Download - Nota rph pj
1. PENGENALAN
Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan harus dibentuk
berdasarkan panduan dan cadangan yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul ini akan mengemukakan
beberapa unsur penting dalam merancang sesuatu pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
2. PENDIDIKAN JASMANI
Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui
pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Sukatan pelajaran
Pendidikan Jasmani disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran,iaitu:
Kecergasan, Kemahiran, Kesukanan.
2.1 Rancangan Pengajaran Harian PJ.
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani adalah penting
kerana ia menjadi panduan untuk guru melaksanakan pelajaranya.
Dengan adanya Rancangan Pengajaran Harian langkah-langkah
pelajaran akan lebih teratur. Dari segi penyeliaan praktikum, Rancangan
Pengajaran Harian seseorang guru pelatih, dapat mencerminkan
kemahirannya dalam merancangkan pelajaran seperti memilih atau
menyusun aktiviti yang sesuai dan mengelolakan isi pelajaran yang
hendak diajar. Semasa memilih aktiviti untuk satu masa pengajaran
perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan ialah;
i. tempoh masa pelajaran
ii. objektif pelajaran
iii. kebolehan murid-murid
iv. kemudahan, peralatan dan tempat
1
2.2 Butir-butir penting dalam Rancangan Pengajaran Harian PJ
a. Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan ringkas, jelas
dan tepat apa yang akan dicapai oleh murid-murid. Ia mesti
menitikberatkan perubahan tingkahlaku dari segi psikomotor,
kognitif dan afektif. Contoh: Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran, diharapkan murid-murid dapat :
Psikomotor - Melakukan aktiviti lari pecut mulaan berdiri
dengan teknik yang betul pada jarak 30 – 50
meter dengan kadar tiga daripada empat
percubaan.
Kognitif - Menyatakan secara lisan dua sebab mengapa
tangan perlu dihayun lurus di sisi
semasa berlari
Afektif - Menunjukkan sikap bekerjasama dengan ahli
kumpulan semasa melakukan aktiviti.
b. Peruntukan Masa
Peruntukan masa bagi setiap bahagian mestilah bersesuaian
dengan sesuatu aktiviti dalam pelajaran tersebut.
c. Gerakerja-gerakerja / Aktiviti-aktiviti
Gerakerja-gerakerja atau aktiviti-aktiviti hendaklah dipilih
berdasarkan :
2
i. Kesesuaiannya untuk menyumbang terhadap pencapaian
objektif pelajaran.
ii. Kesediaan murid-murid dari segi keupayaan motor
iii. Masa yang diperuntukkan.
d. Pengelolaan Kelas
Susunan yang sesuai semasa murid-murid menjalani aktiviti adalah
salah satu aspek penting dalam pengelolaan kelas. Ia juga
memastikan kelicinan dalam pengajaran.
e. Butir Mengajar
Butir-butir penting yang hendak ditegaskan oleh guru atau diberi
perhatian oleh murid-murid semasa sesuatu aktiviti. Contoh;
kedudukan tangan, kaki, badan dan mata semasa melakukan
hantaran aras dada dalam permainan Bola Keranjang.
f. Peralatan
Senaraikan jenis dan bilangan alatan yang diperlukan.
g. Penerapan Nilai
Nilai-nilai murni hendaklah diterapkan.
3
2.3 Format Rancangan Pengajaran Harian PJ
Mata Pelajaran : Tarikh :
Tunjang : Masa :
Kemahiran : Tahap / Tahun :
Tajuk : Bil. Murid :
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :
1. Psikomotor -
2. Kognitif -
3. Afektif -
Kemahiran Berfikir :
Pengalaman Lepas :
Penerapan Nilai :
Penggabungjalinan :
Alatan :
Bahagian / Masa Aktiviti Butir Mengajar Organisasi Alatan / Catatan / Strategi
Permulaan
Perkembangan
Kemuncak/ Permainan Kecil
Penutup
Senaraikan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan oleh murid-murid.
Tulis nama permainan yang mempunyai unsur kemahiran yang diajar
Senaraikan aktiviti ringkas
Sebutkan butiran mengajar yang patut ditegaskan oleh guru atau beri perhatian oleh murid semasa menjalani aktiviti / latihan
Secara rigkas dan jelas nyatakan bagaimana kelas itu dikelolakan semasa murid-murid menjalani aktiviti
4
2.4 Rangka Rancangan Pengajaran Harian PJ
Bahagian Perincian
Permulaan
- Memanaskan Badan
1. Murid-murid melakukan gerak kerja memanaskan badan, memberi kesan kepada;
- melonggarkan sendi- menggerak dan meregangkan otot-otot utama- meransangkan kordinasi otot saraf- menambahkan ketangkasan
2. Bahagian ini mempengaruhi suasana pembelajaran seterusnya, dijalankan secara
- ringkas- berterusan- rancak- menyeronokkan kanak-kanak
Perkembangan
- Gerakerja
Kelas
- Gerakerja
Kumpulan
1. Mengandungi Inti Pelajaran iaitu fokus pelajaran.2. Semua murid menjalankan aktiviti yang sama di bawah
arahan dan pengawasan guru.3. Pengajaran guru dan latihan murid dititikberatkan4. Pelbagaikan aktiviti satu kemahiran agar dapat
mewujudkan peluang pembelajaran yang maksimum dan tidak bosan.
