Sijil pelaburan tidak direkod dalam daftar pelaburan.
Majlis Perbandaran Klang
Sumber: Jabatan Audit Negara
8.6.2. Ketua Jabatan/Pejabat/Agensi yang berkenaan telah dimaklumkan tentang perkara
yang diperhatikan dan diminta mengambil tindakan pembetulan yang sewajarnya. Masih
terdapat Jabatan/Agensi yang kurang memberikan perhatian terhadap perkara yang perlu
dipatuhi di dalam pengurusan kewangan.
9. SYOR AUDIT
Sungguhpun prestasi pengurusan kewangan di peringkat Jabatan/Agensi Negeri bagi tahun
2011 menunjukkan peningkatan, namun bagi memantapkan lagi prestasi pengurusan
kewangan ini, adalah disyorkan supaya Jabatan/Agensi Negeri mengambil tindakan
terhadap perkara berikut:
77
9.1. Ketua Jabatan/Ketua Agensi hendaklah memastikan Jawatankuasa Audit berbincang
secara terperinci isu yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara dan Unit Audit Dalam
serta memastikan tindakan corrective dan preventive diambil. Tindakan corrective adalah
untuk memastikan kelemahan yang dibangkitkan dapat diperbetulkan. Manakala tindakan
preventive adalah bagi memastikan kelemahan yang sama tidak berulang. Jawatankuasa
Audit hendaklah melaporkan hasil perbincangannya kepada Jawatankuasa Pengurusan
Kewangan Dan Akaun.
9.2. Memandangkan pengauditan terhadap pengurusan kewangan yang dijalankan oleh
Jabatan Audit Negara bagi tujuan memberi penarafan adalah terhad kepada beberapa Pusat
Tanggungjawab (PTJ) dan aspek pengurusan kewangan yang penting sahaja, Ketua
Jabatan/Ketua Agensi patut mengarahkan Unit Audit Dalam menjalankan pengauditan
secara menyeluruh terhadap aspek pengurusan kewangan lain di semua PTJ khususnya di
PTJ lain yang tidak diaudit, untuk memastikan peraturan kewangan dipatuhi dengan
sewajarnya dan kelemahan yang sama tidak berlaku di pejabat berkenaan.
9.3. Penglibatan/penyeliaan oleh Ketua Jabatan/Ketua Agensi perlu dipertingkatkan.
Mereka perlu terlibat secara hands-on dalam urusan berkaitan dan membuat pemeriksaan
berkala dari semasa ke semasa.
9.4. Tindakan surcaj/tatatertib dikenakan terhadap mereka yang gagal memungut
hasil/membuat bayaran yang tidak teratur/menyelenggarakan rekod kewangan dengan
lengkap dan kemas kini. Tindakan juga patut diambil terhadap pegawai yang gagal
mengambil tindakan terhadap pegawai di bawah penyeliaan mereka yang gagal
melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
9.5. Latihan yang berterusan diberikan kepada pegawai yang terlibat dengan pengurusan
kewangan.
81
10. PENDAHULUAN
Mengikut Akta Audit 1957, Ketua Audit Negara juga mengaudit Penyata Kewangan Agensi
Negeri iaitu Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam, Pihak Berkuasa Tempatan dan
Kumpulan Wang termasuk Penyata Kutipan Dan Agihan Zakat Lembaga Zakat Selangor.
Pengauditan ini adalah untuk mengesah dan memastikan ketepatannya serta memberi
pendapat sama ada penyata itu menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama
dengan berpandukan akta dan piawaian yang diluluskan.
