1 | M A N U A L P E N G G U N A P E R M O H O N A N G P L P P K N
______________________________________________________________________
MANUAL PENGGUNA
SISTEM PERMOHONAN DALAM TALIAN
GERAN PENYELIDIKAN
LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA
(GP LPPKN)
______________________________________________________________________
LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA
MANUAL PENGGUNA GP LPPKN
2 | M A N U A L P E N G G U N A P E R M O H O N A N G P L P P K N
SENARAI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan .................................................................................................................................................................... 3
2.0 Capaian ke Sistem Permohonan ........................................................................................................................ 3
3.0 Halaman Pengenalan GP LPPKN ...................................................................................................................... 4
4.0 Pendaftaran Sebagai Pemohon .......................................................................................................................... 5
5.0 Penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan .................................................................................................. 5
6.0 Log Masuk Sistem Permohonan GP LPPKN................................................................................................ 6
7.0 Borang Permohonan GP LPPKN ........................................................................................................................ 6
8.0 Senarai Bahagian Borang Permohonan ......................................................................................................... 7
9.0 Butiran Permohonan ................................................................................................................................................. 8
10.0 Senarai Penyelidik Bersama ................................................................................................................................. 9
11.0 Penyelidikan yang Telah Disiapkan ................................................................................................................... 9
12.0 Penerbitan Ilmiah ..................................................................................................................................................... 10
13.0 Ringkasan Eksekutif ............................................................................................................................................... 10
14.0 Latar Belakang Kajian ........................................................................................................................................... 11
15.0 Perincian Perancangan Kajian .......................................................................................................................... 11
16.0 Bajet ................................................................................................................................................................................ 14
17.0 Lampiran ....................................................................................................................................................................... 15
18.0 Pengakuan .................................................................................................................................................................. 15
19.0 Sokongan Ketua Jabatan .................................................................................................................................... 16
20.0 Muat Naik Borang Permohonan ....................................................................................................................... 16
21.0 Status Permohonan ................................................................................................................................................ 17
MANUAL PENGGUNA GP LPPKN
3 | M A N U A L P E N G G U N A P E R M O H O N A N G P L P P K N
1.0 Pengenalan
Manual ini akan menerangkan mengenai tatacara permohonan Geran Penyelidikan
LPPKN secara dalam talian.
GP LPPKN ini adalah merupakan satu dana penyelidikan yang diwujudkan oleh
LPPKN untuk penyelidik menjalankan projek penyelidikan dalam tiga bidang utama
iaitu kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif.
2.0 Capaian ke Sistem Permohonan
Sila layari laman sesawang mprh.lppkn.gov.my dan klik di butang Research Grant.
Laman Sesawang MPRH – mprh.lppkn.gov.my.
MANUAL PENGGUNA GP LPPKN
4 | M A N U A L P E N G G U N A P E R M O H O N A N G P L P P K N
3.0 Halaman Pengenalan GP LPPKN
3.1. Garis Panduan GP LPPKN
Boleh dimuat turun sebagai panduan kepada pemohon secara menyeluruh
mengenai permohonan GP LPPKN.
3.2. Carta Alir Permohonan GP LPPKN
Boleh dimuat turun sebagai panduan kepada pemohon mengenai proses
permohonan.
3.3. Manual Permohonan GP LPPKN
Boleh dimuat turun sebagai panduan kepada pemohon mengenai tatacara
permohonan GP LPPKN untuk
3.4. Daftar
Digunakan oleh pemohon kali pertama untuk mendapatkan ID Pemohon
dan Kata Laluan.
3.5. Log Masuk
Pemohon yang telah berdaftar akan menerima ID Pemohon dan kata
laluan untuk digunakan di Log Masuk.
3.6. Kependudukan, Kekeluargaan dan Kesihatan Reproduktif
Pemohon boleh meletakkan kursor di sini untuk melihat skop penyelidikan
yang ditawarkan.
