MOTIVASI PENGLIBATAN PELAJAR UTHM TERHADAP AKTIVITI
KESUKARELAWAN
ROSMAHALIL AZROL BIN ABDULLAH
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JANUARI 2017
iii
Teristimewa Untuk yang tersayang
Ibu,
Puan Siti Hasiah binti Awang
dan
Isteri,
Habibah binti Syed Mohd Abd. Aziz
Tidak ketinggalan, buat
Anak-anak tersayang
Hana Rusydina binti Rosmahalil Azrol
Rizq Hilmi bin Rosmahalil Azrol
Hayfa Rayna binti Rosmahalil Azrol
iv
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan berkatNya, dapat saya
menyiapkan kajian ini.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia, Dr. Mohd
Hasril bin Amiruddin yang telah banyak menyumbangkan masa, nasihat serta
bimbingan sepanjang kajian ini dijalankan. Ribuan terima kasih juga kepada Dr.
Zulida binti Abdul Kadir dari Pusat Pengajian Bahasa yang turut membantu memberi
sokongan.
Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada ibu, Puan Siti
Hasiah binti Awang, Isteri , Habibah binti Syed Mohd Abd Aziz serta ahli keluarga
yang lain yang penuh dengan kesabaran memberikan dorongan dan inspirasi serta
menjadi kekuatan buat saya untuk menyiapkan kajian ini.
Terima kasih diucapkan kepada kepada rakan – rakan pelajar Ijazah Sarjana
Pendidikan Teknik dan Vokasional MBV (pesisir), staf – staf Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan
penyelidikan ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, penyelidikan
dan laporan projek ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna.
Untuk semua, hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas setiap jasa
baik kalian. Terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji motivasi penglibatan pelajar terhadap
akiviti kesukarelawan. Kajian ini melibatkan 399 orang responden dari Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal
selidik adaptasi daripada Teori Fungsi Katz (1960) dan diubahsuai berdasarkan
Volunteer Function Inventory (VFI) yang dibentuk oleh Clary. Satu set borang soal
selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang
diperlukan. Dapatan dianalisis melalui komputer menggunakan perisian IBM SPSS
Statistics (Statistical Packages for Social Sciences) Version 22.0 for Windows bagi
mendapatkan jumlah peratus, kekerapan, min dan sisihan piawai. Kajian rintis telah
dijalankan dan didapati nilai Alpha Cronbach adalah 0.835. Hasil kajian mendapati
fungsi pemahaman (min=5.41) paling dominan mempengaruhi persepsi responden
terhadap aktiviti kesukarelawan. Walaupun terdapat perbezaan min bagi pelajar
lelaki dan perempuan, tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina
untuk kesemua fungsi motivasi. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perkaitan
di antara tahun pengajian dengan fungsi motivasi. Namun, dapatan kajian mendapati
terdapat hubungan positif yang rendah antara fungsi motivasi dengan pencapaian
akademik pelajar. Di samping itu, dikemukakan juga cadangan kajian untuk
meningkatkan lagi penghayatan dan kelestarian dalam aktiviti kesukarelawan.
vi
ABSTRACT
This descriptive study aimed to investigate students’ motivation in a volunteer
activity. The study involved 399 respondents from University Tun Hussein Onn
Malaysia. The instrument used was a questionnaire adapting from Functional Theory
by Katz (1960) using Volunteer Functions Inventory (VFI) developed by Clary. A
questionnaire distributed to the respondents to obtain information and data that are
required. The findings were analyzed by computer using IBM SPSS Statistics
(Statistical Packages for Social Sciences) Version 22.0 for Windows to get the
percentage, frequency, mean and standard deviation. A pilot study was conducted
and found the Cronbach-Alpha was 0.835. The study indicated ‘Understanding” has
the highest mean with (mean=5.41) are the most dominant influence towards
volunteer activity. Indeed results showed a difference mean between male and
female respondents, however there was no significant relationship between gender
and functions of motivation. Result also showed that there is no relationship between
year of study to functions of motivation. Even though, the study found a low positive
relationship between functions of motivation and academic achievement. In
addition, recommendations were made also to improve a total comprehension and
sustanability towards volunteers activity.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/ISTILAH xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 4
1.3 Pernyataan masalah 6
1.4 Objektif kajian 7
1.5 Persoalan kajian 8
1.6 Kerangka konsep kajian 8
1.7 Skop kajian 9
1.8 Batasan kajian 10
1.9 Kepentingan kajian 10
1.10 Definisi istilah 12
viii
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 16
2.2 Teori dan kajian lepas 18
2.3 Motivasi dalan kesukarelawan 20
2.4 Fungsi motivasi berdasarkan Volunteer
Function Inventory (VFI)
22
2.4.1 Nilai 23
2.4.2 Kerjaya 23
2.4.3 Sosial 24
2.4.4 Pemahaman 24
2.4.5 Peningkatan 25
2.4.6 Perlindungan 25
2.5 Kesukarelawan di negara-negara maju 26
2.6 Kesukarelawan di Malaysia 27
2.7 Peranan Kementerian Pendidikan Tinggi 30
2.8 Kurikulum kesukarelawan di Universiti
Awam(UA)
33
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka bentuk kajian 36
3.3 Populasi dan sampel kajian 37
3.4 Instrumen kajian ( Kesahan dan
kebolehpercayaan)
38
3.5 Kajian rintis 42
3.6 Prosedur kajian 43
3.7 Kaedah analisis data 45
3.8 Rumusan 47
ix
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 48
4.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 48
4.3 Ujian Kenormalan 49
4.4 Analisis dapatan demografi responden 49
4.4.1 Jantina 50
4.4.2 Umur 50
4.4.3 Pencapaian akademik 52
4.5 Analisis persepsi pelajar terhadap aktiviti
kesukarelawan
53
4.6 Analisis perbezaan penglibatan antara pelajar
lelaki dan perempuan
54
4.7 Pengujian dan keputusan hipotesis 55
4.7.1 Pengujian hipotesis hubungan
antara tahun pengajian dengan
fungsi motivasi
56
4.7.2 Pengujian hipotesis hubungan
antara pencapaian akademik
dengan fungsi motivasi
58
4.8 Rumusan 60
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Perbincangan Kajian 61
5.2.1 Persoalan Kajian 1: Apakah
persepsi pelajar dari sudut fungsi
motivasi terhadap aktiviti
kesukarelawan?
62
5.2.2 Persoalan Kajian 2: Adakah
terdapat perbezaan penglibatan
antara pelajar lelaki dengan pelajar
63
x
perempuan dalam aktiviti
kesukarelawan?
5.2.3 Persoalan Kajian 3: Adakah
terdapat hubungan antara fungsi
motivasi dengan tahun pengajian
pelajar dalam melakukan aktiviti
kesukarelawan?
64
5.2.4 Persoalan Kajian 4: Adakah
terdapat hubungan antara fungsi
motivasi dengan pencapaian
akademik pelajar dalam
melakukan aktiviti kesukarelawan?
