Download - Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
1/142
MEMBURU AR-
RAYYAN DILANGIT MESIR
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
2/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
1
KANDUNGAN
PRAKATA ............................................................................. 2
KATA PENGANTAR ........................................................... 4
DOAKAN GAZA! ................................................................. 6
KEMISKINAN YANG MENGINSAFKAN..................... 11
KEBIJAKSANAAN STRATEGI ORANG MESIR ........ 15
TERLAMBAT BERBUKA ................................................ 21
RAMADAN KEDUA DI MASJID AMRU ....................... 27
TAHANAN BERBUKA PUASA ....................................... 32
BERBUKA DI RUMAH ORANG MESIR ....................... 38
IMAM YANG BUTA PENGLIHATAN ........................... 44
SI ADIK BUTA YANG MENGAGUMKAN ................... 51
JELAJAH MASJID 1 ......................................................... 56
JELAJAH MASJID 2 ......................................................... 80
WAHAI BUDAK ............................................................... 101
PESAN SYEIKH ............................................................... 105
GLOSARI .......................................................................... 110
BIODATA PENULIS ........................................................ 113
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
3/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
2
PRAKATA
Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Allah
subhanahu wa taalakerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita
masih lagi dapat bersama-sama menikmati pelbagai nikmat yang dikecapi
dalam dunia yang serba mencabar pada hari ini.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
sollallahu alaihi wasalamkerana dengan perjuangan dan pengorbanan
Baginda, hari ini kita masih lagi dapat menikmati nikmat iman dan islam
yang disampaikan melalui rantai-rantai perjuangan Nabisollallahu
alaihi wasalamdan para sahabat radiallahu anhumterdahulu.
Sabda Nabisollallahu alaihi wasalam :
Maksudnya: Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan
manusia, (nikmat) sihat dan masa lapang.
(Hadis hasan sahih)
Kebanyakan dari kalangan umat Islam hari ini hidup dalam dunia
yang terlalu penuh dengan kenikmatan dan keselesaan. Walaupun tidak
dinafikan dari satu sudut memang rata-rata dari kalangan umat Islam
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
4/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
3
ramai yang hidup dalam serba kemiskinan dan kesusahan, namun di
samping itu masih ada juga sebahagian besar lain yang hidup dalam
kemewahan dan kesenangan yang dibimbangi semakin melalaikan tanpamemikirkan yang lain.
Akibat daripada kenikmatan dan kesenangan yang mudah
diperoleh ini menyebabkan kebanyakan daripada kita hari ini tidak
merasai kepentingan sesuatu nikmat itu untuk dihargai dengan sebaik
yang mungkin. Lantas kesan yang terhasil daripada semua itu akhirnya
menghasilkan satu peribadi manusia yang selalu bertindak sambil lewa
terhadap segala nikmat dan peluang yang ada di hadapan mata baik dari
sudut pekerjaan duniawi mahupun pekerjaan ukhrawi.
Buku Travelog Memburu Ar-Rayyan di Langit Mesir ini ditulis
dengan tujuan untuk menghidupkan kembali semangat untuk berlumba-
lumba meningkatkan amalan bagi hati yang semakin tenggelam dalam
dunia keselesaan. Dengan berkisarkan kepada kisah-kisah benar yang
berlaku ke atas diri penulis sepanjang keberadaannya di bumi Mesir
khusus dalam bulan Ramadan, ada sebahagian kisah yang diceritakan di
dalam tulisan ini memberi kesan yang mendalam kepada dirinya yang
dirasakan perlu dinukilkan semula untuk menjadi tatapan dan renungan
semua sebenarnya.
Lantas disebabkan itulah bentuk penulisan di dalam buku yang
memuatkan sejumlah 13 bab ini disertakan pada setiap satunya dengan
pengajaran-pengajaran penting yang perlu diberi perhatian oleh semua,
lebih-lebih lagi bagi diri yang menulis ini terutamanya.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
5/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
4
Semoga Allahsubhanahu wa taalamemberkati penulisan ini dan
menjadikannya sebagai salah satu daripada pintu-pintu hidayah yang
bermanfaat buat semua yang membaca sekali gus mengetuk hati-hatiyang terleka supaya kembali semula untuk mengingati-Nya pada setiap
masa, insyaAllah.
Amirul Azmeer Bin Asmadi,
30 September 2015,
Kaherah, Mesir.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
6/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
5
KATA PENGANTAR
Pengalaman merupakan satu catatan yang cukup bermakna dalam
kehidupan. Kata pepatah Inggeris Experience is the best teacher in your
life.Jika kita ambil analogi seorang pemain bola sebagai contoh, pemain
bola yang hebat bukanlah lahir dengan bakat semata-mata. Bukanlah
lahir dengan banyaknya latihan, tetapi lahir satu usaha kolektif yang
bersepadu antara latihan, teori dan yang paling penting pengalaman
sebenar turun ke padang bola beradu tenaga dengan pasukan lawan.
Negara Mesir merupakan satu negara yang cukup baik untuk
menangguk segugus pengalaman hidup. Tekstur negara yang lebih kasar,
berlatarbelakangkan padang pasir Afrika yang luas dan buas, dihuni oleh
keturunan Qibti yang besar tubuhnya, garang bahasanya, kuat nada
suaranya, Mesir amat membantu seorang hamba Allah untuk menghiasi
nota kehidupannya dengan pelbagai warna. Kata orang Mesir pula, Mesir
merupakan bumi dua figura, satu Nabi Musa alahisalam, kedua, Firaun
laknatullah, penghuninya bisa memilih mana satu jalan pilihan dalam
kehidupan. Pepatah lain pulaberbunyi, Bumi ini terkandung dalamnya
mutiara di sebalik debu.
Buku Memburu Ar-Rayyan di Langit Mesir, merupakan salah
satu buku yang menunjukkan jalan ke arah mutiara tersebut ibarat
sekeping peta ke arah harta karun. Buku ini seperti guru kerana
menghimpunkan catatan pengalaman seorang daripada penuntut di bumi
ini.AkhAmirul Azmeer merupakan salah seorang yang tidak lokek untuk
membantu insan yang lain. Keberadaan beliau dalam persatuan
PERUBATAN menambahkan rencah kemajuan dan inovasi memberi
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
7/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
6
nafas baru ke dalam unit-unit yang berada di bawah pantauannya.
Semestinya catatan pengalaman yang terbuku dalam kitab ini bakal
menjadi satu mutiara buat pembacanya.
PERUBATAN bervisikan PERUBATAN sebagai wadah integrasi
dalam membentuk professional sains kesihatan yang rabbani dan
kompeten berhasrat untuk melahirkan ahli yang berguna, bukan sahaja
kepada diri sendiri malah buat umat Islam keseluruhannya, Buku ini amat
membantu PERUBATAN dalam memberi simbolik kepada ahli, bahawa
mahasiswa sains kesihatan di bumi Mesir boleh menjadi seperti pohon
yang berbuah lebat, sentiasa memberikan sumbangan buat sesiapa yang
melewatinya.
PERUBATAN merakamkan jutaan tahniah kepadaAkhAmirul
Azmeer Asmadi atas penghasilan buku ini. Semoga penghasilan buku ini
akan menggalakkan ahli untuk lebih banyak berkongsi ilmu dan
menghasilkan karya demi manfaat orang ramai. Semoga penulis juga
dikurniakan ihsan dan istiqamah.
Sekian,seeru ala barakatillah.
Muhammad Ikraam bin Abdul Latif,,
Presiden,
Persatuan Pelajar-Pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir
(PERUBATAN) 2016/2017.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
8/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
7
DOAKAN GAZA!
Petang itu sengaja kami ingin mengambil angin baru menunaikan
solat tarawih bukan di tempat biasa. Beza Ramadan di Mesir, anda boleh
memilih untuk menunaikan solat di berbagai-bagai jenis masjid yang ada
kerana masjid-masjid yang terdapat di Mesir ini sangat banyak
bilangannya walau dalam satu daerah yang sama sekalipun.
Berbeza dengan keadaannya bagi kebanyakan orang kita di
Malaysia. Orang kita kebiasaannya akan cenderung untuk menunaikan
solat di masjid yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Paling hampir dengan
rumah. Paling sedap bacaan imamnya. Paling pendek solatnya. Tetapi
kalau anda berada di Mesir, ketiga-tiga faktor ini tidak akan terlalu
mempengaruhi faktor pemilihan anda sebenarnya. Lebih-lebih lagi jika
jiwa anda adalah seperti saya, jenis yang suka berjalan-jalan meneroka
benda-benda baru di merata tempat.
Maka di petang 26 Ramadan itu kami memilih untuk bersolat
tarawih di Masjid Amru. Masjid yang sememangnya sangat terkenal
dalam kalangan pelajar-pelajar Malaysia malah warga tempatan Mesir
sekalipun ketika menjelangnya hari ke-26 Ramadan. Tarikh yang
kebiasaannya akan diingati oleh kebanyakan orang di Mesir disebabkan
oleh keistimewaan solat sunat tarawih di malam ke-27 tersebut yang akan
dipimpin oleh qariterkenal Mesir, Imam Jibril hafizahullahu taala.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
9/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
8
Suasana di dalam Masjid Amru pada malam ke-27 Ramadan.
Dua orang kanak-kanak sedang berbaring sementara menunggu imam bangun
memimpin solat.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
10/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
9
Petang itu saya bergerak berseorangan ke masjid dengan menaiki
kereta api bawah tanah (dipanggil sebagai metro dalam kalanganorang
tempatan). Pengalaman menunaikan solat di tempat yang sama tahunlepas menyebabkan petang itu saya tidak membawa apa-apa bekalan
makanan sebagai juadah berbuka kerana budaya Arab Mesir memang
suka untuk mengedarkan makanan-makanan dan minuman-minuman
percuma sebagai juadah berbuka puasa kepada orang awam yang berada
berdekatan dengan mereka.
Anda akan melihat bagaimana rakyat Mesir ini akan berlumba-
lumba untuk memberi sedekah kepada sesiapa sahaja apabila tibanya
bulan Ramadan setiap tahun. Ya, setiap tahun! Lantas jika anda dapat
melihat sendiri amalan yang berlumba-lumba mereka lakukan ini dengan
mata anda sendiri, pasti anda juga akan terinpirasi secara tidak langsung
untuk turut mencontohi perbuatan baik yang biasa mereka lakukan di
Mesir ini.
Petang itu selepas sampai sahaja di kawasan masjid, saya terus
mencari ruang di dalam masjid untuk duduk. Jika anda terlambat sedikit
sahaja untuk mencari tempat duduk walaupun tiba agak awal sebelum
masuk waktu solat, maka selepas itu anda berkemungkinan akan
menghadapi kesukaran untuk mencari tempat duduk yang lain kerana
bilangan orang yang akan hadir di waktu itu adalah sangat ramai
sebenarnya.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
11/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
10
Lautan manusia berkumpul di Masjid Amru pada malam ke-27 Ramadan.
Sedang duduk di masjid sambil sedang menunggu azan Maghrib,
tiba-tiba kelihatan seorang pak cik Arab yang berdiri berdekatan dengan
kawasan saya duduk itu sedang menghampiri sambil membawa sekarung
plastik hitam besar. Kemudian dia membawa keluar bungkusan-
bungkusan nasi arab daripada plastik hitam tadi lantas memberikan satu
persatu bungkusan makanan tersebut kepada orang ramai yang ada ketika
itu untuk berbuka.
