UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya: RAFIDAH BT AHMAT MISKAM
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh:
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Nama Penyelia
Tarikh: 21 APRIL 2006 Tarikh: 21 APRIL 2006
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
♦
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
TAHAP PENGARUH GAYA HIDUP DI ASRAMA DALAM MEMBENTUK DISIPLIN PELAJAR: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KLUANG, JOHOR
(HURUF BESAR)
PM. DR. BAHARUDDIN BIN ARIS LOT 1054B, LRG SEPAKAT,
KG. SRI GADING, MUKIM 5, 83300 BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).”
Tandatangan : ..............................................................
Nama Penyelia : PM. DR. BAHARUDDIN BIN ARIS
Tarikh : 21 APRIL 2006
iii
TAHAP PENGARUH GAYA HIDUP DI ASRAMA
DALAM MEMBENTUK DISIPLIN PELAJAR: SATU TINJAUAN DI
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KLUANG, JOHOR
RAFIDAH BINTI AHMAT MISKAM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ..................................................................
Nama Penulis : RAFIDAH BINTI AHMAT MISKAM
Tarikh : 21 APRIL 2006
v
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.
Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah kurnia Allah S.W.T
tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad
S.A.W.
Buat Ayahanda dan Bondaku yang Tercinta, Ahmat Miskam Bin Sartam & Norsiah Binti Hj. Abdul Hamid
Tidak ada apa yang dapat diri ini pinta selain hanyalah doamu mengiringi setiap detik
perjalanan hidup anakandamu ini. Alhamdulillah, harapanmu yang menggunung untuk
melihat anahandamu ini menggenggam segulung ijazah telah ku tunaikan. Segala dorongan
dan pengorbananmu yang tidak pernah kenal erti jemu selama ini tidak dapat ku balas.
Hanya Allah S.W.T sahaja yang
maha mengetahui dan membalasnya.
Buat Kekanda-kekandaku & Adinda-adindaku yang Tersayang, Kekanda Hishamuddin & Mohd. Salehuddin,
Adinda Mohd.Ainuddin, Muhamad Azamuddin,, Raibatul Adawiah & Nurul Ashikin
Terima kasih yang tidak terhingga buat kekanda-kekandaku dan adinda-adindaku yang
sentiasa memberi kata-kata perangsang dan semangat dalam apa jua lapangan yang kuceburi.
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmat-Nya
untuk kekanda dan adinda sekalian.
Buat Guru-guru & Pensyarah-pensyarah yang Disanjungi,
Ilmu yang kalian curahkan, akan anak didikmu ini manfaatkan ke jalan yang diredhai-Nya.
Tanpa tunjuk ajar kalian, siapalah diri ini. Semoga Allah memberkati, meredhai dan
merahmati perjuangan murni kalian dalam mendidik anak bangsa. Jazakallahu khairon
kastiron CIKGU. Jazakallahu khairon kathiron PENSYARAH.
Buat Sahabat Perjuangan yang Dikasihi, Faiz, Ina, Ainshah, Yati, AinG, Yana, Jaja, Rose, Nir, Ino, Mah, Ecah, K. Azwa, Abu, Along...
Jazakallahu khairon kathiron yang tidak terhingga buat kalian yang telah banyak membantu
sahabatmu ini menempuhi segalanya. Semoga kalian mendapat keredhaan Allah, dunia
akhirat.
Sekian, Wassalam.
vi
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya penyelidikan yang dilaksanakan ini dapat disiapkan sepenuhnya dengan
jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, penyelidik ingin
merakamkam setinggi-tinggi penghargaan ikhlas buat penyelia PM. Dr. Baharuddin
Bin Aris yang telah banyak membantu dengan penuh komited dalam menasihat,
membimbing, memberi dorongan dan semangat serta tunjuk ajar yang sangat
berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.
