Download - nota elektronik
DIODSet1
Binaan Diod Simpang PN- Terdiri drp gabungan sep.pengalir ektsrinsik
bahan jenis P dan bahan jenis N.- Mempunyai 2 tamatan iaitu anod & katod.- Bahan P ialah anod : Bahan N ialah katod.- Tamatan katod adalah yang hampir dgn tanda
garis. - Ketika proses penggabungan bahan P & N,
elektron bebas dlm bahan N yang berhampiran simpang akan menyeberangi simpang dan meresap ke dalam lubang bahan P. Proses ini dikenali sebagai penggabungan semula simpang.
- Kehilangan elektron di bahan N akan membentuk ion positif di simpang PN.
- Kemasukan elektron di bahan P membentuk ion negatif di simpang PN.
- Keadaan ini membentuk satu lapisan cas positif pada bahan N dan cas negatif di bahan P.
- Kawasan simpang di mana terbentuknya kedua-dua cas dikenali sebagai lapisan susutan.
- Cas positif & cas negatif membina medan elektrostatik merentasi simpang PN.
- Resepan elektron dan lubang akan berhenti apabila tiada keupayaan untuk mengatasi medan elektrostatik.
- Halangan atau rintangan yang dibina oleh medan elektrostatik dikenali sawar upaya atau upaya simpang.
- Sawar upaya juga dikenali sebagai voltan lutut. (Si – 0.7v, Ge - 0.3v)
Simbol Asas Diod
Kendalian Diod Simpang PNDiod Di Pincang ke Depan
* Kutub positif punca voltan disambungkan ke tamatan anod dan kutub negatif disambungkan ke tamatan katod.
* Punca voltan yang digunakan perlu atasi (lebih) medan elektrostatik (sawar upaya).
* Apabila suis dihidupkan kutub positif menolak lubang ke arah simpang begitu juga kutub negatif menolak elektron ke arah simpang.
* Lapisan susutan akan menipis dan medan elektrostatik berkurangan (rintangan rendah).
* Pembawa arus terbanyak di bahan P dan bahan N akan menyeberangi simpang dan menghasilkan pengaliran arus.
* Ketika ini diod dianggap suis tutup.* Sekiranya nilai punca voltan ditambah maka
arus yang mengalirpun akan bertambah. Dan jika tidak dikawal diod akan menjadi rosak.
Diod Di Pincang Balikan
* Kutub positif punca voltan disambungkan ke tamatan katod dan kutub negatif ke anod.
* Apabila suis dihidupkan kutub positif menarik elektron jauh drp simpang begitu juga kutub negatif menarik lubang jauh drp simpang.
* Lapisan susutan akan melebar, ini menghasilkan rintangan tinggi.
* Tiada arus yg dapat mengalir kecuali arus bocor yg sangat kecil berlaku disebabkan oleh pembawa tersedikit.
* Ketika ini diod dianggap sebagai suis buka. * Walaubagaimanapun jika voltan merentasi
terlampau tinggi (lebih drp nilai voltan pecah tebat diod) maka arus yang tinggi akan mengalir. Diod akan menjadi rosak.
DIODSet 2
Lengkung Ciri I-V Diod Simpang PN
* Lengkung yang menunjukkan hubungan antara arus dan voltan diod.
* Pada sukuan pertama – Diod dipincang ke depan - Peringkat permulaan arus yang kecil mengalir sehingga mencapai titik voltan lutut (0.7v @ 0.3v). - Selepas titik ini arus akan mengalir melalui diod dengan
mudah (arus tinggi). - Voltan lutut VF boleh ditakrifkan sebagai voltan ketika diod
mula mengalirkan arus dengan banyak.
* Pada sukuan ketiga – Diod dipincang balikan - Arus bocor yang kecil mangalir. - Apabila voltan yang dibekalkan melebihi voltan songsang
puncak (PIV) diod, pecah tebat akan berlaku. - Arus yang tinggi mula mengalir - Keadaan ini boleh menyebabkan diod rosak.
