LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
BIL. 3 / 2011 • JULAI-SEPTEMBEREDARAN PERCUMA
w w w. K E S E DA R . g ov. m y
berita selanjutnyadi mukasurat 24berita selanjutnyadi muka surat 3
Penaung
HAJI MOHD ARSHAD ISMAIL
Penasihat
HAJI RAMLI MAT ZAIN
HAJI FAZAM MAT LAZIM
Ketua Editor
MD. ASRI JUSOH
Timbalan Ketua Editor
AHMAD ABDULLAH
NURHAYATI MAT RUSOK
Editor Bersekutu
NORLIDASAIDI AWANG TEH
KAMARUZAMAN AHMAD
KAMAL BADRUL HISHAM MOHAMED
MASKHARIAH SAMSUDIN
ABD. AZIZ AHMAD
MOHD RAMADHAN SULAIMAN
HASRI RIFDI HAMZAH
FAUDZI AB RAHMAN
HAJI OTHMAN SETAPA
NIK JOHAN NIK ABDULLAH
Pembaca Pruf
MASKHARIAH SAMSUDIN
KAMARUZAMAN AHMAD
Pereka Grafik
ABDULLAH ZAWAWI OTHMAN
Jurufoto
MUHAMMED ALUI YUSOF
SHARUDDIN IBRAHIM
MOHD. HAFIZ MOHAMED DIN
Pengedaran
ILYANI ISKANDAR
LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN
(KESEDAR)Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
Kompleks Ibu Pejabat KESEDAR, Bandar Baru Gua Musang18300 Gua Musang, KELANTAN
Tel : 09 913 2200 Fax : 09 912 1211www.KESEDAR.gov.my
editorial
Perutusan Pengurus Besar KESEDAR
BERSATU DAN MENCABAR DIRI
Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah di atas segala kelimpahan
nikmatNya yang sentiasa memenuhi ruang kehidupan kita. Selamat
berjumpa lagi di ruangan pada edisi ini.
Kali ini saya terpanggil untuk memperkatakan tentang hubungan baik
dan kekuatan ukhuwah di kalangan kita serta lontaran kepada saudara/
saudari untuk mencabar diri masing-masing.
Dalam apa jua keadaan hubungan baik dan ikatan ukhuwah yang jitu
adalah senjata yang paling ampuh bagi sesebuah kelompok untuk
membentuk pasukan yang jitu. Kita tidak akan berjaya membangunkan
organisasi KESEDAR ini tanpa bantuan atau pertolongan orang lain
samada mereka satu pejabat dengan kita atau berlainan tempat kerja.
Sedikit sebanyak kita memerlukan bantuan daripada orang lain kerana
mustahil untuk kita melakukan sesuatu perkara secara bersendirian.
Justeru itu, hubungan baik di kalangan kita adalah unsur yang paling
kritikal untuk membentuk pasukan dalam penghasilan output kerja
yang berkualiti. Sebab itu dalam sesuatu organisasi terbentuk lapisan
terdiri daripada ketua sampai orang bawahan yang perlu memainkan
peranan masing-masing, kerana setiap seorang daripada kita mempunyai
kelebihan dan kepakaran tersendiri.
Kedua, kita perlu mencabar diri untuk menjadi lebih baik daripada apa
yang kita hasilkan selama ini. Mencabar diri bagi maksud ini bermakna
kita tidak mudah berpuas hati setakat apa yang kita keluarkan selama
ini kerana dengan berbuat demikian kita mampu mempertingkatkan
produktiviti dan kualiti kerja kita. Apabila ia bertambah dari aspek
tersebut, bermakna kita berjaya memainkan peranan kita sebagai
kakitangan awam untuk memakmurkan negara. Oleh yang demikian,
dua elemen di atas (kerjasama dan kekuatan pasukan serta mencabar
diri untuk tonjolkan produktiviti) harus menjadi ‘pakaian’ kepada kita.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
Tinta Editor
Sidang editor mengucapkan tahniah di atas perlantikan Tuan Haji Fazam
bin Mat Lazim sebagai Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KESEDAR
mulai 15 September 2011.