1. Pembelajaran dalam kumpulan kecil dalam beberapa stesen.
2. Perbezaan aktiviti bagi setiap stesen dan dilakukan secara bergilir-gilir oleh setiap kumpulan.
3. Mengulang kemahiran lepas dan kemahiran yang sedang diajar .
Kemuncak
- Permainan Bersyarat / Pertandingan / Persembahan
1. Memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari.
2. Permainan kecil pengelolaan hendaklah ringkas, mudah dan melibatkan semua murid.
Penutup
- “Cooling Down” Gerak Kendur
- Kuiz / Perbincangan / Soal Jawab
1. Menenangkan murid dengan melakukan aktiviti gerak kendur.
2. Ulasan guru mengenai prestasi murid.3. Sesi soal jawab.
5
2.5 Panduan menulis hasil pembelajaran PJ
Hasil pembelajaran mestilah dinyatakan dengan jelas dan boleh tercapai
sejajar dengan kemampuan psikomotor, kognitif dan afektif murid murid.
Pernyataan yang diguna hendaklah berbentuk hasil pembelajaran
tingkahlaku (behavioral outcome) iaitu hasil yang menunujukkan
perubahan tingkahlaku murid-murid setelah mengikuti pelajaran. Hasil
pembelajaran yang dicadangkan hendaklah dinyatakan secara eksplisit
iaitu jelas kelihatan (observable) dan dapat diukur peringkat
pencapaiannya (measureable level of achivement) pada akhir pelajaran.
Hasil pembelajaran yang berkesan adalah berpandukan panduan berikut.
a. Siapa Kumpulan Sasaran
• Individu yang akan mempamerkan tingkahlaku.
• Contoh; murid, pelajar, peserta.
b. Tingkahlaku Yang Diharapkan
• Apa murid perlu lakukan untuk membuktikan pembelajaran
telah berlaku.
• Contoh; dapat melakukan. Menunujukkan, dapat
menyatakan
c. Keperluan Pembelajaran
• Apa yang murid perlu tahu dan alami setelah aktiviti
pengajaran dan pembelajaran tamat.
• Contoh; hantaran lob kepada kawan menggunakan teknik
yang betul, tanggungjawab terhadap alatan sekolah, dua
persamaan dan perbezaan antara hantaran lob dan
hantaran atas kepala.
6
d. Situasi
• Situasi yang dicipta khusus dan disesuaikan dengan sesuatu
aktiviti yang telah dipilih.
• Contoh; pada jarak 3 meter dengan kehadiran penghadang,
dengan mnyusun semua alatan yang telah digunakan, di
dalam lembaran kerja yang diedarkan.
e. Prestasi Piawai
• Pencapaian minimum yang diharapkan dapat dicapai oleh
muid sama ada kualitatif atau kuantitatif.
• Contoh; sebanyak 5 kali daripada 8 percubaan, di tempat
yang betul, dengan 100% betul.
2.6 Contoh Penulisan Hasil Pembelajaran PJ.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran:
Siapa Tingkahlaku yang
diharapkan
Keperluan Pembelajaran
Situasi Khusus
Prestasi Piawai
Domain
murid-murid dapat melakukan
hantaran lob kepada kawan menggunakan teknik yang betul
pada jarak 3 meter dengan kehadiran penghadang
sebanyak 5 kali daripada 8 percubaan.
Psikomotor
murid-murid dapat menyatakan
dua persamaan dan perbezaan antara hantaran lob dan hantaran atas kepala
di dalam lembaran kerja yang disediakan
dengan 100% betul
Kognitif
murid-murid menunjukkan tanggungjawab terhadap alatan sekolah
dengan menyusun semua alatan yang telah digunakan
di tempat yang betul
Afektif
7
2.7 Contoh Rancangan Pengajaran Harian PJ
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHAP 1
Mata Pelajaran : Pendidikan Jsmani Tarikh : 07.07.2007
Tunjang : 1.Kecergasan Masa : 0745 – 0815
Kemahiran : - Tahap/Tahun : Tahap 1 / Tahun 1
Tajuk : Imbangan Bil. Murid : 40 orang
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat;
1. Psikomotor : Mengimbangkan badan semasa meniti bangku gimnastik sambil menjunjung pundi kacang sekurang-kurangnya 2 kali pergi dan balik.
