Download - Modul PdP Sains KSSR T6 2016
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SAINS TAHUN 6
Terbitan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2015
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
2
Cetakan Pertama 2015
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apa-
apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
3
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
Isi Kandungan
Pendahuluan
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Mikroorganisma
Interaksi antara Haiwan
Tumbuhan Terancam
Geseran
Pengawetan Makanan
Bahan Buangan
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
4
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul
selaras dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara
menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka
untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad
ke-21.
Modul pengajaran dan pembelajaran ini telah disediakan untuk membantu guru dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains. Modul ini mengandungi beberapa
unit di mana setiap topik mengandungi satu atau lebih standard pembelajaran. Setiap
unit dalam modul ini mempunyai masa yang dicadangkan. Cadangan masa ini bukanlah
sesuatu yang wajib dipatuhi kerana guru boleh mengadaptasikan cadangan aktiviti yang
terdapat dalam model mengikut kesesuaian persekitaran, bahan dan kepelbagaian
murid. Contoh yang terdapat dalam modul ini hanya meliputi sebahagian daripada
keseluruhan standard Sains yang ditetapkan bagi murid Tahun 6.
Modul ini disediakan dengan menggunakan pendekatan inkuiri di samping
menggabungjalin pendekatan pedagogi lain yang bersesuaian. Penerapan elemen
TMK, keusahawanan dan kreativiti serta inovasi disisipkan di mana yang sesuai dalam
modul ini bagi membimbing guru dalam melaksanakannya. Modul ini menyediakan
pelbagai cadangan aktiviti yang boleh digunakan oleh guru untuk murid pelbagai
kecerdasan supaya semua murid boleh mencapai Standard Pembelajaran yang telah
ditetapkan.
Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam modul ini telah mengambil kira amalan terbaik
bagi membantu murid mencapai standard pembelajaran yang ditentukan di samping
menyediakan suasana learning is fun semasa pengajaran dan pembelajaran. Walau
bagaimanapun, cadangan aktiviti dalam modul ini bukanlah sesuatu yang muktamad.
Guru digalakkan mengubahsuai modul yang bersesuaian dengan murid serta perlatan
yang terdapat di sekeliling mereka. Guru juga digalakkan membina modul p&p yang
bersesuain dengan murid mereka. Dengan ini, guru berpeluang mengembangkan
kreativiti mereka sendiri.
Dalam proses penyediaan modul ini, banyak pihak yang turut sama terlibat.
Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan kepakaran,
masa dan tenaga sehingga terhasilnya modul ini.
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
5
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SAINS
TAHUN 6
MIKROORGANISMA
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
6
MATA PELAJARAN Sains
TAHUN 6 ADIL
TEMA / TAJUK Sains Hayat / Mikroorganisma
MASA 60 minit
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1.2
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran, murid-murid dapat : a) Menyatakan mikroorganisma bernafas b) Mengitlak bahawa mikroorganisma adalah benda hidup
kerana menjalani proses hidup
KPS Memerhati, Membuat inferens, berkomunikasi
AKTIVITI
Orientasi : 1. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai benda hidup
Guru: Apa ciri benda hidup yang telah kamu pelajari? Jawapan murid : Bernafas, bergerak, membiak dan membesar
Guru: Bagaimana pula dengan mikroorganisma yang telah kamu kenal jenis dan contohnya? Adakah mikroorganisma juga benda hidup? (terima sebarang jawapan murid)
Aktiviti 1: 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Ketua kumpulan diminta untuk mengambil bahan-bahan yang
telah disediakan. 3. Murid menjalankan penyiasatan terhadap yis. (Lembaran
Aktiviti 1) 4. Murid melaporkan pemerhatian mereka terhadap aktiviti yang
telah dijalankan.
