Download - Manual Kualiti Sekolah
MANUAL KUALITI
SISTEM PENGURUSAN KUALITI SEKOLAHPENGURUSAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH
A.SENARAI EDARAN MANUAL DAN PROSEDUR KUALITI
i. Senarai Edaran Pegawai Jabatan Pelajaran Sabah dan Pejabat Pelajaran Daerah
BILNO SALINAN TERKAWALPEMEGANG DOKUMEN
101Pengarah Pelajaran Sabah
202Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah
303Ketua Sektor Jaminan Kualiti
404Ketua Sektor Pengurusan Akademik
505Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
606Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
707Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan
808Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian
909Ketua Sektor Pendidikan Islam
1010Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
1111Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling
12 12Ketua Sektor Maklumat dan ICT
1313Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu
1414Pegawai Pelajaran Daerah Tuaran
1515Pegawai Pelajaran Daerah Papar
16 16Pegawai Pelajaran Daerah Keningau
17 17Pegawai Pelajaran Daerah Sandakan
18 18Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort
19 19Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu
2020Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud
2121Pegawai Pelajaran Daerah Kudat
2222Pegawai Pelajaran Daerah Ranau
2323Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu
2424Pegawai Pelajaran Daerah Semporna
2525Pegawai Pelajaran Daerah Tenom
2626Pegawai Pelajaran Daerah Nabawan
2727Pegawai Pelajaran Daerah Telupid
2828Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Penyu
2929Pegawai Pelajaran Daerah Pitas
3030Pegawai Pelajaran Daerah Kunak
3131Pegawai Pelajaran Daerah Penampang
3232Pegawai Pelajaran Daerah Kinabatangan
3333Pegawai Pelajaran Daerah Tawau
3434Pegawai Pelajaran Daerah Beluran
3535Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang
3636Pegawai Pelajaran Daerah Tambunan
3737Pengurus Kualiti JPN
3838Ketua Juruaudit JPN
3939Timbalan Ketua Sektor Jaminan Kualiti
4040Ketua Unit Sektor Jaminan Kualiti
4141Pegawai Kualiti 1
4242Pegawai Kualiti 2
4343Bilik Dokumentasi Sektor Jaminan Kualiti
ii.Senarai Edaran Sekolah MenengahBILNO SALINAN TERKAWALPEMEGANG DOKUMEN
4444 PengetuaSMK DATUK PETER MOJUNTIN, PENAMPANG
4545PengetuaSMK ST MICHEAL, PENAMPANG
4646PengetuaSMK TANSAU, PENAMPANG
4747PengetuaSMK PUTATAN, PENAMPANG
4848PengetuaSMK BANDARAYA, KOTA KINABALU
4949PengetuaSM TINGGI KOTA KINABALU
5050PengetuaSMKA KOTA KINABALU
5151PengetuaSM. MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU
5252PengetuaSM. ALL SAINTS KOTA KINABALU
5353PengetuaSMK BADIN, TUARAN
5454PengetuaSMK SERI NANGKA, TUARAN
5555PengetuaSMK PEKAN TENGHILAN, TUARAN
5656PengetuaSMK TAMPRULI, TUARAN
5757PengetuaSMK PITAS,PITAS
5858PengetuaSMK PITAS 2, PITAS
5959PengetuaSMK KANIBONGAN, PITAS
6060PengetuaSMK TELAGA, PITAS
6161 PengetuaSMK BANDAU, KOTA MARUDU
6262PengetuaSMK KOTA MARUDU, KOTA MARUDU
6363PengetuaSMK BENGKONGAN, KOTA MARUDU
6464PengetuaSMK KOTA MARUDU 2, KOTA MARUDU
6565PengetuaSMK SINDUMIN, SIPITANG
6666PengetuaSMK PENGIRAN OMAR, SIPITANG
6767PengetuaSMK PENGIRAN OMAR II, SIPITANG
6868PengetuaSMK PADANG BERAMPAH, SIPITANG
6969PengetuaSMK BELURAN, BELURAN
7070PengetuaSMK BELURAN 2, BELURAN
7171PengetuaSMK BALABAN JAYA, BELURAN
7272PengetuaSMK TERUSAN SUGUT, BELURAN
7373PengetuaSMK NARINANG, KOTA BELUD
7474PengetuaSMK PEKAN KOTA BELUD II, KOTA BELUD
7575PengetuaSMK ARSHAD, KOTA BELUD
7676PengetuaSMK USUKAN , KOTA BELUD
7777PengetuaSMK TAMBUNAN, TAMBUNAN
7878PengetuaSMK NAMBAYAN, TAMBUNAN
7979PengetuaSM ST.MARTIN , TAMBUNAN
8080PengetuaSMK DESA WAWASAN, TAMBUNAN
8181PengetuaSMK PENANGAH, TELUPID
8282PengetuaSMK TELUPID, TELUPID
8383PengetuaSMK ENTILIBON, TELUPID
8484PengetuaSMK TONGOD, TELUPID
8585PengetuaSMK ULU SAPI, TELUPID
8686PengetuaSMK GUNSANAD, KENINGAU
8787PengetuaSMK KENINGAU II, KENINGAU
8888PengetuaSM ST.FRANCIS XAVIER, KENINGAU
8989PengetuaSMK KENINGAU, KENINGAU
9090PengetuaSMK MATUNGGONG, KUDAT
9191PengetuaSMK KUDAT, KUDAT
9292PengetuaSMK ABD.RAHIM, KUDAT
9393PengetuaSM ST. PETER KUDAT
9494PengetuaSMK KUNAK, KUNAK
9595PengetuaSMK KUNAK JAYA, KUNAK
9696PengetuaSMK MADAI, KUNAK
9797PengetuaSMK SEGAMA, LAHAD DATU
9898PengetuaSMK TERUSAN, LAHAD DATU
9999PengetuaSMK SILABUKAN, LAHAD DATU
100100PengetuaSMK SEPAGAYA, LAHAD DATU
101101PengetuaSMK PEKAN KUALA PENYU
102102PengetuaSMK MENUMBOK, KUALA PENYU
103103PengetuaSMK KUALA PENYU, KUALA PENYU
104104PengetuaSMK ST.PETER, KUALA PENYU
105105PengetuaSMK KEMBURONGOH, RANAU
106106PengetuaSMKA MOHD ALI RANAU
107107PengetuaSMK BUNDU TUHAN RANAU
108108PengetuaSMK RANAU, RANAU
109109PengetuaSMK TENOM, TENOM
110110PengetuaSM ST.ANTHONY TENOM,
111111PengetuaSM.CHUNG HWA, TENOM
112112PengetuaSMK KEMABONG TENOM
113113PengetuaSMK BUKIT GARAM, KINABATANGAN
114114PengetuaSMK BUKIT GARAM 2, KINABATANGAN
115115PengetuaSMK PARIS, KINABATANGAN
116116PengetuaSMK, SUKAU KINABATANGAN
117117PengetuaSMK BEAUFORT II, BEAUFORT
118118Pengetua SMK BEAUFORT III, BEAUFORT
119119PengetuaSMK GADONG, BEAUFORT
120120PengetuaSM.ST.PAUL, BEAUFORT
121121PengetuaSMK KINARUT,PAPAR
122122PengetuaSMK BENONI,PAPAR
123123PengetuaSMK TAKIS, PAPAR
124124PengetuaSMK BONGAWAN, PAPAR
125125PengetuaSMKA TUN DATU MUSTAPHA, PAPAR
126126PengetuaSMK NABAWAN, NABAWAN
127127PengetuaSMK NABAWAN II, NABAWAN
128128PengetuaSMK SAPULUT, NABAWAN
129129Pengetua SMK KABOTA, TAWAU
130130Pengetua SMK SMK ABAKA, TAWAU
131131Pengetua SMK UMAS-UMAS, TAWAU
132132Pengetua SMK TAWAU II, TAWAU
133133Pengetua SMK SEMPORNA
134134Pengetua SMK SEMPORNA
135135Pengetua SMK SEMPORNA
136136Pengetua SMK SEMPORNA
ii. Senarai Edaran Sekolah RendahBILNO SALINAN TERKAWALPEMEGANG DOKUMEN
137137 Guru BesarSK KOTA, KINABATANGAN
138138 Guru BesarSK.BUKIT GARAM, KINABATANGAN
139139 Guru BesarSK.PARIS 3, KINABATANGAN
140140 Guru BesarSK.SUKAU, KINABATANGAN