2. Kognitif : Menyatakan perbezaan mengimbangi badan semasa meniti bangku gimnastik dengan tangan didepakan dan memeluk tubuh.
3. Afektif : Memupuk semangat kerjasama dan bersyukur menikmati kecergasan fizikal.
Kemahiran Berfikir : Membanding beza pelbagai imbangan.
Pengalaman Lepas : Murid-murid melakukan imbangan dalam kehidupan harian.
Penerapan Nilai : Menghargai kawan, jujur dan berkeyakinan.
Penggabungjalinan : Manipulasi Alatan
Alatan : 1. Bangku gimnastik 4 buah
2. Pundi Manik 40 buah
3. Gelung Plastik 4 buah
8
4. Skitel 4 buah
BAHAGIAN / MASA
AKTIVITI BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN
ORGANISASI ALATAN / CATATAN
Permulaan(3 – 4 minit)
Memanaskan Badan
1. Jalan berjengket2. Lari kapal terbang3. Jalan ulat bulu
• Jalan di atas bebola kaki• Badan tegak.• Elak kawan semasa
berjalan / berlari.• Tangan dan kaki di buka
seluas bahu.
• Bebas dan terkawal• Individu
X X
X X XX
XX X
G
X - murid-muridG - guru
4 Skitel
Perkembangan(15 – 17 minit)
Gerakerja Kelas
1. Berjalan atas garisan.• Depakan tangan• Peluk tubuh
2. Berjalan atas bangku gimnastik.• Depakan tangan• Peluk tubuh
3. Berjalan atas bangku gimnastik dengan menjunjung pundi manik• Depakan tangan• Peluk tubuh
• Badan tegak.• Mata pandang ke
hadapan.• Imbangkan badan.
• Badan tegak.• Mata pandang ke
hadapan.• Imbangkan badan.
• Badan tegak.• Mata pandang ke
hadapan.• Imbangkan badan
A
D B
C
- lalauan berjalan - bangku gimnastik
4 Bangku Gimnastik
40 Pundi Manik
9
BAHAGIAN / MASA
AKTIVITI BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN
ORGANISASI ALATAN / CATATAN
Kemuncak(5 minit)
Permainan Bersyarat • Meniti bangku gimnastik dan mengimbangan badan dengan tangan didepakan
• Pandang ke hadapan
A B C D X X X X X X X X X X X X
• Meniti bangku.• Menjunjung pundi
manik• Masukkan pundi manik
ke dalam gelung plastik tanpa memegang pundi manik.
• Meniti semula balik ke barisan kumpulan
4 Bangku Gimnastik
4 Gelung Plastik
4 Pundi Manik
Penutup(2-3 minit)
“Cooling Down” (Gerak Kendur)
Mengimbang badan sambil berjengket
Rumusan / Refleksi
• Badan tegak.• Mata pandang ke
hadapan.• Imbangkan badan.
Perbincangan;Nyatakan perbzaan antara mengimbangi badan dengan tangan didepakan dengan memeluk tubuh.
• Bebas dan terkawal• Individu
• Duduk dalam barisan mengikut kumpulan
10
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHAP II
Mata Pelajaran : Pendidikan Jsmani Tarikh : 17.07.2007
Tunjang : 2. Kemahiran Masa : 0730 – 0830
Tajuk : Bola Tampar Tahap/Tahun : Tahap 2 / Tahun 4
Kemahiran : Menyangga Bil. Murid : 30 orang
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat;
1. Psikomotor : Menyangga bola tampar dengan ketinggian 2 meter tepat ke arah sasaran dari jarak 5 meter sekurang-kurangnya 5 kali dari 7 kali percubaan.
2. Kognitif : Menjelaskan mekanisme pelakuan menyangga yang menitikberatkan aspek daya, ketinggian, imbangan dan ikut lajak.
3. Afektif : Memupuk minat, keseronokan dan membina keyakinan.
Kemahiran Berfikir : Membuat ramalan.
Pengalaman Lepas : Murid-murid telah mempelajari kemahiran asas manipulasi alatan.
Penerapan Nilai : Menghargai berkeyakinan.
Penggabungjalinan : Komponen kecergasan
Alatan : 10 biji Bola Tampar
11
BAHAGIAN / MASA
AKTIVITI BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN
ORGANISASI ALATAN / CATATAN
Permulaan(10 minit)
Memanaskan Badan
1. Larian sisi, depan dan belakang
Regangan1. Tolak dan lawan
siku.