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
7
Aktiviti 2: 1. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan hasil
penyiasatan yang telah dilakukan. Guru: Apa yang terjadi kepada belon setelah dibiarkan beberapa lama? Murid: Belon membesar, belon berkembang Guru: Menurut pandangan kamu, mengapa belon tersebut mengembang? (terima sebarang jawapan murid) Guru: Apabila kamu bernafas, apa yang kamu hembus? Murid: Udara, karbon dioksida
2. Guru membimbing murid untuk mengaitkan pernafasan dengan pengembangan belon yang diletakkan pada mulut botol.
3. Guru meneruskan sesi soal jawab mengenai proses hidup yang dilalui oleh benda hidup.
Guru: Pernahkah kamu melihat kulapuk pada roti? Murid: Pernah Guru: Apa yang akan terjadi pada kulapok roti sekiranya kamu membiarkannya untuk beberapa hari lagi? Murid: Semakin banyak, bertambah
Guru: Itu membuktikan kulapuk roti juga membiak dan membesar
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
8
Aktiviti 3:
1. Murid menonton tayangan video yang menunjukkan pergerakan mikroorganisma.
Guru: Selepas kamu melalui aktiviti hari ini, adakah kamu berpendapat mikroorgansma adalah benda hidup Murid: Ya Guru: Mengapa kamu berkata begitu? Murid: Mikroorganisma membuat/menjalankan semua proses hidup seperti manusia.
BAHAN P&P Yis, botol plastik, belon
EMK
REFLEKSI
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
9
LEMBARAN PENYIASATAN 1
1. Apa bahan yang diberi:
a) ____________________________________________
b) ____________________________________________
c) ____________________________________________
2. Apa yang saya perlu buat dengan bahan-bahan yang diberi?
a) ___________________________________________________________
b) ___________________________________________________________
c) ___________________________________________________________
3. Apa yang saya perhatikan selepas 15 minit?
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
10
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SAINS
TAHUN 6
INTERAKSI ANTARA HAIWAN
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
11
MATA PELAJARAN Sains
KELAS 6 Bestari
TEMA/ TAJUK Sains Hayat / Interaksi antara haiwan
MASA 60 minit
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1.1 dan 4.1.2
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan bahawa haiwan hidup berkumpulan dan hidup
bersendirian 2. Memberikan contoh-contoh haiwan hidup berkumpulan dan
haiwan hidup bersendirian. 3. Memerihalkan kelebihan dan kekurangan haiwan hidup
berkumpulan dan hidup secara bersendirian.
KPS
Memerhati , Berkomunikasi dan Mengelas.
AKTIVITI
Aktiviti 1:
1. Murid ditunjukkan gambar haiwan-haiwan. (lipan, semut, kerbau, singa, tikus, lipas, kuda belang dan harimau)
2. Murid diminta melekatkan gambar haiwan-haiwan tersebut pada
peta bulatan di papan putih dan menamakan haiwan-haiwan tersebut.
3. Guru mengemukakan soalan di mana biasanya haiwan-haiwan itu ditemui .
Aktiviti 2: 1. Murid menonton video tentang cara hidup haiwan.
2. Murid ditanya apa yang mereka perhatikan tentang cara hidup
haiwan.
3. Semua jawapan murid diterima oleh guru.
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
12
Aktiviti 3:
1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan kad gambar haiwan/model haiwan dan dikehendaki berbincang sama ada haiwan tersebut hidup secara berkumpulan dan bersendirian.
3. Wakil setiap kumpulan dikehendaki bergerak ke stesen yang dilabel ‘Hidup Berkumpulan’ atau stesen ‘Hidup Bersendirian’
4. Setiap wakil akan menyatakan mengapa mereka bergerak ke arah stesen berkenaan.
Aktiviti 4:
1. Murid menonton tayangan video animasi yang menunjukkan
kelebihan dan kekurangan haiwan hidup berkumpulan dan bersendirian.
2. Murid diminta menyatakan kelebihan dan kekurangan haiwan yang hidup berkumpulan dan bersendirian dalam peta pokok.
3. Murid dan guru berbincang tentang kelebihan dan kekurangan haiwan hidup berkumpulan dan bersendirian berdasarkan peta pokok yang dilakarkan oleh murid.
