NOVEMBER 2013
JABATAN PERHUTANAN
NEGERI PAHANG
DARULMAKMUR
MALAYSIA
RANCANGAN PENGURUSAN KAWASAN HUTAN
MEMPUNYAI NILAI PEMELIHARAAN YANG TINGGI
(HCVF), HUTAN SIMPAN PAYA BAKAU PONTIAN,
ROMPIN PAHANG DARUL MAKMUR
Page | i
ISI KANDUNGAN
Bab Tajuk
Mukasurat
PENGHARGAAN v
KATA SINGKATAN vi
RINGKASAN EKSEKUTIF vii
1. LATARBELAKANG 1
1.1 Objektif 2
1.2 Skop 4
1.3 Kaedah 4
2. ORGANISASI DAN MAKLUMAT ASAS NEGERI
PAHANG
6
2.1 Kawasan Berhutan 6
2.2 Pengkelasan Hutan Simpan Kekal 7
2.3 Lokasi Kawasan 9
2.4 Cuaca 10
2.5 Jenis Hutan dan Flora 10
2.6 Fauna 11
3. KAWASAN HUTAN MEMPUNYAI NILAI
PEMELIHARAAN YANG TINGGI (HCVF)
16
3.1 Definisi 16
3.2 HCVF dan Keperluan Pensijilan Hutan 16
4. PENGURUSAN HUTAN 23
4.1 Pendekatan Pengurusan 23
4.2 Strategi Pengurusan 24
4.3 Pengurusan dan Pemeliharaan Hutan 25
5. HPL PONTIAN, ROMPIN SEBAGAI HCVF 28
5.1 Lokasi Kawasan 29
Page | ii
5.2 Jenis Hutan 30
5.3 Hutan Paya Laut 31
5.4 HPL Pontian Rompin 31
5.4.1 Pemerhatian di Lapangan
5.4.2 Nilai Tinggi Kepelbagaian Biologi
5.4.3 Kepadatan Dirian Pokok
5.4.4 Status Konservasi
32
32
55
63
5.5 Silvikultur spesies Berus Mata Buaya 64
5.5.1 Morfologi Pokok
5.5.2 Ekologi dan Silvikultur
65
65
5.6 Potensi Sebagai Kawasan Penyelidikan 68
6. PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN HCVF HPL
PONTIAN, ROMPIN
69
6.1 Strategi Pengurusan 69
6.2
6.3
6.4
6.5
6.6
6.7
Mengenalpasti Kawasan Berpotensi HCVF
Penandaan Sempadan Kawasan dan
Pemetaan
Pengumpulan Maklumat Asas
Pengurusan Kawasan
Pemantauan dan Penyelenggaraan
Keperluan Peruntukan Kewangan dan Tenaga
Kerja
70
71
72
72
73
76
7. ANCAMAN DAN KEKANGAN 79
7.1 Ancaman Perlaksanaan HCVF 79
7.2 Kekangan Perlaksanaan HCVF 80
8. CADANGAN 82
9. KESIMPULAN 84
10 RUJUKAN 85
Page | iii
SENARAI JADUAL
Jadual Tajuk
Muka
surat
1.0 Skop penyediaan RPHCVF HPL Pontian, Rompin Pahang 4
2.1 Status kawasan berhutan di negeri Pahang (2011) 7
2.2 Keluasan hutan mengikut jenis di dalam Hutan Simpan
Kekal negeri Pahang
7
2.3 Keluasan kawasan berhutan berdasarkan Kelas Fungsi
Hutan di negeri Pahang
10
2.4 Perbandingan fauna yang ada di negeri Pahang. 12
2.5 Perbandingan fauna yang ada di Pahang 12
3.1 Definisi mengenai HCVF 17
5.1 Maklumat dan fakta mengenai HS Pontian, Rompin 29
5.2 Ringkasan flora yang terdapat di HS Pontian, Rompin 46
5.3 Antara spesies penting yang terdapat di HS Pontian,
Rompin
47
5.4 Senarai tumbuhan yang terdapat di HPL HS Pontian,
Rompin
49
5.5 Senarai Famili HPL yang terdapat di HS Pontian Rompin 51
5.6 Perbandingan spesies HPL yang terdapat di HS Pontian,
Rompin dengan HPL terpilih di Semenanjung Malaysia
52
5.7 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di
Kompatmen 6
58
5.8 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di
Kompatmen 7
58
5.9 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di
Kompatmen 13
59
5.10 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di
Kompatmen 14
59
5.11 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di
Kompatmen 15
60
Page | iv
5.12 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di
Kompatmen 16
60
5.13 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di
Kompatmen 20
61
5.14 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di
Kompatmen 21
61
5.15 Senarai antara spesies HPL yang tidak ditemui di HS
Pontian
62
5.16 Senarai beberapa spesies penting di HPL Pontian, Rompin 64
5.17 Berus mata buaya 64
6.1 Garispanduan pengurusan dan pengawalan kawasan HCVF
HPL Pontian, Rompin
75
6.3 Rancangan Pengurusan 10 tahun bagi HCVF HPL Pontian,
Rompin
78
Page | v
SENARAI RAJAH
Rajah Tajuk
Muka
surat
2.1
Peta menunjukkan kawasan HSK di negeri Pahang
bersama dengan daerah pentadbiran hutan.
13
2.2 Lokasi HPL Pontian (bertanda nombor 8), Rompin,
Pahang
14
2.3 Peta taburan hujan di negeri Pahang 15
5.1 HS Pontian, Rompin Pahang dengan kedudukan
setiap Kompatmen hutan
30
5.2 Jenis hutan paya laut di dalam HS Pontian, Rompin
Pahang
31
5.3 Pemandangan dirian pokok Ru di tepi pantai 33
5.4 Perepat (depan) dan Api-api 34
5.5 Pokok Tegar (kiri) dan Berus (kanan) 35
5.6 Kompartmen 4 ditumbuhi pokok Bakau minyak 35
5.7 Kompartmen 5 Pokok Api-api puti h dan Bakau
minyak
36
5.8 Dirian pokok yang kelihatan agak sebaya dari segi
saiz DBH
36
5.9 Taburan anak pokok Berus yang baru bercambah 37
5.10 Sampel daun pokok Api-api bulu 37
5.11 Buah dari pokok Tumu putih 39
5.12 Dirian Bakau kurap dengan struktur akar yang unik
dan kelihatan tanah yang berbonggol menyerupai
busut
40
5.13 Pokok Mendung yang dijumpai di Kompartmen 15 41
5.14 Dirian piai lasa 41
5.15 Pucuk dan buah Bakau lilin 42
5.16 Pokok Kedondong (Canarium reniforme) yang jarang 42
Page | vi
ditemui di HPL tapi terdapat di HS Pontian
5.17 Pokok Nyireh bunga 44
5.18 Pokok Limau lelang (Merope angulata) hidup di kawasan terdapat pokok nipah
45
5.19 Pokok Berus mata buaya (Bruguiera hainesii ) yang
ditemui di Kompatmen 20 HS Pontian Rompin
48
5.20 Lokasi Petak Bancian Kepadatan Pokok Menggunakan
Teknik Plotless
57
5.21 Ciri-ciri dan bahagian pokok Bruguiera hainessee 67
5.22 Bunga Berus mata buaya 67
Page | vii
Penghargaan
Sehingga tahun 2013, JPNP telah mempunyai dua kawasan hutan
yang mempunyai Rancangan Pengurusan Hutan HCVF iaitu Lata
Jarum di Hutan Simpan Gunong Benom, Daerah Raub dan Hutan Padang Tujuh, Rompin di dalam Taman Negeri Endau Rompin. Kedua-
dua kawasan HCVF terebut terletak di kawasan hutan darat. Pada tahun 2013 ini selaras dengan keperluan sepertimana yang di
nyatakan sewaktu stakeholder consultation dan juga laporan bancian di lapangan, JPNP telah berjaya menubuhkan satu lagi kawasan hutan
HCVF yang mewakili ekosistem hutan paya bakau (hutan paya laut). Kawasan HCVF ini terletak di HSK Pontian, Rompin Pahang. Selaras
dengan itu Penyediaan Rancangan Pengurusan Kawasan HCVF untuk hutan paya bakau Pontian ini adalah selaras dengan keperluan untuk
mengurus kawasan hutan HCVF sepertimana yang dinyatakan di dalam Prinsip 9 dalam Kriteria dan Petunjuk untuk Pensijilan
Pengurusan Hutan di Malaysia [MC&I (2002)] yang merupakan satu piawaian yang digunakan untuk menilai aktiviti pengurusan hutan di
peringkat Unit Pengurusan Hutan (FMU) bagi tujuan pensijilan di
negara ini.
Bagi pihak JPNP, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan setinggi tahniah kepada semua individu
yang terlibat di dalam menyediakan dokumen ini. Mereka termasuklah:
a) Pegawai dan Penjawat Awam Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
yang telah memberi sokongan dan komitmen,
b) Pegawai dan Penjawat Awam dari agensi-agensi yang berkaitan diperingkat daerah mahupun negeri,
c) Semua individu dan institusi yang terlibat secara langusng atau tidak di dalam penyediaan dokumen ini.
Saya percaya dokumen ini akan dijadikan rujukan untuk memastikan
kawasan HCVF paya bakau di HSK Pontian ini dapat diurus dengan sebaik mungkin demi mencapai objektif pengurusan hutan secara
berkekalan yang menitik beratkan keperluan sosio-ekonomi dan pemuliharan kepelbagaian biologi dan perlindungan alam sekitar.
DATO’ HAJI MOHD PAIZ BIN KAMARUZAMAN, DSAP., DIMP., SMP., PKC.
Pengarah, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tingkat 5, Kompleks Tun Razak
25990 Kuantan Pahang Darul Makmur
Page | viii
KATA SINGKATAN
Istilah
BPEN Bahagian Perancang Ekonomi Negeri
CBD Konvensyen Kepelbagaian Biologi
FRIM Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Forest
Research Institute Malaysia)
FSC Forest Stewardship Council
GIS Sistem Maklumat Geografi (Geographic
Information Systems)
HCVF Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi/High Conservation Value Forest
HPL Hutan Paya Laut
HS Hutan Simpan
HSK Hutan Simpanan Kekal
ITTO International Timber Trade Organisation
Landsat Land Observation Satellite
JH Jabatan Perhutanan
JPSM Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
NGO Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-governmental
Organisation)
PERHILITAN Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
PHD Pejabat Hutan Daerah
RPHCVF Rancangan Pengurusan Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi
Spp. Spesies/Species
UNCED Pertubuhan Bangsa‐Bangsa Bersatu mengenai
Alam Sekitar dan Pembangunan
UNFCCC United Nations Framework Convention on Climate Change
Page | ix
RINGKASAN EKSEKUTIF
Selaras dengan konsep pengurusan hutan secara berkekalan dan
keperluan pensijilan hutan, Rancangan Pengurusan Kawasan Hutan
Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi (RPHCVF) Hutan Paya
Laut (HPL) Pontian, Pahang ini disediakan dengan objektif utama
untuk menyediakan satu dokumen rujukan yang berkualiti dan boleh
digunapakai bagi membantu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
dalam mengurus hutan HCVF. Rancangan pengurusan yang
komprehensif dan menyeluruh adalah diperlukan untuk membantu
pihak Jabatan Perhutanan negeri Pahang mengurus secara sistematik
kawasan HCVF tersebut sejajar dengan keperluan pengurusan hutan
secara berkekalan (SFM) pada masa kini.
Penyediaan RPHCVF ini memberi tumpuan kepada kawasan HPL
Pontian, Rompin yang dipilih untuk di jadikan kawasan HCVF. Ianya
terletak di dalam daerah Rompin di bawah pentadibiran Jabatan
Perhutanan Daerah Rompin. RPHCVF ini mengandungi sepuluh Bab
yang memberi tumpuan dari segi penerangan mengenai konsep
pengurusan hutan di negeri Pahang dan HCVF itu sendiri, kawasan
HCVF di HPL Pontian, Rompin, pengurusan dan pemantauan kawasan
HCVF, potensi ancaman dan kekangan serta cadangan untuk
menambah baik pengurusan kawasan HCVF HPL Pontian, Rompin itu
sendiri.
Pengurusan hutan di negeri Pahang di laksanakan berdasarkan
prinsip pengurusan hutan secara berkekalan (SFM). HCVF mula
diperkenalkan oleh FSC dalam tahun 1999 bertujuan untuk
menyediakan satu kerangka bagi mengenalpasti kawasan-kawasan
Page | x
hutan yang mempunyai ciri-ciri menarik dan unik serta bernilai tinggi
bagi kepelbagaian biologi meliputi komposisi tumbuh-tumbuhan flora.
Mengikut Akta Perhutanan Negara, 1984 Seksyen 10(1) terdapat 11
kelas dalam pengelasan HSK mengikut fungsi yang dikenalpasti oleh
Pengarah dan seterusnya diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Perlindungan hutan boleh diusahakan dalam HSK yang dikhaskan
untuk perlindungan tanah, hidupan liar, hutan simpan hutan dara,
hutan lipur, hutan pelajaran, hutan penyelidikan dan taman negeri.
Secara khususnya, belum ada dasar atau regim pengurusan khas
untuk mengurus Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi
(HCVF) yang berada di dalam HSK. Berpandukan kepada Dasar
Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992), kawasan HCVF boleh di
kategorikan samada di bawah kategori fungsi-fungsi hutan
perlindungan, hutan lipur atau hutan penyelidikan dan pendidikan.
Namun begitu, semasa pelaksanaan program pensijilan pengurusan
hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara
berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan Perhutanan
untuk melaporkan pemeliharaan kawasan-kawasan ini semasa
penilaian hutan dilaksanakan.
Kawasan hutan HPL Pontian, Rompin mempunyai keunikan yang
mendorong Jabatan Perhutanan Negeri Pahang memilih untuk
menjadikannya sebagai kawasan HCVF. Ia merupakan kawasan HPL
yang mempunyai keunikan dari segi ekosistem dan floranya dimana
terdapat beberapa spesies yang disenarai di dalam IUCN termasuklah
spesies Berus mata buaya (Bruguiera hainesii) yang menjadikan ia
boleh dikelaskan sebagai hutan HCVF 1. Kawasan HCVF 1 merupakan
kawasan-kawasan hutan yang mengandungi tahap nilai kepelbagaian
biologi yang signifikan pada peringkat global, serantau dan nasional
dan/atau hutan pada skala landskap yang besar yang terkandung di
Page | xi
dalam FMU atau meliputi FMU itu sendiri, dimana populasi yang viable
dari kebanyakan, jika tidak kesemua, spesies yang hidup secara
semulajadi, didapati ujud dalam pola taburan dan kehidupan asalnya.
Keputusan untuk menjadikan HPL Pontian, Rompin sebagai kawasan
HCVF adalah satu keputusan yang tepat.
