GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN
ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR
NORMALA BINTI SHAMSUDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR
SESI PENGAJIAN: 2006/2009
Saya _________ NORMALA BINTI SHAMSUDIN___________________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknoogi Malaysia. 2. Perpustakaan dibenarkan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan Untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 38, JALAN 10, TUAN HAJI HASSAN BIN HUSHIN TAMAN SRI KLUANG, Nama Penyelia 86000 KLUANG, JOHOR. Tarikh: 30 OKTOBER 2008 Tarikh: 30 OKTOBER 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kuirsus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan”
Tandatangan : ................................................... Nama Penyelia : TUAN HAJI HASSAN BIN HUSHIN Tarikh : 30 OKTOBER 2008
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR WANITA DAN HUBUNGANNYA
DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN
ZON KLUANG BARAT, KLUANG, JOHOR
NORMALA BINTI SHAMSUDIN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2008
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ...................................................
Nama Penulis : NORMALA BINTI SHAMSUDIN
Tarikh : 30 OKTOBER 2008
iii DEDIKASI
Teristimewa buat,
Suami tercinta,
MOHMAD AMERAN BIN DENAN
Sokongan, pengorbanan serta kasih sayangmu tiada ternilai. Restumu menguatkan
semangat dan memberikan kekuatan untuk meneruskan cita-cita. Terima kasih kerana
memahami.......
Ayahanda Bonda yang dikasihi,
HJ SHAMSUDIN BIN ABDULLAH
DAN
HJH HARISUN BT TEH
Dorongan, nasihat serta doamu menjadi bekalan meneruskan kehidupan.....
Anak-anak tersayang,
HAZLINI, HANIS LIYANA DAN HUDA NABILA
Kesabaran kalian serta kesediaan memberikan ruang dan kesempatan buat mama
menyelesaikan pengajian ini amat bermakna. Terima kasih kerana banyak membantu.
Doa anakanda sentiasa menjadi sumber inspirasi mama.....
Ibu mertua, abang-abang, adik-adik, ipar-duai serta keluarga masing-masing,
Terima kasih atas segala kebaikan.....
Sekalung penghargaan buat rakan-rakan seperjuangan sekalian
yang banyak membantu sepanjang pengajian.
Semoga Allah jua yang membalas segalanya dan sentiasa memberkati kita semua.....
iv PENGHARGAAN
Alhamdulillah segala pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. dan salam
serta selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. atas limpah kurnia dan
keizinanNYA akhirnya dapat saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas ditujukan
khususnya kepada penyelia projek ini, Tuan Haji Hassan bin Hushin atas bimbingan,
tunjuk ajar serta dorongan yang telah diberikan dalam menjayakan projek dan penulisan
laporan projek ini. Kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan beliau amat saya kagumi.
Sesungguhnya jasa baik beliau tidak akan dilupakan dan akan tetap dikenang.
Tidak dilupakan sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga
ditujukan kepada penyelaras PKPGB Ambilan 1 Dr. Yusof bin Boon, semua pensyarah
dan staf Fakulti Pendidikan , UTM Skudai atas kerjasama serta segala bantuan yang
telah dihulurkan khususnya bagi melicinkan perjalanan projek ini.
Di kesempatan ini juga ingin saya rakamkan ucapan terima kasih kepada
Pengarah Institut Aminuddin Baki dan Kementerian Pelajaran Malaysia kerana memberi
peluang kepada saya untuk mengikuti program ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan
kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia(EPRD), Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Kluang,
rakan-rakan guru besar, para guru di sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian ini serta
semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas kerjasama yang telah
diberikan sehingga projek ini berjaya disiapkan.
Akhir sekali tidak lupa dititipkan rasa penghargaan dan ucapan jutaan terima
kasih buat ahli keluarga, rakan-rakan seperjuangan PKPGB Ambilan 1 yang sentiasa
bersedia menghulurkan bantuan juga memberi semangat serta setiap individu yang
banyak sekali membantu bagi menyempurnakan projek serta kursus ini.