4. Hasil kerja murid dipaparkan di papan putih.
Aktiviti 5
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid ( Lembaran 1 )
2. Murid diminta mengelaskan haiwan-haiwan berkenaan kepada haiwan hidup berkumpulan dan haiwan hidup bersedirian.
EMK Nilai Murni , Kreativiti
BBB Gambar haiwan, tayangan video,Lembaran kerja 1,Kertas mahjung
REFLEKSI
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
13
PETA BULATAN
HAIWAN
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
14
Aktiviti 2 - KAD TUGASAN
1. Murid telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan satu kumpulan terdiri daripada
6 orang ahli.
2. Murid diberikan satu gambar haiwan atau model haiwan yang maujud untuk
setiap kumpulan.
3. Murid dikehendaki berbincang sesama ahli kumpulan tentang gambar haiwan
yang telah diberi oleh guru tentang haiwan tersebut ‘Hidup Berkumpulan atau
Hidup Bersendirian’.
4. Murid diberi masa 2 minit untuk berbincang sesama ahli kumpulan tentang
keputusan berdasarkan gambar tersebut sama ada haiwan tersebut ‘Hidup
Berkumpulan atau Hidup Bersendirian’.
5. Wakil setiap kumpulan dikehendaki bergerak ke stesen sama ada ke stesen
“Haiwan Berkumpulan” atau “Haiwan Bersendirian” yang telah disediakan oleh
guru.
6. Murid akan bersoal jawab dengan guru tentang kenapa mereka telah memilih
stesen tersebut.
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
15
KAD GAMBAR
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
16
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
17
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
18
LEMBARAN KERJA
Kelaskan haiwan – haiwan yang berikut mengikut kumpulan yang betul dan lengkapkan
peta pokok di bawah:
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
19
Peta pokok untuk lembaran kerja 1
CARA HIDUP HAIWAN
HIDUP BERSENDIRIAN HIDUP BERKUMPULAN
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
20
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SAINS
TAHUN 6
TUMBUHAN TERANCAM
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
21
MATA PELAJARAN Sains
KELAS 6 Cemerlang
TEMA / TAJUK Sains Hayat / Tumbuhan
MASA 60 minit
STANDARD
PEMBELAJARAN 5.1.3 dan 5.1.4
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran murid-murid dapat,
1.Menyatakan contoh tumbuhan yang terancam.
2.Menjelaskan melalui contoh faktor ancaman terhadap
tumbuhan dan cara mengatasinya.
KPS Memerhati , Membuat inferens , Berkomunikasi
AKTIVITI
Orientasi (5 minit) 1. Murid mendengar dan menyanyi bersama-sama video lagu
Hijau nyanyian Zainal Abidin. ( Lirik lagu disertakan dalam lampiran 1 ) (http://www.youtube.com/watch?v=68PJW15iJSw ) 2. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru : Daripada lagu ini, apakah aktiviti yang kamu boleh perhatikan? Murid : Menebang pokok/ Kemusnahan alam/ Pencemaran.
Pencetusan idea (10 minit) 1. Guru menunjukkan gambar beberapa jenis bunga kepada
murid.
2. Guru meminta murid melabelkan gambar dengan nama tumbuhan hasil pembacaan artikel yang diberi.
3. Murid mula melabel gambar dengan kata nama khas yang sesuai yang terdapat dalam artikel.
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
22
Penstrukturan idea (10 minit) 1. Murid menonton tayangan slaid / gambar contoh tumbuhan
terancam. (melalui tayangan slaid / gambar ini, murid akan menentukan sendiri sama ada mereka telah melabel dengan betul atau tidak)
Guru : Pernahkah anda menemui pokok ini di persekitaran rumah/kawasan kediaman anda? Murid : Tidak cikgu. Guru : Di manakah bunga ini boleh dijumpai ? Murid : Hutan (terima sebarang jawapan) Guru : Mengapakah bunga ini susah ditemui ? Murid : Ia hanya hidup di hutan yang tertentu sahaja/pokok ini tidak banyak di Malaysia / semakin terancam (terima sebarang jawapan) Guru : Kenapa tumbuhan tersebut terancam?
Murid : Hutan terbakar/ banjir/ pokok di tebang (terima sebarang jawapan) Guru : Adakah kita biarkan sahaja situasi ini terus berlaku? Murid : Tidak. Guru : Apa yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini?
