Oleh : Yang Berbahagia
Dato’ Jamlus Bin Draman Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang
KANDUNGAN
1. LATAR BELAKANG
2. PENGENALAN PROJEK PDGS
3. GAMBARAN PROJEK
4. KONSEP PEMBANGUNAN PROJEK
5. FAEDAH PROJEK
6. ISU DAN CABARAN
7. INISIATIF DAN PENYELESAIAN
8. KESIMPULAN
LATAR BELAKANG • Pentadbiran Tanah Pahang terdiri daripada Pejabat Pengarah
Tanah dan Galian (PTG) dan 11 Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)
• Antara fungsi utama Pentadbiran Tanah ialah memproses permohonan tanah sehingga pengeluaran hakmilik.
PENGENALAN PROJEK PDGS
• Sumber utama data digital yang digunakan oleh agensi yang
menguruskan hal berkaitan tanah adalah :
• Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB)
– Digunakan di seluruh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)
dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG)
• Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK)
– Digunakan di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM)
• SPTB melibatkan urusan hakmilik tanah. Data dalam
sistem ini disimpan dalam bentuk teks.
• PDUK melibatkan urusan pengukuran hakmilik. Ia
menyimpan maklumat-maklumat lot tanah yang
telah diukur halus oleh pihak JUPEM dalam bentuk
grafik.
• Kedua-dua sistem SPTB dan PDUK mempunyai
struktur data yang berbeza, menepati keperluan
jabatan masing-masing sahaja.
PENGENALAN PROJEK PDGS…
PENGENALAN PROJEK PDGS… • Namun begitu, pihak PDT perlu menggunakan data dari kedua-
dua sistem untuk menjalankan urusan-urusan berkaitan tanah.
• Oleh itu, projek pemadanan data antara dua sistem ini perlu
dijalankan
GAMBARAN PROJEK
MAKLUMAT
HAKMILIK
TANAH
(DALAM BENTUK
TEKS)
DATA SPATIAL
TANAH + HAKMILIK
(QT,FT,LAIN)
GABUNGAN SPTB(TEKS)
DAN PDUK (GRAFIK)
MAKLUMAT LOT
TANAH
(DALAM BENTUK
GRAFIK)
PANGKALAN DATA SPTB
PANGKALAN DATA GEOSPATIAL
PANGKALAN DATA PDUK
•Menggunakan Konsep “Layer”
•Dipecahkan kepada tiga peringkat:
1. Pembahagian Layer
2. Kawalan Layer
3. Paparan Layer
KONSEP PEMBANGUNAN
1. PEMBAHAGIAN LAYER
-Setiap proses kerja (seperti pelan permohonan,pelan perakuan) dipecahkan kepada layer-layer berbeza
GAMBARAN PEMBAHAGIAN LAYER PERMOHONAN
PELAN PERAKUAN
PUQT + HM
FT + HM
BASE MAP
PELAN WARTA
DATA PDUK TIADA PADANAN
DATA SPTB TIADA PADANAN
PELAN UKUR KASAR
LOT + HM KEKAL
JALAN, SUNGAI, SEMPADAN DSB
CHARTING PERMOHONAN
LOT+HM SEMENTARA
BASEMAP JUPEM
DATA TIADA PADANAN
2. KAWALAN LAYER
•Capaian kepada sesuatu layer dibahagi kepada dua kategori iaitu : “Edit” dan “Akses”
•“Edit” : Bermaksud kebenaran kerja-kerja mengemaskini dan terhad kepada tugas yang berkaitan sahaja (contoh:Pelukis Pelan mengemaskini layer Permohonan sahaja.)