Sekian, wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar wanita
dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah-sekolah Zon Kluang Barat,
Kluang, Johor. Dua dimensi gaya kepimpinan telah dikenalpasti dalam kajian ini
iaitu gaya kepimpinan beroreantasikan struktur tugas dan beroreantasikan
timbangrasa. Kajian berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan dengan
meninjau persepsi guru menggunakan soal selidik Leadership Behavior
Description Questionaire (LBDQ) dan soal selidik komitmen kerja yang diambil
dari Indeks Komitmen Tenaga Kerja (The Workforce Commitment Index)
dengan sedikit pengubahsuaian. Seramai 102 orang guru telah dipilih sebagai
responden dari empat buah sekolah yang dipimpin oleh guru besar wanita di
Zon Kluang Barat, Kluang, Johor. Dapatan dari kajian rintis menunjukkan pekali
kebolehpercayaan Alpha Cronbach soal selidik ini bagi gaya kepimpinan adalah
0.952 dan bagi tahap komitmen guru adalah 0.904. Analisis data dilakukan
menggunakan Program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi
12.0 dan skor min untuk setiap dimensi kepimpinan dijadualkan. Dapatan dari
kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan
guru besar wanita dengan komitmen guru. Walaubagaimanapun ia berada pada
tahap yang lemah. Beberapa cadangan serta cadangan untuk kajian yang akan
datang juga dikemukakan di akhir kajian ini.
vi
ABSTRACT
This study is intended to identify the leadership style of headmistress and also
its relationship with the level of teacher’s commitment in schools at Kluang Barat
Zone, Kluang, Johor. Two dimensions of leadership style has been identified in
this study which is structural task oriented leadership and consideration
dimension in the leadership style. The study is conducted in the form of
descriptive quantitative to servey the teacher’s perception towards the style of
leadership of headmistress together with the teacher’s commitment in schools.
The survey is done by using questionnaire from Leadership Behavior
Description Questionnaire (LBDQ) and questionnaire from Workforce
Commitment Index with a few alterations done. About 102 teachers were
choosen as respondents from four schools managed by headmistress in Kluang
Barat Zone, Kluang, Johor. The findings from the pilot study showed the level of
realibility of Alpha Cronbach in this questionnaire was 0.952 and for the
teacher’s commitment was 0.904. Data was analysed by using Statistical
Package for Social Science (SPSS) version 12.0 and the mean score for every
dimension was tabled. The result shows that there is a significant relationship
between the level of the teachers’commitment towards their work. However it is
a weak relationship. There are also a few suggestions made for further research
at the end of this research.
vii
JADUAL KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
JADUAL KANDUNGAN vii -ix
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
viii
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi 11
1.10 Penutup 15
BAB 11 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Konsep Kepimpinan 16
2.3 Gaya Kepimpinan 17
2.4 Konsep Komitmen 21
2.5 Kerangka Kajian 22
2.6 Kajian-kajian Lepas 23
2.7 Penutup 25
BAB 111 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 27
3.2 Reka Bentuk Kajian 28
3.3 Sampel Kajian 28
3.4 Kaedah Pengumpulan Data 29
3.5 Kajian Rintis 32
3.6 Penutup 32
BAB 1V ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 33
4.2 Dapatan hasil kajian 33
4.2.1 Faktor demografi 34
4.2.2 Jenis Gaya Kepimpinan 36
ix
4.2.3 Tahap komitmen 41
4.2.4 Hubungan gaya kepimpinan dan komitmen 41
4.2.5 Gaya kepimpinan yang paling
mempengaruhi komitmen 42
4.3 Penutup 44
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 45
5.2 Rumusan kajian 45
5.3 Perbincangan
5.3.1 Gaya Kepimpinan 46
5.3.2 Tahap Komitmen 47
5.3.3 Hubungan gaya kepimpinan dan komitmen 48
5.3.4 Gaya kepimpinan yang paling mempengarui
Komitmen 48
5.4 Cadangan 49
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 50
5.6 Penutup 51
RUJUKAN 52-55 LAMPIRAN 56-59
x
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Penentuan saiz sampel Krejcie,R.V & Morgan 29
(1970)
3.2 Skala Likert 31
3.3 Taburan Penomboran soal selidik mengikut bahagian dan
Item 31
4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut
Jantina 34
4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut
Umur 34
4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut
Keturunan 35
4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar 35