2. “Halfsquat”
Kelonggaran1. Kuak depan /
belakang
2. Pergelangan kaki.
• Bergerak atas bebola kaki• Bergerak ke sisi kiri /
kanan, depan dan belakang
• Tapak dirian seluas bahu• Siku separas bahu.
• Berdiri atas bebola kaki.• Badan tegak.• Lutut dibengkokkan.
• Berdiri tegak.
• Pangkal lengan cecah telinga..
• Pergerakan fleksi, dorsi fleksi
• Individu• Lari mengeliling skitel
X XXXXXXXXX
XXXXXX
G
X - murid-muridG - guru arah larian
4 Skitel
Perkembangan(30 minit)
Gerakerja Kelas
Menyangga
1. Tanpa Bola
2. Dengan Bola
- Lantun bola dan menyangga
- Lambung bola dan menyangga
Fasa Persediaan • Buka kaki seluas bahu.• Kaki dominan di hadapan.• Fleksi lutut dan siku.• Kedua-dua tangan di
hadapan badan
Fasa Pelaksanaan • Terima bola di hadapan
badan.• Genggam tangan dan
luruskan siku.• Ekstensi siku dan lutut
semasa kontak bola.• Kontak bola pada
kawasan pergelangan tangan
• Mata pandang bola.
Fasa Ikut Lajak • Siku kekal lurus
• Bertiga
AX
X X
B C
A melantun / melambung B dan C menyangga balik kearah A.
10 biji bola tampar
12
• Mata pandang pergerakan bola dan sasaran
BAHAGIAN / MASA
AKTIVITI BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN
ORGANISASI ALATAN / CATATAN
Gerakerja Kumpulan
3. Dengan Bola
- Menyangga bola yang melantun.
- Menyangga bola tinggi
• Lantun bola ke arah rakan.
• Pergi ke arah bola
Fasa Persediaan • Buka kaki seluas bahu.• Kaki dominan di hadapan.• Fleksi lutut dan siku.• Kedua-dua tangan di
hadapan badan
Fasa Pelaksanaan • Terima bola di hadapan
badan.• Genggam tangan dan
luruskan siku.• Ekstensi siku dan lutut
semasa kontak bola.• Kontak bola pada
kawasan pergelangan tangan
• Mata pandang bola.
Fasa Ikut Lajak • Siku kekal lurus• Mata pandang
pergerakan bola dan sasaran
• Kumpulan Bertiga• Menyangga sekurang-
kurangnya ketinggian 2 meter
AX
X X
B C
Bola dibiar melantun sebelum menyangga.Murid terdekat dengan bola yang melantun akan menyangga.
Menyangga bola yang tinggi secara berterusan antara murid A,B danC
10 Biji Bola Tampar
Kemuncak(15 minit)
Permainan Bersyarat
Pertandingan Menyangga Paling Banyak.
Syarat permainan:
• Jumlah menyangga terbanyak.
• Ketinggian 2 meter.• Masa 5 minit• 5 kumpulan bermain dan
5 kumpulan mengadili.• Kumpulan yang
menyangga paling banyak menjadi
• Kumpulan Bertiga
AX
X X
10 biji bola tampar
13
pemenang. B C
BAHAGIAN / MASA
AKTIVITI BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN
ORGANISASI ALATAN / CATATAN
Penutup(5 minit)
1.“Cooling Down”(Gerak Kendur)
2.Refleksi – Soal Jawab
• Jalan perlahan smbil mengangkat dan menurunkan tangan
• Jalan bongkok sambil hayun tangan
• Apa berlaku jika siku dibengkok semasa menyangga?
• Bebas dan terkawal.• Dalam kawasan terhad.
• Duduk dalam barisan mengikut kumpulan
Ulasan / Refleksi Kendiri : _______________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Ulasan Pensyarah / Guru Pembimbing : _____________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
14
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHAP II
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 27.07.2007
Tunjang : 3. Kesukanan Masa : 0730 – 0800
Tajuk : Keselamatan Semasa Berakiviti Tahap/Tahun : Tahap 2 / Tahun 6
Kemahiran : Kemudahan tempat semasa Bil. Murid : 30 orang beraktiviti
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat;
1. Psikomotor : Menyediakan kawasan yang selamat untuk beraktiviti.
2. Kognitif : Menerangkan 5 ciri-ciri keselamatan tempat berekreasi.
3. Afektif : Menunjukkan kerjasama dan tanggungjawab membersih kawasan permainan.
Kemahiran Berfikir : Membuat ramalan.
Pengalaman Lepas : Murid-murid telah didedahkan tentang pentingnya keselamatan semasa beraktiviti
Penerapan Nilai : Keselamatan semasa bersukan
Alatan : Komputer riba, VCD keselamatan, kertas mahjung, marker pen. LCD.
