Pelancaran YKN-Tabung Rakyat Palestin
Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YKN
Hari Pertama YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
MENGGALASHARAPAN
Edisi Mei-Ogos 2018KDN PP110232/9/2001
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
01
Carta Lembaga Pemegang Amanah YKN
Selembar Bicara
LENSA UTAMAMesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YKN
Hari Pertama YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
PENGURUSANKPE YKN dilantik sebagai Profesor Adjung di Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia
Retreat Kajian Setengah Tahun Prestasi 2018 YKN
PEMBANGUNAN SOSIALLawatan YADIM
Majlis Kesyukuran Anjung Singgah Perak
Sumbangan Prihatin Mangsa Korban Gempa Bumi Lombok
Lawatan & Bantuan Rumah Kanak-kanak Sultanah Hjh Kalsom Kuantan
Sumbangan Zakat Alliance Islamic Bank kepada Pesakit Dialisis
Sumbangan Prihatin Pesakit Hati
Keprihatinan Rakyat Malaysia
Bantuan Prihatin Kepada Keluarga Arwah Adam Rayqal
Lawatan YAB TPM ke Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu
Sumbangan Prihatin Mangsa Kebakaran
Majlis Iftar KPWKM
PROGRAM PENJANAAN DANA DAN PROMOSIYKN - Tabung Rakyat Palestin
PROJEK PEMBANGUNANLawatan Delegasi Bangladesh ke Anjung Singgah di Kuala Lumpur
Quran Hour @ Anjung Singgah Johor
Rahmat Ramadhan
Selami Kasih Sarawak
Sumbangan Juadah Berbuka @ Anjung Kasih
Selami Kasih @ YKN Dialisis
Ramadhan Al-Mubarak @ Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur
BELASUNGKAWAAl-Fatihah dan Takziah
Kand
unga
n
0203
04
0809
111415151616171819
12
20212121222223
06
1010
24
PENASIHATDato’ Haji Zulkiply bin Ramli
Ketua Pegawai EksekutifYayasan Kebajikan Negara
KETUA PENGARANGHanifah bt Daud
PengarahPenjanaan Dana & Komunikasi
KorporatYayasan Kebajikan Negara
EDITORIALSyed Anas bin Dato’ Syed AliMohammad Fathir bin Isha
Mohamad Fadzil bin MaszukiNoradilla bt Halim
Ahmad Wazir bin Yusop
YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA
Aras 8, Bangunan KPWKM,
No. 5 Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya
Tel : 03-8323 2451Faks :03-83232061
www.ykn.gov.my
yknmalaysia
Yayasan Kebajikan Negara
@yayasankebajikannegara
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
02
Ahli Individu Lantikan Y.B. Menteri
YBhg. Tan Sri Faizah Mohd Tahir
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Mohd Saleh b. Sulong
YBhg. Dato’ Hj. Zulkiply Ramli
YBhg. Encik Azman b. Mohd Yusof
Lembaga Pemegang Amanah YKNB
ER
ITA
YK
N
B
IL 1
/2018
02
Ahli Berdasarkan Jawatan Ahli MAKPEM Lantikan Y.B Menteri
Pengerusi
Ketua Pegawai Eksekutif
YBhg. En. Adenan b. Md Yusuf
YBhg. Tuan Hj. Mohd Fazari b. Mohd Salleh
YBhg. Dato’ Hjh. Shamsiah Abdul Rahman
YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
03
YBhg. Dato’ Hj Zulkiply Ramli
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Kebajikan Negara
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan
ucapan setinggi penghargaan dan tahniah
kepada YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr.
Wan Ismail, yang telah dilantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri wanita pertama
merangkap Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat selaku Pengerusi
Lembaga Pemegang Amanah Yayasan
Kebajikan Negara (YKN) yang baharu.
Dengan pucuk kepimpinan yang baharu
ini, sudah pasti dapat memberi nafas baru
kepada YKN dalam merealisasikan aspirasi
rakyat yang sebenar khususnya kumpulan
sasar YKN.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengalu-
alukan kedatangan dan pelantikan YBhg.