4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut
Taraf Pendidikan 36
4.6 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Skor setiap soalan
Berdasarkan Persepsi Responden Terhadap Kepimpinan
Guru Besar Beroreantasikan Struktur Tugas 37
4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Skor setiap soalan
Berdasarkan Persepsi Responden Terhadap Kepimpinan
Guru Besar Beroreantasikan Timbang Rasa. 39
xi
4.8 Analisis Tahap Komitmen Guru 41
4.9 Analisis Hubungan antara Gaya Kepimpinan Guru Besar
Wanita dengan Komitmen Guru 41
4.10 Rumusan Model (Model Summary) 42
4.11 ANOVA (b) 43
4.12 Coeffecients(a) 43
xii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Dua Dimensi Tingkah Laku Kepimpinan
Ohio State 20
2.2 Sukuan Kepimpinan Kajian Ohio State 20
2.3 Kerangka Kajian Hubungan Gaya Kepimpinan
Dengan Komitmen Kerja 22
xiii
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN
Simbol
% Peratus
& Dan
Singkatan
LBDQ Leadership Behavior Description Questionnare
No. Nombor
Min Purata
SPSS Statistical Package for Science Social
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soal Selidik 56
B Carta Alir Metodologi Kajian 62
C Analisa Alpha Cronbach Kajian Rintis 63
D Analisa Min, Korelasi Pearson dan Anova 64-67
E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajarasn
Malaysia. 68
F Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor 69
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Seiring dengan kemajuan pesat pelbagai bidang dalam dunia yang tanpa
sempadan ini, kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan telah semakin meningkat.
Keadaan ini bukan sahaja berlaku di negara-negara maju tetapi bahangnya juga turut
dirasai di negara-negara membangun termasuklah negara kita Malaysia. Tidak dapat
dinafikan lagi ungkapan dalam bahasa Inggeris ‘knowledge is power’ yang membawa
maksud mana-mana individu atau negara yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi
dikatakan mempunyai kuasa atau pengaruh yang besar ke atas individu atau negara lain.
Justeru itu tidak hairanlah jika dewasa ini semua orang sering memperkatakan
tentang kecemerlangan dalam pendidikan. Para ibu bapa begitu ghairah untuk
memastikan anak-anak mereka memperolehi kecemerlangan dalam pendidikan. Semakin
hari semakin tinggi tuntutan untuk memperolehi pencapaian yang baik terutamanya
dalam bidang akademik. Pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik seringkali
walaupun tidak semestinya akan mempunyai peluang pendidikan yang lebih cerah untuk
ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya pula akan lebih berpeluang menceburi
pekerjaan dalam bidang-bidang profesional atau yang mencabar serta lebih menjamin
masa depan mereka.
2
Masyarakat khususnya ibu bapa sendiri meletakkan sekolah sebagai sebuah
institusi formal yang bertanggung jawab dalam memberikan pendidikan awal kanak-
kanak. Menyedari hal ini pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia
sentiasa berusaha untuk menyediakan peluang-peluang pendidikan yang terbaik serta
berkualiti kepada semua rakyat di negara ini. Bahkan mutakhir ini kita dapat lihat bahawa
pendidikan di negara kita adalah lebih bersifat holistik dengan hasrat bagi melahirkan
modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sehubungan dengan itu bagi mencapai tahap kecemerlangan di sesebuah sekolah,
pemimpin atau lebih tepat guru besar di sekolah kebangsaan telah dikenal pasti amat
berperanan dalam memastikan kejayaan sesebuah sekolah. Hussein Mahmood (1993),
mengatakan dalam usaha untuk mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan,
kepimpinan pengetua atau guru besar dilihat sebagai satu faktor utama yang
mempengaruhinya. Kajian yang dilakukan oleh Hussein Mahmood (1993), telah
menunjukkan para pengetua sekolah yang kurang berkesan atau kurang berjaya bersikap
kurang positif terhadap usaha untuk memajukan diri mereka sendiri dari segi keilmuan
profesional.
Selalunya, apabila berbicara tentang pemimpin atau pengurus, ianya amat sinonim
dengan kaum lelaki. Namun dalam era globalisasi ini keadaan telah berubah dimana
peranan wanita telah semakin meluas dan menyerlah dalam pelbagai bidang. Jika pada
satu ketika dahulu, tempat wanita dikatakan hanya sesuai di rumah dan hanya berfungsi
sebagai suri rumah sepenuh masa tetapi pada hari ini mereka bukan sahaja berperanan
sebagai isteri, ibu atau anggota masyarakat tetapi sebagai wanita bekerjaya malahan telah
mendapat kepercayaan sebagai pemimpin di beberapa organisasi termasuklah dalam
bidang kemasyarakatan serta politik.