Alhamdulillah, rezeki berbuka dengan nasi arab aku dapat hariini, saya bersorak gembira dalam hati. Perasaan seronok mendapat
makanan percuma untuk berbuka puasa ketika diri tidak mempunyai apa-
apa bekalan untuk dijamah ketika itu hanya Allahsubhanahu wa taala
sahaja yang tahu.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
12/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
11
Bungkusan Nasi Arab yang diedar-edarkan oleh pak cik Arab tadi kepada
orang ramai.
Kemudian, selepas terima saja bungkusan makanan itu, saya
memandang ke arah wajah pak cik Arab tersebut. Namun, belum sempatsebelum saya hendak mengucapkan ucapan terima kasih kepadanya, tiba-
tiba pak cik Arab itu telah terlebih dahulu lagi berkata kepada saya,
"Doa-doakan untuk Palestin."
Satu lafaz yang sangat menyentuh hati ketika itu. Kebetulan
ketika bulan Ramadan di tahun tersebut merupakan tahun umat Islam di
Palestin teruk dibantai oleh rejim zionis Israel.
Tahun yang sama umat Islam di seluruh dunia bergembira dengan
menyambut Ramadan di negara masing-masing, tahun yang sama itu juga
saudara-saudara kita di Palestin ketika itu sedang ditembak dan dibantai
bertubi-tubi oleh reim zionis Israel.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
13/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
12
Tahun yang sama umat Islam di seluruh dunia bergembira ketika
Ramadan dengan juadah-juadah makanan yang berbeza-beza, tahun yang
sama itu juga saudara-mara kita di Palestin sana tidak mempunyai apa-apa makanan untuk dijamah di samping terpaksa berteduh di runtuhan-
runtuhan bangunan dengan bekalan elektrik dan air yang diputuskan dari
dunia luar.
Ya, bulan yang sama. Tahun yang sama. Islam yang sama.
Doa-doakan untuk Palestin.
Pengajaran yang boleh diambil :
1- Jika datang sahaja apa-apa peluang untuk kita sampaikan
peringatan kepada orang lain, maka manfaatkan sebetul-betulnya
peluang yang ada tersedia itu. Kerana peluang hanya datang
sekali. Contohnya sepertimana yang dilakukan oleh pak cik Arab
di atas ini. Di setiap peluang yang beliau miliki ketika mengedar-
edarkan makanan percuma kepada orang ramai itu, di samping itu
juga beliau terus manfaatkan peluang yang ada untuk berjumpa
dengan orang ramai itu bagi menyampaikan dakwah islam secara
tidak langsung dengan mengingatkan mereka kepada saudara-
saudara seislam di Palestin sana.
2- Dalam kesenangan dan keamanan yang sedang kita nikmati
sekarang ini, jangan lupa untuk sentiasa berdoa dan terus berdoa
untuk saudara-saudara seislam kita di seluruh dunia yang kurang
bernasib baik di luar sana. Dalam pelbagai halangan yang
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
14/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
13
menyukarkan kita untuk menghulurkan bantuan fizikal mahupun
material, maka jangan lupa untuk terus hulurkan bantuan doa
dengan bersungguh-sungguh kerana itulah hakikat senjata utamabagi seorang mukmin yang bersaudara sebenarnya.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
15/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
14
KEMISKINAN YANG MENGINSAFKAN
Maidah ar-Rahman. Nama yang sangat dikenali oleh kebanyakan
orang Malaysia di bumi Mesir apabila menjelang saja bulan Ramadan.
Satu kawasan khas yang menyediakan makanan dan minuman percuma
bagi sesiapa sahaja yang ingin berbuka puasa di sini.
Tiada paksaan. Tiada halangan. Siapa-siapa sahaja boleh makan
di sini tidak kira anda dari kalangan yang tua mahupun yang muda.
Memang perkara ini biasa diamalkan oleh rakyat Mesir di bulan
Ramadan ini sebenarnya.
Namun, jenis-jenis makanan yang dihidangkan diMaidah ar-
Rahmanini tidaklah semewah seperti di hotel-hotel yang bertaraf lima
bintang sebenarnya. Makanan yang dihidangkan adalah daripada jenis
yang biasa-biasa sahaja. Makanan ruji rakyat Mesir. Namun, makanan-
makanan ini cukup untuk mengenyangkan perut orang yang
menjamahnya. Dan memang atas dasar itu pun matlamat diwujudkan
Maidah ar-Rahman ini sebenarnya. Untuk memberi makan kepada
golongan yang kurang berkemampuan supaya mereka boleh berbuka
puasa dengan makanan yang secukupnya.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
16/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
15
Jenis makanan yang biasa dihidangkan di Maidah ar-Rahmannasi/makaroni
Mesir, roti Mesir (dipanggil sebagai eisy baladi), daging/ayam, manisan dan
air minuman.
Bagi kebanyakan pelajar Malaysia di sini, kewujudanMaidah ar-
Rahman dalam bulan Ramadan ini juga merupakan antara nikmat yang
sangat disyukuri sebenarnya. Sebelum tiba bulan Ramadan, kami di sini
kebiasaannya akan makan makanan-makanan yang dimasak sendiri di
rumah. Namun apabila tiba sahaja bulan Ramadan kebanyakan dari
pelajar Malaysia di sini akan lebih cenderung untuk berbuka puasa di
kawasan-kawasan makanan percuma sepertiMaidah ar-Rahman ini lagi
kerana itu lebih dapat menjimatkan kewangan sebagai seorang pelajar.
Saya juga salah seorang dari mereka yang gemar berbuka puasa di
kawasan-kawasan seperti ini. Selain dapat menjimatkan wang, saya lebih
cenderung untuk berbuka puasa di sini kerana lebih suka untuk
memerhatikan keadaan sosial dan kehidupan orang tempatan Mesir yang
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
17/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
16
rata-ratanya terdiri dari kalangan golongan berpendapatan rendah
sebenarnya.
Jarang sangat orang Mesir dari kalangan yang kaya turun berbuka
puasa di sini. Mereka dari kalangan yang kaya itu lebih berperanan dalam
memberi sumbangan dana untukMaidah ar-Rahman ini berjalan
sebenarnya. Itulah cantiknya norma kehidupan masyarakat Islam di Mesir
ini.
Antara suasana yang boleh dilihat jika anda berbuka puasa bersama-sama
orang Arab Mesir di Maidah ar-Rahman.
Apabila berbuka puasa bersama-sama golongan-golongan miskin
Mesir diMaidah ar-Rahmanini, saya sangkakan kami ini sudah dikira
cukup miskin berbanding dengan rakyat Mesir yang lain sebenarnya.
Mengenangkan kepada muka-muka kelaparan seperti kami ini yang
makanannya hanya mengharapkan dari belas kasihan pemberian orang
lain untuk berbuka puasa. Rupa-rupanya tidak.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
18/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
17
Antara suasana yang boleh dilihat jika anda berbuka puasa bersama-sama
orang Arab Mesir di Maidah ar-Rahman.
Satu hari ketika saya sedang berbuka puasa diMaidah ar-
Rahman, saya terlihat satu peristiwa yang betul-betul menyentuh
perasaan saya. Selepas semua orang selesai berbuka puasa diMaidah ar-
Rahman tersebut, terlihat kelibat seorang pak cik dan mak cik Arab
beserta beberapa orang anak-anak kecil yang lain akan bangun dan ronda
berjalan-jalan mengelilingi tempat makan orang awam tadi.
Sambil membawa satu beg plastik, masing-masing akan jalan
mencari-cari sisa-sisa roti eisybaladi(roti Arab Mesir yang kasar) yang
ditinggalkan tidak dimakan di atas meja-meja makan tadi. Malah kadang-
kadang sisa-sisa ayam yang telah digigit tetapi masih ada isi-isi yang
tinggal berbaki pun mereka akan kutip untuk dimasukkan ke dalam
plastik itu tadi!
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
19/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
18
Dengan muka serba malu apabila melihatkan kepada beberapa
orang di sekeliling yang masih ada duduk di situ, mereka akan cepat-
cepat mengambil baki-baki ayam yang telah digigit dan baki-bakimakanan yang lain lantas terus beredar cepat-cepat dari situ.
Selepas itu saya tidak tahu apa yang mereka akan lakukan dengan
sisa-sisa makanan yang mereka kutip itu tadi. Namun wajah-wajah
mereka yang saya dapat lihat itu tadi memang kelihatan betul-betul dalam
kelaparan juga sebenarnya.
Selepas beredar saja daripada tempatMaidah ar-Rahman itu, saya
terdiam yang agak panjang. Lama berfikir. Terkenangkan kepada
beberapa pengajaran berharga yang saya tidak akan lupakan sepanjang
hidup saya selepas ini.
Pengajaran yang boleh diambil :
1- Dalam sedikit makanan yang kita sangkakan kitalah manusia
dalam dunia ini yang paling tidak cukup makan itu, rupa-
rupanya ada lagi saudara-saudara seislam kita di Palestin,
Syria dan negara-negara Islam lain sana yang langsung tiada
makanan untuk berbuka puasa pun sebenarnya.
2- Dalam sesetengah keadaan apabila diri kita kuat mengatakan
bahawa ya Allah, teruknya uian yang sedang aku hadapi ini
ya Allah, kita lupa bahawa ada manusia-manusia lain yang
lebih teruk lagi diuji daripada apa yang sedang kita hadapi itu
sebenarnya.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
20/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
19
3- Kita mudah cepat mengeluh dengan apa-apa yang berlaku ke
atas diri kita dalam masa yang sama lupa untuk melihat
kepada keadaan orang lain terlebih dahulu. Maka apabila kitatersedar akan hakikat realitinya yang sebenar, cepat-cepatlah
kembali bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan atas
segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya ke atas
hamba-hamba-Nya. Kerana atas setiap sesuatu yang berlaku
itu, ada hikmah yang terselindung di sebalik perkara itu yang
jarang kita cuba untuk cari sebenarnya.
Bersyukurlah wahai manusia...
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
21/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
20
KEBIJAKSANAAN STRATEGI ORANG
MESIR
Dalam banyak-banyak sikap buruk orang Mesir yang terkenal
disebut-sebutkan oleh kebanyakan orang di seluruh dunia sebenarnya ada
terkandung satu sikap baik yangboleh saya kira paling susah sekali untuk
dikalahkan oleh kebanyakan orang di negara lain, dan sikap ini anda akan
mudah menemuinya dalam kalangan rakyat Mesir tatkala tiba sahaja
bulan Ramadan.
Teringat pengalaman saya berpuasa dua tahun di Mesir sebelum
ini. Pabila waktu berbuka hampir tiba, saya akan pergi ke masjid
berdekatan untuk berbuka puasa bersama-sama warga tempatan Mesir.
Rajin berbuka puasa di masjid bukan kerana mengharapkan
makanan percuma dari mereka (orang mesir) sangat, tapi kerana suka
perhatikan tingkah laku mereka yang banyak memberi inspirasi kepada
diri sendiri secara langsung mahupun secara tidak langsung sebenarnya.