Datuk Dr. Rose Lena Lazemi, Ketua
Setiausaha, Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
yang baharu ke KPWKM. Semoga kehadiran
YBhg Ketua Setiausaha KPWKM akan
dapat meneruskn usaha-usaha kementerian
dan agensi khususnya YKN bagi mencapai
kredibiliti kerja yang tinggi dalam
pembangunan modal insan yang lebih
produktif.
Saya berharap semoga YKN akan terus
maju dan berdaya saing dalam memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat
sekali gus dapat meningkatkan sosio ekonomi
negara.
Sekian, terima kasih.
#bersamamembantu
#bersamamenggalas
harapan
Assalamualaikum WBT saya
bersyukur ke Hadrat Allah
SWT kerana dengan iz
in dan
limpah kurniaNya YKN dapat
menerbitkan lagi B
erita YKN
bagi Edisi Mei - Ogos 2018. .Selembar Bicara
YBhg Datuk Dr. Rose Lena Lazemi
Tahniah
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
04
YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang kini selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah pada 10 Julai 2018 bertempat di Ibu Pejabat Yayasan Kebajikan Negara Aras 8, Menara KPWKM.
Mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat yang pertama dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah iaitu YBhg Tan Sri Dato’ Sri Dr. Saleh Sulong, YBhg Tan Sri Faizah Mohd Tahir, YBhg Tuan Hj Mohd Fazari Mohd Salleh, YBhg Encik Adenan Md Yusuf, YBhg Dato’ Hjh Shamsiah Abdul Rahman, YBhg Encik Azman Mohd Yusof dan YBhg Dato’ Hj Zulkiply Ramli selaku Ketua Pegawai Eksekutif YKN. Mesyuarat berkenaan membincangkan hala tuju dan penambah baik perkhidmatan Yayasan Kebajikan Negara.
Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YKN
YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail menurunkan tandatangan di atas buku pelawat YKN sambil diperhatikan oleh
YBhg. Dato’ Haji Zulkiply Ramli.
LENSA UTAMA
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
05 YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerima replika cek daripada badan korporat untuk YKN Dialisis
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN turut mengumumkan pelancaran YKN-Tabung Rakyat Palestin yang memfokuskan kepada persekolahan, kesihatan dan kebajikan. Inisiatif seumpama ini pernah dilaksanakan YKN untuk membantu rakyat Bosnia dan Iraq sebelum ini.
Dalam majlis yang sama YKN menerima sumbangan berjumlah RM187,200 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam bentuk bantuan rawatan dialisis kepada enam pesakit selama setahun dan sumbangan berupa mesin dialisis serta wang tunai berjumlah RM100,000 daripada Alliance Islamic Bank.
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
06
LENSA UTAMA
Hari Pertama YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat24 Mei 2018 menjadi tarikh keramat buat seluruh warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi di bawahnya kerana menerima Menteri baharu yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara memulakan tugasnya di kementerian ini dengan disambut Ketua Setiausaha kementerian dan Pengurusan Tertinggi Kementerian. Selepas merekodkan kehadiran, beliau diiringi ke pejabatnya di tingkat 38 bangunan itu.
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
07
Dalam pada masa yang sama, beliau menerima nota serah tugas daripada mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim.
Selepas selesai majlis penyerahan nota serah tugas, beliau dibawa melawat ke agensi Kementerian yang terdapat di bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seperti Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN).
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
08Pengalaman dan penglibatan luas YBhg Dato’ Haji Zulkiply Ramli dalam bidang kebajikan hampir 40 tahun mendapat pengiktirafan pihak Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila beliau dilantik sebagai Profesor Adjung di pusat pengajian berkenaan untuk tempoh dua (2) tahun mulai 20 Mei 2018 hingga 19 Mei 2020.
Semoga dengan pelantikan tersebut dapat memberi manfaat berguna dalam situasi menang-menang antara pihak YKN dan UUM dalam memartabatkan bidang kebajikan di negara ini.
