Download - nota2 edu3104
-
7/27/2019 nota2 edu3104
1/21
Bab 1
Ciri yang menjadikan bilik darjah tempat yang unik dan mencabar
1. Pelbagai dimensi
2. Serentak
3. Segera
4. Sukar diramal
5. Umum
Konsep pengurusan bilik darjah
pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih
tinggi
pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku (Richard, 1990)
Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai matlamat yang berikut:
menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
membentuk suasana pembelajaran yang positif
menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-guru dan murid-murid
menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum
meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p&p
mengurangkan masalah disiplin
pengurusan rutin yang berkesan
murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri
Bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah masalah daripada berlaku
dan bukannya menyelesaikan masalah yang telah berlaku. ia memerlukan guru yang berkemahiran
dan berkemampuan yang pelbagai dalam menyelesaikan masalah yang telah berlaku.
Faktor utama dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah:-
Perancangan yang rapi
Guru perlu mengelola dan mengawal pelaksanaan perancangan mereka
Membuat refleksi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan p&pyang telah dilaksanakan
pengetahuan tentang keperluan murid-murid
Keperluan hierarki Abraham maslow (estetik, pengetahuan, penyempurnaan kendiri, penghargaan
diri, kasih sayang, keselamatan dan fisiologi)
Fisiologi dan psikologi mempunyai pengetahuan akademik:-
Memahami objektif pengajaran
Melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran
Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya
Pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid
Masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi
Pengalaman kejayaan
Maklum balas yang tepat dan realistik
-
7/27/2019 nota2 edu3104
2/21
Pengurusan bilik darjah
1. Merancang
2. Mengelola
3. Mengawal
4. Membuat refleksi
5. menjalinkan hubungan guru- murid
Ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah ialah guru yang dapat:
Menguruskan bilik darjah dengan berkesan
Membentuk suatu suasana
Agar murid teransang dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha melakukan yang terbaik
Menggunakan masa p&p dengan efisien
Tiga aspek yang dilihat:
1. kualiti peribadi
2. kompentensi pengajaran dan pembelajaran
3. penghayatan dan amalan nilai
Guru yang efektif (mesra, peramah, penyayang, tenang, jenaka, kreatif, spontan, fleksibel dll)
Guru yang tidak efektif (cepat marah, tidak yakin, pesimis, autokratik, tiada daya usaha, tegar)
Kompetensi pengajaran dan pembelajaran
Kompetensi P&P yang harus dipupuk oleh guru efektif ialah seperti berikut:
1. Kandungan mata pelajaran:
Meliputi lebih daripada fakta, istilah dan konsep umum.
Contoh : Guru yang efektif akan berusaha memperoleh ilmu dan kemahiran cara mengurus idea
serta membuat perkaitan antara idea, kemahiran berfikir dan berhujah, pola perubahan yang
terkandung dalam satu-satu disiplin, dan kebolehan memindahkan idea antara satu disiplin ke
disiplin yang lain.
2. Strategi pengajaranSeiring dengan penggunaan pendekatan konstruktivis dalam proses P&P
Contoh : Guru yang efektif akan memberi penekanan kepada kolaborasi antara murid dalam usaha
mereka menuntut ilmu, dan memahami diri sendiri.
3. Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran.
Contoh : Guru yang efektif akan memperuntukkan masa dan usaha yang mencukupi dalam
memastikan pelaksanaan pengajaran adalah selaras dengan perancangan dan matlamat tercapai.
Dalam masa yang sama, beliau akan membuat refleksi bagi mendapat maklum balas dan
menambahbaik pengajaran agar menjadi lebih baik,menarik pada masa seterusnya.
Kemahiran mengurus bilik darjah
-
7/27/2019 nota2 edu3104
3/21
Merupakan salah satu aspek bagi seorang guru yang efektif.
Kebolehannya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan membentuk
peraturan bersama murid-murid, memantau aktiviti bilik darjah, dan menangani masalah tingkah
laku murid.
Kemahiran motivasi
Seorang guru yang efektif semestinya mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memupuk
motivasi kendiri murid-muridnya melalui peluang pendidikan yang diberikan dan pengalaman
pendidikan yang disediakan selaras dengan minat dan matlamat dan kebolehan mereka.
