Download - nota pppm moral.docx
Pemasalahan akhlak masa kini menjadi semakin ketara di kalangan pelajar
sekolah. Sering terjadi pelajar terlibat dengan dadah, peras ugut, lepak atau berkeliaran
di tempat hiburan dan pasaraya. Sekolah memainkan peranan yang penting selepas
keluarga di dalam pembentukan akhlak dan ini jelas termaktub di dalam Falsafah
Pendidikan Negara dan melalui penerapan nilai dalam KBSM.
Sejak kebelakangan ini, apabila orang berbicara dan mengaitkan soal
pendidikan, maka tidak terlepas isu moral di kalangan pelajar atau remaja dibicarakan
sebagai satu topik besar. Kalau pada suatu masa dahulu, zaman sebelum perluasan
pengaruh media komunikasi, terutama sebelum meluasnya pengaruh media elektronik,
sedikit sangat orang yang berbicara dan mempersoal tentang moral. Malah pada
zaman itu para pemimpin, cendiakawan atau orang biasa banyak yang berbicara
tentang kepasifan pelajar-pelajar dan remaja kita. Pelajar-pelajar kita dikatakan kaku
dan tidak berani tampil ke hadapan berhujah untuk membentangkan pendapat. Pelajar-
pelajar kita gagal berkomunikasi dengan baik. Dengan kata lain, pelajar kita tidak
agresif dan berani seperti sekarang.Tetapi keadaan masa kini sudah jauh berubah.
Pelajar-pelajar dan remaja kita sudah menerjah keluar daripada kepompong
kepasifan yang membelenggukan. Era baru dalam pembentukan sahsiah golongan ini
terpapar di hadapan mata kita. Era baru sahsiah golongan pelajar dan remaja kita yang
dulunya pasif, malangnya bukan berubah atau bertukar menjadi manusia yang aktif
malah memaparkan model kerosakan dan keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi
sehingga mengancam masa depan Negara.Di manakah silapnya? Salahkah para guru
mengasuh dan mendidik benih-benih muda ini? Atau apakah Dasar Pendidikan Negara
tidak berkesan? Mungkinkah unsur-unsur luaran amat berpengaruh dan berkesan
sehingga dapat mengubah halatuju dan pendirian serta sikap para pelajar atau remaja
kita? Segala-galanya berkemungkinan menjadi punca dan menjadi sebab akibat
menularnya kepincangan moral yang berleluasa dan akan berterusan jika tidak
dibendung secepat mungkin.Tetapi sebelum kita berbicara lebih lanjut tentang salah
silap yang berada di mana-mana, yang memungkinkan berlakunya kerosakan dan
keruntuhan moral, elok kita menyelak sejenak dan menghayati Falsafah Pendidikan
Negara yang menjadi dasar yang kuat bagi para pendidik dalam menghadapi tugas
seharian mereka.Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.2.0 Moral dan Akhlak: Latarbelakang IsuSistem
Pendidikan Negara sekarang boleh dikatakan terbaik dan mungkin ia diakui oleh dunia.
Walupun wujud sistem dualisme dalam pendidikan kita namun kelihatan semacam
kesepaduan antara ilmu naqliah dan aqliah. Sistem pendidikan masih menekankan
pendidkan moral, nailai dan aqidah melalui Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral
dan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Untuk menjayakan pendidikan moral
dan nilai dalam sistem pendidikan negara kita, setiap orang harus berusaha ke arah
memperbaiki kerosakan dan keruntuhan akhlak yang menjadi-jadi, di samping terus
menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik selaras dengan tuntutan agama.Isu keruntuhan
akhlak telah menjadi perbincanagn hangat di kalangan masyarakat sekaramg.
Isu ini telah dibincangkan di semua peringkat masyarakat, dari kedai kopi, kaki-
kaki lima, sekolah, IPT hatta di Dewan Negeri dan Parlimen. Ini menunjukkan betapa
seriusnya masalah keruntuhan akhlak dalam masyarakat serta betapa pentingnya
masalah keruntuhan ini ditangani dengan sebaik-naiknya agar ia tidak menjadi lebih
parah.Keruntuhan akhlak telah berlaku di kalangan pemimpin peringkat atasan dalam
bentuk penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, minum arak dan berpoya-poya.
Gejala ini juga terdapat di kalangan remaja seperti pergaulan bebas, bohsia, lari dari
rumah, bersekedudukan dan lain-lain lagi. Selain itu, keruntuhan moral di kalangan
masyarakat dapat juga dilihat dalam bentuk putusnya hubungan kekeluargaan,
hilangnya rasa kasih sayang serta wujudnya sikap pulau memulau dan benci membenci
terutama di kalangan masyarakat Islam.Gejala keruntuhan akhlak pada umumnya
adalah disebabkan oleh kealpaan dan kelalaian masa lampau tentang betapa
pentingnya Pendidikan Akhlak Islam di ajar, disemai dan disuburkan dalam diri anak-
anak kita. Kesedaran terhadap pentingnya pengukuhan akhlak ummah dan moral
masyarakat telah diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Pada hari ini, beberapa
program telah dilancarkan yang bertujuan melahirkan rakyat berakhlak dan bermoral
tinggi.3.0 Konsep Moral dan AkhlakSecara kasar dan pada laras bahasa yang biasa
kedua-dua istilah di atas menampakkan maksud yang sama. Kedua-dua membawa
maksud perlakuan atau tingkah laku yang baik. Walau bagaimanapun kalau dihalusi
akan terserlah perbezaannya.Menurut T.Iskandar (1970) dalam Kamus Dewan
mengatakan moral adalah sesuatu yang berkaitan dengan apa yang betul dan adil.
