PERSEPSI PENSYARAH DAN PELAJAR TERHADAP
"E-LEARNING SYSTEM" DI UNIMAS
P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS
uiiimmmiiimummi 0000115894
Oleh
BONG JOON Al
4865
Projek dipersembahkan kepada
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
sebagai sebahagian syarat untuk memenuhi kehendak
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan
Dengan Kepujian
(Sistem Maklumat Pengurusan Perniagaan)
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2002/03
PENGESAHAN PELAJAR
Saya meagakui bahawa Projek Tahun Akhir bertajuk
Persepsi pensyarah dan pelajar terhadap "E-Learning System" di UNIMAS
ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan, petikan, huraian dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya nyatakan sumbernya.
ý rn1, vth ýdý, 7
Tarikh Serahan Bong Joon Ai
4865
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
Universiti Malaysia Sarawak
PENGESAHAN PENYELIA
Setelah diteliti Projek Tahun Akhir bertajuk
Persepsi pensyarah dan pelajar terhadap "E-Learning System" di UNIMAS
yang dibuat oleh Bong Joon Ai (4865),
pihak penyelia berpuashati dengan Projek Tahun Akhir ini
sebagai memenuhi syaiat pengijazahan
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan dengan Kepujian
(Sistem Maklumat Pengurusan Perniagaan)
3 MnýC H Zoo3
Tarikh Serahan Puan Mahani Shakur
Fakulti Ekonomi clan Pemiagaan
Universiti Malaysia Sarawak
ABSTRAK
PERSEPSI PENSYARAH DAN PELAJAR TERHADAP "E-
LEARNING SYSTEM" DI UNIMAS
Oleh
Bong Joon Ai
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pensyarah dan pelajar terhadap "E-
Learning System" di UNIMAS. Selain itu, kajian juga bertujuan untuk mengkaji faktor
utama yang paling memotivasikan para pensyarah dan pelajar di UNIMAS untuk
menggunakan "E-Learning System". Fokus utama kajian ini ialah 120 orang pensyarah
dan 500 orang pelajar di UNIMAS berdasarkan persampelan rawak mudah hasil daripada
borang soal selidik. Crosstabulation dan Analisis Kolerasi telah digunakan untuk ujian
hipotesis. Didapati "E-Learning System" merupakan alat bantuan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kajian ini juga menyimpulkan bahawa
faktor utama yang paling memotivasikan para pensyarah untuk menggunakan "E-
Learning System" adalah tahap kemahiran aplikasi perisian manakala bagi pelajar pula
adalah galakan daripada pensyarah.
ABSTRACT
LECTURERS AND STUDENTS' PERCEPTION TOWARDS E-
LEARNING SYSTEM IN UNIMAS
By
Bong Joon Ai
The main objective of this study is to determine the lecturers and students' perception
towards E-Learning System in UNIMAS. Another objective is to find out the
determinant factors that motivate lecturers and students in using the E-Learning System.
This case study was conducted in UNIMAS based on the simple random sampling
towards 120 lecturers and 500 students by using the questionnaires. Crosstabulation and
Correlation Analysis have been used in this paper. From the finding, E-Learning System
is a supporting tool in the learning and teaching process. As a conclusion, the most
motivating factor to use E-Learning System for the lecturers are level of software
application skill, whilst for the students are the support from the lecturers.
PENGHARGAAN
Pengkaji ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan terima kasih dan
sanjungan setinggi-tingginya kepada:
Puan Mahani Shakur yang merupakan penyelia Projek Tahun Akhir pengkaji
yang memberikan dorongan, galakan dan ajaran dalam sepanjang tempoh ini. Sokongan
beliau menguatkan azam pengkaji untuk melengkapkan Projek Tahun Akhir ini dengan
sempurna.
Puan Norazirah Ayob yang merupakan pemeriksa Projek Tahun Akhir ini yang
juga telah menghulurkan budi baiknya dalam mendorong pengkaji menyempurnakan
projek ini.
Encik Hamri Tuah yang telah banyak memberi bantuan dan ajaran dalam Ujian
Analisis SPSS. Budi baik beliau tetap disanjung dan diingati selalu.
