Download - Laporan Koir Edited
-
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS IPOH
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) KDC AMBILAN NOVEMBER 2008
MZU 3113
CIPTAAN DAN ENSEMBEL 1
NAMA : CHAN KEE WAI 661015-08-6520
UNIT : PGSR KDC NOV 08 ( MUZIK ) SEM 5
KOD DAN MATA PELAJARAN : MZU 3113 CIPTAAN DAN ENSEMBEL 1
NAMA PENSYARAH : EN. SAMSI B. IJAI
TARIKH HANTARAN : APRIL 2011
-
ISI KANDUNGAN
LAPORAN KANDUNGAN 2
BORANG KOLABORASI 3
JUDUL 4
LAPORAN PROGRAM KONSERT DAN PERSEMBAHAN KOIR 5
LATAR BELAKANG PASUKAN KOIR 6
LATAR BELAKARNG KONDUKTOR 7
PERSIAPAN SEBELUM PERSEMBAHAN 8
RAPTAI, PERSEMBAHAN PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA 9
JADUAL PERSEMBAHAN 12
SUSUN ATUR PERSEMBAHAN 13
SENARAI NAMA AHLI KOIR 14
LIRIK LAGU 15
REFLEKSI 16
LAMPIRAN
-
BORANG KOLABORASI Nama : CHAN KEE WAI
Unit : PGSR KDC MUZIK ( NOVEMBER 2008) SEM 5
Mata pelajaran : MZU 3113 CIPTAAN DAN ENSEMBEL 1
Pensyarah : EN. SAMSI B. IJAI
Bil. Tarikh Perkara Catatan T/Tangan
1. 10 . 12 . 10 Taklimat ringkas daripada
pensyarah
2. 21 . 12 . 10
hingga 23 . 12 . 10
Mencari bahan rujukan
dari Internet dan buku,
berbincang dengan rakan
3. 23 . 12 . 10 Berbincang dengan rakan
4.
26 .12 . 10
hingga 26 . 01 . 11
Menaip tugasan dan
membuat folio
5. 14 . 03 . 11
Menyemak dan
berbincang dengan
pensyarah
6. 14 . 03 . 11 Membaiki tugasan dan
melengkapkannya
7. 18 . 03 . 11 Hantar tugasan
-
JUDUL
TUGASAN KERJA KURSUS MZU 3113 : CIPTAAN & ENSENBEL 1 PGSR MUZIK AMBILAN NOV. 2008
SEMESTER 5 (DIS 2010 JUN 2011)
1.7 Secara individu menyiapkan laporan tentang Program Konsert & Persembahan
Koir dan ia hendaklah disertakan dengan bukti kehadiran pada konsert tersebut.
1.7.1 Laporan persembahan
1.7.2 Etika Persembahan
[10 Markah]
-
LAPORAN PROGRAM KONSERT DAN PERSEMBAHAN KOIR
Tajuk Konsert : A Musical Journey Around The World
Oleh : Chan Kee Wai
Tarikh : 23 dan 24 Januari 2010
Tempat : Dewan Filharmonik PETRONAS
Ground Floor, Tower 2, Petronas Twin Towers
Kuala Lumpur 50088 Malaysia
Kumpulan Koir :
Chung Cheng Primary Choir
Konduktor :
Mr. Richard Kaufman
Lagu : Its A Small World
Pencipta : Richard dan Robert Sherman
Penggubah : Ken Whitcomb
Iringan Lagu :
Malaysian Philharmonic Orchestra
-
Latar Belakang Pasukan Koir
Pasukan koir SJKC Chung Cheng telah ditubuhkan pada Oktober 1997. Ia
merupakan satu inisiatif persatuan muzik dalam menggalakkan penglibatan murid
secara aktif dalam bidang kokurikulum disamping menghayati keindahan seni nyanyian
dan kebudayaan negara ini. Anggotanya terdiri daripada murid tahun 2 hingga tahun 6.
Pasukan koir sekolah ini mulai mencapai nama di arena koir semenjak 1999
dimana ia telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan koir sekolah rendah
peringkat negeri Perak. Pasukan ini telah melayakkan diri ke peringkat kebangsaan dan
seterusnya menjuarai pertandingan koir sekolah rendah peringkat kebangsaan pada
tahun 2004 hingga 2006.
