______________________________________________________________
Makluman Akhbar October 18th 2013
MOTOSIKAL Honda FUTURE UNTUK PERJALANAN JAUH DI LEBUHRAYA.
Boon Siew Honda Sdn. Bhd meningkatkan kecemerlangan moped jarak jauh.
KUALA LUMPUR , 18 Oktober 2013: Boon Siew Honda Sdn Bhd telah melancarkan satu siri
penambahbaikan untuk motosikal kelas moped jarak jauh, dinamakan ‘Honda Future’, yang mampu
memaksimumkan perjalanan jarak jauh sehingga 338 kilometer bagi satu tangki penuh sebagaimana
yang diuji oleh ECE40 Mode, yang setakat ini diiktirafsebagai terbaik dalam kategorinya.
‘Honda Future’ kini muncul dengan warna dan jalur badan baru serta tayar tanpa tiub untuk
pengalaman menunggang lebih dinamik dan selamat. Penunggang akan tetap merasakan penjimatan
bahan api yang menakjubkan, praktikal dan selesa yang sesuai untuk semua kumpulan umur dan
demografik.
Keistimewaan motosikal ini adalah kebuk-U 19 liter, yang boleh memuatkan topi keledar muka penuh
serta barang-barang peribadi untuk ketenangan fikiran. Tangki minyak 5.6 liter lebih besar yang
ditambah pula dengan enjin 4-lejang SOHC 125cc kitaran penyejukan udara terbaru, serta keputusan
7.6% dalam peningkatan bahan api, menjadikannya peneraju yang tiada tandingan dalam kategori
kecekapan bahan api .
"Kami mempunyai usaha beterusan ke arah inovasi dan kecemerlangan evolusi seperti yang
terkandung di dalam cita-cita ‘Spirit of Challenge’ Honda. Dalam banyak cara, ini merupakan inisiatif
untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju pasaran di Malaysia selama bertahun-tahun.
Syarikat kami faham bahawa usaha untuk menuju kecemerlangan adalah penanda aras yang sentiasa
berubah. Oleh itu, dengan membawa bersama gabungan unsur-unsur berguna untuk sasaran pecahan
besar pasaran , kami yakin Honda Future akan merapatkan jurang antara demografik yang lebih
matang dan lebih muda daripada pelanggan kami yang dihormati, " menurut kata Satoshi Okada,
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn. Bhd
…cont
Bermula dari harga RM 5478.65 sehingga RM 5840.93, Honda Future dijangka menjadi peneraju dari
sudut populariti , dan ia akan sejajar dengan kemampuan Honda yang dipercayai sekian lama, Honda
EX -5.
Pelanggan akan dapat membuat pilihan melalui dua variasi berbeza daripada model yang sama, serta
Special Edition. Variasi 1 mempunyai roda sporti, penghidup enjin elektrik dan brek cakera depan,
manakala Variasi 2 menggabungkan penghidup enjin elektrik , roda sporti dan brek cakera depan dan
belakang. Kedua-dua varian dipasarkan dalam pilihan tiga warna – Jingga Berkilau, Hitam Mutiara
Magelanik dan Merah Bersinar. Menariknya , warna Special Edition dipasarkan dalam Kelabu Mat
Metalik, dan yang mempunyai penghidup enjin elektrik , roda sporti serta brek cakera depan dan
belakang.
…cont
Special Edition Kelabu Mat Metalik
Jingga Berkilau Hitam Mutiara Magelanik
Merah Bersinar
CIRI-CIRI UNGGUL: Praktikal yang Berkekalan Honda Future mempunyai kebuk-U 19 liter yang lebih besar untuk memudahkan penyimpanan topi
keledar muka penuh. Tangki minyak 5.6 liter lebih besar juga membolehkan jarak perjalanan lebih
jauh, sehingga 338km, 100km lebih jauh daripada Wave 125 X Ultimo, tanpa perlu berhenti untuk
pengisian minyak semula secara berterusan. Kelebihan inovasi lain termasuk juga tempat letak bateri
sisi yang membolehkan akses penyelenggaraan mudah , akses pembukaan tempat duduk dan penutup
automatik kunci utama.