Inisiatif untuk mula menjadikan HPL Pontian, Rompin kawasan HCVF
bermula pada awal tahun 2013 di mana bancian awal keatas kawasan
tersebut telah dibuat setelah ia di sarankan di dalam Rancangan
Pengurusan Hutan Paya Bakau 2006 - 2015. Aktiviti berkaitan dengan
keperluan penubuhan kawasan HCVF ini dinyatakan di dalam
dokumen RPHCVF ini termasuklah keperluan pemetaan dan
penandaan sempadan, pengumpulan data dan maklumat asas,
pemantauan dan juga penyelenggaraan. RPHCVF ini juga memberi
garispanduan pengurusan dan pengawalan kawasan HCVF HPL
Pontian, Rompin untuk digunapakai oleh Jabatan Perhutanan beserta
dengan cadangan rancangan pengurusan untuk sepuluh tahun.
Secara keseluruhannya Negeri Pahang dan Daerah Rompin secara
khususnya amat bertuah kerana mempunyai kawasan HPL yang unik.
Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab pihak Jabatan Perhutanan
untuk memainkan peranan yang utama didalam memastikan
keunikan HPL Pontian, Rompin ini terus dipelihara dengan sempurna
demi untuk mengelakkan sebarang bentuk gangguan dimasa
hadapan. Langkah pihak kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan
untuk menjadikan kawasan HPL Pontian, Rompin ini sebagai kawasan
HCVF adalah sesuatu yang amat dialu-alukan dan sewajarnya
mendapat sokongan dari semua pihak. Adalah penting semua pihak-
pihak yang berkepentingan samada dari agensi kerajaan, swasta,
NGO dan juga institusi penyelidikan dan pengajian tinggi serta
masyarakat umum memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi
Page | xii
untuk sama-sama memainkan peranan demi memastikan HPL
Pontian, Rompin ini terus dipelihara.
Page | 1
BAB 1
1.0 LATAR BELAKANG
Prinsip-prinsip pengurusan hutan berkekalan yang telah dipersetujui
oleh badan antarabangsa seperti „International Timber Trade
Organisation‟ (ITTO) yang selari dengan perundangan dan peraturan
negara dan negeri digunapakai oleh negeri Pahang untuk mengurus
hutan di negeri ini. Untuk membolehkan pengurusan hutan
dilaksanakan dengan berkesan satu set kriteria dan petunjuk telah
dihasilkan pada tahun 2004 (MC&I 2002) yang telah mula dijadikan
panduan dan digunakan untuk tujuan pensijilan hutan asli di
Malaysia. Salah satu aspek yang penting dalam pensijilan hutan bagi
pengurusan hutan secara berkekalan adalah untuk mengenalpasti
kawasan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi - High Conservation
Value Forest (HCVF) serta mengurus dan memelihara kawasan-
kawasan tersebut. Jabatan Perhutanan di negeri-negeri seperti
Perak (Masran et. al, 2009) dan Negeri Sembilan (JPNS, 2007) telah
mempunyai kawasan hutan HCVF berdasarkan keunikan yang ada di
kawasan-kawasan yang berkenaan.
Page | 2
Selaras dengan keperluan tersebut, pada tahun 2012 Jabatan
Perhutanan negeri Pahang telah mengenalpasti dan bercadang
untuk menubuhkan kawasan HCVF iaitu kawasan HCVF HPL Pontian,
Rompin di Taman Negeri Endau Rompin, Pahang. Disamping itu
Jabatan juga telah mengenalpasti kawasan Lata Jarum di Raub
yang mengandungi bunga Rafflesia sebagai kawasan HCVF 2 dan
telah menyediakan dokumen Rancangan Pengurusannya. Begitu
juga kawasan hutan HCVF telah ditubuhkan di kawasan Hutan
Padang Tujuh, Rompin di dalam Taman Negeri Endau Rompin. Dari
semasa kesemasa juga pihak jabatan terus mengenalpasti kawasan
sesuai untuk dibangunkan sebagai kawasan HCVF yang baharu.
Penentuan kawasan HCVF adalah berdasarkan ciri-ciri yang di
definisikan dalam Kriteria dan Petunjuk untuk Pensijilan Pengurusan
Hutan Malaysia (2002) [Malaysian Criteria and Indicators for Forest
Management Certification [MC&I (2002)]. Pihak Jabatan telah
mengambil langkah proaktif untuk menyediakan dokumen
rancangan pengurusan untuk setiap kawasan HCVF di negeri ini.
Penyediaanya adalah selaras dengan GARIS PANDUAN PENENTUAN,
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN KAWASAN HUTAN MEMPUNYAI NILAI
PEMELIHARAAN YANG TINGGI (HCVF) DALAM HUTAN SIMPANAN KEKAL
(HSK) DI SEMENANJUNG MALAYSIA yang telah disediakan oleh pihak
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM 2012).
1.1 Objektif
Pada tahun 2006, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah
menyediakan Rancangan Pengurusan Hutan Paya Laut (RPHPL)
untuk tempoh 2006 – 2015. Semakan separuh penggal telah
diadakan pada tahun 2011 bagi menilai semula rancangan
pengurusan yang telah digariskan pada tahun 2006. Diantara aspek
yang di sentuh di dalam dokumen semakan separuh penggal RPHPL
Page | 3
adalah perlunya menubuhkan kawasan hutan HCVF di kawasan HPL
terpilih di negeri ini. Antara cadangan lokasi yang sesuai adalah di
kawasan hutan paya laut HS Kuantan dan HS Pontian di daerah
Rompin. Laporan tersebut menyatakan bahawa HS Pontian yang
terletak di bahagian selatan negeri Pahang adalah sesuai untuk di
jadikan kawasan HCVF disebabkan mempunyai kepelbagaian biologi
bakau yang tinggi. Sejajar dengan itu JPNP telah melantik
kontraktor untuk melakukan kerja bancian di kawasan tersebut pada
tahun 2013 untuk mengetahui komposisi flora di kawasan tersebut.
Objektif bancian yang dijalankan adalah untuk menentukan
kepelbagaian spesies flora di kawasan HPL, Hutan Simpan Pontian,
Rompin Pahang. Lanjutan dari itu telah dicadangkan agar kawasan
tersebut dijadikan sebagai kawasan HCVF
Bagi memastikan kawasan hutan HCVF diurus selari dengan
keperluan pensijilan hutan, Rancangan Pengurusan HCVF (RPHCVF)
HPL Pontian, Rompin ini disediakan dengan objektif untuk
menyediakan satu dokumen rujukan yang berkualiti dan boleh
digunapakai bagi membantu Jabatan Perhutanan dalam mengurus
hutan HCVF. Rancangan pengurusan yang komprehensif dan
menyeluruh adalah diperlukan untuk membantu pihak Jabatan
Perhutanan negeri Pahang mengurus secara sistematik kawasan
HCVF tersebut. Adalah diharapkan RPHCVF ini antara lainya akan
dapat membantu pihak Jabatan Perhutanan melaksanakan
pengurusan HPL Pontian, Rompin dengan lebih teratur sejajar
dengan keperluan pengurusan hutan secara berkekalan (SFM) pada
masa kini.
Page | 4
1.2 Skop
Penyediaan RPHCVF ini hanya melibatkan kawasan HPL Pontian,
Rompin Pahang. Pecahan aktiviti yang terlibat adalah seperti
digambarkan di dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1 Skop penyediaan RPHCVF HPL Pontian, Rompin, Pahang
BIL AKTIVITI
1 Mengumpul dan menyemak maklumat asas dan
dokumen berkaitan dengan kawasan HCVF
2 Melaksanakan penganalisaan data dan maklumat
berkaitan kawasan terlibat
3 Menyediakan peta lokasi kawasan HCVF
4 Melakukan kerja semakan di lapangan untuk kawasan
hutan HCVF
5 Mengadakan perbincangan dengan Stakeholders
terlibat
6 Membuat penulisan dan penyediaan laporan akhir
mengenai Pengurusan dan Pemantauan kawasan
Hutan HCVF
7 Mencetak dan menyerahkan sepuluh (10) salinan
laporan akhir dalam bentuk “hard copy” dan satu
salinan ”softcopy” dalam format PDF. Laporan
disediakan dalam Bahasa Malaysia.
1.3 Kaedah
Penyediaan RPHCVF HPL Pontian, Rompin ini memberi penekanan
kepada penggunaan data dan maklumat sedia ada dan penilaian
secara kualitatif dan kuantitatif maklumat yang dikumpul.
Disamping itu data-data tambahan juga dikumpul dan digunapakai
Page | 5
didalam penyediaan RPHCVF ini. Secara umumnya ia boleh
dibahagikan kepada tiga fasa seperti berikut:
Fasa 1 – Persediaan awal dan mobilisasi
Fasa 2 – Penilaian dan penganalisaan data dan maklumat
Fasa 3 – Penyediaan laporan semakan
Antara lainnya ia melibatkan:-
i. Kerja-kerja semakan keatas dokumen secara menyeluruh
di pejabat,
ii. Temubual dengan personel Jabatan Perhutanan yang
terlibat samada secara langsung atau tidak,
iii. Lawatan ke lokasi di dalam kawasan yang dikhaskan
sebagai kawasan HCVF.
Page | 6
BAB 2
2.0 ORGANISASI DAN MAKLUMAT ASAS
2.1 Kawasan Berhutan
Kawasan berhutan di negeri Pahang pada tahun 2011 adalah lebih
kurang 2,068,199.20 ha atau 57.50% dari keluasan keseluruhan
negeri (Jadual 2.1). Dari jumlah itu, sebanyak 1,562,496.20 ha atau
43.44% adalah merupakan Hutan Simpan Kekal (HSK) yang perlu di
urus berdasarkan konsep pengurusan hutan secara berkekalan.
Secara umumnya kawasan hutan di negeri ini boleh dibahagikan
kepada empat jenis seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.2
dimana hutan darat dengan keluasan berjumlah 1,395,207.27 ha
merupakan jenis hutan yang terbesar. Hutan paya laut dengan
keluasan lebihkurang 2,415.96 ha merupakan jenis hutan yang
terkecil namum mempunyai kepentingan yang memerlukan ia diurus
dengan sebaik mungkin. Rajah 2.1 menunjukkan jenis-jenis hutan
utama yang terdapat di negeri Pahang bersama dengan kedudukan
daerah pentadbiran hutan.
Page | 7
Jadual 2.1 Status kawasan berhutan di negeri Pahang (2011)
Status Keluasan (ha)
1 Hutan Simpan Kekal 1,562,496.20
2 Hutan Tanah Kerajaan 105,963.00
3 Taman Hidupan Liar/Taman Negara 399,740
Jumlah Kawasan Berhutan 2,068,199.20
(Sumber: Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, 2011)
Jadual 2.2 Keluasan hutan mengikut jenis di dalam Hutan Simpan
Kekal negeri Pahang
Jenis Hutan Keluasan (ha)
1 Hutan Darat 1,395,613.27
2 Hutan Paya Gambut 140,829.97
3 Hutan Paya Laut 2,415.96
4 Ladang Hutan 24,043.00
Jumlah 1,562,902.20
(Sumber: Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, 2011)
Kawasan hutan paya laut (HPL) di negeri Pahang terdapat di dalam
Sembilan hutan simpan di dalam daerah pentadbiran hutan
Kuantan, Pekan dan Rompin. Kawasan HSK ini digazetkan seawall
tahun 1909 lagi.
Hutan paya laut (HPL) di Pahang agak unik kerana kebanyakannya
di kelilingi oleh tumbuhan pantai yang berpasir. Ia pada kebiasaanya
terdiri dari enam jenis tumbuhan dimana empat darinya adalah dari
jenis bakau; Avicennia-Sonneratia, Rhizohpora-Bruguiera, Dryland,
dan Nypa; dan dua adalah dari bukan bakau (non-mangroves) yang
terdiri dari Pinus dan tumbuhan jenis pantai berpasir.
2.2 Pengkelasan Hutan Simpan Kekal
Pengurusan hutan di Semenanjung Malaysia secara amnya di
laksanakan sejajar dengan objektif Polisi Perhutanan Negara ( NFP -
Page | 8
National Forestry Policy revised 1992) iaitu untuk memulihara dan
mengurus sumber hutan secara berkekalan dan pada masa yang
sama mengimbangi kepentingan nya dari segi sumbangan kepada
ekonomi negara serta kestabilan alam sekitar. Antara matlamat NFP
adalah untuk memastikan kawasan yang mencukupi ditentukan dan
diwartakan sebagai HSK bagi tujuan Hutan Perlindungan, Hutan
Pengeluaran, Hutan Lipur, dan Hutan Pembelajaran dan
Penyelidikan. Kesemua negeri di Semenanjung Malaysia telah
menerima pakai NFP dan juga Akta Perhutanan Negara (NFA –
National Forestry Act 1984). Sejajar dengan itu semua kawasan HSK
ini perlu diurus berpandukan kepada NFP dan NFA. Secara
umumnya HSK di boleh dibahagi kepada dua kategori utama iaitu
kawasan Hutan Pengeluaran dan Hutan Perlindungan. Hutan
Pengeluaran adalah kawasan yang terletak di ketinggian kurang dari
1000m (dari aras laut) dan diurus untuk tujuan penghasilan kayu
balak dan juga hasil bukan kayu yang lain (rotan dll). Ia
merangkumi kawasan Dipterokarpa Pamah, Dipterokarpa Bukit,
Hutan Paya Gambut dan Hutan Paya Laut. Kawasan Hutan
Perlindungan pula secara amnya merupakan kawasan yang
ketinggiannya melebihi 1000 m dari aras laut dan kebiasaanya
terlalu curam untuk pembalakan termasuklah kawasan tadahan air,
kawalan tanah, kawasan rekreasi, Hutan Simpan Dara (VJR) dan
juga kawasan penyelidikan dan pendidikan.
Di bawah Seksyen 10(1) Akta Perhutanan Negara (1984) kesemua
HSK perlu di kategorikan sebagai salah satu atau lebih dari sebelas
(11) kelas fungsi hutan (forest functional classes). Pengkelasan ini
mengambilkira faktor pelbagai guna dan faedah serta fungsi hutan
itu sendiri bukan sahaja untuk tujuan komersial bahkan untuk
kestabilan alam sekitar dan kepentingan sosial yang lain. Tujuan
pengkelasan ini di buat antara lainnya adalah untuk membolehkan
Page | 9
kawasan HSK tersebut di urus dengan lebih berkesan dan fokas
kepada kelas yang telah dikenalpasti sebelumnya. Ini akan
menjurus kepada konsep pengurusan hutan secara berkekalan.
