-
8/14/2019 Mist is Files_ 14_Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
1/13
istisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
MistisFiles
metafizik,area 51,kosmologi,new world order,matrix,jesuit,ufo,eksperimen philadelphia,freemason,extra
terrestrial,mindcontrol,nikola tesla,2012,illuminati,unified field,zionis,albert einstein,face of mars,knight templar,
john von neuman,piramid,kiamat,dajal,val valerian,imam mahadi,alien,malachi,nostradamus,spear of destiny,
kalendar maya,albielek,cydonia,666,mesin masa,teori relativiti,yahudi,atlantis,vatican assasin,majestic 12,big bang...
Tuesday, September 29, 2009
Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
Temubual Bersama Srikandi
Kami berkesempatan menemubual Srikandi empat hari sebelum sambutan
Hari Raya yang lalu.Temubual kali ini bercorak bebas dan tidak ditetapkan
tema.Temubual ringkas ini yang mengandungi subjek-subjek yang
berlainan,sebahagian besarnya berkisar tentang situasi di Nusantara selain
dunia dan sosio-politik.Dalam temuramah kali ini,Srikandi telah
mendedahkan satu rahsia dalam Diari Lodgekeeper.Srikandi sememangnya
seorang 'follower' Lodgekeeper yang tegar.
Bertempat di bilik Srikandi sendiri di bangunan Hal Ehwal Akademik di
sebuah universiti tempatan (?),kami bawakan kepada anda Temubual
Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi.
Semoga terhibur dan mendapat pelajaran dari temubual ini.
-M.O
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html(1 of 13) [16-Feb-10 1:12:59 PM]
http://mistisfiles.blogspot.com/http://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.htmlhttp://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/SsG5tDqwTYI/AAAAAAAABMo/MqpI_mW9YNY/s1600-h/videotapesrikandi.jpghttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.htmlhttp://mistisfiles.blogspot.com/ -
8/14/2019 Mist is Files_ 14_Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
2/13
istisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
S:Penemubual J:Srikandi
S:Apa khabar Srikandi?
J:Baik-baik saja
S:Boleh saya mulakan temubual kita pada hari ini?
J:Silakan
S:Apakah pandangan Srikandi tentang Nasionalisme?
J:Nasionalisme adalah semangat cintakan bangsa dan tanahair sendiri.Ia
adalah ideologi yang biasa pada semua negara,lebih-lebih lagi negara-
negara yang pernah berada di bawah Imperialisme.
S:Adakah ia sebuah ideologi yang benar-benar berguna?
J:Berguna yang macam mana itu?
S:Baik untuk bangsa dan negara,khususnya kepada situasi umat Islam?
J:Awak nak pancing saya untuk bercerita tentang Nasionalisme,bukan?
(Srikandi tersenyum)
Baiklah.Adakah ia baik untuk bangsa dan negara,ia bergantung kepada
pemahaman masyarakat kepada tujuan nasionalisme diwujudkan.
Nasionalisme jika ditelusuri adalah sikap yang biasa berada pada sesuatu
kaum,bangsa atau sesebuah negara.Jika kita hendak katakan nasionalisme
pada sebuah kumpulan punkers juga,ia boleh dijelaskan secara mudah;
budak-budak punk yang begitu bangga dengan 'attitude' mereka dan berani
mempertahankan port tempat melepak mereka jika sebuah kumpulan
gothic berani menyibuk 'bersidai' di situ.Itu nasionalisme sebuah kelompok
punkers.Nasionalisme,ya terbit dari kata 'Nation' adalah semangat
kebangsaan pada amnya,namun ia juga menerangkan semangat sesuatu
kelompok yang punya idea atau citarasa yang sama.'Nation' adalah cuma
panduan sahaja,namun sebenarnya tidak kira ia melibatkan apa jua jenis
kelompok,nasionalisme adalah semangat bersifat psiko-sosial.JIka ada
seribu Srikandi,saya juga akan merasa semangat nasionalisme saya.Melayu
ada nasionalisme mereka,begitu juga India dan Cina.Bangsa Malaysia?Ya,
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html(2 of 13) [16-Feb-10 1:12:59 PM]
-
8/14/2019 Mist is Files_ 14_Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
3/13
istisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
jika ada...boleh juga dikatakan nasionalisme juga.
