-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
1/104
MENGGUNAKAN PENDEKATAN ORFF UNTUK MENGATASI
KELEMAHAN MURID TAHUN EMPAT MEMAINKAN RENTAK
TRADISIONAL INANG DENGAN ALAT PERKUSI
MOHD RIDZAL BIN SAARI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PULAU PINANG
SEPTEMBER 2013
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
2/104
MENGGUNAKAN PENDEKATAN ORFF UNTUK MENGATASI
KELEMAHAN MURID TAHUN EMPAT MEMAINKAN RENTAK
TRADISIONAL INANG DENGAN ALAT PERKUSI.
MOHD RIDZAL BIN SAARI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
Sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PULAU PINANG
SEPTEMBER 2013
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
3/104
i
PENGESAHAN PENYELIA
Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan
pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi
skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Pendidikan Muzik
Tandatangan :............................................................................
Nama Penyelia : CIK TAN YAN SANG
Tarikh : SEPTEMBER 2013
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
4/104
ii
PENGAKUAN PENULIS
Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : ...............................................................
Nama Penulis : MOHD RIDZAL BIN SAARI
Tarikh : SEPTEMBER 2013
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
5/104
iii
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan penyelidikanyang saya usahakan ini.Penyelidikan kali ini adalah
berkenaan penggunaan pendekatan Orff dalam permainan alat perkusi untuk rentakinang. Penyelidikan ini amat penting buat saya kerana ia membawa jumlah markah
yang agak besar dalam subjek ini. Memandangkan perkara ini merupakan
sebahagian daripada kursus yang saya duduki, saya seharusnya menyiapkan
penyelidikan ini pada masa yang ditetapkan dan memberikan komitmen yang tinggi
semasa proses melakukan penyelidikan ini.
Sekalung penghargaan untuk pensyarah penyelia saya iaitu Cik Tan Yan
Sang. Ini kerana, beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya
sepanjang saya menyiapkan penyelidikan ini. Selain itu, saya juga sangat
menghargai jasa beliau kerana memberikan bimbingan dan juga nasihat yang amat
berguna untuk penyelidikan saya serta membantu saya dengan memberi sokongan
dan dorongan untuk menyiapkan penyelidikan ini.
Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-
sama berhempas pulas dalam menyempurnakan penyelidikanini. Segala bantuan
dari segi informasi terkini mengenai tugasan amat saya hargai. Budi kalian yang
sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya
lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya
secara langsung atau tidak langsung sepanjang penyelidikan saya dijalankan.
Sekian terima kasih.
MOHD RIDZAL BIN SAARI
2013
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
6/104
iv
MENGGUNAKAN PENDEKATAN ORFF UNTUK MENGATASI
KELEMAHAN MURID TAHUN EMPAT MEMAINKAN RENTAK
TRADISIONAL INANG DENGAN ALAT PERKUSI
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pendekatanOrff dalam mengatasi kelemahan murid tahun empat memainkan rentak tradisionalinang dengan menggunakan alat perkusi. Responden yang dipilih terdiri daripada 32orang murid di Tahun 4 Aman Sekolah Kebangsaan Methodist Nibong Tebal.Responden dipilih setelah tinjauan awal dijalankan dan didapati murid-muridmempunyai masalah dalam konsep irama dan kemahiran memainkan alat perkusi.Kaedah Orff ini meliputi empat tahap dari tahap paling mudah ke tahap yang sukar.Empat tahap tersebut ialah imitasi, eksplorasi, improvisasi dan literasi. Data telah
dikumpulkan melalui pemerhatian, soal selidik, ujian pra dan ujian pasca. Hasilanalisis telah menunjukkan peningkatan dalam peratusan keputusan antara ujianpra dan ujian pasca. Peratusan pencapaian objektif adalah 100% bagi 3 objektifkhusus yang utama, manakala peningkatan daripada 62.5% kepada 93.75% bagiobjektif khusus yang terakhir iaitu mengiringi lagu rakyat setelah kedua-duaintervensi dijalankan. Oleh itu, berdasarkan hasil keputusan kajian ini, dapatlahdibuktikan bahawa kaedah Orff adalah kaedah yang berkesan Orff untuk mengatasikelemahan murid tahun 4 memainkan rentak tradisional inang denganmenggunakan alat perkusi.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
7/104
v
APPL ICATION OF ORFF METHOD TO IMPROVE YEAR FOUR
STUDENTS IN INANG RHYTHM WITH THE PERCUSSIONS
ABSTRACT
This action research was conducted to study the effectiveness of Orff method tosolve year four students problems in Inang traditional rhythm with the use ofpercussion. Selected respondents consisting of 32 Year Four pupils from class 4Aman in Sekolah Kebangsaan Methodist Nibong Tebal. Selected respondentsconsist of students who have problems in rhythm concepts and lack of percussiveskills. Orff method consists of four levels from the easiest to complicated levels. Thefour levels are imitation, exploration, improvisation, and literation. Data wascollected through observation, survey form, pre-test and post-test. The analysis has
shown an increase in between the pre-test and post-test. The percentages ofimprovement are 100% for the three main objectives, meanwhile an increasementfrom 62.5% to 93.75% for the last main objectives which is to accompany a songwith Inang traditional rhythm. Therefore, based on the results of this study, it can beproved that the Orff method is an effective method to solve year four studentsproblems in traditional rhythm Inang with the use of percussion.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
8/104
vi
KANDUNGAN
Muka Surat
PENGESAHAN PENYELIA i
PENGAKUAN PENULIS ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL ix
SENARAI RAJAH x
SENARAI KERATAN IRAMA xi
SENARAI LAMPIRAN xii
1.0 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran 3
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 5
2.0 FOKUS KAJIAN 8
2.1 Isu Kajian 8
2.1.1 Tinjauan Awal 10
2.1.2 Analisis Tinjauan Awal 11
2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian 13
2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian 17
2.2.1 Teori Pendekatan Orff 18
2.2.1.1 Latar belakang Carl Orff 18
2.2.1.2 Pendekatan Orff: Penerokaan Bunyi 19
2.2.1.3 Empat Tahap Orff 19
2.2.1.4 Pengajaran Menggunakan 21Alat Muzik Orff
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
9/104
vii
2.2.1.5 Aplikasi Pendekatan Orff Dalam Sistem 22
Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik
Di Malaysia.
2.2.1.6 Cadangan Pendekatan Orff Untuk 23
Diaplikasikan Dalam Bilik Darjah
2.2.2 Dapatan Kajian Yang Lepas 24
2.3 Istilah Kajian 26
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 29
3.1 Objektif Umum 29
3.2 Objektif Khusus 29
3.3 Persoalan Kajian 30
4.0 KUMPULAN SASARAN 31
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 33
5.1 Kitaran 1 33
5.1.1 Perancangan 36
5.1.2 Tindakan 39
5.1.3 Pemerhatian 42
5.1.4 Refleksi 45
5.2 Kitaran 2 48
5.2.1 Perancangan 48
5.2.2 Tindakan 49
5.2.3 Pemerhatian 52
5.2.4 Refleksi 53
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
10/104
viii
6.0 CARA PENGUMPULAN DATA 55
6.1 Instrumen Pengumpulan Data 55
6.1.1 Soal Selidik 55
6.1.2 Ujian Pra 56
6.1.3 Ujian Pasca 57
6.1.4 Pemerhatian 57
6.2 Cara Menganalisis Data 58
6.2.1 Soal Selidik 58
6.2.2 Ujian Pra 59
6.2.3 Ujian Pasca 59
6.2.4 Pemerhatian 60
7.0 KEPUTUSAN KAJIAN / INTERPRETASI DATA 61
7.1 Keputusan Ujian Pra 61
7.2 Keputusan Penilaian Selepas Intervensi Gelungan Pertama 67
7.3 Keputusan Penilaian Selepas Intervensi Gelungan Kedua 68
7.4 Keputusan Ujian Pasca 70
7.5 Keputusan Antara Ujian Pra dan Pasca 72
8.0 RUMUSAN 75
8.1 Rumusan Dapatan 75
8.2 Rumusan Refleksi 78
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 81
RUJUKAN 83
LAMPIRAN 85
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
11/104
ix
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
Jadual 4.1 Jadual Bilangan Responden Mengikut Jantina 31
Jadual 4.2 Jadual Bilangan Responden Mengikut Bangsa 32
Jadual 7.1 Kriteria Soalan Yang Diajukan 62
Jadual 7.2 Analisis Deskriptif 63
Jadual 7.3 Peratus Ujian Pra amali 64
Jadual 7.4 Keputusan Pemerhatian 67
Jadual 7.5 Keputusan Pemerhatian Intervensi Gelungan Kedua 69
Jadual 7.6 Keputusan Ujian Pasca 70
Jadual 7.7 Keputusan Ujian Pra 72
Jadual 7.8 Keputusan Ujian Pasca 73
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
12/104
x
SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat
Rajah 2.1 Triangulasi Kaedah 14
Rajah 5.1 Model Kemmis dan Mc Taggart 34
Rajah 5.2 Model Kemmis dan Mc Taggart kitaran 1 35
Rajah 5.3 Model Kemmis dan Mc Taggart kitaran 2 47
Rajah 7.1 Peratus Keputusan Jawapan Yang Dijawab 66
Dengan Betul dan Salah Dalam Ujian Pasca
Rajah 7.2 Peratus Keputusan Jawapan Yang Dijawab 68
Dengan Betul Dalam Pemerhatian
Rajah 7.3 Peratusan Murid-Murid Yang Mampu Mengiringi 69
Lagu rakyat Mengikut Intervensi
Rajah 7.4 Peratusan Keputusan Ujian Pasca 71
Rajah 7.5 Perbandingan Peratusan Keputusan Ujian Pra 74
dan Ujian Pasca
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
13/104
xi
SENARAI KERATAN IRAMA
Keratan Irama Muka Surat
Keratan Irama 2.1 Corak Irama Salah 10
Keratan Irama 2.2 Corak Irama Salah 10
Keratan Irama 2.3 Corak Irama Inang 11
Keratan Irama 2.4 Pola Rentak Inang 25
Keratan Irama 5.1 Corak Irama Inang 44
Keratan Irama 5.2 Corak Irama Improvisasi 44
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
14/104
xii
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Muka Surat
Lampiran A Ujian Pra 85
Lampiran B Ujian Pasca 86
Lampiran C Borang Soal Selidik 87
Lampiran D Borang Pemerhatian 88
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
15/104
1
MENGGUNAKAN PENDEKATAN ORFF UNTUK MENGATASI KELEMAHAN
MURID TAHUN EMPAT MEMAINKAN RENTAK TRADISIONAL INANG DENGAN
ALAT PERKUSI.
1.0 PENDAHULUAN
Kajian ini adalah mengenai penggunaan pendekatan Orff untuk mengatasi
kelemahan murid tahun empat dalam memainkan rentak tradisional inang dengan
menggunakan alat perkusi.
