Sistem eDMS - Penggerak Budaya Perkongsian Maklumat di Perbendaharaan...
ms: 4
Penyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT kepada Warga Perbendaharaan
Pameran & Jualan ICT di MOF Meriah! - sebanyak 10 buah syarikat telah berpeluang...
ms: 6
Edisi4/2011
Perisian Ruby on Rails - Ruby on Rails telah dicipta oleh David...
ms: 8
www.treasury.gov.my
Membudaya Inovasi, Memacu
Transformasi Menzahir Visi & Misi Melalui
Teknologi ICT
Electronic Document Management System
DMSe
Membudaya Inovasi, Memacu Transformasi
Dalam memenuhi hasrat untuk menjadi agensi
unggul dalam pengurusan kewangan dan
ekonomi negara, pelbagai inovasi dan inisiatif
dilaksanakan selaras dengan program transformasi yang
diperkenalkan oleh kerajaan. Penggunaan teknologi ICT
sememangnya banyak membantu di dalam meningkatkan
lagi sistem penyampaian perkhidmatan agar lebih
berinovatif dan dapat memenuhi ekspektasi serta
melangkaui kehendak pelanggan dan stakeholders.
D
Menzahir Visi & Misi Melalui Teknologi ICT
PAMERAN PROJEK INOVASI KEMENTERIAN KEWANGAN
SIDANG REDAKSI BULETIN ICT
PENAUNG:
YBhg. Dato’ Dr. Azizah bt Arifin
KETUA EDITOR:
Pn. Rohani bt Mohamad
Cik Tan Siew Mooi
SIDANG EDITOR:
Pn. Siti Sapura bt Raffee
Pn. Norliza bt Jumeri
REKA BENTUK:
En. Saidi b Murtada
EDARAN:
En. Asahar b Ahmat
Pn. Nik Fadhlina bt Nik Marwan
SUMBANGAN BAHAN & ARTIKEL:
Pn. Norliza bt Jumeri
En. Muhammad Fendi b Osman
Pn. Zehan bt Md Nor
Pn. Sharifah Norhazira bt Said Hamid
En. Shariffuddin b Fajar
Pn. Nor Sharimah bt Hj. Mohd Shariff
Cik Norsahzana bt Mohd Jumaro
Selaras dengan usaha tersebut setiap tahun pelbagai projek ICT telah dilaksanakan. Sempena Majlis
Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kewangan pada 1 November yang lalu, sebanyak sepuluh (10)
projek inovasi telah dipamerkan iaitu Sistem eDMS dari Bahagian Undang-undang Perbendaharaan,
APG online, mySMS dan Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu dari Bahagian Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan, Pelaksanaan Mobile Web dan “Push Mail” bagi Penggunaan email jabatan dari
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Sistem e-Filing dan e-Bayaran dari Lembaga Hasil Dalam
Negeri, Sistem e-Penempatan JKDM dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Sistem Penyata Gaji &
e-Laporan dari Jabatan Akauntan Negara.
3Membudaya Inovasi, Memacu TransformasiBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 4/2011
Sistem eDMS
1. Memudahkan penyimpanan dan
perkongsian dokumen secara berpusat
(centralised repository);
2. Memudahkan carian dilakukan ke atas
sesuatu dokumen;
3. Memudahkan retrieval dokumen melalui
pelbagai tahap akses (access level)
pengguna; dan
4. Menjamin integriti dan kerahsiaan sesuatu
dokumen.
Derbendaharaan Malaysia telah
mengorak selangkah lagi ke hadapan di
dalam budaya perkongsian maklumat
dengan mewujudkan sistem pengurusan
dokumen secara elektronik iaitu Sistem eDMS.
Sistem eDMS merupakan aplikasi berteraskan
web yang berfungsi sebagai suatu sistem
pengurusan, penyimpanan dan perkongsian
dokumen secara elektronik.
Bahagian Undang-udang (BUU) merupakan
Bahagian PERINTIS di Perbendaharaan Malaysia
yang menggunakan Sistem eDMS ini. Berkuat
kuasa mulai 15 April 2011, Sistem eDMS
telah digunakan secara menyeluruh dalam
mempercepatkan tugasan seharian di Bahagian
tersebut.
Objektif sistem ini adalah untuk menguruskan
pelbagai jenis dokumen yang banyak di BUU
di mana satu sistem pengurusan dokumen atau
document management system (DMS) diperlukan
untuk membantu BUU menguruskan semua
dokumen yang disimpan terutamanya dalam
bentuk hardcopy yang mengambil ruang yang
besar serta dikendalikan sejak dari tahun 1960-
an lagi.
Sistem eDMS
BULETIN ICT PERBENDAHARAANPenyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT Kepada Warga Perbendaharaan
4
P
Sistem eDMSBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 4/2011
Penggerak Budaya Perkongsian Maklumat di Perbendaharaan
“Bahagian Undang-udang (BUU) merupakan Bahagian PERINTIS di Perbendaharaan Malaysia yang menggunakan Sistem eDMS ini..”