KPE YKN dilantik sebagai Profesor Adjung di Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia
PENGURUSAN
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
09Bagi meningkatkan produktiviti pengurusan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) satu retreat Kajian Setengah Tahun Prestasi 2018 YKN telah diadakan bertujuan untuk menilai prestasi program/aktiviti YKN bagi setengah tahun pertama 2018 pada 29 dan 30 Jun 2018.
Seterusnya retreat ini dilaksanakan bagi merancang aktiviti program untuk tempoh setengah tahun kedua 2018 dan menjana input-input penting berdasarkan senario semasa untuk menggariskan halatuju baharu YKN selari dengan hasrat kerajaan.
YBhg Dato’ Haji Zulkiply Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif YKN telah menggariskan sasaran yang perlu dicapaikan YKN untuk kekal relevan dan dapat terus berperanan mengikut tujuan penubuhan YKN.
Retreat Kajian Setengah Tahun Prestasi 2018 YKN
PENGURUSAN
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
10
YADIM adalah salah sebuah badan NGO yang menjalankan usahasama dengan YKN dalam membantu masyarakat yang memerlukan melalui ‘Friends of YKN’.
Kunjungan pihak YADIM menemui Ketua Pegawai Eksekutif YKN bertujuan membincangkan peranan dan program yang akan dilaksanakan secara bersama.
Lawatan YADIM
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program kerohanian di Anjung Singgah Perak pada 19 Julai 2018 dan menganjurkan Majlis Kesyukuran Bacaan Yaasin dan Doa Selamat.
Dimajlis tersebut pihak YADIM bersetuju untuk membiayai lima (5) siri program motivasi dan kerohanian di Anjung Singgah Perak. Penyerahkan tajaan sumbangan sebanyak RM2,000 telah disampaikan oleh Encik
Redhauddin Kamaruzzaman, Pengurus Besar, Pengurusan dan Kewangan YADIM kepada YBrs Encik Azman Mohd Yusof, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YKN.
Turut hadir YBhg Dato’ Haji Zulkiply Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif, YKN dan warga YKN dari Ibu Pejabat YKN. Sejak mula beroperasi pada 9 Januari 2017, seramai 200 orang telah mendapat manfaat khidmat bantuan sosial di Anjung Singgah Perak.
Majlis kesyukuran Anjung Singgah Perak
PEMBANGUNAN SOSIAL
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
11
PEMBANGUNAN SOSIAL
Bencana gempa bumi yang menggegarkan bumi Lombok, Indonesia telah mengorbankan seorang rakyat Malaysia, Siti Nur Iesmawida Ismail. Allahyarham yang ke Lombok untuk menyertai aktiviti mendaki telah menjadi korban apabila berlaku gegaran pada skala 6.4 SR menggoncang bumi Lombok.
YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga mangsa yang ditemui di Masjid Desa Pandan, Kuala Lumpur. YAB Dato’ Seri juga menyampaikan sumbangan prihatin Yayasan Kebajikan Negara kepada keluarga mangsa serta menyatakan komitmen kerajaan sedaya upaya membantu dalam urusan membawa pulang jenazah Allahyarham.
Sumbangan Prihatin Mangsa Korban Gempa Bumi Lombok
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
12
Awal tahun ini, Presiden United States, Donald Trump memotong sumbangan
US kepada UNRWA daripada USD364 juta pada 2017 kepada hanya USD60 juta
tahun ini dan menyebabkan kejatuhan hampir 25 peratus daripada bajet tahunan
UNRWA. Pemotongan ini menjejaskan kemampuan UNRWA untuk mengekalkan
sistem persekolahan dan klinik-klinik di bawah sistem UNRWA serta program makanan di kem-
kem pelarian di Syria, Jordan dan Lebanon.
Sehubungan itu, wakil UNRWA telah berjumpa dengan Pimpinan Tertinggi Malaysia untuk memohon bantuan kemanusiaan yang diperlukan oleh UNRWA untuk membantu kelangsungan hidup rakyat Palestin terutama dari aspek kesihatan, pendidikan dan kebajikan.