MANUAL PENGGUNA GP LPPKN
5 | M A N U A L P E N G G U N A P E R M O H O N A N G P L P P K N
4.0 Pendaftaran Sebagai Pemohon
Daftar
Pemohon daftar masuk ke dalam sistem untuk proses pendaftaran.
Sila kunci masuk maklumat berikut dan tekan daftar.
i. Nama penuh; dan
ii. Alamat emel
5.0 Penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan
Pemohon akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan melalui emel berdaftar.
MANUAL PENGGUNA GP LPPKN
6 | M A N U A L P E N G G U N A P E R M O H O N A N G P L P P K N
6.0 Log Masuk Sistem Permohonan GP LPPKN
Pemohon menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang diterima melalui emel
selepas proses pendaftaran.
7.0 Borang Permohonan GP LPPKN
7.1. Borang Permohonan Geran Penyelidikan
a. Senarai Bahagian Borang Permohonan
Borang yang telah diisi boleh dikemaskini dan dimuktamadkan di sini.
b. Muat Naik
Borang yang telah dimuktamadkan, dicetak dan mendapatkan ulasan
Ketua Jabatan, dimuat naik di sini. Seterusnya borang yang telah
dimuat naik dihantar.
7.2. Status Permohonan
Pemohon boleh menyemak status permohonan di sini.
7.3. Maklumat Pemohon
Pemohon boleh menukar kata laluan di sini.
MANUAL PENGGUNA GP LPPKN
7 | M A N U A L P E N G G U N A P E R M O H O N A N G P L P P K N
8.0 Senarai Bahagian Borang Permohonan
8.1. Kandungan:
a. Butiran Permohonan;
b. Butiran Ketua Penyelidik;
c. Kluster dan Lokasi Penyelidikan;
d. Senarai Penyelidik Bersama;
e. Penyelidikan Yang Telah Disiapkan;
f. Penerbitan Ilmiah;
g. Ringkasan Eksekutif;
h. Latar Belakang Kajian;
i. Perincian Perancangan Penyelidikan;
j. Metodologi Penyelidikan;
k. Tempoh Penyelidikan;
l. Aktiviti Penyelidikan;
m. Jangkaan Penemuaan Utama / Faedah;
n. Bajet;
o. Lampiran; dan
p. Pengakuan Pemohon
8.2. Borang yang telah dicipta boleh Dikemaskini, dan Dimuktamadkan disini.
a. Kolum Lengkap yang bewarna hijau menunjukkan bahagian borang
telah lengkap diisi.
b. Kolum Lengkap yang bewarna merah menunjukkan bahagian borang
belum lengkap diisi.
MANUAL PENGGUNA GP LPPKN
8 | M A N U A L P E N G G U N A P E R M O H O N A N G P L P P K N
8.3. Borang yang telah Dimuktamadkan boleh Dimuat turun di sini.
9.0 Butiran Permohonan
9.1. Tajuk Projek Penyelidikan.
9.2. Kata Kunci
Kata kunci berkaitan penyelidikan.
9.3. Bidang Penyelidikan
Terdapat tiga (3) bidang penyelidikan iaitu Kependudukan, Kekeluargaan
dan Kesihatan Reproduktif.
MANUAL PENGGUNA GP LPPKN
9 | M A N U A L P E N G G U N A P E R M O H O N A N G P L P P K N
10.0 Senarai Penyelidik Bersama
10.1. Senarai Penyelidik Bersama (sekiranya ada)
Semua medan yang bertanda * merupakan medan yang wajib diisi.
10.2. Maksimum 2 penyelidik bersama.
11.0 Penyelidikan yang Telah Disiapkan
Penyelidikan Yang Telah Disiapkan Atau Sedang Dijalankan Oleh Ketua
Penyelidik Dalam Tempoh 2 Tahun Yang Lepas)
Semua medan yang bertanda * merupakan medan yang wajib diisi.
MANUAL PENGGUNA GP LPPKN
10 | M A N U A L P E N G G U N A P E R M O H O N A N G P L P P K N
12.0 Penerbitan Ilmiah
Maklumat Penyelidikan (Penerbitan Ilmiah Oleh Ketua Penyelidik Dalam
Tempoh 3 Tahun Yang Lepas)
Semua medan yang bertanda * merupakan medan yang wajib diisi.