65
5.3 Kepentingan kajian 66
5.4 Cadangan kajian lanjutan 68
5.5 Kesimpulan 68
RUJUKAN 71
LAMPIRAN 77
xiii
SENARAI JADUAL
1.1 Statsitik program kesukarelawan di UTHM 4
3.1 Bilangan populasi dan sampel kajian 38
3.2 Bilangan item soal selidik bagi maklumat demografi 39
3.3 Bilangan item bagi setiap faktor alasan penglibatan 40
3.4 Bilangan item bagi setiap faktor hasil penglibatan 40
3.5
3.6
Kategori Skala Ordinal Tujuh Mata
Hasil ujian kebolehpercayaan keatas instrumen kajian
41
43
3.7 Jadual pemilihan kaedah analisis 46
4.1 Hasil ujian kebolehpercayaan keatas instrumen kajian 49
4.2 Taburan responden berdasarkan jantina 50
4.3 Taburan responden berdasarkan umur 51
4.4 Taburan responden berdasarkan pencapaian akademik 52
4.5 Analisis skor min fungsi motivasi 53
4.6 Analisis skor min perbezaan jantina 55
4.7 Analisis nilai pekali (r) bagi tahun pengajian 56
4.8 Hasil korelasi pearson hubungan pembolehubah
dengan tahun pengajian
57
4.9 Analisis nilai pekali (r) bagi pencapaian akademik 58
4.10 Hasil korelasi pearson hubungan pembolehubah
dengan pencapaian akademik
59
xv
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka konsep kajian 8
2.1 Bilangan sukarelawan di seluruh dunia 18
3.1 Carta alir prosedur kerja 44
xvi
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/ISTILAH
UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
MTUN - Malaysia Technical University Network
MASKUM - Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia
KPT - Kementerian Pendidikan Tinggi
SP - Sisihan Piawai
UA - Universiti Awam
VFI - Volunteer Functional Indicator
xvii
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A Carta Gantt Projek Sarjana
Lampiran B Borang Pengesahan Pakar
Lampiran C Borang Soal Selidik Volunteer Functional Inventory
Lampiran D Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat Kajian
Lampiran E Kajian Rintis
Lampiran F Analisis Data
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kesukarelawan bermaksud melakukan sesuatu perkara atau aktiviti tanpa
mengharapkan balasan. Ia dilakukan secara sukarela tanpa bayaran atau paksaan oleh
mana-mana pihak. Individu boleh dan berhak untuk melakukan aktiviti
kesukarelawan berdasarkan keperluan semasa tanpa mengira umur, bangsa dan
agama. Sepertimana diterangkan dalam kajian oleh Musick & Wilson (2003) bahawa
kerja kesukarelawan merujuk kepada aktiviti yang dilakukan untuk membantu orang
lain tanpa menjangkakan atau mengharapkan balasan dan bebas sepenuhnya. Dewasa
ini, kesukarelawan dilihat sebagai satu perkara penting dan menjadi ukuran
pencapaian sesebuah bangsa dan negara.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengishtiharkan 5 Disember
sebagai Hari Sukarelawan Sedunia. PBB turut mengiktiraf peranan individu, bangsa
dan negara yang komited terhadap aktiviti kesukarelawan. Memetik dari ucapan
Setiausaha PBB pada 5 Disember 2013 sebagai berkata “Berasaskan nilai perpaduan
dan kepercayaan bersama, semangat kesukarelawanan menyeberangi semua
sempadan budaya, bahasa dan geografi. Dengan mengorbankan masa dan kemahiran
tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran berbentuk material, sukarelawan disatukan
oleh tujuan nurani yang sama.”
Seluruh dunia menilai bahawa penglibatan dalam aktiviti kesukarelawan
sebagai ukuran terhadap pencapaian kemajuan sesebuah bangsa dan negara.
2
Kebanyakan negara maju mempunyai penduduk yang ramai terlibat dalam aktiviti
kesukarelawan. Beberapa buah negara seperti Australia, Jerman dan Jepun
mempunyai organisasi yang mantap dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan.
Menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, “Di Australia,
terdapat lima juta daripada 28 juta penduduknya mendaftar di dalam program
kesukarelawan di negara tersebut yang dikenali sebagai 'National Volunteer Week'
(Minggu Sukarelawan Nasional).” Di Asia, negara Jepun merupakan contoh terbaik
dalam pemglibatan sukarelawan di mana lebih 26 peratus daripada orang dewasa
Jepun yang dikaji menyatakan bahawa mereka sedang atau pernah terlibat sebagai
sukarelawan. Namun begitu terdapat 48 peratus daripada mereka terlibat dalam
kesukarelaan kerana ia berguna, manakala 33 peratus menyatakan ia dilakukan untuk
menimba pengalaman (Saifuddin Abdullah, 1998).
Malaysia sedang berusaha melahirkan rakyat dan generasi yang
bertanggungjawab terhadap kemajuan bangsa dan negara. Berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang digubal pada tahun 1988, menjelaskan bahawa prinsip
falsafah pendidikan negara menekankan kepada pembentukan negara dan melahirkan
insan yang sempurna dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pada umumnya,
rakyat Malaysia masih kurang memahami kepentingan kesukarelawan dalam
sesebuah masyarakat. Kebanyakan beranggapan bahawa setiap aktiviti perlu
dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab sahaja. (Azizan Bahari, 2011)
menegaskan bahawa walaupun kesukarelawanan mendasari organisasi, agenda
pembangunan belia, dan aneka program berkaitan kepentingan masyarakat ramai,
kepentingan (significance) kesukarelawanan, atau makna dan implikasinya, masih
belum disedari atau difahami sebaiknya.
Aktiviti kesukarelawan juga dilihat sebagai suatu perkara asing yang
dilakukan pada masa tertentu sahaja. Malah di negara ini, aktiviti sebegini hanya
dilakukan oleh kumpulan tertentu sahaja. Terutama melibatkan golongan tua ataupun
dalam konteks kerahan tenaga terhadap kumpulan sasaran tertentu. Ini turut
diperkatakan oleh (Menteri Belia & Sukan) bahawa “Konsep sukarela semakin hari
semakin merosot. Maka itu, kempen kesukarelawan perlu dipupuk kembali, terutama
dalam kalangan ramaja atau generasi muda”.
Di Malaysia kelangsungan aktiviti kesukarelawan adalah tidak konsisten.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) mengulas bahawa di negara ini, aktiviti itu
lebih dilihat dan „dicop‟ sebagai untuk mengisi masa lapang semata-mata. Ini berlaku
3
kerana keterlibatan individu bergantung kepada peristiwa dan motif tertentu sahaja.
Faktor kerahan tenaga berunsurkan arahan oleh pihak tertentu kerap berlaku bagi
mengatasi sesuatu masalah. Bencana alam seperti peristiwa banjir besar di Kelantan
pada Disember 2014 menyebabkan gerakan aktiviti kesukarelawan dilihat amat
menyerlah dan mendapat kerjasama dari semua pihak di seluruh negara.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menghimpunkan seramai 50,000
sukarelawan dari seluruh IPT untuk menyertai misi bantuan banjir. Tidak ketinggalan
badan bukan kerajaan (NGO) seperti JASA, IM4U, MEDIA PRIMA dan lain-lain
kumpulan juga turut serta. Kebanjiran sukarelawan untuk membantu mangsa banjir
amat memberangsangkan. Individu, kumpulan dan organisasi turut terlibat
menyumbang tenaga, wang ringgit dan keperluan lain demi meringankan beban
mangsa banjir. Pelajar- pelajar Universiti turut terlibat melakukan kerja-kerja
pembersihan dan membaik pulih kawasan yang dilanda banjir.
Pendedahan pelajar dalam aktiviti kesukarelawan telah menjadi salah satu
agenda penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Tinggi
(KPT) telah menubuhkan Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia
(MASKUM) di bawah Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor/Rektor (Hal
Ehwal Pelajar). Semua sukarelawan ini sentiasa bersiap siaga untuk memberi
bantuan sepanjang masa. Penglibatan pelajar dalam aktiviti ini dilihat sebagai
langkah penting untuk melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, prihatin dan
mampu menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara. Menurut (Thapa
1999) Institusi pengajian tinggi menyediakan suasana yang kondusif untuk
pembelajaran serta idea-idea baru dan ini boleh menjadi asas bagi tingkah laku
aktivisme. Hasrat ini juga diterjemahkan dalam sasaran Pelan Pembangunan
Pendikan Tinggi Malaysia (PPPTM 2015-2025) untuk melahirkan graduan holistik.
Pelajar-pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) turut
menyahut saranan ini dengan melaksanakan pelbagai bentuk aktiviti kemakyarakatan
untuk mendokong semangat kesukarelawan. UTHM melalui Kelab Kesukarelawan
membawa misi untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar IPTA tentang
kepentingan penglibatan dan sumbangan mereka secara bersepadu dalam aktiviti-
aktiviti kesukarelawan samada dalam masa aman ataupun bencana. Aktiviti ini
dilakukan oleh semua pelajar dari pelbagai fakulti dan peringkat pengajian. Menurut
bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) penglibatan pelajar UTHM dalam aktiviti
4
kesukarelawan adalah meningkat setiap tahun. Berdasarkan sumber tersebut, dapat
dilihat bahawa terdapat kecenderungan positif dalam penglibatan pelajar.
Jadual 1.1: Statistik program kesukarelawan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(Sumber: Pejabat HEP, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)
Berdasarkan jadual 1.1 menunjukkan bahawa motivasi penglibatan pelajar UTHM
dalam aktiviti kesukaralewan adalah memberasangkan. Bagi tempoh lima tahun
bermula dari tahun 2011 sehingga 2015 terdapat peningkatan yang ketara daripada
190 bilangan program kepada 382 program yang telah berjaya dilaksanakan.
Walaubagaimanapun, bersandarkan kepada jumlah enrolmen bilangan pelajar bagi
setiap tahun didapati kadar peratusan penglibatan pelajar dalam program tersebut
tidak banyak berubah iaitu di antara 0.02 peratus hingga 0.03 peratus sahaja. Justeru
itu, kajian secara terperinci perlu dilakukan untuk mengenalpasti faktor motivasi
penglibatan pelajar samada berdasarkan fungsi nilai, pemahaman, penigkatan,
kerjaya, sosial atau perlindungan sepertimana yang diuji secara signifikan oleh
(Clary et al. 1998).