Cik Fitri Suraya Mohamad iaitu selaku Ketua "Unit E-Learning" yang telah
memberikan maklumat tentang "E-Learning System" di UNIMAS untuk pengkaji
menyiapkan projek ini.
Kawan-kawan kelas pengkaji yang memberikan artikel, jurnal dan alamat laman
web untuk memudahkan proses pencarian dan pengumpulan maklumat. Sokongan dan
persahabatan mereka akan diingati selalu.
Semua staf FEP yang telah menghulurkan bantuan dalam sepanjang tempoh
kaj ian.
Semoga anda semua dapat berkongsi dan bergembira terhadap hasil kerja
ini bersama saya.
V
Isi Kandungan
Senarai Jadual xiSenarai Rajah xv
Bab 1: PENGENALAN 1-15
1.1 Latar Belakang Kajian I
1.1.1 Sejarah Dan Perkembangan "E-Learning" 1
1.1.2 Definisi "E-Learning" 3
1.1.3 Apakah Perbezaan Antara Pembelajaran Tradisional
Dan "E-Learning" 5
1.1.4 "Unit E-Learning" Di Unimas 6
1.2 Penyataan Masalah 8
1.3 Objektif Kajian 11
1.3.1 Objektif Umum 11
1.3.2 Objektif Khas 11
1.4 Kepentingan Kajian 12
1.5 Definisi Istilah 13
1.6 Batasan Kajian 15
BAB 2: ULASAN KARYA TERPILIH 16 - 27
2.1 Faktor Kunci Dalam Keberkesanan "E-Learning" 16
2. 1.1 Keberkesanan 16
2.2 "E-Learning System" Merupakan Alat Bantuan Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 19
2.3 Faktor Yang Mernotivasikan Pensyarah Untuk Menggunakan
"E-Learning System" 22
2.4 Faktor Yang Memotivasikan Pelajar Untk Menggunakan
"E-Learning System" 26
vii
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.1 Jenis Sumber Maklumat
3.1.1 Kaedah Sekunder
3.1.2 Kaedah Primer
3.2 Persampelan
3.2.1 Sasaran Sampel Kajian
3.2.2 Cara Pengedaran Borang Soal Selidik
3.3 Hipotesis Kajian
3.3.1 Pensyarah
3.3.2 Pelajar
3.4 Analisis Data
3.4.1 Analisis Kebolehpercayaan (Realiability)
28-37
28
28
29
30
30
31
32
32
32
33
33
3.4.2 Jadual Frekuensi 34
3.4.3 Graf dan Carta Pai 34
3.4.4 Ujian Chi Square 34
3.4.5 Jadual Crosstabulation 35
3.4.6 Pearson Chi Square 35
3.4.7 Analisis Kolerasi 35
3.5 Jangkaan Keputusan Ujian Signifikan
3.5.1 Model Jangkaan Keputusan Ujian Signifikan Bagi
Pensyarah
3.5.2 Model Jangkaan Keputusan Ujian Signifikan Bagi
Peiajar
37
37
37
BAB 4: KEPUTUSAN KAJIAN 38 - 86
4.1 Pensyarah 38
4.1.1 Tahap Kebolehpercayaan Ujian Percubaan 38
4.1.2 Jumlah Responden Pensyarah 38
4.1.3 Tahap Kebolehpercayaan Keseluruhan 39
4.1.4 Latar Belakang Pensyarah 39
4.1.5 Kajian Asas Terhadap Pensyarah 43
viii
4.1.6 Keputusan Kajian Bagi Pensyarah Yang Menggunakan
"E-Learning System"
4.1.7 Keputusan Kajian Bagi Pensyarah Yang Tidak
Menggunakan "E-Learning System"
4.1.8 Persepsi Umum Pensyarah Terhadap "E-Learning
System" Di UNIMAS
4.1.9 Minat Pensyarah Terhadap "E-Learning System"
4.1.10 Keputusan Crosstabulation
4.1.11 Hubungan Faktor-faktor Dengan Motivasi Pensyarah
4.1.12 Rumusan Keputusan Kajian Bagi Pensyarah
4.1.13 Keputusan Kajian Lanjutan
4.2 Pelajar
4.2.1 Tahap Kebolehpercayaan Ujian Percubaan
4.2.2 Jumlah Responden Pelajar
4.2.3 Tahap Kebolehpercayaan Keseluruhan
4.2.4 Latar Belakang Pelajar
4.2.5 Pemilikan Komputer
4.2.6 Pengaksesan "E-Learning System" Oleh Pelajar Di
UNIMAS