Kemahiran komunikasi
Meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan.Contoh: Guru efektif yang mengamalkan prinsip bercakap bersama dan bukannya kepada murid-
murid, ibu bapa, pentadbir, dan sebagainya. Seterusnya guru efektif juga mengekalkan kritikan pada
tahap minimum, mempunyai gaya komunikasi bersifat asertif berbanding agresif, manipulatif atau
pasif, dan yang terakhir berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi mjurid-murid melalui
latihan, praktis dan sebagainya.
Kemahiran teknologi
Guru efektif seharusnya menguasai kemahiran teknologi selaras dengan perkembangan sains dan
teknologi semasa dan seterusnya mengintegrasikan teknologi tersebut dalam proses P&P di dalam
kelas serta mempelbagaikan bahan multi-media sebagai alat sokongan
-
7/27/2019 nota2 edu3104
4/21
Bab 2
Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator.
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
Ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam
pembelajaran
Persekitaran fizikal
susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah
sumber bahan pembelajaran
ruang/sudut pembelajaran
ruang pada dinding
pencahayaan, pengudaraan dan perabot
kebersihan
Persekitaran psikososial
Suasana selesa dan mesra
bebas daripada ancaman bahaya fizikal
perasaan yang diterima
sensitif dan peka kepada perbezaan individu
suasana yang meransang pembelajaran
mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea
menggalakkan pembelajaran koperatif
peluang yang sama untuk semua murid
Peraturan dan rutin bilik darjah
(ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah)
ayat peraturan mesti ringkas dan jelas
peraturan yang dibentuk seeloknya bermakna dan dipersetujui oleh murid di dalam bilik darjah
dan akan lebih berkesan jika guru membentuk peraturan bersama murid
hadkan bilangan peraturan
peraturan adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran
selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya
PENGURUSAN PENTAKSIRAN DI DALAM BILIK DARJAH
a. Dua Proses
PENGUKURAN - penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kuantitatif atau maklumat pencapaian
pembelajaran individu.
PENILAIAN - proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran.
b. Pentaksiran yang berkesan ada dua ciri:-
kesahan - sejauh mana alat yang digunakan untuk mengukur menepati tujuannya atau mengukur
-
7/27/2019 nota2 edu3104
5/21
perkara yang sepatutnya diukur
kebolehpercayaan - merujuk kepada ketekalan ujian atau sejauh mana ujian yang sama dapat
memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali dalam masa yang berbeza.
c. Dua bentuk pentaksiran
formatif - sebelum dan semasa pengajaran. bertujuan mengesan kemajuan murid dan sejauh mana
objektif pengajaran tercapai
sumatif - dilaksanakan hujung semester atau penggal untuk memperoleh pencapaian murid dan
bertujuan untuk pemberian gred dan sijil
d. Pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi serta pembelajaran murid. Murid
terdorong untuk memberikan perhatian dan berusaha lebih jika mereka tahu akan dinilai.
e. Pentaksiran yang tidak efisien boleh melemahkan semangat murid untuk belajar, menimbulkan
rasa tidak puas hati, kurang bermotivasi dan mungkin masalah tingkah laku.
Proses penyediaan ujian dan peperiksaan
kekerapan ujian dalam satu penggal atau semester
tarikh ujian dan peperiksaan
menggubal soalan ujian
tempoh masa setiap ujian
ujian atau peperiksaan mesti adil dan seharusnya dibentuk berdasarkan pengetahuan atau
kemahiran yang telah diajar
soalan-soalan ujian harus merangkumi tahap pemikiran selain daripada peringkat pengetahuan
bincang dengan guru mata pelajaran lain
murid dimaklumkan tentang ujian (membuat persediaan awal)
biasakan murid dengan format ujian atau peperiksaan
Pentadbiran ujian atau peperiksaan (langkah-langkah)
sediakan persekitaran selesa
benarkan murid masuk awal ke kelas dan mengambil tempat duduk masing-masing
murid seharusnya sudah bersedia 10 minit lebih awal. masa 10 minit digunakan untuk memberikan
arahan atau peraturan
mencatat kehadiran murid semasa ujian/peperiksaan
pentadbiranujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap murid
PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID
Ibu bapa perlu menisi BORANG MAKLUMAT MURID ia bertujuan untuk membantu pihak sekolah
dalam pengurusan berkaitan hal ehwal murid.