Moral bermaksud perlakuan baik mengikut norma, peraturan dan ketetapan yang dibuat
dan dipersetujui oleh satu komuniti manusia. Pengertian ini betul untuk komuniti
tersebut, masa tersebut dan lingkungan yang tertentu sahaja. Dengan keadaan yang
lain persetujuan tersebut mungkin tidak berlaku. Dengan kata lain moral walaupun baik
dan betul tetapi tidak universal. Kebiasaannya moral lebih menekankan perhubungan
yang harmoni di antara manusia sesama manusia (disiplin-disiplin kemanusiaan) dan
hubungan yang harmoni di antara manusia dengan alam sekitar (disiplin-disiplin sains
tabii). Moral menekankan kepentingan dan keselesaan individu serta masyarakat tetapi
bersifat peribadi. Moral tidak membenarkan berlakunya krisis atau pertentangan
peribadi. Oleh sebab itulah nilai moral biasanya tidak dikaitkan dengan Maha Pencipta
atau dengan soal-soal metafizik.Kolhbeg (1981) dalam menghuraikan perkembangan
prinsip asas moral memberi penegasan seperti berikut:“…..the main factors which have
been shown to correlate with the development of a principled, predictable morality are
intelligence, moral knowledge (that is, knowledge of the rules of a society) the tendency
to anticipate future events, the ability to maintain focused attention, thecapacity to
control unsocialised fantasies, and self-esteem.”Goleman (1995) telah memberikan
konsep baru tentang “emotional intelligence (EI)” atau kecerdasan emosi yang boleh
dikaitkan dengan amalan nilai dan moral individu yang boleh berjaya dalam kehidupan
sejagat atau ‘global village’.Moral berbeza dangan akhlak dari segi sumber yang
menentukan sesuatu perlakuan yang baik. Sesungguhnya akhlak bersumberkan
wahyu, iaitu hubungan dengan Maha Pencipta.Firman Allah S.W.T. yang
bermaksud ;“Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berakhlak
mulia”.Dalam hal yang sama Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya
“Sesungguhnya aku diutuskan demi menyempurnakan akhlak”. Aishah pernah ditanya
tentang akhlak Nabi SAW maka dia menjawab; “Akhlaknya adalah Al-Quran”.Menurut
Abdul Raof Dalip (1986), akhlak dapat diertikan sebagai kelakuan tatatertib, maruah
dan merangkum seluruh perbuatan lahiriah yang dihasilkan daripada dorongan batiniah
di dalam diri manusia. Ini bermaksud akhlak berakar umbi daripada sifat kerohanian
yang suci. Dengan ini jelaslah bahawa akhlak bersumberkan wahyu daripada Maha
Pencipta. Justeru, pendidikan akhlak akan membawa insan semakin dekat dengan
Penciptanya.Persoalan akhlak dan moral ada kaitannya dengan iman. Orang yang
beriman kepada Allah ialah orang yang sentiasa takut untuk melakukan perbuatan yang
terlarang di samping mengerjakan yang disuruh Allah. Iman ini harus dimiliki dan
menjadi benteng penghalang pengaruh-pengaruh negatif. Orang yang beriman ialah
orang yang berakhlak mulia ( bermoral dan memiliki nilai murni ), orang yang sentiasa
melakukan yang baik dan menjauhi dosa iaitu tidak melakukan perbuatan negatif yang
bertentangan dengan norma-norma masyarakat.Sekiranya hal ini tidak diberi perhatian
yang serius, maka pembentukan moral dan insan yang murni akhlak tidak akan
berhasil. Walaupun kita berjaya melahirkan manusia berilmu tinggi namun tanpa
disertai pendidikan moral dan akhlak, kita juga akan melahirkan insan yang akan
menjadi perompak, perogol, pembunuh dan penjenayah yang lain di kalangan orang
yang berijazah atau berpendidikan tinggi.4.0 Moral dan Akhlak Dalam Sistem
Pendidikan di Malaysia. Matlamat pendidikan di Malaysia yang asalnya adalah rujukan
daripada barat telah diubahsuai kepada konsep pendidikan bersepadu. Kurikulum
pendidikan barat yang diasaskan daripada falsafah humanisme menekankan
keharmonian dan keseimbangan di antara manusia dengan manusia, dan di antara
manusia dengan alam sekitar. Kedua-dua hubungan ini adalah perlu dan baik tetapi ia
masih berkisar dan bertitiktolak pada ilmu akal. Mana mungkin ilmu akal semata-mata
dapat memahami hukum alam yang dicipta oleh Maha Pencipta. Justeru, untuk lebih
memahami hukum-hukum alam yang dicipta oleh Tuhan, maka satu lagi dimensi yang
paling penting perlu dimasukkan iaitu hubungan manusia dan alam sekitar dengan
Maha Pencipta. Bagi hubungan dengan Maha Pencipta mestilah dirujuk kepada ilmu
wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan wujudnya kurikulum tiga dimensi ini,
maka ia bolehlah dikatakan sebagai kurikulum bersepadu.Pengubahsuaian kepada
bidang-bidang matlamat pendidikan perlu dilakukan agar ia bersesuaian dengan
konsep bersepadu. Pengubahsuaian ini boleh dilihat dalam rajah 1 yang ditunjukkan di
bawah.KognitifAqidah Akhlak Nilai Murni AfektifPsikomorRajah 1 : Kesepaduan ilmu
Akal dan +ilmu WahyuMatlamat Pendidikan mestilah dimulakan dengan kekuatan
aqidah. Kemurnian aqidah akan menjelmakan akhlak yang baik. Dari akhlak yang baik
ini akan terpancarlah nilai murni yang akan dimanifestasikan oleh tingkah laku yang
baik. Dan seterusnya dihayati dalam bidang-bidang kognitif, afektif dan psikomotor.
Oleh yang demikian, matlamat pendidikan akan tercapai iaitu dapat melahirkan pelajar
yang berintelek, berakhlak dan bertaqwa.Bagaimana mengaplikasikan konsep sepadu
dalam pengajaran dan pembelajaran? Pengajaran menurut tradisi barat adalah bersifat
sekular. Terdapat beberapa model atau pendekatan pengajaran seperti pendidikan
kognitif, pendekatan aktiviti-aktiviti motivasi dan jaya diri, pendekatan pembinaan
tingkah laku, pendekatan interaksi sosial dan pendekataan penggunaan ilmu. Guru
boleh memilih mana-mana pendekatan yang sesuai dengan matlamat pendidikan yang
telah ditentukan. Kelima-lima pendekatan ini hanyalah mencakupi ilmu akal.. Ilmu akal
mempunyai had dan batasan tertentu. Kekangan ini akan menyebabkan kita gagal
memahami ilmu dengan sebenarnya. Oleh yang demikian setiap pendekatan atau
model pengajaran yang disebutkan di atas mestilah disasarkan kepada konsep-konsep
ilmu wahyu. Ini dapat ditunjukkan oelh rajah 2 di bawah.Kognitif Motivasi & Tingkah
Interaksi PenggunaanJaya Diri Laku Sosial IlmuAl-Guran Konsep Konsep Konsep
KonsepAs-Sunnah Insan Fitrah Keseimbangan IbadahMODEL (Nilai
Murni)AkhlakAqidahRajah 2 Menunjukkan Kesepaduan Dalam Pendidikan
PengajaranSetiap pendekatan pengajaran mestilah dimulakan dengan aqidah.