141141 Guru BesarSK. PEKAN NABAWAN, NABAWAN
142142 Guru BesarSK.KG. BAHAGIA NABAWAN
143143 Guru BesarSK. TETAGAS, NABAWAN
144144 Guru BesarSK. KUALA SALONG, NABAWAN
145145 Guru BesarSK. SEPULOT, NABAWAN
146146 Guru BesarSK. LONGONGON, NABAWAN
147147 Guru BesarSK.PEKAN KINARUR,PAPAR
148148 Guru BesarSK. NYARIS-NYARIS, PAPAR
149149 Guru BesarSJK(C)CHENG HWA PAPAR
150150 Guru BesarSK. ST. MARRY PAPAR
151151 Guru BesarSK.PEKAN, BEAUFORT
152152 Guru BesarSK.KLIAS, BEAUFORT
153153 Guru BesarSK.MEMPAGAR, BEAUFORT
154154 Guru BesarSK.LAJAU, PAPAR
155155 Guru BesarSK. KINABONGAN, PITAS
156156 Guru BesarSK. PEKAN PITAS, PITAS
157157 Guru BesarSK.PEKAN PITAS 2,PITAS
158158 Guru BesarSK.PINGGAN-PINGAN
159159 Guru BesarSK.MOYNOD, BELURAN
160160 Guru BesarSK. HOLLY CROSS
161161 Guru BesarSK.PEKAN BELURAN, BELURAN
162162 Guru BesarSK. MONOPOD, BELURAN
163163 Guru BesarSK. SINDUMIN, SIPITANG
164164 Guru BesarSK.MELALIA, SIPITANG
165165 Guru BesarSK. LUBOK DARAT, SIPITANG
166166 Guru BesarSK. PEKAN SIPITANG,SIPITANG
167167 Guru BesarSK. ME NGARIS, KOTA MARUDU
168168 Guru BesarSK. TALANTANG, KOTA MARUDU
169169 Guru BesarSK.SAMPIR,KOTA MARUDU
170170 Guru BesarSK. TAGAROH, KOTA MARUDU
171171 Guru BesarSK PEKAN TUARAN, TUARAN
172172 Guru BesaRSK.MANTOB, TUARAN
173173 Guru BesarSK.LINGGA BARU, TUARAN
174174 Guru BesarSK.PEKAN TAMPARULI, TUARAN
175175 Guru BesarSK. PEKAN TAMBUNAN
176176 Guru BesarSK. NAMBAYAN, TAMBUNAN
177177 Guru BesarSRJK (C) YUH MIN, TAMBUNAN
178178 Guru BesarSRK ST. THERESA, TAMBUNAN
179179 Guru BesarSK.PELADOK, KOTA BELUD
180180 Guru BesarSK. DALAS, KOTA BELUD
181181 Guru BesarSK. MENUNGGUI, KOTA BELUD
182182 Guru BesarSK.PINOLOBU, KOTA BELUD
183183 Guru BesarSK. PERANCANGAN, RANAU
184184 Guru BesarSK. DON BOSCO,RANAU
185185 Guru BesarSK. NARAWANG, RANAU
186186 Guru BesarSJK(C) PAI WEN, RANAU
187187 Guru BesarSK.PEKAN TENOM, TENOM
188188 Guru BesarSK. CHINTA MATA TENOM
189189 Guru BesarSK.MELALAP TENOM
190190 Guru BesarSK. KEMABONG, TENOM
191191 Guru BesarSK. BAHANG, PENAMPANG
192192 Guru BesarST.JOSEPH, PENAMPANG
193193 Guru BesarSJK(C) YUE MIN, PENAMPANG
194194 Guru BesarSK. KIBABAIG, PENAMPANG
195195 Guru BesarSK. TANGKUNGON, TELUPID
196196 Guru BesarSK. GABUNGAN, TELUPID
197197 Guru BesarSK. ENTILIBON, TELUPID
198198 Guru BesarSK. TONGOD, TELUPID
199199 Guru BesarSK.PENANGAH, TELUPID
200200 Guru BesarSK.SERI GAYA KOTA KINABALU
201201 Guru BesarSK. KELOMBONG, KOTA KINABALU
202202 Guru BesarSK. INANAM DUA, KOTA KINABALU
203203 Guru BesarSJK(C) CHUNG HWA KOTA KINABALU
204204 Guru BesarSK. KUNAK JAYA, KUNAK
205205 Guru BesarSK. MADAI, KUNAK
206206 Guru BesarSK. LADANG BINUANG, KUNAK
207207 Guru BesarSK. SKIM COCOS, KUNAK
208208 Guru BesarSK. BATU 6 , LAHAD DATU
209209 Guru BesarSK. ANJUNG TEDUH, LAHAD DATU
210210 Guru BesarSK. UNICO DESA, LAHAD DATU
211211 Guru BesarSK. BUKIT BALACON, LAHAD DATU
212212 Guru BesarSK. PEKAN MENUMBOK, KUALA PENYU
213213 Guru BesarSK. PEKAN KUALA PENYU, KUALA PENYU
214214 Guru BesarSK. MENUNGGANG, KUALA PENYU
215215 Guru BesarSK. ST PETER BUNDU, KUALA PENYU
216216 Guru BesarSK. PEKAN KUDAT II, KUDAT
217217 Guru BesarSK. TUN DATUK HAJI MUSTAPHA, KUDAT
218218 Guru BesarSRK. ST PETER KUDAT
219219 Guru BesarSRK ST.JAMES, KUDAT
220220 Guru BesarSK. PASIR PUTEH, KENINGAU
221221 Guru BesarSK. LUAGAN, KENINGAU
222222 Guru BesarSK. MENAWO, KENINGAU
223223 Guru BesarSK. PEKAN II, KENINGAU
224224 Guru Besar
225225 Guru Besar
226226 Guru Besar
227227 Guru Besar
228228 Guru Besar
229229 Guru Besar
230230 Guru Besar
231231 Guru Besar
232232 Guru Besar
233233 Guru Besar
234234 Guru Besar
235235 Guru Besar
B.KANDUNGAN MANUAL KUALITI
i
Senarai Edaran Manual Kualiti
ii
Kandungan
iii
Senarai Prosedur Kualiti
ivSenarai Arahan Kerja
v Rekod Pindaan Manual Kualiti
1.0.PENGENALAN KEPADA MANUAL KUALITI
1.1 Pengenalan
1.2 Tujuan
1.3 Kandungan Manual Kualiti
2.0MAKLUMAT SEKOLAH-SEKOLAH KUALITI NEGERI SABAH2.1 Latar Belakang
2.2 Fungsi
2.3 Visi
2.4 Misi
2.5 Dasar Kualiti
2.6 Objektif Kualiti
2.7.Struktur Organisasi
2.8.Klien (Pelanggan)
2.9.Piagam Pelanggan
3.0SISTEM PENGURUSAN KUALITI
3.1 Skop Pelaksanaan dan Pengecualian
3.2 Penerangan Mengenai Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah
3.3 Definisi
4.0DASAR DAN PRINSIP ASAS SISTEM PENGURUSAN KUALITI
4.1 Keperluan Am
4.2 Keperluan Dokumentasi
4.2.1Am
4.2.2Perkara-Perkara Terkandung Dalam Manual Kualiti
4.2.3Kawalan Dokumen
4.2.4Kawalan Rekod
5.0 SEKSYEN 5 : TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN
5.1 Komitmen Pengurusan
5.2 Tumpuan Kepada Pelanggan
5.3 Dasar Kualiti
5.4 Perancangan5.4.1. Objektif Kualiti
5.4.2. Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah
5.5 Tanggungjawab, Kuasa dan Komunikasi5.5.1. Tanggungjawab dan Kuasa
5.5.2. Wakil Pengurusan
5.5.3. Komunikasi Dalaman
5.6 Kajian Semula Pengurusan5.6.1. Am
5.6.2. Input Kepada Kajian Semula Pengurusan
5.6.3. Hasil Kajian Semula Pengurusan
6.0. SEKSYEN 6 : PENGURUSAN SUMBER
6.1. Penyediaan Sumber
6.2. Sumber Manusia6.2.1. Am
6.2.2. Kompetensi, Kesedaran dan Latihan
6.3. Infrastruktur
6.4. Persekitaran Kerja
7.0. SEKSYEN 7 : PROSES PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (P& P)
7.1. Perancangan Bagi Proses Pengajaran dan Pembelajaran
7.2. Proses-Proses Yang Berkaitan Dengan Pelanggan
7.2.1. Menentukan Keperluan-Keperluan Produk atau
Perkhidmatan
7.2.2. Semakan Semula Keperluan-Keperluan Berkaitan
Perkhidmatan Pelanggan
7.2.3. Komunikasi dengan Pelanggan
7.3. Reka Bentuk dan Pembangunan Proses
7.4. Perolehan
7.4.1. Proses Perolehan/Pembelian
7.4.2. Maklumat Perolehan/Pembelian
7.4.3. Verifikasi Ke Atas Bahan / Perkhidmatan Yang Diperoleh
7.5. Proses Penyediaan Pengajaran & Pembelajaran
7.5.1 Kawalan Ke Atas Proses Penyediaan P & P
7.5.2 Proses Penyediaan & Penyampaian P & P
7.5.3 Identifikasi dan Kemudahkesanan
7.5.4 Harta Hakmilik Pelanggan