Kecekapan Bahan Api dan Mesra Alam yang Tiada Tandingan
Berdasarkan penyelidikan ECE40 MODE , penggunaan bahan api Honda Future menawarkan
kecekapan bahan api sehingga 60.3km seliter, peningkatan sebanyak 0.5km per liter berbanding
dengan Wave 125 X Ultimo . Enjin Euro 2 juga menyediakan kecekapan pembakaran bahan api dan
emisi bersih yang menjadikan Honda Future sebuah motosikal yang mesra alam.
Tunggangan Lebih Selesa Diutamakan
Reka bentuk keseluruhan Honda Future disesuaikan mengikut pelbagai bentuk dan saiz pengguna.
Selaras dengan fungsi sebagai moped jarak jauh , Honda Future dibina dengan tempat duduk yang
lebih lebar. Ruang tempat duduk yang luas membolehkan perjalanan yang lebih selesa untuk
penunggang dan pembonceng motosikal pada jarak yang jauh . Reka bentuk pintar bahagian depan
juga telah dibentuk bagi menghapuskan penggunaan skru untuk mengurangkan getaran dari penutup
depan.
Keselamatan. Untuk ketenangan sepanjang perjalanan
Honda Future mempunyai lampu belakang LED Berpadu yang lebih galak pada sebarang keadaan
cuaca. Menunggang malam juga akan menjadi lebih selamat dengan speedometer biru terang dan juga
integrasi lampu kabus.
______________________________________________________________
SPESIFIKASI:
ENJIN
Jenis Enjin Penyejuk Udara, Engine OHC 4 Kitaran
Gerek & Lejang 52.4 X 57.9 mm Sesaran Enjin 124.8cc Nisbah Mampatan 9.3 : 1 Sistem Penghidup Penghidup Tendang & Elektrik Muatan Minyak Pelincir 0.9L (Selepas Ditanggalkan) 0.7L (Selepas Pembuangan) TRANSMISI KUASA
Klac Automatik & Klac Basah Berbilang Plat
Transmisi Jejaring Tetap 4 Kelajuan Gear 1 2.500 (35/14) Gear 2 1.550 (31/20) Gear 3 1.150 (23/20) Gear 4 0.923 (24/26) Nisbah Penurunan Utama 3.350 (67/20) Nisbah Penurunan Akhir 2.571 (36/14) SISTEM ELEKTRIK Sistem Pencucuhan DC-CDI Bateri 12V / 3.-A.h DIMENSI Panjang Keseluruhan 1932mm Lebar Kesuluruhan 711mm Tinggi Keseluruhan 1092mm Jarak Roda 1258mm Berat Bersih Elektrik / Roda Sporti / Brek Cakera Depan 100kg Elektrik / Roda Sporti / Brek Cakera Depan & Belakang 101kg
…cont
______________________________________________________________
SPESIFIKASI:
CASIS Bentuk Kerangka Back Bone Suspensi Front - Telescopic 81mm Rear - Twin 81mm Muatan Tangki Petrol 5.6L Jenis Tayar Tubeless Ukuran Tayar Front 70/90-17M/C 38P Rear 80/90-17M/C 50P Sudut Caster 26° 30' Jejak Trail 68mm PRESTASI Kuasa Kuda Maksimum 7.06kW (9.6PS) / 7500rpm Tork Maksimum 10.6N/m(1.08kgf.m)/5500rpm
*Note: Specifications are subject to change without prior notice.
- END-
Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (676896-A) 721, Persiaran Cassia Selatan 1, Kawasan Perindustrian Batu Kawan, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang, Malaysia Tel: 604-506 3333 Faks: 604-506 3300