Download - LEMPAR CAKERA
LEMPAR CAKERA
PENGENALAN
Acara-acara lontaran walaupun sudah bermula sejak zaman kuno lagi
sebagai salah satu aktiviti dalam kehidupan seharian manusia, sehingga ini
menjadi acara sukan olahraga, masih kurang mendapat sambutan. Acara lontaran
seakan-akan tersisih daripada acara-acara olahraga yang lain, malah ada pihak
yang kurang memberi perhatian terhadap acara-acara lontaran ini. Pada masa
silam lembing, umpamanya sering digunakan untuk aktiviti perburuan, sebagai
senjata dalam peperangan dan pertahanan diri.
Pada masa silam juga mereka yang terlibat dengan peperangan terpaksa
menggunakan sesuatu untuk mempertahankan diri daripada senjata musuh dan
cara yang paling sering digunakan mereka ialah menggunakan perisai untuk
maksud ini. Lama-kelamaan perisai yang diubah suai digunakan untuk tujuan lain,
iaitu untuk menguji kekuatan mereka dengan cara melempar. Seseorang yang
berjaya membuat lemparan yang jauh dikira pemenang.
Aktiviti lontaran lain termasuk juga melontar peluru dan melontar tukul
besi. Akan tetapi kedua-dua acara ini tercipta kemudian kerana kedua-duanya
tidak mempunyai kaitan dalam peperangan atau pertahanan diri pada masa silam.
Jika ada pun lebih merupakan sebagai aktiviti di kalangan penduduk masa silam
untuk menguji kekuatan masing-masing sebagai aktiviti biasa sahaja.
Bagaimanapun lama-kelamaan aktiviti lontaran diubah suai dengan menggunakan
peralatan yang juga diubah suai, kini menjadi acara sukan olahraga yang diminati
dan dipertandingkan di seluruh dunia, termasuklah di negara kita.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
1
SEJARAH
Lempar cakera merupakan acara lontaran yang mula-mula dicipta
sebagai acara sukan, walaupun baling lembing sudah menjadi aktiviti manusia
zaman silam. Lempar cakera dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik kuno di Greek.
Pada masa itu peralatan atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan
lebih berat daripada cakera yang digunakan pada masa kini. Cakera yang
digunakan dalam Sukan Olimpik moden pada tahun 1896 adalah seakan-akan
sama dengan cakera yang digunakan sekarang. Cakera dibuat dengan
menggunakan kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat leper dan dibaluti besi di
sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam pada bahagian tengah dengan
beratnya hampir dua kilogram iaitu 1.923 kg.
Untuk mengelakkan cakera dilemparkan ke merata arah, disediakan suatu
kawasan khas yang berbentuk segiempat sama dengan 2.5 meter panjang dan
lebar. Teknik atau cara membuat lemparan ketika itu menggunakan pergerakan
dan kedudukan tangan serta badan yang sedikit bongkok, tangan menghayun
cakera dari sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini menyebabkan cakera
seakan-akan melayang pada jarak yang jauh.
Pada masa Sukan Olimpik 1912 di Stockholm, acara lempar cakera
dipertandingkan menerusi penggunaan dua belah tangan. Caranya ialah dengan
setiap peserta akan membuat lemparan kali pertama menggunakan sebelah
tangan, dan kali kedua dengan menggunakan tangan yang sebelah lagi. Cara
lemparan ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana tidak ada teknik
tertentu yang digunakan dan jarak cakera juga tidak jauh. Pertandingan cara ini
hanya digunakan sehingga tahun 1920 dan selepas itu teknik lemparan baru
diperkenalkan.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
2
PERKEMBANGAN MASA KINI
Kini acara melempar cakera merupakan salah satu acara yang
dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan sukan olahraga, termasuk di
peringkat sekolah. Acara ini disertai oleh lelaki dan juga wanita, tetapi cakera yang
lebih kecil dan lebih ringan digunakan oleh wanita. Begitu juga dengan
penggunaan cakera di peringkat sekolah. Jenis cakera ini adalah ditetapkan oleh
IAAF yang harus dipatuhi oleh setiap penganjur sesuatu kejohanan olahraga,
walau di mana-mana kejohanan diadakan. Jika kita lihat sepintas lalu, acara ini
kelihatan mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Bagaimanapun, sebenarnya
sukan lempar cakera tidaklah semudah yang dijangkakan. Mungkin ada antara
mereka yang baru menceburkan diri dalam acara ini mampu melakukan lemparan
yang agak jauh, tetapi dari segi teknik dan cara melakukan lemparan mungkin
tidak betul atau kurang tepat. Untuk mendapatkan teknik lemparan yang betul dan
mampu menghasilkan jarak yang lebih jauh, seseorang itu perlu mengikuti latihan
dengan berpandukan tunjuk ajar dan bimbingan jurulatih atau guru pengawas
yang berpengalaman.
Sebagai acara sukan, lempar cakera dipertandingkan dalam suatu
kawasan khas. Malah dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa,
kawasan lemparan cakera berpagar dengan jaring besi kecuali bahagian
hadapannya, yang terbuka untuk peserta melakukan lemparan. Pada peringkat
sekolah, disebabkan jarak lemparan dan teknik lemparan yang mudah
menyebabkan kawasan lemparan terbuka keseluruhannya. Pagar berjaring besi
itu bertujuan mengelakkan cakera daripada melayang keluar kawasan sehingga
boleh membahayakan pegawai pertandingan dan penonton.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
3
Teknik lemparan yang diubah suai dan diperbaiki dari semasa ke semasa
serta bentuk latihan yang dijalankan menyebabkan jarak lemparan yang dicapai
terus meningkat. Sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri,kebangsaan
ataupun antarabangsa, jarak yang dicapai terus meningkat sehingga tiada rekod
yang dapat bertahan lama. Umpamanya, pada peringkat dunia, jarak lemparan
yang dilakukan telah melebihi 74 meter dan jarak itu dipercayai tidak akan kekal
lama, seperti yang terjadi pada acara-acara lontaran dan lompatan lainnnya.
Di negara kita, jika dibandingkan dengan jarak yang dicapai oleh peserta-
peserta dunia, masih terlalu jauh. Bagaimanapun lemparan terbaik yang dicapai
iaitu 47.38 meter mungkin akan diperbaiki pada masa akan datang. Begitu juga
dengan jarak yang diperoleh oleh peserta wanita, sama ada diperingkat dunia
mahupun kebangsaan.
Penggunaan teknik latihan yang menggunakan peralatan serba moden
masa kini seperti kaedah sains sukan, pemakanan yang teratur dan terkawal,
jurulatih yang berpengalaman serta latihan yang diadakan di luar negeri,
memungkinkan peserta-peserta lempar cakera kita mencapai jarak yang lebih baik
dan mungkin akan muncul peserta lempar cakera negara kita setanding dengan
pencapaian peserta lain di dunia atau sekadar di peringkat Asia.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
4
PERALATAN YANG DIGUNAKAN
Setiap acara padang memerlukan peralatan dan kawasan khusus untuk
membolehkan acara ini dijalankan. Peralatan ini direka dan dibentuk selari dengan
jenis acara serta peraturan yang diisyaratkan oleh IAAF. Dengan adanya
peralatan dan kawasan khusus ini, dapat membezakan sesuatu acara lontaran
atau lompatan dengan yang lain.
CAKERA
Cakera yang digunakan diperbuat daripada kayu atau bahan lain menyerupai
kayu, dan dibaluti oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin. Cakera
hendaklah berbentuk bulat tetapi leper. Pada tengah-tengahnya dilekatkan piring
bulat daripada besi dan dipasangkan pada kedua-dua belah cakera. Cakera juga
boleh diperbuat tanpa melekatkan piring besi pada bahagian tengah ini berbentuk
rata dan berat keseluruhan cakera adalah menepati berat yang ditetapkan.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
5
Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk. Saiz dan berat
cakera yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk sekolah.
Ukuran dan berat cakera mengikut lelaki dan wanita adalah seperti berikut:
Perkara /Bahagian Lelaki Wanita
1. Berat keseluruhan untuk pertandingan
2. Ketebalan bahagian tengah cakera
3. Diameter piring atau kawasan rata pada
tengah cakera
4. Diameter keseluruhan cakera
5. Ketebalan logam pada sekeliling cakera
5.0kg (minimum)
44 –46 mm
50 –57 mm
218 –221 mm
12.0 mm
1.0kg (minimum)
37 –39 mm
50 –57 mm
180 – 182 mm
12.0 mm
Pita Pengukur
Pita pengukur adalah alat yang digunakan untuk mengukur dan
menentukan jarak lemparan yang telah dibuat bagi mengiktiraf kejuaraan atau
kemenangan pelempar cakera yang paling jauh. Pegawai pertandingan akan
mengukur setiap jarak yang dicapai oleh peserta kecuali lemparannya dibatalkan.
Ukuran jarak ini dibuat pada titik yang dicatatkan oleh cakera hingga ke bahagian
dalam bulatan kawasan lemparan, walaupun pita ditarik hingga ke titik tengah
bulatan lemparan itu.
