Download - LAPORAN LAWATAN BERMAKLUMAT
LAPORAN LAWATAN MELAKA-KUALA LUMPUR KELAS DEWASA ORANG ASLI DAN PENAN
(KEDAP)BAGI TAHUN 2012
KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12
LAPORAN LAWATAN BERMAKLUMAT
PELAJAR KEDAP KE MELAKA-KUALA LUMPUR BAGI TAHUN 2012
TAJUK BUTIRAN / PENERANGAN
MATLAMAT 1. Pelajar dapat mempraktikkan apa yang
dipelajari misalnya membaca nama-nama
tempat yang dilawati dan mengenali tempat-
tempat yang dilawati.
OBJEKTIF1. Memberi pendedahan tentang keunikan
budaya masyarakat yang dilawati kepada
pelajar dewasa orang asli.
2. Memperluaskan pengetahuan pelajar tentang
persekitaran dan pembangunan negara.
3. Memberi pendedahan tentang bidang kerjaya
yang pelbagai sebagai panduan masa hadapan
untuk anak-anak pelajar Kedap.
4. Membolehkan pelajar-pelajar mengetahui dan
menghayati peninggalan sejarah negara.
5. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada terhadap kebudayaan yang berbeza
dalam sesebuah negara majmuk
TARIKH PELAKSANAAN17 Oktober hingga 19 Oktober 2012
TEMPAT-TEMPAT
LAWATAN
Kota A’famosa, River Cruise, Menara Taming Sari, Muzium
Istana Melaka, Taman Buaya Melaka, Putra Jaya Kuala
Lumpur, Istana Negara, Petrosains KLCC dan Aquaria
KLCC.
m/s 2
KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12
SASARAN Semua pelajar KEDAP dan tenaga pengajar
PERSONALIA Rujuk Kertas Kerja
KOS/SUMBER/
PERBELANJAAN
SEBENAR
¼ Kos lawatan dari KEDAP manakala ¾ lagi sumber
kewangan datangnya dari sumbangan kerjasaama Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gerik.
PENGISIAN Rujuk Tentatif (* tetapi terdapat beberapa pindan lokasi
semasa lawatan yang sebenar)
LAPORAN HARI
PERTAMA LAWATAN DI
MELAKA
17/10/2012
- Semua pelajar Kedap bertolak ke pekan Gerik
pada pukul 8.00 pagi dari Dala secara berkonvoi
ke Wisma Persekutuan Gerik. Di situ kami
berkumpul dan bergabung bersama peserta
lawatan dari JAKOA seramai 26 orang yang juga
turut serta bersama-sama rombongan kami.
- Kami bergerak pada pukul 11.00 pg ke Melaka
dengan menaiki dua buah bas yang terdiri
daripada peserta rombongan KEDAP dan
peserta rombongan dari JAKOA.
- Setibanya kami di Melaka ialah pada pukul 6.30
ptg. Sejurus ketibaan kami di Melaka, kami terus
ke tempat penginapan di Hotel Explorace
Melaka. Di situ tenaga pengajar KEDAP telah
membahagikan pelajar kepada bilik masing-
masing. Di mana setiap satu bilik ditempatkan
seramai dua orang sahaja.
- Sejurus selesai pembahagian bilik kepada peserta
barulah kami ke tempat makan malam pada
pukul 7.00 mlm.
- Pada sebelah malamnya pula, sebenarnya tiada
sebarang aktiviti. Tetapi kami telah ditawarkan
m/s 3
KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12
oleh pemandu bas, untuk membawa kami
membeli- belah di Maidin Melaka pada pukul
8.30 mlm sehingga pukul 10.30 mlm.
- Selepas pulang dari membeli-belah, semua
peserta
- masuk ke bilik masing-masing dan berehat
secukupnya.
LAPORAN HARI KEDUA
LAWATAN DI MELAKA-
KUALA LUMPUR
18/10/2012
- Pada pukul 7.00 pg semua peserta rombongan
bersarapan pagi di Cafe Explorace.
- Kami keluar dari Hotel Explorace pada pukul
8.00 pagi, dan semua peserta berkumpul untuk
bergerak bersama-sama ke destinasi lawatan
yang ingin dituju.