Justeru, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, telah memulakan inisiatif dengan wujudkan kempen pengumpulan dana dikendali oleh Yayasan Kebajikan Negara untuk membantu rakyat Palestin. Kempen ini dilaksanakan pada 10 Julai 2018 selepas Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.
Sehubungan itu, rakyat Malaysia diseru untuk menyumbang kepada Tabung Palestin YKN bagi membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin. Sumbangan kepada tabung ini akan diberikan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(7A) (b) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
13
INISIATIF YKN-TABUNG RAKYAT PALESTIN YANG DILAKSANAKAN
Promosi Temubual Secara Langsung Radio/TV
01 02
11
05
03
060708
1314
04
09
15
1210
Penampilan khas Aktivis Palestin
Hebahan Khas Khutbah Jumaat & Kutipan Sumbangan
Kempen Derma Sekolah
Liputan Media
PermohonanTajaankepadaSyarikatKorporat
SuratHebahanAgensi Kerajaan/GLC dll
Penampilan Khas Endang Hyder (violin)
Hebahan Media Sosial
Promosi melalui Road Show
Penempatan Tabung Palestin Derma
secara online
Derma secara SMS
Kerjasama Rakan NGO
Insentif Pengecualian Cukai
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
14 Lawatan & Bantuan Rumah Kanak-kanak Sultanah Hjh Kalsom Kuantan
PEMBANGUNAN SOSIAL
Seramai 120 orang penghuni Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom Kuantan, Pahang menerima sumbangan barangan keperluan diri daripada pihak YKN yang disampaikan YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN pada 23 Jun 2018 sempena lawatan beliau ke Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom Kuantan, Pahang.
Dalam sesi lawatan tersebut YAB TPM menyeru orang ramai supaya menunjukan keprihatinan dan membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi.
Kanak-kanak ini sebenarnya amat memerlukan sokongan dan perhatian serta kasih sayang dari orang dewasa untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
15
Tajaan dan sokongan dari Alliance Islamic Bank sebagai rakan strategik YKN dalam membantu Puan Nurul Zafirah Yusof (30 tahun) yang merupakan seorang pesakit dialisis diharap dapat meringankan beban beliau untuk meneruskan kelangsungan hidup di samping keluarga yang tercinta.
Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zulkiply bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif YKN pada 28 Julai 2018 di Bukit Rambai, Melaka.
YKN juga sentiasa mengalu-alukan ruang kerjasama dengan pelbagai pihak dalam membantu mereka yang memerlukan bantuan.
Sumbangan Zakat Alliance Islamic Bank
kepada Pesakit Dialisis
PEMBANGUNAN SOSIAL
Adik Mohamad Faiz Naufal Mohd Fairus dikesan menghidapi penyakit hati kronik dalam usia 10 bulan. Kanak-kanak ini berasal dari Kluang, Johor. Beliau memerlukan pembedahan Billiary Atresia yang dianggarkan menelan belanja RM200 ribu untuk mendapatkan rawatan pembedahan di Shanghai, China.
Ketua Pegawai Eksekutif YKN, YBhg Dato’ Haji Zulkiply Ramli mengunjungi pesakit serta keluarga pesakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya di samping menyampaikan sumbangan prihatin bagi meringankan beban yang ditanggung. Dengan lawatan ini dan hebahan melalui sosial media diharap dapat membuka mata mana-mana pihak yang sudi membantu Adik Faiz Naufal bagi menjalani pembedahan tersebut.
Sumbangan Prihatin Pesakit Hati
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
16
Sifat pemurah dan keprihatinan seorang individu telah mendorong untuk menyumbang katil khas kepada Encik Ibrahim Saim (80 tahun) yang kini terlantar akibat stroke. Penyerahan daripada individu tersebut telah disampaikan oleh YKN kepada Encik
Ibrahim Saim pada 4 Ogos 2018.