1.2 Latar belakang masalah kajian
Pelajar-pelajar di UTHM terlibat dalam pelbagai bentuk aktiviti kemasyarakatan
yang dianjurkan oleh pihak universiti sepanjang tahun. Umumnya keterlibatan
mereka adalah berpaksikan kepada program yang dirancang dan dikenalpasti oleh
Tahun
2011
2012
2013
2014
2015
Bil. Pelajar
8,350
9,281
10,350
11,067
12,256
Bil. Program
190
201
209
245
382
Program / Pelajar (%)
0.023
0.021
0.020
0.022
0.031
5
pihak universiti untuk tujuan tertentu. Mereka juga terlibat kerana berasaskan
tuntutan nilai kredit dalam matapelajaran yang ditetapkan terutama bagi subjek
kokurikulum. Namun begitu, seharusnya pelajar - pelajar mempunyai daya motivasi
tinggi untuk menyertai dan melaksanakan aktiviti kesukarelawan. Setiap pelajar
mempunyai faktor motivasi berbeza, samada mereka menyertai aktiviti ini kerana
faktor nilai, kerjaya, pemahaman, sosial, peningkatan atau perlindungan. Ini
dibuktikan dalam dapatan kajian oleh Tajul Arifin Muhamad dan Nadirah Aishah
Mohd Alauddin (2013) menunjukkan bahawa aspek nilai merupakan faktor
motivasi utama yang paling menyumbang kepada tahap kepuasan sukarelawan. Oleh
itu, persepsi berbeza dalam kalangan pelajar dapat diterjemahkan dalam bentuk
pemilihan aktiviti kesukarelawan yang disertai dan akan memberi impak yang besar
dalam diri pelajar, organisasi dan masyarakat. Ia juga dapat menentukan kadar
kekerapan keterlibatan berdasarkan program yang bersesuaian dan diminati.
Kajian oleh Ekerdt (1986) menyatakan bahawa majoriti daripada kaum lelaki
lebih gemar menjalankan kerja-kerja sukarelawan manakala hasil kajian Knauft
(1992) pula mendapati kumpulan wanita adalah tinggi berbanding lelaki. Penglibatan
sukarelawan dalam kalangan pelajar-pelajar universiti di Malaysia adalah semakin
meningkat. Namun tidak dapat dipastikan perbezaan jelas antara kumpulan lelaki
atau perempuan menjadi dominan dalam kesukarelawan. Justeru itu, kajian terhadap
perbezaan jantina dalam kalangan pelajar UTHM perlu dilakukan bagi
mengenalpasti kumpulan sasaran sebenar yang terlibat dalam aktiviti kesukarelawan.
Tempoh pengajian di UTHM bagi program sarjana muda adalah selama 8 semester
atau 4 tahun pengajian secara sepenuh masa. Pengajian di universiti pada tahun
pertama sehingga keempat adalah berbeza dari sudut pengalaman dan kematangan
seseorang pelajar. Pelajar tahun pertama umumnya kurang pengetahuan dan
pengalaman dalam aktiviti kesukarelawan berbanding pelajar tahun akhir. Walaupun
begitu, menurut Ellis (1996) penglibatan mahasiswa tahun satu dalam aktiviti
kesukarelawan adalah lebih tinggi berbanding dengan penglibatan mahasiswa yang
berada dalam tahun akhir pengajian. Justeru itu, adalah penting untuk menilai
perbezaan motivasi individu berdasarkan tahun pengajian kerana ia mampu
membuktikan samada pengalaman dan kematangan pelajar UTHM mempengaruhi
motivasi dalam kesukarelawan atau sebaliknya.
Pelajar UTHM mempunyai latar belakang sains dan kejuruteraan yang baik
dan mampu memberi sumbangan besar terhadap pembangunan masyarakat.
6
Pencapaian akademik yang tinggi dalam kalangan pelajar mempengaruhi
pertimbangan terhadap kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan.
Pelajar yang cemerlang mampu berfikiran jauh dan prihatin terhadap keperluan dan
tuntutan semasa oleh masyarakat. Kajian oleh Astin & Sax (1998) menyatakan
bahawa penglibatan mahasiswa dengan aktiviti sukarelawan mampu meningkatkan
tahap pencapaian mereka daripada aspek kurikulum dan ko-kurikulam, malahan
mereka mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi untuk membantu komuniti
sekeliling yang berada dalam keadaan yang memerlukan. Manakala kajian yang
dijalankan oleh Haski-Leventhal et al., (2008) pula menunjukkan bahawa mahasiswa
universiti yang melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawanan mempunyai gaya
kehidupan yang lebih berdisiplin dan kebanyakan mereka dilihat mampu mengurus
masa dengan lebih sistematik. Namun begitu, tidak dapat dipastikan samada
kecemerlangan akademik mampu mendorong pelajar UTHM terlibat secara aktif
dalam aktiviti kesukarelawan.
Sebagai sebuah universiti yang berfokus kepada bidang kejuruteraan dan
teknikal, pelajar UTHM mempunyai ciri-ciri tersendiri yang unik berbanding pelajar
IPTA lain dalam mengukur pengaruh motivasi penglibatan terhadap aktiviti
kesukarelawan. Justeru itu, kesedaran mengenalpasti keutamaan pilihan fungsi
motivasi penting bagi memastikan bentuk program kesukarelawan adalah relevan
dan lestari. Sejajar dengan kajian Sharififar, Jamalian, Nikbakhsh dan Ramezani
(2011) menyatakan faktor motivasi adalah penting dalam memupuk minat serta
komitmen sukarelawan. Tambahan pula, kelangsungan aktiviti kesukarelawan
seharusnya lestari dan memberi impak bukan hanya kepada warga kampus malah
individu luar dalam kelompok masyarakat. Seterusnya ia dapat diteruskan untuk
jangka masa panjang oleh generasi masa hadapan.
1.3 Penyataan Masalah
Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa peratusan penglibatan pelajar universiti
dalam aktiviti kesukarelawan semakin meningkat. Namun begitu, perbezaan persepsi
dan keutamaan pelajar terhadap faktor motivasi samada berdasarkan fungsi nilai,
kefahaman, kerjaya, sosial, peningkatan atau perlindungan masih menjadi persoalan.
7
Selain itu, keterlibatan pelajar dari sudut perbezaan jantina, pencapaian akademik
dan tahun pengajian turut menyumbang kepada wujudnya ketidakseimbangan dalam
aktiviti kesukarelawan. Faktor-faktor ini perlu dikaji secara terancang supaya setiap
aktiviti dapat dilaksana secara sistematik, menyeluruh dan memberi impak kepada
diri pelajar, organisasi dan masyarakat. Oleh yang demikian peningkatan bilangan
program aktiviti kesukarelawan di UTHM tidak menggambarkan keterlibatan
pelajar dengan jelas tanpa merujuk kepada perkara-perkara yang dinyatakan.
Sehubungan dengan ini, untuk memastikan kelestarian dan penghayatan
terhadap kesukarelawan diberi perhatian maka pengkaji ingin menyelidik dan
mengukur sejauhmanakah fungsi motivasi yang terdiri daripada nilai, sosial, kerjaya,
pemahaman, peningkatan dan perlindungan mempengaruhi aktiviti kesukarelawan
dalam kalangan pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Secara khusus objektif kajian adalah untuk:
i. Mengenalpasti persepsi pelajar dari sudut fungsi motivasi (nilai, pemahaman,
kerjaya, sosial, peningkatan dan perlindungan) terhadap aktiviti
kesukarelawan.
ii. Mengenalpasti perbezaan penglibatan antara jantina di dalam aktiviti
kesukarelawan.
iii. Mengenalpasti hubungan antara fungsi motivasi dengan tahun pengajian
pelajar dalam melakukan aktiviti kesukarelawan.
iv. Mengenalpasti hubungan antara fungsi motivasi dengan pencapaian akademik
pelajar dalam melakukan aktiviti kesukarelawan.
8
1.5 Persoalan Kajian
Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan yang berikut :-
i. Apakah persepsi pelajar dari sudut fungsi motivasi (nilai, pemahaman,
kerjaya, sosial, peningkatan dan perlindungan) terhadap aktiviti
kesukarelawan.
ii. Adakah terdapat perbezaan penglibatan antara pelajar lelaki dengan pelajar
perempuan dalam aktiviti kesukarelawan?
iii. Adakah terdapat hubungan antara fungsi motivasi dengan tahun pengajian
pelajar dalam melakukan aktiviti kesukarelawan?
iv. Adakah terdapat hubungan antara fungsi motivasi dengan pencapaian
akademik pelajar dalam melakukan aktiviti kesukarelawan?