Di kesempatan ini, penyelidik juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada cikgu Ruba’ie Bin Said dan cikgu Ismail Hasni Bin Haim selaku warden
asrama dan para pelajar asrama tingkatan 5 Sekolah Menengah Teknik Kluang, Johor
yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang jitu dalam memastikan penyelidikan
ini berjalan dengan lancar.
Akhir sekali, tidak dilupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat
sahabat-sahabat seperjuangan yang telah banyak membantu dalam mencetuskan
idea-idea yang bernas untuk memastikan penyelidikan ini dapat dihasilkan dengan
sempurna. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam
penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Allah S.W.T
memberkati kalian semua. Amin.
Sekian, terima kasih.
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengaruh gaya hidup di asrama
dalam membentuk disiplin pelajar. Terdapat empat pengaruh yang dinilai iaitu
pengaruh rakan sebaya, pihak pentadbiran dan pengurusan asrama, aktiviti-aktiviti
asrama dan peraturan asrama. Seramai 222 orang pelajar asrama tingkatan 5 di
Sekolah Menengah Teknik Kluang, Johor telah terlibat dalam kajian ini. Set soal
selidik telah digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan tajuk kajian. Nilai
kebolehpercayaan set soal selidik ini adalah α = 0.90. Dapatan kajian dianalisis
dengan menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Science Version
11.5 (SPSS).” Analisis kuantitatif secara deskriptif dalam bentuk frekuensi, peratus
dan min telah digunakan dalam tatacara penganalisaan data. Secara keseluruhannya,
hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengaruh rakan sebaya dan aktiviti-aktiviti
asrama berada pada tahap yang tinggi dalam mempengaruhi pembentukan disiplin
pelajar di asrama manakala tahap pengaruh pihak pentadbiran dan pengurusan
asrama serta peraturan asrama pula berada pada tahap yang sederhana.
viii
ABSTRACT
The purpose of this research is to evaluate the influence level of hostel life
style in developing student’s discipline. The factors which influence student’s
discipline are peers, hostel’s administration and management, hostel’s activities and
hostel’s rules. The research involved 222 form five hostel’s students at Sekolah
Menengah Teknik Kluang, Johor. A set of questionnaire was carried out to obtain
information on the research topic. The reliability value of this questionnaire is α =
0.90. “Statistical Package for the Social Science Version 11.5 (SPSS)” was used to
analyze the data. Descriptive quantitative analysis in a form of frequency, percentage
and mean is used in the data analysis process. For the overall result, the research
shows that the influences level of peers and hostel’s activities at a high level
influence development student’s discipline in hostel while the influences level of
hostel’s administration and management and hostel’s rules at a moderate level.
ix
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PEMBIMBING ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PENYELIDIK iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
SENARAI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN 01
1.1 Pengenalan 01
1.2 Latar Belakang Masalah 03
1.3 Pernyataan Masalah 05
1.4 Objektif Kajian 06
1.5 Persoalan Kajian 07
1.6 Kepentingan Kajian 07
1.7 Skop dan Batasan Kajian 08
x
1.8 Definisi Operasional 08
1.9 Penutup 13
BAB II SOROTAN KAJIAN 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Rakan Sebaya 15
2.3 Pihak Pentadbiran dan Pengurusan Asrama 17
2.4 Aktiviti-aktiviti Asrama 22
2.4.1 Aktiviti Kerohanian 23
2.4.2 Aktiviti Riadah dan Sukan 24
2.4.3 Aktiviti Gotong-Royong 25
2.5 Peraturan Asrama 25
2.6 Penutup 29
BAB III METODOLOGI KAJIAN 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 31
3.3 Tempat Kajian 32
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 32
3.5 Instrumen Kajian 33
3.5.1 Bahagian A 34
3.5.2 Bahagian B 35
3.6 Kajian Rintis 36
3.6.1 Kesahan Instrumen Kajian 37
3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 38
3.7 Prosedur Kajian 39
3.8 Analisis Data 41
3.9 Penutup 42
xi
BAB V ANALISIS DATA 43
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Data Bahagian A 44