Bagaimanapun dalam kebanyakan pertandingan olahraga peringkat
antarabangsa khususnya dalam acara lempar cakera, alat pengukur elektronik
sudah digunakan untuk menggantikan pita pengukur. Ini bagi memudahkan lagi
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
6
pengukuran setiap jarak yang telah dibuat dengan lebih cepat dan tepat dengan
adanya system teknologi digital yang canggih ini.
Bulatan lemparan lemparan adalah bulatan atau kawasan bulat yang
dibentuk khas untuk membolehkan peserta lempar cakera membuat lemparannya.
Garisan atau bahan yang membentuk bulatan hendaklah diperbuat daripada besi,
logam lain dan kayu dengan bahagian atasnya hendaklah sama aras dengan
kawasan sekeliling. Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada
simen atau bahan lain yang tidak licin. Permukaan bulatan hendaklah rata dan
ukuran pada saiz bulatan ini ialah 2.5 meter pada diameternya. Bulatan lemparan
ini dibahagikan kepada dua bahagian yang sama besar.
Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada
garisan lebih kurang lima militmeter, manakala garisan bulatannya harus
sekurang-kurangnya enam millimeter tebal dan diwarnakan putih. Garisan lurus
setebal lima sentimeter lebar hendaklah dilukiskan di luar bulatan sekurang-
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
7
kurangnya 75cm pada kedua-dua belah bulatan . Permukaan bulatan boleh juga
diperbuat daripada kayu atau bahagian lain yang sesuai.
KAWASAN LEMPARAN
Kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan
separuh bulatan dengan keluasan sudutnya 40 darjah. Panjang kawasan ini tidak
terhad. Bagi peringkat sekolah, kawasan ini hendaklah lebih kurang 60 meter
panjang, manakala bagi peringkat antarabangsa, boleh dipanjangkan sehingga
mencapai 100 meter. Panjang kawasan hendaklah diukur dari tengah bulatan
lemparan cakera.
Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan
atau penonton. Garisan melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan
boleh diadakan pada jarak tertentu, umpamanya 30 meter, 40 meter, dan 50 meter
untuk peringkat sekolah dan jarak yang paling lebih jauh seperti 50 meter, 60
meter, 70 meter, dan 80 meter. Garisan yang menandakan rekod atau pencapaian
terbaik sesuatu kejohanan juga disediakan oleh sesetengah penganjur. Garisan
ini adalah sebagai panduan kepada para peserta untuk membuat lemparan,
setidak-tidaknya untuk mereka mencipta rekod baru.
KURUNGAN KESELAMATAN
Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku
semasa acara lempar cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan
hendaklah diambil. Langkah yang paling penting ialah dengan memasang
kurungan keselamatan di kawasan membuat lemparan. Kurungan ini hendaklah
direka dan dipasang dengan kemas supaya dapat menahan lemparan cakera yang
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
8
beratnya dua kilogram serta dilempar pada kelajuan sehingga melebihi 25 meter
sesaat.
Kurungan ini biasanya berbentuk U, terdiri daripada minimum enam batang
tiang yang menyokong jaring. Permukaan kurungan hendaklah enam meter,
terletak lima meter di hadapan bulatan lemparan. Sekeping kepingan jaring besi
ini hendaklah sekurang-kurangnya empat meter tinggi. Jaringnya harus daripada
bahan sintetik atau wayar yang seumpamanya.
Apabila cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang
disediakan, kemungkinan besar akan mengena jaring keselamatan ini. Dengan
demikian, cakera akan terjatuh di dalam kawasan yang dipagari ini dan bukan
melayang tidak menentu arah. Sudah tentu lemparan itu dikira batal kerana gagal
mengikut arah atau laluan yang disediakan.
Bagaimanapun, pada kejohanan olahraga peringkat sekolah atau kadang-
kadang negeri sekalipun, jaring keselamatan ini tidak disediakan. Hal ini mungkin
kerana teknik lemparan yang dilakukan oleh kebanyakan peserta adalah bukan
teknik memusingkan badan, yang tidak mudah menyebabkan cakera mengikut
arah yang tidak sepatutnya. Alasan lain mungkin kerana jarak lemparan yang
dilakukan agak dekat untuk dipasangkan kurungan keselamatan ini.
Bagaimanapun, adalah lebih baik jika pagar ini dipasang, biarpun pertandingan
hanya pada peringkat sekolah.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
9
UKURAN
Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh
setiap peserta, walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak
lemparan sebelumnya. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat
bantuan lain yang boleh memberikan kelebihan atau menjarakan jarak lemparan
cakera. Peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan
kemparan atau pada tapak kasut dengan tujuan memberikan kelebihan kepadanya
atau lemparannya.
PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK
Dalam acara lontaran, alatan yang digunakan dikenali sebagai projektil.
Apabila projektil berada di udara berbagai faktor yang mempengaruhi
pergerakannya. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhinya adalah seperti
daya tarikan graviti, rintangan udara dan heretan aerodinamik, di mana ia
menggerakkan projektil untuk jarak mendatar dan daya mengangkut projektil.
Untuk melahirkan kejayaan dalam bidang sukan faktor biomekanik perlu
untuk seseorang jurulatih. Kejayaan atlit akan dapat diukur dari segi kelajuan dan
sudut lepasan dan faktor-faktor aerodinamik.
1. Pergerakan (motion)
Pergerakan didefinisikan sebagai pertukaran tempat atau kedudukan. Ia
adalah dalam satu bentuk yang relatif. Contohnya apabila anda memandu
kereta, anda dalam satu pergerakan relatif dengan jalan, tetapi anda
sedang dalam keadaan rehat yang relatif terhadap kereta itu.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
10
2. Daya tarikan graviti
Tarikan graviti merupakan daya yang bertindak secara luaran, maka
laluan yang diambil oleh projektil akan berbentuk ‘parabola’. Oleh itu lebih
besar sudut lepasan lebih curamlah ‘parabola’ itu. Di sini juga akan berlaku
pecutan akibat tarikan daya graviti ke atas sebarang objek tanpa mengira
berat objek itu.
3. Daya (force)
Daya ialah kesan badan terhadap sesuatu pergerakan. Pergerakan dalam
lempar cakera boleh dihasilkan apabila daya digunakan. Dalam lempar
cakera, punca utama daya ialah daripada pergerakan dalaman otot-otot
pelempar.
Penerapan daya dalam acara melempar cakera ialah:
* Magnitud, bergantung kepada:
i) besar otot-otot
ii) bilangan fibers otot yang menguncup
iii) stimulus-nerve impulse
* Arah daya, dalam satu garisan cakera dilepaskan
* Titik penerapan, titik tekanan pada permulaan tanah iaitu kedudukan
4. Daya rintangan udara
Daya yang dihasilkan oleh aliran angin berdasarkan projektil yang sedang
bergerak adalah penting untuk menentukan bagaimana projektil itu bergerak
di udara. Ada beberapa perkara utama yang mempengaruhi projektil semasa
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
11
ia bergerak di udara seperti sifat fizikal objek, halaju di udara, saiz objek,
bentuk objek, dan permukaan objek.
5. Prinsip Bernouli
Prinsip ini digunakan di dalam acara lempar cakera. Untuk mencapai
jarak yang jauh, cakera mestilah aerodinamik supaya dapat mengurangkan
rintangan udara dan mestilah berada di udara untuk satu tempoh masa.
Faktor yang menentukan tempoh ini ialah:
* Halaju ketika cakera dilemparkan (lebih pantas lebih baik)
* Sudut lemparan, jika terlalu rendah daya angkatnya tidak
mencukupi.
* Jika terlalu tinggi akan mengakibatkan seretan yang terlalu tinggi
dan mengakibatkan daya angkat hilang.
6. Sudut lepasan dan halaju (velocity)
Kelajuan dan sudut lepas ditentukan oleh magnitude dan arah daya ke atas
cakera serta masa dan jarak ke atas daya yang dikenakan.
Ketinggian
Pelepasan cakera dikawal oleh posisi badan atlit dan juga keadaan
fizikalnya, walaupun ketinggian perlepasan merupakan faltor yang kurang
penting berbanding dengan kelajuan dan sudut pelepasan. Oleh itu
seorang atlit yang tinggi melepaskan cakera dari posisi lurus dan kaki serta
badan yang dilunjurkan sepenuhnya akan mempunyai kelebihan
berbanding dengan atlit yang rendah.
Sudut pelepasan (angle of release)
Apabila objek rendah dilepaskan ke udara, sudut lepasan memainkan
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
12
Peranan penting untuk memprojekkan objek di udara. Sudut pelepasan ini
diaplikasikankan terutama dalam acara balingan dan pukulan serta aktiviti
lompatan, iaitu sudut ‘take-off’, dan sudut release, adalah satu sudut yang
‘acute’ di antara ‘release’ atas ‘take-off’. Saiz sudut berbeza mengikut
kegunaan dalam aktiviti.
Contoh dalam lontar peluru, dan lompat jauh, sudut pelepasan
yang diperlukan adalah kurang kerana ia lebih menggunkaan julat
mendatar.
Faktor Aerodinamik
Aerodinamik merupakan pembentukkan kinesiology mengenai
penerbangan objek di bawah tindakan rintangan udara dan gravity.