Seterusnya dikembangkan ke dalam akhlak dan moral. Nilai-nilai moral ini dihayati ke
dalam konsep-konsep daripada ilmu wahyu iaitu konsep insan, konsep fitrah, konsep
keseimbangan dalam hukum-hukum Allah swt dan konsep ibadah. Konsep-konsep
daripada ilmu wahyu ini seterusnya disepadukan dan dihayati ke dalam kelima-lima
pendekatan pengajaran yang akan digunakan iaitu kognitif, motivasi dan jaya diri,
tingkahlaku, interaksi sosial dan penggunaan ilmu.Apakah tindakan selanjutnya yang
perlu dilakukan? Untuk memastikan matlamat pendidikan tercapai seperti yang
termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, maka:·
Kepentingan manusia (insan) mestilah lebih utama dan istimewa daripada kepentingan
ekonomi, sains, teknologi dan industri. Nilai dan harga diri manusia mesti berada pada
tempat yang tertinggi. Dengan cara yang demikian, nilai dan moral dapat dilaksanakan
dalam pendidikan negara.· Untuk memastikan wujudnya acuan Malaysia yang
berasaskan nilai, guru dan para pemikir hendaklah bersedia untuk mengubah suai dan
menilai semula seluruh komponen pendidikan supaya benar-benar mengikut nilai,
sejarah, budaya, agama dan tamadun bangsa kita.· Kita perlu kembali kepada sumber
wahyu yang hakiki dan benar untuk rujukan nilai kerana niali-nilai ciptaan manusia
adalah bersifat subjektif dan tidak universal. Dalam konteks ini konsep bersepadu
adalah yang paling sesuai diterapkan.· Pembinaan acuan Malaysia yang berasaskan
moral dan nilai perlulah dimulakan dengan anjakan paradigma terhadap konsep dan
falsafah ilmu. Kalau dulunya kita bertunjangkan barat dan kini sudah sampai masanya
kita kembali kepada ilmu yang bersifat sepadu di antara ilmu akal dan ilmu wahyu.·
Usaha untuk membina acuan Malaysia dengan fokus pembangunan manusia sebagai
agenda istimewa perlulah dilaksanakan serentak dengan konsep pembinaaan
masyarakat madani. Ini bermaksud persoalan moral, nilai dan manusia mestilah selari
dengan konsep Ad-Din sebagai satu cara hidup. Ini bermakna setiap aktiviti kemajuan
negara sama ada pendidikan, ekonomi, pengurusan,, perundangan, politik, kesenian
dan sebagainya mestilah dilaksanakan secara bersepadu di antara ilmu akal dan ilmu
wahyu. Inilah asas atau teras pembinaan acuan Malaysia.Penekanan kepada moral
dan nilai direalisasikan dengan menjadikan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
sebagai mata pelajaran wajib, dan selaras dengan wawasan 2020 di mana diharapkan
masyarakat Malaysia dalam abad ke-21 akan mempunyai warga yang bukan sahaja
mampu berdaya saing dalam Negara perindustrian, juga menekankan penerapan nilai-
nilai murni melalui pendekatan pendidikan nilai merentasi kurikulum, termasuk
kurikulum tersirat, iaitu kegiatan kokurikulum dan amalan tingkah laku di sekolah, yang
diharapkan menghasilkan budaya sekolah yang beretika.Sebenarnya jika dikaji dengan
teliti, pendidikan nilai ini mendasari falsafah pendidikan Negara kita kerana matlamat
FPN adalah untuk menghasilkan insan yang seimbang dari semua aspek iaitu aspek
emosi, intelek, rohani dan jasmani. Tanpa memasukkan program pendidikan nilai dalam
kurikulum, cita-cita untuk melahirkan generasi cemerlang dari semua segi tidak akan
berhasil. Hanya penerapan nilai dan pendidikan moral sahaja yang mampu mendidik
dan membentuk individu menjadi seorang yang benar-benar rasional, amanah,
bertimbang rasa, bertanggungjawab dan memiliki sifat-sifat mulia yang lain yang
dipersetujui masyarakat.Di antaranya, Taylor (1961) mengemukakan pandangan
bahawa nilai adalah darjah dan peraturan yang secara tergabung membina cara hidup
manusia. Nilai menggariskan iadea-idea dan matlamat-matlamat hidup. Nilai adalah
darjah normative dan peraturan kerana ia menjadi asas pegangan yang mempengaruhi
pemikiran manusia semasa ia menjadi asas pegangan yang mempengaruhi pemikiran
mnusia semasa membuat pertimbangan dalam menentukan cara dan gaya bertindak
serta bertingkahlaku sebaik-baiknya untuk mengekalkan kesejahteraan dirinya (dalam
Sufean Hussin, 1989).Mengikut seorang penulis lain dari India, Radharkaman Mukerjee
(1965), beliau menyatakan bahawa nilai terbit daripada keinginan dan motif yang
dibentuk serta diperakukan oleh budaya dan masyarakat. Nilai mengikat indidividu
secara halus dan senyap. Bagi Allporrt (1961) pula, beliau menyebut bahawa nilai ialah
kepercayaan yang mengakibatkan manusia memilih sesuatu tingkah laku. Wiliams
(1968), mentafsirkan nilai sebagai apa saja yang dipegang oleh seseorang yang
menjadi kriteria untuk membuat keputusan bagi memilih tingkah laku dalam angka
mencapai hasrat dan keinginan.Model Pendidikan Nilai 3KModel ini dikemukakan
berasaskan kepada anggapan dan keyakinan bahawa ;I(a) Manusia terbina dari tiga
komponen iaitu akal, roh dan jasad (Al Ghazali (1967) Maslow,A.H. (1954), Taylor,P.W.
