Download - laporan projek kolaborasi
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
1/21
GGGB6823
KOLABORASI DANKONSULTASI
Pensyarah :
DR. NORSHIDAH BINTI
MOHAMAD SALLEH
LAPORAN PROJEK KOLABORASI
PROJEK KREATIF
PASU KITAR SEMULA
Disediakan oleh:
ASALAMA BINTI MAMAT
(P79036)
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
2/21
1
KANDUNGAN
Halaman
1.0 PENDAHULUAN 2
2.0 PELAKSANAAN PROJEK 2
2.1 Sebelum Pelaksanaan 2
2.2 Semasa Pelaksanaan 3
2.3 Selepas Pelaksanaan 4
3.0 OBJEKTIF 4
4.0 PERANAN PIHAK TERLIBAT 5
5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 6
6.0 KEPENTINGAN KOLABORASI 6
7.0 KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN 7
8.0 MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA PROJEK
KOLABORASI8
9.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN 8
10.0 IMPAK PROJEK KOLABORASI 9
11.0 MODEL KOLABORASI 9
12.0 RUMUSAN 12
13.0 RUJUKAN 12
14.0 LAMPIRAN 13
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
3/21
2
LAPORAN
PROJEK KREATIF PASU KITAR SEMULA
1.0 PENDAHULUAN
Projek Kreatif Pasu Kitar Semula merupakan satu projek pasu kitar semula, dengan
kerjasama antara pelajar dan guru pendidikan khas, guru dan pelajar aliran perdana
SMK Tambun, Ipoh serta kolaborasi dari segi sumbangan oleh Dua Motors dan
Kifarah Aiskrim Ipoh.
Projek ini merupakan satu aktiviti luar bilik darjah di mana 12 orang pelajar dari kelas
pendidikan khas bekerjasama dengan 6 pelajar aliran perdana untuk sama-sama
menyiapkan pasu dari bahan kitar semula. Bahan yang dipilih adalah tayar kereta.
Tayar yang digunakan adalah sumbangan dari Dua Motors, Ipoh. Projek ini juga
mendapat tajaan aiskrim dari Kifarah Aiskrim, Ipoh.
Program ini dipilih adalah kerana, bukan sahaja ianya menjimatkan kos, malah ia juga
dapat memupuk sikap sayangkan alam sekitar. Pelajar-pelajar yang terlibat juga dapat
menzahirkan keupayaan dan kreativiti masing-masing dengan mereka cipta pasu
mereka sendiri.
2.0 PELAKSANAAN PROJEK
Projek mendekorasi pasu kitar semula ini telah dilaksanakan pada hari Khamis, 7 Mei
2015 manakala penanaman pokok pula, pada 8 Mei 2015 bertempat di SMK Tambun,
Ipoh. (Gambar aktiviti, rujuk Lampiran)
2.1 Sebelum Pelaksanaan
Perbincangan awal dilakukan bersama-sama Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
iaitu Encik Joseph a/l Sebastian dan mendapat tindak balas positif. Namun begitu,
keputusan tidak dapat dibuat kerana Encik Joseph akan bertukar ke sekolah lain.
Perjumpaan kedua dilakukan dengan Penolong Kanan yang baru iaitu Puan Noriza
Binti Ismail pada 2 April 2015 setelah beliau melapor diri ke sekolah. Persetujuan
telah diperolehi dan kertas kerja dipanjangkan kepada pengetua. Pihak pengetua jugamemberikan maklum balas positif terhadap projek ini. Setelah mendapat kelulusan
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
4/21
3
dari pihak sekolah, surat di buat untuk mendapatkan kerjasama Majlis Bandaraya
Ipoh. Maklum balas yang diterima adalah baik namun pihak mereka tidak dapat
memberikan komitmen kerana terlibat dengan Majlis Pertabalan Sultan Perak. Projek
terpaksa dilaksanakan tanpa kerjasama dari MBI. Perjumpaan telah dibuat bersama-
sama guru keceriaan sekolah dan guru Kelab Geografi. Hasil perbincangan,
Jawatankuasa Keceriaan Sekolah bersetuju untuk memperuntukkan RM 200 dalam
projek ini. Manakala guru Kelab Geografi akan mencari pelajar yang akan terlibat
dalam projek kitar semula ini. Namun begitu beliau tidak dapat terlibat sama dalam
aktiviti tersebut kerana dilaksanakan pada hari persekolahan. Persetujuan pengetua
diperolehi untuk melibatkan pelajar aliran perdana dalam waktu PdP.