Semoga kesepaduan pasukan yang terbentuk mampu memacu KESEDAR
ke mercu yang lebih gemilang.
Selamat membaca.18Tel : 0
APC dan hari INOVASIKESEDAR 2O11
3
BULETIN
KESEDA
R
Tanggal 18 September 2011 bertempat di Dewan
Pusat Sivik, Gua Musang telah berlangsung
penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
(APC) Dan Hari Inovasi Kesedar 2011. Seluruh warga
KESEDAR telah hadir untuk meraikan majlis tahunan
ini yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti serta
mutu kerja dikalangan warga KESEDAR.
Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Datuk
Yusof bin Dohab, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU)
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
(KKLW). Turut hadir ialah Dato’ Ramzi bin Ab. Rahman,
Pengerusi KESEDAR, Ahli-ahli Lembaga KESEDAR dan
Tuan Haji Mohd Arshad Bin Ismail, Pengurus Besar
KESEDAR. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah di
anugerahkan kepada dua orang Pegawai Pengurusan
& Profesional, lima orang dari Kumpulan Sokongan 1
dan 36 orang dari Kumpulan Sokongan 2. Sementara
Anugerah Inovasi KESEDAR telah dibahagikan kepada
dua kategori iaitu Anugerah Inovasi dan Anugerah
Khas Pengurus Besar.
Anugerah Inovasi telah diberikan kepada empat
penerima iaitu Tuan Haji Abdul Ghani bin Mahmud
(Pendidikan), Puan Zawari binti Mohamad
(Sukarelawan), Pasukan Futsal Lelaki Veteran dan
Pasukan Tenis (Sukan). Manakala Anugerah Khas
Pengurus Besar telah dianugerahkan kepada Encik
Nik Soh bin Yaakob dan Encik Wan Mohd Nadzir bin
Wan Yusoff.
TKSU dalam ucapannya,menyeru agar semua penjawat
awam KESEDAR perlu bekerja dengan bersungguh-
sungguh dan mengekalkan semangat setiakawan
yang telah lama wujud. Sidang editor mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada penerima-penerima
anugerah sebagai simbol pengiktirafan di atas
kecemerlangan dan inovasi 2011.
Oleh: Nurhayati Mat Rusok
Dari muka surat 1
4
BULE
TIN
KES
EDA
R
Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT kerana
telah memberi peluang kepada saya untuk berada
diperingkat Pengurusan Tertinggi KESEDAR dan
terima kasih kepada Pengerusi, Ahli Lembaga
Pengarah, Pengurus Besar dan semua kakitangan
KESEDAR kerana memberi kepercayaan kepada
saya untuk memikul tanggungjawab ini.
Insyallah saya akan memberi komitmen yang terbaik
demi mencapai kecemerlangan KESEDAR pada masa
hadapan dan akan mengadakan transformasi dalam
pentadbiran KESEDAR secara keseluruhan.
Timbalan Pengurus Besar(Pengurusan) KESEDAR
TTTTTiiiiiimmbbbbaallllllaann PPPPPeenngguurruuss BBBBBeessaarr
Tuan Haji Fazambin Mat Lazim
Tuan Haji Fazambin Mat Lazim
Transformasi utama akan diberi perhatian meliputi
perkara-perkara / bidang berikut :
Berusaha ke arah membudayakan ilmu kepada semua
kakitangan bagi melahirkan pekerja yang positif,
berdikari, berpengetahuan dan mengamalkan nilai-
nilai murni.
Menyediakan persekitaran (tempat) kerja yang
kondusif, selamat dan mesra insan.
Penambahbaikkan kepada sistem penyampaian dan
infrastruktur sokongan supaya impak maksima dapat
di capai oleh kumpulan sasar.
Penyusunan semula struktur organisasi yang mantap
di semua peringkat bagi merealisasikan pelaksanaan
strategi pembangunan KESEDAR.