Semasa fasa pergerakan yang berpadanan dengan jumlah kuasa
dijanakan untuk memindahkan daya dari tubuh atau objek ke udara. Oleh
itu, aerodinamik adalah mengenai sudut projeksi corak penerbangan
projektil objek, semasa di udara dan tindak balas objek apabila terkena
permukaan udara.
Penerbangan cakera akan mengalami rintangan udara dan gravity.
Sudut projeksi menentukan arah cakera yang akan bergerak di udara dan
corak penerbangan merujuk kepada pusat gravitinya. Oleh itu dalam
aktiviti melempar cakera, penerbangan cakera bergantung kepada:
* Kelajuan pada masa cakera dilepaskan.
* Sudut pelepasan cakera iaitu sudut antara arah pusat graviti
cakera bergerak sebaik sahaja dilepaskan dan horizontal.
* Kecondongan cakera ke horizontal (sudut attitude atau sudut ‘tilt’)
pada ketika dilepaskan.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
13
* Velositi angin
Mengikut J.A.Taylor:
i. ‘Head wind’ yang meniup di antara 7-8 mph
membawa kelebihan dan kelebihan ini semakin
berkurangan bila kelajuan angina meningkat ke 14.5
mph.
ii. ‘Tail wind’ mengurangkan jarak cakera.
Mengikut Gansten:
i. Seorang atlit yang kurang cekap akan mendapat
keuntungan yang lebih daripada ‘head wind’ dengan
satu kelajuan yang baik daripada seorang pelempar
cakera yang cekap.
ii. Kelajuan angin yang maksima tidak semestinya
menghasilkan jarak yang maksima.
iii. Cakera akan mengalami satu kekurangan dalam lift
pada sudut ‘attack’ di antara 27º - 29º.
Mengikut L.Cooper, D.Dalzeli dan E.Silverman:
i. Kelajuan semasa melepas (speed of release), sudut
lemparan merupakan faktor yang penting dalam
menentukan jarak lemparan.
ii. Bagi mana-mana pelepasan yang diberi, sudut
pelepasan merupakan faktor penting seseorang atlit
cakera yang mahir (jarak lemparan antara 150 kaki)
mesti menggunakan sudut pelepasan antara 35º -
40º, manakala yang kurang cekap mesti lebihkan
sudut ini tetapi tidak melebihi 45º.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
14
iii. Sudut attitude mestilah di antara 25º - 35º.
Mengikut H.H.Lockwood (Throwing the discus):
i. Dalam kajiannya dengan menggunakan slow motion
film yang melibatkan 10 atlit berpengalaman yang
membuat lemparan antara 160 kaki dan 190 kaki
telah mendapati mereka kesemuanya telah
menggunakan sudut di antara 34º ke 37º . Sudut
attack berbeza di antara 0º ke 10º.
iii. Di bawah adalah jadual sudut pelepasan cakera dan
arah angin mengikut Kim Bukhantsov (1988) yang
dipetik dari buku ‘Track Technique’.
Arah angin Sudut pelepasan Sudut attack
Head wind Kira-kira 27º 4 (sudut pandangan 23 º)
Tail wind Kira-kira 43º Sama
No wind 36º ke 40º To – 14 (sudut pandangan
pada 22º – 26 º)
* sudut yang diberi adalah dari paras horizontal
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
15
ISTILAH-ISTILAH BIOMEKANIK BAGI ACARA LEMPAR CAKERA
1. Torque : Moemen kapel (couple) ; M F x df. Bertindak dalam arah
bertentangan.
2. Rintangan udara : Daya hasilan yang dikenakan ke atas cakera oleh udara
dinamakan rintangan angin. Ia biasanya bertindak pada satu sudut kearah dari
mana udara menghampiri cakera.
Manakala komponen-komponen rintangan udara yang bertindak pada arah
haluan udara yang datang kea rah hadapan dinamakan:
* Drag – membantu ‘oppose’ pergerakan ke depan cakera
* Lift – komponen yang bertindak ke atas sudut
tepat dengan udara yang mendekati. ‘Lift’ membantu mengangkat cakera
ke atas daripada laluan yang akan diikuti. Secara amnya, rintangan angin
dengan serentak menentang pergerakan depan cakera dan juga untuk ‘lift’
cakera lebih tinggi ke udara.
* Sudut Attack – sudut antara flow dan garisan horizontal badan (plane of
the body), sudut mestilah selari daripada 0º dan 90º.
* Sudut Attitude - sudut badan ke garisan mendatar.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
16
FASA-FASA LAKUAN MELEMPAR CAKERA
Hayunan awal
Memegang cakera dengan sendi hujung jari dan cakera diletak atas
tapak tangan.
Berdiri dan hayun cakera ke belakang seberapa jauh yang boleh.
Putar pinggang semasa hayunan dilakukan.
Berdiri dengan bahagian belakang badan menghala ke kawasan
lemparan.
Putaran
Putar badan ke atas bebola kaki kiri ke arah lemparan.
Tangan lemparan di belakang badan.
Hayun kaki kanan yang diluruskan ke hadapan.
Tolak ke hadapan dengan kaki kiri apabila menghadap arah lemparan.
Tangan lemparan ke paras pinggang dan belakang badan.
Keberatan di atas kaki kanan.
Meletak kaki kiri dengan pantas dan aktif di belakang garisan bulatan
bahagian depan.
Lemparan
Berat badan di kaki kanan dalam posisi berkuasa (power position).
Tangan lemparan masih di belakang badan.
Putar pinggang ke hadapan dan luruskan kaki kanan.
Lempar di paras bahu di atas kaki kiri yang diluruskan.
Jangan tarik tangan lemparan sehingga kedua kaki adalah di tanah dan
pinggang telah diputarkan.
Pemulihan
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
17
Keseluruhan berat badan dialih kepada kaki kiri.
Imbangan di atas kedua-dua kaki.
Tangan ikut lajak.
Gabungan rangkaian pergerakan hayunan, putaran dan lemparan.
KAEDAH MELAKUKAN LEMPARAN
Mungkin ada daripada kita yang menganggap bahawa melempar
cakera adalah suatu yang mudah, yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang
ingin mengambil bahagian dalam acara ini. Perkara yang penting ialah
mendapatkan jarak yang jauh bagi menentukan pemenang dalam suatu
pertandingan. Bagaimanapun anggapan ini tidak benar kerana dalam melakukan
lemparan cakera ini, cara atau kaedah melakukannya adalah penting. Kaedah
yang betul dan cara yang sempurna akan menghasilkan jarak lemparan sesuka
hati tanpa mengikut kaedah yang betul tentu tidak akan memperoleh jarak yang
diharapkan.
Satu lagi anggapan umum terhadap acara ini ialah mereka yang berbadan
sasa sahaja yang sesuai dan layak melibatkan diri dalam acara ini. Sebenarnya
hal ini tidaklah benar kerana yang penting bukanlah saiz tubuh peserta tetapi
penggunaan teknik dan cara yang betul oleh seseorang peserta. Ini bererti saiz
tubuh seseorang tidak menjamin jarak lemparan yang dibuat.
Lemparan cakera yang baik bagi mendapatkan jarak maksimum melibatkan
gabungan beberapa pergerakan keseluruhan. Ini termasuk aspek teknik,
biomekanik, kelajuan pelepasan, dan sudut pelepasan yang optimum. Kelancaran
pelepasan cakera juga bergantung kepada pertalian di antara kelajuan pusingan
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
18
badan serta kekuatan hayunan tangan. Cara membuat lemparan yang sama
boleh dilakukan oleh mana-mana peserta lelaki atau wanita, walaupun teknik
lemparan yang berlainan dilakukan. Teknik yang baik dan sempurna sering
mempengaruhi jarak atau jauh lemparan yang dibuat. Sebagai peserta dalam
acara lontaran, seseorang itu harus dapat melakukan cara dan teknik lemparan
yang betul, menerusi latihan yang dijalankan.
The discus throw is a slinging throw. The implement has to be thrown from
a circle of 2.5m in diameter. By rotation inside the circle the greatest possible
acceleration is imparted to the discus.
CARA MEMEGANG CAKERA
Sebelum dapat membuat lemparan, adalah penting bagi seseorang peserta
mengetahui menerusi latihan, cara memegang cakera dengan betul. Memegang
cakera dengan cara yang tidak betul atau tidak kemas bukan sahaja tidak dapat
menghasilkan jarak yang jauh, malah boleh membahayakan diri sendiri ataupun
orang lain. The method adopted for grasping the discus depends to a large extent
on the size of the hand, including the length of the fingers. Untuk mendapatkan
pemegangan yang betul, peserta hendaklah mendapatkan cakera yang betul
mengikut saiz dan berat mengikut jantina pada peringkat umur peserta kerana saiz
dan berat cakera bergantung kepada umur dan jantina.
Ketika memegang cakera, setiap peserta harus ingat iaitu mereka mestilah
boleh menggerakkan tangan serta menghayunkan cakera dengan baik mengikut
sudut layangan yang betul. Pegangan yang baik dapat mengelak cakera
dariapada mudah terjatuh sebelum lemparan sebenar dilakukan. Peserta juga
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
19
hendaklah memilih gaya, atau cara pegangan yang sesuai dan selesa mengikut
kemampuan tangannya.