10.1. PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN
Pengauditan penyata kewangan tahun 2011 dilaksanakan terhadap 26 Agensi iaitu 8 Badan
Berkanun Negeri (termasuk Perbadanan Wakaf Selangor yang ditubuhkan pada 11 Januari
2011), 5 Kumpulan Wang, Majlis Agama Islam, Lembaga Zakat Selangor dan 12 Pihak
Berkuasa Tempatan. Mengikut Seksyen 7(3) Akta Audit 1957, Ketua Audit Negara boleh
melantik mana-mana orang yang difikirkan kompeten untuk menjalankan pengauditan bagi
pihaknya. Bagi penyata kewangan tahun 2010, firma audit swasta telah dilantik untuk
menjalankan pengauditan penyata kewangan terhadap 20 Agensi melibatkan 6 Badan
Berkanun Negeri, 2 Kumpulan Wang dan 12 Pihak Berkuasa Tempatan. Manakala
pengauditan terhadap satu Badan Berkanun Negeri, 3 Kumpulan Wang, Majlis Agama Islam
dan Lembaga Zakat Selangor dijalankan sendiri oleh Jabatan Audit Negara. Pemantauan
terhadap firma audit swasta diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan isu dan
permasalahan pengauditan yang dihadapi dapat diselesaikan dengan lebih awal dan
berkesan.
10.2. KEDUDUKAN PENYERAHAN PENYATA KEWANGAN
Mengikut Enakmen Penubuhan Badan Berkanun Negeri, Badan Berkanun berkenaan
dikehendaki mengemukakan penyata kewangan untuk diaudit dalam masa 6 bulan selepas
akhir setiap tahun kewangan. Bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Seksyen 60(2) Akta
Kerajaan Tempatan 1976 menghendaki PBT menyediakan penyata kewangan dengan
seberapa segera apabila tamat tempoh kewangan bagi tahun tersebut untuk membolehkan
Ketua Audit Negara mengesahkan penyata kewangan pada atau sebelum akhir bulan
Oktober tahun berikutnya. Bagaimanapun, Surat Hebahan Setiausaha Kerajaan Negeri
Selangor Bilangan 18 Tahun 2009 pula menetapkan Agensi Negeri perlu mengemukakan
penyata kewangan bagi sesuatu tahun kewangan kepada Ketua Audit Negara tidak lewat
daripada 30 April tahun kewangan berikutnya. Sehingga 21 Mei 2012, kesemua 12 PBT dan
4 Badan Berkanun Negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, Lembaga
Perumahan Dan Hartanah Selangor, Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri
Selangor serta Lembaga Urus Air Selangor telah mengemukakan penyata kewangan
BAHAGIAN V
PENYERAHAN, PENGESAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN DAN PRESTASI KEWANGAN
AGENSI NEGERI
82
tahun 2011 untuk diaudit dalam tempoh yang ditetapkan. Manakala sejumlah 4 Badan
Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor serta
kesemua 5 Kumpulan Wang lewat/belum mengemukakan penyata kewangan untuk diaudit.
Bagi Kumpulan Wang Hospital Tai Wa, pihak yang bertanggungjawab telah lewat
mengemukakan penyata kewangan tahun 2010 iaitu pada 12 April 2012. Memandangkan
penyata ini masih belum disahkan, penyata kewangan tahun 2011 yang dikemukakan pada
tarikh yang sama tidak diambil kira. Kedudukan penyerahan penyata kewangan sehingga 21
Mei 2012 adalah seperti di Jadual 10.1.
