Download - laporan khemah
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASISEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOPERASI
POLISKUALA LUMPUR
LAPORANPERKHEMAHAN DAN KEM MOTIVASI PPKI SK TAMAN
KOPERASI POLIS2014
TARIKH:11 - 12 APRIL 2014
TEMPAT:KEM NUR LAMAN BESTARI
ULU YAM, SELANGORPERKHEMAHAN DAN KEM MOTIVASI
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK TAMAN KOPERASI POLIS
KEM NUR LAMAN BESTARI ULU YAM, SELANGOR.
Perkhemahan dan Kem Motivasi Program Pendidikan Khas Integrasi telah
dilaksanakan dengan jayanya selama dua hari bermula 11 April hingga 12
April 2014. Semua program yang dirancang berjalan dengan lancar dan
sempurna.
Seawal jam tiga petang, sesi pendaftaran dan murid dikehendaki
berkumul dihadapan bilik rekreasi PPKI SK Taman Koperasi Polis. Selesai
taklimat ringkas, bas bergerak ke destinasi perkhemahan. Tida di tapak
perkhemahan, murid-murid diberikan taklimat oleh pihak kem mengenai
perjalanan program. Antara aktiviti yang berlangsung pada hari pertama
ialah berendam dan mandi di dalam kolam.
Pada sebelah malam, murid-murid dibahagikan kepada empat
kumpulan yang dibimbing oleh guru-guru kumpulan masing-masing bagi
melaksanakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Setiap kumpulan
dikehendaki mempersembahkan mengikut tajuk yang telah diberikan.
Masing-masing menunjukkan bakat hasil perbincangan dalam kumpulan.
Pada malam itu juga, kami juga turut mengadakan Mjalis Perpisahan
kepada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Siti Mariam Binti
Kasim yang bakal berpindah dan aktiviti malam itu ditamatkan dengan
sesi berbeku oleh murid-murid, guru-guru, pembantu pengurusan murid
serta keluarga.
Pada hari kedua, aktiviti lebih berfokus kepada aktiviti luar iaitu
explore race, permainan dalam kumpulan dan ditamatkan dengan aktiviti
membina istana tertinggi dan mandi-manda. Selesai aktiviti, murid
dilepaskan untuk mengemas segala kelengkapan peribadi dan mengemas
sekitar tapak perkhemahan. Program ditamatkan dengan majlis penutup
program, penyampaian hadiah serta sesi bergambar.
Segala aktiviti telah dirancangkan dapat mencungkil bakat dan
kelebihan yang ada setiap murid-murid khas. Diharap pemerolehan ilmu
pengetahuan dan kemahiran di alam persekolahan dapat menjana
peluasan ilmu secara berterusan untuk digunakan dalam kehidupan
seharian.
Penglibatan semua pihak terutamanya guru-guru serta PPM adalah
penyumbang kepada kejayaan program ini. Walaupun terdapat pelbagai
rintangan yang dihadapi namun ia bukanlah penghalang untuk
meneruskan hasrat murni mambantu murid-murid Pendidikan Khas ini.
Segala kelemahan akan diperbaiki dari semasa ke semasa untuk
memberikan yang terbaik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
semua warga SKTKP dan ibu bapa terutamanya guru-guru PPKI dan
pembantu pengurusan murid kerana membantu melancarkan
Perkhemahan dan Kem Motivasi Program Pendidikan Khas Integrasi 2014.
Disediakan oleh, Disemak Oleh,
………………………….. ………………………………………(NURUL AIN BT ZAHARI) (PN DERMAWATI BT ABD KARIM)GURU LAWATAN PPKI PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHASSK TAMAN KOPERASI POLIS SK TAMAN KOPERASI POLIS
Disahkan Oleh:
......................................................(EN. ABD. RAHMAN BIN SHAHADAT)GURU BESARSK TAMAN KOPERASI POLISKUALA LUMPUR
LAMPIRAN
Murid berkumpul di hadapan Bilik Rekreasi PPK SKTKP
Mengangkat barang untuk dimasukkan ke dalam bas
Sesi berendam kaki di dalam kolam
Sambutan hari lahir murid-murid
Persembahan murid-murid
Persembahan dikir barat
Sarapan pagi sebelum aktiviti bermula
Permainan dalam kumpulan
Explore Race sedang berlangsung
Majlis penutup dan ucapan GPK
Sesi penyampaian sijil dan hadiah
Gambar peserta yang terlibat
Gambar kenangan murid-murid bersama guru-guru dan ppm