Berada di dalam kawasan masjid, anda tidak perlu terlalu risau
untuk mencari makanan dan minuman di sini sana. Hal ini kerana
kebanyakan masjid-masjid di Mesir ada menyediakan juadah berbuka
puasa bagi orang ramai yang hadir ke sana. Tidak cukup sekadar itu,
individu-individu persendirian pun kadang-kadang ada juga menyediakan
makanan-makanan dan minuman-minuman tambahan kepada orang
ramai untuk berbuka puasa atas kapasiti masing-masing.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
22/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
21
Berbuka puasa di masjid bersama-sama warga tempatan Arab Mesir.
Berbuka puasa di masjid bersama-sama warga tempatan Arab Mesir.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
23/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
22
Di waktu ini anda akan melihat kebanyakan orang Arab Mesir
seolah-olah seperti sedang berlumba-lumba untuk memperoleh ganjaran
pahala terbanyak bagi orang yang paling banyak bersedekah kepadaorang ramai dalam bentuk juadah berbuka puasa.
Mereka sangat-sangat berpegang dan beramal dengan hadis ini
sebenarnya,
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani RA daripada Nabi SAW
bersabda : Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa
(iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa
itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa
tersebut.
(Hadis Riwayat at-Tarmizi)
Suasana yang akan dapat anda lihat di masjid-masjid sekitarMesir ketika waktu ini agak menyeronokkan sebenarnya. Sampai sahaja
di masjid, kebiasaannya akan ada beberapa anak kecil ataupun orang
dewasa sendiri yang akan memegang kotak kurma berhampiran pintu
masuk masjid. Setiap orang yang berlalu di situ untuk memasuki kawasan
masjid akan dipersilakan untuk mengambil beberapa biji kurma mengikut
kehendak masing-masing.
Ambillah tiga bii,bukankah sunnah itu ambil nombor ganil?
kata pak cik yang memegang kotak kurma itu kepada saya sambil
tersenyum. Sengaja beliau kata begitu suruh menambah sedikit bilangan
kurma saya apabila melihatkan kepada saya yang hanya mengambil sebiji
buah kurma sahaja.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
24/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
23
Dalam sesetengah masjid, walaupun tiada orang yang berdiri di
pintu masjid seperti itu, kadang-kadang akan ada pak cik-pak cik Arab
sendiri yang akan mengedarkan kurma-kurma untuk berbuka apabilawaktu azan hampir tiba. Mereka akan pergi ke seorang demi seorang
jemaah yang sedang duduk dalam saf untuk mengedarkan kurma-kurma
bagi berbuka puasa. Kadang-kadang sampai tertunduk-tunduk saya
terlihat pak cik-pak cik Arab Mesir yang sudah tua ini mengedar-edarkan
kurma kepada jemaah-jemaah di dalam masjid. Punya bersungguh-
sungguh mereka berusaha nak memastikan setiap orang yang hadir didalam masjid itu mendapat sesuatu juadah untuk berbuka puasa.
Kekadang anda boleh lihat dari kalangan golongan-golongan kaya
Mesir sendiri yang akan turun ke masjid bagi berlumba-lumba melakukan
amal jariah ini. Berhenti di hadapan masjid, mereka akan membawa
makanan-makanan berbungkus dan kotak-kotak air keluar dari kereta
mereka. Kemudian, sesampai saja di dalam kawasan masjid, mereka
sendiri akan pergi mengedar-edarkan juadah-juadah yang dibawa tadi
satu persatu kepada mereka yang hadir di masjid.
Ya, golongan-golongan kaya ini melakukan kesemua kerja fizikal
ini sendiri sebenarnya! Tidak mengupah orang lain untuk melakukannya.
Satu persatu mereka lakukan sendiri bersama-sama anak-anak kecil
mereka. Sambil bersedekah sambil itu juga pendidikan secara tidak
langsung sedang mereka didik ke atas anak-anak kecil mereka juga
sebenarnya. Supaya setelah meningkat dewasa nanti, anak-anak kecil ini
akan mengingati amalan-amalan mulia ayah mereka lantas mereka juga
akan terdetik untuk mencontohinya ketika mereka pula meningkat
dewasa selepas ini.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
25/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
24
Kebiaksanaan mereka tidak terhenti setakat itu. Selagi mana
ada saja peluang-peluang terbuka yang mereka lihat dapat diambil untuk
dibuat amal jariah, selagi itu mereka akan bersungguh-sungguhmelibatkan diri untuk mengambil bahagian bersama-sama.
Ada yang menyumbang derma kepada tempat-tempat pengajian
dalam bentuk kewangan. Ada yang menyumbang dalam bentuk makanan.
Di satu kawasan bernamaMudhoyafahSyeikh Ismail Sodiq Al-Adawi
yang biasa terdapat kelas-kelas pengajian, setiap kali selepas habis sahaja
kelas pengajian di waktu maghrib, kesemua pelajar yang hadir ke kelas
tersebut akan dijamu dengan juadah makanan berbuka puasa. Maka
bayangkan berapa banyak pahala yang dapat diperoleh oleh penyumbang
berdasarkan hadis di atas itu tadi jika bilangan pelajar yang hadir ialah
berpuluh-puluh orang dan amal jariah yang disumbangkannya itu pula
bukan seminggu sekali, tetapi tiap-tiap hari!?
Selain itu, ada juga yang memberi sumbangan infaqdalam bentuk
barangan-barangan fizikal seperti mesin air minuman percuma dan
diletakkan di tepi-tepi jalan ataupun di dalam masjid-masjid awam. Maka
bayangkan berapa banyak pahala yang diperoleh oleh penyumbang jika
setiap hari ada sahaja berpuluh-puluh orang yang lalu di kawasan itu dan
menggunakan khidmat mesin itu untuk hilangkan rasa dahaga masing-
masing!?
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
26/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
25
Atas : Mesin air minuman percuma di dalam yang
diletakkan di dalam
masjid awam.
Ya. Selagi mana ada saja mereka terjumpa lubuk-lubuk berharga
untuk menanam saham-saham akhirat ini, selagi itu mereka akan
berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Orang bijak yang sentiasa
bersedia untuk menghadapi alam abadi yang perlu ditempuhi selepas ini
memang begini sifat mereka sebenarnya seperti yang disebutkan oleh
Nabi Muhammad SAW dalam hadis Baginda yang mulia:
Orang yang bijak ialah orang yang menilai dirinya dan beramal
untuk selepas matinya dan orang yang lemah ialah orang yang
dirinya mengikuti nafsunya dan berangan-angan kepada Allah.
(Hadis riwayat Tarmizi)
Tepi : Mesin air minuman percuma yang diletakkan di
tepi-tepi jalan bagi kegunaan orang awam.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
27/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
26
Gambar menunjukkan seorang pakcik Arab sedang berjalan-jalan di hadapan
saf untuk menawarkan air kosong percuma kepada para jemaah yang sedang
berehat selepas empat rakaat menunaikan solat sunat tarawih.
Pak cik Arab tadi menuangkan air kepada jemaah yang sedang berehat di
ruangan saf solat.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
28/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
27
Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang pahalanya dilipatgandakan lagi
berkali-kali ganda. Nampak kecil tetapi kesan yang terhasil adalah sangat
besar tanpa disedari sebenarnya.
"Pahala mudah, tapi berpanjangan."
Pengajaran yang boleh diambil :
1-
Cerita-cerita di atas ini semua sebenarnya adalah sangat biasa
boleh dilihat berkembang subur di Mesir ini. Namun, sengaja
cerita-cerita ini penulis nukilkan semula buat renungan pembaca
bagi memberi inspirasi buat semua untuk berlumba-lumba bagi
melakukan amal jariah yang tidak ramai dari kalangan orang
Malaysia kita diberi pendedahan akan kepentingannya yang
sangat besar sebenarnya.
2- Amalan sedekah memang satu amalan yang sangat mulia di sisi
Islam. Namun, sedekah yang berkekalan sepertimesin-mesin
wakaf air dan berbagai-bagai amalan wakaf lain yang berbentuk
kekal manfaatnya adalah lebih biak lagi cuba diketengahkan
dalam bab ini untuk diamalkan bersama-sama sebenarnya. Kerana
manfaat yang diperoleh oleh kedua-dua penyumbang dan
penerima berbentuk manfaat yang berpanjangan.
3- Dalam sibuk kita melakukan perbuatan-perbuatan baik di sini
sana, jangan lupa lakukan amalan-amalan yang murni ini
bersama-sama anak-anak dan ahli keluarga yang lain juga, supaya
semangat untuk berbuat baik itu turut diwariskan kepada mereka
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
29/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
28
juga sampai ke generasi-generasi yang seterusnya. Ini juga satu
kebijaksanaan dalam merancang strategi berbuat baik.
TERLAMBAT BERBUKA
Selepas tamat kelas petang itu, jarum jam sudah menunjukkan
hampir kepada masuknya waktu azan solat fardu Maghrib. Bermakna
petang itu saya memang telah agak terlewat untuk bersiap-siap bagi
berbuka puasa sebenarnya. Lantas kemudian saya percepatkan langkah
pergi mencari masjid terdekat bagi berbuka puasa di sana.
Naluri hati petang itu seolah-olah berbisik kepada saya supaya
pergi ke Masjid Saidina Hussein. Sebuah masjid yang agak besar terletak
tidak jauh dari tempat saya berdiri ketika itu. Masjid yang di dalamnya
tersimpan satu jasad mulia iaitu Saidina Hussein radiallahu anhu, antara
cucu kesayangan junjungan Baginda Nabi Muhammadsollallahu alaihi
wasalam.
Lantas tanpa melengahkan masa lagi saya terus bergegas pergi ke
kawasan masjid itu. Sampai sahaja di dalam kawasan masjid, mata saya
terus melilau-lilau mencari tempat duduk kosong di celah-celah kawasan
orang ramai berbuka puasa.
Biasanya sebelum ini jika saya pergi berbuka puasa di Masjid
Hussein, akan ada sahaja ruang juadah berbuka yang masih kosong yang
boleh untuk saya duduk sekali, tetapi petang itu disebabkan sudah agak
terlewat maka semua tempat duduk yang ada telah pun penuh.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
30/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
29
Makam Saidina Hussein radiallahu anhu betul-betul di belakang kawasan
orang ramai berbuka puasa di dalam Masjid Hussein.
Kemudian saya pun terus mencari mana-mana kawasan lain yang
masih kosong lantas terjumpa satu kawasan berdekatan tiang masjid yang
terletak bersebelahan kawasan orang berbuka puasa. Pantas saya
melabuhkan punggung di kawasan itu bersandarkan kepada tiang masjid
sambil menunggu azan maghrib. Berbekalkan sebungkus air yang sempat
dibeli di tepi jalan sebentar tadi, saya duduk berseorangan sambil tenang
memerhatikan gelagat orang ramai di sekeliling di waktu itu.
Dah tiada rezeki hari ini, nak buat macam mana, hati kecil saya
berborak seorang. Redha dengan ketentuan yang berlaku di waktu itu
Kemudian, tidak sampai beberapa minit selepas saya melabuhkan
punggung di tempat itu, terdengar beberapa suara berdekatan sedang
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
31/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
30
dilontarkan seolah-olah ditujukan kepada saya. Adik, mari sini, mari
sini! Rupa-rupanya beberapa orang pak cik Arab yang sedang duduk di
tepi itu sedang memanggil-manggil saya untuk duduk makan sekalibersama-sama mereka. Dari jauh saya lihat tempat duduk mereka itu
sudah agak penuh juga sebenarnya.