Seterusnya perjumpaan dengan En Manap dari Dua Motors berhasil apabila beliau bersetuju untuk membekalkan tayar secara percuma dalam projek ini. Sumbangan
aiskrim juga berjaya diperolehi dari Kafarah Aiskrim, Ipoh yang akan menyumbang
aiskrim sebagai kudapan pada hari berkenaan. Anak pokok bunga dan tanah dibeli
menggunakan duit yang diperuntukkan oleh Jawatankuasa Keceriaan Sekolah sehari
sebelum Projek dilaksanakan.
2.2 Semasa Pelaksanaan
Pada 7 Mei 2015, seperti yang dirancang, aktiviti telah berjaya dilaksanakan. Semua
pelajar aliran perdana seramai 5 orang diberi taklimat tentang aktiviti yang akan
dijalankan sebelum projek mengecat dilakukan. Mereka dibahagikan kepada 5
kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada seorang pelajar aliran perdana
dan dua orang pelajar pendidikan khas. Setiap kumpulan akan mengecat dua tayar
yang telah disediakan. Aktiviti berjalan dengan lancar dan semua peserta memberikan
kerjasama yang baik serta menunjukkan hubungan yang semakin rapat antara satu
sama lain. Guru-guru yang terlibat hanya membantu sedikit sahaja dengan memantau
aktiviti pelajar. Pembantu pengurusan murid juga memberikan kerjasama yang baik
sepanjang aktiviti dijalankan, mereka juga menyediakan minunam dan kuih kepada
semua yang terlibat. Proses penanaman tidak dapat dilaksanakan pada hari berkenaan
kerana cat masih belum kering. Persetujuan daripada Penolong kanan, Pn. Noriza
telah membenarkan proses penanaman anak pokok dilakukan keesokan harinya.
Pada 8 Mei 2015 proses penanaman anak pokok telah dilaksanakan, namun tidak
melibatkan pelajar aliran perdana kerana kebenaran untuk mereka turut serta hanyalah
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
5/21
4
untuk 7 Mei sahaja. Proses penanaman berjalan lancar dengan bantuan daripada
tukang kebun sekolah. Guru hanya memberikan tunjuk ajar, selebihnya pelajar
membuat sendiri setiap tugasan bermula dengan menyusun tayar, mengisi tanah,
menanam pokok, seterusnya menjirus tanaman.
2.3 Selepas Pelaksanaan
Satu sesi perbincangan ringkas dilakukan bersama-sama Penolong Kanan dan juga
guru-guru pendidikan khas yang terlibat selepas selesai aktiviti. Maklum balas yang
positif diperolehi terutamanya dari segi penglibatan pelajar aliran perdana. Ini
merupakan kali pertama suatu aktiviti pendidikan khas dijalankan melibatkan pelajar
dari aliran perdana. Pelajar aliran perdana akan cuba dilibatkan dalam mana-mana
aktiviti yang sesuai pada masa akan datang.Seterusnya, laporan tentang pelaksanaan projek dibuat dan dibentangkan semasa
kuliah pada 26 Mei 2015.
3.0 OBJEKTIF
Pelaksanaan Projek ini mengambil kira beberapa objektif yang ingin dcapai iaitu:
3.1
Memupuk semangat kerjasama antara semua peserta terlibat.
3.2 Menghasilkan satu hubungan interaksi antara pelajar pendidikan khas dengan
orang lain.
3.3
Memupuk sifat cintakan alam sekitar.
3.4 Menceriakan Kawasan Sekolah.
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
6/21
5
4.0 PERANAN PIHAK TERLIBAT
BIL PIHAK TERLIBAT PERANAN
1 Penyelaras program dari
UKM
- Menyediakan kertas kerja
-
Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja
-
Mengadakan perbincangan dengan pihak-
pihak yang terlibat.