Folder rujukan BUU yang telah diwujudkan
adalah seperti berikut:
5Sistem eDMSBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 4/2011
Sistem ini dibangunkan menggunakan
perisian Xythos (Enterprise Document
Management Suite) dan sistem operasi Solaris
adalah praktikal kerana kebanyakan tugasan
dalam hal ehwal perundangan melibatkan
maklumat dan dokumen yang standard seperti
semakan perjanjian, rang undang-undang dan
perundangan subsidiari.
Dengan adanya sistem perkongsian maklumat
dan dokumen ini, semua pegawai dan kakitangan
dapat memastikan bahawa tugasan yang
diselesaikan bukan sahaja berkualiti malah turut
mematuhi tempoh masa dalam norma kerja yang
ditetapkan.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Ciri-ciri Sistem eDMS:
1. Penyimpanan dokumen secara berpusat;
2. Pengkelasan dokumen;
3. Perkongsian dokumen;
4. Capaian melalui Internet; dan
5. Makluman melalui email Perbendaharaan.
Hal-Hal Pentadbiran
Usul Parlimen
Pandangan Undang-Undang
Rang Undang-Undang
Hal Ehwal Antarabangsa
Perjanjian
Kes-Kes Mahkamah
Perundangan Subsidiari
Nota Kursus
6 Pameran & Jualan ICT di MOF MeriahBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 4/2011
BULETIN ICT PERBENDAHARAANPenyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT Kepada Warga Perbendaharaan
PAMERAN & Jualan ICT di MOF MERIAH!
Cybersecurity Malaysia juga tidak ketinggalan
menyertai program ini melalui pameran
keselamatan ICT bagi memberi pengetahuan
dan pendedahan mengenai keselamatan ICT
di kalangan warga Kementerian Kewangan
Malaysia. Cybersecurity telah mendedahkan
10 kesilapan yang telah dilakukan ketika
menggunakan Facebook (10 biggest mistakes
that people make in Facebook).
Khidmat nasihat berkaitan juga diberikan
untuk memberi kesedaran kepada pengunjung
agar mereka lebih berhati-hati menggunakan
kemudahan Facebook ini.
Dempena Hari Inovasi Kementerian
Kewangan Malaysia Tahun 2011,
program Pameran dan Jualan Produk
ICT telah diadakan di Ruang Galeri, Aras G, Blok
Tengah Perbendaharaan. Pameran dan jualan ini
berlangsung selama dua (2) hari bermula pada
31 Oktober hingga 1 November 2011 dari jam
9.00 pagi sehingga 4.30 petang.
Sebanyak sepuluh (10) buah syarikat telah
menyertai pameran dan jualan ini iaitu syarikat
Maxis, Celcom, Digi, Panasonic, Acer, HP, Telekom
Malaysia, MyIT Tech, Ramdac High Tech dan SPX
System Malaysia.
S
7Pameran & Jualan ICT di MOF MeriahBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 4/2011
Pelbagai promosi telah diadakan sepanjang
Pameran dan Jualan Produk ICT berlangsung
antaranya promosi pakej talian, telefon
bimbit dan broadband daripada syarikat
telekomunikasi, jualan produk-produk ICT
seperti perisian anti virus, external hard disk,
pendrive dan sebagainya.
Kesemua barangan ditawarkan dengan harga
yang menarik bagi memberi peluang kepada
warga Kementerian Kewangan Malaysia
mengetahui, memiliki dan memanfaatkan
produk-produk ICT di dalam urusan harian
sama ada semasa di pejabat mahupun di rumah.
Dengan kecanggihan teknologi ICT yang
ada sekarang disamping pembangunannya
yang pesat dan cepat berubah, kita sebagai
pengguna perlu mengambil tahu dan
melibatkan diri dengan perkembangan
teknologi terkini agar kita tidak ketinggalan.
PROGRAM TECHNOLOGY UPDATE:
BULETIN ICT PERBENDAHARAANPenyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT Kepada Warga Perbendaharaan
8 Perisian Ruby on RailsBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 4/2011
PERISIAN RUBY ON RAILS
Dada 14 Oktober 2011 yang lalu,
Bahagian Pengurusan Teknologi
Maklumat telah menganjurkan program
Technology Update di Bilik Mesyuarat Aras 1,
Blok Tengah Perbendaharaan. Program ini dibuka
kepada pegawai ICT di Perbendaharaan, Jabatan
Akauntan Negara, Jabatan Kastam Diraja Malaysia,
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan
tidak ketinggalan Perbendaharaan Sabah dan
Sarawak.
P
“Ruby on Rails is a breakthrough in lowering the barriers of entry to program-ming. Powerful web applications that formerly might have taken weeks or months
to develop can be produced in a matter of days.”
