Download - Laporan perancangan rpi
MINGGU 1
LAPORAN PERANCANGAN RPI
Fasa 1 : Perancangan
Minggu pertama di sekolah adalah satu tempoh masa yang mana saya perlu menyelesaikan beberapa tugasan
utama terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk mengajar. Antara tugasan yang perlu saya laksanakan ialah
menghasilkan sebuah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) tingkah laku bagi seorang murid pendidikan khas.
Untuk itu, saya telah membuat pemerhatian selama empat hari di kelas pendidikan khas integrasi SK Datuk
Abdullah bagi memilih mana-mana murid yang sesuai untuk saya pulihkan tingkah lakunya. Pada mulanya, saya
memerhatikan kesemua murid-murid di kelas berkenaan. Kemudian pada hari kedua, saya telah menyenarai pendekkan
nama-nama murid yang sesuai untuk saya pilih. Setelah membuat pemerhatian dan temu bual bersama guru dan
pembantu pengurusan murid, saya telah memilih seorang murid ADHD yang berumur sembilan tahun.
Pada pemerhatian saya, murid ini mempunyai masalah ADHD gabungan iaitu kurang tumpuan dan hiperaktif.
Saya menetapkan untuk melatih murid ini makan sendiri kerana setakat hari ini, murid berkenaan tidak tahu makan
sendiri dan masih disuap sepenuhnya oleh pembantu pengurusan murid. Di bawah ini ialah jadual perancangan yang
telah saya sediakan serta beberapa maklumat yang telah saya kumpulkan.
MINGGU 1
RPI PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Nama guru : Azliza binti Mohamed
Nama murid : Muhamad Faiz bin Maslan
Umur : 9 tahun
Tarikh pelaksanaan : 29 Januari- 19 April 2013
Waktu pelaksanaan : Jam 10.00 pagi setiap hari persekolahan
Tingkah laku bermasalah :Tidak tahu makan sendiri
Matlamat :Murid dapat makan sendiri tanpa bantuan orang lain
OBJEKTIF STRATEGI KAEDAH PENILAIAN CATATAN KELEMAHAN MURID KEKUATAN MURID
Melatih murid
makan
sendiri tanpa
dibantu oleh
orang lain.
-Memberi arahan
yang pendek, mudah
dan tepat.
-Mengulang arahan
berulang kali
-rekod pemerhatian
(buat senarai semak)
-murid akan
dilatih makan di
meja makan pada
waktu rehat
setiap hari
persekolahan.
-Murid mempunyai masalah
tumpuan dan tidak boleh
duduk diam pada satu-satu
tempat pada satu-satu
masa.
-Murid faham arahan
yang diberikan oleh
orang lain serta
pertuturannya masih
boleh difahami
walaupun kurang jelas.
MINGGU 1
LAPORAN
_________________________________________________________________________________________________

CADANGAN

Tandatangan guru pelatih Tandatangan guru pembimbing