Kelas fungsi hutan yang dimaksudkan adalah:
a) Hutan Pengeluaran Kayu di bawah Perolehan Berkekalan
b) Hutan Perlindungan Tanah
c) Hutan Tebusguna Tanah
d) Hutan Kawalan Banjir
e) Hutan Tadahan Air
f) Hutan Perlindungan Hidupan Liar
g) Hutan Simpanan Hutan Dara
h) Hutan Lipur
i) Hutan Pelajaran
j) Hutan Penyelidikan
k) Hutan Bagi Maksud Persekutuan
Keluasan kelas fungsi hutan untuk negeri Pahang ditunjukkan di
dalam Jadual 2.3. Di samping itu juga selain dari kelas fungsi
tersebut, fungsi hutan yang lain perlu diberi pertimbangan sejajar
dengan keperluan semasa, sebagai contoh untuk memenuhi
keperluan preskripsi Petunjuk dan Kriteria Malaysia (Malaysian
Criteria and Indicators – MC&I). Ini termasuklah penentuan kawasan
“High Conservation Value Forest” (HCVF) seperti yang dikehendaki
di bawah MC&I.
2.3 Lokasi kawasan
Pentadbiran Pejabat-pejabat Hutan Daerah di negeri Pahang
dibahagikan kepada tujuh, iaitu Kuantan/Pekan/Maran, Rompin,
Temerloh/Bera, Jerantut, Lipis, Bentong dan Raub/Cameron
Highlands. Fokas RPKHCVF ini adalah hanya untuk kawasan Daerah
Hutan Rompin. Hutan Simpan Pontian Rompin yang terletak di
bawah pentadbiran Pejabat Hutan Daerah Rompin mempunyai satu
Page | 10
kawasan HPL yang unik. Kawasan ini mempunyai keunikan
tersendiri yang mendorong Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
memilih untuk menjadikan nya sebagai kawasan HCVF.
Jadual 2.3 Keluasan kawasan berhutan berdasarkan Kelas Fungsi
Hutan di negeri Pahang
Kelas Fungsi Hutan Keluasan (ha)
1 Hutan Pengeluaran 987,459.86
2 Hutan Perlindungan Tanah 190,282.33
3 Hutan Tebus Guna Tanah 2,354.07
4 Hutan Tadahan Air 243,192.56
5 Hutan Perlindungan Hidupan Liar 71,351.51
6 Simpanan Hutan Dara 3,592.92
7 Hutan Lipur 32,593.86
8 Hutan Pelajaran/Htan Penyelidikan/Hutan
untuk Maksud Persekutuan
2526.39
Jumlah 545,893.64
2.4 Cuaca
Negeri Pahang mempunyai iklim tropika di mana suhu tinggi
sepanjang tahun dan hujan tahunan pada amnya dipengaruhi oleh
monsoon timur laut sepanjang tahun. Monson ini menghasilkan
hujan yang agak lebat dari bulan November hingga Januari setiap
tahun. Rajah 2.3 menunjukkan peta taburan hujan di negeri
Pahang. Suhu di negeri Pahang pada kebiasananya adalah tinggi
kecuali di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland.
Kelembapan nya juga adalah tinggi sepanjang tahun.
2.5 Jenis Hutan dan Flora
Pahang mempunyai jenis hutan yang unik memandangkan ia
mempunyai kawasan persisiran pantai, pamah yang rendah
Page | 11
sehingga ke kawasan tinggi dan pergunungan. Oleh itu kawasan
Hutan Gunung, Hutan Bukit Dipterokarpa, Hutan Dipterokarpa
Pamah, Hutan Paya Gambut, Hutan Paya Air Tawar, Hutan Paya
Bakau dan Hutan Persisir Pantai terdapat di negeri ini.
Kesemua jenis hutan ini mempunyai spesies tumbuhan yang
berbeza yang telah beradaptasi dengan keadaan ekologi hutan
berkenaan. Untuk Hutan Gunong ia didominasi oleh kaum
Myrtaceae, Sapotacea, Gymnosperms (Dacrydium dan Agathis) dan
Fagaceae serta paku pakis Ericaceae (Rhododendron dan
Vaccinium). Kaum Dipterokarpa seperti Shorea platyclados dan S.
submontana pula terdapat tumbuh di kawasan Hutan Dipterokarpa
Bukit. Begitu juga pokok Agathis borneensis (damar minyak) juga
terdapat tumbuh di kawasan sebegini. Hutan Dipterokarpa Pamah
pula didominasi oleh kaum Dipterokarpa seperti Dryobalanops
oblongifolia (Keladan) Dipterocarpus oblongifolius (Neram), Shorea
leprosula, S. parvifolia, S. macroptera, S. acuminata, S. lepidota,
S. ovalis dan D. aromatica (Kapur).
Bagi Hutan Paya Gambut pula spesies tumbuhan utama yang
terdapat termasuklah Madhuca motleyana, Santiria laevigata,
Calophyllum ferrugineum, Shorea platycarpa, Koompassia
malaccensis (Kempas), Durio carinatus (Durian paya), Cratoxylum
arborescens (Geronggang) dan Gonystylus bancanus (Ramin).
Sementara itu spesies utama tumbuhan HPL atau paya bakau yang
terdapat di negeri Pahang termasuklah Rhizophora apiculata dan
Bruguiera parvifolia.
2.6 Fauna
Dengan kepelbagaian ekosistem dan habitat hutan yang masih ada
di negeri Pahang, populasi fauna adalah agak tinggi dibandingkan
Page | 12
dengan negeri-negeri lain di Semananjung Malysia. Jadual 2.4
menunjukkan perbandingan haiwan yang terdapat dilaporkan di
negeri ini dengan keseluruhan Semenanjung Malaysia.
Jadual 2.4 Perbandingan fauna yang ada di Pahang.
Taxa Bilangan
kaum
Bilangan
spesies
Jumlah
bilangan
spesies di
Semenanjung
Malaysia
% spesies di
Pahang
Mamalia 35 181 230 78.9
Amfibia &
reptilia
25 278 350 79.4
Burung 77 464 708 65.4
Ikan Air
Tawar
44 242 319 75.8
Page | 13
Rajah 2.1 Peta menunjukkan kawasan HSK di negeri Pahang bersama dengan daerah pentadbiran hutan.
Page | 16
BAB 3
3.0 KAWASAN HUTAN
MEMPUNYAI NILAI
PEMELIHARAAN YANG TINGGI (HCVF)
3.1 Definisi
HCVF mula diperkenalkan oleh Forest Stewardship Council (FSC)
dalam tahun 1999 bertujuan untuk menyediakan satu kerangka bagi
mengenalpasti kawasan-kawasan hutan yang mempunyai ciri-ciri
menarik dan unik serta bernilai tinggi bagi kepelbagaian biologi
meliputi komposisi tumbuh-tumbuhan flora. Terdapat beberapa
definisi yang dikenalpasti oleh FSC seperti di dalam Jadual 3.1.
3.2 HCVF dan Keperluan Pensijilan Hutan
Sepertimana yang dinyatakan di bawah keperluan pensijilan
pengurusan hutan HCVF secara ringkas adalah kawasan-kawasan
hutan:
a) yang mempunyai nilai kepelbagaian yang tinggi temasuk
spesies endemik dan terancam pada peringkat global,
serantau atau nasional; dan hutan-hutan pada peringkat
lanskap yang besar, di dalamnya mengandungi unit
Page | 17
Jadual 3.1. Definisi mengenai HCVF
HCVF Penerangan
HCVF1 Kawasan-kawasan hutan yang mengandungi tahap nilai
kepelbagaian biologi yang signifikan pada peringkat
global, serantau dan nasional
HCVF2 Kawasan-kawasan hutan yang mengandungi tahap nilai
kepelbagaian biologi yang signifikan pada peringkat
global, serantau dan nasional dan/atau hutan pada skala
landskap yang besar yang terkandung di dalam FMU atau
meliputi FMU itu sendiri, dimana populasi yang viable dari
kebanyakan, jika tidak kesemua, spesies yang hidup
secara semulajadi, didapati ujud dalam pola taburan dan
kehidupan asalnya
HCVF3 Kawasan-kawasan hutan yang berada di dalam atau
mengandungi ekosistem yang nadir, terancam atau
berkeadaan bahaya
HCVF4 Kawasan-kawasan hutan yang menyediakan
perkhidmatan asas alam semulajadi dalam keadaan
kritikal (misalnya perlindungan tadahan air, kawalan
banjir)
HCVF5 Kawasan-kawasan hutan yang penting dalam
membekalkan keperluan asas komuniti tempatan
(contohnya kesihatan)
HCVF6 Kawasan-kawasan hutan yang bersifat kritikal kepada
identiti budaya tradisi komuniti tempatan (kawasan-
kawasan bagi kepentingan-kepentingan budaya, ekologi,
ekonomi atau keagamaan yang dikenalpasti dengan
kerjasama komuniti-komuniti tempatan)
pengurusan dimana kebanyakan atau semua populasi yang
mampu hidup sendiri ditemui dalam bentuk semulajadi
Page | 18
berdasarkan kepada penyebaran dan kuantitinya yang
banyak;
b) yang mempunyai ekosistem yang unik dan jarang ditemui,
terancam atau berada dalam keadaan bahaya dan terancam;
c) yang menyediakan kemudahan asas semulajadi dalam
keadaaan kritikal seperti kawasan tadahan air dan
perlindungan hakisan;
d) yang membekalkan keperluan asas serta mempunyai nilai
budaya tinggi kepada masyarakat tempatan (kawasan-
kawasan budaya, ekologi, mempunyai nilai ekonomi atau
keagamaan yang dikenalpasti dengan bantuan masyarakat
tempatan).
Prinsip # 9 (MC&I 2002)
Penyelenggaraan Hutan Yang Mempunyai Nilai Pemeliharaan
Yang Tinggi
Aktiviti-aktiviti pengurusan untuk hutan-hutan yang mempunyai
nilai pemeliharaan tinggi (HCVF) harus mengekal atau
mempertingkatkan sifat-sifat semulajadi yang mendefinisikan hutan-
hutan berkenaan. Keputusan-keputusan mengenai hutan yang
mempunyai nilai pemeliharaan tinggi sntiasa harus dipertimbangkan
dalam konteks pendekatan secara berwaspada (precautionary
approach).
Kriteria 9.1
Penilaian untuk menentukan kewujudan sifat-sifat yang konsisten
dengan hutan yang mempunyai nilai pemeliharaan yang tinggi akan
disempurnakan, bersesuaian dengan skala dan intensiti pengurusan
hutan.
Petunjuk:
Page | 19
9.1.1 Pengurus-pengurus hutan harus menjalankan penilaian
ke atas hutan yang mempunyai nilai pemeliharaan yang tinggi
(HCVF) mengikut rangka kerja perundangan serta peraturan
Negara dan rantau yang relevan, bersesuaian dengan skala dan
intensiti operasi pengurusan hutan di HSK di Semenanjung Malaysia
dan kawasan-kawasan pengurusan hutan di Sabah dan Sarawak,
serta menerusi rundingan dengan pihak yang berkepentingan dan
pakar-pakar yang berkaitan.
Verifier:
Semenanjung Malaysia
1. Penilaian, pengenalpastian dan penandaan hutan yang
mempunyai nilai pemeliharaan yang tinggi (HCVFs) dalam
Rancangan Pengurusan Hutan
2. Rekod-rekod rundingan/dialog dengan pihak-pihak yang
terjejas dan mempunyai kepentingan.
Kriteria 9.2
Semasa rundingan dalam proses pensijilan, penekanan mesti
diberikan kepada sifat-sifat pemeliharaan yang telah dikenalpasti
dan opsyen-opsyen untuk memelihara sifat-sifat berkenaan.
Petunjuk
9.2.1 Pengurus-pengurus hutan harus membekalkan kepada penilai-
penilai satu senarai pihak yang berkepentingan yang telah ditemui
untuk memberi pandangan mengenai hutan-hutan yang mempunyai
nilai pemeliharaan tinggi (HCVFs).
Verifier
Page | 20
Semenanjung Malaysia
Senarai pihak-pihak yang berkepentingan dan pihak-pihak yang
terjejas telah ditemui.
Kriteria 9.3
Rancangan pengurusan harus merangkumi dan melaksanakan
langkah-langkah spesifik untuk memastikan pengekalan dan/atau
peningkaan pemeliharaan sifat-sifat yang telah dikenalpasti selaras
dengan pendekatan secara berwaspada. Langkah-langkah ini
dinyatakan secara spesifik dalam ringkasan rancangan pengurusan
yang diberikan kepada pihak awam.
Petunjuk
9.3.1 Langkah-langkah untuk menanda, mengekal dan /atau
mempertingkatkan sifat-sifat semulajadi hutan yang mempunyai
nilai pemeliharaan yang tinggi didokumenkan di dalam rancangan
pengurusan dan dilaksanakan secara berkesan.
Verifier
Semenanjung Malaysia
1. Kawasan-kawasan HCVF ditanda di atas peta dalam
Rancangan Pengurusan Hutan.
2. Preskripsi-preskripsi pengurusan untuk mengekal dan /atau
mempertingkatkan sifat-sifat HCVF
3. Rekod-rekod pengurusan
Page | 21
Petunjuk
9.3.2 Langkah-langkah ini harus dimasukkan dalam ringkasan
pengurusan hutan untuk makluman pihak awam.
Verifier
Semenanjung Malaysia
Ringkasan umum Rancangan Pengurusan Hutan termasuk langkah-
langkah untuk HCVF.
Kriteria 9.4
Pemantauan tahunan harus dijalankan untuk menilai keberkesanan
langkah-langkah yang diambil untuk menggalak atau
mempertingkatkan sifat-sifat pemeliharaan yang berkenaan.
Petunjuk
9.4.1 Pengurus-pengurus hutan harus menjalankan pemantauan
tahunan, bersesuaian dengan skala dan intensiti operasi pengurusan
hutan, untuk keberkesanan langkah-langkah untuk mengurus HCVF
di HSK di Semenanjung Malaysia dan kawasan-kawasan pengurusan
hutan di Sabah dan Sarawak.
Verifier
Semenanjung Malaysia
Page | 22
1. Prosedur-prosedur pemantaun untuk menilai keberkesanan
langkah-langkah pengurusan HCVF,
2. Rekod-rekod pemantauan
Petunjuk
9.4.2 Pengurus-pengurus hutan harus menggabungkan hasil-hasil
dan penemuan-penemuan aktiviti pemantauan keatas HCVF di
dalam pelaksanaan dan penyemakan semula rancangan
pengurusan.
Verifier
Hasil-hasil dan penemuan yang relevan dari aktiviti-aktiviti
pemantauan HCVF harus digabungkan di dalam penyemakan semula
Rancangan Pengurusan Hutan.