Murid : Panggil bomba / Tanam pokok / Elakkan pembakaran hutan (terima sebarang jawapan)
Catatan : Guru menambah baik jawapan murid
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
23
Aplikasi idea (25 minit) 1. Murid melakukan aktiviti berkumpulan.
2. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan yang terdiri
daripada 6 orang ahli.
3. Setiap kumpulan diberikan kad gambar tumbuhan dan dikehendaki berbincang faktor ancaman dan cara mengatasi.
4. Wakil setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan dalam bentuk peta pemikiran dengan bimbingan guru.
Catatan :
Guru digalakkan mendapatkan gambar penuh pokok merangkumi ciri-ciri, akar dan sebagainya. Jika tumbuhan berkenaaan berada di persekitaran guru digalakkan menunjukkan tumbuhan sebenar.
Refleksi (10 minit) 1. Guru dan murid berbincang mengenai jawapan dari
lembaran kerja yang telah dijawab oleh murid.
2. Guru mengaitkan set induksi tadi dengan hasil pembelajaran.
Pengayaan Murid membina replika bunga Rafflesia dalam kumpulan dengan bahan-bahan buanga (mengikut kesesuaian murid dan sekolah)
EMK TMK, Kreativiti Bahasa dan Nilai
BAHAN BANTU
BELAJAR
lagu , slaid , kad gambar , TMK , artikel berkenaan jenis-jenis
tumbuhan terancam berserta penerangan (diberi sebelum
pengajaran)
REFLEKSI Lembaran 1
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
24
LAMPIRAN Aktiviti 1
Lirik Lagu Hijau – Zainal Abidin
Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar Siapa yang melihat Di kala kita tersedar Mungkinkah terlewat
Korupsi, oppressi, obsessi diri Polussi, depressi di bumi kini
Oo… anok-anok Tok leh meghaso mandi laok Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi Keno make asak hok biso, weh Pase maknusio Seghemo bendo-bendo di dunio Tok leh tahe Sapa bilo-bilo
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
25
KAD TUGASAN 1
Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :
1. Nama tumbuhan
2. Faktor ancaman tumbuhan ini.
3. Cara mengatasi daripada ancaman.
Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil
perbincangan.
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
26
KAD TUGASAN 2
Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :
1. Nama tumbuhan
2. Faktor ancaman tumbuhan ini.
3. Cara mengatasi daripada ancaman.
Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil
perbincangan.
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
27
KAD TUGASAN 3
Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :
1. Nama tumbuhan
2. Faktor ancaman tumbuhan ini.
3. Cara mengatasi daripada ancaman.
Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil
perbincangan.
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
28
KAD TUGASAN 4
Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :
1. Nama tumbuhan
2. Faktor ancaman tumbuhan ini.
3. Cara mengatasi daripada ancaman.
Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil
perbincangan.
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
29
KAD TUGASAN 5
Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :
1. Nama tumbuhan
2. Faktor ancaman tumbuhan ini.
3. Cara mengatasi daripada ancaman.
Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil
perbincangan.
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
30
PETA PEMIKIRAN
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
31
Lembaran Kerja
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Jadual menunjukkan bilangan pokok meranti di sebuah habitat semula jadi.
Tahun 1995 2000 2005 2010 2015
Bilangan
pokok
meranti
970 860 740 610
1. Apakah corak perubahan bilangan pokok meranti dari tahun 1995 hingga 2010.
__________________________________________________________
2. Nyatakan dua sebab ( inferens ) tentang perubahan bilangan pokok meranti dari
tahun 1995 hingga 2010 ?