The hand is placed against the discus surface; the upper joints of the
fingers grasp the rim of the discus. Its CG lies between the index and the middle
finger. Due to a slight bending at the wrist the upper face of the discus touches the
arm. This gives the required looseness of the muscles and prevents the discus
from falling out of the hand in the subsequent movements.
Cara Pegangan Satu
Cara memegang cakera ini ialah dengan menekapkan tangan peserta pada
permukaan cakera yang menutupi keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian
tengahnya. Cakera yang dipegang hanya pada bahagian hujung jari peserta yang
dibengkokkan mencengkam pada segi cakera. Ibu jari peserta juga diletakkan
pada permukaan cakera untuk memberi perngawalan. Kedudukan jari-jari pada
sekeliling cakera hendaklah pada jarak yang sama antara satu dengan lain. Bagi
memastikan pegangan itu berada dalam kedudukan yang baik dan selesa, peserta
boleh menghayun-hayunkan cakera beberapa kali ke hadapan dan kebelakang
sambil jari-jari cuba mendapatkan cengkaman terbaik pada cakera itu.
Selepas itu peserta bolehlah cuba melemparkan cakera untuk jarak yang
dekat dahulu. Lakukan beberapa kali dengan penekanan diberikan kepada cara
memegang cakera dan bukan pada jarak lemparan.
A hold suitable for the athlete possessing a hand sufficiently large. The
discus is held flat against the palm with the first joint of each finger over the edge.
The fingers are slightly and about evenly spread and grasp the edge firmly. The
thumb is flat against the discus, extending in a line with the forearm. The grasp is
such that the hand is either directly over the center of weight of the discus or
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
20
slightly behind it. This method of handhold provides for the balance and lends
impetus to the spin as the discus leaves the hand.
Cara Pegangan Kedua
Pegangan cakera cara ini kelihatan hampir sama dengan cara pegangan
yang pertama. Akan tetapi perbezaan ketara ialah pada kedudukan jari-jari pada
sisi cakera. Keseluruhan tapak tangan peserta hendaklah diletakkan pada
permukaan cakera dengan menutup terus bahagian berlogam pada bahagian
tengah. Jari telunjuk dan jari hantu dirapatkan seolah-olah bercantum, manakala
jari manis dirapatkan dengan jari kelengkeng. Ibu jari pula dirapatkan pada
permukaan cakera iaitu pada bahagian atasnya untuk mengawal pegangan tangan
secara keseluruhannya.
Seperti pada pegangan pertama, untuk memastikan supaya tangan
memegang cakera dengan lebih selesa dan kemas, peserta hendaklah
menghayun-hayunkan cakera itu ke hadapan dan kebelakang beberapa kali.
Peserta hendaklah mencuba agar dapat membuat pegangan yang selesa melalui
cara ini.
The different between the two is in the spread of the fingers. The
application of pressure is applied chiefly by the first and second fingers.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
21
Cara Pegangan Ketiga
Ada kalanya peserta yang mempunyai jari-jari tangan yang pendek
mungkin menjadi masalah kepadanya untuk memegang cakera dengan selesa.
Bagaimanapun dengan pegangan cara ini, masalah ini dapat diatasi. Malah cara
pegangan ketiga ini adalah khusus untuk mereka yang mempunyai jari yang
pendek. Peserta hendaklah menekapkan seluruh tapak tangannya pada cakera,
dengan menutup dua pertiga sahaja daripada bahagian logam pada bahagian
tengah cakera. Manakala jari-jari memegang pada sekeliling atau sampai logam
cakera. Ini bermakna bahagian atas cakera disokong oleh sebahagian lengan
peserta. Ini perlu bagi membolehkan jari-jari memegang cakera di sekelilingnya.
Kedudukan jari adalah sama seperti dalam pegangan cara kedua di atas.
Bagi memastikan pegangan itu menjadi kemas dan selesa, peserta
bolehlah menghayun-hayunkan tangannya ke hadapan dan kebelakang beberapa
kali diikuti dengan melakukan lemparan dekat beberapa kali bagi membiasakan
pegangan cari ini.
Dalam apa-apa cara pegangan sekalipun, yang penting ialah cara itu
hendaklah kemas dan selesa bagi peserta tersebut. Jika pegangan itu selesa,
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
22
mudahlah bagi peserta membuat lemparan. Jika demikian, bolehlah peserta
berkenaan memberikan perhatian kepada cara melakukan lemparan pula.
In this method of grasping the center of the palm is approximately over the
cinter of the discus. Competent authorities claim that this method provides for
greater hand flexion, more force, and less friction on the implement.
TEKNIK LEMPARAN
A rational technique in the discus throw has the following characteristics :
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
23
In the intial position the thrower has his back towards the direction
of the throw.
There follows a long, flat jump- turn with a flight phase.
The slinging movement, called the release, takes place with a
springlike push-off by both feet.
The thrower assumes a position at the rear edge of the circle, with the back
facing in the direction of throwing. The feet about shoulder width apart with the
toes turned outwards. The athlete is in a relaxed “sitting down” position. The body
weight is evenly distributed over both feet. The right arm is hanging loosely by the
right side, holding the discus.
The attainment of maximum distance in throwing the discus requires a
sequence of movements that involves forward momentum, initiated by intentional
imbalance, and angular velocity, or the speed of body rotation. The final effort is a
summation of all potential forces that includes those applied by body actions
extending from the foes to the fingers.
Variations in the opinions of the coaches are quite pronounced, however,
on those techniques that lead up to the final throwing stance, especially the
rotation of the body. This movements is also called the spin, pivot, or jump turn.
There are competent authorities who determine the classification of a given
style of discus throw by the extent of body rotation involved. These style are
termed the “1¼ turns”, the “1½ turns”, and “1¾ turns”. It has been recognized for
a long time that both forward momentum across the circle and speed of body
rotation are prime objectives of the discus thrower. However, both of these
fundamentals must be timed on order to permit the most effective throwing stance
for a given athlete.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
24
It has been demonstrated that the 1¾ turns permit the athlete to gain more
speed of body rotation than does either the 1½ turns or 1¼ turns. However, there
are discus throwers who are unable to blend the added rotation speed with the
delivery.
Those who select the 1¾ turns believe that they can utilize from 9 to 10 feet
of the circle to gain momentum by traversing in a zigzag path rather than directly
across the diameter of the 8 feet 2½ inch circle.
On the other hand, the athlete selecting the 1¼ turns may claim that he is
not unaware of the desirability of momentum but calls attention to his foot and body
position at the delivery. He believes it to be more effective when he sacrifices a
limited amount of speed gained by body rotation.
Teknik lemparan paling asas ialah peserta dikehendaki berdiri di belakang
tepi bulatan dengan belakang tubuh badan menghadap arah lemparan. Badan
hendaklah tegak dan peserta hendaklah memegang cakera yang berada di tapak
tangan dengan tepi cakera berada di hujung sendi-sendi jari tangan peserta.
Tangan memegang cakera dalam keadaan relaks dan jari-jari memaut tepinya.
Bahagian tepi atas cakera menyentuh bahagian atas lengan. Apabila
hayunan lengan akan dimulakan, berdiri dengan kaki yang berbuka secara selesa.
Peserta melakukan beberapa rangkaian pergerakan hayunan untuk mendapatkan
ritma lontaran permulaan, mendapatkan imbangan dan memberi masa untuk
peserta mendapatkan konsentrasi.
Peserta kemudian bergerak melintasi bulatan untuk melakukan
pergerakan-pergerakan putaran yang sepatutunya kearah lemparan. Tolakan
lengan terakhir diatur supaya selaras dengna pergerakan meluruskan kaki
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
25
hadapan dan peserta mengakhiri pergerakannya di atas bebola kaki kiri. Cakera
dilepaskan di paras bahu dengan tapak tangan menghadap ke bawah.
Selain untuk mendapatkan pegangan yang selesa dan kemas, adalah
penting untuk peserta mengetahui langkah atau cara melakukan lemparan
terhadap cakera yang dipegang. Untuk melakukan lemparan, terdapat dua teknik
yang biasa digunakan sama ada pada peringkat sekolah, negeri, kebangsaan,
ataupun antarabangsa iaitu:
Teknik berdiri tetap atau gaya statik atau disebut juga sebagai
gaya 90 darjah.
Teknik berpusing yang dilakukan bersama pusingan kaki.
Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua teknik ini. Teknik
berdiri tetap atau gaya statik adalah sesuai bagi mereka yang baru menceburkan
diri dalam acara ini atau bagi mereka yang mula mempelajari teknik ini. Teknik
berdiri ini juga banyak digunakan oleh wanita. Dalam kebanyakkan perjumpaan
olahraga peringkat sekolah, hampir semua peserta menggunakan teknik lemparan
ini.