7.5.5 Pemuliharaan
7.5.6 Kawalan Ke Atas Peralatan Pengukuran dan Pemantauan
8.0 SEKSYEN 8 : PENGUKURAN, PENGANALISISAN & PENAMBAHBAIKAN
8.1. Am
8.2. Pemantauan dan Pengukuran8.2.1. Kepuasan Hati Pelanggan
8.2.2. Audit Dalaman8.2.3. Pemantauan dan Pengukuran Proses8.2.4. Pemantauan dan Pengukuran Proses P & P8.3. Kawalan Ke atas Perkhidmatan Yang Tidak Memenuhi Keperluan Yang Ditetapkan
8.4. Analisis Data8.5. Penambahbaikan8.5.1. Penambahbaikan Yang Berterusan
8.5.2. Tindakan Pembetulan8.5.3. Tindakan PencegahanC.SENARAI PROSEDUR KUALITI
BILPROSEDUR KUALITITAJUKTARIKH KUATKUASA
1PK O1PK PENGURUSAN PANITIA2 JANUARI 2012
2PK 02PK PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEBELAJARAN2 JANUARI 2012
3PK 03PK PENGURUSAN SEMAKAN HASIL KERJA MURID2 JANUARI 2012
4PK 04PK PENGURUSAN PENCERAPAN2 JANUARI 2012
5PK 05PK PENGURUSAN KEHADIRAN GURU2 JANUARI 2012
6PK 06PK PENGURUSAN AUDIT DALAM2 JANUARI 2012
7PK 07PK TINDAKAN PENCEGAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN2 JANUARI 2012
SEKSYEN 1
PENGENALAN KEPADA MANUAL KUALITI
1.1.Pengenalan
Dokumen ini adalah merupakan Manual Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) di Sekolah-Sekolah Negeri Sabah (SNS). Manual Kualiti ini disediakan untuk memenuhi matlamat dan objektif P & P di sekolah ini selaras dengan kehendak, keperluan dan amalan MS ISO 9001:2008. Ia mengandungi dasar kualiti, objektif kualiti, penerangan ringkas mengenai sistem pengurusan kualiti dan prinsip-prinsip asas yang memandu pelaksanaan program Pengajaran & Pembelajaran. Manual ini diperlengkapkan dengan Prosedur kualiti dan Dokumen Sokongan yang berkaitan dengannya seperti borang, pekeliling, akta, ordinan dan lain-lain.
1.2.Tujuan
Tujuan Manual Kualiti ini disediakan adalah untuk :
a. Menerangkan maklumat asas mengenai organisasi SNSb. Menerangkan secara ringkas amalan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 yang dilaksanakan di SNS. Menggariskan dasar dan prinsip asas bagi aktiviti P & P di SNS. Menjelaskan mengenai Pengecualian Aplikasi dalam memenuhi amalan keperluan MS ISO 9001:2008.
1.3.Kandungan Manual Kualiti
Manual ini mengandungi 4 bahagian seperti berikut :
Bahagian1:Pengenalan
Bahagian2:Maklumat Organisasi
Bahagian3:Strategi Pelaksanaan Sistem Pengurusan KualitiPengajaran &
Pembelajaran SNSBahagian4:Dasar dan Prinsip Asas Sistem Pengurusan Kualiti
SEKSYEN 2
MAKLUMAT ORGANISASI
2.1.Latar Belakang SNS (CONTOH : SMK DATUK PETER MOJUNTIN, PENAMPANG)________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Fungsi Sekolah SNSSNS sebagai institusi untuk mendidik murid-murid peringkat sekolah menengah yang terpilih sebagai persediaan pengajian ke peringkat tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Bidang-bidang yang dicakupi adalah:
a.Pengajaran
b.Pembelajaran
c.Bimbingan dan pembentukan sahsiah
d.Aktiviti ko-Kurikulum
e.Pentadbiran
f.Perhubungan dengan komuniti dan agensi luar
2.2.Visi SNS (CONTOH : SMK DATUK PETER MOJUNTIN, PENAMPANG)
Menjadikan SMK DATUK PETER MOJUNTIN menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2012.
2.3.Misi SNS (CONTOH : SMK Datuk Peter Mojuntin )
a. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM, STPM dan kokurikulum
b. Menggunakan ICT dalam semua urusan.
c. Menyediakan prasarana pendidikan yang lengkap dan kondusif
d. Menerapan nilai keagamaan dan nilai murni.
2.4.Dasar Kualiti
SNS komited untuk menyediakan dan melaksanakan Pengajaran & Pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan Sistem Pengurusan Kualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.
Bagi memastikan tujuan ini, Dasar Kualiti berserta dengan objektifnya disemak semula semasa Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan untuk memastikan kesesuaiannya yang berterusan. Dasar Kualiti ini disebar luas kepada seluruh anggota SNS melalui media cetak, taklimat pengurusan dan papan kenyataan untuk difahami dan dihayati.
2.5.Objektif Kualiti
Objektif Sistem Pengurusan Kualiti sekolah adalah :a. Memastikan 100 % kehadiran guru kecuali ada perkara-perkara di luar
kawalan.
b. Melaksanakan 100% Pengajaran & Pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-parkara yang di luar kawalan.c. Memastikan 100 % hasil kerja murid disemak oleh guru mata pelajaran kecuali hal-hal di luar kawalan.d. Memastikan pencapaian akademik sekolah meningkat 2% setahun atau 55% dalam peperiksaan akhir tahun atau dalam peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM dari keputusan peperiksaan sebelumnya.2.6.Struktur Organisasi
(Rujuk Lampiran 2)
2.7.PelangganBil.OrganisasiPelanggan
1Sekolah Semua Murid Sekolah Rendah & Menengah Negeri Sabah
2.Luar sekolah Ibu bapa/penjaga murid
Komuniti setempat
3.Pemegang Amanah Pejabat Pelajaran Daerah
Jabatan Pelajaran Sabah Kementerian Pelajaran Malaysia
2.8.Piagam Pelanggan SMKDPM (CONTOH SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang)
Kami warga SMKDPM dengan penuh tekad dan iltizam dan dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Wawasan 2020, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
a. Menyediakan program Pengajaran dan Pembelajaran yang terbaik berasaskan Budaya Ilmu bagi memenuhi keperluan hidup murid-murid, masyarakat dan negara.
b. Menentukan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
c. Memberi peluang dan layanan yang sama kepada setiap pelajar tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan keturunan.
d. Menggunakan Bahan Bantu P & P yang berkesan, canggih dan selaras dengan era globalisasi.
e. Pengurusan yang cekap, pantas dan bijaksana.
f. Menyediakan prasarana pendidikan yang selesa selaras dengan keperluan semasa.
g. Berusaha meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan.
h. Memupuk budaya prihatin dan penyayang.
i. Peka dengan kehendak dan keperluan pelanggan dan memberi perhatian serius terhadap setiap aduan pelanggan.