Selain daripada menyertai pertandingan, pasukan koir ini juga turut bersama
dalam aktiviti komuniti dan majlis-majlis perayaan, baik oleh pihak swasta atau kerajaan,
khasnya aktiviti anjuran Jabatan Pelajaran. Pasukan koir sekolah ini telah diberi
anugerah kecemerlangan Kokurikulum negeri Perak tahun 2006 dan telah disenaraikan
sebagi finalis bagi Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan.
Sebagai cabaran dan pengkitirafan terhadap kewibawaan pasukan koir ini,
pasukan ini telah mendaftar dengan Trinity College of London untuk penilaian Koir
( Choral Assessment) dan persembahan mereka telah memenangi pangkat kepujian
Distinction dari pihak pemeriksa. Pasukan koir ini juga pernah memenagi Gold Medal
di 6th Young Singers Choral Festival Childrens Choir Competition pada tahun 2006.
Baru-baru ini pada Januari 2010 pula, pasukan koir SJKC Chung Cheng telah
membuat persembahan bersama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra di bawah
pimpinan En. Richard Kaufman di Dewan Philharmonic KLCC.
Pasukan ini telah melayakkan diri ke pertandingan koir bertaraf dunia dan pernah
ditawarkan untuk bertanding dalam World Choir Games di Graz, Austria pada tahun
2008. Mereka juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam 2nd Asian Choir Game di
Gyeongnam Province, South Korea 2009, China 2010 dan Kambodia 2011. Hasrat
untuk ke luar negeri tidak tercapai disebabkan oleh masalah kewangan.
-
Latar Belakang Konduktor
Richard Kaufman adalah seorang konduktor
profesional yang mengkonduk muzik klasikal dan
muzik filem dalam konsert atau rakaman filem. Beliau
merupakan ketua konduktor untuk Orange Countys Pacific
Symfony dan Chicago Symphony. Beliau selalu diundang
sebagai konduktor undangan untuk orkestra-orkestra di Amerika Syarikat dan seluruh
dunia. Beliau pernah bekerjasama dengan London Symphony, the Brandenburg
Philharmonic, the Nuremberg Symphony dan the New Zealand Symphony.
En. Richard menerima Best Pop Instrumental Performance dalam Grammy
Award pada tahun 1993 dan dua pencalonan dalam Emmy Award. Selama18 tahun
dari tahun 1984, beliau menyelia muzik untuk MGM dalam projek filem dan televisyen.
Beliau pernah menjadi pemimpin orkestra untuk John Denver, Andy Williams dan
sebagainya.
Sebagai seorang pemain violin, beliau merupakan salah seorang pemuzik dalam
muzik filem Jaws, Close Encounters of the Third Kind dan Animal House. Beliau juga
pernah membuat rakaman bersama artis seperti John Denver, The Carpenters dan Ray
Charles.
-
Persiapan Sebelum Persembahan
Pada 6 Januari 2010, pihak Malaysian Philharmonic menghubungi SJKC Chung
Cheng dan menjemput koir sekolah ini untuk membuat persembahan di Dewan
Filharmonik Petronas pada 23 dan 24 Januari 2010. Skor lagu diterima pada 11 Januari
tetapi perlu digubah sebab ia tidak sesuai untuk renj suara murid-murid sekolah rendah.
Dalam masa dua minggu, pihak sekolah terpaksa memilih, melatih ahli koir,
meminjam dan mendapatkan kostum atau pakaian berbilang kaum seperti yang diminta
oleh pihak MPO, menyediakan pengangkutan dan kewangan.
Tarikh Perkara Tindakan
04.01.2010 Sekolah dihubungi oleh Dewan Filharmonik
Petronas.
Guru Besar
dan Guru Koir
06.01.2010 Sekolah menerima surat dan skor lagu dari pihak
Filharmonik dan Jabatan Pendidikan Perak.
Guru Besar dan
Guru Koir
07.01.2010 Gubahan lagu untuk disesuaikan dengan suara
kanak-kanak
Guru Koir
09.01.2010 Latihan dan pemilihan ahli-ahli koir seramai 30
orang
Guru Koir
07.01.2010 Pengangkutan dan kewangan Guru Besar dan
Penolong Kanan
07.01.2010 Surat menyurat Guru Besar dan
Guru Koir
09.01.2010 -
20.01.2010
Meminjam kostum dan assessori Guru Besar dan
Guru Koir
-
Raptai Persembahan (22 Januari 2010)
Pasukan koir tiba di menara kembar KLCC pada 22 Januari 2010 tengah hari
untuk raptai pada pukul 2 petang. Wakil MPO Cik Soraya Mansor (Manager and
Outreach) dan En. Mohd Syafik Afandi (Artistic Administration) memperkenalkan
pasukan koir dengan konduktor En. Richard Kaufman dari Amerika. Raptai dimulakan
dengan nyanyian koir bersama pemain piano MPO, selepas itu dengan orkestra MPO.