maklumat ibu bapa/penjaga
tanggungan ibu bapa/penjaga
-
7/27/2019 nota2 edu3104
6/21
maklumat murid
maklumat bantuan yang diterima murid
penyimpanan data peribadi murid
Kad rekod persekolahan murid sekolah rendah 001R
buku rekod guru kelas
buku laporan
buku kedatangan murid
-
7/27/2019 nota2 edu3104
7/21
hubunganguru murid mempengaruhi perkembangan dan prestasi pembelajaran murid
hubungan yang positif antara guru - murid boleh meningkatkan komunikasi yang berkesan antara
kedua-dua belah pihak
MEMBINA HUBUNGAN GURU - MURID
komunikasi yang berkesan perlu antara guru - murid untuk sama-sama mencapai objektif p&p
guru perlu sentiasa mengawasi murid-murid dan peka terhadap kesukaran yang dihadapi mereka
guru perlu memahami masalah yang dihadapi murid
komunikasi yang berkesan akan meningkatkan prestasi murid
guru yang menghormati dan peka dengan murid tetapi dalam masa yang sama tegas dan
menetapkan batas-batas tertentu akan dihormati oleh murid
mewujudkan suasana demokratik dalam bilik darjah
guru dan murid bersama-sama berkongsi tanggungjawab di dalam bilik darjah
Kepentingan membina hubungan guru - murid
a. Kepada guru
menaikkan motivasi dan semangat guru
murid lebih senang dikawal
memberi kesan yang baik kepada pengajaran guru
menaikkan imej guru
b. Kepada murid
murid lebih minat belajar
murid lebih memberikan kerjasama kepada guru
meningkatkan pencapaian akademik murid
murid lebih bermotivasi untuk belajar
Faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan guru - murid
penampilan dan bahasa badan guru
menunjukkan contoh teladan yang baik
persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah
Strategi membina hubungan positif guru - murid
ingat nama murid dan panggil murid dengan nama masing-masing
menanamkan semangat cintakan kelas/ bilik darjah
agihkan tanggungjawab bersama
tetapkan jangkaan yang realistik
tunjukkan keprihatinan
masukkan unsur kecindan dalam komunikasi
-
7/27/2019 nota2 edu3104
8/21
Amalan budaya penyayang
i. Hormat
ii. Autentik
iii. Keprihatinan integriti emosi
iv. Menggalakkan integriti emosi dalam kalangan murid
v. Strategi mengamalkan budaya penyayang
- menerapkan elemen mengambil berat
- membina semangat kekitaan dan kepunyaan dalam bilik darjah
- hormat menghormati
- guru komited dengan usaha mewujudkan budaya penyayang dalam kalangan pelajar
Dinamika bilik darjah
Dinamika bilik darjah ialah apabila sesuatu kumpulan rakan sebaya berupaya menggerakkan ahli-
ahlinya bertindak mengikut matlamat yang sama, terbahagi kepada :
Dinamika kumpulan - boleh dikenal pasti melalui kajian sosiometri
Kajian sosiometri - membantu guru melihat pola persahabatan/kumpulan dalam bilik darjah
Penularan - ciri-ciri atau tingkah laku ahli kumpulan dinamika yang diikuti dan mempunyai
pengaruh kepada ahli kumpulan yang lain
Faktor- faktor yang membentuk dinamika kumpulan
jantina agama/bangsa
status sosioekonomi
Peranan guru dalam dinamika kumpulan
kenal pasti bentuk dinamika
perhatian kepada murid yang tersingkir
gunakan kuasa penularan
bimbing kumpulan membentuk ciri-ciri yang diingini
guru sebagai ketua dinamika bilik darjah
-
7/27/2019 nota2 edu3104
9/21
Pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara pelaksanaannya mungkin
dapat dijadikan panduan oleh guru-guru dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan
KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH
disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan
mendapatkan tingkahlaku yang diingini
MODEL PENGURUSAN DISIPLIN
MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU oleh B.F.SKINNER
MODEL DISIPLIN ASERTIF oleh LEE CANTER
MODEL AKIBAT LOGIKAL oleh RUDOLF DREIKURS
MODEL PENGURUSAN KELOMPOK oleh JACOB S. KOUNIN
MODEL TERAPI REALITI oleh WILLIAM GLASSER
Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner
a. Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan
tingkah laku yang diingini
b. Terdapat dua jenis peneguhan
- peneguhan positif-hadiah, pujian, markah merit dsbg (meningkatkan tingkah laku murid yang
diingini)
- peneguhan negatif-majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah
laku yang diingini.
