Download - Monitor(bab 8)
-
8/14/2019 Monitor(bab 8)
1/16
BAB 3
PENAIKAN TARAF BAHAGIAN LUARAN KOMPUTER
-
8/14/2019 Monitor(bab 8)
2/16
PENAIKAN TARAF MONITOR
-
8/14/2019 Monitor(bab 8)
3/16
3.1.1) Pengenalan
Sejak IMB menghasilkan computer peribadi (PC) yang pertama, monitor telah menjadi
aset penting bagi computer. Sejajar dengan perkembagan computer yang pesat, monitortelah berkembang daripada paparan hitam putih, sehingga ke kepada monitor CRT dan
LCD berwarna. Jika hendak melakukan penaikan taraf monitor, adalah penting untuk
mengenali spesifikasi, piawaian, model serta aspek lain yamg berkaitan dengan monitor
terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.
-
8/14/2019 Monitor(bab 8)
4/16
3.1.2) Mengenali model monitor
Berikut adalah tentang model komputer yang boleh didapati di pasaran.
CRT
Monitor CRT, juga dikenali sebagai monitor tiub sinar katod. Jenis monitor ini
merupakan model umum yang boleh didapati dalam pasaran. Ia terdiri daripada lima
bahagian: Electron gun, Deflection coils, Shadow mask, Phosphor dan skrin cermin.
Berikut merupakan konsep kerja CRT.
Isyarat yang diterima oleh elektron gun akan ditukar menjadi gelombang elektron, dimana penghantaran gelombang elektron ini akan dipercepatkan menerusi satu medan
voltan 10000-30000V. Gelombang elektron ini kemudiannya akan dibias kea rah tertantu
menerusi medan magnet yang dihasilkan oleh deflection coil. Gelombang elektronkemudiannya akan menembusi lubang-lubang kecil pada shadow mask, dan dipantul ke
phosphor, menukarkan keupayaannya kepada tenaga cahaya. Proses ini berlaku dalam
masa sekielip mata sahaja. Cahaya yang dipantul pada phosphor akan menghasilkanpaparan pada skrin monitor.
Kini, monitor CRT masih mendapat sambutan ramai. Bagaimanapun, kemunculan
teknologi monitor LCD, PDP dan lain-lain lagi telah menonjolkan kelemahan monitor
CRT, misalnya saiz yang besar, penghausan kuasa yang banyak, berat dan saiz paparanyang terhad. Namun begitu, harganya yang berpatutan serta teknologinya yang stabil
masih menjadikannya trend utama dalan pasaran computer.
-
8/14/2019 Monitor(bab 8)
5/16
LCD
Teknologi monitor LCD boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, termasuk STN,
DSTN, TFT dan lain-lain lagi, di mana TFT-LCD merupakan teknologi monitor yang
paling popular.LCD, atau paparan hablur cecair menggunakan sinaran tidak langsung dalam keadaan
hablur cecair supaya grafik dapat dilihat oleh oaring ramai. Paparan yang dihasilkan oleh
LCD terdiri daripada kumpulan-kumpulan segmen yang boleh membentuk aksara
individu. Setiap segmen terdiri daripada cecairanisotrop yang biasanya lut sinar yangterletak di antara dua elektron lutsinar. Medan elektrik yang dikenakan merentasi
elektrod-elektrod itu akan menyebabkan kebolehpantulan cecair tersebut berubah dan
segmen itu menjadi legap. LCD tidak menghasilkan cahayanya sendiri dan dengan itumemerlukan pencahayaan dari luar. Walau bagaimanapun, ia mempunyai aliran arus yang
lebih rendah berbanding bentuk-bentuk paparan yang lain.
Walaupun kelebihan monitor LCD banyak berbanding monitor CRT, tetapi harganya
lebih mahal daripada monitor CRT. Selain itu, kadar pembaharuan grafik juga tidak dapatdibandingkan dengan computer CRT. Oleh itu, ia masih lagi berkembang untuk menjadi
trend utama dalam pasaran monitor.
-
8/14/2019 Monitor(bab 8)
6/16
3.1.3)Mengenali penyambungan monitor
Selain daripada mengenali monitor CRT, dan LCD, kita perlu mengambil tahutentang adakah penyambungan monitor tersebut dapatbersepadan dengan kad paparan
atau tidak untuk penaikan taraf. Jika kad paparan yang digunakan mempunyai jenispenyambung D-Sub, maka berhati-hati supaya tidak tersalah beli monitor yang
mempunyai mulut penyambung BNC atau DVI. Keterangan berikut merupakan jenis
penyanbung monitor yang terdapat di pasaran kini.