Kaum wanita kini semakin berani untuk tampil dan menceburkan diri di dalam
bidang atau aktiviti yang lebih mencabar serta sofisticated. Mereka juga telah berfikiran
jauh ke hadapan dan mula mengorak langkah untuk sama-sama berganding bahu dengan
kaum lelaki dalam menghadapi liku-liku hidup dan juga mampu memikul tugas dan
3
tanggung jawab yang lebih berat bukan sahaja di kalangan keluarga tetapi juga dalam
masyarakat.
Berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, dianggarkan pada
tahun 2005, 48 peratus tenaga kerja wanita menyumbang sebanyak 50 peratus daripada
pendapatan keluarga. Kajian ini menyatakan 65 peratus wanita bekerjaya adalah juga
wanita yang menguruskan rumah tangga. (Kamariah Wahab, 2007). Walaubagaimana-
pun didapati ramai wanita lebih terlibat dalam bidang pendidikan, kesihatan, kecantikan,
fesyen, peragaan, perkhidmatan, perkeranian, dan lain-lain bidang yang kurang berisiko.
Ini dilihat selari dengan sifat wanita yang pada umumnya dikaitkan dengan sifat lembut,
teliti, penyayang, tekun, sabar dan seumpamanya.
Menurut Owen (1998), di Australia, kewujudan dan pengaruh pekerja wanita di
tempat kerja semakin ketara. Semenjak kebelakangan ini, berdasarkan ILO (1997) dalam
Vilkinas (2000), pekerja wanita dianggarkan memegang hampir 25 peratus jawatan di
bahagian pengurusan dan 43 peratus jawatan di bahagian pengurusan atasan. Jumlah ini
dijangkakan akan terus meningkat dari semasa ke semasa.
Dewasa ini terdapat juga segelintir golongan wanita yang telah berani menyahut
cabaran serta mengambil risiko bagi menceburi bidang kerjaya yang dahulunya hanya
dimonopoli oleh golongan lelaki, misalnya dalam pertahanan, keselamatan, kejuruteraan
dan lain-lain bidang yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi hinggalah
ke peringkat pengurusan tertinggi dalam pelbagai organisasi termasuklah sebagai
pemimpin politik yang bukan sahaja terlibat di peringkat akar umbi malahan hingga ke
peringkat antarabangsa.
4
1.2 Latar belakang Masalah
Pepatah Melayu yang mengatakan ‘tangan yang menghayun buaian, dapat
menggoncang dunia ’, menggambarkan antara keistimewaan dan kelebihan kaum wanita.
Walaupun pada zahirnya tampak lemah dan sering dilihat lebih sesuai menjadi pembantu
kepada pihak lelaki, hakikatnya pengaruh serta kesan kehadiran mereka mampu
mengubah banyak perkara terutama dalam sesuatu bidang atau kerjaya yang di ceburi
wanita. Walaupun terdapat prasangka terhadap wanita intelek dari zaman berzaman,
namun masih terdapat ramai wanita yang mempunyai ketabahan dan kecekalan hati
untuk berjaya dalam kerjaya.
Pada hari ini, kita dapat lihat semakin ramai pemimpin dari kaum wanita yang
telah berjaya menempa nama serta menjadi pemimpin terkenal di dunia antaranya pada
tahun 2006, Ellen Johnson Sirleaf telah diberi kepercayaan sebagai Presiden Liberia,
Michele Bachelet di Chile, Indira Ghandi di India malah Margaret Thatcher yang diberi
jolokan ‘wanita besi’ juga pernah berkuasa dan menjadi Perdana Menteri England pada
satu ketika dahului. Namun masih ada lagi pihak yang masih kurang yakin serta
mempertikaikan kemampuan wanita sebagai pemimpin dan beranggapan bahawa wanita
tidak mampu bertindak serta melaksanakan peranan sebagaimana pemimpin lelaki. Maka
tidak hairanlah hingga ke hari ini dalam sesetengah masyarakat masih wujud fenomena
siling kaca (glass ceiling) di tempat kerja. Fenomena ini menunjukkan wujudnya satu
keadaan dimana wanita mendapat layanan yang berbeza di tempat kerja berbanding
dengan lelaki seperti peruntukan gaji yang lebih kecil, keperluan serta pandangan wanita
diketepikan, peluang kenaikan pangkat atau peningkatan dalam kerjaya disekat dan
sebagainya malah lebih menyedihkan dikatakan sebagai warga kelas kedua hanya kerana
mereka adalah wanita.