1.1 Pengenalan
Bermula tahun 2013 satu pelan yang dinamakan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 2025 telah diperkenalkan. Ini merupakan satu usaha mengkaji
semula sistem pendidikan negara bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan ianya
lengkap dengan pendekatan pelaksanaan dan strategi penyampaian yang jelas. Ini
membuktikan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil serius dan telahmelaksanakan pelbagai pembaharuan dan inovasi bagi memantapkan taraf
pendidikan di negara ini. Senario perubahan dalam sistem pendidikan negara telah
menjadi perhatian orang ramai tidak kira daripada pihak pengamal pendidikan atau
ibu bapa sendiri. Oleh itu, guru-guru sebagai ejen pendidik perlu mengambil
tindakan yang berani dan pantas kerana perubahan yang dihasratkan adalah
penting dan mesti dilaksanakan dengan segera.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
16/104
2
Untuk tujuan ini, guru haruslah menyedari kepentingan meningkatkan mutu
pendidikan dan sekaligus merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah yang bertepatan dengan kehendak semasa. Satu pendekatan yang
dapat membantu murid di dalam pengajaran dan pembelajaran muzik ialah denganmenggunakan pendekatan Orff. Menurut sejarah perkembangan muzik, para
pendidik di luar negara telah menggunakan pendekatan Orff untuk memudahkan
murid mempelajari irama. Contohnya sekolah-sekolah di Australia telah
membuktikan bahawa mereka mampu memahami konsep muzik yang diajarkan
terutamanya konsep irama dengan lebih jelas dan teratur. Mereka juga mampu
menghasilkan persembahan-persembahan yang melibatkan alat perkusi dan
berkaitan rentak seperti muzik stomping dan juga muzik rapping yang berkaitan
dengan konsep irama.
Dalam usaha mencapai matlamat dan objektif kurikulum pendidikan muzik
dalam KBSR, murid tahun empatperlu mempelajari dan menguasai konsep-konsep
muzik yang terdapat dalam sukatan pelajaran muzik tahun 4. Di bawah konsep
irama terdapat sub konsep corak irama seperti rentak mac, rentak masri, rentak
waltz dan rentak inang. Empat rentak ini adalah rentak asas yang perlu dikuasai
oleh murid tahun 4. Dengan mengaplikasikan pendekatan Orff untuk pengajaran
rentak tradisional inang ini, murid akan lebih cepat menguasai rentak tersebut danmembentuk kefahaman yang mendalam tentang rentak.
Walau bagaimanapun, masih ramai guru yang tidak menyedari kepentingan
dan keberkesanan pendekatan Orff dalam pengajaran dan pembelajaran muzik.
Pengkaji telah membuat bancian dengan mengedarkan borang tinjauan kepada
beberapa orang guru muzik di sekolah. Masih ramai lagi guru yang menggunakan
pendekatan tradisional dalam pengajaran muzik.Terdapat beberapa orang guru
yang bukan opsyen mengajar muzik dengan menggunakan radio dan carta lagu
sahaja.Dalam permainan alat muzik seperti rekorder dan alat perkusi, ada juga guru
yang mengajarkan muzik secara terus iaitu dengan melihat notasi dan terus
bermain. Hal ini bakal menimbulkan masalah kerana ramai murid akan mengalami
masalah tidak jelas dengan pengajaran guru terutamanya dalam pembacaan notasi
dan permainan alat perkusi. Kajian ini mengenalpasti kelemahan sebenar murid
dalam permainan alat perkusi dengan mengaplikasikan beberapa langkah sebelum
menjalankan empat tahap dalam pendekatan Orff iaitu dengan membuat tinjauan
awal dan pengumpulan data dengan triangulasi kaedah. Di samping itu, kreativitimurid akan dapat diserlahkan lagi dengan aktiviti-aktiviti seperti penerokaan dan
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
17/104
3
improvisasi yang dilakukan. Murid juga akan lebih bermotivasi dan lebih berminat
mempelajari subjek muzik ini dengan adanya pendekatan yang lebih mesra kepada
pelbagai jenis murid di sekolah.
Secara ringkas, berdasarkan borang tinjauan yang diedarkan kepada gurudan murid di sekolah ini, murid masih lagi kurang jelas dengan konsep irama dan
permainan alat perkusi. Guru juga belum pernah mengaplikasikan pendekatan Orff
dalam pengajaran mereka. Kajian tindakan yang bertajuk menggunakan
pendekatan Orff untuk mengatasi kelemahan murid tahun empat memainkan rentak
tradisional inang dengan alat perkusi ini adalah penyelesaian kepada masalah yang
dihadapi oleh guru-guru mengajarkan alat perkusi kepada sekumpulan murid tahun
empat. Kajian ini akan membantu guru-guru mengajarkan permainan alat perkusi
terutamanya untuk memainkan rentak tradisional dengan lebih jelas dan akan
membantu dari segi kefahaman murid pada masa akan datang. Kajian ini dijalankan
mengikut pendekatan yang disarankan oleh Carl Orff pada empattahap iaitu imitasi,
eksplorasi, improvisasi dan akhir sekali ialah literasi.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Semasa berpraktikum di Seberang Perai Selatan selama tiga bulan, pengkaji telah
cuba untuk mengajarkan alat perkusi kepada murid tahun empat. Pengkaji telah
mengajarkan tiga rentak sekaligus iaitu rentak tradisional inang, masri dan zapin
dalam tempoh masa 60 minit. Pengkaji mendapati murid-murid menghadapi
kesukaran untuk mempelajari rentak-rentak ini.kerana masih terdapat beberapa
murid yang memainkan rentak yang salah semasa sesi ensembel. Semasa penutup
pula, pengkaji telah menguji kesemua murid-murid untuk memainkan rentak yangdiajarkan. Walau bagaimanapun, beberapa orang murid masih melakukan
kesalahan dan tidak dapat bermain rentak yang diajarkan dengan baik.
Setelah membuat refleksi, pengkaji mendapati terdapat kekurangan dalam
langkah-langkah yang dilakukan. Pengkaji telah melakukan kesilapan dengan
menunjukkan notasi untuk setiap corak irama yang diajarkan kepada murid secara
terus. Pengkaji telah mengajar murid dengan memberitahu semua konsep irama
kepada murid dan meminta mereka menepuk tangan setelah mengetahui konsep
dan nilai not dalam corak irama yang diberi.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
18/104
4
Dalam langkah kedua pula, pengkaji telah memberi semua murid alat
perkusi dan meminta murid memainkan corak irama secara serentak. Terdapat
murid yang sudah memahami konsep dan dapat mengawal koordinasi otot mereka
dan memainkan corak irama yang diberi dengan baik. Walau bagaimanapun, kelas
menjadi sedikit terganggu kerana terdapat beberapa orang murid yang masih tidak
faham konsep dan juga murid yang tidak dapat mengsinkronisasikan pergerakan
otot mereka dengan corak irama yang diberi. Di sini pengkaji mula menghadapi
masalah apabila terdapat murid yang tidak dapat bermain corak irama yang diberi
dengan baik.
Secara keseluruhan, apabila pengkaji mengajarkan alat perkusi dengan cara
tradisional, hanya 60% murid mampu mencapai semua objektif yang telah
disasarkan. Manakala 40% murid lagi tidak mampu mencapai objektif. Murid-murid
yang tidak mampu mencapai objektif dikesan melalui pemerhatian dan penilaian
yang dilakukan. Pengkaji mendapati bahawa murid yang tidak mencapai objektif ini
tidak dapat memainkan corak irama yang diberi dengan alat perkusi dan tidak dapat
mengiringi nyanyian dengan alat perkusi. Setelah membuat refleksi, pengkaji
mendapati bahawa kebanyakan murid tidak dapat mengikut kaedah pengajaran
pengkaji. Sebelum ini, pengkaji telah menggunakan sistem notasi yang standard
dan sistematik untuk menunjukkan kepada murid tentang cara memainkan corak
irama. Pengkaji telah mengajarkan mereka secara terus kerana menganggap
mereka sudah tahu membaca notasi yang standard. Pengkaji juga agak mengejar
masa untuk mengajar ketiga-tiga corak irama ini secara sekaligus dan meminta
murid-murid memainkan corak irama ini secara ostinato untuk mengiringi lagu
kanak-kanak.
Secara jujurnya, strategi pengajaran irama yang digunakan sebelum ini
terdapat kelemahan. Strategi lama yang digunakan sewaktu pengajaran dan
pembelajaran menyebabkan murid tidak jelas dengan konsep irama. Pengkaji
merasakan bahawa pendekatan Orff ini adalah jalan penyelesaian untuk pengkaji
membuat penambahbaikan dalam langkah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, bahan bantu mengajar yang digunakan sebelum ini juga
adalah terhad. Hal ini berlaku kerana bilangan alat perkusi yang sedikit tidak mampu
memenuhi permintaan bilangan murid yang ramai. Pengkaji terpaksa
membahagikan alat perkusi berlainan jenis seperti kastanet, loceng dan tamborin
kepada murid-murid agar semua murid-murid dapat melibatkan diri dengan
sepenuhnya dalam pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang lain juga seperti
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
19/104
5
carta-carta notasi jarang digunakan oleh pengkaji kerana sudah terdapat papan
putih. Pengkaji juga membawa instrumen yang biasa digunakan oleh guru muzik
yang lain seperti gitar atau kibod dan juga alat perkusi sebagai bahan bantu
mengajar.
Pengkaji berpendapat bahawa latar belakang dan pengetahuan sedia ada
pada murid juga membawa kesan terhadap penerimaan ilmu dalam kalangan
mereka. Sesetengah murid yang sudah menyertai kelas muzik di luar sekolah dilihat
lebih cekap bermain alat muzik berbanding murid yang tidak menyertai kelas muzik
di luar. Sebagai contoh, terdapat seorang murid Tahun Empat Aman yang
menghadiri kelas muzik di luar dan ternyata prestasinya adalah lebih bagus
berbanding murid yang lain. Walau bagaimanapun, tidak semestinya murid yang
tidak menghadiri kelas muzik di luar itu akan ketinggalan dalam pelajaran. Hal ini
bergantung juga kepada bakat mereka dan fokus semasa pengajaran berlangsung.
Pengkaji berpendapat sesetengah masalah itu timbul kerana murid tidak
menumpukan perhatian di dalam kelas. Jika guru berjaya menarik perhatian semua
murid untuk menumpukan perhatian terhadap mata pelajaran,maka kadar peratusan
untuk timbulnya sesuatu masalah itu adalah rendah.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Untuk mengatasi kelemahan murid dalam konsep irama ini, pengkaji telah memilih
untuk mengaplikasikan pendekatan Orff dalam kajian. Rasional pengkaji memilih
pendekatan Orff ini adalah kerana ia sangat bertepatan dengan kajian. Kajian ini
adalah untuk mencari penyelesaian masalah berkaitan permainan alat perkusi,
corak irama dan rentak. Pendekatan Orff menekankan salah satu darpada tujuhkonsep muzik iaitu konsep irama. Memetik kata- kata Carl Orff iaitu Experience first,
then intellectualize, pengkaji dapat terjemahkan bahawa pengalaman merupakan
elemen penting untuk murid memahami sesuatu konsep muzik dengan lebih jelas.