SEKSYEN 3
SISTEM PENGURUSAN KUALITI
3.1.Skop Pelaksanaan
Skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti P & P SNS meliputi program dan aktiviti yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Pengecualian aplikasi pelaksanaan MS ISO 9001:2008 adalah meliputi keperluan-keperluan yang dinyatakan di bawah:
a. Seksyen 7.3 : Reka Bentuk dan Pembangunan Proses
b. Seksyen 7.6 : Kawalan Ke Atas Peralatan Pengukuran dan Pemantauan
(Rujuk seksyen yang berkenaan untuk justifikasi pengecualian)
3.2.Penerangan Mengenai Sistem Pengurusan Kualiti
Perkara utama yang ditentukan di dalam amalan standard MS ISO 9001: 2008 adalah menguruskan proses yang terlibat dalam SNS, menggunakan pendekatan proses, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan P & P supaya kehendak pelanggan dan Pemegang Amanah dapat dipenuhi. Penerangan lanjut mengenai Model Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan pendekatan proses dijelaskan dalam Lampiran 1. Siri MS ISO 9001:2008 berlandaskan kepada 8 (lapan) prinsip yang asas kepada falsafah dan matlamat standard ini diwujudkan. Prinsip-prinsip tersebut adalah :
a) Tumpuan kepada pelanggan
b) Kepimpinan
c) Penglibatan anggota organisasi
d) Pendekatan proses
e) Pengurusan P&P yang mengamalkan pendekatan sistem
f) Penambahbaikan secara berterusan
g) Pendekatan membuat keputusan berdasarkan fakta
h) Hubungan dengan pembekal untuk faedah bersama
Pewujudan, pelaksanaan dan pengekalan prestasi serta keupayaan pengurusan kualiti P& P SNS memenuhi kehendak dan pengharapan pelanggan serta Pemegang Amanah berlandaskan 8 (lapan) prinsip di atas ditunjukkan di dalam Lampiran 1.
3.3.Definisi
Definisi-definisi boleh dirujuk terus di Para 4 dalam setiap prosedur.SEKSYEN 4
DASAR DAN PRINSIP ASAS SISTEM PENGURUSAN KUALITI
4.1.Keperluan Am
Sistem Pengurusan Kualiti P & P SNS diwujud, didokumen, dilaksana serta diselenggarakan dengan cara yang sistematik. Ia juga memberi tumpuan kepada peningkatan secara berterusan terhadap keberkesanan P & P di SNS. Ia adalah selaras dengan kehendak dan amalan ISO 9001:2008:
a) Merancang dan melaksanakan proses-proses yang terlibat dalam Pengajaran & Pembelajaran.
b) Menentukan turutan dan hubung kait antara proses-proses ini di lampiran 1.
c) Menentukan kriteria dan kaedah bagi menilai keberkesanan operasi serta kawalan ke atas proses-proses tersebut bagi memastikan keberkesanannya.
d) Menyediakan sumber dan maklumat yang diperlukan untuk pelaksanaan serta pemantauan proses-proses tersebut.
e) Memantau dan menilai proses-proses melalui Audit Dalaman, Kajian Semula Pengurusan, aduan dan maklum balas pelanggan serta pemantauan oleh pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan.
f) Melaksanakan tindakan-tindakan yang perlu bagi memastikan pencapaian matlamat yang dirancang dan membuat penambahbaikan yang berterusan ke atas proses-proses tersebut.
4.2.Keperluan Dokumentasi
Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Pengajaran & Pembelajaran adalah berasaskan kepada 4 peringkat dokumen iaitu :
a) Manual Kualiti
b) Prosedur Kualiti
c) Dokumen Sokongan
d) Rekod Kualiti
a) Manual Kualiti
Manual Kualiti adalah dokumen asas yang mengandungi dasar dan objektif Pengajaran & Pembelajaran di SNS. Penerangan ringkas mengenai Sistem Pengurusan Kualiti P & P termasuk bagaimana seksyen-seksyen dalam Standard MS ISO 9001:2008 dipatuhi.
b) Prosedur Kualiti
Prosedur Kualiti dalam P & P adalah dokumen yang menggariskan tujuan dan proses kerja bagi melaksanakan segala aktiviti pengurusan dan operasi Sistem Pengurusan Kualiti dalam Pengajaran & Pembelajaran di SNS.c) Dokumen Sokongan
Dokumen Sokongan adalah dokumen yang menjadi rujukan dan panduan serta perlu dipatuhi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah didokumenkan dalam dokumen kualiti.
d) Rekod Kualiti
Rekod Kualiti adalah dokumen yang menjadi bukti pematuhan Sistem Pengurusan Kualiti.Struktur dokumen kualiti ini digambarkan oleh rajah 1 berikut :
RAJAH 1 : HIERARKI DOKUMENTASI
4.2.1.Perkara-Perkara Terkandung Dalam Manual Kualiti
SNS menyediakan Manual Kualiti yang mengandungi perkara-perkara berikut :a)
Dasar dan Objektif Kualiti
b)
Skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti
c)
Pengecualian aplikasi (exclusion) yang menjelaskan pengecualian dalam pematuhan MS ISO 9001:2008
d)
Rujukan kepada Prosedur-prosedur Kualiti dan dokumen sokongan dalam Sistem Pengurusan Kualiti
e)
Huraian tentang prinsip-prinsip dalam merancang, melaksana dan memantau Sistem Pengurusan Kualiti
f)
Proses-proses yang dikenal pasti di dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti
Dokumen Berkaitan
Manual Kualiti SNS4.2.2.Kawalan Dokumen
Dokumen kualiti yang dikawal di dalam Sistem Pengurusan Kualiti ialah :
a) Manual Kualiti
b) Prosedur Kualiti
c) Dokumen Sokongan
d) Rekod Kualiti
Dokumen-dokumen ini dikawal melalui cara berikut:
a) Dokumen baru
i. Dokumen kualiti yang perlu dikawal ialah Manual Kualiti, Prosedur Kualiti, Dokumen Sokongan dan Rekod Kualiti;
ii. Wakil Pengurusan adalah bertanggungjawab memastikan dokumen-dokumen kualiti yang dirujuk dalam Sistem Pengurusan Kualiti adalah yang terkini dan ditempatkan di lokasi yang mudah dirujuk oleh mereka yang terlibat. Dokumen kualiti yang disimpan secara elektronik perlu disokong oleh sistem back-up;
iii. Manual Kualiti, Prosedur Kualiti dan Dokumen Sokongan hendaklah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Sabah.