- Oleh kerana Hotel yang dinginap itu berdekatan
dengan tempat yang dituju, kami pun bergerak
secara berkumpulan dengan berjalan kaki ke
Kota A’famosa. Sepanjang perjalanan hendak
menuju ke Kota A’famosa itu kami berpeluang
menaiki bukit kubu ke Gereja St.Paul. Selain itu
juga, kami dapat mengamati pandangan yang
cantik dari atas kubu itu. Walaupun kepenatan
menaiki bukit itu, namun semua peserta
kelihatan gembira dan seronok.
- Setelah turun dari kubu itu, barulah kami ke
kota A’famosa untuk melihat sendiri keuntuhan
dinding dan keunikan Kota A’famosa itu sendiri.
Dalam masa itu juga kami bertuah dan
berkesempatan kerana dapat melihat penari-
penari tradisional Portugis yang kebiasaannya
terkenal dengan lagu ”Jingkling Nona”. Sungguh
mengasyikkan sekali jika dilihat secara langsung.
m/s 4
KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12
Kelihatan pelajar-pelajar KEDAP juga agak
teruja dan seronok.
- Setelah selesai melawat di Kota A’Famosa kami
pun bergerak ke tempat lawatan yang
berhampiran iaitu Muzium Istana Melaka. Di
dalam Muzium itu kami berpeluang
menyaksikan adat istiadat Sultan di Istana.
Barang-barang peninggalan yang bersejarah
misalnya Keris, pedang, dan sebagainya. Selain
itu dapat juga menyaksikan pameran jenis-jenis
istana dan rumah yang di bina di Melaka pada
zaman kesulatanan Melaka dahulu.
- Sejurus selesai di Muzium Istana itu, kamipun
bergerak pula ke River Cruise. Di situ kami
semua teruja dengan melihat panorama
sepanjang perjalan bot yang kami naiki
menyusuri sungai. Sungguh mengagumkan
apabila cerita-cerita Hikayat Kesultanan Melayu
Melaka di lukiskan di setiap dinding-dinding
bangunan lama yang terdapat di sepanjang
laluan River Cruise. Selain itu juga kami dapat
melihat sendiri perkampungan-perkampungan
lama yang masih berdiri teguh di situ. Memang
mengagumkan.
- Selesai di River Cruise kami bergerak pula ke
tempat lawatan seterusnya iaitu Menara Taming
Sari. Inilah di antara banyak-banyak tempat
yang dilawati sangat menggayatkan. Tidak
kesemua peserta rombogan kami yang menaiki
menara ini. Kerana ada di antara mereka yang
tidak sanggup berada di tempat yang tinggi.
m/s 5
KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12
Tetapi apabila sudah dinaiki kebanyak dari
mereka berasa seronok dan teruja kerana dapat
melihat kecantikan panorama bandar Melaka
serta berpeluang melihat selat Melaka juga.
- Tempat lawatan seterusnya pula ialah Taman
Buaya Melaka yang juga merupakan tempat
lawatan akhir di Melaka. Di sini kami dapat
melihat model bangunan yang menjadi simbolik
dan kemegahan negara kita Malaysia misalnya,
Masjid Putra Jaya, Kota A’famosa, Menara
Berkembar Petronas, KLCC, arca Satu Malaysia
dan sebagainya. Selain itu juga terdapat pameran
pelbagai jenis reptilia iaitu buaya yang di
perolehi daripada seluruh pelusuk dunia dapat
disaksikan di sini. Kami juga turut menikmati
pakej lain seperti permainan Rumah Hantu dan
Rumah Dinasour yang terdapat di dalam Taman
Buaya itu. Memang ternyata sungguh
menghiburkan dan seronok.
- Akhir tempat lawatan yang terakhir bagi hari
kedua ini pula ialah Putra Jaya Kuala Lumpur.
Di sini kami berpeluang melihat keindahahan
Putra Jaya yang tersergam indah.
- Selesai semua lawatan pada hari kedua ini kami
pun bergerak ke Hotel Flaminggo di Kuala
Lumpur untuk penginapan.
LAPORAN HARI KETIGA
LAWATAN KE KUALA
LUMPUR
19/10/2012
- Semua peserta bangun seawal pagi dan
bersarapan pada pukul 7.00 pagi.