Page | 23
BAB 4
4.0 PENGURUSAN HUTAN
4.1 Pendekatan Pengurusan
Pengurusan hutan di negeri Pahang di laksanakan berdasarkan
prinsip pengurusan hutan secara berkekalan (SFM). Ia adalah
sejajar dengan kehendak dan peruntukan Dasar Perhutanan Negara
1978 (Pindaan 1992), yang menekankan supaya perkara‐perkara
berikut dilaksanakan dengan berkesan:
(i) memperuntukkan kawasan hutan yang mencukupi
sebagai HSK di seluruh negeri;
(ii) mengurus HSK bagi memaksimumkan faedah
sosio‐ekonomi dan alam sekitar sejajar dengan
kehendak prinsip pengurusan hutan yang berkekalan;
(iii) menggalakkan pengusahasilan dan penggunaan semua
jenis keluaran hutan secara terbaik bagi faedah‐faedah
ekonomi yang maksimum;
(iv) menggalakkan penyertaan pihak swasta dalam
penubuhan ladang hutan jenis cepat tumbesar atau
berkualiti tinggi bagi menambah sumber bekalan kayu
kayan;
Page | 24
(v) meningkatkan pengeluaran hasil hutan bukan kayu
melalui amalan pengurusan hutan yang saintifik dan
berkekalan bagi menampung bekalan kepada
permintaan tempatan dan keperluan industri berkaitan;
(vi) memelihara kepelbagaian biologi dan kawasan hutan
yang mengandungi jenis-jenis flora, fauna dan
ekosistem yang unik; dan
(vii) menjalin kerjasama dan perhubungan yang lebih rapat
di antara Jabatan Perhutanan dengan pihak berkaitan
dalam bidang perhutanan bagi kepentingan dan faedah
pemindahan teknologi, pertukaran maklumat dan
kepakaran.
4.2 Strategi Pengurusan
Pembangunan berkekalan disektor perhutanan boleh dicapai dengan
memberi penekanan kepada pengekalan peranan sumber asli ini
untuk kesejahteraan hidup rakyat di negeri Pahang khususnya,
dengan cara:
(i) mengekal dan menguruskan kawasan hutan untuk
menjaga iklim dan rupa bumi yang sempurna,
bekalan air bersih yang mencukupi, kesuburan tanah
yang terpelihara, keadaan alam sekeliling yang stabil
serta mengurangkan kesan banjir dan hakisan kepada
sungai, tanah pertanian dan kawasan kediaman;
(ii) menjamin pengeluaran semua jenis hasil hutan dalam
negeri secara berkekalan dengan mengimbangi
Page | 25
keperluan, ekonomik, sosial dan ekologi untuk
kegunaan tempatan dan eksport; dan
(iii) mengadakan sejumlah kawasan yang mencukupi
sebagai tempat rekreasi, ekopelancongan,
penyelidikan, pemeliharaan kepelbagaian biologi dan
pendidikan untuk masyarakat mengenai perhutanan.
Strategi ini dapat dicapai dengan penyediaan kemudahan
infrastruktur dan logistik yang mencukupi, meningkatkan
keberkesanan organisasi, menyediakan sumber tenaga
manusia terlatih dan mendapatkan peruntukan kewangan
yang mencukupi bagi melicinkan pelaksanaan projek‐projek
pengurusan dan pembangunan hutan yang dirancang.
4.3 Pengurusan dan Pemeliharaan Hutan
Pengurusan hutan di negeri ini adalah sejajar dengan
objektif‐objektif utama Dasar Perhutanan Negara yang bersifat
serampang dua mata iaitu memelihara dan mengurus hutan negara
berdasarkan prinsip pengurusan berkekalan dan melindungi alam
sekitar, memelihara kepelbagaian biodiversiti dan sumber‐sumber
genetik, serta mempertingkatkan penyelidikan dan pendidikan.
Penekanan pemeliharaan sumber hutan dan pemuliharaan
kepelbagaian biologi telah diberi dalam tahun 1992 bagi
menggambarkan komitmen Persidangan Pertubuhan Bangsa‐Bangsa
Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED),
Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) dan United Nations
Framework Convention on Climate Change (UNFCCC). Di dalam
Page | 26
Dasar tersebut, Hutan Simpan Kekal diklasifikasikan dibawah empat
fungsi utama seperti berikut:
(i) Hutan Perlindungan untuk memastikan iklim dan
persekitaran fizikal yang melindungi sumber air,
kesuburan tanah, kepelbagaian biologi,
mengurangkan pencemaran sungai dan tanah
pertanian akhibat banjir dan hakisan;
(ii) Hutan Pengeluaran untuk mengekalkan bekalan
kayu‐kayan pada kadar yang berpatutan secara
mampan untuk kegunaan domestik dan eksport;
(iii) Hutan Kemudahan (amenity) untuk melindungi
kawasan‐kawasan hutan untuk tujuan rekreasi,
eko‐pelancongan dan kesedaran awam; dan
(iv) Hutan Penyelidikan dan Pendidikan untuk
menjalankan penyelidikan, pendidikan dan
melindungi kepelbagaian biologi.
Mengikut Akta Perhutanan Negara, 1984 Seksyen 10(1)
terdapat 11 kelas dalam pengelasan HSK mengikut fungsi
yang dikenalpasti oleh Pengarah dan seterusnya diwartakan
oleh Pihak Berkuasa Negeri. Perlindungan hutan boleh
diusahakan dalam HSK yang dikhaskan untuk perlindungan
tanah, hidupan liar, hutan simpan hutan dara, hutan lipur,
hutan pelajaran, hutan penyelidikan dan taman negeri.
Secara khususnya, belum ada dasar atau regim pengurusan
khas untuk mengurus Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan
Page | 27
Yang Tinggi (HCVF) yang berada di dalam HSK. Berpandukan
kepada Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992),
kawasan HCVF boleh di kategorikan samada di bawah kategori
fungsi-fungsi hutan perlindungan, hutan lipur atau hutan
penyelidikan dan pendidikan. Namun begitu, semasa
pelaksanaan program pensijilan pengurusan hutan di bawah
kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara
berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan
Perhutanan untuk melaporkan pemeliharaan kawasan-
kawasan ini semasa penilaian hutan dilaksanakan.
Pada kebelakangan ini, usaha untuk penyediaan panduan
penubuhan hutan perlindungan hidupan liar, hutan lipur dan
tadahan air sedang giat dijalankan. Selain itu, pihak Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia sedang dalam proses
penyediaan kaedah‐kaedah hutan perlindungan hidupan liar.
Sehubungan dengan itu, tujuan perlindungan hutan antara lain
ialah untuk melindungi kawasan hutan daripada gangguan
fizikal, persekitaran dan perosak serta memelihara
kepelbagaian biologinya. Objektif perlindungan hutan antara
lain ialah untuk memastikan kawasan HSK dilindungi daripada
pencerobohan manusia, kebakaran dan serangan penyakit
serta serangga. Disamping itu, ianya juga meliputi
perlindungan ke atas kepelbagaian biologi bagi mengelakkan
dari kepupusan biodiversiti.
Page | 28
BAB 5
5.0 HPL PONTIAN, ROMPIN SEBAGAI HCVF
HPL Pontian, di Rompin ini merupakan salah satu dari sembilan
kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) paya laut di negeri Pahang.
Keluasan keseluruhan HSK untuk jenis HPL di negeri Pahang pada
tahun 2011 adalah seluas 2,415.96 ha. Sepertimana yang dinyatakan
di dalam dokumen Rancangan Pengurusan Hutan Paya Laut negeri
Pahang 2006 – 2015, pengurusan kawasan HPL di negeri ini
memberi tumpuan untuk tujuan kawasan perlindungan dan tujuan
eko-pelancongan. Tiada aktiviti pengusahasilan dibenarkan di dalam
kawasan HPL di negeri ini. Oleh yang demikian penubuhan kawasan
HCVF untuk HPL Pontian adalah satu langkah yang tepat dan selari
dengan konsep pengurusan kawasan hutan yang diamalkan di
negeri ini pada waktu ini.
Sebahagian dari kawasan HPL di negeri Pahang mempunyai
kepelbagaian bilogi yang unik dan perlu dipulihara. Ini termasklah
kawasan HPL Pontian di Rompin ini yang mempunyai spesies
Bruguiera hainesii (berus mata buaya).
Page | 29
5.1 Lokasi Kawasan
HS Pontian terletak di bawah pentadbiran Pejabat Hutan Daerah
Rompin, Pahang. Ia mempunyai keluasan lebihkurang 195.02 ha
yang dibahagikan kepada 22 buah Kompatmen. Maklumat lanjut
mengenai kawasan ini adalah seperti didalam Jadual 5.1.
Jadual 5.1 Maklumat dan fakta mengenai HS Pontian, Rompin
HS Pontian (Daerah Rompin)
Keluasan: 195.02 ha
Lokasi: Di sepanjang bahagian atas Sg. Pontian
Ekosistem Bakau: “Allochthonous, high water discharge”
Sistem sungai: Tumbuhan bakau dipengaruhi oleh ombak kuat dari
angin monsoon. Bakau kebanyakan hidup di
sebelah dalam kawasan sungai yang lebih
terlindung.
Jenis Hutan &
species:
Antara jenis hutan yang terdapat adalah jenis
Rhizophora – Bruguiera, “Dryland mangroves” dan
hutan Nypa.
Kesesuaian HCV:
Sesuai untuk HCV 1 kerana kepelbagaian biologi
nya yang tinggi. (Kawasan-kawasan hutan yang
mengandungi tahap nilai kepelbagaian biologi yang
signifikan pada peringkat global, serantau dan
nasional).
Rajah 5.1 menunjukkan lokasi HS Pontian di Rompin Pahang dengan
kedudukan setiap Kompatmen hutan.
Page | 30
Rajah 5.1. HS Pontian, Rompin Pahang dengan kedudukan setiap
Kompatmen hutan
5.2 Jenis Hutan
Melalui laporan RPH Paya Laut yang disediakan oleh JPNP, HPL di HS
Pontian, Rompin mempunyai sekurang-kurangnya tiga jenis hutan
iaitu jenis Rhizophora – Brugeria, Hutan Darat, dan hutan Nipah
(Rajah 5.2).
10.9012.3212.3310.969.419.06
10.087.957.32
11.2610.12
123456789
1011
Area (ha)Compt. No.Compt. No. Area (ha)
1213141516171819202122
9.7610.7911.0011.7110.815.667.948.829.25
11.8712.82
Extent and Division of
Forest into Compartmen
Pontian Forest Reserve
PAHANG
South China Sea
S
N
EW
1
Permanent6 Reserve Forest andCompartment BoundaryCompartment Number
Public Road
River
Coastline
Secondary Road
Canal/Drainage System
L E G E N D
Major River
1:250000.5 0 0.5 1 Kilometers
8
9
76
10
5
4
3
1
2
11
12
13
14
15
1617
20
18
19
22 21
610 000
610 000
611 000
611 000
612 000
612 000
613 000
613 000
614 000
614 000
30
40
00
30
40
00
30
50
00
30
50
00
30
60
00
30
60
00
30
70
00
30
70
00
30
80
00
30
80
00
Page | 31
Rajah 5.2. Jenis hutan paya laut di dalam HS Pontian, Rompin
Pahang
5.3 Hutan Paya Laut
HPL di negeri Pahang diurus untuk tujuan perlindungan dan juga
eko-pelancongan seperti yang dinyatakan di dalam dokumen RPH
Hutan Paya Laut yang disediakan oleh JPNP. Ini bermakna tiada
pengeluaran lesen untuk tujuan pengeluaran kayu diberi kerana
tiada aktiviti pembalakan dibenarkan di kawasan HPL di negeri
Pahang. Selaras dengan itu juga adalah perlu untuk JPNP
mengetahui status kepelbagaian biologi flora dan fauna di kawasan
HPL yang boleh dijadikan maklumat untuk membuat pelan
perancangan kawasan tersebut dengan lebih berkesan.
Page | 32
Berbeza dari HPL yang terletak di bahagian Pantai Barat
Semenanjung Malaysia, HPL di negeri Pahang yang terletak di
bahagian Pantai Timur mempunyai ciri ekologinya yang tersendiri.
HPL di sini terbentuk di bahagian dalam sistem sungai dan di
sebelah belakang pantai. Umumnya terdapat tiga jenis habitat yang
mempunyai komposisi flora yang berbeza.
HPL di Pahang lazimnya ditumbuhi tumbuhan pantai berpasir di
bahagian persisiran laut, kemudian diikuti dengan tumbuhan bakau
di tebing sungai dan disusuli oleh tumbuhan bakau dryland sebelum
diakhiri oleh dirian pokok nipah.
Tumbuhan HPL antara lain terdiri dari pokok, herba, paku-pakis dan
juga palma. Kesemua tumbuhan ini telah dapat menyesuaikan diri
dengan keadaan habitat yang berlumpur dan mempunyai pengaruh
laut termasuk keadaan air masin, ombak yang kuat dan tiupan
angin kencang.
Terdapat lebih kurang 73 spesies HPL diseluruh dunia dimana untuk
Malaysia telah dilaporkan terdapat tidak kurang dari 70 spesies dari
28 famili yang telah direkodkan. Ini menunjukkan negara ini
mempunyai kepelbagaian flora HPL yang tinggi.
5.4 HPL Pontian Rompin
5.4.1 Pemerhatian di Lapangan
Hutan Simpan Paya Laut Pontian yang terletak lebih kurang 2 km
dari bandar Rompin jelas sekali menarik dengan keindahan pokok-
pokok paya laut di samping kuala sungai yang menggamit
pelancong-pelancong luar atau dalam negara. Dengan keluasan
195.02 hektar dan kemudahan prasarana yang ada, hutan simpan
ini mudah untuk dilawati maka seharusnya usaha-usaha
mempromosi keindahan hutan paya laut di sini dan usaha-usaha
menyelamatkan hutan ini harus dilakukan oleh Jabatan Hutan
dengan mengeluarkan risalah yang boleh memberi kesedaran pada
orang ramai betapa penting dan faedah yang akan diperolehi
sekiranya hutan paya laut dipelihara.
Page | 33
Bermula dari Kompatmen 1 hingga ke Kompatmen 22 jelas
kelihatan keindahan hutan paya laut di sini amat menarik dengan
berbagai spesies hutan paya laut yang bermula dengan sekelompok
pokok Ru (Casuarina equisetifolia) (Rajah 5.3).
Rajah 5.3 Pemandangan dirian pokok Ru di tepi pantai
Keindahan hutan Ru ini bukanlah pokok tanaman tetapi taburan
pokok ini adalah tumbuhan semula jadi yang amat menakjubkan
mata memandang. Di samping pokok Ru yang berkeluasan lebih
kurang 4 hektar, terdapat juga beberapa spesies tepi pantai seperti
Ketapang (Terminalia cattapa), Petai laut (Dendrolobium
umbellatum), Kepompong (Cerbera manghas) dan beberapa lagi
spesies yang telah tersenarai dalam spesies Sungai Pontian.
Menyusuri ke Kompatmen 2 dan 3 jelas kelihatan taburan pokok-
pokok Perepat (Sonneratia alba) di bahagian depan dan bahagian
belakangnya didominasi oleh pokok Api-api putih (Avicennia alba)
(Rajah 5.4). Keunikan yang amat jelas di mana Perepat dan Api-api
putih tidak membenarkan spesies lain menumpang hidup di dalam
kumpulan mereka. Hanya kelihatan beberapa pokok-pokok kecil di
bahagian dalam Kompatmen yang terdiri dari pokok Tengar (Ceriops
tagal) dan Berus (Bruguiera cylindrica). Apa yang kelihatan pokok-
pokok kecil ini berbunga dan berbuah secara terpaksa
Page | 34
berkemungkinan tekanan dengan cuaca atau persekitaran yang
memaksa untuk mengeluarkan bunga dan buah walaupun pokoknya
belum matang (Rajah 5.5).