iv. Setiap keluaran Manual Kualiti, Prosedur Kualiti dan Dokumen Sokongan diberikan identifikasi dan dicatatkan nombor keluaran, tarikh keluaran, nombor pindaan, tarikh pindaan dan tarikh kuatkuasa. Pemegang dokumen dan nombor salinan dokumen dikenal pasti melalui Senarai Edaran. Senarai Edaran diselenggarakan oleh Pengurus Kualiti Negeriv. Dokumen-dokumen kualiti hanya diedarkan kepada pemegang-pemegang dokumen yang disenaraikan dalam Senarai Edaran dan dokumen-dokumen ini dicop dengan SALINAN TERKAWAL, manakala dokumen kualiti yang perlu diedarkan kepada pihak lain selain daripada pemegang di dalam Senarai Edaran adalah diklasifikasikan semula sebagai dokumen tidak terkawal. Dokumen tersebut akan dicop di kulit luar sebagai SALINAN. Dokumen tersebut tidak akan terlibat di dalam sebarang pindaan untuk dikemas kini
vi. Satu Senarai Induk dokumen kualiti dalaman dan luaran yang mengandungi semua dokumen-dokumen kualiti yang digunakan dalam Sistem Pengurusan Kualiti dan status terkini disediakan. Senarai ini dikemas kinikan dari semasa ke semasa apabila berlaku perubahan ke atas status dokumen-dokumen tersebut
vii. Dokumen Kualiti P & P SNS hendaklah disediakan dalam dua bentuk. Pertama dalam salinan hard copy dan kedua dalam soft copy.
b) Pindaan Dokumen
i. Setiap anggota boleh memberikan cadangan pindaan kepada dokumen kualiti. Cadangan pindaan mesti dikemukakan kepada Wakil Pengurusan dengan menggunakan Borang Cadangan Pindaan.ii. Sebarang pindaan ke atas Manual Kualiti, Prosedur Kualiti dan Dokumen Sokongan hendaklah mendapat kelulusan Pengarah Pelajaran Sabah.
iii. Semua pindaan yang dibuat dicatatkan di dalam rekod pindaan.
iv. Pindaan ke atas Manual Kualiti dibuat dengan menggantikan muka surat yang terlibat dengan pindaan, nombor pindaan ditambah dan tarikh kuat kuasa yang baru akan diberikan. Bagi pindaan yang melebihi 50%, keseluruhan dokumen digantikan dengan nombor keluaran ditambah dan tarikh kuatkuasa baru diberikan.
v. Pindaan ke atas Prosedur Kualiti dibuat dengan menggantikan keseluruhan dokumen dan nombor keluaran ditambah serta tarikh kuat kuasa baru diberikan.
vi. Dokumen-dokumen yang telah dipinda diedarkan kepada pemegang pemegang dokumen.
vii. Pemegang dokumen bertanggungjawab memasukkan semua pindaan dan mengeluarkan dokumen yang tidak terpakai serta memusnahkannya.
viii. Satu salinan dokumen asal disimpan dan ditandakan BATAL.
c) Pengurusan Dokumen
Pengurus Dokumen SNS ialah Pengurus Kualiti Negeri Sabah , Jabatan Pelajaran Sabah yang dilantik oleh Pengarah Pelajaran Sabah. Tugas pengurus dokumen ialah menyelenggara naskah dokumen induk, menyelaras pindaan dokumen, senarai edaran dokumen dan penyimpanan yang dikenal pasti dalam setiap Prosedur Kualiti.
Dokumen Berkaitan
4.2.3.Pengurusan Rekod Kualiti
SNS hendaklah mewujudkan dan menyelenggarakan satu prosedur berhubung Pengurusan Rekod Kualiti. Senarai Induk bagi rekod kualiti diwujudkan untuk kemudahan pengendalian dan pengesanan rekod. Had masa penyimpanan dikenal pasti dan rekod kualiti disimpan dengan selamat dalam fail-fail atau folder atau buku tertentu yang mudah dibaca dan dirujuk semula. Jika rekod disimpan secara elektronik, satu sistem sokongan bagi rekod-rekod berkenaan hendaklah disimpan secara sistematik untuk rujukan sebagai bukti objektif kepada aktiviti-aktiviti kualiti. Pelupusan rekod-rekod kualiti dibuat mengikut Surat Pekeliling Am Bil. 1/1997.
Dokumen Berkaitan
SEKSYEN 5
TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN
5.1.Komitmen Pengurusan
Pihak pengurusan atasan sekolah SNS komited dalam membangun, melaksana dan menambah baik secara berterusan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti dengan cara:
a.Komunikasi kepada semua kakitangan tentang pentingnya memenuhi kehendak pelanggan serta mematuhi peraturan dan undang-undang
b.Mewujudkan dasar kualiti
c.Mewujudkan objektif-objektif kualiti
d.Menjalankan Kajian Semula Pengurusan
e.Memastikan penyediaan sumber-sumber yang mencukupi.
5.2.Tumpuan Kepada Pelanggan
Pihak pengurusan atasan sekolah SNS bertanggungjawab memastikan kehendak pelanggan sekolah dikenal pasti dan dipenuhi dengan tujuan meningkatkan kepuasan pelanggan. Piagam pelanggan disediakan bagi menentukan tahap perkhidmatan yang diberikan. Prestasi Sistem Pengurusan Kualiti SNS diukur melalui penilaian ke atas kepuasan pelanggan. Saluran untuk menerima cadangan dan aduan pelanggan bagi menilai tahap kepuasan pelanggan disediakan melalui perjumpaan dan perbincangan dengan ibu bapa, masyarakat dan stake holder (di mana sesuai).
Dokumen Berkaitan
PKS 13 - Aduan Pelanggan
5.3.Dasar Kualiti
Dasar Kualiti sekolah SNS adalah untuk menyediakan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan selaras dengan dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui pelaksanaan MS ISO 9001:2008. Dasar ini akan disebar luas kepada seluruh warga sekolah dan akan dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.4.Perancangan
5.4.1.Objektif Kualiti SNSPihak pengurusan atasan akan memastikan objektif kualiti termasuk keperluan-keperluan proses P & P diwujudkan pada setiap tahap dan bagi setiap fungsi di sekolah. Bagi tujuan ini pihak sekolah akan:-
a)Melaksanakan sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran yang dijadualkan dalam program sekolah.
b)Memastikan program peningkatan akademik murid dilaksanakan secara berterusan.
5.4.2.Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti SekolahPihak pengurusan atasan SNS akan memastikan:
a.Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti dilaksanakan seperti mana yang didokumenkan dan objektif kualiti yang ditetapkan dapat dicapai. Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti akan mengambil kira perkara-perkara berikut:
i. Kemahiran dan pengetahuan guru-guru.
ii.Sumber yang diperlukan seperti kewangan dan infrastruktur.
iii. Dokumen yang perlu bagi melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti serta rekod-rekod hasil daripadanya.
iv. Sebarang perubahan kepada sistem pengurusan kualiti ini adalah terancang dan akan dipatuhi.
b.Sistem Pengurusan Kualiti kekal kukuh walaupun berlaku perubahan dalam organisasi. Sekiranya perubahan dalam organisasi menyebabkan perubahan kepada Sistem Pengurusan Kualiti yang telah didokumenkan, perubahan tersebut akan didokumenkan.
5.5Tanggungjawab, Kuasa dan Komunikasi
5.5.1.Tanggungjawab dan Kuasa
Pengurusan atasan SNS akan memastikan tanggungjawab dan kuasa adalah jelas. Tugas, tanggungjawab dan kuasa ini disebarkan kepada semua staf.