4.2.7 Persepsi Umum Pelajar Terhadap "E-Learning
System" Di UNIMAS
4.2.8 Minat Pelajar Terhadap "E-Learning System"
4.2.9 Keputusan Crosstabulation
4.2.10 Hubungan Faktor-faktor Dengan Motivasi Pelajar
4.2.11 Rumusan Keputusan Kajian Bagi Pelajar
4.2.12 Keputusan Kajian Lanjutan
4.2.13 Sebab-sebab Pensyarah Mengimplementasikan "E-
Learning System" Di UNIMAS
4.2.14 Sebab-sebab Pensyarah Tidak Mahu
Mengimplementasikan "E-Learning System" Di
UNIMAS
46
52
53
59
60
61
62
63
64
64
64
64
65
69
70
74
79
80
81
82
83
84
85
ix
BAB 5: PERBINCANGAN 87 - 101
5.1 Alat Bantuan Pengajaran 87
5.2 Tahap Kemahiran Aplikasi Perisian 91
5.3 Alat Bantuan Pembelajaran 94
5.4 Galakan Daripada Pensyarah 98
BAB 6: KESIMPULAN DAN CADANGAN 102-111
6.1 Kesimpulan 102
6.1.1 Implikasi Kajian 103
6.2 Cadangan 106
6.2.1 Pihak UNIMAS 106
6.2.2 Pensyarah 108
6.2.3 Pelajar 109
6.2.4 Kajian Pada Masa Yang Akan Datang 110
BIBLIOGRAFI 112
LAMPIRAN
Lampiran A: Tahap Kebolehpercayaan Pensyarah
Lampiran B: Tahap Kebolehpercayaan Pelajar
Lampiran C: Soalan Soal-selidik Bagi Pensyarah
Lampiran D: Soalan Soal-Selidik Bagi Pelajar
X
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
Jadual3.1: Model Jangkaan Keputusan Ujian Signifikan Bagi
Pensyarah 37
Jadual 3.2: Model Jangkaan Keputusan Ujian Signifikan Bagi
Pelajar 37
Jadua14.1: Jadual Jumlah Borang Soal Selidik 38
Jadual 4.2: Taburan Frekuensi Tahap Kemahiran Aplikasi
Perisian Pensyarah
Jadual 4.3: Taburan Frekuensi Pandangan Pensyarah Tentang
Tahap Kemahiran Aplikasi Perisian Dalam Soal
Memotivasikan Mereka Untuk Menggunakan "E-
Learning System"
Jadual 4.4: Taburan Frekuensi Tujuan Pensyarah Menggunakan
"E-Learning System"
Jadual 4.5: Taburan Frekuensi Kursus Yang Diajar Oleh
Pensyarah Dengan Menggunakan "E-Learning
System"
Jadual 4.6: Taburan Frekuensi Pelajar Yang Diajar Dengan
Menggunakan "E-Learning System"
Jadual 4.7: Taburan Frekuensi Pensyarah Mengemaskinikan
Laman Web "E-Learning System" Bagi Setiap
Kursus
Jadual 4.8: Taburan Frekuensi Pengalaman Pemimpinan Forum
Perbincangan Oleh Pensyarah Dengan Menggunakan
"E-Learning System"
43
44
46
47
48
49
50
Jadual 4.9: Taburan Frekuensi Pelajar Yang Terlibat Dalam
Setiap Forum Perbincangan 50
X1
Jadua14.10: Tabura i Frekuensi Persepsi Pensyarah Terhadap
Tindakbalas Pelajar Ke Atas Penggunaan "E-
Learning System" 51
Jadual 4.11: Taburan Kemungkinan Penggunaan "E- Learning
System" Sebagai Alat Bantuan Pengajaran Pada
Masa Akan Datang
Jadual 4.12: Taburan Frekuensi Pandangan Pensyarah Terhadap
Pemerolehan Pengetahuan Tambahan Melalui Forum
Perbincangan
Jadual 4.13: Taburan Frekuensi Pandangan Pensyarah Terhadap
Keseronokan Penggunaan "E-Learning System"
52
53
Sebagai Alat Bantuan Pengajaran 54
Jadual 4.14: Taburan Frekuensi Pandangan Pensyarah Terhadap
Kebaikan Penggunaan "E-Learning System" 55
Jadual 4.15: Taburan Frekuensi Pandangan Pelajar Terhadap
Keburukan Penggunaan "E-Learning System" 56
Jadual 4.16: Taburan Frekuensi Pandangan Pensyarah Terhadap
Kemesragunaan "E-Learning System" Di UNIMAS 57
Jadual 4.17: Taburan Frekuensi Pandangan Pensyarah Terhadap