S:Jadi apa motif di sebalik kenyataan saudari berkenaan nasionalisme ini?
J:Saya ingin kaitkan dengan frasa "Umat Islam" tadi.Jika saya katakan
psiko-sosial satu kelompok,umat Islam juga mesti ada semangat
nasionalismenya sendiri,kerana umat Islam boleh dikategorikan satu
kelompok.Dalam Islam kita tahu bahawa perbezaan antara kaum atau
bangsa tidak ada.Jika ada,inilah yang dinamakan 'asobiyah',iaitu semangat
kesukuan atau perkauman dan istilah ini adalah sisi gelap bagi
nasionalisme.Anda tahu siapakah yang me'rebranded'kan kembali
nasionalisme mengikut acuan yang begitu sempit?Jean-Jacques Rousseau
dalam karyanya Du Contract Sociale,ada menyatakan nasionalisme
sesebuah negara.Inilah antara mahakarya awal yang bercakap tentang
demokrasi.Kontrak Sosial,anda pernah mendengarnya bukan?Tetapi ini
adalah istilah untuk sebuah negara demokrasi,dari rakyat kepada rakyat.
Para pemimpin politik bertindak berdasarkan kehendak rakyat.Aduh,
sungguh indah utopia demokrasi.Seperti juga Komunis.Apa dia slogan
popular mereka?MEMILIKNEGARAKAN KEKAYAAN UMUM.Hebat,memang
hebat.Sungguh mulia cita-cita mereka (Srikandi tersenyum sinis).
Johann Gottfried von Herder,menyempitkan lagi nasionalisme kepada
Nasionalisme berasaskan etnik iaitu etnik yang menjadi dominan kepada
sesebuah negara.'Volk' adaah istilah asal di dalam bahasa Jerman,
mempunyai julat yang lembut seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan kita
yang menjadikan budaya dan bahasa Melayu sebagai tunjang kebudayaan
kebangsaan kita sehingga aksi-aksi yang lebih keras seperti di Indonesia
dan Thailand yang 'mewajibkan' budaya dan bahasa mereka kepada semua
rakyat sehingga ke tahap sadis seperti di China yang sanggup menyeksa
dan membunuh etnik lain yang dicurigai mereka.
S:(Mencelah)Jika saya katakan tindakan Indonesia itu betul dan sesuai
kerana ia dapat mendisplinkan rakyatnya mengikut satu budaya dan
bahasa,bagaimana?Tidaklah jadi seperti Malaysia yang begitu berlemah-
lembut terhadap etnik lain sehingga muncul pertubuhan rasis seperti
Hindraf atau parti politik bersifat rasis yang bertopengkan Sosialis-
Demokratik seperti DAP.
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html(3 of 13) [16-Feb-10 1:12:59 PM]
-
8/14/2019 Mist is Files_ 14_Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
4/13
istisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
J:Hmm...semua ini sebenarnya berbalik kepada siapakah yang berada di
sebalik Indonesia dan Malaysia.Indonesia sebenarnya didukungi oleh
sukukaum Jawa.Sebab itu pentadbiran mereka berada di Jakarta iaitu di
Pulau Jawa.Padahal Sumatera lebih besar.Anda pernah dengar tentang
GAM?Kebanyakan dari mereka membenci orang Jawa kerana merekalah
yang menjarah hasilbumi orang Aceh di Sumatera dan membawa balik ke
Jawa sehingga Pulau Jawa menjadi kaya raya,padahal pembangunan di
Sumatera lebih lembab walaupun hasilbumi pulau itu amat banyak.Saya
tidak mahu bercakap tentang soal ini.Ini hal 'rumahtangga' mereka,yang
saya ingin tekankan ialah faktor psiko-sosial dan 'self-esteem' orang Jawa.