Teknik ini memang mudah kerana tidak banyak pergerakan kaki dan
hayunan atau pusingan tangan diperlukan. Yang perlu dilakukan hanyalah peserta
berdiri di kawasan lemparan pada kedudukan sedia dengan membongkokkan
sedikit badannya. Tangan yang memegang cakera dihayun-hayunkan beberapa
kali ke hadapan dan kebelakang untuk mendapatkan sedikit momentum atau
pergerakan awal. Peserta akan melemparkan cakera apabila peserta telah betul-
betul sudah bersedia untuk berbuat demikian tanpa memusingkan kaki atau
badannya.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
26
Teknik lemparan berdiri pusing pula adalah lebih sukar dan tidak banyak
digunakan pada peringkat sekolah atau wanita. Untuk memahirkan diri dengan
cara ini latihan berterusan yang banyak diperlukan. Tidak dapat dinafikan teknik
lemparan ini mampu menghasilkan jarak yang lebih jauh dan lebih menarik
ditonton, tetapi bukanlah mudah untuk melakukan teknik ini. Hanya latihan yang
bersistematik dan ditambah dengan usaha sendiri mampu melahirkan pelempar
cakera menggunakan teknik ini. Kebanyakan peserta lempar cakera wanita di
negara kita, masih belum dapat memahirkan diri dengan lemparan teknik pusing
ini. Begitu juga dengan sebilangan besar peserta lelaki khususnya pada peringkat
sekolah juga masih belum dapat menggunakan teknik lemparan ini.
TEKNIK LEMPARAN BERDIRI STATIK
Sebelum seseorang dapat melakukan sesuatu lemparan, adalah penting
baginya menyiapkan diri supaya dia benar-benar bersedia untuk melakukan
lemparan. Persediaan sebelum membuat lemparan termasuk menguji kedudukan
kaki, hayunan tangan bersama cakera sebagai persediaan serta lanjutan aktiviti
kelenturan tangan yang melempar cakera. Kedudukan peserta semasa berdiri di
dalam kawasan pelepasan hendaklah kemas dan selesa untuk mendapatkan
keseimbangan badan ketika membuat lemparan. Setelah peserta itu berpuas hati
dengan kedudukan badan, kaki dan hayunan tangan, peserta kini sudah bersedia
untuk melakukan lemparan. Aturan berikut boleh dijadikan panduan dalam
melakukan lemparan gaya statik ini. Pegang cakera dengan kemas dan selesa.
Peserta hendaklah merendahkan pusat graviti badan dengan cara
membengkokkan sedikit lutut, terutama lutut kaki belakang. Dengan
demikian peserta berada pada kedudukan separuh cengkung.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
27
Peserta hendaklah memusingkan badan ke kanan mengikut arah atau
sisi yang memegang cakera, sambil pandangan mata hendaklah
ditumpukan kea rah hayunan cakera.
Siku tangan peserta yang tidak memegang cakera hendaklah
dibengkokkan sehingga pada paras bahu untuk mengawal serta
mengimbangkan pusingan badan.
Tangan peserta yang tidak memegang cakera akan menyangga tangan
yang memegang cakera ketika hayunan cakera kembali ke hadapan.
Pergerakan ini dilakukan beberapa kali bagi mendapatkan hayunan
untuk lemparan yang baik.
Selepas peserta mendapatkan pergerakan hayunan tangan serta
cakera yang mencukupi, siku tangan yang tidak memegang cakera
hendaklah diluruskan sambil melonjakkan dada ke hadapan. Ketika
yang sama, kedua-dua belah kaki peserta diluruskan bagi mendapatkan
yang maksimum sambil muka dan mata ditumpukan ke arah kawasan
pendaratan cakera.
Ketika ini peserta hendaklah menghayunkan cakera sehingga ke aras
bahu dan melemparkan ke hadapan dengan hayunan atau luncuran
cakera secara menaik.
Peserta hendaklah berada di kawasan lemparan sehingga cakera
selamat mendarat di kawasan pendaratan. Selepas itu peserta
hendaklah meninggalkan kawasan lemparan itu pada sebelah belakang
melepasi garisan tengah bulatan.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
28
1 2
3 4
Kebaikan Teknik Statik
1. Teknik ini mudah dipelajari dan peserta dapat memahirkan diri dalam masa
yang singkat.
2. Atlit dapat memerhatikan dengan nyata pergerakan cakera menerusi
hayunan yang dilakukan.
3. Cakera mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendarat di kawasan
pendaratan yang disediakan.
4. Atlit tidak perlu melakukan pergerakan badan serta hayunan tangan yang
banyak, yang jarak, yang jarak lemparannya belum tentu lagi memuaskan
hati atau tidak.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
29
5. Kemungkinan mendapat kecederaan adalah berkurangan atau tidak
membahayakan.
Keburukan Teknik Statik
1. Peserta tidak dapat memusingkan badan untuk mendapatkan lonjakan
serta hayunan yang sewajarnya seperti yang dikehendaki untuk acara ini.
2. Biasanya teknik ini tidak dapat menjamin lemparan yang jauh disebabkan
ketiadaan lonjakan badan dan hayunan tangan.
3. Kurang menarik dan sukar mendapatkan sambutan sama ada daripada
peserta ataupun penonton.
TEKNIK LEMPARAN BERDIRI PUSING
Seperti biasa, perkara awal yang harus diberikan perhatian ialah
mendapatkan cakera pada tangan yang sesuai dan pegangan yang selesa.
Selepas itu, peserta bolehlah mencuba menghayun-hayunkan tangan dan cakera
serta pusingan badan sebagai latihan awal. Sebenarnya melempar cakera cara ini
memerlukan peserta berada dalam kedudukan sedia dalam kawasan lemparan.
Kedudukan ini adalah berbeza daripada kedudukan peserta yang menggunakan
teknik lemparan statik.
Dalam teknik lemparan ini peserta hendaklah berdiri pada separuh
belakang kawasan lemparan pada kedudukan membelakangi kawasan lemparan
cakera. Biasanya dalam lemparan teknik pusing ini, peserta akan membuat 1 ¾
pusingan sebelum membuat lemparan. Dalam pada itu peserta juga hendaklah
bersedia dari segi mentalnya. Iaitu menumpukan sepenuh konsentrasi terhadap
acara ini.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
30
Berikut adalah aturan yang boleh dijadikan panduan dalam melakukan
lemparan menggunakan teknik berdiri berpusing. Perlu diingatkan panduan ini
adalah lebih sesuai untuk peserta lelaki, walaupun kemungkinan dapat juga
dijadikan panduan untuk peserta wanita.
1. Peserta hendaklah berdiri di kawasan permulaan lemparan dengan
badan membelakangi arah kawasan lemparan. Kedudukan kaki
peserta adalah pada jarak bahunya dengan tapak kaki belakang
diserongkan sedikit dengan menghala ke arah sisi kanan badan,
manakala kedudukan kaki kiri berada dalam kedudukan selari dengan
arah dada yang membelakangi kawasan lemparan. Sementara itu
berat badan peserta hendaklah diseimbangkan pada kedua-dua belah
kaki.
2. Daripada kedudukan sedia ini, peserta boleh memulakan hayunan
cakera sebagai persediaan awal untuk pergerakan memusingkan
badan. Ketika melakukan hayunan, berat badan peserta akan
berpindah dari kaki belakang ke kaki hadapan mengikut arah tangan
yang memegang cakera.
3. Peserta akan memusingkan badan yang bermula dengan hayunan
persediaan terakhir yang terus memindahkan berat badan ke kaki
hadapan, manakala kaki belakang kini berada pada kedudukan baru,
mengikut pergerakan pusingan badan peserta. Sebenarnya
pergerakan ini berlaku secara automatik kesan hayunan tangan
bersama cakera. Seterusnya hayunan bertukar dalam pergerakan yang
lancar lagi licin kepada pusingan keseluruhan badan peserta. Peserta
hendaklah memusingkan badan dengan segera serta lurus ke hadapan.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
31
Bagi mendapatkan pengawalan yang rapi terhadap pergerakan badan,
peserta hendaklah berpusing dalam keadaan graviti yang rendah.
4. Langkah seterusnya ialah peserta dengan cara lompat berpusing,
mengarahkan badan ke hadapan bulatan lemparan dalam kedudukan
melempar. Pusingan dari kedudukan berdiri bermula di belakang
bulatan hendaklah membolehkan peserta mendaratkan kakinya pada
kedudukan membuat lemparan dengan berkesan.
5. Selepas berjaya melakukan lebih kurang antara satu hingga dua
pusingan, bermakna peserta kini bersedia untuk membuat lemparan
terhadap cakera dalam pegangannya. Teknik lemparan adalah hamper
sama dengan teknik dalam lemparan statikk. Caranya ialah ketika
bahagian dada bergerak menghadap ke kawasan lemparan, tangan kiri
dilepaskan sambil lutut didongak ke arah kawasan pendaratan. Kedua-
dua kaki hendaklah diluruskan selepas lonjakan akhir untuk pelepasan
cakera. Cakera dilepaskan apabila tangan yang memegang cakera
menamatkan hayunan sampai ke aras bahu.
6. Pergerakan akhir peserta ialah lajakan badan. Lonjakan ini bergantung
kepada kelancaran lemparan yang dibuat. Sebagai panduan berikut
adalah kedudukan untuk melakukan lajakan.
i) Peserta akan melonjakkan badan ke hadapan sehingga
kedudukan badan peserta berdiri di atas kaki kanan secara
berjengket.
ii) Peserta berada dalam kedudukan terkawal supaya dapat
mengelakkan kaki daripada terkena atau terpijak garisan bulatan
atau terus terkeluar dari bulatan itu.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
32
iii) Pandangan peserta hendaklah pada penerbangan cakera
sehingga cakera mendarat dengan selamat.
7. Peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan sebaik sahaja
cakera mendarat di kawasan pendaratan, dengan menerusi bahagian
separuh belakang bulatan.
8. Peserta hendaklah patuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan .
1 2
3 4
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
33
Kebaikan Teknik Lemparan Badan Berpusing
1. Peserta dapat melakukan hayunan cakera dengan lebih kuat, laju dan
berkesan menerusi pusingan badan, dan cakera dapat dilempar dengan
kuat dan jarak yang lebih jauh.
1. Pergerakan peserta lebih kemas dan berkesan sehingga mampu
mendapatkan keputusan yang membanggakan.
2. Peserta lebih berhati-hati dalam pergerakan dan lemparan serta dapat
mengelakkan daripada pembaziran tenaga.
3. Memberi kesan psikologi kepada peserta-peserta lain yang mengambil
bahagian yang tidak menggunakan teknik lemparan ini.
Keburukan Teknik Lemparan Badan Berpusing
1. Peserta perlu mengikuti latihan yang lama bagi mendapatkan
kemahiran yang diperlukan.
2. Pegangan dan kedudukan kaki dan badan yang longgar dan tidak betul
boleh merugikan lemparan yang dibuat.
3. Kemungkinan melakukan kesilapan atau pergerakan yang batal adalah
mudah.
4. Kesilapan yang dilakukan boleh membahayakan diri sendiri atau orang
lain.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
34
PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA
1. Peserta sanggup menjalankan latihan khusus untuk acara ini termasuk
dari segi fizikal, kemahiran, teknik, dan mental peserta.
2. Mempunyai minat dan keinginan untuk berjaya dalam acara ini dengan
meletakkan suatu matlamat tertentu untuk dicapai menerusi
penyertaan dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan.
3. Dapat menggunakan teknik lemparan yang terbaik dan berkesan
dengan tujuan mendapatkan jarak sejauh mungkin.
LATIHAN ANSUR MAJU
Fasa Hayunan Awal
Aktiviti memutar bola sepak:
Pegang atas bola dengan kelima-lima jari.
Putarkan bola mengikut arah pusingan jam.
Melempar cakera dari sisi:
melempar bola dari sisi tubuh dengan cara yang betul.
Melempar bola dalam keadaan duduk, kaki kangkang
sedikit, kumpulkan semua kekuatan pada tangan sebelum
melempar bola.
Flip Drill (kemahiran melambung):
Membantu atlit merasai dan memperkembangan kemahiran
melepaskan cakera.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
35
Berdiri tegak dan pusingkan cakera mengikut arah jam
setinggi lebih kurang satu hingga dua kaki di udara.
Latih tangan melepaskan cakera dengan mengambil berat
kelajuan dan pusingan cakera (speed of release and speed
of rotation .
Bowling Drill :
Lakukan pada kawasan yang bergaris lurus/trek.
Pusingkan cakera mengikut garis lurus dengan cara flip.
Pastikan tangan dan kaki dalam keadaan yang selesa dan
lakukan dengan full power position.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
36
Side Bowling Drill :
Dalam keadaan separa melutut
Lempar cakera dari sisi tubuh menepati sasaran seperti
pagar dan sebagainya.
Lakukan dengan gaya dan cara yang betul.
Slap Drill:
Dalam keadaan berdiri dan power position.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
37
Kedudukan tangan kanan lebih rendah dari tangan kiri dan
cuba sentuh tangan kiri dengan menggunakan teknik yang
betul.
Pastikan pahanya ke hadapan semasa torso dipusingkan
dan tumit perlu pusing dengan cepat untuk menambah
kelajuan.
Boleh menggunakan bebola kaki semasa extends tangan
dan slap.
Hayunan tanpa cakera:
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
38
Berdiri dengan bahagian badan sebelah kiri ke arah
balingan.
Kedua belah tangan didepakan.
Tangan kanan menepuk tangan kiri dengan kedudukan
tangan kanan lebih rendah daripada tangan kiri.
Tarik tangan kanan ke belakang sejauh yang boleh dan
kemudian luruskan semula untuk membuat ulangan.
Hayunan dengan cakera:
Berdiri dengan bahagian badan sebelah kiri mengadap ke
arah balingan.
Tangan kanan memegang cakera dan melakukan
pergerakan seperti hayunan tanpa cakera.
FASA PUTARAN
Rock Drill:
Melatih atlit untuk menyeimbangkan diri semasa membuat
putaran.
Rock drill from side to side from one leg to one leg.
Pivot Drill:
Gunakan bebola kaki untuk membuat putaran pada paksi.
Tempatkan kaki anda di tengah-tengah bulatan dengan
menggunakan bebola kaki – power position.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
39
Ulangan akan meningkatkan kelajuan sehingga akan
menyebabkan pinggul bertambah kuat ke hadapan
bulatan.
Boleh menggunakan cakera atau benda berat lain.
Kilas Pinggang:
Berdiri dengan kedudukan kaki seluas bahu.
Gunakan kayu sepanjang 2 meter dan diletakkan di bahu.
Depakan kedua belah tangan dan memegang kayu tersebut.
Pusingkan pinggang ke kanan ke kiri berulang kali.
Menggunakan tiga gelung rotan yang disusun sebaris
dengan arah lemparan kemudian pusingkan badan
dengan kaki kiri di gelung rotan yang pertama kemudian
kaki kanan di gelung rotan kedua seterusnya kaki kanan
semula di gelung rotan ketiga . Ini akan membentuk satu
putaran balingan.
FASA LEMPARAN
Tap Around drill:
Tap keliling dengan menggunakan kaki kiri dan kaki kanan.
Memberi peluang kepada tubuh menyesuaikan diri dengan
keadaan kaki semasa membuat putaran.
Lakukan dari perlahan hingga cepat.
Lemparan berdiri dari posisi kuasa
Menghadap ke sisi dengan kaki dalam posisi kuasa.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
40
Hayun cakera ke belakang dan putar kepada posisi kuasa.
Mulakan lemparan dengan pergerakan putaran pantas dari
pinggang kanan.
Keseluruhan pergerakan mesti dilakukan dengan pantas dan
berterusan.
Lemparan satu putaran
Berdiri menghadap arah lemparan dengan kaki kiri di
hadapan.
Kaki kanan dilarikan melepasi kaki kiri, memusing semasa
larian untuk mendarat atas bebola kaki kanan dalam posisi
kuasa.
FASA PEMULIHAN
Pelajar akan membuat pusingan arah lawan jam beberapa
kali.
Guru akan meniup wisel dan murid akan berhenti dengan
serta merta.
Pelajar akan cuba mengawal imbangan badan.
1. Membuat balingan sambil berdiri dengan kedudukan badan berada
di sisi arah lontaran.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
41
2. Membuat lontaran gaya berdiri. Kedudukan badan adalah
membelakangkan arah lontaran. Keadaan kaki kiri adalah selari
dengan tumit kaki kanan.
3. Melakukan setengan pusingan di atas garisan lurus tanpa balingan
– menggunakan gelung rotan.
4. Melakukan setengah pusingan. Lakukan di dalam sector bulatan
sambil kaki kiri berada di luar bulatan.
5. Lakukan dengan menggunakan cakera dan perhatian kepada ibu
jari yang mesti selari dengan tanah.
6. Membuat satu pusingan di atas garisan. Kedudukan badan adalah
mengiring. Kaki kiri di jengkitkan manakala kaki kanan selari dan
badan menghala ke depan.
7. Kedudukan badan membelakangkan arah lontaran. Buat satu
pusingan di atas garisan. Kedua-dua kaki berada di atas garisan.’
8. Melakukan 1½ pusingan secara perlahan.
9. Melakukan teknik lontaran sepenuhnya.
10. Kedudukan serta pergerakan kaki dalam aksi melempar cakera.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SERTA KEPEGAWAIAN
Setiap peserta yang mengambil bahagian akan membuat lemparan
mengikut
Susunan yang ditentukan menerusi undian sebelum pertandingan
dimulakan.
Apabila jumlah peserta melebihi lapan orang, mereka akan diberikan tiga
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
42
lemparan dan lapan peserta yang mempunyai lemparan yang paling jauh
akan memasuki pusingan akhir. Dalam pusingan ini mereka akan diberikan
tiga kali lemparan lagi untuk menentukan pemenang. Sekiranya terdapat
lapan peserta untuk pertandingan itu, mereka akan terus diberikan enam
percubaan seorang dan lemparan yang paling jauh daripada enam
percubaan ini akan menentukan pemenang keseluruhan.
Setelah pertandingan bermula peserta tidak dibenarkan menggunakan
kawasan lemparan untuk melakukan lemparan percubaan atau latihan,
sama ada dengan peralatan atau tanpa peralatan.
Cakera hendaklah dilemparkan bermula dari kawasan lemparan yang
disediakan dan hendaklah bermula dari kedudukan statik.
Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan bulatan lemparan
sebelum cakera mendarat atau menyentuh kawasan pendaratan. Cara
keluar dari bulatan yang tidak betul dikira batal.
Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang
boleh memberikan kelebihan atau menjarakkan jarak lemparan cakera.