1.6 Kerangka Konseptual
Kerangka konsep kajian yang diadaptasi daripada Teori Fungsi Katz (1960) dan
diubahsuai berdasarkan Volunteer Function Inventory (VFI) yang dibentuk oleh
Clary et al. pada tahun 1998.
Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian
Pelajar UTHM:
Jantina
Tahun pengajian
Pencapaian akademik
Fungsi Motivasi:
Nilai
Pemahaman
Kerjaya
Sosial
Peningkatan
Perlindungan
Aktiviti
kesukarelawan
9
Rajah 1.1 menggambarkan kerangka konseptual yang digunakan dalam kajian ini.
Fungsi motivasi (nilai, pemahaman, kerjaya, sosial, peningkatan dan perlindungan)
merupakan pembolehubah bebas yang dihubungkait dengan aktiviti kesukarelawan.
Hasil kajian ini akan dapat memperlihatkan hubungan faktor motivasi pelajar
berdasarkan perbezaan jantina, tahun pengajian dan pencapaian akademik terhadap
penglibatan dalam aktiviti kesukarelawan.
1.7 Skop Kajian
Kajian ini menfokus kepada pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang
menyertai aktiviti kesukarelawan. Pembolehubah yang digunapakai adalah daripada
VFI (Volunteer Functional Indicator) oleh Clary et al (1998) merangkumi fungsi
nilai, pemahaman, kerjaya, sosial, peningkatan dan perlindungan. Fungsi-fungsi
tersebut diukur terhadap pelajar-pelajar yang terlibat dalam aktiviti kesukarelawan.
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kewujudan perbezaan persepsi, jantina dan
hubungan fungsi motivasi antara tahun pengajian dan pencapaian akademik pelajar
dalam melakukan aktiviti kesukarelawan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Kajian ini adalah kajian deskriptif berbentuk kajian kes institusi secara tinjauan, di
mana kajian hanya dijalankan di dalam UTHM menggunakan persampelan secara
rawak. Kajian dijalankan ke atas pelajar-pelajar program ijazah sarjana muda dari
Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), Fakulti Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik (FKEE), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
(FKMP), Fakulti Perniagaan dan Teknologi Pengurusan (FPTP), Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional (FPTV), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
(FSKTM) dan Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan (FSTPi).
10
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini hanya dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang
merupakan salah sebuah universiti awam (UA) di Malaysia. UTHM juga merupakan
salah sebuah universiti yang berfokus kepada bidang sains kejuruteraan dan
teknikal dalam kluster Malaysia Technical University Network (MTUN). Maka
kajian ini hanya melibatkan pelajar - pelajar yang mempunyai latarbelakang
pendidikan sains kejuruteraan dan teknikal sahaja selaras dengan matlamat
penubuhan MTUN. Oleh itu kajian ini adalah berbeza dengan kajian-kajian lain
yang melibatkan semua pelajar samada dari bidang sains sosial, kejuruteraan dan
lain-lain bidang pengajian.
1.9 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting dan akan memberi manfaat kepada semua pihak termasuk:
1.9.1 Pelajar
Pelajar dapat memahami motif penglibatan mereka dalam sesuatu aktiviti
kesukarelawan berdasarkan persepsi dan keutamaan yang sesuai. Penghayatan dan
kefahaman yang tinggi terhadap kesukarelawan dapat membentuk graduan holistik
yang cemerlang dalam akademik dan mampu menyumbang ke arah pembangunan
negara. Motivasi yang kuat dalam kalangan pelajar mampu mempertingkatkan
penyertaan dalam aktiviti kesukarelawan dan akan mempengaruhi rakan-rakan lain.
1.9.2 UTHM
Hasil penyelidikan ini diharap dapat membantu pihak Universiti untuk mengenalpasti
sasaran yang tepat berdasarkan bentuk aktviti yang sesuai. Perkara ini dapat
11
mengelakkan pembaziran tenaga, masa dan wang ringgit. Sekiranya tidak diberi
perhatian, aktiviti yang dijalankan akan menjadi sia-sia dan tujuan sebenar tidak akan
tercapai.
1.9.3 Masyarakat
Inisiaf ke arah melahirkan masyarakat yang bekerjasama dan saling bantu membantu
menjadi agenda penting dalam pembentukan sebuah negara. Semangat
kesukarelawan diterapkan dalam setiap warganegara Malaysia yang berbilang kaum
demi menjamin keamanan dan kesejahteraan. Justeru itu, kajian ini amat bermakna
dalam konteks kesedaran penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan oleh pelajar.
Hubungan baik antara semua kaum dapat diperkukuhkan melalui aktiviti
kesukarelawan seterusnya dapat menjamin kesejahteraan negara.
1.9.4 Kementerian
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga dapat menilai pencapaian graduan di
negara ini berdasarkan penglibatan pelajar. KPT dapat merancang polisi dan
pendekatan yang sesuai berdasarkan keperluan di semua Institut Pengajian Tinggi di
Malaysia. Disamping itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga memperoleh
manfaat bersama untuk mengenalpasti kecenderungan golongan muda dalam
kegiatan kemasyarakatan. Dengan ini pihak KBS mampu mendekati pelajar dan
golongan muda dalam bentuk aktiviti kemasyarakatan yang diminati dan berfaedah.
Sekaligus dapat mengelakkan gejala sosial dalam kalangan belia.
12
1.10 Definisi Istilah
Definisi operasi atau istilah adalah merupakan pengertian atau makna bagi sesuatu
perkataan atau ayat tertentu:
1.10.1 Motivasi
Motivasi ialah penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan
mengawal minat (Bernard, H.W. 1965 dalam Kamaruddin Hussin, 1993). Pelajar
yang bermotivasi tinggi biasanya mempunyai dorongan yang kuat dan mantap untuk
terus berminat dengan apa yang disampaikan hasil dari rangsangan-rangsangan yang
kuat iaitu menerusi insentif dan motif. Insentif dalam pengajaran dan pembelajaran
sering disampaikan dalam bentuk ekstrinsik seperti markah, gred, wang, pujian,
penghargaan, tanda bintang dan sebagainya. Motif pula timbul akibat dorongan
semula jadi atau kecenderungan individu yang menggerakkan individu untuk
bertindak bagi mencapai sesuatu matlamat walaupun dalam tempoh yang lama.
Dalam konteks kajian ini motivasi difokuskan kapada enam fungsi iaitu nilai,
pemahaman, kerjaya, sosial, peningkatan dan perlindungan. Enam fungsi ini adalah
merujuk kepada Volunteer Function Inventory (VFI) yang dibentuk oleh Clary et al.
pada tahun 1998.
1.10.1.1 Nilai
Individu menjadi sukarelawan bertujuan untuk menyatakan atau bertindak terhadap
nilai-nilai murni dan kemanusiaan. Apabila seseorang pelajar terlibat dengan aktiviti
sukarela, pelajar tersebut dengan sendirinya akan membentuk rasa simpati dan sifat
tolong-menolong sesama manusia. Nilai murni seperti inilah yang perlu ada dalam
diri setiap pelajar agar mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah
memiliki modal insan yang cemerlang.
13
1.10.1.2 Kefahaman
Sukarelawan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keperluan semasa serta
kemahiran yang sering digunakan. Kajian yang dilakukan oleh Gonzalez (2009)
mendapati bahawa fungsi pemahaman adalah penting sebagai sumber inspirasi
individu terlibat dalam kesukarelawan. Faktor ini merupakan satu proses
pembelajaran jangka panjang dan ia dilihat menjadi faktor individu penglibatan
seseorang sukarelawan (Yoshioka et. al., 2007).
1.10.1.3 Kerjaya
Sukarelawan mempunyai matlamat mendapatkan kerjaya yang berkaitan dengan
pengalaman melalui aktiviti kesukarelaan. Kemahiran yang dperolehi seperti
kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja sebagai satu pasukan, kebolehan
menjanakan pendekatan yang lebih inovatif dalam menghadapi cabaran dapat
memberikan sumbangan kearah keberkesanan organisasi ditempat kerja.
1.10.1.4 Sosial
Kesukarelaan membolehkan individu itu untuk mengukuhkan hubungan sosial
mereka. Menurut (Kanter, 1997) bahawa kesan positif aktiviti kesukarelawan
terhadap individu dan organisasi adalah tidak dapat dinafikan. Penglibatan
kesukarelaan sebenarnya dapat menyokong, memudahkan dan memperkukuhkan
persekitaran tempat kerja dalam sesebuah organisasi. Turut disokong oleh (Crouter,
1984) bahawa penglibatan individu dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan
ditempat kerja dan ianya lebih berkesan.