Orang Jawa pada umumnya bersifat kasar dan berani.Hati mereka kering.
Mereka cepat emosi.Mereka juga bersifat menonjol berbanding etnik-etnik
lain.Mereka rajin dan kreatif.Bagimana saya tahu?Adakah saya bercakap
secara membutatuli?(Srikandi tersenyum)
Ini kerana bapa saya adalah orang Jawa.Ketika saya kecil,bapa pernah
membisikkan kepada saya bahawa jika kita asyik tunduk kepada kehendak
orang lain,lambat laun mereka akan pijak kepala kita.Ibu saya,yang
berasal dari Perak memang tidak berani bersuara jika bapa saya sedang
marah.Semua adik lelaki saya,selepas menamatkan persekolahan,
sementara menunggu panggilan sama ada untuk sambung belajar atau
bekerja tetap,dipaksa oleh bapa saya untuk mengikut tukang-tukang
rumah di sekitar kampung saya.Tiada masa untuk tidur atau melepak di
rumah.
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html(4 of 13) [16-Feb-10 1:12:59 PM]
http://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/SsG9M0pOaCI/AAAAAAAABNA/VA75PNvNhac/s1600-h/khirtoyo.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 14_Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
5/13
-
8/14/2019 Mist is Files_ 14_Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
6/13
istisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
yang membentuk kaum Jawa hari ini.Dari Tanah Kanaan mereka berlayar
hingga ke Tanah Jawi,tepatnya di Sungai Musi.Cabaran di lautan
menyebabkan kaum Jawa lebih lasak dan tegas dalam hidup.Berbeza
dengan Deutro Mala yang mengambil jalan darat,mereka banyak bertemu
dengan pelbagai bangsa di sepanjang perjalanan mereka,berasimilasi dan
banyak berdiplomasi.Jika mereka tidak pandai dalam hal bertolakansur
atau diplomasi,sudah tentu mereka akan lenyap sebelum sampai ke
Yunnan seterusnya ke Benua Siam dan semenanjung.Jadi kita boleh lihat
mengapa tabiat bangsa Nusantara di Indonesia dan Malaysia berbeza dari
segi sikap.
S:Agak menarik juga pendapat dari saudari.Terutama cerita tentang
keluarga Srikandi itu tadi.Saudari pernah membaca
blogsejarahnagarakedah?Apa pandangan saudari tentang blog itu?
J:Ya, saya ada membacanya.
Anda minta pandangan?Bagi saya ada fakta yang boleh dipercayai dan ada
fakta yang memang bukan fakta tetapi bercampur aduk dengan dongeng
dan mitos.Anda kena tahu situasi pemilik blog itu.Beliau menulis
berdasarkan wasiat yang dikatakan turun temurun.Jika ada titik-titik
tertentu di dalam wasiat itu yang bertepatan dengan fakta sejarah,maka
sudah tentu penulis blog tersebut dapat menjelaskannya dengan baik
tambahan pula wasiatnya itu berselari dengan sumber-sumber bertulis
seperti Undang-undang Kedah.Namun tidak semua.Ada yang bercampur-
baur dengan mitos dan dongeng.Jika anda perhalusi gaya tulisan beliau,
beliau mendakwa dirinya adalah rumpun Melayu keturunan Siam namun
ada sesetengah artikel yang bernada negatif kepada orang Melayu,seolah-
olah rumpun Siam seperti didakwanyalah yang paling hebat dan menjadi
maharaja seluruh Nusantara manakala orang Melayu seolah-olah perampas
takhta dan talibarut Thai sahaja.Saya rasa ini tidaklah begitu baik.Jika
beliau ini mempunyai negara sendiri,saya tidak hairan jika beliau tidak
mahu mengaku Melayu,tetapi bangsa Siam keturunan Harimau itu.Setiap
orang ada agenda tersendiri tidak kecuali pemilik blog ini.Sekejap
mengaku Melayu,sekejap mengaku Siam dan mendakwa raja-raja Melayu
hanyalah raja daerah sahaja.Namun saya tidak nafikan bahawa banyak
fakta menarik dan saya bersetuju dengan kenyataan bahawa bangsa
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html(6 of 13) [16-Feb-10 1:13:00 PM]
-
8/14/2019 Mist is Files_ 14_Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
7/13
istisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
Melayu pernah menduduki Indochina malah pernah mempunyai kerajaan di
sana.Saya setuju bahawa kaum-kaum yang datang kemudian ini
meletakkan patung Buddha dan menambah hiasan-hiasan di istana-istana
dan kota-kota Mala Purba itu.
