1
Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP
NEGERI PULAU PINANG
PENYATA RASMI
MESYUARAT PERTAMA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI
YANG KEEMPAT BELAS
02 MEI 2019 (KHAMIS)
Dikeluarkan oleh
BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
PULAU PINANG
2
PENYATA RASMI
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
YANG KEEMPAT BELAS
02 MEI 2019 (KHAMIS)
Kandungan Muka Surat
Kehadiran Ahli Yang Berhormat 4 - 5
SOALAN-SOALAN LISAN
Soalan No. 26– Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid)
6
Soalan No. 27 – Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor)
8
Soalan No. 28 – Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) 13
Soalan No. 29 – Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) 14
Soalan No. 30 – Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) 15
Soalan No. 31 – Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) 17
Soalan No. 32 – Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) 20
Soalan No. 33 – Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) 21
Soalan No. 34 – Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) 23
Soalan No. 35 – Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) 24
PENGUMUMAN MELANJUTKAN MASA PERSIDANGAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI DI BAWAH PERATURAN 6A(1)
27
3
Kandungan Muka Surat
SESI PENGGULUNGAN USUL TERIMA KASIH KE ATAS UCAPAN PERASMIAN OLEH T.Y.T. YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan
28
DEWAN DITANGGUHKAN
DEWAN DISAMBUNG SEMULA
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan
47
Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan
59
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari) mengambil bahagian
dalam sesi penggulungan. 66
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan
91
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin) mengambil
bahagian dalam sesi penggulungan. 105
DEWAN DITANGGUHKAN
DEWAN DISAMBUNG SEMULA
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin) menyambung semula sesi penggulungan.
113
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh) mengambil bahagian dalam sesi penggulungan.
121
DEWAN DITANGGUHKAN
4
PENYATA RASMI
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
YANG KEEMPAT BELAS Tarikh : 02 MEI 2019 (KHAMIS) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Undangan Negeri Lebuh Light, George Town Pulau Pinang. HADIR
Bil. Nama Ahli Kawasan
1. YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri
2. YAB. Chow Kon Yeow Ketua Menteri / Padang Kota
3. YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. Rahman
Timbalan Ketua Menteri I / Pinang Tunggal
4. YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II / Perai
5. YB. Chong Eng Padang Lalang
6. YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat
7. YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu
8. YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya
9. YB. Zairil Khir Johari Tanjung Bunga
10. YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain Batu Maung
11. YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong
12. YB. Soon Lip Chee Bagan Jermal
13. YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah Timbalan YDP Dewan/Sungai Bakap
14. YB. Teh Lai Heng KOMTAR
15. YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang
16. YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti
17. YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk
18. YB. Ong Ah Teong Batu Lancang
19. YB. Satees A/L Muniandy Bagan Dalam
20. YB. Azrul Mahathir Bin Aziz Bayan Lepas
5
Bil. Nama Ahli Kawasan
21. YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil Permatang Pasir
22. YB. Jason Ong Khan Lee Kebun Bunga
23. YB. Gooi Hsiao-Leung Bukit Tengah
24. YB. Syerleena Binti Abdul Rashid Seri Delima
25. YB. Lee Chun Kit Pulau Tikus
26. YB. Zolkifly Bin Md. Lazim Telok Bahang
27. YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq Bertam
28. YB. Kumaresan A/L Aramugam Batu Uban
29. YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad Telok Ayer Tawar
30. YB. Joseph Ng Soon Siang Air Itam
31. YB. H'ng Mooi Lye Jawi
32. YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pulau Betong
33. YB. Goh Choon Aik Bukit Tambun
34. YB. Daniel Gooi Zi Sen Pengkalan Kota
35. YB. Heng Lee Lee Berapit
36. YB. Zulkifli Bin Ibrahim Sungai Acheh
37. YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor Ketua Pembangkang/Sungai Dua
38. YB. Nor Hafizah Binti Othman Permatang Berangan
39. YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah Penaga
TIDAK HADIR
Bil. Nama Ahli Kawasan
1. YB. Lim Guan Eng Air Putih
2. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail Pantai Jerejak
AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG.
Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan
1. YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri
2. YB. Tuan Norazmi Bin Mohd Narawi Penasihat Undang–Undang Negeri
3. YB. Dato’ Sarul Bahiyah Binti Haji Abu Pegawai Kewangan Negeri
TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri
6
Dewan mula bersidang pada jam 9.30 pagi.
Setiausaha Dewan:
Ahli-ahli Yang Berhormat, YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Bacaan Doa.
Timbalan Setiausaha Dewan:
“Bacaan Doa”.
Setiausaha Dewan:
Soalan Lisan.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita bersambung dengan sesi Soalan Lisan. Yang
Berhormat Seri Delima.
Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena binti Abdul Rashid):
Dengan izin Dato’ Speaker, soalan saya nombor 26.
No. 26. Astaka Taman Tun Sardon terkenal sebagai salah satu hub makanan di
Pulau Pinang tetapi premis perlu dinaiktarafkan untuk memberi imej yang
lebih baik kepada pengunjung-pengunjung.
(a) Apakah status penyerahan dari Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) ke Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)?
(b) Berpakah kos untuk menaik taraf astaka supaya selaras dengan GBI?
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih kepada rakan saya daripada Seri Delima
atas soalan berkenaan Astaka di Taman Tun Sardon.
Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri memandang serius terhadap kebersihan ke semua
kompleks makanan termasuk di Taman Tun Sardon memandangkan Pulau Pinang
merupakan salah satu destinasi industri pelancongan makanan. Mulai 1 Februari 2019, Taman
Tun Sardon telah pun diserahkan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang oleh pihak Pejabat
Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. Sehubungan dengan itu Dato’ Speaker, segala
urusan pengurusan dan pentadbiran astaka Taman Tun Sardon seperti penawaran unit gerai
kepada penjaja dan juga tahap pembersihan premis adalah di bawah bidang kuasa MBPP
sepenuhnya.
Seterusnya Dato’ Speaker, MBPP dalam proses semakan bersama perunding GBI
ataupun Green Building Index untuk memastikan kerja-kerja yang terlibat bagi mendapatkan
anggaran kos untuk menaik taraf Astaka Taman Tun Sardon sebagai astaka yang mempunyai
pengiktirafan GBI. Sekian.
Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid):
Saya ada soalan tambahan.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Sila.
7
Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid):
Mengenai tahap kebersihan di astaka kita, mungkin boleh cuba, mungkin YB. Datok
Keramat boleh kongsi sikit apakah konsep atau apakah intention...(dengan izin) GBI?
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Dato’ Speaker, saya memang menyahut dengan baik soalan ini iaitu soalan pokok
lebih dahulu kerana soalan ini menunjukkan bahawa usaha kerajaan bukan sahaja untuk
memastikan tahap kebersihan di semua fasiliti ataupun kemudahan awam seperti pasar
awam dan kompleks makanan awam tetapi soalan ini juga tanya satu lagi aspek yang begitu
penting iaitu GBI, Green Building Index. First of all, saya hendak dengan izin, maklum semua
di sini berkenaan tahap kebersihan sebelum saya pergi ke GBI which is something very new
and very noval to me which I will explain further in short while, tapi untuk tahap kebersihan
Dato’ Speaker, di kedua-dua belah iaitu Seberang dan juga di bahagian Pulau, pada bulan
September tahun dahulu saya telah mengarahkan kedua-dua PBT untuk meningkatkan tahap
kebersihan di semua kemudahan awam, pasar awam dan juga kompleks penjaja awam.
Untuk makluman semua, kita ada penarafan ataupun penggredan kebersihan iaitu kita
ada gred A, B, C, D. D dahulu telah pun dikeluarkan di mana semua telah naik taraf ke
sekurang-kurangnya sehingga C, tetapi pada bulan September dahulu, saya telah minta
kedua-dua PBT untuk tingkatkan kebersihan kepada sekurang-kurangnya B. Dan untuk
makluman Dato’ Speaker, I give them until February, di bulan Februari apabila kita buat
semakan untuk lihat status saya begitu gembira untuk laporkan bahawasanya di keseluruhan
negeri Pulau Pinang untuk pasar awam, penggredan kebersihan dia 96%, 96% sudah capai
A dan B, yang balance itupun beberapa bulan lagi boleh mencapai dia. In fact yang balance
beberapa pasar-pasar awam itu yang tidak mencapai dia sebab dia adalah kerana ia perlu
menjalani satu pembaikpulihan yang besar. So apabila ia sudah berlaku ia akan terus pergi
kepada A, so there is no issue on that, that is for pasar awam.
Untuk kompleks penjaja awam pula, saya begitu gembira untuk laporkan tahap
kebersihan dia 92% di keseluruhan Pulau Pinang iaitu di bahagian Pulau dan Seberang, so
we are 96% on the pasar awam. Dato’ Speaker, 92% kompleks awam tetapi yang balance
memang ada satu pelan tindakan untuk naik taraf status kebersihan dia. Tetapi apabila saya
buat satu, apabila semakan dibuat tentang tahap kebersihan pada bulan Februari, saya
gembira dengan pihak MBPP dan MPSP, tetapi saya selalu dikatakan satu EXCO yang selalu
mempunyai sasaran yang begitu besar sekali. So I was very happy in February when I saw
the performance tapi saya arahkan untuk makluman semua pada bulan Februari, YDP pun
ada di sini, tak tau mungkin dia marah saya atau tidak, saya arahkan MBPP dan MPSP dalam
satu tahun daripada Februari semua kemudahan awam, pasar awam dan kompleks penjaja
awam ini saya hendak dia capai A dan saya pasti mereka boleh buat sedemikian dalam 12
bulan daripada Februari. YDP ada di sini dia sudah mengangguk, dia kata boleh.
Dan saya balik sekarang kepada GBI. GBI is…(dengan izin), Green Building Index,
dia adalah satu rating tool untuk bangunan-bangunan yang digunakan di negeri Pulau Pinang
untuk lihat sama ada dia sudah capai satu mutu bangunan hijau. Banyak ciri-ciri perlu dicapai
supaya penarafan ini boleh dapat kita dapat untuk mana-mana bangunan. Dan saya begitu
gembira di Pulau Pinang, untuk makluman, saya mendapat makluman di peringkat ini kita
memang menggalakkan bangunan-bangunan untuk menjadi, mendapat pengiktirafan GBI
dan di bahagian MBPP di Pulau Pinang ada 32 bangunan yang sudah capai penarafan GBI
dan di MPSP ada 14 bangunan, Dato’ Speaker. Dan antara satu daripada bangunan untuk
makluman semua yang mendapat GBI di bahagian Pulau, yang pertama di seluruh Malaysia
iaitu Projek Mampu Milik kita di S.P. Chelliah yang ada di Jalan Pattani, Dato’ Speaker, S.P.
Chelliah, yang hampir siap bulan lima (5) nanti infact next month, saya akan bagi kunci dah.
That is the first affordable housing project that has got GBI Gold rating, in the whole of
8
Malaysia, for your information, it is in Penang, and in S.P. Chelliah juga ada Dato’ Speaker,
satu blok kos sederhana rendah, low medium cost, that is the first low medium cost building
in the whole of Malaysia that has GBI, although just plain GBI but GBI certificated first, also in
Penang. So kita memang menggalakkan bangunan-bangunan untuk mendapat penarafan
GBI ini dan kepada soalan daripada Seri Delima, saya begitu gembira beliau mencadangkan
supaya even astaka-astaka kita iaitu kompleks penjaja-penjaja makanan dan juga kemudahan
awam seperti pasar awam yang baru yang mungkin kita bina ataupun kita boleh retrofit yang
lama, juga cuba mencapai pengiktirafan GBI dan memandangkan saya mengambil begitu
serius tahap ataupun status kebersihan, sekarang saya mungkin selepas DUN ini akan
adakan satu mesyuarat dengan pihak kedua-dua PBT untuk melihat bagaimana kita boleh
factor in juga keperluan untuk GBI dicapai untuk semua kemudahan-kemudahan awam kita.
Sekian Dato’ Speaker.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih.
Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang):
Dato’ Speaker, soalan tambahan, satu saja. YB. Datok Keramat, memandangkan
sekarang banyak astaka-astaka yang sebelum ini di bawah ICU dan diserahkan kepada
MBPP dan apabila serahan dibuat memang banyak astaka dalam keadaaan yang daif dan
perlukan peningkatan atau penambahbaikan. Adakah YB. Datok Keramat akan memberikan
keutamaan kepada astaka-astaka yang sebelum ini yang di bawah ICU untuk mendapatkan
penaiktarafan daripada pihak PBT dulu sebelum ini. Terima kasih.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Sememangnya Dato’ Speaker, sepertimana saya nyatakan tadi, status kebersihan
ataupun tahap kebersihan itu kita memang mengambil secara serius seperti Astaka Taman
Tun Sardon, setelah ia diserahkan daripada ICU kepada PBT maka PBT akan mengambil alih
segala tanggungjawab ke atas kemudahan tersebut. Dan saya memang saya beri komitmen
kepada Air Itam bahawasanya semua astaka-astaka, saya setuju dengan Air Itam
kebanyakannya dalam keadaan daif tetapi setelah ia diserahkan, kita, sememangnya saya
telah arahkan kedua-dua PBT untuk mengambil tindakan-tindakan untuk masukkan ia ke
dalam rancangan kebersihan kita ataupun rancangan penaiktarafan kita yang kita ada untuk
semua kemudahan awam ini Dato’ Speaker.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih. Ingin mempersilakan Sungai Dua.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff bin Mohd Noor):
Soalan saya soalan 27.
No. 27. Mengapakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan kelulusan untuk
diwujudkan asrama pekerja asing di taman perumahan?
(a) Senaraikan taman-taman tersebut.
(b) Apakah syarat yang dikenakan oleh JKT/PBT dalam memberikan kebenaran dan adakah kajian Sosial Impact Assessment dijalankan atas permohonan ini.
(c) Senaraikan perjumpaan/dialog yang telah diadakan oleh pihak Kerajaan Negeri/jabatan bersama penduduk.
9
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih rakan saya dari Sungai Dua. Berkenaan satu
soalan yang begitu penting sekali iaitu tentang kelulusan yang diberikan untuk pewujudan
asrama-asrama pekerja asing di taman perumahan. Now, Dato’ Speaker, untuk makluman
semua Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah memberikan kelulusan untuk asrama
pekerja di taman perumahan. Memandangkan garis panduan yang kita ada untuk
perancangan pembinaan asrama pekerja negeri Pulau Pinang 2017 ini mensyaratkan dengan
jelas bahawasanya pembinaan asrama pekerja hanya dibenarkan di kawasan-kawasan yang
dizonkan sebagai perniagaan dan perindustrian ringan dan sederhana sahaja.
Dato’ Speaker, berdasarkan semakan bersama pihak-pihak berkuasa tempatan
didapati tiada kelulusan kepada mana-mana syarikat untuk menyediakan asrama pekerja di
kawasan taman perumahan. Untuk makluman semua, terdapat 15 syarat utama yang
dikenakan ke atas pemaju untuk pembinaan asrama pekerja. Senarai syarat-syarat tersebut
adalah seperti berikut:
(i) kategori zon yang dibenarkan sepertimana saya nyatakan tadi adalah
perniagaan dan industri ringan dan sederhana sahaja;
(ii) nisbah plot yang dibenarkan ialah 2 pada 1 dan kepada maksimum 3.5 kepada
satu dan ini adalah tertakluk kepada bayaran pemajuan yang melebihi nisbah
plot 2 kepada 1;
(iii) keluasan minimum adalah 2 ekar untuk tujuan 5,000 pekerja;
(iv) ketinggian bangunan adalah tertakluk kepada ketinggian di suatu kawasan
yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan dan perlu merujuk kepada
Jabatan Penerbangan Awam sekiranya terletak di dalam laluan flight path;
(v) Reka bentuk bangunan perlulah bersifat mesra alam dan menggunakan
bahan-bahan binaan yang berkualiti dan tidak mudah terbakar serta mematuhi
syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
(vi) Anjakan bangunan perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh
pihak-pihak berkuasa tempatan;
(vii) Saiz ruang lantai minimum adalah 800 kaki persegi per unit;
(viii) Bilangan bilik untuk tujuan hostel maksimum 18 orang seunit dan satu blok
bangunan sekurang-kurangnya 60 unit di mana setiap aras mempunyai 15 unit.
Untuk tujuan pangsapuri minimum tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air dan tandas
berasingan, ruang tetamu dan ruang memasak dan maksimum 18 orang
seunit. Untuk jumlah penghuni yang dibenarkan Dato’ Speaker, pemaju
dikehendaki untuk menyediakan sekurang-kurangnya 4.4 meter persegi gross
floor area setiap pekerja untuk ruang legar dan memastikan merangkumi
kemudahan asas seperti ruang dapur dan tandas bagi tujuan meningkatkan
taraf kehidupan asrama dan membantu mengurangkan isu-isu ameniti.
Ketinggian lantai ke lantai maksimum 3.6 meter untuk kawalan ketinggian
lantai.
Dan jarak zon penampan perlu mematuhi ketetapan yang dan keperluan zon
penampan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu kawasan industri ringan 50 meter manakala
kawasan industri sederhana adalah hundred, 150 meter. Walau bagaimanapun ini semua
adalah tertakluk kepada kehendak Jabatan Alam Sekitar semasa pemohon mengemukakan
Permohonan Merancang. Untuk tempat letak kenderaan Dato Speaker, 3% dari bilangan unit
dorminotori dan pangsapuri maksimum. Motosikal 5%. Penyediaan tempat letak kenderaan
10
adalah untuk pihak pengurusan sahaja. Tempat letak bas minimum tiga (3) petak. Dato’
Speaker rangkaian jalan raya yang dibenarkan adalah 66 kaki bagi kawasan industri dan 50
kaki bagi kawasan perniagaan. Dan Dato’ Speaker penyediaan kawasan lapang di atas tanah
adalah 10% daripada luas tapak pembangunan asrama dan kemudahan rekreasi seperti
padang bola, gelanggang permainan dan lain-lain persamaan boleh diambil kira sebagai
sebahagian kawasan lapang.
Seterusnya penyediaan kemudahan sokongan hendaklah disediakan sebanyak 20%
daripada kandungan ruang lantai asrama pekerja yang dicadangkan. Dato’ Speaker semua
syarat-syarat ini tidak termasuk syarat tambahan yang dikenakan ke atas pemaju berdasarkan
kepada lokasi pembangunan asrama dan semasa pengemukaan Permohonan Kebenaran
Merancang.
Bagi pembinaan asrama pekerja sememangnya pada rakan saya dari Sungai Dua
pihak pemaju perlu melaksanakan Kajian Penilaian Impak Sosial ataupun Social Impact
Assessment (SIA). Dan Dato’ Speaker terdapat dua (2) taklimat dan sesi dialog yang telah
diadakan bersama penduduk dan pemaju yang terlibat yang serta turut dihadiri oleh Ahli
Parlimen dan ADUN kawasan iaitu satu taklimat dan sesi dialog bagi projek kuarters pekerja
di Bukit Minyak pada 25 Julai 2016 dan taklimat dan sesi dialog bagi projek kuarters pekerja
di Juru pada 9 Januari 2017. Dan Kedua – dua projek pembinaan asrama ini bukan terletak
di zon taman perumahan. Sekian Dato’ Speaker.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):
Soalan tambahan. Terima kasih kepada Datok Keramat yang telah telah
menghuraikan secara panjang lebar tentang asrama. Tentang pengwujudan asrama pekerja.
Mungkin terdapat sedikit kesilapan, mungkin saya silap bagi soalan. Cuma saya nak jelaskan
di sini bahawa isu yang saya bangkitkan isu yang berkaitan dengan kawasan Taman
Perumahan dijadikan rumah pekerja. Saya sebut asrama tapi yang jadi isu ialah rumah
pekerja. Isunya di kawasan Taman Teluk Molek, rumah milik NGO Roman Katolik. Dia ada 42
biji rumah, 42 buah rumah. Dijadikan asrama sebanyak 15 buah rumah sekarang. Dijadikan
tempat rumah pekerja. 1 rumah dia isi 30 orang dan bersama dengan penduduk yang ada di
situ. Jadi saya bincang dengan pihak PBT tidak ada masalah sebab dia sebagai rumah
pekerja asing boleh duduk di situ. Cuma yang isunya sekarang sebuah syarikat yang
menguruskan rumah pekerja ini, dia membekalkan pekerja kepada Syarikat Sony contohnya.
Dia bekalkan pekerja Vietnam, Myanmar, Indonesia dia ambil rumah dia sewa dia letakkan
pekerja di situ untuk dia dapat keuntungan. Memang untung la dia caj seorang pekerja RM100
seorang pekerja. 30 orang sebuah rumah dah dapat RM3,000. So, ini menyebabkan berlaku
masalah social, keselamatan dan sebagainya kepada penduduk di situ.
Cuma saya nak dapat penjelasan, adakah pihak PBT dalam isu rumah di Taman Telok
Molek ini mengambil kira aduan dan juga ketidaksetujuan Persatuan Penduduk atau
penduduk tempatan dalam memberikan kebenaran syarikat untuk menyewa dan untuk
jadikan rumah pekerja dia. Itu yang pertama. Kedua, boleh atau tidak pihak Kerajaan Negeri
Pulau Pinang ataupun Datok Keramat berbincang dan memutuskan tentang isu ini untuk
diputuskan untuk tidak membenarkan ataupun memberi syarat yang lebih ketat kepada mana-
mana syarikat walaupun tuan rumah setuju sewa tapi mengambil kira penduduk kawasan itu.
Tuan rumah mungkin bagi sebab dia dapat sewa yang tinggi daripada penyewa. Tapi
mengambil kira keadaan masyarakat yang beli rumah di kawasan itu. Jadi itu yang saya minta
satu keputusan dan juga buat satu tindakan untuk selesaikan isu ini. Terima kasih.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh
Terima kasih kepada rakan saya dari Sungai Dua atas soalan yang begitu tepat pada
masanya. Saya telah pun nyatakan kepada Dewan yang mulia ini, saya ingat dua atau tiga
11
penggal dahulu bukan penggal, sidang dahulu dan selalu saya ulangi gejala pekerja-pekerja
terutamanya pekerja asing membanjiri taman-taman perumahan kita adalah satu gejala yang
sudah lama wujud dan oleh yang demikian Kerajaan Negeri sememangnya mengambil serius
terhadap semua aduan-aduan di mana aduan-aduan first line of attack akan ke pejabat saya.
Kerana banyak perumahan mempunyai warga-warga asing yang banjiri skim-skim mereka.
Terutamanya skim-skim perumahan Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah yang di
salahgunakan oleh pemilik. Kerana sebenarnya pemilik tidak boleh sewa keluar mesti dihuni
oleh pemilik untuk Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah tetapi disalahguna. Pada waktu asal
dia coming to Sungai Dua contoh di Taman Telok Molek saya percaya itu adalah landed atau
high risk, landed okay. Di bahagian pulau pun kita ada masalah tersebut. I remember our first
case was actually in Batu Maung about 3 to 4 years ago that time i remember Chris was a
counselor and he brought the case up to us to my housing department and we have to take
the action sepertimana Sungai Dua kata, adakah kita melalui PBT ambil tindakan? So untuk
kes Batu Maung itu sama juga itu landed property and actually not low cost or low medium
cost. Rumah mewah tapi sepertimana Sungai Dua kata 30 - 40 tersumbat dalam satu rumah.
Sosial problem. Di kes itu kita boleh ambil tindakan, kerana ada undang–undang yang kata.
Di dalam sesuatu rumah itu tidak boleh melebihi berapa orang yang boleh duduk
dalam sesuatu rumah. That is legislation, Dato’ Speaker. So in that case we took action
because is factory that was placing…(dengan izin) dia punya pekerja dalam rumah it was
terrace house Dato’ Speaker around 30 to 40 people in one terrace house. Just tak boleh
masuk akal. So tindakan diambil dan kita menang di mahkamah di mana pemilik perlu
keluarkan penyewa-penyewa tersebut kerana bukan kerana mereka warga asing tetapi
kerana terlalu ramai orang dalam rumah itu. Untuk rumah teres bukan Kos Sederhana Rendah
atau Kos Rendah mereka berhak sebagai tuan punya saya berhak untuk sewa tapi kesilapan
yang dibuat di situ adalah terlalu banyak orang. So kita ambil tindakan. Fair enough, no
problem. Tetapi masalahnya apabila kita ambil tindakan banyak syarikat-syarikat, factory-
factory dengar apa Jagdeep telah buat dan mereka khuatir mereka juga akan diburu. So
mereka came to my office, bincang round table, bincang kita duduk bincang, dia kata okey
YB. Saya setuju dengan Kerajaan Negeri supaya tidak letakkan mereka di dalam skim
perumahan itu. Tapi mana saya nak letakkan mereka. You keluarkan mereka dalam satu skim,
dia akan letakkan dalam skim yang lain. And goes on. So it was a catch 22 situation. Masalah
yang saya ambil tindakan mereka tak tahu mana mereka nak hantar pekerja walaupun mereka
setuju dengan saya. Itulah mengapa kita wujudkan garis panduan Asrama Pekerja pada tahun
2016 di pinda 2017 baru-baru ini. Di mana kita hendak ada asrama pekerja yang akan
menempatkan semua pekerja-pekerja di kawasan tersebut. Kita nak absorb daripada taman-
taman perumahan yang mempunyai permasalahan seperti di Sungai Dua, Taman Teluk Molek
tersebut.
Dan untuk makluman Dato’ Speaker saya begitu gembira kerana ini adalah sidang
pertama selepas semua pengumuman-pengumuman, perancangan-perancangan oleh pihak
kita di bahagian Kerajaan Negeri untuk menubuhkan atau mengwujudkan asrama pekerja ini.
Di mana sebelum sidang ini memang dalam proses pembinaan, perancangan dan
sebagainya. Tapi saya begitu gembira sekali Dato’ Speaker, I think Dato’ Speaker was there
around taken the opening.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
No more.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Not there. Banyak daripada ADUN-ADUN hadir kerana itu sejarah, titik sejarah di
negeri Pulau Pinang di Bukit Minyak pada bulan Februari ini 6,000 katil siap Dato’ Speaker.
Di bawah Kerajaan Pakatan Harapan ini.(Ahli Dewan menepuk meja). Dan itu untuk 6,000
12
sahaja. Tapi untuk makluman Dato’ daripada Sungai Dua. Saya dapat maklumat di negeri
Pulau Pinang yang pekerja asing yang halal, yang sah itu dalam 100,000, itu tak kira yang
illegal. Which I may to understand could be double. So we talking about 200,000 foreign
workers. I only got 6,000 bed now. Dan untuk makluman semua saya ada enam (6) projek.
Dan enam (6) projek itu kalau dalam purata 5,000 satu projek, maksimum I will get also
probably by the middle of next year apabila semua siap it around 30,000 to 40,000. So we
need to continue dengan izin, ini perlu kita buat dahulu ada banyak bantahan terhadap bina
asrama pekerja dan sebagainya. Tapi inilah permasalahan yang kita hendak kita atasi dan
Kerajaan Negeri komited untuk pastikan lebih katil kita akan siapkan untuk menangani
permasalahan sepertimana dinyatakan oleh Sungai Dua.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih. Satu lagi Machang Bubuk.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):
Okey, terima kasih Dato’ Speaker, Terima kasih Datok Keramat. Jawapan Datok
Keramat memang menyeluruh. Cuma saya juga nak bangkit satu perkara yang berkenaan
dengan taman perumahan. Tadi Datok Keramat ada sebut ada 200,000 lebih pekerja asing
yang ada. Dan yang asrama yang sedia ada hanya ada 6,000 katil. Maksudnya ada ramai
masih tinggal di taman-taman perumahan. Saya juga nak tau kenalpasti sebab kadar yang di
kutip oleh asrama pekerja yang asing ini adalah lebih tinggi daripada taman-taman
perumahan. Sekiranya kadar yang dikenakan itu begitu tinggi maka syarikat-syarikat atau
yang mempunyai pekerja-pekerja asing ini mereka akan pilih di taman-taman perumahan. So
bagaimana kita kerajaan dapat memastikan bahawa taman-taman perumahan ini dia buat
suka tidak suka buat sementara ini dia telah menjadi satu penyelesaian untuk pekerja-pekerja
asing untuk tinggal. Cuma kadar dengan kadar yang agak murahlah berbanding dengan kadar
yang kutip oleh yang dikenakan ke atas asrama pekerja asing ini. So saya nak mengetahui
bagaimana kerajaan menangani perbezaan yang begitu tinggi ini.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Dato’ Speaker, Terima kasih pada Machang Bubuk. Memang ini kita lihat mungkin
berlaku, tapi saya hendak pertamanya perjelaskan operator-operator yang mengusahakan
asrama-asrama pekerja asing ini kalau mereka letakkan satu kadar yang begitu tinggi. Saya
setuju dengan Machang Bubuk. Mana-mana syarikat pun tidak akan letak pekerja mereka di
situ. So ini commercial decision untuk mereka pastikan kadar mereka adalah satu kadar yang
saya apa ini boleh berpatutan.
Sekiranya tidak mereka tidak akan dapat pekerja-pekerja datang duduk di kawasan
tersebut dan saya setuju dengan Machang Bubuk. Kerana untuk projek pertama kita, apabila
saya buat pemantauan setelah ia dilancarkan bulan Februari lalu saya dapati mereka masih
dalam proses pengisianlah. Dapat daripada syarikat pekerja-pekerja dan sebagainya. Dan
saya minta mereka pastikan kadar mereka berpatutan. Kalau tidak mereka tak akan isi
asrama tersebut dan our effort will be filled out, Dato’ Speaker. So in fact setelah saya bincang
dengan mereka, mereka ada perbincangan dengan beberapa syarikat untuk perjelaskan
walaupun ada perbezaan tetapi tidak begitu ketara lah seperti Machang Bubuk kata. Just to
be fair that was a slight increase, so I question them, I say why? And they had round table
with most the industry and explained if you go to the normal house and you rent out a normal
house for your pekerja asing, perlu kita beli banyak asas-asas dan sebagainya. You know
like furniture, etc, etc. All these extra cost. Where else if you go to the asrama, all that is fitted
in. So apabila perbincangan dibuat dengan industri, industri faham. Dan kebanyakan industri
sekarang tidak lihat ini satu permasalahan. Long term it is more beneficial to them to place
their workers in such worker’s dormitories, Dato’ Speaker. Sekian.
13
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih. Saya ingin mempersilakan Kebun Bunga.
Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee):
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya, soalan 28.
No. 28. Apakah kaedah perlindungan dan/atau langkah-langkah yang boleh diambil
oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan tahap keselamatan dan
keselesaan pejalan-pejalan kaki di Pulau Pinang.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Terima kasih Dato’ Speaker dan pada rakan saya daripada Kebun Bunga yang
bertanyakan apakah kaedah atau langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk tingkatkan
tahap keselamatan dan keselesaan pejalan-pejalan kaki di Pulau Pinang.
Dato’ Speaker, kaedah perlindungan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh
Kerajaan Negeri bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pejalan-pejalan kaki
di Pulau Pinang adalah seperti berikut:
(i) Membina jejantas pejalan kaki untuk keselamatan dan keselesaan pejalan-pejalan kaki;
(ii) Memasang sebanyak 119 lintasan pejalan kaki berlampu isyarat di kawasan pulau, Pulau Pinang untuk meningkatkan keselamatan pejalan kaki;
(iii) Membina dan menaik taraf laluan pejalan kaki sepanjang 32.30 km di bahagian Pulau berdasarkan reka bentuk sejagat ataupun Universal Design;
(iv) Memasang penghadang ataupun pagar ataupun railing di lokasi-lokasi tertentu untuk memberi perlindungan kepada pejalan kaki yang menggunakan laluan-laluan tersebut;
(v) Melaksanakan kempen Pedestrian is King bagi memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya unuk berhati-hati dan memberi laluan kepada pejalan kaki untuk melintas jalan di lintasan pejalan kaki; dan
(vi) Melaksanakan projek kaki lima bebas halangan sejak tahun 2015 yang melibatkan jalan-jalan di kawasan warisan seperti Lebuh Chulia, Jalan Masjid Kapitan Keling dan Lebuh Prangin.
Dato’ Speaker, selain itu Kerajaan Negeri telah mengambilkira kriteria-kriteria yang
telah digariskan di dalam Garis Panduan Rekabentuk Bandar Selamat iaitu Panduan
Pelaksanaan Crime Prevention Through Environmental Design di mana antaranya ialah:
(i) Kelebaran jalan perlulah mematuhi garis panduan sedia ada yang diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
(ii) Jaringan jalan mestilah berkesinambungan ataupun inter-connected dan mempunyai hierarki yang jelas serta diasingkan dari laluan bermotor;
(iii) Memastikan jalan baru dan sedia ada berkesinambungan agar tiada pengasingan di antara kawasan baru dan lama;
(iv) Memastikan hierarki dan reka bentuk jalan sesuai dengan jenis pembangunan dan tahap kelajuan yang dibenarkan;
(v) Laluan pejalan kaki tidak digalakkan berhungan dengan jalan mati;
(vi) Menyediakan pencahayaan di ruang yang gelap di sepanjang jalan dan laluan pejalan kaki pada jarak dan ketinggian yang sesuai;
14
(vii) Menyelenggara akses dan laluan pejalan kaki secara berkala dan berterusan supaya berkeadaan baik dan bersih bagi meningkatkan tahap keyakinan orang awam bahawa kawasan tersebut terjaga dan selamat digunakan;
(viii) Penyediaan jalan terus iaitu through road yang melalui kawasan perumahan ke kawasan berhampiran tidak dibenarkan;
(ix) Jalan keluar masuk perlu dihadkan dan dikawal tidak melebihi dua akses bagi setiap pembangunan mengikut Garis Panduan Perancangan Gated Community dan Guarded Neighbourhood untuk perincian;
(x) Memastikan laluan pejalan kaki disediakan di kedua-dua belah jalan terutama di kawasan tumpuan awam;
(xi) Menyediakan laluan pejalan kaki yang boleh dilihat secara terus dari premis berhampiran dan tidak terhalang oleh sebarang struktur;
(xii) Mengelakkan ruang tersembunyi, tersorok dan ruang yang boleh meningkatkan potensi berlaku jenayah di laluan pejalan kaki;
(xiii) Menyediakan laluan pejalan kaki yang mendapat pencahayaan semulajadi secara optimum pada waktu siang tetapi selesa kepada pengguna melalui penyediaan elemen teduhan dan landskap yang sesuai;
(xiv) Jejantas tidak terlindung daripada sebarang objek seperti papan tanda, sepanduk, papan iklan, pokok dan papan tanda luar ataupun billboard serta mempunyai pencahayaan terang dan pandangan yang jelas;
(xv) Laluan pejalan kaki bawah tanah tidak dibenarkan bagi mengelakkan perlakuan jenayah; dan
(xvi) Mengenalpasti zon berprofil tinggi iaitu seperti aktiviti bank, pengurup wang, kedai emas, kedai beroperasi 24 jam untuk memudahkan pemantauan pihak polis dan membolehkan perkongsian peralatan keselamatan iaitu CCTV, penggera keselamatan ataupun traffic calming. Itu sahaja Dato’ Speaker.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin mempersilakan Batu Lancang.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya adalah soalan nombor 29.
No. 29. Apakah objektif Experience Penang 2020?
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Terima kasih Yang di-Pertua Dewan dan juga Yang Berhormat Batu
Lancang. Experience Penang Year 2020 ini merupakan kempen Tahun Melawat Pulau
Pinang di tahun 2020. Kempen ini juga adalah selaras dengan kempen Tahun Melawat
Malaysia 2020 yang dijalankan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
Malaysia. Objektif Experience Penang Year 2020 adalah seperti berikut:
(i) Mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama;
(ii) Meningkatkan jumlah ketibaan pelancong ke Pulau Pinang;
(iii) Meningkatkan ekonomi Pulau Pinang melalui pendapatan hasil daripada aktiviti pelancongan;
(iv) Memacu kepesatan industri pelancongan dengan inisiatif 4R: Restructuring, Rebranding, Remarketing dan Repositioning;
15
(v) Menempatkan kedudukan atau position Pulau Pinang secara kompetitif melalui produk pelancongan berkualiti tinggi untuk menarik high value travelers (pelancong bernilai tinggi) dan meningkatkan perbelanjaan pelancong;
(vi) Mempertingkatkan perkhidmatan dan hospitaliti industri perkhidmatan dan pelancongan untuk menyampaikan pengalaman Pulau Pinang yang unik atau to deliver a uniquely Penang experience seiring dengan Experience Penang 2020; dan
(vii) Selaras dengan Visi Pulau Pinang2030 untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi dan hub kesenian, kebudayaan dan warisan kebangsaan. Sekian.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):
Yang di-Pertua, soalan tambahan.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Boleh.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor kesenian di
Seberang Perai?
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Program-program seperti Butterworth Art Walk dan Butterworth Fringe Festival telah
memberikan nafas baharu kepada bidang kesenian di Seberang Perai. Butterworth Fringe
Festival merupakan salah satu program yang dianjurkan selaras dengan pelaksanaan Pelan
Butterworth Baharu dengan kerjasama di antara Majlis Perbandaran Seberang Perai dan
Think City dengan sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Penganjuran Butterworth Fringe
Festival yang berbentuk kesenian, budaya dan warisan adalah satu inisiatif untuk
merancakkan lagi misi pembangunan semula bandar Butterworth.
Seiring dengan Visi Penang2030, untuk mendirikan pelancongan Pulau Pinang
termasuk Seberang Perai sebagai destinasi pelancongan yang merangkumi unsur bukan
sahaja pelancongan termasuk unsur kesenian, kebudayaan dan warisan, pejabat saya akan
memberi arahan kepada konsultan yang akan menjalankan Pelan Induk Pelancongan Negeri
Pulau Pinang untuk supaya mesti merangkumi unsur kesenian di Seberang Perai.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih. Saya mempersilakan Bukit Tambun.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 30.
No. 30. Sila nyatakan jumlah keluasan tanah yang masih dipegang oleh PDC di
Batu Kawan, timur Batu Kawan, selatan Penang Science Park dan
Byram.
(a) Apakah perancangan PDC terhadap tanah-tanah ini?
(b) Nyatakan jumlah nilai pelaburan perindustrian, perniagaan dan
perumahan di Batu Kawan?
16
(c) Adakah PDC memiliki Batu Kawan Transportation Master Plan?
Y.A.B. Ketua Menteri:
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk menjawab Yang Berhormat Bukit Tambun
dan untuk makluman Dewan yang mulia ini. Keluasan tanah yang masih dalam pegangan
Penang Development Corporation atau PDC di Batu Kawan, timur Batu Kawan, selatan
Penang Science Park dan Byram serta rancangan pembangunan adalah seperti berikut. Di
Batu Kawan. 2,946.7 ekar iaitu untuk pembangunan bercampur taman perindustrian dan
perumahan mampu milik. Timur Batu Kawan, 622.6 ekar untuk pembangunan bercampur dan
perindustrian. Di Penang Science Park Selatan 133.9 ekar untuk tujuan
perindustrian. Manakala bagi Byram adalah 782.7 ekar untuk industri. Dengan jumlah
4,525.9 ekar. Industri yang dirancangkan di Batu Kawan Industri Park dan juga Penang
Science Park South adalah lebih tertumpu kepada jenis perusahaan seperti electrical &
electronics, electronics manufacturing services, LED, medical devices, aerospace,
semiconductor, automative dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan. Anggaran nilai pelaburan
bagi setiap sektor di Batu Kawan adalah seperti berikut.
Setakat Mac 2019, dianggarkan pelaburan dalam sektor perindustrian berjumlah
RM10 bilion bakal dijana oleh syarikat multinational corporation dan tempatan di Batu Kawan
Industrial Park. Dalam sektor perniagaan, jumlah pelaburan yang direkodkan berdasarkan
surat perjanjian yang telah ditandatangani adalah RM17.8 bilion dan bagi sektor perumahan,
PDC telah melaksanakan Projek Perumahan Mampu Milik Suria 1 di mana kos pembangunan
kasarnya adalah berjumlah RM135 juta dan fasa seterusnya Suria 2 dijangka akan dimulakan
pada penghujung tahun 2019 di mana kos pembangunan kasarnya berjumlah RM127 juta.
Untuk jawapan kepada bahagian C, PDC tidak memiliki Batu Kawan Transportation
Master Plan tetapi sebaliknya hanya menjalankan Kajian Lalu Lintas dan Pengangkutan
Awam Bersepadu di Bandar Cassia dan Laporan Traffic Impact Assessment telah diluluskan
oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai pada 5 Disember 2018 yang akan dijadikan panduan
dalam perancangan pengangkutan dan lalu lintas di Bandar Cassia, Batu Kawan. Sekian.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):
Dato’ Speaker, soalan tambahan. Yang Amat Berhormat Padang Kota, adakah PDC
bercadang menjadikan Batu Kawan sebagai Hub Perubatan Wilayah Utara termasuk
pembukaan cawangan Pusat Kanser Negara dan Pusat Jantung Negara? Soalan kedua,
adakah tanah-tanah di Batu Kawan dan sekitarnya berupaya dijadikan alternatif kepada
cadangan tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang. Sekian.
Y.A.B. Ketua Menteri:
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tambun atas dua soalan tambahan.
Pertamanya, memang benar dalam perancangan PDC sekarang PDC memang ingin menarik
pelaburan ke Batu Kawan bagi sektor perubatan iaitu hasrat untuk menjadikan sebahagian
daripada tanah yang masih ada untuk tujuan medical hub dan pada peringkat ini saya boleh
menyatakan bahawa PDC sedang mengadakan rundingan dengan tiga (3) pihak untuk
melihat minat pelabur dalam menubuhkan kemudahan perubatan di kawasan Batu Kawan
termasuk apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tetapi ini semua di dalam peringkat
rundingan dan kita rasa tidak perlu menghebahkan maklumat ini supaya tidak menjejaskan
rundingan bagi tujuan pelabur ini datang menubuhkan kemudahan perubatan di Batu Kawan.
17
Soalan kedua, sama ada tanah-tanah yang ada boleh menjadi alternatif kepada
Penang South Reclamation (PSR). Kalau kita mengikuti projek Penang South Reclamation
(PSR) projek ini kalaulah diluluskan nanti akan mengambil masa 15, 20 tahun untuk siap.
Secepatnya pun mungkin Pulau A kerana ianya diperlukan untuk membiayai projek-projek
infrastruktur. Jadi seawal pun mungkin dalam 10 tahun atau lapan tahun barulah bidang tanah
yang pertama boleh digunakan untuk tujuan sepertimana ditetapkan. Jadi untuk tempoh lapan
(8) ke 10 tahun ini kemungkinan kalau perancangan berhasil dengan pelaburan maka apa
yang kita ada pun akan digunakan dalam tempoh lapan (8) hingga 10 tahun ini jadi mungkin
pada peringkat ini ia adalah satu alternatif tetapi setelah ianya digunakan untuk tujuan-tujuan
yang ditetapkan maka tidak lagi menjadi alternatif.
Seperti apa yang saya nyatakan di Batu Kawan walaupun saya nyatakan ada 2,900
ekar yang ada tetapi saya tidak sepatutnya umumkan di sini sebab ini semua makluman yang
akan mempengaruhi rundingan dengan pelabur-pelabur. Jadi apa yang ada sedikit sahaja
yang tinggal yang bakinya untuk industri kalau boleh kata dalam lingkungan 200 ekar yang
ada. Yang Berhormat selalu lawat Batu Kawan dan nampak selalunya ada bangunan industri
yang baru didirikan maka di Batu Kawan untuk tujuan industri memang mungkin dalam tahun
depan sudah habis. Oleh itu, saya ada umumkan, timur Batu Kawan 622 ekar adalah
equitation yang baru sebab ia kita sudah nampak Batu Kawan akan habis tanah industri dalam
sedikit masa lagi maka pengambilan tanah di east Batu Kawan sudah dimulakan dan
disempurnakan dengan 622 ekar khususnya untuk industri. Mungkin selepas ini kita boleh
memperkenalkan east Batu Kawan sebagai tempat industri yang baru yang menjadi satu
kesinambungan kepada Batu Kawan yang sedia ada.
Satu lagi Byram 782 ekar ini pun equitation yang baru sebab hakikat dia yang sama
Batu Kawan sudah tidak banyak lagi bidang-bidang tanah untuk tujuan industri maka kita perlu
lihat kepada selatan dan memang sudah pun melaksanakan equatation dan juga ada estet-
estet Sime Darby yang mungkin ada perancangan menggunakan tanah-tanah mereka untuk
tujuan industri SME khususnya bagi memperluaskan ekosistem di Seberang Perai sebagai
industri yang kedua atau ketiga selepas Bayan Baru, Bayan Lepas dan juga selepas Mak
Mandin dan Butterworth. Jadi, itulah jawapan kepada Yang Berhormat.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih. Saya rasa saya hendak jemput Machang Bubuk.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan 31.
No. 31. Senaraikan kerja tanah yang dijalankan tanpa kebenaran di Pulau Pinang
mengikut daerah, lokasi dan keluasan tanah.
(a) Terangkan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk
mengatasi masalah. Ini
(b) Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk
menggublak undang-undang agar tindakan tegas boleh diambil ke
atas tuan tanah yang ingkar perintah?
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih kepada rakan saya daripada Machang Bubuk
yang bertanyakan tentang kerja-kerja tanah yang dijalankan tanpa kebenaran di Pulau
Pinang. Dato’ Speaker, setakat 31 Mac 2019 berdasarkan kepada pemantauan oleh pihak
MBPP terdapat 44 lot tanah yang menjalankan kerja-kerja tanah tanpa kebenaran iaitu 11 di
Daerah Timur Laut, 33 di Daerah Barat Daya. Bagi kawasan MPSP pula Dato’ Speaker,
18
sebanyak 64 lot tanah didapati menjalankan kerja-kerja tanah tanpa kebenaran iaitu 27 di
Daerah Seberang Perai Utara, 33 di Daerah Seberang Perai Tengah dan 4 di Daerah
Seberang Perai Selatan. Senarai kerja tanah tanpa kebenaran mengikut daerah, lokasi dan
bilangan lot di negeri Pulau Pinang adalah seperti di lampiran A yang akan diedarkan kepada
Yang Berhormat.
Dato’ Speaker, antara tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi
masalah ini adalah seperti berikut:
(i) Meningkatkan tenaga kerja yang terbabit dengan pemantauan kerja-kerja tanah tanpa kelulusan khususnya di kawasan bukit;
(ii) Mempertingkatkan masa pemantauan pada setiap hari;
(iii) Menyelaras tindakan penguatkuasaan bersepadu dengan semua agensi yang berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah serta Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM);
(iv) Mempertingkatkan pemantauan dengan menggunakan dron bagi kawasan yang sukar dipantau dari aras jalan dan melalui kamera litar tertutup (cctv);
(v) Bekerjasama erat dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dalam pemantauan;
(vi) Mengeluarkan notis untuk memberhentikan pemajuan ataupun kerja tanah dan arahan memulihkan tanah kepada keadaan asalnya di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 Dan Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974;
(vii) Menjalankan operasi rampasan jentera dan mengorek laluan keluar masuk bagi memastikan kerja tanah dihentikan dan menghalang kerja tanah diteruskan; dan
(viii) Mengambil tindakan mahkamah di mana denda maksimum RM500,000.00 jika disabit kesalahan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 dan denda maksimum RM50,000.00 di bawah Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974.
Dato’ Speaker, usaha-usaha Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan MBPP
kini dalam peringkat akhir proses penggubalan undang-undang kecil kerja tanah 2018 dengan
mengambil kira isu-isu semasa dan kepentingan awam bagi memastikan undang-undang
kecil merangkumi aspek mengenakan denda dan kompaun kesalahan ke atas pesalah-
pesalah yang menjalankan kerja tanah tanpa kelulusan Majlis.
Bagi MPSP pula Dato’ Speaker, undang-undang sedia ada iaitu peruntukan Akta
Perancangan Bandar Dan Desa 1976 dan Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 sudah
memadai sebagai langkah ataupun tindakan tegas yang boleh diambil ke atas tuan-tuan tanah
yang ekar perintah. Sekian, Dato’ Speaker.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Soalan tambahan.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Machang Bubuk dulu.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):
Nanti YB. saya bagi ruang. Terima kasih kepada Datok Keramat yang telah menjawab
soalan saya. Saya cuma ada dua soalan. Setujukah YB Datok Keramat bahawa undang-
undang yang sedia ada ini yang telah dilaksanakan selama ini tidak cukup berkesan untuk
19
menghentikan atau mengelakkan pengulangan kerja tanah tanpa kebenaran?
Untuk Kerajaan Negeri kita hendak buat tambakan laut kita kena dapatkan kelulusan
daripada Kerajaan Pusat tapi untuk tanah-tanah persendirian kita seolah-olah terikat daripada
tidak dapat mengenakan tindakan yang tegas. Maka saya mohon daripada Datok Keramat
sebagai seorang peguam sebelum ini adakah boleh kita gubal undang-undang kanun tanah
negara yang selama ini saya pernah mencadangkan di sidang DUN ini. Bolehkah kita cari
usaha untuk memastikan bahawa kerja-kerja tanah yang dibuat tanpa kebenaran dapat
dibendung sebelum ia sudah dimulakan seperti tambakan di bendang sawah atau tanah-
tanah pertanian yang dalam itu dijadikan tempat pelupusan sampah haram. Semua ini kita
menghadapi cabaran yang besar kerana negeri Pulau Pinang kita mempunyai tanah yang
begitu sikit sahaja.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Machang Bubuk, soalan?
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):
Dua (2) soalan itu saya harap YB Datok Keramat boleh menjawab. Terima kasih.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Terima kasih rakan saya daripada Machang Bubuk. Sememangnya kerja-kerja tanah
semua perlu mendapat kebenaran merancang daripada pihak-pihak berkuasa tempatan tetapi
seperti soalan daripada Machang Bubuk sememangnya semakan menunjukkan ada 44 tanah
di mana kerja dilakukan tanpa kebenaran dan juga di MBPP dan 64 di bahagian MPSP.
I think soalan yang penting adalah isu pemantauan untuk membendung kerja-kerja itu
berlaku sebelum kita ambil tindakan penguatkuasaan kalau kita boleh membendung maka
tindakan penguatkuasaan tidak timbul betul. So I think very important is sepertimana saya
nyatakan secara terperinci tadi apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kedua-dua
PBT agar kita dapat membendung kerja-kerja itu daripada berlaku in the first place that is first
thing we are meningkatkan usaha kita lagi memang sepertimana yang saya nyatakan tadi.
Soalan kedua, apakah undang-undang kita memadai kerana undang-undang kita
sepertimana saya nyatakan ada hukuman denda tapi hukuman denda maksimum
kebiasaannya juga itu tidak diberikan oleh mahkamah jadi slap on the risk most of the time
and mungkin kita boleh cadangkan kepada pihak pusat untuk lihat kepada perlu atau tidak
untuk pinda undang-undang yang wujud untuk menjadikan kesalahan-kesalahan yang berlaku
itu lebih serius hukuman yang boleh diambil terhadap mereka sebagai satu deterrent kepada
would be offenders Dato’ Speaker. I would agree with Machang Bubuk we could look into that.
Itu saja jawapan saya kepada soalan Machang Bubuk.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Soalan tambahan. Soalan saya, sebab kita sudah tahu dan jawapan daripada EXCO
yang kalau kita tunggu proses mahkamah selalunya pendakwaraya akan bawa ke mahkamah
rendah dan maximum fund hanya RM10,000.00 jadi kenapa tidak ambil tindakan awal semasa
lawatan oleh pegawai penguatkuasa sebagai contohnya di lot 1045 baru ini dan 1050, 1051
di depan Mengkuang Dam bukit itu siasatan lawatan pada 12 April 2019 dan aduan penduduk
juga adalah pada 12 April 2019 Pejabat Tanah pun pergi pada 12 April 2019 sama dengan
pegawai-pegawai saya. Saya ingat bila penguatkuasa pergi maknanya stop work.
20
Pegawai-pegawai penguatkuasa jika pun jabatan hutan tidak ada kuasa ataupun
pejabat tanah kata ini bukan tanah kerajaan jadi dia tidak buat apa-apa tindakan. Tidak
bolehkah jabatan berkenaan ataupun EXCO berkenaan, EXCO-EXCO berkenaan
memberitahu MPSP supaya isu stop work berhentikan kenapa tunggu sampai 16 April 2019
apabila saya bawa MPSP engineering, JPS, pejabat tanah, pemaju baru apa ni kerja
diberhentikan. By that time semua bukit, paya semua telah di apa ni bukit, pokok semua telah
digondolkan dan paya, mata air semua telah ditambun. So it’s too late already. Dan JPS
sendiri cakap kepada kontraktor masa tu jika berlaku hujan mengapa empat (4) jam sebab
semua paya telah ditambun, semua hutan-hutan telah dikeluarkan akan berlaku banjir lumpur
takut ada risiko banjir lumpur ke kawasan kampung-kampung di bawah Mengkuang Titi yang
memang selalu kena banjir dan di kampung belakang masjid Mengkuang. Dan sememangnya
sebelum ni dah kena banjir akibat daripada pembesaran alur sungai oleh China Water untuk
Projek Mengkuang Dam. So benda ini dah telah berlaku kenapa kita kenapa kena tunggu
sampai 17 hari bulan padahal pegawai dah masuk 12 hari bulan April.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Okey jelas.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh A/L Deo Karpal Singh):
Dato’ Speaker, sememangnya bukan sahaja kepada kes di Mengkuang sepertimana
dinyatakan Penanti, tetapi sememangnya kedua-dua belah pulau juga seberang
sememangnya apabila kerja-kerja tanah yang tidak mengikuti undang-undang ini berlaku,
saya selalu menasihati kedua-dua PBT supaya selalu ada pemantauan. Dan sekiranya boleh
tindakan diambil dengan serta merta. Tetapi mungkin ada sebab-sebab tertentu dalam kes
Mengkuang ini di mana ia tidak diambil dengan serta merta tetapi at that end of the day untuk
kes ini saya boleh sahkan sememangnya stop-work order telah dikeluarkan dan juga notis
saya percaya telah pun diberikan untuk diambil tindakan di mahkamah untuk kes tersebut.
Saya sememangnya EXCO PBT menasihat kedua-dua PBT untuk selalu mengada
pemantauan yang rapi di kawasan-kawasan mereka juga melalui DO, DO kerana saya dapati
apabila pemantauan tidak rapi maka kerja-kerja berakhir baru step stop-work order tersebut
berlaku.
Tetapi saya setuju dengan Penanti sepertimana saya terperincikan tadi kita sedang
meningkatkan usaha-usaha kita di dalam kerja-kerja memantau agar membendung aktivit-
aktiviti tersebut berlaku. Dato’ Speaker.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih, saya persilakan Jawi.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye):
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 32.
No. 32. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh JPS bagi mengatasi
masalah banjir di Taman Helang Jaya dan Kg. Che Aminah?
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jawi. Bagi makluman
Yang Berhormat, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telah mengambil tindakan untuk
mengatasi masalah banjir di Taman Helang Jaya dan Kampung Che Aminah melalui
pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf Rumah Pam Che Aminah dengan skop kerja seperti
berikut:
21
(i) Menaik taraf struktur dan juga pengalihan struktur mekanikal rumah pam dengan menggunakan peruntukan pembangunan negeri berjumlah RM176,550 pada tahun 2018. Kerja-kerja menaik taraf tersebut telah siap dinaik taraf pada 3 Disember 2018; dan
(ii) Pelaksanaan kerja-kerja untuk meningkatkan kapasiti pam serta kerja mekanikal dan elektrikal melalui peruntukan Persekutuan. Sebanyak RM466,500.00 yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Ke11 Tahun 2019. Status pelaksanaan setakat ini di peringkat nilaian sebut harga dan kerja-kerja dijangka siap pada 30 November tahun ini. Terima kasih.
Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye):
Soalan tambahan, selain daripada apa yang disebut oleh saudara Tanjung Bunga
adakah terdapat Projek RTB yang dirancang untuk dilaksanakan di KADUN Jawi pada masa
yang akan datang melalui peruntukan Persekutuan?
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Terima kasih Yang Berhormat Jawi, sebenarnya JPS Pulau Pinang telah pun membuat
satu senarai 13 Projek Rancangan Tebatan Banjir yang bernilai sebanyak RM1.5 bilion untuk
dikemukakan kepada JPS Malaysia bagi pertimbangan Kerajaan Persekutuan. Dan salah
satu daripada 13 RTB yang dicadangkan itu adalah sebenarnya RTB Sungai Jawi yang
melibatkan lembangan Sungai Jawi dan permohonan RTB Sungai Jawi juga merupakan salah
satu projek yang telah diangkat permohonan peruntukan dalam Rolling Plan 4 Tahun 2020 ya
dalam RMK ke-11. Walau bagaimanapun permohonan projek ini tertakluk kepada keputusan
satu kajian juga yang telah diangkat kepada untuk peruntukan dalam Rolling Plan 4 iaitu
Kajian Keberkesanan Penyelesaian Banjir Jangka Panjang di Negeri Pulau Pinang termasuk
di Daerah Kulim dan Bandar Baharu di Negeri Kedah.
Dia sebenarnya sebab masalah banjir di Sungai Jawi itu sebenarnya tidak boleh dilihat
dan diselesaikan secara terasing atau tersendiri, dia disebabkan up stream ataupun hulu
kepada Sungai Jawi itu adalah di negeri Kedah khususnya di kawasan Relau di Daerah
Bandar Baharu. Jadi apa-apa penyelesaian yang kita nak buat pun di Sungai Jawi terpaksa
kita juga melihat kepada penyelesaian di hulu sungai iaitu di kawasan Kedah. Maka satu
kajian ini telah diangkat kepda JPS Malaysia dan sekiranya kita dapat diluluskan maka satu
kajian yang menyeluruh akan dibuat yang akan mencadangkan penyelesaian secara holistik
di bahagian hulu dan juga di hilir di Sungai Jawi.
Jadi dengan pelaksanaan kajian ini maka kita dapat satu gambaran yang lebih jelas
bagi menangani masalah banjir di kawasan Sungai Jawi terima kasih Yang Berhormat.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih. Saya ingin jemput Penanti.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Soalan saya nombor 33.
No. 33. Menjawab persoalan pembersihan awam di kampung semasa Majlis Induksi
MPKK P.P pada 3/2019 YB. Menteri KPLB telah sarankan penubuhan Majlis
Tempatan bawah MPKK yang mengutip cukai pintu dan menjana
pendapatan sendiri, buat pembersihan awam dan landskap seperti di Kg.
Bukit Bulat, Alor Gajah sebelum PRU14.
(a) Bolehkah saranan ini dilaksanakan?
22
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih rakan saya daripada Penanti. Berkenaan
soalan saranan Yang Berhormat Menteri agar penubuhan Majlis Tempatan di bawah MPKK
yang mengutip cukai pintu dan menjana pendapatan sendiri, sama ada ia boleh dilaksanakan.
Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri mengambil maklum saranan Menteri tersebut namun
begitu didapati cadangan penubuhan Majlis Tempatan di bawah Majlis Pengurusan Komuniti
Kampung ataupun MPKK untuk mengutip cukai pintu dan menjana pendapatan sendiri itu
supaya boleh membuat pembersihan awam dan landskap. Cadangan itu perlu satu kajian
yang terperinci kerana ia melibatkan isu-isu perundangan. That is the issue we are facing atas
saranan tersebut. Tugas melaksanakan kutipan cukai taksiran membuat kerja-kerja
pembersihan awam dan landskap adalah Dato’ Speaker, di bawah bidang kuasa Pihak
Berkuasa Tempatan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Perancang Bandar dan
Desa 1974 dan tiada kaitan dengan MPKK. Tambahan pula jika kutipan itu dilakukan oleh
MPKK maka punca utama hasil Pihak Berkuasa Tempatan akan terjejas. Namun demikian
Dato’ Speaker, sebagai tanggungjawab bersama bagi menjaga kebersihan MPKK boleh
menguruskan program-program seperti gotong-royong dengan penglibatan masyarakat
setempat dan sebagainya. Sekian, Dato’ Speaker.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Tambahan. Saya ada dua (2) soalan ya. Soalan yang pertama, kalau saya tengok
soalan perkara 5B (42) dan jawapan kepada 5B (4)11 berkenaan dengan isu yang sama, saya
tanya bolehkah sebab disebabkan MPSP kalau ikut jawapan daripada 5B (42) dari YB.
Jagdeep mengatakan yang even Kampung Tersusun pun tidak, tidak di bawah dan tidak di
bawah JKR dan juga perkampungan Sungai Lembu iaitu Kampung Tersusun juga tidak di
bawah MARRIS. Tetapi dalam jawapan 5B (4) nombor 11 jawapannya ialah pembersihan
kontrak pembersihan dan kampung tidak ada bagi kepada penduduk ataupun persatuan
penduduk seperti RM10,000 sebulan yang diberi kepada Persatuan Wanita di Pulau Aman.
Disebut di sini tidak diberi disebabkan kontraktor MARRIS telah dilantik untuk memberi
perkhidmatan di kawasan Desa Lestari Mengkuang Titi, Desa Lestari Kampung Mengkuang,
Kampung Terus dan Sungai Lembu. Tetapi kalau ikut jawapan yang lagi satu ni yang YB.
Jagdeep bagi memang tak masuk. Itu sebab tu saya itu soalan pertamanya. Adakah
pembersihan kampung akan dilakukan oleh kontraktor MARRIS itu sebab kedua-dua jawapan
ini tak sama. Satu kata akan dijalankan, satu kata tidak akan dijalankan.
Nombor dua, jika RM10,000 sebulan boleh diberi oleh MPSP kepada Persatuan
Wanita di Pulau Aman setiap bulan yang saya tahu kontrak pembersihan am ini diberi sejak
2016. Dulu diberi kepada JKKK sekarang diberi kepada Persatuan Wanita. Kenapa kalau
kontrak pembersihan itu boleh diberi kenapa kampung-kampung lain diberi? Sebab MPSP
hanya letak komunal bin sahaja. Hanya letak komunal bin dan semua pembersihan am yang
lain potong pokok, bersihkan parit, bersihkan paya semua itu adalah tidak di bawah bidang
kuasa selama nilah tidak di bawah bidang kuasa MPSP. Soalannya adakah lepas ni kontraktor
MARRIS akan menjalankan pembersihan am?. Dan saya dapat 2 jawapan yang berbeza saya
nak tau kepastian.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Jelas. Sila.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Dato’ Speaker, rujukan yang dibuat adalah kepada Soalan Bertulis dan di mana saya
akan semak semula dan akan beri penjelasan kemudian tetapi berkenaan dengan pertanyaan
daripada Penanti berkenaan sama ada peruntukan boleh diberikan membuat rujukan kepada
23
Pulau Aman di mana ia diberikan. Saya difahamkan mungkin itu adalah satu Projek GRPB
yang boleh kita juga ambil kira dalam pertanyaan Penanti untuk diperluaskan kepada tempat
lain. Sekian, Dato’ Speaker.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih, saya ingin menjemput Yang Berhormat Pengkalan Kota.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan Pengkalan Kota, soalan
34.