Melalui pemerhatian di Kompatmen 4 , 5 dan 6, kelihatan dirian
pokok-pokok di sini berada dalam keadaan lain dibandingkan
dengan yang terdapat di Kompatmen 2 dan 3. Pemerhatian di
Kompatmen 4 , 5 dan 6, kelihatan dirian pokok-pokok di sini berada
dalam suasana yang berbeza di mana terdapat dirian yang terdiri
dari Bakau minyak, Api-api putih, Perepat dan sedikit Bakau kurap.
Kompatmen 4 terdiri dari majoriti Bakau minyak (Rajah 5.6, 5.7 dan
5.8) yang menguasai lain-lain spesies. Kompatmen 5 dan 6 di
dominasi oleh Api-api putih walaupun terdapat persaingan antara
Api-api bulu, Bakau minyak dan Bakau kurap. Keadaan tanah yang
rata di samping dipenuhi dengan akar pernafasan pokok Api-api
putih nampak jelas keindahan hutan ini amat bernilai untuk saintis-
saintis dan pencinta alam.
Rajah 5.4 Perepat (depan) dan Api-api
putih belakang
Page | 35
Rajah 5.5 Pokok Tegar (kiri) dan Berus (kanan)
Rajah 5.6 Kompartmen 4 ditumbuhi pokok Bakau minyak
Tengar yang sedang berbunga(Tinggi 60 cm)
Berus yang sudah berbuah (Tinggi 1.5 meter)
Page | 36
Melintasi ke Kompatmen 7, kelihatan perbezaan yang ketara pada
dirian yang diperhatikan seperti Api-api bulu (Avicennia rumphiana),
Rajah 5.8 Dirian pokok yang kelihatan agak sebaya dari segi saiz DBH
Rajah 5.7 Kompartmen 5 Pokok Api-api puti h dan Bakau minyak
Page | 37
Berus (Bruguiera cylindrica) (Rajah 5.9 dan 5.10) terdapat antara 2
atau 3 pokok yang diselangi dengan Bebuta (Excoecaria agallocha)
dan Tumu putih (Bruguiera sexangula). Secara amnya pokok Berus
mengungguli diriannya di Kompatmen ini di samping anak benih
Berus begitu padat menutupi setiap ruang yang ada (Rajah 5.9).
Pada dasarnya kepadatan anak pokok Berus akan kekal
kepadatannya sekiranya tiada gangguan dari mana-mana pihak
samada manusia atau bencana alam. Photo di bawah menunjukkan
kepadatan anak pokok Berus dan yang pokok berwarna merah pucat
ialah Api-api bulu dan berwarna hitam pokok Berus. Kelihatan
kawasan ini seringkali diserang angin kencang menyebabkan dirian
pokok-pokok yang tidak begitu rapat disebabkan terdapat pokok-
pokok yang tumbang dipukul angin kencang.
Kebiasaannya hutan paya laut sudah menjadi kelaziman dengan
dirian spesies-spesies berkelompok di mana-mana negeri di
Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Apa yang nyata ialah kita
dapat lihat dengan kuantiti spesies paya laut di mana sesebuah
negeri hanya terdapat antara 20 hingga 30 spesies yang tercatit
dalam senarai bancian. Begitu juga apa yang terdapat di Hutan Paya
Laut Pontian di mana kelompok-kelompok spesies seperti ini tidak
dapat dielakkan dan sukar sekali untuk kita mendapati spesies yang
melebihi 20 dalam satu-satu Kompatmen. Dalam Kompatmen 13
dan 14 didapati didominasi oleh Tumu putih (Bruguiera sexangula)
dan kelihatan hanya beberapa pokok Bakau kurap dan Berus.
Kompatmen ini juga merupakan kawasan tanah rata dan hanya
sedikit kelihatan bonggol tanah akibat kesan hakisan. Tumu putih
Rajah 5.9 Taburan anak pokok Berus yang baru bercambah
Rajah 5.10 Sampel daun pokok Api-api bulu
Page | 38
merupakan spesies jarang-jarang ditemui berbanding dengan Tumu
merah. Seringkali Tumu Putih hanya terdapat di sesuatu kawasan
hanya sejumlah kecil tetapi di Kompatmen 13 dan 14 amatlah
menghairankan kerana spesies ini kelihatan bagaikan kelompok
yang mengatasi spesies lain. Seharusnya Kompatmen 13 dan 14
amat berpotensi untuk dijadikan petak kekal Tumu putih sebagai
mengelak dari kepupusan spesies yang boleh dianggap jarang
ditemui berbanding Tumu merah. Kebiasaannya Tumu merah boleh
ditemui di mana-mana saja hutan paya laut berbanding dengan
Tumu putih. Photo di Rajah 5.11 di bawah menunjukkan pokok
Tumu putih (Bruguiera sexangula)
Bancian di Kompatmen 15 dan 16 menunjukan perbezaan yang
ketara di mana spesies lain yang mengungguli terutamanya Bakau
kurap. Bakau kurap merupakan spesies utama di mana-mana hutan
paya laut. Sepanjang Sungai Pontian dari Kompatmen 7 hingga 22
kiri kanan sungai dipenuhi dengan pokok Bakau kurap. Cuma yang
membimbangkan ialah keadaan hakisan tanah yang begitu jelas
kelihatan hinggakan kedudukan pokok Bakau kurap seolah-olah
bagaikan atas permatang. Kompatmen 15 dan 16 boleh dikatakan
kawasan yang berbonggol-bonggol disebabkan hakisan tanah yang
teruk terjejas (Rajah 5.12).
Page | 40
Dalam Kompatmen 17, 18 dan 19 terdapat spesies yang bercampur
seperti Berus mata buaya, Bakau Kurap, Lenggadai, Nyireh bunga,
Tumu putih, Tengar, Dungun, Bebaru dan Bakau lilin (Kandelia
candel) ditepi sungai dalam Kompatmen 18 dan 19. Bakau lilin
merupakan spesies yang jarang di temui dan diandaikan sebagai
spesies terancam. Di samping itu dalam ketiga-tiga Kompatmen ini
keadaan permukaan tanahnya berbonggol-bonggol dan di penuhi
dengan Piai lasa (Acrostichum speciosum). Mungkin disebabkan
keadaan tanah yang berbonggol-bonggol maka spesies-spesies yang
sepatutnya berada di hutan bukit atau hutan tanah pamah dapat
menumpang hidup di atas bonggol-bonggol tanah yang kering
(Rajah 5.13 – Rajah 5.15). Seperti kaum Kedondong dan Putat
hutan yang menumpang hidup di atas bonggol tanah bersama
Rajah 5.12 Dirian Bakau kurap dengan struktur akar yang unik dan kelihatan tanah yang berbonggol menyerupai busut
Page | 41
Bakau kurap. Spesies Kedondong (Canarium reniforme) (Rajah
5.16) merupakan spesies yang jarang ditemui samada hutan bukit,
tanah pamah atau di mana-mana negeri. Spesies ini dikategorikan
sebagai spesies terancam dan hampir pupus.
Rajah 5.13 Pokok Mendung yang dijumpai di Kompartmen 15
Rajah 5.14 Dirian piai lasa
Page | 42
Rajah 5.15 Pucuk dan buah Bakau lilin
Rajah 5.16 Pokok Kedondong (Canarium reniforme) yang jarang ditemui di HPL tapi terdapat di HS Pontian
Page | 43
Perbezaan dirian spesies di setiap Kompatmen yang banci amatlah
ketara di mana hanya 2 atau 3 Kompatmen hampir sama dirian
spesies dan bentuk mukabuminya. Apabila memasuki Kompatmen
yang lain kelihatan perbezaan dirian dan bentuk mukabumi juga
berbeza. Ini jelas apa yang berlaku pada Kompatmen 21 dan 22.
Dalam Kompatmen ini Nyireh bunga (Rajah 5.17) mendominasi
keseluruhan kawasan dan pokok Bebuta turut menumpang hidup
sebagai kumpulan minoriti. Apa yang menariknya apabila pokok
Nyireh bunga menguasai kawasan ini, di permukaan tanah dipenuhi
dengan pokok renek iaitu Jeruju putih (Acanthus ebracteatus). Di
samping itu pokok Limau lelang (Merope angulata) juga banyak
terdapat di Kompatmen ini (Rajah 5.18). Lazimnya spesies ini hanya
terdapat di persisiran pantai dan kadang kala di bahagian belakang
paya laut.
Page | 46
5.4.2 Nilai Tinggi Kepelbagaian Biologi
Melalui bancian yang dilakukan di HPL HS Pontian, terdapat 47
spesies tumbuhan dari 28 famili (Jadual 5.2). Beberapa senarai
spesies yang penting termasuk terancam ditunjukkan di dalam
Jadual 5.3. Senarai penuh spesies tumbuhan yang direkodkan
adalah seperti di dalam Jadual 5.4. dan Jadual 5.5 menunjukkan
senarai Famili tumbuhan hutan paya laut yang terdapat di HS
Pontian. Tiga Famili yang terbanyak dijumpai ialah Rhizophoraceae
(9 spesies) Avicenniaceae (4 spesies) dan Leguminosae (3 spesies).
Antara spesies penting yang ditemui adalah Bruguiera hainesii
(Berus mata buaya). Berus mata buaya merupakan spesies dari
famili Rhizophoraceae yang dilaporkan oleh “IUCN Red List of
Threatened Species” pada tahun 2010 (Rajah 5.19).
Perbandingan yang dibuat diantara 34 spesies HPL yang terdapat
diempat tempat HPL menunjukkan terdapat 22 spesies pokok yang
berada di HS Pontian (Jadual 5.5). Ini menunjukkan kepelbagaian
flora HPL di HS Pontian adalah tinggi menyerupai dengan yang
terdapat di HPL Merbok, Kedah.
Jadual 5.2 Ringkasan flora yang terdapat di HS Pontian, Rompin
Bilangan spesies Bilangan genera Bilangan Kaum
47 37 28
Page | 47
Jadual 5.3 Antara spesies penting yang terdapat di HS Pontian, Rompin Famili Spesies Nama
Tempatan
Status
1 Burseraceae Canarium
reniforme
Kedondong Endangered
2 Rhizophoraceae Bruguiera hainesii Berus mata
buaya
Endangered/Rare
3 Elaeocarpaceae Elaeocarpus
valetonii
var.valetonii
Mendung New Record
4 Rhizophoraceae Kandelia candell Bakau lilin New Record
Page | 48
Rajah 5.19 Pokok Berus mata buaya (Bruguiera hainesii ) yang
ditemui di Kompatmen 20 HS Pontian Rompin
Page | 49
Jadual 5.4 Senarai tumbuhan yang terdapat di HPL HS Pontian,
Rompin
Bil Famili Spesies Nama tempatan Nota
Acanthaceae
Acanthaceae
Pteridaceae
Sapindaceae
Avicenniaceae
Avicenniaceae
Avicenniaceae
Avicenniaceae
Burseraceae
Myrsinaceae
Lecythidaceae
Rhizophoraceae
Rhizophoraceae
Rhizophoraceae
Rhizophoraceae
Rhizophoraceae
Leguminosae
Casuarinaceae
Apocynaceae
Rhizophoraceae
Vitaceae
Verbenaceae
Euphorbiaceae
Leguminosae
Leguminosae
Bignoniaceae
Elaeocarpaceae
Euphorbiaceae
Asclepiadaceae
Flagellariaceae
Sterculiaceae
Malvaceae
Asclepiadaceae
Rhizophoraceae
Rutaceae
Palmae
Melastomataceae
Acanthus ebracteatus
Acanthus volubilis
Acrostichum speciosum
Allophylus cobbe
Avicennia alba
Avicennia marina
Avicennia officinalis
Avicennia rumphiana
Canarium reniforme
Aegiceras corniculatum
Barringtonian conoidea
Bruguiera sexangula
Bruguiera cylindrica
Bruguiera gymnorhiza
Bruguiera parviflora
Bruguiera hainesii
Caesalpinia crista
Casuarina equisetifolia
Cerbera manghas
Ceriops tagal
Cissus adnata
Clerodendron inerme
Croton heterocarpus
Dendrolobium umbellatum
Derris trifoliata
Dolichanrone spathacea
Elaeocarpus valetonii var.valetonii
Excoecaria agallocha
Finlaysonia obovata
Flagellaria indica
Heritiera littoralis
Hibiscus tiliaceus
Hoya elliptica
Kandelia candell
Merope angulata
Nypa fruticans
Ochthocaris javanica
Jeruju putih
Akar jeruju
Piai lasa
Tumbit kayu
Api-api putih
Api-api jambu
Api-api ludat
Api-api bulu
Kedondong
Kuku helang
Putat
Tumu putih
Berus
Tumu merah
Lenggadai
Berus mata buaya
Gorek
Ru
Kepompong
Tengar
Chawat udi
Pawan,Tulang-tulang
Hujan panas
Petai laut/Dulang-dulang
Ketui
Kulok
Mendung
Bebuta
Pelir kambing
Rotan dini
Dungun
Bebaru
Akar setebal
Bakau lilin
Limau lelang
Nipah
Selokan
EN
EN/RARE
Page | 50
Palmae
Rhizophoraceae
Rhizophoraceae
Rubiaceae
Aizoaceae
Lythraceae
Lytraceae
Compositae
Combretaceae
Meliaceae
Oncosperma tigillarium
Rhizophora apiculata
Rhizophora mucronata
Scyphiphora hydrophyllacea
Sesuvium portulacastrum
Sonneratia alba
Sonneratia caseolaris
Sphagneticola calendulaceae
Terminalia cattapa
Xylocarpus granatum
Nibong
Bakau minyak
Bakau kurap
Chengam
Gelang laut
Perepat
Berembang
Sunai laut
Ketapang
Nyireh bunga
Nota: EN = Terancam (endangered)
NR = Rekod Baharu
Page | 51
Jadual 5.5 Senarai Famili HPL yang terdapat di HS Pontian Rompin
Famili
1 Acanthaceae 15 Flagellariaceae
2 Avicenniaceae 16 Lecythidaceae
3 Apocynaceae 17 Leguminosae
4 Asclepiadaceae 18 Lythraceae
5 Aizoaceae 19 Lytraceae
6 Burseraceae 20 Myrsinaceae
7 Bignoniaceae 21 Malvaceae
8 Casuarinaceae 22 Melastomataceae
9 Compositae 23 Palmae
10 Combretaceae 24 Rhizophoraceae
11 Euphorbiaceae 25 Rubiaceae
12 Elaeocarpaceae 26 Rutaceae
13 Sterculiaceae 27 Sapindaceae
14 Vitaceae 28 Verbenaceae
Page | 52
Jadual 5.6 Perbandingan spesies HPL yang terdapat di HS Pontian,
Rompin dengan HPL terpilih di Semenanjung Malaysia
Famili Spesies
Nama
tempatan
Kedah
Sg
Merbok
Perak
(Matang)
Pahang
(Pulau
Tioman)
Tereng
ganu
HS
Pontian,
Rompin
1 Acanthaceae
Acanthus
ebracteatus
Jeruju
putih ● ●
●
2 Acanthaceae
Acanthus
ilicifolius
Jeruju
hitam ● ● ●
3 Pteridaceae
Acrostichum
aureum Piai raya ● ● ●
4 Pteridaceae
Acrostichum
speciosum Piai lasa ● ● ●
●
5 Myrsinaceae
Aegiceras
corniculatum Kachang ● ●
●
6 Avicenniaceae
Avicennia
alba
Api-api
putih ●
●
7 Avicenniaceae
Avicennia
marina
Api-api
jambu ● ● ● ●
●
8 Avicenniaceae
Avicennia
officinalis
Api-api
ludat ● ● ●
●
9 Avicenniaceae
Avicennia
rhumpiana
Api-api
bulu ● ●
●
10 Rhizophoraceae
Bruguiera
cylindrica Berus ● ● ● ●
●
11 Rhizophoraceae
Bruguiera
gymnorrhiza
Tumu
merah ● ● ● ●
●
Page | 53
12 Rhizophoraceae
Bruguiera
hainesii
Berus mata
buaya ●
13 Rhizophoraceae
Bruguiera
parviflora Lenggadai ● ● ●
●
14 Rhizophoraceae
Bruguiera
sexangula Tumu putih ● ● ● ●
●
15 Rhizophoraceae
Ceriops
decandra Tengar ●
16 Rhizophoraceae Ceriops tagal Tengar ● ● ●
●
17 Euphorbiaceae
Excoecaria
agallocha Buta-buta ● ● ● ●
●
18 Asclepiadaceae
Finlaysonia
obovata
Pelir
kambing ● ● ●
●
19 Sterculiaceae
Heritiera
littoralis Dungun ● ● ● ●
●
20 Leguminosae Intsia bijuga Merbau ipil ● ● ●
21 Rhizophoraceae
Kandelia
candel Bakau lilin ● ●
●
22 Combretaceae
Lumnitzera
littorea
Teruntum
merah ● ● ● ●
23 Combretaceae
Lumnitzera
racemosa
Teruntum
putih ● ● ●
24 Palmae
Nypa
fruticans Nipah ● ● ● ●
●
25 Rhizophoraceae
Rhizophora
apiculata
Bakau
minyak ● ● ● ●
●
26 Rhizophoraceae
Rhizophora
mucronata
Bakau
kurap ● ● ●
●
Page | 54
27 Rhizophoraceae
Rhizophora
stylosa
Bakau
tanduk
28 Rubiaceae
Scyphiphora
hydrophyllac
ea Chengam ● ● ● ●
●
29 Sonneratiaceae
Sonneratia
alba Perepat ● ● ● ●
●
30 Sonneratiaceae
Sonneratia
caseolaris Berembang ● ●
●
31 Sonneratiaceae
Sonneratia
ovata Gedabu ● ● ●
32 Meliaceae
Xylocarpus
granatum
Nyireh
bunga ● ● ● ●
●
33 Meliaceae
Xylocarpus
moluccensis
Nyireh
batu ● ● ● ●
34 Meliaceae
Xylocarpus
rumphii Nyireh
Jumlah
spesies 22 27 22 27
23
Page | 55
5.4.3 Kepadatan Dirian Pokok
Bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci sebanyak 8 petak
plotless telah dibanci menggunakan prism. Tujuan nya adalah untuk
melihat taburan pokok dan juga kepadatan dirian di dalam sesuatu
Kompatmen. Rajah 5.20 menunjukkan lokasi petak plotless yang
ditandakan menggunakan GPS. Maklumat pokok yang direkodkan
untuk setiap petak yang di banci adalah ditunjukkan di dalam Jadual
5.7 hinga 5.14.