14
1.10.1.5 Peningkatan
Pembangunan serta peningkatan psikologi seseorang diperolehi melalui aktiviti
kesukarelaan. Menurut Maslow (1970), individu bertindakbalas untuk menenuhi
keperluan yang ada. Jika keperluan ini dicapai maka ia tidak lagi dapat memberi
ransangan. Individu akan dirangsang dengan keperluan yang baru bagi memotivasi
diri. Teori Maslow mencadangkan bagi setiap organisasi yang ingin menarik peserta
sukarela dan meningkatkan kesetiaan sukarelaan hendaklah peka kepada keperluan
majoriti ahli.
1.10.1.6 Perlindungan
Individu dapat mengurangkan perasaan negatif seperti rasa bersalah dan mengatasi
masalah peribadi melalui aktiviti sukarela. Kajian oleh Sieber (1974) mengenalpati
terdapat empat dimensi positif yang diperolehi oleh individu dalam aktiviti
kesukarelawan. Pertama ialah dengan memperolehi tahap keistimewaan, kedua
status keselesaan, ketiga pengukuhan status peningkatan dan keempat personaliti
individu. Pengalaman semasa penglibatan dalam kegiatan kesukarelaan dapat
membina kemahiran yang amat berguna yang dapat meningkatkan prestasi ditempat
kerja. Dengan kebolehan yang ada ini membolehkan individu membantu organisasi
untuk mencapai matlamat di samping yang sama dapat mengurangkan perasaan
ketidakpuasan ditempat kerja.
1.10.2 Penglibatan pelajar
Penglibatan pelajar membawa maksud kekerapan seseorang melibatkan diri dalam
pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Berhubung kajian ini,
proses penglibatan pelajar boleh dipertingkatkan dari sudut nilai, kejaya, pemahaman,
sosial, peningkatan dan perlindungan. Contoh penglibatan seperti penyoalan,
15
melibatkan pelajar dalam aktiviti, permainan dan sebagainya. Pihak yang terlibat
dalam menganjurkan aktiviti perlu sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan
pelajar supaya penglibatan pelajar dalam sesuatu aktiviti tidak sia-sia.
1.10.3 Aktiviti Kesukarelawan
Kesukarelawan merupakan aktiviti yang dilakukan secara sukarela dan ikhlas tanpa
mengharapkan upah atau pelbagai bentuk imbuhan. Ia juga dilakukan tanpa paksaan
oleh mana-mana pihak. Dalam konteks ini pelajar secara rela hati bertindak
melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang mampu memberi faedah kepada
diri sendiri dan pihak lain. Sukarelawan sangat penting kerana mereka
menyumbangkan kepakaran, kemahiran, pengetahuan dan tenaga (Dorsch et al.
2002).
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Sejak bermulanya tamadun manusia, individu dalam sesebuah masyarakat
mempunyai suatu ciri atau sifat yang berunsurkan kesukarelawanan. Dalam
kehidupan manusia perlu bermasyarakat dan saling bergantung antara satu sama lain
sehingga mampu melahirkan ramai sukarelawan. Ringkasnya kesukarelawanan
memberi takrifan bahawa perbuatan memberi atau kemahuan untuk melakukan
sesuatu untuk kebaikan orang lain (Ward dan Parr, 2006). Okun dan Michel (2006)
pula menyatakan bahawa kesukarelawanan adalah bertujuan untuk membantu orang
lain atau organisasi tanpa paksaan dan tanpa memperoleh sebarang bentuk upah atau
pampasan. Menurut Lindenmeier (2008), kesukarelawanan adalah aktiviti kebajikan.
Justeru, secara umumnya, kesukarelawanan boleh didefinisikan sebagai kerja tidak
berbayar yang dilakukan dengan sokongan organisasi (Finkelstein dan Brannick,
2007). Selain itu, sukarelawan sangat penting kerana mereka menyumbangkan
kepakaran, kemahiran, pengetahuan dan tenaga (Dorsch et al. 2002).
Aktiviti sukarelawan bukan bertujuan untuk mendapatkan sumber kewangan
atau menambah pendapatan. Tetapi ia dapat memberikan dorongan yang kuat kepada
seseorang yang mempunyai motivasi dan kepercayaan dalaman untuk menyalurkan
bantuan kepada orang lain. Pada masa yang sama dapat memberi kepuasan kepada
diri sendiri. Aktiviti yang berunsurkan kesukarelaan dapat memenuhi hasrat ini bagi
individu yang menjiwai perkara seumpama ini. Individu ini akan terus berusaha
melakukannya hari demi hari malah berlarutan dari minggu ke minggu sehingga
17
bertahun lamanya. Mereka beraggapan selagimana hasil positif dapat dilihat dan
dirasai oleh masyarakat, maka itu menjadi dorongan untuk meneruskannya tanpa had
waktu tertentu. Sejak tahun 1985, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah
mengishtiharkan bahawa tarikh 5 Disember merupakan Hari Kesukarelawan
Antarabangsa yang diraikan oleh jutaan sukarelawan di seluruh dunia. Ia adalah
sebagai sebagai bentuk penghargaan atas sumbangan individu dan badan-badan
sukarelawan sedunia. Pada majlis sambutannya tahun 2015, Setiausaha Agung PBB,
Ban Ki-moon, telah menekankan nilai sumbangan para sukarelawan kepada
pembangunan dari aspek ekonomi dan sosial. Petikan beliau adalah seperti berikut;
“Berasaskan nilai perpaduan dan kepercayaan bersama, semangat kesukarelawanan
menyeberangi semua sempadan budaya, bahasa dan geografi. Dengan mengorbankan masa
dan kemahiran tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran berbentuk material, sukarelawan
disatukan oleh tujuan nurani yang sama.”
Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa kesukarelewan merupakan suatu
aktiviti yang diiktiraf oleh seluruh masyarakat di dunia. Selain itu, ia turut
menyumbang ke arah pembangunan ekonomi dan sosial. Sepertimana Kajian
Eurobarometer (2006) dan sumber data daripada Johns Hopkins Comparative Non-
profit Sector Project (2007) telah menganggarkan bahawa sejumlah 140 juta orang
sukarelawan sepenuh masa sedunia telah menghasilkan pendapatan sebanyak USD
400 billion, iaitu kira-kira 7 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK)
dunia. Sumber dari Institute for Volunteering Research (2007) turut menyatakan
bilangan sukarelawan adalah yang ke sembilan terbesar di dunia.
18
(Sumber: The Johns Hopkins Center for Civil Society Studies)
Rajah 2.1 : Bilangan sukarelawan di seluruh dunia
2.2 Teori dan Kajian lepas
Berhubung dengan faktor keterlibatan seseorang individu dengan kerja-kerja
kesukarelawanan, hasil kajian yang dijalankan oleh Nichols & King (1999)
mendapati bahawa majoriti individu yang terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan
adalah disebabkan oleh keinginan yang tinggi untuk membantu masyarakat. Hasil
kajian ini dilihat selari dengan kajian yang dijalankan oleh Jago & Deery (2002)
yang mendapati bahawa kebanyakan individu yang terlibat dengan kerja-kerja
sukarelawan adalah bertujuan untuk membantu memenuhi keperluan asas
masyarakat yang memerlukan. Dapat difahami bahawa keterlibatan dalam kerja-kerja
sukarela bermula dari faktor dalaman individu berasaskan sikap. (Ajzen dan Fishbein,
1980) menekankan konsep persepsi kendiri dengan menjelaskan, seseorang individu
yang berhasrat untuk mengubah sikap perlu melibatkan berbagai aspek dalam
19
kehidupannya. Aspek-aspek tersebut perlulah sangat penting dan terlalu peribadi
hingga dapat mendorong kepada perubahan sikap. Teori fungsi membawa
pendekatan kepada perubahan perilaku atau sikap individu yang dikemukakan oleh
(Katz, 1960).
Teori ini digunakan sebagai landasan kepada kajian ini yang akan meneroka
tindakan individu terhadap melakukan aktiviti kesukarelawan. Sikap wujud bersama
manusia sejak dilahirkan. Sikap adalah nur atau cahaya dan roh yang ada dalam jasad
manusia. Menurut (Katz, 1960), sikap adalah sesuatu yang mempengaruhi seseorang
individu dalam memberi nilai terhadap simbol objek atau apa yang disukai atau tidak.
Sikap adalah sesuatu yang terhasil daripada perasaan, kepercayaan atau pemikiran
seseorang terhadap objek psikologi. Clary, Snyder & Stukas (1996) dalam kajinnya
pula mendapati bahawa seseorang individu terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan
adalah bertujuan untuk memenuhi matlamat sosial dan psikologi yang berbeza-beza.
Dalam kajian oleh (Hutchison, 2003) manusia mempunyai sikap keprihatinan
terhadap orang lain, keinginan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, mencari
pengalaman baru dalam kehidupan, kesedian untuk memenuhi keperluan bagi
masyarakat yang mengalami kegagalan dalam kehidupan dan bertujuan untuk
meningkatkan nilai-nilai positif dalam diri mereka.