5.5.2.Wakil Pengurusan
Pihak pengurusan atasan akan melantik Wakil Pengurusan yang akan mempunyai tanggungjawab berikut :
a.Mewujud, melaksana dan menyelenggarakan sistem pengurusan kualiti yang memenuhi kehendak, matlamat dan objektif selaras dengan amalan keperluan MS ISO 9001:2008
b)Melaporkan kemajuan dan keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti dan sebarang keperluan penambahbaikan;
c)Berurusan dengan pihak-pihak luar mengenai perkara-perkara berkaitan dengan sistem pengurusan kualiti sekolah.
d) Memastikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kesedaran terhadap keperluan pelanggan sentiasa dilaksanakan di kalangan anggota organisasi yang terlibat dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti.Surat pelantikan Wakil Pengurusan akan dikeluarkan oleh Pengetua/Guru Besar5.5.3.Komunikasi Dalaman
Pihak pengurusan atasan akan memastikan komunikasi di sekolah ini adalah berkesan. Komunikasi berlaku melalui:
a)Mesyuarat
b)Sesi taklimat dan perbincangan
c)Papan kenyataan
d)Maklum balas pelanggan
e)Memo dalaman
5.6.Kajian Semula Pengurusan
5.6.1.Am
Pihak pengurusan atasan bertanggungjawab mengadakan mesyuarat kajian semula pengurusan sekurang-kurangnya SEKALI setahun. Kajian semula ini perlu untuk mempastikan sistem pengurusan kualiti SNS sentiasa berkesan dalam memenuhi semua keperluan yang telah ditetapkan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengurus Kualiti Negeri Sabah manakala minit mesyuarat akan dicatat oleh ahli mesyuarat yang dilantik secara giliran. Penolong Kanan Pentadbiran bertanggungjawab untuk melaksana dan mengawal semua tindakan mengenai Sistem Pengurusan Kualiti yang diputuskan oleh Pengetua. Rekod-rekod Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan akan diselenggara mengikut kehendak seksyen 4.2.4.
5.6.2.Input Kepada Kajian Semula Pengurusan
Agenda Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan merangkumi:
a.Pencapaian Dasar dan Objektif Kualiti.
b.Penemuan Audit Dalaman.
c.Aduan dan Maklum balas Pelanggan.
d.Laporan berkaitan dengan prestasi proses penyediaan dan penyampaian produk atau perkhidmatan yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan;
e.Laporan status tindakan pembetulan dan pencegahan;
f.Tindakan susulan ke atas Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan yang lepas;
g.Perubahan yang boleh memberi kesan kepada Sistem Pengurusan Kualiti;
h.Cadangan penambahbaikan
Dokumen Berkaitan
5.6.3.Hasil Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
Pihak pengurusan atasan bertanggungjawab mengambil tindakan ke atas keputusan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan berkaitan dengan:
a.Peningkatan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti dan proses prosesnya.
b.Peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
c.Sumber-sumber yang disediakan.
Keputusan-keputusan hasil daripada Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan hendaklah disampai dan dimaklumkan kepada anggota organisasi. Semua rekod Mesyuarat Kajian Semula Penguruan disimpan dan diselenggara.
Dokumen Berkaitan
SEKSYEN 6
PENGURUSAN SUMBER
6.1.Bekalan Sumber
Pihak pengurusan atasan sekolah bertanggungjawab untuk mengenal pasti, merancang dan berusaha mendapatkan sumber yang mencukupi untuk melaksanakan proses P&P pengurusan berkualiti termasuk:
a. Mendapatkan bilangan staf yang mencukupi.
b. Staf yang terlatih.
c. Pengagihan peruntukan kewangan yang mencukupi.
d. Peralatan infrasruktur sekolah yang sesuai.
e. Persekitaran kerja yang kondusif.
Dokumen Berkaitan6.2.Sumber Manusia
6.2.1.Am
Pihak pengurusan atasan sekolah akan menentukan dengan PPD, berusaha menyediakan staf yang kompeten berdasarkan opsyen, latihan, kemahiran dan pengalaman yang sesuai dari semasa ke semasa dalam memastikan proses perkhidmatan di sekolah mengikut piawaian kualiti yang ditetapkan.
6.2.2Kompetensi, kesedaran dan latihan
Pihak pengurusan atasan SNS hendaklah:
a.Menentukan opsyen dan latihan guru mencukupi untuk menjalankan tugas-tugas yang memberi kesan kepada kualiti P & P.
b.Memberi latihan atau mengambil tindakan-tindakan lain untuk memenuhi keperluan P & P. Menilai keberkesanan tindakan-tindakan yang diambil untuk memenuhi keperluan P & P yang berkesan.d.Memastikan anggota sekolah sedar akan kepentingan tugas masing-masing dan bagaimana mereka menyumbang untuk mencapai objektif kualiti P & P.
e.Menyelenggara rekod-rekod pendidikan, latihan, kemahiran dan pengalaman (rujuk 4.2.4.)
Dokumen Berkaitan6.3.Infrastruktur
Pihak pengurusan atasan sekolah hendaklah menentukan, menyediakan dan menyelenggara infrastruktur yang diperlukan bagi mencapai kualiti perkhidmatan yang ditetapkan. Infrastruktur ini merangkumi:
a. Bilik darjah dan kemudahan yang berkaitan.
b. Peralatan yang meliputi perkakasan dan perisian.
c. Kemudahan komunikasi.
Dokumen Berkaitan
PKS 08 - Pengurusan Perolehan, Pembayaran dan Pengurusan Stor
6.4.Persekitaran Kerja
Pengurusan atasan sekolah akan mewujudkan, mengurus dan memastikan persekitaran tempat kerja memenuhi kepuasan hati staf, memotivasikan dan menghasilkan suasana kerja yang kondusif bagi menyokong kepada penghasilan proses P & P yang berkualiti perkhidmatan yang diperlukan.
Dokumen Berkaitan
PKS 08 - Pengurusan Perolehan, Pembayaran dan Pengurusan Stor
SEKSYEN 7
PENGHASILAN PERKHIDMATAN
7.1.Perancangan Bagi Penghasilan Perkhidmatan
SNS akan merancang dan menyediakan kaedah untuk mengurus dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perancangan ini merangkumi :
a) Penetapan objektif kualiti dan keperluan P & P berpandukan
pekeliling berkaitan.
b) Mewujudkan proses-proses, dokumen dan sumber-sumber yang diperlukan.
c) Penyediaan kriteria bagi tujuan menjalankan pemantauan, peperiksaan, pemeriksaan, pencerapan, penilaian di mana perlu bagi mewujudkan P & P yang berkesan.
d) Penyelenggaraan rekod-rekod kualiti sebagai bukti pematuhan kepada keperluan Sistem Pengurusan Kualiti.Dokumen Berkaitan
Manual KualitiSNS PK 01 hingga PK 077.2.Proses-Proses Yang Berkaitan Dengan Pelanggan
7.2.1.Menentukan Keperluan-Keperluan Perkhidmatan Yang Hendak Disampaikan.
SNS akan menentukan proses P & P mematuhi pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia dari semasa ke semasa.
Dokumen Berkaitan
Manual Kualiti
PK 01 hingga PK 077.2.2.Semakan semula ke atas keperluan-keperluan perkhidmatan yang hendak disampaikan.
SNS akan menyemak semula keperluan P & P yang akan dilaksanakan. Penyemakan ini dilakukan sebelum sekolah membuat komitmen untuk melaksanakan P & P kepada murid-murid. Sekolah akan memastikan :
a)Semakan semula keperluan P & P dipenuhi.
b)Sebarang perbezaan akan diselesaikan terlebih dahulu sebelum sesi persekolahan bermula.
c)Sekolah mempunyai keupayaan untuk memenuhi semua keperluan P & P yang dikenal pasti dalam proses pelaksanaan P & P kepada murid.
Dokumen Berkaitan
Manual Kualiti
PK 01 hingga PK 077.2.3.Komunikasi dengan Pelanggan.
SNS akan menentukan dan melaksanakan kaedah berkomunikasi secara berkesan dengan murid, ibu bapa, masyarakat setempat dan pihak atasan mengenai:
a)Maklumat berkaitan P & P yang dilaksanakan.
b)Sebarang pertanyaan dan kemusykilan serta pindaan.
c)Maklum balas pelanggan termasuk aduan pelanggan.
Kaedah Komunikasi dengan pelanggan dilakukan melalui:
a)Surat menyurat
b)Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT )7.3.Reka bentuk dan pembangunan proses.
Seksyen ini tidak diguna pakai kerana reka bentuk kurikulum sekolah telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.