-
Memastikan perkembangan aliran kerja
jawatankuasa yang dilantik
- Memastikan program dilaksanakan mengikut
ketetapan
- Mengadakan post mortem setelah aktiviti
selesai2 Guru Pendidikan Khas - Membantu memantau aktiviti pelajar
- Memilih Pelajar yang terlibat dalam aktiviti
3 Pelajar-pelajar Pendidikan
Khas- Seramai 12 orang
- merupakan kumpulan sasaran dan bekerjasama
sebagai satu kumpulan dengan pelajar aliran
perdana.
4 Guru Kelab Geografi -Memilih pelajar yang terlibat dalam projek
5 Ahli-ahli Kelab Geografi - seramai 6 orang
- Menjadi fasilitator dan sama-samamenyiapkan pasu
6 Dua Motors -Menyumbang dan membekalkan tayar terpakai
untuk digunakan semasa pelaksanaan projek.
7 Jawatankuasa Keceriaan
Sekolah
-Membantu menyediakan cat-cat dan alatan
yang akan digunakan semasa program.
8 Tukang Kebun Sekolah -Membantu dan berkongsi kemahiran semasa
program.
9 Katering Aiskrim -Menyumbang aiskrim sebagai kudapan untuk
pelajar yang terlibat
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
7/21
6
5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Kebanyakan bahan yang diperlukan adalah bahan terbuang. Walaubagaimanapun,
terdapat beberapa perbelanjaan yang perlu dibiayai seperti butiran berikut:
Bil Perkara Peruntukan Jumlah
1 Cat RM 29.90 X 3 RM 89.70
2 Peralatan mengecat RM 3.50 X 6 RM 21.00
3 Anak Pokok Bunga RM 8 X 6 RM 48.00
4 Tanah RM 3 X10 RM 30.00
JUMLAH RM 188.70
Perbelanjaan ini diperolehi daripada sumbangan Jawatankuasa Keceriaan Sekolah
sebanyak RM 200.
Sumbangan lain adalah :
1. Sumbangan aiskrim oleh Katering Aiskrim Kifarah, Perak
2. Sumbangan tayar oleh Dua Motors, Ipoh sebanyak 12 buah tayar.
6.0 KEPENTINGAN KOLABORASI
Kolaborasi bermaksud satu gaya interaksi secara langsung antara sekurang-kurangnya
dua pihak yang bersama-sama secara sukarela terlibat dalam membuat keputusan
bersama kerana mereka bekerja ke arah matlamat yang sama (Friend & Cook, 2007).
Menurut (West, 1990) kolaborasi adalah perancangan berkumpulan atau proses
penyelesaian masalah dan keputusan yang dibuat dalam suasana kepercayaan, saling
menghormati dan komunikasi yang terbuka.
Kanak-kanak selalunya lebih mudah untuk membangun dan belajar dengan sokongan
keluarga yang kuat serta mendapat sokongan individu dan institusi dalam masyarakat
sekeliling mereka. Komuniti juga boleh memberi sekolah dan pelajar sistem sokongan
kewangan dan juga nilai-nilai sosial dan budaya yang diperlukan untuk berjaya dan
hidup dalam masyarakat kontemporari (Mattessich & Monsey, 1993; Miller, 1991).
Apabila keluarga, sekolah, masyarakat dan institusi (contohnya, perniagaan tempatan,
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
8/21
7
kolej komuniti, dan agensi-agensi ) bersetuju dengan matlamat mereka dan membuat
keputusan bagaimana untuk mencapai hasil, semua yang terlibat akan mendapat manfaat.
Selain itu, kolaborasi juga dapat merangsang motivasi guru untuk melaksanakan tugas
dengan lebih baik. Galakan kepada semua yang terlibat dapat dilihat melalui sumbangan
mereka secara kolaboratif bukannya mengikut pandangan pakar semata-mata (Morton &
Mcmenamin, 2011).