- Kami bergerak keluar dari Hotel Flaminggo
adalah pada pukul 8.30 pg.
- Tempat pertama yang kami tujui pada hari ini
m/s 6
KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12
ialah Istana Negara. Di situ kami berada selama
45 minit sahaja. Kami berpeluang menyaksikan
Istana Negara yang sangat indah dah besar.
Selain itu juga pengawal kota istana juga turut
menjadi perhatian kami dan tarikan kepada
semua pelancong yang hadir di situ.
- Selesai melawat di Istana Negara kami pun
bergerak pula ke tempat lawatan seterusnya iaitu
Petrosains Klcc. Di sini pelajar-pelajar KEDAP
berpeluang mempelajari beberapa perkara yang
baru atau yang tidak pernah dilihat atau
didengari sebelum ini. Kami banyak didedahkan
dengan beberapa ilmu sains yang sebenarnya
sentiasa berada di sekeliling kita dan di dalam
kehidupan kita seharian. Tarikan yang paling
diingati di sini ialah pengangkutan massa yang
berbentuk separuh bujur. Selain itu juga pelajar
kami juga berpeluang menyaksikan permainan
sains.
- Tempat lawatan seterusnya pula ialah di Aquaria
Klcc. Kalau tadi kami berada di tempat lawatan
paling atas sekali kini kami berada di bahagian
banguanan KLCC paling bawah pula. Terdapat
pelbagai jenis hidupan akuatik yang boleh
disaksiakan di sini. Pelajar-pelajar KEDAP juga
kelihatan begitu teruja sekali walaupun ada
dikalangan mereka yang aktiviti hariannya
menangkap ikan di sungai. Tetapi kali mereka
dapat menyaksikan pelbagai jenis hidupan lain
yang terdapat di dalam air dengan secara
langgsung. Memang kelihatan begitu seronok
m/s 7
KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12
sekali di wajah mereka walaupun sudah penat
dan keletihan berjalan sepanjang lawtan.
- Selesai melawat Aquaria tadi maka berakhirlah
destinasi lawatan kami.
- Kami bertolak balik ke Gerik pada pukul 5.00
ptg dan sampai pada pukul 11.30 mlm.
- Di pekan Gerik semua pelajar dan tenaga
pegajar KEDAP bermalam di Hotel Tmenggor
Gerik. Ke esokan paginya barulah pelajar
KEDAP bergerak pulang ke perkampungan
Dala.
PENUTUP - Secara keseluruhanya objektif serta matlamat
lawatan ini berjaya dicapai oleh semua pelajar.
Kami juga selaku tenaga pengajar KEDAP ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas
lawatan muhibah ini, di mana julung-julung
kalinya kami dari dua jabatan iaitu sekolah dan
pihak JAKOA bergabung dan membuat lawatan
secara bersama serta turut dibantu dari segi kos
perbelanjaan lawatan yang agak besar untuk
menjayakan rombongan ini. Kami juga ingin
melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga
kepada Tuhan kerana dengan berkatnya
rancangan lawatan ini berjaya dilaksanakan
dengan lancar dan baik. Selain itu juga kami
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
tuan Guru Besar kerana membenarkan lawatan
ini dijalankan dan setinggi penghargaan juga
kepada Pengusaha Dewan Makan Asrama iaitu
EN.Hamid yang telah menyumbangkan sedikit
sebanyak wang tunai bagi membantu kos lawatan
m/s 8
KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12
kami. Kesimpulanya matlamat dan objektif
lawatan tercapai.
24 OKTOBER2012
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
…………………………… ……………………………( CIK PADMINI A/P PADOM )Guru KEDAP SK RPS Dala, Gerik33300 Gerik Perak.
