Download - Modul Pembelajaran Asas Grafik
Objektif
Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid akan dapat : Menjelaskan maksud grafik Mencirikan bentuk-bentuk grafik Penggunaan grafik dalam komunikasi visual Sumbangan grafik dalam kehidupan
Pendahuluan
Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej. Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital.
Aktiviti 1:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan grafik?
- bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, contengan, perkataan, simbol dan gambar
- gambaran bukan fotografi, dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran tertentu.
2. Berikan maksud ikon-ikon/simbol-simbol di bawah:
1
UNIT 1 : ASAS GRAFIK
Aktiviti 2: Mencirikan bentuk-bentuk grafik.
1. Nyatakan bentuk-bentuk grafik di bawah:
Jawapan: ( Carta,gambar 3D, Kartun, Gambar2D, Ilustrasi,Tipografi Imej foto yang dimanipulasikan)
2. Berikan contoh-contoh grafik yang sedia ada (dari clipart, imej imbasan – akhbar, buku atau majalah) mengikut bentuk-bentuk grafik.
2
Aktiviti 3:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi visual?
2. Reka bentuk komunikasi visual boleh diklasifikasikan kepada
2.1 Reka bentuk grafik 2.2 Reka bentuk multimedia2.3 Reka bentuk web
Cari maklumat tentang reka bentuk grafik yang berikut. identiti produk dan korporat pembungkusan reka bentuk penerbitan bahan-bahan ‘collateral’
3. Berikan contoh kegunaan grafik pada reka bentuk grafik yang di atas
Nota Guru: Contohnya kegunaan grafik pada reka bentuk kotak pembungkusan dan kulit buku. Contoh-contoh yang dibawa oleh pelajar boleh dibincang bersama dari aspek jenis-jenis grafik dan kaitannya dengan grafik digital.
Aktiviti 4:
1. Nyatakan peranan dan sumbangan grafik dalam kehidupan.
Lebih menarik – dapat meransang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek.
Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas seperti ‘Mudah Terbakar’ , ‘Merbahaya’, ‘Jimatkan Air’ dan lain-lain.
Membantu meningkatkan daya ingatan – teks dan gambar boleh membantu mengingat dengan lebih baik berbanding dengan teks sahaja.
Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai.
Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar.
Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.
3
Objektif
Diakhir pembelajaran unit, pelajar dapat:
Menamakan jenis-jenis grafik digital Mengenalpasti ciri-ciri grafik digital Membanding beza antara grafik bitmap dan vektor Mengetahui sumbangan grafik dalam kehidupan.
Aktiviti 1 :
Menamakan jenis-jenis grafik digital
a. Imej Vektor
- terdiri daripada garisan, garis lengkung, kotak, bulatan, poligon dan lain-lain.
- Boleh diisi dengan warna dan corak, digubah, diubahsuai saiznya.
b. Imej bitmap (imej peta bit)
- terdiri daripada elemen kotak-kotak kecil pada skrin komputer atau pencetak yang dikenali sebagai piksel. Setiap piksel mewakili pelbagai peringkat warna seperti:
1 bit – monokrom hitam dan putih 4 bit – 16 warna 8 bit – 256 warna 16 bit – 32,786 24 bit – 8,388,608 32 bit – 2,147,483,648
Aktiviti 2 :
Mengenalpasti ciri-ciri grafik digital
1. Teks
- paling asas dan luas penggunaannya- sumber penyampaian maklumat utama
2. Grafik
- maklumat atau informasi yang disampaikan sama ada dalam bentuk tulisan, lukisan, lakaran atau gambar dalam bentuk 2D / 3D
- Penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks.
4
UNIT 2 : GRAFIK DIGITAL
- Sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana mesej yang diterima oleh penglihatan dapat diterima secara terperinci dan daya ingatan yang tinggi
3. Audio- Dapat menarik perhatian dan tumpuan penonton- Maklumat yang kompleks dapat disampaikan secara berkesan- timbul keseronokan dan minat
4. Video- mampu menyerupai keadaan sebenar dan mempunyai emosi
5. Animasi- gambaran pergerakan bagi sesuatu objek pegun atau statik- persembahan yang lebih dinamik serta menarik
Aktiviti 3 :
Membanding beza antara grafik bitmap dan vektor.- Lakar abjad di atas kertas graf bagi menjelaskan perbezaan di antara kedua jenis
grafik digital.