Kesenangan Untuk Mengakses Kepada "E-Learning
System" Di UNIMAS 58
Jadua14.18: Taburan Frekuensi Minat Pensyarah Terhadap "E-
Learning System" 59
Jadual 4.19: Keputusan Crosstabulation Bagi "E-Learning
System" Merupakan Alat Bantuan Dalam Proses
Pengajaran. 60
Jadual 4.20: Keputusan Kolerasi Antara Faktor-Faktor Dengan
Motivasi Pensyarah 61
Jadua14.21: Rumusan Keputusan Ujian Signifikan Bagi
Pensyarah 62
xii
Jadua14.22: Taburan Penyenaraian Keutamaan Faktor-Faktor
Yang Memotivasikan Pensyarah 63
Jadua14.23: Jadual Jumlah Borang Soal Selidik 64
Jadua14.24: Taburan Frekuensi Pemilikan Komputer Sendiri Oleh
Pelajar 69
Jadua14.25: Taburan Frekuensi Pemilikan Komputer Sendiri
Yang Dapat Bersambung Dengan Internet Oleh
Pelajar 69
Jadua14.26: Taburan Frekuensi Pelajar Mengakses Kepada "E-
Learning System" 70
Jadua14.27; Taburan Frekuensi Tujuan Pelajar Menggunakan "E-
Learning System" 71
Jadual 4.28: Taburan Frekuensi Pengalaman Menghantar Jawapan
Tutorial Atau Tugasan Melalui "E-Learning System" 72
Jadual 4.29: Taburan Frekuensi Pengalaman Pelajar Dalam
Merujuk Kepada Jawapan Kawan Sebelum
Menghantar Jawapan Sendiri Menerusi "E-Learning
System" 72
Jadual 4.30: Taburan Frekuensi Pengalaman Melibatkan Diri
Dalam Forum Perbincangan Oleh Pelajar 73
Jadua14.31: Taburan Frekuensi Pelajar Terlibat Dalam Forum
Perbincangan 73
Jadua14.32: Taburan Frekuensi Pandangan Pelajar Terhadap
Kemesragunaan "E-Learning System" Di UNIMAS 74
Jadua14.33: Taburan Frekuensi Pandangan Pelajar Terhadap
Kesenangan Untuk Mengakses Kepada "E-Learning
System" Di UNIMAS 75
Jadua14.34: Taburan Frekuensi Pandangan Pelajar Terhadap
Kebaikan "E-Learning System" 76
X111
Jadua14.35: Taburan Frekuensi Pandangan Pelajar Terhadap
Pemerolehan Pengetahuan Tambahan Melalui Forum
Perbincangan
Jadual 4.36: Taburan Frekuensi Pandangan Pelajar Terhadap
Keseronokan Pembelajaran Melalui "E-Learning
System" Di UNIMAS
Jadua14.37: Taburan Frekuensi Pandangan Pelajar Terhadap
Galakan Dan Latihan Untuk Memotivasikan Pelajar
Dalam Menggunakan "E-Learning System" Di
77
77
UNIMAS 78
Jadual 4.38: Taburan Frekuensi Minat Pelajar Terhadap "E-
Learning System" 79
Jadua14.39: Keputusan Crosstabulation Bagi "E-Learning
System" Merupakan Alat Bantuan Dalam Proses
Pembelajaran 80
Jadual 4.40: Keputusan Kolerasi Antara Faktor-Faktor Dengan
Motivasi Pelajar 81
Jadual 4.41: Rumusan Keputusan Ujian Signifikan Bagi Pelajar 82
Jadua14.42: Taburan Penyenaraian Keutamaan Faktor- Faktor
Yang Memotivasikan Pelajar 83
X1V
SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat
Rajah 4.1 Peratusan Taburan Umur Pensyarah 39
Rajah 4.2 Peratusan Jantina Pensyarah 40
Rajah 4.3 Peratusan Taburan Bangsa Pensyarah 41
Rajah 4.4 Peratusan Taburan Fakulti Pensyarah 42
Rajah 4.5 Taburan Frekuensi Pensyarah Dalam Menggunakan
"E-Learning System" Sebagai Alat Bantuan
Pengajaran Di UNIMAS 45
Rajah 4.6 Peratusan Taburan Tahun Belajar Pelajar 65
Rajah 4.7 Peratusan Jantina Pelajar 66
Rajah 4.8 Peratusan Taburan Umur Pelajar 66
