myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 2 dari 24
KANDUNGAN
1 TERMA DAN SINGKATAN .........................................................................................................3
2 PENGENALAN ..........................................................................................................................4
2.1 Latar Belakang Projek ..............................................................................................................4
2.2 Senarai Perkhidmatan .............................................................................................................4
2.3 Pra-syarat Penggunaan Perkhidmatan .............................................................................. 5 - 6
3 TRANSAKSI DEPOSIT ........................................................................................................ 7 - 12
4 TRANSAKSI HAJI………………………………………………………………………………………………………..13 - 24
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 3 dari 24
1 TERMA DAN SINGKATAN
Bold Italic Link atau pautan Contoh: Pendaftaran Perkhidmatan Pembayaran –link ke “Pendaftaran Perkhidmatan Pembayaran”
MAMPU Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri
TH Lembaga Tabung Haji
FPX Financial Processing Exchange
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 4 dari 24
2 PENGENALAN
2.1 Latar Belakang Projek
Inisiatif eKL merupakan satu usaha Kerajaan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-9
(RMK-9) untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan
bermula dengan kawasan Lembah Klang yang berobjektifkan Satu Kerajaan Banyak Agensi
dengan konsep No Wrong Door. Perkhidmatan yang berteraskan interaktif online secara end-
to-end (24x365), perkongsian maklumat dan perkhidmatan bertujuan untuk memudahkan
rakyat dan ke arah meningkatkan daya saing negara.
Projek ini melibatkan pembangunan satu sistem antara muka yang dikenali sebagai
MyGovXchange yang membolehkan pelaksanaan pelbagai transaksi perkhidmatan merentasi
agensi kerajaan dengan menggunakan Portal myGovernment yang dicapai di
www.malaysia.gov.my sebagai single window. Dua modul utama yang dibangunkan adalah
pusat setempat perkhidmatan bayaran online (myBayar) dan serahan permohonan online
(myForms).
2.2 Senarai Perkhidmatan
Lembaga Tabung Haji merupakan salah satu agensi yang terlibat dengan pelaksanaan
projek ini. Perkhidmatan yang disediakan adalah:
Deposit Akaun Tabung Haji
Pendaftaran Haji Individu/Berkelompok
Semakan Status Pendaftaran Haji
Cetakan Slip Pendaftaran Haji
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 5 dari 24
2.3 Pra-syarat Penggunaan Perkhidmatan
Terdapat dua pra-syarat untuk menggunakan perkhidmatan ini iaitu:
a. Perlu mendaftar sebagai Pengguna di Portal myGovernment terlebih dahulu
i. Capai portal myGoverment di www.malaysia.gov.my dan klik Log
Masuk/Daftar (rujuk Rajah 1).
Rajah 1 : Portal myGovernment
ii. Klik Tiada Akaun? Daftar Akaun baru (rujuk Rajah 2).
Rajah 2 : Daftar Akaun
iii. Pilih pendaftaran sebagai Individu (rujuk Rajah 3).
Rajah 3 : Jenis Pendaftaran
iv. Isi maklumat seperti yang diperlukan dengan lengkap, kemudian klik pada
create user dan Rajah 4 seperti di bawah akan dipaparkan.
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 6 dari 24
Rajah 4 : Makluman Pendaftaran Berjaya
v. Semak ID Pengguna dan Kata Laluan pada emel yang telah didaftarkan.
b. Aktifkan Akaun Perbankan Internet
Akaun perbankan internet perlu diaktifkan bagi membolehkan transaksi deposit dapat
dilaksanakan. Deposit ke akaun Tabung Haji adalah melalui FPX ( Debit terus dari
akaun bank pengguna). Senarai bank yang boleh digunakan adalah:
i. Bank Islam
ii. CIMB Bank
iii. Maybank2u
iv. Public Bank
v. RHB Bank
vi. Hong Leong Bank
vii. Maybank2e
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 7 dari 24
3 TRANSAKSI DEPOSIT
i. Klik Log Masuk (rujuk Rajah 5).
Rajah 5 : Log Masuk
ii. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik Log
Masuk (rujuk Rajah 6).
Rajah 6: ID Pengguna dan Kata Laluan
iii. Klik pada myBayar (rujuk Rajah 7).
Rajah 7 : myBayar
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 8 dari 24
iv. Pilih Pendaftaran Perkhidmatan Pembayaran pada menu myBayar
(myGovXchange) yang disediakan (rujuk Rajah 8). Semua perkhidmatan
myBayar akan disenaraikan.
Rajah 8 : Aplikasi myBayar (myGovXchange)
v. Klik pada Pilihan Carian yang tersenarai di dalam menu drop down sekiranya
pengguna ingin mencari perkhidmatan yang lebih khusus (rujuk Rajah 9).
Contoh Carian Kata Kunci dan masukkan Tabung Haji.
Rajah 9 : Carian Perkhidmatan
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 9 dari 24
vi. Pilih Deposit Akaun Tabung Haji dan klik Daftar (rujuk Rajah 10).