No. 34. Usul Bersama di antara Kerajaan Negeri PUlau PInag Bersama
Pembangkang Pulau Pinang yang ditandatangani pada Februari, 2017.
(a) Apakah status terkini Usul Bersama tersebut yagn merangkumi
aspek syarat pinjaman perumahan dan pindaan kepada Akta
Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966?
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih pada rakan saya daripada Pengkalan Kota
berkenaan satu soalan yang penting iaitu berkenaan status Usul Bersama antara Kerajaan
Negeri Pulau Pinang dan Pembangkang Negeri Pulau Pinang yang ditandatangani bulan
Februari 2017.
Dato’ Speaker, untuk makluman semua Kerajaan Negeri pada 22 Februari telah
mengemukakan Usul Bersama yang ditandatangani oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri
Pulau Pinang dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri kepada Kerajaan
Persekutuan. Di mana usul tersebut menggesa agar aspek perundangan diteliti, dipinda
ataupun diwujudkan bagi menangani masalah penyewaan unit kediaman kos rendah dan kos
sederhana rendah kepada pihak ketiga.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan kebanjiran warga asing di skim-skim perumahan
yang menimbulkan kegusaran kepada komuniti. Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan turut menyuarakan perkara ini bersama Yang Berhormat Menteri Perumahan di
dalam beberapa seisi pertemuan selanjutnya pada 4 dan 26 Jun 2018. Input ini seterusnya
akan turut dimasukkan ke dalam Dasar Perumahan Negara 2.0 yang akan dikuatkuasakan
pemakaian tidak lama lagi. Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) [Akta 118]
tidak memperuntukkan klausa yang mensyaratkan unit kediaman termasuk kos rendah atau
sederhana rendah perlu dihuni oleh pemilik. Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri telah
melaksanakan kawalan dengan mensyaratkan Aku Janji untuk mendiami unit tersebut di
dalam Borang Permohonan 1 Unit Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri ataupun (PN1).
Kementerian juga telah diminta untuk mengkaji samada Akta tersebut perlu dipinda
untuk menangani isu ini. Sebagai langkah proaktif Dato' Speaker, Kerajaan Negeri turut
mengkaji lain-lain kaedah pemilikan rumah mampu milik khususnya rumah mampu milik jenis
A dan B ataupun Rumah Kos Rendah dan Rumah Kos Sederhana Rendah yang memberi
lebih kawalan kepada kerajaan untuk mengekang gejala penyewaan ini. Selain daripada itu,
melalui Garis Panduan Perancangan Pembinaan Asrama Pekerja di negeri Pulau Pinang
yang telah diluluskan secara pindaan pada tahun 2017, isu pekerja asing yang mendiami
kediaman rumah mampu milik A dan B dijangka dapat dikurangkan dengan pembinaan
beberapa projek asrama pekerja misalnya kapasiti 6,600 katil telah pun siap dibina di kawasan
Bukit Minyak dan akan disusuli dengan beberapa projek yang lain Dato' Speaker.
24
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):
Soalan tambahan.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Sila.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada jawapan yang diberikan oleh
Yang Berhormat Datok Keramat, sememangnya memang kita jelaslah di bahagian tentang
pemilik rumah itu perlu menghuni dalam unit tersebut tetapi cumanya persoalan saya adalah
baru-baru ini kita boleh nampak banyak inisiatif khususnya (dengan izin)…Home Ownership
Campaign yang dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan malah baru-baru ini kita juga
menerima pengumuman daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang menegur agar
Bank-Bank Komersial cuba untuk memberikan kelonggaran khususnya kepada mereka yang
ingin membuat pinjaman perumahan ini.
Jadi soalan saya adalah adakah inisiatif ataupun usaha Kerajaan Persekutuan ini telah
sedikit sebanyak membantu di dalam syarat pinjaman perumahan khususnya keadaan kita di
negeri Pulau Pinang ini. Adakah keadaan itu telah bertambah baik? Soalan saya.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Dato' Speaker, berkenaan Home Ownership Campaign yang dilaksanakan oleh pihak
Pusat yang diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri. Sememangnya kalau kita lihat kepada
beberapa statistik yang baru dikeluarkan semalam dilaporkan di surat khabar Star kita boleh
lihat satu penurunan di dalam unit-unit yang tidak dijual di negeri Pulau Pinang iaitu over hang.
I’m happy to share with everyone that was reported yesterday kita lihat negeri-negeri lain
seperti Perak dan Kuala Lumpur khususnya mengalami over hang yang masih agak besar
berbanding dengan Pulau Pinang di mana terdapat pengurangan for the first time I notice this
since the beginning of the year dan Home Ownership Campaign bersama-sama juga
beberapa pengumuman daripada Menteri Kewangan sendiri dari akhir tahun sudah sehingga
sekarang beberapa insentif sebagai pengecualian setem duti terhadap pembelian perumahan
yang tidak melebihi sejuta sememangnya saya percaya membantu di dalam
memberangsangkan sektor perumahan bukan sahaja di Malaysia tapi khususnya di negeri
Pulau Pinang juga dan di negeri Pulau Pinang juga kita ada beberapa inisiatif yang kita telah
pun kita umumkan seperti di mana kita ada fee kelulusan untuk pembeli warga-warga luar
negara yang kita kecualikan sehingga pertengahan tahun itu pun kita lihat
memberangsangkan sektor perumahan di negeri Pulau Pinang. Dato' Speaker sekian.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih, saya jemput Batu Uban.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam):
Terima kasih Dato' Speaker, soalan saya nombor 35
No. 35. Dengan pengumuman pembinaan Lapangan Terbang baharu di Kulim,
adakah Kerajaan Negeri masih akan meneruskan hasrat untuk membina
sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa yang baharu di atas tanah tebus
guna di Batu Maung?
25
(a) Apakah kesan pengumuman lapangan terbang di Kulim terhadap Penang International Airport?
(b) Impaknya kepada ekonomi Pulau Pinang untuk jangka panjang.
Y.A.B. Ketua Menteri:
Terima kasih Dato‘ Yang di-Pertua, untuk menjawab Yang Berhormat Batu Uban dan
juga untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini sedang di
dalam tindakan untuk melantik perunding bagi membuat kajian kebolehlaksanaan pembinaan
Lapangan Terbang Antarabangsa Koridor Utara dan proses merangka terma rujukan bagi
tujuan tersebut kini sedang dijalankan dan pelantikan perunding akan dijangka dilaksanakan
pada tahun ini. Kajian ini dicadangkan untuk dilaksanakan secara menyeluruh agar keputusan
yang tepat dapat diperolehi dan diteliti secara mendalam sebelum sebarang keputusan
dimuktamadkan.
Bagi bahagian (a) Kerajaan Negeri telah meneliti laporan yang disediakan oleh dua
(2) Juruperunding iaitu KPMG Corporate Advisory bagi pihak Unit Perancangan Ekonomi
Kerajaan Persekutuan dan juga KLIA Consultancy bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah untuk
kajian kebolehlaksanaan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim. Berdasarkan
kepada kedua-dua laporan tersebut, pembinaan Lapangan Terbang Kulim akan memberi
kesan yang negatif kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang khususnya dan
negeri Pulau Pinang amnya.
Antara kesan dan impak kepada negeri Pulau Pinang untuk jangka panjang adalah :
(i) Pembinaan Kulim International Airport bukan sahaja pelengkap Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebaliknya sebagai pesaing untuk mendapatkan syarikat-syarikat bagi menggunakan perkhidmatan kargo dan mungkin penumpang juga di Kulim;
(ii) Pengurangan kadar penggunaan kemudahan infrastruktur kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang; dan
(iii) Oleh kerana faktor yang dikatakan tadi, impak yang seterusnya kehilangan pelabur yang beralih arah ke kawasan Kulim dan kemungkinan besar ke negara lain dan seterusnya mengurangkan Pelaburan Langsung Asing ke negeri Pulau Pinang secara khususnya dan kepada Malaysia secara amnya. Sekian.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam):
Soalan tambahan.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):
Soalan tambahan.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Bagi soalan.
Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam):
Terima kasih Dato‘ Speaker dan juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, soalan
saya apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk kita menangani kesan-kesan yang disebut
oleh Yang Amat Berhormat sebentar tadi dan kedua ialah adakah Kerajaan Negeri akan terus
melobi Kerajaan Persekutuan untuk memberi keutamaan terhadap projek pembesaran
26
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Terima kasih
Y.A.B. Ketua Menteri :
Terima kasih Yang Berhormat Batu Uban atas soalan tambahan tadi, saya rasa untuk
menjawab bahagian kedua, kita sudah terima jaminan daripada Menteri Kewangan sendiri
bahawa Lapangan Terbang Bayan Lepas akan diperluaskan untuk menampung kapasiti 16
juta penumpang setahun dan kita percaya projek ini akan diteruskan.
Untuk bahagian pertama soalan tambahan, apakah langkah yang diambil untuk
memastikan kita tidak menerima impak yang negatif terhadap bukan sahaja Lapangan
Terbang Bayan Lepas tetapi kepada ekonomi negeri Pulau Pinang pada keseluruhannya. Kita
tahu bahawa Lapangan Terbang Bayan Lepas dengan pelaburan di Butterworth, rangkaian
jalan di negeri Pulau Pinang adalah faktor yang penting untuk merancakkan pembangunan
sosial ekonomi di Pulau Pinang sebab rangkaian penggangkutan ini adalah penting sebagai
sebuah negeri yang bergantung kepada industri dan juga pelancongan dan sektor-sektor
servis perkhidmatan dan itulah mengapa kita amat mengambil berat sebarang usaha yang
tidak selari dengan perkembangan ini kita akan cuba memastikan kita mempertahankan
kepentingan negeri Pulau Pinang dan oleh itu kita walaupun dua (2) kajian sudah pun
dilakukan sebelum ini oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah seperti saya
nyatakan tadi namun kita ingin kajian kita supaya kita lihat apakah sebenarnya option-option
yang boleh kita lihat, option pertama saya rasa kita ada sekurang-kurangnya empat option,
option pertama expand Bayan Lepas itu yang akan berlaku dari kapasiti yang sedia ada kita
perlu melihat macam mana kita dapat expand current location ke satu kapasiti optima mungkin
kapasiti 16 juta itu bukan lagi kapasiti optima mungkin kalau boleh lihat 20 juta – 30 juta, kajian
itu boleh menentukan apakah sebenarnya kapasiti optima Bayan Lepas termasuk
memperluaskan dari yang sempadan sedia ada ke tanah-tanah yang ada di sekitar lapangan
termasuk ke atas Pulau A yang dirancangkan itu. Itu option pertama memperluaskan kapasiti
kita sehingga optimum sehingga tak dapat diperluaskan lagi.
Option kedua adalah membina sebuah lapangan terbang baru di negeri Pulau Pinang
itulah soalan Yang Berhormat tadi cadangan melihat lapangan terbang yang baru dan bukan
Bayan Lepas lagi, mungkin di atas Pulau yang ditebus guna mungkin di kawasan Batu Maung,
mungkin di Seberang Perai, itu kajian itu akan melihat option-option sebegini. Ketiga kita pun
perlu lihat memandangkan sudah ada cadangan lapangan terbang di Kulim, option ketiga
adalah Kulim + Penang sebab kalau Kulim menjadi hakikat kita perlu lihat Kulim + Penang
macam mana synergy Kulim dan Penang ini dapat membantu kedua-dua negeri tetapi
Kulim+Penang pun ada impak kepada Penang sebab trafik penumpang dan trafik kargo sudah
dipecah kepada dua memandangkan Kulim pun memerlukan trafik itu untuk survive kalau tak
ada trafik itu projek itu akan jadi white elephant pula, jadi Kulim + Penang pun ada impak
sebab Kulim akan menarik sebahagian daripada apa yang kita nikmati sekarang. Keempat
option yang saya rasa saya risau sangatlah walaupun Menteri Kewangan saya difahamkan
ada kata tak perlu risau, option yang keempat Kulim only tadi option ketiga Kulim + Penang,
Penang masih boleh survive tapi option keempat Kulim only maksudnya apabila Kulim siap
dan mula operasi mungkin keputusan tutuplah Penang tak perlu Penang lagi sebab Kulim
lebih besar, lebih canggih dan sebagainya. Itu yang kita risaukan sebab seperti dalam hujah
saya lapangan terbang dengan rangkaian pengangkutan, rangkaian jalan, pelaburan dan
kemudahan asas yang lain adalah kriteria yang utama untuk melihat sejarah negeri Pulau
Pinang ke arah sebuah negeri industri yang maju tanpa kemudahan-kemudahan ini maka ia
akan menjejaskan masa depan negeri Pulau Pinang so you tell me whether I should be worry
or not? Terima kasih.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih.
27
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):
Soalan tambahan.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Satu lagi boleh sila.
Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):
Dengan izin Dato‘ Yang di-Pertua, saya ingin bertanyakan kepada Yang Amat
Berhormat Padang Kota sekiranya Kulim International Airport di spesifikasikan sebagai
Lapangan Terbang untuk kargo, apakah langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk
mengelakkan kemungkinan kehilangan pelabur sekiranya berlaku perpindahan kilang-kilang
ke Kulim Hi-Tech kerana lebih berdekatan dengan Kulim International Airport. Terima kasih.
Y.A.B. Ketua Menteri:
Kalau Kulim cuma menjadi Lapangan Terbang Kargo, kita tunggu kajian itulah tetapi
tanpa kajian pun kita tau ia akan menjadi sebuah projek yang akan gagal sebab tak ada airport
yang cuma memberi perkhidmatan kargo sahaja ini tak masuk akal langsung jadi kita
menunggu kajian menunggu Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Persekutuan menyakinkan
kita bahawa Kulim tidak akan menjejaskan Negeri Pulau Pinang.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Satu soalan just one just one.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Sorry you miss the boat, miss the flight. Ahli-ahli Yang Berhormat satu jam tiga puluh
minit untuk soalan lisan telah pun tamat dan selaras dengan Subperaturan 26 (7), Peraturan-
Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Yang Amat Berhormat,
sila.
Y.A.B. Ketua Menteri:
Yang Berhormat Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah
dijawab sebentar tadi, akan diletak ke atas meja Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bertanya, dan
akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi dan seperti lazimnya, satu lagi usul iaitu selaras
dengan Peraturan 6A (1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri
Pulau Pinang, saya mohon supaya masa bersidangan hari ini, 2 haribulan Mei dilanjutkan
sehingga jam 10.00 malam.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Sokongan.
YB. Timbalan Ketua Menteri I:
Saya mohon menyokong, Yang di-Pertua.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri
telahpun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6A (1) untuk melanjutkan tempoh masa
persidangan hari ini, 2 Mei 2019 hari Khamis sehingga jam 10.00 malam. Ahli-Ahli Yang
Berhormat yang bersetuju, katakan “Ya”.
Ahli-ahli Dewan:
“Ya”.
28
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, katakan “Tidak”.
Usul dipersetujui semua. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita telahpun menyempurnakan sesi
perbahasan semalam. Maka, sekarang Dewan sedang bersidang di sesi penggulungan. Dan
saya ingin mempersilakan Ahli Kawasan Bagan Jermal untuk mengambil bahagian dalam sesi
penggulungan, sila.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Selamat pagi dan Salam Sejahtera. Yang
Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan ADUN-ADUN di dewan yang mulia ini. Dikesempatan
ini, saya mengambil peluang menzahirkan rasa syukur dan terima kasih, kerana diberi
peluang untuk menyampaikan ucapan penggulungan bagi isu-isu yang telah dibahaskan oleh
Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri berkaitan dengan isu belia dan sukan.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, yang
telah mengambil bahagian dan komited dalam perbahasan melibatkan portfolio saya iaitu
belia dan sukan. Isu yang telah dibangkitkan oleh YB. Seri Delima isu mengenai
pembangunan sukan, memperluaskan penyertaan sukan. Bagi menjawab persoalanan yang
dibangkitkan oleh YB. Seri Delima berkaitan dengan memperluaskan penyertaan sukan,
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negeri
Pulau Pinang, sentiasa komited dalam memangkin perkembangan industri sukan dan
menambah baik kebajikan atlet-atlet di negeri Pulau Pinang.
Sebagaimana yang dibangkitkan oleh YB. Seri Delima mengenai penyaluran sumber
dana, kepada atlet-atlet sebagai bantuan tajaan ataupun sumbangan kewangan dalam
melanjutkan karier mereka dalam bidang sukan. Adalah dinasihatkan, agar atlet-atlet ini
menghubungi persatuan sukan yang diwakili masing-masing. Melaluinya pihak Persatuan
Sukan Negeri akan berupaya untuk membantu atlet-atlet tersebut, untuk memohon tajaan dari
pelbagai sektor korporat dan swasta di negara ini.
Permohonan melalui persatuan adalah lebih berkesan, jika berbanding dengan
permohonan secara terus dengan dilaksanakan oleh atlet-atlet terbabit, kecualinya sekiranya
mereka telah mencapai status profesional. Kebanyakan atlet negeri mendapat tajaan
daripada persatuan sukan masing-masing, seperti contohnya Persatuan Badminton Negeri
Pulau Pinang (PBA) di mana mereka mendapat tajaan daripada Gosen. Persatuan Sepak
Takraw Pulau Pinang, mereka mendapat tajaan daripada DFZ Sdn. Bhd., Persatuan Bola
Sepak Pulau Pinang mereka mendapat tajaan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta
GLC Kerajaan Negeri di mana tahun 2019 mereka dapat tajaan sebanyak RM5 juta.
Umumnya untuk membolehkan atlet terus maju, mereka amat memerlukan sokongan
dari pihak berkepentingan seperti kerajaan, persatuan, sekolah dan juga ibu bapa supaya
mereka boleh membangun dan seterusnya berupaya mencapai kegemilangan dalam sukan
yang diceburi. Sokongan dari pihak kerajaan adalah lebih kepada bentuk penggubalan dasar,
bantuan kewangan dan insentif yang disalurkan sebagai subsidi bagi meringankan kos
tanggungan mereka. Umpamanya Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, akan turut
menyalurkan bantuan kewangan kepada Persatuan Sukan Negeri untuk membiayai kos
penyertaan sesuatu pertandingan yang disertai. Sumbangan tersebut adalah di antara
RM500.00 sehingga RM10,000.00, termasuklah pemberian elaun atlet ataupun elaun latihan
bulanan kepada atlet-atlet yang terbabit, yang berjumlah di antara RM100.00 sehingga ke
RM600.00 sebulan. Bergantung kepada status atlet terbabit sama ada sebagai atlet latihan
atau atlet negeri yang pernah memenangi pingat emas, perak, gangsa dalam sukan SUKMA
terdahulu.
29
Nutrisi pemakanan, saya amat bersetuju dengan pandangan Seri Delima di mana
bahawa nutrisi atau pemakanan sukan adalah komponen yang amat penting untuk semua
atlet dalam menyumbang kepada prestasi atlet. Malah dia boleh mempengaruhi adaptasi
latihan dan risiko kecederaan. Melalui unit prestasi elit Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang,
penyediaan terhadap perkembangan atlet negeri dan dari segi pemakanan sukan
dilaksanakan melalui khidmat nasihat yang diberikan kepada atlet-atlet negeri berserta
merancang pelan pemakanan yang dapat mengoptimunkan tahap kesihatan serta
kecergasan atlet sebelum menyertai sesebuah pertandingan. Jawapan menyeluruh telah
dijawab secara bertulis, juga dalam soalan ID516 untuk makluman YB. Seri Delima.
Mix Martial Art dan sukan mempertahankan diri. Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau
Pinang amat menitikberat program pembangunan sukan Martial Art yang diklasifikasikan
sebagai kategori sukan tempur di mana Pulau Pinang mempunyai rekod kejayaan yang
memberangsangkan untuk penyertaan semasa di sukan SUKMA.
Di negeri Pulau Pinang, terdapat pelbagai jenis sukan yang telah dibangunkan,
antaranya adalah karate, tae kwon do, silat, muay thai seperti yang disebutkan oleh Telok
Ayer Tawar yang baru-baru memenangi emas yang kita menjemput atlet-atlet, juara-juara wira
ini semasa di Lapangan Terbang Negeri Pulau Pinang. Judo, silambam, lawan pedang, tinju
dan juga judo. Kejayaan atlet-atlet negeri di persada antarabangsa melibatkan sukan ini amat
memberangsangkan melalui beberapa pencapaian di peringkat dunia yang dikecapi melalui :
(i) Muhammad Aliff Mohd Azizi – Juara kategori amatur 45kg di Kejohanan Muay Thai Dunia tahun 2019 di Bangkok;
(ii) Muhammad Adam Mohd Azizi – Pingat perak dalam kategori Remaja 54-57kg di Kejohanan Muay Thai Dunia tahun 2019 di Bangkok;
(iii) Kejayaan pasukan Tinju Remaja Pulau Pinang yang menang juara keseluruhan di Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Kuala Lumpur pada 23 hingga 26 April tahun 2019;
(iv) Chan Lu Yi – Kejayaan memenangi 2 pingat emas dan 1 pingat perak di World Taijiquan Championship tahun 2019 di Bulgaria;
(v) Chuah Shangyang dan Muhammad Danish Aizad yang memenangi pingat emas di Kejohanan Wushu Remaja Dunia pada tahun 2016 di Bulgaria juga; dan
(vi) Hoe Thompson – Pemenang tempat ketiga di Kejohanan Karate Senior Dunia Ke-22 tahun 2014 di Jerman.
Dalam usaha untuk memastikan sukan-sukan ini terus dibangunkan dan diperluaskan
pelaksanaannya, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan usaha bersama dengan pelbagai
agensi sukan negeri sentiasa berusaha untuk melaksanakan program pencarian bakat-bakat
baru di sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Sukan Negeri,
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri serta
mengadakan demonstrasi-demonstrasi sukan di pelbagai acara seperti program Fit Malaysia,
Hari Sukan Negara, Program Bebas Kenderaan di Lebuh Pantai, Majlis Anugerah Sukan,
Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang dan sebagainya.
Pada pendapat saya, saya rasa setiap persatuan haruslah bertanggungjawab dan
bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, supaya kita boleh sama-sama turun
semasa pertandingan MSSPP di peringkat sekolah rendah dan juga di peringkat sekolah
menengah. Inilah masa yang paling sesuai dan paling tepat untuk kita cari bakat. Setiap
tahun kita ada pertandingan MSSPP di peringat sekolah rendah dan juga di peringkat sekolah
menengah. Maka kita lihat banyak atlet-atlet dari sekolah di mana mereka mungkin, kalau di
peringkat sekolah rendah mungkin mereka adalah darjah 5 ataupun darjah 6. Kalau kita nak
30
mengambil atau mencari bakat-bakat seperti ini, kita haruslah mula sekarang supaya mereka
memenangi pingat emas ataupun, walaupun mereka memenangi pingat perak, tapi mereka
adalah peluang ataupun bakat. Kita patutlah ambil mereka untuk menjadikan sebagai pelapis
untuk atlet-atlet negeri Pulau Pinang yang akan datang, yang boleh mengambil bahagian
dalam acara SUKMA yang akan datang, kerana bukan senang kalau hari ini kita ambil seorang
pelapis ataupun atlet, sekurang-kurangnya empat (4) tahun atau lima (5) tahun, barulah kita
dapat keputusan atau pencapaian yang bagus. Dan inilah masa yang sesuai, kita haruslah
mempromosikan cara untuk mencari pelapis-pelapis di peringkat sekolah rendah dan
peringkat sekolah menengah.
Pasukan Bola Sepak Wanita, ini juga dibangkit oleh ADUN daripada Seri
Delima. Cadangan untuk menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri pertama yang
mempelopori pembentukan pasukan bola sepak wanita di Malaysia, amatlah tepat dan
dipersetujui. Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan bersama dengan Persatuan
Bola Sepak Pulau Pinang khususnya Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang dan juga
merangkap ADUN daripada Sungai Bakap dan Timbalan Speaker, supaya kita boleh
memperhalusikan cadangan ini untuk mewujudkan akademik bola sepak wanita di peringkat
sekolah dan juga mengadakan pusat latihan khusus bagi pelaksanaan pembangunan bola
sepak wanita di peringkat akar umbi, seperti yang kita dapat lihat Penanti yang telah
memulakan akademik bola sepak yang bagus, kita juga harapkan bahawa kita juga boleh
memulai akademik untuk pasukan bola sepak untuk wanita.
Seperti contoh di kawasan KADUN saya, Bagan Jermal kita telah memulaikan
akademik di peringkat sekolah rendah. Permulaannya masih terdapat lagi pelajar-pelajar
yang wanita yang turut berminat untuk mengambil bahagian ini. Kursus ini adalah secara
percuma yang kita memberikan di kawasan KADUN saya, di mana terdapat banyak pelajar-
pelajar sekolah daripada berbilang kaum ada kaum Melayu, Cina, India, Sikh pun ada dan
saya rasa kita kena terima kasih juga kepada KADUN Bagan Dalam beliau juga menyokong
program ini untuk klinik bola sepak ataupun akademik bola sepak yang berada di tempat
padang bersebelahan dengan SRJ Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan St. Mark. Kita
juga….(gangguan).
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):
Laluan.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Kedudukan kewangan FAP. Ya, silakan Sungai Dua.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):
Terima kasih Bagan Jermal. Saya tertarik dengan isu akademik bola sepak, jadi ini
tujuan yang untuk kita mempertingkatkan prestasi bola sepak untuk jangka panjang. Di mana-
mana kelab tentang ternama dunia ni, dia ada kumpulan-kumpulan pelapis bermula daripada
kecil sehingga ke peringkat remaja dan juga masuk terus serap kepada kelab berkenaan. Di
kawasan termasuklah di semua tempat kita ada akademi-akademi swasta ataupun akademi
yang ditubuhkan di sekolah yang saya rasa memerlukan bantuan, memerlukan dana
sedikitlah bukan, sekarang nak cari dekat YB ja. YB. Bagan Jermal, YB. Sungai Dua pun dia
panggil juga akademi dekat Lahar Yooi, akademi di sekolah Sungai Dua juga minta kepada
Sungai Dua jadi kita kena ada demi untuk bola sepak ini untuk mempertingkatkan bola sepak
kita kena ada banyak akademi dan bila ada akademi ini esok kita buat satu tournament satu
game antara akademi ini yang banyak mungkin bawah 10 tahun, 10 tahun ke 12 tahun, 12
tahun. Peringkat macam itu kita buat game, saya pernah buat game di Lahar Yooi, datang
daripada semua negeri daripada Ipoh, daripada Perak, daripada Kelantan dan sebagainya.
Jadi saya minta, tambahan saya macam itu untuk Bagan Dalam. Terima kasih.
31
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Terima kasih pandangan ataupun cadangan yang bagus daripada Sungai Dua. Saya
memang bersetuju di mana kita harus memberikan sokongan, bantuan kepada akademi-
akademi yang di sekolah peringkat sekolah ataupun di luar sekolah dan mereka juga boleh
tulis surat untuk pohon kepada MMK Belia dan Sukan pejabat saya supaya kita sama-sama
membangunkan akademi ini dan bukan sahaja di kawasan Sungai Dua. Saya rasa kita kena
memulakan program ini di mana-mana tempat seperti contoh di kawasan Sungai Bakap yang
kita faham di mana ADUN Sungai Bakap setiap tahun memberikan peruntukan sebanyak
RM30,000 untuk akademi-akademi di peringkat daerah Seberang Perai Selatan. Baru dua (2)
tahun beliau baru jadi ADUN tapi saya rasa sebelum ini ADUN Sungai Bakap juga ada
memberikan sokongan. Inilah kita dapat memberikan satu sokongan kepada mereka dan
juga keyakinan supaya mereka tidak rasa sakit hati ataupun mereka rasa tiada harapan
daripada mereka yang bermain bola sepak dan kita tunggu mungkin tahun depan kita akan
anjurkan beberapa pertandingan di antara Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah,
Selatan Daerah, peringkat daerah dan kitalah ajak bersiap sedia Sungai Dua supaya kita
sama sama turun untuk menghantar pasukan pasukan kita ambil bahagian.
Di kawasan KADUN Bagan Jermal, saya ada tubuhkan pasukan saya sendiri dan
mereka masih berlatih dan mungkin tahun depan kita harap semua ADUN-ADUN kita boleh
kongsi bersama supaya kita mengadakan pertandingan di antara peringkat di antara umur 12
ke bawah dan juga antara umur 15 ke bawah ataupun 18 ke bawah. Ya, silakan Bagan Dalam.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Okey, terima kasih Bagan Jermal. Mengenai akademi-akademi bola sepak, satu
kelemahan yang sangat ketara di Pulau Pinang sebelum presiden baru mengambil alih
adalah, FAP tidak berikan keutamaan kepada akademi untuk melahirkan pelapis ataupun
pemain bola sepak tempatan. Tetapi, mereka lebih gemar kepada melabur dalam pemain-
pemain daripada luar negara ataupun pemain import daripada Amerika Selatan, Afrika,
walaupun kita ada bakat-bakat di Pulau Pinang dan kita nampak ada akademi-akademi
swasta seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, lebih aktif, lebih
proaktif membawa kanak-kanak dan melatih mereka. Dan saya faham ada satu liga di
kalangan akademi-akademi tersebut. Liga Akademi Bola Sepak Pulau Pinang, mereka selalu
datang minta peruntukan dengan YB. TKM II, TKM I dan sebelum ini sebelum presiden baru
mengambil alih tidak sekalipun FAP membantu liga akademi sedemikian. Yang saya nampak
pemain-pemainnya berbilang kaum dan ada juga pelajar international school yang datang
bermain di sana.
So, saya berharap Yang Berhormat Bagan Jermal bolehlah menyediakan satu bajet
untuk memberi sokongan kepada liga-liga sedemikian dan kalau boleh, boleh disalurkan terus
daripada berharap kepada FAP, sebab kita tahu keadaan kewangan FAP dalam keadaan yang
tidak begitu sihatlah, terima kasih.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Terima kasih kepada ADUN daripada Bagan Dalam, memang liga akademi bola sepak
tahun ini mereka ada dapat bantuan melalui FAM dan FAP dan FAP terus bagi kepada liga
akademi dan memang pejabat saya bersiap sedia jika ada liga akademi bola sepak di
peringkat daerah ataupun peringkat negeri Pulau Pinang bolehlah tulis surat kepada kita tapi
janganlah sampai 10 hari bulan Mei nak anjurkan, hari ini 2 hari bulan baru tulis suratlah
kerana kita setiap kali terima surat daripada banyak persatuan. Saya ambil kesempatan di
sini, setiap persatuan-persatuan boleh minta peruntukan tapi janganlah sampai saat terdekat
baru pohon. Saya terima juga program contoh program pada 5 hari bulan Mei tapi 2 hari bulan
Mei baru tulis surat dan kita hantar kepada BPEN dan BPEN minta saya balas kepada mereka
32
supaya tidak dapat diproseskan dan saya di sini mengambil kesempatan minta setiap NGO
persatuan nak minta peruntukan hantar awal, paling bagus hantar sebulan sebelum program
ini ataupun sekurang-kurangnya tiga (3) minggu.
Saya teruskan untuk ucapan saya…(gangguan).
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Boleh tanya satu je.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Oh ya, silakan Penanti.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Satu je, satu je okey. Sebab kalau nak mohon untuk satu one-off one off tu yang saya
nak tanya ini ialah berkenaan dengan kitakan dah buat klinik bola dah beberapa tahun dan
ada Kerajaan Negeri memanglah dalam jawapan sidang soalan DUN semua kata pergi cari
duit sendirilah itu yang saya dapat pergi cari penaja sendiri, pergi cari duit sendiri tetapikan
saya nak mintalah kalau Kerajaan Negeri boleh buat cost benefit analysis dari segi bajet yang
digunakan untuk Pembangunan Belia dan Sukan tengok interm of cost benefit analysis.
Sebagai contohnya di klinik bola di Penanti kita punya players walaupun mereka masih remaja
yang berjaya gaji dia sebagai pemain bola adalah RM24,000 basic salary. Dia masih remaja,
so kalau kita fikirkan macam di Penanti kami cuba cari jalan untuk bagi pekerjaan kepada
anak-anak kampung. Saya try macam macam, salah satunya, ialah budak-budak kampung
yang lelaki dia memang suka gemar tetapi kalau Kerajaan Negeri selalu hanya memikirkan,
okey mohon kepada program, tak payah program saya pun boleh bayar, saya pun bayar tetapi
yang untuk pembangunan sukan dari umur 6 sampai 12 tahun dari kecil lah sebab masa ini
dia belajar disiplin dan saya tengok anak-anak kampung kita siap ada yang pergi ke France
ada yang pergi ke UK, so bila saya tanya gaji u berapa. Oh, basic RM24,000 tetapi kalau ada
game game lain. Haa tu dia you know and then tanya Iman Rafie dia pergi sekolah sukan
parents dia siap dapat duit lagi setiap bulan gaji dia belas ribu pun baru remaja.
So, kalau kita boleh fikirkan bukan semua anak-anak berminat pada sekolah, bukan
semua pandai di sekolah tetapi kalau kita boleh fikir gunakan peruntukan Kerajaan Negeri duit
kita sikit tapi kalau kita boleh buat cost benefit analysis tengok nak bagi berapa juta ke untuk
penajaan satu satu benda ke ataupun fikir dalam keadaan kewangan yang terhad ini. Apakah
yang kita boleh buat untuk betul betul bantu anak-anak Pulau Pinang kita.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Okey, sila.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Untuk persatuan FAP di mana yang adanya dana khas ini, saya harap Kerajaan Negeri
Pulau Pinang bolehlah bersama sama untuk berbincang dan merancangkan untuk
pembangunan program akademi bola sepak wanita yang di khususkan untuk hanya
mengerakkan pembangunan bola sepak wanita.
Memperbanyakkan penglibatan wanita dalam sukan, untuk program pertandingan
sukan di bawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang seperti di Sukan Malaysia, pihak Majlis
Sukan Negeri Pulau Pinang menghantar penyertaan untuk semua kategori sukan wanita yang
dipertandingkan. Umpamanya di SUKMA yang ke-19 Perak pada tahun lepas 2018, Kontijen
Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam 27 acara sukan yang melibatkan penyertaan
atlet wanita daripada 29 jenis sukan yang dipertandingkan.
33
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, untuk menjawab soalan yang dibangkit oleh
YB. Bertam walaupun dia tak ada di Dewan tak pe, saya terus jawab juga. Untuk makluman
YB. Bertam, berkaitan penggunaan padang sekolah untuk melaksanaan aktiviti kesukanan
peringkat komuniti pernah dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa MMK Belia dan
Sukan Bilangan satu (1) pada tahun 2019. Di mana Jawatankuasa telah dimaklumkan bahawa
mana-mana persatuan atau pihak yang ingin menggunakan kawasan padang sekolah perlu
memohon kebenaran terus kepada pengetua sekolah berkenaan.
Masa perbincangan dalam mesyuarat di mana pengarah daripada Jabatan Pendidikan
Negeri yang turut hadir bersama kita mengatakan bahawa jika sekolah mereka nak gunakan
padang sekolah untuk berlatih atau bermain mungkin selepas waktu sekolah ataupun pada
waktu Sabtu dan Ahad. Maka mereka kena tulis surat kepada pihak sekolah kalau boleh juga
salinan surat kepada Jabatan Pendidikan Negeri ataupun pejabat saya supaya kita juga boleh
membantu kalau kita dapat dipertimbangkan supaya kita dapatlah menasihatkan berbincang
dengan pihak sekolah bagilah untuk budak budak kita ataupun pelajar-pelajar kita selepas
waktu sekolah untuk mengunakan padang untuk melatih sukan bola sepak.
Manakala berhubung dengan keadaan padang boling dan pemasangan lampu limpah
untuk penggunaan stadium bola sepak di Kompleks Sukan Bertam MPSP, ianya akan
diadakan perbincangan di antara saya, Majlis Sukan Negeri dan MPSP serta Jabatan Belia
dan Sukan dalam jangka masa terdekat untuk mencari jalan penyelesiaan yang bersesuaian.
Berkenaan dengan kemudahan sukan bola jaring untuk menggalakkan pembangunan
sukan di kalangan kaum wanita, YB. Bertam boleh mempertimbangkan penggunaan Dewan
Tertutup di Kompleks Sukan Bertam yang sememangnya mempunyai kemudahan untuk
melaksanakan aktiviti sukan ini. Bagi cadangan untuk membina baharu, baharu dewan
tertutup ianya akan dikaji dan diperhalusi di peringkat Kerajaan Negeri kerana sementara
waktu memang ada satu dewan tertutup di Kompleks Sukan Bertam yang di mana memang
ada fasiliti yang boleh diguna untuk permainan bola jaring dan saya harap kita boleh
bekerjasama supaya mempergiatkan lagi ataupun memperminatkan lagi peminat-peminat
untuk acara bola jaring.
Untuk makluman Dato’ Speaker Tuan di-Pertua, di mana tahun lepas anjuran untuk
pihak PYDC pada tahun pertama kita mengadakan untuk satu pertandingan sukan bola jaring
dapat lapan (8) pasukan sahaja yang ambil bahagian tapi tahun ini kita meningkat sehingga
200 peserta iaitu meningkat seratus peratus di mana kita mencapai satu pencapaian yang
bagus ada sebanyak 20 team yang ambil bahagian dalam acara pertandingan bola jaring dan
kita akan teruskan kerana saya telah melancarkan satu program iaitu sport for all, sukan untuk
semua di mana tahun ini kita menubuhkan bola jaring tahun depan kita masih akan
menjalankan.
Dan saya ambil kesempatan di sini di setiap kawasan KADUN-KADUN jika kita dapat
tahu di mana ada sekolah-sekolah yang di mana mereka ada pasukan-pasukan pemain-
pemain yang handal ataupun pasukan untuk bola jaring kita meminta mereka menghantar
pasukan. Seperti tahun ini, di kawasan KADUN saya, Bagan Jermal di sekolah Kampung
Kastam mereka telah menghantar sebanyak dua (2) team untuk ambil bahagian dan saya
dapat tau di mana Sekolah Menegah Kebangsaan Jawi juga ada dua (2) team kita telah
menghantar surat kepada pengetua mereka tetapi tiada maklum balas. Dan saya di sini nak
ambil kesempatan sekali lagi pihak-pihak sekolah di mana kalau jika kita adakan sebuah
pertandingan dan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Kita akan hantar
maklumat surat kepada pihak sekolah dan saya sekali lagi untuk minta pihak sekolah supaya
mengalu alukan hantarlah team-team mereka untuk bertanding. Inilah masa kita untuk
mencari pelapis kita ataupun bakat kita. Kalau mereka tidak menghantar team untuk keluar
bertanding, maka mereka tiada peluanglah untuk menceburui dalam bidang tersebut. Mungkin
34
salah satu team atau salah satu atlet itu memang mereka ada bakat tapi kita, mereka tiada
peluang datang untuk mereka datang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):
Minta mencelah Dato’ Speaker.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Silakan Bukit Tambun.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):
Yang Berhormat Bagan Jermal. Mengenai bola jaring. Untuk makluman Yang
Berhormat, SK Batu Kawan merupakan johan peringkat bawah umur 12 di negeri dan
kebanyakan mereka mewakili negeri Pulau Pinang dalam pertandingan peringkat
kebangsaan. Oleh itu, diminta pihak YB. dapat memberi perhatian. Terima kasih.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Terima kasih untuk maklumat tersebut. Memang kita tahu di mana kawasan SPS
banyak ada apa atlet-atlet untuk bola jaring seperti di SMK Jawi, SK Batu Kawan dan juga
Sekolah Impian juga ada banyak atlet-atlet yang mewakili untuk pasukan negeri Pulau Pinang.
Untuk menjawab soalan yang dibangkit oleh YB. Jawi ini mengenai Nibong Tebal Arena.
Berkenaan dengan projek gelanggang badminton di Bukit Panchor. Untuk makluman YB.,
pada tahun 2018 semasa saya masih lagi menjadi ADUN Kawasan Jawi ini pada bulan tiga
(3) cadangan untuk pembangunan sebuah dewan dan gelanggang badminton yang telah
dijalankan telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri dan telah diumumkan dan dijalankan di
atas tanah kerajaan iaitu di tapak bangunan kuaters lama JKR, Jalan Bukit Panchor. Projek
Nibong Tebal Arena melibatkan pembinaan sembilan (9) gelanggang badminton akan
disediakan yang menelan kos sebanyak RM7 juta. Masa kelulusan yang diumumkan pada
tahun 2018, bulan tiga (3) di mana rancangannya adalah dua belas (12) gelanggang
badminton dan kosnya adalah RM4.6 juta kalau tak silap dan selepas kita kajiankan kerana
kita hendak menyediakan lebih banyak tempat letak kereta dan juga melebarkan jalan yang
di dalam arena badminton ini. Maka, kita telah merancang dan berbincang dan come out
dengan pelan yang baru (dengan izin) Dato’ Speaker adalah sembilan (9) gelanggang
badminton dan kos sebanyak RM7 juta. Pelan cadangan gelanggang badminton tersebut
masih di peringkat penyediaan pelan dengan beberapa penambahan baik dan pelan tersebut
telah dimuktamadkan dan pihak arkitek akan mengemukakan pelan bangunan kepada OSC,
MPSP pada pertengahan bulan Mei iaitu bulan ini, tahun 2019. Kita harap pelan ini dapat
diteruskan dan projek ini dapat dijalankan dan dapat memanfaatkan kepada penduduk-
penduduk di kawasan SPS khususnya di kawasan Jawi di mana ada satu gelanggang yang
boleh menganjurkan pertandingan dan juga bagilah kepada semua penggemar ataupun
pemain badminton yang mereka dapat bermain di gelanggang tersebut.
Untuk menjawab YB. Batu Kawan, satu KADUN, satu gelanggang. Gelanggang futsal.
Batu Uban, sorry. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh YB. Batu Uban, berkaitan
projek satu KADUN, satu gelanggang untuk futsal. Buat masa ini, lokasi yang telah dikenal
pasti untuk pembinaan gelanggang futsal baru, kerja-kerja naik taraf adalah seperti berikut.
Untuk SPU. Saya terus boleh jawab kepada soalan daripada
Permatang…(gangguan).
Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid):
Mohon mencelah.
35
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Ya, silakan Seri Delima.
Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid):
Yang Berhormat Bagan Jermal, satu idea, konsep satu DUN satu gelanggang futsal ini
merupakan satu idea yang sangat positif kerana saya yakin ia dapat memartabatkan lagi
sukan futsal dan moga-moga selepas ini kita dapat wujudkan pasukan futsal wanita di negeri
Pulau Pinang. Tapi untuk saya pun telah menghantar, memohon untuk menaiktarafkan
gelanggang-gelanggang futsal di kawasan Seri Delima khususnya di Kampung Sungai
Gelugor di Blok AT, Taman Tun Sardon dan juga kuaters di KD Seri Pinang. Jadi saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan apakah status permohonan tersebut?
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Terima kasih daripada Seri Delima. Memang program “Satu KADUN, Satu Gelanggang
Futsal” ini yang diwujudkan semasa YB. Chong Eng sebagai EXCO Belia dan Sukan Negeri
Pulau Pinang dan memang saya bersetuju bahawa di setiap KADUN, kalau kita ada satu atau
lebih satu untuk gelanggang futsal ia dapat memanfaatkan ataupun memberikan satu platform
untuk pelapis-pelapis sukan kerana kita tahu untuk pertandingan futsal ataupun sukan untuk
futsal memang dapat digemari oleh semua golongan lapisan pemuda dan pemudi.
Di kawasan SPU, untuk menaiktarafkan gelanggang futsal di Pokok Machang,
Permatang Berangan, KADUN kawasan Permatang Berangan seperti jawapan yang saya
jawab untuk soalan bertulis untuk ADUN kawasan Permatang Berangan.
Di SPT, menaiktarafkan gelanggang futsal di Permatang Ara, Permatang Pasir
walaupun Permatang Pasir tidak hadir hari ini tak apa, beliau sudah tahu kerana tender telah
dipanggil untuk menaiktarafkan satu gelanggang futsal di Permatang Ara, KADUN Permatang
Pasir.
Untuk kawasan SPS, projek pembinaan gelanggang futsal di Sungai Acheh
sepatutnya patut dipanggil buka tender pada bulan empat (4) tapi kerana pihak JKR dan pihak
Pejabat Daerah ada sedikit teknikal dengan masalah. Saya minta pihak JKR dan Pejabat
Daerah selesaikan masalah ini, jangan tinggalkan masalah ini supaya sehingga hujung bulan
barulah katakan bahawa projek tidak dapat dijalankan. Ini untuk maklumat SPS dan untuk di
Bukit Tambun. Kita telah mengadakan lawatan pada bulan Mac tapi projek ini kita akan
menganjak ke tahun 2020 untuk memulakan projek tersebut. Kalau tahun ini kita ada
peruntukan, kita akan jalankan.
Untuk kawasan Barat Daya, menaiktaraf gelanggang futsal di Lebuh Sungai Ara 1 yang
telah diluluskan. Tunggu pihak JKR dan juga pihak JKR untuk keluarkan tender.
Untuk kawasan Timur Laut seperti yang dicadangkan oleh ADUN kawasan, YB. Batu
Uban di mana surat telah hantar kepada Pejabat Daerah pada bulan Mac kalau tak silap bulan
tiga (3). Saya minta Pejabat Daerah, Daerah Timur Laut ambil maklum dan juga daripada
cadangan daripada Seri Delima yang saya terima surat pada 30 April, dua (2) hari sebelum
ini. Terdapat tiga (3) cadangan. Kita akan kaji sama ada Batu Uban di mana untuk Daerah
Timur Laut ada sekarang ada dua (2) permohonan, dua (2) kawasan permohonan dan minta
pejabat daerah untuk mempercepatkan permohonan tersebut supaya kita dapat laksanakan
untuk tahun ini.
Manakala Bukit Tambun sudah jawab. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
menyeru kepada YB. - YB. sekalian untuk mengemukakan permohonan sama ada cadangan
pembinaan gelanggang futsal baru atau menaiktarafkan gelanggang futsal sedia ada ataupun
tambahan bagi pembinaan bumbung sebagai mana yang diumumkan oleh YB. Pulau Betong
36
kepada Pejabat Daerah dan Tanah masing-masing sebelum bulan November tahun 2019
supaya tahun ini kalau ada permohonan masuk, kita boleh menjalankan lawatan pada tahun
ini dan untuk tahun 2020, pada bulan Januari kita teruskan boleh membuat lantikan dan tender
projek tersebut supaya mempercepatkan projek ini. Cadangan-cadangan ini…(gangguan).
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Goo Zi Sen):
Minta penjelasan.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Silakan.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Goo Zi Sen):
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal. Tadi yang bangkitkan khususnya
gelanggang futsal ini. Untuk makluman Yang Berhormat Bagan Jermal, di KADUN Pengkalan
Kota sememangnya kita mempunyai satu gelanggang futsal yang saya boleh kira antara
gelanggang futsal yang paling cantik di Negeri Pulau Pinang sebab gelanggang futsal itu di
tepi laut. Dan apabila gelanggang futsal itu direka bentuk kita tidak memasang sebarang
bumbung. Jadi masalah yang dihadapi adalah apabila ada orang yang bermain futsal di sana,
bola akan masuk ke laut. Jadi, saya rasa apabila kita sebut pasal pembinaan ataupun reka
bentuk gelanggang futsal ini saya rasa kita patut meneliti satu reka bentuk yang universal,
yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh FIFA termasuknya dan juga mengambil kira
khususnya lokaliti-lokaliti yang kita bakal mendirikan gelanggang futsal tersebut agar projek-
projek ini benar-benar memanfaatkan masyarakat. Terima kasih.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Terima kasih kepada YB. Pengkalan Kota. Saya setuju di mana semasa pembinaan,
jabatan-jabatan berkenaan haruslah membina satu gelanggang yang sesuai seperti contoh di
tepi laut memang cantik, tapi setiap kali ada pemainan yang dijalankan maka adalah risiko
bola akan jatuh masuk ke laut. Dan juga semasa membuat lawatan pada tahun lepas dan
juga tahun ini di mana kita mendapati banyak gelanggang-gelanggang yang bukan bersaiz
standard iaitu tidak ikut saiz yang dipersetujui oleh FIFA. Maka, saya sekali lagi untuk meminta
pihak JKR kaji semula semasa nak menjalankan projek itu. Bukan sesuka hati untuk membina
sahaja. Kalau selepas bina, saiz tidak betul ataupun saiz yang tidak standard maka cuma
untuk menjadikan tempat mereka main tetapi tidak dapat dijalankan pertandingan.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Mohon laluan.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Dato’..(gangguan).
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Nanti. Bagan Jermal, anda telah menggunakan lebih daripada 40 minit.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Okey
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Let me finish first. Than you can. Tentang futsal ini. Gelanggang futsal ini. Yang
Berhormat Bagan Jermal, ada tak saya nak kepastian ada tak untuk setiap KADUN itu sudah
diperuntukkan wangnya sebab saya masih ingat di Prai dahulu dan di kawasan saya sendiri,
Bagan Dalam. Apabila kita buat permohonan, dia dinyatakan tidak ada peruntukan. So, saya
37
nak kepastian itu sahaja. Terima kasih.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Terima kasih untuk Bagan Dalam. Untuk maklumat ini memang Kerajaan Negeri Pulau
Pinang pada awal tahun akan memperuntukkan kepada pihak JKR untuk melaksanakan satu
KADUN, satu gelanggang futsal sebanyak RM1.5 juta di mana satu (1) daerah RM300,000.00.
Ini adalah harga tiga (3) tahun, empat (4) tahun yang lepas. Kalau nak bina satu (1)
gelanggang tanpa bumbung, RM300,000.00 pun tidak cukup. Dan saya akan meneliti perkara
ini dan saya akan cadangkan dalam EXCO di mana untuk berbincang dengan kewangan di
mana kita akan menaikkan peruntukan tersebut. Memang ada peruntukan sebegini untuk satu
KADUN, satu futsal, RM300,000.00 untuk satu daerah. Mungkin tahun depan kita dapat
tambah…(gangguan).
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Mohon laluan.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Ya, silakan Penanti.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Saya nak memohon agar macam tadi kata futsal itu haruslah dibina mengikut FIFA
standard dan JKR kena ambil kira tapi saya nak sebut di sini juga. Di Taman Guar Perahu,
bumbung yang dibina itu bukan di yang RM270,00.00 itu bukan dibina oleh JKR tetapi
dirunding terus oleh keputusan EXCO. Masalahnya dia tidak mengikut spesifikasi FIFA dan
juga tidak ada perundingan dengan belia-belia dan persatuan tempatan yang pemain-pemain
mereka sendiri dan juga JKR juga tidak terlibat. Jadi saya nak mohon sebab sekarang ini
mempunyai masalah sangat bila gelanggang futsal itu mengalami kerosakan lantai dan kita
tak boleh nak letak awning disebabkan bumbung itu telah dibina tak ikut spesifikasi. Jadi, saya
nak mohon supaya sebarang pembinaan tempat permainan, futsal ke apa benda pun mesti
merujuk kepada pakar bukannya mesyuarat EXCO buat keputusan lepas itu lantik kontraktor
dan tidak beritahu ADUN, terus buat sahaja sebab masalah berterusan. Terima kasih.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Terima kasih untuk Penanti. Ini seperti kita telah buat lawatan pada bulan 3 kalau tak
silap, tahun ini. Dan kita telah diberitahu masalah ini akan diselesaikan. Memang gelanggang
ini dibina pada tahun 2017 dan kita cuba cari cara penyelesaian untuk diselesaikan.
Okey, saya sambung. Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP). Seterusnya perkara
yang saya ingin maklumkan di sini berkenaan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang untuk
makluman Dewan Undangan Yang Mulia ini. Sepanjang tahun 2018, Kerajaan Negeri telah
membantu FAP untuk menjelaskan tunggakan sebanyak RM7.9 juta manakala bagi tahun
2019, Kerajaan Negeri atas rasa tanggung jawab telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5
juta kepada FAP untuk musim tahun 2019 pada perbelanjaan pengurusanFAP.
Walau bagaimanapun, terdapat jugalah sedikit sebanyak hutang-hutang yang pada
tahun 2016 yang mereka datang pohon untuk menjelaskan dan mereka ada tulis surat kepada
FAM di mana kita juga menggunakan peruntukan yang RM5 juta ini untuk membayar dulu.
Dan kita harap Persatuan Bola Sepak ini dapatlah pandai-pandai untuk mencarilah sponsor-
sponsor daripada syarikat-syarikat ataupun corporate company supaya dapat membantu
untuk apa tanggungan kos penyaraan untuk tahun 2019 ini. Di bawah pengurusan Presiden
FAP baru, prestasi Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang juga adalah lebih baik berbanding
tahun-tahun sebelum ini. Di sini saya nak puji, mungkin dapat keputusan yang lebih baik
mungkin kerajaan akan pertambah untuk peruntukan. Pada sesi 2017 dan sesi 2018
38
kedudukan FAP adalah ke-2 terakhir. Kedudukan FAP sehingga kini, ini selepas kita ada
pengurusan baru sehingga kini ada berada di tangga ke-7 daripada jumlah 13 pasukan. Bagi
tepukan kepada presiden untuk bola sepak ini.
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Ke-7.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Persatuan bola sepak ini. Ke-7, tempat ke-7 daripada jumlah ada 13 teams.
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Ke-6 terakhirlah (ketawa)
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Kita harap bukan saja kekalkan kedudukan dan dapat meningkat supaya dapat satu
pencapaian yang bagus dan inilah sasaran kita. Walaupun bukan yang terbaik tetapi ia masih
memuaskan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Dan kita percaya selepas penstrukturan itu
memang masa penstrukturan kena ambil masa bukan yang singkat dapat lihat keputusan.
Mungkin lepas 1 tahun, 1-2 tahun…(gangguan).
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Tamat?
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Mungkin kena ambil 1-2 tahun baru dapat lihat keputusan tapi buat sementara waktu
dalam tangga ke-7 saya rasa itu satu pencapaian yang memuaskan lah. Dan kita harap
mereka dapat teruskan kejayaan dan teruskan naik ke peringkat yang. Ya, silakan Sungai
Dua.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhammad Yusoff Bin Mohd Noor):
Terima kasih Bagan Jermal. Sikit saja. Saya cuma nak sentuh tentang tentang FAP ini.
Tentang FAP tadi saya ingat kita perlu tingkatkan. Cuma tentang bekas pemain Pulau Pinang,
EX-Penang State Players. Saya sebagai penaung kelabnya, kelab, salah satu kelab EX-
Penang State Players, kita ada masalah banyak tentang kebajikan, players-players EX-
Penang State Players ini yang sakit dan sebagainya yang tidak ada pembelaan, yang tidak
ada pembelaan yang sepenuhnya daripada persatuan ataupun daripada Kerajaan Negeri.
Depa ini banyak jasanya dulu tapi sekarang ini dah tak ada badan yang boleh membantu
mereka. Jadi saya minta dimasukkan juga sebahagian untuk dilihat supaya bekas pemain
Pulau Pinang yang, yang menghadapi masalah sakit dan sebagainya perlu juga kita lihat.
Keluarga yang susah dan sebagainya. Ada banyak EX-Player yang tak ada kerja. Umur dah
50-an tidak ada pekerjaan. Jadi perlu dilihat. Terima kasih.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Terima kasih, mungkin kita minta persatuan FAP untuk pertimbangan. Semoga melihat
masalah ini. Saya sambung. YB. Dato’ Yang di-Pertua Dewan ini, berkenaan dengan
persoalan YB. Permatang Berangan mengenai status permohonan untuk pembinaan sebuah
stadium mini dan gelanggang futsal, ianya telah dijawab dalam soalan bertulis ID315. Secara
ringkas Kerajaan Negeri masih belum mempunyai cadangan untuk membina stadium mini
yang baru manakala berkenaan dengan projek gelanggang futsal, hasil lawatan ke beberapa
lokasi Daerah SPU pada awal tahun ini telah mendapati bahawa wujudnya kepentingan untuk
menaiktarafkan gelanggang futsal di Pokok Machang yang terlalu uzur keadaannya. Maka
keutamaan akan diberi kepada kerja-kerja menaiktaraf gelanggang futsal di Pokok Machang
39
untuk dilaksanakan terlebih dahulu untuk tahun 2019.
Untuk YB. Telok Ayer Tawar. Insentif kepada juara Muay Thai dunia. Kerajaan Negeri
mengucapkan syabas dan tahniah kepada Muhd Alif Muhd Azizi dan Muhd Adam Muhd Azizi
dari KADUN Telok Ayer Tawar yang berjaya mengharumkan nama negara apabila mereka
berjaya menjadi juara dunia bagi kategori amatur 45kg dan kemenangan pingat perak dalam
kategori remaja 54 hingga 57kg di Kejuaraan Muay Thai Dunia, Bangkok pada tahun 2019
Mac lalu. Bagi mengiktiraf atlet yang berjaya mengharumkan nama negeri dan negara di
persada sukan tanah air, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membentuk SKIM EMAS sejak
tahun 2014 dengan tujuan untuk meningkat, menggalak serta memberi motivasi kepada para
penggiat sukan negeri Pulau Pinang yang terdiri dari atlet negeri Pulau Pinang yang
bertanding di sukan Malaysia.
Sukan-sukan bertema mewakili negara Malaysia dalam kejohanan-kejohanan sukan
di peringkat antarabangsa yang diiktiraf oleh badan induk sukan di Malaysia. Penawarannya
adalah terbuka kepada atlet-atlet sukan yang bertaraf antarabangsa dari kategori Sukan
Olimpik, Sukan Olimpik Remaja, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA, Sukan
Paralimpik, Sukan Para Asia, Sukan Pekak Asia dan Sukan Malaysia sahaja. Kategori
penawaran untuk sukan dunia melibatkan satu jenis sukan sahaja tidak tersenarai dalam skim
tersebut.
Walau bagaimapun, sekiranya YB. Telok Ayer Tawar berpandangan bahawa atlet
tersebut wajar dipertimbangkan kejayaannya. Permohonan secara bertulis hendaklah dibuat
oleh Persatuan Sukan Negeri yang diiktiraf untuk diangkat ke pertimbangan yang selanjutnya
di peringkat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pembekalan peralatan gimnasium di Gim Rakyat Telok Ayer Tawar berkenaan
permohonan pembekalan peralatan di Gim Rakyat Telok Ayer Tawar, ianya akan
dipertimbangkan tertakluk kepada peruntukkan yang sedia ada. Saya mintalah ADUN untuk
Telok Ayer Tawar tulis surat kepada pejabat saya supaya saya boleh membantu sedikit
sebanyak untuk Gim Rakyat ini. Pembinaan cycling dan jogging track di Pantai Robina.
Cadangan untuk membina laluan track basikal dan jogging track akan dibawa bincang
bersama Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi tindakan susulannya.
Pembangunan Sukan Berprestasi Tinggi Negeri di bawah Majlis Sukan Negeri Pulau
Pinang ke aras persediaan Sukan Malaysia. Menjelang keberlangsungan Temasya Sukan
Malaysia ke 20 Johor pada tahun 2020, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang terus gigih
melaksanakan perancangan dan mengadakan Program Latihan Atlet Elit dan juga atlet sukan
Malaysia berteraskan seperti berikut. Mengadakan MOU persefahaman bersama dengan
agensi-agensi sukan di peringkat Asia Tengara dan mengadakan program latihan dua hala
untuk sukan-sukan yang dikenali sebagai Medal Prospect negari seperti Judo. Kita akan
menandatangi satu MOU dengan Japan. Wushu dan Sanda kita akan bekerjasama dengan
negara China. Tenpin Bowling yang telah menandatangani satu MOU pada tahun 2018, 24
November dengan negara Korea. Dan sebagainya yang di sedang dikenal pasti dari semasa
ke semasa.
Melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang sains
sukan, pengkhususan sukan dan pratikal dengan tujuan untuk memajukan prestasi serta
pencapaiaan atlet-atlet negeri. Melaksanakan penyelerasan terhadap perancangan program
jangka pendek dan jangka panjang Persatuan Sukan Negeri yang merumus kepada
pembentukan struktur yang lebih baik untuk pembangunan mampan atlet-atlet negeri,
jurulatih, pentadbiran dan juga pegawai sukan. Merangka, memperinci dan melaksanakan
Program Latihan Bersepadu ke arah penyediaan atlet yang terbaik dalam kalangan mereka
yang terpilih.
40
Meningkatkan kebajikan atlet-atlet latihan negeri dengan peningkatan terhadap
bayaran allowances latihan yang diterima, penyediaan peluang pekerjaan di bawah Program
Corporat Social Responsibility yang terjalin dengan syarikat-syarikat swasta dan pelanjutan
pengajian bersama dengan pusat pengajian tinggi tempatan dan swasta. Memperluaskan
program perlantikan agensi angkat di bawah tanggungjawab sosial korporat bagi menaja
setiap satu sukan berprestasi tinggi di Pulau Pinang. Memang Kerajaan Negeri di bawah MMK
Belia dan Sukan sedang bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri, kita mengalu-alukan di
mana sesiapa syarikat korporat ataupun agensi yang berminat untuk menaja ataupun sebagai
bapa angkat untuk sukan-sukan yang mereka akan pilih dan ini dapat membantu sedikit
sebanyak supaya kita dapat menyalurkan lebih banyak bantuan dan dana dan memberikan
lebih banyak peluang kepada mereka untuk bertandingan di luar negara dan juga di dalam
negeri.