Rajah 4.9 Peratusan Taburan Bangsa Pelajar 67
Rajah 4.10 Peratusan Taburan Fakulti Pelajar 68
xv
BAB1 PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
1.1.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN "E-LEARNING"
Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan (National IT Agenda, NITA) telah
dilancarkan pada Disember 1996 oleh "National IT Council" (NITC) yang
dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad. NITA memberikan garis panduan bagaimana teknologi maklumat dan
komunikasi (Information and Communication Technology, ICT) dapat digunakan
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju selaras dengan Wawasan 2020
(NITC, 2001). Salah satu inisiatif awal NITC adalah untuk mewujudkan Koridor
Raya Multimedia (MSC) bagi mencapai Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan.
Beberapa strategi telah dirancang oleh pihak NITA untuk membawa Malaysia
ke ara globalisasi dalam abad ke-21 ini. Lima bidang utama yang telah dikenalpasti
untuk diberi tumpuan khas adalah E-Komuniti (E-Comm unity), E-Perkhidmatan
Awam (E-Public Services), E-Pembelajaran (E-Learning), E-Ekonomi (E-Econoniv)
dan E-Perpaduan (E-Sovereignty). Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor
swasta telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan agenda "E-Learning"
Kebangsaan.
Menurut kajian, kewujudan "E-Learning" yang disokong kuat oleh
perkembangan teknologi komputer dan rangkaian adalah disebabkan oleh
perkembangan dalam pendidikan jarak jauh. Ini bermakna "E-Learning" telah
menggunakan konsep pendidikan jarak jauh secara lebih terbuka dengan
mengeksploitasikan keupayaan web, multimedia dan rangkaian. Di bawah "E-
i
Learning System", aspek pengurusan pelajar, pengurusan bahan pengajaran dan
pentafsiran adalah dijalankan menerusi elektronik. Dengan itu, kehadiran "E-
Learning" telah mengubah suasana pengajaran dan pembelajaran di Universiti yang
menggunakannya.
Menurut Jaya (2001), terdapat tiga generasi dalam perkembangan "E-
Learning". Generasi pertama dikenali sebagai generasi tradisional yang banyak
bergantung kepada bahan bercetak, televisyen, kaset, video kaset dan telefon.
Kehadiran komputer yang memperkenalkan multimedia telah meletakkan pendidikan
jarak jauh kepada generasi kedua. Walaupun bahan-bahan yang sama masih
digunakan, tetapi kehadiran komputer telah meningkatkan tahap interaksi antara
pelajar dengan para pensyarah. Generasi ketiga pula merujuk kepada pendidikan
dalam talian (Online Education). Melalui penggunaan teknologi, rangkaian ini
membolehkan model pendidikan jarak jauh diperbaiki dan mengambil kira nilai
tambah kepada komponen sosial serta mewujudkan peluang melakukan interaksi
yang bermakna untuk mereka yang terlibat termasuk pelajar, tutor, pensyarah dan
pakar. Pendidikan dalam talian memberi peluang kepada komuniti pelajar
berinteraksi dengan lebih kerap dengan rakan belajar. Perbezaan yang ketara antara
generasi tradisional dengan generasi ketiga adalah aspek interaksi antara pelajar dan
juga pensyarah menjadi lebih kukuh.