15
BAHAGIAN / MASA
AKTIVITI BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN
ORGANISASI ALATAN / CATATAN
Permulaan(5 minit)
Soal jawab
1. Pengalaman semasa bermain di dalam gimnasium / dewan sekolah.
2. Kemalangan yang pernah dialami.
• Murid bercerita tentang pengalaman semasa bermain di dalam gimnasium / dewan sekolah.
• Siapa pernah mengelami kemalangan semasa bermain di dalam gimnasiun, dewan, taman rekrasi ?
“ Saya Cikgu”
• Kenapa kemalangan tersebut berlaku.- Terlanggar kawan- Lantai licin- Bola keras sangat- Kena bola- dsb
• Enam orang murid (3 lelaki dan 3 perempuan diminta berkongsi pengalaman.
Perkembangan(10 minit)
1. Menonton VCD Keselamatan
2. Keselamatan semasa melakukan aktiviti
• Mengenalpasti dan menyenaraikan kemudahan dan alatan di tempat bermain
- Jongkang-jongkit, buaian,
- palang imbangan, monkey rack
- dsb.
• Menyenaraikan ciri-ciri
• Berpasangan seorang menyebut nama alatan dan kemudahan dan pasangan menulis dalam lembaran kerja
• Kumpulan berlima dan menulis pada kertas mahjung.
VCD Keselamatan
Komputer Riba
LCD
Lembaran Kerja
Kertas Mahjung
16
keselamatan semasa melaku aktiviti.- Pakaian sesuai
- Jangan bermain di tempat licin
- Jangan mengguna alatan rosak, dsb
• Tampal hasil kerja di dinding kelas
Marker Pen
BAHAGIAN / MASA
AKTIVITI BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN
ORGANISASI ALATAN / CATATAN
Kemuncak(15 minit)
Menyusun Alatan di gimnasium / dewan
• Susunan alatan yang mengutamakan keselamatan murid.- Bangku- Kerusi - Bakul bola- Tiang
badminton- Dsb
• Sebelum kelas bermula guru menyelerakkan alatan di dalam dewan.
• Murid di bawa ke dewan untuk menyusun alatan tersebut
Penutup(3 minit)
Rumusan menggunakan borang Pengurusan Grafik
• Ciri-ciri keselamatan di- Padang
permainan- Gimnasium /
Dewan- Gelanggang - Taman
permainan
• Individu
Ulasan / Refleksi Kendiri : _______________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Ulasan Pensyarah / Guru Pembimbing : _____________________________________
17
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
2.8 Garis Panduan Penyeliaan Kelas PJ
BIL. BAHAGIAN CIRI-CIRI KOMEN
1. Permulaan
i. Memanaskan badan- Meningkatkan Kadar Denyutan Nadi- Regangan- Kelonggaran
ii. Ada perkaitan dengan kemahiran yang akan diajar.
iii. Menarik dan memotivasi
2a Perkembangan
- Gerakerja Kelasi. Pengajaran kemahiran baru secara ansur maju.
ii. Semua murid menjalankan aktiviti yang sama.
2b Perkembangan- Gerakerja
Kumpulan
i. Kumpulan kecil.
ii. Aktiviti berlainan bagi setiap stesen – semua kumpulan melakukan setiap aktiviti secara bergilir. (jika perlu)
iii. Mengulang kemahiran lepas dan kemahiran yang diajar dalam pelajaran ini.
3. Kemuncak- Permainan /- Pertandingan /- Persembahan
i. Permainan kecil / bersyarat.
ii. Aplikasi kemahiran permainan yang telah dipelajari
iii. Memperkenalkan satu / dua undang-undang permainan yang diajar.
iv. Bagi pelajaran Pendidikan Pergerakan, boleh buat persembahan koregrafi oleh setiap kumpulan.
18
4. Penutup- “Cooling Down”- Perbincangan- Bersurai
i. Menyejukkan badan.
ii. Refleksi / Maklumbalas murid.