Jadual 10.1 Kedudukan Penyerahan Penyata Kewangan Agensi Negeri Sehingga 21 Mei 2012
Bil. Agensi
Penyata Kewangan Terakhir Diakui
Penyata Kewangan
Sedang Diaudit
Penyata Kewangan
Belum Terima
A. BADAN BERKANUN NEGERI
1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 2010 - 2011
2. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 2010 2011 -
3. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor 2010 - 2011
4. Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor 2010 2011 -
5. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor 2010 2011 -
6. Lembaga Urus Air Selangor 2010 2011 -
7. Majlis Sukan Negeri Selangor 2010 - 2011
8. Perbadanan Wakaf Selangor (Tarikh Penubuhan Pada 11 Januari 2011)
TB - 2011
B. KUMPULAN WANG
1. Kumpulan Wang Selangor King George V Silver Jubilee 2010 - 2011
2. Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor 2010 - 2011
3. Kumpulan Wang Biasiswa Institut Victoria 2010 - 2011
4. Kumpulan Wang Amanah Memperingati Sir Henry Gurney
2010 - 2011
5. Kumpulan Wang Hospital Tai Wa 2009 2010 2011
C. MAJLIS AGAMA ISLAM
1. Majlis Agama Islam Negeri Selangor 2010 - 2011
2. Lembaga Zakat Selangor 2010 - 2011
D. PIHAK BERKUASA TEMPATAN
1. Majlis Bandaraya Shah Alam 2010 2011 -
2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2010 2011 -
3. Majlis Perbandaran Subang Jaya 2010 2011 -
4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2010 2011 -
5. Majlis Perbandaran Selayang 2010 2011 -
6. Majlis Perbandaran Klang 2010 2011 -
7. Majlis Perbandaran Kajang 2010 2011 -
8. Majlis Perbandaran Sepang 2010 2011 -
9. Majlis Daerah Kuala Langat 2010 2011 -
10. Majlis Daerah Sabak Bernam 2010 2011
11. Majlis Daerah Hulu Selangor 2010 2011 -
12. Majlis Daerah Kuala Selangor 2010 2011 - Sumber: Jabatan Audit Negara Nota: TB – Tidak berkenaan
83
10.3. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN
Pada tahun 2011, sebanyak 25 penyata kewangan tahun 2010 telah diaudit dan dikeluarkan
sijil. Sebanyak 17 penyata kewangan telah diberi Sijil Audit Tanpa Teguran manakala 8
penyata kewangan lagi telah memperoleh Sijil Audit Berteguran berbanding dengan Penyata
Kewangan tahun 2009, di mana sebanyak 21 Penyata Kewangan telah diberi Sijil Audit
Tanpa Teguran dan 5 Sijil Audit Berteguran. Pada tahun 2010, Sijil Audit Berteguran
dikeluarkan kepada 3 Badan Berkanun Negeri, 3 Kumpulan Wang Dan 2 Pihak Berkuasa
Tempatan di Negeri Selangor berikutan ketidakpatuhan terhadap piawaian perakaunan dan
peraturan kewangan serta penyelenggaraan rekod perakaunan yang tidak memuaskan.
Antaranya amaun aset dan liabiliti telah terkurang/terlebih nyata di penyata kewangan,
dokumen hak milik ke atas tanah/bangunan dan lain-lain aset tidak dikemukakan untuk
diaudit serta Penyata Oleh Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Amanah tidak
dikemukakan bersama penyata kewangan. Sijil Audit terhadap penyata kewangan Kumpulan
Wang Hospital Tai Wa masih belum dikeluarkan kerana penyata kewangan tahun 2010
sedang diaudit. Kedudukan jenis sijil yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara bagi penyata
kewangan Badan Berkanun Negeri, Kumpulan Wang, Majlis Agama Islam dan Lembaga
Zakat Selangor serta Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti di Jadual 10.2.
Jadual 10.2 Kedudukan Jenis Sijil Audit Yang Dikeluarkan Bagi Penyata Kewangan Agensi Negeri Pada Tahun 2010 Berbanding 2009
Bil. Agensi Jenis Sijil
(Tahun Kewangan) 2009 2010
A. BADAN BERKANUN NEGERI
1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Tanpa Teguran Tanpa Teguran
2. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Tanpa Teguran Berteguran
3. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor Tanpa Teguran Tanpa Teguran
4. Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor Tanpa Teguran Tanpa Teguran
5. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor Tanpa Teguran Tanpa Teguran
6. Lembaga Urus Air Selangor Tanpa Teguran Berteguran
7. Majlis Sukan Negeri Selangor Tanpa Teguran Berteguran
8. Perbadanan Wakaf Selangor (Tarikh Penubuhan Pada 11 Januari 2011)
TB TB
B. KUMPULAN WANG
1. Kumpulan Wang Selangor King George V Silver Jubilee Tanpa Teguran Tanpa Teguran
2. Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor Tanpa Teguran Berteguran