2
1.1.2 DEFINISI "E-LEARNING"
Terdapat beberapa definisi "E-Learning" telah dikemukakan oleh para
penulis. Jaya (2001) mendefinisikan "E-Learning" sebagai:
"Sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (Local Area Network, Wide Area Network atau Internet) untuk penyampaian maklumat atau sebagai alat untuk berinteraksi antara pensyarah dengan pelajar ataupun antara pelajar dengan pelajar. "
Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah
sebahagian daripada media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini.
Dengan kata lain, bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui
media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. "E-Learning
System" merupakan kaedah pengajaran yang boleh disampaikan secara
synchronously iaitu pada waktu yang sama ataupun asynchronously iaitu pada waktu
yang berbeza. Selain itu, "E-Learning System" juga menyediakan kemudahan untuk
forum perbincangan dan bantuan profesional bagi isi pelajaran dalam talian
(Learnframe, 2001).
Menurut Abidin dan Nawi (2002) pula, "E-Learning" merupakan
pembelajaran yang menggunakan sistem talian sebagai medium perantaraan di antara
pensyarah dan pelajar. Jadi, ini bermakna para pelajar boleh mendapatkan nota
kuliah atau soalan tutorial mahupun soalan tugasan melalui laman web yang
disediakan khas untuk sesuatu kursus tertentu. Selain itu, para pelajar juga boleti
menghantar jawapan tutorial atau tugasan mereka secara talian (online) ke laman web
(Web page) yang khas disediakan serta dapat berkomunikasi dengan pensyarah yang
mengajar kursus tersebut. Pembelajaran dalam talian sudah semestinya akan
3
memudahkan kedua-dua pihak selain penghantaran maklumat adalah cepat, mudah
dan lebih berkesan berbanding dengan cara-cara yang lain.
Sani (2002) mengatakan bahawa "E-Learning" adalah pendekatan
pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara
terarah pengajar (Pendekatan Sistem) atau terarah pelajar. Menurut beliau juga, "E-
Learning" mempunyai ciri-ciri berikut:
¢ Teknologi elektronik sebagai bantuan
¢ Bahan yang direka dan dibina oleh pasukan bahan yang profesional
¢ Kurikulum dan kursus yang disediakan dalam rangkaian / talian
¢ Sistem penilaian diurus oleh komputer
¢ Bahan pembelajaran yang boleh didapati pada bila-bila masa dan tempat
¢ Pengurusan kursus yang efektif
Walau bagaimanapun, Vicary (2002) yang merupakan salah seorang penyelia
projek Embarking on an E-Learning mengatakan bahawa "E-Learning" adalah lebih
sesuai untuk menyampaikan kemahiran teknikal (hard skills), contohnya pengajaran
kemahiran teknologi maklumat, berbanding dengan kemahiran bukan teknikal (soft
skills), contohnya pengajaran bahasa. Ini bermakna tenaga manusia atau pertemuan
bersemuka masih diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran walaupun
dengan kewujudan "E-Learning System" (Devi, 2002).
4
1.1.3 APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN TRADISIONAL
DAN "E-LEARNING"
Di dalam proses pembelajaran yang tradisional, pensyarah dianggap sebagai
pendita di atas pentas. Pensyarah dianggap sebagai orang yang serba tahu dan
ditugaskan untuk menyalurkan ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya.
Sebarang perancangan pada kebiasaanya adalah berpusatkan pada pensyarah.
Melalui "E-Learning System", pelbagai bahan dan maklumat dapat disediakan
dan disajikan secara serentak dalam bentuk yang interaktif, ini termasuklah bahan
seperti teks, grafik, animasi, audio dan video. Fokus utama "E-Learning System"
adalah pelajar. Dalam konteks ini, pelajar perlu berdikari dan bertanggungjawab
untuk pembelajarannya. Suasana pembelajaran "E-Learning" akan mempengaruhi
pelajar agar memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar
mempunyai tanggungjawab untuk membuat perancangan dan mencari bahan atau
maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri (Jaya, 2001). Oleh yang
demikian, kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan "E-Learning" mempunyai
darjah pemusatan yang tinggi kepada pelajar (Gunasekaran, McNeil & Shaul, 2002).