Bantuan sumbangan individu yang disampaikan melalui YKN ini diharap dapat membantu keluarga klien YKN dalam menguruskan penjagaan pesakit.
Hati mana tidak luluh apabila bayi yang dilahirkan ditemui meninggal dunia di rumah pengasuhnya. Begitulah perasaan sayu dan pilu yang dihadapi keluarga adik Adam Rayqal Mohd Sufi.
Bagi menzahirkan rasa simpati YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selaku Pengerusi Lembaga Pemegang
Amanah YKN telah menemui keluarga ini untuk memberi kata-kata nasihat dan perangsang supaya tabah hadapi ujian daripada Allah SWT. YAB TPM turut menyampaikan sumbangan prihatin kepada keluarga mangsa di bangunan parlimen pada 1 Ogos 2018.Hadir sama YB Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta YBhg Dato’ Haji Zulkiply Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif YKN.
Keprihatinan Rakyat Malaysia
Bantuan Prihatin Kepada Keluarga Arwah Adam Rayqal
PEMBANGUNAN SOSIAL
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
17Seramai 109 orang penghuni Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor menerima sumbangan barangan keperluan diri daripada pihak YKN yang disampaikan YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN pada 29 Mei 2018 sempena lawatan beliau ke Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor .
Lawatan ini telah memberi harapan baru kepada penghuni rumah kebajikan ini dengan komitmen yang diberikan oleh kerajaan baharu dalam membantu golongan yang memerlukan.
PEMBANGUNAN SOSIAL
Lawatan YAB TPM ke Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
18
Encik Arijan Osman, 50 tahun serta ahli keluarga mengalami trauma dan kerugian apabila kediamaan beliau di Kuala Selangor dijilat api dalam kebakaran yang memusnahkan keseluruhan rumah termasuk perabot, pakaian serta kelengkapan persiapan perkahwinan anak sulung beliau. Kejadian yang berlaku pada 10 Ogos 2018 Jam 12:15 pagi sangat pantas berlaku sehingga beliau sekeluarga tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka.
YBhg Dato’ Haji Zulkiply Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif bersama urusetia YKN melawat keluarga mangsa serta melihat sendiri kemusnahan rumah akibat kebakaran tersebut. YKN turut menyampaikan sumbangan prihatin kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung.
PEMBANGUNAN SOSIAL
Sumbangan Prihatin Mangsa Kebakaran
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
19
Golongan sasar KPWKM akan terus dibantu bagi memastikan kesejahteraan hidup mereka terpelihara. Tanggungjawab membantu golongan kurang bernasib baik sewajarnya dipikul bersama dengan semua pihak samada individu, korporat, NGO dan kerajaan.
Di majlis Iftar KPWKM, YKN menghulurkan sumbangan prihatin yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN pada 4 Jun 2018 sempena Majlis Iftar KPWKM di Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya.
Majlis Iftar KPWKM
PEMBANGUNAN SOSIAL
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
20
Keprihatinan Kerajaan dalam membantu
kumpulan sasar YKN iaitu gelandangan telah menarik minat delegasi
Bangladesh untuk melawat dan mengetahui
lebih lanjut fungsi dan peranan Anjung Singgah
di Malaysia.
PROJEK PEMBANGUNAN
Lawatan Delegasi Bangladesh ke Anjung Singgah di Kuala Lumpur
Seramai 13 orang delegasi Bangladesh telah datang ke Anjung Singgah Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2018. Sewaktu sesi lawatan tersebut delegasi berpeluang melihat dengan lebih dekat program kaunseling yang dilaksanakan kepada penghuni Anjung Singgah Kuala Lumpur oleh pegawai YKN.
Taklimat perkongsian pengalaman disampaikan oleh YBhg. Encik Azman Mohd Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YKN. Turut hadir YBhg. Dato’ Haji Zulkiply bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif, YKN.