Resepi utama yang saya selalu amalkan adalah
“KASIH DAN SAYANG”. Jangan ada rasa benci dan
syak wasangka di antara kita. Saya merayu semua
kakitangan KESEDAR supaya menanam rasa kasih
dan sayang diantara kita. Kerjasama sebagai satu
pasukan pasti akan melahirkan satu generasi
oleh: NURHAYATI MAT RUSOK
5
BULETIN
KESEDA
R
dalam memastikan KESEDAR sebagai agensi yang
cemerlang.
Keutamaan dalam melaksanakan program
pengurusan dan pembangunan akan meliputi
kepentingan stakeholder, pelanggan dan penjawat.
Kepuasan maksima setiap pihak di atas akan diberi
perhatian utama demi kesejahteraan bersama.
Harapan dan matlamat saya adalah ingin menjadikan
KESEDAR sebuah organisasi cemerlang demi
kesejahteraan semua pihak. Matlamat ini hanya dapat
dicapai melalui kerjasama di antara semua pihak
termasuk stakeholder, pelanggan dan penjawat.
Sekali lagi ingin saya nyatakan bahawa “KASIH DAN
SAYANG” adalah resepi kepada kejayaan tersebut.
Insyallah.
6
BULE
TIN
KES
EDA
R
Sambutan MALAYSIA
Gua Musang,16 September 2011 - Lembaga Kemajuan
Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menganjurkan
Program Sambutan Hari Malaysia Tahun 2011 bertempat
di Dataran KESEDAR Putra, Gua Musang bagi peringkat
Kelantan Selatan. Program tersebut bermatlamat
meningkatkan kesedaran dan memperingati masyarakat
tentang penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun
1963. Selain itu, Program Menyambut Ulang Tahun
Kemerdekaan Negara Ke-54 juga dijayakan serentak
yang mana kedua-dua perayaan tersebut mempunyai
sigfinikasi begitu besar kepada Negara.
Program ini telah berjaya menarik lebih 5,000 orang
dari pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Gua Musang.
Pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik
antaranya nyanyian lagu Kebangsaan oleh Kumpulan
koir KESEDAR yang diiringi dengan perarakan menaikkan
Jalur Gemilang oleh pelatih PLKN dan barisan tentera.
Majlis diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan
oleh pasukan dikir barat dan persembahan deklamasi
sajak kemerdekaan oleh Cikgu Abdul Razak bin
Mohamad serta adik Muhammad Uwais bin Abdul Razak
yang berusia 9 tahun dengan diiringi gemersik petikan
gitar yang menyentuh perasaan penonton.
Program ini diceriakan lagi dengan percikan bunga
api sebagai kemuncak acara. Perasmian program telah
disempurnakan oleh ADUN Galas, YB. Encik Ab. Aziz bin
Yusoff yang turut dihadiri oleh Pengurus Besar KESEDAR,
Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail.
Sambutan yang serupa juga diadakan di Renok Baru dan
Paloh 2 bagi kawasan Rancangan Kemajuan Tanah serta
dikedua-dua Wilayah Pentadbiran KESEDAR iaitu di Jeli
dan Kuala Krai.
Dengan pengisian program-program tersebut diharap
dapat mengukuhkan perpaduan dan silaturahim di
kalangan masyarakat setempat yang mempunyai
pelbagai etnik, agama, budaya dan sosioekonomi
sebagai tanda kesyukuran dan cintakan negara.
oleh: KAMAL BADRUL HISHAM MOHAMED
BULETIN
KESEDA
R
7
di KESEDAR
Pada 18 September 2011 bertempat di Pusat Sivik, Gua
Musang. Majlis Sambutan Aidilfitri KESEDAR dan Anak-
anak Syarikat telah diadakan dengan penuh gilang
gemilang.