(1961), Fathi Yakan (1988).(b) Penerapan nialai adalah satu proses yang berjalan
secara tabie (Abdullah,N.U.(1988), Ismail Jusoh, (1993).(c) Manusia harus mengenali
dirinya dan hubungannya dengan sistem alam dan Pencipta alam (Al Ghazali (1967),
A.A.Maududi (1984). Dengan andaian dan kesedaran di atas maka model penerapan
nilai digambarkan seperti berikut (Rajah 3) .NILAI MURNIINSAN SEIMBANGTAAT DAN
PATUHKEPERCAYAAN KEPADA TUHANPENERAPAN KEFAHAMAN,KESEDARAN
DAN KEYAKINAN (3K)TOPIK PELAJARANRajah 3Model Penerapan Nilai 3KRajah 3 di
atas menunjukkan fasa-fasa yang harus berlaku atau diwujudkan dalam proses
penerapan nilai. Individu yang menghayati niali-nilai murni akan terbina sekiranya
pendidikan yang dijalani itu melibatkan ketiga-tiga bidang iaitu akal, roh dan jasad.
Dalam model 3K di atas, penerapan nilai secara langsung boleh dilaksanakan melalui
mata pelajaran yang diajar dalam kelas (Ismail Jusoh, 1993). Ia boleh dilakukan
semasa membuat rumusan atau penutup pengajaran.Guru boleh mengaitkan isi
pelajaran geografi, apabila belajar tentang tajuk kejadian hujan, kondensasi, proses
sejatan, tekanan rendah dan tekanan tinggi dan sebagainya. Proses-proses tersebut
tidak berlaku secara kebetulan. Semua kejadian ada Pencipta dan Penguasanya.
Begitu juga dalam pelajaran Biologi, pelajaran mengenai sel, menunjukkan kekuasaan
Tuhan. Sel yang seni itu mustahil wujud dengan sendiri tanpa ada sebab dan akibat
disebaliknya. Tindak blas yang berlaku dalam sel tidak mungkin terjadi tanpa ada
kawalan. Siapakah yang mengawalnya? Hakikat inlah yang patut ditonjolkan dalam
pengajaran dalam rangka memberi kesedaran, kefahaman dan keyakinan (3K) kepada
pelajar supaya mereka dapat menginsafi kewujudan Tuhan.Proses penerapan nilai
melalui model ini boleh dilaksanakan secara langsung atau secara tidak langsung.
Secara langsung, guru boleh menghubungkan terus isi pelajaran dengan nilai
kepercayaan kepada Tuhan yang mana dengan nilai ini akan tersemai nilai-nilai murni
yang dihajati seperti kerjasama, jujur, bersikap positif dan lain-lain seperti yang tersurat
dalam Falsafah Pendidikan Negara.. Proses penerapan ini bukan terhad kepada jangka
masa tertentu (semasa pelajar berada di alam persekolahan), bahkan ianya berjalan
sepanjang hayat dan di setiap tempat. Proses ini juga bergantung kepada persekitaran,
iaitu yang terdiri daripada keluarga, pendidik, masyarakat, media dan rakan sebaya.
Jadi, penerapan nilai yang berkesan hanya terhasil jika terdapat persekitaran yang
positif.Falsafah Moral dan Tingkah LakuFalsaafh yang relevan kepada profesion
keguruan dan perkembangan pendidikan di negara ini ialah falsafah moral dan tingkah
laku. Falsafah ini memerlukan peranan positif dan konstruktif profesion keguruan ke
arah membina moral dan tingkah laku pelajar. Guru yang baik perlu mempunyai
komitmen moral yang tinggi dan menjadikan diri mereka teladan yang baik kepada
pelajar.Contohnya, guru tidak seharusnya mendenda dan melarang pelajar merokok
sedangkan pada masa yang sama guru merokok di kawasan sekolah dan di mana-
mana sahaja.Falsafah moral dan tingkah laku juga mendasari perkembangan
pendidikan, perkembangan profesion keguruan dan perkembangan institusi sekolah.
Bagaimanapun, pengaruh lain seprti agama, budaya, etika, pemodenan, sekularisme,
dasar dan peraturan sekolah seringkali menimbulkan konflik dan percanggahan dari
segi falsafah moral dan tingkah laku. Oleh sebab itu, pengajaran dan pembelajarn di
sekolah sering kali berhadapan dengan isu kontroversi dan menyulitkan peranan guru
serta peranan sekolah menangani krisis yang berlaku dalam masyarakat.Ideologi buku
teks yang digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia begitu kuat dipengaruhi oelh aliran
falsafah moral dan tingkah laku bagi tujuan mengawal tindakan dan tingkah laku
golongan muda. Pada masa yang sama terdapat unsur-unsur pemodenan dan revolusi
moral dan tingkah laku yang menyebabkan berlakunya tingkah laku baharu iaitu agresif,
konfrontasi, kecenderungan untuk mencabar dan mengkritik dan sebagainya.Falsafah
moral dapat menolak fahaman kebendaan yang menguasai masyarakat dan
memberikan kesan tertentu kepada dunia pendidikan dan profesion keguruan. Bersifat
kebendaan memanglah penting dalam kehidupan, terutama isu kemiskinan dan
kemunduran dalam masyarakat Malaysia yang masih begitu kuat menghalang
berlakunya perubahan dan menjejaskan kualiti pendidikan golongan miskin. Semangat
berusaha kuat untuk mencapai perubahan perlu ditanamkan kepada anak-anak
golongan miskin supaya kemajuan kebendaan dapat membantu dan membentuk
mereka mencapai kehidupan yang lebih baik dan menyediakan peluang pelajaran dan
kemudahan belajar di rumah yang mendorong kemajuan mereka.5.0 Guru: Agen
Pembentukan Akhlak dan Moral.Guru adalah satu golongan masyarakat yang khas.