3. Kumpulan Wang Biasiswa Institut Victoria Berteguran Berteguran
4. Kumpulan Wang Amanah Memperingati Sir Henry Gurney Berteguran Berteguran
5. Kumpulan Wang Hospital Tai Wa Berteguran SA
C. MAJLIS AGAMA ISLAM
1. Majlis Agama Islam Selangor Tanpa Teguran Tanpa Teguran
2. Lembaga Zakat Selangor Tanpa Teguran Tanpa Teguran
D. PIHAK BERKUASA TEMPATAN
1. Majlis Bandaraya Shah Alam Berteguran Berteguran
2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya Tanpa Teguran Berteguran
3. Majlis Perbandaran Subang Jaya Tanpa Teguran Tanpa Teguran
4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya Tanpa Teguran Tanpa Teguran
5. Majlis Perbandaran Selayang Tanpa Teguran Tanpa Teguran
6. Majlis Perbandaran Klang Tanpa Teguran Tanpa Teguran
84
Bil. Agensi Jenis Sijil
(Tahun Kewangan) 2009 2010
7. Majlis Perbandaran Kajang Tanpa Teguran Tanpa Teguran
8. Majlis Perbandaran Sepang Berteguran Tanpa Teguran
9. Majlis Daerah Kuala Langat Tanpa Teguran Tanpa Teguran
10. Majlis Daerah Sabak Bernam Tanpa Teguran Tanpa Teguran
11. Majlis Daerah Hulu Selangor Tanpa Teguran Tanpa Teguran
12. Majlis Daerah Kuala Selangor Tanpa Teguran Tanpa Teguran Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri, Kumpulan Wang, Majlis Agama Islam Dan Lembaga Zakat
Selangor Serta PBT Nota: SA - Penyata kewangan sedang diaudit kerana lewat diterima (12 April 2012) TB - Tidak berkenaan
10.4. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN
Perkara 107(2) Perlembagaan Persekutuan menghendaki Laporan Ketua Audit Negara
mengenai akaun Agensi Negeri dibentang dalam Dewan Negeri Selangor. Enakmen
Penubuhan bagi 6 Badan Berkanun Negeri dan Seksyen 60(5) Akta Kerajaan Tempatan
1976 juga memperuntukkan supaya penyata kewangan yang telah diperakui oleh Ketua
Audit Negara dibentangkan di Dewan yang sama. Kedudukan penyata kewangan tahun
2010 yang telah dibentangkan adalah seperti di Jadual 10.3.
Jadual 10.3 Kedudukan Pembentangan Penyata Kewangan Agensi Negeri Sehingga 21 Mei 2012
Bil. Agensi Akaun Terakhir Dibentangkan
Tahun Akaun Tarikh
Dibentangkan A. BADAN BERKANUN NEGERI
1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 2010 09.11.2011
2. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 2010 09.11.2011
3. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor 2010 09.11.2011
4. Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor 2010 09.11.2011
5. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor 2010 09.11.2011
6. Lembaga Urus Air Selangor 2010 20.03.2012
7. Majlis Sukan Negeri Selangor TB TB
8. Perbadanan Wakaf Selangor (Tarikh Penubuhan Pada 11 Januari 2011)
TB TB
B. KUMPULAN WANG
1. Kumpulan Wang Selangor King George V Silver Jubilee TB TB
2. Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor TB TB
3. Kumpulan Wang Biasiswa Institut Victoria TB TB
4. Kumpulan Wang Amanah Memperingati Sir Henry Gurney TB TB
5. Kumpulan Wang Hospital Tai Wa TB TB
C. MAJLIS AGAMA ISLAM
1. Majlis Agama Islam Selangor 2010 09.11.2011
2. Lembaga Zakat Selangor TB TB
D. PIHAK BERKUASA TEMPATAN
1. Majlis Bandaraya Shah Alam 2010 09.11.2011
2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2010 09.11.2011
3. Majlis Perbandaran Subang Jaya 2010 09.11.2011
4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2010 09.11.2011
5. Majlis Perbandaran Selayang 2010 09.11.2011
6. Majlis Perbandaran Klang 2010 09.11.2011
85
Bil. Agensi Akaun Terakhir Dibentangkan
Tahun Akaun Tarikh
Dibentangkan 7. Majlis Perbandaran Kajang 2010 09.11.2011
8. Majlis Perbandaran Sepang 2010 09.11.2011
9. Majlis Daerah Kuala Langat 2010 09.11.2011
10. Majlis Daerah Sabak Bernam 2010 09.11.2011
11. Majlis Daerah Hulu Selangor 2010 09.11.2011
12. Majlis Daerah Kuala Selangor 2010 09.11.2011 Sumber: Jabatan Audit Negara Nota: TB - Tidak berkenaan
10.5. PRESTASI PENYATA KEWANGAN
10.5.1. Analisis Kedudukan Kewangan
Penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 menunjukkan 5 Badan Berkanun
Negeri, Majlis Agama Islam Selangor dan 10 Pihak Berkuasa Tempatan telah mengakhiri
tahun kewangan dengan memperoleh surplus berbanding perbelanjaan. Manakala 2 Badan
Berkanun Negeri dan 2 Pihak Berkuasa Tempatan telah mengalami defisit pada tahun 2010
berikutan peningkatan perbelanjaan tidak seimbang dengan peningkatan pendapatan.