Terdapat banyak perkara yang dapat memotivasikan sukarelawan dan ianya
dipengaruhi oleh jenis penglibatan dalam aktiviti dan organisasi. Individu yang
bergelar sukarelawan berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan sosial
serta perkembangan emosi. Kajian Sharififar, Jamalian, Nikbakhsh dan Ramezani
(2011) menyatakan faktor motivasi adalah penting dalam memupuk minat serta
komitmen sukarelawan. (Chacon, Perez, Florez & Vecina, 2011) turut menekankan
bahawa faktor motivasi dan motif sukarelawan adalah penting bagi mengatur strategi
dalam menentukan faktor pengambilan, pembahagian tugas, latihan dan lain-lain
perkara berkaitan aktiviti kesukarelawan. Sebagai garis penyelidikan masa hadapan,
struktur kategori nilai-nilai motivasi ini perlu diteroka dengan lebih mendalam
kerana ianya akan membantu untuk mendapatkan jawapan yang kukuh terhadap nilai
motivasi yang menjadi faktor sukarelawan melibatkan diri.
Penglibatan dalam aktiviti kesukarelaan didorong oleh sifat altruisme atau
keinginan serta kemahuan untuk melakukan kebaikan kepada orang lain. Altruisme
wujud dari sifat semula jadi manusia serta penerapan nilai-nilai sosial dalam diri
individu. Kajian oleh Baston, Ahmad dan Tsang (2002), altruisme adalah keadaan
20
motivasi seseorang yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan dan kebahagian
orang lain. Altruisme merujuk kepada sikap atau tingkah laku individu tanpa
mengharapkan sebarang ganjaran luaran. Walaupun tingkah laku altruisme tidak
mengharapkan ganjaran, namun individu akan mendapat faedah lain yang tidak dapat
dilihat atau digambarkan seperti meningkatkan harga diri (self-esteem) serta perasaan
lega dan berpuas hati kerana dapat membantu orang lain (Clary, Synder, Ridge &
Copeland, 1998). Justeru itu, kajian berkaitan motivasi dan motif individu terhadap
aktiviti kesukarelawan berkaitrapat dengan teori psikologi. Dapat difahami bahawa
Teori Fungsi yang dibangunkan oleh Katz (1960) menyatakan bahawa setiap
individu boleh melaksanakan tindakan yang sama atas sebab-sebab yang berbeza.
Teori ini berasaskan kepada teori psikologi yang digunakan dalam kajian terhadap
sukarelawan sejak dari dekad yang lalu (Omoto & Synder, 1995).
2.3 Motivasi dalam kesukarelawan berdasarkan faktor jantina dan umur
Sukarelawan yang dimaksudkan oleh Stukas et al. (2009) ialah individu yang
memberikan bantuan tanpa bayaran kepada mereka yang benar-benar memerlukan
seperti golongan yang kesunyian, sakit, berdukacita dan serba kekurangan. Ini,
secara tidak langsung, akan dapat mencari ruang ketidaksempurnaan yang tidak
diberikan perhatian oleh masyarakat sekeliling. Dalam konteks ini, seseorang
sukarelawan berperanan dalam menghubungkan anggota masyarakat daripada
pelbagai latar belakang. Kewujudan peranan sukarelawan ini telah diterjemahkan
oleh Dolnicar dan Randle (2007) dengan membahagikankan sukarelawan di
Australia kepada enam kumpulan iaitu: “Sukarelawan klasik”, “Sukarelawan
berdedikasi”, “Sukarelawan yang melibatkan diri secara peribadi”, “Sukarelawan
yang terlibat kerana kepuasan peribadi”, “Sukarelawan altruistik”, dan “Sukarelawan
niche”.
Sukarelawan ini diklasifikasikan ke dalam kumpulan-kumpulan tertentu
mengikut faktor tertentu dan faktor keterlibatan mereka dalam aktiviti kesukarelawan.
Menurut kedua-dua pengkaji tersebut, “Sukarelawan klasik” terdorong untuk terlibat
dalam aktiviti kesukarelawan kerana faktor berbaloi, kepuasan peribadi dan
membantu orang lain. “Sukarelawan berdedikasi” pula menganggap setiap satu motif
21
untuk melakukan aktiviti atau kerja sukarela sebagai suatu yang relevan, manakala
“Sukarelawan yang melibatkan diri secara peribadi” menyumbangkan masa mereka
kerana mengenali seseorang di dalam organisasi tersebut, seperti anak mereka sendiri.
“Sukarelawan yang terlibat kerana kepuasan peribadi” dan “Sukarelawan altruistik”
pula terlibat dalam kesukarelawanan tulen. Dan akhir sekali, “Sukarelawan Niche”
biasanya mempunyai kurang dorongan atau terdapatnya dorongan tertentu yang
menggalakkan mereka untuk menyumbangkan dan meluangkan masa, seperti untuk
menambahkan pengalaman kerja.
Terdapat banyak laporan ilmiah menyatakan bahawa penglibatan individu
dalam aktiviti kesukarelawan berkait rapat dengan latarbelakang umur dan jantina.
Penglibatan kumpulan pelajar lelaki dalam aktiviti kesukarelawanan mencerminkan
kekuatan elemen nilai dan sosial yang disebabkan oleh keinginan yang tinggi untuk
membantu masyarakat ( Nichols & King,1999). Manakal kajian oleh Ribaric,
Nimac dan Na (2013) menunjukkan bahawa pelajar perempuan tertumpu kepada
fungsi tersebut. Tambahan lagi dapatan kajian oleh Jago & Deery (2002) turut
mendapati bahawa majoriti individu yang terlibat dengan aktivitikesukarelawan
adalah bertujuan untuk membantu memenuhi keperluan asas masyarakat yang
memerlukan.
Kecenderungan terhadap fungsi nilai dan sosial oleh pelajar lelaki bertujuan
untuk memenuhi matlamat sosial dan psikologi. Ini turut dinyatakan oleh Clary,
Snyder & Stukas (1996) bahawa individu yang terlibat dengan aktiviti
kesukarelawanan mempunyai sikap keprihatinan terhadap orang yang memerlukan
bantuan, keinginan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan mencari pengalaman
baru dalam kehidupan. bertujuan untuk memenuhi matlamat sosial dan psikologi. Ini
turut dinyatakan oleh Clary, Snyder & Stukas (1996) bahawa individu yang terlibat
dengan aktiviti kesukarelawanan mempunyai sikap keprihatinan terhadap orang yang
memerlukan bantuan, keinginan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan mencari
pengalaman baru dalam kehidupan.
Merujuk kepada Ellis (1996) bahawa penglibatan mahasiswa tahun satu
dalam aktiviti kesukarelawan adalah lebih tinggi berbanding dengan penglibatan
mahasiswa yang berada dalam tahun akhir pengajian. Namun dalam satu kajian yang
dilakukan oleh Davila (2009) mendapati bahawa tidak ada perbezaan di antara
kumpulan responden yang dikategorikan kepada enam kumpulan umur dalam
melakukan akitiviti kesukarelawan. Davila (2009) menekankan bahawa faktor umur
22
tidak memainkan peranan di dalam kajian mereka kerana penglibatan seseorang di
dalam aktiviti kesukarelawan adalah berdasarkan apa yang mereka mahukan dan
mengikut keperluan mereka.
Bastien (2015) di dalam kajiannya turut mendapati tidak ada hubungan yang
signifikan di antara umur sukarelawan dengan aktiviti kesukarelawan di antara
pelajar kolej dan sekolah tinggi. Beliau juga bersependapat dengan Davila (2009) di
mana setiap mereka yang terlibat di dalam aktiviti kesukarelawan mempunyai motif
yag tertentu tanpa mengira peringkat umur. Gage & Thapa (2012) pula menerangkan
bahawa setiap individu terlibat dalam aktiviti yang sama tetapi dengan sebab yang
berbeza berdasarkan keperluan yang perlu mereka penuhi. Walaupun beigitu dapatan
kajian adalah tidak selari dengan kajian yang dijalankan oleh (Fauziah Ibrahim,
Aizan Sofia Amin & Tharshini A/P Sivabalan, 2015) yang mendapati terdapat
perbezaan jantina dalam aktiviti kesukarelawan.