Atan Long (1980) mendefinisikan guru sebagai satu golongan masyarakat untuk
memberikan pendidikan secara formal dan bersistematik kepada generasi muda dalam
masyarakat itu. Memang dikatakan guru memainkan peranan penting dalam
menjayakan pendidikan moral dan nilai kerana ketika anak-anak berada di sekolah
guru-gurulah yang memainkan peranan sebagai ibu bapa. Oleh itu peranan guru dan
ibu bapa sama penting dalam pendidikan.Sebagaimana ibu bapa, guru-guru juga
dipandang oleh anak-anak didiknya sebagai contoh atau ‘role model’. Kalau tidak
masakan ada pepatah berbunyi “ Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Oleh itu,
setiap guru mesti memiliki akhlak yang mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani
dan diikuti. Apa kata kalau guru sendiri tidak dapat menjadi sebagai ‘role model’ yang
baik, bak kata pepatah tadi, muridnya tentu tidak berguna. Tegasnya, anak-anak didik
akan menjadi lebih biadap lagi.Sebagai ‘role model’ bukan mudah. Segala gerak geri,
tingkah laku dan perwatakan menjadi ikutan. Cara guru bercakap, berjalan, berpakaian
dan paling utama dari segi akhlaknya diperhatikan. Guru yang baik disenangi anak-
anak didiknya. Apatah lagi kalau guru ini jujur dan ikhlas, segala tunjuk ajar, ingatan
atau nasihat serta bimbingan yang diberikan mudah diterima.Kejayaan dalam
menerapkan nilai-nilai murni bergantung kepada kesabaran guru kerana guru
merupakan orang yang paling berpengaruh dalam pembentukan sahsiah dan ‘mind set’
seseorang individu pada tahun-tahun formatif anak-anak didiknya. Anak-anak ini
memerlukan asuhan dan belaian kasih saying sebagaimana yang dicurahkan oleh ibu
bapa mereka.Guru merupakan orang paling penting dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang harmonis sehingga anak-anak didiknya akan berasa sekolah seperti
rumah keduanya. Sekaligus suasana yang harmonis itu dapat pula membentuk apa
yang dikatakan “Sekolah tanpa takut (No fear school)”. Kalau dapat diwujudkan
suasana seperti itu maka sudah tentu anak-anak didik dapat memperkembangkan
potensi dan mengawal emosi secara menyeluruh dan seimbang. Dan yang pastinya
suasana pembelajaran yang sedemikian dapat membantu guru-guru atau pihak sekolah
mewujudkan sekolah penyayang.Guru juga dapat memberi tunjuk ajar yang berkesan
dan bertanggungjawab membentuk minda, sikap dan kelakuan anak-anak didiknya
yang bakal menjadi anggota masyarakat selepas tamat persekolahan, sama ada
menjadi pemimpin politik, pegawai kerajaan, ahli korporat, atau setidak-tidaknya
menjadi isteri atau suami yang berakhlak mulia.Untuk mewujudakan sekolah
penyayang atau sekolah tanpa takut, maka guru seharusnya berupaya menjadi contoh
dan teladan yang baik, pendorong yang berkesan, pembimbing yang bertimbang rasa,
pendengar yang penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak
didiknya. Selain itu, guru juga seharusnya menunjukkan sikap dedikasi dalam
menjalankan tugas sehariannya dan mengamalkan apa yang disampaikan kepada
anak-anak didiknya dengan penuh tanggungjawab dan beretika.Hubungan guru dengan
masyarakat juga menjadi perhatian. Selain mewujudkan sekolah penyayang guru juga
berperanan dalam mewujudkan permuafakatan dengan masyarakat setempat. Ini
kerana guru telah sekian lama dikanali sebagai pemimpin kecil yang dapat
menyatupadukan masyarakat melalui jalinan mesra dalam pergaulan mereka dengan
masyarakat.Setiap guru harus komited terhadap kerjaya pendidikan, berperibadi tinggi
an bersikap terbuka tanpa memilih kaum atau keturunan dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan terutamanya dalam menjayakan pendidikan moral. Dalam masyarakat
majmuk di Malaysia ini, anak-anak didik terdiri daripada pelbagai keturunan dan
fahaman keagamaan. Jadi dalam menangani masalah moral atau menjayakan
pendidikan moral, guru mestilah menjauhi sikap prejudis. Keikhlasan dan kejujuran
patut wujud dalam diri guru dan menampilkan pengajaran mengikuti aspirasi Negara.
Dalam hal ini guru-guru yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya ialah guru yang
sejati, berinovatif dan kreatif.Dengan kata lain, falsafah yang mengemudikan amalan
pendidikan di sekolah ialah bahawa semua guru merupakan guru dalam Pendidikan
Moral dan Pendidikan Nilai. Lebih penting ialah guru diperlukan menerap nilai-nilai
murni, sepertimana yang dikenalpasti sebagai nilai inti (core values) dalam pengajaran
mereka masing-masing. Selain dari itu, guru juga ialah role model, kepada pelajar
mereka dan tingkahlaku guru melambangkan keprofesionalan profesion itu.Dengan
penekanan nilai di sekoah, dan guru diharapkan melambangkan diri sebagai agen
pendidikan moral di sekolah, maka kepentingan Pendidikan Moral dan Nilai dalam
profesion perguruan tidak perlu dipersoalkan.Martabat profesion perguruan biasanya
dibayangkan daripada perspektif bagaimana seseorang guru menjalankan tugasnya
iaitu membantu peajar-pelajar mereka belajar. Tugas guru ialah menyampaikan
pengetahuan kepada pelajarnya, berbentuk isi kandungan yang ditetapkan dalam mata-
mata pelajaran tertentu. Tetapi, lebih dari itu, tugas guru ialah mendidik, dan dengan ini
bermakna membantu perkembangan individu pelajar mereka, bukan sahaja dari segi
penguasaan ilmu tetapi juga perkembangan individu itu sendiri, pembangunan insan
pelajar itu mengikut lunas-lunas nilai masyarakat dalam konteks masyarakat Malaysia.