(Seksyen ini dikecualikan dalam skop pelaksanaan )7.4.Perolehan
7.4.1.Proses Perolehan/Pembelian.
SNS akan memastikan proses Perolehan dan Pembelian mematuhi Arahan Perbendaharaan.
Dokumen Berkaitan
7.4.2.Maklumat Perolehan/Pembelian.
SNS akan menentukan ciri-ciri bahan dan perkhidmatan yang bakal diperolehi di samping mengenal pasti pembekal di mana berkaitan di dalam pembelian bahan dan perkhidmatan. Pembekal perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau PPD.
7.4.3.Verifikasi ke atas bahan & Perkhidmatan yang diperolehi.
SNS akan menentukan ciri-ciri bahan dan melaksanakan pemeriksaan bagi memastikan bahan dan perkhidmatan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.Dokumen Berkaitan
7.5.Proses Penyediaan P & P.
7.5.1.Kawalan Ke Atas Proses Penyediaan P & P.
SNS akan merancang dan melaksanakan proses P & P kepada pelanggan secara terkawal dengan memastikan perkara-perkara berikut :
a) Ada maklumat yang menerangkan dengan jelas ciri-ciri P & P yang hendak disampaikan.
b) Arahan kerja. (ikut keperluan)
c) Penggunaan BBM yang sesuai.
d) Instrumen pemantauan dan pengukuran tahap pencapaian disediakan.
e) Pelaksanaan sistem pemantauan dan penilaian.
Dokumen Berkaitan
Manual Kualiti 7.5.2.Kesahan proses penyediaan dan penyampaian P & P kepada pelanggan.
Sekolah akan membuat kesahan ke atas proses P & P untuk menghasilkan P & P yang berkesan dengan :
a) Menentukan kriteria bagi tujuan semakan dan kelulusan untuk proses P & P dilaksanakan di dalam perkhidmatan.
b) Memastikan peralatan dan personel yang sesuai.
c) Penggunaan kaedah dan prosedur yang sesuai untuk proses P & P.
d) Mewujud dan menyelenggarakan rekod dan dokumentasi P & P e) Mengesah semula ( Revalidation)Dokumen Berkaitan
7.5.3.Identifikasi dan kemudahkesanan
SNS akan mewujudkan (di mana perlu) kaedah identifikasi dan kemudahkesanan yang sesuai. Rekod-rekod yang berkaitan akan dikawal.
Dokumen Berkaitan
Manual Kualiti PK 01 hingga PK 077.5.4.Harta Hak Milik Pelanggan
SNS akan mengawal dan bertanggungjawab ke atas harta hak milik pelanggan dengan cara mengenal pasti, mengesahkan dan menjaga dengan selamat.
7.5.5.Pemuliharaan
SNS akan memastikan sebarang bahan dan peralatan akan dikendali, dikenal pasti, dijaga, dipulihara dan disimpan.
Dokumen Berkaitan
Manual Kualiti PK 01 hingga PK 077.6.Kawalan Ke Atas Peralatan Pengukuran dan Pemantauan.
Seksyen ini tidak diguna pakai kerana sekolah tidak mempunyai peralatan yang memerlukan pengukuran dan pemantauan.
SEKSYEN 8
PENGUKURAN, PENGANALISISAN DAN PENAMBAHBAIKAN
8.1.Am
SNS akan merancang dan melaksanakan proses pemantauan, pengukuran, penganalisisan serta penambahbaikan yang diperlukan bagi :
a.Membuktikan pelaksanaan proses P & P menepati keperluan yang ditetapkan.
b.Memastikan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti dipatuhi.
c.Membuat penambahbaikan yang berterusan dan menyeluruh secara berkesan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti.
Kaedah-kaedah yang bersesuaian diguna pakai bagi tujuan pemantauan, pengukuran dan penganalisisan ke atas keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti.
Dokumen Berkaitan
Manual Kualiti PK 01 hingga PK 078.2Pemantauan dan pengukuran
8.2.1.Kepuasan Pelanggan
SNS akan memantau maklumat berhubung persepsi pelanggan terhadap perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pelanggan. Kaedah yang sesuai akan ditentukan bagi mendapatkan maklumat daripada pelanggan. Maklumat kepuasan pelanggan akan diperolehi melalui:
a) Aduan pelanggan
b) Audit dalaman
c) Keputusan mesyuarat dengan wakil pelanggan
d) Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
e) Peti Cadangan
Dokumen Berkaitan
8.2.2.Audit dalam
SNS akan menjalankan audit kualiti dalaman mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi memastikan sama ada Sistem Pengurusan Kualiti :
a.Mematuhi apa yang dirancangkan seperti dalam keperluan Standard Kualiti dan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti yang telah diwujudkan oleh sekolah.
b.Telah dilaksanakan dan diselenggarakan secara berkesan.
Program audit yang dirancang akan mengambil kira perkara berikut:
a.Audit Kualiti Dalaman dijalankan sekurang-kurang sekali setahun bagi mengesahkan kerja-kerja yang dilaksanakan mengikut prosedur serta memastikan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti.
b.Unit Kualiti/Wakil Pengurusan bertanggungjawab untuk merancang dan menjadualkan Audit Kualiti Dalaman. Perancangan dan jadual audit perlu mengambil kira:
i).Status keberkesanan pelaksanaan
ii).Kepentingan status yang akan diaudit
iii). Keputusan audit yang lepas
c.Audit Kualiti Dalaman dijalankan oleh staf yang terlatih dan bebas daripada aktiviti yang diaudit.
d.Pihak yang diaudit bertujuan mengambil tindakan pembetulan dan pencegahan ke atas ketidakakuran yang ditemui oleh audit.
e.Audit susulan akan dijalankan bagi memastikan tindakan pembetulan dan pencegahan ke atas ketidakakuran yang ditemui telah dilaksanakan dengan berkesan.
f.Laporan audit disediakan selepas audit dijalankan dan hendaklah dibentangkan di Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.
Dokumen Berkaitan
8.2.3.Pemantauan dan Pengukuran Proses
SNS akan menjalankan pemantauan dan pengukuran ke atas proses bagi mengukur kesesuaian Sistem Pengurusan Kualiti. Pengukuran ini dibuat melalui:
a. Audit Dalam
b. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
c. Aduan dan maklum balas pelanggan
Sekiranya proses yang dilaksanakan tidak dapat menghasilkan output yang dirancang, tindakan pembetulan akan diambil dengan serta merta.
Dokumen Berkaitan
Manual Kualiti 8.2.4.Pemantauan dan Pengukuran Proses-Proses P & P .
SNS akan memantau dan mengukur proses-proses P & P bagi memastikan ia memenuhi keperluan yang ditetapkan. Pemantauan dan pengukuran ini dibuat pada mana-mana tahap yang sesuai. Rekod-rekod mengenai pemantauan dan pengukuran disimpan dan diselenggara seperti seksyen 4.2.4
Dokumen Berkaitan
Manual Kualiti 8.3Kawalan Ke atas Perkhidmatan yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan.
SNS akan memastikan perkhidmatan yang tidak menepati keperluan dikenal pasti dan dikawal melalui aktiviti pemantauan atau pengukuran. Pemantauan dan pengukuran akan dilaksanakan di semua peringkat dalam proses P & P di sekolah. Bahan yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan akan dilabelkan statusnya dan diasingkan berdasarkan prosedur tindakan pembetulan yang berkuat kuasa. Pihak sekolah akan mengambil tindakan pembetulan bahan yang tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan seperti berikut :
a.Bahan yang tidak memenuhi keperluan P & P akan diasingkan.
b.Alatan atau bahan yang tidak memenuhi spesifikasi tidak akan digunakan bagi tujuan asalnya.
c.Rekod-rekod berkaitan produk yang tidak memenuhi keperluan akan disimpan dan diselenggara ( lihat 4.2.4)
Dokumen Berkaitan
Manual Kualiti PK 01 hingga PK 078.4Analisis Data
SNS akan menentukan, mengumpul dan menganalisis data yang perlu untuk menunjukkan kesesuaian serta keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti. Penilaian dan penambahbaikan yang menyeluruh ke atas Sistem Pengurusan Kualiti boleh dibuat. Analisis ini akan meliputi data yang dihasilkan daripada pemantauan, pengukuran dan sumber-sumber lain yang bersesuaian. Penganalisisan data akan memberi maklumat berkaitan dengan:
a. Kepuasan pelanggan ( lihat 8.2.1)
b. Memenuhi objektif P & P ( lihat 7.2.1)
c. Ciri-ciri dan arah aliran proses P&P dan ruang untuk tindakan pencegahan.
d. Prestasi pembekal
Analisis Data akan dijalankan seperti di bawah.