Macam sudah tiada tempat kosong sahaa di situ, tapi mengapa
mereka masih nak aak aku lagi? Satu persoalan yang terngiang-ngiang
di fikiran saya selepas terdengar sahaja suara mereka memanggil-manggil
tadi.
Tidak mengapa, tidak mengapa. Pantassaya membalas ajakan
mereka itu sambil tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala. Cuba
untuk menolak pelawaan mereka dengan baik. Mengenangkan kepada
keadaan mereka yang saya jangkakan akan tidak cukup makanan
disebabkan oleh kehadiran saya.
Sini, sini! Cepatlah! Saya terdiam. Orang Arab Mesir
sememangnya terkenal dengan sikap mereka yang tidak suka mengalah
dan tidak suka orang lain menolak sebarang pelawaan mereka.
Disebabkan oleh itu jugalah saya tidak boleh sewenang-wenangnya
menolak pelawaan mereka begitu sahaja. Lantas saya pun perlahan-lahanmenghampiri tempat duduk pak cik Arab yang memanggil-manggil saya
itu tadi.
Lama saya perhatikan keadaan makanan di sekeliling kawasan itu.
Bilangan makanan yang disediakan oleh pihak masjid di satu-satu
kawasan berbuka puasa itu hanya cukup seorang satu sahaja sebenarnya.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
32/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
31
Tiada lebih. Kemudian seorang pak cik di sebelah saya tiba-tiba
menghulurkan makanannya kepada saya.
Orang ramai sedang menunggu untuk berbuka puasa di Masjid Hussein.
"Eh tak mengapa, tak mengapa. Saya sudah ada air dah ni," saya
cuba menolak makanan yang dihulurkannya itu walaupun perut sudah
agak lapar juga sebenarnya.
"Ambil makanan ini. Ambil, ambil."
"Eh tak mengapa, tak mengapa. Pak cik hendak makan apa
nanti?"
"Aku ada kawan di belakang itu. Dia ada banyak makanan. Kau
ambil sahaja makanan ini. Aku cukup ada kurma-kurma ini. Lagipun,
selepas solat aku hendak terus pulang ke rumah."
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
33/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
32
Laju pak cik Arab itu menjawab. Saya tidak tahu hendak berkata
apa-apa lagi. Terpaksa akur sahaja di waktu itu disebabkan sudah
kehabisan idea. Entah betul atau tidak 'alasan-alasan' yang diberikan olehpak cik itu. Entah-entah beliau sendiri pun tiada makanan juga
sebenarnya.
Makanan yang diberikan oleh pak cik Arab ini tiada nasi
mahupun roti eisy. Yang ada hanyalah kuah kacang dal sahaja. Berbeza
dengan orang lain di sekeliling yang setiap seorang daripada mereka
memiliki seorang satu pinggan kecil nasi, sekeping roti eisydan
sepinggan kecil kuah kacang dal. Memang begitu menu yang biasa
dihidangkan kepada semua yang hadir untuk berbuka puasa di dalam
Masjid Hussein ini sebenarnya.
Kemudian pak cik Arab itu tadi menjerit dari jauh, "Muhammad,
tolong bawakan nasi dan roti datang sini!" Saya terdiam sekali lagi.
Sepatutnya saya sendiri yang perlu pergi minta. Namun sikap semulajadi
Arab Mesir yang berada dalam diri beliau telah terlebih dahulu lagi
mendahului tindakan saya. Orang Arab Mesir memang terkenal dengan
sikap suka membantu orang lain walaupun orang itu tidak dikenali
mereka sekalipun.
Lama menunggu. Makanan yang diminta tidak juga kunjung tiba.
Saya tidak mengharap sangat kepada makanan yang diminta itu tadi
sebenarnya kerana saya sudah sangat-sangat segan dengan kemurahan
hati orang Arab Mesir ini sebenarnya.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
34/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
33
Kemudian pak cik Arab tersebut bangun dan pergi sendiri untuk
berjumpa dengan petugas-petugas yang mengedarkan makanan bagi
meminta nasi atau roti yang masih tidak cukup lagi untuk saya. Sekalilagi saya terdiam melihatkan kepada tindakan beliau ketika itu.
Bersungguh-sungguh berusaha sehabis mungkin untuk dapatkan
makanan bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk orang lain.
Selepas lama bertanyakan kepada petugas yang berada di situ,
barulah kami tahu bahawa simpanan makanan yang ada telah pun habis.
Memandangkan bilangan orang yang hadir di waktu itu memang agak
ramai dan melihatkan kepada jarum jam pun sudah menunjukkan hampir
kepada masuk waktu azan Maghrib, maka tidak hairanlah baki makanan
yang ada telah pun habis. Sudah boleh dijangka.
Masuk sahaja waktu azan, saya makan apa yang ada terhidang
bersama-sama saya. Bersyukur kerana masih lagi ada sedikit juadah yang
boleh dijamah untuk berbuka puasa. Orang lain di sekeliling pun khusyuk
sedang menikmati juadah makanan masing-masing.
Kemudian seorang pak cik Arab tua berusia dalam lingkungan 60-
70 tahun yang bertongkat dan duduk di sebelah saya mengoyakkan
separuh daripada roti eisykepunyaannya dan ditolakkan ke tepi kepadasaya. Dari tadi beliau telah pun lama memerhatikan perbualan kami
sebelum itu sebenarnya.
Roti yang dimiliki oleh beliau juga hanyalah sekeping
bilangannya. Namun beliau tetap mengoyakkan separuh roti itu dan
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
35/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
34
memberikannya kepada saya. Nasi yang beliau dapat pun hanya dijamah
sesudu dan selebihnya ditolak kepada saya tanpa berkata apa-apa.
Ah, 'ithar' tahap apakah ini!?
Waktu itu memang saya betul-betul terkesima. Petang itu hati
saya menangis. Menangis sedalam-dalamnya. Kerana kesemua insan
yang saya sebutkan di atas ini terdiri daripada kalangan golongan miskin
Mesir sebenarnya!
Walaupun miskin dari sudut harta, tetapi hati mereka sangat kaya
dengan sikap pemurah yang tidak dimiliki kebanyakan orang lain
sebenarnya. Benarlah kata alim bijaksana, orang yang susah akan lebih
mudah untuk berbuat baik kepada orang lain kerana mereka lebih
memahami perasaan susah yang tidak dirasai oleh kebanyakan orang
senang yang lain sebenarnya.
Ya Allah berkatilah mereka dan kurniakanlah rezeki yang luas dalam
setiap kehidupan mereka ya Allah.
Pengajaran yang boleh diambil :
1- Selain selalu berada dalam kalangan orang berada atau orang
sederhana, rajin-rajinkan juga diri anda untuk meluangkan masa
bersama-sama orang miskin yang ada. Anda akan belajar
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
36/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
35
berbagai-bagai jenis pengajaran daripada mereka jika anda korek
kisah-kisah hidup mereka satu persatu sebenarnya.
2-
Orang kaya kadang-kadang mempunyai satu perasaan yang agaksusah untuk menghulurkan bantuan kepada orang lain disebabkan
oleh mereka jarang merasai satu perasaaan ketika menerima
sesuatu bantuan daripada orang lain. Berbeza dengan orang
miskin atau orang susah. Mereka ini lebih cenderung untuk
bersungguh-sungguh membantu orang lain secara sifat semula
jadi mereka kerana mereka tahu bagaimana perasaannya beradadalam keadaan yang susah.
3- Ringankan tulang anda untuk berdamping dengan golongan-
golongan miskin atau susah. Anda akan faham apa yang saya
cuba sampaikan kepada anda sebenarnya.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
37/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
36
RAMADAN KEDUA DI MASJID AMRU
Sepanjang pengalaman saya menunaikan solat tarawih di Masjid
Amru ini, kali inimasjid terkenal ini sekali lagi mencipta sejarahnya
yang tersendiri pada malam ke-27 Ramadhan. Walaupun gaya bacaan si
imam itu telah pun anda dengari berkali-kali sebelum ini, tetapi
pengalaman itu tetap tidak akan membuat anda serik untuk terus
menunaikan solat tarawih lagi di masjid ini pada setiap tahun.
Uniknya kebanyakan imam-imam terkenal di Mesir ini bukan
setakat pada suara mereka yang sedap didengari, tetapi disebabkan oleh
bacaan-bacaan al-Quran dan doa-doa yang dipimpin oleh mereka itu
datangnya dari hati masing-masing. Bukan sekadar hafal teks seperti
kebanyakan imam yang lain.
Mendapat pengalaman untuk menunaikan solat sunat tarawih di
sini, jarang-jarang sekali anda tidak terserempak dengan makmum-
makmum yang menangis ketika solat. Kalau tidak ramai pun, anda pasti
akan temui seorang dari kalangan makmum yang akan menangis walau di
ceruk bahagian mana pun anda solat di dalam masjid itu.
Mereka menangis bukan disebabkan saja-saja ingin menangis,
tetapi tersentuh dengan bacaan doa imam yang memimpin solat. Ayat-
ayat doa yang dibacakan oleh imam sangat menyentuh perasaan
sebenarnya. Malah saya yang kurang fasih berbahasa Arab ini pun boleh
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
38/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
37
merasai serba sedikit penangan sentuhan hati doa-doa imam tersebut
secara tidak sengaja.
Orang awam tempatan termasuk pihak media turut mengambil gambar dan
membuat rakaman ketika imam hadir di hadapan.
Doa Qunut yang dibacakan oleh imam di bulan Ramadan kali ini
temanya agak berbeza berbanding dengan tahun sebelumnya. Kalau
tahun lepas klimaks doa adalah ketika mendoakan untuk tragedi Rabaah,
tapi malam tersebut klimaksnya adalah ketika mendoakan untuk tragedi
Gaza!
Walaupun doa Qunut yang dibacakan oleh imam itu panjangnya
mencecah lebih dari setengah jam, namun itu tidak menghalang hampir
keseluruhan makmum untuk bersungguh-sungguh meng-amin-kan
bacaan doa itu. Dek penangan doa yang dibacakan itu kena dengan isu
setempat yang sedang berlaku di waktu itu sebenarnya.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
39/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
38
Kebanyakan jemaah yang hadir pada waktu itu menangis teresak-
esak kesedihan ketika doa Qunut dibacakan oleh imam pada rakaat
terakhir solat Witir. Bermula dengan doa puji-pujian terhadap Allahsubhanahu wa taala. Diikuti kemudian dengan doa-doa yang menyebut
tentang Nabi Muhammadsollallahu alaihi wasalamsehinggalah kepada
doa-doa mengenai perihal umat Islam di seluruh dunia.
"Wahai Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Mengasihani...
Bantulah hamba-hamba-Mu, kami yang lemah-lemah ini ya Allah.
Bantulah hamba-hamba-Mu di Palestin itu. Sesungguhnya kami
yang lemah ini tidak mampu berbuat apa-apa ya Allah...
Wanita-wanita mereka dianiaya! Anak-anak kecil mereka dibunuh
begitu saja!
Kami tahu kesemua perkara itu sedang berlaku tetapi kami hanya
mampu menyaksikannya sahaja ya Allah! Kami tidak mampu
berbuat apa-apa! Bantulah kami semua ya Allah!!