Kejayaan pendidikan sukar diukur tetapi boleh dikatakan adalah diharapkan lebih dari
semata-mata pelajar mencapai dalam peperiksan awam. Yang penting ialah sama ada
guru berjaya memberi: pertama (i) pengetahuan kepada pelajarnya dengan
menanamkan nilai “mencari ilmu” di kalangan mereka, menanamkan semangat
“pembelajaran sepanjang hayat” dan kedua (ii) membentuk peribadi mulia, manusia
berilmu dan berketrampilan serta mempunyai nilai-nilai masyarakat Malaysia,
khususnya mencapai matlamat yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.Martabat profesion perguruan juga dibayangkan dari perspektif bagaimana
seorang guru bertindak sebagai seorang agen moral, dan contoh moral kepada murid-
murid mereka. Personaliti guru dan nilai-nilai tersendiri yang dipamerkan melalui
tingkahlakunya, mempengaruhi peranannya sebagai agen moral dan contoh kepada
murid-murid. Dalam pengajarannya, seorang guru mungkin secara tidak langsung
menerapkan nilai tersendiri dalam situasi pengajaran dan pembalajaran melalui
pemilihan isi kandungan, prosedur dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini
akan membawa kesan yang negatif jika nilai tersendiri tidak selaras dengan nilai-nilai
murni masyarakat Malaysia, seperti yang digariskan dalam panduan penerapan nilai
murni merentasi kurikulum. Kegagalan guru untuk mempraktikkan nilai-nilai yang
seharusnya mereka terapkan kepada pelajar mereka akan merendahkan martabat
profesion itu sendiri.Profesion keguruan pada abad ke-21 terdedah kepada berbagai-
bagai cabaran baharu. Setengah cabaran adalah berbentuk kebendaan, intelektual,
pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi baru dan isu-isu yang berkaitan degan
masalah etika. Cabaran penting profesion keguruan ialah membina dan membentuk
masyarakat beretika yang mampu membangun dan membina kekuatan sendiri serta
menentukam masa depan yang bebas daripada berbagai-bagai krisis sosial dan
moral.Fenomena sosial seperti merokok, gangguan seksual, pesta seks di kalangan
pelajar, lari dari rumah, menagih dadah, bergaduh, gengterisme, mencuri, membuli
adalah gejala juvana dan delinkuen yang meluas di kalangan remaja di
sekolah.Masalah ini mencerminkan kelemahan sekolah dan profesion keguruan dalam
membendung dan menangani masalah sosial di sekolah. Oleh sebab itu, timbul
berbagai-bagai penulisan yang mencerminkan kelemahan sekolah yang dikaitkan
dengan masalah sosial seperti sekolah melahirkan jenayah, sekolah tanpa roh dan
watak. Pengurusan tingkah laku yang tidak berkesan di sekolah menunjukkan
kelemahan peranan guru-guru di sekolah. Dengan bertambah ramainya guru
perempuan, peranan bapa di sekolah semakin lenyap. Kesan daripada masalah ini
ialah meningkatnya masalah disiplin dan sosial di kalangan pelajar. Wawasan
pembangunan dan pendidikan di sekolah tidak berkesan kerana asas kerangka
tindakan pengurusan tingkah laku yang tidak berkesan.Kualiti pendidikan yang diterima
oleh pelajar-pelajar bergantung kepada kualiti pengajaran dan ini bergantung kepada
guru-guru mereka. Untuk mendapatkan kualiti pendidikan yang sewajarnya, maka
seseorang guru itu mestilah bersikap professional. Professional bukan bermakna
mendapat gaji yang lumayan tetapi ia termasuk penetapan standard yang tinggi untuk
memasuki kerjaya perguruan, calon guru yang terbaik, persediaan dan pendidikan guru
yang berkualiti, pendidikan berterusan semasa bekerja, suasana kerja yang selesa
yang cukup dengan peralatan mengajar, peluang untuk berinteraksi dengan rakan
sekerja dan boleh membuat keputusanMohd Sani Ibrahim merumuskan bahawa guru
yang professional ialah (Rujuk rajah 4):· Guru yang berilmu (content knowledge)o Ilmu
yang berkaitan isi kandungan mata pelajaran, pengetahuan pedagogi, bahan, kaedah
dan teknologi.· Guru yang mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses
pengajaran pembelajaran (Pedagogical knowledge and pedagogical content
knowledge)o Meliputi merancang, mengurus, memilih starategi dan meransang
pengajaran pembelajaran, kemahiran teknologi, kemahiran generik, kemahiran
kaunseling dan menilai p-p· Guru yang mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh
teladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin. Antara ciri-ciri sahsiah yang perlu
dimiliki ialah peribadi dan tingkah laku yang mulia, menggunakan bahasa yang standard
dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan usaha yang dilakukan.o
Meliputi taqwa, akhlak, peribadi mulia, komitmen, sopan, positif dan budaya ilmu.Rajah
4 : Model Guru Yang Profesional6.0 Pembentukan Akhlak Dan Moral: Aplikasi Di Bilik
Darjah6.1 Pendekatan langsung melalui pengajaran Pendidikan Islam dan
MoralPendekatan langsung membabitkan pengajaran dua mata pelajaran yang khusus
di peringkat sekolah rendah dan menengah, yang bertumpu secara langsung terhadap
perkembangan moral, etika, akhlak, dan pendidikan nilai, iaitu mata pelajaran
Pendidikan Islam bagi pelajar Islam dan Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam.6.2
Pendekatan tak langsungPendekatan tak langsung membabitkan penggunaan mata
pelajaran-mata pelajaran dalam kurikulum sekolah sebagai alat untuk merealisasikan
pendidikan nilai dan moral. Sebagai contoh, pengajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
membekalkan peluang atau sumber yang baik bagi pendidikan nilai dan moral. Para
pelajar boleh mengenalpasti dilema moral, penaakulan moral dan membuat keputusan
moral dalam novel dan penulisan sejarah. Pendekatan tak langsung adalah
sebahagiannya berlandaskan andaian bahawa pemahaman tentang manusia dan
kemanusiaan memerlukan perkembangan daya imaginasi dan intuisi yang
membolehkan seseorang meningkatkan kepekaan moral dan kepekaan intelektual
(Gambell 1988).Penerapan nlai murni telah diwajibkan di dalam semua mata pelajaran.