Majlis ini telah dihadiri oleh hampir 2000 orang
tetamu yang terdiri daripada para pegawai dan
kakitangan KESEDAR, pelanggan-pelanggan KESEDAR
dan masyarakat setempat yang berbilang kaum dan
agama. Majlis diserikan lagi dengan ucapan oleh Dato’
Ramzi bin Ab. Rahman, Pengerusi KESEDAR. Dato’ Ramzi
dalam ucapannya berharap agar ikatan yang terjalin
ini akan terus erat dan kukuh. Turut menyerikan majlis
Datuk Yusof bin Dohab, Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Dalam bergembira menyambut kedatangan Aidilfitri,
KESEDAR tidak lupa meraikan warga tua dan masyarakat
yang kurang bernasib baik dengan menyampaikan
sumbangan bantuan serta menyediakan pelbagai
juadah tradisional dan moden. Melalui penglibatan
seperti ini, KESEDAR dapat memupuk silaturahim yang
akrab dengan masyarakat setempat.
oleh: NURHAYATI MAT RUSOK
8
BULE
TIN
KES
EDA
R
Pada 23 Mei 2011, Tuan Haji Ramli Bin Mat Zain
Timbalan Pengurus Besar (TPB) Pengurusan
telah mengadakan pertemuan dengan semua
kakitangan pentadbiran yang diterajui oleh Puan
Norlida Saidi binti Awang Teh. Pertemuan singkat
yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Operasi
KESEDAR pada jam10.00 pagi.
TPB Pengurusan dalam mesejnya berharap agar
kakitangan pentadbiran dapat bekerjasama dengan
baik dalam menjalankan tugas yang diamanahkan
dan sentiasa positif dan berdaya saing.
TPB Pengurusan Bertemu Kakitangan PentadbiranTPB Pengurusan Bertemu
Kakitangan Pentadbiranoleh: NURHAYATI MAT RUSOK
BULETIN
KESEDA
R
9
Majlis Berbuka PuasaKESEDAR bersama Media
Majlis berbuka puasa KESEDAR dan media telah
diadakan pada 24 Ogos 2011 bertempat di
Chantique Restoran, Kota Bharu Kelantan. Majlis
ini bertujuan menzahirkan penghargaan dan
tanda terima kasih KESEDAR kepada pihak media
di atas sumbangan serta kerjasama erat yang
telah dijalinkan.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran Dato’ Ramzi
bin Ab Rahman, Pengerusi KESEDAR, Tuan Haji
Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR,
Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, TPB Pengurusan
serta pegawai-pegawai kanan KESEDAR.
Pihak Pengurusan berharap agar kerjasama
erat di antara KESEDAR dan media mampu
dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang.
oleh: NURHAYATI MAT RUSOK
KESEDAR di Karnival Usahawan DesaPada 21 hingga 25 September, Karnival Usahawan Desa (KUD KKLW) telah berlangsung di Presint 2 Putrajaya. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah mengambil bahagian dalam pameran ini. Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan majlis yang bertemakan ‘Produk Desa, Citarasa Malaysia’.
Gerai pameran KESEDAR turut mendapat perhatian daripada YAB Perdana Menteri yang tertarik dengan keunikan akar ‘Tongkat Ali’ gergasi yang dipamerkan. Gerai KESEDAR juga menerima banyak kunjungan daripada golongan kenamaan dan orang ramai.
KUD juga turut menghidangkan pelbagai aktiviti menarik disepanjang KUD berlangsung termasuk pertandingan gerai tercantik, memasak, karaoke, persembahan kebudayaan, forum perdana dan banyak lagi. Tahniah diucapkan kepada penganjur yang telah berusaha keras untuk memastikan KUD KKLW 2011 berjaya.
oleh: NURHAYATI MAT RUSOK
BULETIN
KESEDA
R
11
12
BULE
TIN
KES
EDA
R
Majlis Berbuka Puasa RKT
Bahagian Pembangunan Pertanian KESEDAR telah
menganjurkan majlis berbuka puasa pada 10
Ogos 2011 bagi meraikan masyarakat peneroka
yang banyak menyumbang dalam kejayaan
Pembangunan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT)
di Kelantan Selatan.