Para makmum semakin kuat merintih kesedihan. Sedih
bersulamkan rasa bersalah. Sayu mengenangkan kepada nasib saudara-
saudara seagama di negara lain yang sedang diuji dengan bermacam-
macam jenis ujian dan diri sendiri masih lagi tidak berbuat apa-apa
tindakan untuk menghulurkan bantuan. Mengenangkan kepada
pemimpin-pemimpin negara Islam sekarang yang masih bertelagah
sesama sendiri di samping sibuk dengan pembangunan negara masing-
masing tanpa memikirkan langsung bagaimana untuk membantu saudara-
saudara se-Islam mereka di negara lain yang turut sama bergelar Islam!
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
40/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
39
Benarlah dasar pecah dan perintah (divide and conquer) yang
dilaksanakan oleh penjajah Barat ke atas negara-negara Islam di waktu
dahulu sangat memainkan peranannya dalam menggagalkan perpaduandan kesatuan umat Islam sehingga sekarang. Masih ramai lagi yang
belum sedar akan kesan buruk itu ke atas dunia dan umat Islam hari ini
sebenarnya. Masing-masing sibuk menuding jari dan menyalahkan satu
dengan yang lain seolah-olah Islam mereka itu ialah Islam yang berbeza
lagaknya!
Orang ramai sedang berdiri dalam saf solat masing-masing sambil menunggu
imam mengangkat takbir.
Di waktu yang sama pada malam tersebut, imam yang memimpin
solat itu tadi bukan sahaja hanya mendoakan kebaikan untuk Palestin dan
umat-umat Islam yang lain, beliau juga bahkan turut lantang mendoakan
untuk negara Mesir walaupun kementerian Mesir di waktu pemerintahan
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
41/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
40
Jeneral as-Sisi itu telah mengeluarkan satu kenyataan yang tidak masuk
akal,
"Haram untuk membacakan doa yang menyentuh tentang
kezaliman!"
Namun, beliau tetap sertakan sekali Mesir dalam doa mereka di
malam itu dek kerana sayangnya mereka pada negara Mesir yang mereka
cintai itu.
"Ya Allah, Kami memohon kepada Engkau agar Kau peliharalah
bumi Mesir ini ya Allah. Kau hakimilah perosak-perosak negara
Mesir, pemimpin-pemimpin yang khianat dan munafik-munafik
yang memusuhi Islam di negara kami ini ya Allah!"
Doa-doa yang dibacakan beliau langsung tidak ada menyebut
mana-mana nama pemimpin-pemimpin politik mereka di waktu itu.
Langsung tidak ditujukan spesifik kepada mana-mana pihak yang berada
di Mesir di waktu itu. Namun biasalah, siapa yang makan cili pasti akan
terasa pedasnya.
Kemudian tidak lama selepas itu, kami yang hadir di malam itu
mendapat khabar berita bahawa imam malam tersebut yang memimpin
solat tarawih dan doa Qunut itu kini tidak dibenarkan untuk menjadi
imam di masjid-masjid di Mesir.
Allah... Sedih melihatkan kepada unsur sekularisme yang semakin
parah melanda semula negara Mesir ini. Itulah kesannya apabila orang
yang memimpin sesebuah institusi itu dipilih dari kalangan yang bukan
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
42/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
41
ahlinya. Maka ia akan mudah diperalatkan oleh musuh-musuh Islam
secara diam-diam tanpa disedari ramai sebenarnya.
Pengajaran yang boleh diambil :
1- Jika anda berpeluang untuk datang ke Mesir, cuba belajar bahasa
Arab dan cuba fahami dan hayati bacaan-bacaan imam ketika
solat, kerana ayat-ayat al-Quran yang dipilih oleh mereka untukdibacakan dalam solat kadang-kadang bukan sekadar main pilih
secara rawak begitu sahaja, tetapi ada tujuan yang ingin
disampaikan secara tidak langsung sebenarnya.
2- Cuba buka terjemahan al-Quran dan cari sepotong dua ayat yang
boleh anda jadikan sebagai pegangan hidup. Hafal ayat itu betul-
betul dan cuba alunkan dan hayati alunan ayat al-Quran yanganda bacakan ketika dalam solat-solat harian ketika itu. Anda
akan merasai satu perbezaan yang manis.
3- Pentingnya untuk memilih pemimpin-pemimpin negara dari
kalangan yang berpegang teguh dengan ajaran Islam, bukan
sekadar nama sahaja nama Islam. Jika anda tersalah pilih, maka
bersedialah untuk menghadapi perubahan dahsyat yang andasendiri tidak akan sanggup melihatnya sepertimana yang telah
berlaku di Mesir ini.
4- Doa-doakan supaya mereka yang berjuang di jalan yang benar
sentiasa diberikan bantuan oleh Allahsubhanahu wa taala dan
sentiasa doa-doakan juga untuk umat Islam secara
keseluruhannya!
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
43/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
42
TAHANAN BERBUKA PUASA
Petang itu, kelas talaqqidiMudhoyafahSyeikh Ismail Sodiq al-
Adawi habis agak awal. Kebiasaannya pada setiap petang, hampir
kebanyakan kelas di situ akan tamat ketika masuknya waktu solat fardu
Maghrib dan kami kebiasaannya akan berbuka puasa di kawasan itu
memandangkan juadah berbuka puasa untuk hadirin diMudhoyafahitu
ada disediakan pada setiap hari.
Namun disebabkan hari itu kelas habis agak awal, maka kami
mengambil keputusan untuk berbuka puasa sahaja di kawasan-kawasan
berdekatan tempat tinggal kami diHayyu Sabieyang terletak agak jauh
daripada kawasan pengajian itu sebenarnya.
Lantas tanpa melengahkan masa, saya dan seorang lagi sahabat
segera berjalan kaki menuju ke stesen bas berdekatan untuk pulang ke
rumah. Sepanjang dalam perjalanan hendak menuju ke stesen bas itu,
kami berdua rancak berborak-borak tentang perancangan perjalanan kami
selepas ini.
Azhan, selepas ini kita nak iftardi mana ni? tanya saya
memulakan perbincangan. Entahlah, aku tak kesah pun iftardi mana-
mana, bersahaa saa awapan yang diberikan olehnya. Memang
kebiasaan pelajar-pelajar seperti kami ini tidak kesah pun untuk berbuka
puasa di mana-mana sebenarnya. Yang penting tempat yang hendak
dituju itu kami perlu pastikan sempat untuk kami tiba di sana sebelum
masuk azan Maghrib.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
44/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
43
Kemudian saya cuba memberikan cadangan. Kalau begitu apa
kata kalau kita iftardiHadiqah Dauli? Ayam yang mereka hidang di
sana kadang-kadang boleh tahan besar-besar juga. Kadang-kadang ikanpun ada juga semasa aku pergi iftardi sana baru-baru ini. Panang saya
bercerita. Cubaan untuk mempengaruhi keputusan perjalanan kami di
petang itu.
Ok om, Azhan terus bersetuu dengan cadangan saya itu tanpa
sebarang bantahan. Beliau memang terkenal dalam kalangan kami
sebagai seorang yang tidak banyak songeh sebenarnya. Maka, kami pun
segera mempercepat langkah untuk menuju ke stesen bas dengan satu
destinasi yang telah diletakkan pada petang itu iaitu hendak berbuka
puasa diHadiqah Dauli.
Namun selang beberapa langkah sahaja selepas itu, kami
terserempak dengan dua orang lelaki Arab Mesir di bahu jalan yang tiba-
tiba menghulurkan tangan ingin bersalam. Dengan prasangka bahawa
mereka hanya ingin bersalaman biasa sahaja, maka kami pun terus
berjabat tangan dengan mereka tanpa apa-apa prasangka buruk.
Mereka tersenyum. Kami pun senyum. Tanpa melepaskan tangan
kami yang masih bersalaman itu, kemudian salah seorang daripadamereka berkata kepada kami, Mari berbuka puasa dengan kami!
Gulp. Saya dan Azhan berpandangan sesama sendiri. Masing-
masing seolah-olah seperti terkejut dengan pelawaan mengejut yang tidak
disangka-sangka itu. Sangkanya hanya sekadar ingin bersalaman biasa,
rupa-rupanya ada hajat yang ingin disampaikan.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
45/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
44
Maaf, kami hendak pergi ke tempat lain ini sebenarnya, Azhan
pantas cuba memberikan jawapan. Saya mengangguk berkali-kali.
Menguatkan lagi awapan yang diberi Azhan itu. Tak mengapa, mariberbuka puasa dengan kami, kata lelaki Arab itu sambil terus menarik
tangan kami. Mereka tidak peduli pun dengan jawapan yang diberikan itu
tadi.
Eh, kami memang betul-betul hendak pergi ke tempat lain ini.
Memang hendak cepat ini sebenarnya, Azhan terus cuba memberikan
jawapan lain lagi. Kali ini dengan menunjukkan reaksi muka yang betul-
betul ingin cepat pergi ke tempat lain, dengan harapan supaya lelaki Arab
itu faham dengan keinginan yang ingin disampaikan.
Tak mengapa, tak mengapa. Mari berbuka puasa dengan kami
dahulu. Lelaki Arab itu terus menarik tangan kami sambil menuu ke
arah satu kawasan. Memang dia tidak peduli langsung dengan apa-apa
jawapan yang diberikan oleh kami. Seorang lagi kawan dia di situ
tersenyum melihatkan kepada gelagat kami bersama-sama lelaki Arab itu.
Orang Arab Mesir memang begini perangai mereka. Jika dalam
perkara lain kita boleh cuba untuk menolak permintaan mereka, tetapi
jika masuk sahaja dalam bab makanan memang kita tidak boleh berkataapa-apa dengan pelawaan dari mereka. Anda berilah apa-apa jawapan
balas sekalipun, mereka tetap tidak akan hiraukannya. Kadang-kadang
sampai satu tahap sekiranya anda menolak pemberian makanan dari
mereka, anda juga boleh dimarahi secara percuma!
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
46/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
45
Lantas selepas melihatkan kepada perangai Arab itu yang
memang tidak mahu bertolak-ansur langsung, maka kami pun terpaksa
mengalah dan redha sambil ikutkan sahaja langkah kaki mereka menujuke tempat berbuka puasa.
Dia tak nak dengar langsung kot apa-apa yang aku cakap. Kau
cakaplah apa-apa pun, dia buat tak tahu sahaa, keluh Azhan kepada
saya perlahan. Saya tersengih. Hendak rasa kasihan ada, hendak rasa geli
hati pun ada melihatkan kepada perangai orang Arab Mesir ini. Memang
sifat ikram ad-dhuyuf (memuliakan tetamu) mereka itu sangat-sangat
tinggi dan sukar untuk dijumpai oleh masyarakat di tempat lain juga
sebenarnya.
Kami kemudian dibawa ke suatu tempat yang memang telah
mereka sediakan meja-meja dan kerusi-kerusi untuk diduduk oleh orang
ramai. Satu kawasan yang tidaklah terlalu mewah tetapi cukup untuk
menempatkan bilangan orang yang ramai untuk duduk makan sekali
bersama-sama.
Setelah sampai di kawasan tersebut, kami pun mengambil tempat
duduk masing-masing dan duduk bersama-sama tahanan lain yang ada
di situ. Rata-rata kebanyakan tahanan yang ada bersama-sama kami disitu terdiri daripada kalangan orang warga Asia seperti Malaysia,
Indonesia dan Thailand.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
47/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
46
Tahanan berbuka puasa yang dipaksa duduk sekali bersama-sama mereka
untuk berbuka puasa bersama-sama.