Saya juga bersetuju bahawa Siam dan Thai itu berbeza.Orang Thai berasal
dari etnik Tai yang pernah menduduki wilayah Shan.Perbalahan dengan
etnik Cina lain seperti Han,Manchu dan sebagainya dan ditambah pula
dengan desakan balatentera Monggol,menyebabkan mereka semakin
bergerak ke selatan.Mereka pernah berada dalam pemerintahan Khmer
selain kerajaan-kerajaan Melayu Purba yang lain.Jika saya sebutkan
kerajaan Melayu Purba,janganlah menganggap orang Melayu yang 100%
sama macam Melayu sekarang.Setiap orang Melayu yang menduduki setiap
inci Nusantara mempunyai slanga dan kostum yang sedikit berbeza,namun
budaya mereka hampir sama.Samalah seperti orang Melayu di Indochina
yang disebut sebagai Siam Asli ini.Siam Asli kerana merekalah pribumi
yang sedia ada sebelum orang Tai,Lao,Khmer dan Dai Viet tiba dari utara.
Orang Tai banyak mencedok kebudayaan Khmer,tulisan dan bahasa di
mana SEBENARNYA KHMER PULA MENCEDOK BUDAYA MELAYU PURBA DAN
ORANG MON.Jika orang Kelantan dengan slanga mereka,Kedah dengan
slanganya dan BEGITU JUGA ORANG MELAYU DI INDOCHINA.Kajian
menunjukkan bahasa Khmer banyak menyerap kata-kata Melayu Purba,ya
sudah tentu kerana hubungan mereka dengan orang Cham.
Saya tidak hairan jika prasasti-prasasti Cham dan Khmer yang banyak
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html(7 of 13) [16-Feb-10 1:13:00 PM]
http://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/SsHB8QNEV1I/AAAAAAAABNY/iYBBYnx9dQE/s1600-h/david-archuleta11.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 14_Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
8/13
-
8/14/2019 Mist is Files_ 14_Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
9/13
istisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
tenteranya untuk menduduki Kepulauan Filipina.Anda pernah dengar
slogan Gold,Gospel dan Glory?Gospel adalah tujuan utama The Wise Man.
Imperialisme adalah strategi awalnya sementara para sarjananya menulis
pelbagai buku dan tesis tentang pelbagai idea dan gagasan sosiopolitik.
Dari sini timbul IDEOLOGI.Liberalisme,Fasisme,Komunisme dan
Nasionalisme sekadar menyebut beberapa contoh adalah percaturan The
Hidden Hand untuk memecahkan negara-negara di zaman imperialisme.
Soalannya sekarang,apakah tujuan nasionalisme?
TUJUANNYA IALAH UNTUK MENGHINDARKAN KEBANGKITAN ISLAM.
Kita boleh kaji pola selepas imperialisme.Negara-negara yang sukar
ditakluk sepenuhnya seperti China dipaksa menganut faham Komunis.Di
negara-negara yang dijajah,nasionalisme disuburkan.dengan cara ini
'nasionalisme Islam' hampir tiada atau tidak kedengaran langsung.
