Download - Murid Keliru Menyebut Diftong
NAMA:
HAMDAN BIN HUSSIN
KAD PENGENALAN:
780704-04-5435
NAMA SEKOLAH:
SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
BT 21, JALAN AIR HITAM, KULAIJAYA JOHOR
1.0 Tajuk Matapelajaran : Bahasa Melayu
Komsas
2.0 Maklumat diri :
Nama : Hamdan Bin Hussin
Tarikh lahir : 04.07.1978
Tempat lahir : Melaka
Pengalaman mengajar : 9 tahun
Jawatan : Guru Cemerlang Bahasa Melayu
Pendidikan : Diploma Pendidikan (KPLI)
3.0 Tajuk Inovasi
Mengatasi Masalah Murid Keliru Membaca Menggunakan Teknik
Hypermedia.
4.0 Penyataan masalah :
Hasil ujian PLBS 2011 menunjukkan terdapat beberapa orang murid
tingkatan 3I tidak menguasai kemahiran membaca. Mereka masih
lemah membatangkan suku kata dengan betul dan lancar.
Kebanyakkan murid lemah menyebut perkataan yang mempunyai
diftong dan melebihi 3 suku kata.
5.0 Topik dalam P & P yang digunakan :
5.1 Diftong.
6.0 Objektif :
6.1 OBJEKTIF UMUM
Tujuan inovasi ini adalah untuk mempertingkat penguasaan
kemahiran 2M murid yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
6.2OBJEKTIF KHUSUS
1. Membantu murid menyebut perkataan yang mempunyai diftong
dengan betul.
2. Meningkatkan kemahiran membaca murid.
7.0 Tunjukkan bagaimana inovasi ini mampu meningkatkan minat
pembelajaran murid :
Bagi mengatasi masalah ini, satu inovasi telah di cipta dengan
menggunakan satu kaedah mudah iaitu menggunakan persembahan
Power point. Penggunaan maksimum elemen seperti teks berwarna-
warni, suara dan gambar digunakan bagi pembelajaran yang mudah
serta menyeronokkan.
Bagi memudahkan murid membezakan sebutan, setiap
sukukata akan dibezakan dengan warna yang berlainan. Perkataan
yang mempunyai diftong akan diwarnakan dengan warna yang lain
supaya murid dapat melihat dengan mudah perkataan yang
mengandungi diftong.
Teknik pautan suara setiap sukukata digunakan bagi
membolehkan murid mendengar ulang bunyi suku kata dengan
mengetik pada suku kata tersebut. Selain itu teknik pautan suara
setiap perkataan juga digunakan bagi membolehkan murid mendengar
ulang bunyi perkataan dengan mengetik pada perkataan tersebut.
Setelah murid mahir, kemudahan pautan suara untuk satu baris ayat
disediakan.
Selain itu gambar yang berkaitan dengan ayat turut dimasukkan
sebagai elemen pelengkap.
8.0 Manual penggunaan
Modul ini sesuai digunakan di makmal komputer. Setiap murid mestilah
menggunakan satu komputer di mana 2 orang satu komputer bagi memberi
manfaat secara maksimum kepada murid terhadap inovasi ini. Terdapat 3
aktiviti yang dijalankan.
AKTIVITI 1 - Murid menyebut perkataan yang ada diftong
AKTIVITI 2 - Murid menaip perkataan mengikut kategori diftong.
AKTIVITI 3 - Murid mencari perkataan yang ada diftong dalam ayat.
AKTIVITI 1
SLIDE 1
Murid mendengar dan menyebut perkataan yang ada diftong dengan betul.
Murid mengetik pada suku kata berwarna putih atau merah untuk mendengar
sebutan sukukata. Murid mengetik pada logo suara di atas perkataan untuk
mendengar sebutan perkataan.
SLIDE 2
Guru mengarahkah setiap murid secara berpasangan menyebut perkataan di
atas secara berulang-ulang dan seorang lagi akan menyemak sebutan rakan
dengan merujuk slide pertama. Seterusnya murid bertukar peranan sehingga
mahir.
AKTIVITI 2
SLIDE 3
Secara berpasangan murid menaip perkataan mengikut kategori au, ai dan oi dengan merujuk slide kedua.
SLIDE 4
Hasil jawapan murid menunjukkan mereka telah dapat kategorikan perkataan
mengikut kelompok diftong.
AKTIVITI 3
SLIDE 5
Secara berpasangan murid membaca berulang kali dan mengenalpasti perkataan yang ada diftong dalam ayat yang diberi. Murid menukar warna setiap suku kata yang ada diftong.
SLIDE 6
Hasil jawapan murid menunjukkan mereka telah dapat mengenalpasti
perkataan yang ada diftong di dalam ayat yang diberi.
9.0 Perakuan peserta
Saya mengaku bahawa semua maklumat yang diberi adalah benar dan
inovasi ini merupakan inovasi asal rekaan saya.
Tandatangan
.............................. Tarikh :
(Hamdan Bin Hussin)
Pengesahan Ketua jabatan
Sepanjang pengetahuan saya, semua maklumat yang diberikan adalah
benar.
Tandatangan
Tarikh :