Keputusan bancian menunjukkan kebanyakan spesies HPL di
kawasan HS Pontian hidup secara berkelompok disesuatu kawasan
kecuali di Kompatmen 6 dimana terdapat pelbagai spesies di dalam
satu petak yang dibanci. Kompatmen ini menunjukkan kandungan
kepelbagaian spesies yang lebih tinggi dibandingkan dengan
kawasan-kawasan lain yang dibanci. Terdapat spesies seperti
Avicennia alba, Bruguiera cylindrica, Avicennia marina, Rhizophora
mucronata di dalam petak yang dibanci di Kompatmen ini.
Bancian juga menunjukkan dirian di dalam HPL ini tidak sekata dari
segi DBH dan juga ketinggian. Ini menggambarkan kawasan ini
adalah dirian hutan semulajadi yang tumbuh tanpa gangguan dan
tidak di tanam sebelum ini. Di kawasan ini juga terdapat pokok yang
bersaiz besar dan rekod bancian mendapati pokok paling besar yang
ditemui adalah pokok Berus mata buaya dengan saiz DBH 75 cm
dan anggaran ketinggian 19 m yang terletak di Kompatmen 20.
Pokok yang terancam ini sewajarnya di lindungi dan dijadikan pokok
ibu untuk membolehkan pembiakan spesies ini dapat berlaku
dengan semulajadi.
Kompatmen 21 pula didominasi oleh spesies nyireh bunga yang
mempunyai saiz yang besar di antara DBH 5 – 66 cm dan ketinggian
Page | 56
antara 18 – 31 m. Tumu putih pula mendominasi kawasan HPL di
Kompatmen 13 dan 14. Spesies yang terkenal digunakan untuk
membuat kayu arang (Bakau kurap) pula mendominasi Kompatmen
15.
Walaupun secara umumnya kepelbagaian biologi untuk flora di HS
Pontian boleh dikatakan tinggi, namun masih terdapat beberapa
spesies HPL yang tidak ditemui sewaktu bancian dibuat. Ini
termasuklah spesies seperti Acrostichum aureum, Ardisia elliptica,
Barringtonia asiatica danCanthium foetidum. Jadual 5.15
menunjukkan senarai spesies HPL yang tidak ditemui di HS Pontian.
Page | 58
Jadual 5.7 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di Kompatmen 6
Jadual 5.8 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di Kompatmen 7
Bil FAMILI SPESIES Nama Tempatan DBH
Tinggi ke dahan 1(m)
Tinggi (m)
1 Avicenniaceae Avicennia alba Api-api putih 10.0 10 18
2 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 13.3 6 13
3 Avicenniaceae Avicennia marina Api-api jambu 7.6 5 8
4 Avicenniaceae Avicennia alba Api-api putih 42.2 10 18
5 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 13.4 4 15
6 Avicenniaceae Avicennia alba Api-api putih 34.5 10 18
7 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 14.8 8 18
8 Avicenniaceae Avicennia alba Api-api putih 31.5 10 17
9 Avicenniaceae Avicennia alba Api-api putih 54.8 3 20
10 Avicenniaceae Avicennia alba Api-api putih 33.7 8 17
11 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 12.1 7 15
12 Avicenniaceae Avicennia alba Api-api putih 33.0 12 17
Bil FAMILI SPESIES Nama Tempatan DBH
Tinggi ke dahan 1
(m) Tinggi
(m)
1 Avicenniaceae Avicennia rumphiana Api-api bulu 45.0 12 17
2 Euphorbiaceae Excoecaria agallocha Bebuta 17.1 6 13
3 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 17.2 3 16
4 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 21.2 12 17
5 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 23.5 13 17
6 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 18.6 12 16
7 Avicenniaceae Avicennia rumphiana Api-api bulu 39.9 14 19
8 Avicenniaceae Avicennia rumphiana Api-api bulu 41.5 13 22
Page | 59
Jadual 5.9 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di
Kompatmen 13
Bil FAMILYI SPESIES Nama Tempatan DBH
Tinggi ke dahan 1 (m)
Tinggi (m)
1 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 31.0 9 15
2 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 29.8 12 17
3 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 40.4 5 16
4 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 46.8 4.7 17
5 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 38.5 10 17
6 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 29.5 12 17
7 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 31.2 10 16
8 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 46.5 12 19
9 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 34.2 5 15
10 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 44.3 10 17
Jadual 5.10 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di
Kompatmen 14
Bil FAMILI SPESIES Nama Tempatan DBH
Tinggi ke dahan 1 (m)
Tinggi (m)
1 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 21.2 3 15
2 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 20.2 5 15
3 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 21.5 4 15
4 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 21.5 10 15
5 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 19.5 11 15
6 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 19.0 10 15
7 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 19.9 7 16
8 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 32.8 12 20
9 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 23.5 9 16
10 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 22.2 3 15
11 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 44.5 15 25
12 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 27.8 10 16
13 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 20.0 12 15
14 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 24.0 9 15
15 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 17.4 10 14
Page | 60
Jadual 5.11 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di Kompatmen 15
Jadual 5.12 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di
Kompatmen 16
Bil FAMILI SPESIES Nama Tempatan DBH
Tinggi ke dahan 1
(m) Tinggi
(m)
1 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 27.9 12 17
2 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 25.9 11 17
3 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 25.1 11 17
4 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 23.6 6 17
5 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 21.4 10 15
6 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 27.6 10 15
7 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 27.3 11 17
8 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 25.0 10 16
9 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 31.8 12 18
10 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 28.3 16 20
11 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 18.0 10 16
12 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 28.7 17 17
Bil FAMILI SPESIES Nama Tempatan DBH
Tinggi ke dahan 1
(m) Tinggi
(m)
1 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 15.1 4.0 12.0
2 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 24.6 5.0 15.0
3 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 34.1 10.0 17.0
4 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 21.4 10.0 15.0
5 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 59.0 5.0 17.0
6 Rhizophoraceae Bruguiera gymnorhiza Tumu merah 51.2 10.0 18.0
7 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 42.9 7.0 18.0
8 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 25.8 7.0 16.0
9 Rhizophoraceae Bruguiera gymnorhiza Tumu merah 43.5 9.0 22.0
10 Avicenniaceae Avicennia rumphiana Api-api bulu 11.0 6.0 15.0
Page | 61
Jadual 5.13 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di Kompatmen 20
Bil FAMILI SPESIES Nama Tempatan DBH
Tinggi ke
dahan 1 (m)
Tinggi (m)
1 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 52.0 5 20
2 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 45.0 7 19
3 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 45.9 6 18
4 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 23.5 13 18
5 Rhizophoraceae Bruguiera hainesii Berus mata buaya 54.6 7 20
6 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 46.0 5 19
7 Rhizophoraceae Bruguiera hainesii Berus mata buaya 75.0 7 19
Jadual 5.14 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di
Kompatmen 21
Bil FAMILI SPESIES Nama Tempatan DBH
Tinggi ke dahan 1
(m) Tinggi
(m)
1 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 57.0 7 18
2 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 61.5 3 18
3 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 57.0 5 19
4 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 55.0 7 18
5 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 56.8 6 18
6 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 51.5 9 17
7 Rhizophoraceae Bruguiera parviflora Lenggadai 36.0 10 20
8 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 29.6 7 17
9 Euphorbiaceae Excoecaria agallocha Bebuta 61.3 10 18
10 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 49.7 5 18
11 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 48.5 6 17
12 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 65.7 3 17
13 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 66.0 3 19
14 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 43.3 2 16
Page | 62
Jadual 5.15 Senarai antara spesies HPL yang tidak ditemui di
HS Pontian
Bil
Famili Spesies Nama Tempatan
1 Pteridaceae Acrostichum aureum Piai raya
2 Rutaceae Ardisia elliptica Mata pelanduk
3 Lecythidaceae Barringtonia asiatica Putat laut
4 Rubiaceae Canthium foetidum Kuku baning
5 Ebenaceae Diospyros pilosanthera var.chikusensis Kayu arang
6 Sterculiaceae Helicteres hirsuta Chabai pintal
7 Combretaceae Lumnitzera littorea Teruntum merah
8 Combretaceae Lumnitzera racemosa Terumtum putih
9 Sapindaceae Mischocarpus sundaicus Ludai bulan
10 Rubiaceae Morinda citrifolia Mengkudu
11 Palmae Phoenix paludosa Dangsa,Korma laut
12 Compositae Pluchea indica Beluntas
13 Lyhtraceae Sonneratia griffithii Perepat
14 Lyhtraceae Sonneratia ovata Gedabu
15 Malvaceae Thespesia populnea Baru-baru
16 Meliaceae Xylocarpus moluccensis Nyireh batu
17 Meliaceae Xylocarpus rumphii Nyireh pasir
Page | 63
5.4.4 Status Konservasi
Terdapat dua spesies yang tersenarai di dalam senarai IUCN sebagai
spesies Terancam dan hampir pupus (Endangered) iaitu Canarium
reniforme (kedondong) dan Bruguiera hainesii (Berus mata buaya).
Berus mata buaya merupakan spesies dari famili Rhizophoraceae
yang dilaporkan oleh “IUCN Red List of Threatened Species” pada
tahun 2010 sebagai salah satu dari dua spesies HPL yang terancam
di dunia disamping Sonneratia griffithii, (Perepet Daun Lebar).
Dilaporkan juga diseluruh dunia hanya terdapat lebih kurang 200
spesies Berus mata buaya, dua terletak di Vietnam, empat di
Singapura dan lebih kurang 100 pokok di Malaysia iaitu di Pulau
Indah, Kelang, Pulau Kecil Sepetang, Taiping dan Pulau Kukup. Dua
pokok Berus mata buaya telah ditemui di dalam petak plotless yang
ditubuhkan di Kompatment 20 dengan DBH berukuran 54.6 cm dan
75 cm serta ketinggian 20 dan 19 m (Rajah 5.19). Penemuan
spesies ini di HS Pontian Rompin kemungkinan merupakan
penemuan pertama direkodkan di kawasan tersebut dan wajar
untuk di beri perhatian oleh pihak JPNP. Memandangkan status nya
sebagai spesies HPL yang terancam kawasan HS Pontian adalah
sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan perlindungan dan adalah
lebih wajar kalau ia dijadikan sebagai kawasan HCVF.
Berpandukan kepada keputusan bancian di lapangan menunjukkan
bahawa kawasan HPL Pontian, Rompin mempunyai keunikan dari
segi kandungan flora yang memerlukan ia dipelihara dan dikawal
dari sebarang bentuk gangguan. Dengan menjadikan ia sebagai
kawasan HCVF adalah antara langkah penting bagi memastikan
kawasan ini terus terpulihara untuk jangkamasa panjang demi
menjaga khazanah kepelbagaian spesies flora kawasan tersebut.