Rajah 10 : Pendaftaran Perkhidmatan
vii. Pilih deposit untuk Akaun Sendiri atau Akaun Pihak Ketiga. Jika pengguna
memilih Akaun Sendiri, No. Kad Pengenalan akan dipaparkan secara
automatik berdasarkan dari maklumat pendaftaran di portal myGovernment.
Pengguna hanya perlu mengisi maklumat No. Akaun TH sahaja dan klik Semak
(rujuk Rajah 11).
viii. Manakala jika Akaun Pihak Ketiga dipilih, pengguna perlu memasukkan No.
Akaun TH dan No. Kad Pengenalan pihak ketiga.
Rajah 11 : Pendaftaran Akaun TH
ix. Klik Tutup untuk kembali ke halaman Pendaftaran Perkhidmatan
Pembayaran (rujuk Rajah 11).
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 10 dari 24
x. Sekiranya maklumat yang disemak tidak terdapat didalam pangkalan data
Tabung Haji, mesej Akaun anda tidak wujud akan dipaparkan.
xi. Bagi akaun yang wujud, status pendaftaran berjaya akan dipaparkan.
xii. Untuk membuat semakan pendaftaran deposit yang akan dilakukan, klik pada
senarai bil didaftarkan. (rujuk Rajah 12).
Rajah 12: Senarai bil didaftar
xiii. Semua akaun yang didaftarkan akan disenaraikan, bagi perkhidmatan Deposit
Akaun Tabung Haji.
Rajah 13 : Lihat/Bayar Bil
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 11 dari 24
xiv. Untuk membuat deposit, pilih akaun TH yang dikehendaki. Masukkan jumlah
deposit kemudian, klik Bayar (rujuk Rajah 14).
Rajah 14: Deposit akaun
xv. Setelah klik bayar, pengguna akan dihubungkan kepada portal bank pilihan
pengguna.
xvi. Caj perkhidmatan sebanyak RM 0.50 akan dikenakan keatas setiap setiap
deposit yang dilakukan. Amaun caj ini akan didebit terus daripada akaun bank
pengguna. Caj ini akan dipaparkan di ruangan Caj Tambahan (rujuk Rajah 14).
xvii. Untuk melihat rekod deposit, klik Lihat /Semak Rekod Pembayaran. Sistem
akan memaparkan senarai deposit yang telah dilakukan (rujuk Rajah 15).
xviii. Klik Lihat untuk melihat maklumat terperinci deposit (rujuk Rajah 15).
xix. Klik Cetak untuk mencetak resit deposit (rujuk Rajah 15). Contoh resit adalah
seperti di Rajah 16.
Rajah 15 : Semak Rekod Pembayaran
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 13 dari 24
4 TRANSAKSI HAJI
i. Untuk melakukan transaksi haji, pengguna boleh log masuk ke myForm.
ii. Pilih Direktori Perkhidmatan pada menu myForms (myGovXchange) yang
disediakan (rujuk Rajah 17).
Rajah 17 : Aplikasi myForms (myGovXchange)
iii. Semua perkhidmatan myForms akan disenaraikan (rujuk Rajah 18).
Rajah 18: Direktori Perkhidmatan
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 14 dari 24
iv. Klik salah satu Pilihan Carian yang tersenarai di dalam senarai drop down sekiranya
pengguna ingin mencari perkhidmatan yang lebih khusus (rujuk Rajah 19). Contoh
Carian Kata Kunci dan masukkan Tabung Haji.
Rajah 19 : Senarai Pilihan Carian
v. Pilih perkhidmatan yang dikehendaki dengan menandakan √ pada checkbox yang
disediakan. Contoh: Pendaftaran Haji dengan Tabung Haji. Klik Masukkan Ke
Form Cart untuk menambah perkhidmatan berkenaan ke dalam Troli Borang /
Form Cart (rujuk Rajah 20).
Rajah 20 : Masukkan ke Troli Borang/Form Cart
vi. Portal akan memaklumkan kepada pengguna apabila borang telah berjaya
ditambah ke Troli Borang/ Form Cart (rujuk Rajah 21).
Rajah 21: Transaksi berjaya
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 15 dari 24
vii. Pilih Troli Borang / Form Cart pada menu yang disediakan (rujuk Rajah 22).
Rajah 22 : Menu Troli Borang / Form Cart
viii. Menu Troli Borang / Form Cart akan dipaparkan (rujuk Rajah 23). Pada menu ini, semua
perkhidmatan yang dipilih akan disenaraikan.
Rajah 23: Senarai perkhidmatan di Troli Borang/ Form Cart
ix. Klik Isi Borang untuk melengkapkan borang perkhidmatan berkaitan (rujuk
Rajah 24). Contoh perkhidmatan Pendaftaran Haji.
Rajah 24 : Isi Borang
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 16 dari 24
x. Terdapat 3 pilihan yang disediakan (rujuk Rajah 25) iaitu:
a. Pendaftaran Haji
Pendaftaran akaun sendiri atau pihak ketiga (yang mempunyai pertalian
saudara) untuk giliran Haji.
b. Cetak Slip Pendaftaran Haji
Cetakan Slip Pendaftaran Haji.
c. Semakan Status pendaftaran Haji
Penyemakan Status Pendaftaran Haji.
