Download - M10. KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN 2.ppt
-
7/29/2019 M10. KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN 2.ppt
1/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
KAEDAH PENGEJAAN ISTILAHPINJAMAN(DR. S. VIJAYALETCHUMY)
MINGGU 10&11
BBM3405:PERIST
ILAHAN
-
7/29/2019 M10. KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN 2.ppt
2/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
PENDAHULUAN
Kita meminjam bahasa asing kerana padanan sesuatu istilah itutidak ada atau tidak ditemukan padanan yang sesuai dalambahasa Melayu.
Peminjaman istilah kadang-kadang berguna untuk memberikansuatu makna yang telah diubah suai kepada suatu istilah barudalam bidang lain, asalkan bidang itu cukup jauh demimengelakkan berlakunya kesamaran.
Peminjaman bahasa asing juga bertujuan untuk memperbesartabung konsep yang sudah sedia dimiliki oleh bahasa tersebut.
-
7/29/2019 M10. KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN 2.ppt
3/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Kita membentuk atau mendapatkan istilah baru melalui dua cara: pertama,kita meminjam atau membentuk istilah itu daripada bahasa kita sendiri;keduanya, kita meminjam istilah atau perkataan daripada bahasa lain, iaitubahasa Inggeris dan bahasa asing yang lain, dan juga daripada bahasaserumpun.
PUPI BM memberikan empat syarat apabila meminjam istilah daripadabahasa lain. Syarat tersebut ialah:
Istilah asing itu diserap setelah ejaannya disesuaikan dengan ejaan bahasaMelayu; dan apabila menerap pengucapan dan penulisan bahasa asing itu,bentuk visualnya diutamakan.
Jika perlu, istilah asing itu diserap ke dalam bahasa Melayu tanpa perubahan-iaitu di ambil in toto.
Istilah asing itu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Istilah asing itu diserapkan dan / atau diterjemahkan.
-
7/29/2019 M10. KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN 2.ppt
4/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Demi keseragaman, istilah asing yang diutamakan ialah istilah bahasaInggeris yang sudah bersifat internasional. Penulisan istilah ini sedapat-
dapatnya hendaklah mengutamakan ejaannya dalam bahasa sumber danpenyebutannya disesuaikan dengan sistem bunyi bahasa Melayu. Misalnya :
electron - elektron
professional - professional
Sesuatu pemasukan istilah asing itu dapat dipertimbangkan jika satu syaratatau lebih yang berikut dipenuhi:
Istilah asing yang dipilih lebih sesuai kerana maknanya.
Istilah asing yang dipilih lebih singkat jika dibandingkan dengan terjemahan
bahasa Melayu.
Istilah asing yang dipilih bersifat internasional yang memudahkan pengalihanantarabangsa mengingat keperluan masa depan.
Istilah asing yang dipilih dapat mempermudah tercapainya kesepakatan, jikaistilah Melayu terlalu banyak sinonimnya.
-
7/29/2019 M10. KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN 2.ppt
5/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Pembentukan istilah asing terdapat jenis bentuk serapannya, iaitu kata yangdiambil dari bahasa asing dapat terdiri dari bentuk akar/ dasar atau bentukderivasinya. Hal ini bergantung kepada konteks situasi dan sintaksis,kemudahan belajar bahasa, dan kepraktisan. Pada prinsipnya diambil bentuktunggal (singular), kecuali kalau konteksnya condong pada bentuk jamak.
Pemasukan yang sudah lazim dipakai tetapi tidak memenuhi salah satu syaratdi atas harus dikekalkan supaya tidak menimbulkan kekacauan. Misalnya:
campaign - kempen
pension - pencen
Manakala istilah asing yang lafaz dan ejaannya dikekalkan dalam semua
bahasa dipakai juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawahatau dicetak miring. Misalnya:
allegro moderrato vis-a-vis
de facto ceteris paribus
-
7/29/2019 M10. KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN 2.ppt
6/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Dalam penterjemahan istilah asing, tidak selalu dapat diperolehi
istilah yang bersesuaian satu-lawan-satu. Yang pentingnya ialahkesamaran dan kesepadanan makna konsep, bukan kemiripan
bentuk luarnya atau makna harfiahnya. Medan makna dan ciri
makna istilah di dalam bahasa masing-masing perlu diperhatikan.
Misalnya:circular - surat pekeliling
network - rangkaian
Istilah dalam bentuk positif sebaiknya tidak diterjemahkandengan istilah dalam bentuk negatifnya, dan sebaliknya.
Contohnya, perkataan bound morpheme diterjemahkan dengan
morfem terikat, bukan dengan morfem tak bebas.
-
7/29/2019 M10. KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN 2.ppt
7/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Istilah asing yang benar-benar sinonim diterjemahkan
dengan satu istilah dalam bahasa Melayu. Contohnya :
characteristic feature
* Kedua-dua perkataan di atas boleh membawa maksud
sinonim, iaitu maksud ciri.