Menerusi laman web, para pelajar akan dapat mempelajari sesuatu pada bila-bila
masa dan di mana sahaja. Ini bermakna, pelajar berpeluang untuk belajar apabila
mereka bersedia untuk belajar. Keadaan ini jauh berbeza dengan kaedah pengajaran
dan pembelajaran biasa dalam bilik kuliah di mana sebahagian daripada pelajar tidak
bersedia untuk belajar walaupun pensyarah telah menyediakan pelbagai strategi,
kaedah, bahan dan sumber dalam proses pengajaran tersebut (Volery & Lord, 2000).
5
1.1.4 "UNIT E-LEARNING" DI UNIMAS
UNIMAS telah mengimplementasikan "E-Learning System" sejak Jun 1999.
Tetapi pada masa itu sistem ini adalah di bawah kawalan Centre for Applied Learning
and Multimedia (CALM). "Unit E-Learning" di UNIMAS telah ditubuhkan dengan
rasminya pada Februari 2002.
Tujuan penubuhannya adalah untuk meningkatkan mutu dan kualiti
pengajaran dan pembelajaran di Universiti. Dengan pengimplementasian "E-
Learning System" ini, kaedah pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
interaktif dan ia dikatakan mempunyai darjah pemusatan yang tinggi kepada pelajar.
Menurut Cik Fitri Suraya Mohamad, iaitu selaku Ketua "Unit E-Learning",
unit ini menfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu:
¢ Untuk meningkatkan corak dan kandungan kurikulum bagi mencapai
objektif organisasi.
¢ Untuk memberi kuasa kepada para ilmiawan bagi meningkatkan tahap
pendidikan dan latihan kursus dengan menggunakan teknologi pada
setiap peringkat.
¢ Untuk mencapai matlamat dalam usaha untuk menggabungkan
teknologi dalam sistem pendidikan di peringkat Universiti.
Teknologi yang digunakan dalam "E-Learning System" di UNIMAS dikenali
sebagai Teknologi Berasaskan Web (Web-based Technology). Sifat-sifatnya
termasuklah papan perbincangan (discussion board), interaksi dalam talian (chatting),
penyunting web (web editor), aliran kerja dan alat penghantaran tugasan (workflow
and pass assignment tool) dan pengurusan projek (project management).
6
"E-Learning System" telah memudahkan para pensyarah iaitu dengan
menyediakan satu persekitaran Pembelajaran Berdasarkan Web (Web-based
Learning) kepada mereka. Justeru itu, pensyarah-pensyarah boleh menggunakan
ruangan web ini untuk membincangkan idea, pendapat dan isu berkenaan dengan
kursus yang mereka ajar dengan para pelajarnya. Pada masa yang sama, ini dapat
memperkayakan pengetahuan para pelajar yang diajar olehnya. Dengan sistem ini
juga, para pensyarah boleh mengumpul dan menyediakan nota-nota dan sumber
pembacaan yang penting kepada pelajar-pelajarnya melalui laman web. Pelajar pula
dapat mengemukakan soalan-soalan yang berkenaan dengan kursus melalui papan
perbincangan (discussion board) dengan pensyarahnya. Seterusnya, pensyarah
berkenaan akan memberi maklum balas kepada pelajar tersebut. Tambahan lagi,
kuliah boleh diadakan di luar bilik kuliah melalui sistem ini. Ini bermakna
pensyarah / pelajar boleh mengajar / belajar di tempat yang berlainan pada masa yang
sama. Sistem ini terutamanya sesuai bagi pensyarah jemputan (flying lecturer). Di
samping itu, sistem ini boleh menghasilkan mutu pembelajaran yang dinamik.
Pelajar-pelajar dapat belajar antara satu sama lain dan pada masa yang sama. Mereka
juga boleh bersaing antara satu sama lain untuk menjadi pelajar yang paling
cemerlang dalam kelas.