Merancakkan pembangunan sukan untuk semua. Selaras dengan hasrat untuk
merancakkan pembangunan sukan untuk semua di seluruh negeri Pulau Pinang, pelancaran
program di bawah tema “Sukan Untuk Semua” atau “Sports For All” telah diperkenalkan pada
awal tahun 2019. Buat sementara waktu, kita ada 12 jenis sukan akan digerakkan pada setiap
bulan. Satu bulan satu sukan temanya. Sukan catur untuk bulan Januari, bola keranjang bulan
Februari, softball bulan Mac, bola jaring bulan April, sukan elektronik e-Sports bulan Mei, bola
jaring bulan Julai, karate bulan Ogos, wushu untuk September, Floorball untuk Oktober,
Petanque untuk bulan November dan Judo untuk Disember. Kita tidak sebut bulan Jun kerana
Jun adalah sempena Hari Olimpik. Kita ada Olimpik Carnival. Ada 4 acara seperti bulan,
seperti badminton, sepak takraw, volleyball dan bowling akan dianjurkan pada bulan 6. Jadi
sukan untuk semua untuk tahun ini bukan saja 12 sukan tapi ada 15 sukan yang akan
diadakan. Sukan-sukan ini bakal mengalakkan penyertaan yang meluas dalam kalangan
masyarakat khususnya murid-murid sekolah rendah dan juga pelajar-pelajar dari sekolah
menengah yang, merupakan atlet-atlet harapan negeri dan negara. Konsep, melalui konsep
“Satu Bulan Satu Sukan” ini, Kerajaan Negeri berharap agar ianya dapat menimbulkan
kesedaran di kalangan penduduk Pulau Pinang tentang pentingnya kesihatan yang boleh
dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Kesedaran ini akan menimbulkan minat dan
meransang pembinaan masyarakat Pulau Pinang yang cergas dan proaktif. Program sukan
untuk semua akan diteruskan setiap tahun. Tahun ini kita ada 12 sukan tambah lagi tiga (3)
sukan yang akan dianjurkan pada bulan 6 untuk sempena Olimpik Carnival, jadi ada 15 sukan.
Tahun depan kita jangka kita satu bulan akan menjalankan 2 sukan. Dan kita harap tahun
2021 kita dapat jalankan satu (1) bulan tiga (3) sukan sehingga ke setiap tahun, sehingga
kesemua 44 sukan dapat dilaksanakan di peringkat negeri dalam satu tahun.
Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan
Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama, bekerjasama dengan Majlis Olimpik Malaysia dan
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan satu Karnival Olimpik Pulau Pinang
pada bulan Jun 2019 bagi merai sambutan Hari Olimpik Sedunia yang jatuh pada 23 Jun
setiap tahun untuk memperingatkan kepada semua kelahiran Hari Olimpik Moden yang telah
dimulakan pada 23 Jun tahun 1894 di Paris. Pada hari bersejarah ini, iaitu pada setiap tanggal
23 Jun masyarakat di seluruh dunia telah disaran untuk melaksanakan kegiatan aktiviti
ataupun aktif bersenam dan pada masa yang sama turut bersama dalam menyemarakkan
semangat setia kawan, perpaduan dan perdamaian yang boleh dinikmati melalui sukan yang
merupakan inti pati perjuangan pergerakan Olimpik. Pada tahun ini, negeri Pulau Pinang telah
diberi kepercayaan oleh majlis Olimpik Malaysia untuk menjadi hos penganjuran terhadap
acara simbolik kepada kejohanan sukan terkemuka dan tertinggi dunia yang menjadi idaman
setiap ahli-ahli sukan untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik. Karnival Olimpik ini merupakan
program yang pertama dibuat, dianjur oleh negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri amat
berterima kasih kepada Majlis Olimpik Malaysia yang telah memilih negeri Pulau Pinang
41
sebagai hos penganjur untuk sambutan Hari Olimpik Sedunia pada tahun ini dan ianya
sekaligus mendekatkan Pulau Pinang selangkah lebih ke hadapan ke arah pencapaian untuk
menjadi Bandaraya Bersukan di Malaysia.
Bagi mengaktifkan masyarakat Pulau Pinang dan juga peminat-peminat sukan tanah
air seluruh Malaysia, sebanyak empat (4) kejohanan melibatkan sukan badminton di
Kompleks Sukan Bandaraya Relau, sukan bola tampar dan sukan sepak takraw di Arena
Sukan Azman Hashim, USM dan juga sukan Tenpin Bowling di Aspiration Centre Sunshine
Square dan juga di MMBC Megamall Prai akan dianjurkan pada 12 Jun hingga 22 Jun pada
tahun 2019. Penyertaan untuk keempat-empat pertandingan adalah terbuka kepada seluruh
rakyat Malaysia yang merangkumi tiga (3) kategori umur yang dipertandingkan iaitu di bawah
umur 12 tahun, bawah umur 18 tahun juga umur 18 tahun ke atas. Selain dari empat (4)
pertandingan tersebut juga ada satu acara pada hari kemuncak Hari Olimpik Sedunia iaitu
pada hari Ahad, 23 Jun tahun 2019 acara jalan kaki 5km berkeluarga (Family Funwalk) akan
diadakan di Padang Kota Lama yang dibuka penyertaannya kepada masyarakat umum yang
akan didakan pada jam 5.30 petang. Buat sementara waktu kita terima surat jawapan
daripada Ketua Menteri di mana Ketua Menteri bersama dengan saya akan turut bersama
semua peserta ambil bahagian dalam Family Funwalk untuk 5KM ini pada 23 Jun sempena
Hari Olimpik, dan pada masa yang sama di kawasan Padang Kota Lama pada 23 Jun juga
akan bermula pukul 4.00 sehingga 9.30 malam juga ada acara-acara seperti acara sukan
hoki, gimnastik, olahraga, bola sepak, klinik bola sepak dan demonstrasi sukan-sukan yang
akan dilangsungkan pada hari tersebut. Kita menjemput semua rakyat jelata untuk hadir dan
surat jemputan kepada semua ADUN akan dikeluarkan untuk menghadiri satu upacara pada
jam 7.30 petang. Surat akan dihantar pertengahan bulan Mei. Pada malamnya bermula jam
8.00 akan berlangsungnya acara kemuncak Sambutan Hari Olimpik Sedunia di mana
masyarakat berpeluang menyaksikan kemasukan larian obor dan acara penyerahan simbolik
cahaya olimpik atau Faith of Olympic yang akan dinyalakan oleh bekas atlit-atlit olimpik negara
dari Pulau Pinang dan juga bakal atlit-atlit harapan negara yang akan menjadi tunggak negara
dalam memastikan pejuangan untuk memungut pingat emas pertama negara di sukan Olimpik
tercapai. Saya terlupa tadi, Dato’ Speaker juga turut dijemput bersama kita. Sukan Olimpik
Tokyo…(gangguan).
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Cuma kalau boleh dalam penggulungan itinerary sedetail ini boleh dielakkanlah.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Okey, terima kasih. Sukan Olimpik Tokyo akan dijalankan pada bulan Julai 2020 dan bagi
menyemarakkan perjuangan atlit negara yang akan bersaing di Tokyo 2020, maka negara kita
mengharapkan medal emas pertama negara untuk atlit Malaysia akan tercapai pada tahun
2020 ini.
Pembangunan sukan eletronik. Selari dengan kehendak dan perubahan pantas yang
dikecapi melalui Revolusi Industri 4.0, buat pertama kali pada tahun ini sukan e-sport akan
mula dipertandingkan dalam Temasya Sukan Sea di Manila, Philipine. Di mana terdapat lima
(5) acara pingat e-sport yang akan dipertandingkan. Malaysia di antara negara yang sedang
bergerak ke hadapan dalam perkembangan Revolusi 4.0 maka menyaksikan sukan e-sport
dipertandingkan di Temasya Sukan Malaysia pada tahun 2020 tahun depan. Di peringkat
Persekutuan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Majlis Sukan Negara juga
sedang merangka blueprint sukan elektronik Malaysia yang pertama bagi membolehkan
program e-sport dirancang dan diselaraskan secara berstruktur untuk pembangunan yang
holistik dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat antarabangsa. Memastikan kepada
arus permodenan dalam sukan ini beserta usaha yang dilaksanakan di peringkat persekutuan,
inisiatif-inisiatif untuk membangun sukan elektronik ini di peringkat Pulau Pinang juga akan
42
direncanakan melalui kerjasama Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC)
dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan juga Persatuan Sukan Elektronik di Pulau
Pinang dalam jangka masa terdekat untuk melahirkan pasukan atlit e-sport SUKMA yang
pertama di Pulau Pinang yang akan mengambil bahagian pada tahun hadapan.
Untuk tambahan, pertandingan e-sport ini akan dijalankan pada 3-5 Mei sempena
Karnival KOMTAR yang akan diadakan di tingkat 5, KOMTAR. Kita harap jemput semua akan
hadir.
Pembangunan Belia. Sepertimana Dewan Yang Mulia ini sedia maklum, Perbadanan
Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang (PYDC) yang ditubuhkan sejak tahun 2012 adalah
untuk membantu Kerajaan Negeri dalam merealisisasikan visi negeri untuk menjadikan negeri
Pulau Pinang sebuah masyarakat yang maju dan progresif melalui pembangunan belia. Ia
bertujuan untuk membangunkan kewangan belia secara holistik, mengukuhkan personaliti
sosial dan pendidikan dalam masa yang sama, menyediakan platform kepada belia untuk
menyuarakan pendapat dan mengetahui kedudukannya dalam masyarat bagi mencapai
potensi penuh mereka. Tahun 2019 merupakan satu tahun di mana PYDC mengadakan
penstrukturan semula dalam empat (4) bidang utama telah ditetapkan sebagai fokus PYDC
dalam pembangunan belia. Empat (4) bidang utama tersebut adalah seperti berikut;
pendidikan dan pembangunan kerjaya, education and career development…(dengan izin)
memperkasakan golongan belia dalam pelbagai bidang dan kemahiran selepas persekolahan
atau pun dalam persekolahan dengan melibatkan belia dalam pelbagai bengkel persediaan
persiapan kerjaya seperti pembangunan kemahiran vokasional, kebolehan berkomunikasi,
program pertukaran pelajar, STEM dan keusahawanan. Kedua, memperkasakan dan
penyertaan dengan izin empowering and participation. Membolehkan golongan belia
mengambil bahagian dalam pembangunan negeri serta menyediakan platform bagi golongan
belia menyuarakan pandangan terhadap isu pembangunan sosial, ekonomi, alam sekitar dan
kebudayaan.
Nombor tiga, bakat seni dan kebudayaan, talent, art and culture…(dengan izin) Dato’
Speaker, mencungkil bakat-bakat di kalangan belia dalam bidang seni dan kebudayaan
melalui penyediaan platform bagi membolehkan bakat-bakat ini ditonjolkan. Memupuk
semangat mencintai warisan kebudayaan supaya ia tidak lenyap dalam arus pembangunan
teknologi yang pesat ini.
Nombor empat, pengurusan management…(dengan izin). Melengkapkan golongan
belia dengan kemahiran pengurusan dari segi masa, emosi, pembangunan kendiri serta
pengurusan kewangan untuk mengurangkan gejala sosial dan dalam pada masa yang sama
melahirkan pemimpin yang berkaliber. PYDC adalah menyasarkan program-program
pembangunan belia selaras dengan fokus dan hala tuju yang ditetapkan program yang
dirancang untuk tahun ini adalah program pembelajaran dan perkongsian ilmu dalam bidang
muzik dengan Universiti Shihchien di Taiwan. PYDC telah bekerjasama dengan Universiti
Shihchien untuk mengadakan program pembelajaran dan perkongsian ilmu dalam bidang
muzik pada bulan Disember tahun ini. Belia-belia tempatan yang berminat dalam bidang
muzik akan diberi peluang untuk menyertai program ini dan mempelajari muzik dan
mengambil bahagian dalam persembahan bersama pelajar di universiti Taiwan ini.
Program e-sport. PYDC akan mengajurkan pertandingan e-sport dan e-sport
experience dengan kerjasama pihak swasta. Antaranya termasuk Championship Series pada
3-5 Mei di The Top, KOMTAR. Selain itu, dengan satu lagi program e-sport akan dirancang
pada hujung tahun 2019. Melalui program-program e-sport sebegini bukan sahaja ia dapat
mencungkil bakat untuk pasukan e-sport Negeri Pulau Pinang, malah dapat mencungkil
bakat-bakat golongan muda yang mahir dalam game design, game music, game technical
dan sebagainya. Di samping itu, kemahiran insaniah soft skill seperti kemahiran
43
berkomunikasi, kepimpinan, pemikiran kritis di kalangan belia juga dapat dipertingkatkan.
Kesedaran masalah sosial dan sivik. PYDC akan mengaturkan sesi perjumpaan dengan
agensi-agensi kerajaan yang boleh membantu mendedahkan golongan belia dengan tadbir
urus dan polisi kerajaan. Antaranya seperti program lawatan ke penjara. Program ini
melibatkan Jabatan Penjara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan
Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan
kepada pelajar untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang kesan-kesan yang akan
dihadapi oleh mereka jikalau mereka menyalahi undang-undang. Selain itu, peserta juga
diberi taklimat berkenaan peluang pekerjaan di jabatan tersebut. Program ini telah bermula
pada bulan Februari tahun ini dan juga bulan Mei akan dianjurkan oleh kawasan
KADUN Sungai Bakap. Kita haraplah ADUN-ADUN yang lain yang berminat, tolonglah
menghantar surat kepada kita atau kepada PYDC supaya kita dapat melanjutkan program
lawatan ke Penjara untuk setiap KADUN kepada penjara di Seberang Perai Selatan. Program
lawatan ke Ibu Pejabat Balai Polis. Program ini akan dijadualkan bermula pada bulan Julai
yang melibatkan pihak Polis memberi ceramah, demonstrasi aktiviti tugasan seharian PDRM
seperti Unit Anjing Pengesan K9, Unit Forensik dan lain-lain. Selain itu, pihak Polis juga akan
memberi penerangan tentang kaedah-kaedah membuat laporan Polis kepada para pelajar.
Saya percaya ada lagi banyak pemuda atau pun pelajar-pelajar ataupun belia di mana
mereka tak pernah atau tak tau macam mana cara untuk membuat laporan Polis semasa
mereka menghadapi masalah dan mereka kadang-kadang pergi ke Balai Polis yang terdekat
dan ingin membuat laporan Polis, mereka tak tau prosedur tersebut. Maka kitalah yang kena
menjalankan program ini di peringkat sekolah menengah.
Program lawatan ke Parlimen agar memberi peluang kepada pelajar-pelajar belia
untuk memain fungsi dalam peranan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan pembangunan
negara. Program ini dijangka akan diadakan pada persidangan Parlimen yang akan datang
iaitu semasa pembentangan Bajet yang dapat menyaksikan pembentangan Belanjawan di
Parlimen. Program MyCPR dan juga AED juga akan diadakan pada 30 Jun. Tujuannya adalah
untuk melatih kepada semua lapisan golongan pelajar terutama golongan pelajar mengenai
teknik-teknik CPR dan penggunaan AED yang betul.
Pameran pendidikan, memperkenalkan kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPTA dan
IPTS kepada pelajar dan cara-cara untuk memohon biasiswa serta memberi khidmat nasihat
secara percuma. Bengkel Demokrat Muda merupakan salah satu program tahunan PYDC.
Bengkel Demokrat Muda tahun ini akan diadakan pada 7-9 Julai tahun 2019. Bengkel ini akan
memberi pendedahan kepada golongan muda tentang konsep-konsep asas demokrasi serta
isu-isu semasa yang praktikal. Program ini terbuka kepada golongan belia yang berumur 15
sehingga 25 tahun. Seramai 100 golongan belia akan menyertai bengkel ini dan akan
diharapkannya dapat membentuk lapisan anak muda yang memiliki kefahaman demokrasi
yang kukuh dan prihatin terhadap mana-mana pandangan supaya dapat membentuk sikap
politik yang bertanggungjawab, akauntabiliti dan telus.
Sidang Muda; PYDC telah mengadakan sidang muda sejak tahun 2015. Ia merupakan
satu platform untuk anak muda membahas usul dalam Dewan Undangan Negeri dan dalam
masa yang sama berinteraksi dengan pemimpin negeri. Anak muda akan berpeluang
menterjemahkan segala konsep yang dipelajari dalam bentuk yang lebih praktik. Sidang Muda
mula tahun ni akan diadakan pada 24-25 Ogos 2019, Dato’ Speaker dijemput
mempengerusikan Sidang Muda tersebut. Seramai 40 anak muda akan dipilih daripada
Bengkel Demokrat untuk menyertai Sidang Muda. Satu sesi pre-council juga akan diadakan
sebelum Sidang Muda supaya etika-etika dan usul-usul baik dibincangkan sebelum
perbahasan dalam Sidang Muda. Saya percaya pelajar-pelajar atau peserta-peserta yang
telah mengambil bahagian sebelum ini dalam Sidang Muda ini boleh menjadikan mentor
44
kepada pelajar-pelajar dan peserta-peserta yang akan mengambil bahagian ini dan mereka
dapat mempelajari sedikit-sebanyak ciri-ciri ataupun cara-cara untuk membahas semasa
dalam Dewan Undangan Negeri.
Bengkel Pembangunan Kemahiran. Menganjur pelbagai bengkel dengan tema berlainan
untuk golongan muda menguasai kemahiran mengikut minat mereka. Contohnya Bengkel
Fotografi, Bengkel Perancangan Kewangan, Bengkel Kemahiran Temuduga. Youth
Enterpreneur Startup. Satu platform untuk golongan muda memahami bagaimana memulakan
perniagaan. Ini juga penting untuk golongan muda. Youth Career. Menyediakan platform bagi
golongan belia dalam pencarian pekerjaan. Ia juga merupakan platform bagi golongan belia
mendapat maklumat mengenai inisiatif kerajaan dalam menggalakkan mereka menceburi
bidang keusahawanan latihan, bengkel kemahiran, peluang perniagaan, pelaburan, sesi
perkongsian kemahiran kerjaya dan sesi motivasi diri. Karnival Belia juga memberikan
peluang kepada golongan muda menunjukkan bakat dan produk mereka kepada masyarakat
umum.
Dewan yang mulia ini, belia merupakan golongan yang bakal menjadi pemimpin masa
depan dan mereka perlu bersedia menghadapi revolusi Industri ke-4 iaitu Industri 4.0 seperti
yang dibangkitkan oleh ADUN Air Putih, dan memajukan negeri Pulau Pinang. Ini kerana
Industri 4.0 akan menggantikan banyak kerja dalam revolusi pertama, kedua dan ketiga
dengan proses automasi hasil bantuan perisian. Revolusi ini akan menyaksikan internet of
things (loT) dalam semua aspek kehidupan yang berbeza dengan revolusi industri pertama
yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua elektrik dan ketiga Teknologi
Maklumat (IT). Kehadiran revolusi Industri 4.0 menekankan pembinaan teknologi realiti maya
tanpa banyak menggunakan tenaga manusia pasti memberi kesan terhadap pelbagai aspek
kehidupan. Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam memartabatkan beliawan dan
beliawanis seiring dengan revolusi Industri 4.0 yang sedang berlaku, PYDC juga akan
bekerjasama dengan PSDC dan sebuah institusi penyelidikan dari luar negara untuk
melaksanakan Innovation Leadership Training Program, R&D Management and Innovation
dan International Internship Program. Dengan adanya program-program sedemikian belia kita
akan bergerak maju seiring dengan kehendak ekonomi pada masa kini dan ke arah hasrat
Negeri Pulau Pinang iaitu menuju ke arah Bandar Pintar Smart City…(gangguan).
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Soalan, Internship program ni untuk mereka yang sudah graduate, I mean tahap mana?
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Internship program ini yang kita baru-baru melawat ke negara Taiwan di mana kita
diberitahu bahawa setiap tahun mereka ada terbuka kepada semua pelajar-pelajar yang
mereka pilih dan mereka akan tarikh tutup untuk internship ini ada pun tiga ITRI, ITRI iaitu
Institut International Surgery Center yang mereka memberikan internship percuma kepada
semua negara tapi nak masuk memang kena pohon dengan ITRI ini dan tarikh tutup
untuk internship ini adalah bulan 3, yang telah lepas. Kita menggalakkan sesiapa, bukan
sahaja di negeri Pulau Pinang di negara Malaysia. Mereka berminat mereka boleh pohon, Di
samping itu Kerajaan Negeri melalui Penang Institute telah menyasarkan…(gangguan).
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr Hajjah Norlela Binti Ariffin):
Actually dan nak tanya macam mana kita ADUN-ADUN nak tahu all this banyak benda
yang dibuat oleh PYDC macam mana? Ada war-war ke
apa?
45
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Nak tanya soalan?
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Kita boleh lamankan website ataupun…(gangguan).
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Lain kali boleh tanya soalan tuju ke EXCO, tanyalah seberapa banyak yang bersabit
dengan apa program.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Kita minta semua ADUN boleh melayari website kita ataupun Facebook kita. Kita akan
sentiasa memaparkan semua aktiviti kita. Disamping itu, Kerajaan Negeri melalui Penang
Institute telah melaksanakan kajian pembangunan belia di Pulau Pinang pada tahun 2018
untuk mengenalpasti ruang penambahbaikan dari segi pembangunan belia bagi mewujudkan
polisi dan tindakan yang perlu dilaksanakan. Antara bidang yang telah dikenalpasti adalah
seperti aspek sosial. Adalah disarankan agar golongan belia perlu aktif melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti pembinaan dan pembangunan masyarakat dan negeri untuk meningkatkan
daya huni. Selain itu golongan belia yang beriltizam tinggi atau yang telah menerima manfaat
dari program-program mentorship haruslah memainkan peranan sebagai mentor kepada
golongan belia yang lain terutama golongan belia kumpulan B40 dengan taraf sosial ekonomi
yang lebih rendah meningkatkan daya huni mereka. Golongan belia perlu mengiktirafkan
kepentingan kesaksamaan dan keterangkuman gender dalam memperkasakan rakyat.
Dari segi ekonomi pula, golongan belia perlu memberi tumpuan kepada peningkatan
dan pembangunan kendiri dari segi kemahiran dan pengetahuan praktikal untuk
meningkatkan kebolehdayaan belia dan peluang pekerjaan. Ini akan membolehkan mereka
menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi. Buat masa ini, PYDC meneliti laporan
berkenaan untuk perancangan program-program yang memenuhi permintaan dan keperluan
golongan belia di Pulau Pinang. Dalam masa yang sama, PYDC sedang berusaha
mengumpul maklumat mengenai pendidikan, pekerjaan, bengkel pembangunan kemahiran
dan sebagainya untuk memudahkan golongan belia mendapatkan informasi yang tepat dalam
masa yang singkat…(gangguan).
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Saya ada satu soalan, sebab saya tak nampak yang dia jawab benda ni, saya tak
nampak yang you sebut. Saya nak tanya satu benda je. Di Pulau Pinang ini kalau kita ikut
realitinya, mungkin di bandar tak adalah tapi di kampung-kampung, sekolah-sekolah
kebangsaan, sekolah SMK semua, semua orang ,99 peratus adalah orang Melayu dan
sekolah Cina 99 peratus juga, orang Cina. Jadinya, PYDC ada tak sebab bila saya tanya
dengan Jabatan Belia, belia di Pulau Pinang mereka kata tidak ada peruntukan untuk sebagai
contoh lah pada 28 haribulan 3, 2019 seramai 125 pelajar-pelajar sekolah, 99 percent kaum
cina dan 60 datang dari SMK Jalan Damai BM, the rest 65 dari seluruh Malaysia, duduk di
Mengkuang Titi Kampung Tradisi Melayu Desa Lestari selama lima (5) hari empat (4) malam
untuk belajar macam mana duduk bersama orang Melayu, sebab mereka di sekolah-sekolah
mereka sekarang ini kalau tengok di Pualu Pinang secara realitinya memang nampak macam
ada, macam memang ada pengasingan lah di kalangan orang-orang muda disebabkan
macam saya kata tadi lah. Sekolah SMK semua. Sekolah SK, Melayu. Sekolah Cina orang
Cina. Tapi mereka tidak dapat apa-apa peruntukan sejak 2012. Walaupun aktiviti yang saya
sebutkan tadi itu pertama kali dibuat di Pulau Pinang yang mereka tinggal lima (5) hari empat
(4) malam bersama orang-orang Kampung Melayu. Jadi saya nak tanya PWDC sebab saya
dengar senarai program yang dibuatkan melihatkan realiti di Pulau Pinang untuk memupuk
46
perasaan silaturahim dan muhibah antara kaum. Dari kecil sampai besar kan? Ada tak
program yang di, yang boleh untuk menyokong. Sebab sekarang ini macam program tadi yang
saya sebutkan tu. Itu dibiayai oleh pelajar-pelajar sendiri. Tidak ada sokongan daripada
Kerajaan Pusat ataupun Kerajaan Negeri.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Ya, untuk menjawab soalan Penanti saya memang tak terima segala permohonan itu
dan soalan itu tuju kepada saya di mana sejak tahun 2012 tiada penukaran. Saya mungkin
Penanti boleh menyalurkan lebih banyak maklumat kepada pejabat saya supaya kita dapat
pertimbangkan macam mana untuk membantu. Kalau boleh…(gangguan).
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Yang berhormat?
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Untuk menjawab….(gangguan).
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Yang Berhormat, berapa lama lagi anda nak gulung?
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Lima minit. Untuk menjawab YB. ADUN Sungai Dua. Yang Berhormat Sungai Dua
memohon agar memberikan fokus kepada pertubuhan belia sedia ada yang berpotensi untuk
melahirkan pimpinan yang baik sama ada di peringkat kampung, taman mahupun di peringkat
negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, sejak tahun 2015 Kerajaan Negeri menyediakan
peruntukkan kepada pertubuhan-pertubuhan belia/NGO dalam menjalankan aktiviti.
Sebanyak RM15,000 diperuntukkan pada tahun 2015, RM24,762 pada tahun 2015. Tahun
2016 sebanyak RM11,685. Tahun 2017 sebanyak RM26,300. Dalam masa yang sama, PYDC
akan menganjurkan Program Rural-Urban Exchange. Program ini akan memberikan tumpuan
terhadap keperluan dan masalah yang dihadapi oleh golongan muda di kawasan desa. Ini
akan dibantu oleh all the board of director from the PYDC…(dengan izin), Dato’ Speaker
supaya kita dapat turun menjalankan program Rural-Urban. Ia juga akan memberi peluang
kepada golongan muda di kawasan desa dan kawasan bandar untuk saling memahami
kehidupan masing-masing.
Untuk meningkatkan kesedaran golongan muda terhadap kepentingan pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar, Program Youth & Earth juga akan dijalankan. Untuk
menjawab soalan YB. ADUN Pulau Tikus, Saya amat bersetuju dengan YB. Pulau Tikus
bahawanya kepentingan mencungkil bakat di kalangan anak muda. Kepakaran dan
kemahiran golongan belia sangat diperlukan dalam menyediakan idea-idea baru ke arah
pembangunan dan kemajuan negeri. Oleh itu pelbagai bengkel pembangunan kemahiran
akan dijalankan, dianjurkan bagi membolehkan golongan muda menguasai kemahiran
mengikut minat mereka seperti program Youth Career yang diadakan. Dan kita mintalah
semua ADUN we are welcome to coordinate with us to develop the youth…(dengan izin) Dato’
Speaker).
Penutup, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua bagi mengakhiri ucapan
penggulungan saya, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang
Berhormat…(gangguan).
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Dato' Speaker, just one point. Yang Berhormat Bagan Jermal tidak ada maklumat
tentang Program Penggerak Komuniti Muda, PEKA yang di timbulkan oleh saya dan juga
47
saudara saya daripada Bertam. Kita tidak tahu hanging, adakah akan diteruskan apa sumber
kewangan dan sebagainya.
Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):
Buat semasa kita masih tak ada jawapan, kerana masih tak ada dibincang dalam
EXCO. Ini perkara ini saya akan bawa ke EXCO untuk berbincang dan dapatkan keputusan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bagi mengakhiri ucapan saya, terima kasih kepada
Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan isu-isu
yang berkaitan dengan belia dan sukan di negeri Pulau Pinang. Perkara-perkara yang telah
dibangkitkan akan menjadi pemangkin untuk saya bekerja dengan lebih keras dan gigih bagi
menambah nilai dan memperkukuhkan lagi mutu penyampaian di bawah portfolio belia dan
sukan untuk pembangunan menyeluruh di peringkat negeri. Sekian terima kasih. Saya
memohon menyokong.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya nak
tangguhkan Dewan dan kita akan bersidang semula pada jam 2.00 petang nanti.
Dewan ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.
Dewan disambung semula pada jam 2.00 petang.
Setiausaha Dewan:
Ahli-ahli Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:
Yang Berhormat-Yang Berhormat kita berada dalam sesi penggulungan. Dipersilakan
Yang Berhormat?
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Berhormat Ahli-
ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, rakan-rakan media, tuan-tuan
dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Selamat petang dan salam sejahtera.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Dewan yang mulia
ini kerana diberi peluang untuk membentangkan ucapan penggulungan bagi menjawab
soalan-soalan tambahan berkaitan isu-isu pembangunan pelancongan, kesenian,
kebudayaan dan warisan yang telah dibangkitkan semasa sesi perbahasan. Saya ingin
merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat
yang membahaskan isu-isu berkaitan dengan portfolio di bawah saya.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, selaku EXCO Kesenian, saya memang
mempunyai satu hasrat untuk membangunkan Pulau Pinang sebagai satu Hub Kesenian di
rantau ini. Dengan kekayaan kebudayaan berbilang kaum dan agama, dan juga latar
belakang sejarah kesenian yang sedia ada di negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang memang
mempunyai potensi yang baik untuk dijadikan destinasi kesenian. Kerajaan Negeri
mempunyai hasrat untuk membangunkan Penang Art District (PAD) sebagai pemangkin
dalam bidang industri kreatif di tapak bersebelahan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dan Gat
Lebuh Macallum. Penang Art District dengan konsep bandar kontena akan dilengkapi dengan
taman landskap dan akan menempatkan koleksi terbesar galeri seni, muzium budaya, ruang
48
pameran, studio seni dan muzik, sekolah seni dan bengkel seni di Malaysia.
Projek ini telah mendapat kelulusan pelan bangunan seperti yang saya sebut oleh
MBPP, pada masa ini sedang menunggu pengesahan LRT yang melalui tapak projek tersebut.
Berikutan projek PAD hanya boleh dimulakan sebaik sahaja pembinaan tiang dan trek LRT
selesai sepenuhnya. Memandangkan pembangunan projek PAD akan mengambil masa,
Kerajaan Negeri memang akan mengkaji cadangan Yang Berhormat Pengkalan Kota untuk
mencari dan menempatkan PAD secara sementara di bangunan sedia ada. Tetapi tertakluklah
kepada peruntukan sedia ada juga. Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun bangunan
fizikal PAD belum siap, namun program-program PAD telah dijalankan secara serentak.
Antara program yang telah dijalankan berkaitan dengan projek PAD adalah seperti berikut :
(i) Sesi penglibatan bersama pihak berkepentingan (stakeholder engagement) khususnya pengamal seni, pemilik dan perniagaan seni dan agensi negeri yang berkaitan dalam bidang seni, budaya dan warisan;
(ii) Aktiviti pemasaran dan promosi kepada pengusaha perniagaan dan industri kreatif bagi memupuk minat kepada Penang Art District;
(iii) Program latihan dan bengkel untuk pengamal seni;
(iv) Program public outreach melalui pertandingan seni kanak-kanak dan aktiviti seni;
(v) Pertandingan seni untuk mencungkil bakat pengamal seni di Malaysia di samping mempamerkan seni tempatan; dan
(vi) Kerjasama dengan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) di peringkat persekutuan dalam program Creative Cities Programme di mana sesi dialog bersama para penggubal dasar diadakan untuk mendapatkan pandangan dan idea.
Dalam pembangunan kesenian di Seberang Perai juga Kerajaan Negeri pun telah
melalui MPSP dengan kerjasama Think City untuk membangunkan Butterworth Art Street dan
untuk makluman Dewan juga, pejabat saya juga mempunyai satu idea untuk mendirikan satu
(1) pusat creative Butterworth di tapak bangunan terbiar bagi tujuan membangunkan sektor
kesenian dan platform untuk memberangsangkan perkembangan kreativiti di Seberang Perai
juga.
Dan tapak untuk projek ini dicadangkan menggunakan bangunan lama pejabat MPSP.
Tetapi ini masih memerlukan satu (1) fisibiliti studies dan kelulusan MPSP juga. Tetapi
memang itu idea untuk pembangunkan bukan sahaja kesenian di seberang di sebelah pulau
termasuk juga di Seberang Perai. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):
Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Paya Terubong tadi telah memberikan
satu (1) jawapan yang agak memuaskanlah atas cadangan untuk mempertimbangkan untuk
meletakkan PAD di bangunan yang kosong sedia ada Kerajaan Negeri. Tapi cumanya ingin
saya cadangkan supaya bukan sahaja dari segi kesenian yang kita memberi titik berat tapi
kita juga harusnya memberikan titik berat ke atas reka bentuk khususnya reka bentuk industri
ataupun (dengan izin)...industrial design sebab banyak sebenarnya industri di negeri Pulau
Pinang ini, termasuk (E&E) electronic & electric, perkhidmatan juga, sepatutnya tiba masa lah
kita meningkatkan lagi reka bentuk sebagai kelebihan industri di negeri Pulau Pinang. Jadi
saya berharap PAD ni juga dapat merangkumi aspek reka bentuk bukan sahaja ia dapat
menguatkan kelebihan reka bentuk untuk negeri Pulau Pinang ini. Malah sekiranya boleh satu
hari nanti kita pun boleh dijadikan sebuah bandar reka bentuk kreatif UNESCO.
49
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Terima kasih Pengkalan Kota, memang betul cadangan ini dan untuk makluman juga
PAD pun bekerjasama dengan CENDANA untuk idea kreatif ini. Yang Berhormat
Dato’….(gangguan).
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Paya Terubong minta maaf saya pun ingin minta laluan sebab kita bercakap tentang
Butterworth Art District. Bangunan lama MPSP itu untuk ditukar menjadi untuk kegunaan
aspek-aspek kesenian. Saya pun minta Lorong Bagan Luar Dua itu saya dengar MPSP pun
sudah mewartakannya sebagai satu kawasan untuk aktiviti-aktiviti budaya dan juga kesenian.
Kalau boleh kita I hope hari itu Paya Terubong datang sendiri lihat macam mana meriahnya
PIFF The Two Ringgit Festival, so saya berharap mulai tahun depan bolehlah Kerajaan Negeri
sumbangkan sedikit duit kepada jangan sedikitlah kalau boleh RM1.0 juta kepada MPSP
untuk mempromosi kesenian dan juga kebudayaan bukan di Butterworth sahaja. Walaupun
orang-orang Butterworth hebat, orang-orang lain di kawasan seperti di Sungai Bakap, Pinang
Tunggal, di Kepala Batas semua tempat Jawi, Penaga semua minta so bolehlah mereka
mempromosi aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian yang lain. Terima Kasih.
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Memang sekiranya kedudukan kewangan negeri Pulau Pinang, izinkan saya memang
juga ingin meminta lebih lagi peruntukan untuk portfolio saya. Yang Berhormat Timbalan Yang
di-Pertua, Yang Berhormat Machang Bubuk dan Yang Berhormat Pengkalan Kota telah
menyokong supaya George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) mengadakan
kerjasama dengan pihak-pihak sekolah bagi meningkatkan pemahaman mengenai warisan
dan sejarah Pulau Pinang, malah turut dicadangkan untuk dijadikan sebagai salah satu mata
pelajaran di sekolah. Untuk makluman Yang Berhormat, sejak tahun 2016 GTWHI telah
menjalankan Program Pendidikan Warisan Budaya (Cultural Heritage Education Program)
bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan di kalangan pelajar (berumur antara 10
hingga 17), para guru dan pihak sekolah dalam mengenali nilai-nilai warisan sejagat di Tapak
Warisan Dunia UNESCO George Town dari sudut sejarah pembinaan dan perkembangan
bandar George Town, kepelbagaian budaya, bangunan-bangunan warisan yang unggul serta
keunikan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Program ini telah direka khas dengan menggunakan pendekatan seni kreatif
Project/Place-Based Learning iaitu satu kaedah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
lokasi setempat, komuniti dan isu-isu sebenar. Kaedah ini selaras dengan pembelajaran abad
ke-21. Empat (4) program telah disediakan untuk para pelajar, iaitu Permainan Tradisi, Jejak
Warisan Tapak Warisan Dunia, Seni Kraftangan Tradisi dan Bengkel Ekplorasi Seni Warisan.
Manakala latihan pembangunan guru dan program Sekolah Budaya Warisan telah
dirancangkan untuk guru dan juga sekolah. Inisiatif Sekolah Budaya Warisan, terutamanya
bertujuan menggalakkan lebih banyak pihak sekolah supaya lebih proaktif dalam
mempromosikan dan menganjurkan usaha pendidikan budaya warisan di dalam dan luar
sekolah. Demi menjayakan program ini, GTWHI juga telah menderma sebanyak 73 set atau
511 buah buku warisan kebudayaan terbitan GTWHI kepada 37 buah sekolah rendah, 26
buah sekolah menengah, 10 buah kolej dan universiti di negeri Pulau Pinang sempena
Perayaan Ulang Tahun ke-10 George Town sebagai Tapak Warisan Dunia.
Sejak tahun 2016, Program Pendidikan Warisan Budaya telah memanfaatkan 4,959
pelajar dan 875 orang guru sekolah di peringkat Pulau Pinang dan bilangan ini akan terus
meningkat pada tahun yang akan datang. Setelah pentadbiran Kerajaan Persekutuan
bertukar pada Mei tahun lepas, GTWHI telah mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan
Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak GTWHI
50
berhasrat untuk memajukan Program Pendidikan Warisan Budaya sebagai salah satu mata
pelajaran di sekolah dan telah bersedia dengan methodologi perintis. Perkara ini akan
dibincangkan lebih lanjut bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Jabatan
Pendidikan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, bagi menjawab saranan Yang Berhormat
Sungai Dua dan Yang Berhormat Penanti supaya Kerajaan Negeri memberi perhatian dan
pendekatan kepada Agro-Pelancongan dan Pelancongan Warisan, dimaklumkan bahawa
bidang pelancongan agro, warisan dan sungai sememangnya diutamakan oleh Kerajaan
Negeri sebagai kaedah untuk membangunkan kawasan desa. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri
menggalakkan program homestay yang terletak di kawasan desa dan bercirikan kehidupan
masyarakat setempat di kampung-kampung tradisional. Di samping menggalakkan program
di homestay, Kerajaan Negeri melalui Penang Global Tourism (PGT) pun ada mempromosikan
aktiviti homestay kepada pelancong luar negara dalam pameran pelancongan dan pameran
perdagangan antarabangsa. Risalah Penang Homestay juga telah diberi dan diedarkan
kepada pelancong untuk memberi pendedahan kepada aktiviti harian yang menarik di
kampung.
Kerajaan Negeri juga berusaha untuk membangunkan pelancongan sungai dengan
memberi sokongan kepada penganjur-penganjur yang menjalankan aktiviti pelancongan
tersebut dan pejabat saya pun tidak dinafikan memerlukan kerjasama daripada JPS supaya
memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan secara berkala di kawasan sungai
bagi mengekalkan sungai sebagai aset pelancongan.
Untuk makluman Dewan, pejabat saya juga telah menaja memberi tajaan kepada
USM untuk mengadakan program homestay supaya pelajar-pelajar universiti mendapat
pendedahan kepada budaya tempatan dan juga menyokong program homestay di negeri
Pulau Pinang.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, mengenai fi hotel. Untuk makluman juga
untuk memastikan kutipan fi hotel yang lebih efisyen dan sistematik, pejabat saya sedang
mengkaji satu sistem atau develop satu (1) online system untuk menyeragamkan kutipan fi
hotel secara lebih tepat dan lancar dan juga mengumpul data. Sistem ini sekarang berada di
peringkat pilot test sebelum pelancaran rasmi pada masa yang akan datang dan sistem on
line ini akan lebih efisyen jika berbanding dengan sistem submission menu yang diadakan
sejak dahulu.
Kerajaan Negeri juga merakamkan penghargaan tinggi dan terima kasih kepada
Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Kewangan yang telah mengagihkan 50%
hasil kutipan Cukai Pelancongan berjumlah RM10.98 juta kepada Kerajaan Negeri Pulau
Pinang. Peruntukan ini akan digunakan untuk tujuan pembangunan pelancongan di Pulau
Pinang. Pada masa ini Kerajaan Negeri dalam proses untuk mendapatkan penjelasan dan
garis panduan daripada Kerajaan Persekutuan berkenaan terma penggunaan peruntukan
tersebut bagi membolehkan ianya dibelanjakan sewajarnya untuk mengikut peraturan juga
membangunkan pelancongan di negeri Pulau Pinang.
Isu seterusnya berkenaan Visa On Arrival. Bagi menjawab cadangan Yang Berhormat
KOMTAR mengenai memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengeluarkan Visa On
Arrival kepada pelancong dari negara China dan India. I will say that what the hero seek is
the same… (Bahasa Mandarin) Saya memang mempunyai pandangan yang sama dengan
Yang Berhormat KOMTAR. Sebelum ini saya telah melawat ke beberapa syarikat
penerbangan Negara China dan wakil-wakil syarikat pelancong di negara China di mana
mereka juga membangkitkan keperluan dan kebaikan untuk Malaysia mengeluarkan Visa On
Arrival kepada pelancong-pelancong negara China. Mereka berpendapat bahawa dengan
adanya Visa On Arrival ini, ia akan menjadi pemangkin dan akan menggalakkan lebih ramai
51
pelancong dari negara China untuk melawat Pulau Pinang dan juga termasuk Malaysia seiring
dengan Visit Malaysia Year Tahun 2020 dan juga Experience Penang Year tahun depan
juga. Pejabat saya juga akan mengemukakan pandangan ini kepada Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya supaya membenarkan pengeluaran Visa On Arrival kepada
pelancong negara China dan juga termasuk pelancongan dari negara India yang akan
memasuki ke Malaysia. Bagi negara India, pada masa ini tiada penerbangan terus dari
Negara India ke Pulau Pinang buat masa ini. Namun demikian, Kerajaan Negeri
memang berusaha untuk mewujudkan laluan penerbangan terus di antara India dengan
Pulau Pinang dan sedang giat mempromosikan Pulau Pinang di pasaran India. Dan untuk
makluman juga, Kerajaan Negeri pun telah melalui PETACH menjemput Indigo dan
difahamkan CEO Indigo akan datang ke Pulau Pinang di bulan Jun atau bulan Julai untuk
perbincangan ini. Sememangnya kalau berbanding dengan Thailand, Vietnam, Indonesia
ataupun Singapura, Malaysia nampaknya sudah ketinggalan. Di Filipina telah membuka Visa
On Arrival pada tahun 2017 dan juga di Indonesia, Vietnam dan Thailand telah membuka VOC
ini di tahun lepas. Jadi kita boleh nampak jumlah pelancong ke Thailand, Vietnam, Indonesia
ini semakin meningkat dan di Asia Tenggara ini, jumlah negara yang mendapat paling banyak
pelancong dari negara China adalah Thailand. Kedua Vietnam pun telah melebihi daripada
Malaysia. Jadi adalah memang satu hala tuju yang betul, kalau Kerajaan Persekutuan
Malaysia boleh membukakan VOC ini kepada pelancong daripada negara China atau
daripada India.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Mengenai topik Little India yang dibangkitkan
oleh Yang Berhormat Batu Uban supaya Kerajaan Negeri membangunkan kawasan Little
India, George Town. Untuk makluman Yang Berhormat, George Town Conservation and
Development Corporation (GTCDC) telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus
pembangunan projek menaiktaraf kawasan Little India bersama Majlis Bandaraya Pulau
Pinang. George Town World Heritage dan pihak berkepentingan yang lain seperti Liga Muslim
Pulau Pinang dan Malaysian Indian Chamber of Commerce and Industries Penang. Pelan
pembangunan Little India bertujuan untuk memperbaiki kemudahan awam dalam kawasan
tersebut berdasarkan kepada Pelan Induk Strategi Tapak Warisan Dunia George Town
(George Town World Heritage Site Strategy Master Plan). Pelan pembangunan tersebut akan
melibatkan kerja-kerja susun atur precint, naik taraf laluan sedia ada, penambahbaikan
landskap di sepanjang jalan, penyediaan kemudahan untuk pejalan kaki, sistem saliran serta
aliran air hujan, sistem pencahayaan dan sistem vail filling. Kerajaan Negeri telah
memperuntukkan sebanyak RM1.0 juta bagi pelaksanaan projek Little India ini. Selain itu
Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan State Holders Engagement bagi pembinaan
pintu gerbang di kawasan Little India. Kerajaan Negeri memang tidak akan ketinggalan untuk
mempromosikan Little India sebagai bagi mempamerkan warisan kepelbagaian Pulau Pinang
melalui aktiviti seperti berikut:
(i) GTCDC akan mengadakan persembahan kesenian, kebudayaan dan warisan pada setiap hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah bagi mempamerkan kepelbagaian seni dan warisan yang terdapat di Pulau Pinang.
(ii) Mengadakan acara tahunan perayaan warisan George Town yang menyaksikan lebih daripada 20 komuniti tempatan mengambil bahagian dengan mempamerkan keunikan budaya dan tradisi yang diwarisi sejak turun temurun.
(iii) Mengadakan program lawatan ke tempat-tempat beribadat dan bersejarah di George Town bagi membolehkan pelancong memahami dan menghayati keunikan serta keindahan tempat-tempat ibadat yang mempunyai unsur-unsur seni dan sejarah dan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut akan
52
mengadakan program Karnival Etnik pada September tahun ini untuk mempromosikan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri telah menubuhkan
Penang Center of Medical Tourism (PMED) bagi memastikan lagi sektor pelancongan
perubatan di Pulau Pinang. Seperti yang ditekankan oleh Yang Berhormat Air Putih, Kerajaan
Negeri akan meningkatkan daya saing hospital di Pulau Pinang dalam sektor pelancongan
perubatan. Pada masa ini, PMED mempunyai keahlian sebanyak 16 hospital dan bergiat aktif
dalam pemasaran Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan perubatan yang terunggul di
Malaysia. Selain daripada mengukuhkan pasaran tradisi di Indonesia seperti Medan,
Surabaya, Jakarta dan Banda Acheh, PMED juga telah menerokai, di bawah arahan saya ke
pasaran baru seperti negara China dengan perkhidmatan persenyawaan In Vitro atau dikenali
sebagai IVF yang mempunyai kadar keberhasilan yang tinggi sebanyak 80%. Selain daripada
Negara China, Vietnam juga merupakan pasaran baru yang disasarkan oleh hospital-hospital
di Pulau Pinang, di mana kadar perubatan di Malaysia adalah lebih berpatutan dan lebih
berkesan dari negara Vietnam.
Mengikut data dari MHTC (Malaysian Health Care Travel Council), Pulau Pinang
mengekal sebagai destinasi perubatan yang terunggul di Malaysia, di mana, ia merangkumi
62% pasaran pelancong perubatan asing di Malaysia. Selain itu, Pulau Pinang juga telah
mendapat pengiktirafan antarabangsa menduduki tempat pertama dalam Kategori Kesihatan
Terbaik di Dunia oleh International Living. Untuk memastikan Pulau Pinang terus cemerlang
sebagai Pusat Pelancongan Perubatan yang unggul, antara usaha yang dilakukan termasuk
menggiatkan promosi dan pemasaran pelancongan perubatan melalui pameran pelancongan
dan roadshow di rantau Asia, terutamanya kepada negara-negara yang mempunyai
penerbangan terus ke Pulau Pinang.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga
berhasrat untuk supaya Budaya Penjaja (Hawker Culture) dicalonkan ke dalam Senarai
Perwakilan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO di bawah Konvensyen
Bagi Melindungi Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Manusia 2003 atau Convention for the
Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage. Memandangkan kebudayaan penjaja di
Pulau Pinang adalah lebih cemerlang dan unik daripada kebudayaan penjaja di Singapura
kerana kita masih boleh melihat penjaja kita menjaja di tepi jalan selain di medan
penjaja. Pejabat saya telah menghantar surat rasmi kepada Jabatan Warisan Negara dan
juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelancongan yang juga datang dari Pulau
Pinang agar mensyorkan pihak Jabatan Warisan Negara tersebut membuat nominasi
gabungan dengan Singapura di bawah nama “Kebudayaan Penjaja di Singapura dan
Malaysia”. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Machang Bubuk, pada masa ini,
Kerajaan Negeri telah mengemukakan hasrat ini kepada Jabatan Warisan bagi pencalonan
tersebut. Tetapi Pihak UNESCO telah menetapkan syarat bahawa sebarang pencalonan
mestilah melalui ahli negara iaitu at national level dan hasrat ini memang telah dikemukakan
kepada Jabatan Warisan.
Kerajaan Negeri mengutamakan kualiti makanan dan kebersihan di tempat-tempat
penyediaan makanan seperti saranan Yang Berhormat Seri Delima. Bagi tujuan ini, Kerajaan
Negeri telah menetapkan syarat perlesenan dari aspek keselamatan pengendalian makanan
seperti keperluan menghadiri kursus pengendalian makanan dan mewajibkan suntikan. Saya
percaya pihak Kerajaan Tempatan di bawah EXCO Kerajaan Tempatan memang mempunyai
satu sistem atau prosedur yang ketat untuk memastikan kualiti sektor makanan di Pulau
Pinang dijaga baik. Selain itu mengenai isu Penang International Food Festival (PIFF)
sebagai promosi kepada warisan makanan jalanan Pulau Pinang, pihak pejabat saya juga
menyambut baik saranan Yang Berhormat Air Putih dan Kerajaan Negeri bersetuju akan
mengadakan Penang International Food Festival ini sebanyak dua (2) kali setahun dan
53
Kerajaan Negeri juga akan mempertimbangkan cadangan Yang Berhormat Pulau Betong
supaya diadakan Food Festival di Balik Pulau juga.
Untuk meningkatkan tahap servis penjaja dan juga tempat-tempat pelancongan,
Kerajaan Negeri juga bercadang untuk memperkenalkan satu sistem penilaian di bawah
Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang di mana, aspek perkhidmatan, kesihatan, kebersihan
dan lain-lain akan dinilai dan dianugerah gred berdasarkan pencapaian masing-masing.
Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim):
Yang Berhormat, minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya nak tanya
tentang tempat penjaja ataupun tempat-tempat makanan yang semulajadi yang mai secara
tak langsung macam contoh dekat dengan kawasan Jambatan Kedua, kalau kita tengok di
sebelah kiri itu, ada satu tapak yang saya dimaklumkan bahawa tanah itu adalah tanah JKSB
yang di bawah kawasan Batu Maung. Kita tengok di situ dia menjadi tapak tumpuan sekarang
ini. Yang mana food truck ada kat situ, orang mula ramai berkumpul di situ sampai semalam
saya balik dalam pukul 12.00 pun masih ada lagi orang ada kat kawasan. Kalau kita nak naik
ke Jambatan Kedua daripada sini, Batu Maung nak ke Seberang, di sebelah kiri. Kalau tapak-
tapak macam tu kita tengok bila menjadi tapak tumpuan orang ramai, adakah Kerajaan Negeri
nak selaraskan sebab di situ satu dia tak ada infra seperti tandas, selepas itu food truck pun
duduk kita tengok dalam keadaan berselerak kat situ dan mungkin kerjasama antara MBPP,
kalau tanah tersebut tanah JKSB, boleh diadakan kerjasama supaya tempat tersebut tu
menjadi lebih baik dan tersusun dengan keperluan infra dan juga menjadi kemudahan kepada
pelancong-pelancong sama ada tempatan ataupun luar dari Pulau Pinang yang datang ke
situ. Adakah Kerajaan Negeri akan tengok lebih serius tempat-tempat yang wujud secara tak
langsung atau semulajadi ini di kawasan-kawasan yang macam tu? Terima kasih.
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Terima kasih Yang Berhormat. Sama ada tapak-tapak tersebut sesuai dijadikan tapak
ini untuk penjaja, saya berasa kita patut mengemukakan kepada pihak Kerajaan Tempatan
untuk dikajikan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Pulau Pinang mempunyai alam
semula jadi yang indah yang menggalakkan pembangunan eko-pelancongan. Aset-aset eko-
pelancongan adalah seperti Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam, Persisiran Teluk Air Tawar –
Kuala Muda di Seberang Perai, Bukit Bendera, Taman Negara Pulau Pinang, Habitat, Pulau
Aman dan lain-lain lagi. Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu ecotourism trail
untuk menghubungkan tapak-tapak eko-pelancongan tersebut di bahagian laut dan termasuk
juga Seberang Perai dan akan dilaksanakan di dalam Pelan Induk Pelancongan Negeri dan
seterusnya akan dipromosikan sebagai satu pakej ecotourism di luar negeri dan juga di luar
negara.
Mengenai Bukit Bendera, berdasarkan kepada data trend furnikular yang direkodkan
oleh Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang, jumlah pengunjung ke Bukit Bendera pada
tahun 2018 adalah seramai 1,742,684 juta orang iaitu melihat peningkatan sebanyak 26.14%
berbanding dengan tahun 2017. Rekod baharu ini juga telah tercipta apabila rekod
pengunjung pada bulan Disember tahun lepas dicatatkan seramai 244,000 pengunjung, iaitu
yang tertinggi sejak operasi funikular dimulakan. Seperti saranan Yang Berhormat Air Itam,
Penang Hill Corporation iaitu Perbadanan Bukit Bendera akan sentiasa memperbaiki dan
menaiktarafkan infrastruktur dan kemudahan yang terdapat di Bukit Bendera bagi
menampung peningkatan pengunjung. Projek menaiktaraf Stesen Bawah (Fasa 3) telah siap
sepenuhnya pada tahun lepas dan telah dilancarkan di Januari tahun ini. Stesen Bawah telah
diperluaskan untuk menampung bilangan pengunjung yang semakin meningkat termasuk
penambahan fasiliti serta ruang komersial. Keutamaan turut diberikan dalam penstabilan
cerun di kawasan di Bukit Bendera bagi memastikan kawasan ini selamat digunakan oleh
pengunjung ke Bukit Bendera.
54
Bagi tahun 2019, Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang akan memberi fokus
kepada projek menaiktaraf Stesen Atas Bukit Bendera (Fasa 4) bagi memperluaskan ruang
untuk memberi keselesaan kepada pengunjung. Projek penstabilan cerun, projek membaik
pulih sistem pembentungan, menambah baik pengurusan trafik dan sirkulasi, membangunkan
Banglo Hillside, Woodside dan kawasan Coolie Line dan menyediakan Rancangan Kawasan
Khas Bukit Bendera dengan rancangan kawasan yang lebih luas. Pada tahun, pada 20 April
tahun ini, Kerajaan Negeri telah merasmikan naik taraf fasiliti tempat rehat P84 di Bukit
Bendera. Pejabat saya juga akan meminta pihak MBPP dan pihak JKR supaya memberi
perhatian dan mengkaji cadangan Yang Berhormat Air Itam supaya infrastuktur dan lalu lintas
di kawasan sekeliling Air Itam sebaiknya supaya tidak menjejaskan tahap keselesaan
penduduk tempatan.
Pelancongan Perfileman. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, merujuk kepada
saranan Yang Berhormat Sungai Acheh untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi
penggambaran filem, Kerajaan Negeri telah meneroka bidang pelancongan perfileman. Bagi
langkah untuk menarik minat syarikat produksi filem dalam dan luar negara untuk membuat
penggambaran filem di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah melalui Penang Global Tourism
menubuhkan Unit Pelancongan Filem Pulau Pinang. Unit tersebut memainkan peranan dalam
khidmat bantuan dan sokongan kepada syarikat perfileman yang ingin membuat
penggambaran di negeri Pulau Pinang.
Pulau Pinang memang telah menjadi pilihan destinasi penggambaran bagi beberapa
acara televisyen antarabangsa, antaranya adalah seperti Sidewalk Scientists oleh TVB Hong
Kong dan juga Mr. Player dari Taiwan, The Ghost Bride di bawah Netflix termasuk juga NTV
Let’s Go Let’s Eat, Project Busking oleh RTM Malaysia, Bazaar Carnivals Asia Season 2 and
The Gentleman juga dari TVB Hong Kong telah memilih Pulau Pinang sebagai destinasi
penggambaran. Baru-baru ini chef selebriti David Rocco yang termasyur di arena
antarabangsa dengan siri Dolce di National Geographic telah memilih Pulau Pinang sebagai
destinasi penggambaran acara memasak. Acara memasak Dolce Southeast Asia dijangka
akan disiarkan pada bulan April tahun depan di National Geographic dan ini adalah kali
pertama Pulau Pinang akan dimasukkan dalam siri TV National Geograpic. Dan pejabat saya
juga dan pejabat Penang Global Tourism telah menyokong produksi ini dengan
memperkenalkan lokasi-lokasi yang sesuai untuk penggambaran mengikut tema program
yang dicadangkan oleh pihak produksi.
Dalam usaha mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan untuk
keluarga dan orang muda, Penang Convention and Exhibition Bureau (PCEB) bersama
dengan wakil pasaran India sedang bekerjasama dengan saluran Aaj Tak yang merupakan
salah satu saluran berita Hindi tertua di India untuk menggambarkan program pelancongan
dua pelakon terkenal di India iaitu Nishant Malkani dan Gia Manek. Mungkin Yang Berhormat
Bagan Dalam lebih tau...(gangguan).
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Ini semua pelakon dari Bollywood. So mungkin Yang Berhormat Timbalan Speaker
kenal, saya tak berapa kenal. Tetapi Yang Berhormat Paya Terubong, saya pun mintalah
PCEB juga pergi ke Selatan India sebab pengunjung daripada Selatan India pun banyak yang
datang sini tetapi mereka datang sini untuk ambil feri pergi ke Langkawi. So macam Pulau
Pinang tu mereka tak tau apa yang ada di sini. Semasa saya ikut Paya Terubong ke Delhi,
mereka pun they were frustinated about di Penang what we can offer. So I think kita perlukan
usaha berterusanlah untuk mengambil pasaran India ini. Terima Kasih.
55
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Ya, memang saya mengambil berat juga terhadap pasaran di Delhi that’s why we
started recently, definite we will explore even North also the South India. Then, penggambaran
kedua-dua pelakon yang mungkin dikenali oleh Yang di-Pertua ini, terkenal akan disiarkan
dalam acara yang dinamakan ‘Saas Bahu Aur Betiyaan’ yang akan berlangsung,
penggambaran tersebut akan berlangsung dari 31 Mei hingga 4 Jun. Selain itu, bukan sahaja
TV atau program di Asia jugak satu Program The World In One Day, satu program Hungry
juga telah datang ke Pulau Pinang untuk membuat penggambaran. Yang
Berhormat…(gangguan).
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Paya Terubong, tentang penggambaran ini, sebelum ini apabila kita menjadi Kerajaan
Negeri pembangkang, saya pernah ada satu permohonan untuk mengadakan penggambaran
ini. Kita lihat terlalu banyak birokrasi, dia kena pergi dekat Polis, dia kena pergi dekat MBPP,
lepas tu Kerajaan Negeri tak ada apa-apa seen in that. So saya harap lepas ini mungkin
pejabat Yang Berhormat boleh tubuhkan ataupun boleh ada satu unit di mana semuanya one
stop center untuk sesiapa yang ingin memohon untuk mengadakan penggambaran di Pulau
Pinang. Sebab kita memang ada demand tetapi masalah birokrasi wujud dari dulu lagi. Saya
harap dengan Kerajaan Persekutuan yang sama dengan negeri, so saya harap, berharap
masalah ini dapat dielakkan in future.
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Memang untuk membuat penggambaran banyak procedure di, mesti dipatuhi dan ini
bukan sahaja melibatkan agensi Kerajaan Negeri juga termasuk Kerajaan Persekutuan. Jadi
atas inisiatif Kerajaan Negeri, satu unit perfileman telah ditubuhkan di PGT untuk membantu
syarikat-syarikat yang ingin datang ke Pulau Pinang untuk membuat penggambaran. Dan juga
Kerajaan Negeri pun bersedia memberi insentif kepada syarikat-syarikat di luar negeri yang
ingin membuat filem di Penang juga.
Yang di-Petua Dewan, saya juga menyambut baik cadangan Night Market, Tourist Night
Market konsep yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat KOMTAR. Pada asalnya, kita, kita
boleh nampak tujuan penganjuran pasar malam adalah sebagai satu kemudahan kepada
penduduk tempatan untuk membeli bekalan harian melalui jualan di lokasi berdekatan dengan
kawasan kediaman. Namun demikian, pasar malam ini, kini telah menjadi satu tarikan
pelancong dan mempunyai potensi untuk mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pelancong
pada waktu malam. Memang pasar malam di Taiwan, di Hong Kong merupakan satu example
yang sangat berjaya. Antara pasar malam yang terkenal di kalangan pelancong di Pulau
Pinang ini adalah di Batu Feringghi dan Esplanade Jalan Padang Kota Lama. Kerajaan Negeri
akan mengambil peluang untuk mempromosikan pasar malam ini di samping mengekalkan
keunikan budaya tempatan. Pejabat saya akan, memang menyokong konsep Tourist Night
Market ini dan akan menyalurkan cadangan ini kepada MBPP untuk mengkaji cadangan Yang
Berhormat KOMTAR untuk melaksanakan tourist market yang dicadangkan di lokasi-lokasi
yang dicadangkan.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai satu
destinasi pelancongan untuk konsert di Malaysia dan menarik lebih ramai penyanyi-penyanyi
asing untuk memilih Pulau Pinang sebagai lokasi penganjuran konsert. Peminat-peminat
konsert yang melawat Pulau Pinang untuk menyertai konsert tersebut juga akan
menggalakkan perkembangan sektor pelancongan apabila mereka tinggal beberapa hari
untuk bersiar-siar dan juga duduk di hotel di Pulau Pinang. Dan untuk makluman beberapa
artis yang terkenal telah membuat konsert di Pulau Pinang termasuk Teng Zhi Chi, Su Xuen
Chen Fei Yi Chen. Selain artis Cina ini, kita pun ada artis daripada Lebanon iaitu Maher Zain
56
yang telah membuat konsert berunsur Islamic value di negeri Pulau Pinang dan pun telah
mendapat sambutan yang sangat hebat.
Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid):
Mohon mencelah. Yang Berhormat, saya, saya cukup tertarik dengan cadangan untuk
mengadakan lebih konsert sebab saya pun penggemar konsert, penggemar muzik. Tapi
memandangkan di Malaysia kita pun ada juga ramai talented musicians...(dengan izin) dan
kebanyakan mereka pun telah menyuarakan bahawa kekurangan platform di mana mereka
boleh mempersembahkan muzik-muzik mereka. Jadi saya nak tanyalah sama ada kita di
Pulau Pinang ini ada tak apa-apa tujuan ataupun ada tak hasrat memperkembangkan dunia
seni especially…(dengan izin), muzik tempatan.