Prestasi kewangan tahun 2010 juga menunjukkan 6 Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama
Islam Selangor dan 9 Pihak Berkuasa Tempatan memperoleh lebihan aset semasa yang
menunjukkan keupayaan Agensi dalam memenuhi tuntutan dan tanggungan jangka pendek.
Prestasi kewangan Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam Selangor dan Pihak
Berkuasa Tempatan berasaskan penyata kewangan bagi tahun 2010 adalah seperti di
Jadual 10.4.
Jadual 10.4 Prestasi Kewangan Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam Selangor Dan Pihak Berkuasa Tempatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2010
Bil. Agensi
Penyata Pendapatan Berakhir 31.12.2010
Lembaran Imbangan Pada 31.12.2010
Hasil (RM Juta)
Perbelanjaan (RM Juta)
Surplus/ (Defisit)
(RM Juta)
Aset Semasa
(RM Juta)
Liabiliti Semasa
(RM Juta)
Aset Semasa Bersih
(RM Juta)
A. BADAN BERKANUN NEGERI
1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
763.37 614.88 148.49 2,318.84 567.74 1,751.10
2. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
137.56 56.42 81.14 216.17 39.78 176.39
3. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
14.50 16.36 -1.86 2.35 0.97 1.38
4. Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor
11.20 8.84 2.36 7.52 0.33 7.19
5. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
57.67 19.63 38.04 124.48 24.74 99.74
6. Lembaga Urus Air Selangor 10.36 5.13 5.23 14.02 0.03 13.99
7. Majlis Sukan Negeri Selangor 0.17 63.06 -62.89 8.40 10.21 -1.81
8. Perbadanan Wakaf Selangor (Tarikh Penubuhan Pada 11 Januari 2011)
TB TB TB TB TB TB
86
Bil. Agensi
Penyata Pendapatan Berakhir 31.12.2010
Lembaran Imbangan Pada 31.12.2010
Hasil (RM Juta)
Perbelanjaan (RM Juta)
Surplus/ (Defisit)
(RM Juta)
Aset Semasa
(RM Juta)
Liabiliti Semasa
(RM Juta)
Aset Semasa Bersih
(RM Juta) B. MAJLIS AGAMA ISLAM
1. Majlis Agama Islam Selangor 437.57 379.47 58.10 244.02 34.62 209.40
2. Lembaga Zakat Selangor TB TB TB TB TB TB
C. PIHAK BERKUASA TEMPATAN
1. Majlis Bandaraya Shah Alam 227.20 226.06 1.14 173.65 158.69 14.96
2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
259.60 255.22 4.38 232.91 77.61 155.30
3. Majlis Perbandaran Subang Jaya
213.88 215.79 -1.91 173.27 135.15 38.12
4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya
126.44 114.91 11.53 102.62 22.64 79.98
5. Majlis Perbandaran Selayang 128.01 127.41 0.6 52.17 64.79 -12.62
6. Majlis Perbandaran Klang 201.73 191.28 10.45 70.31 96.29 -25.98
7. Majlis Perbandaran Kajang 125.53 119.46 6.07 217.34 141.25 76.09
8. Majlis Perbandaran Sepang 66.59 64.79 1.8 82.11 28.40 53.71
9. Majlis Daerah Kuala Langat 39.48 37.75 1.73 35.36 19.02 16.34
10. Majlis Daerah Sabak Bernam 21.50 20.10 1.4 19.68 9.23 10.45
