PERUTUSAN PENDAFTARSEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
BAGI TAHUN 2016
Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Saya memanjatkan syukur terhadap Allah kerana dengan keizinan-Nyadapat kita bertemu lagi dalam tahun 2016 ini. lngin saya mengucapkan
terima kasih kepada semua Persatuan Nelayan kerana memberi ruang
kepada saya untuk menyampaikan masej sempena Mesyuarat AgungTahunan Persatuan Nelayan. Saya ingin memanjatkan doa kepada llahi
agar semua pemimpin dan ahli Persatuan Nelayan disemua peringkat
beroleh kejayaan dan sejahtera sepanjang masa.
Kerajaan pada hari ini menekankan dasar strategik kearah membentuknelayan yang mampu menjana pendapatan tinggi,menambah market share
dalam perdagangan ikan oleh stake holder, menentukan bekalan ikan
dalam negara mencukupi dan melahirkan modal insan yang kompeten dan
minda kelas pertama. lni akan disokong dengan memberi tumpuan kepadapelan tindakan dengan memperkasakan pembangunan industri dan
pemprosesan ikan, pembangunan masyarakat dan pertubuhan nelayan,
pembangunan pemasaran perikanan, pembangunan infrastrukturperikanan dan pembangunan organisasi dan penyampaian perkhidmatan.
Demi kesejahteraan nelayan, kerajaan amat memandang serius dalammemberi bantuan bagi membantu meningkatkan sosio ekonomi nelayanmelalui pemberian elaun sara hidup, subsidi diesel dan petrol, bantuan
bencana alam dan kebajikan nelayan serta pinjaman dana nelayan.
Dalam usaha untuk menangani peningkatan kos sara hidup, sejumlah
RM10 juta setiap bulan telah diperuntukkan sebagai bantuan elaun sara
hidup nelayan dan secara puratanya seramai 51 ribu orang nelayan telah
menerima elaun sara hidup. Pelbagai bantuan dan subsidi diberikan
kepada nelayan bagi tujuan menjadikan sektor perikanan penting sebagaipenyumbang utama ekonomi Negara.
Antara isu'semasa yang merupakan cabaran kepada Persatuan Nelayanadalah harga minyak industri lebih rendah berbanding dengan harga
minyak subsidi. Justeru itu, ramai nelayan membeli minyak daripadapembekal luar dan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan keuntunganpersatuan nelayan merosot. Persatuan haruslah menggunakan strategiyang lebih efektif bagi menangani isu ini. Antaranya adalah denganmemberi tumpuan kepada kluster projek yang lebih menguntungkan danjuga memberi rebate kepada nelayan yang membeli minyak dari persatuan.
Harapan saya agar masyarakat nelayan haruslah lebih berinovasi, lebih
gigih dengan mengusahakan perikanan bukan sahaja terbatas kepada
kegiatan pengeluaran tetapi juga kegiatan pemprosesan dan pemasaran.
LKIM akan terus berusaha untuk memperkasakan institusi nelayan.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat bersidang pada
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan bagi tahun 2016 kepada
semua Persatuan Nelayan di seluruh Malaysia. Semoga PersatuanNelayan akan terus maju dan hak serta keistimewaan ahli terus terbela.
Sekian. Wassalam
Salam Hormat
MajidPendaftar Persatu an Nelayan.Y.Bhg. En M.Saedon