Kena tangkap uga ke dengan Arab itu? sengaa saya
bertanya kepada mereka sambil tersenyum ketika sampai di situ. Mereka
turut tersengih. Rata-rata masyarakat dunia dari negara Asia seperti
Malaysia, Indonesia dan Thailand memang kebanyakannya terkenal
dengan sikap lemah-lembut mereka dan tidak gemar menyakiti
permintaan orang lain. Maka tidak hairanlah kerusi-kerusi di sekitar itu
saya lihat kebanyakannya dipenuhi oleh rakan-rakan dari rantau Asia ini.
Orang Asia kita ini baik-baik orangnya.
Kemudian apabila jam sudah menunjukkan kepada waktu azan
Maghrib yang semakin hampir, kelihatan pak cik-pak cik Arab ini sibuk
sedang mengeluarkan makanan-makanan berbuka puasa yang telah siap
dimasak mereka satu persatu untuk dihidangkan kepada sekalian tetamu
yang hadir di waktu itu.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
48/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
47
Walaupun tempat berbuka mereka kelihatan biasa-biasa sahaja,
tetapi makanan-makanan yang mereka hidangkan kepada kami ketika itu
agak banyak dan berbagai-bagai jenis juga rupa-rupanya. Selepas andaselesai makan kesemua juadah yang dihidangkan oleh mereka petang itu,
pasti perut anda di malam itu tidak akan teringin untuk menjamah apa-
apa makanan lagi disebabkan oleh kekenyangan yang agak dahsyat
dialami sebelum itu.
Gambar menunjukkan suasana meja makan yang dipenuhi dengan berbagai-
bagai jenis makanan yang dihidangkan kepada mereka yang hadir di petang
itu.
Berada di negara asing yang lain, jika anda berjalan tanpa kad
pengenalan diri di sisi, anda berkemungkinan boleh ditangkap bila-bila
masa sahaja. Namun di Mesir, jika anda berjalan tanpa makanan di sisi
menjelang waktu berbuka, anda berkemungkinan akan 'ditangkap' oleh
orang Mesir di tepi-tepi alan untuk dipaksa makan bersama-sama
mereka bila-bila masa sahaja!
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
49/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
48
Mereka akan paksa anda makan dan tambah makan lagi walau
selepas anda sudah kenyang sekalipun. Jika anda menolak, maka
bersedialah untuk menghadapi kesan buruknya. Tiada istilah menolakbagi mereka dalam keadaan ini. Semua makanan yang mereka miliki
akan diberikan kepada anda selaku tetamu mereka ketika itu.
Kerana bagi mereka, sifat ikram ad-dhuyuf (memuliakan tetamu)
itu adalah sangat-sangat tinggi sebenarnya. Sehinggakan kadang-kadang
anda akan rasa terharu dan sungguh dihargai dek kerana penghormatan
yang sangat tinggi ditunjukkan oleh mereka kepada siapa-siapa sahaja
tetamu mereka.
Begitulah tingginya sifat ikram ad-dhuyuf(memuliakan tetamu)
orang Arab Mesir ini sebenarnya.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
50/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
49
Pengajaran yang boleh diambil :
1- Jika anda berhasrat ingin melancong ke Mesir, cubalah datang ke
sini di bulan Ramadan bagi merasai sendiri pengalaman menjadi
tahanan berbuka puasa seperti kami ini. Seronok sebenarnya.
2- Sifat memuliakan tetamu ialah satu sifat yang sangat-sangat
dituntut dalam ajaran Islam sebenarnya, tidak kiralah tetamu anda
itu seorang yang dikenali, pernah dikenali ataupun tidak pernah
dikenali langsung. Contohi sikap orang Arab Mesir yang bersikap
tidak pilih bulu dalam memilih tetamu mereka. Walaupun tidak
pernah kenal, tetapi mereka tetap memberikan layananfirst class
kepada siapa-siapa sahaja orang yang bergelar tetamu mereka.
Tidak kiralah tetamu mereka itu sekadar orang miskin, pelajar-
pelajar malah pengutip sampah di tepi jalan sekalipun akan tetap
diberikan layanan istimewa sebagai tetamu!
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
51/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
50
BERBUKA DI RUMAH ORANG MESIR
Jika anda berada di Mesir, selain dari berkawan dengan
warganegara Malaysia yang berada di sana, pastikan juga anda
mempunyai kenalan-kenalan rapat dari kalangan orang Mesir sendiri.
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang boleh dipelajari sekiranya anda
mempunyai kenalan-kenalan dari kalangan mereka ini sebenarnya.
Datang ke Mesir dengan tujuan untuk menuntut ilmu di sini
secara tidak langsung menyebabkan kami terpaksa bergaul rapat sesama
warga tempatan Mesir di sini sendiri. Baik sesama rakan sekuliah
mahupun sesama doktor yang mengajar di kuliah.
Salah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan apabila tiba
sahaja bulan Ramadan ialah apabila menerima jemputan berbuka puasa dirumah mereka. Pengalaman pertama saya menerima jemputan berbuka
puasa dari orang Mesir adalah dari pensyarah di kuliah kami sendiri, Dr
Anas Aboshady hafizahullahu taala.
Dr Anas Aboshady hafizahullahu taalamerupakan pensyarah
bagi pelajar-pelajar Malaysia di kuliah perubatan lelaki, Universiti Al-
Azhar bagi subjek-subjek agama seperti al-Quran, hadis, fiqh ibadah,
sejarah perundangan islam, akidah, fiqh perubatan dan bermacam-macam
subjek agama yang lain.
Hubungan yang pada awalnya dibina dari satu generasi pelajar
Malaysia ke satu generasi pelajar Malaysia yang lain bersama-sama
beliau akhirnya mewujudkan hubungan yang sangat rapat antara beliau
dan pelajar-pelajar Malaysia. Lantas susulan daripada hubungan yang
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
52/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
51
semakin rapat itu kemudian mendorong beliau untuk menjemput kami
hadir ke rumahnya bagi satu majlis berbuka puasa bersama-sama.
Jemputan yang dirasakan pada awalnya hanyalah seperti jamuan
berbuka puasa biasa di Malaysia rupa-rupanya tidaklah setepat seperti
yang digambarkan. Kebanyakan dari kalangan kami yang baru pertama
kali menjejakkan kaki ke kawasan kediaman Dr Anas Aboshady
hafizahullahu taalaketika itu rata-ratanya agak terkejut apabila
melihatkan kepada taraf hidup kawasan kejiranan beliau itu. Kawasan
kejiranan Arab Mesir yang bukan seperti kebiasaan kami lihat. Kali ini
kami dapat melihat sendiri bagaimana rupanya kawasan tempat tinggal
golongan-golongan elit Mesir.
Pemandangan di sekitar kawasan kediaman Dr Anas Aboshady hafizahullahu
taala.
Setibanya kami di hadapan pintu masuk rumah beliau, kami terus
dijemput oleh pengawal bangunannya untuk masuk ke dalam. Dalam
keadaan rasa kagum yang masih belum hilang lagi, kami pun melangkah
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
53/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
52
masuk ke dalam kawasan kediaman beliau lantas kami terus dibawa naik
ke bahagian atas bangunan kediaman beliau itu.
Sambil menunggu waktu azan Maghrib, sambil-sambil itu juga
kebanyakan dari kami mengambil peluang yang ada untuk menikmati
pemandangan sekeliling kawasan tempat tinggal orang elit Mesir ini.
Dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa ditambah lagi dengan
keadaan persekitaran yang aman dari bunyi-bunyi bising kenderaan,
memang keadaan berada di Mesir ketika itu tidak sama seperti di tempat-
tempat lain yang biasa sebenarnya.
Selang beberapa minit kemudian, azan Maghrib pun
berkumandang dan kami dijamu oleh Dr Anas dengan hidangan kurma
dan beberapa hidangan manisan buah-buahan Mesir yang lain. Jarang
bagi orang Malaysia seperti kami ini berbuka puasa dengan manisan
buah-buahan mewah seperti ini.
Berbuka puasa dengan hidangan manisan Mesir di bahagian atas rumah Dr
Anas Aboshady hafizahullahu taala.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
54/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
53
Selepas selesai berbuka puasa dengan juadah ringan, kami terus
menunaikan solat fardu Maghrib secara berjemaah bersama-sama Dr
Anas. Ahli keluarga beliau yang lain turut naik ke tingkat atas ini bagi
menunaikan solat fardu Maghrib bersama-sama kami.
Selepas selesai menunaikan solat fardu Maghrib, barulah kami
semua dijemput masuk ke dalam ruang tamu rumah beliau. Perlahan-
lahan semua orang mengambil tempat duduk masing-masing
mengelilingi sebidang plastik putih besar yang dihampar panjang di
tengah-tengah ruang tamu tersebut. Kemudian satu persatu juadah
makanan dibawa masuk untuk diletakkan di atas hamparan plastik putih
tadi.
Atas :Dr Anas (berpakaian jubah putih) sedang
melayan sebahagian daripada tetamu Malaysia
beliau.
Tepi :Kuantiti makanan yang dihidangkan agak
mengejutkan kami juga sebenarnya.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
55/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
54
Melihatkan kepada juadah-juadah yang dihidangkan pada waktu
itu menyebabkan kami agak sedikit terkejut. Kuantiti makanan yang telah
dipersiapkan oleh Dr Anas dan keluarga beliau rupa-rupanya sangatbanyak bilangannya. Hampir padat ruangan ruang tamu itu dipenuhi oleh
kebanyakan daripada lauk-lauk makanan yang ada.
Semasa sedang menikmati makanan bersama-sama Dr Anas,
sebahagian dari kami sengaja cuba-cuba bertanyakan beberapa perkara
kepada beliau mengenai persiapan berbuka puasa yang dilakukan oleh
keluarga Dr Anas di malam itu.
Doktor, semua makanan ini isteri doktor masak sendiri ke?
Ya. Semua dia masak sendiri.
MasyaAllah, banyaknya! Kenapa doktor tidak tempah sahaja
ataupun beli sahaa di luar?
Memang mampu sahaa kalau kami nak beli di luar tetapi amalan
seperti itu kurang manis sebenarnya. Apabila ada tetamu datang ke rumah
kita sebaiknya tuan rumah sendiri yang menyediakan makanan dengan
tangan kita.
Allah... Terharu sebentar apabila terdengar kata-kata Dr Anas itu.
Kemampuan yang mereka ada untuk meringankan penat lelah
diketepikan sebentar bagi mengutamakan perkara yang lebih penting bagi
mereka iaitu memuliakan tetamu. Bertambah segan kami dengan Dr Anas
dan ahli keluarganya di malam itu.
Selesai sahaja masing-masing menjamu makanan-makanan lazat
yang dihidangkan, kami dibawa naik semula ke bahagian atas rumah
untuk bersiap-siap bagi menunaikan solat fardu Isyak dan solat sunat
tarawihsecara berjemaah. Sebelum solat bermula, Dr Anas meminta salah
seorang dari kalangan kami untuk memimpin solat fardu Isyak dan solat
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
56/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
55
sunat tarawihdi malam itu. Lantas seorang dari kalangan pelajar tahun
akhir, Faisal dipilih untuk menjadi imam di malam itu atas meraikan
permintaan Dr Anas hafizahullahu taala.Suasana solat di atas kawasan bangunan yang lapang dan terbuka
tanpa bumbung itu membolehkan sekalian jemaah yang sedang solat
menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dengan nyamannya. Lantas
solat berjemaah bersama-sama keluarga Dr Anas di malam itu dirasakan
seperti bertambah lagi khusyuknya di samping suasana persekitaran yang
sunyi dan aman daripada bunyi-bunyi bising kenderaan yang biasadidengari sebelum-sebelum ini.
