Download - Model konstruktivisme 5
Model Konstruktivisme 5-Fasa
Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's
Learning in Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan
bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang
murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea,
guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah
idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga
idea rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri
biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami
dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru
mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan
dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa
ini murid membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa terakhir.
Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan
merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke
atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.
Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:-
Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah
I
Orientasi Menimbulkan minat dan
menyediakan suasana
Amali penyelesaikan masalah
sebenar, tunjukcara oleh
guru, tayangan filem, video
dan keratan akhbar
II
Pencetusan
Idea
Supaya murid dan guru sedar
tentang idea terdahulu
Amali, perbincangan dalam
kumpulan kecil, pemetaan
konset dan laporan
III Penstrukturan
semula idea
i. Pernjelasan
dan pertukaran
Mewujudkan kesedaran tentang
idea alternatif yang berbentuk
saintifik.
Menyedari bahawa idea-idea
sedia ada perlu diubahsuai,
diperkembangkan atau diganti
dengan idea yang lebih
saintifik.
Mengenalpasti idea-idea
alternatif dan memeriksa
Perbincangan dalam
kumpulan kecil dan buat
ii. Pendedahan
kepada situasi
konflik
iii. Pembinaan
idea baru
iv. Penilaian
secara kritis idea-idea sedia
ada sendiri
Menguji kesahan idea-idea
sedia ada
Pengubahsuaian,
pemgembangan atau
penukaran idea
Menguji kesahan untuk idea-
idea baru yang dibina
laporan
Perbincangan, pembacaan,
input guru.
Amali, kerja projek,
eksperimen, tunjukcara guru
IV
Penggunaan
idea
Pengukuhan kepada idea yang
telah dibina dalam situasi baru
dan biasa
Penulisan sendiri kerja projek
V
Renungan
kembali
Menyedari tentang perubahan
idea murid. Murid dapat
membuat refleksi sejauh
manakah idea asal mereka
telah berubah.
Penulisan kendiri,
perbincangan kumpulan,
catatan peribadi dan
Teori Konstruktivisme
1. Pengenalan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan
fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka
dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh
tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai
kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya
kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan
minat.
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang
wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui
pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi
ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid
melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.
2. Pengertian Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama
dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah,
maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh
dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid
perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing.
Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh
belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu
skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi
proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti
yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah
realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan
pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat
baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan
kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan
dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran
yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri
tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika
kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik,
kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam
peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa
pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai
proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga
menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru
akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran,
penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh,
perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu
kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru
kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan
murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif.
Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada
kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.
3. Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme
Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma
objektivisme. Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan.
Perbezaan antara objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata.
Objektivisme berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi
manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan pengetahuan
disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah
untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid. Pengetahuan sains
dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk menghuraikan
fenomena yang diperhatikan.
Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar
dan siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya
mengetahui segala-galanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat
keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini
menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting
dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai segala
jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan
berpengetahuan luas.
Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam
menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan
murdi dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana
mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa
depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya
penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu
sesi perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus
dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami
prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan
memeriksa hasil yang diperolehi
Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya
dalam bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik.
Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau
pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan
mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan
memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu
proses berterusan dalam kehidupan.
Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah
satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya.
Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan
boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri
sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan
menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai
seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh
diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak.
Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu
pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang
membina fahaman sendiri.
Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme.
Dalam pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan
jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai
tafsiran yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam
soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji
kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk
membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja.
Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan
masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang
sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian
berpasukan.
Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza
dengan ahli objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah
sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan
sempurna. murid diterima sebagi individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang
berbeza di mana setiap individu itu diangap penting dalam proses pembelajaran dan
perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat
keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses
ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran mereka.
Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai
pengawal disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan
undang-undang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang
kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau
pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai
kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan
dapat ditingkatkan lagi.
Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan
Objektivisme Konstruktivisme
Tanggapan
Utama
Pengetahuan wujud bebas dari
persekitaran dalaman dan
luaran pelajar
Pengetahuan bukan objektif, apa
yang kita benar-benar tahu dan
faham hanyalah persepsi kit. Ia
ditentukan oleh kita semua.
Pengetahuan tidak mempunyai
struktur mutlak
Kesan
Guru menolong murid membina
pengetahuan dan rangka
konteks di mana ia wujud.
Mereka mengguna analogi,
contoh dan pelbagai kaedah
mengingat. Mereka tanya soalan
untuk membantu murid
Guru menolong murid membina
kefahaman baru dan menolong
murid merakamkannya ke dalam
struktur kognitif sedia ada.
Mereka melakukannya dengan
menolong murid membentuk
analogi, contoh dan kaedah
mengingat murid sendiri, dan
guru menolong murid
membentuk soalan yang perlu
ditanya bagi membimbing
mereka ke arah kefahaman yang
lebih tinggi
Respons Guru
"ada perkara yang anda hendak
tahu dan saya akan ajar kepada
anda apa yang saya tahu"
"Saya ajari ini, mereka belajar
ini"
"Pelajar ini sungguh bijak,
mereka belajar apa saja yang
saya ajarkan"
"Ada perkara yang anda hendak
tahu dan saya akan tolong anda
mengetahui bagaimana anda
boleh belajar mengenainya"
"Saya ajar ini, mereka belajar itu"
"Pelajar ini sungguh bijak,
mereka belajar perkara yang
saya tidak pernah rancang untuk
ajar mereka"