________________________________________________________________
3. Nyatakan tiga cara untuk mengatasi tumbuhan daripada ancaman?
i. __________________________________________________
ii. _________________________________________________
iii. __________________________________________________
4. Ramalkan bilangan pokok meranti pada tahun 2015 ?
__________________________________________________________________
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
32
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SAINS
TAHUN 6
DAYA
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
33
MATA PELAJARAN Sains
TAHUN 6 STIGMA (30 orang)
TEMA / TAJUK Sains Fizikal / Daya
TEMPOH MASA 60 minit
STANDARD PEMBELAJARAN
6.2.1, 6.2.2
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran, murid-murid dapat : c) Menyatakan maksud daya geseran d) Menjalankan eksperimen bagi mengenal pasti jarak
gerakan objek di atas 4 permukaan yang berbeza
KPS Mengeksperimen
AKTIVITI Aktiviti 1: 2. Guru memanggil seorang murid untuk menolak objek yang
berat di atas lantai kelas. (contohnya kotak yang diisi benda berat). Guru : Sukar atau mudah untuk kamu menolak kotak tersebut? Murid : Mudah Guru: Bagaimana pula jika kamu menolak kotak tersebut berada atas permaidani? Murid: Mungkin lebih sukar (terima sebarang jawapan murid)
Guru: Mengapa terjadi demikian? Murid: Kerana permukaan permaidani lebih kasar / banyak bulu
3. Guru menerangkan mengenai daya geseran yang berlaku pada kotak yang digerakkan di atas permukaan (boleh menggunakan Lampiran A sebagai bahan bantu).
4. Guru meminta murid menguji sendiri pendapat mengenai sukar atau senang menolak sesuatu yang berat pada permukaan berlainan melalui aktiviti seterusnya.
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
34
Aktiviti 2: 2. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
3. Murid-murid diminta menjalankan satu eksperimen untuk
mengkaji sama ada jenis permukaan mempengaruhi jarak pergerakan kereta mainan.
4. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua, seorang pencatat dan yang selebihnya akan mengukur jarak pergerakan kereta mainan secara bergilir-gilir.
5. Setiap kumpulan dibekalkan dengan Lembaran
Penyiasatan untuk membantu mereka menjalankan ekpserimen tesebut.
6. Setiap kumpulan diberikan tempoh selama 6-8 minit bagi
setiap permukaan untuk diuji. *Guru dicadangkan menggunakan wisel untuk mengawal murid. Setiap kumpulan disarankan agar menjalankan percubaan sebanyak 3 atau 4 kali bagi mendapatkan kejituan jawapan. 7. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil kerja
kumpulan di hadapan makmal. 8. Murid berbincang dengan guru hasil dapatan eksperimen
yang dijalankan.
9. Murid membuat kesimpulan mengenai daya geseran dengan bimbingan guru.
BAHAN P&P Papan 1 m, pita pengukur, kereta mainan, permukaan bersimen, permukaan berjubin, permukaan bertar, permukaan plastik, lembaran penyiasatan
EMK Sains dan Teknologi dan nilai murni
REFLEKSI
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
35
LAMPIRAN A
Aktiviti : Objek ditolak ke arah kanan.
objek
permukaan arah gerakan
lantai
Konsep 1:
Geseran terhasil apabila dua permukaan bersentuhan
( Objek bersentuhan dengan permukaan lantai semasa bergerak)
objek
permukaan arah gerakan
lantai
arah geseran
Konsep 2:
Geseran menentang arah gerakan sesuatu objek.
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
36
LEMBARAN PENYIASATAN
4. Apa bahan yang diberi kepada kumpulan:
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
5. Pada pendapat saya:
a. Kereta mainan akan bergerak paling jauh di atas permukaan
_______________
b. Kereta mainan akan bergerak paling dekat di atas permukaan
______________
6. Apa yang perlu dilakukan untuk menguji kesukaran kereta mainan bergerak di
atas permukaan yang berlainan?
a) ___________________________________________________________
b) ___________________________________________________________
c) ___________________________________________________________
d) ___________________________________________________________
e) ___________________________________________________________
f) ___________________________________________________________
jarak dilalui
landasan
batu-bata
Kereta mainan
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
37
7. Apa yang saya perhatikan dan rekodkan?
8. Perbincangan:
a) Pada permukaan manakah kereta bergerak dengan jarak yang paling
dekat?
___________________________________________________________
b) Berikan inferens berdasarkan jawapan di (a).
___________________________________________________________
c) Pada permukaan manakan kereta bergerak dengan jarak yang paling
jauh?