Rajah 25: Borang Perkhidmatan Pendaftaran Haji
a) Pendaftaran Haji
i. Pilih Pendaftaran Haji dan klik Halaman Pendaftaran Haji (rujuk Rajah
26).
Rajah 26 : Pendaftaran Haji
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 17 dari 24
ii. Pilih Setuju untuk meneruskan pendaftaran Haji (rujuk Rajah 27).
Rajah 27 : Syarat Pendaftaran Haji
iii. Masukkan No. Akaun Tabung Haji dan No. Kad Pengenalan dan klik
Semak (rujuk Rajah 28). Bagi pendaftaran akaun sendiri, No. Kad
Pengenalan akan ditarik secara automatik dari profail pendaftaran
portal myGovernment.
Rajah 28 : Maklumat Pendaftaran Haji
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 18 dari 24
iv. Jika akaun yang dimasukkan tidak wujud, mesej ralat akan dipaparkan
(rujuk Rajah 29).
Rajah 28 : Maklumat Pendaftaran Haji
29 : Ralat Akaun
v. Jika akaun tersebut wujud, maka sistem akan memaparkan maklumat
pemilik akaun Tabung Haji. Pengguna boleh mengemaskini maklumat
sendiri sahaja. Setelah pengemaskinian dilakukan, klik Simpan (rujuk
Rajah 30).
Rajah 30 : Maklumat pemilik akaun Tabung Haji.
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 19 dari 24
vi. Untuk Tambah/Daftar akaun pihak ketiga (yang mempunyai pertalian
saudara), klik pada Tambah Individu (rujuk Rajah 31). Had maksimum
pendaftaran haji adalah seramai 10 orang.
Rajah 31 : Tambah Individu.
vii. Masukkan maklumat akaun pihak ketiga dan klik Semak. Pada paparan
ini, pengguna hanya boleh mengemaskini maklumat Pertalian sahaja.
Klik pada Simpan untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan (rujuk
Rajah 32).
Rajah 32 : Maklumat akaun pihak ketiga.
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 20 dari 24
viii. Senarai akaun untuk didaftar akan dipaparkan. Klik Tambah untuk
menambah pendaftaran akaun pihak ketiga, klik Daftar untuk
meneruskan pendaftaran haji dan Batal untuk membatalkan proses
pendaftaran (rujuk Rajah 33).
Rajah 33 : Senarai akaun untuk didaftarkan.
ix. Jika pengguna memilih Daftar, paparan status pendaftaran akan
dipaparkan (rujuk Rajah 34). Klik Print View untuk mencetak status
pendaftaran atau klik Tutup untuk kembali ke menu utama.
Rajah 34 : Status pendaftaran.
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 21 dari 24
b) Cetakan Slip Pendaftaran Haji
i. Pilih Cetakan Slip Pendaftaran Haji. Masukkan No. Akaun Tabung Haji
dan No. Kad Pengenalan dan klik Semak (rujuk Rajah 35).
Rajah 35 : Cetakan Slip Pendaftaran.
ii. Klik pada Print View untuk mencetak slip pendaftaran (rujuk Rajah 36).
Rajah 36 : Cetakan Slip Pendaftaran.
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 22 dari 24
c) Semakan Status Pendaftaran Haji
i. Pilih Semakan Status Pendaftaran Haji. Masukkan No. Akaun Tabung
Haji dan No. Kad Pengenalan dan klik Semak (rujuk Rajah 37).
Rajah 37 : Semakan Status Pendaftaran Haji.
ii. Jika nombor akaun yang dimasukkan tidak wujud, mesej ralat di bawah
akan dipaparkan (rujuk Rajah 38).
Rajah 38 : Mesej ralat.
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 23 dari 24
iii. Jika nombor akaun tersebut wujud, maklumat Semakan Status
Pendaftaran Haji akan dipaparkan. Klik Print Preview untuk mencetak
status pendaftaran (rujuk Rajah 39).
Rajah 39 : Semakan Status Pendaftaran Haji.
x. Bagi menyemak status borang, kembali semula ke skrin Troli Borang /Form Cart,
klik REFRESH bagi mengemaskini maklumat status borang yang telah diisi.Status
borang akan berubah dari Tidak Lengkap kepada Borang Lengkap. Manakala
pada ruangan Tindakan bertukar ke Telah Dihantar (rujuk Rajah 40).
Rajah 40: Status Borang
myGovXchange
Manual Pengguna Halaman 24 dari 24
xi. Bagi menyemak senarai borang dan status permohonan yang dihantar,
klik pada Semak Rekod Penghantaran (rujuk Rajah 41). Pada bahagian
Status akan dipaparkan status permohonan pengguna (rujuk Rajah 34).
Rajah 34: Rekod penghantaran
xii. Untuk membuat pembatalan borang permohonan, klik Hapus untuk
membatalkan borang permohonan berkenaan (rujuk Rajah 41). Klik OK bagi
mengesahkan pembatalan borang permohonan (rujuk Rajah 42).
Rajah 41: Pembatalan borang
Rajah 42: Pengesahan pembatalan borang