Jenis DataKekerapanTanggungjawabKaedah
a.Kepuasan PelangganSetiap 6 bulanPengurusanDeskriptif
b.Pencapaian Objektif KualitiSetiap 6 bulan
Sekali SetahunPengurusanDeskriptif
c.Ciri-ciri dan arah aliran proses dan perkhidmatanSekali SetahunPengurusanDeskriptif
d.Prestasi PembekalSekali SetahunPengurusanDeskriptif
e.Pembangunan StafSekali 2 tahun
Berdasarkan aktiviti
Dokumen Berkaitan
Manual Kualiti PK 01 hingga PK 078.5Penambahbaikan
8.5.1.Penambahbaikan yang berterusan
SNS akan membuat penambahbaikan yang berterusan dan menyeluruh ke atas keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti melalui:
a. Dasar Kualiti
b. Objektif Kualiti
c. Analisis Data
d. Laporan Audit Kualiti Dalaman
e. Tindakan Pembetulan
f. Tindakan Pencegahan
g. Kajian Semula Pengurusan
h. Cadangan daripada pelanggan
i. Penanda aras ( bench marking)
Dokumen Berkaitan
8.5.2.Tindakan Pembetulan
SNS akan mengambil tindakan untuk menghapuskan punca ketidakpatuhan supaya tidak berlaku lagi. Tindakan-tindakan pembetulan hendaklah bersesuaian dengan kesan ketidakpatuhan yang ditemui. Prosedur yang didokumenkan bertujuan untuk :
a. Mengkaji semula ketidakakuran termasuk aduan pelanggan.
b. Menentukan sebab-sebab ketidakakuran.
c. Mengetahui sejauh mana tindakan yang perlu diambil supaya ketidakakuran tidak berulang.
d. Penentuan dan pelaksanaan tindakan yang diperlukan.
e. Merekod hasil tindakan yang telah diambil.
f. Mengkaji semula tindakan pembetulan yang telah dilaksanakan.
Dokumen Berkaitan
8.5.3.Tindakan Pencegahan
SNS akan menentukan tindakan bagi menghapuskan punca-punca ketidakakuran bagi tujuan mencegah masalah berulang. Tindakan pencegahan hendaklah bersesuaian dengan kesan dan masalah-masalah yang dijangka. Prosedur tindakan pencegahan akan diwujudkan meliputi perkara-perkara berikut :
a. Menentukan kemungkinan ketidakakuran dan punca-puncanya.
b. Menilai keperluan untuk tindakan bagi memastikan ketidakakuran tidak berulang.
c. Menentu dan melaksana tindakan yang diperlukan.
d. Merekod hasil daripada tindakan-tindakan yang dilaksanakan
( lihat 4.2.4.)
e. Merekod tindakan pencegahan, disimpan dan diselenggara.
f. Mengkaji semula tindakan pencegahan yang telah dilaksanakan .
Dokumen Berkaitan
PK 04 Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan
Lampiran 1
Pemetaan Proses
Sistem Pengurusan Kualiti
(Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran)
Lampiran 2
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN SEKOLAH
SNS, SABAH (CONTOH)
Ketua Bidang
Unit Beruniform
Peperiksaan
Menerangkan
Bukti pematuhan Sistem Pengurusan Kualiti yang diamalkan
Menerangkan
Proses-proses yang dijalankan bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti
Menerangkan
Dasar dan objektif kualiti
Sistem Pengurusan Kualiti mengikut seksyen-seksyen dalam standard MS ISO 9001:2008 dan dasar mengenainya
REKOD KUALITI
DOKUMEN SOKONGAN
PROSEDUR
KUALITI
MANUAL
KUALITI
Menerangkan
Dokumen yang menyokong pelaksanaan Sistem pengurusan Kualiti seperti Surat Pekeliling, Arahan Perbendaharaan dan Garis Panduan
KAUNSELOR
Jadual Waktu
SPKS MS ISO
Bilik Khas / Bengkel
Pentadbiran
Perjawatan
PENOLONG KANAN
(Pentadbiran)
Kewangan
Maklumat & Data
Bangunan
Peralatan/Perabot
Staf Sokongan
Perkembangan Staf
SPBT
Keselamatan
Kantin
Koperasi
Ketua Panitia
PENOLONG KANAN
(HEM)
Persatuan / Kelab
Majlis Sukan
Kurikulum
B & K
Majlis Ketua Tingkatan
Data SMM
AJK Keceriaan
Biasiswa
Kesihatan/Kebajikan
Disiplin
Pendaftaran
P. Pencegahan Dadah
Penyelia Tingatan
& Guru Kelas
Majlis Pencegahan Jenayah
PENOLONG KANAN
(Kokurikulum)
PENGETUA/GURU BESAR
Pusat Sumber
Kelab Permainan
Dakwah & Agama
Pengecualian
7.3 : Reka Bentuk Dan Pembangunan Proses
7.6 : Kawalan Ke Atas Peralatan Pengukuran Dan Pemantauan
Umum
4.1 :Keperluan Am
4.2 :Keperluan Dokumentasi
5.5 :Tanggungjawab, Kuasa & Komunikasi
7.1 :Penyampaian Perkhidmatan
8.1 :Pengukuran, Penganalisisan & Penambahbaikan
8.4 :Analisa Data
8.2.1 :Kepuasan Pelanggan
6.1: Bekalan Sumber
Penyediaan Sumber
Catatan : Aliran Kerja/Proses
Interaksi
8.5 : Penambahbaikan
4.2.3 : Kawalan Dokumen
4.2.4 : Kawalan Rekod
7.5.1 : Kawalan Proses Penyediaan
Pengajaran dan Pembelajaran
7.5.3 : Identifikasi Dan Kemudahkesanan
8.2.4 : Pemantauan dan Pengukuran
8.3 : Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak Akur
6.3: Infrastruktur
6.4: Persekitaran Kerja
7.4: Perolehan
6.2: Sumber Manusia
6.4 :Persekitaran kerja
7.5.3:Identifikasi & Kemudahkesanan
8.2.3:Pemantauan & Pengukuran
8.2.4:Pemantauan & Pengukuran P & P
8.3 :Kawalan Perkhidmatan Yang
Tidak Akur
7.1 :Perancangan Penyampaian Perkhidmatan
7.5.2.:Penyediaan Proses P & P
7.2 : Proses Berkaitan Dengan Pelanggan
Pengurusan Latihan
Perolehan
Kawalan
5.2.:Aduan Pelanggan
7.2.:Proses Berkaitan Dengan Pelanggan
7.5.4.:Harta Hak Milik Pelanggan
8.2.2.:Audit Dalam
5.6.:Kajian Semula Pengurusan
Analisis & Penambahbaikan
Pelanggan
Perekodan & Penyimpanan Maklumat
Perkhidmatan Yang Diberikan
Perancangan Perkhidmatan
Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
Pelanggan
Pemantauan & Pencerapan
PPSMI / 60:40
Penerbitan
PK PETANG
PAGE 1No KeluaranTarikh KeluaranNo PindaanTarikh PindaanTarikh Berkuatkuasa
0116 NOVEMBER 20110002 JANUARI 2012