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Terima kasih Seri Delima. Memang, memang artis tempatan kami pun tidak akan
meninggalkan pun kita akan pandang rendah juga. Sesiapa yang ingin membuat konsert di
Pulau Pinang memang dialu-alui, dialu-alukan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, bagi tahun 2019, Kerajaan Negeri telah
mengenalkan program pelancongan berskala besar seperti Pesta Belon Udara Panas,
Penang Hot Air Balloon Fiesta dan Penang International Food Festival untuk menarik lebih
ramai pelancong ke Pulau Pinang di samping sebagai aktiviti riadah untuk penduduk
tempatan. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui pejabat saya juga telah memperkenalkan edisi
Sambutan Pulau Pinang untuk setiap perayaan besar di negeri Pulau Pinang seperti
sambutan, seperti Sambutan Pulau Pinang, Krismas dengan Jazz, Sambutan Pulau Pinang
Tahun Baru Cina dengan Kochabi, Sambutan Chap Goh Meh dengan Bang yang telah
berlangsung di Pulau, dan juga di Seberang dan seterusnya akan diadakan sambutan
perayaan Hari Raya yang akan datang tidak lama lagi. Memandangkan sektor pelancongan
telah menjadi satu sektor yang penting utama untuk menyumbang kepada GTP negeri Pulau
Pinang, Kerajaan Negeri berazam untuk membangunkan pelancongan Pulau Pinang untuk
meningkatkan ekonomi rakyat. Oleh itu, saya berharap supaya penduduk tempatan akan
dapat merasai hasil pembangunan pelancongan dan turut menikmati program-program
pelancongan yang diadakan di Pulau Pinang.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):
YB. Paya Terubong, boleh bagi laluan tak? Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. YB.
Paya Terubong, saya nak tanya tentang isu food paradise. Yang tadi dikatakan saya. PIFF,
yang terkenal di Pulau Pinang. Food paradise kita, di Pulau Pinang memang terkenal. So,
seperti di Singapore, adanya nasi ayam yang terkenal dapat Michelin, satu star daripada,
asalnya daripada Ipoh, how about our food paradise, yang di Penang yang begitu famous
sampai sekarang itu kita tak dapat sebarang anugerah Michelin daripada, dianugerahkan
untuk Pulau Pinang. So, kalau boleh adanya ambil kita punya food paradise di Penang, ia
juga akan tarik pelancong yang banyak untuk datang makan, although kita famous dengan
gelaran food paradise di Penang ini.
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Terima kasih Batu Lancang. Ini pun memang satu isu saya yang berasa sangat kesal.
Walaupun negeri Pulau Pinang terkenal sebagai syurga makanan tetapi sampai hari ini, kita
belum mendapat satu pengikhtirafan daripada Michelin dan saya telah melalui PGT, membuat
satu research difahamkan bahawa Michelin so far sampai hari ini dia hanya pergi ke China,
Singapore, Hong Kong, Thailand dan Jepun. Ini untuk this year. Memang kita akan terus
usaha untuk, we are trying our best to link our hawkers with the Michelin. Dan untuk
difahamkan, Michelin mereka akan pergi secara diam-diam sahaja. Mereka tidak akan bagi
57
tahu bila mereka akan datang. Kita pun tak tau siapa yang akan wakil from Michelin. Memang
tak tau. Apa yang kita boleh buat, hanya untuk meneruskan program-program kita untuk
menampilkan Pulau Pinang sebagai satu syurga makanan. Untuk menarik Michelin datang ke
Pulau Pinang. Ini adalah usaha yang kita boleh buat pada masa ini.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):
Minta laluan. Terima kasih YB. Paya Terubong sebab kita bincang tentang makanan
jalanan. Saya juga, dalam perbahasan saya juga ada menyebutkan tentang status atau usaha
daripada Pejabat YB. untuk mendominasikan supaya kebudayaan penjaja ini di bawah
UNESCO dan dalam jawapan bertulis YB. ada menyebut bahawa satu surat telah dihantar
kepada Jabatan Warisan Negara agar mengesyorkan pihak Jabatan tersebut membuat
dominasi gabungan dengan Singapura di bawah nama Kebudayaan Penjaja di Singapura dan
Malaysia. So, saya, dalam perbahasan saya, saya pun ada tanya kenapa tidak guna
Singapura dan Pulau Pinang? Sebab Malaysia ini terlalu luas dan jika keunikan atau kelebihan
yang ada di negeri Pulau Pinang ini adalah syurga makanan, dan memang ia satu budaya
yang sudah begitu lama. Adakah kita boleh membuatkan dominasi minta Jabatan Warisan
Negara untuk mendominasikan Pulau Pinang sebagai satu destinasi untuk Kebudayaan
Penjaja ini. So, ini, saya minta penjelasan.
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Sama ada nama Pulau Pinang boleh dicalonkan, mungkin ini kita perlu mendapatkan
pandangan daripada Jabatan Warisan Negara sebab, saya dimaklumkan bahawa untuk,
sebab pencalonan ini, kita mesti menggunakan pakai nasional, pakai nama negara. Ke
peringkat UNESCO ini…(gangguan).
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):
YB. Paya Terubong, soalan saya ialah jika… bila surat ini dihantarkan dan ada apa-
apa maklumbalas daripada Jabatan Warisan Negara tentang status perkara ini untuk sama-
sama mendominasi perkara ini bersama Singapura. Dan bagaimana ia dijalankan sebab, I
think kita perlu lebih agresif lagi, jika tidak negara Singapura menggunakan keseluruhan
negara mereka untuk menjadikan Sngapura sebagai salah satu kebudayaan penjaja di
Singapore. Dan sekarang Pulau Pinang, kita juga, jika kita nak menjadikan budaya penjaja itu
di dalam, diikhtiraf di bawah UNESCO, maka kita perlu berusaha dengan lebih agresif lagi.
Saya, saya, saya minta supaya pihak EXCO dapat memantau dan juga mengikut
perkembangan yang terkini tentang apa status tentang perkara ini. Jangan sampai nanti
UNESCO sudah mengikhtiraf Singapura barulah kita datang sini, bising-bising lagi, perkara
ini sudah terlewat pula. Itu pandangan saya.
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Saya memang setuju dengan pandangan Machang Bubuk. Kalau berbanding dengan
Singapura, kita Malaysia nampaknya lebih lambat sedikit. We are, I mean, relatively we feel
we are slow, slower than Singapore. Saya pergi ke oversea, kita pun nampak satu tempat ni,
Bak Kut Teh Singapura, apa pun Singapura. Walaupun makanan kita lebih sedap pada
pastinya daripada Singapura tapi bila pergi ke oversea, apa nampak semua makanan sudah
jadi makanan Singapura. seperti juga, apa tu Yee Sang, Singapura also claimed that they
created Yee Sang ini. Jadi memang saya, akan follow up closely dengan Jabatan Warisan.
Dan daripada media saya pun ada menampak satu news bahawa Timbalan, Timbalan
Menteri, Yang Berhormat Bakhtiar, dia pun setujui bahawa satu pencalonan bersama dan
beliau pun setujui bahawa dia akan usaha untuk, untuk mendapatkan, untuk menjalankan,
melaksanakan pencalonan ini. Jadi saya akan follow up dengan Yang Berhormat Timbalan
juga dan juga Jabatan Warisan untuk pencalonan ini.
58
Yang Berhormat Timbalan, saya pernah pada 14, bulan sembilan tahun lepas,
meminta ADUN-ADUN yang berminat untuk menghantar proposal mereka berkenaan tempat-
tempat yang mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai tempat atau sebarang produk
pelancongan untuk dikaji dan saya telah mendapat balasan daripada 12 Ahli Yang Berhormat
tetapi walau bagaimanapun, pintu saya masih open, I’m still open, apa-apa cadangan ataupun
input-input yang ingin dipromosikan sebagai produk pelancongan, you all are welcome to, still
write to me, to my office, saya akan mengemukakan dan dikajikan dalam Pelan Induk
Pelancongan yang akan dilaksanakan.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):
YB. Paya Terubong, bagi laluan, last question. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Soalan daripada debate saya yang awal ni. Saya telah membangkitkan tentang Kementerian
Kewangan Malaysia telah memberitahu Pulau Pinang telah berjaya mengutip sebanyak
RM21.9 juta dan 50% wang tu akan dibagi balik pada Pulau Pinang sebanyak lebih kurang
RM10.89 juta, lebih kurang RM11 juta. So, ada apakah cadangan YB. Paya Terubong dengan
duit-duit ini, cadangan yang akan dibuat, how to promosi our tourism kepada luar negara. Apa
plan. Ada apa planning yang untuk masa depan yang ada wang RM11 juta ni.
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Sebenarnya saya telah menyebutkan tadi mungkin, dalam perkara, untuk ini memang
saya telah, we are asking the MOF abaut the guideline. How to utilize the money? We still
waiting the guideline, garis panduan daripada MOF.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leong):
Dengan izin, Yang Berhormat. Boleh saya bertanya kenapa kita memerlukan satu
guildeline sedangkan duit RM10 million tu telah pun dipersetujui untuk diperuntukan kepada
Kerajaan Negeri. Untuk digunakan bagi pembangunan pelancongan. Jadi, kenapakah kita
perlu mendapat guideline daripada Kerajaan Pesekutuan, bagaimana hendak menggunakan
duit tersebut untuk membangunkan pelancongan. Boleh jelaskan Yang Berhormat.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Soalan tambahan. Saya nak tanya. Yang ni RM3 tu kan. So, kalau, macam saya. Saya
dok di hotel, masa Sidang DUN ni, saya kena bayar RM10.00 plus RM3.00, so RM13.00
sehari. So, kalau RM10.00 Kerajaan Persekutuan kutip, kenapa kita punya duit RM3.00 tu,
50% saja kita dapat. Tak, RM3.00 tu, kenapa hanya kita dapat 50%, kenapa tak 100% sebab
itu ialah penginap hotel yang duduk di Pulau Pinang? Itu soalanlah. Berkaitanlah.
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Mungkin saya boleh menjelaskan kepada Yang Berhormat, actually hotel fi ini
dilaksanakan di peringkat negeri, RM3.00. Dan RM10.00 ini adalah cukai pelancongan yang
dikutip oleh Kerajaan Persekutuan ini hanya untuk imposed on the pelancong asing. RM10.00,
cukai pelancongan yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan. Imposed on the oversea sahaja.
Saya pun tak faham kenapa Yang Berhormat boleh dicaj RM10.00 ini. Untuk RM10.00 ini
hanya kepada pelancong asing dan dikutip oleh MOF melalui Custom dan mengikut peraturan
MOF, 50% akan disalur balik kepada Kerajaan Negeri. Dan RM3.00 ini dikutip oleh Kerajaan
Negeri and 100% its belong to the state government.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Yang RM10.00 tu bukan RM30 juta tu kan? RM30 juta tu RM3.00 la?
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Bukan, bukan. RM30 juta ini cukai pelancongan yang dikutip oleh Kerajaan
59
Persekutuan. 50% will be given to the state. Then, the regarding the garis panduan untuk
bagaimana untuk boleh menggunakan duit ini, rasa, sebab ini memang…(gangguan). It is
correct the money given to the state but we need a guideline form the MOTAC how do utilize
money ini, garis panduan.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leong):
Dengan segala hormatnya kepada Yang Berhormat, saya rasa ini adalah satu isu yang
penting. Sebab Kerajaan Negeri, Persekutuan telahpun bersetuju untuk memberikan duit ini,
salurkan kepada negeri. Jadi, saya rasa hanya adalah, hanya betul untuk Kerajaan Negeri
diberi ruang dan kuasa sepenuhnya untuk di determine, untuk memutuskan bagaimana duit
itu harus digunakan. Jadi, kalau perlu lagi standard operating procedure atau guideline, saya
rasa itu adalah perkara Kerajaan Negeri harus melihat kepada dalam untuk menyelesaikan
perkara ini. Terima kasih.
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Saya memang bersetujui pandangan Yang Berhormat. Kalau duit ini disalurkan
kepada Kerajaan Negeri, patutlah Kerajaan Negeri mempunyai autonomi yang sepenuhnya
untuk mempertimbangkan bagaimana hendak menggunakan duit ini.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan…(gangguan).
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Saya nak penjelasan ya. Maknanya… saya just nak tahu, kalau mengikut Persatuan
Hotel Pulau Pinang, duit RM3 yang dikutip itu ialah RM30 juta. Maknanya campur dengan
RM10 juta, 50%, jadi RM40 juta dari kutipan fi, betul tak? So, RM20 juta, 50% adalah RM10
juta, RM10 juta plus kutipan fi RM3, kita simpan 100%. So, that its RM30 juta. So, all together
duit kita dari kutipan fi ialah RM40 juta, betul?
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Untuk RM3.00 ini, kita sudah, jumlah RM30 juta Yang Berhormat sebut tadi
sebenarnya adalah jumlah yang sudah kutip sejak tahun 2014 dan sudah di… ada yang sudah
dibelanjakan. Ini bukan FD, kena belanja...(ketawa). Ini jumlah ada yang dikutip sejak
implementation.
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:
YB. Paya Terubong tolong tengok masa juga. Matematik sudah.
Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin):
Ya, ya, semua sudah hampir habis. Jadi Yang Berhormat, Yang di-Pertua Dewan,
sememangnya untuk maklumat tahun 2020 kita akan melancarkan Tahun Melawat Negeri
Pulau Pinang dan berharaplah setiap rakyat di negeri Pulau Pinang akan menjadi
Ambassador of Penang. Sama-sama kita mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi
yang terunggul di rantau ini. Dengan ini saya mengucapkan terima kasih dan sekian, saya
memohon menyokong.
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:
Terima kasih YB. Paya Terubong. Dipersilakan YB. Batu Maung.
Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):
Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Assalamualaikum w.b.t. Saya ingin
mengucapkan setinggi tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut serta
mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas ucapan perasmian oleh Tuan Yang
Terutama Negeri Pulau Pinang sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan
60
Undangan Negeri Yang Ke 14 Negeri Pulau Pinang khususnya melibatkan portfolio
Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa dan Pembangunan Keusahawanan dan Hal
Ehwal Pengguna. Sehingga Dewan ditangguhkan pada 30 April saya hanya menerima tiga
(3) soalan sepanjang sidang DUN kali ini, soalan Lisan tidak ada, so prestasi bagus agaknya.
Sepertimana ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau
Pinang pada 26 April bahawa pertumbuhan ekonomi di Pulau Pinang kekal berkembang
secara positif. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri menjelaskan pada tahun 2018
Pulau Pinang telah mencatatkan pelaburan berjumlah RM5.78 bilion di mana pelaburan asing
berjumlah RM3.69 bilion, manakala pelaburan domestik berjumlah RM2.09 bilion.
Sesungguhnya Pulau Pinang terus mencatatkan kemasukan aliran pelaburan yang sihat dan
berterusan meskipun dengan keadaan ekonomi global yang semakin mencabar. Pelaburan
asing berubah-ubah mengikut perkembangan politik dan ekonomi global. Status pelaburan
asing, FDI yang diluluskan oleh MIDA bagi Pulau Pinang pada 2018 adalah seperti berikut,
kita menampakkan purata pelaburan FDI ke Pulau Pinang, purata pelaburan Pulau Pinang
rata-rata lebih kurang RM5.5 bilion sepanjang 10 tahun ini. Daripada 2008 hingga ke 2018
FDI dan juga TDI.
Pelaburan asing ke Pulau Pinang melibatkan produk elektronik dan ini FDI lah dan
elektrikal, peralatan scientific, peralatan permesinan, peralatan pengangkutan dan produk
asas logam. MMK Perdagangan dalam Negeri dan Antarabangsa juga mengalu-alukan
sokongan Kerajaan Malaysia pada Belt and Road Initiative hasil lawatan kedua Perdana
Menteri Tun Mahathir ke China pada 20 April yang baru lalu. Kerajaan Negeri Pulau Pinang
akan juga mengambil peluang China and US trade war, mengambil peluang itu untuk menarik
pelabur-pelabur China ke Malaysia dan pada 2018, tahun 2018 buat pertama kali pelaburan
daripada China menduduki tempat kedua FDI ke Pulau Pinang, sebelum ini pelaburan
daripada China tidak masuk dalam 10 yang tertinggi.
Seterusnya di bawah MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa, usaha
untuk menarik pelaburan asing ke negeri ini telah dimulakan sejak 2008 sebaik Pakatan
Rakyat ketika itu mentadbir Pulau Pinang. Usaha berterusan itu telah dibantu oleh agensi
kerajaan khususnya investPenang dan agensi-agensi Pusat MIDA, MITI dan MATRADE.
Jumlah eksport Pulau Pinang bagi tahun 2018 adalah berjumlah RM289 bilion dan ini
menunjukkan peningkatan sebanyak 23.7% ataupun RM5.6 bilion berbanding tahun 2017.
Balance of trade pada tahun 2017 adalah menunjukkan sebanyak positif RM37 bilion dan iaitu
meningkat, sorry, balance of trade pada tahun 2017 adalah berjumlah sebanyak RM37 bilion
dan pada tahun 2018 telah meningkat sebanyak 157.8% dengan jumlah RM95 bilion.
Melalui usaha Jawatankuasa MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa,
pihak saya telah membawa beberapa usahawan untuk menyertai rombongan perdagangan
dan pelaburan bagi tujuan promosi dan business matching ke beberapa buah negara yang
berikut. Pada penggal ini, bermula pada November 27 hingga 29 November kita telah
menyertai Halal Fest Malaysia di Tokyo, ini untuk atas kerjasama Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Jepun sempena Olimpik 2020 Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian
untuk turut sama membantu Jepun dalam mempromosikan industri Halal sempena Olimpik
2020. Seterusnya lawatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah inisiatif Penang
International Halal Hub ke Taiwan pada 23 dan 25 Januari 2019. Pada 1 hingga 3 Mac,
Penang International Halal Expo dan Conference diadakan kali yang ke 10 di SPICE Arena
Pulau Pinang. Seterusnya pada bulan April, awal Mac, kita telah mengadakan Medan Fair,
Pulau Pinang dan Medan, Medan Fair kali ini adalah yang ke 48 di antara Pulau Pinang dan
Pekan Raya Sumatera Utara. Seterusnya kita menyertai Malaysia International Halal
Showcase ataupun MIHAS di MITEC pada 4 hingga 5 April. Dan yang terkini adalah misi
perdagangan antarabangsa ke Dubai pada 7 dan 10 April dan juga menghadiri Discovery
61
Workshop oleh IBM dan mengadakan lawatan ke Enterprise Singapore. Dan yang terkini
sempena menghadapi bulan Ramadan pihak MMK Perdagangan Dalam Negeri telah
mengadakan Souq Ramadan mempromosikan tempat-tempat usahawan, gedong-gedong
perniagaan, hotel-hotel dan restoran-restoran yang terlibat dalam menyediakan ataupun
terlibat sama dalam promosi barangan dan juga makanan halal di Pulau Pinang. Ini Souq
Ramadan yang kita sebulan pada bulan Ramadan ini kita promosikan.
Di Medan Fair dan misi perdagangan ke Dubai, usahawan Pulau Pinang telah melalui
PIHH kita telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Dubai Airport Free Zone
Area. MOU juga ditandatangani dengan Halal International Taiwan dan juga beberapa MOU
antara beberapa usahawan Pulau Pinang dan beberapa usahawan Medan juga
ditandatangani pada masa Medan Fair baru-baru ini.
MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa akan turut menyertai ekspo-
ekspo antarabangsa yang berimpak tinggi, kalau dalam negeri, MIHAS dan MAHA, dan pada
tahun depan kita akan terlibat sama Dubai Expo 2020. Baru-baru ini YB, Yang Berhormat
Menteri Sains Teknologi Alam Sekitar, YB Yeoh Bin Hin telah mensasarkan nilai pelaburan
RM10 bilion pada penyertaan Malaysia di Dubai Expo 2020. Pulau Pinang juga dijemput sama
untuk turut serta di Dubai Expo yang akan diadakan pada September 2020. Kita juga
mensasarkan untuk menganjurkan Penang Trade Fair ke beberapa buah negara khususnya
di Timur Tengah, di East Asia dan juga di Eropah. Seterusnya saya mengucapkan tahniah
kepada investPenang yang telah berjaya menarik pelaburan berkualiti tinggi ke Pulau Pinang.
Baru-baru ini kita telah menubuhkan Majlis Penasihat Pelaburan Strategik yang
dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, YB. Chow Kon Yeow selaku
Pengerusi. Dan majlis ini mempunyai objektif berikut: memberi khidmat nasihat kepada
Kerajaan Negeri mengenai rancangan pembangunan dan pertumbuhan pelaburan di Pulau
Pinang sebagai destinasi pilihan pelaburan strategik dan juga destinasi pelancongan dalam
sektor-sektor teknologi perniagaan, perkhidmatan dan perindustrian. Menyediakan maklum
balas mengenai dasar Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan perkara-perkara di
atas dan seterusnya Majlis ini akan memberi khidmat nasihat mengenai hala tuju ekonomi
dan teknologi terkini antarabangsa, tempatan serta kesannya terhadap Pulau Pinang.
Baru-baru ini terdapat banyak berita-berita akhbar bahawa kita Pulau Pinang mungkin
kehilangan daya saing competitiveness kepada beberapa emerging economies…(dengan
izin), seperti Vietnam, Indonesia, Thailand, India. Begitu juga baru-baru ini Singapura juga
telah mengumumkan akan menubuhkan Advanced Halal Hub dan ini, itu sebabnya kita
menubuhkan Council itu, untuk melihat bagaimana kita nak reposition Pulau Pinang terus
sebagai pusat industri utama pelancongan dan seterusnya menjadi negeri yang kita terkenal
The Sillicon Valley of the East dan juga Malaysia sebagai sebuah tiger in industry. Seterusnya
bagi merancakkan lagi ekonomi Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah meluluskan
permohonan Penang Port untuk mewartakan NBCT, North Butterworth Container Terminal
sebagai Zon Perdagangan Bebas ataupun Free Commercial Zone pada mesyuarat MMK
yang bersidang pada 22 Mac 2019 dan disahkan pada 29 Mac 2019. Zon Perdagangan Bebas
sedia ada adalah di Butterworth, Deep Waterwarf yang mempunyai keluasan 56.6 hektar dan
telah diwartakan sejak 20 Jun 1996. SPP, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang bertindak
sebagai pihak berkuasa zon manakala Penang Port Sdn. Bhd. selaku operator zon. Antara
manfaat NBCT sebagai kawasan FCZ ini adalah lokasi yang strategik, pelabuhan langsung
asing, manfaat ekonomi, integrasi kepada ekonomi yang stabil, nilai tambah kepada
pelabuhan dan peluang pekerjaan. Diharapkan dengan pewartaan NBCT sebagai Zon
Perdagangan Bebas, ekonomi Pulau Pinang, Pulau Pinang akan terus dipacu sepertimana
hasrat Penang 2030.
62
Salah satu fokus Penang, Visi Penang2030 ialah menaik taraf ekonomi negeri dan
rakyat dengan meningkatkan pendapatan isi rumah. Ia boleh dilakukan dengan
menggalakkan rakyat terlibat dalam bidang perniagaan. Selain membantu usahawan sedia
ada mengembangkan industri mereka, MMK Pembangunan Usahawan selaras dengan 4
teras Kementerian Pembangunan Usahawan iaitu MBD, menyokong dan akan membantu 4
teras strategik Kementerian Pembangunan Usahawan iaitu menjana pertumbuhan ekonomi
melalui inovasi keusahawanan, intergrate atau comprehensive pembangunan usahawan,
dengan izin, ini sebabkan banyak agensi pusat dan negeri ini kadang-kadang fungsinya
bertindih, bertindih. Dan ketiga menggalakkan keusahawanan kepada golongan B40, dan
seterusnya scaling up…(dengan izin) usahawan, menaikkan daya saing, daya maju
usahawan seterusnya.
Rakyat bukan sahaja digalakkan menceburi bidang perniagaan, bahkan usahawan
sedia ada perlu didedahkan dengan era ekonomi digital yang ada sekarang. Ekonomi Digital
di Malaysia dijangka berkembang pesat dan menghampiri 20% daripada ekonomi negara
menjelang 2020. Kita bersyukur dalam menghadapi cabaran ekonomi digital ini kita
mempunyai pemimpin di peringkat Pusat dan Negeri yang mempunyai visi dan memimpin
dalam mengharungi era digital ekonomi. Perdana Menteri, Tun Mahathir telah melancarkan
industry forward pada bulan Oktober di mana dasar menjadikan industri kita memenuhi
mencapai Industry 4.0. Kerajaan Negeri di bawah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga
telah melancarkan Visi Penang2030 untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah Negeri Pintar
yang dapat menerajui era digital ini. Dan kita alu-alukan pengumuman Perdana Menteri
dengan penubuhan Digital Penang yang mana akan mengambil inisiatif Digital Technology
Twin City kepada seluruh rakyat Pulau Pinang.
World Bank menyatakan segmen e-Dagang terutamanya terus mencatatkan
peningkatan dan dijangka melebihi RM110 bilion atau 40% daripada ekonomi digital
menjelang 2020. Bagaimanapun, kalau di Pulau Pinang mengikut kaji selidik daripada Penang
Institute, usage IT dan eCommerce di Pulau Pinang dan juga di seluruh negara tidak sampai
5% oleh usahawan. Oleh itu, untuk MMK Pembangunan Usahawan tumpuan kepada e-
commerce dan digital business ini akan menjadi tumpuan utama untuk tahun ini dan tahun –
tahun yang akan datang. Dan baru-baru ini pada 5 Mac 2019 Majlis menandatangani MOA
Program Creative Digital Marketing Strategy For e-Commerce Business antara USM,
PERDASAMA dan HALAL Penang diadakan yang disokong oleh MMK Pembangunan
Usahawan telah diadakan melibatkan 100 orang pelajar yang mengambil subjek e-commerce
dan 21 orang usahawan. Sungguhpun begitu MMK Pembangunan Usahawan juga telah
merangka beberapa strategi untuk membantu perkembangan usahawan kecil dan sederhana
dalam menghadapi dan mengatasi permasalahan dan juga kelemahan. Dan pada tahun ini
beberapa kursus telah diadakan dan akan terus diadakan untuk meningkatkan keupayaan
usahawan untuk mampu bersaing peringkat dalam negeri dan antarabangsa. Kursus-kursus
motivasi e-commerce akan terus diadakan dan pada tahun ini kita mensasarkan 500
usahawan untuk dilatih dalam kursus e-commerce ini.
Seterusnya di bawah PDC skim Pinjaman Harapan diteruskan kepada usahawan-
usahawan mikro kita dan kita juga meneruskan dan Program Industry Sid Fund 4.0 berjumlah
RM4.0 juta kepada usahawan-usahawan technopreneurship yang diuruskan oleh Invest
Penang melalui @CAT. Seterusnya kita juga menganjurkan Hari Pembekal dan memperkenal
pelabur baru kepada syarikat tempatan yang berpotensi menjadi pembekal dan vendor
kepada pelabur asing.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, berhubung soalan Yang Berhormat ADUN
Bertam yang mengesyorkan agar Kerajaan Negeri mengiktiraf Kompleks Dato’ Kailan, Kepala
63
Batas memandangkan aktiviti perniagaan di situ semakin suram dan menjejaskan usahawan
di situ. Justeru beliau mencadangkan agar MMK Pembangunan Usahawan mengambil
tindakan sewajarnya untuk merancakkan semula aktiviti perniagaan di sana. Berkaitan syor
tersebut ADUN Bertam juga meminta Kerajaan Negeri menaik taraf Kompleks Perniagaan
Dato’ Kailan dan melihat bagaimana untuk membantu usahawan-usahawan di sana. Setakat
ini Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menaik taraf bangunan tersebut memandangkan
kos penyelenggaraan yang tinggi dan kompleks tersebut adalah milik JKP Sdn Bhd.
Bagaimanapun kita akan menemui JKP bagaimana untuk Kerajaan Negeri membantu dari
segi rebranding. Kompleks Perniagaan Dato’ Kailan untuk memberi manfaat kepada
usahawan yang ada di sana. Seterusnya ADUN Permatang Berangan mencadangkan agar,
tak ada sini ya. Tak apalah kita jawab juga sikit. Cadangan agar Kerajaan Negeri membina
Astaka Pusat Perniagaan di Permatang Berangan agar peniaga kecil boleh beroperasi di situ.
Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Permatang Berangan Kerajaan Negeri mengambil
maklum cadangan ini bagi mewujudkan lebih banyak premis perniagaan pada masa akan
datang bagi membantu peniaga-peniaga di sana. Jadi KADUN Permatang Berangan telah
mempunyai sebuah Pasar dan pengisian semasa adalah seperti berikut, Pasar Awam Tasek
Gelugor jumlah gerai adalah 97 dan jumlah pengisian ada 55. Maknanya hampir separuh
masih kosong. Sehingga kini MPSP tiada perancangan untuk membina gerai atau kedai
dalam KADUN Permatang Berangan. Walau bagaimanapun MPSP telah menyediakan
sebanyak 31 petak tambahan di perkarangan tempat letak kereta Pasar Awam Tasek Gelugor
bagi menempatkan penjaja-penjaja tanpa lesen di sekitar pasar awam tersebut.
Seterusnya di bawah MMK Hal Ehwal Pengguna. Bermula 9 Mei 2018 Kerajaan
Persekutuan ditadbir oleh Pakatan Harapan. Yang sebelumnya kita tidak bekerjasama.
Alhamdulillah kali ini di bawah Pakatan Harapan beberapa inisiatif baru telah kita adakan dan
antaranya ialah Program Food Bank. Yang ini kalau di Pulau Pinang dipengerusikan oleh Yang
Berhormat Sungai Puyu. Bagaimana di peringkat pusat di ketuai oleh Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNK iaitu Datuk Saifuddin, Ahli Pantai Jerejak dan
banyak soalan berhubung itu telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri KPDNK.
Dan di Pulau Pinang kita telah banyak mengadakan program-program meningkatkan
kesedaran kepenggunaan khususnya di peringkat sekolah lagi. Kita adakan Program Cabaran
Interaktif Pengguna melibatkan sekolah-sekolah di Pulau Pinang. Juga baru-baru ini kita
perkenalkan satu lagi program baru iaitu Program Kediaman Selamat di bawah…(gangguan).
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Boleh Tanya sikit tak. Sebab saya punya soalan, sebab soalan a big confusing la.
Sebabkan Dato’ EXCO adalah, rasa tak ingat kawasan dia apa. Batu Maung. Sorry, sebab
kan Dato’ Program Food Bank adalah bawah KPDNK kan. Macam tu kan. Tapi soalan-soalan
saya yang saya terima semua menyedihkan la. Semua tak kan disokong, macam sedih la.
Semuanya, soalan saya. Anyway sekarang ini, hari ini berlangsungnya Majlis Tandatangan
antara Yayasan Food Bank dengan one of my favorite Program Food Bank, so saya nak tahu
boleh ke macam sebab apa yang saya buat ialah Halal Food Bank. Boleh tak benda tu dijawab
ataupun bukan dijawab la. Diletakkan di bawah portfolio yang boleh memberi sedikit sokongan
daripada biar saya rasa sangat hampa. Jadi saya kalau boleh. Boleh tak Food Bank untuk
halal, mungkin boleh diletakkan di bawah Dato’ Batu Maung ataupun Dato’ Pinang Tunggal.
Sebab ini berkaitan dengan halal. Dan saya buat program ini pun dengan macam saya kata
la. Yayasan Food Bank di bawah KPDNK, lepastu halal ialah saya buat dengan Ustaz Faizal
adalah di bawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Sebab program dengan JAKIM. Dan
juga. The orang yang membuat all the retort process itu adalah di UITM under Professor Food
Tech. Tak ingat nama sekarang ini. Tapi ada satu team. Dan juga melibatkan Jabatan
Kesihatan. Jadi saya haraplah mungkin boleh difikirkan supaya saya sebagai ADUN tak ada
64
rasa macam terlampau sedih macam tu la. Boleh tak boleh, kalau diletakkan di bawah satu
bidang yang lebih positif.
Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):
Terima kasih kepada Penanti. Kita ambil apa cadangan Penanti ini untuk selaraskan dari
segi koordinasi-koordinasi Jabatan ataupun Kementerian kerana kita tahu bahawa Program
Food Bank ini Mutiara Food Bank ini dimulakan oleh Kerajaan Negeri di bawah Yang
Berhormat Sungai Puyu seterusnya program ini di angkat ke pusat diletakkan di bawah
KPDNK HEP. Menteri KPDNK HEP. Cuma ada sikit pengiktirafan halal itu yang itu very clear
di bawah JAKIM. JAKIM lah authority untuk pensijilan halal. Kita akan ambil pandangan YB.
Penanti bagaimana kita boleh supaya tidak ada pertindihan kekeliruan dalam segi functional
agensi yang kita ada.
Seterusnya saya ingin sentuh sedikit berkenaan Gerakan Pengguna Daerah. Bermula
Januari 2019 kumpulan pemantau pengguna yang ada di peringkat negeri dulu telah
digantikan dengan kumpulan gerakan pengguna daerah agar selaras dan berpadu dengan
Kementerian Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Penggguna. Perbezaan GPD di negeri Pulau
Pinang berbanding negeri-negeri lain adalah Jawatankuasa GPD terdiri daripada individu
yang aktif dalam bidang kepenggunaan dan Persatuan Pengguna dan mewakili badan-badan
perniagaan setimpal atas lantikan ADUN atau Penyelaras KADUN. GPD akan dipengerusi
oleh pengerusi yang dilantik oleh EXCO Hal Ehwal Pengguna. Bidang tugas tindakan daerah
merangkumi perkara-perkara berikut. Merancang, menyelaras dan melaksana aktiviti-aktiviti
kepenggunaan bagi Peringkat Daerah. Memberi pandangan kepada Gerakan Pengguna
Negeri dan sebarang perkara berkaitan dengan kepenggunaan. Membantu menyiasat dan
mengemukakan isu-isu kepenggunaan di peringkat daerah. Dan seterusnya membantu dalam
program aktiviti anjuran KPDNK HEP Negeri dan Cawangan.
Seterusnya Mesyuarat Gerakan Pengguna Negeri. Mesyuarat Gerakan Pengguna
Negeri diadakan dua (2) kali setahun. Pengerusi bagi mesyuarat ini adalah Pengarah KPDNK
HEP dan dipengerusikan bersama oleh EXCO Perdagangan Antarabangsa dan Dalam
Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Usahawan. Tujuan mesyuarat ini diadakan
adalah untuk membincangkan apa jua perkara yang berkaitan dengan kepenggunaan melalui
perbincangan berdasarkan konsep three (3) parties negotiation….(dengan izin). Iaitu
perlindungan antara peniaga dan pengguna dengan kementerian sebagai orang tengah.
Selain itu mesyuarat ini juga bertindak sebagai satu badan perundingan untuk
membincangkan masalah pengguna yang ketara di peringkat negeri yang seterusnya boleh
dikemukakan kepada Kerajaan Negeri jika ia melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Ahli-ahli Mesyuarat Tindakan Pengguna Negeri Pulau Pinang terdiri daripada Agensi-
Agensi berikut:
• Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang;
• Pejabat Setiausaha Kerajaan:
• Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang;
• Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang;
• Jabatan Hal Ehwal Agama Islam;
• Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil;
• Pusat Racun Negara;
• Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut; dan
• Gerakan Pengguna Daerah.
65
Sedikit seterusnya tentang Penang International Halal Hub yang saya pengerusikan.
Alhamdulillah pada tahun ini PIHEC nama ringkasannya PIHEC kita telah mengadakan Ekspo
dan Conference pada tahun yang ke-10. Kali ini kita, sungguhpun bilangan booth yang ada
315 kurang daripada tahun lepas tapi kita mempunyai pemamer yang berkualiti pada tahun
ini dan buat pertama kali, kita mengadakan sempena tajuk conference itu Penang
Digitalization and The Halal Industry, kita telah mengadakan buat pertama kali Conference
the Global Halal Globe Change untuk supaya usahawan-usahawan kita bersedia dengan era
digital economy ini. Dan conference ini mendapat sambutan yang besar dan menarik minat
ramai vendor yang untuk mengetahui lebih lanjut tentang globe change ini dan setelah 10
tahun Penang International Halal Hub ditubuhkan kita dapati industri yang ini telah menarik
minat bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Baru-baru ini kita di Dubai, kita telah
menandatangani PIHH dan Dubai Airport Free Zone Area telah menandatangani MoU untuk
bekerjasama sebagai dua pusat dagangan utama di rantau ini. Dubai Airport Free Zone Area
position mereka sebagai pusat global halal market dan kita Pulau Pinang ingin meletakkan
diri Pulau Pinang sebagai The Halal Asian Gate Away untuk rantau ini dan ini peluang baik
pada kita kerana Pulau Pinang memang dari segi sejarah adalah sebuah trading house pada
kurun ke-17 dan ke-18 kita telah pun menjadi pusat dagangan utama kepada Medan, kepada
Myanmar, kepada Phuket dan ini peluang baik untuk kita dua (2) buah wilayah. Kalau Dubai
mewakili wilayah UAE (United Arab Emirates), kita mewakili Malaysia, Pulau Pinang 13 buah
negeri di Malaysia. Dubai mewakili 7 buah Emirates di bawah UAE. Dan kita perlu bersedia
dari segi logistik, warehouse yang dan ini peluang baik sempena pembesaran airport Pulau
Pinang untuk kita menjadikan kembali menjadi satu trading house utama di rantau ini.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):
Minta laluan.
Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):
Ya.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):
Terima kasih Yang Berhormat Batu Maung. Tadi sememangnya Yang Berhormat Batu
Maung telah memberikan penjelasan yang amat teliti. Khususnya dengan prestasi dan
perkembangan Penang International Halal Hub ini dan baru-baru ini juga satu persetujuan
juga ditandangani bersama pihak kita dari Dubai ini. Jadi cumanya ingin saya mencadangkan
mungkin tiba masanya Penang International Halal Hub untuk melangkah ke depan untuk
memasuki mungkin pasaran negara China yang agak besar ini sebab memandangkan
terdapat populasi Agama Islam yang besar di negara China dan kita di Pulau Pinang ini kita
mempunyai kelebihan di mana bukan sahaja dalam Bahasa Melayu yang kita faham tetapi
Bahasa Cina dan Bahasa India juga kita mempunyai kelebihan dari segi bahasa itu. Jadi
mungkin saya akan cadangkan kepada Penang International Halal Hub mungkin selain
daripada beberapa negara yang berdekatan dengan kita, mungkin tiba masanya untuk kita
melangkah ke hadapan untuk memasuki pasaran negara China yang agak besar ini.
Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain):
Pengkalan Kota. Negeri China antara negeri-negeri yang menjadi kawasan tumpuan,
ataupun target, sasaran kita tahun ini dan tahun akan datang dan kita akan adakan Penang
Trade Fair di negeri-negeri ini termasuk juga Taiwan dan juga Jepun. Follow up daripada
delegasi kita yang ke Jepun pada bulan September dan November, kita telah secara agresif
ni akan terokai pasaran-pasaran ini. Seperti mana yang sedia maklum, kita seperti mana
Dubai, Singapura kita bukan ada, tak cukup resources tetapi kalau kita lihat Singapura, Dubai,
66
mereka menggunakan kedudukan strategik mereka untuk maksimakan efficiency, kecekapan
logistik, warehousing, trans-shipment dan re-export sebagai satu kelebihan untuk mengumpul
resources yang ada di negara-negara jiran kita, Thailand, Indonesia, Myanmar untuk re-export
dan trans-shipment. Ini yang akan kita beri tumpuan sikit hari lagi supaya readiness untuk
kita menceburi market, pasaran-pasaran ini dapat kita capai dan membantu usahawan kita.
Seterusnya saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya
pada MMK Perdagangan Dalam Negeri, Antarabangsa dan Keusahawanan sepanjang
tempoh sidang Dewan kita ini dan kita percaya dengan dunia teknologi ini kita akan terus
menimba ilmu untuk mantapkan Kerajaan Negeri di bawah Kerajaan Pakatan Harapan yang
dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk menjadikan Kerajaan Negeri Pulau
Pinang sebuah negeri yang terus memimpin dalam industri teknologi, perdagangan dan juga
pelancongan di Malaysia dan seluruh dunia. Terima kasih dan Assalamualaikum.
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:
Terima kasih Yang Berhormat Batu Maung. Dipersilakan Yang Berhormat Tanjung
Bunga.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bermula dengan merakamkan ucapan
syabas dan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil
bahagian dalam sesi perbahasan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua sidang Dewan
Undangan Negeri ke-14, khususnya yang berkaitan dengan isu-isu di bawah portfolio Kerja
Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir untuk dibawa ke perhatian Kerajaan Negeri. Beberapa isu
dan cadangan baru telah dibangkitkan dan pentadbiran ini pastinya akan memberi perhatian
dan keprihatinan ke atas segala cadangan yang bermanfaat demi meningkatkan kualiti hidup
rakyat Pulau Pinang.
Tuan Yang di-Pertua, sukacita dimaklumkan bahawa pada masa ini Kerajaan Negeri
giat meneruskan pelaksanaan sembilan (9) projek pembinaan dan menaiktaraf jalan yang
telah diperincikan dalam Belanjawan 2019 dengan peruntukan pembangunan berjumlah
RM7,338,000.00 selaras dengan notis perubahan yang diluluskan Jabatan Kewangan Negeri
di mana satu (1) projek telah pun siap pembinaan, enam (6) projek lagi dalam peringkat
pembinaan dan dua (2) projek dalam peringkat rekabentuk dan kerja awalan. Kerajaan Negeri
sentiasa memastikan pembangunan infrastruktur yang lestari dan seimbang di negeri
ini. Sehubungan dengan itu, setiap projek infrastruktur dirangka dengan teliti berdasarkan
kepada keperluan semasa dan peruntukan yang tersedia.
Saya menjawab terdahulu kepada Yang Berhormat Sungai Dua yang menyuarakan
bantahan daripada penduduk mengenai pembinaan pembahagi jalan ataupun median di
kawasan Sungai Dua kerana menganggu perniagaan setempat. Sebagai makluman Yang
Berhormat, projek ini dilaksanakan sebagai tindakan penyelesaian terhadap aduan daripada
pengguna jalan raya akibat kesesakan yang berlaku di jalan tersebut setelah diteliti cadangan
pelaksanaannya dengan mengambil kira faktor keselamatan pengguna. Cadangan
pembinaan pembahagi jalan tersebut telah diluluskan oleh Jawatankuasa Lalulintas Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 12 April 2019 dan tempoh percubaan melalui
pemasangan plastic barrier selama sebulan kini sedang dijalankan di lokasi sementara proses
perolehan bagi pembinaan median kekal diselesaikan. Dalam hal ini, keselamatan dan
keselesaan pengguna jalan raya adalah lebih diutamakan. Tuan Yang di-Pertua, Yang
Berhormat Bertam…(gangguan).
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):
Tambahan.
67
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Oh sila.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):
Terima kasih Tanjung Bunga. Cuma saya nak bangkitkan sikit tambahan supaya jika
projek ini telah diluluskan oleh pihak Jawatankuasa Lalu Lintas untuk pembinaan, cuma kita
minta pembinaannya melibatkan penambahbaikan yang membolehkan jalan tu dibuat susur
maknanya U-turn tu boleh digunakan oleh kenderaan-kenderaan berat ataupun sederhana
berat. Sebab kalau tak boleh maknanya jalan tu akan menjadi jalan yang menyusahkan
kepada bas pelancong dan sebagainya yang mungkin akan menjejaskan perniagaan di situ
dan juga menyusahkan kenderaan berat seperti lori, tanker minyak dan sebagainya yang nak
masuk ke kawasan stesen minyak di situ. Jadi itu yang perlu diberi perhatian oleh pihak JKR
untuk tujuan pembinaan pembahagi jalan dan satu lagi kalau boleh, saya dah pernah masuk
permohonan dululah untuk kita buat jalan lencongan bagi mengelakkan kesesakan di Pekan
Sungai Dua waktu pagi dan juga petang. Dan lencongan ini melibatkan jalan-jalan baru di
kawasan bendang sampai ke kawasan Nyior Sebatang. Maknanya daripada Nyior Sebatang
dia takkan masuk ke dalam pekan, dia akan keluar ikut jalan susur itu. Kalau boleh dilihat
semula permohonan ini. Saya dah masuk, pihak JKR dah buat cadangan dulu tapi kalau
boleh dilihat semula untuk mengelakkan kesesakan di kawasan Sungai Dua.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Mengenai cadangan untuk melihat kepada
penambahbaikan jalan tersebut saya akan sampaikan kepada MPSP dan JKR dan juga untuk
permohonan jalan lencongan untuk elak kesesakan di Pekan Sungai Dua.
Yang Berhormat Bertam pula menyentuh berkenaan projek menaiktaraf jalan dua
lorong ke empat lorong dari Permatang Tok Elong hingga Jambatan Merdeka, di mana
terdapat aduan penduduk kampung sukar melintas jalan dan perlu membuat U-turn yang
jauh. Yang Berhormat telah memohon projek khas Jabatan Kerja Raya, Pasukan Projek Khas
Jabatan Kerja Raya untuk mengkaji semula laluan di kawasan penduduk. Sebagai makluman
Yang Berhormat, di sepanjang 9 kilometer jajaran jalan kawasan projek ini terdapat enam (6)
lokasi U-Turn yang boleh digunakan oleh penduduk dengan jarak maksimum 2.6 kilometer
antara satu U-turn ke U-turn yang seterusnya, manakala jarak minimum adalah 225
meter. Bagi kawasan Permatang Pak Elong, lokasi U-Turn adalah di Simpang Permatang
Sintuk di mana jarak dari chainage permulaan adalah 1.1 km. Yang Berhormat pasti setuju
bahawa faktor keselamatan harus diutamakan, justeru penduduk perlu diberikan kesedaran
untuk menggunakan laluan U-turn yang disediakan bagi menjaga keselamatan masing-
masing. Merujuk kepada cadangan Yang Berhormat agar jejambat pejalan kaki yang boleh
dilalui motosikal dibina untuk menyelesaikan masalah ini, Unit Projek Khas Cawangan Jalan
mengambil langkah untuk mencadangkan perkara ini kepada pihak Head of Project Team,
dari Ibu Pejabat JKR Malaysia untuk mengambil kira perkara ini di dalam skop kerja projek
dan juga projek-projek lain di Pulau Pinang pada masa akan datang.
Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Lancang mengenai
kualiti jalan tar di Pulau Pinang yang masih dalam keadaan berkualiti rendah di mana banyak
jalan raya yang tidak sekata, berlubang dan membahayakan, Yang Berhormat meminta agar
Kerajaan Negeri mengkaji semula masalah ini dengan teliti dan mencari penyelesaian yang
holistik. Yang Berhormat juga mencadangkan agar JKR menggunakan spesifikasi tar yang
lebih berkualiti tinggi.
Yang Berhormat, JKR menjelaskan bahawa jalan raya sangat sensitif dengan
68
kehadiran air. Air hujan yang bertakung di atas permukaan jalan merupakan antara punca
utama yang menyebabkan jalan raya berlubang. Selain ini, kenderaan melebihi berat juga
menjadi faktor kepada kerosakan permukaan jalan. Dalam memastikan kualiti jalan raya di
negeri ini berada pada tahap yang baik, JKR mengambil langkah melaksanakan audit di kuari-
kuari bagi memastikan penghasilan premix adalah mengikuti spesifikasi JKR. Hanya kuari
yang menepati dan memenuhi spesifikasi JKR sahaja yang diberi kelulusan untuk membekal
premix bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan oleh jabatan. Sebagai makluman Yang
Berhormat juga, kawalan suhu premix merupakan langkah untuk mengawal kualiti premix di
mana purata suhu premix keluar daripada kuari adalah pada sekitar 1600C-170oC. Sekiranya
premix tersebut ditutup dengan kanvas secara rapi ketika di atas lori, suhu premix tersebut
mampu bertahan melebihi lapan jam sebelum menurun ke suhu purata 1300C-1400C dan
sebelum kerja-kerja penghamparan premix, suhu premix di atas lori tersebut akan disukat
terlebih dahulu sebelum kerja-kerja dilaksanakan. Hanya suhu premix tidak kurang daripada
1300C diterima untuk kerja-kerja tersebut. Kawalan ini dapat memastikan kualiti tar jalan raya
yang diturap. Selain itu juga terdapat kuari yang beroperasi untuk membancuh premix pada
waktu malam bagi mengawal kualiti suhu premix berdasarkan kepada permintaan. Di samping
itu, perlu dijelaskan juga bahawa tampalan jalan yang dilaksanakan oleh syarikat utiliti setelah
mengorek jalan untuk kerja-kerja menanam utiliti adalah bersifat pembaikan
sementara. Seringkali aduan yang kita terima adalah mengenai tampalan sementara ini dan
biasanya kurang memuaskan. Ini kerana pembaikan kekal di mana keseluruhan jalan akan
diturap hanya akan dilaksanakan setelah kerja pihak utiliti telah siap sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, kita tetap memantau kualiti pembaikan sementara oleh pihak
utiliti agar berada dalam keadaan yang selamat kepada semua pengguna jalan raya. Pihak
JKR juga telah menetapkan supaya semua kerja-kerja pengorekan jalan menggunapakai
Prosedur Permohonan Syarikat Utiliti Kepada JKR Pindaan 2018 yang menetapkan hanya
kaedah Horizontal Direct Drilling (HDD) sahaja dibenarkan bagi semua korekan yang
merentangi jalan utama. Manakala bagi kerja korekan jalan dengan trafik yang rendah kaedah
korekan terbuka (open cut) hanya dibenarkan sebagai last resolve pilihan terakhir atas
persetujuan Pengarah JKR Negeri berdasarkan SOP semasa Jabatan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Batu Lancang…(gangguan).
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Soalan satu ya.
Ahli Kawasan Tanjong Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Ya.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Saya hendak tanya, tadi sebut pasal tile and all that tapi sink hole yang berlaku the
last sidang DUN yang berlaku di jalan depan Mengkuang Dam berlaku disebabkan oleh pipe
line daripada pekebun. Maknanya mereka letak paip air di bawah jalan untuk pergi ke kebun
dia. Itu telah menyebabkan mula-mula sink hole itu kecil saja by the time saya lalu saya mula
dapat aduan daripada reporter dia kecil sahaja tapi bila time balik dari sidang DUN saya lalu
sudah jadi besar sangat. Boleh tak pihak JKR, JPS siapa-siapa pastikan sekarang ini
disebabkan berlaku juga kepengondolan bukit. Jadi saya hendak minta sebab last sidang
DUN sudah berlaku sink hole yang sangat besar sebab air masuk di bawah jalan. Lagi satu,
saya hendak minta jawapan daripada JPS untuk bagi syor ataupun bagi rasa kepastian
adakah pengondolan bukit yang telah menambak paya dan buang semua hutan itu apakah
risiko banjir lumpur, saya takut benda itu berlaku lagi. Jadi, since benda ini telah jadi bolehkah
JPS ataupun MPSP suruh tuan tanah yang telah menambak paya itu semua dan mata air
boleh tak dia korek balik. Korek balik semua paya-paya yang telah ditambak jadi pokok-pokok
69
tidak boleh nak ditanam balik. Minta ini.
Lagi satu ambil iktibar dari apa yang berlaku dari projek JKP. Projek JKP di atas bukit
di Padang Ibu. Projek itu jangka antara kelulusan pelan merancang apa engineering pelan
apa dan pengondolan bukit itu jadi tanah merah lama sangat sampai menyebabkan banjir
lumpur berwarna merah ke Kampung Padang Ibu dan juga ke Taman Guar Perahu. Jadi, saya
khuatir kalau sekarang ini sudah jadi tanah merah sudah expose. Since pemaju hari itu telah
hantar permohonan perlingkungan semula semua itu saya hendak tahu apakah keputusan
SPC? Since sekarang ini pengondolan sudah dibuat walaupun bukan oleh pihaknya dibuat
oleh penceroboh. Apakah keputusan SPC? Adakah akan diluluskan ataupun tanah itu akan
dibiarkan begitu. Terima kasih.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Terima kasih Penanti. Sebenarnya banyak isu yang dilonggokkan dalam soalan itu.
Okey yang pertama sekali mengenai sink hole di depan Mengkuang Dam itu saya akan minta
pegawai untuk meneliti dan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi risiko banjir lumpur
akibat daripada pengondolan bukit itu saya rasa saya akan minta JPS dengan MPSP juga
pergi ke kawasan untuk melihat dan sekiranya perlu kita syaratkan ataupun paksa tuan tanah
untuk membuat apa-apa kerja mitigasi kita akan ambil tindakan tapi perlu dibuat siasatan
terlebih dahulu. Akhir sekali, soalan spesifik mengenai mengenai projek dalam SPC.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Di tempat itulah, di tempat yang telah digondolkan itu. Projek perumahan yang
dimohon perlingkungan semula yang saya sudah buat syarat kena ada kolam, kena ada seat
trap semua itu syarat-syarat untuk perlingkungan semula telah hantar SPC tapi sampai
sekarang ini benda itu sudah digondolkan maknanya semua syarat yang saya letakkan
sebagai ADUN takut berlakunya banjir lumpur itu .......meaningless. Benda itu sudah jadi
bubur.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Dia bukan meaningless Yang Berhormat.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
What I mean is ia…(gangguan).
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
I understand.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
I means is ia sudah botak. Jadi daripada dibiarkan macam itu takut jadi macam projek
JKP itulah.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Saya jawab. Sebarang pemajuan dan pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan
Negeri sudah tentu akan membawa dengannya syarat-syarat untuk pelan kawalan hakisan
dan kelodak (ESCP). Jadi, langkah-langkah dalam ESCP tersebut seperti sediment test fond,
check dam sebagainya tujuan untuk mengelak daripada berlaku hakisan tanah dan juga banjir
lumpur. Jadi, sekiranya ada kelulusan maka pemaju itu akan ataupun harus menepati semua
syarat-syarat dan kita juga akan membuat langkah-langkah pemantauan. Sejak saya menjadi
Pengerusi Jawatankuasa Ops Lumpur kami telah meningkatkan pemantauan secara spot
check tanpa amaran kepada minimum sekali sebulan di setiap daerah iaitu di seluruh negeri
lima (5) kali sebulan minimum. Ada daerah yang membuat lebih daripada itu lagi kerap dan
kita juga akan targetlah projek-projek yang mempunyai risiko tinggi seperti projek tersebut.
70
Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya teruskan…(gangguan).
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):
Beri laluan. Tentang masih balik ke isu jalan. Saya tanya tentang isu jalan yang retaring
road yang kita buat ini kita hanya retar dengan retar saja maksudnya dia akan berlapis-lapis
so kalaulah kita lihat dengan teliti sekarang surface jalan kita telah lebih tinggi daripada rumah
yang asal so saya berharaplah kerja-kerja yang retaring itu boleht ak miling sekali?
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Terima kasih Yang Berhormat, saya faham. Isu yang dibangkitkan ini sebenarnya kalau
ikut SOP JKR memang perlu dibuat mil and paste dia tidak boleh buat berlapis-lapis. Actually
yang saya lihat retaring yang dibuat oleh Majlis lebih kepada itu tapi kalau untuk jalan JKR
memang kalau kita ikut spek dan kontraktor memang SOP JKR memang perlu dibuat mil and
paste. Jika tidak ada yang dibuat boleh bagi maklumkan saya akan ambil tindakan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya juga daripada Yang Berhormat Batu Lancang yang
memohon agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk membangunkan sebuah loji
bancuhan asfar di negeri ini yang berintegrasi dengan loji kitar semula asfar. Terima kasih atas
cadangan Yang Berhormat Kerajaan Negeri melalui JKR amat mengalu-alukan usaha
mengwujudkan loji premix alfar di negeri ini justeru cadangan ini perlu diperhalusi bersama-
sama jabatan-jabatan teknikal yang lain termasuk pihak berkuasa tempatan, PDT, JPBD, JPS
serta Jabatan Kewangan Negeri bagi memastikan setiap aspek diambilkira termasuklah
implikasi kewangan sosial dan alam sekitar. Sekiranya dilaksanakan pengauditan juga harus
dilakukan untuk memastikan kualiti menepati spesifikasi JKR bagi penggunaannya dalam
mana-mana projek dan penyelenggaraan jalan di negeri ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya memerhati bahawa Yang Berhormat Pengkalan Kota telah
mencadangkan supaya satu jawatankuasa koordinasi diwujudkan untuk menyelaras kerja-
kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan melibatkan jabatan kerajaan dan penyedia utiliti
supaya proses pembinaan dan baik pulih jalan sentiasa efisyen. Bagi makluman Yang
Berhormat, sememangnya cadangan Yang Berhormat telah pun terkandung dalam terma-
terma rujukan bagi Jawatankuasa MMK Kerja Raya dan Utiliti iaitu seperti berikut:
(i) Menasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan berkaitan hal ehwal infrastruktur dan kemudahan awam.
(ii) Merangka dasar, peraturan dan garis panduan untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk digunapakai oleh jabatan dan agensi kerajaan supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik berkesan dan berfaedah yang maksimum kepada rakyat.
(iii) Merancang projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam milik Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan oleh jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dan seterusnya memantau pelaksanaannya.
(iv) Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek dan program Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi kerajaan, dan
akhir sekali memaklumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan mengenai isu-isu semasa
berkaitan hal ehwal infrastruktur dan kemudahan awam yang memerlukan perhatian dan
pertimbangan. Jawatakuasa ini diurusetiakan oleh JKR dan dianggotai oleh agensi-agensi
teknikal seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),
Pejabat Daerah dan Tanah, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN), Bahagian
Kerajaan Tempatan, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Perbadanan Pembangunan Pulau
Pinang (PDC). Turut dijemput hadir adalah syarikat-syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional
71
Berhad (TNB), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) dan Indah Water Konsortium
(IWK) serta ADUN-ADUN yang menjadi ahli jawatankuasa. Matlamat Jawatankuasa MMK ini
adalah untuk sama-sama menyelaras dan membincangkan isu-isu melibatkan kerja-kerja
pembinaan dan penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh semua jabatan dan agensi
kerajaan baik negeri mahupun persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Pengkalan Kota juga ada
menyuarakan agar Kerajaan Negeri diminta untuk memberi tumpuan kepada pembangunan
laluan pejalan kaki secara komprehensif di seluruh kawasan Georgetown. Untuk makluman
Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui MBPP sedang berusaha untuk mengwujudkan
sebuah bandar mesra pejalan kaki di seluruh kawasan Pulau termasuklah Georgetown.
Setiap tahun MBPP akan menyediakan peruntukan untuk menaiktaraf dan membina laluan
pejalan kaki yang bersambungan di dalam kawasan Bandaraya George Town. Setiap
pembangunan baru juga turut disyaratkan oleh MBPP untuk menyediakan laluan pejalan kaki
mengikut rekabentuk sejagat (universal design). Dari tahun 2008 sehingga awal tahun 2019,
sejumlah 30.92 km laluan pejalan kaki yang mempunyai ciri-ciri rekabentuk sejagat telah
dibina dan dinaiktaraf di dalam kawasan Bandaraya George Town.
Seterusnya bagi meningkat. Ya, sila…(gangguan).
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):
Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Bunga tadi telah memberikan satu jawapan
yang padat tentang usaha untuk naiktarafkan laluan pejalan kaki khususnya di kawasan
George Town. Saya rasakan sebab Pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau
Pinang (PIP) ialah satu faktor yang amat penting memandangkan cadangan untuk itu LRT
punya stesen salah satu terletak di kawasan Sia Boey iaitu di dalam heart of George Town.
Jadi saya rasa sepatutnya kita meningkatkan lagi usaha untuk memastikan agar laluan
pejalan kaki kita semua sedia memandangkan dengan adanya sistem LRT ini sememangnya
kita akan menjangkakan lebih banyak pejalan kaki yang akan berada di kawasan George
Town ini. Jadi harap usaha ini dapat dipertingkatkan.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Terima kasih kepada Yang Berhormat saya setuju. Dan sebenarnya juga termasuk
dalam rancangan. Saya rasa antara salah satu jalan yang sukar untuk direntasi adalah Jalan
Lim Chwee Leong. Sebenarnya kita nak mengadakan stesen LRT di kawasan Sia Boi maka
pedestriantation dan cara-cara melintasi jalan itu kita perlu memberi perhatian. Seterusnya
meningkatkan kesedaran…(gangguan).
Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid):
Mohon mencelah.
Ahli Kawasan Tanjong Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Sila.
Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid):
Saya ada soalan hendak tanya. Bila kita hendak menyebut tentang laluan pejalan itu
khususnya dengan reka bentuk yang sejagat itu memang penting memang sesuatu yang
dialu-alukan. Setakat ini kita tahu bahawa pihak MBPP telah pun melakukan usaha yang agak
baik terutamanya di kawasan George Town. Tapi apa yang saya hendak tanya adalah apakah
perancangan di luar kawasan George Town khususnya di bawah penyelenggaraan JKR dan
sebagainya sebab saya beri contoh sebab di kawasan Seri Delima ada beberapa kawasan
residential area…(dengan izin). Jadi di kawasan–kawasan ini kawasan pejalan kaki itu hampir
tidak wujud dan amat berbahaya. Jadi pada masa yang sama kita hendak menggalakkan
72
orang ramai menggunakan transport awam macam bas dan sebagainya tapi tidak ada
pedestrianlization…(dengan izin) seperti mana Yang Berhormat Tanjung Bunga telah
menyebutkan tadi. Jadi mohon beri pencerahan sedikit.
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee):
Minta pencerahan Tanjung Bunga.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Excellent.
Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee):
Terima kasih kepada Tanjung Bunga. Tentang pedestrian iaitu pejalan kaki saya
hendak tanya sama ada Tanjung Bunga setujukah untuk laluan pejalan kaki selalu orang yang
tidak ada kenderaan biasanya adalah pelajar, budak-budak sekolah. Saya hendak tanya di
sini adakah kita ada satu perancangan untuk semua sekolah di Pulau Pinang ini di luar
sekolah itu ada pejalan kaki sekurang-kurangnya bagi pelajar dan budak sekolah mereka
boleh jalan satu kilometer balik ke rumah.