Majlis yang diadakan di KESEDAR Inn ini dimulakan
dengan tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Wan Omar
bin Wan Isa. Majlis diserikan dengan kehadiran YB
Dato’ Paduka Norzula bin Mat Diah (ADUN Paloh),
Tuan Haji Ramli Bin Mat Zain (TPB Pengurusan)
dan Haji Othman bin Ismail (Pengurus Bahagian
Pembangunan Pertanian). Sebelum majlis berbuka
puasa berlangsung, para tetamu dibekalkan sedikit
sumbangan hari raya oleh YB Dato’ Paduka Norzula
bin Mat Diah.
oleh: NURHAYATI MAT RUSOK
Majlis Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri WGM
BULETIN
KESEDA
R
13
Sempena dengan bulan Ramadhan dan ketibaan
Aidil Fitri 2011 Pejabat Wilayah Gua Musang telah
mengadakan majlis sumbangan untuk golongan
Warga Emas, Ibu Tunggal dan OKU peringkat
DUN Galas, Paloh dan Nenggiri. Setiap penerima
menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM
100.00, beras dan kain pelikat/sarung. Ia diadakan
di tiga tempat berbeza pada tarikh yang berlainan.
Program pertama pada 22 Ogos 2011 bertempat
di Dewan Terbuka, Taman Etnobotani bagi
peringkat DUN Galas. Majlis penyampaian telah
disempurnakan oleh YB Encik Ab Aziz bin Yusoff,
ADUN Galas yang melibatkan penerima seramai
oleh: HAJI OTHMAN SETAPA
180 orang (75 orang Warga Emas, 75 orang Ibu
Tunggal dan 30 Orang Kurang Upaya).
Bagi DUN Paloh iaitu program kedua telah
berlangsung pada 23 Ogos 2011 di Dewan GDW
Kg. Limau Kasturi yang juga telah disempurnakan
oleh YB Encik Ab Aziz bin Yusoff, ADUN Galas yang
mewakili ADUN Paloh. Penerima bantuan bagi
DUN Paloh adalah seramai 100 orang (40 orang
Warga Emas, 40 orang Ibu Tunggal dan 20 Orang
Kurang Upaya).
Manakala program terakhir pada 24 Ogos 2011
bertempat di Balairaya Kg. Baru Jerek, YB Encik
Mat Yusof bin Ab Ghani ADUN Nenggiri telah
menyampaikan sumbangan kepada seramai 150
orang penerima bagi DUN Nenggiri (40 orang
Warga Emas, 40 orang Ibu Tunggal dan 20 Orang
Kurang Upaya).
Dengan sumbangan dari KESEDAR ini diharap
akan membantu meringan beban hidup dan
menggembirakan golongan Warga Emas, Ibu
Tunggal dan golongan OKU menyambut Hari
Raya tahun ini yang kesemuanya seramai 430
orang dengan nilaian sumbangan sebanyak RM
42,780.00.
Rumah TERBUKA Aidil Fitri WGM 2011Rumah TERBUKA Aidil Fitri WGM 2011
14
BULE
TIN
KES
EDA
R
Aidilfitri datang lagi. Pengurusan Wilayah Gua
Musang yang diterajui oleh Encik Mohd Asri bin
Jusoh telah mengadakan rumah terbuka aidilfitri
bertempat di Taman Etnobotani, Gua Musang.
Majlis ini dihadiri kira-kira 500 orang tetamu. Pelbagai
juadah seperti lemang, ketupat, satey, kuih muih
dan buah-buahan disediakan. Majlis ini juga telah
membuka ruang kepada setiap kakitangan untuk
lebih mengenali antara satu sama lain disamping
dapat mengeratkan silaturrahim antara kakitangan
dengan penduduk tempatan.
oleh: NURHAYATI MAT RUSOK
Gua Musang – Pada 18 September 2011 sempena dengan majlis Sambutan Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Inovasi KESEDAR 2011, Dato’ Yusof Dohab TKSU KKLW telah mengadakan lawatan kerja ke PPMS KESEDAR Sejahtera.
Dalam lawatan tersebut Dato’ TKSU telah diberi taklimat ringkas oleh Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR mengenai pelaksanaan program pembangunan di PPMS KESEDAR Sejahtera. Dato’ TKSU juga telah melawat kawasan persekitaran perkampungan, beramah mesra serta berdialog dengan peserta dan berkesempatan singgah di sebuah rumah peserta yang mempunyai anak kelainan upaya (OKU) untuk menyampaikan sumbangan berupa hamper.