- Tim O'Reilly, Founder of O'Reilly Media -
9Perisian Ruby on RailsBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 4/2011
BULETIN ICT PERBENDAHARAANPenyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT Kepada Warga Perbendaharaan
Sejarah Ringkas:Ruby on Rails
a. Ruby On Rails telah dicipta oleh David
Heinemeier Hansson merupakan sebuah
rangka kerja web (web-based framework)
yang digunakan untuk membangunkan
sistem aplikasi.
b. Ia telah ditulis dalam bahasa
pengaturcaraan Ruby dan telah berada
di bawah Sumber Terbuka (Open Source)
sejak Julai 2004 lagi.
c. Perisian ini dapat membantu menjimatkan
masa pembangunan sistem kerana ia
menggunakan pendekatan MVC (Model,
View, Controller) disamping coding yang
digunakan adalah lebih ringkas dan
mudah berbanding PhP.
Semasa program berlangsung,
peserta berpeluang mencuba sendiri
membangunkan aplikasi ringkas dengan
menggunakan perisian tersebut. Taklimat
Technology Update telah disampaikan
oleh Pasukan Localhost iaitu pasukan yang
menjadi juara keseluruhan Pertandingan
Membangunkan Aplikasi Web semasa
MyGOSSCON 2010 anjuran MAMPU
dengan kerjasama MDeC & PIKOM. Ketika
pertandingan tersebut, pasukan Localhost
telah membangunkan aplikasi MyOffice
dalam tempoh 36 jam menggunakan perisian
Ruby On Rails dan pangkalan data MySQL.
Ruby on Rails boleh dimuat turun secara percuma di alamat url http://www.rubyonrails.org
10 9 Panduan Privasi di FacebookBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 4/2011
BULETIN ICT PERBENDAHARAANPenyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT Kepada Warga Perbendaharaan
PRIVASI di FACEBOOK9 PANDUAN
Demasa Pameran dan Jualan ICT Kementerian Kewangan
yang berlangsung selama dua (2) hari bermula
pada 31 Oktober hingga 1 November 2011 yang
lalu, Cybersecurity Malaysia telah memberikan sembilan (9)
panduan privasi di Facebook seperti di bawah:
S
Membuat satu ‘block list’
Hadkan aplikasi yang digunakan
Hadkan carian Profil anda di Facebook
Pastikan privasi kepada perkongsian anda
Jangan biarkan lokasi anda didedahkan
Hadkan informasi diri anda
Pastikan privasi kepada kandungan di Wall anda
Sentiasa sedar akan penceroboh akaun
Menyahaktifkan akaun jika perlu
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Maklumat lanjut mengenai
Langkah Sekuriti dan Privasi
Facebook boleh diperolehi di
http://training.treasury.gov.my
“Sharing is Caring BUT Oversharing is CARELESS..”
11Tips Penjagaan Komputer Secara AsasBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 4/2011
BULETIN ICT PERBENDAHARAANPenyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT Kepada Warga Perbendaharaan
TIPSPENJAGAAN KOMPUTER
1. Delete Browsing History
�� Internet Explorer (IE) akan menyimpan maklumat tentang laman web yang telah dilawati
termasuk login ID dan password bertujuan untuk meningkatkan kelajuan melayari web dan
juga mengurangkan menaip maklumat yang sama berulang kali. Penyimpanan maklumat
ini sekiranya tidak dikawal akan menyebabkan penggunaan storan yang besar di samping
maklumat login ID, password dan e-form yang diisi adalah terdedah kepada penceroboh
maklumat. Membuang Browsing History dapat membebaskan ruang cakera (release disk
space) dan dapat mengelak maklumat daripada dicerobohi.
2. Disk Cleanup
�� Disk Cleanup pada Windows dapat membantu dalam membersihkan hard disk daripada fail-
fail yang sebenarnya tidak diperlukan seperti cache halaman web, fail-fail sementara, fail-
fail yang masih tersimpan di Recycle-Bin, error reports dan fail-fail download sementara di
folder temp. Membuang fail-fail atau data lama yang tidak diperlukan dapat mengurangkan
penggunaan storan dan membebaskan ruang cakera.
3. Error-checking
�� Hentakan kuat dan kesilapan instalasi kadangkala menyebabkan kesilapan logik, kerosakan
fail atau folder pada hard disk. Disk Error-checking Utility boleh membantu untuk menyemak
dan membetulkan sebarang masalah tersebut pada hard disk secara automatik.
4. Disk Defragmenter
�� Penyimpanan data-data atau fail pada storan adalah secara rawak. Kegunaan Disk
Defragmenter adalah untuk menyusun semula kedudukan fail dalam hard disk supaya ia dapat
mempercepatkan capaian data dalam komputer.
4 Aktiviti Housekeeping Yang Perlu Dilakukan Oleh Pengguna Komputer di Perbendaharaan
http://training.treasury.gov.myMaklumat lanjut:
DITERBITKAN OLEH:
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat,Aras 7, Blok Selatan,Kompleks Kementerian Kewangan,No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62592 Putrajaya
Tel: 603-8882 3652 / 3653 Fax: 603-8882 4052
Portal: www.treasury.gov.my
PerbendaharaanKementerian Kewangan Malaysia
BULETIN ICT Edisi 4