Masa Perkara Tindakan
12 tengah hari Tiba di Dewan Filharmonik Petronas Rombongan Pasukan Koir SJKC Chung Cheng
12.15 pm Makan tengah hari (disediakan) Ahli rombongan
2 petang Raptai di Dewan Filharmonik bersama En. Kaufman dan pemain piano MPO
Ahli Koir
3 petang Raptai di tempat yang sama bersama orkestra MPO yang dipimpin oleh En. Kaufman.
Ahli Koir
5 petang Rombongan di bawa ke Hotel PNB Darby Park untuk berehat. Check-in
Rombongan Koir
-
Persembahan Pertama Konsert 1 : Family Fun Day (23 Januari 2010) 3 petang
Pasukan koir telah berada di Dewan Filharmonik pada pukul 1 petang. Ahli-ahli
koir dan guru-guru pengiring dibawa ke bilik salinan untuk bersiap sedia. Selepas itu
raptai naik turun pentas dilakukan sekali lagi dengan kehadiran konduktor En. Kaufman.
Pada pukul tiga petang, konsert bermula. Penonton dihiburkan dengan lagu-lagu
terkenal dari seluruh dunia. Pada pukul tiga setengah petang ahli-ahli koir telah bersiap
sedia di pintu masuk belakang penonton dengan pakaian berbilang kaum yang
berwarna warni.
Apabila lagu yang kesepuluh habis dipersembahkan, konduktor orkestra En.
Kaufman memperkenalkan lagu seterusnya yang bertajuk Its A Small World. Selepas
penerangan lagu tersebut, beliau memberi tahu penonton bahawa lagu ini akan
dinyanyikan oleh Chung Cheng Primary Choir. Apabila muzik dimainkan ahli-ahli koir
muncul dari belakang penonton sambil meniup wisel dan humming mengikut muzik
yang dimainkan sehingga mereka naik ke pentas dan terus meyanyikan lagu Its A
Small World.
Penonton yang terkejut dengan kemunculan ahli-ahli koir itu telah memberi
tepukan yang gemuruh sehinggakan siulan dan humming ahli-ahli koir tidak dapat
didengar namun sebaik sahaja mereka naik ke pentas dengan sistem bunyi yang
canggih, nyanyian koir tersebut dapat didengar dengan jelas dan seimbang dengan
bunyi yang dihasilkan oleh orkestra MPO.
Chung Cheng Primary Choir telah menyanyi dengan sepenuh hati mereka tetapi
mereka nampak tegang dan takut sebab ini adalah kali pertama mereka menyanyi di
pentas yang begitu canggih dan diiringi oleh orkestra yang terkenal serta dewan yang
penuh dengan penonton. Namun mereka cuba untuk menyanyi dengan senyuman dan
akhirnya berjaya mendapat tepukan yang gemuruh dari penonton dan konduktor serta
ahli orkestra.
Selepas ahli-ahli koir bow atau tunduk , konduktor orkestra masuk ke belakang
pentas dan diikuti oleh ahli-ahli koir. Apabila mereka berada dibelakang pentas,
penonton masih bertepuk tangan menandakan yang mereka inginkan encore. En.
-
Kaufman sekali lagi naik ke pentas dan membimbing orkestranya dengan sebuah lagu
finale iaitu Star Wars.
Selepas bertukar pakaian, ahli-ahli koir balik ke hotel untuk berehat.
Persembahan Kedua Konsert 2 : Family Fun Day (24 Januari 2010) 2.30 petang
Rombongan pasukan koir check-out dari hotel pada pukul 12 tengah hari.
Selepas makan tengah hari, pasukan koir bersiap sedia dengan persembahan kedua
mereka. Kali ini ahli-ahli koir nampak lebih ceria dan tidak begitu tertekan.