c. Peneguhan berbeza dengan dendaand. Peneguhan berkala
Kebaikan dan kelemahan model ini
hasil pantas tetapi tidak kekal lama
lebih memenuhi keperluan motivasi esentrik iaitu bergantung kepada elemen ganjaran
untuk jangka masa panjang ini boleh mengakibatkan motif murid bertukar
murid lebih teruja mendapat ganjaran daripada ilmu
Model disiplin asertif Canter
berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat
daripada tingkah laku yang ditunjukkan
Canter menekankan tentang hak guru danmurid dalam pengurusan bilik darjah. hak murid untuk
belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan.
oleh itu penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar
pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). beri peneguhan
yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini.
-
7/27/2019 nota2 edu3104
10/21
Terdapat tiga jenis guru
guru yang agresif: lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur
guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, tidak konsisten dan mengelirukan.
guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan.
pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid
Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah
penerangan peraturan
cara pelaksanaan peraturan
semak kefahaman murid
maklumkan tentang ganjaran
penerangan tentang tindakan pembetulan
cara tindakan pembetulan dikenakan
semakkefahaman murid
Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid
bertindak dengan tenang
konsisten
berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
beri peluang kepada murid meluahkan perasaan
teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa
Murid bermasalah
perlu ditangani dengan berhemah
paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian
guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk berinteraksi dengan
murid
Model akibat logikal Dreikurs
menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid
untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
guru perlu mengenalpasti punca salah laku. murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di
dalam bilik darjah
murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah
agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan
Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:
mendapatkan perhatian
mencabar kuasa
membalas dendam
mempamerkan kekurangan
-
7/27/2019 nota2 edu3104
11/21
Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku
berkomunikasi perkara yang positif
galak peningkatan murid
kenal pasti kelemahan murid
belajar daripada kesilapan
percaya kebolehan murid
bekerjasama
rasa bangga pencapaian murid
optimis
beri galakan dan motivasi
Model pengurusan kelompok Kounin
menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah
guru perlu mempunyai weightiness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu
aktiviti bilik darjah dalam satu masa. kebolehan guru melakukan dua tindakan pada satu masa
digelar pertindanan
kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tidakan guru terhadap seseorang
murid yang melakukan salah laku. kesan gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat
tindakan dengan jelas, tegas dan serius
guru perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa
kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang baik. guru harus
elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkara-perkara yang tidak perlu dan melakukanfragmentasi
fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan pelajaran itu dapat
dijalankan secara menyeluruh
momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam
aktiviti p&p
momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran dengan lancar,
melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan
menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan
Model terapi realiti oleh William Glasser
a. Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan
pilihan yang dibuat
b. Pilihan yang dibuat oleh individu berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka
c. Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid
bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadan persekitaran yang
menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah.
d. Keperluan-keperluan asas
- kasih sayang
- mempunyai kuasa dan kawalan
- kebebasan
-
7/27/2019 nota2 edu3104
12/21
- keseronokan
e. Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kausenling untuk membantu individu meneroka
kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan
tent;ang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang
f. Melalui terapi realiti, guru dapat:
- membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan
- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid
- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku
- bertindak sebagai pembimbing murid
- Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereke
mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Kurikulum yang berkualiti
akan meningkatkan mutu pendidikan
kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran yangmemotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang kepada murid untuk
memahami dan meneroka yang diajar
Kualiti pengajaran
persekitaran bilik darjah yang tenang dan kondusif
guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah
tugasan-tugasan p&p perlu yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid
berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik
beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya
Guru yang membimbing akan:
memahami murid
menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan
berbincang dengan murid
menggalakkan murid meneroka p&p
menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan
menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran
Membina bilik darjah yang berkualiti
tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk gantikan dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan baik
mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian
bina hubungan dengan murid
peraturan kelas
elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau mengancam
murid apabila timbul masalah
pengetahuan
kompentensi
kualiti
penilaian kefahaman dan penggunaan
-
7/27/2019 nota2 edu3104
13/21
JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN
Definisi disiplin
Disiplin berkaitan dengan tingkah laku seseorang.