Selepas selesai solat fardu Isyak dan solat sunat tarawihsecara
berjemaah, kami dijamu pula dengan hidangan minuman teh panas.
Kenangan bersama-sama Dr Anas dan ahli keluarganya hafizahumullahu
taalamalam itu memang seperti tidak boleh dilupakan sampai bila-bila
gamaknya dek kerana layanan istimewa yang sangat-sangat eksklusifdiberikan oleh mereka kepada kami.
Walaupun taraf kami ini hanyalah sebagai anak murid kepada Dr
Anas sahaja, namun perbezaan taraf itu tetap tidak dipedulikan oleh
mereka lantaran rasa hormat mereka yang sangat tinggi kepada sesiapa
sahaja tetamu yang bertandang ke kawasan kediaman mereka. Semoga
Allahsubhanahu wa taala sentiasa memelihara dan merahmati Dr AnasAboshady beserta ahli keluarga beliau hafizahumullahu taala
selamanya.
Pengajaran yang boleh diambil :
1- Jangan terhadkan kenalan-kenalan anda hanya kepada orang
yang sejenis dengan anda sahaja. Pelbagaikan jenis-jenis
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
57/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
56
kenalan yang ada dari berbagai-bagai kalangan seperti dari
kalangan guru-guru, kawan-kawan berlainan kelas, kawan-
kawan berlainan kuliah pengajian, kenalan-kenalan daripadabangsa yang berlainan dan berbagai-bagai lagi. Anda akan
belajar bermacam-macam perkara baru dengan jaringan
kenalan yang dari berbagai-bagai jenis ini sebenarnya.
2- Jika suatu hari nanti anda telah berada di suatu posisi atau
jawatan yang tinggi, layanlah orang di bawah yang bertaraf
lebih rendah daripada anda dengan layanan yang terbaik jugatanpa membeza-bezakan darjat. Hasil daripada tindakan itu
akan memberikan kesan yang besar kepada hidup mereka
yang tidak akan mereka lupakan sampai bila-bila sebenarnya.
3- Luaskan perjalanan, matangkan pengalaman. Pergilah ke
tempat-tempat yang tidak pernah kaki anda jejakkan lagi di
sana bagi menimba perkara-perkara baru yang membukaperspektif anda kepada sesuatu perkara itu. Lantas persepsi
anda kepada sesuatu keadaan itu akan berubah menjadi lebih
matang hasil daripada perjalanan yang telah banyak anda
terokai. Contoh seperti di atas, sebelum kaki saya jejak ke
kawasan kediaman Dr Anas, persepsi yang ada pada saya
ialah Mesir hanyalah sebuah negara yang didiami olehkebanyakan orang miskin dan sederhana sahaja. Namun,
selepas saya dijemput datang ke kawasan beliau itu, persepsi
yang ada pada diri saya terus berubah tidak lagi sama seperti
dahulu kerana perjalanan yang luas, membentuk pengalaman
yang lebih matang.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
58/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
57
IMAM YANG BUTA PENGLIHATAN
Antara perkara yang seronok pada bulan Ramadan di Mesir
adalah pada tarawih di masjid-masjidnya yang mempunyai keunikan
tarawih mereka yang tersendiri. Tarawih di Masjid Ar-Rahmah, sebuah
masjid besar yang terletak betul-betul bersebelahan dengan sebuah gereja
besar di jalanHayyu Thamin(dalam Bahasa Malaysia bermaksud
Seksyen 8)antara yang menarik untuk dikongsikan kisahnya.
Masjid yang terletak di tepi jalan utamaHayyu Thaminini jika
dijumpai oleh pelajar-pelajar Malaysia yang baru sampai di sini pasti
akan menimbulkan tanda tanya dalam fikiran mereka. Boleh ke masid
duduk tepi-tepi bersebelahan dengan gereja? Kedua-dua bangunan ini
besar-besar pula.
Ya, itulah istimewanya keharmonian perbezaan agama yang
terdapat di Mesir ini. Meskipun kedua-dua agama ini jelas berbeza
pegangan agama masing-masing, tetapi itu tidak menghalang mereka
untuk masih terus bertolak-ansur dengan agama-agama yang berbeza
sesama mereka. Ini bukan liberalism atau pluralism ya, jangan terkeliru.
Ketika sedang pulang dari sebuah kelas pengajian, bas yang saya
naiki ketika itu secara tidak sengaja melalui kawasan ini. Lantas peluang
yang ada ketika itu saya gunakan untuk cuba pengalaman baru
menunaikan solat fardu Isyak dan solat sunat tarawih di Masjid Ar-
Rahmah ini.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
59/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
58
Masjid Ar-Rahmah yang terletak betul-betul bersebelahan dengan sebuah
gereja besar
Masuk saja ke dalam masjid, mata saya ligat memerhatikan
keadaan persekitaran masjid ketika itu. Tiada apa yang menarik sangat
pada reka bentuk binaan masjid ini sebenarnya. Seni binaan di bahagian
dalaman tidak berkonsepkan kepada ukiran-ukiran kesenian Islam seperti
di kebanyakan masjid lain, tetapi reka bentuknya hanyasimple-simple
sahaja. Maka di waktu itu saya terus simpulkan bahawa tiada pengalaman
baru sangat yang akan saya peroleh di malam itu, sekadar pengalaman-
pengalaman biasa sahaja.
Rupa-rupanya telahan saya di malam itu silap. Saya terlalu awal
membuat rumusan di waktu itu sedangkan malam tersebut masih belum
berakhir pun lagi sebenarnya. Selepas sahaja saya duduk di ruangan saf
untuk menunggu masuknya waktu solat, saya tiba-tiba secara tidak
sengaja terlihat suatu peristiwa yang memberikan kenangan yang tidak
dapat saya lupakan sehingga sekarang.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
60/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
59
Bahagian hadapan Masjid Ar-Rahmah.
Ruangan solat di dalam Masjid Ar-Rahmah.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
61/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
60
Masuk saja waktu solat fardu Isyak, bilal bertugas terus bangun
melaungkan azan. Kemudian selepas bilal selesai sahaja melaungkan
azan Isyak, beliau terus cepat-cepat masuk ke dalam bilik imam. Sayasangkakan bahawa beliau memang sengaja masuk ke sana untuk bersiap-
siap bagi menunaikan solat seperti biasa. Rupa-rupanya sangkaan saya
silap. Beliau masuk ke sana sebenarnya untuk memimpin seorang syeikh
yang buta penglihatannya keluar dari bilik imam untuk pergi menuju ke
tempat imam!
Perlahan-lahan si bilal tadi memimpin syeikh yang sedang
memegang erat lengan beliau menuju ke sejadah imam di hadapan. Di
sejadah imam itu, tersedia pula sebuah kerusi khas untuk syeikh tersebut.
Syeikh ini kemudiannya memimpin solat dalam keadaan duduk
disebabkan umur beliau yang sudah lanjut di samping keuzuran keadaan
beliau yang sudah semakin tua.
Saya terkesima sedikit sebentar. Pertama kali melihat seorang
imam yang memimpin solat terdiri dari kalangan orang yang buta
penglihatannya. Walhal perkara itu hanya perkara biasa saja bagi orang
tempatan di sini sebenarnya.
Bermula saja takbir solat yang pertama, syeikh tersebut terusmembaca surah al-Fatihah dan diikuti kemudiannya dengan bacaan ayat-
ayat suci al-Quran dengan laju satu persatu. Lancar. Ayat-ayat al-Quran
yang dibacakan oleh beliau keluar dari mulut beliau tanpa tersangkut-
sangkut dalam keadaan bacaan yang bersahaja. Tenang saja beliau
bacakan ayat-ayat tersebut seolah-olah kesemua ayat al-Quran itu telah
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
62/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
61
melekat lama di dada beliau pabila melihatkan kepada kelancaran gaya
bacaan beliau itu.
Walaupun memimpin solat dalam keadaan berkerusi disebabkan
oleh keuzuran beliau, namun syeikh ini mempunyai hafalan al-Quran
yang sangat tajam sebenarnya. Bacaan al-Quran yang sangat lancar tanpa
sangkut. Kemudian, selepas selesai 4 rakaat solat tarawih berjemaah,
beliau duduk pula di sebuah sofa menghadap makmum bagi
menyampaikan tazkirah ringkas kepada para jemaah yang hadir.
Kandungan tazkirah yang beliau sampaikan itu pula ialah tafsir-
tafsir kepada ayat-ayat al-Quran yang baru dibaca beliau ketika solat tadi!
Dahsyat. Baca ayat-ayat al-Quran dalam solat, kemudian di luar solat
memahami dan mentadabur pula ayat-ayat al-Quran yang baru dibaca
sebentar tadi. Ini baru betul Iqra (membaca)!
Imam sedang menyampaikan tazkirah yang menceritakan tentang tafsir ayat-
ayat al-Quran yang baru dibaca beliau dalam solat yang dipimpin sebentar
tadi.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
63/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
62
Seronok Ramadan di Mesir ini sebenarnya. Jika anda nak tambah
lagi keseronokan menunaikan solat sunat tarawih di masjid ini, cuba
hayati dan fahami pula bacaan syeikh ini ketika doa qunut di waktu solat
witir. Setiap baris doa yang dibacakan beliau menceritakan rintihan
kepada Allahsubhanahu wa taala mengenai Ramadan yang sangat
dirindui dan semakin berlalu pergi.
Ketika mendengarkan bacaan doa beliau itu, anda akan rasakan
kerinduan kepada Ramadan yang semakin kuat hadir perasaannya. Pada
masa yang sama juga anda baru tersedar bahawa Ramadan di waktu itu
memang semakin berlalu pergi dari diri anda di waktu itu sebenarnya.
Pintu masuk utama Masjid Ar-Rahmah
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
64/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
63
Pengajaran yang boleh diambil :
1- Orang yang kurang upaya meskipun pada luarannya nampak
seakan-akan seperti ada kekurangan berbanding kita, namun
sebenarnya mereka ada berbagai-bagai kelebihan yang Allah
subhanahu wa taala kurniakan jauh lebih banyak berbanding
apa-apa yang kita miliki sekarang. Sebagai contoh, imam di atas
ini meskipun pada zahirnya kelihatan seperti mempunyai
kekurangan pada nikmat mata, namun di sebalik itu Allah
subhanahu wa taala mengurniakan kepada beliau ketajaman
mata hati dan kecekapan hafalan minda yang membolehkan
beliau memiliki hafalan al-Quran yang sangat menakjubkan
sebenarnya.
2- Jangan letakkan tanggapan anda pada sesuatu perkara itu terlalu
awal sebelum selesai segala-galanya telah anda nilai dengan
sempurna. Jangan tergesa-gesa dalam mengeluarkan pendapat.
3- Orang kurang upaya kekadang kelihatan lebih bersemangat dalam
berusaha untuk menunaikan ibadah kepada Allah subhanahu wa
taala berbanding orang yang lengkap pancainderanya.