Murid akan mendapat idea bagaimana sesuatu itu berlaku berdasarkan
pengalamandan akan cuba mengaitkannya dengan peristiwa yang berlaku agar ia
menjadi satu pengetahuan yang baru bagi mereka. Ini juga boleh dikatakan sebagai
salah satu pembelajaran secara konstruktivisme.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
20/104
6
Dalam kajian tindakan pengkaji juga, pengkaji telah memilih satu teori yang
telah dipelopori oleh Carl Orff iaitu satu teori yang berkaitan dengan permainan alat
perkusi dan corak irama. Pendekatan ini menunjukkan cara untuk meningkatkan
kemahiran murid dalam permainan alat perkusi melalui empat tahap iaitu imitasi,
ekplorasi, improvisasi dan literasi. Untuk tujuan ini, pengkaji telah mengkhususkan
permainan alat perkusi kepada rentak tradisional yang asas iaitu rentak inang.
Carl Orff telah memperkenalkan pendekatan Orff, ia telah membawa
pengaruh yang besar dalam pendidikan muzik khususnya dalam konsep irama dan
permainan alat perkusi. Dalam pendekatan Orff, kemahiran yang ingin diajarkan
akan disampaikan secara tahap demi tahap. Seperti yang diketahui, pendekatan
Orff ini lebih mengutamakan lagu rakyat dan murid akan lebih faham apabila
mendengar sesuatu yang biasa dan ada di sekeliling mereka. Dalam kajian,
pengkaji juga telah menyesuaikan pendekatan Orff dengan menggunakan lagu
rakyat yang bersesuaian dengan masyarakat di Malaysia.
Pendekatan ini dijangka akan dapat menyelesaikan masalah kerana empat
tahapnya yang telah disusun secara berstruktur. Murid lebih mudah memahami
konsep irama ini apabila mereka membuat imitasi terlebih dahulu rentak yang ingin
dipelajari. Dengan membuat imitasi, murid dapat melatih koordinasi otot tangan dan
dapat menghafal bunyian. Otak berfungsi untuk mengingat rentak tersebut apabilaia diimitasi secara berulang-ulang. Dalam masa yang sama, koordinasi otot juga
dapat dilatih dan menjadi biasa dengan pergerakan apabila ia diimitasi secara
kerap.
Dalam tahap eksplorasi pula, murid-murid mengeksplorasi pelbagai jenis
bunyi yang boleh dihasilkan melalui perkusi badan ataupun alat perkusi. Dengan
membuat eksplorasi, murid akan menambah kefahaman bahawa terdapat warna ton
yang berbeza apabila alat perkusi atau perkusi badan dimainkan pada tempat yang
berbeza. Daripada eksplorasi warna ton, murid memainkan rentak inang dengan
menggunakan dua tempat sama ada pada perkusi badan atau pada alat perkusi.
Dua tempat ini adalah dua tempat yang mempunyai warna ton yang berbeza.
Pengkaji juga menjalankan aktiviti eksplorasi visual bersama murid-murid. Murid-
murid melukis simbol nagi mewakili notasi rentak inang. Murid-murid mendapat
kebebasan untuk meluahkan hasil kreativiti dalam diri mereka.
Seterusnya dalam tahap improvisasi, murid dikehendaki membuat
improvisasi mereka sendiri yang berkaitan atau seakan-akan rentak inang yang
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
21/104
7
telah dipelajari. Daripada improvisasi, murid akan menambah kefahaman mereka
dengan menghasilkan banyak lagi rentak improvisasi berdasarkan rentak inang
asas. Murid juga akan lebih berkeyakinan untuk memainkan rentak inang apabila
mereka sudah mampu menghasilkan improvisasi untuk rentak ini.
Dalam tahap terakhir iaitu literasi, murid membaca dan menulis notasi
sebenar bagi rentak inang. Murid seharusnya sudah mampu mengesan setiap
notasi dalam rentak inang itu dengan apa yang telah mereka mainkan semasa
imitasi, eksplorasi dan improvisasi. Langkah untuk mengajar tahap literasi ini akan
menjadi lebih mudah sekiranya semua murid sudah mahir ketiga-tiga tahap yang
sebelum ini.
Berdasarkan suasana dan persekitaran budaya murid di Malaysia,
pendekatan Orff sesuai dilaksanakan kerana negara Malaysia adalah negara yang
sedang pesat membangun. Pendekatan Orff ini pun telah ditemukan dan
diaplikasikan di negara-negara maju yang lain. Pendekatan Orff ini telah diiktiraf di
peringkat antarabangsa dan terbukti berkesan di kebanyakkan negara luar. Empat
tahap yang disusun juga adalah sungguh teratur dan mengikuti langkah dari
langkah yang mudah hingga ke langkah yang sukar. Ini membolehkan murid
menguasai tentang apa yang diajarkan apabila ilmu disampaikan secara
berperingkat dan teratur.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
22/104
8
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian pengkaji adalah menggunakan pendekatan Orff untuk mengatasi
kelemahan murid tahun empat memainkan rentak tradisional inang dengan alat
perkusi.
2.1 Isu Kajian
Pengkaji mensasarkan untuk menyelesaikan masalah memainkan alat perkusi
irama tradisional yang sering dihadapi oleh murid-murid dengan menggunakan
pendekatan Orff. Berdasarkan refleksi dari pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan, masalah yang pengkaji dapati ialah murid-murid keliru apabila melihatnotasi bagi rentak-rentak tradisional seperti rentak inang. Murid-murid juga langsung
tidak mengetahui cara membaca notasi rentak inang tanpa bimbingan daripada
guru. Selain itu, rangsangan terhadap murid-murid dengan cara melihat skor adalah
terhad kerana murid hanya dapat memainkan rentak dengan menghafal apa yang
guru mainkan sahaja tanpa berpandukan skor yang diberi.
Pengkaji cenderung untuk mendalami permasalahan ini dan juga
memikirkan justifikasi kepada masalah kajian ini. Masalah ini akan menjejaskan
pemahaman murid-murid tentang konsep irama apabila mereka tidak mengetahui
beberapa aspek penting dalam irama seperti corak irama, rentak dan membaca
notasi. Oleh itu, pengkaji berasa bertanggung jawab untuk menyelesaikan masalah
dalam konsep irama ini dengan menggunakan pendekatan luar dari Malaysia iaitu
pendekatan Orff.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
23/104
9
Justifikasi kepada masalah kajian ini adalah bagaimana jika pengkaji
menggunakan pendekatan Orff bagi mengatasi kelemahan murid di dalam
pengajaran dan pembelajaran rentak. Ia mungkin akan dijadikan sebagai suatu
aktiviti yang menyeronokkan iaitu dengan memainkan rentak tradisional inangdengan alat perkusi di bawah teknik-teknik dalam pendekatan yang disarankan oleh
Orff. Antara tahap yang disarankan oleh Orff ialah
1. Imitasi
2. Eksplorasi
3. Improvisasi
4. Literasi
Melalui pengalaman pengkaji sebelum ini,dengan menggunakan pendekatan
imitasi, murid-murid lebih senang mengikuti apa sahaja yang mereka lihat dan
dengar berbanding membaca terus notasi yang ditunjukkan. Tujuan imitasi ini ialah
untuk membiasakan murid dengan rentak yang ingin diajarkan. Dengan cara ini,
murid-murid akan dapat melihat corak irama dalam rentak tradisional secara lebih
terperinci lagi. Murid-murid juga akan cepat faham dan jelas dengan rentak yang
diajarkan.Melalui eksplorasi pula, murid-murid akan dapat melihat sesuatu
pengajaran itu daripada perspektif mereka sendiri. Eksplorasi memberi peluang
kepada murid-murid membuat penerokaan dan menemui jawapan tanpa diberikan
jawapan secara bulat-bulat oleh guru. Melalui improvisasi, murid-murid dapat
mengukuhkan pemahaman berkenaan corak irama dan memahami notasi yang
digunakan dalam rentak inang. Akhir sekali, dalam tahap literasi pula murid
didedahkan dengan notasi sebenar rentak yang ingin diajarkan. Murid-murid akan
lebih jelas tentang notasi kerana mereka sudah mempunyai pengalaman setelah
membuat imitasi, ekplorasi, dan juga improvisasi terhadap rentak yang diajarkan.
Kajian ini dijangka akan dapat memberi impak yang besar terhadap sesi
pengajaran pendidikan muzik kerana ia jauh lebih baik daripada cara pengajaran
muzik dengan kaedah konvensional. Diharapkan kajian ini akan memberi manfaat
kepada semua pihak terutamanya murid dan pihak sekolah yang terlibat secara
langsung dalam kajian ini.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
24/104
10
2.1.1 Tinjauan Awal
Semasa berpraktikum selama tiga bulan di sekolah,pengkaji telah mengajarkan
rentak inang kepada sebuah kelas bersama murid-murid tahun empat. Didapati
murid-murid masih tidak dapat memainkan rentak inang dengan menggunakan alat
perkusi dengan betul semasa kemahiran memainkan alat perkusi dijalankan. Hasil
daripada tinjauan yang dilakukan iaitu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
alat perkusi, murid-murid tidak dapat memainkan rentak inang pada alat perkusi
dengan baik. Pengkaji beranggapan bahawa murid-murid tidak dapat menerima
pembelajaran dengan menggunakan kaedah konvensional.
Masalah-masalah yang dapat dikesan ialah dengan menunjukkan notasi
untuk setiap corak irama yang diajarkan kepada murid secara terus. Pengkaji telah
mengajar murid dengan memberitahu semua konsep irama kepada murid dan
meminta mereka menepuk tangan setelah memberitahu konsep dan nilai not dalam
corak irama yang diberi. Hal ini mengelirukan murid-murid dengan terus meminta
murid-murid menepuk tangan secara amali tanpa pemahaman sebenar dan meluas
tentang konsep irama yang diajarkan. Oleh sebab kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang tidak berkesan, murid-murid telah menepukkan corak irama
yang salah iaitu seperti keratin melodi 1 dan keratin melodi 2
Keratan Irama 2.1
Keratan Irama 2.2
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
25/104
11
Walau bagaimanapun, rentak inang yang betul ialah
Keratan Irama 2.3
Dalam langkah kedua pula,pengkaji telah memberi semua murid alat perkusi
dan meminta murid memainkan corak irama secara serentak. Terdapat murid yang
sudah memahami konsep dan dapat mengawal koordinasi otot mereka dan
memainkan corak irama yang diberi dengan baik. Walau bagaimanapun, kelas
menjadi sedikit terganggu apabila beberapa orang murid yang masih tidak faham
konsep dan juga murid yang tidak dapat mengsinkronisasikan pergerakan otot
mereka dengan corak irama yang diberi. Dalam langkah ini, pengkaji mula
menghadapi masalah apabila terdapat murid yang tidak dapat bermain corak irama
yang diberi dengan baik. Masalah ini pula berlanjutan dalam langkah yang
seterusnya kerana dalam langkah seterusnya memerlukan murid-murid untukmengaplikasikan kemahiran memainkan alat perkusi yang diajarkan dalam langkah
sebelum ini.Langkah yang ketiga iaitu semasa mengiringi nyanyian dengan alat
perkusi. Permainan alat perkusi secara ensembel untuk mengiringi nyanyian
menjadi kelam kabut apabila murid tidak mampu memainkan corak irama yang
diberi dan bertambah keliru apabila disertakan dengan lagu.