iii. Pelajar bersurai secara teratur
2.9 Panduan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran PJ Yang Cemerlang.
BIL KRITERIA HURAIAN
1. Persediaan Alatan Telah disusun secara teratur sebelum pelajar tiba.
2. Arahan Ringkas, jelas, dapat diikuti pelajar.
3. Pengelolaan Kelas Cepat, kemas, teratur.
4. Pemulihan Membetulkan kelemahan / kesilapan murid-murid sepanjang pelajaran
5. Penyertaan Maksimum Peluang yang maksimum untuk setiap murid menyertai aktiviti.
6. Keselamatan Murid Alatan tidak diperlu, dikeluar dari kawasan latihan. Ada langkah keselamatan.
7. Penggunaan Wisel Menghentikan aktiviti, mendapatkan perhatian murid, mengawal permainan.
8. Penggunaan Ruang Pelajar bebas bergerak secara terkawal.
9. Penggunaan Alatan Digunakan sepenuhnya khususnya semasa gerakerja kelas.
10. Aktiviti Jenis latihan dinamik / ansur maju / bergerak dan berterusan.
11. Tunjukcara Teknik yang betul / tegasan butiran mengajar / semua dapat melihat.
19
12. Butiran Mengajar Betul dan ringkas.
13. Disiplin Murid Dikawal secara rapi.
14. Kemahiran Berfikir Unsur KBKK diterapkan.
15. Nilai Murni Diterapkan / diaplikasikan.
3. PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan
kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya
hidup sihat. Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran, iaitu:
Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat dan Kebersihan dan
Keselamatan Persekitaran.
3.1 Rancangan Pengajaran Harian PK.
Guru seharusnya merancang pengajaran Pendidikan Kesihatan supaya
usahanya adalah berlandaskan prinsip-prinsip pedagogi yang akan
memudahkan murid-murid mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks
mengajar Pendidikan Kesihatan di sekolah, Rancangan Pengajaran
Harian perlu disediakan sebagai panduan kepada guru melaksanakan
sesuatu pelajaran Pendidikan Kesihatan secara sistematik dan berkesan.
Jadi secara ringkas Rancangan Pengajaran Harian boleh ditakrifkan
sebagai suatu rancangan tindakan yang menerangkan mengapa, apa dan
bagaimana guru mengajar.
3.2 Butir-butir penting dalam Rancangan Pengajaran Harian PK
a. Hasil Pembelajaran
20
Hasil Pembelajaran berbentuk tingkahlaku yang ideal, lengkap dan
eksplisit hendaklah menunjukkan tiga ciri asas dalam pernyataan;
i. Tingkah laku atau kebolehan murid akan tunjukkan.
ii. Peringkat pencapaian yang murid akan tunjukkan.
iii. Kriteria atau syarat perlakuan.
Contoh ; Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat
menyenaraikan (tingkah laku) dengan perkataan sendiri (syarat)
lima langkah keselamatan (peringkat pencapaian) semasa
menjalani aktiviti rekreasi air.
b. Pengetahuan Sedia Ada
Aspek ini penting dan perlu dipertimbangkan oleh guru semasa
merancang pelajaran Pendidikan Kesihatan. Pengetahuan yang
sedia ada pada murid-murid dalam sesuatu tajuk atau topik
dijadikan titik tolak (start off point) atau (entry behaviour) bagi
sesuatu pelajaran. Dengan mengambil kira perkara ini guru dapat
merancang pelajaran secara realistik di mana tahap isi kandungan
pelajaran, jenis aktiviti dan perancangan hasil pembelajaran akan
dibuat sejajar dengan kebolehan murid-murid.
c. Permulaan
Ini merupakan langkah pertama dalam sesuatu pelajaran yang
hendak dismpaikan oleh guru. Guru hendaklah memikirkan satu
teknik yang ringkas untuk meransangkan atau menyediakan murid-
muridnya dari segi mental untuk mengikut pelajarannya. Antara
tujuan lain permulaan dalam Pendidikan Kesihatan adalah:
21
i. Mewujudkan perasaan ingin tahu murid-murid tentang
sesuatu perkara yang berkait dengan topik pelajaran.
ii. Mengarahkan perhatian murid-murid kepada tajuk pelajaran.
iii. Menimbulkan minat murid-murid terhadap pelajaran.
Guru Pendidikan Kesihatan yang berkesan akan
menggunakan pelbagai teknik untuk memulakan pelajarannya dan
tidak terikat atau mengamalkan teknik serupa untuk setiap waktu
pelajarannya. Penggunaan sesuatu teknik yang terlalu kerap
(overused) boleh mengakibatkan kesan sebaliknya (counter-effect)
dan menjejaskan suasana pelajaran.
Kemahiran Permulaan Pelajaran Pendidikan Jasmani.
22
Cara Hubungkait / Asosiatif
- Kaitkan dengan pelajaran atau pengetahuan yang sedia ada.
- Menyentuh tentang pengalaman murid-murid.
Cara Menarik Perhatian
- Melalui soalan.
- Menggunakan Sumber Pengajaran dan pembelajaran.
- Menggunakan suara, isyarat-isyarat bahagian badan.
KEMAHIRAN PERMULAAN YANG
GURU BOLEH APLIKASIKAN
Cara Menimbulkan Motivasi
- Memperkenalkan sesuatu yang menghairankan atau menakjubkan.
- Menjalankan aktiviti yang ringkas.
- Menimbulkan perasaan
Cara Menjelaskan Tugasan
- Menyatakan bentuk tugasan atau latihan.
- Menerangkan tujuan pelajaran.