Peserta tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan
atau pada tapak kasut dengan tujuan memberikan kelebihan kepadanya
atau lemparannya.
Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh
setiap peserta, walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak
lemparan sebelumnya.
Setiap peserta akan ditentukan kedudukannya atau pemenang mengikut
lemparan yang paling jauh dan yang sah.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
43
Untuk menentukan lemparan itu sah, cakera hendaklah jatuh di dalam
kawasan pendaratan yang disediakan dan peserta tidak menyentuh atau
memijak garisan mengelilingi bulatan lemparan.
Sekiranya terdapat keputusan seri, semakan akan dibuat pada jarak kedua
terbaik bagi setiap peserta. Semakan ketiga dilakukan dengan
membenarkan setiap peserta berkenaan melakukan lemparan tambahan.
Peserta yang mencapai jarak yang lebih jauh daripada lemparan
tambahan dikira pemenang.
Peserta hendaklah menerima keputusan keputusan pegawai pertandingan
dengan punuh semangat kesukanan, sekiranya lemparan yang dibuat itu
batal atau tidak dikira.
Peserta hendaklah melempar cakera mengikut teknik dan cara yang telah
ditetapkan untuk acara ini.
Peserta hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan, termasuk dari segi pakaian dan peralatan yang digunakan.
PEGAWAI PERTANDINGAN
Dalam mengadili acara lempar cakera ini tiga hingga lima orang
pegawai atau pengadil pertandingan diperlukan untuk mengadili pertandingan
ini. Seorang pengadil akan menentukan sama ada lemparan itu batal atau sah,
menerusi sentuhan kaki peserta pada garisan bulat lemparan, atau cakera
yang gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera mengena jaring keselamatan.
Dua orang pegawai menentukan titik atau tempat pendaratan cakera di
kawasan pendaratan dan dua orang lagi akan mengukur serta mencatat jarak
yang dicapai oleh peserta. Noorfarrawati Bte Mohd Halil
D20032016972BUKU LOG
OLAHRAGA ( KSS 1122 )
44
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Kesihatan – Sebelum menjalankan sesuatu latihan perlu dibuat
pemeriksaan dari segi kesihatan peserta. Perhatian tentang fizikal,
kedudukan mental dan beban latihan sesuai dengan kesihatan peserta.
Pakaian – Memakai pakaian yang sesuai untuk membuat pergerakan dan
tidak memakai barang perhiasan.
Tempat latihan – Tidak basah, licin, sesuai, dan selamat.
Alatan – Mempunyai alatan yang cukup sesuai dengan bilangan
peserta,menggunakan alat yang sesuai dengan peringkat umur dan
keadaan alat yang sesuai serta menggunakannya dengan cara yang betul.
Prosedur alat – Prosedur/disiplin. Memberikan arahan mengikut ansur
maju, mengikut peraturan, sesi latihan, patuhi langkah-langkah
keselamatan
Semasa melempar cakera. Melempar cakera ke arah yang sama. Tidak
membuat lemparan cakera kepada pasangan yang berhadapan dan tidak
membuat lemparan dan mengumpul cakera pada masa yang sama.
Memastikan setiap pelajar tidak berada di hadapan atau tempat sasaran
semasa lemparan dilakukan.
Pelajar yang tidak melempar hendaklah berada sekurang-kurangnya tiga
meter daripada pelajar yang akan membuat lemparan.
Lemparan hendaklah dilakukan mengikut giliran masing-masing.
Cakera diambil setelah semua pelajar telah melakukan lemparan.
Elakkan bermain-main, mengacah-acah dan bergurau dengan kawan
menggunakan cakera.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
45
Sentiasa mematuhi arahan yang diberikan.
OTOT – OTOT YANG TERLIBAT
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
46
Punca dan Lekatan Otot-Otot Sendi Siku
Tuberosity radius
Otot : Bisep BrachiiOrigin : Bahagian atas corocoid process dan
sebelah atas glenoid fossaInsertion : Tuberosity radius
Bahagian atas corocoid process dan sebelah atas glenoid fossa
Brachioradialis
Otot : BrachioradialisOrigin : Dua pertiga ke bawah condyloid humerusInsertion : Permukaan luar penghujung radius pada process styloid
Otot Flexor Carpi Radialis
PunPuncaEpicondyle medial humerus melalui tendon yang sama.
LekLekatan Di hadapan tapak tulang metacarpal kedua dan ketiga.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
47
Otot Flexor Carpi Ulnaris
PuncaKepala humerus - picondyle medial humerus melalui tendon yang sama.
LekatanTulang pisiform, cangkuk hamate dan tapak tulang metacarpal kelima.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
48
Otot Palmaris Longus
PuncaEpicondyle medial humerus melalui tendon yang sama. LekatanDi bahagian (bahagian tengah) flexor retinaculum dan puncak palmar aponeurosis.
Otot – Rectus femoris
P – Anterior inferior spina ilium,lurah hadapan atas acetabulum
L -Superrior aspect patella & patellar tendon
PERGERAKAN – Fleksi, ekstensi lutut
PERGERAKAN – Abduksi, fleksi
•
• Otot – Tensor fascae latae
L – Tubercle anterolateral tibial condyle
P – Puncak Anterior iliac crest, permukaan ilium
APAKAH KECERGASAN
Ahli-ahli fisiologi menyatakan bahawa kecergasan merupakan satu
keadaan apabila seseorang itu mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja
hariannya tanpa kelesuan dengan penggunaan tenaga lebihan untuk digunakan
pada masa senggang dan ketika di dalam kecemasan. Hal ini secara keseluruhan
melibatkan kecergasan social, psikologi dan fosiologi. Kesemua ini ditentukan
pula oleh persekitaran, keturunan atau baka serta cara hidup seseorang itu.
Konsep kecergasan merangkumi aspek-aspek fizikal,
mental,emosi,social dan kerohanian. Konsep kecergasan ini adalah syumul
yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga.
Peningkatan kecergasan sangatlah perlu bagi seseorang, oleh sebab
kesihatan yang tinggi dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta
penyakit yang mungkin membahayakan diri.
Sebagai konklusinya, kecergasan adalah hak perseorangan yang perlu
ditingkatkan bagi mencapai kehidupan yang sihat dan cergas. Menurut ahli
fisiologi kecergasan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu aspek
kesihatan dan perlakuan motor.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
49
• Otot Iliopsoas Major & minor, IliacusPERGERAKAN - Fleksi, rotasi eksternal femur.
KECERGASAN YANG BERLANDASKAN KESIHATAN
Kompenan yang terlibat dalam kecergasan aspek kesihatan ini adalah
seperti berikut:-
a. Daya tahan kardiovaskular - Kompenan yang terpenting dalam profil
fisiologi manusia yang melibatkan daya tahan aerobik dan daya tahan
anerobik. Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada kombinasi
efisyensi saluran darah, jantung, dan paru-paru. Aktiviti yang berat
memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru yang efisyen kerana situasi
seperti ini memerlukan tenaga yang banyak dan hanya pengaliran darah
yang kaya dengan oksigen membolehkan otot-otot menjalankan aktiviti
tersebut. Peningkatan kecergasan kardiovaskular boleh menurunkan
kadar nadi rehat serta menjadikan jantung lebih sihat. Hasilnya, peredaran
darah menjadi lebih efisyen serta peningkatan kebolehan paru-paru ke
kapasiti penggunaannya yang optima diteruskan dan oksigen boleh
dibekalkan ke otot untuk mengelakkan keletihan dan kelesuan.
b. Daya tahan otot dan kekuatan otot - Boleh membantu seseorang
individu dalam melakukan segala pergerakan dengan lancar dan mudah.
Apabila otot bertambah kuat, maka kerja-kerja biasa menjadi lebih ringan
dan individu dapat bekerja lama kerana anggota badan lambat lesu.
c. Kelembutan - Kelembutan atau kerenggangan otot dan kelonggaran
sendi membolehkan bergerak dengan licin tanpa sebrang rintangan.
Keadaan begini dapat mengelakkan kecederaan pada otot-otot individu itu
semasa melakukan gerakan yang kompleks atau pekerjaan yang sukar
dilakukan dalam keadaan kecemasan.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
50
d. Komposisi badan – Peratusan lemak badan akan menentukan berat
badan seseorang itu. Berat badan yang berlebihan tidaklah begitu bahaya
kepada kesihatan sekiranya kelebihan itu adalah di bahagian otot. Tetapi
sekiranya peratusan berat badan itu adalah daripada kumpalan lemak,
maka keadaan itu tidak sihat dan kemungkinan akan menimbulkan
berbagai-bagai masalah kesihatan pula. Kebolehan mengurangkan
peratusan lemak yang tidak perlu oleh badan harus dijadikan satu amalan
yang berterusan. Hanya melalui aktiviti yang fizikal dan dibantu dengan
makanan yang seimbang dapat mengatasi masalah bertambahnya lemak
dalam tubuh badan.
KECERGASAN BERLANDASKAN PERLAKUAN MOTOR
Kompenan-kompenan kecergasan dalam aspek perlakuan motor terdiri
daripada koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa/daya,masa tindak
balas dan kepantasan.