Mengakhiri program lawatan tersebut, Dato’ TKSU telah berjanji untuk mendapatkan peruntukan bagi membangunkan premis bangunan rumah kedai yang menjadi keperluan masyarakat di PPMS KESEDAR Sejahtera serta sebagai pusat aktiviti ekonomi setempat.
Turut mengiringi lawatan ini ialah Timbalan-Timbalan Pengurus Besar, Pengurus Bahagian, Pengurus Wilayah dan pegawai-pegawai kanan KESEDAR.
oleh: HAJI OTHMAN SETAPA
f
Lawatan TKSU Ke PPMS KESEDAR Sejahtera
Jasamu Dikenang
oleh: NURHAYATI MAT RUSOK
BULETIN
KESEDA
R
15
Yang patahkan tumbuh, yang hilang pastikan
berganti. Namun yang pergi tetap akan dikenang
dan tersemat kukuh dalam ingatan. Tanggal 31
Julai 2011 bertempat di Dewan Rahmat KESEDAR,
Gua Musang, majlis ‘Jasamu Dikenang’ telah
diadakan untuk meraikan para penjawat KESEDAR
yang telah dan akan bersara wajib atau pilihan
pada tahun 2011.
Majlis ini begitu memberi makna kerana telah
dihadiri oleh Dato’ Ramzi bin Ab. Rahman,
Pengerusi KESEDAR, Tuan Haji Mohd Arshad bin
Ismail, Pengurus Besar KESEDAR dan Tuan Haji
Ramli bin Mat Zain, TPB Pengurusan. Dato’ Ramzi
dalam ucapannya merakamkan penghargaan
dan ucapan selamat menempuh alam persaraan
kepada semua pesara yang diketuai oleh Tuan Haji
Abdul Ghani bin Mahmod, TPB Pembangunan.
Jasa dan sumbangan para pesara akan sentiasa
diingati. YBhg Dato’ Pengerusi juga berharap
para pesara akan terus sihat dan menjalani hidup
yang tenang bersama keluarga. Majlis ini turut
diserikan dengan nyanyian koir oleh kumpulan koir
KESEDAR dan bacaan sajak yang bertajuk “Setelah
Kau Pergi” oleh Nurhayati binti Mat Rusok, Pegawai
Perhubungan Awam KESEDAR.
INDUKSI
UMUM
16
BULE
TIN
KES
EDA
R
Pada 17 hingga 28 Julai 2011 seramai 9 orang penjawat KESEDAR telah menghadiri Kursus Induksi Umum Pegawai Kumpulan 1, anjuran KKLW bertempat di Pusat Latihan Woodvalley, Sungai Congkak. Kursus Induksi ini adalah merupakan salah satu prasyarat dalam proses pengesahan dalam jawatan.Kursus ini juga melibatkan agensi-agensi lain seperti KETENGAH, KEJORA, Pejabat Tanah dan Galian, MARA, JAKOA, KEMAS dan kakitangan KKLW.
Kursus selama 12 hari ini, banyak memberi ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan Peraturan dan Tatacara Kerja sebagai penjawat Awam. Sepanjang kursus ini diadakan, peserta kursus telah dihidangkan dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa dan berpengalaman. Kursus ini berjalan dengan lancar dan peserta-peserta kursus dapat mengikuti kursus seperti yang telah dijadualkan. Modul kursus ini adalah terbahagi kepada 4 bahagian penilaian iaitu penilaian tugasan individu, penilaian tugasan berkumpulan, peperiksaan dan penglibatan semasa kursus. Semua peserta menaruh harapan yang tinggi agar dapat lulus cemerlang dalam semua penilaian yang telah ditetapkan dan dapat disahkan dalam jawatan masing-masing.
oleh: MOHD RAMADHAN SULAIMAN
KENAF
BULETIN
KESEDA
R
17
Pada 11 Julai 2011 bertempat di Paloh 2 telah
diadakan Majlis Perasmian Tuaian Ladang Kenaf
yang dibangunkan bersama KESEDAR dan
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).
Majlis ini dihadiri oleh Encik Ahmad bin Loman,
wakil Ketua Pengarah LKTN, Dato’ Paduka Norzula
bin Mat Diah, ADUN Paloh dan Tuan Haji Ramli bin
Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan)
KESEDAR.