7.0 KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN
Dalam melaksanakan suatu kolaborasi, terdapat beberapa kemahiran yang perlu diberi
penekanan antaranya ialah kemahiran komunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran
menyelesaikan masalah serta mengatasi konflik.Komunikasi berkesan adalah kemahiran paling utama yang diperlukan oleh seseorang
untuk melaksanakan kolaborasi. Adalah amat penting suatu mesej yang ingin disampaikan
itu difahami oleh pihak yang ingin dikolaborasi. Menurut Johnson (1977) komunikasi
adalah satu proses untuk menyatupadukan individu-individu dalam kelompoknya. Ia
merupakan proses yang membolehkan manusia menyeragamkan tingkahlakunya serta
membina dan mewujudkan hubungan interpersonalnya yang akhirnya membenarkan
mereka itu bekerjasama bagi mencapai satu matlamat yang sama. Dalam melaksanakan
projek ini, terdapat beberapa kaedah komunikasi yang digunakan iaitu komunikasi lisan,
komunikasi melalui telefon, surat, emel dan juga menggunakan aplikasi whatsapp yang
menjadi medium paling mudah ketika ini. Setiap medium komunikasi yang digunakan
memerlukan kaedah yang tersendiri supaya mudah difahami oleh pihak berkenaan.
Kemahiran mendengar juga adalah salah satu cabang komunikasi kerana komunikasi dua
hala memerlukan kita mendengar apakah yang diperlukan oleh pihak yang kita ingin
bekerjasama. Ini dapat mengelakkan konflik antara semua pihak yang terlibat.
Kemahiran menyelesaikan masalah juga sangat penting. Ini merujuk kepada keadaan di
mana sesuatu perkara yang ingin dilaksanakan tidak dapat diteruskan atau mempunyai
halangan-halangan tertentu. Contohnya perubahan tarikh atau pihak yang ingin dijemput
untuk bekerjasama tidak dapat memberikan komitmen. Dalam pelaksanaan projek ini pada
asalnya saya merancang untuk menjemput pihak Majlis Bandaraya Ipoh untuk terlibat
sama, namun mereka tidak dapat memeberikan kerjasama kerana pada masa yang sama
majlis Pertabalan Sultan Perak akan berlangsung di Kuala Kangsar. Jadi saya membuat
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
9/21
8
keputusan untuk menukar kolaborasi dengan pihak Jabatan Pertanian. Walaupun mereka
hanya dapat membekalkan anak pokok sayuran, dan set hidroponik yang tidak digunakan
secara khusus dalam projek ini, tetapi ia telah membantu Kelas Pendidikan Khas dalam
projek tanaman sayuran mereka.
8.0 MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA PROJEK KOLABORASI
Terdapat beberapa masalah yang dihadapi semasa menjalankan projek kolaborasi ini.
Yang pertama adalah berkaitan dengan jarak dan masa. Sekolah Menengah Kebangsaan
Tambun yang dipilih terletak di Ipoh Perak. Saya hanya dapat berurusan secara terus
pada hari Rabu dan Khamis sahaja kerana menghadiri kuliah pada hari-hari lain. Masa
yang sangat terhad untuk berjumpa dengan pihak kolaborasi. Masalah yang kedua adalah
dengan pihak yang ingin berkolaborasi, iaitu Majlis Bandaraya Ipoh yang mana tidak
dapat memberikan kerjasama atas urusan lain yang lebih utama. Projek pasu kitar semula
ini diteruskan tanpa kolaborasi dari pihak mereka.
9.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN
Dari segi kekuatan, yang dapat saya lihat ialah komitmen yang tidak berbelah bahagi
daripada pihak sekolah iaitu Pengetua, Penolong Kanan dan guru-guru. Mereka sentiasa bersedia dan memberikan kerjasama terbaik sepanjang projek ini dilaksanakan. Selain itu
penglibatan pelajar aliran perdana buat pertama kali menunjukkan tindak balas positif
dari kalangan pelajar Pendidikan Khas di mana mereka menunjukkan komunikasi yang
baik dengan rakan-rakan aliran perdana walaupun tidak pernah berjumpa sebelum ini.
Guru-guru Pendidikan Khas juga berminat untuk melibatkan pelajar aliran perdana dalam
aktiviti mereka selepas ini.