Page | 64
Jadual 5.16 Senarai beberapa spesies penting di HPL Pontian,
Rompin
Famili Spesies Nama
Tempatan
Status
1 Burseraceae Canarium
reniforme
Kedondong Endangered
2 Rhizophoraceae Bruguiera hainesii Berus mata
buaya
Endangered/Rare
3 Elaeocarpaceae Elaeocarpus
valetonii
var.valetonii
Mendung New Record
4 Rhizophoraceae Kandelia candell Bakau lilin New Record
5.5 Silvikultur Spesies Berus Mata Buaya
Ciri-ciri semulajadi pokok Berus mata buaya adalah sepertimana
yang dinyatakan di Jadual 5.17 berikut:
Jadual 5.17 Berus mata buaya
Ciri Fakta
Famili: Rhizophoraceae
Nama saintifik: Bruguiera hainesii C.G.Rogers
Nama tempatan: Berus mata buaya
Status Red Book IUCN: “Critically Endangered”
Page | 65
5.5.1 Morfologi Pokok
Berus mata buaya merupakan sejenis tumbuhan berdaun hijau yang
boleh mencapai ketinggian sehingga 33m, dengan batang berukuran
sehingga 70 cm diameter. Kulit pokok ini bewarna perang/coklat ke
kelabu, mempunyai lenticles bewarna perang kekuningan dari
bawah hingga ke atas. Daun nya pula berbentuk elliptic-oblong,
berukuran 9 – 16 x 4 – 7 cm (Rajah 5.21 dan 5.22). Bunga
mempunyai 2-3 kluster dan berukuran 18 – 22 mm panjang apabila
mekar sepenuhnya. Calyx bewarna hijau muda, 10-lobed dengan 5
mm tube. Kelopak bunga nya bewarna putih, 7-9 mm panjang,
dengan rerambut di bahagian bawah.
5.5.2 Ekologi dan Silvikultur
Dari segi ekologi, spesies ini terdapat di bahagian dalam/darat
(backmangrove) kawasan bakau, yang secara relatifnya kawasan
yang agak kering dan hanya dibasahi oleh air pasang beberapa jam
sahaja dalam sehari. Ia merupakan spesies bakau yang jarang
dijumpai. Telah direkodkan spesies ini mempunyai taburan yang
luas di Asia, dari India sehingga ke Asia Tenggara di mana ia telah
direkodkan di Myanmar, Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam,
Singapura dan Papua New Guinea.
Spesies ini mempunyai kadar propagasi dan germinasi yang rendah.
Habitat nya terdedah kepada ancaman pembangunan persisiran
pantai kerana pada kebiasaanya ia hidup di kawasan bakau yang
agak kering (backmangrove) yang mudah untuk dibangunkan secara
relatifnya dibandingkan dengan kawasan bakau yang lain. Sebelum
Page | 66
ini di Malaysia ia hanya direkodkan di beberapa kawasan bakau iaitu
di di Pulau Indah, Kelang, Pulau Kecil Sepetang, Taiping dan Pulau
Kukup. Namun dengan penemuan spesies ini di HS Pontian, Rompin
Pahang adalah dijangkakan spesies ini juga mungkin terdapat di
beberapa kawasan hutan paya laut lain di negeri ini. Oleh yang
demikian bancian yang lebih menyeluruh perlu dilakukan untuk
mengetahui taburan sebenar spesies ini di negeri Pahang.
Dari aspek silvikultur pula, masih banyak yang perlu di ketahui
untuk spesies ini khasnya dan spesies HPL amnya di negeri Pahang
ini. Memandangkan kadar percambahan yang rendah bagi benih
spesies ini, di dalam amalan silvikultur perlu dipastikan pokok
matang yang terdapat disesuatu dirian perlu di jadikan pokok ibu
untuk memastikan kebarangkalian untuk taburan benih dan
percambahan tinggi anak benih dapat dihasilkan.
Langkah dan amalan silvikultur lain yang difikirkan perlu
termasuklah untuk menyemai dan menyediakan anak benih di
kawasan tapak semaian sementara. Benih yang telah bercambah
dan mempunyai saiz yang sesuai perlu di tanam di lapangan
terutamanya di kawasan “backmangrove” yang “miskin” dari segi
kedapatan tumbuhan bakau.
Pada awalnya spesies ini dilaporkan boleh digunakan untuk di buat
kayu arang dan juga untuk bahan binaan lain. Namun
memandangkan status nya yang semakin terancam, adalah wajar
spesies ini dipulihara sepenuhnya dan tidak dibenarkan sebarang
ekploitasi atau penebangan spesies pokok ini untuk apa tujuan
sekali pun.
Page | 67
Rajah 5.21 Ciri-ciri dan bahagian pokok Bruguiera hainessee.
a) Pangkal pokok dengan pneumatophores
b) Ranting dengan bunga dan buah muda
c) Bunga dan bud
d) Petal
e) Hypocotyl (“buah”)
Rajah 5.22 Bunga Berus mata buaya
Page | 68
5.6 Potensi Sebagai Kawasan Penyelidikan
Walaupun bancian telah dilakukan namun masih banyak lagi yang
perlu dikaji akan ekosistem HPL di HS Pontian ini. Ini terutamanya
meliputi pelbagai bidang dan bukan saja terhad kepada flora bahkan
fauna dan juga aspek-aspek lain yang berkaitan dengan ekosistem
HPL itu sendiri. Insititusi penyelidikan serta pusat pengajian tinggi
perlu diberi peluang dan ruang untuk menjalankan kajian di
kawasan HPL Pontian, Rompin. Antara bidang kajian yang boleh
dilaksanakan termasuklah kajian ekosistem hutan HPL, kepelbagaian
biologi terutamanya fauna, bioteknologi tumbuhan dan hidupan liar,
tumbuhan dan farmaseutikal, “payment for ecosystem services
(PES)”, penentuan karbon dan lain-lain lagi.
Page | 69
BAB 6
6.0 PENGURUSAN DAN
PEMANTAUAN HCVF HPL PONTIAN, ROMPIN
6.1 Strategi Pengurusan
Keperluan untuk menyediakan Pelan Pengurusan kawasan HCVF
adalah selaras dengan Teras I Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Hutan, Strategi 11 Pengurusan Kawasan HCVF dalam Pelan
Tindakan Perancangan Strategik Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia 2008−2020.
Secara khususnya, belum ada dasar atau regim pengurusan khas
untuk mengurus Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi
[High Conservation Value Forest (HCVF)] yang berada di dalam
HSK. Berpandukan kepada Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan
1992), kawasan HCVF boleh di kategorikan samada di bawah
kategori fungsi-fungsi hutan perlindungan, hutan lipur atau hutan
penyelidikan dan pendidikan. Namun begitu, semasa pelaksanaan
program pensijilan pengurusan hutan di bawah kriteria dan petunjuk
bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat
keperluan bagi Jabatan Perhutanan untuk melaporkan pemeliharaan
kawasan-kawasan ini semasa penilaian hutan dilaksanakan. Secara
Page | 70
umunnya pengurusan bagi kawasaan-kawasan HCVF memerlukan
beberapa perkara utama.
6.2 Mengenalpasti Kawasan Berpotensi HCVF
Beberapa maklumat asas untuk sesuatu kawasan perlu dikumpul
sebelum sesuatu keputusan dibuat untuk memilih kesesuaian
kawasasn HCVF. Ini termasuklah data-data lapangan yang dikumpul
samada melalui inventori lapangan ataupun laporan-laporan sedia
ada (contohnya laporan dari program ekspedisi saintifik, laporan
Inventori Hutan Nasional, dan juga laporan kajian-kajian saintifik
yang dilakukan oleh institusi penyelidikan seperti FRIM dan juga
universiti-universiti). Maklumat dari pemerhatian kakitangan
Jabatan dan juga masyarakat umum juga boleh diguna pakai
sebagai maklumat tambahan.
Data dan maklumat tersebut perlu diselaraskan dan dianalisa untuk
menentukan jenis kesesuaian kategori HCVF untuk sesuatu kawasan
tersebut. Sepertimana yang di nyatakan sebelum ini, kawasan HPL
Pontian, Rompin telah dikenalpasti sebagai kawasan HCVF 1 kerana
kepelbagaian biologi nya yang tinggi. Kategori HCVF 1 adalah
kawasan-kawasan hutan yang mengandungi tahap nilai
kepelbagaian biologi yang signifikan pada peringkat global, serantau
dan nasional dan/atau hutan pada skala landskap yang besar yang
terkandung di dalam FMU atau meliputi FMU itu sendiri, dimana
populasi yang viable dari kebanyakan, jika tidak kesemua, spesies
yang hidup secara semulajadi, didapati ujud dalam pola taburan dan
kehidupan asalnya. Hasil dari bancian di lapangan mendapati HPL
Pontian, Rompin merupakan satu ekosistem yang mengandungi
kepelbagaian spesies flora unik termasuk pokok berus mata buaya
dan perlu dipelihara menyebabkan langkah menjadikan ia sebagai
Page | 71
kawasan HCVF adalah amat bertepatan dan perlu disokong oleh
semua pihak.
6.3 Penandaan Sempadan Kawasan Dan Pemetaan
Setelah pemilihan kawasan dibuat langkah seterusnya adalah
menentukan sempadan kawasan HCVF tersebut di petakan dan
kemudian ditandakan di atas tanah. Maklumat dari data satelit dan
juga sistem maklumat geografi serta GPS pada kebiasaanya
digunakan untuk membantu kerja-kerja pemetaan dan penandaan
sempadan kawasan ini di peta dan juga di atas tanah.
Memandangkan kawasan HCVF HPL Pontian, Rompin ini adalah agak
luas maka penggunaan data satelit yang mempunyai resolusi tinggi
(seperti SPOT-5 dan juga Quickbird) adalah sesuai digunakan.
Maklumat-maklumat yang perlu dipetakan termasuklah maklumat
topografi, kecerunan, geologi dan tanah, sungai, laluan masuk serta
jenis guna tanah disekeliling. Peta untuk kawasan HPL Pontian,
Rompin telah disediakan bagi tujuan HCVF ini.
Ciri-ciri fizikal HPL Pontian, Rompin telah dinyatakan di dalam
sebelum ini. Kawasan ini perlu ditentukan sempadannya di atas
tanah dan dipetakan didalam format GIS. Penentuan sempadan dan
pemetaan perlu lah mengikut format dan keperluan yang sedia ada
di dalam prosedur kerja Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
Disamping itu papan tanda juga perlu dibuat untuk membolehkan
pemantauan dapat dilakukan dengan sempurna.
Adalah menjadi satu keperluan agar kawasan penampan (buffer)
berukuran lebihkurang 50 m di sekeliling sempadan luar kawasan
ini juga diujudkan dan ditandakan di atas tanah. Zon penampan
adalah penting untuk mengelak sebarang aktiviti dan gangguan
Page | 72
terhadap kawasan HCVF tersebut terutamanya dari gangguan
manusia.
6.4 Pengumpulan Maklumat Asas
Maklumat mengenai keunikan yang terdapat di sesuatu kawasan
HCVF perlu dikumpul dan di pantau secara berkala. Untuk kawasan
HCVF HPL Pontian, Rompin maklumat awal mengenai flora di
kawasan ini telah dikumpul sepertimana di laporkan di dalam
Laporan Bancian Kepelbagaian Spesies Flora Di Kawasan Hutan Paya
Laut, Hutan Simpan Pontian, Rompin Pahang.
Di dalam kajian tersebut sebanyak lapan petak plotless telah
ditubuhkan dan bancian flora telah dilakukan dengan terperinci
seperti yang diterangkan di dalan Bab 5. Plot-plot yang mempunyai
lokasi GPS tersebut perlu di tandakan di atas tanah untuk
membolehkan bancian semula dapat dilakukan.
Maklumat yang diambil di lapangan perlu disimpan ditempat yang
selamat dan didokumentasikan dan aktiviti seperti berikut perlu
dilaksanakan;
a) Membangunkan pangkalan data
b) Menyelenggara pangkalan data
c) Mendokumentasi maklumat dan data
6.5 Pengurusan Kawasan
Pengurusan sesuatu kawasan HCVF perlu sejajar dengan keperluan
sepertimana dinyatakan di dalam prinsip pengurusan hutan secara
Page | 73
berkekalan di bawah sekim pensijilan hutan yang digunapakai oleh
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Rancangan untuk
menguruskan kawasan HCVF perlu dimasukkan dalam Rancangan
Pengurusan Hutan Negeri (RPH). Rancangan ini meliputi perkara-
perkara berikut:
a) Penandaan lokasi HCVF dalam peta RPH
b) Keterangan mengenai HCVF
c) Perancangan pengurusan kawasan HCVF
d) Preskripsi-preskripsi pengurusan untuk mengekal dan/atau
mempertingkatkan sifat-sifat HCVF.
e) Prosedur-prosedur pemantauan untuk menilai
keberkesanan langkah-langkah pengurusan HCVF.
f) Penemuan yang relevan dari aktiviti-aktiviti pemantauan
HCVF perlu dimasukkan dalam penyemakan semula
Rancangan Pengurusan Hutan
Untuk kawasan HVCF di HPL Pontian, Rompin ini tindakan
pengurusan utama yang perlu dilaksanakan adalah seperti
dinyatakan di dalam Jadual 6.1.
6.6 Pemantauan dan Penyelenggaraan
Pemantauan secara berkala adalah satu keperluan untuk
memastikan kawasan HCVF sentiasa terpulihara. Untuk kawasan
HCVF HPL Pontian, Rompin ini pihak Jabatan Perhutan perlu sentiasa
melaksanakan pemantauan dan pengutipan data berpandukan
jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Pemantauan
pada skala landskap boleh dilakukan dengan menggunakan data
satelit (penderiaan jauh) yang membolehkan ia dilakukan dengan
cepat, murah dan tepat terutamanya untuk melihat sekiranya ada
Page | 74
pencerobohan dan pembukaan kawasan hutan di kawasan
berkenaan. Disamping pemantauan secara berkala adalah penting
untuk menyediakan Rancangan Pegurusan kawasan ini untuk
jangkamasa panjang (10 tahun) dan Jadual 6.2 menunjukkan
aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan dalam pengurusan kawasan
tersebut.