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 4
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Aliran 44
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Status 45
Sebelum ke Sekolah Ini
4.3 Analisis Data Bahagian B 45
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 46
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 49
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 52
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 56
4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data 59
4.5 Penutup 60
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 62
5.1 Pengenalan 62
5.2 Perbincangan Bahagian A 64
5.3 Perbincangan Bahagian B 65
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 65
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 67
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 71
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 73
5.4 Rumusan Persoalan Kajian 76
5.5 Cadangan 79
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 81
5.7 Penutup 82
VI RUJUKAN 83
xii
VII LAMPIRAN 88
Soal Selidik Pelajar 88
Surat Akuan Fakulti Pendidikan 94
Surat Kebenaran EPRD 95
Surat Kebenaran JPN 97
Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis 98
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Item Berdasarkan 35
Persoalan Kajian
3.2 Skala Empat Mata 36
3.3 Perubahan Skala Empat Mata 41
Kepada Dua Mata
3.4 Kriteria Penilaian Skor Min 41
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 44
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Aliran 44
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Status 45
Sebelum ke Sekolah Ini
4.4 Taburan Responden (N=222) Mengikut 46
Frekuensi, Peratus dan Min Berkaitan
Apakah Tahap Pengaruh Rakan Sebaya
Dalam Pembentukan Disiplin Pelajar
di Asrama.
xiv
4.5 Taburan Responden (N=222) Mengikut 49
Frekuensi, Peratus dan Min Berkaitan
Apakah Tahap Pengaruh Pihak Pentadbiran
dan Pengurusan Asrama Dalam Membentuk
Disiplin Pelajar di Asrama
4.6 Taburan Responden (N=222) Mengikut 52
Frekuensi, Peratus dan Min Berkaitan
Apakah Tahap Pengaruh Aktiviti-Aktiviti
Asrama Dalam Mempengaruhi Pembentukan
Disiplin Pelajar di Asrama
4.7 Taburan Responden (N=222) Mengikut 56
Frekuensi, Peratus dan Min Berkaitan
Apakah Tahap Pengaruh Peraturan Asrama
Dalam Mempengaruhi Pembentukan
Disiplin Pelajar di Asrama
4.8 Taburan Keseluruhan Purata Min bagi 59
Empat Persoalan Kajian yang Mempengaruhi
Pembentukan Disiplin Pelajar di Asrama
xvi
SENARAI SINGKATAN
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
HEM - Hal Ehwal Murid
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MCKK - Maktab Melayu Kuala Kangsar
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package For Social Science
STAR - Sekolah Tuanku Abdul Rahman
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 88
B Surat Akuan Fakulti Pendidikan 94
C Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan 95
Penyelidikan Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia (EPRD)
D Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor 97
E Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis 98
18
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam menongkah arus globalisasi dewasa kini, kebejatan akhlak dan
kemerosotan disiplin di kalangan remaja di institusi pendidikan baik di peringkat
rendah mahupun tinggi kini kian meruncing dan kelihatan amat sukar untuk
dibendung. Perbagai insiden kesalahan tatatertib sehingga ke tahap paling serius
termasuk memukul, gangsterism, buli, samseng, pelacuran, zina dan membunuh kini
menjadi-jadi di sekolah sehingga di IPT.
Beberapa kes yang dilaporkan kebelakangan ini di media massa
menggambarkan wujudnya kepincangan yang amat ketara dalam keperibadian
remaja masa kini. Bukan menjadi suatu berita yang mengejutkan apabila disiarkan
kes pelajar berkelakuan ganas seperti perkelahian antara kumpulan pelajar, bertindak
ganas terhadap guru, tindakan merosak harta awam, merokok, mengedar bahan lucah
dan juga melakukan maksiat. Walaupun terdapat pelbagai peraturan diwujudkan
untuk mengawal disiplin pelajar, namun ternyata masalah disiplin ini semakin
membarah.