2.4 Fungsi motivasi berdasarkan Volunteer Function Inventory (VFI)
Seorang tokoh pejuang hak kulit hitam Amerika Syarikat (AS) dan pemenang Hadiah
Nobel Keamanan 1964 , Dr. Martin Luther King Jr. (1929-1968) pernah menyebut:
"Kita cenderung untuk menilai kejayaan seseorang itu daripada tangga gaji atau saiz
kereta yang dimilikinya dan bukan berdasarkan kualiti perkhidmatan sukarela yang
diberikan kepada manusia". Melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan bukanlah
suatu kerja yang boleh menjana pendapatan, tetapi ia dapat memberikan tarikan yang
kuat kepada individu yang mempunyai motivasi dan kepercayaan dalaman bagi
menyempurnakan kepuasan diri untuk menghulurkan bantuan.
Program yang berunsurkan kesukarelaan dapat dilaksanakan dan hasrat dapat
dipenuhi seperti dinyatakan bagi individu yang bermotivasi sahaja. Dalam kajian ini,
pendekatan instrumen yang diperkenalkan oleh Clary et. al (1998) telah diadaptasi
untuk menentukan motif sukarelawan berdasarkan enam fungsi utama. Fungsi-fungsi
ini dikenali sebagai Volunteer Function Inventory (VFI) melibatkan nilai,
pemahaman, kerjaya, sosial, peningkatan dan perlindungan.
23
2.4.1 Nilai
Dalam konteks pendidikan, semakin ramai pelajar di era ini yang sedar tentang
kepentingan untuk berkhidmat secara sukarela dalam kehidupan sehari-hari. Ini
kerana terdapat banyak manfaat dan faedah yang dapat diperoleh dengan bersukarela
tanpa mengharapkan ganjaran. Apabila seseorang pelajar terlibat dengan aktiviti
sukarela, pelajar tersebut dengan sendirinya akan membentuk rasa simpati dan sifat
tolong-menolong sesama manusia. Nilai murni seperti inilah yang perlu ada dalam
diri setiap pelajar agar mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah
memiliki modal insan yang cemerlang. Marta dan Pozzi (2008) telah menyatakan
bahawa sejak kebelakangan ini, penglibatan golongan muda, terutamanya pelajar,
dalam aktiviti sukarela telah meningkat.
2.4.2 Kerjaya
Kajian oleh Caudron (1994) menjelaskan bahawa penglibatan individu dengan
aktiviti kesukarelaan tidak akan mengganggu keberkesanan tugas individu berkenaan
ditempat kerja malahan individu berkenaan dapat meningkatkan produktiviti dan
moral mereka. Selanjutnya beliau menambah penglibatan kesukarelaan sebagai
jawapan kepada bentuk latihan korporat yang menjimatkan belanja. Kemahiran yang
dperolehi seperti kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja sebagai satu pasukan,
kebolehan menjanakan pendekatan yang lebih inovatif dalam menghadapi cabaran
dapat memberikan sumbangan kearah keberkesanan organisasi ditempat kerja.
2.4.3 Sosial
Sukarelawan dapat mengekalkan kepuasan bergantung kepada dua katogori iaitu
faktor kepuasan seperti pencapaian, pengiktirafan, kepercayaan kepada tugas yang
dipertanggungjawabkan dengan memberi lebih tanggungjawab dan faktor
24
ketidakpuasan seperti perhubungan interpersonal yang lemah, kurangnya penyeliaan
dan keadaan tempat kerja yang kurang memuaskan akan meningkatkan
ketidakpuasan kerja. Justeru pihak pengurusan akan mengenalpasti punca yang
menjadi faktor kepuasan dan faktor ketidakpuasan sebagai landasan untuk
mengekalkan kesetiaan sukarelawan. McClelland (1985) dalam kajiannya
mengenalpasti keperluan untuk pencapaian, bersekutu dan peranan sebagai
penggerak. Individu yang bertindakbalas kepada kehendak untuk mencapai sesuatu
adalah digerakkan kepada penyempurnaan tugas.
Selain itu, Individu yang respon kepada keperluan ingin bersekutu
disebabkan ingin meningkatkan perhubungan interpersonal. Terdapat juga individu
yang ingin memenuhi keperluan kuasa untu mengambil peluang menyerlahkan ciri-
ciri kepimpinan yang ada. Penglibatan individu yang bekerja dalam sektor swasta
mahupun dalam sektor kerajaan selalunya disalah erti sebagai mencuri masa
perkerjan dalam sektor berkenaan (Kanter, 1997), walaupun begitu kesan positif
kesukarelaan terhadap individu dan organisasi berkenaan tidak dapat dinafikan.
Penglibatan kesukarelaan sebenarnya dapat menyokong, memudahkan dan
memperkukuhkan persekitaran tempat kerja dalam sesebuah organisasi. Menurut
(Crouter, 1984) bahawa penglibatan individu dapat membantu meningkatkan tahap
kecekapan ditempat kerja dan ianya lebih berkesan.
2.4.4 Pemahaman
Kajian yang dilakukan oleh Gonzalez (2009) mendapati bahawa fungsi pemahaman
adalah penting sebagai sumber inspirasi individu terlibat dalam kesukarelawan.
Faktor ini merupakan satu proses pembelajaran jangka panjang dan ia dilihat menjadi
faktor individu penglibatan seseorang sukarelawan (Yoshioka et. al., 2007).
Golongan yang terlibat dalam aktiviti kesukarelawan di Malaysia kebanyakkannya
adalah dari golongan pesara kerana generasi muda dan professional menghadapi
sedikit kesukaran untuk mencari waktu dalam melibatkan diri di dalam aktiviti
kesukarelawan (Yasmin Arif Shah et. al., 2015). Golongan muda dan profesional
mendapat kurang pendedahan dan penglibatan dalam aktiviti kesukarelawan.
71
Rujukan
Abdul Ghaffar. M.N (2001). Penyelidikan Pendidikan. Edisi Kedua.
Universiti Teknologi Malaysia
Abdul Ghafar. M.N (1999). Penyelidikan Pendidikan. Edisi Kedua. Universiti
Teknologi Malaysia
Ajzen, I., & Fishbein, M. (1980). Understanding Attitudes and Predicting Social
Behaviour. Eaglewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Astin & Sax. (1998). How Undergraduates Are Affected By Service Participation.
Journal of College Student Development, 39: 251-263.
Australian Bureau of Statistics 2001. Voluntary Work Australia 2000. Cat. No.
4441.0. ABS, Canberra. Australian Government Publishing Service.
Azizan Bahari (2011). Belia dan Kesukarelawanan. Majlis Belia Malaysia (MBM)
Azizi.Y, Abdul Ghaffar. M.N, Jamaluddin. R dan Nadarajah. K.R (2007) Faktor
yang mempengaruhi Masalah Disiplin Pelajar Sekolah dan Perhubungan
Pembentukan Personaliti Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia.
Bastien, A.C. (2015). An Examination of Volunteer Motivations and Characteristics
between Requuired Volunteer Service and Non-required Service in College
Students: An Exploratory Study. Retrieved at
http://digitalcommons.georgiasouthern.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1103
&context=honors-theses on 6th December, 2016.
Batson, C. D., Ahmad, N., & Tsang, J. (2002). Four Motives for Community
Involvement. Journal of Social Issues, 58, 429-445.
Brown-Liburd, H.L. & Porco, B.M. (2011). It’s What’s Outside that Counts: Do
Extracurricular Experiences Affect the Cognitive Moral Development of
Undergraduate Accounting Students? ISSUES IN ACCOUNTING
EDUCATION American Accounting Association Vol. 26, No. 2 DOI:
10.2308/iace-10022 2011 pp. 439–454
Caudron, S. 1994. Volunteer Efforts Offer Low-cost Training Options. Personnel
Journal, 73(6), 38-43.
72
Chacon, F., Perez, T., Flores, J. & Vecina, L.M. (2011). Motives for Volunteering:
Categorization of Volunteers’ Motivations using Open-ended Questions.
Psychology in Spain 15 (1): 48-56.
Chua, Y.P (2006). Kaedah Penyelidikan : Kaedah dan Statistik Penyelidikan
Malaysia: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
Clary, E. G., & Snyder, M. 1999. The Motivations to Volunteer: Theoretical and
Practical Considerations. Current Directions in Psychological Science, 8, 156-159.
Clary, E. G., Snyder, M., & Stukas (1996). Volunteers Motivations. Nonprofit and
Voluntary Sector Quarterly 25: 485–505.
Clary, E. Snyder, M., Ridge R, Copeland, J., Stukas, A., Haugen, J. & Miene, P.
(1998). Understanding and Assessing the Motivation of Volunteers: A
Functional Approach. Journal of Personality and Social Psychology, 74 (6):
1516–1530.
Crouter, A., (1984) Spillover from Familyto Work: The Neglected Site of Worked
Family Interface. Human Relation. Vol 37.