Pemandangan seperti ini seolah-olah seperti ingin memberikan
satu tamparan hebat kepada orang yang sempurna tiada kecacatan
seperti kita ini supaya lebih bersemangat lagi dalam menunaikan
ibadah kepada Allah subhanahu wa taala sepatutnya. Jangan
hendak tunggu ditarik semula nikmat-nikmat itu baru kita hendak
berubah jadi lebih rajin menunaikan hak-hak Tuhan dengan
nikmat yang telah ada. Berubahlah sebelum terlambat.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
65/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
64
SI ADIK BUTA YANG MENGAGUMKAN
Selesai berbuka puasa di sebuahMaidah ar-Rahman yang terletak
betul-betul bersebelahan denganHadiqah Dauli(satu kawasan taman
rekreasi), hati kecil saya tiba-tiba berbisik menyuruh diri ini untuk
menunaikan solat sunat tarawihdi sebuah masjid yang terletak
berhampiran dengan kawasan kami berbuka puasa itu tadi. Masjid Libi.
Masjid Libi yang terletak betul-betul bertentangan dengan taman rekreasi
bersaiz sederhana besar, Hadiqah Dauli
Setelah selesai mengambil wudhu, saya pun masuk ke dalam
kawasan masjid dan mengeluarkan senaskah al-Quran untuk dibaca.
Suasana di dalam masjid ketika itu boleh dikatakan agak tenang dan
sunyi. Mungkin disebabkan orang ramai masih belum hadir lagi
memandangkan masing-masing baru sahaja selesai berbuka puasa di
kawasan masing-masing.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
66/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
65
Kemudian saya pun teruskan membaca al-Quran sehinggalah bilal
melaungkan azan tanda telah masuknya waktu Isyak. Ketika itulah orang
ramai mula berpusu-pusu datang ke masjid bagi menunaikan solat farduIsyak dan solat sunat tarawihsecara berjemaah.
Dalam kalangan hadirin yang ramai mula hadir di waktu itu, tiba-
tiba saya terlihat akan satu kelibat bayangan kecil yang sedang perlahan-
lahan menuju masuk ke dalam ruangan solat dari pintu utama masjid.
Perlahan dia berjalan sambil mengatur langkah satu persatu sebelum tiba
ke pintu masjid tersebut.
Sampai sahaja di pintu masuk masjid, kuat dia memberi salam
kepada semua hadirin yang berada di dalam. Ketika itu baru jelas saya
dapat lihat rupa wajah bayangan yang perlahan-lahan berjalan hendak
masuk ke dalam masjid itu tadi sebenarnya.
Seorang adik kecil berbaju putih dan berseluar merah. Berambut
keriting dengan warna kulit hitam manis. Rupa-rupanya adik ini telah
ditakdirkan oleh Allahsubhanahu wa taala dengan penglihatan yang
buta. Tidak hairanlah ketika hendak masuk ke pintu masjid tadi langkah
kakinya kelihatan begitu perlahan.
Ayah dan ibu kepada adik ini tiada saya lihat berdekatannya.
Berseorangan saya lihat dia berjalan untuk menuju ke ruangan solat di
hadapan. Walaupun tubuh badannya secara fizikal kelihatan kecil, namun
semangatnya yang besar berjalan berseorangan tanpa dipimpin oleh
sesiapa untuk menunaikan solat berjemaah di masjid ialah sangat-sangat
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
67/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
66
mengagumkan sehingga mengalahkan orang yang masih mempunyai
kedua-dua mata normal seperti kita di luar sana! Ah, malunya!
Orang yang sempurna semua pancainderanya seperti kita ini pun
kebanyakannya masih culas lagi dengan nikmat-nikmat yang telah diberi
pinam oleh Tuhan ini sebenarnya. Ada sepasang mata yang sihat, tetapi
jarang sekali hendak digunakan untuk membaca al-Quran pada
kebanyakan masanya. Ada sepasang kaki yang lengkap, tetapi tidak
pernah hendak digunakan untuk melangkah ke rumah Allah yang mulia.
Orang normal seperti kita ini hanya suka memberi alasan.
Panaslah cuaca di luar itu nak pergi ke masid
Sibuklah kera, tak sempat nak pergi ke masid.
Ya, silakanlah untuk terus mereka dan mereka berbagai-bagai lagi
jenis alasan. Persoalan utama yang perlu direnung kembali semula dalam
hal ini adalah pada kehendak diri sendiri itu sebenarnya. Jika betul
hendak, maka segala kudrat akan dikerahkan untuk membolehkan kita
mencapai matlamat yang diingini itu. Jika sudah memang betul diri
sendiri itu tidak mahu, maka sejuta macam alasan akan direka untuk
mengelakkan diri daripada melakukannya. Bak kata pepatah, hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Kalau adik kecil yang ditarik nikmat penglihatan oleh Allah
subhanahu wa taala ini pun bersungguh-sungguh berusaha untuk pergi
ke masjid walau berseorangan, maka alasan apa lagi yang hendak
diberikan oleh orang normal seperti kita ini kepada Tuhan sebenarnya!?
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
68/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
67
Jangankan ada sepasang mata normal, orang normal yang ada
kereta mewah berbagai-bagai buah jenis pun kadang-kadang langsung
tidak pernah menjejakkan kakinya ke masjid untuk solat berjemaah! Ah,malunya kita dengan adik ini!!
Solat di Masjid Libi kali ini memberikan saya satu pengalaman
yang dirasakan seperti betul-betul sedang menampar kepala sendiri.
Lantas peluang yang ada itu terus saya gunakan untuk memerhati setiap
tingkah laku adik berbaju putih ini di malam itu kerana mesej yang ingin
Tuhan sampaikan kepada hamba-Nya boleh jadi datang melalui siapa-
siapa sahaja walau seorang budak yang masih kecil sekalipun.
Selang beberapa ketika selepas itu, adik ini kemudian terus
berjalan sambil perlahan-lahan mengagak-agak langkahnya menuju ke
hadapan. Kebetulan laluan yang sedang dilalui olehnya ketika itu sedang
menuju ke arah saya yang sedang duduk di saf paling hadapan
sebenarnya.
Ketika sedang perlahan-lahan dia lalu di sebelah saya seperti
sedang tercari-cari akan sesuatu, sengaja saya tahan dia dan bertanya
kepadanya, "Awak hendak pergi ke mana ini?" Lantas, dia terus
kemudiannya menjawab dengan nada yang perlahan,
"Saya hendak dapatkan saf solat yang paling hadapan."
Aduh, terasa seperti kepala ini sedang berkali-kali dihentakkan ke
dinding gamaknya! Walaupun masih dalam keadaan yang kurang upaya,
adik ini masih lagi mahu memburu ganjaran Tuhan yang paling tertinggi!
Memang adik ini seorang insan yang sangat istimewa sebenarnya.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
69/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
68
Kemudian, kami menunaikan solat fardu Isyak dan solat sunat
tarawih bersama-sama. Selepas tamat empat rakaat menunaikan solat
sunat tarawih, imam bertugas akan duduk di kerusi hadapan untukmenyampaikan tazkirah kepada sekalian jemaah yang hadir dan si adik
berbaju putih tadi akan duduk betul-betul berhadapan dengan imam ini
untuk mendengar tazkirah-tazkirah yang akan disampaikan oleh beliau.
Adik yang buta penglihatan itu sedang khusyuk mendengar imam
menyampaikan tazkirah selepas menunaikan empat rakaat solat sunat tarawih.
Setiap kali ketika imam membacakan ayat-ayat al-Quran dan
hadis-hadis Nabi Muhammadsollallahu alaihi wasalamdalam tazkirah
beliau, setiap kali itu juga adik ini akan menyambung menghabiskan
hampir kesemua ayat yang dibacakan oleh imam itu tadi! Kelancaran dia
menyambung ayat-ayat itu dengan tenang menunjukkan seolah-olah dia
juga pernah menghafal ayat-ayat ini sebelum ini. Memang adik ini
seorang insan yang sangat istimewa sebenarnya.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
70/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
69
Selepas semua urusan di malam itu selesai, saya pulang ke rumah
sambil tersenyum seorang diri. Bersyukur sangat-sangat kepada Tuhan
kerana mengizinkan saya untuk berjumpa dengan seorang insan istimewayang sangat memberi inspirasi kepada diri sendiri sebenarnya.
Oh, terlupa untuk saya beritahu satu perkara lagi. Solat tarawih di
Masjid Libi itu tadi kadar panjang satu rakaatnya ialah sebanyak satu
maqra'al-Quran. Maknanya selepas selesai membaca surah al-Fatihah
pada setiap rakaat, bilangan ayat al-Quran yang akan dibacakan selepas
itu adalah bersamaan dengan dua muka surat lebih.
Jika didarabkan dengan lapan rakaat, maka jumlah muka surat al-
Quran yang telah dibaca pada satu malam itu sahaja adalah bersamaan
dengan lebih kurang 20 muka surat al-Quran sebenarnya. Dan adik yang
'kurang upaya' ini pun masih mampu tunggu untuk solat bersama-sama
imam sehingga habis lapan rakaat kesemuanya.
Dalam keadaan yang serba kekurangan sekalipun, tingkah laku
adik ini masih lagi mampu memberi inspirasi kepada beribu-ribu orang
lain di luar sana sebenarnya. Benarlah kata pepatah Inggeris, Action
speaks louder than thousand words.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
71/142
MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR
70
Pengajaran yang boleh diambil :
1- Sentiasa perhatikan akan keadaan yang berlaku di sekeliling
anda kerana mesej yang Allahsubhanahu wa taalahendak
sampaikan kepada anda itu boleh jadi akan disampaikan
melalui berbagai-bagai jenis tingkah laku makhluk hidup di
sekeliling anda sebenarnya.
2- Dalam merenung kembali keadaan sesetengah golongan
kurang upaya yang mengalami berbagai-bagai jenis kesukaran
dalam hidup mereka untuk berkelakuan normal seperti kita,
sebahagian dari mereka tetap masih bersungguh-sungguh
ingin berlumba-lumba melakukan amal ibadah kepada Allah
subhanahu wa taalajuga. Namun kebanyakan dari kita masih
terus leka dengan berbagai-bagai nikmat yang kita masih
ada sehingga mengabaikan amalan-amalan ibadah kita kepada
Allahsubhanahu wa taala. Apa kita hendak tunggu
ditakdirkan menjadi cacat juga baru kita hendak bersungguh-
sungguh melakukan amal ibadah kepada-Nya?
3- Apabila berpeluang berada bersama-sama orang yang kurang
bernasib baik seperti kita, cuba ambil sebanyak mungkin
pengajaran dari mereka supaya terbit rasa bersyukur kepada
Allahsubhanahu wa taala yang tidak terhingga dalam diri
kita.
-
7/25/2019 'Memburu Ar-Rayyan Di Langit Mesir'
72/142
AMIRUL AZMEER BIN ASMADI
71
JELAJAH MASJID 1
Berpuasa pada bulan Ramadan di bumi Mesir ada banyak
kelebihan dan keunikannya. Antara yang seronok berada dalam bulan
Ramadan di sini adalah kebanyakannya pada suasana berbuka puasa dan
solat tarawihnya. Hampir setiap masjid di sini boleh dikatakan ada
keunikan masing-masing ya