___________________________________________________________
d) Berikan inferens berdasarkan jawapan di (c).
___________________________________________________________
e) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai daya pada pemukaan
yang telah kamu uji?
Jenis Permukaan Jarak yang dilalui oleh kereta
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
38
MODUL PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
SAINS
TAHUN 6
PENGAWETAN MAKANAN
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
39
MATA PELAJARAN Sains
KELAS
6 IXORA
TEMA / TAJUK Sains Bahan / Pengawetan Makanan
STANDARD PEMBELAJARAN
8.1.1 , 8.1.2
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Murid boleh: i) Menjelas dengan contoh ciri-ciri makanan yang telah
rosak melalui pemerhatian pada makanan yang sebenar.
ii) Menentukan faktor air boleh mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma secara penyiasatan.
TEMPOH 60 minit
SUMBER makanan yang segar dan yang telah rosak(susu , roti , kek, buah limau, kari ayam , Ikan, kuih, strawberi, bayam, nasi), kanta pembesar
SPS Pemerhatian ,Membuat inferens, Berkomunikasi, Meramal, Mentafsir data, Menggunakan perhubungan ruang dan masa.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid telah mempelajari tentang jenis-jenis mikroorganisma dan kerosakan makanan disebabkan oleh mikroorganisma.
AKTIVITI Aktiviti 1: 1. Murid bersoaljawab dengan guru:
Guru: Adakah kamu minum susu? Apakah rasanya? Murid: Pernah. Rasanya sedap Guru: Jika susu tersebut dibiarkan beberapa hari , apa akan
terjadi kepada susu berkenaan? Murid: Rasa tak sedap, bau busuk/masam Guru: Apakah yang menyebabkan kerosakan makanan? Murid: Letak di luar peti ais/ ada kuman (terima sebarang jawapan murid)
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
40
Aktiviti 2: 1. Murid ditunjukkan dua gelas susu. (susu tidak rosak dan
susu telah rosak) Guru: Apakah perbezaan cecair dalam kedua-dua gelas? (terima sebarang jawapan murid berdasarkan pemerhatian mereka)
2. Kemudian murid ditunjukkan 2 keping roti. (roti berkulat dan tidak berkulat) Guru: Apa pula perbezaan pada kedua-dua keping roti ini? (terima sebarang jawapan murid berdasarkan pemerhatian mereka)
Catatan: Jawapan murid tidak dibetulkan pada ketika ini tetapi dicatat untuk perbincangan di fasa refleksi.
Aktiviti 3: 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan 2 sampel makanan yang
berbeza iaitu makanan yang telah rosak dan yang belum rosak. (Contoh: roti, kuih, buah strawberi, bayam, nasi).
3. Murid membuat pemerhatian ke atas sampel makanan
menggunakan kanta pembesar. 4. Murid diminta menyenaraikan hasil pemerhatian di atas
yang diberikan dengan bantuan peta bulatan. 5. Wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil
pemerhatian dan dibimbing oleh guru.
6. Murid dikehendaki mengaitkan ciri-ciri makanan yang telah rosak berpandukan hasil pemerhatian.
7. Murid dikehendaki menjawab soalan dalam lembaran kerja 1 dan 2.
8. Murid diberi masa untuk menjawab kemudian dibincang dalam kelas.
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
41
Aktiviti 4: 1. Murid bersoaljawab dengan guru.
Guru: Pada pendapat kamu, mengapa susu dan roti tadi boleh menjadi rosak? Murid: Mikroorganisma/kuman/bakteria
Guru: Apakah faktor yang memudahkan mikroorganisma membiak pada makanan?
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 3. Setiap kumpulan diberikan 2 keping roti. Murid melakukan aktiviti berikut pada roti tersebut. Roti A : Direnjis dengan air Roti B : Tidak direnjis dengan air
Kedua-duanya dimasukkan ke dalam plastik yang berlainan dan diikat serta diletakkan di meja belakang bilik sains.
4. Murid diminta membuat pemerhatian dan merekod
keadaan permukaan roti berkenaan setiap hari selama seminggu.