2.1.2 Analisis Tinjauan Awal
Semasa tinjauan awal dijalankan, pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik
untuk meninjau masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran. Borang
soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru muzik di sekolah kajian. Daripada
tinjauan awal yang dijalankan, pengkaji telah mengenalpasti isu yang berlaku dalam
pengajaran dan pembelajaran. Antara isu yang berlaku ialah murid-murid tidakdapat membaca notasi rentak inang dan murid-murid juga tidak dapat memainkan
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
26/104
12
rentak inang dengan menggunakan alat perkusi. Sebelum menjalankan intervensi,
pengkaji telah menjalankan satu sesi ujian pra bersama murid-murid. Ia bertujuan
untuk mengenal pasti tahap pengetahuan murid tentang konsep irama sebelum
intervensi dijalankan. Ujian pra tersebut telah dijalankan secara amali dan data
daripada ujian tersebut telah direkodkan dalam jadual dan rajah. Dapatan terperinci
ujian pra akan dibincangkan di bahagian 6 dan bahagian 7 berserta dengan
huraiannya.
Dalam ujian pra tersebut, pengkaji telah melihat pencapaian murid-murid
masih lagi berada pada tahap yang lemah dalam bidang corak irama dan permainan
alat perkusi. Kebanyakan murid-murid tidak dapat menunjukkan kemahiran
memainkan alat perkusi dengan baik.
Dalam tinjauan awal juga, satu soal selidik telah dijalankan. Pengkaji telah
menyediakan satu set soalan yang mempunyai 5 soalan ringkas untuk diedarkan
kepada guru-guru muzik di sekolah tersebut. Soalan borang soal selidik boleh
didapati dalam lampiran C
Berdasarkan jawapan yang diperoleh dalam tinjauan awal ini, kebanyakan
guru muzik di sekolah tersebut mempunyai pengalaman yang sungguh lama dalam
pengajaran subjek muzik di sekolah. Guru-guru di sekolah tersebut semuanya
mempunyai pengalaman melebihi 10 tahun dan ke atas. Ini jelas menunjukkan
bahawa guru-guru muzik ini adalah guru-guru veteran yang pada zaman dahulunya
mengambil diploma perguruan di Maktab Perguruan Malaysia.
Guru-guru muzik juga bersetuju bahawa murid-murid di sekolah tersebut
menghadapi masalah dalam pembelajaran rentak. Buktinya, guru-guru tersebut
telah menyatakan pelbagai permasalahan dalam pengajaran rentak seperti murid
tidak mengingati rentak dan juga murid-murid lemah dalam penguasaan rentak.
Pencapaian murid-murid dalam konsep irama juga masih berada di tahap masih
perlu dipertingkatkan. Ini adalah hasil daripada tinjauan awal pengkaji terhadap
guru-guru muzik yang sudah lama mengajar di sekolah tersebut. Tidak ada murid
yang mempunyai pencapaian yang tinggi walaupun terdapat segelintir murid yang
menghadiri kursus muzik di luar waktu sekolah.
Apabila ditanyakan tentang alternatif yang digunakan oleh guru-guru untuk
mengajarkan irama, tidak ada guru yang menyebut tentang pendekatan Orff.Kebanyakan mereka menyatakan teknik seperti menggunakan perkusi badan dan
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
27/104
13
juga membuat bunyian daripada bahan bukan muzikal sebagai kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang menyeronokkan.
Menurut tinjauan yang dijalankan juga, rata-rata guru-guru tersebut mengetahui
tentang pendekatan Orff. Mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuanmeluas dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik dan sudah lama
berkecimpung dalam bidang ini. Kesemua mereka bersetuju mengatakan bahawa
pendekatan ini sesuai dilaksanakan di sekolah-sekolah Malaysia kerana
pendekatan yang digunakan oleh Carl Orff adalah sesuai untuk kanak-kanak di
serata dunia. Walau bagaimanapun, guru-guru tersebut tidak mengaplikasikannya
dalam pengajaran biasa di sekolah.
2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian
Sebagai seorang guru muzik, sudah semestinya pengkaji mahu mencari jalan
penyelesaian kepada masalah yang dihadapi sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran pendidikan muzik. Ini bertujuan untuk memperbaiki situasi agar murid
dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan menerima input dengan lebihberkesan.
Kebolehtadbiran
Pengkaji mensasarkan untuk menyelesaikan masalah menepuk irama tradisional
yang sering dihadapi oleh murid sewaktu proses pembelajaran dengan
menggunakan pendekatan Orff. Pengkaji mampu menangani permasalahan
tersebut dengan mengubahsuai pendekatan Orff untuk digunakan sebagai
pengajaran corak irama rentak tradisional. Pengkaji membuat triangulasi kaedah
iaitu dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpulkan data bagi
mendapatkan kumpulan sasaran dalam kajian tindakan ini.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
28/104
14
Rajah 2.1 : Triangulasi Kaedah
Sebagai persiapan untuk menjalankan dan membuat kajian tindakan,
pengkaji telah membuat pembacaan yang meluas tentang pendekatan Orff. Inibertujuan supaya pengkaji tidak keliru dengan konsep dan dapat menguasai segala
konsep sebelum diaplikasikan dalam pengajaran pengkaji sebagai seorang guru
muzik. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa kekangan dan masalah
sentiasa ada untuk kita menjalankan sesuatu pekerjaan. Pengkaji dapat
menjangkakan bahawa untuk sesi permulaan, mungkin terdapat beberapa
kekeliruan kerana pendekatan ini tidak digunakan secara meluas di sekolah-sekolah
Malaysia. Oleh itu, pengkaji menjalankan kajian secara berperingkat-peringkat
daripada aras paling mudah ke aras paling susah.
Kepentingan
Sepanjang kajian berlangsung, pengkaji mengharapkan agar dapat mencapai
beberapa pencapaian dalam jangkamasa pendek. Contohnya, beberapa langkahyang mudah seperti imitasi dapat dikuasai oleh murid dalam tempoh yang singkat.
Jika murid tidak dapat menguasai langkah yang mudah ini, ia akan menjejaskan
proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji tidak dapat meneruskan ke langkah
seterusnya jika murid masih tidak menguasai imitasi. Untuk jangkamasa panjang
pula, pengkaji mengharapkan murid-murid lebih jelas tentang corak irama mudah
dan dapat membaca notasi secara literasi atau bacaan semerta untuk notasi selain
corak irama rentak inang. Pendekatan Orff yang digunakan dapat menyelesaikan
masalah permainan rentak tradisional di samping dapat juga melatih kecekapan
murid dalam konsep corak irama.
Ujian Pra Dan Pasca
Pemerhatian
(Senarai Semak Rakaman
Video Dan Foto)
Soal Selidik
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
29/104
15
Kebolehgunaan
Kajian ini melibatkan beberapa kerja yang sememangnya menjadi rutin
pengkaji sebagai seorang guru muzik. Pengkaji kerap menekankan irama kepada
murid kerana ia merupakan satu topik yang penting. Pengajaran konsep irama
kepada murid-murid mengikut pendekatan Orff ini dapat diselitkan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Langkah-langkah dalam pendekatan
Orff adalah tidak begitu rumit dan sesuai dijalankan di dalam kelas dalam tempoh
30 minit. Pendekatan ini juga boleh diguna pakai untuk kelas-kelas lain yang sama
tahun dengannya iaitu tahun empat kerana rentak tradisional terdapat dalam
sukatan pelajaran untuk tahun empat.
Selain itu, guru juga boleh mengaplikasikan pendekatan ini dalam kelas
mereka kerana ia adalah satu pendekatan yang sudah terkenal di luar negara dan
terbukti berkesan. Selain kaedahnya yang mudah dijalankan, pendekatan Orff ini
boleh juga dijalankan jika sekolah tidak mempunyai alat perkusi yang cukup. Orff
menyatakan tidak semestinya hanya bermain alat muzik sahaja, murid-murid dapat
merasai dan memahami konsep irama, malah dengan penggunaan perkusi badan
dan juga bahan-bahan yang terdapat di sekeliling kita juga dapat membantu dalam
menjalankan pendekatan Orff ini. Pengkaji lain yang menjalankan penyelidikan juga
boleh mencipta peralatan yang dapat membantu mereka dalam menjalankan
pendekatan Orff ini seperti bahan bantu mengajar yang menarik dan kreatif.
Kawalan
Masalah yang pengkaji temui tidak berlaku di dalam kelas sahaja, ia juga berlaku
sewaktu mengajar kumpulan nasyid sekolah untuk memainkan instrumen conga
dan juga bongo. Murid tidak dapat memainkan rentak tradisional untuk mengiringi
alunan nasyid dengan baik. Ini akan menjejaskan kedudukan sekolah dalam
pertandingan nasyid peringkat daerah. Walau bagaimanapun, pengkaji dapat
menyelesaikan masalah ini hingga ke akar umbi kerana ia sememangnya di bawah
ruang likup pengkaji sebagai seoarang guru muzik di sekolah. Pengkaji mempunyai
banyak masa untuk menjalankan kajian ini di dalam kelas,sewaktu sesi pengajaran
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
30/104
16
dan pembelajaran pendidikan muzik terutamanya pengkaji menekankan aspek
irama ini supaya murid dapat menguasai rentak tradisional yang diajarkan dan
dapat menggunakannya secara meluas di luar kelas. Pengkaji tidak terlalu
bergantung kepada orang lain dalam menjalankan kajian tindakan kerana
kebanyakan langkah dalam pendekatan ini mampu dijalankan oleh pengkaji secara
individu. Walau bagaimanapun seperti dalam bahagian kebolehtadbiran dan
kebolehpercayaan, pengkaji perlu meminta sedikit bantuan daripada rakan pengkaji
untuk merekod video dan mengambil foto untuk digunakan sebagai triangulasi
kaedah.
Kolaboratif
Untuk menjayakan kajian tindakan ini, bantuan dan sokongan amatlah diperlukan
daripada semua pihak agar semuanya dapat berjalan dengan lancar. Tidak
dinafikan bahawa peranan rakan sejawat pengkaji iaitu guru-guru muzik yang lain
diperlukan dalam proses kajian tindakan ini. Mereka boleh memberi bantuan
dengan berkongsi pendapat dalam membuat penambahbaikan kajian tindakan ini.
Mereka juga dapat membantu dengan menghulurkan bantuan dalam proses
rakaman video dan juga menjadi pemerhati secara tidak langsung dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran yang pengkaji kendalikan. Selain itu, pengkaji juga
memerlukan sokongan daripada pihak atasan seperti pentadbir sekolah dan juga
pensyarah pembimbing. Pengkaji memerlukan kebenaran daripada pihak sekolah
untuk menjalankan kajian tindakan ini di sekolah yang telah dipilih. Walaupun kajian
tindakan ini tidak mengganggu waktu luar kelas, akan tetapi pengkaji perlu
memaklumkan kepada pihak sekolah agar pihak pentadbir tahu apa yang sedang
berlaku di sekolah. Di samping itu, pengkaji juga memerlukan sokongan dan
dorongan daripada pensyarah pembimbing dalam membetulkan kesalahan dalam
kajian tindakan ini. Pengkaji amat bersyukur kerana mendapat sokongan yang padu
daripada semua pihak. Semua pihak dilihat dapat memberi kerjasama dengan baik
sekali.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
31/104
17
Kerelevenan Kepada Sekolah
Isu yang dikaji ini sememangnya terdapat dalam Sukatan Pelajaran Muzik Tahun
empat. Ia menekankan kemahiran bermain alat perkusi untuk rentak tradisional
inang. Walau bagaimanapun, pengkaji ingin mencuba mengajarkan rentak
tradisional ini dengan pendekatan yang berasal dari barat iaitu pendekatan Orff.