Setakat ini, terdapat lima daripada sembilan fakulti di UNIMAS yang telah
menggunakan "E-Learning System" iaitu Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP),
Fakulti Kejuruteraan (FK), Fakulti Teknologi Maklumat (FTM), Fakulti Sains Sosial
(FSS), dan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM). Jumlah
pensyarah yang telah menggunakan "E-Learning System" ini adalah seramai 92 orang
7
dan lebih daripada 100 kursus di UNIMAS telah diajar melalui sistem ini pada
semester pertama sesi 2002/2003.
Menurut Ketua "Unit E-Learning", isu keselamatan bagi "E-Learning System"
di UNIMAS adalah cukup kuat dan adalah di bawah kawalan. Walau
bagaimanapun, para pelajar adalah dinasihatkan supaya tidak memberitahu kata kunci
(password) mereka kepada sesiapa sahaja agar tidak memberi peluang kepada
penceroboh maklumat (hacker) untuk menceroboh sistem rangkaian ini.
1.2 PENYATAAN MASALAH
"E-Learning" merupakan satu kaedah baru untuk mempersembahkan ilmu dari
pelbagai perspektif yang mampu dicipta oleh setiap individu, dalam usaha untuk
menambah pengalaman dalam proses pembelajaran (Abidin & Nawi, 2002). Dengan kata
lain, perkembangan pendidikan di alaf barn ini bukan sahaja berkehendakkan manusia
mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi
dalam sebarang tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) serta komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah
diakses, disebar dan disimpan. Tambahan pula, ia juga mampu untuk menyampaikan
sesuatu maklumat secara tepat, cepat dan menarik dalam bentuk multimedia. Ini
menjadikannya satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menyeronokkan (Jaya, 2001). Justeru itu, Bahagian Teknologi
Pendidikan Malaysia telah menyediakan seberapa banyak kemudahan yang diperlukan
bukan sahaja tenaga pengajar yang terlatih malah juga peralatan yang canggih, di
antaranya ialah penerbitan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media
8
iaitu cetak, audio, video, CD-ROM dan rangkaian komputer (Abidin & Nawi, 2002).
Sehubungan dengan itu, UNIMAS telah mengambil inisiatif ini melalui penubuhan "Unit
E-Learning" pada tahun 2002 di mana unit ini memainkan peranan yang penting dalam
pembangunan pembelajaran yang menggunakan teknologi iaitu dengan memperkenalkan
"E-Learning" kepada semua ahli akademiknya. Fungsi "Unit E-Learning" ialah untuk
menyokong semua pembangunan akademik dan mendedahkan kelebihan yang diperolehi
melalui pembelajaran tersebut kepada semua ahli akademik dan para pelajar UNIMAS.
Walau bagaimanapun, konsep "E-Learning" tidak hanya sekadar penghantaran
nota-nota kuliah kepada pelajar ataupun penghantaran tugasan pensyarah melalui e-mel
semata-mata tetapi yang sebenarnya pengisian web tersebut mestilah dipenuhi dengan
forum perbincangan dua pihak secara komunikasi dua hala serta pengorganisasian
maklumat dengan lebih teratur dari segi nota kuliah, jadual, bayaran yuran, tutorial dan
juga peperiksaan (Honey, 2001). Dengan menemui kriteria yang dinyatakan di atas,
pembelajaran yang lebih efektif dan interaktif dapat dilaksanakan.
Menurut See (2001), penghalang utama untuk menjayakan "E-Learning" adalah
prasarana. Sebaliknyz, Jaya (2001) pula mengatakan bahawa kecanggihan teknologi
melalui persembahan multimedia bukanlah faktor yang boleh menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran itu berkesan. Keberkesanan dalam pengajaran dan
pembelajaran itu masih banyak bergantung kepada tenaga manusia. Teknologi hanyalah
satu faktor pernangkin untuk mempercepatkan proses keberkesanannya. Dengan itu,
pendekatan yang betul perlu diterapkan bagi memastikan kejayaan "E-Learning".
Peralihan atau anjakan teknologi perlu diseimbangkan dengan peralihan pemikiran yang
positif. Yang lebih penting tenaga-tenaga pengajarnya di Universiti mestilah bersikap
9