Disiplin boleh dijelaskan sebagai
- latihan
- kepatuhan
- kawalan
Disiplin tidak boleh ditafsirkan sebagai hukuman, hukuman bersifat negatif dan mengajar kanak-
kanak perkara yang tidak patut mereka lakukan
Sekolah di Malaysia memberikan konsep disiplin sebagai penekanan kepada cara-cara mencegah
masalah disiplin dan tingkah laku daripada berlaku di dalam bilik darjah agar p&p dapat dilaksanakan
dengan lancar
Jenis disiplin di dalam bilik darjah arahan Guru- termasuk peraturan & rutin
arahan rakan sebaya
arahan tugasan
diri sendiri
Jenis-jenis masalah disiplin
melawan
memukul
mencuri
mengugut rakan/guru
kekemesan diri
ponteng kelas
Masalah disiplin yang bersifat disruptif
tidak memberikan perhatian, menganggu rakan, bercakap semasa guru mengajar, makan dan tidur
di dalam kelas
keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran
lewat masuk kelas
tidak membawa buku latihan/teks
menunjukkan sikap biadap terhadap guru
membuli
melepak, berlari, menjerit di koridor
Masalah kekemasan diri
tidak memakai lencana, tanda nama.stoking
kuku panjang
mewarnakan rambut
pelajar lelaki rambut panjang
-
7/27/2019 nota2 edu3104
14/21
TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH
kurang memberikan perhatian
hiperaktif
pendiam
sensitif
apati (tidak kisah kepada arahan guru)
sikap melengahkan dan sambil lewa
gemar bercakap
menganggu rakan
membuli
berbohong
menipu
menimbulkan kekecohan dalam bilik darjah
kurang sopan
mencuri
merosakkan harta benda
mudah marah dan agresif
SEBAB-SEBAB BERLAKU MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH
diri murid
guru
sekolah latar belakang murid
Peranan guru dalam mengurangkan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam bilik
darjah
merancang aktiviti yang menyeronokkan
gunakan pelbagai kaedah dan teknik
yakin
berminat dan mengambil berat terhadap murid
rol model
adil
komunikasi yang jelas
memberikan bimbingan dan maklum balas
tenang dalam menangani masalah di dalam bilik darjah
-
7/27/2019 nota2 edu3104
15/21
KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
sebarang bentuk mendisiplinkan murid mestilah ke arah mendatangkan matlamat kepada murid
kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam bilik darjah secara dasarnya boleh ditangani melalui
teguran nonverbal, mengalihkan tingkah laku atau menukarkan rentak p&p
Kitaran pengurusan disiplin
merancang
menyediakan pelan pengurusan, strukur organisasi dan pendekatan yang akan digunakan
melaksanakan dan mengurus
mengawasi dan membuat refleksi
PERANAN DAN TINDAKAN GURU SEMASA MENGURUS MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
a. Guru berperanan sebagai pembimbing
b. Apabila guru tidak dapat menangani atau menyelesaikan masalah tersebut boleh merujuk kepada
kaunselor sekolah atau jawatankuasa disiplin sekolah
c. Cadangan untuk menangani disiplin:-
- tidak panik dan jangan bertindak melulu
- elakkan daripada mencabar murid
- semak semula cara pengajaran
- jangan tangani masalah disiplin yang di luar kawalan sendirian
- berbincang dengan guru lain yang lebih mahir
- ikuti budaya disiplin sekolah
HALANGAN KEPADA PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
hubungan ibu bapa
pengaruh rakan sebaya
keadaan persekitaran bilik darjah
masalah perkembangan murid
salah laku yang tidak dijangka
INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN
PASTORAL CARE
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU
Pastoral care
Merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru untuk menjaga kebajikan murid-
muridnya. Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu yang luas seperti kesihatan, sosial,
pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah laku dan sokongan emosi murid.