Contohnya di kawasan Berapit Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit di luar
sekarang sekolah itu tinggal satu bilik, satu main door saja satu pintu utama di luar tetapi di
luar tidak ada pejalan kaki dan pelajar mereka tidak bukan semua ada kereta dan bukan
semua naik bas sebab mereka tinggal di perkampungan Berapit dan jalan balik ke rumah
dengan satu kilometer adalah bahaya sebab mereka kena melintas jalan fly over di depan
mereka. Semasa saya minta memang pun pihak sekolah dan minta JKR bersama-sama kita
pergi buat lawatan tapi dengan jawapannya ini adalah satu perbelanjaan yang sangat tinggi.
Jadi buat masa sekarang tidak ada bajet tapi ini memang membahayakan pelajar. Jadi saya
minta Tanjung Bunga mempertimbangkan adakan pejalan kaki di luar sekolah. Terima kasih.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Delima dan juga Berapit atas cadangan-
cadangan yang baik. Sebenarnya saya akur juga bahawa laluan pejalan kaki di jalan-jalan
JKR adalah kurang memuaskan berbanding dengan laluan pejalan kaki MBPP yang telah
saya rasa dalam tahun-tahun yang lepas memulakan projeknya untuk menaik taraf mengikut
spesifikasi universal design dan saya akan akan menyaran agar JKR juga akan meningkatkan
ya prestasi mereka dalam pembinaan laluan pejalan kaki.
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):
Minta laluan Yang Berhormat Tanjung Bunga saya nak (dengan izin) seperti yang
dikatakan tadi (dengan izin)...universal design yang kita punya Penang Accessibility Action
Group sedang meluluskan satu checklist....(dengan izin) untuk kegunaan bukan sahaja PBT-
PBT di Pulau Pinang tetapi kemungkinan juga dengan JKR lah adakah Yang Berhormat akan
menolong kita untuk tengok potential untuk guideline ini diluluskan dalam pelaksanaan JKR
juga. Terima kasih.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Saya rasa kita boleh pertimbangkan dan mungkin kita boleh bawa sebagai Agenda
dalam Mesyuarat MMK Kerja Raya yang akan datang. Untuk Yang Berhormat Berapit saya
setuju kawasan sekolah khususnya perlu amat-amat perlu laluan pejalan kaki yang selamat.
Kita mempunyai masalah di negeri ini di mana laluan pejalan kaki ini kurang diberi
penghormatan dan pengiktirafan. Jadi sebenarnya dianggap oleh ramai orang sebagai
kawasan meniaga dan kalau kita buat laluan pejalan kaki yang cantik dan biasanya ada gerai
dan struktur di atasnya. Jadi ini saya, saya menghadapi masalah yang sama di kawasan saya
73
juga dan apabila kita nak mengambil tindakan ke atas gerai-gerai tersebut dia akan menjadi
isu yang besar. Tetapi macam manapun untuk kawasan sekolah kita akan bagi perhatian dan
saya akan follow up lah isu di SMK Berapit tersebut.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Lagi satu untuk pejalan kaki di sekolah sebagai contohnya ni saya dah banyak kali
bangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah tapi JKR selalu setiap kali mesyuarat dia kata
akan tanya kepada EXCO lah kot tetapi sampai sekarang tak ada jawapan. Pihak sekolah
sebab Sekolah Kebangsaan Tanah Liat, sekolah rendah dia memang mengalami banjir
lamalah nak masuk sekolah pun dia kena letak plank. Apa yang mereka mohon tempat laluan
pavement tu boleh tak letak macam di KL semuakan dia orang ada letak bumbung. Bila hujan
sekurang-kurangnya pavement tu budak-budak kecil boleh berlindung di bawah tu masa
menunggu jalan ke, menunggu parents ke.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Mungkin yang ini Yang Berhormat pun boleh bincang dengan pihak sekolah dengan
menyediakan payung ke apa saya rasa kalau nak bina struktur bumbung itu mungkin bukan
dalam skop yang biasa Yang Berhormat. Mungkin boleh dibincangkan saya yakin kita boleh
cari penyelesaian. Kalau nak kita boleh bincangkan kemudian. Saya nak teruskan pejalan kaki
ni belum tak habis lagi. Bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai
terhadap keselamatan dan keselesaan pejalan kaki, saya rasa Yang Berhormat semua pun
maklum ada kempen Pedestrian Is King yang telah dilancarkan pada hujung tahun 2015 dan
bagi meneruskan usaha ini MBPP sedang menjalankan Pedestrian Is King 2.0 yang akan
memberi perhatian kepada halangan-halangan dan gangguan-gangguan di laluan-laluan
pejalan kaki sepertimana yang saya sebut tadi yang menimbulkan kesulitan dan menjejaskan
keselamatan pejalan kaki. Antara tindakan yang dijalankan oleh MBPP adalah untuk
mengeluarkan halangan-halangan tetap dan sementara di laluan-laluan pejalan kaki sedia
ada seperti pokok, pasu bunga, tembok batu, pagar besi, kerusi, meja makan.
Untuk tahun 2019 MBPP telah mensasarkan tiga (3) lokasi bagi mengeluarkan
halangan-halangan tetap dan sementara iaitu di Lebuh King, Lebuh Melayu dan juga Jalan
Datok Keramat. Tambahan juga sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri
dengan kerjasama Asian Development Bank telah menjalankan kajian Penang Green
Transportation Study bagi merangkakan pelan tindakan jangka masa pendek dan sederhana
bagi meningkatkan kelestarian mobiliti ataupun sustainable mobility di bandar Warisan Dunia
George Town. Antara skop kajian tersebut adalah untuk menjadikan George Town lebih mesra
pejalan kaki, mengoptimasikan perkhidmatan bas sedia ada, meningkatkan penggunaan
basikal, mengkaji semula dasar parkir kereta serta menyediakan pelan elektrifikasi masa
depan.
Sebab kita bayangkan pada masa depan akan ada banyak kenderaan-kenderaan
elektrik ya, Electric Vehicles dan EV ini tidak memerlukan gas station, petrol station dia
memerlukan sebaliknya tempat untuk mengecaj kenderaan mereka. Jadi semua ini perlu
diambil kita apabila kita membuat perancangan masa depan dan Kajian Penang Green
Transportation Study ini antara skopnya adalah untuk melihat di Bandaraya George Town
khususnya bagaimana kita boleh mewujudkan ya, prasarana untuk masa depan. Kajian
tersebut telah bermula pada Januari 2019 dengan penglibatan agensi-agensi berkaitan dan
kini dalam proses penyediaan laporan.
Beralih kepada Yang Berhormat Pulau Betong yang memohon agar Kerajaan Negeri
menyegerakan kerja-kerja membaik pulih Jalan Tun Sardon. Sebagai makluman Yang
Berhormat, susulan kejadian hujan lebat selama 15 jam pada November 2017 yang
menyebabkan banjir dan tanah runtuh termasuk di Jalan Tun Sardon (P14), sebanyak empat
74
(4) cerun besar bakal dilaksanakan pembaikannya oleh JKR pada pertengahan Mei 2019
menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri. Manakala empat (4) cerun telah pun siap dibaiki
pada tahun 2018 melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Tambun ada memohon agar Kerajaan
Negeri mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kerja Raya untuk membina
jejambat yang menghubungkan Jalan Tasek Mutiara 2 ke Jalan Bukit Tambun.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):
Bukan, memang sedia ada naik taraf daripada dua (2) laluan kepada (4) laluan.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Dia ada jejambat?
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):
Ya.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan Yang Berhormat dan tapi bagi makluman
Tasek Mutiara 2 masih belum diserahkan oleh pihak pemaju kepada JKR. Walau
bagaimanapun JKR perlu mengkaji dengan lebih teliti dahulu perincian cadangan
pelaksanaan penaiktarafan jejambat yang dicadangkan tersebut bagi menghubungkan Jalan
Tasek Mutiara 2 dengan Jalan Bukit Tambun. Dia akan melintasi FT01 itu sahaja.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):
Jalan tersebut akan melintasi laluan keretapi.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Laluan keretapi.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):
Lintasan keretapi, sebenarnya merujuk kepada Soalan Bertulis nombor pertama saya
iaitu adakah pemaju Bandar Tasek Mutiara disarankan untuk menaik taraf jejambat sedia ada.
Dan jawapan, jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Datok Keramat adalah “tiada”. Tapi
sebenarnya bagi kawasan Bandar Tasek Mutiara masih terdapat lebih daripada 1,000 ekar
belum dibangunkan baru-baru ini mereka baru sahaja membeli tanah dari TPPT dan jalan
tersebut juga akan disambung ke Hijauan Hill iaitu SMJK Jit Sin Selatan. Oleh itu saya
berharap pihak yang bertanggungjawab dapat meneliti sepanjang lalu lintas tersebut
merupakan sempadan antara kawasan DUN Bukit Tambun dengan Sungai Bakap dan juga
dilalui oleh Timbalan Ketua Menteri II setiap hari.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Baik, terima kasih Yang Berhormat atas cadangan saya rasa kalau akan ada pemajuan
akan datang maka kita melihat mungkin juga mensyaratkan kepada pemaju tersebut saya
rasa adalah sebahagian daripada Tambun Indah dan kita minta mereka untuk menaik taraf
jejambat tersebut kita akan beri perhatianlah. Seterusnya Yang Berhormat Bukit Tambun juga
memohon agar Jalan Bukit Tambun dapat diturap semula secara keseluruhannya. Untuk
pengetahuan Yang Berhormat, JKR telah pun memohon peruntukan untuk menurap baki
Jalan Bukit Tambun yang masih belum diturap. Penurapannya secara keseluruhan akan
dilaksanakan setelah peruntukan diluluskan.
Dan sebagai makluman tambahan, kerja-kerja penurapan sepanjang 0.7 km di jalan
tersebut telah dilaksanakan dan siap pada 22 April yang lalu namun road markings belum lagi
75
dibuat kerana perlu tunggu 10 hari agar garis tidak menjadi hitam jika dibuat terlalu awal. Ujian
jalan baru sahaja selesai dua (2) hari yang lepas dan garis jalan yang tetap akan dibuat dalam
masa terdekat.
Yang berhormat Permatang Berangan, oh, tidak hadir ada membangkitkan mengenai
lampu isyarat di Simpang Tiga Tai Thong, Tasek Gelugor. Berkenaan dengan isu ini saya
pernah menjawab di Mesyuarat Dewan yang lalu bahawa kajian TIA Traffic Impact
Assessment sememangnya mendapati bahawa ada keperluan untuk mendirikan lampu
isyarat di persimpangan ini.
Justeru ia telah disyaratkan oleh JKR kepada pihak pemaju iaitu Tetuan KG Saw
Holdings Sdn. Bhd. yang bercadang untuk membina skim perumahan di kawasan tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat, Pelan Kebenaran Merancang masih di peringkat OSC
MPSP dan masih belum diluluskan atas sebab pemaju masih belum menunaikan syarat. Rata-
rata di kalangan kita sedar dan prihatin akan keadaan jalan raya di negeri ini yang memerlukan
penyelenggaraan yang lebih baik bagi menjaga keselesaan dan keselamatan pengguna jalan
raya. Sebagai makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri kini dalam usaha
untuk mengangkat permohonan cadangan untuk mewartakan semula jalan-jalan Persekutuan
di negeri ini kepada jalan-jalan negeri agar penyelenggaraannya lebih mudah dipantau di
bawah Kerajaan Negeri. (Ahli Dewan menepuk meja)
Cadangan ini mensasarkan hampir 70% daripada jumlah jalan persekutuan di seluruh
Negeri Pulau Pinang untuk dimohon pewartaan semula pada jalan-jalan negeri. Prosedur
untuk membatalkan warta jalan persekutuan dan penukaran kepada jalan negeri akan
memerlukan tempoh yang agak lama bermula dengan mengemukakan permohonan-
permohonan JKR Pulau Pinang kepada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR Ibu Pejabat.
Yang ini kita dah buat sebelum ianya dikemukakan kepada JKR Ibu Pejabat semestinya
cadangan ini perlu mendapat persetujuan PIhak Berkuasa Negeri, inilah proses yang kita
buat. Kita dah tulis surat kepada JKR Cawangan Jalan untuk mendapat ulasan dan maklum
balas dan kita baru terima maklum balas yang terbaru iaitu untuk mencadangkan agar
Kerajaan Negeri meneruskan dengan proses di peringkat Pihak Berkuasa Negeri terdahulu
sebelum diangkat kepada Kementerian. Jadi kita akan bentangkan dalam Mesyuarat MMK
Kerja Raya yang akan datang supaya kita boleh angkat selebihnya kepada EXCO.
Berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat Bukit Tambun untuk membuat
pertukaran nama Jalan Besar Pekan Sungai Bakap di Nibong Tebal kepada Jalan Dr. Goh
Cheng Teik. Saya mencadangkan agar Yang Berhormat membuat permohonan secara
bertulis kepada Jawatankuasa Negeri Nama Georgrafi Pulau Pinang agar proses
pertimbangan yang melibatkan stakeholders engagement dapat dijalankan.
Tuan Yang di-Pertua, saya masuk isu banjir. Isu banjir adalah antara masalah besar
yang dihadapi oleh rakyat Pulau Pinang. Percayalah bahawa ia juga menjadi antara
keutamaan besar Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini dapat dilihat daripada komitmen
Kerajaan Negeri dari segi komitmen kewangan yang diperuntukkan oleh pentadbiran ini bagi
tujuan Projek Tebatan Banjir yang setakat ini berjumlah RM245,674,526.20 bagi 86 projek
yang sedang dilaksanakan di seluruh negeri Pulau Pinang.
Ini terdiri daripada 68 projek yang dibiayai caruman perparitan yang berjumlah
RM233,224,526.20 dan 17 projek daripada peruntukan pembangunan negeri P08 iaitu
sebanyak RM2,450,000.00 dan satu projek MBPP bernilai RM10,000.000.00. Saya yakin
tidak ada Kerajaan Negeri lain di negara ini yang memperuntukkan jumlah yang begitu besar
bagi tujuan menangani banjir. Tambahan kepada itu, sejak kemenangan Pakatan Harapan di
peringkat Persekutuan pada tahun lepas, Pulau Pinang tidak lagi dianaktirikan dalam hal
peruntukan bagi Projek Tebatan Banjir.
76
Projek seperti Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang yang telah dipohon sejak
hampir 20 tahun lalu kini telah diluluskan dan dimulakan. Malah jumlah peruntukan yang telah
diterima oleh Pulau Pinang bagi Projek Tebatan Banjir sejak tahun lepas adalah sebanyak
RM194,500,000.00 dengan pecahan, dengan pecahan RM150,000,000.00 untuk RTB Sungai
Pinang, RM10,000,000.00 untuk RTB Teluk Kumbar, RM8,000,000.00 untuk RTB Teluk
Bahang, RM10,0000,000.00 untuk RTB Pondok Upeh dan yang terbaru RM16,500,000.00
untuk RTB Sungai Kechil.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi maklumbalas kepada isu yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Tengah yang menyatakan bahawa muara Sungai
Juru semakin cetek dan memerlukan pengorekan. Kerajaan Negeri maklum dan prihatin
mengenai banjir di kawasan Sungai Juru. JPS telah pun memohon peruntukan Kerajaan
Persekutuan bagi tahun 2019 untuk tujuan pemuliharaan Sungai Juru dengan nilai projek
berjumlah RM500,000.00 dan pelaksanaannya adalah tertakluk kepada kelulusan Kerajaan
Persekutuan. Skop kerja yang akan dilaksanakan di bawah cadangan projek ini adalah
melibatkan kerja-kerja mengorek dan mendalam muara dan sungai di Sungai Juru.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri juga tidak duduk diam malah telah mengambil
usaha-usaha lain sementara kelulusan diperolehi, di mana sejumlah RM633,895.00 telah pun
diluluskan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri sejak tahun 2017 sehingga 2019 bagi tujuan
penyelenggaraan dan tebatan banjir melibatkan Sungai Juru. Daripada jumlah tersebut
sebanyak RM200,000.00 diluluskan untuk pelaksanaan dua (2) projek pada tahun 2019
melibatkan kerja-kerja mendalam dan membaiki Sungai Juru dan kerja-kerja mendalam dan
membaiki sungai dan parit di Kuala Juru. Pada masa ini, kedua-dua projek tersebut sedang
dalam proses penilaian sebut harga.
Yang Berhormat Bukit Tengah ada mengesyorkan agar satu unit khas ditubuhkan
untuk memantau sungai-sungai di Pulau Pinang secara menyeluruh dengan menwujudkan
Integrated River Management Plan yang diguna pakai untuk memahami punca-punca
pencemaran sungai, kajian semula undang-undang sedia ada untuk mencegah pencemaran,
penguatkuasaan yang lebih agresif dan menubuhkan unit khas bagi pemantauan pencemaran
yang melibatkan semua agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
Sebagai makluman Yang Berhormat, negeri Pulau Pinang mempunyai 168 sungai di
23 lembangan utama yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan
Saliran. Pasukan Task Force di bawah Jawatankuasa Pasukan Khas Menangani isu
pencemaran Sungai dan Laut di Pulau Pinang telah pun ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri
bagi memantau, merekodkan, mengenalpasti dan mengatasi punca-punca pencemaran
sungai dan pantai selain berperanan untuk menggembleng kerjasama di antara agensi-agensi
kerajaan dalam menangani isu pencemaran sungai dan laut di Pulau Pinang secara
bersepadu.
Antara terma rujukan dan peranan utama jabatan dan agensi yang terlibat dalam Task
Force ini adalah seperti berikut:
(i) JPS merupakan urusetia bagi Task Force Pencemaran Sungai dan JPS juga bertanggungjawab ke atas pengurusan lembangan sungai serta mengenal pasti tindakan jangka pendek untuk memulihkan sungai yang tercemar. Sebagai contoh, tindakan yang telah diambil di Sungai Pinang adalah pembinaan Gross Polutant Trap, melaksanakan teknologi iQPR bagi peningkatan Water Quality Index di Sungai Pinang dan melaksanakan kerja penyelenggaraan sungai secara berkala. Manakala bagi tindakan jangka panjang, JPS akan merancang
77
dan melaksanakan RTB secara penyelesaian menyeluruh (total solution) yang akan melibatkan skop kerja peningkatan kualiti air bagi sungai-sungai yang terlibat.
(ii) JAS pula berperanan menjalankan penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya ke atas punca-punca tetap seperti industri dan bengkel yang melakukan kesalahan di bawah akta tersebut yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada pencemaran sungai.
(iii) PBT di bawah bidang kuasanya berperanan menjalankan penguatkuasaan kebersihan premis makanan secara bersepadu dan berjadual, penguatkuasaan pemasangan perangkap gris, program pemutihan semula punca pencemaran dan juga kempen kesedaran orang awam.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Soalan, kenapa bila JAS dah buat siasatan dia ada kuasa untuk I mean
memberhentikan ke? Sebab sebagai contoh kilang di tepi Sungai Semambu, baru-baru ini jadi
JAS dah buat siasatan dia ada tiga (3) kilang tapi bila check Pejabat Tanah kata ini grade one,
mean first grade so first grade tanah macam tak ada apa yang boleh apa dibuatkan.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Jika memang berlaku pencemaran ada siasatan dan ada bukti maka tindakan undang-
undang boleh diambil oleh JAS.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Dia boleh buat apa?
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Sekiranya melanggar akta..
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Dia boleh tutup operasi ke? Dia boleh buat apa? MPSP ke yang sepatutnya buat?
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Macam-macam tindakan, ya ya kalau pihak berkuasa tempatan dia boleh ambil
tindakan ke atas permit dan sebagainya, lepas itu kerajaan juga boleh mengambil tindakan
undang-undang.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Tapi kalau tu first grade tanah tu first grade macam mana?
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Persoalannya adalah adakah dia melanggari garis panduan dalam akta tersebut? Akta
Kualiti Alam Sekitar Yang Berhormat.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Ya tapi dia tak ada tutup kilang itu atau buat apa-apa pun.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Mesti ada tindakan kalau ada melanggari.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Dia hanya beritahu je dalam mesyuarat kita tapi tanah itu first grade saya nak tahu.
78
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Saya akan semak Yang Berhormat.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Kalau first grade makna tak ada apa yang boleh dibuat ke?
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Tidak that not exist immunity Yang Berhormat, there no such thing if you polute the
river of course you have to face the action Yang Berhormat, tak mungkin tak mungkin saya
akan semak kes ini saya tidak pasti spesifiknya tapi saya yakin.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
So di Kampung Tok Elong di Sungai Semambu.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Okey terima kasih. Saya habiskan, Pejabat Daerah dan Tanah berperanan dalam
mengambil tindakan ke atas pencerohan tanah rizab kerajaan, khususnya berhampiran
kawasan sungai. Jadi Yang Berhormat Bukit Tengah, Task Force ini bermesyuarat sebanyak
tiga (3) kali setahun dan berjaya melaksanakan penambahbaikan dalam meningkatkan aktiviti
pemantauan dan penguatkuasaan terhadap industri dan premis perniagaan seperti bengkel,
gerai makanan, pasar basah yang berlesen dan tidak berlesen serta ladang-ladang ternakan
haiwan yang mencemarkan perairan melalui pelepasan secara langsung dan tidak langsung
ke sungai dan laut. Selain daripada itu, peningkatan penguatkuasaan ini juga telah
meningkatkan kesedaran orang awam terhadap tanggungjawab bersama menjaga
kebersihan sungai dan laut di negeri ini. Di bawah Task Force ini, tindakan penguatkuasaan
undang-undang yang tegas di bawah bidang kuasa jabatan-jabatan yang terlibat dilaksanakan
menerusi operasi bersepadu.
Selain itu, terdapat Jawatankuasa Ops Lumpur juga yang dianggotai pelbagai jabatan
dan agensi yang telah ditubuhkan untuk melaksanakan operasi pemantauan dan
penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan pemajuan mematuhi garis-garis panduan yang
dikeluarkan oleh JPS seperti yang saya maklum kepada Yang Berhormat Penanti tadi dan
garis panduan yang harus diikuti adalah Manual Saliran Mesra Alam (MSMA), Pelan Kawalan
Hakisan dan Kelodak (ESCP), Garis Panduan Pembangunan Berhadapan Sungai dan
Integrated Shoreline Management Plan (ISMP) semuanya kena ikut.
Merujuk cadangan Yang Berhormat agar satu Integrated River Management Plan
diwujudkan, pihak JPS Malaysia telah melantik perunding untuk menjalankan kajian
Integrated River Basin Management similar name di Sungai Perai. Kajian ini meliputi Sungai
Perai dan 17 anak sungainya serta mempunyai keluasan 447.82 km2 dengan jumlah panjang
60.5 km. Kajian IRBM ini adalah untuk menyediakan satu pelan tindakan untuk pelbagai sektor
termasuk konsep reka bentuk dan kos dan akan menjadi panduan kepada kerajaan untuk
membuat keputusan yang lebih bijak dalam melaksanakan pengurusan lembangan yang
dicadangkan. Objektif utama IRBM ini adalah untuk memastikan kecukupan air, memastikan
kualiti air, mengurangkan banjir dan memulihara biodiversity kehidupan di sepanjang
lembangan Sungai Perai.
Seterusnya saya ingin beralih memberi maklumbalas kepada kenyataan Yang
Berhormat Seri Delima…(gangguan).
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:
Ya, Yang Berhormat Bukit Tengah.
Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung):
79
Ya, saya amat cukup berterima kasih dengan jawapan yang menyeluruh, bernas dan
lengkap jawapan Yang Berhormat mengenai dua perkara isu iaitu berkenaan dengan Task
Force yang wujud dan juga ada studies untuk membuat satu River Management Plan untuk
Sungai Perai, jadi saya harap bahawa kajian untuk membuat satu River Management
Intergrated Plan untuk Sungai Perai boleh juga dilanjutkan dibesarkan kepada Sungai Juru
sebab Sungai Juru ini melingkungi satu kawasan yang cukup luas Yang Berhormat.
Berkenaan dengan Task Force cuma walaupun ada struktur yang telah ditubuhkan, satu
jawatankuasa yang jumpa tiga kali setahun pun seperti yang dimaklumkan tapi saya rasa
masih lagi ada isu-isu serius pencemaran yang harus dilihat oleh Kerajaan Negeri.
Adakah Kerajaan Negeri sebagai contoh mempunyai rancangan untuk upgrade the
water quality of Sungai Juru yang kini saya difahamkan berada di kelas tiga katakan to have
a plan to improve it to class two (2) for example dan what is the plan how are? Kalau ada
apakah rancangan-rancangan itu dan bagaimana rancangan itu akan dicapai, saya ingin
memetik satu nelayan yang duduk di kawasan sini yang dinyatakan dalam satu buku "bukan
saya tidak mahu kemajuan saya bukan menghalang kilang-kilang didirikan tapi kenapa
perancangan begitu teruk sekali? Kenapa membiar kilang-kilang mencemar sungai kita, pasti
mereka tahu kampung kami di sini di muara sungai sudah tentu mereka juga tahu kami
bergantung kepada sungai untuk meneruskan kehidupan kami. Kami adalah nelayan-nelayan
apa yang kami buat apa yang kami boleh buat sekarang?" Petikan ini adalah daripada seorang
nelayan yang dibuat dalam tahun 1976 dalam satu buku cetakan Pencemaran Kuala Juru
Berjuang Untuk Hidup. This is a book that produce 40 years ago Yang Berhormat dan di dalam
sana memang dah pada ketika itu Sungai Juru sudah pun mengalami pencemarannya agak
serius. Di masa pada ketika itu dalam sungai ada lebih 30 jenis ikan yang boleh ditangkap
pada masa itu ada senangin, kurau, siakap, siakap tengah, siakap putih, jenahak dan lain-lain
lagi. Hari ini hanya tinggal lima (5) jenis itu pun 1979 tapi kita lihat hari ini kita di Sungai Juru
Kuala Juru kawasan sana masih lagi mengalami masalah pencemaran yang besar dan saya
rasa sedih sebab kawasan itu saya lihat adalah satu kawasan yang cukup besar potensi untuk
dijadikan satu kawasan eco tourism and it is a river of life and we should try our best to do
everything we can Yang Berhormat untuk memulihkan sungai ini. Terima kasih.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Terima kasih Bukit Tengah, saya pun berkongsi harapan dengan Bukit Tengah agar
sungai-sungai di negeri kita dapat dipulihkan ke tahap yang lagi baik . Memang sesuatu yang
amat malang sekali hampir semualah boleh dikatakan sungai-sungai kita mengalami
pencemaran yang begitu teruk dan saya rasa tindakan Kerajaan Negeri adalah untuk
menangani pencemaran di punca I think we have to address the source of the problem dan
antara tindakan yang telah dibuat adalah juga untuk meluluskan Enakmen Penternak Babi
2016 yang akan mewajibkan penternak-penternak babi untuk menggunakan sistem yang
tertutup, saya rasa ada by end of this year have to comply sehingga akhir tahun ini compliant
kerana antara penyebab dan punca utama pencemaran sungai adalah sisa-sisa daripada
ladang ternakan babi ini.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim):
Minta laluan Tanjung Bunga, ya tentang isu pencemaran sungai. Jadi ADUN Tanjung
Bunga juga dah katakan bahawa punca kita kena cari punca. Jadi punca itu memang telah
kita kenal pasti. Kalau untuk Sungai Pinang kawasan saya adalah di hilir Sungai Pinang. Di
mana telah dapat kenal pasti bahawa punca-punca yang mengeluarkan sisa-sisa sama ada
pelepasan air kumbahan atau air sisa atau sisa minyak atau dari bengkel-bengkel yang sama
ada berlesan atau tidak berlesen telah beberapa tahun sebelum itu telah dikenalpasti. Cuma
punca itu masih keluarkan air buangan itu.
Jadi walaupun ada teknologi iQPR yang berjuta ringgit untuk kita membuat rawatan
80
kualiti air sungai, tetapi ia telah berbalik kepada kualiti yang dahulu yang mana sasaran kita
kualiti air sekurang-kurangnya ke kelas dua. Sekarang balik kepada kelas ketiga,
kemungkinan saya rasa keempat. Jadi punca itu saya nak tegaskan di situ. Punca, kita sudah
kenalpasti cuma apakah tindakan, saya tak tau Task Force empat (4) kali bermesyuarat
setahun dan jawapan yang didapati oleh saya di sini, statistik tindakan penguatkuasaan oleh
JAS di kawasan Sungai Pinang DTL dari 2014 hingga April, untuk 2018 kompaun satu sahaja,
notis arahan 11, mahkamah 1. Kalau 2017 kompaun 4, notis arahan 0, tindakan mahkamah
4. Kalau untuk sekarang hingga April, kompaun tak ada. Notis arahan, 1. Tindakan
mahkamah, tak ada. Jadi saya rasa kalau punca dah dikenal pasti, boleh tak kesedaran
awam, kesedaran daripada kesedaran rakyat jelata, kita tau. Kita mesti ada kesedaran rakyat
jelata. Tetapi, yang untuk mereka yang mencemari kualiti sungai kita, yang mencemarkan
sungai kita masih degil. Adakah tindakan perlu diambil dengan lebih tegas, supaya supaya
matlamat kita boleh capai? Terima kasih.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Terima kasih Sungai Pinang. Saya setuju tindakan penguatkuasaan harus ditegaskan,
diambil dengan lebih tegas. Kerajaan Negeri akan ambil serius perkara ini, dan kita akan
mengambil tindakan susulan. Saya akan melihat kepada isu-isu tersebut. Tapi juga bagi
makluman Yang Berhormat, skop untuk memulihkan Sungai Pinang juga akan termasuklah
dalam RTB Sungai Pinang. Jadi kita harap dengan penaiktarafan Sungai Pinang itu, juga kita
dapat pada masa yang sama menanggani punca-punca pencemaran tersebut.
Saya beralih kepada Seri Delima yang menyentuh mengenai infrastruktur yang sudah
lama di mana longkang dan sistem perparitan perlu diperbaiki bagi mencerminkan konsep
bandaraya antarabangsa dan permintaan ADUN untuk tujuan sedemikian, selalunya tersekat
kerana tidak ada dana.
Untuk makluman Yang Berhormat, JPS bertanggungjawab untuk menguruskan sungai
dan sebahagian parit monsoon. Manakala sistem perparitan dalaman adalah di bawah
bidang kuasa PBT atau JKR bergantung kepada lokasi. Semua agensi banyak melaksanakan
kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan naik taraf sepanjang tahun berdasarkan
keperluan semasa. Tidak dinafikan, terdapatnya kekangan peruntukan untuk menukar atau
menaik taraf semua sistem saliran lama. Walau bagaimanapun, cadangan dan permohonan
setiap ADUN akan dipertimbangkan sewajarnya mengikut keutamaan dan keperluan untuk
dilaksanakan menggunakan sumber peruntukan yang boleh diguna pakai. Kalau sekiranya
Yang Berhormat Seri Delima, ada mana-mana kes yang dirasakan sebagai kritikal, mungkin
boleh dibawa ke perhatian saya, dan kita akan lihat.
Yang Berhormat Sungai Dua, ada memohon agar projek RTB yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan lancar, dan disegerakan memandangkan kerajaan telah pun
sama. Sepertimana yang telah saya sebutkan awal tadi, Kerajaan Persekutuan Pakatan
Harapan sememangnya prihatin terhadap masalah banjir yang dihadapi rakyat Pulau Pinang
dan telah pun meluluskan hampir RM200 juta bagi projek-projek RTB di negeri ini. Status
semasa bagi projek-projek yang telah diluluskan adalah seperti berikut :
(i) Untuk RTB Sungai Pinang – Rekabentuk terperinci telah dimulakan pada 1 Mac 2019. Inception Report disiapkan pada 10 April 2019, dan kini perunding dalam peringkat penyediaan Preliminary Report. Bagi kerja-kerja ukur, telah dimulakan pada 22 April 2019 dan kini dalam penyediaan pelan ukur kejuruteraan;
(ii) Untuk RTB Pondok Upeh – Rekabentuk terperinci dalam peringkat memuktamadkan TOR oleh JPS (terma rujukan);
81
(iii) Untuk RTB Teluk Kumbar – Dalam penyediaan surat setuju terima, oleh pihak jabatan dan akan dikeluarkan setelah kelulusan perlanjutan sah laku tender diperolehi. Permohonan sah laku tender telah dikemukakan kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui surat bertarikh 1 Mac 2019;
(iv) Untuk RTB Teluk Bahang – Dalam peringkat memuktamadkan terma rujukan oleh JPS; dan
(v) Untuk RTB Sungai Kechil juga sama dalam peringkat memuktamadkan TOR.
Selain daripada projek-projek RTB yang telah diluluskan ini, JPS Pulau Pinang melaui
JPS Malaysia pada masa ini sedang mengangkat permohonan peruntukan di bawah Rolling
Plan Ke-4 Rancangan Malaysia Ke-11 tahun 2020, bagi pelaksanaan Kajian Keberkesanan
Penyelesaian Banjir Jangka Panjang di Negeri Pulau Pinang Termasuk Daerah Kulim dan
Bandar Baru di Negeri Kedah. Ni yang saya sebut tadi, sebagai jawapan kepada Yang
Berhormat Jawi pagi tadi dengan anggaran RM10juta kos kajian tersebut. Melalui pelbagai
saluran, Kerajaan Negeri sentiasa menyusuli sokongan Kerajaan Persekutuan untuk
mempertimbangkan kelulusan kesemua projek RTB yang dimohon demi keselesaan dan
keselamatan rakyat Pulau Pinang.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Dua juga ada membangkitkan isu
kumbahan ternakan khinzir, yang dilepaskan terus ke dalam sungai di Kampung
Selamat. Sebagai makluman, Kerajaan Negeri pada 18 hingga 21 April telah melaksanakan
operasi bersepadu ke atas ladang khinzir di Kampung Selamat melibatkan Jabatan Veterinar
Pulau Pinang, MPSP dan juga JAS. Sebanyak 48 ladang ternakan khinzir, telah diperiksa
daripada 75 ladang di Kampung Selamat. MPSP telah mengambil tindakan di bawah undang-
undang yang berkaitan dimana kompaun telah dikeluarkan bagi kesalahan lepasan terus
ataupun direct discharge kepada 17 ladang. Kompaun bagi kesalahan membakar bangkai
khinzir kepada 5 ladang dan kompaun bagi kesalahan membakar najis khinzir kepada 2
ladang, dan kompaun bagi kesalahan lesen tamat tempoh ke atas 12 ladang. Manakala notis
kacau ganggu semak samun di kolam dikeluarkan kepada dua (2) ladang dan notis kacau
ganggu longgokan najis kering kepada tiga (3) ladang. Keseluruhannya 36 kompaun dan lima
(5) notis telah dikeluarkan kepada penternak khinzir terbabit.
Hasil pemantauan mendapati banyak kolam kumbahan, tidak diselenggara dengan
baik dan ada yang tidak menggunakan kolam kumbahan sedia ada. Kerosakan yang berlaku
tidak diatasi dengan segera, menyebabkan sistem kumbahan tidak berfungsi dengan baik dan
akhirnya menyebabkan direct discharge. Khidmat nasihat telah diberikan kepada penternak,
agar memastikan sistem kumbahan berfungsi dengan baik. Pemantauan berterusan akan
dilakukan, untuk memastikan pematuhan pada masa hadapan. Tindakan penguatkuasaan
juga, akan diperluaskan lagi ke atas ladang-ladang lain.
Saya juga ingin memberi maklum balas kepada cadangan yang Berhormat Jawi agar
Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian terhadap kawasan-kawasan di Jawi yang berada
di bawah paras air laut dan juga permintaan maklumat berkenaan projek-projek yang
dicadangkan untuk mengatasi banjir di kawasan berkenaan.
Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, antara projek yang telah dicadangkan
untuk mengatasi masalah banjir di KADUN Jawi adalah projek menaik taraf Kapasiti Pam di
Rumah Pam Sanglang. Status semasa projek, adalah di peringkat lantikan perunding bagi
kajian reka bentuk terperinci yang akan dilaksanakan pada Mei 2019. Pelaksanaannya kelak
akan menangani isu banji di Kampung Sanglang, Taman Penting, Taman Veerapan, Taman
Helang Jaya, Kampung Che Aminah, Taman Bukit Panchor, Taman Panchor Indah, Taman
Seri Bayu, Taman Panchor Mutiara, Taman Seri Permai dan Taman Desa Permai.
Selain daripada itu, telah diluluskan juga kerja menaik taraf bekalan kuasa untuk
82
Rumah Pam Bagan Buaya di mana status semasa projek adalah proses permohonan kepada
pihak TNB, bagi meningkatkan bekalan kuasa daripada sistem diesel kepada bekalan kuasa
elektrik. Setelah siap dilaksanakan, ianya dapat memberi manafaat dalam menangani
masalah banjir di kawasan Taman Cenderawasih, Taman Desa Jawi, Flat Desa Jawi dan IKS
Nibong Tebal.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jawi juga mengajukan soalan sama ada kerja-
kerja mendalamkan Sungai Jejawi telah dijalankan serta perincian kedalaman sungai,
sekiranya telah dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerja-kerja mendalamkan
Sungai Jejawi telah dilaksanakan pada 5 Januari 2018 dan siap sepenuhnya pada 5 Mac
2018. Kerja korekan telah dilaksanakan sepanjang 3km, dan Sungai Jejawi telah pun
didalamkan kepada 1.5 hingga 2.0 meter. Bagi makluman Yang Berhormat, kerja pengorekan
seterusnya dijadualkan untuk dilakukan pada tahun 2020.
Yang Berhormat Jawi, selanjutnya telah membawa isu mengenai Sungai Tengah yang
semakin cetek dan menyukarkan bagi sampan atau perahu nelayan untuk melalui sungai ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, perkara ini telah diteliti dan akan ada perancangan
untuk kerja-kerja mendalamkan Sungai Tengah. Pihak JPS telah menyenaraikan projek ini
sebagai salah satu projek, yang akan dimohon oleh JPS Daerah SPS bagi kerja-kerja
kecemasan mengatasi masalah banjir di Daerah Seberang Perai Selatan. Permohonan ini
akan dipohon, melalui Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir yang dijadualkan akan
bermesyuarat kali kedua untuk tahun ini pada 21 Mei 2019 yang akan datang.
Yang Berhormat Jawi, memang suka isu-isu sungai ada juga membangkitkan tentang
cadangan untuk membina rumah pam, dan membuat kerja naik taraf di Taman Penting yang
masih belum mempunyai sebarang maklum balas sejak 9 November 2018.
Sebagai makluman Yang Berhormat, MPSP telah pun menyiapkan kertas kerja bagi
mengatasi masalah banjir di Taman Penting dan kawasan sekitarnya, setelah selesai kajian
dan penelitian. Kertas kerja ini akan dibentangkan kepada Jawatankuasa MMK Tebatan
Banjir yang dijadualkan sepertimana saya sebut tadi.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya beralih kepada Yang Berhormat Batu Uban yang
telah menyuarakan hasrat agar Kerajaan Negeri membuat kerja-kerja tebatan banjir di
kawasan Halaman Sentosa, Minden Height dan juga Bukit Gambir ya, agar dapat
dipercepatkan.
Bagi makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui JPS, JKR dan MBPP telah
pun mengenal pasti punca kejadian banjir kilat di Halaman Sentosa, Minden Heights, dan juga
Taman Sunway, Bukit Gambir. Kalau kita lihat kepada Taman Sunway dahulu, profil topografi
hulu Sungai Dua di tapak USM iaitu di atas Bukit Gambir tersebut adalah topografi yang
berbukit, berbanding dengan kawasan Taman Sunway yang adalah tanah rata. Ini menjadi
antara faktor penyebab ia berlakunya banjir kilat, apabila parit JKR yang sedia ada tidak dapat
menampung kapasiti. Sekiranya hujan lebat berlaku di atas kawasan bukit, air permukaan
akan mengalir dengan pantas ke kawasan taman tersebut dan akan bertakung dan melimpah
seterusnya menyebabkan banjir.
Selain daripada itu, profil berbukit di Bukit Gambir mendatangkan risiko hakisan dan
mendapan yang menyebabkan pasir dan kelodak akan termendap di dalam sistem perparitan
taman. Ini menyebabkan paras perparitan menjadi semakin cetek, sehingga keupayaan parit
sedia ada tidak dapat menampung kapasiti air larian permukaan, dan berlaku limpahan air
serta banjir kilat, khususnya sewaktu hujan lebat.
Jadi bagi mengatasai masalah banjir di Taman Sunway ini, JPS DTL dalam
perancangan untuk melencongkan aliran air dari up stream terus ke Sungai Dua iaitu Yang
83
Berhormat kita daripada air yang daripada bukit itu daripada memasuki kawasan perumahan
Taman Sunway, kita akan buat satu diversion satu lencongan daripada atas sehingga ke down
stream Sungai Dua, jadi dia akan bypass lah. Jadi diharap dengan pintasan ini, kita dapat
selesaikan isu tersebut.
Pada masa ini, pihak JPS dalam proses penyediaan pelan ukur (survey plan) untuk
tujuan permohonan kelulusan penggunaan tanah kawasan lapang daripada Pihak Berkuasa
Negeri, dan juga lapangan sasar (shooting range) daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah
dan Galian, sebab bila kita turun ke down stream Sungai Dua, itu merupakan tanah PTP. Jadi
kita perlu membuat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan.
Manakala bagi mengatasi masalah parit yang rosak di kawasan tersebut, pihak JKR
telah merancang kerja-kerja pembaikan dalam program yang telah diluluskan, pada tahun ini
dan dijangka akan dilaksanakan pada bulan Julai 2019. Bagi Halaman Sentosa, Minden
Heights pula, banjir berlaku kerana kawasan tersebut sebenarnya berbentuk lembah, dan
secara semula jadi akan menjadi pusat takungan air. JKR akan diminta untuk membuat kajian
bagi mencari penyelesaian kepada masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil perhatian ke atas perbahasan Yang Berhormat
Batu Lancang, dan khususnya Yang Berhormat Sungai Pinang yang sungguh menyayat
hati. Banjir sememangnya menyebabkan kesan yang besar ke atas kehidupan otang
ramai. Rintihan rakyat tidak boleh diambil ringan, dan Kerajaan Negeri memang komited
untuk membawa penyelesaian dan bukannya memudaratkan lagi mana-mana keadaan
melalui projek tebatan banjir. Justeru, saya ingin memberi sedikit pencerahan mengenai isu
banjir yang kian berlaku di kawasan Jelutong.
Sungai Jelutong merupakan cabang kepada Sungai Pinang, dan pada asalnya akan
membawa keseluruhan beban air dari hulu kawasan lembangan Sungai Jelutong ke Sungai
Pinang, sebelum mengalir ke laut melalui muara Sungai Pinang.
Pada tahun 1970an, bagi mengurangkan beban ke atas Sungai Pinang, Majlis
Perbandaran pada ketika itu telah membina pintasan bawah tanah yang kita kenali sebagai
Sungai Jelutong Underground Diversion, untuk tujuan untuk melencongkan sebanyak 60
peratus aliran air dari hulu lembangan Sungai Jelutong terus ke laut. Dengan adanya Sungai
Jelutong Underground Diversion ini, maka beban ke atas Sungai Pinang telah
berkurangan. Kalau dulu 100% air dari hulu akan terus ke Sungai Pinang, kini dengan
underground diversion hanya 60% ataupun sepatutnya 60%.
Hari ini oleh kerana pembetung kekotak box culvert, yang dibina hampir 50 tahun
dahulu sudah pun menemui jangka hayatnya. Maka ia perlu diperkukuhkan, bagi memastikan
ia dapat berfungsi dengan baik dan selamat di masa depan. Inilah objektif projek
penaiktarafan yang sedang dilaksanakan. Sekiranya pembetung ini tidak diperkukuhkan,
maka ia mampu membawa bencana yang serius ke kawasan sekitar apabila strukturnya yang
sudah uzur, tidak dapat lagi menahan beban dan runtuh.
Untuk makluman, kejadian banjir yang sering berlaku di kawasan Jelutong pada waktu
ini, adalah disebabkan berbagai faktor termasuk gangguan aliran air di kedua-dua cabang
aliran keluar Sungai Jelutong iaitu di aliran masuk Sungai Jelutong Underground Diversion, di
mana kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan serta di aliran keluar Sungai Jelutong Asal ke
Sungai Pinang iaitu melalui apa yang dimaksudkan oleh monsoon drain ia. Oleh kerana kerja-
kerja penaiktarafan Sungai Jelutong Underground Diversion terpaksa dilakukan di bawah
tanah, ditambah lagi dengan kekurangan kawasan kerja serta faktor keselamatan pekerja
yang melakukan kerja di bawah tanah, maka aliran air perlu dikawal dan juga disalurkan
secara terkawal.
Perkara ini merupakan kekangan yang besar yang terpaksa dihadapi sewaktu
84
pembinaan projek. Bagi saliran air yang keluar melalui Sungai Jelutong Asal, aliran air turut
terhalang akibat pembangunan yang pesat di kawasan sekitar itu yang telah mengecilkan
kelebaran asal sungai tersebut. Selain itu, pembinaan struktur-struktur secara tidak sah di
atas laluan Sungai Jelutong ini juga mewujudkan halangan atau bottleneck sehingga kerja-
kerja penyelenggaraaan sukar dilaksanakan secara berkesan. Perkara ini telah
mengakibatkan 40% aliran air yang sepatutnya disalirkan ke Sungai Pinang tidak dapat
mengalir dengan lancar dan sebaliknya, telah berlaku backflow yang menolak air balik ke
Sungai Jelutong Underground Diversion. Dalam erti kata lain, saliran Sungai Jelutong
Underground Diversion kini terpaksa menampung hampir 100% aliran air dari lembangan
Sungai Jelutong. Inilah antara penyebab banjir di kawasan Jelutong sementara magnitud
banjir di lokasi hotspot seperti Jalan P. Ramlee telah berkurangan berbanding dahulu. Saya
rasa Yang Berhormat Datok Keramat pun tahu. Ini sebenarnya satu prinsip fiziklah, asas
hidrodinamik. Air ini dia tidak boleh menghilang, air ini kena pergi ke, akan cari jalan kalau dia
dah tak pergi ke kawasan P. Ramlee dia akan pergi ke tempat lain. Malangnya sekarang ini
disebabkan projek yang sedang berlangsung dan sebagainya dia pergi ke kawasan Yang
Berhormat Batu Lancang dan juga Sungai Pinang.
Inilah hakikat yang kita terpaksa terima. Walau bagaimanapun, ini bukanlah alasan
untuk mengelak kebertanggungjawapan mana-mana pihak. Penjelasan ini adalah agar kita
semua dapat memahami keadaan yang sedang berlaku adalah perlu ditekankan bahawa
projek penaiktarafan Sungai Jelutong Underground Diversion adalah amat penting bagi
memastikan kelestarian dan keselamatan struktur bagi jangka masa panjang. Pada masa
yang sama, pihak JPS sedang berusaha dengan sedaya upaya untuk menyelesaikan
permasalahan banjir di kawasan Jelutong agar tidak berlarutan.
Antara langkah-langkah jangka masa pendek bagi mengurangkan magnitude dan
kekerapan banjir adalah seperti berikut:
(i) Pertamanya bagi meminimumkan masalah banjir akibat projek ini, pemasangan Tidal Control Gate ataupun TCG di Jalan Tengku telah digunakan untuk menggantikan gabion weir yang dipakai sebelum ini dan kita pun telah pun membuat modifikasi ke atas Tidal Control Gate tersebut atas cadangan Yang Berhormat Batu Lancang untuk meningkatkan aliran air melancarkannya.
(ii) Bagi mengurangkan kekerapan banjir di Solok Van Praagh dan Jalan Sir Ibrahim, pihak Kerajaan Negeri telah meminta pihak Pemaju SP Setia untuk merekabentuk kolam takungan di kawasan pemajuannya.
(iii) Bagi banjir di Kampung Pokok Asam pula, pemasangan poker pump oleh pihak kontraktor serta mobile pum kepunyaan JPS di pertemuan Jalan Tengku dan Solok Tengku akan membantu untuk mengeluarkan air dari kawasan tersebut ke muara Sungai Pinang. Malangnya tempoh hari berlaku pencurian bateri pam JPS menyebabkan tidak dapat berfungsi sewaktu hujan lebat. Pada masa yang sama perlu diingati bahawa penempatan Kampung Pokok Asam ini adalah kawasan beraras rendah dan dikelilingi banyak pembangunan yang besar. Tambahan pula, aliran keluar air dari kawasan ini juga akan terkekang dangan faktor pasang surut.
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:
Yang Berhormat, 1 jam 15 minit dah.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Saya nak cepatkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi isu kekerapan banjir di
Kampung Madrasah pula, antara faktornya adalah sistem saliran dalaman kampung yang
tidak sistematik dan dibelenggu isu sampah. Tempoh hari juga berlaku kegagalan pam di
85
kampung tersebut apabila sampah tersangkut dan menyebabkan pam itu trip walaupun
memang terdapat faktor backflow dan kekangan daripada projek Sungai Jelutong
Underground Diversion yang turut memudaratkan keadaan banjir di kawasan ini, kampung ini
juga beraras rendah dan sememangnya kawasan mudah banjir.
Dan tambahan kepada isu-isu di atas, terdapat lagi satu faktor yang menyebabkan
banjir khususnya di kawasan Bukit Dumbar, Kampung Pokok Assam dan Kampung Madrasah,
iaitu projek terbengkalai oleh pemaju JKP. Oleh kerana projek perumahan JKP ini tidak
disiapkan, maka sistem saliran air yang sepatutnya mengalir ke pembentung S24 tidak dapat
dihubungkan. Ini mengakibatkan backflow daripada kawasan Bukit Dumbar. Dia sebenarnya
kalau kita lihat ada paras tinggi di tengah-tengah di Kampung Madrasah dan Bukit Dumbar.
Jadi air yang sepatutnya di kawasan Bukit Dumbar tidak mengalir ke dalam Kampung
Madrasah, tapi oleh kerana projek JKP tersebut terbengkalai maka air yang sepatutnya masuk
ke dalam pembentung cover as S24 tersebut tidak dapat masuk dan ia menjadi backflow
kepada Kampung Madrasah dan seterusnya Kampung Pokok Assam dan lain-lain kampung
dan kawasan di jalan tersebut. Ini menyebabkan banjir dan sudah tentu membebankan lagi
kawasan tersebut.
Projek penaiktarafan Sungai Jelutong Underground Diversion akan siap menjelang
Oktober 2019. Dengan penyiapan projek ini, maka aliran air yang melalui pintasan bawah
tanah tidak lagi akan tergangu dan seterusnya mempercepatkan lagi aliran keluar air dari
kawasan Jelutong. Pun begitu, sebagai langkah jangka masa sederhana dan panjang, JPS
juga akan membina satu pembentung lencongan another diversion beserta rumah pam di
kawasan Solok Tengku bagi melancarkan lagi aliran keluar air dari kawasan Pokok Asam dan
Kampung Madrasah. Consultant, perunding bagi projek tersebut sedang mereka bentuk
diversion covered tersebut.
Tambahan juga, permasalahan banjir di seluruh kawasan Jelutong akan juga ditangani
melalui pelaksanaan projek RTB Sungai Pinang yang akan merangkumi kerja-kerja
rehabilitasi kawasan Sungai Jelutong Asal.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Pinang juga telah membangkitkan
persoalan sama ada pampasan boleh diberikan kepada mangsa yang ditimpa bencana banjir
berulang kali di Kampung Pokok Asam. Untuk makluman Yang Berhormat, berkenaan
tuntutan pampasan kepada magsa banjir yang telah dikemukakan melalui Pejabat Ahli
Parlimen Jelutong, Kerajaan Negeri melalui JPS telah mengarahkan pihak kontraktor
menyemak insurans projek untuk melihat sekiranya pampasan boleh diberikan oleh kontaktor
terlibat kepada mangsa-mangsa banjir. Pada masa ini siasatan sedang dijalankan oleh pihak
Adjustor Insurans. Jadi kita tunggu hasil daripada itu dan kita akan ambil langkah seterusnya
berdasarkan kepada keputusan pihak insurans.
Yang Berhormat Sungai Pinang juga telah membangkitkan soalan sama ada Kerajaan
Negeri boleh mempercepatkan pelaksanaan program jangka masa panjang bagi menangani
pencemaran sungai di Sungai Pinang. Ini saya rasa telah pun saya jawab iaitu melalui
RTB Sungai Pinang. Ada lagi satu isu dibangkitkan oleh Sungai Pinang dan juga Yang
Berhormat Batu Lancang, iaitu yang berkait dengan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran
yang dikatakan tidak begitu responsive. Saya telah berbincang dan memberi nasihat kepada
beliau agar meningkatkan prestasi dan juga perlu lebih responsif kepada wakil rakyat
sepertimana saranan Dato’ Yang di-Pertua juga pada waktu itu. Saya difahamkan ibu pejabat
JPS Malaysia juga ambil maklum pekara ini dan akan memerhatikan isu ini.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua kalau saya boleh sambung. …(gangguan).
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim):
Boleh beri penjelasan, saya berterima kasih kepada Tanjung Bunga atas penjelasan
86
yang begitu in details. Cuma satu soalan bahawa kalau katakan projek penaiktarafan
lencongan Underground Diversion Sungai Jelutong itu kalaulah banjir yang berlaku di
kawasan Pokok Asam, Kampung Madrasah, Bukit Dumbar disebabkan ada projek JKP yang
terbengkalai disebabkan tanah yang rendah. Tetapi kena ingat, sebelum itu tiada kekerapan
banjir sebegini. Jadi yang saya nak tau apakah masalah dengan projek tersebut? Adakah
disebabkan ada satu term bahawa “details omitted”, di mana monsoon drain itu tidak diambil
kira? Maka backflow berlaku? Ini adalah planning kena buat bukan sahaja untuk local planning
sahaja, sungai itu sahaja, tetapi kawasan berdekatan itu kena ambil kira. Jadi saya nak tau
adakah konsultan itu yang perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan juga projek di
bawah JPS dan tanggungjawab bersama? Sebab penduduk tetap tertanya tanya. Saya tak
dapat memberi jawapan. Terima kasih.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Ya, terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang seperti yang saya telah jelaskan tadi
sememangnya faktor banjir di kawasan tersebut, tiga-tiga kampung tersebut. Sebenarnya
faktornya banyak dan sudah tentu ganguan aliran air disebabkan oleh projek penaiktarafan
Sungai Jelutong Underground Diversion adalah antara salah satu sebabnya dan dia seperti
perfect storm ia di mana semua faktor-faktor datang sekali dan menjadikan keadaan sangat
teruk. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sungai Pinang bahawa dulu banjir tidak kerap dan
oleh kerana semua faktor-faktor yang telah saya nyatakan tadi sekarang banjir menjadi lebih
kerap dan oleh sebab itupun kita bukan duduk diam. Semua langkah-langkah yang telah
diambil saya pun telah sebutkan tadi dan antara langkah yang amat penting adalah untuk
membuat covered to daripada monsoon drain terus kepada muara Sungai Pinang agar dapat
memintas. Sebab sekarang ini kita melihat memang ada sekatan yang berlaku. Ia di mana
monsoon drain itu tidak dapat discharge kerana aliran yang lebih kuat daripada Sungai
Jelutong Underground Diversion.
Jadi kita ambil kira pekara tersebut dan kita, sebab itu JPS minta konsultan untuk buat
masukkan dalam skop agar pekara itu dapat dilaksanakan dan boleh membantu kawasan
Yang Berhormat. Saya harap Yang Berhormat boleh faham.
Tuan Yang di-Pertua saya nak habiskan. YB. Batu Lancang…(gangguan).
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):
Beri laluan YB. Tanjung Bunga, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.
Isu-isu yang dibangkitkan itu memang quiet terpencil, saya faham apa yang diceritakan
dibagitau kepada kami yang penting itu saya ingat telah pun tujuh (7) kali tempat Sungai
Pinang dengan kawasan kami affected banjir. Dalam masa tujuh (7) kali ini telah lebih
kuranglah 5 bulan Disember start until today la. Bagi saya pandangan saya ia adalah satu
yang failure adalah professional religent sebagai seorang engineer consultant yang memberi
nasihat kepada JPS. Dia kena bertanggungjawab bukan yang kita yang kena
bertanggungjawab. Dia telah mengambil fee yang lebih tinggi fee saya ingat difahamkan
projek fi itu for that particular fee adalah RM13.3 million kalau mengikut skill yang mereka
dapat tu ten percent ialah mendapat RM1.3 juta macam itulah fee yang dia dapat tetapi
susahnya rakyat kita yang susah kawasan-kawasan kami susah. Kalau dalam masa sebulan
tak dapat seattel faham, dua (2) bulan okey, dah lima (5) bulan kawasan kami berlaku dan
berlaku moonson sekarang ialah season sekarang ialah monsoon. Projek ini akan habis bulan
Disember, dapat tak Yang Berhormat, dapat tak yang consultant punya gurantee tempat ini
tak akan banjir lagi dalam masa enam (6) bulan ini.
Kita memang takut setiap malam hujan kita banjir, ada tak consultant ini boleh janji
tengah tahun ini kita akan lena tidur tanpa ganguan ataupun masih lagi yang dia dapat duit
kita yang mengalami kesusahan yang kita ini sebagai, yang kita ini memang kena jawab. So
87
haraplah dia sebagai professional yang mendapat fee yang begitu tinggi mengikut apa itu
under the skill of fee box under engineering Malaysia, memang tinggi. So harap haraplah dia
bantu kita.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Nak tambah?
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim):
Nak jelas sikit sebab di sana juga ada satu tadika di mana pendidikan budak-budak
telah terjejas sebab banjir yang begitu kerap itu. Datok Keramat sekarang dia boleh tidur lena
tetapi kita bila hujan sahaja, kita sekarang kita yang merana haa.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh)
Dato’ Speaker, Dato’ Speaker,
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:
Kebenaran daripada Tanjung Bunga.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh)
Saya hendak sebut sesuatu jangan kata tak akan berlaku, boleh tidur lena, jangan
never ever say that kerana apa yang berlaku apabila Zairil cakap macam itu, semua kena
banjir. Ingat tak Stars headline dia bagitau kita semua hari boleh tidur lena, petang semua
kena banjir, so sila tarik balik Sungai Pinang..(Ahli Dewan ketawa).
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim):
Tarik balik, tarik balik.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh)
Tarik balik supaya saya boleh tidur lena.
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim):
Kita semua tidak boleh tidur lena, kita semua tidak boleh tidur lena, tetapi saya nak
tengok ciri-ciri akauntibiliti, sama ada daripada pihak mana pun, consultant kita mengaji,
consultant bayaran begitu tinggi. Jadi bila ada masalah siapa yang akan bantu? Kanak-kanak
tu? Bantu guru-guru. Kita yang turun bantu mereka. Jadi tak betul, saya rasa tak betul.
Ahli Kawasan Tanjung Bungah (YB. Zairil Khir Johari):
Terima kasih-terima kasih. Ulasan, syor, cadangan daripada Batu Lanchang dan
Sungai Pinang. Kita semua ambil maklum dan kita akan melihat kepada isu
kebertanggungjawaban dan nasib baik Sungai Pinang dah tarik balik. Jangan. (Cakap Cina)
Aaa..takut saya.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):
Yang Berhormat.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Saya rasa saya perlu teruskan sebab ada banyak lagi. …(gangguan).
Ahli Kawasan Batu Lanchang (YB. Ong Ah Teong):
Saya nak satu jawapan. Saya nak satu jawapan tentang di kawasan saya. Tadi kata
nak buat kolam takungan. Kolam takungan telah saya kita berbincang dua bulan yang lepas.
Sampai sekarang dia masih juga tidak berhasil. Saya nak tau bila kolam takungan yang boleh
dibuat. Itu yang saya nak kepastian di sini.
88
Ahli Kawasan Tanjung Bungah (YB. Zairil Khir Johari):
Okey, yang itu kita akan semaklah.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):
Dua (2) bulan dah. Jangan semak lagi. Sudahpun dua bulan saya tak boleh tidur.
Jangan semak, sudahpun dua bulan. Perbincangan, meeting itu telah dua bulan berjalan. So,
kita cadangkan adanya kolam dan setuju dan perlebaran yang lebih kurang lagi tinggal 50
meter masih belum buat perlebaran. Itu pun kita dah nak buat juga. Tapi masih lagi tak jalan
lagi. So, harap-harap janganlah tunggu lagi. Berikan satu kepastian.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Baik. Baik. Saya pun harap Yang Berhormat supaya disegerakan.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):
Agaknya bila boleh dapatkan itu jawapan?
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Sebenarnya ada dua tahun pun tunggu lagi lah…(gangguan).
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):
Itu saya ingat bukan satu alasan.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Ya. Yang Berhormat. Saya nak teruskan…(gangguan).
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:
Tanjung Bunga teruskan.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):
Kita memang nak tau. …(gangguan).
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Okey, okey Yang Berhormat. Saya dah jawab. Saya rasa saya dah. Lama saya jawab
hanya isu Yang Berhormat dengan Sungai Pinang. Ada Yang Berhormat lain juga yang perlu
saya jawab.
Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong):
Saya cuma nak tau saja bila kolam itu akan dibuat? Senang saja.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Kalau saya ada jawapan saya boleh bagi. Masalahnya saya kena semak.
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:
Batu Lancang, saya minta you tanya soalan ini selepas di luar la. Okey, terima kasih.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Okey, Yang Berhormat Pantai Jerejak. Memandangkan tidak ada dalam dewan. Maka,
saya akan bagi jawapan bertulis. Ada beberapa isu dibangkitkan. Okey, saya masuk kepada
Yang Berhormat Penanti. Ini bukan isu banjir. Ini isu air, bekalan air. Merujuk kepada isu yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penanti, Penanti iaitu terdapat empat projek penggantian
paip lama yang telah siap dilaksanakan di KADUN Penanti bermula pada tahun 2013 hingga
89
2018 oleh PBA.
Antara projek-projek tersebut adalah penggantian sesalur bergaris pusat 100mm AC
dan 150mm UOPVC kepada 150mm besi mulur dan 180mm HDPE di Jalan Guar Terus.
Penggantian sesalur bergaris pusat 100mm UPVC kepada 180 mm HDPE di Lebuh
Banting. Penggantian sesalur bergarispusat 100mm AC kepada paip bergarispusat 125mm
HDPE di Lot 159 Kampung Pelet, Bukit Mertajam. Penggantian paip air 100mm AC kepada
150mm D.I di Kampung Kubang Semang.