Pencerobohan dan ancaman ke atas kawasan HCVF hendaklah
dicegah bagi memastikan keselamatan dan keutuhan kawasan
dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut:
a) Pengenalpastian ancaman dan langkah mengatasinya;
b) Mengadakan rondaan dan pemantauan;
c) Mengadakan pemeriksaan sepanjang sempadan
Page | 75
Jadual 6.1 Garispanduan pengurusan dan pengawalan kawasan HCVF HPL Pontian, Rompin
Garis Panduan Pengurusan Prosedur kawalan Agensi Pelaksana
Sebarang aktiviti pembalakan
dan pertanian di keseluruhan HPL Pontian, Rompin tidak dibenarkan
Pemantauan oleh setiap agensi
berkenaan kelulusan pembangunan di kawasan terbabit
BPEN, Jab
Perhutanan, Jab Pertanian
Pemetaan sempadan dan penandaan di atas tanah sempadan kawasan HVCF
beserta zon penampan 50 m di sepanjang sempadan
Semakan sempadan sekali setahun berserta dengan kerja pembersihan kawasan sempadan
Jab Perhutanan
Bancian keatas flora di petak yang telah ditubuhkan
Bancian dilakukan sekali untuk tempoh lima tahun untuk melihat perkembangan flora
Jab Perhutanan, Universiti
Bancian keatas fauna di HPL Pontian, Rompin
Bancian perlu dilakukan kerana tiada maklumat khusus fauna di HPL Pontian, Rompin
Jab Perhutanan, Universiti dan PERHILITAN
Mengadakan kajian yang bersesuain dengan flora, fauna
dan aspek berkaitan HPL untuk
tujuan mendapatkan maklumat saintifik
Kajian dilaksanakan oleh pakar dari Institusi penyelidikan dan universiti
tempatan
FRIM, Universiti
Mengawalselia aktiviti lawatan oleh pengunjung
Penyediaan garis panduan untuk lawatan pengunjung
Jab Perhutanan, Universiti
Mengadakan perbincangan dengan penduduk setempat untuk memastikan sokongan penglibatan mereka didalam pengurusan kawasan
Nota dan rekod perjumpaan dan perbincangan
Jab Perhutanan, JKKK, Pejabat Daerah
Mencegah sebarang aktiviti pengutipan tumbuhan dan
hidupan liar serta pemburuan oleh mana-mana pihak
Penguatkuasaan bayaran denda dan kompoun.
Rondaan kawasan dengan bantuan penduduk setempat
Jab Perhutanan,
PERHILITAN
Memasukkan pengurusan
kawasan HCVF ini di dalam Pelan Rancangan Pengurusan Hutan(RPH) Negeri Pahang
Perlu di masukkan di dalam laporan
separuh penggal RPH sedia ada atau RPH yang akan datang
Jab Perhutanan
Mewujudkan Jawatankuasa HCVF di peringkat negeri Pahang
Dipengerusikan oleh Pengarah Perhutanan negeri dan dianggotai oleh pelbagai agensi kerajaan, universiti
dan juga NGOs untuk memastikan kawasan HCVF ini diurus dan dipulihara dengan baik dan juga memastikan dokongan dan komitmen
yang berterusan dari kerajaan negeri.
Jab Perhutanan, BPEN, dan
agensi kerajaan lain, NGOs, Universiti,
FRIM
Page | 76
Penyelenggaraan kawasan HCVF pula perlu dijalankan secara
berkala seperti berikut;
a) Pembersihan sempadan HCVF sekurang-kurangnya setahun
sekali;
b) Pemeriksaan ke atas setiap kawasan HCVF sekurang-kurang
dua (2) kali setahun untuk meninjau keadaan kawasan
tersebut dan untuk mengelak berlakunya sebarang
pencerobohan.
c) Peneriksaan papan tanda dan menanda semula pokok-pokok
yang telah diidentifikasi (jika perlu)
d) Laporan hendaklah disediakan bagi setiap pemeriksaan yang
dijalankan dengan menggunakan borang Laporan Pemeriksaan
Kawasan HCVF. Tindakan susulan sewajarnya perlu dilakukan
sekiranya terdapat sebarang penambahbaikan yang
diperlukan.
Penilian tahunan juga perlu dijalankan untuk menilai dan
merekodkan perubahan fizikal kepada parameter yang berkaitan
dengan ciri-ciri HCVF. Untuk kawasan HCVF HPL Pontian, Rompin
nilai kepentingan ekosistem keseluruhannya perlu dibuat untuk
mengelakkan dari ujudnya unsur-unsur gangguan yang boleh
mengancam ekosistem tersebut.
6.7 Keperluan Peruntukan Kewangan dan Tenaga Kerja
Bagi memastikan pengurusan kawasan HCVF ini dapat dilaksanakan
dengan berkesan, peruntukan yang mencukupi dari segi kewangan
dan tenaga kerja adalah amat penting. Pihak Jabatan perlu
Page | 77
menggariskan sistem pengurusan kewangan yang berkesan dan
sumber tenaga manusia yang terlatih untuk mencapai objektif
pengurusan kawasan HCVF. Usaha perlu dibuat bagi memantapkan
struktur organisasi dan meningkatkan kualiti sumber manusia yang
terlibat secara langsung di dalam pengurusan kawasan ini. Di
samping itu sumber kewangan yang mencukupi juga perlu diberi
penekanan sebagai aktiviti sokongan kepada kecekapan jentera
pentadbiran dan pengurusan.
Mengikut struktur pegurusan sedia ada pengurusan dan penyeliaan
kawasan HCVF ini adalah di bawah tanggungjawab Pegawai
Silvikultur yang dibantu oleh seorang Renjer Hutan, seorang
Pengawas Hutan dan dua orang Pekerja Rendah Am. Kakitangan
yang terlibat perlu mempunyai pengetahuan mengenai bidang tugas
masing-masing termasuk juga membuat pemantauan,
menyelengara kawasan dan juga memberi taklimat ringkas kepada
pengunjung jika diperlukan. Justeru itu mereka perlu mempunyai
pengetahuan yang secukupnya dari segala aspek yang berkaitan
dengan keadaan hutan tersebut dan untuk itu perlu diberi latihan
dari semasa kesemasa.
Page | 78
Jadual 6.2: Rancangan Pengurusan 10 tahun bagi HCVF HPL
Pontian, Rompin
Aktiviti 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022
Menanda di Peta
Menanda
sempadan di
lapangan
Menegakkan
papan tanda
Menanda
kawasan buffer
Menjalankan
bancian
Menyediakan
laporan
Menjalankan
rondaan di
lapangan
Memantau dari
data penderiaan
jauh
Membersihkan
sempadan
Page | 79
BAB 7
7.0 ANCAMAN DAN KEKANGAN
7.1 Ancaman Perlaksanaan HCVF
Pengurusan kawasan HCVF HPL Pontian, Rompin sewajarnya
dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan diperingkat nasional
untuk memelihara kepelbagaian biologi dan keunikan flora yang
terdapat di hutan Negara ini. Pihak Jabatan sebagai pengurus perlu
sentiasa peka keatas ancaman-ancaman yang ada yang sentiasa
cuba menggagalkan aspirasi untuk memulihara khazanah semulajadi
seperti di hutan Negara ini.
Antara ancaman yang besar adalah pencerobohan oleh orang yang
tidak bertanggungjawab ke kawasan HCVF untuk mencuri khazanah
yang terdapat di dalam hutan ini bagi tujuan pelbagai kegunaan
termasuk perubatan dan juga komersial. Oleh itu pihak Jabatan
perlu mengambil langkah sewajarnya termasuk lah
mempertingkatkan aktiviti rondaan dan kawalan di kawasan HCVF.
Di samping itu papan tanda amaran yang jelas mengenai hukuman
mengambil hasil dari hutan tanpa kebenaran perlu di sediakan di
tempat-tempat strategik di kawasan HCVF tersebut.
Tidak terkecuali satu lagi ancaman ialah kemungkinan penukaran
status kawasan hutan HCVF kepada guna tanah lain (contohnya
Page | 80
untuk pertanian dll). Sewajarnya kawasan HCVF ini diberi status
perlindungan yang kekal dan jika perlu di wartakan agar
keujudannya untuk jangkamasa panjang sentiasa terjamin. Begitu
juga kemungkinan kawasan hutan berhampiran dengan HPL Pontian,
Rompin ini untuk dibalak juga boleh menjadi ancaman kepada Hutan
HCVF HPL Pontian, Rompin ini. Memandangkan habitat HPL adalah
sensitif terhadap perubahan dan juga gangguan, perlu dipastikan
seboleh mungkin pembalakan dikawasan berhampiran tidak
dilakukan.
Satu lagi ancaman yang mungkin boleh menjejaskan habitat HPL
adalah dari segi kebolehan habitat tersebut menampung bilangan
pengunjung yang ramai juga dikenali sebagai carrying capacity.
Kemungkinan kawasan ini menjadi tarikan pelancong yang ingin
meliha sendiri spesies Berus mata buaya yang terancam ini dan
oleh itu adalah dikuatiri habitat semulajadi HPL akan terjejas jika
terlalu ramai pengunjung mengunjungi kawasan tersebut pada satu-
satu masa. Oleh yang demikian pemantauan yang rapi perlu
dilakukan oleh pihak Jabatan untuk memastikan bilangan
pengunjung dibenarkan mengikut kesesuaian keadaan pada satu-
satu masa.
7.2 Kekangan Perlaksanaan HCVF
Jabatan Perhutanan sentiasa peka akan keperluan untuk
melaksanakan pengurusan kawasan HCVF dengan berpandukan
kepada kaedah pengurusan hutan secara berkekalan. Namun begitu
mungkin agak sukar untuk mengelakkan kekangan-kekangan yang
timbul akibat dari keadaan semasa. Antara kekangan yang mungkin
boleh menjejaskan kelancaran pengurusan kawasan HCVF termasuk
Page | 81
lah dari segi peruntukan kewangan yang tidak mencukupi untuk
melaksanakan aktiviti yang telah dirancang secara berkala. Justeru
itu di dalam perancangan kewangan tahunan Jabatan, peruntukan
khas untuk mengurus kawasan HCVF perlu di sediakan dari awal
tahun untuk memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan lancar.
Kekangan yang kedua di dalam pelaksanaan pengurusan kawasan
HCVF adalah dari segi kekurangan tenaga kerja untuk melaksanakan
aktiviti pemantauan di lapangan. Ini disebakan lazimnya terdapat
banyak pertindihan aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh kakitangan
dilapangan yang bilangannya adalah terhad. Ditambah pula oleh
keutamaan yang berbeza aktiviti berkaitan dengan kawasan HCVF
berkemungkinan tidak dapat mengatasi kepentingan aktiviti yang
lain. Untuk itu jadual perancangan yang menyeluruh perlu
disediakan sepanjang tahun untuk melancarkan pelaksanaan aktiviti
berkaitan dengan pengurusan kawasan HCVF.
Page | 82
BAB 8
8.0 CADANGAN
Bagi memastikan pengurusan kawasan HCVF HPL Pontian, Rompin
ini dapat dilaksanakan dengan berkesan beberapa cadangan seperti
berikut perlu diberi pertimbangan.
i) Kawasan HPL yang mengandungi spesies terancam seperti
berus mata buaya perlu di pelihara dengan sebaik mungkin
dan sebarang aktivti pengusahasilan di sekitar kawasan
perlu dielakkan,
ii) Kawasan HCVF HPL Pontian, Rompin perlu dipetakan dan
ditentukan sempadan di atas tanah,
iii) Kawasan zon penampan perlu diujudkan dengan ukuran
minima 50 meter disekeliling kawasan HCVF,
iv) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang perlu meningkatkan lagi
aspek penyelidikan melibatkan flora, fauna dan habitat HPL
keseluruhannya dengan melibatkan lebih banyak institusi
penyelidikan dan universiti serta NGO,
v) Sistem pengkalan data dan maklumat bersepadu untuk HPL
Pontian, Rompin perlu di bangunkan bagi memudahkan
aktiviti pemantauan dibuat secara sistematik,
vi) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang juga disaran agar
memastikan segala hasil penyelidikan yang dibuat oleh
mana-mana pengkaji di laporkan ke Jabatan dalam bentuk
Page | 83
laporan yang sesuai termasuk buku untuk membolehkan ia
disebar dan dikongsi bersama oleh masyarakat umum,
vii) Adalah dicadangkan kajian carrying capacity untuk
kawasan HCVF ini dilakukan dengan kadar segera untuk
mengetahui tahap tampung pengunjung yang bersesuaian
untuk mengelakkan habitat HPL Pontian, Rompin ini dari
terganggu,
viii) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dari semasa ke semasa
di saran untuk megadakan dialog dan perbincangan dengan
stakeholder termasuk komuniti setempat untuk bertukar
pendapat dan juga mendapatkan pandangan dan menilai
status kawasan HCVF HPL Pontian, Rompin,
ix) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sentiasa peka dengan
perkembangan semasa dan bertukar pengalaman dengan
pengurus kawasan HCVF di negeri-begeri lain yang juga
fokas kepada pemuliharaan ekosistem hutan,
x) Dari masa ke semasa program lawatan sambil belajar perlu
disediakan kepada kakitangan yang terlibat secara
langsung didalam mengurus kawasan HCVF HPL Pontian,
Rompin untuk meningkatkan kecekapan dan kefahaman
mereka dibidang yang berkaitan.
Page | 84
BAB 9
9.0 KESIMPULAN
Tidak dapat dinafikan bahawa negeri Pahang dan Daerah Rompin
secara khususnya amat bertuah kerana mempunyai kawasan hutan
yang ditumbuhi pelbagai speseis flora dan ekosistem hutan yang
berbeza seperti HPL. HPL Pontian, Rompin di Rompin ini adalah
salah satu yang terdapat di negeri Pahang dan mempunyai
kepelbagaian biologi yang unik dan perlu dipelihara. Justeru itu
adalah menjadi tanggungjawab pihak Jabatan Perhutanan untuk
memainkan peranan yang utama didalam memastikan HPL Pontian,
Rompin ini terus dipelihara dengan sempurna demi untuk
mengelakkan ia terancam dan tergannggu. Langkah pihak kerajaan
negeri melalui Jabatan Perhutanan untuk menjadikan kawasan di
HPL Pontian, Rompin ini sebagai kawasan HCVF adalah sesuatu yang
amat dialu-alukan dan sewajarnya mendapat sokongan dari semua
pihak. Adalah penting semua pihak-pihak yang berkepentingan
samada dari agensi kerajaan, swasta, NGO dan juga institusi
penyelidikan dan pengajian tinggi serta masyarakat umum memberi
sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk sama-sama memainkan
peranan demi memastikan habitat HPL ini terus dipelihara untuk
generasi akan datang.
Page | 85
BAB 10
10.0 RUJUKAN
1. Anon, 1998. Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan. Kementerian
Sains Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. 38 pp.
2. Jennings S. and Jarvie, J. 2003. A Sourcebook for Landscape
Analysis of High Conservation Value Forests. ProForest. 50 pp
3. JPNS (Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan), 2007. Management and
monitoring guidelines for HCVF of Compartment 4, Setul Forest
Reserve, Negeri Sembilan. 57 pp.
4. JPSM 2012. Garis panduan penentuan, penubuhan dan pengurusan
kawasan hutan mempunyai nilai pemeliharaan yang tinggi (HCVF)
dalam hutan simpanan kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia.
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
5. Masran M.S, Yap H.Y, Md. Kamal S, 2009. High conservation value
forests in the state of Perak, Malaysia. Malaysian Forester 2009 Vol.
72 No. 1: pp 111-116.
6. MC&I 2002. Malaysian Criteria and Indicators.
7. Whitmore, T.C. 1984. Tropical rain forests of the Far East. Claredon
Press, Oxford.