-
7/27/2019 nota2 edu3104
16/21
Bimbingan dan kaunseling
a. Bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang oleh guru-guru untuk membantu murid-
muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantu murid
membuat penyesuaian dengan persekitaran.
b. Kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu murid memahami dirinya
yang sebenar
c. Matlamat bimbingan dan kaunseling:-
mengenal potensi murid
membina kemahiran pengurusan diri
kemahiran penyelesaian masalah
pengurusan tingkah laku
memajukan diri murid penilaian kendiri
d. Prinsip bimbingan dan kaunseling:-
murid perlu sukarela untuk dibimbing
murid bertanggungjawab terhadap perkembangan masing-masing
bimbingan adalah proses pencegahan
penggunaan kemahiran asas bimbingan
bantuan menyeluruh
bersikap terbuka
e. Etika bimbingan
menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi
kerahsiaan murid
bertanggungjawab
f. Kemahiran bimbingan
memberikan perhatian
kemahiran mendengar dengan aktif
kemahiran berempati
Teknik modifikasi tingkah laku
a. Menggunakan prinsip peneguhan
tingkah laku dipengaruhi oleh akibat
tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau dilemahkan
bertindak berdasarkan kepada tingkah laku yang diberi ganjaran akan diulang manakala yang tidak
diberi ganjaran dilupus
peneguhan positif (ganjaran) adalah lebih berkesan daripada dendaan
b. Sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur
-
7/27/2019 nota2 edu3104
17/21
sistem kontrak tingkah laku
sistem token
c. Pelan intervensi pengurusan kendiri tingkah laku murid
tetapkan tingkah laku murid
beri kesedaran kepada murid
matlamat yang realistik
bincangkan akibat
bina sistem pengurusan kendiri
guru memantau dan memberi peluang kepada murid untuk mengurus
penilaian berterusan. Ubah cara penilaian jika perlu
-
7/27/2019 nota2 edu3104
18/21
KATEGORI KANAK-KANAK BEKEPERLUAN KHAS
1. Terencat akal
2. Masalah kerosakan sesnsori
a. Masalah kecacatan fizikal
- cerebral palsy
- musculor dystrophy
- spina bifida
- sawan (epilepsy)
b. Masalah penglihatan
c. Masalah pendengaran
d. Masalah komunikasi
- masalah bahasa
- masalah pertuturan
3. Masalah pembelajaran
masalah membaca
masalah menulis
masalah mengira
masalah komunikasi
4. Disleksia
5. Diskalkulia
6. Disgrafia
7. Autistik (autism)
8. Lewat perkembangan
-
7/27/2019 nota2 edu3104
19/21
9. Hiperaktif (ADHD dan ADD)
10. Pintar cerdas atau berbakat
11. Masalah emosi dan tingkah laku
Aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:-
a. Pengurusan bilik darjah yang efektif, iaitu merangkumi pengurusan aspek fizikal bilik darjah,
tingkah laku murid, rutin, peraturan serta prosedur dan juga arahan yang berkesan
b. Pengetahuan dan kemahiran tentang strategi pengajaran yang pelbagai untuk memenuhi
keperluan murid yang berbeza
c. Keupayaan menilai kemahiran yang diperlukan seseorang murid
d. Menetapkan objektif pembelajaran yang sesuai dan realistik
e. Mengubahsuai aktiviti dan latihan di dalam bilik darjah supaya dapat mengambil kira keperluan
serta kebolehan murid yang berada pada tahap berbeza di dalam kelas
f. Menstruktur persekitaran agar dapat meransang pembelajaran muridnya
g. Menggunakan strategi-strategi seperti bimbingan rakan sebaya dan pembelajaran koperatif untuk
menggalakkan kerjasama antara murid di dalam bilik darjah
h. Menekankan kepentingan menghormati rakan sebaya
i. Menghargai perbezaan dalam kalangan individu
j. Mempunyai harapan yang tinggi atas kebolehan muridnya untuk berjaya
k. Membina hubungan yang baik dan bekerjasama dengan ibu bapa, guru-guru lain serta guru
pendidikan khas agar dapat memahami cara terbaik untuk membantu dan memenuhi keperluan
murid tersebut.