13.0 Ringkasan Eksekutif
Ringkasan Eksekutif Kertas Cadangan Penyelidikan hendaklah tidak melebihi 350
patah perkataan.
3
MANUAL PENGGUNA GP LPPKN
11 | M A N U A L P E N G G U N A P E R M O H O N A N G P L P P K N
14.0 Latar Belakang Kajian
Perincian Penyelidikan/ Latar Belakang Penyelidikan
Semua medan yang bertanda * merupakan medan yang wajib diisi.
Tulis "Tidak berkenaan" sekiranya tidak berkenaan.
15.0 Perincian Perancangan Kajian
15.1. Kajian Literatur
15.2. Sumber Rujukan
15.3. Metodologi Penyelidikan
MANUAL PENGGUNA GP LPPKN
12 | M A N U A L P E N G G U N A P E R M O H O N A N G P L P P K N
a. Metodologi Penyelidikan
b. Tempoh Penyelidikan
c. Aktiviti Penyelidikan
MANUAL PENGGUNA GP LPPKN
13 | M A N U A L P E N G G U N A P E R M O H O N A N G P L P P K N
15.4. Jangkaan Penemuan Utama/ Faedah
a. Teori Penemuan Baru (Novel theories/New findings/Knowledge)
b. Penerbitan Penyelidikan (Research Publications)
c. Potensi Aplikasi (Specific or Potential Applications)
d. Impak ke Atas Masyarakat, Ekonomi dan Negara (Impact on Society,
Economy and Nation)
e. Harta Intelek (Intellectual Property)
MANUAL PENGGUNA GP LPPKN
14 | M A N U A L P E N G G U N A P E R M O H O N A N G P L P P K N
16.0 Bajet
16.1. Bajet
Sekurang-kurangnya satu (1) jenis bajet wajib diisi.
16.2. Dana Dari Sumber Sumber
Pemohon mestilah memaklumkan jika menerima dana dari sumber lain
untuk penyelidikan yang dipohon.
MANUAL PENGGUNA GP LPPKN
15 | M A N U A L P E N G G U N A P E R M O H O N A N G P L P P K N
17.0 Lampiran
Pemohon diwajibkan untuk memuat naik Kertas Cadangan Penyelidikan dan
Carta Perbatuan (Gantt Chart).
18.0 Pengakuan
18.1. Semua medan yang bertanda * merupakan medan yang wajib diisi.
18.2. Bahagian tanda tangan dan cap rasmi dilengkapkan selepas borang
permohonan ini dicetak.
MANUAL PENGGUNA GP LPPKN
16 | M A N U A L P E N G G U N A P E R M O H O N A N G P L P P K N
19.0 Sokongan Ketua Jabatan
Bahagian ini dilengkapkan selepas borang pemohonan ini dicetak.
20.0 Muat Naik Borang Permohonan
20.1. Pemohon perlu memuat naik keseluruhan permohonan yang telah
mendapat sokongan Ketua Jabatan.
20.2. Setelah memuat naik permohonan, pemohon perlu menekan butang
‘Hantar” untuk menghantar permohonan.
MANUAL PENGGUNA GP LPPKN
17 | M A N U A L P E N G G U N A P E R M O H O N A N G P L P P K N
21.0 Status Permohonan
21.1. Status Permohonan
Pemohon boleh menyemak status permohonan disini.
21.2. Belum Muktamad
Permohonan masih boleh dikemaskini.
21.3. Muktamad
Permohonan telah dimuktamadkan. Sebarang kemaskini tidak dibenarkan.
21.4. Berjaya Dihantar
Permohonan telah dihantar dan dalam proses saringan.
21.5. Permohonan Saringan Berjaya
Permohonan yang telah lulus saringan JK Teknikal akan dipanggil untuk
sesi pembentangan.
21.6. Tidak Berjaya
Permohonan tidak berjaya.
Sampel