Daily Express, 5 Oktober 2012 , p: 9
Davila, M.C. (2009). Age and Motive for Volunteering: Further Evidence. Europe’s
Journal of Psychology 2/2009, pp. 82-95 atwww.ejop.org
Dolnicar, S., & Randle, M., (2007), “What Motivates Which Volunteers?
Psychographic Heterogeneity among Volunteers in Australia” Voluntas:
International Journal of Voluntary and Nonprofit Organizations, Vol. 18, No.
2, pp. 135-155.
Dorsch, K. D., Riemer, H. A., Sluth, V., Paskevich, D. M., & Chelladurai, P.
(2002).What Affects a Volunteer's Commitment? Toronto: Canadian Centre
for Philanthropy.
Edisi 1/2013 ISSN 2180 - 4044 www.ippbm.gov.my
Ekerdt, D.J. (1986). The Busy Ethic: Moral Continuity between Work and Retirement.
The Journal of Higher Gerontologist, 3: 239-44.
Ellis, S. J (1996). The Executive Role in Volunteer Program Success. International
Journal of Offender Therapy and Comparative Criminology, 26: 215-240.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988.
73
Fauziah Ibrahim, Aizan Sofia Amin & Tharshini A/P Sivabalan, (2015). The
Involvement and Motivation of Volunteerism: Toward Nurturing the Spirit of
Volunteerism among Students. Journal of Social Sciences and Humanities
Vol. 10, No. 1 (2015) 084-096, ISSN: 1823-884
Finkelstein, M. A., & Brannick, M. T. (2007). Applying theories of Institutional
Helping to Informal Volunteering: Motives, Role Identity and Prosocial
Personality. Social Behavior and Personality, 35, 101-114.
Gage, R. L., & Thapa, B. (2012). Volunteer motivations and constraints among
college students: Analysis of the volunteer function inventory and leisure
constraints models. Nonprofit and Voluntary Sector Quarterly, 41(3) 405-430.
Gonyea, Judith G., and Bradley K. G (2006). "Expanding the boundaries of corporate
volunteerism: Tapping the skills, talent, and energy of retirees."Generations
30.4 (2006): 78-84.
Haski-Leventhal, D., Cnaan, R., Handy, F., Brudney, J. L., Holmes, K., & Hustinx,
L., (2008). Students’ Vocational Choices and Voluntary Action: A 12 Nation
Study. Vol. 19(1), 1-2.
Hassan Langgulung 1991. Pendidikan Islam Menghadapi Abad ke-21. Shah Alam:
Penerbitan Hizbi
http://www.utusan.com.my/video/pakaian-dalam-terpakai-antara-disumbang-kepada-
mangsa-banjir-1.42379#sthash.BA9l7f1d.dpuf Retrieved May 12, 2016
Hutchison, S (2003). Group Processes and Volunteering: Enhancing Recruitment and
Retention. Administration in Social Work. 33: 23-33
IM4U. (2013). IM4U. Retrieved May 12, 2016, from 1M4U:
http://www.1m4youth.com.my/
Jago, L., Deery (2002). An Investigation of Volunteer Use in Tourism Organizations.
International Journal of Contemporary Hospitality Management, 5: 229-236.
Kamaruddin Hussin (1993). Pengajaran Lisan : Kemahiran Mendengar dan Bertutur.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Kanter, R. (1997). Work and Family in the United States: A Critical Review and
Agenda for Research and Policy. Russell Sage Foundation. New York.
Katz, R. (1960). The Functional Approach to the Study of Attitude. Pub. Op. Qart.
Knauft, D (1992). Predicting the Retention of University Students. Research in
Higher Education. 10: 35-37.
74
Laman Portal PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI Universiti
Putra Malaysia. Retrieved May 12, 2016
Marta, E. and M. Pozzi, (2008). Young People and Volunteerism: A model of
Sustained Volunteerism during the Transition to Adulthood. J. Adult Dev.,
15: 35-46. DOI: 10.1007/s10804-007-9033-4
Maškarin Ribaric, H., Radovic Nimac, K., Na, M. (2013). ˝Volunteering and
Competitiveness on the Labour Market in Times of Crisis: Students`
Attitudes˝, in 2nd International Scientific Conference Tourism in Southern
and Eastern Europe 2013, Proceedings, Faculty of Tourism and Hospitality
Management Opatija, May 15-18, 2013, 217-229.
Maslow, A. H., (1970), Motivation and Personality. (2nd ed.) New York:
HarperCollin
McClelland, D. C, (1985), HumanMotivation. Glenview, Ill. Scott Foresman.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003) Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia.
Musick, M., & Wilson, J. (2003). Volunteering and Depression: The Role of
Psychological and Social Resources in Different Age Groups. Social Science
and Medicine 56(2), 259-269.
Nichols, G, King. (1999). Redefining the Recruitment Niche for the Guide
Association in the UK. Leisure Sciences. 21: 307-320.
Okun, M. & Michel, J. (2006). Sense of Community and Being a Volunteer among
the Young_Old. Journal of Applied Gerontology 25, 173-188.
Omoto, A., & Snyder, M. (1995). Sustained Helping without Obligation: Motivation,
Longevity of Service, and Perceived Attitude Change among AIS Volunteers.
Journal of Personality and Social Psychology, 68, 671-687
Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Retrieved at
http://www.uthm.edu.my Jun 12, 2016
Points of Light Foundation (2011). Skill based volunteering. Retrieved at
http://www.pointsoflight.org/our-work/research/sbvon 6th December 2016.
Rehberg, W. (2005). Altruistic Individualists: Motivations for International
Volunteering among Young Adults in Switzerland. Voluntas: International
Journal of Voluntary and Nonprofit Organizations , 16(2), 109-122.
75
Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025
(Pendidikan Tinggi) © Kementerian Pendidikan Malaysia 2015
Saifuddin Abdullah, (1998). Strengthening Youth Development: Implementation
through Empowerment. Kuala Lumpur: Majlis Belia Malaysia.
Sekaran. U (2000). Research Method for Business: A Skill Building Approach
(2nd .Ed.). New York: John Willey & Son Inc.
Sharififar, F., Jamalian, Z., Nikbakhsh, R., & Ramezani, Z.N. (2011). Influence of
Social Factors and Motives on Commitment of Sport Events Volunteers.
World Academy of Science, Engineering and Technology, 77, 1078-1082
Sidek Mohd Noah, Abdul Malek Abdul Karim, Wan Mrzuki Wan Jaafar, &
Jamaludin Ahmad (2009). Panduan Rasmi MEdSI .Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Stukas, A. A., Worth, K. A., Clary, E. G., & Snyder, M. (2008). The matching of
motivations to affordances in the volunteer environment: An index for
assessing the impact of multiple matches on volunteer outcomes. Nonprofit
and Voluntary Sector Quarterly, 38(5), 5-28.
Stukas, A., Worth, K., Clary, E., & Snyder, M. (2009). The Matching of Motivations
to Affordances in the Volunteer Environment: An Index for Assessing the
Impact of Multiple Matches on Volunteer Outcomes. Nonprofit and
Voluntary Sector Quarterly, 38(1), 5.
Taniguchi, H., (2006). “Men`s and Women`s Volunteering: Gender Differences in
the Effects of Employment and Family Characteristics”, Nonprofit and
Voluntary Sector Quarterly, Vol. 35, No. 6, 2006, 83-101.
Tasir, Z. & Abu, M.S. (2003) Analisis Data Berkomputer: SPSS 11.5 for Windows.
Kuala Lumpur: Venton Publishing (M) Sdn Bhd.
Tee S. K (2006) Stress Kerja di Kalangan Guru Aliran Teknik di Sekolah Menengah
Teknik di Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Universiti Teknologi
Malaysia.
Thapa, B. (1999). Environmentalism: The relation of environmental attitudes and
environmentally responsible behaviors among undergraduate students.
Bulletin of Science, Technology & Society 19: 432-444.
United Nations Volunteer. (2011). State of the World's Volunteerism Report. United
Nations. Voluntary Sector Quarterly 25: 485–505.
76
Utusan.com.my/utusan/Johor/20121024/wj_01/UTHM-jadi-pelopor
Veeerasamy, C. & Singh, J. (2013). Relationships between Volunteerism, Academic
Performance and Self-esteem among Undergraduates in Malaysia. Retrieved
at https://www.researchgate.net/publication/259493004 on 6th December
2016.
Ward, L., Parr, J. (2006) Authority, Volunteerism, and Sustainability: Creating and
Sustaining an Online Community through Teacher Leadership, Leadership
and Policy in Schools, Volume 5, Number 2, June 2006, pp. 109-129(21)
Wymer, W. (2011). “The implications of Sex Differences on Volunteer Preferences”,
Voluntas: International Journal of Voluntary and Nonprofit Organizations,
Vol. 22, No. 4, 2011, 831-851