Aspek perlakuan motor dapat membantu dalam hal-hal yang berkaitan
dengan gerak kerja fizikal yang spesifik. Meningkatkan tahap kemahiran
tersebut dapat menghasilkan satu gerak laku yang efisyen serta meringankan
bebanan yang mungkin timbul ketika anda giat melakukan aktiviti yang lebih
daripada lakuan kebiasaan seperti mengangkat benda-banda yang berat.
Kemampuan motor dapat membantu dalam proses pencapaian
kecergasan keseluruhan. Latihan yang mengandungi aktiviti untuk
memperkayakan kompenan perlakuan motor ini seperti berlari, lompat selang-
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
51
seli dan senaman kalistenik yang dilakukan secara berterusan dapat
melahirkan tubuh badan yang sihat dan kuat.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECERGASAN
1. Baka – Setiap manusia dilahirkan kekuatan serta kelemahan tersendiri
yang saling mempengaruhi saiz tubuh badan, kepandaian dan personality
kendiri. Boleh dikatakan menentukan limitasi potensi kepada seseorang itu.
Oleh itu, kecergasan fisiologi manusia hendaklah dibuat bersesuaian
dengan keupayaan dan kebolehan fizikal individu itu.
2. Alam sekitar – Banyak kajian telah menyatakan bahawa alam sekitar
dapat mempengaruhi status kesihatan individu. Alam sekitar juga dapat
dikatakan berperanan penting dalam menyekat perkembangan positif
kendiri. Sebagai contoh, seseorang yang berada jauh dari kesibukan
Bandar akan merasai nikmat udara yang nyaman ketika berada di dalam
alam sekitar yang penuh dengan pokok yang hijau dan pada paras tinggi
iaitu udara dan iklimnya yang sejuk. Keadaan ini secara tidak langsung
dapat memberikan sumbangan yang menggalakkan dalam perkembangan
aktiviti-aktiviti fizikal.
3. Tingahlaku – Tingkahlaku manusia dapat menentukan ke arah mana
seseorang itu. Sekiranya kecergasan yang optima yang dihajatkan maka
tingkahlaku yang positif terhadap pembinaan kecergasan fizikal itu harus
diutamakan. Jika baka dan persekitaran seseorang itu baik, tetapi
tingkahlakunya negatif maka kecergasan fizikalnya akan terganggu. Ia
akan sentiasa berada dalam keadaan yang kurang sihat dan kerao
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
52
mengalami tekanan emosi, social, fizikal, dan mental yang melemahkan
kecergasan diri
4. Daya tahan otot – Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot
menghasilkan daya berulang-ulang bagi sesuatu jangka masa tertentu
atau otot-otot menguncup untuk suatu masa yang lama.
5. Komposisi badan – Lemak adalah salah satu kompenan struktur yang
asas pada badan. Komposisi badan menekankan peratusan lemak dalam
badan berbanding dengan berat badan yang terdiri daripada tulang dan
otot-otot badan. Berat badan yang lebih tidak berbahaya jika bertambah
pada otot-otot. Peratusan lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi
kesihatan
6. Individu.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
53
PROGRAM LATIHAN
Seorang pelempar cakera memerlukan tubuh badan yang berat dan tinggi
serta komponen otot-otot khusus yang kuat. Di samping itu, unsur-unsur pecutan,
kelembutan, ketangkasan, dan kuasa eksplosif turut memainkan peranan yang
penting dalam acara ini. Program latihan yang disyorkan perlu melibatkan aktiviti
yang membina unsur-unsur seperti di atas dan harus ditumpukan kepada bahagian
anggota tangan, bahu, pinggang, dan kaki.
Acara : Lempar Cakera
Tempoh : 12 Minggu
Fasa : Fasa Persediaan Umum
Objektif :
(I) Mengkaji dan memperbaiki kelemahan dalam pertandingan yang
lepas .
(II) Mengetahu tahap keupayaan atlit elalui ujain pada permulaan
dan penghujung fasa ini .
(III) Membina kecergasan , daya tahan & kekuatan otot kelenturan ,
sistem tenaga (aerobik / anaerobic ) dan kuasa .
(IV) Membetul dan memperbaiki teknik lemparan .
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
54
Jadual Latihan 12 Minggu ( Fasa Persediaan Umum )
MINGGU 1
HARI AKTIVITI JENIS LATIHAN CATATAN
Isnin
- Memanaskan badan
- Latihan Bebanan
- Fartlek
- Slow Jog
- Aktiviti renggangan
tumpuan pada bahgian
otot yang banyak
terlibat dalm aktiviti ini .
- KNL mencecah 120
DSM
Bench Press , Bangun Tubi
Dengan Beban , Full
Squat , Lateral Curl
Lari Lompat Tangga , 30
Meter wint Sprint , Slow Jog
, Naik bukit
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
55
Selasa
- Memanaskan Badan
- Latihan Bebanan
- Pliometrik
- Slow Jog
- Aktiviti renggangan
tumpuan pada bahgian
otot yang banyak
terlibat dalm aktiviti ini .
- KNL mencecah 120 DSM
- Half squat , Heel raise ,
Lentik belakang dengan
bebanan , Lateral curl .
- Depth Jump , Fast
Bowling , Tricep Curl ,
Rowing .
Rabu
- Memanaskan Badan - Slow Jog
- Aktiviti renggangan
tumpuan pada bahgian
otot yang banyak
terlibat dalm aktiviti ini .
- KNL mencecah 120
DSM
- Push Up , Sit Up , Back
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
56
- Latihan Litar
- Teknik Dan Taktik
Arch , Squat Jump ,
Shuttle Run , Star Jump
Khamis
- Memanskan Badan
- Latihan Bebanan
- Pliometrik
- Teknik Dan Taktik
- Slow Jog
- Aktiviti renggangan
tumpuan pada bahgian
otot yang banyak
terlibat dalm aktiviti ini .
- KNL mencecah 120 DSM
- Half squat , Heel raise ,
Lentik belakang dengan
bebanan , Lateral curl .
- Medicine Ball , Trunk
Pullover , Lateral Pull ,
Trunk Rotation Sitting
With Bar .
Jumaat - Memanaskan Badan - Slow Jog
- Aktiviti renggangan
tumpuan pada bahgian
otot yang banyak
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
57
- Latihan Bebanan
- Latihan Litar
terlibat dalm aktiviti ini .
- KNL mencecah 120 DSM
- Bench Press , Bangun
Tubi Dengan Beban , Full
Squat , Lateral Curl
- Shuttle Run , Arm Curl ,
Kilas Pinggang , Anjal
Bangku , Clean And Jerk ,
Russian Twist .
Sabtu - Rehat Pasif - Jogging , Berenang Atau
Berbasikal
Ahad - Rehat Aktif
* Latihan Ini Berulangan Setiap Minggu Hingga Minggu Ke - 12
KESIMPULAN
Tugasan ini telah menjelaskan secara terpinci tentang acara padang
iaitu acara melempar cakera yang sering dijalankan di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa. Dalam menghuraikan acara lempar cakera ini penumpuan
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
58
secara khusus telah menyentuh tentang penggunaan alatan serta fungsinya,
teknik dan kemahiaran asas beserta dengan rangkaian latihan dan ansur maju
yang mudah difahami, taktik dan pencapaian, cirri-ciri peserta dan jenis-jenis
latihan yang sesuai dijalankan mengikut tahap dan umur atlet ke arah
melahirkan atlet yang cemerlang dari segi prestasinya.
Apa yang pasti bagi mengukur pencapaian atlet lempar cakera,
lemparan yang paling jauh akan menentukan prestasi seseorang bagi
menduduki tempat yang teratas. Oleh itu dua matlamat utama yang perlu ada
pada setiap atlet lempar cakera iaitu untuk mencatat jarak yang terbaik
berbanding dengan atlet yang lain. Matlamat kedua ialah mendapatkan jarak
yang paling jauh dan terbaik bagi diri sendiri tanpa membandingkan dengan
prestasi atlet yang lain. Pencapaian itu kelak akan dapat menjadi landasan
baginya untuk memperbaiki lagi prestasi pada masa akan datang. Dengan
kata lain tanpa latihan yang bersistem dan serius, pencapaiannya tidak
mungkin pada tahap yang maksimun. Oleh itu, latihan kemahiran, fizikal serta
mental memang diperlukan oleh setiap atlet lempar cakera di bawah
pengurusan jurulatih berkelayakan.
BIBLIOGRAFI
Buku
Geoffrey H. G. Dyson. 1977. The Mechanics of Athletics, Vol. VII.
New York: Holmes and Meier Publishers.
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
59
Gerhardt Schmolinsky. ed. Track and Field. Sport Books Publisher.
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia , Buku Peraturan Olahraga Malaysia 2003 -
2004.
Vern Gambetta. ed. 1981. Track and Field Coaching Manual, The Athletics
Congress’s. Second Edition. Champaign, Illinois: Leisure Press.
William J. Bowerman and William H. Freeman. High Performance Training
For Track and Field. Second Edition. Champaign, Illinois: Leisure Press.
Internet
http:///www.google.discusscage.com.my
Noorfarrawati Bte Mohd HalilD20032016972
BUKU LOGOLAHRAGA ( KSS 1122 )
60