Dalam konteks negara kita, wanita Malaysia boleh dianggap agak bertuah kerana
peranan mereka telah mendapat pengiktirafan dan telah ke hadapan dalam banyak aspek
termasuk pekerjaan, pendidikan, ekonomi, sosial bahkan dalam politik negara juga. Ini
merupakan sesuatu yang amat membanggakan kaum wanita apabila penyertaan dan
5
sumbangan mereka dalam pembangunan negara tidak diketepikan. Berdasarkan kepada
Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia (2000), daripada 49.1 peratus atau 12.4 juta
penduduk di negara ini adalah wanita iaitu hampir separuh daripada keseluruhan
penduduk. 7.2 juta adalah dalam umur bekerja iaitu antara 15 hingga 64 tahun. Daripada
jumlah itu, 3.3 juta atau 46.7 peratus menyumbang kepada guna tenaga negara yang
mana sumbangan wanita paling besar adalah dalam bidang pengeluaran sebanyak 22.7
peratus, perkeranian 17.6 peratus, pertanian 13.9 peratus, profesional 13.6 peratus dan
lain-lain 14.5 peratus. Hasil penyelidikan turut mendapati di sektor awam, bilangan
wanita dalam pengurusan dan profesional telah mencapai 54.2 peratus berbanding 45.8
peratus adalah lelaki.
Untuk menjadi pemimpin yang berkesan khususnya dalam bidang pendidikan pada
alaf baru ini bukanlah satu tanggung jawab yang mudah. Dalam usaha untuk
memartabatkan semula sekolah sebagai pusat asas melahirkan pelajar cemerlang dari segi
akademik dan moral, guru besar memainkan peranan utama dalam usaha untuk
membentuk jati diri pelajar serta melahirkan modal insan cemerlang.
Sebagaimana pentingnya peranan yang dimainkan oleh guru besar lelaki, peranan
guru besar wanita juga tidak boleh diperkecilkan kerana pada hari ini bilangan guru
besar wanita telah semakin ramai. Mengambil contoh di daerah Kluang dari lima puluh
buah sekolah kebangsaan, dua belas darinya dipimpin oleh guru besar wanita.
Sungguhpun bilangan guru besar lelaki masih melebihi bilangan guru besar wanita tetapi
ianya telah menunjukkan peningkatan dari semasa kesemasa.
Keberkesanan kepimpinan guru besar tidak seharusnya hanya diukur atau dinilai
dari aspek gender semata-mata tetapi sebaliknya perlu dilihat dari segi kebolehan
menjalankan tugas termasuklah mempunyai ilmu yang luas, kepintaran dalam membuat
keputusan yang bijak dan tepat, kebolehan teknikal yang tinggi, berkebolehan mengurus
dan mengatur serta mentadbir organisasi, kemahiran interpersonal, berwibawa, beretika
serta mengamalkan gaya kepimpinan yang berkesan dan seumpamanya.
6
1.3 Pernyataan masalah
Guru besar yang berjaya merupakan individu yang dapat memimpin sub
ordinatnya ke arah pencapaian objektif sekolah. Namun masih lagi wujud beberapa
persoalan mengenai isu wanita dalam kepimpinan iaitu adakah wanita boleh menjadi
guru besar yang berkesan ? Apakah tahap keberkesanan gaya kepimpinan yang
diamalkan oleh guru besar wanita ? Apakah hubungkait antara gaya kepimpinan guru
besar wanita dengan komitmen guru di sekolah? Adakah guru besar wanita dapat
memimpin guru-guru agar dapat memberikan komitmen yang tinggi kepada sekolah ?
Guru-guru yang mempunyai tahap komitmen yang tinggi sudah pasti dapat
mengurangkan masalah- masalah dalam sesebuah sekolah seperti ketidakhadiran yang
serius hingga boleh melumpuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah,
datang lewat ke sekolah tanpa alasan, tidak masuk ke kelas pada waktu yang sepatutnya,
kurang bersemangat, kurang inisiatif, tidak menjalankan tugas dengan baik dan
seumpamanya. Sebaliknya guru yang mempunyai komitmen yang tinggi sudah tentu
dapat menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah sebagaimana yang diharapkan oleh
banyak pihak terutama dikalangan ibu bapa serta masyarakat secara amnya.