Manakala bagi istilah asing yang berupa sinonim yang hampir
bersamaan sedapat-dapatnya diterjemahkan dengan istilah
yang berlainan. Misalnya:rule - peraturan
law - undang-undang
-
7/29/2019 M10. KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN 2.ppt
8/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Dalam menentukan perkataan yang sinonim ada istilah yang
diizinkan digunakan. Istilah yang diizinkan itu ialah istilah yang
timbul kerana adanya istilah asing yang diakui dan istilah Melayu
secara bersama. Baik istilah asing mahupun istilah Melayu itu
dapat digolongkan ke dalam istilah yang diizinkan sebagai
sinonim istilah yang diutamakan. Misalnya:
frequency - frekuensi, kekerapan
microscope - mikroskop, teropong halus
-
7/29/2019 M10. KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN 2.ppt
9/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Polisem ialah kata yang masih mempunyai makna yang berbeza-
beza, tetapi berkaitan, menurut konteks penggunaannya.
Perbezaan makna itu timbul kerana pergeseran makna atau
tafsiran yang berbeza. Istilah asing yang polisem harus
diterjemahkan sesuai dengan ertinya.
Misalnya:
head gate - pintu air atas
fuse - fius
-
7/29/2019 M10. KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN 2.ppt
10/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Berdasarkan taraf integrasinya unsur pinjaman dalam bahasa
Melayu dapat dibahagi kepada dua golongan besar, iaitu:
Kata asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasaMelayu seperti up-grading, landrover, ad-hoc. Kata-kata inidipakai dalam bahasa Melayu, tetapi pengucapan dan
penulisannya hendaklah dikekalkan seperti dalam bahasasumber.
Kata asing yang pengucapan dan penulisannya sudahsepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu. Dalam
penerapan ini bentuk visual diutamakan. Penulisan serapanadalah menurut kaedah-kaedah seperti berikut:
-
7/29/2019 M10. KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN 2.ppt
11/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
a tetap a =Race -Ras
aa (vokal ganda) tetap aa
ae jika tidak bervariasi dengan e tetap ae =Aerial-Aerial
c di mukaa, u, o dan konsonan jadi k
=Carbon- Karbon c di muka e, i, o dan y jadi s =Cent- Sen
kh (Arab) tetap kh =Khabar- Khabar
oo jadi u =Monsoon- Monsun
* Sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah
Bahasa Malaysia di muka surat 23-31 untuk mendapat
maklumat yang lebih lanjut tentang kaedah penyesuaian
ejaan istilah pinjaman.
-
7/29/2019 M10. KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN 2.ppt
12/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Oleh sebab bilangan imbuhan bahasa Melayu ini terhad, maka
imbuhan asing terpaksa dipinjam. Di dalam Pedoman Istilah(1975) ada 105 imbuhan Inggeris,Latin dan Yunani yang
disenaraikan sebagai pinjaman, dan di dalam Pedoman Ejaan
(1975) terdapat 32 imbuhan lagi yang disenaraikan sebagai
contoh pinjaman. Sebenarnya inipun merupakan sebahagiankecil sahaja daripada jumlah imbuhan dalam bahasa Inggeris
(termasuk yang dipinjam daripada Latin dan Yunani). Lutfi Abas
(1985) menyenaraikan 348 imbuhan yang dipakai dalam bahasa
Inggeris dan membawa 17 fungsi yang berlainan.
-
7/29/2019 M10. KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN 2.ppt
13/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia Imbuhan asing yang mungkin dipertimbangkan dalam peristilahanMelayu, setelah disesuaikan, disenaraikan dalam daftar.Contohnya:
Awalan asing:
anti-, ant- =anti-, ant-
auto- =auto-
Akhiran asing:-ific =-ifik
-y =-i
-ism, -ysm =-isme
* Sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah BahasaMalaysia di muka surat 32-34 untuk mendapat maklumat yanglebih lanjut tentang kaedah penyesuaian imbuhan asingdalam istilah pinjaman.
-
7/29/2019 M10. KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN 2.ppt
14/14
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
KESIMPULAN
Walaupun proses peminjaman merupakan langkah terakhir,setelah usaha yang tuntas dilakukan dalam mencari istilahdaripada kosa kata bahasa Melayu atau yang serumpun, namunproses ini merupakan kaedah yang paling banyak digunakan.Buktinya dapat dilihat pada istilah yang telah
diterbitkan,terutamanya dalam bidang sains, termasuk sainsgunaan seperti biologi, perubatan atau kimia.
Walaupun ada berbagai-bagai alasan atau kritikan yangdiberikan oleh golongan yang tidak setuju terhadap kaedah
peminjaman ini, namun kita harus dan mesti menerima hakikatbahawa kosa kata bahasa Melayu tidak cukup untuk secarailmiah mengungkapkan keseluruhan konsep yang digunakandalam pelbagai bidang ini. Dengan demikian, kita perlumeminjam istilah daripada bahasa lain dengan syarat tidakmenjejaskan konsep istilah bahasa kita sendiri, yakni bahasa
Melayu.