BNC
Penyambungan BNC digunakan pada skrin profesional. Ia terdiri daripada lima antaramuka, iaitu R (merah), G (hijau), B (biru), HD dan VD. Kelima-lima antara muka akan
bertanggungjawab atas isyarat yang berbeza. Dengan ini, gangguan di antara isyarat yang
berbeza akan dapat dielakkan, malah turut membekalkan lebar jalur isyarat yangberkualiti tinggi. Penyambung ini diaplikasikan pada monitor yang bersaiz 17 inci atau
yang lebih besar. Biasanya, penggunaan penyambung ini adalah untuk memenuhi
keperluan kerja perekaan dan penciptaan grafik, di mana harganya juga agak mahal.Selain daripada itu, penyambung BNC juga perludigunakan bersama dengan kad paparan
yang mempunyai antara muka output yang bersepadan dengannya. Biasanya, computer
untuk kegunaan rumah jarang menggunakan jenis penyambungan ini.
-
8/14/2019 Monitor(bab 8)
7/16
DVI
DVI merupakan singkatan bagiDigital Visual Interface. Antara muka ini ditentukanoleh organisasi DDWG (Digital Display Working Group), tetapi dihasilkan oleh
pengilang terkenal seperti HP, IBM, INTEL dan NEC. Berbeza dengan antara muka VGA
15pin jenis analog, DVI mengaplikasikan cara digital. Pemindahan data secaradigitalmenjadikan kadar penghantaran maklumat imej bertambah cepat, malah berkualitiimej yang dipaparkan juga adalah amat baik.
Biasanya, antara muka ini digunakan pada monitor LCD, Bagaimanapun, ia jugadiaplikasikan pada monitor CRT bagi meningkatkan kecekapan monitor CRT.
Jenis isyarat yang diterima oleh antara muka DVI boleh dibahagikan kepada dua:DVI-I (24+4 pin) dapat menerima isyarat analog dan digital; DVI-V(24pin) pula hanya
dapat menerima isyarat digital.
Jika hendak menai taraf monitor anda kepada monitor LCD, maka sediakan monitoryang mengaplikasikan antara muka DVI. Untuk pengetahuan, terdapat juga sebilangan
monitor LCD yang kurang berkualiti masih menggunakan antara muka VGA.
-
8/14/2019 Monitor(bab 8)
8/16
D-Sub
Antara muka D-Sub merujuk kepada antara muka VGA yang telah disebut dalam
keterangan sebelumnya.Ia merupakan antara muka monitor yang meluas digunakan kini.
Kebanyakkan monitor CRT telah mengaplikasikan antara muka ini, malah sesetengahmonitor LCD yang bertaraf rendah juga menggunakannya.
Perbezaan utama antara muka D-Sub dengan DVIialah, isyarat yang dihantarnya
merupakan isyarat analog, manakala isyarat yang dihantar oleh antara muka DVImerupakan isyarat digital.
3.1.4) Mengenali spesifikasi monitor
Kualiti sesebuah monitor banyak bergantung pada spesifikasi berikut:
Resolusi dan indeks warna
Monitor adalah umpama sebuah papan catur yang dipenuhi oleh buah catur. Piksel-
piksel akan disusun dengan teratur bagi membentuk satu paparan cantik. Resolusi, atauresolution boleh diumpamakan bilangan petak yang terdapat satu papan catur. Semakin
banyakpetak yang terdapat, maka semakin tinggi resolusinya. Resolusi sesebuah monitor
adalah ditentukan oleh saiz monitor, jarak piksel dan lebar jalur monitor.
-
8/14/2019 Monitor(bab 8)
9/16
Resolusi boleh dikira mengikut format yang berikut:
Bilangan piksel pada baris melintang jumlah baris melintang = resolusi monitor
Jika merupakan resolusi 1024 768, maka ini bermakna terdapat 1024 piksel pada
satu baris melintang, manakala 768 pula merupakan jumlah baris melintang yangdidapati.
Indeks warna merujuk kepada bilangan warna yang dapat dipaparkan pada monitor.
Biasanya, monitor mempunyai empat jenis indeks warna untuk dipilih, iaitu 256 bit, 16
bit, 24 bit dan 32 bit. Mungkin anda akan menganggap bahawa 256 bit merupakanpenetapan yang paling optimum. Sebenarnya, tidak. Ini adalah kerana pengiraan indeks
warna adalah berdasarkan gandaaan 2. Oleh itu, 256 bit, 24 bit, dan 32 bit adalah 216,
224 dan 232 masing-masing. Oleh itu, 32 bit merupakan penetapan indeks warna yangtertinggi.
-
8/14/2019 Monitor(bab 8)
10/16
Jarak piksel
Ia merujuk kepada jarak terpendek di antara dua piksel, biasanya diukur dalam
millimeter(mm). Semakin pendek jarak pikselnya, maka semakin halus imej dipaparkan.
Monitor yang mempunyai jarak piksel yang lebih pendek adalah lebih mahal daripadamonitor yang mempunyai jarak piksel yang lebih panjang. Secara umum, monitor bersaiz
15 dan 17 inci akan mempunyai jarak piksel 0.28 mm, atau nilai yang lebih kecil.