Tuan Haji Ramli Bin Mat Zain, Timbalan Pengurus
Besar (Pengurusan) dalam ucapan aluannya
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada LKTN kerana meneroka kerjasama dengan
KESEDAR.
Majlis ini turut diserikan dengan pameran oleh
LKTN tentang potensi dan aktiviti menjana ekonomi
melalui tanaman kenaf secara komersial.
Dataran Astaka Paloh - pada 2 hingga 16 Julai 2011 telah berlangsung Sukan Peneroka Paloh 2 yang menghimpunkan hampir 500 orang keluarga peneroka. Antara acara menarik yang disediakan ialah perlawanan bola sepak, bola jaring, lari dalam guni, pertandingan untuk kanak-kanak dan banyak lagi.
Sukan peneroka ini telah menyatukan ikatan kekeluargaan di antara masyarakat setempat dan menggalakkan orang ramai menjalani hidup sihat dengan bersukan.
oleh: NURHAYATI MAT RUSOK
oleh: NURHAYATI MAT RUSOK
18
BULE
TIN
KES
EDA
R
ProgramBantuan Rumah(PBR) KESEDAR
Prestasi Pelaksanaan PBR Bagi Kawasan KESEDAR Ta
BIL.
NEGERI/ DAERAH/
DAERAH KECIL
BILANGAN
PROJEKPERATUS PELAKSANAAN
BINA BARU 100 90-99 75-89 50-74 25-49 0-24 BE
1 GUA MUSANG
a) Galas 4 4
b) Paloh 4 4
c) Nenggiri 4 4
JUMLAH KECIL 12 12
2 KUALA KRAI
a) Dabong 1 1
b) Guchil 1 1
c) Manik Urai 1 1
d) Mengkebang 1 1
JUMLAH KECIL 4 4
3 JELI
a) Bukit Bunga 4 4
b) Air Lanas 1 1
c) Kuala Balah 4 4
JUMLAH KECIL 9 9
4 TANAH MERAH
a) Gual Ipoh 1 1
b) Kemahang 1 1
JUMLAH KECIL 2 2
JUMLAH KESELURUHAN 27 27
oleh: SARUNI AZIZ
19
BULETIN
KESEDA
R
R Tahun 2011 Sehingga 10 November 2011 (Fasa 1)
ANBILANGAN
PROJEKPERATUS PELAKSANAAN
0-24 BELUM MULA BAIK PULIH 100 90-99 75-89 50-74 25-49 0-24 BELUM MULA
206 206
206 206
206 206
618 618
44 38
44 40
44 50
44 48
176 176
206 206
44 44
206 206
456 456
44 44
44 44
88 88
1338 1338
TAHNIAHKepada Bahagian
Teknologi Maklumat
Dari Meja PengerusiMajlis Bersama Jabatan (MBJ)
Pengerusi & AJK MBJ (pihak pekerja) merakamkan jutaan terima kasih kepada
Pengurusan KESEDAR kerana melaksanakan “Successor’s Plan” melantik kedua-dua
Timbalan Pengurus Besar, Kenaikan Pangkat Gred 44 serta Pengesahan Pelbagai Gred/
Kumpulan Jawatan penjawat-penjawat KESEDAR. MBJ mengharapkan Transformasi
ini akan memperkasakan lagi suasana “Kasih & Sayang” demi menghasilkan suasana
ditempat kerja (environment) yang lebih “Harmoni”. Mereka juga diharap akan menjadi
Role Model kepada rakan sejawat disamping terus meneroka ruang-ruang baru sebagai
Value Added kepada Atitut, Kemahiran & Pengetahuan (Attitude, Skill & Knowledge) modal
insan penjawat awam dalam merealisasikan visi dan wawasan selari dengan hasrat
Kerajaan. Penjawat-penjawat yang telah Berjaya membuktikan kompetensi mereka
terdiri daripada perkhidmatan N44 (3), N41 (2), N27 (1), S27 (1), G27 (1), F27 (1), N17
(4), S17 (2).