Selain daripada itu, terdapat tiga projek dalam perancangan bagi kerja-kerja
penggantian paip lama yang akan dilaksanakan di KADUN Penanti untuk tahun 2019 hingga
2023 oleh PBAPP. Antara projek-projek tersebut adalah penggantian paip di Kampung Tanah
Liat (Abdul Rahman Kopi), Bukit Mertajam juga di Simpang Tiga Kubang Ulu, Seberang Perai
Tengah dan juga di Kampung Mengkuang Titi, Seberang Perai Tengah.
Tuan Yang di-Pertua. Selaras dengan Visi Penang2030, A Family Focused, Green And
Smart State To Inspire The Nation. Perlaksanaan sesebuah bandar pintar sememangnya
perlu didokong oleh dengan infastruktur yang menyeluruh terutamanya infrastruktur
telekomunikasi. Ini yang terakhir. Ini adalah penting bagi memudahkan capaian internet oleh
setiap penduduk di negeri ini dalam memastikan seamless network connectivity antara sistem
penyampaian perkhidmatan kerajaan. Pengukuhan liputan telekomunikasi ini dapat
menambak baik perlaksanaan kerajaan elektronik ataupun e-government dapat
meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Sebagai contoh, negeri Pulau
Pinang tidak lama lagi akan melaksanakan sistem letak kereta secara pintar menerusi aplikasi
pintar Penang Smart Parking. Kemudahan infrastruktur yang mencukupi khususnya
penyediaan media tranmisi adalah penting untuk mengukuhkan liputan telekomunikasi
seterusnya memastikan aplikasi pintar ini dapat dimanfaatkan di seluruh Negeri Pulau
Pinang.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan stastik liputan komuniti yang terkini
daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia dan Malaysia (MCMC), kadar penembusan
jalur lebar bagi Negeri Pulau Pinang telah mencatatkan sebanyak 138.9 peratus iaitu melebihi
kadar nasional iaitu sebanyak 121.1 peratus. Bagi kadar penembusan jalur lebar tetap
berwayar, fixed wired broadband, Pulau Pinang telah mencatatkan 11.8% juga melebihi kadar
penembusan jalur lebar nasional iaitu 8%. Walaupun laporan prestasi ini merupakan satu
pencapaian yang boleh dibanggakan namun Kerajaan Negeri ingin meningkatkan kadar
penembusan dengan lebih luas dan lebih cepat lagi.
Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), National Fiberisation
Connectivity Plan yang diumumkan oleh Menteri Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia
adalah satu strategi Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan liputan jalur lebar dan fiber
optic secara keseluruhan selain memacu Malaysia ke arah matlamat melaksanakan teknologi
5G. Sehubungan itu, adalah penting untuk Kerajaan Negeri mengambil peluang untuk
bersama-sama Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan NFCP ini khususnya dalam
penyediaan infrastruktur yang dapat mendokong teknologi 5G.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sememangnya amat menggalakkan pemasangan fiber
optic menggantikan rangkaian kuprum oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi
agar lebih ramai rakyat Pulau Pinang dapat menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi.
Untuk itu, Kerajaan Negeri bersama-sama dengan syarikat penyedia jalur lebar utama negara
sedang berusaha untuk memastikan Negeri Pulau Pinang dapat mencapai 100% liputan fiber
melalui projek Gigabit City dan beberapa projek lain yang dalam perancangan.
Berdasarkan data terkini daripada pihak PDC Telecommunications dan Services Sdn
Bhd. melalui pemetaan liputan fiber secara digital oleh Sistem Maklumat Geografi Pulau
90
Pinang ataupun PEGIS, kini 50% kawasan di seluruh Negeri Pulau Pinang telah diliputi jajaran
fiber sepanjang 3,226km dengan 600km daripadanya di jalan-jalan utama negeri. Ini
bermakna, 80% jalan utama telah diliputi fiber.
Saya ingin menjawab pandangan Yang Berhormat Machang Bubuk bahawa senarai
akses rangkaian fiber yang diberikan dalam jawapan bertulis tidak begitu tepat kerana ada
sesetengan taman yang tersenarai tetapi tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan
internet berkelajuan tinggi.
Untuk makluman Yang Berhormat Machang Bubuk, senarai taman yang telah
diberikan adalah taman yang terlibat dengan jajaran fiberisasi yang disahkan oleh Unit PEGIS.
Namun, perkhidmatan internet berkelajuan tinggi iaitu Unifi masih belum ada sepenuhnya di
kawasan taman tersebut kerana perkhidmatan Unifi hanya akan dipasang sekiranya terdapat
permintaan yang mencukupi daripada pelanggan setempat. Dalam erti kata lain, jajaran fiber
itu memang sudah dipasang, cuma ada sesetengah kawasan belum diactivedkan lagi.
Berdasarkan data terkini pemasangan port Unifi yang diperolehi daripada pihak TM, kadar
utilisasi perkhidmatan jalur lebar berdasarkan pemasangan sebanyak 5,224 buah port Unifi di
kawasan Machang Bubuk, hanya 31% atau 1,645 port sahaja yang telah digunakan. Pihak
TM komited untuk memasang lagi tambahan port di mana-mana taman di seluruh kawasan
Negeri Pulau Pinang sekiranya terdapat permintaan yang mencukupi daripada para
pelanggan.
Selain daripada perkhidmatan jalur lebar sebagai pemangkin media telekomunikasi,
perkhidmatan Wifi juga merupakan salah satu medium penting yang dapat mengukuhkan
jaringan telekomunikasi rakyat Pulau Pinang. Sebagaimana yang semua sedia maklum,
perkhidmatan Penang Free Wifi pada masa kini telah dihentikan buat sementara waktu kerana
mempunyai beberapa kekangan seperti bondwidth dan liputan yang perlu dinaiktaraf.
Sehubungan dengan itu, bagi menambah baik perkhidmatan Wifi percuma, Kerajaan Negeri
sedang meneliti semula perkhidmatan ini melalui penawaran Request for Proposal yang telah
bermula pada suku pertama tahun 2019 agar kesinambungan perkhidmatan ini memberikan
impak yang lebih tinggi dan berkualiti kepada rakyat dengan implikasi kos yang lebih rendah
kepada Kerajaan Negeri.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhir kata. …(gangguan).
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Saya nak tanya. Pasal isu Mengkuang Dam memang kata nak tunggu selamat and
macam-macam tapi saya nak tau dari segi adakah nak tunggu sepuluh syarat yang baru, yang
ditentukan oleh BKSA dan PBA ke atas Kerajaan Pusat? Adakah pembukaan Mengkuang
Dam itu nak menunggu sepuluh syarat tu dan adakah pipe line baru yang yang saya diberitahu
akan, adakah pipe line baru yang saya diberitahu akan dibina di bawah parking lot Dewan
Taman Guar Perahu yang baru? Adakah ia betul-betul akan berlaku pada tahun ini? So, dua.
Pipe line baru itu berkenaan dengan air dari rumah pump Mak Sulong yang 67 juta tu pun
masih belum digunakan walaupun sudah dibuat ujian.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Sudah dibuat ujian dan sudah berfungsi tapi mungkin tidak sepenuh dia punya
kapasiti.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
So, maknanya kalau musim banjir. …(gangguan).
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Bila ada air sepatutnya dia boleh pump la.
91
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Okey. So, maknanya adakah pipe line itu juga akan baru yang 1.2 meter.
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Yang itu saya kena semak Yang Berhormat Penanti. Saya tidak pasti berkenaan
pipe line tersebut untuk penyerahan Empangan Mengkuang yakni Kerajaan Negeri sedang
meneliti samada suatu penyerahan bersyarat boleh dibuat.
Sebagai akhir kata Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi impian agar negeri Pulau
Pinang membangun maju dengan infrastruktur yang efisyen dan lestari bagi keselesaan
rakyat. Justeru Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dengan gigih melalui pelbagai platform
untuk memastikan Negeri Pulau Pinang memiliki infrastruktur terbaik selaras dengan Visi
Penang2030 bagi menyediakan kehidupan yang berdaya huni kepada rakyat. Untuk itu,
Kerajaan Negeri mengalu-alukan kerjasama semua pihak termasuk pihak swasta dan
Kerajaan Persekutuan untuk merelisasikan sebarang perancangan projek infrastruktur.
Semoga dengan kerjasama yang erat di antara semua pihak, Negeri Pulau Pinang akan terus
bergerak maju ke hadapan dan membawa kemakmuran kepada rakyat. Sekian, terima kasih.
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:
Sokong atau tidak sokong?
Ahli Kawasan Tanjung Bunga (YB. Zairil Khir Johari):
Saya mesti sokong.
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:
Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Bunga dan seterusnya kita silakan Yang
Berhormat Datok Keramat.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih kepada semua rakan-rakan ADUN saya
yang telah pun melibatkan diri dalam ucapan terhadap ucapan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-
Pertua tempoh hari dan saya harap semua akan sokong apa yang beliau menyatakan dalam
ucapan beliau di dalam memartabatkan lagi hala tuju kita sebagai Kerajaan Negeri Pulau
Pinang. Saya ingin menyentuh beberapa perkara yang telah pun dinyatakan oleh beberapa
Ahli Dewan Undangan Negeri di sini.
Walau bagaimanapun Dato’ Speaker ingin saya nyatakan dalam soalan-soalan lisan
saya yang begitu banyak. Kebanyakannya sudahpun saya menjawab tetapi kalau ada mereka
yang hadir boleh tanya untuk ulasan lanjut dan saya akan sentuh semuanya walaupun saya
telah pun sentuhnya dalam soalan lisan ataupun jawapan lisan saya.
Berkenaan pertanyaan Astaka Taman Tun Sardon, saya telah pun dengan panjang
lebar Dato’ Speaker pada pagi ini, jawab kepada Yang Berhormat Seri Delima. Berkenaan
dengan Permatang Berangan juga, beliau tidak hadir namun demikian bagi pihak, bagi
kepentingan pihak beliau Sungai Dua ada di sini. Beliau ada nyatakan tentang perancangan
untuk membina astaka di kawasan beliau. Untuk makluman Dato’ Speaker, di peringkat ini,
MPSP tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membina astaka baru di kawasan
Permatang Berangan. Ini adalah kerana wujudnya satu pasar awam yang dekat iaitu Pasar
Awam Tasek Gelugor. Di mana Dato’ Speaker, untuk makluman semua yang hadir, Pasar
Awam Tasek Gelugor mempunyai kapasiti 97 buah petak ataupun gerai untuk berniaga tetapi
malangnya sehingga hari ini walau bagaimanapun kita pun ada 97 buah petak tersebut hanya
56% yang mengisikannya. Dan ini adalah satu perkara yang menyebabkan kita tidak dapat
buat perancangan untuk satu astaka yang baru di kawasan yang berdekatan. Saya juga ingin
92
untuk kepentingan semua YB. yang membangkitkan perkara di sini walaupun tidak ada di sini.
Yang Berhormat Berapit ada menyatakan kerisauan beliau terhadap kebanjiran warga asing
di pekan Bukit Mertajam. Di mana mereka menjalankan perniagaan dengan menggunakan
lesen perniagaan warga tempatan. Now, Dato’ Speaker untuk makluman semua di sini, ini
adalah satu isu serius yang kita ambil kerana kita tidak langsung sama sekali akan
membenarkan perkara tersebut berlaku dan saya telah pun mengarahkan kedua-dua PBT.
Bukan sahaja di Seberang, sini juga. Sekiranya ada kes-kes ataupun aktiviti yang kita lihat di
mana warganegara asing menjalankan perniagaan dengan menggunakan perniagaan lesen
perniagaan warga tempatan maka kita akan ambil tindakan yang tegas terhadap peniaga-
peniaga warga tempatan tersebut yang termasuk sememangnya menutup kedai-kedai
mereka, tempat-tempat perniagaan mereka. Ini sememangnya sedang juga dibantu oleh saya
melalui EXCO Yang Berhormat Phee Boon Poh, yang melihat kepada betapa berleluasanya
yang bukan sahaja di seberang, tetapi in our own backyard. I’ve seen this before. Dekat
KOMTAR, banjir di banjiri peniaga asing. Ini satu banjir perkataan yang sudah berleluasa
sekarang juga. Tetapi itu adalah kebetulannya. Itu adalah apa yang berlaku.
Saya juga berkongsi pendapat Bagan Dalam berkenaan isu ini di mana lesen-lesen
penjaja perlu hanya dikeluarkan terhadap mereka yang layak dan saya harap kepada semua
ADUN di sini sebagai mata dan telinga saya dan Kerajaan Negeri, kalau ada aktiviti-aktiviti di
luar sana yang kamu lihat melalui diri kita sendiri ataupun melalui MPKK dan pasukan-
pasukan kita masing-masing maklum kepada Kerajaan Negeri. Maklum kepada pejabat saya.
Kita akan ambil tindakan. Itu komitmen yang saya beri kepada semua.
Saya juga mengambil berat isu yang dibangkitkan Seri Delima selain daripada apa
yang saya nyatakan tadi. Berkenaan penguatkuasaan. Isu penguatkuasaan. Daripada segi
Pihak Berkuasa Tempatan, ini adalah satu perkara yang penting untuk saya. Dan apabila kita
ambil penguatkuasaan, actually not just segi Pihak Berkuasa Tempatan, juga dari segi EXCO
Perumahan saya, we have to take action sometimes, Dato’ Speaker. I think all of you all saw
what happen in Taman Manggis. Taman Manggis menjadi satu isu negara yang dimainkan
dalam beberapa PR, Pilihanraya Kecil dari Pulau Pinang. Tapi mengapa kita ambil tindakan
penguatkuasaan Dato’ Speaker? Kerana ia perlu diambil. Kalau perlu diambil tindakan
penguatkuasaan, Kerajaan Negeri ini akan mengambil tindakan penguatkuasaan tersebut. I
don’t means my words here. Ada orang yang tak layak dalam Taman Manggis. Orang yang
salah gunakan premis tersebut, sewa kecil, orang yang sudah naik ekonomi dia walhal saya
mempunyai satu senarai begitu panjang sekali Dato’ Speaker, yang menunggu. Bagaimana
saya nak jawab pada mereka? Siapa di sini hendak ambil alih peranan saya sebagai EXCO
untuk jawab kepada mereka? Jawab sekarang. Ambil tangan. Satu pun tak boleh Dato’
Speaker, tengok. Sungai Dua pun tak boleh. Kerana perlu diambil tindakan penguatkuasaan.
Satu hari nanti apabila KOMTAR kata, dan saya setuju dengan KOMTAR. Mungkin perlu kita
lihat bagaimana kita hendak longgarkan syarat atau lihat semula kepada syarat kelayakkan.
Dan saya akan pastikan saya akan lakukan tersebut KOMTAR. Tetapi itu akan cuma berlaku
apabila saya dapat selesaikan lebih daripada 1,000 lebih atas senarai menunggu saya. Salah
satu perkara yang semua nyatakan, isu nasional. Mengapa di negara syarat ataupun had
kelayakan pendapatan RM3,000? Isi sekeluarga. Di Pulau Pinang RM1,500, mengapa? Nak
tunding jari kapada saya? Saya jawab. Kerana di Pulau Pinang, kita sudah dianak tirikan
begitu lama. Di negara Malaysia kita ada 120,000 PPR. Di Pulau Pinang berapa? Saya sudah
kata berulang kali sampai semua orang jemu, sudah tahu. 999 tak cukup. Yang itu pun semua
penuh tapi saya ada senarai menunggu. Satu hari nanti apabila sekarang saya dalam proses
bina lagi. Nasib baik kita ada Kerajaan Pusat Pakatan Harapan yang baru. Yang bakal akan
bina lebih PPR. Sudah pun dijanji satu plot tanah di Sungai Pinang yang dapat lihat 2,000.
Kalau kita boleh buat dalam 2,3 tahun ini, saya akan jumpa KOMTAR. Then we discuss. But
at this point in time, try to understand. Cuba, cuba faham beban di atas bahu saya. Bukan
93
senang. Siapa yang buat, siapa yang nak buat?
Balik pada isu penguatkuasaan. Itu jadikan saya marah la. But anyway, Seri Delima
ada kata tentang penguatkuasaan dari segi Pihak Berkuasa Tempatan, PBT. My other portfolio
now. Perumahan I’ll explain. What you have to do, you have to do Dato’ Speaker. But it is
being done in a fair manner. I always said you have to be firm, to be fair Dato'
Speaker,…(dengan izin). Yang dibangkitkan Seri Delima adalah berkenaan penguatkuasaan
berkenaan aktiviti-aktiviti pasar malam yang menyebabkan kegangguan, kekacauan pada
orang ramai. Yang spesifik dirujuk beliau adalah di Batu Feringgi. Dan saya sememangnya
tidak boleh menafikan fakta tersebut kerana saya duduk dekat dengan Batu Feringgi, first of
all. And sometimes when I go there, it is dangerous. You know as a parent’s, anak-anak suka
nak pergi saya nak beli you know, hadiah. Papa, when are you going to buy me a toy. Every
morning I wake up, every night I sleep, there’s a question I am given. So, the nearest is Batu
Feringgi. Tapi you nak ambil anak pergi sana bahaya Dato’ Speaker. Bahaya. Jalan atas
jalanraya utama tau. There’s a two lane road. Major traffic in Batu feringgi. Let me put it on
the, on the, on the tables, terribles. I totally agree with you Seri Delima. But again we have to
take action dan untuk makluman semua di sini, untuk Batu Feringgi, kita ada satu rancangan
jangka masa panjang yang sudah pun mula di mana ada banyak pemaju yang sedang
memajukan kawasan-kawasan tertentu di kawasan tersebut yang telah pun diminta untuk lihat
pada rangkaian jalan di atas Batu Feringgi. Di mana mungkin pada satu hari, untuk makluman
Seri Delima, very important untuk makluman semua di sini juga, saya umumkan hari ini. Pada
suatu hari mungkin tak lama lagi kita akan jadikan jalan Batu Feringgi itu satu hala untuk atasi
masalah ini. But we have to think and plan forward because this can’t go on. Dan dalam
peringkat sekarang sememangnya ada banyak kedai-kedai kalau kita lihat, if we’ve been there
recently, yang sudah pun ditutup untuk memberi ruang kepada kita melaksanakan projek
tersebut. Di mana Jalan Batu Feringgi Dato’ Speaker, will be one way the other is the pair road
which is coming above, above of it which is already there if you aware,…(dengan izin) sudah
pun ada tetapi perlu dijalinkan. We need a connection. That is good. That is being work out
now. So, I totally agree with you. But at for this point in time, looking at a bigger picture,
memang saya akan minta kedua-dua PBT lihat bukan sahaja Batu Feringgi, semua pasar-
pasar malam yang lain semua aktiviti-aktiviti ini yang memudaratkan kesihatan dan
keselamatan rakyat itu yang kita pentingkan sebagai Kerajaan Negeri itu yang terpenting
sekali. Mungkin ada puak-puak yang akan marahkan kita, tapi saya sedia dimarahkan bagi
kepentingan rakyat Dato’ Speaker.
Ada beberapa perkara lain yang juga dibangkitkan. Sungai Pinang ada nyatakan
berkenaan Pusat Jagaan Post Natal dalam ucapan beliau supaya garis panduan disediakan.
Untuk makluman Dato’ Speaker, dibahagian Seberang sememangnya garis panduan khusus
berkaitan Pusat Jagaan ibu selepas bersalin iaitu Post Natal, Pusat Jagaan Dato’ Speaker,
telah pun diluluskan pada tahun 2014. Dan kita sememangnya masih menggariskan syarat-
syarat yang perlu untuk semua pusat-pusat tersebut dibenarkan ataupun diluluskan
pengeluarankan, pengeluaran lesen. Dan untuk makluman Dato’ Speaker juga, selain
daripada MPSP, MBPP juga kita baru-baru ini ada beberapa mesyuarat yang turut dihadiri
oleh beberapa ADUN saya ingat termasuk Sungai Pinang yang membangkitkan isu yang
begitu bernas ini, penting. Kerana kita lihat bagaimana kita boleh putihkan bukan sahaja Pusat
Jagaan Post Natal ini tetapi pelbagai Pusat Jagaan Orang Tua dan sebagainya kerana ini
adalah pusat-pusat penting untuk kita lihat. Lesen itu bukan satu perkara yang kita hendak
bebankan mereka dengan, ia adalah penting kerana lesen apabila diisu Dato’ Speaker, semua
yang hadir, adalah berkaitan samaada semua syarat-syarat terutamanya syarat-syarat
keselamatan bangunan tersebut kita patuhi atau tidak? That is the whole idea. We’re not just
simply issuing licences so that we can make money, no! We have, we have a duty as a
government. Jadi kalau tidak dipatuhi sekarang kalau kita hendak cuba putihi maka kita
94
kerjasama mereka, dengan mereka tetapi masih perlu mereka faham mengapa mereka perlu
patuhi syarat-syarat tersebut? Dan dalam mesyuarat yang diadakan selain daripada garis
panduan MPSP 2014 yang saya sebut tadi, untuk MBPP sekarang telah pun diarahkan pada
hari tersebut supaya mereka lihat bagaimana kita boleh lihat sama ada garis panduan tertentu
diselaraskan dengan bahagian Seberang, supaya pusat-pusat ini kita dapat pantau. Supaya
meraka dapat jalankan aktiviti mereka menurut undang-undang Dato’ Speaker.
Berkenaan…(gangguan).
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Minta laluan. Minta laluan Yang Berhormat.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Silakan.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Datok Keramat, berkenaan dengan Pusat Jagaan ataupun Care Centre, bukan sahaja
ataupun Post Natal, Care Centre, ada juga pusat jagaan untuk mereka yang terlibat dalam
kemalangan ataupun pesakit. Di mana mereka tidak mampu tinggal di hospital di mana in
specialist care satu hari itu dalam RM120 sampai ke RM150. Ada pusat-pusat jagaan sebegini
operasi di sekeliling hospital-hospital berkenaan yang charge is very low…(dengan izin).
Macam di Taman Bagan sendiri kerana ada Bagan Specialist Centre, ada Care Centre tetapi
kerana karenah birokrasi itu masih ada lagi walaupun Kerajaan Negeri cuba untuk
memutihkan dan sebagainya. Karenah birokrasi ada lagi dia kata untuk Care Centre sebegini
dia perlu cari satu banglo. Dan harga banglo ataupun sewa banglo di kawasan Bagan itu di
Butterworth itu, out of imaginary. Sometimes can go to three to four thousand. So, ini adalah
sesuatu yang perlu ditambah baik walaupun saya pun sudah bawa kepada MPSP mereka
tidak dapat beri satu penyelesaian kerana birokrasi itu masih wujud. I don’t see a will from the
administration side to rectify this problem…(dengan izin). Saya minta Datok Keramat juga
menasihati PBT dan untuk rectify this problem. Terima kasih.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam. Satu isu yang betul. Sememangnya apabila
kita lihat kepada pusat-pusat jagaan ini mahupun orang tua ataupun kanak-kanak dan
sebagainya atau pun post natal, salah satu perkara yang terpenting atau pun yang
membebankan mereka adalah kos. Isu kos seperti mana Yang Berhormat Bagan Dalam kata
berkenaan isu penyewaan premis. Dari sudut kerajaan, apa yang kita boleh bantu kita bantu
dari segi lesen yang dikeluarkan itu kita bagi banyak pengecualian. Kalau bukan pengecualian
terus, kita bagi diskaun kepada mereka kerana kita faham apa yang sedang berlaku tetapi
sebagai kerajaan kita tak boleh mengarahkan pemilik-pemilik premis supaya sewakan dengan
sewa yang rendah. Itu, that’s beyond our control but what we can do…(dengan izin) Dato’
Speaker, to Yang Berhormat Bagan Dalam, I agree with you, we are doing that, because the
cost factor from the government side, dengan izin, is the licence seems cost. The cost from
the government side we are looking into it. In fact, segala mesyuarat yang kita adakan adalah
untuk itu sahaja. Dalam proses pemutihan, kita lihat bagaimana kita boleh bantu pusat-pusat
sebegini kerana mereka adalah kepada saya, saya kata dalam mesyuarat-mesyuarat saya
adalah pusat-pusat amal. Siapa yang hendak jaga ibu dan bapa mereka yang tua? In fact, I
would not like that to happen but unfortunately due to circumstances it has to happened. Now
the cost of living they can’t take care of their elder parents, they have to sent them to elder
homes. Jadi kita tak perlu bebankan mereka lagi dan Kerajaan Negeri ini memang komited
untuk lihat bagaimana kita boleh bantu Dato’ Speaker. Saya hendak
teruskan……(gangguan).
95
Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim):
Terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat. Saya nampak di Pihak Berkuasa
Tempatan untuk isu confinement center ini, post natal center, saya rasa pengusaha-
pengusaha selama ini mereka memang, saya tidak faham adakah mereka ada menghadapi
sebarang kesulitan bila ingin melesenkan perniagaan mereka. Maka saya nak cadangkan
supaya jabatan, ini adalah juga terlibat dengan Kementerian Kesihatan, jadi pelbagai pihak
yang tertentu iaitu jabatan boleh duduk bersama dan kita kaji dan beri cadangan kepada
mereka. Sebab confinement center kita sudah ada tempoh pemutihan kepada pusat jagaan
kanak-kanak, macam mana dengan pusat jagaan ibu bersalin? Sama ada kita nak bantu
mereka? Saya setuju dengan Yang Berhormat Datok Keramat, bukan kita nak fi lesen. Ini
bukan niat kita, kita nak adalah supaya keselamatan ibu-ibu dan bayi lebih terkawal dan
teratur. Kita boleh tahu bagaimanakah keadaan di dalam premis ini dan mereka tidak terdedah
kepada risiko keselamatan. Jadi sama ada kita boleh panggil bersama pengusaha, adakan
satu forum atau satu sesi untuk one stop center bagi mereka, melesenkan mereka bagi bantu
semua pihak. Terima kasih.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pinang. Sememangnya ini sedang dikaji seperti
mana saya kata sebelum ini dan in fact, I think Yang Berhormat Sungai Pinang you’re involve
with me on this dan kita harap dapat mencapai satu keputusan dengan secepat mungkin atas
isu ini.
Saya teruskan Dato’ Speaker, atas portfolio saya di bawah Kerajaan Tempatan di
mana seperti mana rakan saya daripada Tanjung Bunga tadi kata tentang usaha kita untuk
menjadi satu bandar pintar. Dari segi infrastruktur beliau bertanggungjawab dari segi
rancangan saya bertanggungjawab tetapi seluruh kerajaan bertanggungjawab untuk
menjadikan ini satu bukan bandar pintar, saya nak guna perkataan yang lain sekarang. Kita
di negeri Pulau Pinang hendak jadi satu negeri pintar, bukan bandar pintar. It is a bigger picture
now. Bandar adalah Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Untuk makluman semua, saya telah
masukkan permohonan kepada Kerajaan Pusat agar kita menjadikan Seberang juga sebagai
satu bandar. Majlis Bandaraya Seberang Perai dan saya dimaklumkan Dato’ Speaker, Afif
satu orang yang sokong (Ahli Dewan menepuk meja), terima kasih. Dan untuk makluman
semua, proses tersebut di akhir at the end of the road because semua telah selesai, menteri
telah nyatakan kertas telah kita masuk untuk sekarang dirujuk untuk keputusan kabinet, itu
sahaja. Dan saya dimaklum harap-harap bulan Mei ia akan ada atas meja untuk Tun Dr.
Mahathir, Perdana Menteri kita lihat boleh atau tidak. Dan untuk saya, boleh atau tidak itu satu
soalan sahaja bukan dua. Boleh sekiranya semua kriteria dan syarat-syarat yang diperlu
dipatuhi dan untuk makluman semua di sini, saya hendak umumkan kita telah patuhi semua
syarat yang diperlukan untuk Seberang menjadi satu Majlis Bandaraya. Jadi, kalau kita begitu,
tak perlu kita jadi satu bandar pintar kerana seberang juga bandar, kita juga bandar, jadi satu
Pulau Pinang kita jadi Satu Negeri Pintar. Itu hasrat saya sekarang untuk jadi Satu Negeri
Pintar. Ada beberapa projek yang telah kita terajui dan mendahului di negara Malaysia. Saya
beri beberapa contoh, terlalu banyak. Saya beri beberapa. Penang Digital Library. Sudah ada
fasa 1, fasa 2, baru ini fasa 3 di seberang. Penang Islamic Digital Libraray (PIDL) first in
Malaysia, in Penang. Another first yang di pilih Pulau Pinang kerana kita ada begitu yang
pertama dipilih antarabangsa. First in Asia, on top of Malaysia. Facebook together with a
private company, YTL memulakan proof of concept of Terragraph.
Tadi Yang Berhormat Tanjung Bunga kata tentang rangkaian fiber kita di Pulau Pinang.
Untuk makluman semua, rangkaian fiber kita, infra kita on the main trunk road actually in 100
percent. Itu saya dimaklumkan oleh menteri sendiri dan menteri itu siapa, saya punya adik
kecil tau. (Dewan ketawa) so dia tak boleh main-main dengan saya. Dia confirm Penang is
96
the most advance where broadband is concern. Trunk roads 100% for your information it’s a
connection to residences now. Tapi di Penang dia juga begitu bangga dengan kita dan dia
kena marah dari Pusat apabila mereka pilih Pulau Pinang untuk Terragraph. Terragraph is a
wireless broadband, tak perlu fiber. Sudah laku satu kali, I think negara Polland if I’m not
mistaken, one (1) European country success, so they want to test it in Asian country because
of weather. Sometimes broadband wireless can work in a cold country as oppose to a country
with our climate…(dengan izin), kerana kita ada hujan, kita panas. Jadi dia punya broadband
width itu tak boleh tahan, tetapi mereka cuba di Pulau Pinang. Tadi dia kata, Tanjung Bunga,
national average 8 mbps, we are 11. Saya nak bagi tau semua di sini, Terragraph wireless
broadband mbps higher fastest speed cuba teka? 11 and 8, itu main-main. Terragraph highest
speed in George Town, where we are today in Dewan Sri Pinang, ada Terragraph. You know
or not? Kita ada 3 ap di sini. Saya pasang. You all can try after this. 170 mbps, 10 kali ganda
average speed in the world. More higher then in Singapore in Penang, in Dewan Sri
Pinang…(Ahli Dewan menepuk meja) even at average out 50, double triple. That’s what we
are doing here in Penang. Terragraph so Penang and it is succesfull. Kita akan ada 300 pole
di seluruh Negeri Pulau Pinang yang bakal akan disiapkan sepenuhnya bulan Mei and free of
charge proof of concept project until September. If it is a good project, we will continue with it
but we are happy to lead. Itu adalah apa yang saya nak nyatakan. Kita bukan sekarang nak
jadi bandar pintar, kita hendak jadi negeri pintar. We want to be a smart state, not a smart city
anymore. Tell everyone that is what Penang is going to do.
Today this morning, saya dengan Ketua Menteri saya pada pagi ini, Penang Lead I
say. Negeri Pintar saya cakap tadi, bukan bandar pintar lagi, negeri pintar. Pagi tadi saya
umumkan dengan Ketua Menteri, tempat letak kereta pintar akan dilaksanakan pada bulan
Ogos. Akan mula sekarang pemasangan sensor-sensor dan sebagainya. Akan dimulakan
projek perintis di George Town, ada beberapa tempat letak iaitu dalam 657 di bahagian
Seberang 350, keseluruhan negeri Pulau Pinang, 36,000. We have 36 thousand car park lots
in Penang. 24,000 on the mainland, 12,000 on Penang. We gonna start with these new smart
parking project as a pilot few have been indentify here in island, few in mainland.
lBut again, untuk makluman, visi kita, visi 2030 kita yang mempunyai tema menjadi
satu Negeri Pintar tersebut terjelma. Pagi ini sekali lagi, not only the last few first that I
mentioned, we are the first state in Malaysia to implement smart parking system, ladies and
gentlemen dan kita akan terus dengan usaha-usaha tersebut di bawah portfolio saya sebagai
Exco Kerajaan Tempatan. Ada banyak lagi perkara yang telah pun saya umumkan tetapi saya
nak sentuh yang penting. Dato’ Speaker, ingin saya, silakan Yang Berhormat Machang
Bubuk.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):
Terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat. Saya tertarik dengan penjelasan yang
telah diberikan khasnya dari segi liputan wireless broadband ini yang buat kali pertama ia
dibuat di negeri Pulau Pinang. Terragraph ini. So saya cuma nak dapat penjelasan yang lebih
mendalam kerana adakah perkara ini boleh dipasang juga di kawasan Seberang Perai?
kerana apa yang kita tahu buat masa ini masih ada banyak kawasan menunggulah jalur lebar
ini dan berapa kos yang perlu kita tanggung? Adakah perbezaan kos sekiranya kita guna
Terragraph dengan fiber yang sedang dijalankan. Apakah perbezaan kos dari segi
pemasangan Terragraph dengan fiber ini?
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk atas soalan yang begitu baik tadi.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang kita tak anak tiri siapa termasuk seberang. Bukan macam
Kerajaan Barisan Nasional dahulu. Kita akan pastikan ia sampai di Seberang. (Ahli Dewan
menepuk meja). Cuma sekarang kita adalah test case lah. Ini perintis di Pulau Pinang, bagi
97
pihak seluruh Asia Tenggara for your information. Everyone is looking at Penang because if
we succeed here, Penang is going to become a rail renowned place for wireless wifi,
throughout South East Asia, Asia I would say. Tapi memang setelah program ini selesai, the
whole reason for perintis is so we can troubleshoot. Kalau ada isu kita nak tau bagaimana
selesai, mereka juga nak bantu kita. At this point in time, perintis ini tak ada kos yang langsung
kita perlu tanggung. So saya juga harap itu akan berlaku kalau kita shift to Seberang, and for
your information, the different with the cost wireless vesus the fiber is immense. Oleh itu
banyak negara di dunia sekarang hendak lihat pada teknologi ini. Ini teknologi baru. Baru-
baru ini kita lihat Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri kita umumkan 5G. kita sekarang 4G. For
your information when I was in kementerian dengan adik saya, mereka umumkan Pulau
Pinang yang terhebat sekali. Kita 3G 100%, 4G 97%, 3% itu di black spots, that’s what they
say. Very terpencil punya area. 4G almost 100%. So, we are getting ready for 5G now. And
5G either through Fiberization to the policy the National Fiberization Policy that was stated by
Tanjung Bunga tadi. Ataupun now this new technology that was testing in Penang. If it success
can you imagine how fast kita akan pergi ke hadapan untuk dapat 5G. Oleh itu adik saya
menteri, dia telefon saya apabila saya kata kita dah habis dan kita dah 100 and 70 Mbps. Tun
Dr.Mahathir marah dia. Cakap saya tak boleh buat di Putrajaya ataupun di Selangor. Tak apa
mereka yang pilih, mereka pilih Pulau Pinang itulah, itulah the age that we have here in
Penang Dato’ Speaker, but definitely i agree with you Machang Bubuk don’t worry if everything
goes well here. I will talk to them to operator to start a pilot project. You let me know. You and
your friends from Seberang let me know. Kenal pasti satu kawasan, I put the ball back in your
court.
Saya teruskan Dato’ Speaker. Dasar Pengasingan di Punca. Pengasingan Sisa di
Punca. Or known better as PSP. Seperti mana semua tahu kita lancarkan dasar ini pada bulan
Jun 2016. Apabila enakmen di apa ni kita adakan enakmen kita ada satu tahun morotorium
untuk orang dapat kesedaran dan sebagainya then kita mulakan pelaksanaan ataupun
penguatkuasaan dasar tersebut. Di mana pada mulanya kita kuatkuasa terhadap bangunan
bertingkat, strategy properties for high rise, dan bangunan perniagaan. Dan untuk makluman
semua apabila saya dilantik sebagai EXCO, satu kategori yang kita ada morotorium masih
adalah bangunan berlandai ataupun landed properties. Tapi saya buat keputusan itu pun kita
akan laksanakan penguatkuasaan mula 1 Januari. Dan untuk makluman tuan-tuan dan puan-
puan, Dato’ Speaker, Yang Berhormat-Yang Berhormat sehingga ini kita telah pun lawat
periksa hampir 300 premis pelbagai jenis dan untuk makluman semua, sehingga sebanyak
1700 notis pemberitahuan telah pun dikeluarkan kepada penghuni-penghuni premis dan
selanjutnya sehingga sekarang kita telah pun mengeluarkan hampir 100 kompaun terhadap
premis-premis tersebut.
Saya percaya Pulau Pinang sekali lagi mendahului menerajui apabila kita lihat pada
Pengasingan Sisa di Punca di mana projek ini merangkumi juga perkitaran semula di mana
sepertimana semua maklum, kita negeri yang pertama yang mengamalkan No Plastic Bag
Day, the first time no plastic bag on Saturday, kita terima banyak aduan, rintangan dari orang
awam tapi kita teruskan sehingga ia jadikan no plastic bag everyday kecuali kalau kita hendak
bayar untuk plastic bag iaitu di peringkat ini, RM0.20 sen satu plastic bag. Dan untuk
makluman semua, ini amalan yang kita dikutuk teruk pada awalnya. Satu amalan yang
sekarang diamalkan di seluruh Malaysia. Negeri lain hendak ikut kita. That’s why I said
Penang leads. Apabila kita buat satu perkara yang baik, kita terima kutukan dia. Tetapi orang
akan faham, majoriti akan sokong. Mereka sokong sampai sekarang satu Malaysia mahu. Nak
cakap satu Malaysia pun susah, tapi seluruh Malaysia lah. Semua mahu.
So, yang saya nak nyatakan balik pada serius sikit. Tadi saya kata, apabila kita ada
projek sebegini kita cuba elak penggunaan, kepenggunaan plastic bag. Kita telah berjaya.
Kalau saya nak nyatakan jumlah berat, kalau saya ingat, walaupun mereka tak letak dalam
98
speech saya. tapi saya ada semua angka-angka ini dalam minda saya. Dari 2016 sampai
sekarang, barang-barang kitar semula yang kita telah kutip lalui dua-dua PBT hampir 400 tan.
400 tan. For your information all of you, the world recyclable collected is nearly 300 million
tans. We are only about 3 to 400 tans. That is the world amount. Of course we will continue
dengan ini. Tapi cuma saya nak bagitahu semua Dewan ini terutamanya Dato’ untuk
makluman, kalau usaha kita adalah untuk elakkan kepenggunaan plastik tapi kita masih
benarkan mereka guna. Bayar RM0.20 sen betul? Jadi mereka masuk, kita masih lihat orang
keluar dengan plastik. Kerana kita benarkan masih only yang tidak hendak beli ambil beg
mereka sendiri okey. Do you know how much we have collected the RM0.20 cent since mula.
I think nobody knows. Hampir RM8.9 juta, hampir RM9 juta. Kalau satu plastic bag 20 kupang.
RM0.20 sen. RM9 juta berapa plastic beg? Siapa yang boleh bagitau? Saya pun tak mau
tahu. Kerana kalau saya tahu itu bermaksud program ini telah gagal. Betul atau tidak? Apakah
itu. Apakah itu hasrat kita, objektif kita, betapa juta plastic bag mereka beli. Masih masuk ke
dalam longkang, masih dari longkang pergi ke sungai. Dari sungai pergi ke laut. Dan akan
berada di situ untuk empat (4) generasi. Kita punya anak, punya anak, punya anak, punya
anak suatu hari akan pegang satu plastic bag yang kita pegang hari ini, kerana kita. Itulah
yang saya hendak berhentikan. Itulah Kerajaan Negeri hendak berhentikan. Faham? Jadi
saya hendak minta Dato’ Speaker dan semua rakan saya di sini untuk setuju dengan saya.
Kalau kita boleh mula dengan kata no plastic bag. Either kita naikkan itu dua kupang, RM0.20
sen kerana semua RM0.20 sen. Apa RM0.20 sen? Naikkan dia ataupun hapuskan semula.
Semula plastic bag. Boleh setuju atau tidak dengan saya? Siapa yang kata tidak ambil tangan.
Siapa pun tak berani kata. Sebulat suara. (Ahli Dewan ketawa).
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Yang Berhormat Datok Keramat. Bukan saya tak setuju.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Boleh berdiri tak boleh angkat tangan.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Bukan saya tak setuju, saya setuju. Tak siapa berani di sini untuk tidak bersetuju, tetapi
adakah kerajaan berani untuk membuat, mengambil tindakan yang drastik sebegini. Sebab
saya lihat di Malaysia, apabila ada dasar-dasar sebegini. Kerajaan terlalu takut, bukan dalam
isu ini, dalam banyak isu lah. Dan saya lihat, apabila saya pergi ke India. Mereka takut, untuk
kedai-kedai takut untuk beri plastik. Dia beri dalam balutan kertas. India negara yang begitu
besar. Demokrasi yang begitu besar. Kalau dia ban the plastic the precaution is going to be in
direction. They don’t care. They just introduce the ban and I’ts already band. The total band
on the plastic. Kenapa Malaysia kita tidak boleh buat. Adakah kerajaan, I mean whether it in
federal or state. Adakah kerajaan berani untuk mengambilkan langkah yang begitu drastic?
Itu persoalan.
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):
Datok Keramat, bagi saya, saya, saya peluang sikit. Terima kasih Datok Keramat.
Saya rasa kita kena berhati-hati juga. Sekarang saya, saya, saya, saya, saya faham, saya
bukan kata cabar kerajaan tak berani. Kerajaan sangat berkuasa. Saya tak mempertikaikan
kuasa yang ada pada kerajaan. Cuma kita kena pertimbangkan juga, di pasar-pasar awam
yang buat setakat ini mereka memang tak ada satu kesedaran dan juga memang ada barang-
barang yang kita beli itu adalah lebih baik diletakkan dalam plastic bag. So, yang saya rasa
macam ini, kerana saya tak tahu mungkin dari segi kilang-kilang sebab kita nak memantau
macam mana itu beg plastik dipasar untuk dikeluarkan oleh penjaja-penjaja tersebut. Saya
rasa itu sangat sukar. Tetapi jika dari segi pelupusan kita kena target, sasarkan pengeluar-
pengeluar plastic bag ini yang mungkin kos dia perlu bayar kepada kerajaan lebih tinggi.
99
Sekiranya, dan penjaja perlu menggunakan duit yang lebih tinggi untuk membeli plastic bag
itu akan menyebabkan mereka akan fikir berkali-kalilah sekiranya mereka nak menggunakan
plastic bag itu. So, itu saya cadangan saya, bukan untuk haram, haramkan semua plastic
bag.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Okey, kepada Machang Bubuk, ada dua pendekatan, apabila kita guna plastic bag.
Ada dua (2) orang. Bukan saya sahaja apabila saya pergi ke pasar beli barang. Siapa yang
lain? Machang Bubuk betul, yang jual barang either kita band totally and then kita takkan ada
masalah daripada penjual ataupun pembeli. Very simple. You might have, to have kesedaran
awareness education, etc. So please it have to be done. How long are we going to wait some
more or like you said, like I said my first option tadi. Kita naikkan harga plastic bag dijual. First
of all, to pembeli. Tapi yang lagi satu pihak penjual. Kita juga boleh taruh bagi dia berat sikit.
Sekarang dia beli plastic bag yang begitu nipis. Kita bagi dia beli plastic bag yang lebih tebal.
Sudah pun ada plan because plastic bag lebih tebal itu lagi mahal untuk dia beli, untuk jual
kepada pembeli. Dia takkan beli. Dia beli pun dia takkan jual RM0.20 sen. But still at the end
of the day, option dua (2) masih plastic bag itu akan masuk longkang, masuk sungai, dan
masuk laut. Faham? Jadi balik kepada soalan yang terpenting sekali dari Bagan Dalam, kita
ada komitmen untuk buat sedemikian sebagai kerajaan. Siapa di sini tak setuju dengan saya,
angkat tangan?
Kita kerajaan hari ini, di sini kerajaan cakap boleh. Boleh atau tidak? We are the
government. So we have to go down to officer’s, educate them, tell them what to tell the public.
If you need education awareness. So be it. But I think here, everyone agrees that has to be
the way forward. So, a decision has to be made. Either a compromise increases the price at
this point in time or complete band. Either or. I will, if you all want to kutuk somebody I’m
always available. That is everybody knows me for that lah. Somehow or rather but I’m, I’m
very serious on this, Sungai Dua sekejap, sekejap. I’m very serious on this. I think this is a, I
think this is an issues that we began. In fact kita yang mulakan with the ‘No Plastic Bag Day
Campaign’’. Do you know when I went to one of my first visit on pengasingan sisa with YB.
Phee. I think that time I was not even an EXCO. We went to Maldives, before they tukar
government and all the kind of things. In Maldives, Our ‘No Plastic Bag Day’ in Penang a small
island a dots in the world was recognize. Diberi pengiktirafan kalau kita boleh buat begitu pada
waktu itu sekarang, mari kita buat lebih baik. I think we can, but of course it’s got a take will
from government by Chief Minister to give his inputs but as an EXCO, I’m here with his
blessing to give my inputs and That’s it my view. Because of the numbers that we have.
Sometimes when you look at the project program or project you have you must always review
it. I learn that as the housing EXCO Dato’ Speaker. When we are cooling measure how the
market came to stand still we adjusted things we are looked the numbers to seating a working
or not. If you not working there to change relook nothing is return on stone. You can always
review, so this numbers the I share with you RM0.20 cent a plastic bag. RM9 juta dikutip I
think we have to review. So dengan itu saya hendak teruskan kalau boleh, Sungai Dua
silakan.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):
Terima kasih Datok Keramat, saya kira tadi yang Datok Keramat sebut. Ada 45 juta
plastic bag dengan nilai RM9 juta kutipan maknanya cukup banyak. Tu kita kena caj, saya
sebenarnya saya setuju tidak digunakan plastik beg ni. Saya sememangnya menentang
plastic bag, sebab dia menyebabkan alam sekitar. Susah nak diuraikan dan sebagainya.
Cuma minda masyarakat perlu kita ubah, sebab dah lama pakai plastic bag ni. Mungkin satu
kaedah saya nak cadangkan, kalau boleh. Kita ada Universiti Sains, macam-macam universiti
yang buat kajian, USM ada. Kita cari benda lain yang boleh buat plastik, komponen plastik
100
yang boleh diuraikan. Saya rasa ada dengan gunakan dulu gunakan batang pisang. Ada USM,
daun pisang dia proses benda tu boleh diuraikan. Macam kaedah plastik juga, macam plastik
juga digunakan. Gunakan konsep tu, mungkin caj kos dia tinggi sikit tapi benda tu selamat
kepada alam sekitar. Saya caj kaedah dia saya cadangkan, saya setuju apa yang dibuat oleh
Kerajaan Negeri dari segi plastik beg. Saya memang tidak setuju digunakan plastik beg sebab
dia mencemarkan alam. Cadangan saya tadi gunakan benda lain.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Rakan saya daripada Sungai Dua…(gangguan).
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Datok Keramat 10 saat sahaja. Saya setuju dengan Sungai Dua kalau boleh saya
cadangkan Yang Berhormat bawa satu (1) deligasi pergi ke Chennai atau pun Tamil Nadu.
Negeri yang sudah berjaya semua polisterin di banned way be for us mereka gunakan
barangan daripada semula jadi daun dan sebagainya. Bolehlah kaji apa yang mereka buat di
sana kenapa mereka berjaya di sana, why can’t we?
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Saya ingat begitu tepat masanya Bagan Dalam dan Sungai Dua kata. Saya akan minta
pakar saya dari Sungai Puyu untuk buat satu jawatankuasa dan pastikan kedua-dua kamu
ada dalam jawatankuasa itu. Untuk pastikan kita boleh lihat plastic bag baru yang tidak
memudaratkan orang ramai. Setuju, semua setuju hari ini. Dato’ Speaker saya teruskan,
terima kasih Sungai Dua, thank you Bagan Dalam. We always look forward your input if you
have input always come and see us we are always willing to hear.
Saya hendak akhir dengan portfolio saya yang begitu dekat dengan hati saya. Semua
orang tahu, saya ingat semua pun ada tanya tentang isu perumahan dan perumahan adalah
satu (1) isu yang begitu dekat dengan saya. Dato’ Speaker ini penggal kedua saya di sini.
Untuk makluman semua saya di dalam run up to PRU 14 sebagai EXCO di minta daripada
semua EXCO minta beri pandangan tentang portfolio masing-masing. Tentang sudut pada
saya perumahan apa hala tuju, masa hadapan. Kepada saya hendak ulangi, di Pulau Pinang
memandangkan kerajaan ini satu (1) kerajaan yang begitu baik. Berdasarkan pentadbiran
yang kita ada, kita mula dengan Cekap, Akauntabiliti, Telus. Diteruskan dengan cogan kata
Cleaner Greener ataupun Bersih Hijau. Diperluaskan kepada Safer Healthier, selamat sihat.
Ini menjadikan Pulau Pinang satu tarikan. Saya sudah kata dari mula, daripada bekas Ketua
Menteri sampai sekarang.
Kita faham apabila kita ada satu pentadbiran begitu baik yang dapat kita lihat secara
fizikal transformasi di Pulau Pinang. Siapa pun tak boleh nafikan itu. Bukan sahaja orang
Pulau Pinang, orang dari luar Pulau Pinang. Itu yang menakutkan saya, kerana Pulau Pinang
sudah ada banyak orang. Tiba-tiba orang luar pun mahu mari sini, dia mahu mari sini dia mahu
buat apa? Dia mahu cari rumah, apabila itu berlaku fenomena itu berlaku jadi harga rumah itu
naik. Normal economics, supply and demand. When there is demand the product, the price of
the product goes up. That what happen in Penang. Tadi saya dah kata kita sudah pun,
memperkenalkan beberapa polisi untuk sejukkan pasaran hartanah di Pulau Pinang dan kita
lihat satu adjustment yang baik.
Untuk makluman semua kita lihat sekarang hampir 80% perumahan daripada pemaju
principal that means first time property developers, not sub sale. Adalah di bawah 500 dan
saya selalu nasihatkan mereka. Tadi saya kata saya selalu rela dikutuk. Saya yang dikutuk
terbanyak oleh pemaju kerana saya kata kepada pemaju. Saya tak mahu nasihat kamu, kamu
tahu daripada angka daripada statistik data tadi, saya kata juga. Lihat! Mara hadapan, masa
hadapan kita. Bagaimana kita hendak pergi kehadapan, bina rumah mampu milik. Kerana
101
statistik tunjuk itu yang punyai demand dia. Dan untuk makluman daripada 80 % tersebut,
hampir 60% sekarang adalah di bawah RM300,000. Kalau RM300,000 itu adalah polisi kita,
di negeri Pulau Pinang bahagian pulau RM300,000 tak boleh lebih mampu milik. Di bahagian
seberang RM250,000. Kita akan tetapkan, kita akan kekal harga itu. Ada negeri-negeri lain
yang sudah naikkan harga dia, saya tidak setuju. Saya tidak setuju juga dengan menteri
sekarang. Saya sudah bagi tahu, kos rendah, kos sederhana tak boleh mesti kekal pada
RM42,000, mesti kekal pada RM72,500. I told her, and I think she reconsidering. I said low
cost, low medium cost has to be build at the expend of developers and the state government
for the interests of the people. Kerana ada ramai rakyat di situ RM42,000 tak boleh mampu.
Kita nak naikkan harga lagi tak boleh. PRU 14 apa yang saya kata apabila dikehendaki tulis
manifesto bagi pihak perumahan. Saya kata on conservative estimate, kita akan sediakan
dalam 76,000 unit kos rendah, kos sederhana rendah dan mampu milik di Pulau Pinang.
That’s what I said that was in the manifesto for Penang.
Untuk makluman semua di sini, saya nak umum, saya telah pun banyak kali di
peringkat sekarang. Sekarang bulan empat hampir lima, tapi my last count was bulan. Sudah
bulan lima oh ya. To many thing was going on. Sudah bulan lima so that means three months
ago bulan dua. Bulan dua last count was supposed be 76 check. Always check your number,
everyone here do that. Numbers were tell you, where you heading or where you not heading.
Nombor yang terakhir bulan dua Dato’ Speaker, di Pulau Pinang kita telah melepasi,
mencecahi angka 76 itu. Kita di dalam 102,000 unit kos rendah, kos sederhana rendah dan
mampu milik yang sedang dibina, yang telah dibina dan yang akan dibina di negeri Pulau
Pinang untuk rakyat Pulau Pinang tuan-tuan dan puan-puan. (Ahli Dewan menepuk meja).
Dan sekarang lagi satu dokumen saya di minta beri komen. Penang Vision 2030,
dokumen yang baru-baru pada Sabtu lalu diumumkan Ketua Menteri saya. This was the most
reason, dalam ucapan ataupun maklumat yang saya beri pada Penang Institut untuk
dimasukkan ke dalam dokumen tersebut. Saya kata kalau kita 102,000 sekarang iaitu
daripada 2008 sampai 2019 sekarang, 11 tahun. I would said around 9000 a year,
conservative kita put 8,000 we have another 10 years / 11 years, that will be another 80,000.
For me I quiet confidence kita by 2030 kita akan capai 180,000 unit kos rendah, kos sederhana
rendah dan mampu milik.
Saya harap 2030 saya ada di sini untuk umumkan bahawa kita berjaya buat
sedemikian. Bersama-sama semua rakan-rakan saya di sini, kita harap bersama-sama. So
tuan-tuan dan puan-puan, Yang Berhormat-Yang Berhormat, pembekalan perumahan
sepertimana saya nyatakan itu satu faktor yang penting. Yang kedua dan yang penting juga
adalah cabaran yang kita ada selepas kita bekalkan perumahan tersebut dan sepertimana
saya nyatakan tadi, ada golongan yang walaupun kita bekalkan rumah RM42,000 mereka tak
mampu. Kita ada pelbagai usaha sekarang untuk lihat mengapa mereka tidak mampu first of
all and kalau kita tak boleh bantu tentang soal mengapa tu, bagaimana second question boleh
bantu mereka. First question, mengapa? Kita dapati kebanyakan mereka yang deposit 10%
iaitu RM4,200 ataupun RM7,250 itu pun mereka tak mampu Dato’ Speaker. The RM4,200,
RM7,250 they cannot afford. So ini satu isu yang saya bangkitkan kepada menteri dahulu di
Kerajaan Barisan Nasional juga. Dua (2) menteri in fact Rahman Dahlan and Noh Omar and
now of course our own Minister Zuraida. Dan mereka memang dahulu mereka kata akan lihat.
Tadi ada soalan daripada rakan saya Pengkalan Kota berkenaan usul bersama itu ada isu ini
tentang kadar penolakan pinjaman perumahan yang begitu tinggi kepada kos rendah dan kos
sederhana rendah.
So penggal dahulu Kerajaan Pusat dahulu mereka kata akan lihat tapi tak apa yang
dibuat. Tapi sekarang untuk makluman semua di sini, untuk menangani isu deposit ini. This is
the first main issue we are seeing that is the problem when you look at the percentage. Kita
102
telah bincang dengan Bank Negara Malaysia dan Bank Negara Malaysia melalui satu (1)
agensi mereka iaitu Cagar Emas telah mewujudkan satu (1) program pembiayaan deposit ini
untuk pembeli pertama, pembeli rumah kos rendah, kos sederhana rendah pertama. Di mana
ada satu (1) tabung yang akan diberikan kepada mereka untuk 10%. Not the bank loan the
10% so that mean they don’t pay anything but that is tabung. The question is this when they
Cagar Emas came to Penang. Mereka datang Penang bincang dengan saya, tapi dia kata
saya tanya dia bukan kata saya tanya ini tabung saya setuju memang betul. Tapi siapa yang
akan masuk dana ke dalam tabung ini saya tanya. So Cagar Emas kata daripada Bank
Negara, pusat kata semua negeri. Negeri mesti wujudkan tabung dan masukkan dana, I said
no saya tak setuju langsung. Mana saya boleh setuju kepada ini kerana kita sebagai
pembayar cukai kepada Kerajaan Pusat perlu di beri balik cukai tersebut kepada pelbagai
kategori termasuk perumahan. So I always said, let say if I pay RM10 in tax Dato’ Speaker,
(dengan izin)…you decide RM2 maybe RM1, RM3 up to you will be for housing that money
then you channel back to this tabung for each state that has contributed accordingly pro rata.
So Penang kita bakal dapat banyak kerana kita pembayar cukai ketiga tertinggi di
negara Malaysia walaupun kita negeri yang kedua kecil. We are the third higher tax paying
country, so does not make sense for the federal to ask us even these to have own fund and
this is impossible for it. Jadi Cagar Emas kata mereka akan maklum panjangkan pada menteri.
Saya sekarang menunggu, kerana that is one way to get out this conundrum number one (1).
Number two (2) mengapa itu tadi soalan kedua. I go finish very soon, I know you are looking
at me and you want me to finish soon. I also want to finish, I’m also looking at you. Number
two (2) bagaimana kalau mengapa itu satu (1) cara bagaimana is other way. Of course di
Penang, I think KOMTAR is always on the ball where housing is concern and very
appreciative. Dia ada kata tentang PPR. PPR, I don’t want to go to Taman Manggis issue but
the reason is we need to be firm because along waiting list. But bagaimana kita hendak
kendalikan waiting list itu, saya setuju dengan KOMTAR, kita boleh lihat tapi yang penting
sekarang adalah untuk mewujudkan lebih unit. Selain daripada apa yang saya kata tadi
tentang Sungai Pinang di Jelutong ada mungkin 2,000 lah hopefully. Saya juga telah nyatakan
kepada Ketua Menteri yang setuju, dia setuju saya tau, Ketua Menteri ini setuju kepada
PPR. Dan kita lihat selain daripada PPR dibina daripada Pusat, kita juga lihat bagaimana kita
boleh lihat projek-projek kos rendah, kos sederhana rendah yang kita ada diconvert atau
diubah kepada konsep PPR. Dan untuk makluman Dato’ Speaker, for your information
everyone here, we have got at least two project now yang kita kenal pasti iaitu projek swasta
di mana mereka perlu beri kos rendah, kos sederhana rendah yang kita identify satu di
bahagian Balik Pulau di Pulau Pinang dan satu di bahagian Seberang Perai Tengah, I think
Kampung Tok Subuh if I’m not mistaken. Which give us nearly 1,000 of units which we are
going to convert, not the whole block we will take. We will take some of the blocks. Let say,
if that unit that project say two (2) blocks, we take half. Half still for sale, half PPR. Kita buat
pendekatan tersebut, kaedah tersebut dan kita juga lihat kepada bangunan-bangunan kita
sendiri yang lain seperti mana rakan saya daripada Padang Lalang selalu kata, kita lihat kita
ada Desa Wawasan sendiri di mana ada banyak unit yang tak digunakan. Jadi kita dalam
proses sekarang melihat bagaimana kita boleh ada dua (2) blok, kita pindah semua pada satu
(1) blok and then satu (1) blok kita gunakan sebagai kaedah sewa beli. So sewa beli adalah
satu kaedah yang perlu kita lihat sekarang selain daripada PPR sahaja, kita lihat kepada
bagaimana selain daripada PPR, kita boleh adakan blok-blok tertentu untuk diberikan
pemilikan melalui kaedah sewa beli, Dato’ Speaker.
I have one more issue which I think I want to end, I got many, many issue, never end but
let me just talk about something new. Saya telah nyatakan dalam sidang DUN yang lalu
bahawasanya perlu kita lihat kepada sudah tiba masanya kita lihat kepada satu kaedah
pendekatan baru penyediaan perumahan kos rendah, kos sederhana rendah. Saya mula tadi
103
apabila saya nyatakan tentang yang terpentingnya dalam EXCO saya untuk perumahan
adalah pembekalan. Tapi Dato’ Speaker, tiap unit yang saya berjaya dapat bina untuk rakyat
Pulau Pinang adalah untuk siapa? Siapa yang boleh jawab? Adalah untuk mereka yang betul-
betul layak sahaja. Adalah untuk mereka-mereka yang pada waktu mereka pohon, pada
waktu sekarang untuk kos rendah, sederhana rendah tak kurang, tak lebih pendapatan
RM2,500 atau RM3,500 masing-masing, yang tak ada rumah lain, yang perlu bumbung itu
untuk keluarga mereka. At that point of entry, itu yang terpenting pada saya itulah pejabat
saya punya tanggungjawab. Tapi Dato’ Speaker, berapa lama kita boleh kawal? Sekarang
kita ada monotarium, 10 tahun mereka tak boleh jual lepas 10 tahun boleh jual, dalam 10
tahun pun boleh jual kalau minta rayuan, ada asas yang munasabah kita boleh
pertimbangkan. Tapi apabila mereka jual, saya tak ada kawalan lagi. Dia akan jual kepada
jutawan pun saya tau. Jutawan itu akan sewa kepada orang terutamanya warga
asing. Apakah itu objektif hasrat kita apabila kita bina rumah kos rendah, kos sederhana
rendah? Adakah itu objektif kita? Tidak.
DUN dahulu saya telah cadangkan kita ada satu polisi beli semula. Kalau kita sudah
ekonomi naik, yang saya harapkan untuk semua yang mari ke pejabat saya dan berjaya untuk
dapat unit itu pada hari itu apabila dia layak tapi apabila ekonomi dia naik, dia sudah tidak
layak, kita akan beli balik. Pada kos pasaran bukan kos pasaran, kos yang munasabah yang
kita akan tentukan untuk dijual semula kepada mereka yang tunggu di atas senarai saya. Itu
akan menyebabkan saya ada stok yang berterusan. Itu akan menyebabkan saya potong
spekulasi di mana unit-unit ini yang asal RM42,000 tiba-tiba boleh jadi RM300,000 semua
orang tahu di sini. Tak boleh nafi. Apakah itu objektif saya sebagai Kerajaan Negeri? Untuk
mereka speculate dan dapat durian runtuh tak? Dan itu juga akan menyebabkan Kerajaan
Negeri kurang beban dari segi hendak perlu sediakan perumahan. Sebegini, bukan senang
Dato’ Speaker apabila saya nyatakan tadi angka-angka saya nyatakan. 76 kita janji sekarang
sudah 100, saya lihat masa hadapan 180 tapi unit-unit ini semua sedang disalahgunakan oleh
mereka yang layak pada asal tapi tak layak kemudian.
