Download - MBM Teknik Bercerita 2011
Kursus MBM Teknik Bercerita dalam Pengajaran Pembelajaran Bahasa Melayu.
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur.
22 -24 Februari 2011.
Selamat Datang
Mahani IbrahimJabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur.
Pada akhir slot ini diharapkan peserta akan dapat,1. Memahami definisi, konsep dan teknik
bercerita tanpa alat.2. Boleh melaksanakan teknik bercerita tanpa
alat dengan betul.3. Memahami penggunaan teknik bercerita
dalam pengajaran pembelajaran BM di sekolah.
4. Memartabatkan BM dalam kalangan murid-murid melalui teknik bercerita.
Teknik Bercerita Tanpa Alat
Kenapa bercerita?
"Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir". (Surah al-A’raf, ayat 176)
Kisah dalam Al-Quran sentiasa mengajar bahawa kebenaran akan melenyapkan kebatilan. Ini dapat memberi kesan dalam diri kanak-kanak bahawa orang yang suka membuat dosa dan maksiat akan kecundang akhirnya.
Mukadimah
Bercerita merupakan salah satu teknik menyampaikan suatu pengajaran yang sering digunakan oleh guru/pengasuh/pendidik/ibu bapa.
Ada banyak alasan mengapa seseorang memilih menggunakan teknik bercerita berbanding teknik lain seperti drama, diskusi, atau menggunakan peralatan audio visual. Kenapa?
bercerita satu teknik?
Kaedah mendidik yang paling tua/asas. Lebih Praktikal dan Fleksibel.Lebih Murah (Tanpa atau dengan Alat Peraga).Amat sesuai dengan sifat semula jadi manusia.
Bersifat memikat dan menghiburkan.Asas pendidikan agama dan panduan Hidup.
Sebab bercerita
Teknik Bercerita seringkali dianggap sebagai teknik yang paling mudah, sehingga sebahagian guru merasa tidak perlu melakukan persiapan apa-apa.
Padahal, dalam menyampaikan cerita, seseorang harus benar-benar memiliki persiapan yang cukup matang untuk mengemas kini bahan pengajarannya.
Hal ini penting untuk dilakukan supaya pada masa cerita disampaikan, tujuan yang ingin dicapai akan benar-benar berhasil.
Guru dan teknik bercerita
Pendengar Harus Terlibat
Seorang guru biasanya menyampaikan cerita lengkap dengan berbagai intisari pengajarannya tanpa melibatkan anak-anak yang diajarnya.
Padahal, keterlibatan anak secara aktif akan semakin mendorong pemahaman anak terhadap isi cerita.
Guru biasa
Cerita Dapat Dimengerti dan Memiliki Makna Bagi Pendengarnya
Biasanya guru menyampaikan cerita yang kadang kala jauh dan tidak ada kena-mengena dengan kehidupan murid-muridnya.
Pada hal, guru perlu harus melihat latar belakang murid dari sudut tempat tinggal, keluarga, pengetahuan sedia ada, pergaulan dan seumpamanya.
Guru biasa
Karakter Dalam bercerita Tidak dinyatakan gambaran watak dengan
tepat. Murid-murid tidak dapat menggambarkan watak yang diceritakan.
Kemahiran BerbahasaMelalui Teknik Bercerita
mempertingkat kemahiran mendengar mempertingkat kemahiran lisan dan
berbahasa memperkukuh daya ingatan mempertingkat perbendaharaan kata dan kosa
kata mereka memupuk dan menyuburkan kemahiran
berimaginasi membentuk kefahaman budaya membina kefahaman emosi (membina rasa
hati)
Melalui bercerita murid dapat
menggalakkan perkembangan bahasa Melayu
memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak dan guru
Kemahiran lain?
Bercerita boleh dilaksanakan
1. tanpa alat 2. dengan alat
Bagaimana bercerita?
Teknik Bercerita Tanpa
Alat
Pengenalan
Satu kaedah cara bercerita yang konvensional tetapi masih popular.
Penceritaan secara bersahaja. Ada intonasi yang sesuai. Ekspresi/mimik muka. Pencerita tidak perlu bergerak banyak.
Bercerita tanpa alat
Pilih cerita yang sesuai dan mudah disampaikan Baca cerita, fahami dan hayati Boleh hafal/guna kata kunci Jangan berlakon semasa bercerita Jangan tukar suara, melainkan jika anda pakar Sebutan dan intonasi mesti betul Pakaian mesti sesuai Boleh berdiri atau duduk Jika terlupa, jangan panik. Diam sebentar/ingat
semula, rujuki baham cerita.
Panduan bercerita tanpa alat
harus menarik minat memberi kesan positif tema yang dipilih perlulah mudah, bahasa yang mudah untuk difahami,
banyak pengulangan perkataan dan ayatnya pendek.
merangsang minda kanak-kanak cerita yang bersifat universal cerita yang hampir dengan kehidupan
kanak-kanak
Pemilihan cerita
Cerita penglipur lara
Cerita binatang Cerita legenda Cerita asal usul Cerita fantasi Cerita sejarah Cerita jenaka Cerita agama
Cerita benar Cerita berbingkai Cerita adaptasi
Bentuk dan jenis cerita
Gunakan nada suara dan mimik muka yang sesuai supaya menarik perhatian.
Elakkan cerita yang terlampau susah untuk difahami dan banyak mengandungi pentafsiran yang belum mampu digarap oleh anak-anak.
Gunakan bahasa yang mudah dan berulang-ulang. Ini dapat memperkukuh daya ingatan dan perkara yang didengari difahami dengan jelas.
Penyampaian cerita
Ekspresi muka perlulah sesuai dengan emosi yang digambarkan dalam cerita seperti terkejut, marah dan gembira.
Hubungan mata antara pencerita dengan pendengar juga perlu diwujudkan bagi mengekalkan perhatian kanak-kanak serta kawalan kelas.
Kemahiran dalam menggerakkan anggota badan tertentu dapat menjelaskan isi cerita.
Guru perlu peka terhadap reaksi kanak-kanak. Halangan atau gangguan terhadap tumpuan kanak-kanak hendaklah diatasi agar tidak berpanjangan.
Masa haruslah tidak terlalu panjang.
Ruang dan suasana yang kondusif.
Persekitaran perlu bersih dan hiasan sudut bercerita disediakan berkaitan dengan tema.
Bentuk dan jenis cerita harus ringkas dan mempunyai mesej yang jelas serta bermakna.
Teknik penyampaian
Semasa bercerita, pencerita boleh duduk di kerusi atau mengadap kanak-kanak di lantai.
Kemampuan pencerita perlulah pada tahap yang tinggi untuk mendapat perhatian kanak-kanak.
Kepelbagaian teknik yang digunakan dapat
merangsang minat kanak-kanak untuk mendengar cerita dengan lebih berkesan.
Teknik bercerita yang berkesan dapat membantu kanak-kanak dalam memperkembang bahasa, emosi, pengetahuan dan komunikasi mereka.
Bercerita tanpa alat,
1. Cerita Si Tanggang 2. Cerita Pak Pandir 3. Cerita Sang Semut 4. Cerita Pohon Semalu
Anda boleh mencuba