Di manakah kelemahan pengawasan disiplin yang berlaku masa kini? Apakah
yang menyebabkan peraturan-peraturan yang wujud tidak mampu membentuk dan
19
memperbaiki disiplin pelajar? Adakah pengaruh-pengaruh persekitaran yang tidak
baik menyebabkan pelajar bertindak sedemikian? Soalnya dengan adanya guru-guru
kaunseling sepenuh masa dan guru-guru disiplin di semua sekolah, kenapa kegiatan
dan insiden ini semakin serius? Lebih memeranjatkan lagi, fenomena yang semakin
meruncing ini bukan sahaja berlaku di sekolah harian biasa malah di sekolah
berasrama di mana para pelajarnya sentiasa dididik dengan disiplin yang tinggi.
Oleh hal demikian, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menyingkap
tahap pengaruh gaya hidup di asrama dalam membentuk disiplin para pelejar ke arah
kehidupan yang lebih kondusif. Ini adalah bersandarkan kepada andaian bahawa
peranan asrama adalah penting dalam menjana pelajar-pelajar yang cemerlang dalam
semua aspek. Ia bertepatan dengan kenyataan Ee Ah Meng (1994) yang menegaskan
bahawa sekolah bukan sahaja bertindak sebagai sebuah institusi untuk para pelajar
menerima pelajaran tetapi juga dianggap sebagai tempat yang boleh membimbing
para pelajar supaya menjadi manusia yang berpesonaliti positif seperti berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan bersopan-santun. Dalam erti kata lain, sekolah
berfungsi untuk membina disiplin dan membentuk sahsiah diri pelajar itu sendiri.
Kenyataan ini bersesuaian dengan salah satu objektif penubuhan sekolah-sekolah
berasrama iaitu melatih para pelajar ke arah membina sifat-sifat mahmudah dan
personaliti yang telah dinyatakan tadi.
Jika diamati dengan teliti, objektif penubuhan sekolah-sekolah berasrama ini
juga sejajar dengan apa yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara
yang dipetik dalam buku panduan latihan mengajar (2000) iaitu:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
(Falsafah Pendidikan Negara)
20
Jadi, untuk mendokong hasrat ini, seharusnya pembudayaan asrama yang
cuba diterapkan kepada setiap pelajar membolehkan mereka menghayati setiap
aspirasi kerajaan. Program-program dan aktiviti-aktiviti yang menjurus ke arah
peningkatan akademik dan disiplin sepatutnya dilaksanakan dengan lebih giat lagi
dari semasa ke semasa di asrama dan tidak di pandang enteng oleh semua guru.
Dalam usaha menjadikan asrama sekolah sebagai sebuah institusi yang
berpotensi melahirkan para pelajar yang cemerlang, bukan sahaja dalam bidang
akademik dan kokurikulum, malah sahsiah dan nilai-nilai murni seperti yang
dikehendaki dalam agama dan masyarakat, KPM, JPN dan sekolah perlulah bersiap
sedia untuk mengharungi cabaran ini dengan pelbagai langkah yang efektif dalam
semua aspek. Keberkesanan setiap program sedia ada perlu dinilai dengan lebih teliti
lagi. Begitu juga penyusunan semula strategi yang lebih berkesan sangat perlu
dilaksanakan secara istiqamah supaya kecemerlangan yang diharapkan sentiasa di
tahap yang membanggakan.
Pelbagai pihak akan menuding jari dan menyalahkan pengurusan dan
pentadbiran sekolah dan asrama serta seringkali mempertikaikan kewibawaan para
guru sekiranya institusi pendidikan ini gagal berperanan dengan cemerlang. Oleh itu,
untuk membuktikan institusi sekolah ini mampu melahirkan pelajar-pelajar yang
berwibawa dan cemerlang dalam pelbagai aspek, asrama sekali lagi memainkan
peranan ini dengan meyakinkan masyarakat bahawa kecemerlangan para pelajar
boleh dididik dengan sistem yang teratur dan efisyen.
1.2 Latar Belakang Masalah
Masalah disiplin di kalangan pelajar semakin hari semakin membimbangkan.