Dan Dato’ Speaker, setelah saya nyatakan ini, pada sidang DUN dahulu, baru-baru ini
saya ingat sebulan sudah, Menteri sendiri Yang Berhormat Zuraida setuju untuk lihat kepada
skim ini. Pulau Pinang selalu menerajui, apa kita kata mereka ikut punya, no problem. Dan
dia orang sudah contact kita tanya kita, what is legal situation and etcetera, always they asking
Penang, let us know what is position because we are always want step ahead but I think to all
my fellow members here in assembly ini satu perkara yang perlu kita perhatikan dengan
serius. And in fact for your information, bukan setakat pengumuman dahulu, but recently I
think just two weeks ago we have already had a meeting, satu jawatankuasa khas ditubuhkan
oleh saya dengan keanggotaan terutamanya Pejabat Penasihat Undang-Undang kerana this
will involve many legal issues because we want to move forward already. And for your
information, dalam mesyuarat itu, kita ada pelbagai kategori, all right? Of these type of low
cost housing, dari kategori Kerajaan Negeri kepada kategori swasta, daripada kategori tanah
itu tanah milik free hold kepada tanah lease hold. It’s very legal tetapi secara dasar kita telah
putuskan, saya maklum pada semua di sini pada hari ini bahawa kita akan gunakan satu
projek Kerajaan Negeri di bawah PDC untuk dijadikan projek perintis untuk kaedah pembelian
semula ini untuk projek yang baru, Dato’ Speaker. I’m just making these announcement today
because I think is very important that I have all your support here, I’m sure all of you support,
I don’t, okay now I ask you all, put your hands up if you support. Nobody supporting me
then. But anyway I think it’s very important because I hope you all dapat faham mengapa
kita perlu buat. Dalam jawatankuasa yang kita ada, saya ada banyak ADUN-ADUN yang
berada di dalam pelbagai jawatankuasa yang saya ada di mana isu ini dibincangkan secara
teliti dan semua sememangnya sebulat suara bersetuju. Cuma isu dia ialah bagaimana kita
hendak jalan ke hadapan. And if we are going to troubleshoot anybody could take the blame,
104
I think the State Government would and we will do that using the Penang Development
Corporation, PDC, one of the project to come as the pilot project. Dato’ Speaker saya tiada
apa-apa lagi untuk nyatakan cuma…(gangguan).
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Yang Berhormat Datok Keramat, sebelum berakhir saya kena mencelah. Mengenai
lesen-lesen arak di kawasan Seberang Perai khususnya satu kedai saya telah menyatakan
secara spesifik, Kasturi Wine Shop yang sudah tukar nama dan diberi lesen. KKRC Mart
walaupun pihak PBT, MPSP tidak berikan apa-apa lesen ataupun lesen premis tidak ada untuk
unit tersebut. So saya telah berbincang tentangnya dalam masa saya bahas. Saya harap
akan ada tindakan.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Saya tahu. Saya ada lihat bahawasanya Bagan Dalam ada kata walaupun tiada lesen
mereka masih beroperasi dan is this what you’re talking about?
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Yes. Walaupun tiada lesen lepas itu mereka telah diberi lesen, by passing the
MPSP. So I don’t know, adakah karenah birokrasi, adakah unsur-unsur lain terlibat so saya
minta Yang Berhormat Datok Keramat mengambil serius perkara ini. Mungkin tak perlu jawab
tetapi perlu…(gangguan).
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:
Yang Berhormat, nanti jawab sama dia semasa makan nanti.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Secara lazimnya untuk makluman Dato’ Speaker sekarang saya telah ambil alih
jawatankuasa ini juga and I think you share my concern tentang bagaimana Kerajaan Negeri
tidak setuju langsung ada banyak kedai-kedai yang menjual arak terutamanya arak haram,
arak palsu, racun dan sebagainya kepada bukan sahaja orang ramai tetapi kanak-kanak. In
fact, I agreed with you in our last meeting this committee include federal agencies like Custom,
the Police and they actually for your information, at our last meeting confirm that by the middle
of this year, botol-botol kecil itu tak akan dijual lagi tapi sekarang ditangguh pula dan saya
tidak setuju dengan itu. Saya ingat Bagan Dalam ada buat statement, saya setuju dan kongsi
apa Bagan Dalam kata kerana itu bukan apa yang dikatakan mereka. Why delayed it but
that’s the one that cost us kanak-kanak untuk dapat membeli kerana itu yang arak
murah. Saya tak setuju langsung tapi balik kepada Kasturi, is it you said?
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
KKRC Mart telah diberi lesen baru by passing the council.
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Technically, itu tak boleh berlaku.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
So that’s why I don’t understand how it’s happened so for your…(gangguan).
Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh):
Nevermind, I will take you to Kasturi and we will go there to find out what is the
problem. So anyway, last point, not as EXCO but as ADUN Datok Keramat because I’m still
ADUN of Datok Keramat dan semua rakyat dan warga Datok Keramat boleh dengar saya
sekarang. Tadi saya dengar Batu Lancang begitu concern, begitu minta tau berapa lama dah
105
tunggu, sudah tunggu dua tahun and then Sungai Pinang pula kata boleh tidur lena. Tapi
untuk makluman Dato’ Speaker, di kawasan Datok Keramat kita semua tau apa masalah dan
punca banjir yang terbesar di Negeri Pulau Pinang. Di kawasan saya. Nasib baik syukurlah
kita semua masih okey tapi perlu tak boleh cakap macam tu juga. That’s rude. Tapi Batu
Lancang, saya sudah tunggu 20 tahun dan saya tanya kepada rakan saya daripada Tanjung
Bunga supaya kalau boleh percepatkan, kerana saya difahamkan saya tau apa yang
berlaku. Sebagai EXCO sekarang saya, what meetinglah happening, tapi saya nampak
seperti Pusat ni tak tau komited ataupun serius kerana mereka sudah turun ke Sungai Pinang
for the first time, Dr. Xavier, last year, I think was last year. For the first time never anyone,
minister came to my area. Tapi sehingga sekarang saya dimaklumkan mesyuarat yang
terakhir pun seolah-olah pelan ataupun pelan mitigasi baru untuk RTB ini tak difinalised atau
dimuktamadkan. Jadi saya harap kalau boleh dipercepatkan kerana ini satu, kalau dia orang
tunggu dua (2) tahun tak boleh tahan, tau bagaimana saya tak boleh tahan. Sudah 20
tahun. So dengan itu Dato’ Speaker, dengan sebulat, I mean fully support dengan sepenuh-
penuhnya ucapan Tuan Yang Terutama. Thank you very much.
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:
Terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat. Dipersilakan Yang Berhormat Seberang
Jaya.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Winston Churchill
pernah bercakap, “those that failed to learn from history, one dome to repeat it”, “mereka yang
gagal dari sejarah akan terjebak untuk mengulanginya”. Janganlah kita lupa pada sejarah,
sejarah pentadbiran Barisan Nasional. Kedurjanaan lampau jangan kita dengan mudah mahu
melupakan. Yang malang bukan saja kita diajak untuk melupakan tetapi tidak pernah sekali
pun yang di sebelah sana mahu mengakui bahawa kedurjanaan lampau yang telah berlaku
hampir-hampir memusnahkan dan menghancurkan negara kita yang tercinta ini. Firman Allah
(Ayat Al-Quran) Dalam Surah Yusuf, Ayat 111, “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka para
Nabi dan umat mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal”.
Jelas Firman Allah ini menunjukkan kita untuk belajar dari sejarah dan mengambil
iktibar seperti kata pepatah Melayu, “kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan
sempadan”. Oleh itu, kami akan terus berulang-ulang membicarakan tentang soal
kedurjanaan lampau ini agar ia menjadi peringatan dan satu tauladan kepada kami generasi
Malaysia Baharu untuk tidak sesekali mengulangi atau terniat untuk mengikuti kedurjanaan
lama yang sehingga ke hari ini menghantui kita dengan pelbagai beban dan kepayahan.
Agenda reformasi dimulakan di Pulau Pinang sejak 2008 apabila kita mula mengambil
alih. Syukur Alhamdulillah, pelbagai usaha dan langkah yang dilaksanakan telah berjaya
mengangkat Pulau Pinang ke satu tahap yang membanggakan. Kejayaan demi kejayaan
yang dizahirkan membuktikan agenda reformasi boleh dilaksanakan dan kemajuan serta
pembangunan dan hak-hak rakyat dari setiap latar dapat dibela walaupun amalan-amalan
lama Barisan Nasional dihapuskan dan digantikan dengan kebijakkan yang telus, jujur dan
adil untuk setiap golongan masyarakat. Namun, suka saya mengingatkan diri saya sendiri dan
Ahli-ahli Yang Berhormat cabaran kita kini lebih kompleks, harapan rakyat kini lebih tinggi.
Kita perlu berusaha keras menyelesaikan masalah rakyat. Yang paling penting kita perlulah
menjadi kerajaan yang menjunjung prinsip keadilan, kebebasan dan demokrasi.
Wawasan Pulau Pinang2030 menjadikan negeri ini sebagai Negeri Mesra Keluarga,
Pintar dan Hijau akan tercapai jika setiap dari kita warga Pulau Pinang bekerja kuat dan maju
bersama. Dikesempatan ini juga, saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima
106
kasih kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pertubuhan Bukan Kerajaan
dan rakyat negeri ini yang telah bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah, siang dan
malam dalam menzahirkan kejayaan berterusan di negeri ini.
Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani. Di era Malaysia Baharu, di bawah kepimpinan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, martabat industri pertanian akan dikembalikan.
Fokus dan seruan yang diberikan oleh kepimpinan tertinggi negara, agar industri pertanian
direformasikan perlulah mendapat sokongan semua pihak. Pemodenan dan inovasi bagi
memastikan amalan pertanian dan peladangan yang terbaik digunapakai adalah perlu dalam
membangunkan semula industri pertanian ini sejajar dengan wawasan untuk mewujudkan
food security bukan bergantung kepada amalan import tetapi melalui usaha menanam,
berternak dan menghasilkan sendiri produk makanan ini. Pulau Pinang juga pasti ingin
menyahut seruan ini. Maka dengan itu, beberapa usaha dan kebijakkan baru sedang
diusahakan bagi membangunkan sebuah industri pertanian yang berdaya saing, moden dan
lestari atau sustainable akan dimulakan di Pulau Pinang. Dasar pertanian negeri yang sedang
dirangka akan memberikan fokus kepada pemodenan sektor tanaman singkat masa iaitu cash
crop dan pengurusan ladang terbaik bagi penanaman padi. Pengekalan projek-projek taman
kekal pengeluaran makanan sedia ada di TKPM Ara Kuda dan Batu Kawan Agropark. Selain
pembangunan baru di Permatang Pauh Agropark, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian
akan berkerjasama dengan pihak Northern Corridor Implementation Authority atau NCIA dan
Perda Ventures Incorporated untuk membangunkan sebuah Penang Agro Valley di sebidang
tanah seluas hampir 680 ekar di Ara Kuda. Usahasama ini baru saja mendapat suntikan baru
apabila pihak pengeluar benih tanaman keenam terbesar di dunia, Enza Zaden daripada
negara Belanda akan menjalin satu kerjasama dari segi bantuan teknikal dan kemungkinan
pelaburan di masa depan untuk membangunkan bersama Penang Agro Valley ini.
Usahasama ini telah dimetrai ketika lawatan kerja saya bersama Yang Berhormat Bukit
Tengah dan Yang Berhormat Bukit Tambun ke Amsterdam pada 19 April yang lepas.
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, Enza Zaden telah menubuhkan ibu pejabat
serantau dan Pusat Logistik di Taman Sains Pulau Pinang di Bukit Minyak sejak 2017. Dengan
nilai pelaburan RM50 juta, Pulau Pinang dipilih sebagai lokasi hub logistik kerana berada di
lokasi yang strategi, yang strategik serta mampu membekalkan biji benih sayuran tropika bagi
memenuhi keperluan pasaran Asia Tenggara yang mempunyai populasi penduduk melebihi
600 juta orang dan membabitkan 13 buah negara. Dengan potensi yang wujud ini, kita
berupaya untuk meletakkan Pulau Pinang sebagai hub benih serantau untuk Asia Tenggara.
Kerajaan Negeri juga sedang merangka kertas dasar, Feeding Penang, satu usaha
untuk mewujudkan dasar keselamatan makanan peringkat negeri Pulau Pinang yang tak
pernah lagi dibuat oleh mana-mana negeri dengan memberi fokus kepada penghasilan
makanan bagi mencapai sasaran tahap sara diri atau self-suffusion living bagi negeri ini.
Buat masa sekarang, tahap sara diri Pulau Pinang adalah di tahap sederhana.
Walaupun kita sebuah negeri yang kecil, kita telah melepasi tahap sara diri untuk produk
seperti buah-buahan, produk daripada penternakan babi dan juga ayam tetapi masih banyak
lagi produk-produk lain yang memerlukan pelaburan dan projek-projek baru bagi memenuhi
keperluan sara diri ini. Fokus akan diberikan kepada sektor tanaman sayuran, penanaman
padi dan penghasilan susu dan juga memastikan bekalan protein dari industri perikanan yang
mencukupi dalam pembangunan Zon Industri Akuakultur. Feeding Penang akan memangkin
hala tuju negeri ini untuk menjadi sebuah negeri yang lestari dan mampan pada masa
hadapan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi melaksanakan wawasan itu, pembangunan modal
insan juga adalah penting dan demi melahirkan usahawan pertanian dan industri asas tani
yang akan terus merajui industri ini pada masa hadapan. Sejak tahun 2015 sehingga Ogos
107
2018, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM750,000 bagi Program Usahawan
Tani Muda atau kini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani. Sehingga April 2019, seramai
131 orang pengusaha industri asas tani telah menerima manfaat daripada program ini dan
sekarang ini program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Mengenai keresahan yang dibangkitkan, oleh Yang Berhormat Permatang Berangan
dan Bukit Tambun, berkenaan kegiatan tambun tanah sawah yang dilakukan secara haram
dan ancamannya terhadap industri padi di negeri ini. Untuk makluman Yang Berhormat, isu
tambun tanah ini bukanlah satu isu baru. Undang-undang yang boleh diguna pakai untuk
mengatasi masalah ini adalah Seksyen 27 atau 28 Akta Perancang Bandar dan Desa 1976
dan Seksyen 70(a) Akta Jalan Parit, Jalan Parit dan Bangunan 1974. Tindakan-tindakan
penguatkuasaan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Ini termasuklah
mengeluarkan notis berhenti kerja, di bawah Seksyen 70(a) Akta Jalan Parit dan Bangunan
1974, mengambil tindakan mahkamah di bawah Seksyen 70(a) Akta Jalan Parit dan
Bangunan 1974 yang memperuntukkan apabila disabitkan denda RM50,000 atau penjara
tidak lebih lima (5) tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan yang berterusan selepas
disabitkan denda boleh meningkat sebanyak RM500 setiap hari kesalahan diteruskan dan
tindakan penguasaan terhadap kerja-kerja tambun tanpa kebenaran Majlis di bawah Seksyen
27 atau 28 Akta Perancang Bandar dan Desa ini juga boleh dilaksanakan.
Pesalah juga menurut akta ini boleh dihukum dengan mengarahkan mereka untuk
memulihkan semula tanah ini seperti sedia kala dan fungsi yang sebelumnya. Malangnya
Yang Berhormat, walaupun saya telah menyatakan tindakan-tindakan yang boleh kita
lakukan, sedih untuk saya nyatakan di sini, walaupun saya sebagai Ahli EXCO sepanjang
enam (6) tahun di negeri Pulau Pinang yang menjaga soal isu tambun tanah haram ini,
kelemahan penguatkuasaan masih lagi berlaku di kalangan Pihak Berkuasa Tempatan kita.
Sebab itu hari ini saya nak menggunakan Dewan ini untuk mengajak semua pihak berkuasa,
tak kan EXCO nak kena pergi duduk dekat situ untuk ambil tindakan? Kita tahu realiti yang
berlaku di luar. Sebab itu hari ini saya nak beritahu kita di peringkat Kerajaan Negeri tidak
pernah kompromi dengan mereka yang melakukan kesalahan ini. Kenapa pegawai kita takut
untuk ambil tindakan? Saya yakin Ahli Dewan yang ada dalam ini juga bersetuju dengan saya.
Pentingnya kita untuk menjaga kelangsungan tapak-tapak dan juga ruang-ruang yang telah
digunakan sebagai kawasan tanaman padi ini untuk dikekalkan di negeri Pulau Pinang. Tak
kan semua tempat kita nak bangunkan sebagai kilang? Tak kan semua tempat kita nak
bangunkan sebagai rumah? Dan tak kan kita nak terus biarkan mereka menggunakan loop
hole, loop hole yang ada dalam undang-undang dan kita hanya memberi jawapan, oh kita
susah nak buat penguatkuasaan. It’s too complex for us to do penguatkuasaan. Memalukan.
Sejak bila kita menjadi kerajaan kita tidak boleh ambil tindakan kepada mereka yang
melakukan kesalahan.
Sebab itu dalam era Malaysia Baharu ini, saya ingat tidak ada lagi alasan. Pegawai-
pegawai kita harus berani mengambil tindakan undang-undang seperti yang ada dalam akta
dan juga undang-undang yang telah kita laksanakan. Jangan kita gunakan alasan bahawa
kita tak cukup kakitangan, walhal kita boleh dan kita boleh lakukan ini dengan mendapatkan
arahan daripada mahkamah. Kita sendiri boleh guna akta ini dan pastikan mereka yang buat
kesalahan ini tak berani untuk ulang lakukan kesalahan ini. Realiti di luar kita tahu bukan
banyak sangat orang yang buat jenayah seperti ini. Satu dua syarikat saja yang berani buat
seperti ini. Sebab itu saya nak gunakan platform dalam Dewan hari ini, saya tahu saya
daripada kerajaan, saya tahu hari ini saya EXCO Pertanian Negeri Pulau Pinang tapi 6 tahun
saya bercakap soal ini, saya masih lagi menerima jawapan yang sama. Sebab itu saya nak
mengajak Majlis Perbandaran Seberang Perai, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, jangan kita
lagi takut untuk ambil tindakan seperti undang-undang yang ada. Yang patut takut adalah
penjenayah di luar sana. Bukan kita kerajaan atau pegawai yang patut takut. Setuju? Setuju
108
boleh duduk la.
Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):
Minta mencelah. Yang Berhormat Seberang Jaya, di bawah peruntukan akta dan juga
Kanun Tanah Negara, kita ada satu peruntukan mensyaratkan tuan tanah mengembalikan
kepada keadaan asal kalau disabit kesalahan. Adakah kita boleh cuba buat satu kes dulu. Itu
saja.
Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim):
Minta laluan. Yang ini berkaitan yang sama juga.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Terima kasih. Ya, sila Yang Berhormat Sungai Acheh.
Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim):
Okey, saya cukup setuju berkaitan dengan kita mengelakkan daripada usaha-usaha
untuk tapak-tapak sawah ni ditambun secara haram untuk apa saja tujuan sekarang ni. Tetapi
macam yang saya bangkitkan kelmarin juga saya bercakap berkaitan dengan tapak-tapak
kilang ataupun tapak-tapak di mana ada di kawasan saya ni sebelum merdeka lagi dia dah
ada tapak kilang di kawasan tersebut dan kalau ikut dalam geran pun adalah tapak sawah
padi. Adakah itu yang kita dalam cadangan Kerajaan Negeri kalau kita nak ambil tindakan, dia
terpaksa roboh, terpaksa buka balik tempat tu kot. Kalau ikut daripada tadilah.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Acheh dan juga Yang Berhormat Bukit Tambun.
Saya ingat yang penting dalam soal isu tambun tanah ini, kita pun tahu apa yang berlaku di
luar sana. Realitinya tambunan haram ni dibuat dahulu. Bila tambun dah haram, kemudian
padi tak berjalan, apa ulasan yang kita akan terima? Padi dah tak aktif. Kemudian apa yang
berlaku? Di bawa masuk dalam mesyuarat, diberikan kelulusan. Ini taktik modus operandi
yang dipakai. Walhal kita pun dapat lihat mula dia tambun sikit, kita pun datang buat stop
work, bagi notis, berhentikan jangan tambun. Lepas tu tunggu setahun, dua tahun, dia mai
balik. Tak ada sapa pulihkan. Saya setuju dengan pandangan Bukit Tambun. Memang kita
boleh buat test case ini. Sebab itu saya sebut ini dalam Dewan. Sebab kalau saya sebut dalam
mesyuarat, dia hanya kekal dalam mesyuarat. Saya nak biar benda ni highlight dalam semua
media bahawa ada undang-undang dalam akta kanun tanah kita, kita boleh
paksa…(gangguan), Yang Berhormat sila duduk, saya bagi ruang sekejap lagi. Untuk lakukan
perubahan ini, lakukan penguatkuasaan ini dan buat test case itu di daerah-daerah. Jangan
bagi mereka berani untuk tambun tanpa minta kebenaran Majlis. Bukan kita tak ada nak beri
kebenaran, kita boleh beri kebenaran. Tapi biar perancangan itu, pembangunan itu mengikut
zonnya. Perancangan atau pembangunan itu berjalan mengikut kehendak Majlis. Bukannya
mai datang tambun lepas tu kita pun lagi setahun, lagi dua tahun, kita pun luluskan. Saya
faham Yang Berhormat Sungai Acheh bangkitkan tentang kes-kes yang berlaku sebelum ini.
Saya tak nak pergi kebelakang sampai terlampau jauh ke sana. Yang penting yang kita ada
sekarang ni kita kena kekalkan. Saya nak bagi tahu Yang Berhormat Ahli Dewan, kita hari ini
untuk makluman Yang Berhormat Ahli Dewan kita telah sejak daripada 2007 sehingga
sekarang, yang telah terkorban kawasan padi ini adalah 770 hektar iaitu 1,902 ekar, tanah
padi yang telah hilang. Kita adalah walaupun negeri yang paling kecil, negeri kedua kecil
dalam Pulau Pinang, tapi dari segi hasil, padi, kita adalah antara tak nombor satu (1), kita
nombor dua (2), tak nombor dua (2), kita nombor satu (1). Hebatnya Pulau Pinang. Yang
Berhormat Sungai Dua lebih maklum. Dia banyak terlibat dengan pesawah-pesawah. Dia pun
tahu potensi yang kita ada di Pulau Pinang. Sebab itu saya nak mengajak semua, termasuk
Ahli Yang Berhormat, terutamanya kawasan-kawasan Ahli Yang Berhormat yang ada
109
kawasan padi ni. Permatang Pasir, Bayan Lepas ada lagi? Tak ada dah. Geleng kepala.
Penanti ada, Yang Berhormat Penaga ada, Sungai Dua ada, Permatang Berangan ada,
kawasan saya ada. Sungai Acheh ada. Kawasan kita ni menghadapi ancaman, bukanlah kita
tak nak pembangunan, kita nak pembangunan, tetapi kita nak ianya mengikut undang-
undang. Dan sebab itu saya minta pegawai-pegawai kita, daripada pimpinan tertinggi
sehingga yang ke bawah sekali. We are serious. Kita nak pertahankan kawasan padi kita
kerana kalau kita gagal untuk pertahankan, macam mana kita nak bekalkan makanan pada
rakyat negeri ini. Ambillah contoh satu masa nanti. Sekarang kita seronok kata, tak apa, kita
import ja beras daripada luar. Kita import sahaja beras daripada Thailand. Kita import sahaja
beras daripada Vietnam. Cukup satu hari, Thailand buat keputusan, kita tak mau jual beras
kepada Malaysia, kita nak makan apa? Nak makan quinoa? Tak boleh! Orang Penang lagi tak
boleh. Saya baru ni bawa Yang Berhormat, ada Bukit Tambun yang pergi luar negara,
seminggu. Sebelum sampai rumah, singgah kedai nasi kandar dulu. Nak pekena nasi. Tak
balik rumah dulu, sebab memang itu makanan kita. Sebab itu, saya ingat kita kena sama-
sama tegas dalam hal ini. Saya silakan Sungai Dua.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):
Terima kasih Seberang Jaya. Hari ni saya mendengar satu, satu saranan yang begitu
menyakinkan saya. Saya bercakap dalam Dewan, daripada saya mula dulu, tahun 2013
tentang tanah sawah ni. Sebelum ni saya bekerja dengan Pertubuhan Peladang, saya terlibat
dalam tambakan tanah sawah oleh dua, tiga syarikat. Pinang Mewah, saya sebutlah dalam
Dewan ni, Pinang Mewah dan sebagainya. Dua, tiga syarikat. Dan sampai dalam PAC kita
masukkan, kita bincangkan isu ni. Kita tak mau dah berlaku isu tambakan sawah ni. Daripada
15,000 hektar, tinggal 12,000 sekarang. 12 ribu dah kurang dah dalam seribu lebih. Tinggal
berapa. Balik Pulau dah habis dah. Tinggal kawasan Sungai Burung sahaja. Tinggal pokok
durian. Dah habis. Jadi kita dah masuk dalam PAC, saya harap dalam PAC ni kita serius. Dan
hari ni Seberang Jaya begitu serius sekali. Saya seriau tengok.
Jadi kita kena pastikan PAC, keputusan PAC dikuatkuasakan dan semua. Saya
pengalaman, pi tahan orang ni, tahan penambakan. Jadi kita harap benda ni dijadikan satu
benda yang serius dan perlu diambil tindakan yang tegas kepada di semua jabatan dan
agensi. Tak boleh serah kepada agensi ni, serah kepada agensi ni. Last, last benda ni berlaku
juga, tambakan tu berlaku juga. Kita tak mau berlaku macam tu.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Saya juga ambil maklum syor yang telah
diberikan oleh PAC, pastinya dalam syor itu yang ditegaskan adalah untuk agensi-agensi
sebenarnya mengembalikan balik taring mereka. Untuk melaksanakan tindakan tegas. Tak
ada siapa halang agensi-agensi kita untuk buat tindakan terhadap mereka yang melakukan
kesalahan ini. Tak ada siapa, tak ada pernah pun saya keluarkan arahan jangan pergi ambil
tindakan terhadap orang yang tambun haram. Tak pernah. Saya yakin tak ada pun Ahli-ahli
Dewan dalam ni yang buat arahan yang sama. Tak ada arahan politik seperti itu. Sebab itu
saya nak agensi-agensi, baik MPSP, baik MBPP, baik Pejabat Tanah, baik JPS, guna ruang
undang-undang yang ada. Buat satu, dua kes. Jangan kata langsung, yang masalah hari ini,
tak buat langsung. Tak ada langsung tanah yang dipulihkan seperti asal. Yang itu yang saya
minta. Kita lakukan di peringkat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kita tunjuk pada negeri-negeri
lain. Pulau Pinang nak buat pembangunan, nak buat apa-apa sahaja, pengezonan semula
perlu melalui proses undang-undang. Perlu duduk ikut undang-undang yang telah ditetapkan
oleh Kerajaan Negeri melalui undang-undang PBT yang ada. Jadi itu yang kita harapkan.
Tapi dalam masa yang sama, saya juga nak menjawab soalan yang dibangkit oleh
Yang Berhormat Sungai Dua tentang Hectare Development Project. Untuk kita terus
mengekalkan daya saing, industri penanaman padi di negeri Pulau Pinang, kita juga kena
110
beritahu pada orang-orang muda hari ini, bahawa menanam padi ini bukanlah satu kerja yang
lekeh. Bukan satu kerja yang kotor semata-mata dan langsung tidak memberikan pulangan
kepada pertanian. Sebab itu dalam usaha itu, Kerajaan Negeri sebelum ini bersama dengan
Jabatan Pertanian, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu, (IADA), Lembaga
Pertubuhan Ladang (MARDI), dan juga Jabatan Pengairan Dan Saliran dan juga Northern
Corridor Implementation Authority, kita telah membangunkan apa yang dipanggil Project
Hectare Development ini. Projek yang dimaksud ini sebelum ini adalah di bawah entry point,
Projek EPP11 yang telah dilaksanakan dan projek ini melibatkan 10 special purpose vehicle.
Yang mana projek ini melibatkan kawasan padi berjumlah 3,720 hektar dan program ini
diselaraskan oleh pihak IADA dan peningkatan hasil pengeluaran sangat
memberangsangkan. Sekarang saya difahamkan, majoriti peserta yang terlibat, mereka boleh
menghasilkan at average lima (5) hingga enam (6) tan, dan untuk tahun 2020 kita meletakkan
sasaran untuk meningkatkan kepada 6.5 metriks tan bagi tahun 2020. Dan selain daripada
itu, pihak Jabatan Pertanian juga sedang melaksanakan kempen peningkatan hasil kerana
dengan adanya Jabatan Pertanian hari ini, saya telah meletakkan satu tanda aras, kita nak
cuba mencapai tahap pengeluaran kita iaitu sebanyak 7 tan bagi tempoh 2019 dan 2020 di
bawah program Pembangunan Industri Tanaman Padi iaitu permohonan kluster dan
penentuan seluas 250 hektar yang melibatkan lima (5) kelompok padi di seluruh negeri Pulau
Pinang akan dimulakan dan kerjasama ini akan melibatkan semua termasuklah pengurusan
kelompok dan kerjasama semua ahli dalam kelompok padi untuk menjayakan usaha ini. Sila
Sungai Acheh.
Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim):
Okey Yang Berhormat Seberang Jaya. Cuma saya nak tanya, di dalam masa
sepanjang tiga (3) tahun ni, masalah padi angin ni masih menghantui keseluruhan Pulau
Pinang, bukan setakat di kawasan Seberang Perai Selatan sahaja tapi keseluruhan Pulau
Pinang. Dan sekiranya masih lagi ada isu-isu padi angin, adakah penyelesaian sama ada dia
berpunca daripada benih yang dibekalkan ataupun cara penjagaan oleh petani itu?
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Acheh. Isu padi angin, kemudian isu penyakit,
dan serangan terhadap lain-lain benih yang berlaku, ini semua melibatkan isu yang
memerlukan dasar, keputusan dasar di peringkat nasional. Sebab itu, baru-baru ni, dalam
satu program tentang kawalan perosak dan juga, kawalan perosak di tanaman padi, saya
telah menyatakan pada media dan meminta supaya Kementerian Pertanian melihat secara
serius tentang isu benih ini kerana masih lagi berlaku isu berdebat antara benih sah, tak sah.
Kemudian ada isu macam-macam. Tetapi satu yang kita kena faham, benih ini bergantung
kepada variety yang ada. Dan kita kena buka atau liberalize sedikit isu benih ini. Kerana kita
dapat lihat daripada benih-benih yang ada yang dihasilkan oleh universiti-universiti tempatan,
masih lagi tidak digunakan secara meluas. Walhal, permintaannya itu sangat tinggi dan telah
terbukti boleh menghasilkan hasil yang baik. Itu satu.
Keduanya kita kena bincang juga dengan negara-negara serantau. Saya faham ada
isu untuk kita bawa benih daripada negara luar. Tetapi penyeludupan berlaku, penyeludupan
benih berlaku hari ini. Ada benih di bawa daripada Indonesia, kita pun tahu tetapi kita kena
belajar daripada Indonesia. Saya berkesempatan pergi ke Borgo, Institut Pertanian Borgo,
belajar di sana, di Indonesia hari ini mereka ada 270 juta rakyat. Saya minta maaf, 230 juta
rakyat. Daripada 230 juta rakyat, SSL padi di Indonesia hampir 94%. Kita 30 juta rakyat, SSL
padi kita baru 60%-70%. Mereka makan nasi, 120 kilo setahun, seorang, kita makan nasi 80
kilo, setahun, seorang. Mana mereka makan lebih, mereka ada lebih ramai rakyat. Mereka
tak ada pengairan yang sebagus kita. Mereka tidak ada penggunaan jentera besar-besar
seperti kita tapi mereka hasilkan padi lebih rendah daripada… mereka menghasilkan padi
111
lebih banyak daripada kita dan boleh hampir mencapai SSL. Walhal kita, ada pengairan, ada
sistem, ada… kita pula tu lebih bagus, kita bukan setakat bagi subsidi kepada baja dan juga
benih, kita bagi subsidi pada harga lagi, nak jual, di Indonesia tak berlaku. Ini yang kita kena
faham dan cuba faham kenapa di Malaysia masih lagi tidak capai tu. Sebab itu di Pulau Pinang
saya bawa Pengarah Pertanian saya sebelum ni, saya bawa Pengarah IADA saya pergi ke
sana, lihat sendiri, belajar dan cuba untuk aplikasikan di negeri Pulau Pinang. Kita nak cuba
tunjuk di Pulau Pinang, walaupun negeri kita kecil, kita boleh hasilkan hasil padi yang jauh
lebih tinggi daripada negeri-negeri lain. InsyaAllah.
Seterusnya Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang
Berhormat, saya ingin menjawab gesaan yang dibawa oleh Yang Berhormat Permatang Pasir
tentang bagaimana kita boleh meningkatkan industri perikanan dan juga nelayan di negeri
Pulau Pinang. Nelayan ni daripada merdeka sampai sekarang kita masih lagi menganggap
mereka ni sebagai golongan miskin yang perlukan bantuan.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Mohon laluan ya. Saja just nak…(gangguan).
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Saya baru mukadimah ja. Kejap.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
I know tapi saya terlewat sedikit. Since you dah beralih topik dari padi ke… ke ikan.
YB. Seberang Jaya ada sebut anything tentang mempelbagaikan pendapatan pesawah ke,
macam… apa yang kita lakukan di Kampung Guar Jering, Pesta Padi, River Run. Ada sebut
tak?
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Saya tak sebut di sini secara spesifiklah. Sebab saya address focus isu bagaimana
kita nak kekalkan.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Tapi sebab saya bangkitkan isu tu mintak yang kerajaan bagi sokongan.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Sokongan untuk?
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Sokongan untuk usaha yang kita buat ni bersama dengan pesawah-pesawah semua.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Saya ingat dari segi program, spesifik seperti itu, melalui jabatan, melalui agensi-
agensi yang sedia ada, kita telah memberikan sokongan. Bahkan sebelum ini, tahun lepas,
saya ingat ketika International River Run dan juga saya ingat Penang Paddy Festival,
International Paddy Festival itu juga telah diberi sokongan bagaimana menggunakan jerami
itu untuk membuatkan perhiasan.
Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):
Tak, jerami itu kita orang yang pandai. Our own pesawah.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Terima kasih, terima kasih. Dan saya difahamkan mereka ini dibawa ke seluruh negara
untuk membuat jerami itu. Dan kita juga melihat kepada industri-industri lain. Sebab itu, untuk
112
makluman Yang Behormat, di kawasan Seberang Jaya sekarang ini, kita telah bangunkan
satu kelompok, bersama dengan kelompok padi Permatang Nibong, di mana kita membelikan
mereka mesin beras. Maknanya beras ini, mereka tak perlu jual kepada pengilang. Mereka
harvest, mereka tuai, mereka hasilkan sendiri produk. Ini pun kita tengah lakukan. Ada
pelbagai cara Yang Berhormat. Jadi, saya alu-alukan pandangan Yang Berhormat tu tentang
program tadi memang, tetapi kita tidak dapat jadikan itu sebagai state policy at the moment
sebab fokus dia saya ingat kita perlu lihat kepada bagaimana kita boleh bangunkan
keseluruhan industri padi ini dengan fokus tentang isu tanah ini.
Dan juga memastikan isu benih, isu, core business of paddy planting ini diselesaikan
dahulu dengan lebih baik. Pengairan saya ingat kita selesai. Alhamdullilah. Di Pulau Pinang
ada penambahbaikan sana sini sedikit. Selesai. Tapi bila kita dah buat taliair yang baik, sekali
kena tambun, tertutup, tertimbus dengan tanah. Tak boleh nak guna. Kan membazir?
Perbelanjaan jutaan ringgit. Bukan baru. Dah lama. Jadi sebab itu, benda-benda ini yang
sangat memberi kesan kepada industri padi kita di negeri Pulau Pinang.
Saya teruskan tentang isu industri akuakultur, mukadimah mana tadi entah, ikan.
Golongan nelayan kita hari ini sehingga daripada merdeka sampai sekarang masih lagi
dianggap sebagai golongan miskin. Nelayan kita kalau dibanding dengan nelayan negara lain
yang lebih maju, nelayan di sana tak terima subsidi, nelayan di sana bayar cukai kepada
kerajaan, itu beza dia. Sebab itu untuk makluman Yang Berhormat, kita kena cari kebijakan-
kebijakan baru bagaimana untuk mengekalkan industri akuakultur ini dan nelayan ini berdaya
saing. Salah satu usaha, ada tiga sebenarnya perancangan besar yang sedang kita lakukan.
Pertamanya dalam industri akuakultur seperti Yang Berhormat tahu, kita hendak
galakkan lebih banyak nelayan untuk menyertai akuakultur ini. Sebab itu dalam pembangunan
zon industri akuakultur cabarannya besar kerana kita nak membangunkan di kawasan yang
agak sensisitif walaupun sekarang ini kita dalam usaha untuk membuat EIA, saya yakin
Insyaallah kita akan dapat sokongan untuk melaksanakan Zon Industri Akuakultur di Penaga,
InsyaAllah. Dan dalam masa yang sama melalui RSN kita telah wartakan dua tempat iaitu di
Sungai Chenaam dan juga di Balik Pulau untuk pembangunan pada masa akan datang. Cuma
belum lagi kita lakukan EIA kerana kita nak test case dulu di ZIA Penaga. Sebelum ini benda
itu dijadikan isu politik, ada banyak menteri cakap tak boleh, pegawai kata boleh, jadi macam-
macam. Tapi kita kena jujur dan faham bahawa masih lagi kita tidak mencapai tahap SSL dari
segi penghasilan ikan atau protein daripada sumber laut ini di negeri Pulau Pinang. Selain
daripada itu usaha-usaha untuk melepaskan tukun ….(gangguan).
Ahli Kawasan Berapit (YB Heng Lee Lee):
Minta penjelasan.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Sekejap ya, sekejap. Saya tahu Yang Berhormat ikut saya ke Pasar Tuna, sabar.
Berkenaan dengan isu tangkapan ikan di laut, kalau kita ikut kepada statistik dunia, memang
hasil tangkapan daripada laut lepas ini, semakin hari memang hampir plateau, dia akan
stagnant di situ, dia tak kan naik, dia tak kan turun, dia akan ada di situ saja. Sebab itu saya
ingat kita kena ubah mentaliti dan mindset kita, kita kena kurangkan sebenarnya tangkapan
ikan di laut ini kerana dengan cara mengurangkan tangkapan ikan di laut, kita preserve the
marine eco system. Kita kena kawal, jangan bagi tangkap ikan sampan kecil, jangan bagi
guna pukat yang melampau-lampau, sebab itu ada soalan pasal pukat, nanti saya akan jawab.
Ini penting, saya kena pandang YB. Permatang Pasir sebab dia Pengarah, Chairman LKIM,
dia punca kuasa dan dia juga punca peruntukan untuk bantu kita di Pulau Pinang.
113
Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli Dewan semua, sebab itu di Pulau Pinang
walaupun kita sedang nak bangunkan PSR, Penang South Reclamation, salah satu isu besar
yang sedang kita nak tackle adalah isu nelayan. YB. Bayan Lepas memang selalu engage
dengan saya tentang isu nelayan ini. Ada banyak perkara, bukannya, tetapi isunya lebih besar,
yang dibincangkan oleh nelayan bukan soal tangkapan, yang dibincangkan oleh nelayan
adalah soal kebajikan dan juga soal mereka di tepi pantai itu, itu yang jadi isu. Saya ingat
Timbalan nak, saya memang tak boleh habis sebelum pukul 7.00.
YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:
Okey Yang Berhormat, kita bersambung nanti selepas makan malam. Dewan
ditangguhkan dan Dewan akan bersidang kembali pada pukul 8.00 malam selepas makan
malam. Terima kasih.
Dewan ditangguhkan pada jam 7.05 malam.
Dewan bersidang semula pada jam 8.00 malam.
Setiausaha Dewan:
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Ahli-ahli Yang Berhormat kita bersidang semula. Seberang Jaya. Berapa lama lagi?
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Saya ingat setengah jam lagi boleh.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Cannot.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Cannot. Saya akan cuba ringkaskan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan. Tadi
saya membicarakan soal memodenkan nelayan dalam industri akuakultur. Untuk makluman
semua kita sedang dalam usaha untuk melihat bagaimana kita boleh memperbanyakkan lagi
industri akuakultur ini dan boleh melibatkan lebih ramai nelayan dalam industri ini. Industri
akuakultur ini ada pelbagai bidang. Kalau daripada hasil yang saya sendiri lakukan lawatan
dan juga belajar daripada penggal yang lepas ketika ke Negara Taiwan salah satu negara
yang banyak industri akuakulturnya. Mereka ini melakukan industri ini pelbagai peringkat.
Daripada hatchery, daripada ikan itu besar 1cm, 2cm, 3cm sampailah kepada grow out farm
itu ada orang-orang lain yang terlibat. Jadi ini salah satu saya ingat potensi masa depan yang
harus kita lihat untuk Negeri Pulau Pinang untuk melibatkan lebih banyak nelayan dan juga
persatuan nelayan untuk sama-sama melihat industri akuakultur ini sebagai satu ruang untuk
mereka menambah pendapatan. Atas semangat itu satu usaha sedang dilakukan bersama
dengan NCIA dan juga pihak USM. Kita akan membangunkan sebenarnya untuk makluman
Ahli Dewan semua. Di Malaysia ini berapa ramai yang tahu bahawa kita ada tiram kita sendiri.
Oyster. Sebenarnya kita…(gangguan).
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Speaker tahu.
114
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Owh. Speaker tahu. Speaker sebab dah pernah makan. Tapi masih ramai yang tak tahu
bahawa…(gangguan).
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Di Penang.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Di Pulau Pinang bukan di Sungai Tiram.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Di Pulau Pinang.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Di Pulau Pinang kita ada hatchery tiram kita sendiri. Satu di CEMACS USM, Teluk
Bahang kemudian dibuat oleh Syarikat Swasta di SeaHarverst Sdn. Bhd. di Pulau Betong.
Mereka ini menghasilkan benih tiram dan benih ini diberikan kepada. Siapa dia. Nelayan-
nelayan pesisir pantai yang menternak secara sangkar. Yang sedang berjalan di Merbok,
Kedah. Jadi, daripada situ tiram ini akan dibesarkan dan dijual kepada pasaran. Dan harganya
adalah sangat baik. Saya ini kebetulan peminat tiram, jadi ada beberapa negara yang saya
pergi saya akan cuba tiram dia. Setakat harini saya berani jamin dalam Dewan ini, u can
challenge me.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Penang Lead.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Tak boleh lawan tiram yang datang daripada Malaysia dan Pulau Pinang. Memang
sangat sedap. Tak boleh Yang Berhormat. New Zealand punya pun tak boleh lawan.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Yes. Yes. Yes.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Saya tau Yang Berhormat nak pertahan New Zealand. Tak boleh tak boleh. Yang Penang
punya paling sedap. Sebab itu kita nak kembangkan industri ini. NCIA telah bersetuju untuk
melihat bagaimana kita boleh memilih Pulau Pinang mungkin sebagai tempat untuk membuat
hatchery yang lebih besar atau kita juga boleh melakukan grow out farm ini di Pulau Pinang
sendiri. Dan juga di kawasan utara ini antara usaha yang sedang kita lakukan. Dalam menu
esok saya tak boleh nak masukkan. Esok…(gangguan).
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Tak Sempat.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Saya tahu baru ini saya baru bawa, kita bawa durian ke Dewan Undangan Negeri tapi
untuk makluman Ahli Dewan sebab saya nak bagi minta speaker tambah sikit masa untuk
saya esok Jabatan Pertanian akan bawa Mangga Harum Manis. Ke Dewan Undangan
Negeri.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Itu Perlis.
115
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Daripada Perlis la kita bantu.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Carila yang Penang.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Sekarang kita satu Malaysia. Okey. Kita bantu untuk bawa untuk Mangga Harum Manis
esok untuk dihidangkan di Dewan Undangan Negeri jadi saya minta tambahan sedikit masa
5 minit kepada Yang Berhormat.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Saya tak makan. Saya tak makan.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Untuk ucapan saya sekarang. Jadi.…(gangguan).
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Sila-sila. Pendekkan.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Ini yang kita ingin lakukan untuk industri. Saya tahu ada banyak kekangan yang kita perlu
hadapi tetapi kalau kita tak lakukan perubahan sekarang saya takut, khuatir profesyen nelayan
ini akhirnya lambat laun dia akan mati begitu sahaja kerana ianya tak diminati oleh orang
muda ianya masih lagi dianggap sebagai satu pekerjaan untuk golongan miskin dan pekerjaan
yang tidak mendatangkan untung. Jadi sebab itu kita nak ada industri-industri lain bergerak
bersama dengan nelayan-nelayan kita di Negeri Pulau Pinang. Sebab itu dalam usaha Yang
Berhormat Permatang Pasir sebutkan tentang pembangunan Batu Maung, Pengkalan Ikan
kita di Batu Maung.
Untuk makluman Yang Berhormat kita pun tahu Yang Berhormat sedia maklum
masalah yang dihadapi oleh kawasan Batu Maung ini. Kita pernah ceburkan untuk lakukan
perikanan air dalam. Yang mana kita nak bawa tuna untuk landing di situ. Tetapi kita hadapi
masalah dia terlampau cetek, kapal tak boleh masuk dan banyak lagi masalah-masalah yang
lain. Sebab itu ada beberapa cadangan yang mahu membangunkan pelabuhan tuna di situ.
Tetapi sebelum kita pergi ke situ saya nak menarik perhatian Yang Berhormat Permatang
Pasir dan juga Ahli Dewan semua. Pulau Pinang ini sebenarnya dahulunya adalah sebuah
Negeri pendaratan tuna. Kita ada canning industri dulu tapi yang telah berpindah keluar
daripada negeri Pulau Pinang. Sebab itu kalau kita tahu bahawa sebenarnya di Pulau Pinang
ini kita sebenarnya telah ada pelabuhan tuna. Pelabuhan Tuna yang ada ialah dua di negara
ini. Satu di Pelabuhan Tanjung Lembung, Langkawi dan Pelabuhan Dermaga Air Dalam,
Butterworth. Dan telah ada pendaratan tuna daripada Indian Ocean di mana di negeri ini telah
didaratkan sebanyak 2,689 tan metrik ikan tuna. Melibatkan 43 kali pendaratan oleh vessel
tempatan. Masih lagi rendah. Pendaratan itu masih lagi rendah. Sebab itu saya telah
memulakan perbincangan dengan pihak Penang Port untuk mengkaji dan melihat bagaimana
industri tuna ini kita boleh bangunkan. Saya pergi ke Jepun baru-baru ini bersama Machang
Bubuk dan juga Berapit untuk melihat sendiri industri tuna di sana. Satu kampung, satu pekan
di pesisir pantai yang tidaklah besar mana pekan dia tu tetapi semuanya berkisar tentang
industri tuna, ada korumnya, ada kapalnya, ada dermaganya, ada restorannya, ada apa ini
pemborongnya. Semua di situ. Semua diproses disitu. Dan kita dapat lihat dan maklumat yang
kita terima sebahagian tuna yang didaratkan di Pulau Pinang. Darat di Pulau Pinang bawa ke
Jepun. Daripada Jepun agen beli hantar ke Singapura. Itu yang berlaku. Jadi sebab itu saya
116
telah berbincang juga dengan Ketua Pengarah Perikanan. Dia memaklumkan ada dalam
Rancangan Malaysia Ke-10 kalau tak salah saya. Peruntukan telah disediakan lebih kurang
RM20 juta tetapi masih belum dibelanja. Sebab itu saya tengah meminta Bahagian
Perancangan Ekonomi Negeri untuk melakukan satu mesyuarat bersama dengan pelbagai
agensi.
Saya percaya LKIM juga akan dijemput nanti untuk membincangkan perkara ini.
Kerana hasil perbincangan dengan Ketua Pengarah Perikanan beliau memaklumkan bahawa
Pulau Pinang masih lagi dianggap sebagai destinasi untuk mengembangkan industri tuna ini.
Jadi saya nampak kalau kita dah ada pelabuhan yang diiktiraf oleh IOTC (Indian Ocean Tuna
Commission) kita kena utilize dan gunakan ini sebaik mungkin. Dan saya percaya kawasan
industri kita di Bukit Minyak, Juru ini mampu untuk menampung kalau keperluan seperti cold
storage, keperluan untuk proses dan keperluan-keperluan lain untuk industri tuna ini. Dan ini
akan mewujudkan peluang pekerjaan yang baru kepada nelayan. Sebab itu bagaimana kita
nak sediakan, kita kena bekerjasama dengan beberapa institusi. Saya telah berbincang
dengan pengarah. Minta maaf, Pengerusi PERDA Saudara Hanif Khatri, beliau menyebut
antara satu contoh Institut PERDA TECH ini mungkin boleh melihat kepada program-program
seperti perikanan laut dalam. Bagaimana kita boleh latih anak-anak muda kita. Orang-orang
muda kita untuk terlibat dan ceburi bidang ini. Ini satu bidang menjamin pendapatan. Kerja
yang berat seperti yang selalu kita tahu 3D. Danger, Dirty, Difficult tetapi kalau kita nak
sediakan generasi masa depan kita dengan peluang pekerjaan dengan lebih baik saya lihat
ini salah satu langkah yang boleh kita lakukan.
Seterusnya, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat…(gangguan).
Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil):
Sedikit penjelasan. Sedikit sahaja. Bercakap tentang tuna. Bercakap semalam tentang
change of business kita perlu terlibat dalam up stream, extreme, down stream. Masalah
dengan tuna ini adalah kita tidak ada down stream business. Tuna mendarat disini seperti
Yang Berhormat sebut tadi terus di eksport keluar. Jadi tiada manfaat kepada rakyat secara
keseluruhan baik kepada peluang pekerjaan dan juga hasil untuk dimakan. Jadi adakah pihak
Kerajaan Negeri ada pelan jangka panjang atau jangka pendek untuk memanggil mana-mana
pelabur untuk melabur di Negeri Pulau Pinang dimana kita ada pelabuhan pendaratan untuk
terlibat dalam down stream supaya ikan tuna yang didaratkan ini dapat dimanfaatkan dalam
konteks industri perikanan tuna.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pasir. Itu salah satu perkara yang saya
sebutkan tadi. Bahawa eko-sistem yang ingin kita wujudkan ini akhirnya harus memberi
manfaat balik kepada rakyat termasuklah dalam down stream ini. Sebab itu memang sudah
ada beberapa apa yang kita panggil pelabur-pelabur yang berminat untuk datang, tetapi
dalam masa yang sama juga yang saya percaya Kerajaan Negeri boleh mainkan peranan
adalah sebagai coordinator untuk semua agensi-agensi dan pihak-pihak yang berkepentingan
ini pemegang taruh ini dapat duduk sekali dan dapat menyusun ianya sebagai satu eko-
sistem. Sebab itu kalau lihat sekarang ini dia masih lagi sebagai pendaratan sahaja. Walaupun
dulu kita ada canning industri. Tetapi canning industri kita sekarang ini dah beralih tempat.
Antara isu yang saya bincang sebelum ini masalah yang kita hadapi juga adalah cold storage.
Kita tidak ada cold storage yang besar dapat menampung. Ini sebahagian dari isu-isu yang
dibangkitkan sebab itu di peringkat Kerajaan Negeri kami akan koordinasi perkara ini. Terima
kasih Yang Berhormat Permatang Pasir.
117
Untuk makluman Yang Berhormat Penaga dalam kita menjaga soal kebajikan dan
keselamatan terutamanya nelayan-nelayan kita. Isu pencerobohan pukat tunda ini memang
satu isu yang besar. Saya ingat Yang Berhormat Permatang Pasir pun pernah bangkitkan
perkara ini dan kita pun telah berdialoag dengan nelayan-nelayan kita. Kerajaan Negeri
melalui agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, Pasukan
Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan memperhebatkan lagi
pemantauan dan penguatkuasaan. Bermula 1 Januari 2016 Jabatan Perikanan telah
menguatkuasakan pemakaian Pekekliling Pelaksaan Dasar Penghapusan Pukat-Pukat
Tunda yang beroperasi di Zon B secara berperingkat dan melalui pengusaha bot tunda yang
didapati menceroboh ke Zon A yang meliputi 5 batu nautika dari pantai, iaitu hukuman gantung
lesen dan gantung subsidi minyak serta dikenakan kompaun yang lebih tinggi. Pembatalan
arahan kelonggaran penguatkuasaan saiz mata pukat keronocong, pukat tunda tidak kurang
daripada 38mm berkuatkuasa sejak 1 November 2013 juga telah dilaksanakan dan juga
mewajibkan pemasangan alat sistem pengenalan automatik atau (AIS) ke atas semua vessel
tunda semua Zon B. Kita telah ada 83 vessel yang telah memasang (AIS) ini tetapi masih ada
beberapa isu tentang sistem ini saya difahamkan bahawa ia masih lagi berpusat di Putrajaya.
Kita tidak ada kelengkapan itu disini untuk memantau. Jadi ini antara perkara perlu
diselesaikan dan dipermudah cara. Tetapi dari segi penguatkuasaan saya sendiri telah
berhadapan dengan beberapa kes yang mana kita. Saya telah menerima panggilan dan juga
whatsapp mesej minta supaya dilonggarkan setakat harini Jabatan Perikanan memang
berkeras la tak mahu longgar. Jadi itu memang mereka sedang lakukan pada hari ini.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Siap?
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Dan…belum. Sabar Yang Berhormat. Kemudian ini menjawab soalan Yang Berhormat
Permatang Berangan membangkitkan isu berkenaan penggunaan sistem empang iaitu
mengguna jaring kecil ketika air surut untuk menangkap ikan. Bagi kes yang berlaku dilaut
merujuk kepada dasar dan prosedur pelesenan vessel peralatan penangkap ikan dan
peraturan nelayan. Apa-apa struktur kekal dalam pengairan tidak dibenarkan dan menjadi
satu kesalahan secara bertulis jika tidak mendapat kebenaran secara bertulis dari Pengarah
Perikanan Negeri dan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Sebagai contoh gombang dan
pompang dibenarkan sekiranya dilesenkan. Namun penggunaan kelong tidak dibenarkan dan
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri tidak akan membenarkan sebarang
penggunaan peralatan-peralatan yang boleh memberikan impak negatif ke atas sumber
perikanan dan juga masyarakat setempat. Dan mengikut kaedah-kaedah perikanan sungai
19. Untuk perairan di sungai tindakan juga boleh dikenakan dengan merujuk kepada Keadah-
Kaedah Perikanan, Perairan Sungai 1999 Sekyen 4, menyatakan bahawa tiada seorang pun
boleh memasang apa-apa bela ikan, pompang atau gombang atau sistem kultur tanpa permit
yang dikeluarkan oleh seorang Pegawai Perikanan Darat. Manakala dalam Seksyen 7 mana-
mana orang yang melanggar peruntukan kaedah ini apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi RM2,000.
Yang Berhormat Ahli Dewan sekalian. Saya akan membicarakan soal kesihatan kali
ini. Denggi masih lagi menghantui kita. Ianya satu perkara dan satu wabak yang sering berlaku
dalam masyarakat. Sehingga 6 April 2019 jumlah kumulatif kes demam denggi yang
dilaporkan bagi tahun 2019 adalah sebanyak 2,173 kes berbanding 1,066 kes bagi tempoh
yang sama pada tahun 2018 iaitu peningkatan sebanyak 1,107 kes iaitu 103.85 peratus.
Sebanyak lapan kematian denggi telah dilaporkan berbanding satu kematian denggi bagi
tempoh yang sama tahun lepas. Meskipun terdapat peningkatan dalam kes denggi yang
dilaporkan kita tidak pernah putus asa untuk lawan denggi ini tetapi dalam tempoh enam tahun
118
saya menjadi EXCO Kesihatan dan sebelum itu berkhidmat sebagai doktor di hospital saya
lihat masalah denggi ini bukan masalah kerajaan semata-mata, bukan masalah agensi
penguatkuasa semata-mata. Masalah denggi ini adalah masalah setiap individu daripada kita.
Kalau kita dapat lihat cabaran terbesar adalah bukan hendak bunuh nyamuk, cabaran
terbesar adalah bukan untuk kita hendak cari tempat pembiakan ini, itu cabaran, tapi bukan
yang terbesar yang terbesar adalah toleransi masyarakat kita terhadap denggi. Orang kita
sudah boleh hidup bersama dengan denggi tapi dia mati juga dia tidak hidup bila kena denggi.
Kenapa saya cakap macam itu? Cuba Yang Berhormat pun saya ingat ada yang sudah
penggal kedua, ada yang sudah penggal ketiga, ada yang pernah jadi Ahli Majlis. Berapa kali
buat gotong-royong? Banyak kali buat gotong-royong, yang akan turun siapa? ADUN,
Pengerusi MPKK, MPSP, Jabatan Kesihatan. Penduduk yang datang adalah 15 orang atau
kurang selalunya kurang lima (5) orang. Datang pun jadi mandor, jadi engineer sebab pada
mereka ini bukan tugas mereka untuk lakukan pembersihan. Saya faham ini situasi di ground,
realitinya, sebab itu saya selalu sebut dalam mesyuarat saya kata even mana ADUN-ADUN
yang pernah duduk dalam mesyuarat saya, saya selalu sebut kalau gotong-royong itu dihadiri
kurang daripada 15 orang penduduk tempatan, saya minta batalkan gotong-royong tapi saya
tahu ada pegawai-pegawai kita tidak sampai hati hendak batalkan mereka terus juga, mereka
pun pergi ambil cangkul, ambillah penyapu buat kerja. Sebab itu saya hendak sebut soal
denggi ini dia bukan lagi soal sama ada kita buat gotong-royong, sama ada kita buat fogging
semata-mata. Kita akan buat Standard Operating Prosedur (SOP) ini tetapi yang lebih penting
adalah bagaimana setiap daripada kita ada kesedaran ada menghalang diri kita daripada
digigit nyamuk. Maknanya kalau nyamuk tidak gigit kita, seekor nyamuk pun tidak gigit kita.
Dapat denggi dak? Tidak dapat. Kalau kita biar nyamuk gigit kita memanglah kita dapat
denggi. Jadi sebab itu saya lebih berminat ADUN-ADUN semua untuk kita sama-sama
bangkitkan bahawa kesedaran untuk menjaga diri daripada digigit denggi ini adalah
tanggungjawab setiap individu.
Sebab itu, melalui program CAT, Crash Aedes Totally yang kita telah menggunakan
artificial intelligent untuk mengenalpasti di mana kawasan wabak berpotensi akan berlaku.
Maknanya dalam 30 hari hingga ke tiga bulan daripada sekarang kalau kawasan locality A itu
kita tidak buat apa-apa tindakan pembersihan, tidak buat fogging tidak buat apa-apa, dalam
tempoh 30 hari kita boleh tahu tempat itu akan jadi denggi atau tidak jadi denggi. Ini kita boleh
buat melalui sistem yang kita ada tetapi itu kegunaannya adalah untuk unirapter sebab itu kita
bangunkan juga satu aplikasi yakni Yang Berhormat semua saya hendak highlight dalam
dewan ini ada aplikasi di panggil Beat Dengue. Saya minta izin Dato’ Yang di-Pertua untuk
tunjuk aplikasi ini.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Jangan silap tunjuk.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
So far yang ini okey Yang Berhormat. Phone ini okey (ketawa). Yang ini Ahli Dewan
Yang Berhormat semua kita boleh lihat aplikasi ini. Aplikasi ini menunjukkan peta Pulau
Pinang dan kita boleh lihat ada titik-titik merah, titik-titik merah inilah di mana berlaku wabak
denggi sekarang, secara real time kita berikan maklumat ini kepada rakyat negeri Pulau
Pinang. Kalau zoom out lagi tengok seluruh Malaysia, Pulau Pinang saja yang ada titik merah
ini seluruh Malaysia tidak ada, sebab Pulau Pinang saja yang bayar untuk guna aplikasi ini.
Kita yang pelopori aplikasi ini dan sekarang kita boleh gunakan ini. Jadi kalau Yang Berhormat
masuk kawasan yang ada titik merah itu dia akan hantar notification beritahu Yang Berhormat
masuk tetapi ia tidak sebut Yang Berhormat, you are entering a dengue risk area. Mana tempat
yang ada wabak denggi. Jadi ini yang saya sebut tadi kita hendak kalau boleh setiap rakyat
kalau boleh satu rumah satu keluarga seorang ada aplikasi ini supaya dia tahu dekat rumah
119
dia kawasan rumah dia ada wabak denggi atau tidak dan dia ambil tindakan sewajarnya.
Berapa ramai yang kita boleh nak deploy kita be realistic satu taman you hendak deploy
berapa ramai pegawai untuk hendak bersihkan masalah sampah walaupun sampah kita buat
kutipan secara selalu. Nyamuk ini hanya perlukan satu sudu air sahaja air saja untuk bertelur.
Dia tidak perlu banyak. Sebab itu, kadang dekat dahan pokok atas daun pun boleh ada
pembiakan nyamuk. Jadi caranya adalah jangan bagi nyamuk gigit kita, InsyaAllah tidak dapat
denggi. Jadi download aplikasi ini. Saya bukan jual, free. Download aplikasi ini uar-uarkan
kepada masyarakat gunakan ini kalau ada tempat-tempat pembiakan aedes boleh lapor
melalui aplikasi ini. Ambil gambar lapor dan kita akan ambil maklumat itu. Kemudian kalau
kena denggi boleh lapor juga ini yang kita sedang bangunkan dan InsyaAllah, program yang
berterusan yang kita lakukan dari kesedaran ini kita juga sedang hendak gunakan satu inovasi
baru yang ini telah dimulakan oleh Institute of Medical Research iaitu untuk membangunkan
nyamuk yang dijangkiti oleh bakteria Wolbachia nyamuk ini Wolbachia ini adalah bakteria
yang ada dalam buah-buahan ianya tidak selalu ada dalam nyamuk tetapi bila diletakkan di
dalam nyamuk aedes bakteria ini akan boleh membunuh, menghalang virus transmisi virus
denggi dan keduanya dia juga boleh mewariskan Wolbachia ini kepada nyamuk-nyamuk yang
lain kepada projourney generasi baru nyamuk dan akhirnya boleh membunuh populasi
nyamuk di situ.
Jadi ini yang kita hendak lakukan bersama dengan Institute of Medical Research
bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri di jangka akan dimulakan dalam bulan
September. Kita tengah kenalpasti kawasan hot spot saya ada minta secara spesifik kepada
Jabatan Kesihatan untuk melihat kawasan-kawasan seperti Machang Bubuk, kawasan
beberapa kawasan lain yang memang ada hot spot denggi ini tiap-tiap tahun akan berlaku
denggi di kawasan ini. Saya ingat Yang Berhormat Machang Bubuk pun sudah kerap kali buat
gotong-royong. Saya pun sudah jemu pergi rasmi gotong-royong di tempat dia. Bukan kata
jemu jumpa Yang Berhormat Machang Bubuk tapi sudah jemu rasmi bab denggi sebab kita
sudah buat macam-macam program dan saya percaya sebelum saya jadi EXCO Kesihatan
pun, waktu orang lain jadi EXCO Kesihatan pun, pun buat benda yang sama. Sebab itu kita
hendak ambil pendekatan yang berbeza. Jadi lepas ini kalau ADUN-ADUN ada gotong-royong
ramai tidak turun batalkan gotong-royong Yang Berhormat, bungkus bihun semua bawa balik.