Kajian ini seratus peratus berlaku di sekolah sahaja dan pengkaji memikul peranan
dan tanggungjawab sebagai seorang guru. Kajian ini dijangka akan membuat
penambahbaikan dari segi pendekatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
muzik murid tahun empat. Sekolah akan mendapat pelbagai faedah daripada kajian
ini. Contohnya, jika kajian ini terbukti berjaya, banyak murid yang celik muzik akan
dilahirkan dari sekolah tersebut. Ini akan memperkasakan lagi pengetahuan dan
kemahiran muzik murid-murid di sekolah tersebut sekaligus akan menguatkan lagi
pasukan nasyid dan pasukan muzikal lain di sekolah tersebut. Selain itu, kajian
pengkaji seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan
murid yang seimbang dari pelbagai aspek. Kajian ini akan meningkatkan lagi tahap
kreativiti murid. Terdapat kajian yang lepas menunjukkan murid yang mempelajari
muzik akan mengaktifkan otak kiri mereka. Apabila otak kiri dan kanan berfungsi
secara seimbang, secara tidak langsung murid yang seimbang dapatdihasilkan.Itulah sebabnya matapelajaran elektif masih diajarkan di samping
matapelajaran teras.Kajian ini perlu dijalankan di sekolah agar murid dapat
memahami konsep irama iaitu rentak tradisional dan dapat memperbaiki kemahiran
bermain alat perkusi murid-murid.
2.2 Tinjauan Literatur
Pengkaji telah melaksanakan tinjauan literatur tentang beberapa perkara seperti
teori yang dikemukakan oleh Carl Orff, hasil dapatan kajian yang lepas dan juga
istilah kajian. Tinjauan literatur perlu dijalankan sebagai usaha permulaan kepada
kajian tindakan yang dijalankan supaya kajian tindakan ini dapat dijalankan dengan
teratur. Di samping itu, tinjauan literatur dijalankan juga supaya pengkaji dapat
mengetahui dengan lebih mendalam mengenai bidang yang dikaji.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
32/104
18
2.2.1 Teori Pendekatan Orff
Pengkaji telah memilih untuk menggunakan teori pendekatan Orff. Sebelum
memulakan kajian tindakan, pengkaji perlu mengetahui sedikit sebanyak tentang
latar belakang Carl Orff. Latar belakang ini perlu kerana pengkaji telah memilih Carl
Orff sebagai tokoh bagi pendekatan yang digunakan dalam kajian tindakan. Berikut
merupakan, tinjauan literatur berkenaan tokoh pencetus pendekatan yang
digunakan iaitu pendekatan Orff.
2.2.1.1 Latar belakang Carl Orff
Carl Orff ialah seorang pemuzik Jerman yang terkenalsewaktu zamannya. Beliau
dilahirkan pada 10 Julai 1895 dan meninggal pada 29 Mac 1982. Carl orff dilahirkan
di Munich iaitu salah satu bandar di Jerman . Keluarga beliau dikenali sebagai
keluarga Bavarian iaitu keluarga yang bergiat aktif dalam tentera.
Carl Orff mendapat pendidikan muzik di Munich Academy of Music hingga
1914. Di samping itu, beliau juga pernah bertugas dengan tentera pada perang
dunia pertama. Carl Orff ialah seorang komposer Jerman yang telah
memperkenalkan satu pendekatan yang sesuai untuk kanak-kanak untuk mendalam
corak irama khususnya dalam pendidikan muzik.
Carl Orff mula melibatkan diri beliau dalam pendidikan muzik bermula pada
awal tahun 1920an . Pada masa itu, beliau berkolaborasi dengan seorang lagi
kawan beliau iaitu Dorothee Gunther. Dorothee Gunther merupakan seorang penari
pada zaman itu. Carl Orff mempunyai minat yang mendalam tentang tarian telah
mencetuskan satu idea baru iaitu untuk menggabungkan tarian dan muzik. Tarian
dan muzik ini digabungkan untuk dijadikan sebagai asas kepada pendidikan muzik
terutamanya dalam pembelajaran konsep irama.
Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam bidang pendidikan muzik, Carl
Orff kemudian menjadi Penyelia Muzik di Gnther-Schule iaitu sebuah sekolah
untuk tarian dan muzik. Semasa hayatnya, Carl Orff telah menerbitkan bukudan
antara yang paling terkenal ialah Musik fur Kinder yang diterjemahkan sebagai
Muzik untuk Kanak-kanak. (Rowena Lim, 2010)
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
33/104
19
2.2.1.2 Pendekatan Orff: Penerokaan Bunyi
Menurut Carl Orff, bunyi perkusi mulut juga boleh diterokai oleh kanak-kanak
supaya kanak-kanak dapat memanipulasikan bunyi hasilan daripada mulut. Bunyi
perkusi mulut dapat menambah glosari perkataan kanak-kanak. Secara tidak
langsung, perkusi mulut ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk menyokong
teknik pengawalan suara kanak-kanak semasa menyanyi.
Berdasarkan artikel The Orff Approach dalam buku Teaching Music in the
Twentieth Century (Lois Choksy, 1986) dalam bahagian penerokaan bunyi
menyatakan bahawa alat muzik yang pertama tidak semestinya perlu memenuhi
standard,ciri-ciri yang perlu pada alat muzik adalah seperti mudah didapati ataupun
bunyi dihasilkan secara inovasi. Sesuatu benda semulajadi seperti penghasilan
marakas dengan kacang dan botol air mineral juga boleh dijadikan sebagai alat
muzik untuk permulaan penerokaan bunyi. Bunyi hasilan oleh kanak-kanak dengan
inovasi benda semulajadi akan menimbulkan minat dan memotivasikan kanak-
kanak untuk membuat penerokaan bunyi.
2.2.1.3 Empat Tahap Orff
Dalam pendekatan pengajaran Orff, beberapa elemen muzik yang penting
digunakan antaranya eksplorasi, imitasi, improvisasi dan penciptaan yang mana
akan meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak melalui tindak balas semula jadi
mereka terhadap muzik.
Eksplorasi
Orff mengalakkan kanak-kanak menerokai serta melakukan eksperimen dengan
bunyi-bunyi muzikal dan gerakan berdasarkan kreativiti semula jadi mereka. Proses
ini merangkumi beberapa aspek iaitu penerokaan ruang, bunyi dan bentuk.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
34/104
20
Penerokaan Ruang
Dalam pernerokaan ruang kanak-kanak digalakkan melakukan aktiviti pergerakan
berdasarkan naluri semula jadi mereka berdasarkan rangsangan dari luaran dan
dalaman. Pergerakan ini meliputi apek berjalan, belari melompat dan sebagainya.
Dalam penerokaan ini guru hanya berperanan sebagai fasilitator untuk membantu
menggalakkan aktiviti pelajar.
Penerokaan bunyi
Orff memulakan dengan penerokaan bunyi-bunyi berdasarkan apa yang berlaku
dalah kehidupan seharian seperti bunyi-bunyi yang bisa didengar. Antaranya bunyi
ketukan pintu, kereta, angin, ombak dan sebagainya. Bunyi-bunyi ini akan menjadi
lebih teratur dengan menciptakan beberapa corak irama.
Penerokaan bentuk
Penerokaan bentuk berlaku serentak dalam penerokaan ruang dan bunyi. Apabila
kesemuanya di gabungkan dan disusun kanak-kanak akan diajar untuk mengenal
bentuk-bentuk frasa dalam gerakan ataupun corak .
Imitasi
Menurut Orff kanak-kanak mudah belajar sesuatu kemahiran melalui proses imitasi.
Proses ini adalah amat penting untuk memperkembangkan potensi muzikal kanak-
kanak. Sebagai contoh dalam pengajaran muzik di bilik darjah guru menepuk satu
corak irama manakala murid-murid akan meniru tepukan gurunya.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
35/104
21
Improvisasi
Improvisasi merupakan komponen yang diberi penekanan dalam pendekatan
pengajaran Orff. Dalam membincangkan tentang improvisasi yang dikatakan hanya
untuk orang dewasa, Orff cuba menonjolkan konsep improvisasi yang ada pada diri
kanakkanak. Dalam proses ini tiada undang-undang ditetapkan. Guru boleh
menetapkan lapangan atau di mana kanakkanak boleh
mengembangkan daya kreativiti masingmasing dalam mencipta irama melodi atau
menari mereka. Contoh aktiviti improvisasi melodi menggunakan alat muzik Orff.
Tetapkan alat muzik tersebut dalam nada C pentatonik. Ini memberi kebebasan
kepada pelajar membuat improvisasi tanpa memukul notnot yang tidak berkaitan.
Dengan ini murid-murid diminta mencipta atau membuat lagu sendiri mengikut
kreativiti masingmasing.
Penciptaan
Fasa terakhir dalam pendekatan Orff ialah mengalakkan kanak-kanak melakukan
penciptaan dengan menggunakan bahasa asas. Peringkat ini menggunakan cerita
kanak-kanak dan puisi sebagai bahan asas berirama, gerakan, nyanyian, dan
permainan alat- alat Orff.
2.2.1.4 Pengajaran Menggunakan Alat Muzik Orff
Penggunaan alat muzik Orff bukan sahaja mempertingkatkan kebolehan persepsi
oral dan skel tetapi juga mempertingkatkan kebolehan visual serta hubung kait
antara jeda. Dalam penggunaan alat muzik di peringkat awal, corak irama Bordun
digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran konsep tempo.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
36/104
22
Contoh pengajaran :
Lagu dihafal dengan menggunakan solfa dan isyarat tangan. Guru menyanyikan
corak irama melodi dan memainkan selepas didengari. Proses ini berulangulang
sehingga pelajar tahu memainkan setiap not dari lagu tersebut.
Pendedahan atau pengenalan awal alat muzik Orff kepada pelajar boleh melibatkan
beberapa cadangan berikut ;
Pengalaman konsep tinggi dan rendah, laju dan perlahan serta kuat dan perlahan.
Pengenalan konsep echoing patterns yang di demonstrasikan oleh guru dan pelajar.
Menunjukkan gambar tentang penggunaan skel melalui isyarat tangan hand-
singing, solfege. Mengajar notasi muzik menggunakan sukatan pengajaran solfa
(solfege syllables) dan mengalihkannya kepada baluk. Memberi pengalaman
tentang kreativiti dan improvisasi menggunakan konsep menilai diri sendiri (learned
will enable you) guru akan membantu mengenal pasti pelajar atau kanak kanak
tersebut. Berikut pula adalah cadangan beberapa langkah untuk mengajar melodi
secara berturutan iaitu So - Mi ( jeda pertama yang diajar ), So - LaMi, So - LaMi - Do dan Mi - Re - Do Begitu juga dengan tangga nada, ianya perlu diajar dan
diantaranya seperti tangga nada pentatonic, hexatonic,heptatonic, diatonik dan
modes.