Persoalannya sejauhmanakah guru berjaya mengimplimentasikan penerapan nilai
tersebut dan adakah penilaian dibuat tentang proses dan produknya. Satu kaedah yang
dapat memupuk beberapa nilai murni ialah pengajaran secara kooperatif. Pembelajaran
ini bukan setakat pelajar duduk dalam kumpulan kecil tetapi kumpulan itu ada semangat
kekitaan yang mana murid dapat bantu membantu ahli kumpulan belajar dan
meningkatkan prestasi sendiri dan kumpulan.6.3 Aktiviti KokurikulumKita maklum
bahawa di sekolah masa kini terdapat pelbagai aktiviti kokurikulum seperti unit
beruniform, persatuan dan kelab serta sukan permainan. Pada umumnya di sekolah
satu hari pada hujung minggu dikhususkan untuk kegiatan ini dan semua pelajar
diwajibkan terlibat. Begitu juga untuk guru, mereka perlu hadir sekolah pada hari Sabtu.
Bila guru tidak datang maka pelajar pun begitu juga dan akhirnya aktiviti tidak berjalan
langsung. Pengetua / guru besar haruslah berhikmah dan memujuk guru-guru agar
memenuhi tanggungjawab mendidik anak bangsa melalui kokurikulum. Aktiviti ini perlu
dijalankan dengan menarik. Apabila semua pelajar sudah senang hati dan seronok,
mereka tidak akan terfikir atau berpeluang untuk keluar ke tempat-tempat awam.
Dengan cara ini mereka terhindar dari gejala sosial yang meruntuhkan akhlak.6.4
Pendekatan Pendidikan Rasulullah SAWPendidikan Rasulullah SAW bergantung
kepada beberapa faktor. Satu daripadanya ialah objektif pengajaran itu sendiri sama
ada untuk menanam keimanan, mengajar ibadah atau akhlak. Di dalam mengajar
akhlak yang terpenting ialah akhlak beliau sendiri. Perkataan dan perbuatan beliau
adalah contoh untuk diikuti. Beliau mempunyai sifat terpuji iaitu tabah, pemaaf,
pemurah, sopan santun, belas kasihan, rendah diri, adil, amanah, pendiam, takut dan
taat kepada Allah serta banyak beribadat.Rasulullah SAW mengajar ibadat ialah melalui
demontrasi atau tauladan seperti cara beliau sembahyang, berpuasa dan menunaikan
haji. Baginda juga membetulkan kesalahan yang dibuat oleh pengikutnya dengan cara
yang betul. Begitu jugalah di sekolah, guru-guru hendaklah selalu menggunakan
kaedah demontrasi atau tunjukajar selain daripada kaedah soaljawab dan bertukar-
tukar fikiran. Akhlak dan kewibawaan Rasulullah telah menyebabkan umatnya sayang
dan hormat kepadanya. Sahsiah beginda inilah yang dapat menarik musuh menjadi
kawan dan yang bukan Islam memeluk Islam. Guru-guru juga dapat menukar akhlak
murid dengan dirinya sendiri dahulu mengamalkan nilai murni yang bakal diterapkan
kepada murid. Murid berada di sekolah selama sebelas tahun dan dari 6-8 jam sehari.
Ini adalah masa yang lama untuk membentuk sahsiah dan guru adalah model yang
sentiasa diperhatikan oleh murid.6.5 Sokongan daripada Pentadbir sekolahUntuk
membentuk akhlak para pelajar, pihak pentadbir sekolah khasnya pengetua dan guru
besar harus memainkan peranan ini dengan bersungguh-sungguh. Mereka boleh
menekankannya dengan memberi ucapan mingguan di samping pengumuman yang
lain. Ucapan yang diberi hendaklah yang memberi penekanan kepada moral dan akhlak
pelajar. Dengan cara yang demikian pelajar akan merasa mereka diberi perhatian.
Selain itu program berbentuk pendidikan akhlak diadakan di sekolah atau di luar
sekolah contohnya kem motivasi. Aktiviti perlulah menarik minat remaja seperti sukan,
nyanyian dan di samping itu diberi pendidikan moral dan agama.6.6 Kepimpinan
“inspirational”Guru sering dilihat sebagai pemimpin yang penting dalam memberikan
dorongan dan membina watak serta sahsiah pelajar. Kepimpinan “inspirational”
berperanan memberi dan membina semangat, mempunyai kekuatan bagi mengubah
dan mendorong kejayaan pelajar, dapat memberi keinsafan dan menanamkan
kesedaran diri, memulihkan moral dan keyakinan diri pelajar, memberi inpirasi serta
mengilhamkan perubahan yang dinamik serta positif kepada pelajar. Golongan pendidik
seharusnya mempunyai inpirasi dan aspirasi yang tinggi untuk memimpin ke arah
perubahan. Inpirasi boleh dicetuskan melalui pemikiran dan idea-idea, sentuhan emosi
atau perasaan serta stail dan gaya kepimpinan yang berpotensi dan berwibawa
mempengaruhi orang lain.6.7 Kepimpinan KerohanianGuru harus mempunyai corak
kepimpinan ini kerana ia penting untuk membina sahsiah pelajar. Kepimpinan
kerohanian ialah kepimpinan yang menekankan soal-soal moral, agama, ibadah,
tingkahlaku yang baik, adab dan hubungan yang bersopan santun. Guru perlu membina
sikap toleransi antara kaum dan budaya dalam kepimpinan pendidikan agar dapat
membentuk budaya dinamik sekolah terutamanya keadaan sekolah yang mempunyai
pelajar dan guru berbilang kaum, agama dan kepercayaan. Peranan kepimpinan
kerohanian amat penting dalam pembentukan watak dan sahsiah seterusnya dapat
membina kekuatan moral di kalangan pelajar dan guru. Tanpa agama dan moral yang
baik, pendidikan akan gagal membentuk warganegara yang mempunyai asas-asas
moral yang baik untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka.6.8 Pembelajaran
koperatifPembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang
diperkenalkan dengan meluas sebagai sesuatu strategi pengajaran yang dapat
meningkatkan pembelajaran dan sosialisasi (Cohen 1994). Pembelajaran koperatif
adalah satu strategi pengajaran di mana pelajarnya bekerja secara koperatif dalam
sesuatu kumpulan kecil yang heterogenus.Menurut Slavin (1995) pembelajaran
koperatif membabitkan pelajar bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah secara
berkongsi. Beliau menyatakan pembelajaran koperatif membantu pelajar untuk
mengembangkan perasaan “satu kumpulan” dalam memperkenalkan keperluan saling
membantu dan saling menyokong situasi pembelajaran. Pelajar akan bekerja bersama-
sama, belajar untuk saling memberi dan menerima, bantu-membantu, berkongsi idea
dan mencari cara baru bagi menyelesaikan masalah. Ahli-ahli kumpulan dalam
pembelajaran koperatif terdiri daripada pelajar yang mempunyai kebolehan dan
sosioekonomi yang berbeza, berbeza etnik, jantina dan pencapaian akademik. Setiap
pelajar dalam kumpulan boleh meningkatkan pencapaian, meningkatkan harga diri
pelajar, memiliki kemahiran berkolaborasi sesama rakan dan pergaulan
sekitarnya.Kaedah pembelajaran ini memerlukan usaha guru melatih murid bekerja
dalam kumpulan dengan betul, iaitu bersikap mahu mendengar pendapat orang lain,
memberi pengukuhan, menjadi pemimpin / ketua yang demokratik, membantu rakan
sekumpulan dan berusaha mendapat kejayaan. Guru harus bersedia memupuk
semangat kekitaan terlebih dahulu sebelum mengajar perkara akademik. Kajian
Kooperatif di Amerika (Nor Azizah 1992) dan di Malaysia (Jamilah Karim 1992), Ida
Fadil (1995) menunjukkan bahawa beberapa nilai murni dapat dipupuk seperi
sayangkan sekolah dan rakan-rakan, bekerjasama, berani bersuara dan berinteraksi
antara kaum. Kajian Yee Cheng Teik (1995) menunjukkan di dalam kaedah Matematik
kaedah ini dapat empertingkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah dan
meninggikan pencapaian.7.0 PenutupPengajaran dan pemupukan nilai-nilai murni ke
dalam diri pelajar merupakan tugas suci (mission) sekolah sejak zaman berzaman.