Persembahan mereka juga mendapat sambutan yang baik dari penonton. Apa yang
berbeza kali ini ialah penonton menyambut kehadiran ahli-ahli koir dengan tepukan
mengikut beat lagu sehingga pasukan koir naik ke pentas. Ini memberi semangat
kepada ahli-ahli koir untuk menyampaikan lagu mereka dengan lebih baik.
Persembahan Ketiga Konsert 3 : Family Fun Day (24 Januari 2010) 4.30 petang
Selepas berehat setengah jam, ahli-ahli koir brada di bilik salinan untuk touch up
solekan mereka. Pada pukul lima petang mereka telah berada di pintu masuk dewan
untuk persembahan ketiga dan terakhir mereka. Kali ini mereka berkeyakinan penuh
semasa masuk ke dewan sungguhpun dewan penuh dengan penonton. Ini dapat dilihat
dengan cara mereka berjalan dan semasa mereka menyanyi.
Untuk persembahan yang ketiga ini, selepas pasukan koir turun dari pentas, En.
Kaufman telah ke belakang pentas semasa tepukan encore dan menyuruh ahli-ahli koir
berpegang tangan dan mengikut beliau ke tengah pentas untuk tunduk hormat sekali
lagi. Selepas tamat persembahan, pasukan koir diberi cendera hati oleh pihak
Filharmonik. Pada pukul enam petang, rombongan koir berangkat pulang ke Sitiawan,
Manjung.
-
Jadual Persembahan
Jumaat 22.01.2010
12.30 p.m.
Rombongan tiba di Dewan Filharmonik PETRONAS dari Sitiawan, Perak. DEWAN FILHARMONIK PETRONAS Level Two Tower Two PETRONAS Twin Towers Kuala Lumpur City Centre 60088 Kuala Lumpur
2.00p.m. 5.00p.m.
Raptai untuk 23 dan 24 Januari 2010 : Mingikut Susunan Konsert
5.30 p.m.
Check-in di PNB Darby Park Hotel Penginapan PNB Darby Park Executive Suites Kuala Lumpur No. 10 Jalan Binjal 50450 Kuala Lumpur
Sabtu 23.01.2010
3.00p.m.
Konsert 1 : Family Fun Day Konduktor : Richard Kaufman Koir : Chung Cheng Primary Choir Orkestra : Malaysian Philharmonic Orchestra
Ahad 24.01.2010
12.00 p.m. Check-out dari PNB Darby Park
2.30 p.m.
Konsert 2 : Family Fun Day Konduktor : Richard Kaufman Koir : Chung Cheng Primary Choir Orkestra : Malaysian Philharmonic Orchestra
4.30p.m.
Konsert 3 : Family Fun Day Konduktor : Richard Kaufman Koir : Chung Cheng Primary Choir Orkestra : Malaysian Philharmonic Orchestra
6.30p.m. Rombongan Berangkat pulang
-
Susun atur Persembahan Konsert MPO Family Fun Day
Tajuk : A Musical Journey Around The World
VICTOR YOUNG
Around the World in 80 Days Overture 3.10mins
arr. LEROV ANDERSON
Irish Suite The Girl Left Behind 3 mins
MALCOLM ARNOLD
Two Scottish Dances 4 mins
MONTY NORMAN
James Bond Theme 2mins
JACQUWA OFFENBACH arr. MANUEL ROSENTHAL
Gaite Parisienne Overture 2.15 mins
- Vivo 1 min
ENNIO MORRICONE arr. HENRY MANCINI
First Young from Cinema Paradiso 4.30 mins
NINO ROTA arr. HENRY MANCINI
Bevete Piu Latte (Drink More Milk) 1.35 mins
RICHARD RODGERS
The King And I March of the Siamese Children 2.30 mins
HENRY MANCINI
Baby Elephant Walk from Hatari 3 mins
TRADITIONAL arr. C DRAGOIN
Turkey in the Straw 3 mins
RICHARD & ROBERT SHERMAN arr. KEN WHITCOMB
Its A Small World 3.30 mins
(Bersama Chung Cheng Primary Choir) Brouschure di Lampiran
-
Senarai Ahli-ahli Koir :
SENARAI NAMA PESERTA YANG MENYERTAI KONSERT MPO SJKC CHUNG CHENG, SITIAWAN, PERAK