LAMPIRAN AKTIVITI LAWATAN
1. Tempat pameran Kapal Perang dan Kereta Api Tanah Melayu
m/s 9
KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12
2. Sekitar kawasan kubu Gereja St.Paul
3. Sekitar Kota A’famosa
4. Sekitar Istana Kesultanan Melaka
m/s 10
KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12
5. Kenangan bersama River Cruise
6. Taman Buaya Melaka
7. Putra Jaya Kuala Lumpur
m/s 11
KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12
8. Istana Negara Kuala Lumpur
9. Petrosains KLCC
10. Aquaria KLCC
m/s 12
KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12
11. Bergambar kenangan di Hotel Explorace Melaka dan Hotel Flaminggo KL.
KERTAS CADANGAN
m/s 13
KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12
LAWATAN SAMBIL BELAJAR / LAWATAN BERMAKLUMATPELAJAR KEDAP KE MELAKA- KUALA LUMPUR BAGI TAHUN 2011
1. NAMA PROGRAM
Lawatan Sambil Belajar / Lawatan Bermaklumatb
2. TEMPAT DILAWATI
Sekitar Melaka dan Kuala Lumpur
3. TARIKH LAWATAN17-20 Oktober 2012
4. RASIONAL
4.1 Pelajar Kedap dapat melihat kesan sejarah untuk mendalami pengetahuan dan menambahkan pengalaman mereka.4.2 Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran secara tidak langsung dalam membentuk dan membantu memperkayakan pengetahuan pelajar Kedap.4.3 Pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam negeri Perak dan negeri yang dilawati.4.4 Memberi pengalaman sebenar kepada pelajar Kedap merasai suasana di ibu negeri Malaysia dan Bandar bersejarah.
5. OBJEKTIF DAN MATLAMAT
5.1 Memberi pendedahan tentang keunikan budaya masyarakat yang dilawati kepada pelajar dewasa orang asli.
5.2 Memperluaskan pengetahuan pelajar tentang persekitaran dan pembangunan negara.
5.3 Memberi pendedahan tentang bidang kerjaya yang pelbagai sebagai panduan masa hadapan untuk anak-anak pelajar Kedap.
5.4 Membolehkan pelajar-pelajar mengetahui dan menghayati peninggalan sejarah negara.
5.5 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada terhadap kebudayaan yang berbeza dalam sesebuah negara majmuk
6. KUMPULAN SASARAN
6.1 Pelajar : 60 orangGuru : 15 orang
m/s 14
KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12
Jumlah : 75 orang
7. ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN( Rujuk Lampiran )
8. SENARAI NAMA PESERTA( Rujuk Lampiran )
9. JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi :Tn.Hj Ahmad Rashid B. Zakaria – (GB, SK RPS Dala)Naib pengerusi :En. Aminudin Bin Ishak – ( PK1, SK RPS Dala) Setiausaha :En. Khairul Syazwan B. ZamriBendahari :Cik Padmini a/p PadomAJK :Cik Muniratul Azlin B. Osman
:Cik Norini Bt. Razak:Pn. Nani Bt. Ali
10. JADUAL LAWATAN ( Rujuk Lampiran )
10. PENUTUP
Program ini diharap dapat memberi manfaat kepada kumpulan sasaran
kerana ia dapat menyemai rasa bangga dan yakin dengan kemajuan dan
kemakmuran negara seiring dengan seruan memartabatkan pendidikan negara.
Disediakan Oleh : Disahkan Oleh:
…………………………………………. ………………………………………( EN KHAIRUL SYAZWAN B. ZAMRI ) ( TN.AHMAD RASHID B. ZAKARIA)Setiausaha, Guru Besar,Lawatan Sambil Belajar Kedap, Sk RPS Dala, Gerik.SK RPS Dala. 33300 Gerik, Perak.
JADUAL LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA- KUALA LUMPUR
( 17,18,19 & 20 OKTOBER 2012 )- Rabu,KhamiS,Jumaat & Sabtu -
m/s 15
KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12
Tarikh Masa Aktiviti
17 Okt2012Rabu
9.00 Pg
10.00 Pg
5.00 ptg
- Berkumpul Di Bangunan Persekutuan JAKOA untuk mendengar taklimat- Pelajar Kedap bertolak keluar dari Gerik ke Melaka.