Namun dewasa ini, baik di negara barat ataupun di negara timur persoalan ini jugalah
yang menjadi isu hangat kerana ternyata sekolah begitu berjaya mencungkil dan
mengembangkan hamper seluruh potensi yang ada pada diri pelajar yang bersifat
kognitif dan psikomotor tetapi kurang mampu untuk turut sama mempertingkatkan nulai-
nilai moral dan akhlak. Sejaka zaman dahulu lagi iaitu para filosof Greek, golongan
skolastik dan ahli-ahli fikir tradisional tanpa merasa jemu membuat penegasan bahawa
fungus utama pendidikan adalah ke arah membangun peribadi diri, khususnya aspek–
aspek yang berkaitan dengan perkembangan moral dan akhlak.Di samping kepentingan
peribadi, perwatakan dan sahsiah guru yang menjadi role model kepada murid-murid
yang memberi sumbangan yang besar dalam menerapkan budaya moral dan akhlak
yang baik, peranan Pendidikan Moral dan Agama Islam itu sendiri juga tidak boleh
dipertikaikan. Secara teori, kerangka konseptual, matlamat dan organisasi kandungan,
kurikulum Pendidikan Moral di Malaysia adalah sesuatu yang ideal, lengkap dan
senpurna.Pelaksanaan Pendidikan Moral menuntut sekolah menyempurnakan dua
tanggungjawab yang besar dan berat iaitu yang pertama:sekolah terpaksa mengajar
nilai-nilai murni kepada peljar yang mana nilai-nilai tersebut tidak di ajar di rumah dan
kedua: demi untuk menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan
berkesan, sekolah mesti berperanan sebagai “caring moral communities” yang boleh
membantu kanak-kanak yang terabai dan sugul dari rumah agar mereka dapat
dimotivasi dan dipupuk minat mereka kepada pelajaran, dapat mengawal perasaan
marah dan kecewa, serta dapat merasai bahawa diri mereka sebenarnya masih
disayangi dan berpotensi menjadi insan yang bertanggungjawab.Dalam menjayakan
pendidikan moral dan akhlak sepenuhnya, semua pihak mesti melakukan reformasi
terhadap diri masing-masing serta memandang ke hadapan dengan fikiran yang
terbuka dan positif, mengamalkan cara hidup yang bermoral, berhemah tinggi serta
sanggup menjadi ’model’ dalam masyarakat. Guru terutamanya amatlah penting
memahami bahawa penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada
kehidupan manusia dan asas martabat sesuatu profesion khasnya profesion keguruan
yang bertanggungjawab untuk memanjangkan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
Di samping itu, penghayatan amalan moral dan akhlak yang baik di harap dapat
merealisasikan matlamat pendidikan seperti yang telah termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan serta mencapai Wawasan 2020.
Melahirkan rakyat yang menghayati nilai
Mengapakah perlu?: Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran
hebat, daripada kemusnahan alam sekitar hinggalah kepada konflik bersenjata. Untuk
berjaya mengharungi segala cabaran ini murid bukan sahaja perlu memiliki kemahiran
memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil, dan
altruisme yang dapat membimbing mereka dalam membuat keputusan beretika. Pada
masa yang sama, pembangunan warganegara yang global perlu diimbangi dengan
pembangunan identiti nasional yang kukuh.Apakah bentuk kejayaan?: Setiap murid
meninggalkan alam persekolahan sebagai seorang warga global yang telah dipupuk
dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh. Nilai yang telah
dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan harian, yang seterusnya menghasilkan
tingkah laku sivik, seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela; penerimaan individu
berlainan bangsa, agama dan etnik; menghindari perbuatan rasuah dan jenayah serta
menunjukkan tingkah laku amanah dan berintegriti.Selain itu, setiap murid yang tamat
persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan keluarga mereka, atau sebagai
sebahagian daripada komuniti yang lebih besar, serta negara.Mengukuhkan Pendidikan
Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan
memupuk persefahaman yang erat antara murid. Pelaksanaan KSSR yang disemak
semula dan KSSM memerlukan setiap murid sekolah rendah dan menengah melibatkan
diri dalam khidmat komuniti. Bagi murid sekolah menengah, elemen khidmat komuniti
akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan sekolah menengah. Kurikulum Pendidikan
Agama Islam bagi murid Islam dan kurikulum Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam
akan diperkukuhkan supaya akan merangkumi tumpuan yang lebih kepada
pemahaman tentang nilai-nilai perpaduan dan hubungan baik sesama insan.