Frekuensi pembaharuan
Frekuensi pembaharuan (screen refresh rate ) merupakan aspek penting bagi
menentukan kualiti sesebuah monitor. Semakin tinggi frekuensi mengimbas, semakin
cekap sebuah monitor itu. Kebanyakan monitor bersaiz 15 inci yang resolusi 800 600mempunyai frekuensi mengimbas yang mencapai 85 Hz.
Jika anda hendak menaik taraf monitor anda, anda boleh mempertimbangkan monitor
CRT yang dilengkapi dengan Trinitron atau Diamond Tron, jarak piksel di bawah 0.25,
frekuensi pembaharuan 85 Hz ketika resolusi ditetapkan sebagai 1024 768; atau, anda
juga boleh membeli monitor LCD yang mempunyai frekuensi ditetapkan sebagai 800
600. Bagaimanapun, pastikan kad paparan anda dapat menyokong jenis monitor yanghendak dinaik taraf sebelum melakukan pembelian. Jika tidak, kecekapan monitor akan
gagal dioptimumkan.
-
8/14/2019 Monitor(bab 8)
11/16
3.1.5) Mengenali pengilang monitor
Berikut merupakan laman web rasmi bagi beberapa pengilang monitor yangterkenal:
Apple: www.apple.com
HP: www.hp.comNEC:www.nec.com
Sony: www.sony.com
ADI: www.adi.com
Philips: www.philips.com
Samsung:www.samsung.com
http://www.apple.com/http://www.hp.com/http://www.nec.com/http://www.nec.com/http://www.sony.com/http://www.adi.com/http://www.philips.com/http://www.samsung.com/http://www.samsung.com/http://www.apple.com/http://www.hp.com/http://www.nec.com/http://www.sony.com/http://www.adi.com/http://www.philips.com/http://www.samsung.com/ -
8/14/2019 Monitor(bab 8)
12/16
3.1.6) Proses pemasangan monitor
Berikut merupakan gambar rajah yang menjelaskan tentang langkah-langkah penaik
taraf monitor:
Matikan bekalan kuasa
Longgarkan skru
Tanggalkan penyambungan D-Sub
Sediakan monitor baru
Sambungkan bekalan kuasa ke monitor LCD
Sambungkan tranformer dan bekalan kuasa
Sambungkan penyambung DVI
Ketatkan skru
Hidupkan computer dan periksa adakahOperasi berjalan lancar
-
8/14/2019 Monitor(bab 8)
13/16
Berikut merupakan beberapa perkara yang harus diberi perhatian ketika menaik taraf
monitor:
1. Matikan bekalan kuasa sebelum sebarang kerja penanggalan atau pemasangan
dilakukan.2. Berhati-hati ketika menaaggalkan penyambungan, jangan merosakkan kaki pin
yang terdapat pada penyambungan.
3. Berhati-hsati ketika mengeluarkan monitor LCD dari bekas atau kotaknya, ini
adalah kerana monitor LCD amat halus dan mudah rosak.4. Ketika memasang transformer atau bekalan kuasa, sambungkan talian bekalan
kuasa ke monitor LCD terlebih dahulu, kemudian barulah sambungkannya ke
bekalan kuasa utama.
5. Ketika memilih kedudukan bagi monitor LCD, pastikan adakah kedudukantersebut mempunyai suhu yang lebih tinggi, atau medan elektrik yang lebih kuat.
Elakkan daripada meletakkanya berdekatan dengan televisyen, peti sejuk danperalatan elektrik yang lain.
3.1.7) Menyediakan peralatan pemasangan
Seperti kerja pemasangan yang lain, peralatan yang diperlukan bagi pemasangan
monitor juga adalah pemutar skru.
-
8/14/2019 Monitor(bab 8)
14/16
3.1.8) Penanggalan monitor CRT
Berikut merupakan langkah menanggalkan monitor CRT.
Langkah 1
Matikan bekalan kuasa dan tanggalkan
penyambungan bekalan kuasa. Longgarkan
skru pengetat bagi penyambungan D-Sub.
Langkah 2
Tanggalkan penyambugan D-Sub.
Langkah 3
Sediakan kabel yang diperlukan. Letakkandi tepi moniytor yang lama.
-
8/14/2019 Monitor(bab 8)
15/16
3.1.9) Pemasangan monitor LCD
Setelah menanggalkan monitor yang lama, mari kita lihat bagaimana memasangmonitor LCD.
Langkah 1
Sediakan monitor LCD dan letakkannya
pada permukaan yang rata.
Langkah 2
Sambungakan penyambung monitor LCD ke
kad paparan. Di sini, antara muka
penyambung D-Sub digunakan sebagaicontoh.
Langkah 3
Ketatkan skru.
-
8/14/2019 Monitor(bab 8)
16/16
Kemudian, hidupkan computer dan periksa adakah pemasangan dilakukan dengan
tepat dan betul