22 24 JANUARI 2010
No. Nama Jan. Umur S.Lahir Jawatan Alamat
1. CHAW JIA YEE P 12 AH31270 Murid SJKC CHUNG CHENG
2. CECILIA HAR P 12 L191020 Murid SJKC CHUNG CHENG 3. TAN YI LEE P 12 AI68618 Murid SJKC CHUNG CHENG 4. TING PING JIN P 12 AJ17214 Murid SJKC CHUNG CHENG 5. WONG YING SING P 12 AH31038 Murid SJKC CHUNG CHENG 6. GUOK BOON LI P 12 AF56659 Murid SJKC CHUNG CHENG 7. LAU FONG QING P 12 AH31398 Murid SJKC CHUNG CHENG 8. IRENE WONG LAI YING P 12 L 192855 Murid SJKC CHUNG CHENG 9. AIMI YASMIN P 12 AJ31246 Murid SJKC CHUNG CHENG 10. ELISE KONG XIN YUIN P 12 AH31803 Murid SJKC CHUNG CHENG 11. NGOI KUAN BING L 12 L133940 Murid SJKC CHUNG CHENG 12. MONICA MERLI P 12 L005140 Murid SJKC CHUNG CHENG
13. CHONG MING HAW P 12 AJ17145 Murid SJKC CHUNG CHENG 14. TIOE QI P 11 AN62972 Murid SJKC CHUNG CHENG 15. TENG SHUN TIAN L 11 AN62182 Murid SJKC CHUNG CHENG 16. CELINE DIONG XIAO YI P 11 AL37032 Murid SJKC CHUNG CHENG
17. WINNIE SOO P 11 AN88057 Murid SJKC CHUNG CHENG 18. CHING JUNN YIING P 11 AM50731 Murid SJKC CHUNG CHENG 19. SIA WEN LING P 11 AM94488 Murid SJKC CHUNG CHENG 20. CELINE YONG P 11 AL91475 Murid SJKC CHUNG CHENG 21. LAU YIK CHIN P 11 AL06460 Murid SJKC CHUNG CHENG 22. JORDAN LOW QIAN HAN L 11 AN92878 Murid SJKC CHUNG CHENG
23. TIEW NGUK SIN P 11 AL66332 Murid SJKC CHUNG CHENG 24. JOHN ONG KUO ERN L 11 AL24642 Murid SJKC CHUNG CHENG
25. LISA CHEONG CHUN JING P 11 AL66288 Murid SJKC CHUNG CHENG 26. SARAH CHEONG YIN SHI P 10 AQ68421 Murid SJKC CHUNG CHENG 27. TIANG JIA YING P 10 AQ68360 Murid SJKC CHUNG CHENG 28. GENIE WONG ZI YUN P 10 AT33627 Murid SJKC CHUNG CHENG 29. LEE JING MUN P 10 AS98584 Murid SJKC CHUNG CHENG
30. YEW SHI MUN P 10 AQ67965 Murid SJKC CHUNG CHENG 31. CHAN KEE WAI P 44 661015086520 Guru SJKC CHUNG CHENG 32. YONG WHY ENG P 45 651023086898 Guru SJKC CHUNG CHENG
Pasukan ini diwakili oleh 30 orang murid ( 4 lelaki dan 26 perempuan) serta dua
orang guru dan guru besar SJKC Chung Cheng. Murid yang mengambil bahagian
adalah dari berbilang kaum termasuk seorang murid Melayu dan seorang dari kaum
Bidayuh. Mereka dipilih dari ahli-ahli tahun 4, 5 dan 6 disebabkan kesuntukan masa
untuk berlatih. Guru pengiring bertanggungjawab melatih serta menyediakan murid
untuk persembahan.
-
Lagu : Its A Small World
Its a world of laughter a world of tears
Its a world of hopes and a world of fears
Theres so much that we share that its time were aware
Its a small world after all
Its a small world after all (3x) Its a small small world
There is just one moon and one golden sun
And a smile means friendship to everyone
Though the mountains divide and the oceans are wide
Its a small world after all
Its a small world after all (3x) Its a small small world
-
Refleksi:
Saya berpeluang mengikuti dan menyaksikan persembahan konsert ini sebab
saya merupakan guru pembimbing Chung Cheng Primary Choir SJKC Chung Cheng.
Dari saat saya menerima panggilan dari Cik Soraya, saya berasa begitu gembira sebab
pasukan koir sekolah saya berpeluang menyanyi di pentas yang bertaraf antara bangsa.