Aktiviti 4 :
Mengetahui sumbangan grafik dalam kehidupan.
a. Lebih menarik – dapat merangsang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek
b. Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas spt. “Mudah Terbakar”, “Merbahaya”, “Jimatkan Air”dan lain-lain.
c. Membantu meningkatkan daya ingatan – teks dan gambar boleh membantu mengingat dengan lebih baik berbanding dengan teks sahaja.
d. Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai.
e. Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar.
f. Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.
5
Objektif
Diakhir pembelajaran menggunakan modul ini, murid akan dapat:
Mengenalpasti elemen Seni Visual yang terdapat serta menggunakannya dalam sesuatu karya grafik.
Menyatakan 6 elemen rekaan Seni Visual yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Aktiviti 1
Rekaan grafik dihasilkan melalui pengolahan elemen dan prinsip rekaan Seni Visual. Elemen-eleman ini terbahagi kepada enam (6) jenis iaitu:
1. Garisan (Latihan kepada pelajar melukis elemen-elemen tersebut dalam ruangan yang disediakan sebagai aktiviti pengukuhan)
Nyatakan jenis garisan di atas, dan lakarkan garisan-garisan lain yang boleh diperolehi dari toolbar drawing (menggunakan Microsoft/ Free hand)
mmmGeometri
Nyatakan dan lakarkan rupa-rupa geometrik lain yang anda ketahui
Organik
6
UNIT 3 : ELEMEN REKAAN
Lukiskan beberapa rupa organik dengan menggunakan toolbars scribble
2. Rupa positif dan rupa negatif
Lukiskan satu grafik yang menampakkan kesan rupa positif dan negatif dengan menggunakan toolsbar autoshape
3. Bentuk
Nyatakan dan lakarkan bentuk-bentuk asas lain yang anda ketahui.
Olahan garisan, tekstur dan warna menimbulkan bentuk
4. Warna
4.1 Warna pigmentLengkapkan jenis-jenis warna yang terdapat dalam roda warna dalam petak yang disediakan.
Warna Asas- kuning, biru, merah
Warna Sekunder- jingga, ungu, hijau
Warna Tertier- kuning kejinggaan, kuning kehijauan, hijau kebiruan, ungu kebiruan, ungu kemerahan,
7
4.2 Warna Paparan Elektronik
Warna yang terdapat pada monitor komputer adalah terdiri daripada bintik-bintik warna yang dikenali sebagai pixel.
i. Warna RGBOlahan/ gubahan warna ini digunakan pada grafik untuk paparan skrin monitor sahaja, kerana menggunakan pixel yang rendah.
RedGreenBlue
ii. Warna CYMK/ warna percetakanWarna ini digunakan apabila grafik yang dihasilkan perlu dicetak; memerlukan proses cetakan 4 warna dakwat cetakan ia itu cyan, magenta, yellow dan black. K merujuk pada warna ,black (hitam) Proses cetakan 4 warna ini adalah untuk menghasilkan imej yang berwarna.
MagentaCyanYellowK (Black)
iii. Warna HSLHue, saturation, dan lightness adalah ciri-ciri olahan warna yang digunakan semasa memanupulasi warna pada imej di skrin komputer.
5. Ruang
Apakah peranan ruang dalam reka letak sesuatu paparan grafik?
i) Menimbulkan keselesaan dan keharmonian.ii) Memberi imbangan pada reka letak/ grafik.iii) Menimbulkan imej atau teks pada sesuatu
reka letak.iv) Menimbulkan kesan perspektif.
Bagaimana menimbulkan ruang dalam grafik?
8
Cara rupa/bentuk diolah Susunan
Kedudukan subjek (perspektif saiz)
Perpektif warna (Suhu warna)
Jalinan/tekstur perpekstif Berlainan saiz
Susunan yang berturutan Tahap kekaburan subjek melalui olahan garisan dan
tekstur
Perubahan garisan linear
1.6 Tekstur (Jalinan) 1.6.1 Apakah jenis tekstur yang dipaparkan di bawah? 1.6.2 Apakah kesan tampak bagi setiap tekstur berikut?
9
Objektif
Di akhir pembelajaran unit ini, murid akan dapat:
Mengetahui prinsip-prinsip Rekaan Seni Visual Memperihalkan hasil Grafik berdasarkan prinsip-prinsip Rekaan Seni Visual Mengaplikasikan prinsip Rekaan Seni Visual dalam penghasilan grafik
Aktiviti 1:
2. Mengenal ciri-ciri prinsip Rekaan Seni Visual
1.1. Keseimbangan - Formal - Tidak Formal
1.2. Harmoni - bentuk- susunan- warna- saiz- irama
1.3. Kontra - bentuk- susunan- warna- saiz- irama
1.4. Penegasan- untuk memberi tumpuan atau fokus pandangan
1.5. Kesatuan - elemen yang wujud antara elemen seni visual yang berfungsi
bersama-sama ; saling lengkap melengkapi antara satu sama lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.
1.6. Pergerakan- elemen-elemen grafik seperti teks dan imej disusun dalam bentuk yang tertentu untuk mengarah pandangan (pergerakan) mengikut keutamaan (penegasan) mesej yang hendak disampaikan
10
UNIT 4 : PRINSIP REKAAN
JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
A. Isikan tempat kosong dengan ciri-ciri prinsip rekaan yang betul (menggunakan clip art yang disediakan)
i.KESEIMBANGAN
Formal Tidak formal
ii. HARMONI
warna saiz bentuk
Susunan irama
iii. KONTRA
warna saiz bentuk
susunanirama
11
v. PENEGASAN
Pilih grafik yang menampakkan penegasan dari Clip Art
vi. KESATUAN
Masukkan teks(tajuk) yang sesuai
Masukkan grafik(dari Clip Art)
Lengkapkan grafik(latar belakang)
vii. PERGERAKAN
Nota: Dalam menghasilkan sesuatu karya, bukan semua prinsip rekaan tersebut diaplikasikan.
12
REPTILIAPAMERAN IT
Aktiviti 2:
Latihan pengukuhanHuraikan ciri-ciri grafik berikut dari aspek prinsip rekaan.
13
Objektif
Diakhir pembelajaran menggunakan modul ini, murid akan dapat:
Menyatakan bagaimana bayangan dihasilkan dalam grafik Memperihalkan olahan ton warna, tekstur dan garisan menimbulkan bayangan
dan bentuk
Aktiviti 1:
Bagaimana bayangan wujud?
Apabila sesuatu objek terkena pancaran sesuatu sumber cahaya, bahagian objek yang terlindung akan membentuk bayangan.
Bagaimana cahaya mempengaruhi keadaan sesuatu bayangan ?
Dengan menggunakan anak panah, tunjukkan arah cahaya
Olahan garisan, warna dan tekstur menghasilkan bayangan pada sesuatu grafik
Lukiskan beberapa bentuk yang menampakkan olahan tersebut.
Dalam perisian manupulasi imej secara digital, bayangan mudah dihasilkan dengan mengawal hue (cerah dan gelap) sesuatu ton warna; atau menggunakan pilihan shadow effect ,teksture atau pattern fill effects.
14
UNIT 5: BAYANGAN DALAM GRAFIK
Aktiviti 2:
Latihan pengukuhan ini dibuat dengan menggunakan menggunakan perisian Photoshop.
Dengan menggunakan ‘magic wand’ lengkapkan rajah berikut dengan ton warna yang sesuai untuk menampakkan kesan bayangan dan bentuk.
15
Contoh hasil
Objektif
Diakhir unit pembelajaran ini, murid akan dapat:
Menyatakan peranan warna dan tekstur dalam Seni Visual (grafik)
Memperihalkan kesan warna pada hasil grafik dari aspek mood, tona, keharmonian, dan kontra.
Memperihalkan kesan tekstur pada hasil grafik dari aspek mood, menimbulkan bentuk, ruang, dan kepelbagaian.
Aktiviti 1:
Latihan
A. Nyatakan kesan warna pada hasil grafik tersebut.
i. Mood
ceria sedih tenang
marah rimas menakutkanCari beberapa grafik dan nyatakan mood yang wujud dari kesan
warna yang terdapat pada grafik tersebut
ii. Tona
16
UNIT 6: PERANAN WARNA DAN TEKSTUR
menimbulkan bentuk menimbulkan keharmonian
menimbulkanruang
iii. Harmoni - Gabungan warna yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama
Berikan tiga contoh grafik yang menunjukkan keharmonian warna (dari Clip Art)
iv. Kontra-Gabungan warna yang mempunyai ciri-ciri yang bertentangan :memberi kesan tumpuan dan penegasan
Berikan tiga contoh grafik yang menunjukkan kontra warna (dari Clip Art)
Aktiviti 2:
Latihan
A. Nyatakan kesan tekstur pada hasil grafik tersebut.
i. Mood
bahaya selesa menggerunkan
ii. Menimbulkan bentuk
17
Masukkan tekstur yang sesuai ke dalam rajah di atas(dengan menggunakan fill effect –pattern yang seuai)
iii. Menimbulkan ruang
iv. Menimbulkan kepelbagaian
Masukkan tekstur yang sesuai ke dalam rajah di atas dengan menggunakan fill effect- pattern yang sesuai
Aktiviti 3
Pelajar memperihalkan hasil grafik yang ditunjukkan/ dipaparkan (keratanakhbar, lukisan, poster, dari internet) berdasarkan peranan warna dantekstur dalam rekaan grafik.
Aktiviti 4
1. Menghasilkan karya grafik mudah, yang menampakkan peranan warna/ tekstur
1.1 Menentukan tajuk/tema tugasan (grafik)1.2 Menghasilkan grafik dengan berbantukan komputer
2. Penilaian dan sesi apresiasi hasil grafik.
18
Grafik tanpa tekstur
Objektif:
Diakhir pembelajaran modul pembelajaran ini, murid-murid akan dapat:
Mengetahui tentang maksud dan peranan komposisi dalam grafik. Mengaplikasikan elemen dan prinsip Rekaan Seni Visual dalam komposisi
sesuatu karya grafik.
Aktiviti 1:
Komposisi
Susunan atau satu organisasi elemen rekaan Seni Visual seperti garisan, rupa,dan warna, dengan mengambil kira aspek-aspek prinsip rekaan seperti imbangan untuk menghasilkan karya grafik yang menarik.
Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen dan prinsip rekaan yang dimanupulasikan, sesuatu kandungan dan konteks rekaan grafik itu dapat dinyatakan dengan jelas ;sebagai satu komunikasi visual.
Dalam menghasilkan sesuatu karya, bukan semua elemen dan prinsip rekaan diaplikasikan.
Langkah utama dalam membuat komposisi ialah dengan menentukan rupa bentuk, saiz dan imbangan yang berkaitan dengan dimensi ruang paparan kerja grafik. - Ruang grafik mungkin dalam bulatan empat segi , dan diorientasikan secara
menegak atau melintang
Prinsip Komposisi. - Untuk menghasilkan tarikan visual, satu titik tumpuan (focal point) perlu
dinyatakan.
19
UNIT 7: KOMPOSISI DALAM REKAAN GRAFIK
- Elakkan membuat titik tumpuan ditengah-tengah: alihkan sedikit ke tepi ruang paparan kerja.
- Elakkan membuat gubahan yang membawa tumpuan kesetiap penjuru ruang paparan kerja
- Elakkan membuat komposisi 2 subjek yang diletak secara bertentangan dan meninggalkan ruang kososng di tengah-tengahnya.
- Pemberatan ruang positif di bahagian bawah paparan kerja menghasilkan prinsip imbangan, manakala sebaliknya akan menimbulkan kesan “levity’ dan weightlessness’.
20
- Elakkan membahagikan medan grafik kepada dua bahagian yangsama (imbangan simetri) kerana ia membuat komposisi tidak dramatik atau menarik.
Bincangkan grafik-grafik di bawah ini.
- Meletakkan grafik di luar ruang medan yang tertentu menghasilkan grafik yang mempunyai kesan ruang yang nyata.
Aktiviti 2:
Latihan pengukuhan
Bincangkan contoh grafik berikut dari aspek elemen dan prinsip seni visual; berkaitan tajuk di atas.
21
Objektif
Diakhir pembelajaran unit ini pelajar akan dapat:
1. Pelajar dapat membuat tafsiran karya grafik berdasarkan aspek subject matter.2. Pelajar dapat membuat tafsiran karya grafik berdasarkan aspek nilai estetika
berpandukan elemen dan prinsip Seni Visual.3. Pelajar dapat membuat tafsiran karya grafik berdasarkan aspek batasan idea
seperti teks dan grafik yang dikemukakan bersesuaian dengan tajuk yang dipilih.4. Pelajar dapat menghasilkan dan mempersembahkan satu karya grafik mudah
(lukisan, kartun, gambar 2D,montaj, kolaj dll) dengan kefahaman tentang aspek subject matter, nilai estetika dan batasan idea/rekaan.