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
21
Selami KasihSarawak
PROJEK PEMBANGUNAN
Quran Hour @ Anjung Singgah Johor
Rahmat Ramadhan
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
22
Seramai 378 orang penghuni di 9 buah Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) seluruh negeri menerima sumbangan juadah berbuka puasa daripada YKN yang ditaja oleh
Small Medium Enterprise Bank (SME Bank). Sumbangan telah disampaikan oleh wakil dari YKN dan Hospital di semua Anjung Kasih pada 30 Mei 2018.
Seramai 155 orang pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di Pusat Dialisis Yayasan Kebajikan Negara (YKN) seluruh negeri menerima sumbangan Selami Kasih Ramadhan pada 23 Mei 2018.
Sumbangan yang diberikan dapat meringankan bebanan pesakit
terutama menjelang musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi.
Di YKN Dialisis Rompin, Pahang pesakit yang menjalani rawatan dialisis telah menerima sumbangan yang disampaikan sendiri oleh YBhg. Dato’ Haji Zulkiply Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif YKN.
Sumbangan Juadah Berbuka @ Anjung Kasih
Selami Kasih @ YKN Dialisis
PROJEK PEMBANGUNAN
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
23
Seramai 180 orang penghuni di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur telah menerima sumbangan juadah berbuka puasa daripada tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Majlis ini diadakan pada 1 Jun 2018 sempena Majlis Ramadhan Al-Mubarak di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur anjuran YKN dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan.Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg Dato’ Haji Zulkiply Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Tuan Haji Abdullah Daud Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Dasar, Kementerian Wilayah Persekutuan dan wakil MAIWP.
Sumbangan yang diberikan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai untuk penghuni membeli keperluan peribadi dalam menjalani ibadah puasa.
Ramadhan Al-Mubarak @ Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur
PROJEK PEMBANGUNAN
BER
ITA
YK
N
B
IL 2
/2018
24
Allahyarham Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Seri Hj Halim Hj. Ibrahim merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YKN yang telah memberi khidmat yang lama bersama Yayasan Kebajikan Negara. Beliau dilantik menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah pada 2005 dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penjanaan Dana dan Promosi YKN yang bertanggungjawab menjalankan program serta aktiviti mendapatkan dana bagi disalurkan kepada mereka yang memerlukan melalui skim sumbangan YKN.
Dalam khidmat beliau bersama YKN banyak program telah berjaya dilaksanakan di bawah kelolaan Allahyarham antaranya Majlis Menjungjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sempena 3 Dekad Penubuhan YKN, Malam Payung Kasih, YKN Treasure of The Caring Heart, YKN Run For Love, Charity Golf dan beberapa lagi program bagi mengisi dana YKN. Mempunyai karekter seorang pemimpin yang tegas namun amat sensitif dengan kebajikan kakitangan serta orang di sekeliling beliau. Jasa dan kebaikan allahyarham akan selalu diingati dan menjadi penyuluh di akhirat nanti. Al-Fatihah.
Allahyarham Dato’ Seri Haji Mohamed Khalil Haji Hussein merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam hal ehwal urus tadbir kerajaan dan badan bukan kerajaan. Jawatan terakhir beliau dalam perkhidmatan kerajaan adalah sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan beliau aktif dengan badan bukan kerajaan selepas bersara.
Atas dasar tersebut beliau telah dilantik menganggotai Lembaga Pemegang Amanah YKN sejak 2005. Sepanjang menganggotai Lembaga Pemegang Amanah YKN beliau banyak membantu menyumbang idea serta berperanan dalam aspek pengurusan dan kewangan YKN agar sentiasa telus dan akauntabiliti dalam melaksanakan tanggungjawabnya selaku Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan YKN. Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat warga YKN. Al-Fatihah.
BELASUNGKAWA
Al-Fatihah & Takziah
ARAS 8, BANGUNAN KPWKM, NO. 55 PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4, 62100 PUTRAJAYATEL : 03-8323 2451 • FAKS :03-83232061
www.ykn.gov.myyknmalaysia Yayasan Kebajikan Negara @yayasankebajikannegara
YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA
Di taja oleh: