Download - MODUL 1 BAHASA MELAYU THN 6
MODUL KBAT BM 011MODUL 1/2015
Soalan 1 hingga Soalan 10
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1Pelbagai tinggalan sejarah negara kita boleh dilihat di __________.
ATugu Negara
BArkib Negara
CMuzium Negara
DPlanetarium Negara
2Datuk Mail dan Nenek Piah sungguh sayang ___________ cucu-cucu mereka.
Aoleh
Bakan
Cpada
Dtentang
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah
3Hezry dan Wendy membantu Cikgu Roland menyusun __________ di dalam kelas.
Ameja
Bbuku
Ccarta
Dgelas
4__________ mesti tunggu sampai aku datang, kata Muhammad Rostham mengingatkan rakan-rakannya.
AMereka
BKalian
CKamu
DAnda
5
Baljit Singh masih menangis teresak-esak __________ telah dipujuk oleh ibunya dengan membelikannya sebuah kereta mainan.
Asetelah
Bapabila
Cmeskipun
Dsementara
6Ketua kampung menasihati Puan Rosmawar agar __________ kehilangan anaknya kepada pihak polls.
Amemaklumkan
Bmenerangkan
Cmemberitahu
Dmelaporkan
7Semenjak harga kelapa sawit tinggi, pendapatan para peneroka di tanah rancangan belia itu sungguh __________.
Alumayan
Bmerosot
Crendah
Dlebat
8Abangnya __________ bersedia untuk mendirikan rumah tangga kerana __________ belum mempunyai pekerjaan yang tetap.
Atelah belum
Bbelum harus
Cbelum masih
Dsudah masih
9Layanan yang saya terima __________ baik __________, kata Pak Mustafa kepada rakan-rakannya.
Apaling sekali
Bterlalu sekali
Cagak sungguh
Dsungguh sekali
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah
10Mereka menunggang basikal __________ untuk pulang ke rumah selepas mengikuti aktiviti kokurikulum.
Aberbaris-baris
Bberderet-deret
Cbersaing-saing
Dberlumba-lumba
Soalan 11 hingga Soalan 15
Baca petikan puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Makan nasi berulam pegaga, Pegaga dimasak bersama pinang; Sejak kecil kita dijaga, Dengan penuh kasih sayang.
Manis sungguh buah papaya, Petik sebiji dibawa pulang; Mereka berharap kita berjaya, Agar cerah masa hadapan.
Singgah bersuka di Kota Melaka, Berteduh di bawah pohon jejawi; Hidup berjaya pada hari muka, Berbakti kepada ibu pertiwi.
Tinggi sungguh pohon saga, Berbanding dengan si pokok jati; Ibu yang tua perlu dijaga, Bapa yang uzur sama dirawati.
Tumbang sebatang pokok kelapa, Potong daunnya jadikan anyaman; Ingatlah kita jangan lupa, Jasa keduanya tiada tandingan.
11Tema puisi di atas adalah tentang
Atanggungjawab keluarga
Btanggungjawab anak
Ctanggungjawab bapa
Dtanggungjawab ibu
12Apakah yang diharapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka?
ABerlumba untuk mencapai kejayaan
BBergembira dalam kehidupan
CBerusaha untuk kedamaian
DBerjaya dalam pelajaran
13Maksud rangkap keempat dan kelima puisi berkaitan dengan
Atumbuh-tumbuhan
Btempat berteduh
Ckasih sayang
Dkesihatan
14Maksud ibu pertiwi dalam puisi di atas ialah
Abangsa
Bkerajaan
Cibu bapa
Dtanah air
15Mengapakah kita perlu mengingati kedua-dua ibu bapa?
AMereka kurang pendapatan
BMereka kurang pelajaran
CMereka telah berjasa
DMereka telah uzur