-Dijangka sampai ke Hotel Melaka
18 Okt2012
Khamis
6.00 Pg6.30 Pg7.00 Pg8.30 pg
12.30 tgh1.30 ptg
7.00 mlm8.30 mlm10.30 mlm
- Sembahyang Subuh - Persiapan diri & Sarapan Pagi di RnR berdekatan lokasi- Dijangka sampai di Melaka- Melawat zoo Melaka- Melawat Taman Buaya- Makan tengah hari dan solat- Melawat Menara Taming Sari- Melawat Kota A’famosa- Makan malam- Pengurusan diri- Bergerak ke Kuala Lumpur untuk ke tempat penginapan- Dijangka sampai ke Hotel Kuala Lumpur
19 Okt2012
Jumaat
6.00 Pagi6.30 pagi8.00 Pagi
12.30 tgh1.00 tgh3.30 ptg4.00 Ptg6.00 Ptg7.30 ptg8.00 mlm3.00 pg
- Bangun dan sembahyang subuh- Persiapan diri dan Sarapan Pagi- Melawat Petrosains dan sekitar KLCC- Makan tengah hari- Melawat Aquaria KLCC- Melawat Menara Kuala Lumpur- Membeli belah di Pasar Raya Maidin- Melawat Putrajaya - Makan malam- bertolak pulang ke Gerik- Pulang ke Tempat Penginapan di Hotel Gerik.
20 Okt2012
Sabtu
6.00 Pg6.45 Pg9.00 pg
- Bangun , solat Subuh Dan sarapan pagi.- Bertolak pulang ke SK RPS Dala- Dijangka sampai di SK RPS Dala
# Sebarang pindaan / perubahan adalah tertakluk pada keadaan semasa Program dilaksanakan. # Sebarang masalah / Pertanyaan semasa lawatan boleh di maklumkan kepada Ketua Rombongan di talian 012 5944642 @ 013 4901264 @ 019 5421635
ANGGARAN SUMBER KEWANGAN PROGRAM
A ) MURID 30 Orang X RM 50.00 = RM 1500.00
m/s 16
KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12
B ) GURU 5 Orang X RM 50.00 = RM 250.00 C ) SUMBANGAN PIBG & AGENSI SETEMPAT = RM D) SUMBANGAN JAKOA = RME) WANG LEBIHAN KEDAP = RM
JUMLAH = RM 1750.00
ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM
a) Makan/Minum :Sarapan Pagi RM2.00 X 35 Orang X 3 Hari = RM 210.00Makan Tengah hari RM5.00 X 35 Orang X 2 Hari = RM 350.00Makan Malam RM5.00 X 35 Orang X 3 Hari = RM 525.00
RM1085.00
b) Bas RM 2800.00 X 3 hari X 2 malam = RM2800.00
c) Penginapan di Hostel Kuala LumpurRM 50 X 35 X 2 hari = RM 3500.00
d) Bayaran-bayaran Masuk/ Tiket
i) Petrosains klcc RM 25.00 X 35 = RM 875.00ii) Aquaria Klcc RM 35.00 X 35= RM 1225.00iii) Zoo Melaka RM10.00 X 35= RM 350.00iv) Taman Buaya RM 10.00 X 35= RM 350.00v) Istana Melaka RM 2.00 X 35= RM 70.00
RM 2870.00
JUMLAH KESELURUHAN = RM 10 255.00
CATATAN
m/s 17
KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12
BIL TEMPAT LAWATAN/ PERKARA
ALAMAT NO.TEL/FAKS
HARGA TIKET
1 Kota A’Famosa Melaka T:606-288 3599 Free
2 River Cruise Perbadanan Pembangunan
Sungai dan Pantai Melaka,
Aras 9 Bangunan Graha Maju
Jln Graha Maju
F:606-2814325
T:606-2883599
RM 25
3 Zoo Melaka Ayer Keroh, 75450 Melaka F: 606-2325859
T:606-2324053
RM 10
4 Taman Buaya Ayer Keroh, 75450 Melaka F: 606-2319136
T:606-2324054
RM 10
5 Petrosains Klcc Petrosains Sdn.Bhd, level 4, klcc
Kuala Lumpur
T: 603-23318787 RM 25
6 Aquaria Klcc Kuala Lumpur City Center,
50088 Kuala Lumpur Malaysia
T: 603-2051 5000
F: 603-20265050
RM 35
7 Menara Kuala
Lumpur
Jalan Punchak, off jalan
P.Ramlee,50250 Kuala Lumpur
Malaysia
T: 603-2020544
F: 603-2034 2609
RM 29
8
m/s 18