Manakala dari segi kelemahan, antaranya ialah tidak dapat berkolaborasi dengan banyak
pihak seperti yang dirancang. Kelemahan lain yang dapat dilihat ialah dari segi
perancangan masa, di mana saya tidak terfikir bahawa proses mengecat memakan masa
untuk kering yang menyebabkan aktiviti terpaksa disambung pada hari berikutnya. Selain
itu, aktiviti ini juga tidak dapat melibatkan ibu bapa dan pelajar yang lebih ramai.
Memandangkan aktiviti dilaksanakan pada hari persekolahan maka penolong kanan
menyarankan supaya ibu bapa tidak perlu dijemput kerana mereka tidak akan dapat hadir.
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
10/21
9
Pelajar aliran perdana juga hanyalah seramai 6 orang yang terlibat kerana tidak mahu
proses pengajaran dan pembelajaran terganggu.
10.0
IMPAK PROJEK KOLABORASI
Impak yang paling besar yang dapat dilihat dalam aktiviti ini ialah kebolehan pelajar
Pendidikan Khas yang tidak boleh dipandang rendah. Mereka berjaya mereka corak yang
sangat cantik pada tayar walaupun tanpa bantuan guru. Ini menunjukkan bahawa mereka
juga mempunyai tahap kreativiti yang tinggi dan boleh dipupuk untuk meningkatkan lagi
potensi diri mereka. Kerjasama yang baik dapat dihasilkan apabila semua pihak yang
terlibat memberikan komitmen yang tinggi dalan menjayakan sesuatu program atau
aktiviti. Pelajar-pelajar pendidikan khas juga menunjukkan bahawa mereka juga mampu
berkomunikasi dengan baik dengan rakan-rakan dari aliran perdana jika diberi peluang.
Satu idea baru telah terhasil di mana tanpa menggunakan banyak kos, hanya
menggunakan bahan kitar semula dapat menghasilkan sesuatu yang menarik dan
seterusnya dapat menceriakan kawasan persekitaran sekolah. Pelajar juga dapat
meneruskan aktiviti ini di rumah mereka.
11.0 MODEL KOLABORASI
Model kolaborasi yang dipilih adalah Model Triadic iaitu suatu model kolaborasi yang
dibangunkan oleh Tharp dan Wetzel (1969), dan Tharp (1975). Model ini merupakan
model perundingan klasik yang mana, telah banyak model perundingan sekolah telah
berkembang berdasarkan model ini. Terdapat tiga peranan utama yang terlibat dalam
model ini iaitu perunding, consultee (orang tengah) dan pelanggan (sasaran). Perkara
paling asas dalam model ini adalah perkhidmatan tidak ditawarkan secara langsung,
tetapi melalui perantara (Tharp, 1975). Perkhidmatan itu mengalir dari perunding untuk
sasaran melalui orang tengah. Peranan perunding biasanya, walaupun tidak semestinya,
dilakukan oleh pakar seperti guru masalah pembelajaran atau kaunselor sekolah.
Consultee adalah biasanya, tetapi tidak semestinya, guru kelas. Pelanggan atau sasaran
biasanya pelajar dengan pembelajaran atau keperluan tingkah laku. Keperluan pendidikan
boleh menjadi kecacatan atau bakat yang memerlukan perkhidmatan khas bagi
membolehkan pelajar untuk mendekati potensi pembelajarannya. Rajah 1 menunjukkan
Model Triadic Asas yang menunjukkan secara jelas perhubungan ketiga-tiga peringkat peranan tersebut.
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
11/21
10
Rajah 1 : Contoh Model Konsultasi Triadic Asas
Model triadic memerlukan kedua-dua pihak perunding dan consultee terlibat secara aktif
dan berkongsi tanggungjawab bagi kejayaan atau kegagalan program yang dibangunkan
(Idol et al. 1995).
Peranan boleh ditukar antara individu, bergantung kepada konteks sekolah dan keperluan
pendidikan. Sebagai contoh, kadang-kadang, seorang guru bermasalah pembelajaran
perundingan mungkin consultee yang mencari maklumat dan kepakaran perunding guru
kelas. Pada masa yang lain pelajar mungkin menjadi perunding bagi seorang guru bilik
sumber sebagai consultee, dan ibu bapa sebagai pelanggan, atau peringkat tindakan yang
bertujuan untuk membantu anak-anak mereka.