Jangan tunggu, t-shirt pun ambil balik jangan tunggu lagi sebab saya ingat kita kena educate
masyarakat kita, dengue is not the responsibility of government alone, dengue is responsibility
of all us. Every member of society setiap ahli masyarakat ini perlu ambil tanggungjawab
terhadap kesihatan diri masing-masing untuk menghalang daripada dijangkiti oleh virus
denggi ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, saya ingin menjawab soalan yang dibangkitkan
oleh Yang Berhormat Batu Lancang berkenaan mengusulkan cadangan mengenai penurunan
kuasa penutupan premis makanan yang tidak bersih kepada Pihak Berkuasa Tempatan.
Untuk makluman Yang Berhormat, punca kuasa bagi penutupan premis makanan tersebut
adalah berdasarkan Akta Makanan 1983. Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai
kuasa untuk melaksanakan tindakan tersebut. Namun untuk makluman Ahli-ahli Yang
Berhormat, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah pernah mengemukakan permohonan
tersebut kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2017 namun permohonan
tersebut tidak dapat dipertimbangkan di atas justifikasi kuasa ini adalah termaktub di bawah
Akta Makanan 1983 dan dimaklumkan melalui surat maklum balas dari Bahagian
Perkembangan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 21 Disember 2017
di atas justifikasi keputusan ini dibuat dengan merujuk kepada keputusan Majlis Keselamatan
Makanan dan Pemakanan Kebangsaan yang diadakan pada tahun 2011 yang dipengerusikan
oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan di mana pegawai di pihak berkuasa tempatan hanya
diturunkan kuasa di bawah Seksyen 32 Akta Makanan 1983 iaitu kuasa memasuki premis
120
makanan, memeriksa dan mengambil sampel makanan sahaja dan tiada penurunan kuasa
bagi penutupan premis.
Pihak Kementerian mencadangkan agar PBT untuk menyediakan peruntukan di
bawah undang-undang kecil MBPP sepertimana undang-undang kecil pelesenan
establishment makanan Majlis Perbandaran Klang tahun 2007 dan juga Undang-Undang
Kecil Pelesenan Establishment Makanan Perbadanan Putrajaya 1999. Sila Bagan Dalam.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Saya saja hendak tambah sikit. MBPP hantar tahun 2017, MPSP sudah hantar tahun
2014, sudah tiga (3) kali selepas itu memang tiada jawapan dan satu saya hendak dia dalam
Akta Makanan dinyatakan hanya inspektor kesihatan yang boleh mengarahkan untuk
menutup satu-satu kedai itu tetapi di MBPP dan MPSP kita cukup banyak inspector kesihatan
berbanding dengan Jabatan Kesihatan. Kenapa tidak menteri turunkan kuasa kepada YDP
dan YDP ataupun Datuk Bandar melaluinya kita boleh menguatkuasakan arahan untuk tutup
kedai ini bagi kedai yang tidak bersih.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Saya percaya antara reason kenapa tidak di bawa turun oleh Kementerian Kesihatan
kerana nanti kalau diturunkan yang perlu menjawab itu Kementerian Kesihatan dari segi
undang-undang sebab akta itu berdasarkan daripada akta makanan tadi. Sebab itu
dicadangkan kepada PBT untuk mengwujudkan undang-undang kecil di bawah Majlis
Perbandaran masing-masing. Daripada situ ada kuasa untuk menutup. Jadi ini telah di buat
di Majlis Perbandaran Klang 2007 dan juga Perbadanan Putrajaya tahun 1999.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
MPSP sudah buat 2010 undang-undang kecil belum dapat persetujuan Penasihat
Undang-Undang hari itu. Nanti boleh tolong raise dalam EXCO juga. Terima kasih.
Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin):
Terima kasih. Untuk Yang Berhormat Kebun Bunga ada mencadangkan agar program
methadone diperluaskan bagi menangani ketagihan dadah di kalangan penagih. Walau
bagaimanapun, buat masa ini Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri tidak
berhasrat untuk menambah fasiliti untuk memberikan perkhidmatan methadone. Kini kita
terdapat 28 buah fasiliti di bawah pemantauan Kementerian Kesihatan yang memberikan
perkhidmatan rawatan terapi gantian methadone di Pulau Pinang. Daripada jumlah tersebut
18 merupakan klinik kesihatan, tiga (3) hospital, empat (4) fasiliti AADK, dua (2) penjara dan
satu (1) klinik swasta. Jumlah client yang berdaftar sehingga Disember 2018 adalah seramai
5,133 orang dengan 1,640 adalah client active.
Walau bagaimanapun jumlah client baru berdaftar menunjukkan penurunan daripada
660 orang pada tahun 2012 kepada hanya 178 orang pada tahun 2018. Ini mungkin
disebabkan kebanyakan penagih telah berdaftar di dalam program ini sejak tahun 2005. Di
samping itu,perubahan trend penagihan dadah dari opied kepada designer drug seperti syabu
dan lain-lain turut menyumbang kepada keadaan ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang
Berhormat ubat methadone ini hanya boleh merawat ketagihan opied sahaja dan tidak dapat
merawat ketagihan dadah-dadah lain. Sehubungan itu, jumlah fasiliti sedia ada telah
mencukupi bagi menampung permintaan terhadap permintaan perkhidmatan rawatan
methadone pada masa ini yang semakin berkurangan.
Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, akhir kata
saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, barisan
EXCO Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan jentera Kerajaan Negeri termasuk
121
jentera kerajaan persekutuan yang telah bertungkus-lumus untuk melaksanakan
tanggungjawab dan amanah kita kepada rakyat negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Yang
Berhormat, jika semua harta ialah racun, maka zakatlah penawarnya, jika seluruh umur ialah
dosa maka taubatlah ubatnya. Jika seluruh bulan adalah noda maka Ramadanlah pemutihnya
dengan segala ketelusan dan kerendahan hati buat semua Ahli Dewan dan rakyat negeri
Pulau Pinang saya ucapkan selamat menyambut bulan suci marhaban ya Ramadan dan
dengan lafaz ini saya mohon menyokong.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih Seberang Jaya, Sungai Puyu. Sila.
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya ambil peluang ini
menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kerana masih diberi peluang untuk menyampaikan
ucapan penggulungan bagi isu-isu yang telah dibahas oleh Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan
Undangan Negeri atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-
14 Negeri Pulau Pinang berkaitan dengan portfolio saya iaitu Kebajikan, Masyarakat
Penyayang Dan Alam Sekitar. Ucapan terima kasih dan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Yang di-Pertua dan juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang ambil
bahagian dalam sesi perbahasan kali ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri sememang komited dalam
menjadi negeri Pulau Pinang sebagai negeri berkebajikan. Dan mementingkan kepentingan
rakyat ini dapat dibuktikan dengan pelaksanaan berbagai program kebajikan rakyat yang
mensasarkan golongan miskin dan B40. Antara program-program terbaru yang diperkenalkan
oleh Kerajaan Negeri ialah Program Mutiara Foodbank dan Pusat Transit Gelandangan.
Mutiara Foodbank telah dilaksanakan pada Mei 2017 yang berkonsep inisiatif menyelamatkan
surplus food daripada hypermarket, restoran dan hotel yang mana bekalan makanan tersebut
diagih kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada rakyat miskin. Paling membanggakan
negeri Pulau Pinang telah dipilih dua (2) kali sebagai tuan rumah bagi majlis pelancaran
anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu Majlis
Pelancaran Program Foodbank Malaysia dan Majlis Pelancaran Foodbank Siswa baru-baru
ini di UiTM Permatang Pauh. Yang penting sekali saya rasa amat bangga bahawanya dasar-
dasar ini telah diwujudkan di negeri Pulau Pinang dan apa yang sedih saya adalah dua
pegawai kanan saya juga telah dilantik untuk dijalankan tugas di bawah kementerian.
Selepas dua (2) tahun pelaksanaan program ini, Mutiara Foodbank telah berjaya
mengumpul sebanyak 738 metrik tan makanan daripada sayur-sayuran sebanyak 559 tan dan
makanan kering terlibat sebanyak 36,215 orang yang telah mendapat manfaat daripada
program ini. Pada kini, skop program ini turut diperluaskan ke satu tahap yang dibanggakan
iaitu menyalurkan bekalan makanan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui
Program Foodbank Siswa dengan kerjasama daripada Yayasan Foodbank Malaysia. Di
antara IPTA yang terlibat setakat ini adalah UiTM Permatang Pauh. Jumlah pelajar yang
menerima bantuan ini adalah seramai 125 orang di mana pelajar-pelajar ini terdiri daripada
keluarga yang berpendapatan B40.
Selain itu, Mutiara Foodbank turut menerima beberapa sumbangan dan penghargaan
daripada syarikat, persatuan dan IPTA. Di antara ialah menerima sebuah lori daripada
Syarikat JD Resources, dua (2) buah van daripada Yayasan Bumiputera Pulau Pinang dan
sebuah van daripada Persatuan Pengusaha Restoran Islam Malaysia. Ke semua kenderaan
ini akan didaftar sebagai aset Kerajaan Negeri dan digunakan sepenuhnya bagi tujuan
122
Program Foodbank.
Oleh yang demikian, saya memohon Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk
menyegerakan pendaftaran kenderaan ini sebagai aset Kerajaan Negeri bagi memudahkan
perjalanan dan penggunaan Unit Mutiara Foodbank selaras dengan kepentingan,
keprihatinan kepada kebajikan rakyat miskin, Kerajaan Negeri turut memandang serius
kepada golongan gelandangan di mana Kerajaan Negeri terus turut menyediakan kemudahan
dan bantuan kepada golongan gelandangan melalui Empowering The Street Citizens. Sebuah
pusat transit akan dibina untuk menempatkan golongan ini dan mereka akan dibekalkan
dengan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tidur tempat tinggal yang selesa
bagi permulaannya.
Tujuan utama penganjuran Program Empowering The Street Citizens adalah untuk
membantu dan mendayaupayakan golongan gelandangan di Pulau Pinang. Pada ketika ini,
Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) sedang dalam tindakan
membina sebuah pusat transit yang akan menjadi penempatan gelandangan dan juga turut
bertindak sebagai pusat aktiviti warga emas di Lot 19, Jalan C.Y. Choy, George Town.
Selain itu, Kerajaan Negeri tetapkan tetap akan meneruskan program-program
kebajikan sedia yang ada masih relevan dan memberi sepenuh komitmen dalam membantu
rakyat miskin dan golongan B40 setiap tahun di setiap kawasan tanpa prejudis terhadap
kawasan Pembangkang. Komitmen Kerajaan Negeri dalam membela kebajikan rakyat akan
dipertingkatkan tanpa mengira perbezaan ideologi politik, agama dan bangsa.
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):
Minta penjelasan, terima kasih Yang Berhormat Sungai Puyu tadi membangkitkan
tentang Programme Empowering The Streets Citizens yang di mana satu rumah transit akan
dibina di Jalan C.Y. Choy iaitu di kawasan Pengkalan Kota. Saya masih ingat kita pernah
mengemukakan pertanyaan kepada Yang Berhormat Sungai Puyu terhadap NGO yang akan
menguruskan jadi mungkin saya boleh dapatkan maklumat sama ada Kerajaan Negeri telah
mengenal pasti NGO mana yang akan tolong untuk menguruskan rumah transit tersebut.
Terima kasih.
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Memang satu ketetapan telah dibuat selepas rundingan dan juga NGO-NGO yang
selalu berusaha bersama-sama dengan Kerajaan Negeri kami telah memilih Tzu Chi untuk
menjalankan tugas ini. Tzu Chi akan menghadap pelbagai program-program bukan sahaja
yang night shelter tetapi macam mana beri pendidikan juga ada satu resource centre dan juga
adalah satu peluang kerja kepada gelandangan ini. Ini memang ada satu program yang telah
dijalankan dan berharap dalam dua (2) tahun kita boleh siap sediakan. Panggilan untuk open
tender, untuk pembinaan pusat ini akan dibuat minggu depan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menjawab cadangan yang dibangkit oleh Yang
Berhormat ADUN Sungai Dua untuk meningkatkan bantuan sara hidup dan insentif kepada
rakyat Pulau Pinang, Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan tersebut dan semestinya
Kerajaan Negeri akan meneruskan program-program kebajikan yang selama ini telah
memberi manfaat kepada rakyat khususnya rakyat miskin walaupun pada kini Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah terdiri dari kerajaan yang sama.
Apa yang lebih menarik adalah Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan
bersama-sama berganding bahu membantu rakyat melalui agensi-agensi masing-masing.
Sebagai contoh, Kerajaan Negeri telah pun melibat beberapa agensi Kerajaan Persekutuan
dan Jawatankuasa Kemiskinan Peringkat Negeri dan Daerah memastikan semua bantuan-
bantuan dapat diselaraskan melalui satu jawatankuasa sahaja. Bertujuan untuk
123
memperkasakan dan memastikan ke semua bantuan baru atau sedia ada disampaikan
kepada semua rakyat yang sama ada yang golongan miskin atau B40 khususnya di Negeri
Pulau Pinang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menjawab pertanyaan Yang Berhormat ADUN
Pulau Betong mengenai pembayaran Program Skim Pelajar Emas. Kerajaan Negeri melalui
Jawatankuasa Semakan Semula Program-Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
yang dipengerusi oleh YB. Timbalan Ketua Menteri I sedang menelitikan dan mengkajikan
keperluan meneruskan Program Skim Pelajar Emas memandangkan berlaku pertindihan
bantuan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan yang turut
memberikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Miskin (KWAPM) dan Rancangan Makanan Tambahan RMT kepada murid-murid bersekolah
sehingga menengah, rendah sehingga menengah.
Kerajaan Negeri berpandangan bahawa bantuan daripada Kementerian Pendidikan
lebih menyeluruh dan memberi memfokuskan kepada golongan yang lebih memerlukan.
Walau bagaimanpun kajian lebih terperinci perlu dilakukan dan perlu diambil kira analyst,
analyst data-data pelajar-pelajar sedia ada daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau
Pinang.
Yang di-Pertua, Dato’ Yang di-Pertua, lagi satu program yang telah dijalankan oleh
Kerajaan Negeri adalah pusat dialisis di Balik Pulau pada kini kami mula dengan enam (6)
mesin pada terkini kami adalah semua 14 mesin dan kami telah membantu sebanyak 82
pesakit-pesakit di sana. Kebanyakan pesakit-pesakit di sana telah dibayar dengan sokongan-
sokongan yang penuh. Kami mula dengan RM110.00 di mana Kerajaan Pusat bayar
RM50.00, Kerajaan Negeri bayar RM30.00 dan pesakit bayar RM30.00 yang kurang mampu
ada satu persatuan iaitu Penang Community Chest ini adalah satu persatuan Kerajaan Negeri
kami akan buat bantuan. Pada terkini selepas telah jadi Kerajaan Negeri dan Pusat. Bantuan
daripada Kerajaan Pusat adalah RM100.00 dan pesakit hanya bayar RM10.00 yang lain
seperti their supplements dan lain-lain akan dibayar oleh Kerajaan Negeri dan PCC.
Agenda Hijau Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama dalam ucapan perasmian
telah menyentuh tentang tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk mengelakkan pencemaran
alam yang boleh menjejaskan kualiti tanah, air dan iklim. Sesungguhnya kita semua sedar
isu-isu alam sekitar semakin hari semakin mencabar dan usaha-usaha untuk menangani dan
memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi dari semua pihak. Masalah alam sekitar
seperti pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa-sisa pepejal dan toksik,
penebangan hutan secara haram, mengurangkan sumber semula jadi dan sebagainya, telah
mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangannya kepada alam sekitar. Isu-isu ini perlu perlu
saya tegaskan di sini perlu ditangani secara kolektif dan holistik di peringkat negeri Pulau
Pinang dan Persekutuan.
Kerajaan Negeri juga akan memberikan penekanan kepada kecekapan dan
penggunaan tenaga, tenaga boleh diperbaharui, dan pengurusan sisa pepejal secara lestari.
Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri telah mula membangunkan Agenda Hijau Pulau Pinang
(Penang Green Agenda 2018 to 2030) selaras dengan Pulau Pinang 2030 yang bertujuan
untuk menyusunkan strategi ke arah pembangunan lestari berteraskan kepada United Nations
Sustainable Development Goals (UNSDGs). Demi menghadapi cabaran alam sekitar secara
global ini di masa hadapan. Agenda Hijau Pulau Pinang akan berfungsi sebagai asas atau
blue print untuk memacui Pulau Pinang ke arah menjadi negeri hijau yang mampan. Penang
Green Agenda akan dipelengkapkan kepada Visi Penang2030 dalam aspek kelestarian alam
sekitar.
124
Melindungi sumber hutan dan biodiversiti, Kerajaan Negeri mempunyai 6,282 hektar
di hutan-hutan yang diwartakan iaitu kata lebih kurang 500,000 hektar hutan simpanan kekal
yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] dan seluas 1,182 hektar
Taman Negara yang diwartakan di bawah Akta Taman Negara 1980 [Akta 226].
Peranan utama hutan ini adalah untuk menyerap dan menyimpan karbon dalam
kitaran perubahan iklim bagi menjamin kestabilan iklim. Berdasar kajian oleh Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia menerusi Inventori Hutan Nasional Kelima, keluasan
semasa kawasan perhutanan di Negeri Pulau Pinang ini mampu menyerapkan menyimpan
sekurang-kurangnya 952,000 tan metrik karbon.
Walaupun liputan hutan yang diwartakan ini hanya 6% daripada jumlah keluasan
negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri komited untuk menambah keluasan hutan simpanan
kekalnya. Kerajaan Negeri pada ketika dalam proses untuk mewartakan Hutan Paya laut dan
Bakau dan Hutan Nipah yang terdapat di negeri Pulau Pinang. Ini amat penting menzahirkan
agenda Penang2030 untuk menjadi satu Negeri Hijau yang dilimpahi dengan kekayaan
sumber alam semula jadi yang amat bernilai yang diurus secara mampan supaya dapat
menikmati generasi yang akan datang. Yang itu kata seluruh kami telah buat kajian dan juga
perjumpaan perbincangan yang itu ke seluruh daripada Kuala Muda sampai Sungai Acheh
Seberang Perai Selatan kami akan wartakan hutan-hutan paya sebagai Hutan Simpanan.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga giat menjalankan Program Pemutihan Industri
Berasaskan Kayu (IBK) sejak tahun 2015. Program Pemutihan ini adalah untuk memastikan
bahawa sebanyak 282 kilang pemprosesan kayu yang terdapat di negeri ini bebas dari
kesalahan Undang-Undang. Sebelum ini, hanya 97 buah kilang yang mempunyai Lesen Kekal
daripada 282 buah kilang yang beroperasi di Pulau Pinang. Hasil daripada Program
Pemutihan ini, sebanyak 185 kilang-kilang industri di negeri ini telah berjaya diputihkan
menerusi pemberian lesen sementara. Pemberian Lesen Sementara ini adalah bagi memberi
peluang kepada pengusaha untuk mendapatkan lesen kekal daripada Kerajaan Negeri.
Usaha yang telah diambil ini adalah penting kerana bukan sahaja mewujudkan satu Industri
Berasaskan Kayu yang sihat malah dapat menjaminkan kesimbangan industri ini di Pulau
Pinang dengan menarik minat pengusaha-pengusaha industri perkayuan dalam dari negeri-
negeri jiran untuk menghantar sumber kayu kayan diproses di negeri Pulau Pinang.
Program No Single-Use Plastic, sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum,
Kerajaan Negeri telah mula melaksanakan Kempen “Tak Nak Plastik Sekali Guna” (No To One
Single-Use Plastic) Negeri Pulau Pinang selaras dengan Malaysia’s Roadmap Towards Zero
Single-Use Plastic 2018 – 2030 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Tenaga, Sains,
Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Pendekatan Awal Kempen Tak
Nak Sekali Guna adalah melalui pendekatan polisi Tak Nak Penyedut Minum Plastik (No To
Plastic Straw). Objektik utama pelaksanaan kempen No To Plastic Straw dalam bentuk
kerjasama tiga hala (tripartite) antara Kerajaan Negeri, pengusaha dan pengguna bertujuan :
(i) Meminimumkan kuantiti penggunaan penyedut minum plastik yang memudaratkan alam sekitar dalam jangka masa pendek melalui program-program kempen-kempen kesedaran dan
(ii) Membasmikan basmi secara menyeluruh penggunaan penyedut minuman plastik dalam jangka masa panjang melalui penguatkuasaan.
Secara asasnya, prinsip pelaksanaan kempen No To Plastic Straw akan menggunapakai
kaedah phasing out seperti berikut :
(i) Semua premis yang menyediakan minum dan makanan adalah secara automatik terlibat dalam pelaksanaan kempen;
125
(ii) Premis minuman dan makanan tidak lagi dibenarkan menyediakan penyedut minum plastik di ruang sudut atau kaunter yang boleh diperolehi secara langsung atau layan diri oleh pengguna;
(iii) Penyedut minuman plastik hanya diberikan kepada pengguna atas permintaan (by request) sahaja dan tidak lagi diberi secara langsung (by default) untuk setiap kali pembelian makanan atau minuman; dan
(iv) Premis minuman.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Minta laluan.
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Nanti. Premis minuman dan makanan dibenarkan serta digalakkan untuk menggunakan
barang pengganti (substitute item) bagi menggantikan penyedut minuman plastik dan barang
pengganti seperti penyedut minuman yang diperbuat dari bahan organik tidak memberikan
impak negatif kepada alam sekitar.
Premis perniagaan minuman dan makanan yang wajib melaksanakan polisi No To
Plastic Straw adalah terdiri daripada semua premis perniagaan sedia ada dan premis
perniagaan baharu akan mula beroperasi dalam kategori berikut :
(i) Restoran / kedai makan dan minuman / kedai kopi / Cafe dan Pub;
(ii) Kedai Serbaneka;
(iii) Kedai Serbaneka Stesen Minyak;
(iv) Medan Selera / Pusat Penjaja / Kompleks Makanan;
(v) Kenderaan Saji Makanan dan Minuman;
(vi) Pasar Malam / Pasar Pagi / Uptown;
(vii) Kantin; dan
(viii) Penjaja.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Okey terima kasih Yang Berhormat Sungai Puyu, berkenaan dengan kenyataan Yang
Berhormat Sungai Puyu mengenai kedai makan tidak lagi dibenarkan memberikan straw itu
walaupun dia tidak dibenarkan boleh terma yang lebih sesuai adalah tidak digalakkan sebab
mereka masih lagi memberikan straw macam di McDonalds dan KFC di bawah KOMTAR
juga mereka masih memberikan dan kita tidak nampak kemanakah efektifnya sebab tadi kita
dengar Datok Keramat pun beritahu hampir 45 juta beg plastik telah digunakan walaupun kita
mengenalkan program 20 sen no free plastic bag dan boleh tak kalau Kerajaan Negeri lebih
tegas bawa satu dasar menyatakan no to plastic straw at all macam kita buat untuk polistren
sekarang hampir sudah terpupuslah di Pulau Pinang walaupun ada sedikit sana sini. So boleh
tak Kerajaan Negeri membuat satu dasar mengharamkan terus plastic straw di Pulau Pinang
instead promote the use of alternative straw either yang dari yang diperbuat daripada logam,
kertas atau bahan organik lain seperti yang dibuat di Thailand terima kasih.
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Terima kasih atas cadangan ini dan memang Kerajaan Negeri tengah nak haramkan
kegunaan semua akan tetapi macam mana overnight you cannot change yang itu kata
kempen kesedaran iaitu kata terlibat dengan perbincangan dengan beberapa sektor di mana
Kerajaan Negeri melalui KT dan juga PGC telah ada series jumlah semua lapan (8) di
perjumpaan perbincangan akan diadakan kami telah menjalankan…(gangguan).
126
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Can we have a time frame for the total banned of the plastic straw in
Penang?...(dengan izin).
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Total banned is one big kerana kami kena lihat bahawa baby, orang tua, the OKU dan
lagi satu kumpulan kata ini Puteri Sehari, kami kena bagi peluang kepada mereka. Faham tak
Puteri Sehari kerana mereka hari itu dia kahwin dia taruh lipstick begitu cantik dia tak boleh
minum dia kena pakai straw…(gangguan).
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Alternatif straw they can use.
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Puteri iaitu kata memang memang kami hendak banned the use of plastic straw,
memang usaha-usaha ini telah dan kami kena selaras dengan apa yang Kementerian sedang
buat, kementerian dia ada dia punya roadmap so kena ada satu kesedaran satu (tak jelas)
supaya mereka paham dan sendiri bukan takut…(gangguan).
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Yang Berhormat Penang lead kita perlu berusaha lebih.
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Memang kita akan membuat macam ini, penguatkuasaan Kempen No To Plastic Straw
akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan tiga (3) fasa seperti berikut, fasa 6 bulan
pertama (April – September 2019) Kempen Kesedaran (educational awareness), 6 bulan
kedua iaitu (Oktober 2019 – Mac 2020) penguatkuasaan berhemah (educational enforcement)
dan selepas 12 bulan (April 2020 dan selanjutnya) penguatkuasaan penuh (full enforcement).
This is the time line, yang itu kata first educational awareness second educational enforcement
after that 12 month full enforcement.
Selaras dengan saranan Tuan Yang Terutama supaya Kerajaan Negeri mengadakan
sesi engagement exercise, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan program
keterlibatan awam (public engagement) melibatkan lapan (8) sesi dialog dan empat (4) siri
road show yang mendapatkan pandangan dan maklum balas awam mengenai polisi No To
Plastic Straw. Sesi engagement exercise ini akan diperhebatkan lagi pelaksanaan di masa
hadapan.
Saya juga ambil kesempatan ini untuk menyeru semua pihak, khususnya Ahli-ahli
Yang Berhormat supaya menyokong Kerajaan Negeri dalam memainkan peranan masing-
masing menjayakan pelaksanaan Kempen No Tak Nak Plastik Sekali Guna (No To Single-
Use Plastic) dan di sini bila kata No one time use plastic saya merayu bahawa ini adalah dasar
kerajaan dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat mesti sokong dasar kerajaan. Saya nak tanya
kepada Pembangkang bolehkah Ahli Yang Berhormat sokong dasar kerajaan ini No To One
Time Use plastic boleh tak? Boleh ya Ketua Pembangkang boleh ya?
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):
Ya, yang baik kita sokong yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat InsyaAllah,
saya sokong. (Ahli Dewan menepuk meja).
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Terima kasih terima kasih semua Pegawai-Pegawai Kerajaan termasuk Ahli-ahli Yang
Berhormat akan diedarkan satu tumbler iaitu kata pi mana angkat itu juga yang putih menunjuk
127
bahawanya ada semua ada satni saya angkat bagi tak akan saya nak bagi
sekarang…(gangguan).
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Speaker tak setuju, Speaker tak dapat tumbler.
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Speaker ada, Speaker ada tetapi Speaker tak datang pejabat kot untuk mai angkat
sahaja yang itu kata panggilan selepas panggilan terlampau sibuk tak datang saja, semua
group A dan group B pun juga dapat oleh ini saya merayu kepada semua iaitu bila semua
majlis bila diedarkan dengan satu botol plastic di itu kata di itu air kata sama diorang no to one
time use plastic kerana air di dalam itu siapa boleh bagi jaminan itu bersih? Air itu siapa boleh
kata dia suci oleh itu lebih baik kita ambil sendiri dari rumah, masak bersih suci.
Yang Berhormat Yang di-Pertua…(gangguan).
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Habis?
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Belum, panjang lagi. Isu import sisa plastik satu soalan yang dibangkit oleh ADUN Air
Putih, Yang Berhormat Air Putih telah membangkit mengenai isu import plastik ke Negeri
Pulau Pinang yang perlu diberi perhatian serius supaya Pulau Pinang tidak menjadi lokasi
lambakan sisa plastik. Sebagai Ahli-ahli, sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia
maklum, isu pengimport sisa plastik dari negara ke Malaysia telah bawa kepada pelbagai
permasalahan-masalah terlibatkan alam sekitar termasuk kegusaran di kalangan rakyat yang
membimbang akan kesan terdapat kesihatan apabila industri pemprosesan sisa plastik
semakin bertambah khususnya di Negeri Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri telah memulakan langkah-langkah melalui kerjasama dengan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Tenaga, Sains,
Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dalam mengawalkan industri
plastik kitar semula secara am di Malaysia dan khususnya di Pulau Pinang. Lanjutan itu,
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengemukakan beberapa cadangan yang perlu
dilaksanakan bagi jamin keberkesanan kawalan ke atas industri plastik kitar semula kepada
KPKT dan MESTECC untuk dipertimbangkan seperti berikut.
Pemberian Approved Permit (AP) kepada operator atau pengilang plastik kitar semula
perlu dapat ulasan dan persetujuan negeri Pulau Pinang Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa
Tempatan di mana industri kitar semula tersebut beroperasi. Pre-consumer plastic waste
(clean plastic) sahaja yang dibenarkan untuk diimport bagi tujuan kitar semula. Pemegang AP
hanya dibenarkan untuk mengimport 70% sahaja pre-consumer plastic waste dan kapasiti
keseluruhan operasinya dan baki 30% kapasiti yang selebihnya hendak diperolehi dari
sumber tempatan. Consumer kilang yang akan menerima dan memproses setiap pre-
consumer plastic yang diimport perlu dinyatakan dalam AP bertujuan pemantauan,
pengauditan dan penguatkuasaan. Preconsumer, bukan dis-municipal plastic waste.
Kilang yang memproses pre-consumer plastic waste perlu mempunyai scrubber
system yang yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar bagi rawatan udara dan air kumbahan
sebelum dibebas (discharge) ke persekitaran. Pengimport pre-consumer plastic perlu
menyediakan End of Life Disposal Report kepada JAS. Senarai pemegang AP dan kilang-
kilang mengimport pre-consumer plastic waste dipanjangkan pada JAS dan PBT mengikut
negeri bagi penyelaraskan pemantauan serta penguatkuasaan secara bersepadu. Setiap
kontena digunakan pakai, diguna pakai untuk pengimport plastik perlu diimbas iaitu scan di
128
pelabuhan sebelum dibawa keluar ke kilang memproses dan sekiranya terdapat operasi
penguatkuasaan yang perlu dilaksanakan atas import sisa-sisa plastik yang dibawa masuk,
adalah disaran supaya kontena terlibat dilakri dan diperiksa di kilang dan bukan di pelabuhan
bagi mengelakkan pengimport dengan mudah membuat pengisytiharaan wrong declaration.
If they import falsely it should be false declaration not wrong declaration. Itu tidak serupa.
Kerajaan Negeri yakin kerjasama yang dilaksanakan dengan KPKT, MASTEC akan
mampu memastikan industri kitar semula plastik beroperasi tanpa memberi impak negatif
kepada persekitaran. Di sini kami telah dapat banyak masalah. Di negeri Pulau Pinang tiga
(3) tahun yang dahulu Kerajaan Negeri telah mula bahawa minta Kerajaan Pusat bagi
kerjasama bahawa terdapat ada kilang-kilang yang tanpa izin memproses plastik-plastik di
sini. Dan memang di negeri Pulau Pinang kami ada lebih dari 200 lebih. Selepas pilihan raya
iaitu pada Mei 9, selepas itu kami telah mulakan proses ini daripada ini semua sudah lari pergi
ke Kedah. Tetapi memang sebagai kerajaan yang sama, kami telah bantu juga kepada
Kerajaan Kedah bahawa maklumat-maklumat yang kami dapat kilang-kilang yang selepas
tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan JAS yang pindah pergi, pergi apa
ini pergi Kedah, kami bagi maklumat penuh supaya mereka ambil tindakan di sana. So, we
are very concern, and we were assured the people of Penang, that we were not compromise.
Dan lagi satu adalah bahawanya kilang-kilang ini kami persetujui dengan Kementerian KPKT
bahawanya mereka hendak di letak dalam satu tapak yang sama. Iaitu kata you cannot stand
alone. You have got to be in one localize area dan kami akan sokong dasar Menteri. So, we
can put at the di satu tempat khas yang dicadangkan dan belum dibuat terdapat adalah
berdekatan dengan Pulau Burung.
Pengelakkan pembuangan sisa toksik ke sungai berlaku di Pulau Pinang dan langkah-
langkah oleh JAS dan persediaan Kerajaan Negeri dalam menghadapi bencana yang berlaku
daripada pencemaran toksik, sisa-sisa toksik iaitu isu tragedi Sungai Kim Kim, ADUN Batu
Lancang, ADUN Bukit Tengah dan ADUN Sungai Dua. Yang Berhormat ADUN Batu Lancang,
ADUN Bukit Tengah dan Yang Berhormat ADUN Sungai Dua telah membangkit berkenaan
tidakan Kerajaan Negeri dalam memastikan sisa kimia toksik industri tidak buang, tidak
dilupus secara haram sebagai mana yang di berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.
Memang orang itu ada niat. Bila ada niat kita kadang-kadang amat sukar untuk buat tawaran.
Kerajaan Negeri mengambil maklum insiden pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir
Gudang, Johor. Yang dipercayai berpunca dari pelupusan haram bahan buangan terjadual di
tebing sungai berkenaan. Bagi memastikan perkara ini yang sama tidak berlaku di negeri
Pulau Pinang, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar, Pihak Berkuasa Tempatan telah
ambil pendekatan berikut:
- Mempergiatkan penguatkuasaan secara berkala dan mengejut ke premis pengeluaran bahan buangan terjadual;
- Pemantauan bahan buangan terjadual daripada premis melalui system dan talian (online) Electronic Scheduled Waste Information System (eSWIS) yang perlu dikemaskini secara real time;
- Memastikan setiap permohonan kilang baru mematuhi kehendak perancangan dan syarat Jabatan Teknikal Termasuk Jabatan Alam Sekitar;
- Melaksanakan Program Pemutihan kilang-kilang sedia ada yang beroperasi tanpa kelulusan dan mengenakan tindakan tegas seperti kompaun dan tindakan mahkamah ke atas premis yang gagal menguruskan; dan
- Mengendalikan buangan terjadual mengikut peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (buangan terjadual) 2005.
129
Berhubungan pertanyaan ADUN Bukit Tengah berkenaan SOP persediaan negeri,
Kerajaan Negeri menghadapi bencana disebabkan radiologi, biologi dan bencana-bencana
lain adalah dimaklumkan bahawa SOP semasa Kerajaan Negeri adalah tertakluk kepada
arahan MKN arahan 20. Dan di sini memang kita telah ada beberapa cara untuk buat kawalan
dan juga kami telah ambil tindakan menggunakan IWK. IWK akan pergi kilang-kilang tertentu,
buka dia pembentungan, check adakah apa yang dibuang di sana. Kerana pada dulunya
memang ada banyak dan satu adalah di Bukit Tengah. Kami telah ambil tindakan dan kami
juga bagi kompaun-kompaun tertentu. Kerajaan Negeri ambil maklum kegusaran oleh Yang
Berhormat ADUN Sungai Puyu, kemungkinan. Sungai Dua, sorry. (ketawa). Sungai Dua
berkenaan dengan kemungkinan berlakunya kebocoran bahan kimia
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Dia nak test.
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang iaitu PBAPP di Sungai Dua. Sebagai
makluman Yang Berhormat Sungai Dua, loji air, loji air Sungai Dua merupakan salah satu
premis PBAPP yang dapat persetujuan OHSAS 18001 untuk Occupational Health & Safety
Management System. Loji air juga ini juga adalah loji yang mematuhi peraturan-peraturan
keselamatan dan kesihatan pekerja kawalan terhadap bahaya kemalangan besar dan
perindustrian. 1996 atau CIMAH Regulations 1996 untuk bahan kimia, klorin yang disimpan
di loji untuk proses rawatan samping, samping Operating, Standard Operating Procedure
(SOP) dan langkah-langkah pencegahan kebocoran telah sediakan di loji ini di antaranya
adalah Emergency Preparedness, Emergency Response Plan, in CIMAH Report. Emergency
Response Team, SOP untuk menangani kebocoran atau tumpah bahan kimia. Latihan
menangani kecemasan (Emergency Drill) adalah setiap tahun. Sebagai tambahan, pihak
PBAPP akan menjemput agensi-agensi lain seperti bomba, hospital, polis untuk menyertai
latihan ini setiap dua (2) tahun. Latihan bersama ini juga turut disertai oleh pihak Jabatan
Alam, Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) dan JAS dan saksikan oleh orang awam.
Maklumat kepada orang awam (Information to Public – ITP) juga diadakan setiap-tiap dua (2)
tahun sekali kepada orang awam dan juga penduduk di sekitar, di kawasan sekitar tentang
loji air Sungai Dua. Mengenalkan bahan kimia yang digunakan di loji dan juga langkah-
langkah perlu diambil orang awam sekitar sekiranya berlaku kebocoran bahan kimia.
Berdasarkan langkah-langkah pencegahan (precautionary measures) yang diambil
oleh PBAPP, Kerajaan Negeri yakin risiko berlaku insiden kebocoran bahan kimia loji tersebut
di Sungai Dua adalah pada tahap minimum. Yang Berhormat ADUN Machang Bubuk telah
mencadangkan supaya Kerajaan Negeri supaya mencadangkan kepada Ketua Pengarah JAS
untuk mewujudkan kemudahan rawatan pelupusan bahan buangan terjadual di Zon Utara
supaya membahaya, berbahaya dapat diurus dengan baik. Ini tidak diterimakan kerana di
negeri Pulau Pinang memang pada tahun 1992 telah ada cadangan bahawanya terletak di
Machang Bubuk dan atau di Bukit Tengah pada masa itu saya juga adalah Ahli Pembangkang,
kami menentang dan kami kata tak boleh di negeri Pulau Pinang. Kerana Pulau Pinang
memang pada kini semua telah urus, terkawal dan ada kini hadnya di Bukit Nenas. Dan kini
kami juga telah buat apa yang itu kata zero discharge.…(gangguan).
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):
Sungai Puyu. Sudah habis untuk bab ini household hazardous waste?
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Belum sampai.
130
Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):
Yang itu, adalah di apa yang dimaksudkan tak boleh dibuat itu?
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Cadangan daripada Ahli Berhormat Machang Bubuk adalah household hazardous
waste, E-Waste ada beberapa macam. Ada household waste yang bukan hazardous. Iaitu
kata E-Waste, Household E-Waste. Apa yang ditarafkan sebagai hazardous adalah di
kerosene and battery. Ini dua dan ini dua adalah satu perkara yang akan sedang dibincang.
Dan saya begitu bangga bahawanya The National Household E-Waste Policy is developed in
Penang. The methodology, the methodology application disposal is also developed in Penang
dengan bantuan daripada JICA. We are the pioneer in this industry.
Untuk makluman Yang Berhormat pada masa ini Pulau Pinang terdapat 27 fasiliti
kemudahan rawatan pelupusan buangan terjadual, full, terjadual penuh, full recovery, yang
mana merangkumi pelbagai jenis buangan terjadual. Selain dari tu terdapat 12 fasiliti di Negeri
Kedah, 28 fasiliti di Negeri Perak yang boleh memberikan perkhidmatan rawatan pelupusan
buangan terjadual penuh bagi kawasan Zon Utara selain di Pulau Pinang iaitu kata ini proses,
full recovery process. Baik pun di Pulau Pinang, baik pun di Kedah dan di Perak apabila semua
full recovery. Apa yang sisa-sisa yang tidak boleh di recovery hardness hantar kepada Bukit
Nenas. Justeru itu, pada masa ini saja terdapat 67 fasiliti kemudahan rawatan pelupusan
buangan terjadual yang beroperasi di Zon Utara. Saranan daripada Ahli Yang Berhormat
Machang Bubuk boleh dipertimbangkan sekiranya wujud keperluan pada masa hadapan. Not
now, but in future.
Ahli Yang Berhormat, ADUN Batu Uban menyarankan supaya tindakan yang lebih
keras seperti tindakan mahkamah dikena pada pencemar alam sekitar dan tidak sekadar
untuk memberi notis sahaja. Memang we take action even to court. Tetapi pada kini bila pergi
court, you tau lah lawyer macam mana dia lawan kes. So, we have court to, kalau nak masuk
court, we have court to bukti-bukti yang kukuh. Untuk makluman Yang Berhormat, tindakan
penguatkuasaan ke atas sesuatu kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
adalah bedasarkan kepada aliran tindakan (flow of action). Dan impak kesalahan tersebut ke
atas alam sekitar bagi sesuatu kesalahan yang kecil, maka notis atau kompaun ditawarkan
kepada pesalah. Namun, sekiranya pesalah gagal mematuhi notis yang keluarkan ataupun
gagal menjelaskan kompaun yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, JAS
mengambil tindakan lanjutan dengan mendakwa pesalah ke mahkamah. Semua tindakan
yang diambil oleh JAS mempunyai legal implication yang akan dikenakan sekiranya pesalah
gagal mematuhinya. We have to look the implications.
Yang Berhormat ADUN Permatang Berangan telah membangkitkan isu pencerobohan
dan kacau ganggu kera dan babi di Permatang Berangan. Sebagai makluman ADUN
Permatang Berangan, kera dan babi hutan merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah
Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 di bawah bidang kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan
dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia. Pihak Kerajaan Negeri melalui
Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang akan memantau dan bekerjasama bagi mengambil
tindakan terhadap aduan-aduan konflik hidupan liar tersebut di Pulau Pinang secara amnya
dan khususnya di Kadun Permatang Berangan. Bagi menangani konflik melibatkan
spesis kera dan babi hutan, usaha dan tindakan yang diambil mengikut standard operating
procedure (SOP) Jabatan PERHILITAN adalah seperti berikut:-
(i) Pemasangan perangkap di lokasi konflik;
(ii) Menjalankan operasi basmi musuh tanaman bersama masyarakat setempat dan stakeholder;
131
(iii) Mengawal populasi konflik dengan memindahkan hidupan liar ke kawasan rizab;
(iv) Menjalankan program kesedaran awam berkaitan konflik dan langkah pencegahannya; dan
(v) Program terbaru oleh pihak jabatan adalah cadangan Projek Percubaan bagi Kontrak Tangkapan Kera.
Untuk makluman juga, lesen memburu babi hutan adalah dibuka sepanjang tahun dan
dikeluarkan oleh jabatan kepada orang awam berpandukan peraturan dan undang-undang
yang telah ditetapkan. Bagi menangani konflik di kawasan Permatang Berangan,
pemasangan perangkap kera telah dilaksanakan di Kampung Padang Chempedak dan
Kampung Master, Permatang Berangan. Manakala pemantauan di waktu malam dan kaedah
tembak mati babi hutan telah dilaksanakan di lokasi aduan iaitu di Taman Haji Ahmad Jamil
dan Taman Sepadu. Jabatan PERHILITAN akan meneruskan pemantauan dan tindakan bagi
mengelakkan pencerobohan dan kacau ganggu kera dan babi hutan di kawasan Permatang
Berangan. Sebagai kesimpulan, Kerajaan Negeri komited untuk membantu Jabatan
PERHILITAN Pulau Pinang bagi menambah bilangan perangkap sedia ada milik Jabatan
PERHILITAN Pulau Pinang yang agak terhad berbanding jumlah aduan di samping
memperhalusi cadangan jabatan untuk memperkenalkan Projek Percubaan bagi Kontrak
Tangkapan Kera di Negeri Pulau Pinang.
Semasa sesi perbahasan, beberapa perkara telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang
Berhormat berkenaan pelaksanaan program-program hijau oleh Kerajaan Negeri seperti
berikut;-
(i) Yang Berhormat Adun Batu Uban telah menyarankan supaya Kerajaan Negeri memupuk budaya kitar semula di kalangan rakyat; dan
(ii) Yang Berhormat Adun Sungai Pinang telah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menggalakkan sektor swasta mengambil bahagian dalam program-program hijau.
Sebagai makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah
memperkenalkan Sekolah Hijau Pulau Pinang bertujuan untuk memupuk amalan cinta kepada
alam sekitar bagi semua warga sekolah dan komuniti yang terlibat. Melalui program ini,
budaya kitar semula menjadi salah satu kriteria yang perlu dipatuhi bagi setiap sekolah
sekiranya mereka mengambil bahagian. Program ini secara tidak langsung memberi
pendidikan dan kesedaran kepada kanak-kanak tentang kepentingan menjaga alam sekitar
dan budaya kitar semula sejak dari usia muda. Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri melalui
Penang Green Council (PGC) telah memperkenalkan program Insentif Tadika Hijau Pulau
Pinang yang bertujuan untuk memupuk perasaan cintakan alam sekitar dalam kalangan
kanak-kanak berumur 4 - 6 tahun. Kami juga ada beberapa program beach cleaning yang
saya pergi rasmi baru-baru ini, terlibat dengan tadika-tadika dan ibu bapa yang akan datang,
itulah satu cara yang kami bagi kesedaran. Kem dan bengkel alam sekitar turut dilaksanakan
di mana antara modul utama adalah pengurusan sisa. Sejak tahun 2016, sebanyak 38 siri
kem dan bengkel telah berjaya diadakan yang melibatkan seramai 1,632 kanak-kanak dan
remaja dari seluruh Negeri Pulau Pinang.
Selain itu, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan Jaringan Sisa Sifar (JSS) (Zero
Waste Network) dan Trash 2Treasure. Jaringan Sisa Sifar (JSS) merupakan alat carian
pengkalan data yang membolehkan orang awam mencari lokasi dan cara menghubungi pusat
kitar semula dan pembelian balik (buyback center) yang terdekat di kawasan kediaman
mereka di Negeri Pulau Pinang. Trash 2Treasure adalah satu aplikasi mudah alih yang
diwujudkan oleh Penang Green Council pada September 2015 yang mempunyai fungsi yang
132
sama seperti JSS. Aplikasi mudah alih ini diwujudkan supaya penduduk Pulau Pinang dapat
mencari lokasi-lokasi pusat kitar semula secara lebih mudah, dan aplikasi ini telah menang
Johan seluruh Malaysia.
Dasar pengasingan sisa di punca telah mula diperkenalkan pada 1 Jun 2016. Sejak
2016, pelbagai program dan kempen telah dilaksanakan oleh pihak Penang Green Council
untuk memberi pendidikan dan pendedahan kepada orang awam mengenai dasar baru ini,
antaranya adalah seperti taklimat pendidikan, Kempen Pendidikan Rumah ke Rumah, dan
roadshow. Melalui program ini, sebanyak 15,423 buah rumah telah dilawati, 81 sesi taklimat
pendidikan dan 121 road show telah dijalankan. Sejak pelaksanaan dan penguatkuasaan
dasar itu, kadar kitar semula di Malaysia telah meningkat dari 37.76% (2015) kepada 42.69%
(2018). Iaitu kata Pulau Pinang leads again. Iaitu kata jaminan yang dibagi oleh Perdana
Menteri pada masa itu 2019 di Copenhagen, di mana kata ada pada tahun 2020 Malaysia
akan mencapai 22% tetapi Pulau Pinang pada tahun 2010 telah mencapai dan saya ucapkan
ribuan terima kasih kepada semua warga Negeri Pulau Pinang yang sokong pada program-
program ini…(gangguan).
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Yang Berhormat, tentang Copenhagen, janji yang dibuat oleh Mantan Perdana
Menteri, Najib. Saya ada tulis pada masa itu is plucking the number from the sky despite
Malaysia recorded the higher deforestation in the Asian Region, he promises the in
Copenhagen that Malaysia’s commitment to drive down the carbon admission. So saya rasa
knowing Najib an obitual liar, number angka yang diberitahu di Copenhagen adalah satu
angka yang ditipu, itu pandangan peribadi saya. Terima kasih Dato’ Speaker.
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Memang di Copenhagen pada masa itu dia telah jamin bahawa dia akan kurangkan
Malaysia carbon footprint by 40% tetapi dia cara macam mana saya pun tak faham. Saya
bersetuju dengan Ahli Yang Berhormat daripada Bagan Dalam, tipu tetap tipu.
Kerajaan Negeri tidak mengkhususkan program alam sekitar kepada golongan tertentu
sahaja tetapi turut memberi peluang dan membuka penyertaan kepada agensi swasta.
Beberapa siri taklimat dan road show telah diadakan di sektor swasta seperti di kilang,
hospital, syarikat dan organisasi swasta dan pasaraya di seluruh negeri Pulau Pinang.
Antaranya seperti di Hospital Lam Wah Ee, Robert Bosch, South Island Garment Sdn. Bhd,
Agilent Technologies LDA Malaysia Sdn Bhd, dan lain-lain. Dan pada masa ke semasa, saya
juga dijemput have launch talk berkenaan dengan cara alam sekitar and the environment
program.
Kerajaan Negeri melalui PGC juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan Yang
Berhormat ADUN Kebun Bunga untuk melaksanakan program recycle for life yang
dicadangkan. Di sini Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri memang fully
committed untuk apa-apa isu telah bawa di sini. Saya minta maaf bahawa kadang-kadang
tidak ada masa untuk beri penjelasan. Sesiapa yang berminat, boleh berhubung dengan saya
dan program-program alam sekitar di kawasan-kawasan saya memang akan sokong
sepenuh-penuhnya. Masalah yang juga bangkit oleh Adun-adun adalah pelupusan sampah di
illegal dumping. Satu cara untuk mengatasi illegal dumping, Kerajaan Negeri telah mula
dengan Trash 2Treasure dan kita pada hari ini telah juga try to match make kilang-kilang atau
developer dengan sesiapa yang ada apa-apa surplus yang hendak dibuang, boleh jadikan
sumber-sumber pada lain orang. Saya amat bangga bahawanya di Negeri Pulau Pinang kami
telah wujudkan satu recycling center di mana cmd waste telah digunakan jadi this interlocking
brick supaya boleh kurangkan pembuangan ini. Saya berharap bawah Kerajaan Pusat melalui
KPKT boleh keluar dengan satu undang-undang di mana semua pembangunan walkway
133
driveway dan juga perparitan semua dibuat daripada recycle construction waste. Ini boleh
dibuat dan Pulau Pinang boleh lead all the way.
Juga ada satu isu yang telah dibangkit oleh Yang Berhormat Bagan Dalam berkenaan
dengan plastic bag iaitu plastic bag, kami telah mencadangkan bukan haramkan kerana
plastic bag kami kena selaras dengan dia punya timeline dan kami telah bercadang bahawa
mulai Julai, secara voluntary, rela, setiap hari mulai Julai, No Plastic Bag Day. Saya berharap
bahawanya di semua pasaraya-pasaraya dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat juga boleh
kempen pada hari Isnin, no plastic bag day. Iaitu kata saya akan adakan beberapa sesi-sesi
perbincangan dengan pasaraya dan lain-lain bahawanya pada hari Isnin, don’t give out plastic
bag, kerana saya rasa juga terkejut apabila saya pergi Kenya, sebelum pesawat mendarat,
announcement daripada kapten adalah bahawa Kenya banned the usage of plastic bag, any
people having plastic bag in the plane, please surrender it to steward. Semua cepat-cepat
bagi kat steward. Di Kenya, semua supermarket semua, they don’t keep out any plastic bag
anymore. Kalau mau, you buy shopping bag. Saya berharap pada satu hari Pulau Pinang
boleh sampai tahap itu dan Pulau Pinang kena berusaha bersama-sama dengan lain-lain
negeri di Pulau Pinang kerana jika kami lari terlampau cepat, lain negeri tak dapat ikut. Penang
leads but don’t but then we don’t leave them far behind, (Ahli Dewan ketawa).
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, akhir kata saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak termasuk jabatan, agensi-agensi
kerajaan termasuk NGO-NGO serta komuniti …(gangguan).
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):
Mohon mencelah.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Sudah akhir kata, tak mau tanya tadi tunggu apa?
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):
Sebab saya tunggu sampai last sekali sebab dalam perbahasan saya, saya ada
menyebutkan mengenai pengurusan bencana yang mana saya mohon ada penghargaan
kepada Bomba Sukarela. Jadi, saya mohon bertanya adakah Yang Berhormat Sungai Puyu
bersetuju bahawa ahli bomba sukarela kita berikan penghargaan dalam bentuk bantuan
bulanan ataupun tahunan. Komitmen mereka kepada masyarakat ini too high commitment.
Terima kasih.
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Memang saya juga sokong Ahli Bomba Sukarela. Memang kepada dulu bila saya
Ketua Pembangkang, saya merayu kepada Kerajaan Negeri pada masa itu dan Kerajaan
Negeri pada masa itu langsung tidak mahu bagi tanah, tidak langsung bagi peruntukan
kepada Bomba Sukarela. Gambarkan apabila Kerajaan Pakatan Harapan ambil kuasa tahun
2008. Pada kini telah ada 35 Bomba Sukarela. Kerajaan Negeri telah bagi sumbangan-
sumbangan kepada mereka di mana mereka tidak ada satu pusat bertempat Kerajaan Negeri
juga cari tanah-tanah kepada mereka. On need basic yang ada punya bacis. Memang pada
kini saya telah buat rayuan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dengan peruntukan-
peruntukan yang sedia ada. Sekurang-kurangnya bagi RM20,000 – RM30,000 daripada sedia
ada peruntukan, jangan beban kepada kerajaan pada kini.
Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):
Minta Ketua Menteri tambah peruntukan 02.
134
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Tiga (3) tahun yang kemudian, kemungkinan boleh cadang kepada Dato’ PKN untuk
bagi pertimbangan kerana pada kini, memang Kerajaan Negeri juga menghadapi kesulitan
iaitu kata ada banyak cabaran-cabaran khasnya nak bagi peruntukan kepada sekolah-sekolah
kebangsaan juga. Iaitu saja masalah.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):
YB. Sungai Puyu, maksud saya, saya biasa nak bagi duit ataupun cek kepada mereka
tapi mereka tak akan terima, mereka hanya terima untuk masuk dalam persatuan saja. Tapi
kita sebenarnya kita nak bantu orang individu yang terlibat. Paling tidak pun untuk nak buat
hari raya ini, biar ada satu sumbangan daripada Kerajaan Negeri untuk bantuan hari raya dan
sebagainya. Begitu juga komitmen mereka terlalu teruk.
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Memang saya tidak menggalakkan untuk bagi kewangan pada individu. Sepanjang
begitu lama saya terlibat diri dalam Pasukan Bomba Sukarela, kami tidak ada biasa minta
kewangan atau apa-apa untuk individu semua adalah untuk persatuan. Iaitu kata, kalau Ahli
Yang Berhormat nak bantu mereka, buka satu akaun di stesen, minyak stesen, minta mereka
bila mereka keluar beroperasi taruh minyak you pi bayar. Pada masa dulu, pada mulanya
Pasukan Bomba Sukarela tidak ada apa peruntukan. Kami telah jemput kawan-kawan semua,
satu bulan bagi RM50. Kutip kewangan itu kami terus bagi stesen minyak. Bila mereka operasi
balik mai, minyak letak dalam kenderaan itu buat kira saja. We will pay the bill for them. Pada
masa itu saya adalah Ahli Pembangkang. Pada kini, saya percaya bahawa Ahli-ahli Berhormat
dan kerajaan memang ada peruntukan. Bolehkan gunakan peruntukan, memang boleh. Hari
ini saya juga merayu bahawa satu pasukan yang kehendak bantuan kewangan kerana kereta
mereka rosak banyak adalah di bahagian Pulau. Bahagian Pulau adalah tempat di mana
pusat-pusat Bomba Sukarela kehendak bantuan. Di bahagian Bagan mereka tidak payahlah,
kami telah take care of their needs pada masa ini. Bayan Lepas kami juga ada bagi, ada bagi
iaitu kata seperti bot dan lain-lain telah bagi.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):
Kalau kata Kerajaan Negeri tidak boleh terima cadangan saya, apakah Kerajaan
Negeri boleh propose kepada KPKT untuk bantu. Sebab minta maaflah, bagi pandangan
saya, kadang-kadang di kawasan Teluk Kumbar contohnya, baru-baru ini empat (4) batang
pokok timpa, yang hadir hanyalah Bomba Sukarela Gertak Sanggul, Bomba Kerajaan dia tidak
hadir, tak sampai. Itu maksud sayakan. Jadi macam mana kalau kita syorkan ke peringkat
yang lebih tinggi jika ada peluang, dan peluang untuk bantu keluarga mereka ini. Bukan kita
nak bantu unit berkenaan, tapi individu-individu yang terlibat secara sukarela, terima kasih.
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Memang saya telah mengatakan bahawa individu-individu tidak digalakkan, kerana
kita semua adalah ahli-ahli bomba adalah secara sukarela dan kita tidak mahu ambil peluang.
Jikanya semasa operasi pokok tumbang, kami pergi potong pokok, kalau Yang Berhormat
datang dengan minuman air, makanan kami ucapkan ribuan terima kasih. Tetapi kalau bagi
RM10, RM20 tetapi memperkecilkan saya punya standard. Faham tak?
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):
Iyalah, tapi kita kesian pada mereka.
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Kesian itu lain cerita. If you give me money, because I vote for you, that is not sukarela.
135
So saya mencadangkan jangan bagi individu tetapi beli peralatan pada mereka seperti chain
saw yang selalu mereka nak pakai. Beli paip-paip pada mereka dan penting sekali adalah
repair cost. Iaitu repair cost iaitu repair cost kadang-kadang kenderaan sudah rosak tapi repair
bantu mereka di sana. Kalau ia senang sekali you boleh control tahap perbelanjaan satu bulan
saya bagi RM500 untuk isi minyak, letak di stesen di sana. Minta pekerja pergi di sana, lebih
baik. This is the right approach, trust me.
Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):
Bukan maksud macam itu, maksud saya untuk apa itu kebajikan mereka itu sendiri.
Mereka jaga kebajikan orang lain tapi dalam masa yang sama mereka tinggalkan kerja-kerja
mereka. Sebagai penghargaan iyalah, kalau kata tidak boleh secara bulanan, mungkin
tahunan kita bagi. Kalau Bomba Kerajaan boleh dapat apa itu penghargaan daripada kerajaan
dan dapat bonus dan sebagainya dan raya InsyaAllah depa dapat juga. Apakah kita hanya
pejam mata dengan kebajikan mereka. Syor saya, kalau tak boleh terima tak apalah. Tapi
saya fight for them.
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Ini bukan dasar kerajaan lah. Apabila saya menjawab ini bukan kata dasar kerajaan,
saya menjawab sebagai seorang Ahli Bomba Sukarela, sebagai Penasihat kepada Persatuan
Bomba Sukarela di negeri Pulau Pinang. Saya tidak menggalakkan perbuatan ini.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Sebagai EXCO lah, jawab. Sekarang sebagai EXCO jawab.
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Kalau saya jawab, dia kata, dia akan kata Kerajaan Negeri tidak mahu bagi, saya tak
mahu. Saya kata, kami tak akan terima, Ahli-ahli Bomba Sukarela tidak akan terima. Kalau
you nak bayar sikit kewangan kepada kami kerana perkhidmatan kepada masyarakat. No
way, no other way. Iaitu kata di sini, sebelum saya mengakhirkan ucapan saya, saya nak
merayu kepada semua, saya nak merayu kepada semua warga negeri Pulau Pinang. Iaitu
kata dalam laporan kami telah baca, kami merayu bahawa kalau nak makan buah-buahan,
makanlah buahan tempatan. Jangan beli makanan import bukan nak lawan sesiapa tetapi itu
adalah satu cara untuk reduce carbon footprint. Jika epal daripada New Zealand dia mai sini,
dia begitu jauh. Duit minyak baikpun daripada pesawat atau kapal duit minyak. The number
of carbon.
Dan jikanya kami ambil iaitu kata jika mereka nak ambil mai sini, buah itu belum masak.
Dia kena taruh sedikit kimia-kimia, mengapa nak cari pasal. Iaitu kata Ops Season jangan
makan. Import jangan makan, sokonglah orang-orang tempatan. So only eat local fruits not
imported fruits. Iaitu kata, itu lah cerita tetapi kalau boleh local fruits, local fruits dan juga saya
merayu bahawa jika boleh let us banned the use of carbon carbide in the food industry. Kerana
karbon karbaid ini adalah satu repining agent iaitu calcium carbide react with moisture to form
acetylene, dan carbon carbide ni ada apa dia adalah satu heavy metal seperti lack and
acetonic which are dangerous to human body.
Pisang tengok dia cantik-cantik jangan makan….(gangguan).
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Yang Berhormat, tadi akhir kata, tiba-tiba masuk buah-buahan pula.
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Bukan, dia Tanya sama saya kena jawablah. Iaitu kata …..(gangguan).
136
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Itu Bomba. Bomba, Yang Berhormat tak mahu jawab sebagai EXCO. Buah-buahan
yang pertanian….(gangguan).
Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):
Sebelum saya lupa, saya kata reduce carbon footprint, iaitu kata reduce transportation
of food itu nasihat, kalau nasihat tak mahu terima itu you punya hak, bukan saya, saya dah
pesan. Iaitu kata jika, if you want to reduce the carbon footprint, makan barang tempatan.
Kalau boleh tanam sendiri sayur.
Akhir kata, saya ingin mengucap ribuan terima kasih, ribuan terima kasih kepada
semua pihak termasuk jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan termasuk NGO-NGO serta
komuniti dan institusi-institusi swasta yang telah membantu Kerajaan Negeri untuk
melaksanakan program-program Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar demi
kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Pulau Pinang.
Semoga kerjasama antara kerajaan dan masyarakat akan sentiasa membantu
kerajaan negeri dalam membaiki perkhidmatannya kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Akhir
ucapan penggulungan saya, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-
ahli Yang Berhormat yang telah bertanya isu-isu berkaitan. Perkara-perkara yang dibangkit
yang akan menjadi pemangkin untuk saya bekerja dengan lebih keras dan gigih bagi
menambahkan nilai dan memperkukuhkan lagi mutu penyampaian di bawah portfolio
Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar. Saya juga mengucapkan Selamat Hari
Pekerja yang disambut semalam kepada semua tenaga kerja di seluruh Malaysia. Selamat
Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam Malaysia.
Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Puyu. Saya menyahut saranan daripada Yang
Berhormat Sungai Puyu lah. Saya nak kurangkan carbon footprint malam ini. Maka Dewan
ditangguhkan dan Dewan bersidang semula pada esok jam 9.30 pagi.
Dewan ditangguhkan pada jam 9.45 malam.