Seperti yang disebut dalam laporan saya, banyak perkara yang perlu dibuat dan
disiapkan dalam masa yang begitu singkat iaitu lebih kurang dua minggu. Kita bernasib
baik sebab hanya perlu menyanyikan sebuah lagu. Yang mencabarnya ialah skor yang
diberikan adalah dalam bentuk S.A.T.B dan saya perlu membuat sedikit perubahan
supaya murid saya dapat menyanyi dalam renj suara mereka. Pihak MPO tidak
memberi kita minus one, apa yang ada hanyalah skor orkestra. Saya terpaksa suaikan
iringan lagu dengan piano supaya murid saya dapat membiasakan diri dengan muzik
iringan orkestra nanti. Pada hari raptai, semuanya berjalan lancar. En Kaufman puas
hati dengan nyanyian koir dan ahli-ahli koir juga dapat menyesuaikan diri dengan iringan
orkestra.
Saya dapat lihat yang persembahan mereka semakin mantap dan mereka lebih
berkeyakinan. Mereka menyanyi dengan begitu yakin semasa konsert ketiga. Bagi
saya, apa yang penting di sini ialah pendedahan pasukan koir ini. Kekerapan
persembahan dan pendedahan mereka kepada penonton yang begitu ramai secara
tidak langsung melatih mereka dari segi etika persembahan, menghormati pemimpin,
berdisiplin, bekerjasama, bersedia untuk sebarang perubahan dan berani menghadapi
cabaran.
Sebagai guru pembimbing pasukan koir ini, saya berasa bangga dengan
pencapaian anak murid saya. Mereka bukan sahaja dapat mempelajari sebuah lagu
yang baru dalam masa dua minggu, malah berjaya menyanyi dalam harmoni dan
dengan penuh keyakinan.
Saya tidak dibenarkan mengambil gambar dan video semasa konsert sedang
berlangsung tetapi pihak MPO telah memberikan satu salinan gambar foto yang mereka
ambil sewaktu raptai dan persembahan kepada sekolah saya. Sekurang-kurangnya
ada bukti dan kenangan.
-
Sepanjang konsert, tiada apa yang tidak diingini berlaku. Mic dan sistem
bunyinya bagus sekali sebab biasanya dalam sesebuah persembahan koir, mic yang
digunakan tidak sesuai untuk koir tetapi di sini semuanya canggih sekali. Satu masalah
yang dihadapi oleh pasukan koir ini ialah bukan semua murid tahu bersiul. Sebab itulah
semasa masuk ke dewan ada yang bersiul yang lain terpaksa humming seperti yang
diarahkan oleh konduktor.
Seperti yang disebutkan tadi, persembahan koir ini semakin bertambah baik dari
sikap yang malu, kurang yakin, takut, kurang senyuman pada konsert pertama kepada
persembahan yang bertenaga, ceria, berkeyakinan pada konsert yang ketiga. Ini dapat
dilihat dari cara mereka berjalan, menyanyi, senyum dan eye contact dengan
konduktor.
Kesimpulan yang saya dapati dari persembahan kali ini ialah murid-murid (ahli-
ahli koir) kita perlu diberi peluang untuk membuat persembahan di luar sekolah. Dari
pengalaman saya, murid-murid yang kerap membuat persembahan akan mempunyai
keyakinan diri. Mereka berani berhadapan dengan orang ramai, senang bekerjasama
dengan rakan dan bertanggungjawab. Jika tidak membuat persembahan, sekurang-
kurangnya mereka menyaksikan persembahan koir lain supaya mereka dapat
mendengar dan belajar dari orang lain atau sekolah lain. Murid-murid belajar dari
peniruan, dengan itu kita berikan yang baik supaya mereka boleh mencontohi yang baik.
Dalam perjalanan balik ke Sitiawan, murid-murid saya mengatakan bahawa ini
adalah satu pengalaman manis yang tidak dapat dan tidak akan mereka lupakan. Ini
merupakan kali pertama mereka menyanyi dengan iringan orkestra, kali pertama
dipimpin oleh seorang konduktor Amerika, kali pertama menyanyi di Dewan Filharmonik,
kali pertama makan sandwich Subway dan kali pertama dilayan seperti seorang artis
kata mereka. Saya turut bergembira sebab murid saya mempelajari dan mengalami
pengalaman yang baru yang saya tidak dapat beri kepada mereka di dalam bilik darjah.
-
LAMPIRIRAN