Idol, Nevin, and Paolucci-Whitcomb (1995) menerangkan beberapa ciri yang
menunjukkan keberkesanan kolaborasi konsultasi iaitu pertaman, pelajar dengan
keperluan khas dapat diajar dengan baik jika guru mengadakan dan menggabungkan
strategi dan idea melalui kolaborasi. Kedua, tenaga pengajar dapat memperolehi kemahiran
untuk berkolaborasi secara berkesan. Ketiga, hasil kolaborasi adalah lebih baik berbanding
hasil individu dan akhir sekali, perubahan positif dalam sistem sekolah dari segi
pengajaran, peningkatan kemahiran dan sikap ahli kolaborasi, menigkatkan pembelajaran
dan kemahiran sosial antara guru dengan pelajar berkeperluan khas.
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
12/21
11
Intepretasi Model Tiadic ini dapat dilihat melalui rajah berikut.
Rajah 2 : Interpretasi Model Konsultasi Triadic
Model ini adalah model paling sesuai diaplikasikan dalam projek kolaborasi yang dipilih.
Kolaborasi memberikan kejayaan yang lebih besar bagi sesuatu projek berbanding projek
yang dilaksanakan secara individu. Perubahan positif dapat dilihat dalam bentuk
pengajaran, meningkatkan kemahiran dan sikap guru seterusnya peningkatan pembelajaran
dan kemahiran sosial pelajar-pelajar berkeperluan khas khususnya. Kelebihan Model
Triadic adalah ianya adalah ringkas dan tepat, boleh berlaku secara tidak rasmi dan
kesannya dapat dilihat secara terus ke atas kumpulan sasaran.
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
13/21
12
12.0 RUMUSAN
Daripada projek kolaborasi yang telah dilaksanakan, dapat dirumuskan bahawa kerja
berpasukan merupakan kekuatan kepada wujudnya kolaborasi yang erat di antara murid,
pihak pentadbir sekolah, guru pendidikan khas, guru aliran perdana, dan pihak luar.
Kerja sepasukan ini mampu memberikan feadah yang besar kepada perkembangan
pendidikan di sekolah terutamanya kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Kejayaan
program ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak yang terlibat.
Murid pendidikan khas juga dapat didedahkan dengan rakan-rakan sebaya daripada aliran
perdana yang selama ini mereka berada dalam kepompong sendiri dan begitu juga
sebaliknya murid tipikal dapat mengenali dengan lebih baik rakan-rakan di Pendidikan
khas dan bergaul mesra dengan mereka. Semoga projek seumpama ini akan dapat
diteruskan pada masa-masa akan datang. Saya juga amat berharap agar aktiviti seumpama
ini dapat dilaksanakan dalam skala yang lebih besar, melibatkan lebih banyak pihak
kolaborasi dan juga melibatkan kerjasama ibu bapa pelajar agar suatu suasana
pembelajaran yang lebih produktif dan positif dapat dihasilkan.
13.0
RUJUKAN
Dettmer, P., Dyck, N., & Thurston, L. P. 2005. Consultation, collaboration, and teamwork
for students with special needs.
Longman Pearson.
Idol, L., Paolucci-Whitcomb, P. & Nevin, A. 1995. The Collaborative Consultation
Model . Journal of Educational and Psychological Consultation 6(4): 329-346
Friend, M., & Cook, L. 2007. Interactions: Collaboration skills for school professionals
(5th ed.). Upper Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall.
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
14/21
13
14.0 LAMPIRAN
Gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan
SESI MENGECAT 1
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
15/21
14
SESI MENGECAT 2
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
16/21
15
REHAT DENGAN AISKRIM KIFAYAH
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
17/21
16
HASIL KREATIVITI MASING-MASING
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
18/21
17
PROSES MENANAM POKOK
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
19/21
18
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
20/21
19
-
8/18/2019 laporan projek kolaborasi
21/21
20
WAJAH-WAJAH CERIA PELAJAR YANG TERLIBAT