Litar Asas Diod
Arus litarIj = V – VD! = 12 – 0.7 = 0.0093 A = 9.3 mA Rj 1220 Susut voltanVR1 = Ij x R1 = 0.0093 x 1000 = 9.3 VVR2 = Ij x R1 = 0.0093 x 220 = 2.05 V
Arus diod D1 & D2
ID1 = Ij = 0.0093 A
ID2 = 0 A (DIOD D2 pincang balikan)
Kendalian - Voltan punca AU dibekalkan pada belitan primer.- Menghasilkan medan magnet yang mengembang & menguncup.- Medan magnet memotong belitan sekunder.- Voltan akan teraruh dengan penghasilan gelombang pada tamatan
A adalah berlawanan fasa (1800) dgn gelombang di tamatan B.- Pada kitar positif spt tanda 1, diod D1 dan D3 dipincang ke depan.- * Voltan keluaran Vk beriak tinggi diperolehi.- Voltan beriak tinggi ditapis oleh pemuat untuk menghasilkan
voltan beriak rendah.- Pengatur digunakan untuk mengurangkan lagi voltan riak dan
juga untuk menstabilkan voltan keluaran.
Penggunaan Diod
Litar Bekalan Kuasaa) Litar Gelombang Separuh
Kendalian - Pada kitar positif diod D yang berfungsi sbg penerus dipincang ke
depan.- Voltan keluaran Vk beriak tinggi dihasilkan.- Pada kitar negatif diod dipincang balikan.- Tiada voltan keluaran.
b) Bekalan kuasa gelombang penuh – 2 diod
Kendalian - Gelombang pada tamatan A-O adalah berlawanan fasa (1800) dgn gelombang di tamatan B-O.- Pada kitar positif di tamatan A-O, diod D1 dipincang ke depan
manakala D2 dipincang balikan.- Voltan keluaran beriak tinggi diperolehi- Voltan beriak tinggi ditapis oleh pemuat untuk menghasilkan
voltan beriak rendah.- Diod zener digunakan sbg pengatur untuk mengurangkan lagi
voltan riak dan juga untuk menstabilkan voltan keluaran Vk.- Pada kitar positif di tamatan B-O, diod D2 dipincang ke depan dan
berperanan utk menghasilkan voltan keluaran. D1 dipincang balikan.
c) Bekalan kuasa gelombang penuh- Titi (4 diod)
- Pada kitar positif spt tanda 2, diod D2 dan D4 dipincang ke depan dan berperanan utk menghasilkan voltan keluaran Vk.
- Penerangan kendalian berulang *.
DC CIRCUIT / LITAR ARUS TERUS
a) Basic Circuit/ Litar Asas I = VS R = VS VS = I x R VR = I x R R I
P = I x VS P = I2 x R P = VS2
R
b) Series Circuit / Litar Siri I = VS RJ = VS VS = I x RJ VR1 = I x R1 RJ = R1 + R2 + … + RN
RJ I
PJ = I x VS PJ = I2 x RJ PJ = VS2 PJ = P1 + P2 + .. +PN PR1 = I x VR1
RJ
c) Parallel Circuit / Litar Selari I = VS VR1 = I x R1 RJ = R1 x R2 RJ = ____R1 x R2 x R3________
RJ R1 + R2 (R2xR3) + (R1xR3) + (R2xR1)
PJ = I x VS PJ = I2 x RJ PJ = VS2 PJ = P1 + P2 + .. +PN PR1 = I x VR1
RJ
Pengatur Voltan (Litar siri) R1 R2
VR1 VR2
I
VJ
VR1 = IR1
Pengatur Arus (Litar selari)
R1
I1
IJ
R2
I2
VJ
VJ = IJRJ
Maka
TRANSISTOR DWI KUTUB
Jenis, Binaan & Simbol- Terdapat 2 jenis transistor dwi kutub iaitu
NPN dan PNP.
Ciri transistor dwi kutub- Lapisan tapak (B) adalah nipis iaitu < 1µm dan
mempunyai arus dopan yang rendah.- Lapisan pemungut (C) dan pemancar (E) adalah
drp jenis yang sama. (N) atau (P).- Terdapat 2 simpang iaitu simpang tapak-pemancar
(B-E) dan tapak-pemungut (C-B)
Tatarajah Transistor- Kaedah sambungan transistor pada kendalian
tertentu.- Terdapat 3 jenis iaitu pengeluar sepunya,
pemungut sepunya dan tapak sepunya.
Pengeluar Sepunya Pemungut Sepunya
Tapak SepunyaKeperluan Pincang Bagi Pengendalian Transistor
- Transistor akan mengalirkan arus apabila pincang yang betul.