- Menjelaskan cara-cara menyiapkan tugasan.
d. Perkembangan Pelajaran
Langkah-langkah pelajaran hendaklah disusun secara berurutan
untuk memudahkan murid-murid mengikuti pelajaran. Isi pelajaran
disampaikan melalui teknik penyampaian yang tertentu dan
penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran disediakan
untuk mengukuh pembelajaran.
Contoh: aktiviti pembelajaran adalah seperti berikut;
i. Bersoal jawab
ii. Penglibatan dalam aktiviti atau latihan.
iii. Penjelasan sesuatu fakta.
iv. Gerak kerja kumpulan
v. Penyelesaian masalah
Di setiap langkah pelajaran guru hendaklah mengambil
peluang untuk menyelitkan dan menegaskan bilai murni yang
munasabah dan menepati tajuk pelajaran. Juga, perhatian perlu
diberi kepada perkembangan kemahiran berfikir di kalangan murid-
murid melalui aktiviti yang sesuai.
Peruntukan masa diperuntukan untuk setiap langkah di
bahagian ini hendaklah disesuaikan dengan kepentingan langkah.
Langkah-langkah pengajaran berkait rapat dengan hasil
pembelajaran yang dirancangkan oleh guru.
e. Penilaian
23
Penilaian tertumpu kepada pencapaian hasil pembelajaran murid-
murid. Soalan utama adalah, sejauh manakah murid-murid telah
mempelajarai perkara yang disampaikan dalam sesuatu waktu
pelajaran.
Penilaian dibuat secara ringkas dalam pelbagai cara dan bentuk. Di
antara caranya adalah;
i. Menjawab soalan (lisan / bertulis)
ii. Persembahan
iii. Melakukan tunjuk cara
iv. Merumuskan isi pelajaran
v. Mempamerkan hasil kerja.
f. Penutup Pelajaran
Penutup pelajaran memberi peluang kepada guru membuat
rumusan tentang butir-butir utama yang telah dipelajari oleh murid-
muridnya. Masa diperuntukan kepada bahagian penutup adalah
ringkas, guru perlu merancang dengan teliti cara penutup pelajaran
dan mejalankannya dengan cekap dengan hanya menyentuh
perkara-perkara yang penting sahaja.
Guru boleh juga menggunakan penutup pelajaran untuk ;
i. Penilaian ringkas untuk menentukan pelajaran
ii. Memberi latihan bertulis kepada kelasnya sebagai
pengukuhan pembelajaran.
iii. Menjelaskan tugasan yang perlu dibuat oleh muridnya.
24
3.3 Format Rancangan Pengajaran Harian PK
Mata Pelajaran : Tarikh :
Tunjang : Masa :
Tajuk : Tahap / Tahun :
Sub-Tajuk : Bil. Murid :
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :
1. Kognitif -
2. Psikomotor -
3. Afektif -
Kemahiran Berfikir :
Pengalaman Sedia Ada :
Penerapan Nilai :
Alatan :
Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi / Sumber
Permulaan
Perkembangan
Kemuncak
Penutup
25
3.4 Penulisan Hasil Pembelajaran PK
Dalam pelajaran Pendidikan Kesihatan, sungguhpun pembelajaran aspek
kognitif dan psikomotor dapat dinyatakan dalam bentuk eksplisit, aspek
afektif iaitu perkembangan sosial, nilai dan sikap terpaksa dinyatakan
secara implisit. Ini adalah memandangkan bahawa perubahan tingkah
laku dalam domain afektif lebih merupakan satu perubahan dalaman dan
tidak nyata (jelas) dan sukar diukur serta merta.
Apabila menulis hasil pembelajaran, guru perlu menggunakan kata
kerja yang tepat. Kata kerja yang tepat membantu seorang guru untuk
mengetaui sama ada murid-murid telah mencapai hasil pembelajaran
yang dikehendaki.
Contoh kata kerja yang sesuai digunakan dalam pernyataan hasil
pembelajaran adalah seperti berikut;
Domain Kognitif Domain Psikomotor Domain Afektif
MenamakanMelabelkanMenyatakanMenerangkanMembezakanMerumuskanMemberi ContohMenunjukkanMengaitkanMengenal pastiMengkelaskanMembandingkanMenilai
MelukiskanMenunjukkanMenyusunMendemonstrasikanMenceritakanMenyesuaikanMenyusun semulaMembinaMenciptaMelakonkanMelakukan
MengikutMemberi perhatianMematuhiMemilihMembezakanMencadangkanMenggunakanMengamalkanMenunujukkan minatMembandingkanMenunjukkan kepakaranMenunjukkan kesedaranMenunjukkan sikap
26
Mentafsirkan MenikmatiMenghargaiMenilai
3.5 Contoh Rancangan Pengajaran Harian PK
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHAP 1
Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan Tarikh : 25.07.2007
Tunjang : Kesihatan Diri dan Keluarga Masa : 0800 - 0830
Tajuk : Kesihatan Diri Tahap / Tahun : Tahap 1/ Tahun 1
Sub-Tajuk : Amalan Asas Kesihatan
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :
1. Kognitif - Menyatakan tiga amalan harian yang dilakukan bagi menjaga kebersihan.
2. Psikomotor - Menunjuk dua cara menggosok gigi mengikut kedudukan gigi.
3. Afektif - Mengamalkan penjagaan kebersihan diri sepanjang masa.
Pengalaman Sedia Ada : Murid-murid pernah melakukan aktiviti menjaga kebersihan diri.
Persediaan Guru : Gambar-gamabr penjagaan kesihatan: mandi, menggosok gigi dan gambar bersiri
Penerapan Nilai : Kasih sayang, berdikari
Alatan : Berus gigi. Tuala, sabun, tiub ubat gigi.
27
Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi / Sumber / Strategi
Permulaan
(3 minit)
1. Soal Jawab.
2. Memerhati gambar amalan kebersihan pagi, petang dan malam
• Bagaimana murid-murid boleh buktikan kewujudan kuman pada anggota tubuh badan ?
- Tubuh badan kotor dan berbau.
• Amalan kebersihan pagi,
petang dan malam
- Memberus gigi,- Mandi- Menukar pakaian- Mengemas bilik tidur- Mencuci pakaian
Gambar-gambar amalan kebersihan diri
Perkembangan
(8 minit)
1. Mengumpul dan menyusun gambaramalan kebersihan.
2. Menamakan alat
• Susun gambar kegiatan harian mengikut turutan amalan mengikut masa.
Pagi- Buka tingkap bilik tidur- Mengemas tempat tidur- Berus gigi- Mandi
Petang- Cuci pakaian yang
sudah dipakai- Berus gigi- Cuci rambut- Mandi
Malam- Tukar ke pakaian tidur- Berus gigi- Cuci kaki
Kumpulan 5 orang
6 kumpulan
6 set gambar bersiri
28
dan bahan diguna untuk amalan kebersihan
• Nama alat dan bahan- Berus gigi- Tuala- Sabun- Ubat gigi
Kelas1 batang berus gigi1 ketul sabun1 helai tuala1 tiub ubat gigi
Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi / Sumber
Kemuncak
(7minit)
1. Latihan Amali cara menggosok gigi
2. Lakonan cara mandi
• Tunjukcara menggosok
gigi yang betul.
- Pergerakan berus dari atas ke bawah.
- Jangan gerak berus dari secara melintang sebab ia akan merosakan gigi
• Berlakon cara mandi
- Cara menggunakan sabun.
- Cara menggunakan tuala.
Individu
Sebatang berus gigi seorang
Gambar besar cara menggosok gigi
Individu
Penutup
(2 minit)
1. Melihat semula gambar bersiri dan bercerita semula.
2. Menegaskan
• Susunan Gambar Bersiri
Pagi- Buka tingkap bilik tidur- Mengemas tempat tidur- Berus gigi- Mandi
Petang- Cuci pakaian yang
sudah dipakai- Berus gigi- Cuci rambut- Mandi
Malam- Tukar ke pakaian tidur- Berus gigi- Cuci kaki
• Kurangnya kebersihan diri
Kumpulan 5 orang
6 kumpulan
6 set gambar bersiri
29
kepentingan menjaga kebersihan diri
memudahkan penyakit bertapak dalam diri seseorang.
RUJUKAN
Baley, J.A. & Field, D.A. (1976). Physical education and physical educator (2nd.Ed.) Boston: Allyn & Bacon.
Barrow, H.M. (1971). Man and his movement principles of physical education.Philadelphia: Lea & Febiger.
Bucher, C.A. (1983). Foundation of physical education (9th.Ed.). St. LouisC.V. Mosby.
Bucher, C.A. (1994). Teaching children movement concepts and skills. Champaign,IL: Human Kinetics.
Graham, G. (1992). Teaching physical education: Becoming a master teacher. Chamaign, IL: Human Kinetics.
Grout, R.E. (1968). Health teachin in schools: for teachers in elementary and secondary schools (5th.Ed.). Philadephia: W.B. Saunders Co.
Read, D.A. & Greene, W.H.(1975). Creative Teaching in Health. (2nd.Ed.). New YorkMacMillan Publishing Co.Inc.
Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan jasmani dan kesihatan. (3rd.Ed.). Kuala Lumpur:Longman.
Teng Boon Tong. (1994). Paduan pengajaran kemahiran permainan. Petaling Jaya:Longman.
Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. Shah Alam: Fajar Bakti.
30
31