5. Murid dimaklumkan perbincangan lanjut mengenai penyiasatan ke atas faktor yang mempengaruhi mikroorganisma berkenaan pada masa akan datang.
Aktiviti 5: 1. Murid diminta merujuk kepada jawapan soaljawab semasa
Aktiviti 2 untuk dibandingkan dengan idea yang baru dipelajari.
2. Murid diminta membuat pembetulan jika idea awal mereka tidak betul atau tidak lengkap.
3. Murid bersoaljawab dengan guru dalam membuat rumusan.
Apakah yang menyebabkan makanan rosak?
Apakah ciri-ciri pada makanan rosak?
EMK Bahasa, nilai murni
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
42
BBM Susu segar, susu masam, roti, roti yan berkulapok, kuih, buah, sayuran, nasi, kanta pembesar
REFLEKSI
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
43
LEMBARAN KERJA 1
Arahan: Lengapkan jadual di bawah.
MAKANAN CIRI-CIRI MAKANAN
ROSAK
DERIA YANG
DIGUNAKAN
nasi
susu
daging
sayuran
roti
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
44
LEMBARAN KERJA 2
Tuliskan keadaan/ciri makanan apabila menjadi rosak.
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
45
PETA PEMIKIRAN
Arahan : Isikan maklumat berkenaan pada peta pemikiran di bawah.
CIRI- CIRI
MAKANAN
ROSAK
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
46
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SAINS
TAHUN 6
BAHAN BUANGAN
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
47
MATA PELAJARAN Sains
TAHUN 6 DAHLIA
TEMA / TAJUK Sains Fizikal / Bahan Buangan
TEMPOH MASA 60 minit
STANDARD PEMBELAJARAN
9.1.3, 9.1.4
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Murid akan dapat iii) Menyatakan maksud bahan buangan
terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi. iv) Mengelaskan bahan buangan kepada bahan
buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi
KPS Memerhati, Mengelas, Berkomunikasi
AKTIVITI Aktiviti 1: 1. Guru menayangkan slaid gambar berkaitan bahan
buangan. 2. Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan gambar
tersebut.
Apakah yang kamu lihat tadi?
Apakah barang-barang yang sering kamu buang? Aktiviti 2: 1. Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberikan gambar yang menunjukkan
jenis bahan buangan. 3. Murid diminta mengenalpasti jenis bahan buangan pada
gambar. 4. Murid melengkapkan peta pokok bagi mengelaskan
contoh bahan buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi pada kertas mahjong dalam kumpulan kecil .
*Semua jawapan murid dipamerkan kepada kelas tanpa membincangkan jawapan yang telah diberikan.
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
48
Aktiviti 3: 1. Murid menonton tayangan video tentang proses
pereputan bahan buangan. (Guru boleh juga menggunakan gambar untuk menunjukkan proses pereputan)
2. Murid membuat sumbang saran tentang maksud bahan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi berdasarkan tayangan video.
Apakah yang berlaku pada bahan buangan dalam tayangan tadi?
Nyatakan maksud bahan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi berdasarkan pendapat anda?
3. Murid merumuskan maksud bahan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi dengan bimbingan guru.
Aplikasi Idea ( 20 minit) 1. Murid mengumpul maklumat keratan akhbar dan
membuat perbincangan dalam kumpulan kecil tentang kebaikan yang boleh diperolehi daripada bahan buangan terbiodegradasi.
2. Murid membentangkan hasil perbincangan mereka. (Cadangan aktiviti lain : puzzle berkaitan jenis bahan
buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi)
Refleksi (5 minit) 1. Guru meminta murid menilai semula peta pokok di awal
pembelajaran. 2. Murid diminta membuat buku skrap secara berpasangan
berkaitan bahan buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi.
BBM Gambar bahan buangan, video, kertas mahjong, akhbar
EMK Keusahawanan dan nilai murni
PENTAKSIRAN Peta pokok dan buku skrap
PEMULIHAN Guru membantu memurnikan peta pokok
PENGAYAAN Murid-murid menghasilkan buku skrap
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
49
GAMBAR BAHAN BUANGAN
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
50
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
51
MODUL PdP SAINS TAHUN 6
52