Pengurusan bilik darjah yang mempunyai murid berkeperluan khas memerlukan guru membentuk
semangat komuniti yang dapat menerima kepelbagaian dalam kalangan murid dan membina
persekitaran yang dapat memberikan perhatian serta respon kepada keperluan individu.
-
7/27/2019 nota2 edu3104
20/21
Murid-murid mempunyai perbezaan dari segi matlamat, kebolehan dan personaliti. guru harus
mengambil kira faktor-faktor tersebut untuk membentuk satu persekitaran dan pengurusan bilik
darjah yang berkesan
Susunan kelas perlu diberi perhatian. contoh murid lemah diletakkan bersama murid pandai tetapi
jika silap perancangan murid yang pandai akan membuli murid yang lemah
Banyak perkara yang berlaku di luar perancangan. contoh LCD rosak, gangguan bising oleh
pemotong rumput dan sebagainya.
Oleh itu, perancangan guru perlu mantap dengan mengambil kira pelbagai sudut
Persekitaran pembelajaran yang kondusif perlu mengambil kira elemen-elemen seperti fizikal,
emosi dan sosial
Kerjasama
Memerlukan persefahaman antara kedua-dua belah pihak. kerjasama antara guru dengan murid
akan mengeratkan hubungan antara keduanya
Elemen kerjasama boleh diterapkan semasa memilih bahan bantu mengajar, jangkaan prestasi,
objektif p&p, membina kontrak tingkah laku dan perjalanan bilik darjah
Matlamat pengurusan bilik darjah
Matlamat utama pengurusan bilik darjah adalah mengekalkan persekitaran bilik darjah yang
positif, kondusif dan produktif
Tiga elemen yang peru dipertimbangkan:-
a. pengurusan masa
b. peluang pembelajaran
c. pengurusan kendiri
Persekitaran bilik darjah yang positif
a. Persekitaran bilik darjah yang positif tercapai apabila murid dapat melalui proses pembelajaran
dengan baik.
b. Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar
c. Rutin dan peraturan bilik darjah
rutin bilik darjah
peraturan
akibat
d. Perancangan ruang pembelajaran
perancangan pembelajaran ialah perancangan fizikal ke atas ruang yang terdapat di dalam bilik
darjah
ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan
ruang untuk bahan-bahan pembelajaran
Mengekalkan persekitaran berkesan untuk pembelajaran
Galakkan penglibatan murid
Langkah pencegahan
- guru sentiasa mengawasi murid dan aktiviti yang berlaku serentak
- murid perlu sedar guru sentiasa mengawasi mereka
-
7/27/2019 nota2 edu3104
21/21
- guru merancang dan menyelaras aktiviti dengan berkesan
Komunikasi berkesan
CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG BERKESAN
Suasana demokratik di dalam bilik darjah
Guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator
Menimbulkan persekitaran saling mempercayai dan saling menghormati
Guru mesti percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk mencapai kejayaan
Guru patut menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti
Jadikanlah bilik darjah sebagai tempat yang seronok dan selamat untuk murid-murid
Guru menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk mengajar dan mendidik murid-
murid
Pembelajaran berasaskan individu
Mempunyai semanagat kekitaan
Mengamalkan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah
LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN PELAN PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG
BERKESAN
a. Dua perkara utama yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam membuat perancangan ialah
persekitaran pembelajaran dan komuniti murid yang diingini
b. Menetapkan persekitaran pembelajaran ialah membangun dan mengekalkan persekitaran
pembelajaran dan mengekalkan persekitaran bilik darjah supaya pembelajaran yang berkesan
berlaku
c. Menetapkan jenis komuniti murid ialah mengasuh dan mendidik murid supaya bertingkah laku
untuk menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif
d. Tiga langkah dalam setiap perancangan
rancang
susun
praktis
Proses membina pelan perancangan pengurusan bilik darjah
komponen pengajaran
komponen pencegahan
komponen pembetulan
komponen sokongan
komponen persekitaran fizikal