11. Majlis Daerah Hulu Selangor 48.88 47.66 1.22 39.99 13.43 26.56
12. Majlis Daerah Kuala Selangor 40.60 40.61 -0.01 20.88 30.45 -9.57 Sumber: Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam Selangor Dan PBT Nota: TB - Tidak berkenaan
10.5.2. Analisis Tunggakan Cukai Taksiran Pihak Berkuasa Tempatan
Pada keseluruhannya, sebanyak 6 daripada 12 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri yang
mengemukakan penyata kewangan Tahun 2010 telah mengalami peningkatan tunggakan
cukai taksiran antara 6.2% hingga 19.3% berbanding tahun 2009. Sejumlah 6 Pihak
Berkuasa Tempatan Negeri telah berjaya mengurangkan tunggakan cukai taksiran pada
tahun 2010 antara 0.1% hingga 15.8%. Kedudukan tunggakan cukai taksiran adalah seperti
di Jadual 10.5.
87
Jadual 10.5 Analisis Tunggakan Cukai Taksiran Pihak Berkuasa Tempatan
Bil. Pihak Berkuasa Tempatan Tahun Perubahan
2009 (RM Juta)
2010 (RM Juta)
(RM Juta) (%)
1. Majlis Bandaraya Shah Alam 52.02 51.35 -0.67 -1.3
2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 41.09 43.64 2.55 6.2
3. Majlis Perbandaran Subang Jaya 56.04 63.56 7.52 13.4
4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 30.26 34.28 4.02 13.3
5. Majlis Perbandaran Selayang 22.75 19.52 -3.23 -14.2
6. Majlis Perbandaran Klang 57.09 48.06 -9.03 -15.8
7. Majlis Perbandaran Kajang 37.54 40.39 2.85 7.6
8. Majlis Perbandaran Sepang 20.44 20.42 -0.02 -0.1
9. Majlis Daerah Kuala Langat 10.32 10.08 -0.24 -2.3
10. Majlis Daerah Sabak Bernam 1.95 1.92 -0.03 -1.5
11. Majlis Daerah Hulu Selangor 46.08 51.97 5.89 12.8
12. Majlis Daerah Kuala Selangor 21.54 25.69 4.15 19.3
Jumlah 397.12 410.88 13.76 3.5 Sumber: Penyata Kewangan PBT
10.6. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
Secara umumnya kedudukan penyerahan penyata kewangan tahun 2011 bagi Pihak
Berkuasa Tempatan adalah sangat baik. Bagaimanapun, kedudukan penyerahan penyata
kewangan bagi Badan Berkanun Negeri, Kumpulan Wang termasuk Penyata Kutipan Dan
Agihan Zakat Lembaga Zakat Selangor adalah tidak memuaskan berikutan hanya 4 daripada
15 agensi tersebut mengemukakan penyata kewangan sebelum 21 Mei 2012. Bagi penyata
kewangan tahun 2010 pula, sebanyak 17 penyata kewangan telah diberi Sijil Audit Tanpa
Teguran manakala 8 yang lain telah memperoleh Sijil Audit Berteguran. Sijil Audit
Berteguran dikeluarkan kepada Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan
kerana tidak mematuhi piawaian perakaunan dan peraturan kewangan serta
penyelenggaraan rekod perakaunan yang lemah. Bagaimanapun, adalah disyorkan
beberapa kelemahan perlu diambil tindakan segera seperti berikut:
10.6.1. Penyata kewangan hendaklah disediakan dengan mematuhi piawaian perakaunan
dan peraturan kewangan yang ditetapkan.
