-
8/6/2019 Minit Mesyuarat an Penubuhan Jawatankuasa Kerja
1/3
MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN PENUBUHAN JAWATANKUASA KERJA
PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 3
PISMP SEMESTER 2 TAHUN 2 (AMBILAN JANUARI 2009)
PENGAJIAN MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH
Tarikh : 17 Mei 2010
Masa : 11.45 a.m
Tempat : Bilik RK4, IPG Kampus Sarawak, Miri
Kehadiran : Semua guru pelatih Pengajian Matematik Pendidikan Rendah Semester 4
BIL. PERKARA TINDAKAN
1. Ucapan Aluan
- Saudara Mohd Khairuddin bin Reduan,
menyampaikan ucapan alu-aluan selaku
Pengerusi BIG semester 3.
- Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih
kepada semua yang telah menjayakan program
BIG di SK Kampung Angus.
- Pengerusi juga mencadangkan pembubaran
jawatankuasa BIG seterusnya menubuhkan
jawatankuasa BIG yang baru untuk BIG
semester 4.
- Pengerusi memohon kerjasama semua agar
pemilihan dapat dilaksakan dengan baik dan
lancar.
2. Pemilihan AJK Program BIG
- Setelah proses pencalonan dan undian
dijalankan, semua ahli mesyuarat bersetuju
dengan barisan ahli jawatankuasa yang telah
dipilih iaitu:
-
8/6/2019 Minit Mesyuarat an Penubuhan Jawatankuasa Kerja
2/3
Ahli Jawatankuasa Kerja Program BIG 4
Pengerusi : Graciella binti Mutil
Naib Pengerusi : Mohamad Khairuddin bin Mohamad
Zatar
Setiausaha : Mohd. Khairizan bin Reduan
Naib Setiausaha : Lydia Suzzance ak Francis Ganda
Bendahari : Mohd Sabri bin Mura
AJK Pengangkutan : Natalia ak. John Ugas
Nurain binti
AJK Protokol : Nuraziemah binti Jamali
Stefi Lavina ak. Paul
AJK Tugas-tugas Khas : Mohd Farid Fadillah Osman
Liaw Pei Yin
AJK Peralatan : Mohd Khairuddin bin Reduan
Saiful Azali bin Hamdan
AJK Makanan : Kasina binti Abdul Razak
Mamora Nepok ak. Mege@Migie
AJK Cenderamata : Adelina GuntorSeranie anak Ngaoh
AJK Dokumentasi : Mohamad Nazrin bin Othman
Siti Khadijah binti Parali
AJK Hubungan Luar : Mohd Zulfaizee bin Mohamad
dan Keselamatan
3. Ucapan Pengerusi Baru Program BIG 4
- Saudari Graciella mengucapkan terima kasih
atas kepercayaan yang diberikan oleh semua
yang terlibat dalam perancangan program kali
ini.
- Beliau berjanji akan memberikan sepenuh
komitmen dalam mempengerusikan program ini
-
8/6/2019 Minit Mesyuarat an Penubuhan Jawatankuasa Kerja
3/3
serta mengharapkan program dapat dirancang
dan dilaksanakan dengan baik.
- Pengerusi menyatakan harapan dan kesediaan
untuk bersama-sama berusaha menjayakan
Program BIG Semester 4 ini.
4. Hal-hal lain
- Saudari Graciella menerangkan struktur
program yang akan dijalankan pada semester
ini.
5. Penutup
- Setelah tiada perkara lain yang dibangkitkan,
pengerusi memberikan ucapan penutup.
- Beliau mengucapkan terika kasih atas kesudian
ahli mesyuarat untuk hadir dalam mesyuarat ini.
- Beliau juga menyatakan bahawa sebarang
perkembangan terbaru akan dimaklumkan
kemudian.
- Saudari Natalia mencadangkan mesyuarat
ditangguh dan disokong oleh saudara MohamadNazrin.
Mesyuarat ditangguh pada jam 12.45 tengahari.
Mesyuarat seterusnya akan dilaksanakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Disediakan oleh :
(MOHD KHAIRIZAN BIN REDUAN)
Setiausaha,
Program Bina Insan Guru PPRMT4
Disahkan oleh :
(GRACIELLA BINTI MUTIL)
Pengerusi,
Program Bina Insan Guru PPRMT4