Insiden ini bukan sahaja berlaku di sekolah harian biasa malah di sekolah berasrama
di mana para pelajarnya sentiasa dididik dengan disiplin yang tinggi. Gejala ini
terbukti apabila fenomena delinkuen yang membabitkan golongan pelajar remaja
21
‘cemerlang’ dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) berlaku apabila mereka
menunjukkan parang kepada warden asramanya. Selain itu, 20 orang pelajar
tingkatan 5, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) disingkirkan kerana
menghidupkan kegiatan ala samseng ‘High Council’ di sekolah (Berita Harian, 18
Ogos 2003). Gejala ini menimbulkan suasana perbincangan yang lebih komlikated di
kalangan ahli masyarakat.
Selain itu, 21 orang pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat telah
digantung persekolahan mereka kerana memukul pelajar junior iaitu Mohd. Hafizi,
16 tahun yang telah mengakibatkannya kehilangan buah pinggang sebelah kiri
(Berita Harian, 2 September 2003).
Di samping itu, kejadian yang lebih serius lagi terjadi iaitu kes bunuh yang
berlaku ke atas seorang pelajar tingkatan 4, Muhammad Farid Ibrahim, 16 tahun dari
Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor, Ampangan, Seremban,
Negeri Sembilan yang dipercayai dibelasah oleh sekumpulan 14 orang pelajar senior
di asrama sekolah berkenaan (Utusan Melaysia, 30 Mac 2004). Ini menunjukkan
bahawa betapa dangkalnya pemikiran dan pincangnya akhlak pelajar masa kini.
Baru-baru ini pula, kes buli yang berlaku ke atas Mohd. Afiq Qusyairi iaitu pelajar
Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis,
Pahang telah menyebabkannya hampir lumpuh (Berita Harian, 24 April 2005).
Fenomena yang berlaku ini menunjukkan kepada kita bahawa sekolah-
sekolah kerajaan berasrama terpilih yang mempunyai para pelajar berkualiti dan
cemerlang dalam akademik jelas tidak menjamin ketertiban dan disiplin dapat
dibentuk lantaran penekanan kepada pembinaan akhlak tidak diberi perhatian serius.
Sekolah berasrama sepatutnya menjadi model sebagai sebuah sekolah yang
berdisiplin, terserlah dalam bidang akademik dan kokurikulum serta mempunyai
pelajar berakhlak tinggi hasil bimbingan para guru yang berdedikasi dan
bertanggungjawab. Kepincangan akhlak para pelajar ini jelas menunjukkan
terdapatnya beberapa faktor dalaman yang berlaku dalam masyarakat amnya dan
persekitaran pelajar itu sendiri di asrama khususnya. Walhal KPM telah membentuk
22
dan melaksanakan kurikulum bersepadu yang merentasi semua aspek iaitu intelek,
rohani, emosi dan jasmani di sekolah seiring dengan perkembangan psikologi remaja
Oleh yang demikian, untuk mengupas persoalan ini, kajian ini dijalankan
adalah untuk mengetahui tahap pengaruh gaya hidup di asrama dalam membentuk
disiplin para pelajar ke arah disiplin yang cemerlang. Menurut Abd. Halim Othman
yang dirujuk melalui jurnal Kamaruddin Kassim (1998), pengaruh asrama ke atas
pelajar kerap dibincangkan dari segi faktor persekitaran, pencapaian akademik,
aktiviti-aktiviti pelajar, perpaduan sosial, hubungan rakan sebaya dan sebagainya.
Justeru itu, faktor-faktor tinjauan yang dikaji oleh penyelidik hanyalah dalam ruang
lingkup faktor dalaman asrama itu sendiri iaitu pengaruh rakan sebaya, pihak
pentadbiran dan pengurusan asrama, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan peraturan
yang dilaksanakan di asrama.