2.2.1.5 Aplikasi Pendekatan Orff Dalam Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran
Muzik Di Malaysia.
Seperti mana yang telah dijelaskan di atas, terdapat beberapa elemen penting
dalam pendekatan pengajaran Orff iaitu ritma / rentak, melodi dan improvisasi yang
mana akan meningkatkan daya kreativiti kanak- kanak melalui tindak balas semula
jadi mereka terhadap muzik. Pernyataan di atas menunjukkan bahawa pendekatan
Orff memang sesuai untuk di aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran muzik di Malaysia. Persoalannya, mampukah guruguru muzik di negara
kita ini menterjemahkan pendekatan Orff ini dalam sesi pengajaran dan
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
37/104
23
pembelajaran dalam bilik darjah?. Atau, cukupkah ilmu pengetahuan guruguru
muzik tentang pendekatan Orff?. Untuk menjawab persoalanpersoalan ini, kita
seharusnya menilai diri sendiri sebagai seorang guru muzik. muzik yang boleh
digunakan sebagai alat untuk menyampaikan konsep muzik kepada kanakkanak
tersebut. Sekiranya pendekatan ini difahami dan digunakan dengan cara baik dan
kreatif oleh guruguru muzik, maka tidak mustahil, sesi pengajaran dan
pembelajarannya akan lebih bermakna dan berkesan. Agak malang sekiranya guru
guru muzik beralasan tidak dibekalkan dengan cukup alatan muzik, maka kelas
muzik tidak dapat dijalankan. Apa yang pasti mengikut pendekatan Orff juga,
penggunaan perkusi badan (bodypercussion), pergerakan mudah, permainan dapat
membawa kakakkanak atau pelajar menerokai muzik dan memahami konsep-
konsep muzik yang ingin disampaikan oleh seseorang guru. Ini kerana pendekatan
Orff menekankan kepada empat komponen yang utama iaitu penerokaan, imitasi,
improvisasi dan penciptaan. Penerokaan terbahagi kepada dua iaitu penerokaan
ruang dan bentuk. Imitasi pula merupakan model kreativiti dan merupakan peranan
penting dalam pendekatan Orff. Proses ini diringkaskan seperti berikut :
Pemerhatian Imitasi Ekperimen Kreativiti
Improvisasi juga amat digalakkan dalam pendekatan Orff. Ianya dapat
menggalakkan pelajar untuk menerokai muzik dengan menggunakan daya kreativiti
sendiri dan boleh dilakukan secara individu atau pun berkumpulan. Begitu juga
dengan penciptaan, yang mana pelajar akan melakukan penciptaan dengan
menggunakan alatan asas (alat muzik Orff) untuk mencipta rondo,suite mini, variasi
dan lain - lain.
2.2.1.6 Cadangan Pendekatan Orff Untuk Diaplikasikan Dalam Bilik Darjah
Seterusnya adalah beberapa cadangan atau pandangan tentang penggunaan
pendekatan Orff yang boleh diaplikasikan di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Antaranya seperti berikut :menggunakan pergerakan dan
pertuturan kanakkanak atau pelajar yang semula jadi untuk memulakan
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
38/104
24
pengalaman muzik dengan menggunakan corak atau pola irama yang terdapat
dalam peribahasa, lagulagu dan sebagainya. Mendedahkan kanakkanak atau
pelajar kepada sesi pengajaran dan pembelajaran muzik yang seronok melalui
penglibatan yang aktif dalam sebarang aktiviti muzik. menggalakkan penggunaan
alatalat muzik perkusi yang disediakan di sekolah untuk memberi peluang kepada
kanakkanak atau pelajar memperkembangkan kepekaan dan sensitiviti mereka
sendiri. Menggalakkan penggunaan jeda minor ketiga yang menurun (somi) untuk
memulakan pemahaman kanakkanak atau pelajar tentang melodi, juga berkesan
untuk penguasaan solfage. Penggunaan skel pentatonik untuk memudahkan proses
pemahaman dan menggalakkan kanakkanak atau pelajar untuk melakukan
improvisasi serta melakukan ciptaan yang mudah.
2.2.2 Dapatan Kajian Yang Lepas
Jika dilihat dari sudut matlamat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik, kita
sudah dapat mengetahui bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia mensasarkan
pendidikan muzik ini akan memberikan murid kefahaman tentang muzik,
penghasilan muzik dan juga mempunyai kemahiran memainkan alat muzik. Oleh itu,
untuk bergerak seiring dengan matlamat yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Muzik, pengkaji telah menekankan salah satu cabang muzik iaitu
konsep irama dan menggabungkannya dengan permainan alat muzik iaitu alat
perkusi dalam kajian ini.Hal ini sekaligus dapat mencapai ketiga-tiga matlamat
Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu dengan memberi kefahaman dalam teori
muzik iaitu konsep irama, kemahiran memainkan alat muzik iaitu alat perkusi dan
juga penghasilan muzik dengan permainan rentak tradisional iaitu rentak inang.
Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan
dan pergerakan harian.Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan
memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Apabila
kecenderungan seperti ini dikendalikan dengan baik, ia akan memainkan peranan
yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.
Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya
menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di sampingmemupuk nilai sosialisasi.Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
39/104
25
kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik
dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik
malahan berperanan membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak.
Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara
berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan
mengamalkan nilai-nilai murni.
Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat
Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa.Pengetahuan dan
pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu
memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri murid. Pengkaji telah
menekankan salah satu daripada bentuk muzik yang terdapat dalam budaya
masyarakat Malaysia iaitu rentak inang.Rentak inang sesuai digunakan mengiringi
lagu rancak dan mempunyaitempo yang agak cepat. Memetik dari sumber internet
tentang asas pengenalan rentak-rentak tradisional Malaysia yang telah ditulis pada
18 November 2009:
Pola rentak inang pada asasnya menggunakan pola rentak satu bar. Namun
begitu, kebiasaannya pemain akan membezakan sedikit irama bar kedua, tujuannya
supaya rentak ini tidak menjemukan. Pola irama asas rentak inang adalah seperti
berikut
Keratan Irama 2.4 : Pola Rentak Inang
Jika dilihat dari segi pola rentak inang, ia dimulakan dengan bunyi gong dan
akan diulang secara ostinato. Apabila ia diulang secara ostinanto bunyi yang akan
kerap didengari ialah tak,tak,dum,dum,dum. Ia sudah berubah daripada pola
asalnya iaitu dum,tak,tak dum,dum apabila dimainkan secara ostinato. Oleh itu,
bunyi yang dihasilkan akan kedengaran sedikit berlainan daripada pola asal dan
akan mengelirukan murid-murid. Pengkaji akan menggunakan pendekatan Orff agar
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
40/104
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
41/104
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
42/104
28
Irama
Ukuran masa atau tempo pada muzik~panjang pendek bunyi yang teratur, turun
naik bunyi yg teratur pada lagu (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Alat perkusi
Alat yang diketuk, tepuk atau goncang yang terdapat dalam orkestra barat. (Istilah
Malaysia)
Konvensional
Berdasarkan kebiasaan yang dilakukan atau diamalkan. (Kamus Pelajar Edisi
Kedua )
Tradisional
Bersifat atau bercorak tradisi: masyarakat ~ masyarakat yg mengamalkan cara
hidup yg turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua )
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
43/104
29
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untukmenggunakan pendekatan Orff untuk mengatasi
kelemahan murid tahun empat dalam memainkan rentak tradisional inang dengan
menggunakan alat perkusi.
3.2 Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini ialah :
1. Murid-murid tahun empat dapat memainkan alat perkusi yang terdapat di
sekolah iaitu loceng, kastanet dan tamborin mengikut corak irama bagi rentak inang
berdasarkan pendekatan Orff.
2. Murid-murid tahun empat dapat membaca notasi rentak inang melalui
sebutan bum dan tak berdasarkanpendekatan Orff.
3. Murid-murid tahun empat dapat mengiringi lagu rakyat dengan memainkan
rentak inang menggunakan alat perkusi.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
44/104
30
3.3 Persoalan Kajian
1. Adakah murid-muridtahun empat dapat memainkan alat perkusi yang
terdapat di sekolah iaitu kastanet, loceng dan tamborin mengikut corak irama bagi
rentak inang berdasarkan pendekatan Orff?
2. Adakah murid-murid tahun empat dapat membaca notasi rentak inang
melalui sebutan bum dan takberdasarkan pendekatan Orff?
3. Adakah murid-murid tahun empat dapat mengiringi lagu rakyat dengan
memainkan rentak inang menggunakan alat perkusi?
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
45/104
31
4.0 KUMPULAN SASARAN
Pengkaji telah menjalankan kajian ini terhadap satu kelas tahun empat. Kelas
tersebut merupakan kelas cerdik dalam tahun empat di sekolah tersebut iaitu Tahun
Empat Aman. Kelas tersebut mempunyai seramai 32 orang murid yang terdiri
daripada 15 lelaki dan 17 perempuan.
Jadual 4.1
Jadual Bilangan Responden Mengikut Jantina
Jantina Bilangan
Tahun Empat Aman
Lelaki 15
Perempuan 17
Jumlah Keseluruhan 32
Responden termasuk dalam kalangan murid yang mempunyai tahap
pencapaian yang baik dan berada dalam kelas golongan murid bijak.Ini dapat
dibuktikan berdasarkan pemerhatian dalam Ujian Kemajuan Satu yang lepas iaitu
ramai yang mendapat keputusan atas daripada gred C dalam semua mata
pelajaran. Walau bagaimanapun, subjek Muzik tidak diambil kira dalam ujian
kemajuan 1.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
46/104
32
Jadual 4.2
Jadual Bilangan Responden Mengikut Bangsa
Bangsa Bilangan
Tahun Empat Aman
Melayu 10
India 20
Cina 2
Jumlah keseluruhan 32
Namun begitu, pengkaji juga telah membuat penilaian dalam kelas muzik
pengkaji sendiri.Pengkaji telah menjalankan beberapa ujian dalam kelas bersama
mereka dan dapat mengesan beberapa murid yang lemah dalam subjek muzik.
Pengkaji telah memberikan markah yang sederhana kepada murid yang lemah
dalam penilaian yang dijalankan.
Merujuk kepada catatan pemerhatian yang telah dilakukan di dalam kelas
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, didapati murid-murid
menunjukkan reaksi tidak menumpukan perhatian dan kurang berminat untuk
mempelajari tajuk dan aktiviti yang dilaksanakan.Ini disebabkan murid-murid tidak
dapat memahami dengan jelas isi kandungan yang disampaikan oleh guru.
