S2 602 SKOR BERITA ® RABU 30 APRIL 2014 ::;t :] : I
• W'!IW bhpendldlkan com my
bhpendldlkan
bhpendldlkan
PENGARANG URUSAN KUMPULAN NSTP Datuk Abdul Jalil Hamid
PENGARANG kUMPULAN BH Mahfar Ali
TIMBALAN PENGARANG KUMPULAN BH Badrulhisham Othman
PENGARANG EKSEKUTIF BERITA DAN EHWAL SEMASA Norhayati Said
PENGARANG EKSEKUTIF MINGGUAN / BH2 ZainorSaid
PENGARANG EKSEKUTIF + PENGELUAR IE-PAPER
Rosli Safar
PENGARANG PENDIDIKAN Fadzlena Jafar
PENGARANG BERITA PENDIDIKAN RidzuanVop Mohd Feroz Abu Bakar
PENOLONG PENGARANG BERITA PENDIDIKAN Syuhada Choo Abdullah Khairina Vasin
PENOLONG KETUA PENYUNTING Nuraihan Ibrahim
PENOLONG EDITOR GRAFIK & REKA LETAK Ahmad Radi Harun
WARTAWAN Nor Azma Laila Khairunnisa Kamarudin
EKSEKUTIF ARTIS Mariyahtul Kabtiyah Ree Ahmad Zulkifli Vahaya
PENYUNTING EKSEKUTIF Muhammad Fakhri Alias Rosdi Ismail
PENGEOARAN: Balal Benta, Kuala Lumpur Nadzra Affendll Fanza Yaacob Untt Perkhldmatan Pendldlkan, Jabatan Jualan dan Akhbar N5TP 31, Jalan Rlong, 59100 Kuala Lumpur Tel: 03-2056 95471236/1564 Faks: 03-22826216/5502 Talian Bebas Tol: 1 800 880 239
PENGIKlANAN: Tel: I 300 22 6787 samb 584215652
~E.mel: ~ bhskor/lllbh.com.my
Surat ke alamat: Unit Pendidikan BH, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala lumpur. Telefon: 1300 22 6787 samb 477114772/4780
,. ,. ,.
/
1'1
Puan Nurlbtisam (kiri) berkongsi minat membaca novel bersama-sama pelajarnya.
SAYA SUKA MEMBACA NOVEL BERBAHASA INGGERIS TERUTAMA NUKILAN NICHOLAS SPARKS KERANA NOVEL REKAANNYA BANYAK MENAMBAH DAN MEMBAIKI PERBENDAHARAAN KATA BAHASA INGGERIS DENGAN GAYA PENUUSAN YANG SANTAI DAN BERSAHAJAu
Menghidupkan kembali budaya membaca
ecara tidak langsung, fenomena ini merangsang kembali
budaya membaca dalam generasi mud a malahan pada mas a yang sarna, membantu pelajar dari segi penulis an karangan bagi subjek seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Antara genre novel yang sering mendapat sambutan hangat ialah novel berunsur romantis, fantasi, novel mengenai kehidupan famili serta rakan-rakan dan tidak ketinggalanjuga novel bersifat seram atau aksi.
Di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 (SMKSS 9), Shah Alam, kemudahan pinjaman novel yang disediakan di perpustakaan sekolah adalah sebagai salah satu cara menyokong budaya membaca dalam kalangan pelajar mereka.
Novel kontemporari Bagi pelajar Shalini Nair alp Suresh Kumar, 17, dia meminati novel bergenre cinta kontemporari yang lebih mudah difahami dan tidak terlalu kompleks jalan ceritanya.
"Saya suka membaca novel berbahasa Inggeris terutama nukilan Nicholas Sparks kerana novel rekaannya banyak menambah dan membaiki perbendaharaan kata bahasa Inggeris dengan gaya penulisan yang santai dan bersahaja," katanya.
Berbeza dengan Sabreena Mohd Sab, 17, membaca novel banyak mendedahkan dia kepada cara menangani masalah dalam kehidupan
Ie BUDAYA MEMBACA NOVEllNI MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN ANTARA PElA1AR DENGAN GURU KERANA KAMI BIASANYA · SElEPAS MEMBACA SESEBUAH NOVEl,AKAN BERTUKAR-TUKAR OENGAN PELAJAR UNTUK NOVEL VA G LAIN DAN SEBAUKNYAII
Puan Nurlbtisam Guru
)) Keseronokan membaca novel merangsang minot pelajar dan meningkotkon kemahiran penulisan karangan mereka
yang kadangkala mempunyai situasi yang sarna seperti dibacanya di dalam novel.
"Novel pilihan saya adalah yang berkisarkan kehidupan, keluarga dan rakan-rakan kerana lebih berkait rapat dengan realiti sebenar. Contohnya, saya biasa merujuk kepada novel tentang bagaimana untuk menyelesaikan konflik antara adik-beradik jika perkara itu pernah saya baca dalam mana-mana novel koleksi saya," katanya lagi yang meminati penulis novel Cecilia Ahern.
Bagaima-
napun, terdapat juga pelajar yang lebih berminat ke arah penulisan yang bersifat fantasi dan im<1-ginasi kreatif seperti siri novel Harry Potter oleh lK. Rowling, Hunger Games oleh Suzanne Collins dan Divergent oleh Veronica Roth.
Tidak membosankan Novel sedemikian dianggap oleh Siti Munira Mohamed Rafiq, 17, lebih menarik dan tidak bosan untuk dibaca selain merangsang minda-
nya untuk berfikiran lebih jauh dan
Shalin; Nair, 17
di luar kotak terutama ketika mencari idea menulis karangan.
"Apabila saya membaca novel fantasi seperti ini, idea datang mencurah-curah dan cara penulisan tidak hanya berada dalam skop pemikiran seusia saya malahan memberi satu rangka dunia kreativiti yang baharu untuk diterokai," katanya lagi.
Sementara itu, guru yang ditemui di SMKSS 9, Puan Nurlbtisam Ibrahim berkata, fenomena novel ini sebenarnya membantu dalam menarik pelajar lebih kerap singgah ke perpustakaan mencari bahan bacaan terbaru.
Beliau berkata, membaca novel boleh memberi pelajar pendedahan tentang penggunaan sesuatu perkataan yang kebiasaannya hanya diberi satu ekspresi dan satu maksud tetapi di dalam novel, dapat diguna beberapa kali dengan maksud dan tujuan berbeza.
"Selain itu, budaya membaca novel ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara
. pelajar dengan guru kerana kami biasanya selepas membaca sesebuah novel, akan bertukar-tukar dengan pelajar untuk novel yang lain dan sebaliknya," katanya.