1.3 Pernyataan Masalah
Akhir-akhir ini, kes perlanggaran disiplin di sekolah umumnya dan asrama
khususnya semakin banyak dilaporkan. Sesetengahnya adalah pada tahap yang amat
membimbangkan. Berita mengenai gejala buli, gangsterisme dan samseng di
kalangan pelajar kian menjadi tajuk penting di dada-dada akhbar tempatan. Pada
tahun 2002 Kementerian Pendidikan Malaysia (ketika itu) telah melancarkan Polisi
Sekolah Selamat di Sungai Petani, Kedah dan ia mula dilaksanakan oleh dua puluh
buah sekolah. Pada tahun 2003, semua sekolah rendah dan menengah seluruh negara
telah melaksanakan polisi berkenaan. Walaupun pelaksanaan polisi tersebut telah
dilakukan, masih lagi terdapat kes-kes perlanggaran disiplin di sekolah-sekolah.
Sebagai contoh seorang pelajar lelaki tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Batu
Pahat, Johor kehilangan buah pinggang kirinya setelah dibelasah sekumpulan pelajar
asrama sekolahnya. Malah kejadian yang lebih serius lagi berlaku apabila seorang
pelajar tingkatan 4 , Mohamad Farid Ibrahim, 16 tahun dari Sekolah Agama Dato’
Klana Petra Maamor, Ampangan, Negeri Sembilan meninggal dunia akibat dibelasah
23
oleh sekumpulan pelajar senior sekolah tersebut. Memandangkan gejala yang serius
ini melibatkan para pelajar asrama yang diketahui umum sentiasa terdidik dengan
disiplin yang tinggi, penyelidik berminat untuk mengetahui tahap pengaruh faktor-
faktor yang terhampir sekali di sekeliling mereka di asrama yang menyebabkan
mereka bertindak sedemikian. Oleh itu, penyelidik telah mengambil inisiatif untuk
mengkaji tahap pengaruh gaya hidup di Asrama Sekolah Menengah Teknik Kluang,
Johor dalam pembentukan disiplin mereka. Pengaruh tersebut ialah pengaruh rakan
sebaya, pihak pentadbiran dan pengurusan asrama, aktiviti-aktiviti asrama dan
peraturan asrama bagi mengupas persoalan keruntuhan akhlak pelajar asrama masa
kini.
1.4 Objektif Kajian
Objektif adalah tujuan dan matlamat utama yang ingin dicapai dalam sesuatu
kajian yang dilaksanakan. Melalui penetapan objektif yang dibuat, penyelidik akan
memperolehi garis panduan dalam memastikan kajian yang dijalankan menjurus ke
arah matlamat yang telah ditetapkan. Berikut merupakan objektif-objektif yang ingin
dicapai oleh penyelidik dalam mengkaji tahap pengaruh gaya hidup di asrama dalam
membentuk disiplin pelajar:
i) Untuk menilai tahap pengaruh rakan sebaya dalam pembentukan
disiplin pelajar di asrama.
ii) Untuk menilai tahap pengaruh pihak pentadbiran dan pengurusan
asrama dalam membentuk disiplin pelajar.
iii) Untuk menilai tahap pengaruh aktiviti-aktiviti asrama dalam
mempengaruhi pembentukan disiplin pelajar.
iv) Untuk menilai tahap pengaruh peraturan asrama dalam mempengaruhi
pembentukan disiplin pelajar.
24
1.5 Persoalan Kajian
Secara khususnya, matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan
jawapan-jawapan terhadap beberapa persoalan kajian seperti berikut:
i) Apakah tahap pengaruh rakan sebaya dalam pembentukan disiplin
pelajar di asrama?
ii) Apakah tahap pengaruh pihak pentadbiran dan pengurusan asrama
dalam membentuk disiplin pelajar di asrama?
iii) Apakah tahap pengaruh aktiviti-aktiviti asrama dalam mempengaruhi
pembentukan disiplin pelajar di asrama?
iv) Apakah tahap pengaruh peraturan asrama dalam mempengaruhi
pembentukan disiplin pelajar di asrama?