10.6.2. Rekod berkaitan dengan hak milik tanah dan bangunan serta aset lain hendaklah
diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini.
Bahagian VIPembentangan LaporanKetua Audit Negara DanMesyuarat JawatankuasaKira-Kira Wang Awam Negeri
91
11. PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA
KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
Mengikut Perkara 107(2) Perlembagaan Persekutuan menghendaki Laporan Ketua Audit
Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dibentangkan dalam Dewan Negeri
Selangor. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan
Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor bagi tahun 2010 telah
dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor pada 9 November 2011.
12. MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI
Sepanjang tahun 2011 dan sehingga bulan April 2012, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam
Negeri Selangor tidak membincangkan perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit
Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan
Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2010. Namun begitu, jawatankuasa ini telah
bermesyuarat 10 kali untuk membuat pemeriksaan dan membincang isu yang berbangkit
dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan
Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2006 dan 2008 hingga 2010.
BAHAGIAN VI
PEMBENTANGAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA
KIRA-KIRA WANG AWAM NEGERI
95
ARAT JAW
Pada umumnya, tahap penyediaan dan penyerahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri
adalah bertambah baik. Begitu juga tahap pengurusan kewangan Jabatan/Agensi pada
tahun 2011 telah menunjukkan prestasi lebih baik berbanding tahun 2010 kerana
Jabatan/Agensi telah memberi fokus yang lebih sejak pelaksanaan Indeks Akauntabiliti oleh
Jabatan Audit Negara mulai tahun 2007. Bagaimanapun, prestasinya masih boleh
dipertingkatkan lagi sekiranya Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan bukan sahaja mengambil
tindakan memperbetulkan kelemahan yang telah dibangkitkan oleh pihak Audit, bahkan juga
mengambil tindakan preventive bagi memastikan kelemahan yang sama tidak berulang.
Sehubungan ini, bagi memantapkan lagi prestasi pengurusan kewangan, adalah disyorkan
perkara berikut:
a. Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan perlu mengaturkan supaya pemeriksaan secara
menyeluruh dijalankan untuk menentukan sama ada kelemahan yang dibangkitkan
oleh Jabatan Audit Negara juga berlaku di bahagian lain dan seterusnya mengambil
tindakan pembetulan memandangkan pengauditan yang dijalankan oleh Jabatan
Audit Negara adalah berdasarkan kepada sampel dan skop tertentu.
b. Jabatan/Agensi perlu mempertingkatkan keberkesanan fungsi Unit Audit Dalam
(UAD). Antaranya ialah dengan memastikan anggota UAD mendapat latihan dan
bimbingan yang secukupnya, perancangan audit tahunan disediakan supaya
pengauditan dapat dilaksanakan mengikut keutamaan, penilaian dibuat secara
objektif dan bebas bukan sahaja berkaitan dengan aspek kawalan dalaman malahan
pengurusan risiko dan tadbir urus organisasi, melaporkan penemuan yang signifikan
serta mengesyorkan cadangan yang memberi impak kepada organisasi.
c. Bagi memperbaiki tahap pengurusan kewangan, penglibatan Pegawai
Pengawal/Ketua Jabatan perlu dipertingkatkan. Mereka perlu terlibat secara ‘hands
on’ dalam urusan tersebut.
d. Ketua Jabatan perlu mewujudkan sistem check and balance, frequent monitoring and
audit spot checks, mengadakan penilaian secara berkala ke atas kemahiran dan
keupayaan pegawai serta memberi latihan kepada pegawai yang terlibat dengan
pengurusan kewangan bagi meningkatkan kecekapan mereka. Ini adalah bagi
mengelakkan pegawai kurang mahir atau kurang pengetahuan menggunakan budi
bicara apabila membuat keputusan.
JABATAN AUDIT NEGARA
Putrajaya
22 Mei 2012
PENUTUP
JD004885
DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADKUALA LUMPUR, 2012www.printnasional.com.myemail: [email protected].: 03-92366895 Faks: 03-92224773