Aktiviti 1:
1. Mengenalpasti dan membuat tafsiran serta berbincang dengan guru berdasarkan contoh karya grafik yang disediakan dari aspek:
1.1. Subject matter /konsep idea yang diutarakan dalam karya tersebut bersesuaian dengan tajuk/tema.(Nota: Subject matter ialah hal benda atau idea keseluruhan yang digunakan dalam penghasilan sesuatu karya.)
1.2. Nilai Estetika dari aspek :
1.2.1 Elemen Rekaan Seni Visual- garisan- rupa- bentuk- warna- ruang- tekstur
1.2.2 Prinsip Rekaan Seni Visual - keseimbangan- keharmonian- kesatuan- penegasan- kontra- pergerakan
1.3 Batasan idea/ rekaan
Tidak semestinya semua elemen dan prinsip rekaan digunakan dalam sesuatu karya.
22
UNIT 8: KOMUNIKASI VISUAL
Aktiviti 2:
1. Menghasilkan karya grafik yang mudah dengan memberi penumpuan kepada:
1.1 Pemilihan subject matter yang berkaitan dengan tajuk/tema karya grafik.
1.2 Membuat lakaran idea karya grafik:1.2.1 Mengenalpasti dan mengumpul elemen-elemen yang diperlukan
untuk menghasilkan karya grafik:1.2.2 Menghasilkan sendiri –menggunakan peralatan dan perisian
tertentu seperti Adobe Photoshop dan Free Hand.1.2.3 Memperolehi bahan grafik daripada sumber sedia ada-
dipindahkan dari sumber bercetak kepada bentuk persembahan elektronik menggunakan peralatan seperti pengimbas (scanner).
1.2.4 Memperolehi imej/bahan grafik daripada CD (Clip Art) dan Internet untuk proses penciptaan karya grafik yang baru.
1.2 Penyusunan/ komposisi elemen dan prinsip Seni Visual
1.3 Penggunaan perisian yang sesuai untuk memanupulasi imej
2. Membuat persembahan karya grafik.
3. Membuat sesi apresiasi dan perbincangan tentang karya grafik yang dihasilkan .
23
Ahli Panel Penulis Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer Dan Produksi Multimedia
Penaung: Pengarah PPKTimbalan Pengarah PPK
Penasihat : Tuan Haji Mohd. Aspar bin Haji Dasuki Ketua Bidang, Bidang Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PPK
Pengerusi : En. Abdul Wahab bin IbrahimKetua Unit, Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PPK
Ketua: En. Shamsul Bahri b. Baharudin (Produksi Multimedia)Penolong Pengarah KurikulumUnit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PPK
En. Mazlan b. Haji Talib (Grafik Berkomputer)Penolong Pengarah Kurikulum Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PPK
Panel Penulis:
En. Jusni bin Nasirun Institut Perguruan DarulamanEn. Tuan Rosdan b. Tuan Muda Institut Perguruan DarulamanEn. Shukri b. Mansor Institut Perguruan DarulamanEn. Ishak b. Othman(Allahyarham) Institut Perguruan DarulamanEn. Zain Hazmi b. Zain Baharin Maktab Perguruan IpohEn. M. Nadarajan Maktab Perguruan IpohEn. Yahya b. Mohamad SMK Kulim, KedahEn. Abdul Jasheer b. Abdullah SMK Mahang, KedahPn. Nik Ruslah bt. Nik Ab. Rahman SMK Alor Janggus, Alor SetarPn. Nor’ain bt. Sulaiman SMK Jitra, KedahEn. P. Sarjit Singh SMK Taman Ria Jaya, Sg. PetaniEn. Ibrahim b. Mat Aris SMKA Al-Irshad, Kepala BatasEn. Zairudin b. Ahmad SMK Datuk Hj. Ahmad Badawi, Kepala BatasEn. Mohd. Nawi b. Haron SMK Laloh, Kuala Krai, KelantanCik Rozilah bt. Mohd. Yusof SMK Permas Jaya, Johor BaharuPn. Normiza bt. Mohd. SMK Anderson, IpohEn. Nordin b. Awang Nor SMK Manek Urai, Kuala Krai, KelantanEn. Mahfudz b. Haji Ahmad SMKA Slim River PerakEn. Arman b. Ishak SMK Raja Lope Nor Rashid, PerakPn. Siti Rosnah bt. Abu Bakar SMK Convent, Ipoh,Perak
Urus Setia (PPK)
En Abu Sulaiman bin IbrahimEn. Hassan b. WahidEn. Abd. Rahman b. IsmailCik Sarina bt. Ibrahim
Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia
24
Ogos 2003
25