Sehubungan dengan itu, penggunaan pendekatan Orff yang dilaksanakan
bukan sahaja untuk meningkatkan kefahaman murid di dalam pengajaran dan
pembelajaran muzik, namun ia juga merupakan salah satu cara untuk membantu
murid meningkatkan motivasi untuk mempelajari muzik.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
47/104
33
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
5.1 Kitaran 1
Dalam setiap kajian tindakan,model penyelidikan akan dipilih dan akan dijadikan
sebagai panduan dari mula hingga ke akhir kajian. Pada masa kini,sudah terdapat
banyak bentuk model penyelidikan yang telah dihasilkan oleh tokoh-tokoh dan
pelopor kajian.Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah memilih untuk
menggunakan satu model gelungan kajian tindakan yang telah diperkenalkan oleh
Kemmis dan Mc Taggart pada tahun 1988. Model ini lebih dikenali dengan nama
Model Action Research Cycle. Dalam model tersebut terdapat empat elemen
penting iaitu :
a) merancang (plan)
b) bertindak (action)
c) memerhati (observe)
d) mereflek (reflect)
Model ini sesuai digunakan untuk melaksanakan amalan kajian tindakan
dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran. Dalam rajah yang
ditunjukkan, terdapat beberapa gelung yang seakan-akan sama langkahnya tetapi
berbeza dari segi isi kandungannya.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
48/104
34
Rajah 5.1 : Model Kemmis dan Mc Taggart
MEREFLEK
MERANCANG
BERTINDAK
MEMERHATI
MEREFLEK
MERANCANG
BERTINDAK
MEMERHATI
MEREFLEK
MERANCANG
BERTINDAK
MEMERHATI
Mengubahsuai Pelan
Tindakan Daripada Gelung
Pertama
Mengubahsuai Pelan
Tindakan Daripada Gelung
kedua
Mengubahsuai Pelan Tindakan
Daripada Gelung ketiga dan
seterusnya jika perlu
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
49/104
35
Pengkaji telah memilih model penyelidikan Kemmis dan Mc Taggart kerana
ia munasabah dan bersesuaian dengan kajian. Kajian ini memerlukan pengkaji
membuat kajian dengan membuat perancangan sebelum bertindak. Seterusnya
pengkaji akan memerhati hasil tindakan dan mereflek semula untuk membuat
penambahbaikan. Sekiranya objektif kajian masih tidak tercapai dalam gelungan
pertama, pengkaji harus membuat refleksi dan mengenalpasti kelemahan serta
membuat penambahbaikan untuk intervensi yang seterusnya. Pengkaji perlu
bermula semula daripada membuat perancangan, mengambil tindakan, membuat
pemerhatian dan seterusnya membuat refleksi setelah intervensi dijalankan.
Rajah 5.2 : Model Kemmis dan Mc Taggart kitaran pertama
Refleksi
Murid sudah boleh memainkanrentak inang dengan alat perkusi
tetapi masih tidak boleh mengiringilagu rakyat.
Merancang
Pendekatan Orff untukmemainkan rentak tradisional
inang dengan alat perkusi.
Tindakan
Intervensi menggunakanpendekatan Orff
(4 tahap).
Memerhati
Kebolehan murid memainkanrentak inang dengan alat perkusi
setelah intervensi dijalankan.
Kitaran 1
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
50/104
36
5.1.1 Perancangan
Tempoh kajian ini berlangsung dalam masa satu bulan iaitu dalam tempoh waktu
pengkaji melakukan internship di sekolah yang sama sewaktu praktikum ketiga. Ia
hanya akan mengambil masa selama 30 minit waktu interaksi untuk melaksanakan
keempat-empat tahap dalam pendekatan Orff ini. Pengkaji mengajar kelas tersebut
dua kali dalam semingguiaitu pada hari Isnin dan Rabu. Pada hari Isnin, pengkaji
melaksanakan kajian tindakan di bawah konsep irama dan memerlukan alat perkusi.
Oleh itu, pengkajimenyediakan alat perkusi yang terdiri daripada kastanet, loceng
dan tamborin sebagai bahan bantu mengajar. Pengkaji membahagikan murid-murid
kepada beberapa kumpulan mengikut tempat duduk mereka yang sedia ada. Murid
di dalam kumpulan sebelah kiri diberi kastanet, kumpulan tengah mendapat loceng
dan kumpulan kanan kelas mendapat tamborin. Untuk tujuan itu, 10 kastanet, 14
loceng dan 8 tamborin telah disediakan untuk murid-murid di Tahun Empat Aman.
Semasa interaksi pertama dalam minggu tersebut, pengkaji telah
melaksanakan kitaran yang pertama. Kitaran pertama tersebut terdiri daripada
empat tahap dalam pendekatan Orff. Berikut adalah perancangan yang dirancang
untuk intervensi pertama.
Tahap 1
Imitasi atau dikenali sebagai mengajuk semula perbuatan dilaksanakan sewaktu
langkah ini. Pengkaji menetapkan beberapa jenis tepukan corak irama dan murid-
murid diminta mengajuk semula tepukan corak irama tersebut. Corak irama yang
digunakan merupakan set induksi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
menarik minat murid-murid dan memperkenalkan mereka kepada corak irama.
Salah satu daripada tepukan itu ialah We Will Rock U. Corak irama ini digunakan
kerana ia adalah corak irama yang biasa didengari oleh murid-murid. Dalam set
induksi tersebut, pengkaji telah menyelitkan satu jenis tepukan iaitu rentak inang.
Murid-murid mengajuk semula tepukan rentak inang itu setelah pengkaji
memberikan arahan untuk menepuk rentak tersebut. Semasa tepukan rentak inang
dijalankan, pengkaji turut memberi panduan bunyi bum dan tak kepada murid agar
murid-murid mudah membezakan dua bunyi dalam rentak inang. Dalam tahap ini,
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
51/104
37
murid-murid sudah melalui satu tahap paling mudah dalam pendekatan Orff iaitu
imitasi rentak inang
Tahap 2
Eksplorasi merupakan tahap kedua dalam kajian tindakan ini. Ia adalah berkaitan
dengan penerokaan dalam bidang muzikal. Pada tahap ini, dua jenis eksplorasi
telah dijalankan oleh pengkaji iaitu eksplorasi bunyi dan eksplorasi visual. Murid-
murid berpeluang menerokai pengalaman dalam bentuk muzikal mengikut kreativiti
sendiri. Pengkaji memberikan peluang kepada murid-murid untuk menggunakan
bakat dan kebolehan untuk meneroka dan memahami corak irama dalam imaginasi
dan berdasarkan pemahaman murid-murid.
Pengkaji menuliskan rentak inang menggunakan sebutan bum dan tak
seperti yang berikut.
Inang
o Bum - tak - tak - bumbum
Penulisan bunyi bum dan tak ini adalah kerana murid-murid sudah
membiasakan diri dengan sebutan bum dan taksemasa proses imitasi. Murid-
murid akan lebih mudah untuk mengeksplorasi dan mengolah bunyi bumdan tak
kepada perkusi badan dan juga eksplorasi visual yang dijalankan
Untuk eksplorasi bunyi, pengkaji memberi kebebasan kepada murid untuk
memikirkan apakah bunyi perkusi badan yang sesuai untuk mewakili rentak. Murid-
murid bersama pengkaji mencari bunyian pada perkusi badan yang hampir sama
bunyi dengan bunyi bum dan tak Pengkaji mencadangkan beberapa perkusi
badan dan membimbing murid-murid yang tidak mempunyai idea tentang perkusi
badan.
Ekplorasi visual pula dijalankan dengan meminta murid-murid melukiskan
apa-apa sahaja simbol yang berkaitan bagi mewakili bunyi rentak inang yang telah
diimitasi iaitu bum dan tak. Murid-murid tidak perlu melukis dengan begitu cantik
kerana masa yang ditetapkan hanya 5 minit sahaja untuk kedua-dua eksplorasi.
Pengkaji membantu murid-murid dengan mencadangkan beberapa cadangan untuk
murid-murid melukiskan simbol tersebut. Berdasarkan lukisan tersebut, pengkaji
memberi penerangan dan mengaitkan simbol dengan notasi. Contohnya sebiji buah
epal bersamaan not krocet dan separuh buah epal bersamaan not kuaver.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
52/104
38
Tahap 3
Improvisasi dijalankan pada tahap ketiga berdasarkan lukisan simbol yang telah
dilukiskan oleh murid-murid semasa tahap kedua iaitu eksplorasi visual.
Berdasarkan lukisan tersebut, pengkaji memberi penerangan tentang improvisasi
yang dijalankan. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut tempat duduk
asal murid-murid. Setiap kumpulan berbincang tentang improvisasi yang akan
dilakukan oleh kumpulan masing-masing. Improvisasi tersebut adalah improvisasi
mudah iaitu dengan menukarkan satu not di dalam notasi rentak inang kepada
sebarang jenis not dan pengkaji juga mencadangkan beberapa not lain yang
relevan dan sesuai dengan rentak inang. Pengkaji memberikan kebebasan kepada
murid berbincang dalam kumpulan dan menghantar seorang wakil untuk membuat
improvisasi di hadapan kelas.
Tahap 4
Literasi merupakan tahap terakhir dalam intervensi pendekatan Orff. Ia dijalankan
dengan meminta murid-murid membaca notasi rentak inang secara notasi ataupun
bacaan semerta dan memainkan alat perkusi yang diberikan. Dalam langkah ini,
pengkaji menunjukkan notasi rentak inang di hadapan kelas dan meminta murid
memainkan alat perkusi rentak yang ditunjukkan. Pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih mudah kerana murid-murid sudah membina kefahaman sendiri
tentang notasi sebenar rentak tradisional yang dimainkan dalam tahap-tahap yang
sebelumnya.
Setelah pengkaji melihat pencapaian murid dalam keempat-empat tahap
yang dijalankan, pengkaji meminta murid-murid mengiringi satu lagu rakyat iaitu
lagu Wau Bulan yang dimainkan oleh pengkaji. Pengkaji menggunakan alat muzik
gitar sebagai bahan bantu mengajar untuk mengiringi nyanyian pengkaji secara
strumming chord. Murid-murid yang dibekalkan alat perkusi diminta mengiringi lagu
rakyat tersebut dengan memainkan rentak inang secara ostinato.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
53/104
39
5.1.2 Bertindak/ Perlaksanaan Tindakan
Tahap 1
Pengkaji memulakan tahap pertama dalam kajian tindakan ini dengan
mengaplikasikan pendekatan Orff iaitu imitasi. Pada permulaan,pengkaji meminta
murid untuk berlatih menepuk tangan secara serentak iaitu tepuk bernombor.
Apabila guru memberi arahan,
Tepuk 1 = murid menepuk kedua belah tangan satu kali secara serentak
Tepuk 2 = murid menepuk kedua belah tangan dua kali secara serentak
Tepuk 3 = murid menepuk kedua belah tangan tiga kali secara serentak
Tepuk 4 = murid menepuk kedua belah tangan dua kali,tepuk paha dua kali,
tepuk tangan dua kali secara serentak
Kemudian guru mendemonstrasikan dengan menepuk tangan beberapa corak
irama yang biasa murid dengar dalam lagu-lagu di radio seperti We Will Rock U.