Ditidurkan dengan lenanya.Semua orang bercakap tentang demokrasi,
nasionalisme,perjuangan bangsa,hidup bangsa dan sebagainya.KITA LIHAT
KAJIAN KES DI NUSANTARA.
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html(9 of 13) [16-Feb-10 1:13:00 PM]
http://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/SsG7GbCIZSI/AAAAAAAABM4/MnuNFsJHebE/s1600-h/unclesam.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 14_Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
10/13
istisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
Dalam surat-surat Lodgekepeer dahulu,ada diterangkan tentang plan
DIVIDE & RULE yang dirancang oleh The Hidden Hand ke atas Nusantara.
Plan seterusnya ialah melaga-lagakan rumpun Nusantara di dua buah
negara iaitu Malaysia dan Indonesia.Ini penting untuk melemahkan bangsa
Nusantara ini sebagaimana mereka telah berjaya memecah-belahkan
bangsa Korea sehingga ke hari ini.Lodgekeeper telah meramalkan perkara
ini lama sebelum isu Tarian Pendet.The Hidden Hand sebenarnya gemar
mencipta pelbagai kelompok dan ideologi untuk memecah-belahkan umat
manusia.Jika Komunis tidak berjaya dihalau dari Nusantara,apa yang akan
terjadi ialah,Indonesia menjadi Republik Komunis dan Malaysia pula
menjadi sekutu British,satu-satunya alasan mengapa sesetengah orang
Indonesia rela bermandi darah saudara serumpun sendiri.'Negara Boneka
British' adalah kepercayaan sesetengah saudara kita di seberang sana.
Mereka masih merasakan Malaysia ditubuhkan atas perancangan British.
Maksudnya Malaysia adalah bayangan penjajah Inggeris di Nusantara.
Indonesia pernah dipengaruhi Komunis.PKI (Partai Komunis Indonesia)
adalah pertubuhan Komunis terbesar di dunia yang pernah ada di luar
Rusia dan China.Ahlinya ketika itu berjumlah 3.5 juta orang.Konfrontasi
adalah perancangan The Hidden Hand untuk mempengaruhi Soekarno
supaya meminta pertolongan PKI ketika usahanya 'Ganyang Malaysia'
semakin suram disebabkan disabotaj oleh sebahagian rakyat Indonesia
sendiri yang merasakan peperangan dengan Malaysia dikala ekonomi
Indonesia ditahap menyedihkan adalah sesuatu yang kurang bijak.CIA
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html(10 of 13) [16-Feb-10 1:13:00 PM]
http://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/SsG_EMNxxeI/AAAAAAAABNQ/2848oN-mwNs/s1600-h/dayak-girl.jpg -
8/14/2019 Mist is Files_ 14_Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
11/13
istisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
pernah berurusan dengan Adam Malik,Menteri Luar Indonesia.JIka
perancangan berjaya,Indonesia akan dipegang oleh Politburo PKI,dan
rasminya menjadi negara Komunis.Impian The Hidden Hand ialah
menjadikan Indonesia 'Korea Utara' dan Malaysia 'Korea Selatan'.
Namun perancangan Tuhan lebih mendahului segala-galanya.Sesetengah
orang Indonesia yang termakan racun Illuminati-Komunis sanggup
'menganyang' saudara seagama dan sebangsa sendiri.Soekarno yang
marahkan Tunku telah menghantar tentera untuk menganyang Malaysia.
Alasannya Malaysia wujud sebagai proksi Inggeris di Nusantara.Ketika
serangan demi serangan dilancarkan,rahmat Allah s.w.t sampai di mana
terjadi peristiwa G 30 S PKI atau Gerakan September 30 menyaksikan 6
jeneral tentera Indonesia dibunuh.Sehubungan dengan itu,Jeneral
Soeharto menumpaskan rampasan kuasa,mengambilalih kerajaan lantas
menyingkirkan Soekarno yang dianggap bersubahat dengan PKI.Mengapa
peristiwa ini terjadi?Sebenarnya pola yang sama telah berlaku,iaitu
kebangkitan gerakan bawahtanah Islam telah dapat dikesan di Indonesia.
Seperti Malaysia,jika Komunis gagal,ruang kosong mesti diisi,sekurang-
kurangnya para nasionalis supaya para mujahid tidak naik berkuasa.
Selepas itu,benarlah jangkaan The Hidden Hand di mana pembunuhan
beramai-ramai ahli PKI berlaku di seluruh Indonesia.SEBENARNYA
SENTIMEN BENCIKAN KOMUNIS TELAH MEMBARA namun masih tidak
menunjukkan kekuatannya.Di sini perancangan Tuhan lebih mendahului
perancangan manusia.Ibarat bermain buah catur,CIA terpaksa mencantas
Komunis bagi menghalang kebangkitan Islam walaupun telah
mengorbankan tidak kurang 500.000 nyawa rakyat Indonesia sendiri.
Soekarno menganggap Malaysia bakal menjadi proksi Inggeris sedangkan
pada masa yang sama Indonesia bakal menjadi proksi Komunis.
Permainan catur The Hidden Hand amat licik!
(Srikandi merenung tajam)
Mereka menganggap Malaysia adalah perancangan Inggeris,namun
sebenarnya MALAYSIA DAN INDONESIA ADALAH PERANCANGAN BELANDA
DAN INGGERIS.
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html(11 of 13) [16-Feb-10 1:13:00 PM]
-
8/14/2019 Mist is Files_ 14_Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
12/13
istisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
Mengapa tidak Belanda saja memegang Malaysia?Mengapa Belanda mampu
menakluk apa yang dinamakan sebagai Indonesia yang luas itu namun
tidak berani menjajah Tanah Melayu.CUBA FIKIRKAN.Jika Belanda saja
yang memegang Nusantara,apabila zaman Imperialisme berakhir,Belanda
pasti akan melepaskan Nusantara dan hasilnya ialah sebuah NEGARA YANG
BESAR!
The Hidden Hand telah menghantar negara-negara Eropah yang berbeza
untuk menjajah Alam Melayu.
Belanda dan Portugis telah sampai dahulu ketika Sepanyol telah mula
mendapatkan Filipina.Namun Belanda dan Portugis meninggalkan Tanah
Melayu begitu sahaja tanpa menjajahnya,padahal Portugis nampaknya
hanya berminat dengan pelabuhan Melaka.Belanda mampu berperang
dengan orang-orang di Suvarnadvipa atau Malayadvipa (Pulau-pulau
Indonesia) namun tidak di Suvarnabhumi (Semenanjung Tanah Melayu).
BELANDA MENUNGGU ORANG LAIN UNTUK MENJAJAH TANAH MELAYU!
Apabila Imperialisme tamat,Alam Melayu berpecah kepada beberapa
negara!
S:Perbincangan semakin menarik nampak,tetapi saya akur dengan masa
yang diberikan oleh Srikandi.
J:Oh ya...terima kasih kerana mengingatkan,moga di lain waktu kita dapat
bertemubual lebih lama lagi.
S:Moga begitu harapnya...terimakasih kepada Srikandi kerana meluangkan
masa bersama kami.
J:Sama-sama.
S:Selamat Hari Raya.
J:Oh ya...Selamat Hari Raya
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.html(12 of 13) [16-Feb-10 1:13:00 PM]
-
8/14/2019 Mist is Files_ 14_Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
13/13
istisFiles: Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi
Posted by Mistis
Organization
at 12:24
AM
http://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.htmlhttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.htmlhttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.htmlhttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/09/temubual-sempena-aidilfitri-bersama.htmlhttp://4.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/SsG6kODYWQI/AAAAAAAABMw/pxjSp7BM31o/s1600-h/srikandi2.JPG