Perkara ini telah mendorong pengkaji untuk melihat apakah gaya kepimpinan
yang sering diamalkan oleh guru besar wanita di sekolah-sekolah dalam Zon Kluang
Barat , Kluang, Johor dan apakah tahap komitmen guru-guru di sekolah-sekolah
berkenaan. Disamping itu, pengkaji juga ingin mengenalpasti apakah hubungan gaya
kepimpinan guru besar dengan komitmen guru di sekolah-sekolah yang dikaji. Adakah
gaya kepimpinan guru besar wanita mempengaruhi komitmen guru ? Selain dari itu,
persoalan ini juga telah membangkitkan rasa ingin tahu pengkaji untuk mengenalpasti
apakah gaya kepimpinan yang paling mempengaruhi tahap komitmen guru di sekolah-
sekolah yang dipilih.
7
1.4 Objektif kajian
Adalah diharapkan kajian ini akan menghasilkan penemuan yang bermenafaat
kepada pelbagai pihak dan dapat menjelaskan lagi kemusykilan yang timbul. Secara
khusus objektif kajian ini adalah seperti berikut :
1.4.1 Mengenalpasti jenis gaya kepimpinan yang sering diamalkan oleh guru besar
wanita di sekolah-sekolah kebangsaan dalam Zon Kluang Barat, Kluang, Johor.
1.4.2 Melihat tahap komitmen guru terhadap sekolah yang dipimpin oleh guru besar
wanita di sekolah-sekolah kebangsaan dalam Zon Kluang Barat, Kluang, Johor.
1.4.3 Melihat hubungan diantara gaya kepimpinan guru besar wanita dengan
komitmen guru di sekolah-sekolah kebangsaan dalam Zon Kluang Barat,
Kluang, Johor.
1.4.4 Mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar wanita yang paling mempengaruhi
komitmen guru di sekolah-sekolah kebangsaan dalam Zon Kluang Barat,
Kluang, Johor.
1.5 Persoalan kajian
Berdasarkan objektif-objektif kajian yang dinyatakan di atas, kajian yang akan
dijalankan ini adalah untuk memberi jawapan kepada persoalan-persoalan berikut :
1.5.1 Apakah jenis gaya kepimpinan yang sering diamalkan oleh guru besar wanita
di sekolah- sekolah kebangsaan dalam Zon Kluang Barat, Kluang, Johor?
8
1.5.2 Apakah tahap komitmen guru di sekolah yang dipimpin oleh guru besar wanita
di sekolah-sekolah kebangsaan dalam Zon Kluang Barat, Kluang, Johor ?
1.5.3 Sejauh manakah hubungan diantara gaya kepimpinan guru besar wanita dengan
komitmen guru di sekolah-sekolah dalam Zon Kluang Barat, Kluang, Johor
1.5.4 Antara dua jenis gaya kepimpinan guru besar wanita iaitu struktur tugas dan
timbangrasa, yang manakah paling mempengaruhi komitmen guru di sekolah-
sekolah kebangsaan Zon Kluang Barat, Kluang, Johor.
1.6 Kepentingan kajian
Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk cuba memberikan sedikit sebanyak
gambaran dan penjelasan tentang persoalan ini. Kajian juga dijalankan untuk melihat
sejauh mana keberkesanan sekolah di bawah kepimpinan guru besar wanita. Kepentingan
kajian ini meliputi beberapa perkara seperti berikut :
1.6.1 Mengumpul maklumat berkaitan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru
besar wanita bagi rujukan sekolah-sekolah yang dikaji.Hasil kajian ini diharap
dapat memberi panduan bagi mempertingkatkan lagi tahap keberkesanan
pengurusan dan pentadbiran serta prestasi kerja guru besar wanita.
1.6.2 Dapatan kajian dapat menyumbang serta menambahkan lagi ilmu pengetahuan
berkaitan gaya kepimpinan guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen
guru di sekolah yang diharap dapat memberikan satu implikasi mengenai isu
keberkesanan wanita sebagai pemimpin.