Murid-murid dikehendaki meniru perbuatan guru secara serentak. Selepas itu, guru
menepuk tangan rentak tradisional yang ingin diajarkan iaitu rentak inang. Murid-
murid sekali lagi diminta meniru pengkaji menepuk tangan mengikut bilangan dan
jumlah tepukan yang sama. Pengkaji memberi bimbingan dengan membunyikan
bunyi bum dan tak semasa menepuk rentak inang. Pengkaji juga ada menepuk
tangan sebagai detik untuk panduan murid-murid. Pengkaji memerhatikan murid
yang mampu membuat imitasi dengan baik dan membetulkan serta membimbing
murid yang masih lagi membuat kesalahan dalam tepukan.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
54/104
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
55/104
41
Eksplorasi visual
Pengkaji membekalkan semua murid kertas bersaiz separuh A4. Pengkaji
memberikan penerangan tentang lukisan yang perlu dilukis oleh murid-murid.
Lukisan tersebut haruslah berkaitan dan mewakili nilai not panjang dan pendek
rentak inang yang telah diimitasi dan diteroka melalui perkusi badan. Pengkaji
memberikan masa lima minit sahaja kepada murid-murid untuk melukiskan lukisan
yang ringkas mengenai irama rentak inang. Berdasarkan lukisan yang dilukiskan,
pengkaji meminta murid-murid menepuk rentak inang berpandukan lukisan simbol.
Pengkaji juga turut memberi penerangan ringkas untuk menerangkan mengapakah
simbol digunakan dan perkaitannya dengan nilai notasi krocet dan kuaver dalam
rentak inang.
Tahap 3
Dalam tahap ketiga, murid-muridperlu membuat improvisasi berdasarkan rentak
inang yang telah dipelajari. Improvisasi tersebut adalah ringkas dan mudah sahaja
kerana ia hanya melibatkan pertukaran satu atau dua not berdasarkan corak irama
rentak inang yang asal. Murid-murid boleh menggunakan lukisan simbol bagi
membuat improvisasi ini. Pengkaji membahagikan murid kepada tiga kumpulan iaitu
mengikut tempat duduk asal murid-murid. Murid-murid dikehendaki berbincang
dalam kumpulan tersebut untuk menukarkan satu not di dalam corak irama rentak
inang yang asal. Setelah masa yang diberikan tamat, pengkaji memanggil wakil
kumpulan ke hadapan untuk menunjukkan improvisasi kumpulan masing-masing.
Pengkaji meminta wakil kumpulan supaya tampil ke hadapan kelas dan menepuk
corak irama improvisasi yang telah dibincangkan bersama-sama dalam kumpulan
masing-masing. Pengkaji meneliti tepukan improvisasi tersebut dan menuliskannya
di papan putih.
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
56/104
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
57/104
43
paling asas dalam pendekatan Orff. Oleh sebab itu, pengkaji dapat melihat murid-
murid melakukannya dengan baik sekali dan ia juga membuktikan bahawa murid-
murid tidak mempunyai masalah untuk imitasi corak irama dan rentak yang dilihat
dan didengari oleh mereka.
Pada tahap kedua, murid-murid telah diminta membuat eksplorasi bunyi.
Murid-murid meneroka perbezaan antara dua bunyi dalam rentak inang iaitu tak
dan bum. Bunyi ini perlu diaplikasikan ke dalam bentuk perkusi badan. Apa yang
pengkaji dapat lihat di sini ialah, kebanyakan murid telah bersepakat untuk
menyatakan bahawa bunyi yang sesuai dan yang paling hampir dengan bunyi tak
iaitu bunyi tepukan tangan. Bagi bunyi bum pula murid bersepakat untuk membuat
perkusi badan menghentak kaki mereka ke lantai. Pengkaji membimbing dan
memberi panduan detik dengan cara menepuk tangan. Murid-murid diminta
membunyikan perkusi badan beberapa kali mengikut detik terlebih dahulu. Apabila
dua perkusi badan ini dicantumkan, pengkaji dapat melihat murid boleh membuat
perkusi badan bagi menunjukkan rentak inang dengan baik.Terdapat juga
sesetengah murid yang masih meneruskan perkusi badan walaupun sudah diminta
berhenti oleh pengkaji. Ini menunjukkan satu perkembangan yang positif dan
pengkaji dapat melihat bahawa ia merupakan satu pengajaran yang berkesan
sehinggakan murid mahu meneruskan perkusi badan tersebut walaupun tanpa
diarahkan oleh pengkaji.
Dalam tahap kedua juga terdapat aktiviti eksplorasi visual. Pengkaji
memerhatikan bahawa murid-murid sangat berminat untuk melukis apabila diminta
melukiskan simbol bagi mewakili bunyi rentak inang. Walaupun pada awalnya
murid-murid agak keliru dengan arahan yang diberikan, tetapi murid-murid dapat
melukiskan simbol dengan baik apabila ditunjukkan contoh dan diberi bimbingan.
Kebanyakan murid melukiskan simbol seperti pensil, tangan, dan bom dalam
lukisan mereka. Daripada lukisan tersebut,murid-murid diminta untuk menepuk
tangan corak irama rentak inang berpandukan lukisan masing-masing. Kesemua
murid dalam kelas tersebut berjaya menepuk tangan dan membunyikan dengan
mulut bunyi tak dan bum dengan berpandukan lukisan yang telah dilukis.
Berpandukan lukisan juga, murid sudah dapat melihat perbezaan antara notasi
krocet dan kuaver berdasarkan saiz lukisan dan perbezaan simbol yang dilukiskan.
Seterusnya pada tahap ketiga iaitu improvisasi, murid-murid dilihat telah
bekerjasama dan berbincang dalam kumpulan dengan aktif. Kelas menjadi agakriuh apabila ramai murid yang ingin memberikan pendapat mereka untuk
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
58/104
44
improvisasi mudah rentak inang. Murid-murid telah menghantar seorang wakil ke
hadapan bagi menunjukkan hasil perbincangan mereka tentang improvisasi mudah
bagi rentak tradisional inang. Wakil murid tersebut telah tampil ke hadapan dan
menepuk corak irama improvisasi yang dibincangkan. Pengkaji hanya menjadi
fasilitator yang membantu dan memberikan arahan kepada murid-murid. Dalam
improvisasi tersebut, wakil murid tersebut telah mengubah satu not krocet kepada
kuaver dalam rentak inang. not yang diubah merupakan not tengah dalam rentak
inang menjadikan improvisasi rentak tersebut daripada
Bum-tak-tak-bum-bum
Keratan Irama 5.1
Kepada
Bum-tak-bum-bum-bum-bum
Keratan Irama 5.2
Walaupun pengkaji membahagikan murid kepada tiga kumpulan, hanya satu
improvisasi sahaja yang sempat dipilih dan ditunjukkan kepada murid-murid yang
lain. Pengkaji meminta semua murid membuat perkusi badan bagi improvisasi yang
telah dibincangkan. Murid-murid kelihatan agak seronok apabila membuat perkusi
badan improvisasi yang telah mereka bincangkan sendiri.
Akhir sekali dalam tahap keempat iaitu literasi, murid dilihat dapat membaca
notasi dan memainkan rentak inang dengan alat perkusi.Murid sudah mula
membina kefahaman dengan mencantumkan pengetahuan mereka daripada tahap
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
59/104
45
satu hingga ke tahap empat yang dijalankan bermula dengan imitasi rentak inang,
eksplorasi rentak inang,improvisasi rentak inang dan akhinya literasi rentak
inang.Daripada empat tahap ini, murid-murid sudah membiasakan diri dengan
rentak inang ini dan tidak mempunyai masalah besar apabila melihat notasi sebenar
rentak inang.
Selepas selesai tahap keempat, murid-murid dilihat sudah bersedia untuk
mengiringi lagu rakyat. Pengkaji memainkan gitar sambil menyanyikan lagu
Lenggang Kangkung dan murid-murid diminta untuk mengiringi lagu tersebut
dengan alat perkusi. Pemerhatian telah direkodkan melalui video dan foto dalam
beberapa langkah tertentu dan data diisi dalam borang senarai semak untuk menilai
kriteria pemerhatian yang diperhatikan.
Secara keseluruhannya, pemerhatian pengkaji dalam kitaran satu ini menunjukkan
bahawa murid sudah pun mencapai dua objektif yang disasarkan dalam objektif
khusus. Dua objektif khusus yang sudah dicapai ialah murid-murid tahun empat
dapat memainkan alat perkusi yang terdapat di sekolah iaitu loceng, kastanet dan
tamborin mengikut corak irama bagi rentak inang berdasarkan pendekatan Orff dan
murid-murid tahun empat dapat membaca notasi rentak inang melalui sebutan
bum dan tak berdasarkan pendekatan Orff.
5.1.4 Refleksi
Berdasarkan data yang dikumpul dalam kitaran pertama selepas selesai empat
tahap intervensi, didapati murid telah menunjukkan satu pencapaian yang baik dan
mereka telah mampu mengatasi kelemahan dalam fokus kajian ini iaitu memainkan
rentak inang dengan alat perkusi. Ternyata empat tahap dalam pendekatan Orff
yang telah digunakan berkesan dalam pengajaran rentak tradisional inang ini.
Hasilnya, murid-murid mampu mengikuti kesemua empat tahap yang telah disusun
dalam pendekatan Orff. Di akhir kitaran pertama juga iaitu sewaktu intervensi, murid
sudah boleh memainkan rentak tradisional inang menggunakan tiga alat perkusi
yang telah dipilih iaitu loceng, kastanet dan tamborin.
Sewaktu tahap pertama dijalankan, kaedah imitasi yang disarankan oleh Orff
telah menunjukkan keberhasilannya apabila semua murid mampu mengimitasi apa
-
8/13/2019 Laporan Penyelidikan Tindakan Muzik (104 Pages)
60/104
46
yang telah ditunjukkan oleh guru di hadapan kelas. Ini merupakan satu petanda
untuk permulaan yang baik bagi murid-murid untuk menguasai rentak inang dengan
mudah apabila mereka sudah tahu mengimitasi rentak inang tersebut.
Seterusnya, sewaktu tahap kedua dijalankan iaitu eksplorasi.Murid-muridmenunjukkan penguasaan dalam eksplorasi bunyi dengan baik.Murid-murid telah
menemukan bunyi perkusi badan yang sesuai dengan bunyi bum dan tak . Murid
juga menunjukkan satu perkembangan positif iaitu mereka bersepakat satu kelas
untuk menggunakan tepukan tangan dan hentakan kaki bagi mewakili bunyi tak
dan bum.
Sewaktu eksplorasi visual pula dijalankan, muri-murid kelihatan sangat
bersemangat untuk melukiskan simbol mewakili rentak inang. Murid-murid kelihatan
gembira apabila mendapat kertas lukisan daripada pengkaji. Pelbagai jenis simbol
telah dilihat dalam lukisan murid-murid. Aktiviti ini telah menunjukkan
keberkesanannya apabila semua murid sudah mampu melukiskan simbol yang
betul bagi mewakili rentak inang. Terdapat variasi dari segi saiz lukisan dan juga
bentuk dalam lukisan murid-murid. Hal ini telah menunjukkan bahawa pemahaman
muri-murid telah meningkat apabila mereka sudah mampu melukiskan simbol yang
betul.
Semasa improvisasi dijalankan, murid-murid telah bekerjasama dalam
kumpulan dengan baik. Aktiviti ini telah dapat menyemarakkan semangat kerjasama