•“Akses” : Bermaksud kebenaran melihat paparan data sahaja dan tidak terhad kepada tugas yang berkaitan (contoh:Pelukis Pelan boleh melihat layer Pelan Perakuan tetapi tidak boleh mengemaskini layer tersebut
PERMOHONAN
PELAN PERAKUAN
PUQT
FT
PELUKIS PELAN
PEN.PEG. TANAH
PEN.PEG. TANAH (PU)
PELUKIS PELAN
PEN.PEG. TANAH
PEN.PEG. TANAH (PU)
GAMBARAN KAWALAN LAYER
EDIT AKSES
3. PAPARAN LAYER
Layer-layer digabungkan untuk membentuk satu peta yang lengkap dengan maklumat
GRAFIC USER INTERFACE (GUI) APLIKASI
FAEDAH PROJEK
• Mempercepatkan proses kerja
• Data lebih diyakini dan lebih tepat
• Penyampaian maklumat kepada pelanggan
menjadi lebih cepat
• Permudahkan penjualan pelan
• Memudahkan Pihak Berkuasa membuat
keputusan
ISU DAN CABARAN
• Terbahagi kepada beberapa aspek
• Kemahiran
• Bebanan
• Peralatan
• Kewangan
• Ketepatan Data
•Kurang kemahiran dan kefahaman di kalangan pengguna aplikasi.
•Sebahagian besar pengguna terdiri daripada pegawai veteran yang kurang kemahiran menggunakan komputer
•Proses kerja baru berbeza dengan proses kerja dahulu (manual)
•Mengambil masa untuk mahir menggunakan aplikasi ini
1. KEMAHIRAN
2. BEBANAN •Kekurangan kakitangan dan bebanan tugas di PDT.
•Kakitangan yang sama melaksanakan pelbagai tugas.
•Terdapat perjawatan yang tidak diisi
•Bebanan tugas yang sentiasa bertambah
3. INFRASTRUKTUR •Peralatan : Kekurangan peralatan ICT dan perisian
•Kekurangan peralatan seperti komputer dan mesin pencetak •Kekurangan perisian seperti Mapinfo dan Cadian
•Rangkaian : Capaian rangkaian yang perlahan menyebabkan kerja-kerja pengemaskinian lot terganggu
4. KEWANGAN •Memerlukan bajet yang besar bagi proses memperbaharui teknologi.
•Contoh : Perisian Mapinfo telah naik versi dan perlu dinaiktaraf bagi setiap pengguna bagi memastikan aplikasi dapat berjalan dengan lancar
•Memerlukan bajet yang besar bagi proses menaiktaraf perisian dan sebagainya.
5. KETEPATAN DATA •Sebahagian data tidak tepat dan tidak lengkap
•Lot bertindih menyebabkan lot tersebut tidak dapat dipadankan
•Data tidak lengkap seperti tiada No.PU dan sebagainya
•Antara punca ialah kecuaian kakitangan menjalankan proses kerja dengan sempurna
INISIATIF DAN PENYELESAIAN • Mewujudkan Standard Operating Procedure(SOP)
• Bagi menyeragamkan proses kerja yang terlibat
• Sebagai rujukan dan panduan yang lengkap kepada
kakitangan berkaitan dengan tugas dan peranan mereka
• Mengurangkan kesalahan dalam melaksanakan tugas
• Mengadakan mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan SOP dan
Pengurusan Pangkalan Data Geospatial secara berkala untuk
memastikan data sentiasa dikemaskini
INISIATIF DAN PENYELESAIAN • Menganjurkan taklimat dan bengkel latihan yang diperlukan
oleh PDT dalam usaha meningkatkan kemahiran pengguna
• PDT membuat penyusunan semula pembahagian tugas bagi
mengatasi bebanan kerja
• Pihak SUK Pahang membekalkan peralatan dan perisian
secara berperingkat
• Mendapatkan Perintah Mahkamah bagi menyelesaikan lot-
lot yang bertindih bagi meningkatkan ketepatan data
• .
KESIMPULAN • Hasil projek ini kelak dapat membantu pihak Pentadbiran
Tanah dalam menguruskan hal-hal berkaitan tanah dengan
lebih pantas, cekap dan berkesan
• Sistem penyampaian perkhidmatan Pentadbiran Tanah
dapat dipertingkatkan dengan penggunaan teknologi
maklumat dalam menjalankan tugasan harian
KESIMPULAN • Usaha ini juga merupakan salah satu cara untuk
memodenkan Pentadbiran Tanah dengan tambahan
pangkalan data GIS
• Sebagai langkah Penyediaan data bagi perlaksanaan e-
Tanah
SEKIAN TERIMA KASIH